The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Author Mia Kiff, 2022-07-08 23:25:30

Miss Miaaa Uhuk

nobody

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Doktor Eskandar memerhatikan dari
luar dan menanti di situ.

Zulaika menapak masuk perlahan-
lahan. Keadaan rumah yang dulu kemas,
kini tidak teratur lagi. Dia mendengar
suara ketawa dari arah bilik.

Badannya mula mengeletar. Kuatkah
dia menghadap seorang diri? Hatinya
memang sudah mati tapi lelaki itu masih
suaminya. Pernah berkongsi hidup
dengannya. Pernah dihormatinya
sebagai suami. Pernah diberi kasih
sayang yang tulus ikhlas.

Zulaika menolak pintu yang ditutup
tak rapat itu dan matanya membulat
kala menyaksikan di depan mata, Areef
kini sedang berasmara bersama seorang
perempuan, di atas katil mereka.

Dan pasangan yang sedang hanyut
dengan dosa zina, tersentak. Terlopong
melihat dia di depan pintu.

Zulaika tak tahu nak gambarkan
perasaannya bagaimana. Dunia seakan
jadi sepi. Kosong. Hambar. Dia sama
sekali tak menyangka akan menyaksikan
semua ini depan matanya.

251 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ika!” Areef segera bangun,
mencapai tuala menutup separuh
badannya.

Dia menghampiri Zulaika dengan
mata tak lepas menyoroti penampilan
terbaru isterinya yang begitu cantik.
Berminggu-minggu tak melihat isterinya.

Jiha segera mengambil pakaiannya
dan memakai pantas. Ni isteri Areef ke?
Kata gemuk? Cantiknya…

“Ika, abang… dia…dia…” Areef kalut
memakai t shirt berwarna hitam.

Zulaika tertunduk dalam sedih. Hati
yang biasa dilukai, makin hambar.
Sekarang, bagilah apa saja luka, Zulaika
sudah biasa menerimanya jika dari
Areef. Zulaika angkat muka, beri senyum
tabah.

“Ika, abang dengan dia cuma
kawan. Kami just seronok-seronok je.
Abang tak curang. Abang tidur dengan
dia, sebab Ika tak ada. Kalau Ika ada,
abang tak akan cari dia. Itu jer. Ika
jangan salah faham dengan abang. Ya?”
Areef memujuk lembut.

252 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika mengeleng dengan riak
wajah yang bercampur.

“Teruskan, Maaf menganggu kalian.
Ika cuma nak balik ambil fail sijil Ika jer
dalam laci.” Zulaika menghampiri
wardrobe dan membuka laci. Areef
mengemam bibirnya, menyoroti wajah
isterinya itu.

“No, no, no… Ika nak balik dengan
abang semula kan? Kita tak akan
berpisahkan?” Areef bertanya pada
isterinya itu.

Sedang mengambil fail, Zulaika
dipeluk dari belakang.

“Ika, janganlah macam ni sayang.
Kita bincang dulu okey? Jiha awak pergi
balik sekarang!” Areef bergetar suara,
meminta Jiha balik.

“Balik? Areef, kita dah kantoi.
Sampai bila kita nak macam ni di
belakang isteri You? Isteri You tak marah
pun. Nampak sangat dia pun tak ada hati
nak jadi isteri You lagi. Kalau dia pandai
jaga You, You tak akan cari I. You
ceraikan saja dia, kita kahwin. I boleh
bahagiakan You lebih dari dia.”

253 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“You jangan merepek boleh tak. Ini
isteri I dan masih isteri I !.” Areef makin
marah dengan campur tangan Jiha.

Jiha tergelak.

“Isteri? Hello, masa You datang
pada I, ada You ingat dia? You dah tidur
dengan I bukan sekali dua, Areef. Pada
malam isteri You nazak di hospital itulah
kali pertama kita terlanjur. Lepas tu
berlarutan sampai sekarang. Selama
isteri You tak ada, I lah tempat You
memuaskan nafsu. You fikir setelah dia
nampak apa kita buat hari ni, dia masih
nak kan You ke, Areef?” Jiha makin sakit
hati.

“You diam, Jiha! You balik sekarang!
Sekarang jugak! Jangan campur urusan
rumahtangga I!” Arah Areef yang makin
serabut.

Perhatiannya terarah pada Zulaika
yang tak banyak cakap tapi dia tahu, hati
isterinya itu sarat luka.

“Sayang, janganlah macam ni.
Tunggulah dulu…” Cuba diraih dan
dipeluk, namun Zulaika enggan.

254 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Patutlah Zulaika tak ada hati
langsung nak maafkan Areef rupanya
lelaki itu dah lama, mengkhianatinya
tanpa dia tahu. Penipu!

“Tak apa teruskan. Apa nama You,
Jiha kan? You nak sangat jantan ni,
sampai tak menyempat-nyempat
tunggu kami bercerai, You ambil lah dia. I
dengan rela hati sedekahkan suami I ni
untuk You. Nasib baik, sepanjang dia tidur
dengan You, I dalam pantang dan kita
tak pernah berkongsi dia. Kalau tak,
jijiknya I. Okeylah, I balik dulu. Maaf
menganggu jalinan asmara kalian tadi.
Boleh sambung semula ya.
Assalamualaikum.”

Zulaika mahu menapak keluar namun
Areef menahannya lagi.

“Jiha You balik please, bagi I masa
nak settle masalah dengan isteri I. Balik
sekarang, please. Go!”

Jiha serba salah.

“Tapi…”

“Tolong, faham! You kat sini dah
cukup mengeruhkan keadaan. Jangan

255 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

buat I hilang sabar dengan You. Balik!”
Areef menempik perempuan itu.

