The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Author Mia Kiff, 2022-07-08 23:25:30

Miss Miaaa Uhuk

nobody

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

17

Areef memandang lama, potret
perkahwinan dia dengan Zulaika.
Isterinya itu sangat cantik dengan
busana songket berwarna purple
itu.

Ketika itu, dia rasa sungguh
beruntung kerana memiliki wanita itu
sebagai isteri. Sayangnya bahagia
dikecapi tak sampai setahun, kehadiran
anak merosakkan kebahagiaan mereka
ada.

Jauh di sudut hati, dia rasa rindu
pada isterinya itu. Jiwanya kosong

201 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

walaupun nafsunya sentiasa dipenuhi
oleh Jiha.

Kelembutan, keindahan, layanan dan
kecantikan Zulaika, tiada siapa dapat
mengatasinya.

Mungkin, tiba masanya untuk dia
bawa Zulaika balik semula ke sini. Biarkan
mamanya, menjaga Aisha di sana. Dia
mahu Zulaika miliknya seorang.

Selama 55 hari, tiada tanda-tanda
isterinya itu memberitahu yang dia
bersedia untuk pulang. Senyap saja.

Mahu tak mahu terpaksa
menghubungi isterinya itu. Didail
berulang kali namun tak menjawab.

Shit! Perempuan ni sengaja kan nak
aku menyembah dia. Tak apa.

Areef menghubungi mamanya pula.
Yes, mamanya menjawab telefon.

“Assalamualaikum mama, mama
sihat?”

“Sihat, alhamdullilah. Baru nak
telefon?” Hambar jawapan mamanya
itu.

202 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Busylah mama. Mama, Ika dah nak
habis pantang kan?”

“Iyalah. Kenapa?”

“Nak bawak balik dia. Mama jaga
cucu mama boleh? Kalau mama tak
sempat, upahlah siapa-siapa jaga budak
tu. Areef nak, Ika seorang je.”

“Apa dalam fikiran kamu ni? Ika tu
cukup rapat tau dengan Aisha, kamu
senang-senang nak pisahkan? Kamu ni,
tak sayang anak ke?”

Areef cari idea lain.
“Mama kitorang lama tak jumpa ni,
bagilah peluang nak luangkan masa
bersama. Atas apa yang berlaku Areef
nak baiki semula hubungan kami suami
isteri. Pasal anak tu, letaklah tepi kejap,
Tolonglah mama.”

“Senangnya kamu nak balik macam
dulu, hati dan perasaan Ika ada kamu
fikir? Dia nak ke?”

“Apasal pulak tak nak, dia isteri
Areef kan?”

203 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Atas apa yang dia lalui selama ni,
kamu fikir dia boleh ke, terima kamu.
Kamu dah berlaku kejam pada dia tau.
Mama rasa kamu tak ada pun nak minta
maaf dengan dia. Insaf jauh sekali. Dia
bukan boneka untuk kamu persiakan.”

“Masalah kami sekarang ni adalah
anak.Punca kami adalah anak.”

“Jangan nak salahkan anak.
Puncanya adalah kamu sendiri! Ego,
selfish dan tak bertanggungjawab.”

“Kalau budak tu tak ada,
rumahtangga kami bahagia, mama!”

“Astaghfirallahalzim, jadi betul lah,
kamu ni memang langsung tak ada
perasaan sayang pada anak sendiri.
Mama perasaan sejak Aisha lahir,
pandang pun tak apatah lagi nak pegang
anak kamu.”

“Areef kalau dah tak suka, tak boleh
nak paksa ma. Areef memang tak nak
anak. Areef nak, Zulaika seorang. Areef
harap mama faham. Kalau mama
sayang cucu mama tu, mama jaga dia
untuk kami. Buat masa sekarang ni, Areef

204 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

tak boleh nak terima dia atas apa yang
terjadi.”

“Salahkan anak lagi? Anak tu masih
kecil, Areef. Mana pergi hati perut kamu?
Kalau macam nilah perangai kamu, baik
kamu hidup seorang jelah. Buat naya
anak orang je. Zulaika tu banyak makan
hati dengan perangai ego kamu tu.
Tahu?”

“Mama, ini urusan rumahtangga
kami. Sebab mama dan papa masuk
campurlah keadaan makin teruk
sekarang ni. Mama nak Areef buat apa?
Takkan nak kami bercerai pulak.” Areef
melepas perasaannya.

“Macam nilah, kamu bincang elok-
elok dengan dia.Kejap, mama bagi
telefon kat dia.”

Zulaika mengeleng.

“Ika, sampai bila Ika nak mengelak.
Berdepan dengan dia, tegakkan hak Ika
sebagai wanita, jangan biarkan lelaki
pijak. Jangan risau, mama ada. Ya?”
Pesan Puan Rabiah beri Zulaika kekuatan
dan keyakinan.

205 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika akhirnya menjawab
panggilan itu.

“Hello..”

"Oh hidup lagi rupanya. Aku call kau
banyak kali. Kenapa tak jawab? Kau ke
mana?" Terpaksa Areef mengalah
kerana mahu Zulaika balik. Nak harap
isterinya sendiri nak balik, sampai ke
sudah.

Seronok sangat agaknya tinggal
dengan mamanya. Dia di sini
terkontang-kanting tak ada bini. Sampai
bila? Sampai mampus? Dapat suami
hensem pun, tak dikisahnya. Nak apa
lagi?

Zulaika mendengus. Terpaksa cakap
juga bila suaminya menghubungi
menggunakan telefon ibu mentuanya.

"Tengah busy, makan." Jawab
Zulaika hambar.

"Makan? Seronok yea kau kat sana.
Makan tidur. Makan tidur."

"Seronoklah, makan kan terapi
stress..."

"Banyaklah kau punya seronok. Ni,
kau dah habis pantang kan?"

206 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Ye..." Hambar balasan Zulaika.

Areef berdecit. Shit! Terpaksa
'sembah' juga perempuan ni suruh dia
balik. Terpaksa turunkan kadar ego.

"So kau tunggu apa lagi? Bila nak
balik? 55 hari dah ni.”

Zulaika jeda seketika. Tahu pulak, nak
ajak dia balik. Ingatkan dah tak nak dia
lagi dah. Entah apa yang menantinya di
sana jika dia balik.

“Tak nak!”

“Hah? Tak nak? Apa masalah kau
ni?”

"Bukan abang kata selagi Ika gemuk,
abang tak nak tengok Ika ke?"

"Hah? Kau cakap apa ni? Apa
masalahnya kalau kau makin gemuk?"

