Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Itulah lelaki. Katanya, lepas
bersalin, isterinya asyik menolak dia.
Kalau bagi tu macam terpaksa. Katanya
dah sama macam mula kahwin.
Longgarlah, tak umphhh, macam-
macam hal dalam kain cerita kat I.
Memang tak tahu malu. Malas I nak
layan. Hadap jelah perempuan yang dia
pilih lepas tinggalkan I tu!”
Areef angguk. Sedikit terasa.
Mungkinkah Zulaika akan jadi macam tu
lepas bersalin nanti? Tadi pun kena paksa
itupun tak mahu. Areef dah macam
merogol isteri sendiri pula.
“Macam tu pun boleh?”
“Itulah. Lelaki ni nak apa
sebenarnya? Korang cakap kami ni
complicated tapi korang lagi
complicated.”
101 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“I rasa, bukan salah kita. Tapi kita je
salah pilih pasangan. Kalau jumpa yang
betul- betul tak kisah bab anak ni, tak
ada masalah.”
“Ya, tapi ex hasben I tu, dah ada
isteri, dah ada anak yang dia inginkan,
move on lah. I tak faham lah lelaki ni!
Rimas tau.”
“Sebab lelaki ni ada nafsu. Kadang
isteri ni tak faham itu keutamaan dalam
rumahtangga iaitu melayan suami di bilik
tidur bukannya ‘anak’. Tapi ramai yang
ambil mudah. Lepas bersalin, tak nak
pasang badan. Biarlah longgar sana sini.
Berserabai sebab lebihkan anak. Dah tak
cantik macam mula-mula kahwin. Sebab
tu, bila suami cari lain, salahkan diri
sendiri dulu, ni tak asyik salahkan suami
jer sedangkan itu tujuan berkahwin pun.”
102 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Hurm, sebab tu I cukup jaga bab tu
masa berkahwin dulu. Agaknya sebab tu
ex husband I, cari I balik kot.”
“Mungkin…”
“You bincanglah baik-baik dengan
isteri You. Jangan sampai jadi macam ex
hasben I dengan isterinya tu.”
“Entahlah, I kalau fikir, serabut. Balik
rumah, ada je benda tak kena. Tu yang I
keluar, malas nak bergaduh. Fed up!”
“Apakata I bawak You kat satu
tempat yang boleh tenangkan fikiran
You.”
“Kat mana?”
“Ikut je..”
103 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
9
C antik tak? Deruan ombak
pantai, akan buat You tenang
dan hilangkan stress You. Cuba
hayati…”
Areef cuma senyum.
“Wow, I tak pernah datang ke laut
waktu malam macam ni. Tapi ramai
jugak orang yea. Banyak kereta
tersadai.”
104 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Ye, kat sana tu ada kedai-kedai
makan. Lepas ni kita lepak situ nak?
Sekarang kita tenangkan fikiran dulu.”
Gelap juga tempat ni, kerana lampu
jalan agak jauh. Namun cahaya dari
bulan memperlihatkan pantai yang
berombak.
“Nak keluar ke jalan-jalan kat
pantai?” Soal Areef.
“Tak payahlah, duduk dalam kereta
jer. Kat sini pun boleh tenangkan fikiran
sambil tengok ombak.”
Panggilan masuk lagi. Jiha berdecit.
“Hish, ex husband I ni tak habis-
habis call I. Menyampah.”
”Sian dia, mesti stress sangat. Tu cari
You. I tengah rasa apa dia rasa tu!”
105 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Malas lah I nak dengar dia
mengumpat bini dia. Dulu yang diumpat
itulah yang digilakan.”
“Balasan kot sebab lepaskan isteri
sebaik You. Alasan remeh je pun. ‘Anak’
je kan?”
“Ya, ni tak habis-habis nak pujuk I.
Tak kuasa I. I kalau sekali orang dah
buang, tak ingin I nak kutip balik. Ingat I
apa? Tak laku?”
Areef tergelak kecil. Matanya
menghala ke arah deruan ombak.
“Mesti You ni pandai layan dia kan?
Tu yang sampai dia tak boleh lupa.”
“Entahlah, rasanya macam biasa
je.”