Zulaika meronta-ronta dalam
pelukan Areef.

“Lepaslah abang!” Zulaika naik
angin.

Jiha akhirnya akur, ambil
handbagnya keluar dari bilik.
Muncungkan mulut sedepa. Sebaik saja
Jiha keluar…

Pang!

Satu tamparan hinggap ke pipi lelaki
itu yang baginya sangat biadap dan
menyakitkan hati. Zulaika dah lama
bersabar dengan lelaki itu.

Areef terteleng ke tepi. Namun dia
biarkan saja. Tak membalas.

“Tamparlah, buat sesuka hati Ika
kalau itu cara Ika nak lepaskan marah Ika
pada abang. Abang memang tidur
dengan perempuan tu tapi Ika tahu kan
abang ni macam mana? Ika tinggalkan
abang lebih sebulan. Lama. Abang ni
lelaki normal yang ada nafsu. Abang ada
isteri, tapi isteri abang makin jauh dari
abang.”

256 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Jangan nak salahkan Ika. Abang
tahu kan, dosa berzina tu adalah dosa
besar.”

“Salah Ika kenapa Ika mengandung
dan melahirkan kalau tak, masalah kita
takkan besar macam ni!” Areef
menjelaskannya tegas.

“Anak kita tak tahu apa-apa abang,
kenapa nak salahkan dia? Abang yang
ikutkan telunjuk syaitan.” Zulaika
menempik lelaki itu.

“Yea abang salah, tapi sekarang Ika
dah balik. Abang takkan cari perempuan
tu lagi dah. Abang suka-suka je dengan
dia. Abang bukan ada apa hubungan
serius pun dengan dia. Cinta abang, tetap
untuk Ika. Kalau abang tak sayangkan
Ika, abang dah lama lepaskan Ika dan
pergi pada dia...”

“Cinta? Jijik Ika dengar. Cinta apa?
Kalau abang betul-betul cintakan Ika,
perempuan tadi takkan wujud dalam
hidup abang. Setia lebih bermakna dari
cinta!”

“Ika tahu kan, nafsu abang macam
mana? Ada Ika peduli? Setahun lebih kita

257 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

kahwin, patutnya Ika lagi kenal suami Ika
ni macam mana. Ika tak boleh salahkan
kalau abang terpaksa cari perempuan
lain sebab Ika sendiri yang tinggalkan
abang!”

“Cukuplah abang, apa lagi? Abang
dah mendera Ika fizikal, mental dan
seksual, abang curang dibelakang Ika
selama ni, abang dah tidur dengan
perempuan lain depan mata Ika. Abang
tak puas lagi ke, buat salah dengan Ika?
Abang masih nak salahkan Ika? Hala jari
telunjuk tu, kat muka sendiri. Ika dah
penatlah dengan sandiwara abang!”

Zulaika menapak ke arah pintu
namun, Areef menghalangnya.

“No, Ika tak boleh tinggalkan
abang. Ika tahu kan abang rindukan Ika
sangat-sangat tapi Ika yang lari dari
abang. Bagi abang peluang sekali saja
lagi. Abang janji abang akan berubah.
Ika dah ada abang tak akan cari
perempuan tu, sebab dia tak kan sama
macam Ika. Hanya Ika je dapat
bahagiakan abang. Abang merayu
sayang.”

258 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Lelaki itu menolak bahu Zulaika
hingga merapat ke pintu. Terus mengelus
pipi isterinya itu. Zulaika sedaya upaya
menolak lelaki dan meronta-ronta agar
lepas dari pelukan.

Berbekalkan sisa kudrat yang ada,
dia terus menolak kuat lelaki itu lalu
mengambil kesempatan untuk melarikan
diri. Namun pantas Areef mengejarnya.

Zulaika dah selamat keluar dari
rumah namun lelaki itu meraih dirinya
semula.

“Ika! Ika!” Tak sempat lolos, Areef
menarik Zulaika semula ke pelukan.

“Ika tak boleh tinggalkan abang!”

“Kau lepaskan dia! Sekarang!”

Doktor Eskandar yang melihat
pergelutan itu segera mendapatkan
Zulaika dari Areef. Dia terus menarik
Zulaika hingga terlerai dari pegangan
lelaki itu.

“Kau lepaskan dia. Cukuplah kau
menganiaya isteri kau selama ni….”
Doktor Eskandar menempik Areef
dengan marah. Zulaika berdiri di
belakang doktor Eskandar.

259 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef yang memandang itu, rasa
sungguh cemburu dan marah.

“Apa kau buat kat sini? Kau boleh
tak jangan nak sibuk hal rumahtangga
orang?”

“Zulaika dah failkan cerai kan, jadi
kau sedarlah diri tu, dia pun tak ingin ada
suami dayus, suami tak guna macam kau!
Kau pun dah lama move on kan,
mengusung betina balik rumah kau setiap
malam.”

Areef terus menumbuk namun
Doktor Eskandar menyambut tumbukan
itu pantas. Bergerak otot muka,
mengiringi tenaga, menghalang buku
lima itu.

“Jangan cari pasal dengan aku ya
dan jangan ganggu Zulaika lagi.
Faham?” Doktor Eskandar melepaskan
buku lima lelaki itu.

Areef tak puas hati. Dia tampil
semula.

“Korang berdua ni, ada hubungan ke
kat belakang aku selama ni? Oh patutlah
Ika tak kisah pun balik pada abang
rupanya, dah ada jantan lain. Aku dah

260 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

agak dari dulu lagi, korang ni memang
akan ada hubungan sulit lepas dia
mengangkang depan kau masa bersalin
tu. Sebab jantan ni nak merasa pulak,
lepas dia tengok kau tayang depan dia!”
Areef menuduh membuatkan Zulaika naik
geram.