"Yelah, memang makin gemuk pun,
tadi timbang dah 118 kg..."

"Mak datuk, gemuknya. Aku dah
suruh kau diet kan?"

"Yea, tapi makin gemuk. Nak buat
macam mana, so Ika sedar diri yang Ika
bukan untuk abang lagi. Ika tak mungkin

207 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

jadi macam dulu balik. Abang dah hilang
Ika yang dulu...."

Areef mengelus rambutnya hingga
berserabai.

"Kau balik sini, tahulah aku macam
mana nak kuruskan kau. Siang malam aku
buat kau bersenam, kau berpeluh. Kalau
dibiar kat sana, makin gemuk jadinya
kau. Kau ni tak boleh harap langsung,
makan je kerja kau, diet ke laut dalam."
Areef membebel.

"Ika nak kerja semula, Ika tak nak
balik sana dah. Mama pun sokong
keputusan Ika."

Terkejut Areef.

"Eh, siapa bagi keizinan kau bekerja
ni? Kau tu masih isteri aku tau, tempat kau
disisi aku. Kau nak ke, sampai perempuan
lain gantikan kau dalam rumah ni. Hah?"
Suara Areef meninggi.

"Sebab tu saya nak kerja, sebab
abang pernah cakap abang tak suka
saya gemuk. Bukan taste abang. Abang
jijik, abang geli, abang menyampah.
Abang tak nak tengok muka saya.
Abang nak buang saya macam sampah.

208 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

So, saya nak move on lah dari
perkahwinan kita, sebab tu saya nak
kerja untuk sara hidup saya dan anak
saya incase jadi apa-apa nanti..."

Areef rasa tergigit lidah sendiri.

"Hei, apa kau merepek ni?"

"Pembetulan. Mana merepek pun.
Saya ulang apa yang abang pernah
cakap pada saya..."

Areef tertelan air liur sendiri. Aduh,
dia ada cakap macam tu ke? Shit!

Areef meraup wajahnya dan
hembus nafas keras. Terlanjur kata pulak.
Memanglah dia tak suka Zulaika berisi
tapi tak adalah buruk dan hodoh sangat
pun isterinya itu.

Dia pun dah naik bosan dengan Jiha
tu. Sekali dua bolehlah menghadap. Dia
nak Zulaika balik.

“Kau masih isteri aku lagi, tempat
kau kat sisi aku. Apa yang aku cakap tu,
tu semua untuk bagi kau motivasi nak
kurus. Tapi kalau kau makin gemuk nak
buat macam mana? Hadap jelah aku!
Dah, jangan banyak cakap. Balik!”

209 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Buat apa? Untuk jadi bahan hinaan

abang? Ika pun ada hati dan perasaan.
Abang ingat Ika apa? Robot?”

“Pandai kau menjawab yea, siapa

ajar kau ni? Dulu kau tak macam ni.
Mentang-mentang mama sebelahkan
kau berani kau ye.”

“Dulu, Ika masih bersabar.
Sekarang, sabar tu dah hilang.”

“Okey macam ni. Kau isteri aku, dan

aku takkan lepaskan kau. Aku tahu atas
apa yang berlaku, kau masih tak puas
hati dengan aku dan aku mintak maaf
pun tak guna. Benda dah jadi pun. Aku ni
nak jernihkan keadaan. Sekarang ni aku
nak kau balik sini, tinggalkan Aisha kat
mama. Biar mama yang jaga. Nanti aku
bayar upah pengasuh. Aku cuma nak kau
je, bukan budak tu. Faham?”

“Sorry. Ika takkan berpisah dengan

Aisha semata-mata abang. Dia nyawa
Ika. Dia segala-galanya bagi Ika!”

Menyirap darah Areef
mendengarnya.

210 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Antara anak dan suami, mana lebih
penting? Kau janji dengan aku apa dulu
masa kau mengandung? Kau nak
utamakan aku kan? Sekarang ni apa?
Aku dah bagi masa kat kau sebulan lebih,
Zulaika, tak puas-puas lagi kau
membelakangkan aku?”

“Ya, tapi anak Ika yang buat Ika
bahagia sekarang ni, bukan abang!”

“See? Sebab tulah aku tak nak kau
mengandung dan kita ada anak, sebab
perkara aku risaukan akhirnya berlaku.
Sekarang kau tengok apa budak tu dah
buat. Kalau bukan sebab dia,
rumahtangga kita takkan jadi porak-
peranda macam ni. Budak tu, bawak
beban masalah.”

“Tak, Aisha adalah kekuatan Ika
untuk bangkit mempertahankan hak Ika
dari abang perlakukan sesuka hati. Kalau
tak ada anak, Ika takkan berani macam
sekarang.”

“Hei, kau jangan nak buat aku
marah yea, kalau aku tau kau macam ni,
masa kau mengandung aku dah pijak
perut kau tau biar budak tu mati. Aku

211 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

bawak kau pergi gugurkan kandungan.
Dulu kau janji lain, dah beranak, kau jadi
lain. Apa ni? Kau jangan cari pasal
dengan aku. Kau jangan nak cabar aku
yea.”

“Abang nak buat apa? Nak pukul?
Nak hina? Silakan. Buat apa abang nak
buat tapi jangan ingat Ika boleh berdiam
diri.”

“Hei, aku cuma nak kau tinggalkan
anak tu pada mama. Bila free kita
baliklah jenguk dia. Bukannya buang dia
kat dalam tong sampah. Kau faham ke
tak faham? Sekarang kau pilih, anak ke
suami?”

“Anak!” Terus Zulaika jawab.

“Kau memang nak kena dengan aku!
Aku ni, punyalah sanggup terima badan
kau yang gemuk tu, kau ni patut
bersyukur tau. Kalau aku tak kutip kau,
tak ada lelaki yang nakkan perempuan
gemuk macam kau tau?”

“Ye ke? Terharunya Ika. Maaflah
abang, Ika rasa, Ika tak ada hati nak
balik rumah yang penuh kenangan pahit

212 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

yang hampir meragut nyawa Ika.
Cukuplah sampai di sini!”

“Kau jangan ingat kau boleh
terlepas dari aku ya? Hei, jangan sampai
aku seret kau balik ke sini! Aku ada hak
tau.”

“Ika dah tak kisah. Cukuplah apa
yang Ika tanggung selama Ika hidup
bersama abang setahun ni. Itu bukan
rumahtangga, itu neraka!”

Talian dimatikan. Zulaika mengurut
dadanya, agar makin lega. Tak sangka,
dia seberani ini melawan lelaki itu.