“Ye ke biasa? Kalau tak, kawan I kat
ofis tu, tak gilakan You lah sampai
106 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
sanggup curang dengan isteri dia. Ya
kan?”
“Alah, suka-suka je You. I bukan
perosak rumahtangga orang. Dia pun
dah ada isteri lah. Kami kawan jelah.”
“Itulah, ikut You lah. Asal You happy.
I tak nak campur.”
“Actually, I selalu perhatikan You tau
kat ofis tapi You tak pandang I pun.
Iyalah, orang tu kan hensem, macho,
siapalah kita ni.”
“You pun ramai peminat, berlambak
kawan ofis kita suka kat You.”
Jiha ni memang ‘hot’ dekat ofis.
Jenis melayan juga, sebab tu ramai suka.
Tapi tak tahu mana satu melekat dengan
dia, sebab sekejap dengan orang ni,
orang tu.
107 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Areef tak pernah melayan sebab dia
dah ada Zulaika yang sempurna
segalanya.
“Yelah tu. Kalau macam tu, kita
kawan mulai hari ni. You tak boleh
sombong dengan I lagi tau. Kawan akan
tolong kawannya dalam kesusahan.
Macam sekarang…” Jiha mula
memainkan peranannya.
Areef diam menikmati deruan
ombak pantai.
“Tempat ni romantik kan. Cantik,
dengan bulan mengambang macam tu.
So macam mana? You dah tenang…”
Jiha bertanya semula.
“Tenanglah sikit.. tapi balik kena
hadap masalah yang sama juga. Entah
bila akan berakhir. I harap masalah I tak
108 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
akan seserius ex hasben You tadi. I
cintakan isteri I.”
“Kesian You, tak apa sementara dia
dalam pantang ni, You suruhlah dia
pasang badan, agar kekal langsing,
macam I. Nanti dah lepas pantang, You
akan dapat isteri You balik.”
“Itu bukan masalahnya. I pasal ni tak
kisah…”
“Hurm I faham. You kena
berpantang ‘itu’ kan? Itu yang stress
sangat, tak dapat!” Jiha mengusik lelaki
itu.
“Iyalah, penting kot. I dengan isteri I,
tiap-tiap malam, malam pertama tau.”
“Kesian You, mesti terseksa batin
You kan? 100 hari tu nak tunggu. Lama.”
109 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Apa 100 hari? Gila! Ada ke lelaki
yang sanggup sampai 100 hari? Bukan 44
hari je ke?”
“Iyalah, nak betul-betul lega dan
nak pakai lama. Kenalah ikut petua orang
tua-tua.”
Areef dah makin susah hati. Masak
macam ni. Kalau mama tetiba ambil
Zulaika jaga dalam pantang, lagilah
susah nak dia kawtim bab-bab macam
ni.
“Dahlah tu tak payah fikir sangatlah.
Hal kecil jer. You relakslah.”
“Hal kecil You cakap! Ni melibatkan
nafsu mana boleh tahan-tahan. I bukan
robot!” Areef tak kira, dia takkan ikut
syarat 100 hari tu.
110 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“So, bermakna You kenalah cari
cara nak lepaskan nafsu You, selain
isteri.”
“Hah? Maksud You? Onani? Mana
sama You!”
“Tak lah. Cari orang yang betul
lah…”
“Hish, cari orang mana? I tak ada
perempuan lain selain isteri I. I cintakan
dia bagai nak mati.”
“Lah, You teruskan jadi suami
macam biasa, I kan boleh tolong
ringankan masalah You. Just untuk
seronok-seronok je. I tak akan tuntut
apa-apa pun.”
“Maksud You apa ni?”
“Dah, tak payah fikir pasal isteri You
kat rumah yang buat You stress. I ada kat
111 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
sini untuk You.” Jiha memegang bahu
lelaki itu. Mengusapnya perlahan.
“Tak faham..”
“You faham jer, kita bukan budak-
budak lagi…” Jiha senyum mengoda.
“So You nak kita? You jangan
macam-macam, I dah ada isteri…”
Lain macam pula rasanya, bila
perempuan itu mengesel badannya ke
lengan Areef.
“Ya, I bukan nak bagitahu pun isteri
You. Kita jer yang tahu. You nak risau
apa? You bukan curang, kita tak bercinta
pun. Kan I cakap, nak suka-suka je.