Doktor Eskandar menempelak lelaki
itu.

“Kau mulut jaga sikit ya? Kalau dah
bodoh tu, jangan nak bangga sangat!
Kau ingat, semua lelaki sangap macam
kau ke? Yang dalam kepala otak, cuma
fikirkan nafsu ke? Pemikiran kau ni,
memang menjijikkanlah, tak mustahil
ada isteri pun, isteri boleh lari.”

“Habis tu sebab apa? Sebab apa
kau menyendeng bini aku ni? Ingat aku
tak boleh baca ke fikiran kau, kau
memang ada hati dengan bini aku sejak
dari Ika masuk hospital tu lagi.”

Zulaika membalasnya.

“Ya! Kalau doktor Eskandar ada hati
dengan Ika pun, apa masalah abang?
Masa Ika tengah bertarung nyawa
memang Doktor Eskandar yang ada di

261 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

sisi Ika. Abang ke mana waktu tu? Cari
betina lain kan? Seronok memuaskan
nafsu dengan betina lain kan? Padahal
Ika koma disebabkan perbuatan abang
sendiri. Mana pergi hati perut abang
waktu tu? Jangankan nak menyesal,
peduli pun tidak. So, adil lah kalau masa
tu isteri abang ni pun, ditemani lelaki ini
sebab abang pun berseronok dengan
perempuan lain!” Zulaika meluahkan
marahnya.

Nafas Zulaika turun naik, bertatapan
dengan Areef. Dah berzina dengan
perempuan lain depan mata, masih tak
tahu malu lagi.

“Cuma bezanya, lelaki ini bertungkus
lumus menyelamatkan nyawa Ika
sebaliknya, abang mengkhianati Ika.”

“Ye ke? Entah-entah, korang ni lagi
sakan dari aku...”

“Jangan nak samakan Ika dengan
abang ya? Ika tahu dosa berzina dan
azab Allah. Tapi abang, boleh cakap
sekadar suka-suka? Abang rasa, Ika
sanggup ke jadi isteri abang semula lepas
tengok depan mata abang berzina
dengan perempuan tadi. Hah? Abang

262 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

patut malulah!” Merah mata Zulaika
meluahkan sedihnya.

“Abang jadi macam tu sebab Ika!”

“Sebab Ika? Tak cukup lagi, Ika ni
hampir separuh mati dikerjakan abang
semata-mata nak puaskan nafsu abang?
Hah? Salah Ika lagi? Abang ni memang
lelaki yang bertuhankan nafsu!” Zulaika
sungguh-sungguh kesal.

Terdiam Areef, dinoktahkan kata-
kata itu.

“Ika, jom kita balik!”

“Dia masih isteri aku lah bodoh! Tak
semudah itu, aku akan lepaskan dia!”

“Kau carilah peguam terhebat untuk
bela lelaki tak guna macam kau. Aku
akan pastikan, Ika akan terlepas dari kau
buat selama-lamanya. Jom Ika, buang
masa hadap jantan ni.”

Risau pula Areef kehilangan Zulaika.
Melihat pasangan ini, dia rasa tergugat.

“Ika doakan satu hari nanti, abang
akan berubah dan bertaubat ke jalan
Allah.” Zulaika pergi selepas berkata
begitu.

263 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

AKHIRNYA, Zulaika dan Areef bercerai
dengan talak satu. Bukan senang nak
lepas dari ikatan perkahwinan ini, hampir
setahun juga naik turun mahkamah
kerana Areef ingin enggan menceraikan
Zulaika akhirnya terpaksa juga mengikut
perintah mahkamah kerana Zulaika
menuntut fasakh.

Itu belum termasuk, Zulaika yang
tiba-tiba mendapat penyakit misteri. Dia
di sihir orang. Hampir gila juga jadinya.
Pernah tiba-tiba dia asyik rindu dan
teringatkan Areef. Hampir-hampir nak
berkahwin semula namun, Doktor
Eskandar berjaya selamatkan dia dari
kejahatan lelaki itu. Tak sangka lelaki itu
tergamak mengenakan dia sampai
begini sekali. Berkat kesabaran dan
tawakal, selepas berubat Zulaika
bertambah pulih dari hari ke hari.

“Puas hati kau dapat lepas dari aku?
Itu yang kau nak kan, perempuan?”
Areef menghadap Zulaika yang ditemani
peguam dan Doktor Eskandar.

“Ya, ini yang saya nak. Terima kasih
permudahkan urusan saya hari ni.

264 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Apapun, kita masih berkawan demi anak
kita.”

“Huh, anak? Entah-entah tu bukan
anak aku, sebab aku sedikit pun tak ada
rasa sayang pada budak tu.”

Zulaika tergelak kecil.

“It’s okey, kalau awak tak mengaku
dia anak, terpulang. Kasih sayang ibunya
pun dah cukup. Dia pun dah terbiasa,
tanpa kasih sayang papanya. Macam lah
awak kisah sangat pasal dia selama ni?”

Areef sungguh sakit hati. Dia tak
akan biarkan Zulaika bahagia. Dia akan
sedaya upaya hancurkan.

“Jangan seronok sangat, esok-esok
budak tu akan tetap cari aku bila dia
besar esok. Sebab dia akan bernikah dan
aku walinya. Masa tu, aku nak tengok
kau melutut kat kaki aku, suruh aku
walikan anak kau.”

Zulaika terdiam, menahan geram
pada lelaki ini.

“Tadi cakap dia bukan anak,
sekarang mengaku wali pulak. Huh,
Areef, saya harap kata-kata awak yang

265 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

angkuh hari ini, takkan memakan diri
awak sendiri…”

Areef menyoroti wajah yang
menyeksanya dengan rindu. Pelbagai
cara dah dicuba, cara baik dan cara
jahat namun tak berjaya memiliki Zulaika
semula.