“Syabas, anak mama dah makin
berani tegakkan maruah sendiri. Itu yang
mama inginkan. Mama minta maaf atas
perbuatan anak mama, mama yang
gagal didik dia….” Puan Rabiah senyum
sebak. Dia mendengar segala perbualan
itu tadi kerana dia membuka loud
speaker. Tak sangka, begitu teruk
layanan dan kata-kata anaknya pada
menantu.

“Ika minta maaf terpaksa kurang
ajar dengan anak mama. Ika dah penat.
Penat hadap semua ni. Selama ni, Ika

213 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

sabar. Ika berdiam diri, kali ni Ika dah tak
sanggup bertahan. Ika buat semua ni,
demi Aisha.”

“Jangan risau, mama dan papa
akan sokong apapun tindakan Ika.
Mama sayangkan cucu mama, mama
tak nak masa depan cucu mama musnah
kerana dibesarkan dalam suasana yang
tak sihat seperti ni. Mama dan papa akan
ada bersama Ika ya? Kalau Ika nak
failkan penceraian, mama akan sediakan
peguam terbaik untuk Ika. Ya?”

“Baik, mama. Terima kasih mama.”
Zulaika memeluk ibu mertuanya itu.
Menangis mereka bersama.

ARGHHHH! Tak guna! Areef
menghempas telefonnya atas tilam.
Geram betul lah perempuan ni. Sengaja
kan cari pasal dengan aku. ‘Kau tunggu
Zulaika, aku akan balik menghadap muka
kau. Masa tu aku nak tengok, kau berani
ke tak berani, melawan suami kau ni.’

Jiha menapak keluar dari bilik mandi.

“Apa You bising-bising ni? Dengar
sampai bilik mandi.” Jiha berseloroh.

214 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Bersahaja menyarung pakaiannya depan
Areef.

Areef melepas keluh.

“Jiha, I nak You kemaskan barang-
barang You. Sebab isteri I dah nak balik.
Dia dah habis pantang. Esok I akan pergi
ambil dia kat kampung.”

Jiha yang menapak ke katil
terkesima. Sedikit kecewa.

“Alah, dah nak balik? Cepatnya.
Rasa macam baru je dia bersalin.”

Cepat apa, Areef rasa macam
seribu tahun. Dia dah tak boleh bertahan
lagi dan bersikap hipokrit depan Jiha. Dia
mengulit tubuh itu tapi dalam mindanya
membayangkan Zulaika. Rindu yang
teramat sangat pada Zulaika.

Walaupun membayangkan namun
perempuan itu, tetap tak sama dengan
isterinya. Isterinya itu, lain dari yang lain.
Cukup istimewa tiada gantinya.

“Dah 55 hari. Baru apanya.”

“Alah, biarlah dia duduk sana
sampai 100 hari. Sampai dia sihat. I dah
seronok lah tinggal kat sini dengan You.

215 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

You tak payahlah kisahkan dia, I kan
ada?” Jiha memicit-micit bahu lelaki itu.

Areef makin rimas. Angkat bahunya.
Berdecit.

“Nope, cukup setakat hari ni saja.
Lepas ni, kita teruskan hidup masing-
masing. Isteri I dah balik so, kita tak perlu
macam ni lagi dah.”

Jiha memuncungkan mulutnya.

“Hah? Maksud You, lepas ni You dah
tak cari I lagi?”

“Iyalah, kan You cuma nak tolong
settelkan masalah I. sekarang isteri I dah
balik so, masalah I dah selesai. Isteri I dah
ada kan?” Areef balas hambar.

“So, apa yang berlaku antara kita ni,
hanya kerana nafsu?” Jiha mengamati
wajah tampan yang mula digilakan itu.
Lelaki ini cukup pakej dimatanya.
Sungguh dia cemburu pada isteri Areef
yang memiliki lelaki ini.

“Memang itu pun yang berlaku sejak
awal lagi. You sendiri tahu kan. Apa kita
buat ni, cuma suka-suka. No
commitment. Kita cuma kawan. You

216 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

cuma tolong I settelkan masalah I selama
isteri I tak ada. You nak expect apa
sebenarnya ni?” Areef angkat bahu.

“Memanglah mula-mula I cuma

suka-suka je, I memang kesiankan You, I
memang nak tolong You, tapi bila You
sentuh I dan kita bersama, I mula jatuh
cinta dengan You, Areef.” Jiha

meluahkan perasaannya.

Areef gelak sinis. Tangannya yang
cuba diraih, dijauhkan.

“You jangan nak berguraulah Jiha, I

dah banyak kali cakap, cinta I cuma untuk
isteri I. Cuma I kalah dengan nafsu. I tak
boleh nak control. Tapi perasaan I
seluruhnya memang untuk isteri I.
Walaupun I tidur dengan You, ni…”

Areef menunjukkan kepalanya.

“Dalam fikiran I, hanya
membayangkan isteri I.”

“Sampai hati You, habis tu selama
ni…” Patutlah lelaki itu, akan menyebut
‘Ika sayang” setiap kali menyentuhnya.

“Ya. You tak payah buat-buat frust
lah. Macamlah I tak tahu, kat ofis tu, I

217 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

bukan lelaki pertama pun. Kalau bukan I,
ada lagi yang sudi puaskan You. Memang
itu pun perangai You kan? Ingat janji kita
dari awal lagi, no commitment. Okey?
Sekarang ni tolong kemaskan pakaian
You, You boleh balik sekarang!”

Nafas Jiha turun naik. Menahan sakit
dibuang begini. Tapi betul pun apa lelaki
itu cakap, dari awal lagi mereka dah
berjanji dan dia tak boleh nak tuntut
apa-apa.

“Okey, I boleh keluar. Tapi janganlah
sampai terputus hubungan. Kita teruskan
macam biasa. Dekat ofis, masa rehat,
kita masih boleh jumpakan? I janji ia akan
kekal rahsia antara kita. I boleh cari lelaki
lain tapi nak jumpa yang serupa macam
You, susah.” Jiha memujuk lelaki itu lagi.

“Isteri I dah ada, tak mungkin I akan
fikirkan perempuan lain selain dia.
Dahlah, cepat kemaskan. I nak keadaan
rumah ni clear dengan barang-barang
You! Please Jiha, macam mana You
datang, macam tu lah You balik. Boleh
tak faham I?”

Areef mula bangun mengemaskan
cadar dan mahu menukarkan dengan

218 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

yang baru. Mengemaskan bilik agar
keadaan seperti sediakala.