Sama-sama seronok. I just nak settelkan
masalah You. 100 hari tu lama, sian You
nak tunggu. Buat masa ni, I jer yang boleh
ringankan masalah You. I sendiri offer You
tau.”
112 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Boleh ke macam tu?”
“Just have fun, okey?” Wajah lelaki
itu diusapnya diikuti belaian hangat
hingga lelaki itu jatuh dalam pelukannya.
113 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
10
Lega Puan Rabiah akhirnya
mereka sampai ke rumah Areef.
Teruja sungguh nak melihat
cucunya. Selama seminggu
menanti Areef bawa isteri dan
cucunya pulang ke kampung, namun
hampa. Anaknya itu langsung tak
menghantar. Bila telefon macam-
macam alasan. Puan Rabiah dah tak
114 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
tertahan menanggung rindu yang amat
sangat pada cucunya.
“Tak sabar saya nak tengok cucu
kita, abang!” Tali pinggang keledar di
buka pantas. Handbag polo diambilnya
lalu keluar dari perut kereta.
Malas menghubungi anaknya, nanti
macam-macam alasan diberinya seolah
tak faham yang dia rindukan cucu.
Sebaik saja menapak, telinganya
menangkap bunyi tangisan bayi. Sayup-
sayup.
Puan Rabiah menolak pintu rumah
namun berkunci. Dia mengeluarkan kunci
pendua yang Areef berikan padanya.
“Assalamualaikum… Areef, Ika!”
“Kenapa Biah?”
115 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Tak tahulah abang, tak ada yang
jawab salam saya. Pintu berkunci.
Dengar macam baby menangis. Nasib
baik, Areef ada bagi kat saya kunci
rumah ni jugak. Jomlah kita masuk.” Riak
masing-masing risau.
“Jom…”
Puan Rabiah dan Encik Kamil
menapak ke dalam rumah. Memang
tiada orang. Mereka menghala ke arah
bilik yang terbuka kerana panik dengar
tangisan bayi yang makin kuat.
Berdebar-debar seperti ada yang
berlaku.
Sebaik saja mencecah ambang
pintu, terkejut besar Puan Rabiah.
“Astaghfirallahalzim, abang!”
116 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Menantunya berada dalam
keadaan tak sedarkan diri dengan penuh
darah merah di atas katil.
PUAN Rabiah macam gila risaukan
keadaan menantunya. Apa sebenarnya
yang berlaku ni? Sejak bila agaknya
keadaan menantunya terbiar begitu.
Darah pun ada yang sudah kering.
Mereka menghubungi ambulans dan
kini menantunya sedang dirawat di wad
kecemasan. Kasihan cucunya. Dibiar
menangis sendirian dalam keadaan
ibunya tak sedarkan diri. Mesti lapar
susukan.
Encik Kamil membeli susu formula
untuk diberikan pada cucunya yang
sepertinya lapar.
117 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Kesian cucu kita abang, apa
sebenarnya yang berlaku ni? Areef
mana? Abang cubalah call dia!”
Puan Rabiah menangis sambil
menyusukan cucunya.
“Abang dah call tapi tak jawab.
Kejap abang cuba call lagi.”
AREFF terjaga dari lena bila deringan
telefon membuang mimpinya. Dia mimpi
Zulaika meninggal dunia dalam pantang.
Rasa risau pula kehilangan isterinya itu.
Bukan dia tak sayang, terlalu sayang
yang dia marah sangat isterinya itu.
Areef melepas keluh. Dia dah kalah
dengan godaan perempuan ni. Timbul
rasa sesal pula. Jiha yang tidur pulas
disebelahnya dipandang dengan risau.
Tak sangka, hal semalam terbawa-
118 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
bawa hingga menginap di hotel. Aduh!
Apa dia dah buat ni? Padahal, tak
seronok mana pun. Biasa je. Zulaika yang
halal kat rumah tu, jauh lebih cantik dan
menarik. Suci dan sejati. Jauh ketinggalan
jika nak dibandingkan layanan Zulaika
dengan Jiha ni. Yerkkk!