“Aku akan pastikan, kau akan
melutut di kaki aku juga, suatu hari nanti,
Zulaika. Itu janji aku.” Mata merah dan
wajah serabut lelaki itu mengambarkan
berat masalahnya.

“Saya harap Allah ampunkan dosa-
dosa awak, Areef. Berhenti menganiaya
saya. Kembalilah ke pangkal jalan. Saya
tak nak kita berdendam. Kita akan lebih
bahagia jadi kawan dari berkahwin.”
Zulaika cuba untuk meminta simpati lelaki
itu.

“Boleh, dengan syarat, jadi milik
abang semula. Kita rujuk.”

“Maaf, cukuplah…” Zulaika
menapak pergi meninggalkan lelaki itu
tanpa berpaling lagi.

266 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

19

Z ulaika senyum bahagia melihat
Aisha riang, berlari berkejaran
dengan adiknya, Fatima yang
berusia empat tahun. Di temani
cinta hatinya, Eskandar di halaman
rumah. Seronok betul, dia bermain
dengan adik dan papanya.

Pejam celik, usia anak sulungnya itu
sudah sembilan tahun. Aisha tak pernah
bertanya tentang bapa kandungnya
kerana lelaki itu pun tak pernah datang
mencari anaknya. Cuma mentuanya saja
tak pernah lupa, pada cucunya ini.

267 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Yang Aisha tahu, Eskandar lah
papanya. Walaupun cuma ayah tiri
namun kasih sayang lelaki itu melebihi
kasih sayang seorang bapa kandung.

Hampir enam tahun berkahwin

dengan Eskandar, yang Zulaika

menerima hanya kebahagiaan dan kasih

sayang yang tak berbelah bagi. Lelaki itu

sangat baik, memahami, mengambil

berat dan sentiasa romantis. Tak pernah

terfikir, perkahwinan kedua ini dapat

memberikan kebahagiaan kerana dia

terlalu trauma dengan perkahwinan

pertama. Walaupun awal perkahwinan

mereka diuji dengan pelbagai dugaan

terutama gangguan sihir yang cuba untuk

pisahkan mereka namun

kebergantungan pada Allah,

memberikan syifa’ dan kekuatan.

Nasib baik dia berani buat keputusan
untuk bercerai kerana seumur hidup ni
terlalu lama untuk hidup bersama lelaki
yang salah. Jika tak bercerai hari itu.
Mungkin luka yang dirasa ketika itu akan
lebih mendalam dan bernanah.

268 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Hai, fikirkan apa tu sayang?”
Eskandar menegur sambil mencium
lembut bahu Zulaika.

Memeluk bahu isterinya ini.

“Tak adalah, rasa sedih je tengok
Aisha tu. Iyalah, ada ayah kandung tapi
tak pernah menyayangi dia.” Zulaika
rasa sebak.

“Lah, habis tu abang ni apa? Abang
dah anggap Aisha, macam anak
kandung abang sendiri. Abang yang
azankan masa lahir dulu. Kenapa, kurang
ke kasih sayang pada dia sampai Ika
berfikir macam ni?” Eskandar tak suka
melihat Zulaika sedih.

“Tak abang, bukan macam tu. Kasih
sayang abang dah melimpah ruah. Cuma
itulah, Aisha dah sembilan tahun tapi
ayah dia…”

“Dahlah tu, kita doakan agar Allah
buka pintu hati Areef tu. Cuma abang
harap, bila pintu hati lelaki tu terbuka, tak
akan terlambat lah.”

Zulaika angguk. Dari khabar yang dia
tahu, Areef dah berkahwin lain. Bukan

269 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dengan Jiha tu tapi dengan perempuan
lain.

“Terima kasih abang jadi ayah yang
baik untuk Aisha dan anak kita. Ika tak
pernah sangka, akan rasa bahagia
sebegini dengan abang. Rasa menyesal
bertangguh sampai tiga tahun. Kalau Ika
tahu, habis iddah je, terus setuju kahwin
dengan abang.” Seloroh Zulaika buat
Doktor Eskandar tergelak.

Tangan suami, diraih dan digengam
erat.

“Sebab isteri abang, isteri yang
sangat baik. Solehah. Cantik pulak tu.
Takkan abang nak sia-siakan, rugilah
abang. Abang pun bahagia sangat
dengan Ika! Terima kasih terima abang
seadanya.”

Zulaika tawa bahagia.

“Ni puji-puji ada apa-apa ke?”

“Tak ada lah, abang rasa, abang
nak bertugas jadi doktor lah sekejap kat
rumah. Nak buat pemeriksaan kesihatan
pada sayang. Sayang nampak tak
bermaya lah. Anak-anak abang, ceria
jer!” Eskandar seperti risau.

270 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika pegang mukanya.

“Hah? Tak bermaya? Sayang okey
je, sihat je…”

“Nope, abang nak bagi vaksin pada
sayang agar wajah sayang berseri-
seri.”

“Vaksin apa lagi? Kan dah ambik
hari tu.”

“Vaksin kasih sayang lah, pernah
dengar tak?”

Zulaika berfikir sejenak lepas tu
barulah dia faham ni.

“Abang ni, ingatkan apa tadi. Hish,
merepek jelah!” Merah muka Zulaika
menahan segan.

“Anak-anak tengah main gelongsor
tu, jomlah sayang! Abang mintak bibik
tengokkan.”

“Hurm dah agak…” Dada suami
ditumbuk perlahan buat Eskandar gelak
kecil.