KETUKAN di pintu membuatkan Zulaika
terburu-buru bangun. Agaknya
mentuanya dah balik dari klinik dari
membawa bibik yang demam.

Aisha yang dah lena tidur di letakkan
atas katil.

Sebaik saja pintu di buka, dia
tergamam melihat Areef depan mata.
Mulutnya bergerak-gerak ketakutan.

Tak sangka, belum sempat dia pergi
lelaki ini sudah balik. Ya Allah!

Dan Areef pun turut sama
tergamam dan terlopong melihat
Zulaika. Matanya makin membesar saat
menyoroti wajah isteri yang lebih jelita
berbanding sebelum ini. Dan, matanya
singgah pada lekuk badan isteri yang
terbentuk indah. Terus terpegun tak
terkata.

Saat itu, perasaan gila yang sarat
rindu, makin ke kemuncak pada isterinya
itu. Lagi ditatap wajah itu membuak-

219 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

buak rasa cinta dan rindu yang ingin
segera dilepaskan.

Areef baru teringat. Bukankah
Zulaika cakap dia gemuk ke? Habis ini
apa?

"Ika?" Areef bertanya pelik.

Lain pula perasaan Zulaika di kala itu.
Dia rasa seluruh tubuhnya mengigil.
Bibirnya jadi kelu dan kakinya bagai
diskru di lantai. Rasa cemas dan takut
makin menguasai diri. Lelaki itu, terlihat
seakan 'monster' yang dalam kelaparan
dan sedang menjadikan dia mangsa.

Zulaika berfikir pantas. Terus cuba
ditutup pintu agar lelaki itu tak bolos
dengan cemas.

Areef yang tersedar, segera
menahan pintu dari hampir tertutup.

Kini, hanya tinggal wajah Zulaika
saja yang dapat dilihat dicelah pintu.

Saling berebut, menolak pintu
seakan beradu tenaga di situ.

"Sayang, apa ni? Bukak pintu. Abang
nak masuk. Sayang! Bukak abang
cakap!" Areef mengarah bersama
kudrat lelaki yang dikerahkan.

220 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Berkerut muka Zulaika cuba menutup
pintu dalam keadaan cemas. Dia tak nak
lelaki itu masuk dan mendapatkannya.
Hanya yang buruk-buruk tertayang
diruang mata andai Areef berjaya.

"Sayang! Abang kata buka pintu,
apa masalah Ika ni..." Areef makin
tercabar pula. Zulaika lupa agaknya
siapa dia di mata perempuan itu.

Lagipun ini rumah orang tuanya,
masakan melayan dia begini?

"Zulaika!" Laung Areef kuat, seraya
menyebut nama isterinya, kekuatan
Areef meningkat sekali ganda dan pintu
itu berjaya dihalang dari tertutup.

Zulaika terdorong ke belakang dan
hampir-hampir hilang keseimbangan diri.

Kini lelaki itu sedang berdiri gagah di
hadapan pintu sambil mata merenung
tajam ke arahnya dengan nafas turun
naik.

Zulaika makin mengeletar ketakutan
dan berundur ke belakang saat lelaki itu
menapak ke arahnya.

"Jangan dekat, keluar! Keluar!"
Zulaika menempik. cuba menghalang

221 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

lelaki itu walaupun dia sangat takut. Air
mata ketakutan mengalir.

Areef senyum sinis. Makin menapak
ke arah isterinya itu dengan berani.

"Keluar? Ika nak suruh abang keluar?
Hah? Cubalah keluarkan abang dari
sini..." Areef membalasnya, mencabar
isterinya itu.

Zulaika tak keruan bila Areef
semakin menghampiri dan keperitan
lepas mula menguasai dirinya.

Kerakusan dan kekejaman lelaki itu,
bagai tayangan video di depan mata.

Saat Areef mendekati, Zulaika terus
duduk, menutup ke dua belah telinga dan
memejamkan mata rapat-rapat.

Hanya air mata mengalir jadi saksi
ketakutannya pada lelaki itu.

Areef yang kini merapati isterinya,
terkedu sekejap bila dia sebenarnya
menakutkan Zulaika. Isterinya seperti
trauma. Teruk sangat ke apa yang dia
lakukan hari tu?

Wajah gementar itu dihayati. Areef
menghela nafas panjang.

222 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Perasaan marah dan tak puas
hatinya lesap. Berganti kesian. Tak
sangka, sebegini takutnya Zulaika.
Semalam bukan main lagi berani
melawan cakap dengannya. Hari ini
menikus.

Akhirnya Areef duduk bertinggung
sebelah Zulaika, sambil mata tak
menyoroti wajah yang ketakutkan itu.
Bibir bergetar itu dipandang penuh minat
dan kasih sayang. Dia membiarkan
Zulaika tenangkan fikirannya sendiri.

Pandangannya bertukar lembut.

Zulaika masih memejam mata
rapat-rapat, terasa nyawanya bagai
tak lepas. Dadanya turun naik menahan
sesak ketakutan.

Zulaika rasa nyawanya bagai
dihujung tanduk dan menanti tindakan
lelaki itu namun Areef seperti diam. Dia
ke mana?

Detik demi detik berlalu seakan
memberikan ruang untuknya meredakan
ketakutan sendiri dan tidak lagi
ditakutkan lelaki itu.

223 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika memberanikan diri membuka
mata dan terus terbuka luas, saat
wajahnya suaminya betul-betul depan
mata. Terkejut.

Cup!

Ciuman hingga ke pipinya dan Areef
senyum lebar.

"Hai. Semalam bukan main lagi
melawan cakap abang, sekarang ni, apa
cerita? Takut pulak dia..." Areef senyum
mengejek Zulaika. Menepuk pipi isterinya
perlahan.

Zulaika telan air liur. Hanya bibir
bergerak-gerak. Wajah Areef yang
tersenyum dipandang tak berkelip.
Wajah tampan yang pernah bertahta
dihati, kini terasa gerun sekali.

"Patutlah sombong, rupanya makin
cantik isteri abang ni. Tapi tak apa,
abang suka Ika macam ni. Baru ada thrill
sikit.." Areef senyum senget dan
mengenyitkan mata.

Zulaika sedikit tenang bila lelaki itu
tak mengasarinya. Dia mengalihkan
tangan dari telinga. Menikus ke
belakang.

224 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Apa niat abang ni? Jauhlah dari
Ika!" Zulaika menginjak ke belakang
namun terperangkap dengan dinding.

"Hei, apasal takut sangat ni? Abang
tak makan orang lah.Abang tengah cari
isteri abang ni, hah, dah dapat pun dia!”
Renungan lelaki itu sungguh mendalam.

“Ika tak hingin jumpa abang!”

“Tipulah, kalau tak hingin, kenapa
ada kat sini hah? Ni rumah mama dan
papa abang tau. Bila-bila masa pun
abang boleh keluar masuk. Abang tahu,
Ika memang tunggu abang balik, pujuk
Ika kan?”

Areef pandang tepi katil. Ada bag
pakaian disitu. Isterinya pun dah bersiap
seperti bersedia mahu keluar.

"Hurmm, pakaian dah kemas ya?
Jom ikut abang?" Areef bangun meraih
tangan Zulaika.

Zulaika tersedar dan cuba merentap.
Masih kukuh ditempatnya.

"Siapa nak ikut abang! Ika nak pergi
dari sini. Ika nak tinggal berdua dengan
Aisha je,..." Balasnya takut.

225 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Kenapa tak nak ikut abang sayang,
abang suami Ika kan?"

Areef memegang semula tangan
zulaika kemas.

"Ika dah tak nak jadi isteri abang
lagi. Abang jahat!" Zulaika menempik lalu
meronta-ronta.

Areef gelak sinis.

"Abang jahat? Okey? Cuba halang
abang..."

Tanpa menunggu, Areef terus
menunduk dan meraup tubuh Zulaika,
mengangkatnya ke atas bahu seperti
memikul guni beras.

"Apa ni? Lepas abang!" Zulaika
meronta-ronta namun lelaki yang tinggi
lampai itu gagah memikulnya di bahu.

Sambil berjalan keluar, Areef
sempat mengeluarkan telefon bimbit dan
menghubungi orang tuanya.

"Mama! Areef bawa Ika pergi
honeymoon ya. Kami tinggalkan anak kat
rumah. Mama balik cepat tau, anak
tengah tidur. Assalamualaikum..."

Baru Zulaika teringatkan anaknya.

226 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Abang apa ni? Lepaslah... Ika tak
nak ikut abang!"

"Kena ikut!"

"Tak naklah!"

Areef tak peduli. Membawa Zulaika
keluar secara begitu hingga ke kereta.
Terus dimasukkan isterinya dalam perut
kereta dan mengunci.

Berlari ke arah tempat pemandu dan
segera masuk, memegang lengan Zulaika
yang cuba mahu keluar dari kereta.
Segera mengunci dan lock pintu terus.

Areef terus memandu keluar tanpa
rasa bersalah.

"Abang, apa ni? Takkan nak
tinggalkan anak macam tu saja.
Tolonglah berhenti, Ika nak balik! Ika tak
sangggup berpisah dengan Aisha.
Tolonglah..." Zulaika cuba merentap
lengannya namun Areef masih
memegang.

"Siapa suruh Ika pilih anak dari
abang? So terima lah padahnya." Tenang
nada suara, Areef.

227 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Tolonglah abang ada sifat
kemanusiaan sikit. Anak kita masih bayi,
masih menyusu badan..."

"Susu tepung banyak kan. Apa
masalahnya? Jangan risau, mama boleh
jaga cucu dia. Ika pulak, jaga papa pada
cucunya. Boleh?"

Zulaika pandang ke depan. Hanya
mampu menangis membayangkan
anaknya. Dia sangka dia kuat, rupanya
dia perempuan lemah yang mudah
diperkotak-katikkan lelaki ini.

"Kita nak ke mana ni? Tolonglah, Ika
nak balik abang."

"Kita honeymoon kat Pulau.
Seminggu lagi, kita balik. Abang nak
sedarkan Ika tentang tanggungjawab
Ika pada suami Ika ni. Soal anak letak
tepi sekejap.Okey?"

"Abang! Agak-agaknya, anak masih
menyusu badan. Bengkaklah susu nanti...."

"Nak risau apa, abang ada. Abang
boleh surutkan, abangkan pakar dalam
bab ni. Tak payah risaulah, serahkan saja
pada abang..."Areef mengusik sambil
senyum miang.

228 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika makin sakit hati dan hanya
mampu menangisi nasib diri. Kalau dia
tahu lelaki ni nak balik, dari pagi lagi dia
dah keluar. Tapi dia tak sampai hati
kerana mentuanya terlalu sayangkan
cucu dan susah nak berenggang.

"Saya tak nak, lepaslah! Abang ni,
memang pentingkan diri sendiri!" Zulaika
memarahi lelaki itu dan cuba menarik
lengannya.

"Selagi Ika buat keras kepala
macam ni, lagi lama lagi Ika dapat
jumpa Aisha. Faham?"

Zulaika tak dapat tahan perasaan
sedihnya. Dia tahu ugutan Areef itu betul.

"Baik abang bunuh je saya. Dari
seksa saya dengan perkahwinan toksik
macam ni. Kenapa ya abang tak ada hati
perut? Sanggup abang pisahkan saya
dengan anak saya."

Tangisan Zulaika melemahkan ego
Areef namun tidak sedikit meruntuhkan
sikap pentingkan dirinya.

Areef rasa dia harus mengalah. Saat
begini, kekerasan takkan selesaikan
masalah. Hanya kelembutan dan

229 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

pujukan. Lagipun, jika dia mengalah,
habuan yang diterima pasti lumayan.
Iaitu Zulaika. Itu yang dia nak
sebenarnya.

"Sayang, dahlah tu. Tak payah
menangis. Okey, Abang minta maaf
sangat-sangat. Abang tahu, selama ni
abang banyak sangat buat salah dengan
sayang. Sayang sampai trauma dan
terluka dengan perbuatan abang. Abang
balik ni sebab abang nak pulihkan semula
hubungan kita suami isteri. Abang
cintakan Ika, tak ada perempuan lain di
hati abang ni...."

Tangan isteri dibawa ke dadanya.

"Ika dah tak nak cinta abang tu..."

Tangan Zulaika diraih dan dicium
lembut.

"Janganlah macam tu. Hidup
berumahtangga ni, memang banyak
dugaannya. Gaduh tu perkara biasa. Ika
tanyalah siapa pun yang berpuluh-puluh
tahun berkahwin, akan cakap benda
yang sama. Kita ni, baru setahun lebih je
sayang. Janganlah mengalah macam ni.
Kita belajarlah dari kesilapan dan bagi
peluang. Abang betul-betul minta maaf

230 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

ya sayang. Abang kena akui, abang
perlukan Ika untuk melengkapkan hidup
abang.”