“Seminggu tau abang kerja non
stop, hari ni abang nak habiskan masa
bersama sayang dan anak-anak. Tadi

271 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

anak, sekarang ibunya pulak. Ika pun
tanggungjawab abang. Asyik bagi duit
je, kasih sayang pun kenalah seiring
jugak. Abang tak nak sayang fed up
dengan abang, asyik kerja-kerja,kerja
jer. Nanti, Ika makan hati lari tinggalkan
abang, padan muka abang.”

“Mana ada? Abang ni merepeklah!
Ika boleh faham jer kerja abang tu.”

“Kalau faham, puan Zulaika sila ke
bilik rawatan sekarang yea. Saya nak
bagi ubat yang mujarab untuk pesakit
first class saya yang sedang dilanda
wabak kekurangan bekalan kasih
sayang ini.”

Doktor Eskandar bangun sambil
meraih tangan isterinya itu agar ikut
bangun bersamanya.

“Iyalah doktor, jom kat mana doktor
nak buat pemeriksaan ke atas saya tu?”

“Mestilah satu badan! Nak bagi
pulihkan denyut rindu yang tak normal
dalam dada ni.” Usik Eskandar lagi.

“Eeee, doktor gatal!”

272 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ya gatal cuma dengan pesakit,
yang namanya Zulaika jer…” Eskandar
mengenyitkan matanya.

Mereka sama-sama ketawa.

Zulaika sentiasa merasakan
keikhlasan setiap kali berada disamping
suaminya itu. Eskandar tak pernah
pentingkan diri sendiri dan sentiasa
bertolak ansur. Seorang yang sangat
mudah difahami dan memahami. Tak
menyesal, memilik lelaki ini untuk
menghabiskan seumur hidupnya
disampingnya.

PUAN RABIAH dan Encik Kamil
memandang sayu pada Areef yang kini
terlantar sakit setelah hampir tiga tahun
menghidap HIV positif. Sistem ketahanan
badannya makin hari makin melemah
dan kini sudah hilang dayanya nak
uruskan diri sendiri.

Badannya habis berkudis dan Areef
juga, menghidap penyakit kelamin iaitu
siflis. Kemaluannya mengeluarkan cecair
yang busuk dan sentiasa bernanah.

273 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Puas mengubati Areef namun
keadaannya semakin hari semakin teruk.

Areef dah tak tahan lagi
menanggung derita sakit yang sukar
diungkapkan. Kulitnya rasa disiat-siat.
Hari-hari dia berharap agar nyawanya
segera diambil Allah kerana dia tak
sanggup melihat mama dan papanya
bersedih dan terbeban dengan
kesihatannya ini.

Dia betul-betul insaf dan percaya,
inilah balasan Allah atas perbuatannya
dulu. Yang cuma mementingkan nafsu
tanpa mengenal haram dan halal. Dia
mendapat jangkitan HIV dan penyakit
kelamin selepas mengamalkan seks
bebas.

“Mama, papa, comelnya Aisha kan?
Areef rasa, Areef nak jumpa Aisha buat
kali terakhir, sebelum Areef meninggal.
Masa Areef dah tak lama lagi. Tolonglah
bawa Aisha dan Zulaika ke sini, Areef nak
minta maaf pada mereka…” Walaupun
sukar mengeluarkan kerana tekaknya
perit namun Areef berjaya juga.

Dia cuma mampu melihat foto Aisha.

274 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef mengalah. Dia dah penat
menanggung rindu dan rasa berdosa. Dia
tak mampu menebus hanya mampu
meminta maaf. Sebenarnya dah lama
dia teringin nak mendakap anak
perempuannya itu namun dia ego. Dia
juga malu. Kini, Areef dapat rasanya
nyawanya dah tak akan lama. Jadi dia
ingin bertemu anaknya sebelum dia
meninggal.

Puan Rabiah mengesat air matanya
yang putus-putus. Dia rasa berdosa
kerana hasil didikannya anaknya jadi
begini. Dia rasa gagal jadi ibu. Selama
Areef jadi anaknya, dia dah bagi
Pendidikan agama namun tetap gagal
menyelamatkan anaknya dari tipu helah
dunia.

Sebagai ibu, dia hanya mampu
berdoa agar Allah mengangkat segala
dosa dari derita sakit yang Areef
tanggung bertahun-tahun ini.

“Mama akan beritahu Zulaika,
Areef. Insha Allah doakan supaya lembut
hati Ika nak bawa Aisha jumpa Areef
ya?”

275 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Ammin… Areef sambung berzikir

pada Allah.

Lailahaillasubhanakainnikuntuminazholim

in. Itu peneman sakitnya.

ZULAIKA tertunduk sayu. Tak sangka
khabar yang diterimanya kini mengenai
Areef. Allahuakbar.

Dia memang marah, dia memang
berdendam dan dia benci dengan lelaki
itu namun dia tak sangka, Allah memberi
balasan sebegini rupa pada lelaki itu.

“Mama merayu sangat, walaupun
Ika benci pada Areef atas perbuatannya
dulu, Ika tolonglah bawak Aisha
berjumpa dengan Areef. Masa dia dah
tak lama Ika. Bila-bila masa dia akan
pergi. Dah tiga tahun sebenarnya Areef
menghidap penyakit ni, tapi sejak
kebelakangan ni makin teruk. Areef dah
lama sangat sebenarnya nak jumpa
Aisha dan Ika, nak minta maaf, tapi dia
malu. Malu dengan perbuatan dia.
Mama harap, Ika bagilah dia peluang
sebelum dia tutup mata. Ya? Demi
mama, mama merayu!” Puan Rabiah
menangis teresak-esak.

276 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Eskandar memeluk bahu Zulaika
menenangkan isterinya yang sedikit
terganggu. Zulaika bukan apa, dia risau
penerimaan anaknya, Aisha. Anaknya itu
dah besar.

“Ika, tentu ada kebaikan yang Areef
buat sepanjang dia hidup ni, hingga Allah
turunkan penyakit pada dia agar
diampunkan dosa-dosa dia, sebelum
ajalnya tiba. Sakit tu, penghapus dosa.
Allah sayang dia. Allah nak bagi dia
syurga. Berlapang dadalah, memaafkan
dia, mana tahu, di sana nanti, kita boleh
sama-sama berada dalam syurga? Kita
pun tak tahu, bila kita akan mati sayang.
Entah-entah, kita yang sihat ni akan
pergi dulu…” Eskandar memujuk isterinya
itu.

Zulaika terdiam. Masih tak mampu
nak balas apa-apa. Melihat Aisha
membuatkan dia bertambah sedih.

277 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

20

Aisha sekejap lagi, kita akan
berjumpa ayah kandung Aisha
tau.” Zulaika menerangkan pada
anak perempuannya itu yang comel
memakai tudung dan baju kurung.

“Ayah? Tapi papa kan dah ada?”
Eskandar menyampuk.
“Aisha bertuah tau, sebab ada dua
ayah. Ada papa Eskandar dan papa
Areef.”

278 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Oh, papa Areef yang bintikan di
nama Aisha?”

“Ya sayang, kita jumpa papa Areef
ya? Aisha kena layan papa Areef baik-
baik tau.” Zulaika menyampuk.

“Tapi kenapa baru sekarang Papa
Areef nak jumpa? Mana Papa Areef
pergi sebelum ni? Aisha ingatkan Papa
Areef tak ada?”

“Papa Areef sibuk kerja. Kerja jauh
sangat. Sekarang baru balik.” Terang
Eskandar bila Zulaika sedikit buntu.

“Ye ke?”

“Ye sayang, tapi papa Areef Aisha
tak sihat tau. Dia sakit. Kesian dia, so kita
nak pergi melawat papa Areef yang
tengah sakitlah ni. Sebab tu papa Areef
dah tak kerja jauh dah, dia dah balik dan
Aisha boleh jumpa papa Areef selalu.”
Jelas Eskandar lagi.

“Oh macam tu, bestnya Aisha ada
dua papa. Tapi Aisha paling sayang,
papa Eskandar. Boleh tak macam tu?”

Eskandar tawa kecil.

279 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Boleh sayang, sebab papa pun
sayang sangat anak papa ni!”

Zulaika senyum bahagia namun
dalam hati berdebar-debar.

ZULAIKA, Eskandar dan Aisha masuk ke
dalam bilik yang menempatkan Areef.
Bau yang tak menyenangkan menusuk
hidung. Kata puan Rabiah, dia dah
sembur febrezz tapi bau nanah yang
keluar dari penyakit Areef begitu
menyengat.

Areef tidur menyandar. Terkejut
mereka melihat keadaannya kini. Lelaki
itu nampak tak bermaya, pucat dan lesu.
Seperti mayat hidup. Badannya kini
tinggal tulang. Cengkung. Hilang sudah
ketampanannya dulu. Badannya penuh
kudis dan luka.

“Eee, mama! Bau apa ni busuklah!”
Aisha mula mengomel.

“Aisha, ni papa Aisha. Papa Areef.”
Eskandar abaikan kata-kata Aisha

Bergenang air mata Areef. Akhirnya
dia dapat menatap wajah anaknya
depan mata. Allahuakbar, comel

280 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

sungguh anaknya persis paras jelita
ibunya.

“Aisha, a..anak papa!” Areef
menyapa Aisha sebak. Matanya tak
lepas menatap wajah anaknya itu. Tak
tahu nak diungkapkan betapa pilu
hatinya kini.

“Salam tangan papa Areef
sayang?” Kasihan pada Areef yang
menghulurkan tangan namun Aisha pula
makin gementar.

“Mama, takut. Takkan ini papa
Aisha, Aisha tak nak…busuk mama! Nak
muntah mama, tak tahan!” Aisha
menyembamkan mukanya ke baju
Zulaika buat Zulaika serba salah.

Areef rasa bersalah dengan
keadaannya kini. Siapapun tak akan
selesa. Dengan luka berkudis dan
bernanahnya. Bau busuknya. Dia tak
ubah seperti bangkai yang bernyawa.

“Maaf Areef, biasalah budak-
budak, kau macam mana kau sihat?”
Tanya Eskandar.

“Aku okey…” Jawab Areef namun
mata tak lepas dari memandang Aisha

281 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

yang masih menyembam muka pada
ibunya.

Areef pandang pula pada Zulaika.
Saat ini, bahagia yang mereka pernah
rasa dulu tertayang diruang mata.
Zulaika adalah Wanita terbaik yang
pernah muncul dalam hidupnya.

Penderitaan yang diberikan buat
Zulaika dulu, menghukum perasaan kini.
Dosa-dosa yang amat dikesalkan. Dia
yakin Zulaika bahagia bersama Doktor
Eskandar kerana wajah bekas isterinya
itu berseri-seri.

“Aisha, papa minta maaf. Papa
sakit, papa minta maaf sebab papa
busuk. Papa kalau boleh nak sangat peluk
Aisha tapi papa tak mampu…” Areef
menangis keinsafan.

Kini kesombongan memamah diri
dan menghancurkan kehidupannya.

“Aisha, tengok papa Areef sayang.
Papa Areef nak tengok Aisha. Dia rindu
Aisha, kesian papa Areef, dia sakit. Allah
sayang tau hambaNya yang sakit.…”
Eskandar memujuk lagi.