Zulaika terdiam. Mencari keikhlasan
dari situ agar hati yang rawan ini
terpujuk.

“Ika tahu tak, 55 hari kita tak jumpa,
abang cuba lawan ego abang dengan
tak balik, tak contact tapi abang kalah
sayang. Kalah dengan rindu pada
sayang. Walaupun sayang bagitau
sayang gemuk, perasaan rindu dan cinta
abang tetap sama. Abang dah tak boleh
tahan, sebab tu abang balik hari ni!
Abang tak nak kita berpisah lagi. Abang
dah tak sanggup. Tak ada perempuan
selain sayang yang buat abang rasa
macam ni." Lembut pujukan Areef
membuatkan Zulaika makin tenang.

"Abang minta maaf sangat-sangat
ya. Lepas ni abang tak akan berkasar
lagi. Marah-marah Ika lagi. Abang tak
akan berlaku kejam pada Ika. Abang
akan berubah. Lepas ni abang janji kita
sekeluarga akan hidup bersama sampai
bila-bila."

"Termasuklah Aisha?"

231 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Ya, termasuk Aisha dan anak-anak
kita yang akan datang!"

"Betul ni? Abang tak tipu? Abang
nak anak lagi?”

"Ya sayang. Anak kan penyeri dalam
rumahtangga. Abang patut faham, naluri
seorang ibu, macam mana. Abang janji,
abang tak akan pisahkan Ika dengan
Aisha. Dengan syarat, abang mesti ada
sekali. Bagi abang peluang sekali saja
lagi? Bolehkan sayang?"

Zulaika terdiam seketika. Tangannya
digengam lelaki itu sambil dia memandu.

Dia menghela nafas panjang.
Melembutkan hati yang sedia keras
sebentar.

"Iyalah, Ika bagi abang peluang tapi
abang janji jangan buat lagi..."

Senyum Areef melebar.

"Yes! Abang janji!"

Zulaika mengesat air matanya dan
senyum gembira.

"Kita patah balik lah. ambik Aisha "

"Sayang, kita nak honeymoon kan.
Lagipun dah jauh ni. Bagi mama jaga

232 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Aisha kejap yea. Aisha okey. Abang rindu
sangat kat Ika, abang nak lepas rindu
puas-puas dulu. Nak hangatkan semula
cinta kita yang dah padam dalam diri
Ika..."

"Honeymoon apa. Tak boleh lagi, 100
hari berpantang. Lagi pun, Ika berjahit
dua kali kan? Seriaulah."

"Alah, janganlah macam ni sayang.
Tolonglah abang dah tak boleh tahan
rindu dah. Sayang dah sembuh, abang
yakin. Abang ada baca kat carian
google, abang pun ada tanya doktor.
Memang dah boleh bersama. 100 hari tu
cuma petua orang tua-tua je. Dari segi
agama, tak salah pun. Pleaselah jangan
seksa abang lagi, kesianlah kat abang
sayang..."

"Ika takut, kalau jadi macam hari
tu..."

"Hari tu lain, sayang baru seminggu
bersalin, masih berjahit masih luka masih
berdarah. Sekarang dah tak ada semua
kan? Dah tak sakitkan? "

Zulaika mengangguk.

233 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Dah tu tak payah risau, keadaan
akan jadi seperti biasa. Sama seperti
saat kita mula-mula kahwin dulu. Abang
tahu, sayang cuma trauma je ni. Trauma
ni kita kena lawan bukan mengelak.
Serahkan je pada abang, tahulah apa
abang nak buat. Ya?"

Zulaika mengangguk. Pandang ke
luar. Tak ada kesudahan kalau bertekak
dengan Areef. Kepala batu tak boleh
diubah. Zulaika kena mengalah dalam
masa yang sama...

"Iyalah, ikut abang lah. Kesian pulak
kat abang, 55 hari kena tinggal isteri.
Kalau lelaki lain, entah-entah dah cari
perempuan lain. Abang tak kan? Kan
abang?"

Areef rasa tercekik. Dia senyum
tawar. Berpeluh sekejap.

"Kalau cari pun, rasa tak sama. Buat
apa?"

"Hah? Mana abang tahu rasa tak
sama?"

Areef mengelabah.

"Maksud abang rasa cinta lah. Kena
ada rasa cinta dan sayang pada

234 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

seseorang tu, barulah ia boleh berlaku.
Macam abang dengan Ika lah."

"Oh, kira abang setialah selama 55
hari ni?"

"Setia lah, apa pulak tak setia. Kalau
tak setia, abang tak langgar tau lampu
merah malam tu. Malam last tu ler, jadi
bekal 55 hari tau. Dah kering kontang
abang ni. Kesian kat abang.”

"Manalah tahu, setahun berkahwin
abang tu, Ika cukup kenal suami Ika ni.
Terpikirlah juga 55 hari tu, ye ke abang
boleh tahan sabar?"

"Ya, tapi 55 hari je. Cukup. Hari ni
abang kalah. Abang sanggup
menyembah dan cium kaki sayang
sampai sayang bagi...."

"Alor kesiannya dia, tak payahlah
sampai menyembah bagai, buat teruk
sungguh..."

Mereka saling ketawa.

"Betul lah, abang sanggup merayu
sayang tau…”

"Yalah tu..."

235 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Yalah, rindu tau. Rindu setengah
mati."

Tak lepas-lepas dari mencium
belakang tangan Zulaika. Zulaika
menyandar ke bahu Areef dan memeluk
lengan suaminya itu.

Areef rasa lega kerana masalahnya
selesai. Zulaika dah tak marah lagi malah
makin manja pula.

"Sayang, abang rasa jauh lagi lah
nak sampai Pulau. Abang nak sekarang
boleh? Kita berhentilah kat mana-mana
tempat tersorok. Lagi pun cermin tinted,
orang tak nampak. Cermin depan ni, kita
tutup lah dengan kertas lut sinar tu.
Bolehlah..."

Zulaika terkedu. Dia dah mula buat
perangai tak ada tamadun dia tu.

"Abang ni, merepeklah. Malu lah sikit
orang nampak. Jaga adab boleh tak?"

"Alah, kita suami isterikan. Bukannya
couple."

"Eh eh, suami isteri pun bukan boleh
main langgar jer. Tak pernah orang buat
kerja macam ni, merepek je abang ni.
Cuba bawak bersabar..."

236 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Sesekali apa salahnya tukar
tempat, asyik atas katil je. Bolehlah
sayang, jauh lagi nak sampai hotel..."