282 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Aisha mengeleng dan memeluk
mamanya sahaja. Zulaika tak sampai
hati nak bencikan lelaki yang sedang
sakit ini walaupun hatinya pernah
dihancurkan dulu. Luruh segala dendam
kala melihat Areef yang lemah tak
berdaya ini.

Areef angguk lemah. Kini, apa yang
dia lakukan pada anaknya Aisha, Allah
dah balas. Dulu, dia angkuh. Sentiasa
menyalahkan anaknya atas keruntuhan
rumahtangga mereka. Dek kerana sakit
hati, sejak anaknya itu lahir, dia langsung
tak pandang. Malah, tak pernah
memegang anaknya. Anaknya, Aisha tak
pernah dapat kasih sayangnya. Rasanya
hari ni, baru Aisha mengenal wajahnya
kerana masa bercerai, anaknya masih
kecil.

Suasana jadi cuak biar Aisha
menangis sedikit kuat. Tangisannya buat
Eskandar dan Zulaika panik.

“Sayang kenapa ni? Aisha… Aisha…”

Eskandar mengambil Aisha dan
mendukungnya. Aisha sepertinya masih
takut dan terus menangis.

283 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Kenapa anak papa ni? Tak naklah
nangis macam ni. Aisha kan dah good
girl. Papa ada kan sayang?” Eskandar
mencium dahi anak kecil itu.

Melihat Eskandar memujuk Aisha
membuatkan Areef sungguh terasa.
Kalaulah dia berada di tempat Eskandar
tu sekarang, alangkah indahnya.

“Aisha tak nak papa Areef, Aisha
nak balik. Aisha takut. Papa Eskandar
jangan tinggalkan Aisha kat sini. Aisha
nak balik dengan mama dan papa!”
Aisha meraung menangis.

“Tak, kita cuma nak tengok papa
Areef je, jangan risau tau. Papa tak akan
tinggalkan anak papa. Ya?”

Areef menyimpul rasa terkilan.

“Jomlah balik. Aisha takut, papa
Areef macam zombie!”

“Tak baik Aisha cakap macam tu.
Papa Areef sakit sayang. Kesian dia.
Ingat tak Aisha dulu ada jatuh, berdarah
kat kaki? Aisha rasa sakitkan? Cuba
bayangkan papa Areef lagi banyak luka
dari Aisha. Mesti dia lagi sakit dari Aisha.
Aisha tak kesiankan papa Areef ke? Tapi

284 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

papa Areef kuat, dia tetap bangun nak
jumpa Aisha sebab dia sayang Aisha.
Orang sakit ni, Allah sayang tau. Allah
nak bagi syurga. Allah nak bagi pahala.
Tau?” Eskandar memujuk lagi. Aisha

masih menangis.

“Tak apa Eskandar, Ika. Aku faham

kalau Aisha takut. Iyalah dengan

keadaan aku macam ni, dia masih budak

lagi. Tak mengerti apa-apa. Apapun

terima kasihlah sudi datang jenguk aku.

Dapat tengok anak aku pun, aku dah

bersyukur sangat-sangat. Sekurangnya

sebelum aku tutup mata, hajat aku dah

tercapai.” Areef meluahkan

perasaannya dengan sedih.

“Saya doakan segala urusan awak

dipermudahkan. Awak rajin-rajinlah
makan ubat dan jangan putus asa nak
berubat. Insha Allah, awak akan
sembuh.” Zulaika berkata pada lelaki itu.

Wajah yang pernah menyeksanya
dengan rindu, ditatap sayu. Hingga kini,
belum luruh lagi segala rindu itu tapi
apakan daya, manusia sepertinya layak
terima semua ini.

285 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Terima kasih Ika. Saya nak minta
maaf dengan awak. Dulu masa awak
jadi isteri saya, saya layan awak dengan
teruk. Saya selalu melukakan hati awak.
Saya jahat, saya kejam, saya tak ada
hati perut. Awak terlalu menderita hidup
bersama saya dan saya banyak
menganiaya awak. Sekarang, Allah dah
balas semua kejahatan yang saya buat
atas muka bumi ni. Kalau boleh
diputarkan masa, saya nak tebus salah
saya tapi segalanya dah terlambat. Saya
cuma mampu mohon ampun saja pada
awak, Aisha dan pada Allah.” Areef
membiarkan air matanya menitis,
mencuci dosanya.

“Saya dah maafkan awak, Areef.
Memang saya marah, saya benci, dan
saya berdendam sampai saya rasa tak
nak tengok muka awak lagi, tapi siapa
saya nak menghukum awak. Takdir Allah
itu, dah aturkan yang baik-baik untuk
saya selepas kita berpisah. Saya reda
dengan ujian hidup kita ni. Saya tetap
kenang awak sebagai lelaki yang pernah
hidup bersama dengan saya dan kita pun
ada anak bersama. Apapun, percayalah
saya akan doakan awak selalu…”

286 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef angguk lemah.

“Jangan lupa, pesan pada Aisha.
Sentiasa doakan saya, selepas saya mati
nanti sebab saya perlu doa anak yang
solehah agar saya terlepas dari seksa
kubur.”

Zulaika mengesat air matanya yang
tak putus mengalir.

“Insha Allah, saya akan sentiasa
berpesan pada Aisha, agar selalu
doakan awak dan kita semua.”

Areef pejam mata dan tarik nafas
lega. Seakan pergi beban yang berat
dari badannya. Kini, dia reda jika Allah
mengambil nyawanya. Seakan segala
urusan dunia, sudah pun selesai.

“Papa Areef! Papa Areef janganlah
mati!” Aisha tiba-tiba berpaling dan
berkata begitu padanya.

Areef membuka mata, serentak rasa
terharu tercampak ke hatinya. Air
matanya mengalir lesu.

“Aisha, anak papa. Papa ada ni
sayang, papa belum mati…” Areef
membiarkan air matanya mengalir.

287 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Rasa sungguh bahagia bila Aisha
sudi bercakap dengannya.

Eskandar dan Zulaika saling
berpandangan. Tak sangka juga Aisha
berkata begitu. Eskandar menurunkan
Aisha dari dukungan. Aisha menghampiri
Areef yang tak lepas menyoroti wajah
anaknya itu.

“Kenapa papa Areef sakit? Papa
tak pernah jumpa Aisha. Tak pernah jaga
Aisha. Papa dah lah pergi kerja jauh-jauh
lepas tu bila papa balik, papa sakit, papa
nak mati. Papa tak nak jaga Aisha
macam papa Eskandar ke?” Aisha
bertanya sedih membuatkan Areef
menangis sesungguh hati.

Menyesal. Dia sungguh menyesal
saat ini. Andai Allah pinjamkan dia
seketika waktu, dia mahu menebus saat
bersama anaknya yang telah dibazirkan
sembilan tahun yang lalu. Takkan disia-
siakan. Penyesalan ini hanya mampu
digalas sehingga dia mati.

“Papa minta maaf sayang, papa
sibuk sangat dengan kerja. Dah sakit,
baru papa ingatkan anak papa. Aisha
jangan jadi macam papa tau, jangan

288 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

lupakan mama. Aisha kena selalu ingat
pada mama dan papa Eskandar. Jangan
pergi kerja jauh-jauh macam papa tau.”

Aisha angguk.

“Sakit tak? Tu, tangan papa ada
luka!”

“Lepas jumpa anak papa, papa dah

tak sakit sayang. Papa jadi kuat. Luka ni,
tak rasa apa-apapun. Betul!” Mata

Areef tak lepas menyoroti wajah comel
yang kini disayangi sepenuh hati.

“Kalau macam tu, boieh tak, Aisha

salam dan cium tangan papa? Aisha tak
pernah salam dan cium tangan papa
Areef. Cuma tangan papa Eskandar jer.”

Mendengar itu, meluluhkan
perasaan Areef saat ini.

“Boleh sayang…” terketar-ketar
tangan Areef dihulurkan buat anaknya
itu.

Aisha bersalam dan mencium
tangan Areef. Kuasa Tuhan, di tangan
kanannya itu, tak banyak kudis dan luka
melainkan di bahagian tangan kiri dan
badannya.

289 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Terima kasih sayang sudi cium
tangan papa. Sudi datang jumpa papa
walaupun papa ni busukkan?” Areef
senyum gembira.

“Tadi busuk, sekarang tak.”

Areef gelakkan kaletah anaknya
yang petah berbicara.

AREEF selamat di kebumikan di Tanah
perkuburan Islam Al Hidayah. Tak
sangka, Areef meninggal dalam tidurnya
selepas mereka berjumpa semalam.
Meninggal di hari yang penuh
keberkatan, penghulu segala hari iaitu
hari jumaat.

Segala urusan pengebumiannya
berjalan lancar dan dipermudahkan
Allah. Solat jenazahnya dihadiri beribu
orang.

Benarlah kata Eskandar, tentu ada
kebaikan yang Areef pernah lakukan
sepanjang hidupnya sehingga Allah
mengujinya begitu sekali sebelum
meninggal.

290 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika berdoa agar Allah ampunkan
dosa-dosa Areef dan kuburnya akan
menjadi taman syurga.

Hidup adalah pertanyaan dan
bagaimana kita menjalaninya adalah
jawapan kita.

“Ika okey?” Eskandar bertanya.
Aisha yang sedang memegang tangan
Eskandar dipandang sayu. Anaknya dah
menjadi anak yatim.

“Okey abang, Ika tak sangka
pengakhiran Areef akan jadi begini. Tapi
bila difikirkan semula, inilah pengakhiran
kita semua kan. Kita semua akan mati.”

“Ya sayang, sampai ketikanya kita
akan Kembali pada pencipta kita. Ada
dua hal di dunia ini yang kita akan
melakukannya tapi kita tidak
mengetahuinya bila, iaitu saat pertama
kali kita membukakan mata dan saat
terakhir kita memejamkan mata
(mata).”

Zulaika tarik nafas dalam-dalam
dan lepaskan.

291 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Hiduplah seperti kamu akan mati
esok dan berbahagialah seperti kamu
akan hidup selamanya.”

Tangan suaminya sebelah kanan, di
gengam erat.

“Abangkan sayangkan Ika seikhlas
hati abang. Abang harap, cinta kita akan
kekal hingga ke syurga dan Ika Ketua
bidadari di sana nanti.”

“Ameen… Ika berazam akan jadi
isteri abang yang lebih baik di masa akan
datang.”

“Hish tak perlu sayang, sebab…”

“Sebab…”

“Ika dah cukup terbaik untuk
abang.”

Zulaika dan Eskandar saling
berpandangan, lalu tersenyum bahagia.

Bahagia itu sederhana. Jangan di
bandingkan yang telah datang dengan
yang sudah pergi. Kerana bahagia hari
ini, akan mencipta momen terindah untuk
dikenang masa depan.

TAMAT

292 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Psttt: Terima kasih sudi dapatkan ebook Jangan Seksa
Aku Dengan Rindu. Maaf jika ada salah dan silap Mia
sepanjang menulis karya ini. Semoga kisah ini jadi
pengajaran untuk kita semua. Jika ada sebarang dialog
yang membuatkan anda tidak selesa (keganasan&unsur
rumahtangga) mana yang baik ambil lah, mana yang
buruk, maafkan Mia.
Salam Sayang,
Mia Kiff

293 |


Click to View FlipBook Version