"Dalam kereta agak-agaklah,
siang-siang hari pulak tu..."

"Boleh jer. Kejap abang cari hentian
mana-mana yang ada pokok..."

Zulaika pantas memikirkan sesuatu.
"Aduh...aduh...duh...duh..."
"Kenapa sayang?"
"Sakit perutlah, rasa nak
membuang..."
"Ye ke? Kejap abang berhenti kat
stesen minyak, ada depan tu..."
"Okey. Cepatlah abang dah tak
tahan..."
"Ni nak mengoda abang ke, nak
terberak ni. Kang ikut masuk tandas
sekali baru tau..."
"Abang ni!"
Areef ketawa.
Dia memberhentikan kereta
dikawasan parkir stesen minyak.

237 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika terburu keluar namun
tangannya ditarik oleh Areef.

"Sebelum keluar, kiss abang dulu..."

"Abang, orang sakit per..." Terus
bibirnya dikucup lelaki itu.

Tergamam Zulaika.

"Dah, pergi lepaskan hajat tu. Lepas
tu datang sini cepat ,abang nak lepaskan
hajat abang pulak...."

Areef senyum dan membiarkan
Zulaika keluar. Tak sabar rasanya
melepas rindu. Matanya tercari-cari
lokasi yang menarik untuk memadu
asmara bersama isteri tercintanya.

Hurmm, dah jumpa! Ada pokok kat

belakang petrol pump. Sedikit

terselindung dari orang kerana

menghadap hutan. Areef

mempersiapkan diri.

Zulaika keluar segera dari dalam
kereta. Air matanya turun laju. Dia
merasa sungguh jijik berada disisi lelaki
itu sejak dari tadi. Setiap patah yang
keluar dari mulutnya, begitu kotor dan
memualkan. Zulaika rasa ingin meludah
mukanya. Perangai lelaki itu masih sama,

238 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

tiada yang lain ada dalam pemikirannya
kecuali hawa nafsu. Gila Areeef ni. Sakit
otak agaknya.

Sebenarnya Zulaika berpura-pura
saja menerima lelaki itu padahal dia
sedang merangka plan untuk melarikan
diri.

Melihat Areef tengah ralit, Zulaika

menapak ke belakang. Tercari-cari arah

untuk menyelamatkan dan

menyembunyikan diri. Dia masuk ke

dalam stor stesen minyak itu.

Zulaika mengeluarkan telefon bimbit
dari poketnya. Menghubungi doktor
Eskandar.

“Hello awak..”

“Ika, apa citer ni? Mentua awak
bagi awak dah pergi dengan Areef ya?
Pergi honeymoon, tinggalkan Aisha.”
Nada lelaki itu seperti kecewa.

“Tak, dia yang paksa saya. Awak,

awak tolong datang sini selamatkan
saya dan bawak saya pergi jauh. Saya
tak nak ikut Areef. Tolonglah…”

239 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ya Allah, kenapa tak cakap?
Sekarang awak kat mana?”

“Petrol pam Petronas, Jalan
Ambang. Saya tengah bersembunyi
dalam stor. Awak datanglah sini cari
saya kat dalam ni. Saya tunggu.
Tolonglah datang cepat, saya takut
Areef jumpa saya!” Zulaika berkata
cemas.

“Okey, awak relaks okey. Tunggu
saya!” Zulaika mematikan talian.
Berpeluh-peluh dia bersembunyi di bilik
sempit itu.

DETIK demi detik. Areef makin pelik.
Apasal lama sangat Zulaika ke tandas?
Berak batu ke apa? Dah 10 minit ni?

Mata Areef menghala arah tandas.
Dia keluar dari perut kereta. Tanpa
berlengah lagi, dia meluru masuk ke
tandas wanita yang cuma ada dua
tandas itu.

Kosong?

Areef keluar sambil matanya
melilau-lilau. Mencari di sekeliling stesen

240 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

minyak itu hingga ke dalamnya tapi tiada
kelibat Zulaika. Mana Zulaika pergi ni?

Areef mengeluarkan telefon
bimbitnya. Cuba menghubungi Zulaika.

ZULAIKA tergamam bila nada dering
telefonnya berbunyi. Terus dia menolak
panggilan masuk. Areef rupanya? Cepat
saja dia silentkan handphone.

Areef yang berada di luar seperti
mendengar ring tone telefon Zulaika.
Matanya menyoroti segenap ruang.
Seperti ada tak kena ni. Rasanya datang
dari arah bilik itu.

Areef mendekati bilik stor dan terus
menendang pintu itu hingga terbuka.

Dia memerhati isi bilik stor itu.

“Encik, encik buat apa ni?” Tukang
cuci di situ menegur.

“Err maaf, saya cari isteri saya!”

Zulaika yang bersembunyi di sebalik
pintu, menutup mulutnya bila mendengar
suara Areef. Tak sangka Areef berada di
luar. Nasib baik, dia sempat berlari
belakang pintu tadi.

241 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Isteri? Buat apa dia nak duduk kat
sini encik. Ini bilik stor jer. Mana ada
siapa-siapa kat sini?”

“Iyalah, saya cari tempat lainlah…”
Tukang cuci itu masuk ke dalam bilik
stor dan menutupnya. Terkejut melihat
Zulaika berada di situ.

AKHIRNYA Zulaika berjaya bolos dari
Areef dengan bantuan Eskandar dan
tukang cuci tadi. Kata tukang cuci tadi,
Areef masih berada di situ hampir
setengah jam, sebelum pergi.

Zulaika menarik nafas lega selepas
berada betul-betul dalam kereta
Eskandar. Areef pula tak putus-putus
menghubunginya.

Zulaika rasa nak menangis bila
Eskandar membawa Aisha bersamanya.
Dia terus memeluk dan mencium
anaknya sambil menangis.

Zulaika sebenarnya tak percaya
langsung janji manis lelaki tadi. Banyak

242 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

kali dia dah terkena, jadi dia tak akan
terpedaya lagi.

“Sampai bila awak nak jadi
perlarian ni? Kalau awak betul-betul nak
berpisah, uruskan segera. Areef tu, boleh
buat apa saja dengan awak tau. Nasib
baik saya ada, kalau tak…” Doktor
Eskandar pun naik risau.

“Saya memang nak keluar dari
rumah tu, tapi mentua saya tu awak
faham-faham jelah. Diorang tak nak
berpisah dengan cucu.”

“Ya saya faham, mertua awak tu
baik. Tapi awak kena ingat, awak tu
menantu. Awak tetap orang luar. Areef
tu anak, buruk macam mana perangai
anak, ibu bapa ni akan tetap mengalah
dengan anak.”

“Tak, mama dan papa sebelahkan
saya. Diorang sokong saya kalau saya
nak bercerai.”

“Habis tu tadi, apa? Tu rumah orang
tua suami awak tau. Bila-bila masa dia
boleh balik dan dia boleh masuk. Awak
kena move on dari family mentua awak
tu kalau awak memang betul-betul nak

243 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

bercerai. Lelaki macam Areef tu, tak
akan lepaskan awak. Percayalah!”

“Yalah, saya faham. Itu yang saya
akan buat lepas ni. Maaf susahkan
doktor.”

“Dah tu, nak susahkan siapa? Awak
cuma ada saya je kan selain mentua
awak?”

Zulaika cuma mencebik.
“Iyalah lepas ni saya tak akan
mintak tolong doktor lagi.”

“Eh eh, janganlah saya gurau je.
Saya rela disusahkan kalau yang
meminta tolong itu adalah wanita
bernama Zulaika. Okey?”

Zulaika menguntum senyum.
“Terima kasih tolong saya. Nanti
saya belanja doktor makan yea? Sebut je
nak makan apa…”

“Okey, saya tuntut janji awak tapi,
saya nak awak selesaikan cepat-cepat
urusan penceraian awak ni. Jangan lari-
lari macam ni. Tak ada kesudahan. Ya?”

244 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Yalah. Saya nak fikir masak-masak
dulu.” Zulaika angguk. Jeda seketika.
Betul ke keputusan yang dibuat ni?

“Awak nak bagi peluang pada
Areef ke? Awak masih sayangkan dia?”

“Entahlah doktor, saya ni nak
menghadap dia pun takut. Saya rasa dia
pun, macam monster. Tahu?”

Doktor Eskandar tergelak.

“Tak kelakar doktor, sebab saya dah
hadap macam-macam selama hidup
dengan dia. Dia seorang lelaki yang
complicated dan susah saya faham.
Karektor dia, berubah-ubah. Dia selfish
dan dia hanya akan buat apa yang dia
mahu. Dan saya kena ikut, walaupun
saya tak suka. Saya rasa, saya tak boleh
nak teruskan…”

“Maaf terketawa tadi. Saya tak
ada kat tempat awak, cuma awak je
yang faham derita awak. Awak jangan
risau ya. Mulai hari ni, awak tak akan
keseorangan. Saya ada. Ya?”

Zulaika mengangguk lemah.

“Terima kasih tukang penasihat!”

245 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“20 persen…” Mereka ketawa.

“SURAT apa Ika hantar ni? Berani yea
nak mintak cerai dengan abang.”
Selepas berjaya menfailkan penceraian,
lelaki itu menghubungi Zulaika dan Zulaika
memberanikan diri kali menjawabnya.

“Ya, memang itu pun yang saya
nak.”

“Ika boleh tak bagi kita peluang
dulu?”

“Maaf. Ada ramai perempuan
hebat kat luar sana yang boleh gantikan
tempat Ika. Mungkin mereka lebih faham
abang. Seumur hidup terlalu lama untuk
Ika bazirkan bersama abang dan hadap
semuanya. Cukuplah, setahun lima
bulan.”

“Ika, cuba dengar penjelasan abang
dulu,…”

“Kita jumpa di mahkamah!”

“Hei, aku tak akan ceraikan kau.
Sampai mati kau tetap isteri aku.
Faham?”

246 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“In your dream!”
“Kau tunggu nasib kau, Zulaika!”

“KENAPA ni? Ada masalah ke?”Jiha
menyapa Areef yang menyandar di
kerusi kerjanya.

“Tak payah campurlah!” Areef
mendengus.

“Hurmm, I tahu. Ni mesti masalah
dengan isteri kesayangan You kan?
Kenapa?”

Areef mengeleng. Dia akan gunakan
apa saja cara untuk pastikan Zulaika tak
akan bercerai darinya. Tak dapat cara
baik, dia buat cara jahat. Terfikir nak
bomohkan Zulaika agar isterinya itu
tergilakan dia macam mana dia gilakan
isterinya sekarang ni. Sihir pengasih ke,
penyayang ke?

Cantik macam tu, kalau jadi janda
mesti ramai yang berebut. Tak sanggup
Areef lepaskan Zulaika ke tangan lelaki
lain.

247 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Dah tu kenapa muka masam lagi
ke? Ke ‘belum dapat’?” Jiha mengusik
lagi. Dia ketawa.

Areef hala pandang pada
perempuan itu.

“Ye, gelakkan untuk I puas-puas.”
Jawab Areef geram.

“I dah cakap, 100 hari tapi You tak
percaya. You over confident sangat.”

Masalahnya sekarang, jangan kata
100 hari, selamanya Areef akan
kehilangan isteri.

“Jangan risau, I kan ada.” Jiha
senyum penuh makna.

Areef melepas keluhan. Zulaika!!!

248 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

18

Zulaika pulang ke rumah yang
menjadi saksi penderitaannya
selama ini. Tujuannya adalah untuk
mengambil fail sijil akademiknya
kerana dia mahu mengunakannya untuk
bekerja semula. Dia sayangkan rumah ini
namun apakan daya, terlalu banyak luka
tertinggal di sini.

Teringatkan nasihat dari Doktor

Eskandar agar bersemuka dengan lelaki

itu, untuk mendapat jawapan atas

persoalan yang melanda

rumahtangganya saat ini.

249 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Tiba-tiba hatinya berdebar-debar
tak semena. Rasa tak sedap hati.
Sepertinya ada yang tak elok akan
berlaku.

“Jangan risau, saya ada kat sini.
Awak masuklah. Nanti awak akan
tahu.”

Zulaika angguk mendengar pesanan
Doktor Eskandar itu.

“Ya Allah, kau permudahkanlah
urusan aku. Jauhilah hal-hal yang buruk
dari aku.”

Terbayangkan wajah Aisha buat
Zulaika sayu. Dia tinggalkan Aisha
sekejap pada ibu mentuanya di
kampung. Anaknya itu, akan jadi sumber
kekuatanya.

Tarik nafas dalam-dalam, lepas.

Zulaika menapak masuk ke dalam
pagar. Ada selipar dan kasut
perempuan. Rasanya ini bukan kasut
kepunyaan Zulaika. Ada perempuan ke
dalam rumah ni?

Zulaika membuka tombol pintu.

250 |


Click to View FlipBook Version