Tapi lantaklah, sakit hati dia bila
memikirkan Zulaika yang tak boleh
memenuhi kehendak nafsunya. Sibuk
sangat nak beranak kan? Nak tunggu
habis pantang, mati lah.
Telefon di meja lampu yang
berdering dicapai. Papa?
“Ya papa assalamualaikum…”
“Kamu kat mana ni? Puas papa call
kamu tak jawab.”
“Err, ada kerja sikit pa!”
119 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Kerja apa? Sampai tak balik
rumah? Kamu tau tak apa yang terjadi
pada isteri kamu?”
Berdebar pula jantung Areef.
“Apa ni papa? Nak bebel tak payah
call lah!”
“Kamu datang hospital sekarang!
Isteri kamu tengah kritikal ni!”
“Hah, apa? Biar betul papa ni.”
Terkejut besar Areef. Adakah hal yang
ditakuti akan terjadi.
“Tak betulnya apa, semalam papa
datang rumah kamu, kamu tak ada. Pintu
tak berkunci, anak kamu menangis tak
henti-henti, Ika pengsan tak sedarkan
diri dalam keadaan penuh darah. Nasib
baik kami datang tau, kalau tak, tak
tahulah apa akan jadi dengan anak isteri
kamu. Kamu ke mana?”
120 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Areef pegang kepalanya. Bingung.
“Rumah masuk perompak ke?”
“Tak tahulah kamu datang hospital
ni. Tunggu apa kata doktor pasal isteri
kamu!”
“Iyalah papa.”
DOKTOR yang merawat Zulaika keluar
dari bilik kecemasan.
“Boleh saya jumpa waris Puan
Zulaika?” Soal doktor Eskandar.
“Saya mentuanya. Kenapa dengan
menantu saya doktor?” Encik Kamil
bertanya.
“Begini, Puan Zulaika mengalami
tumpah darah yang agak serius. Darah
tak mahu berhenti dan kami sedang cuba
pelbagai cara untuk selamatkan
121 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
nyawanya sekarang ni. Kalau
pendarahan masih berterusan, maaf
kami terpaksa membuang rahim
menantu puan jika tidak akan
mengancam nyawanya.”
Puan Zulaika terduduk lemah.
“Astaghfirallahalzim…Ya Allah,
kenapa boleh jadi macam tu?”
“Saya tak pasti samada ada unsur
jenayah atau tidak, tapi hasil
pemeriksaan kami terdapat kesan air
mani pada kemaluan menantu puan dan
luka jahitan pun terbuka, kemaluannya
koyak seperti dirogol.”
“Allahuakbar…” Lemah rasanya
lutut Encik Kamil.
“Tolonglah doktor, selamatkan
menantu saya. Saya nak menantu saya
selamat, kesian anaknya masih bayi lagi
122 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
perlukan kasih saya ibunya.” Puan
Rabiah menangis.
“Kami akan cuba sedaya upaya.
Makcik doakan yang terbaik untuk
menantu makcik. Saya masuk dulu.”
Puan Rabiah tak dapat tahan air
matanya. Terbayang diruang mata
betapa azabnya menantu dirogol dalam
keadaan lepas bersalin. Sungguh kejam
pelakunya.
123 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
11
Kamu ke mana Areef? Suami
jenis apa kamu ni, tinggalkan
isteri malam-malam dalam
keadaan dia berpantang?
Kalau kamu tak tinggalkan
dia, keadaan takkan jadi macam ni..."
Puan Rabiah masih menangis sedu-sedan
dari tadi mengenangkan nasib
menantunya, Zulaika.
124 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
"Hah? Apa yang terjadi ni ma? Cuba
explain kat Areef?" Areef yang
mendengar tadi sungguh terkejut.
Bergegas dia ke hospital bila dapat tahu
Zulaika dalam bilik pembedahan
sekarang ini.
"Masa mama sampai rumah kamu
Zulaika dah tak sedarkan diri. Darah
penuh atas katil. Anak kamu sampai dah
hilang suara, menangis di sisi mamanya.
Tak taulah berapa lama keadaan
mereka macam tu. Kalau mama
terlambat sikit jer, doktor bagitau Zulaika
mungkin meninggal disebabkan
pendarahan yang serius."
“Apa? Pendarahan?” Areef terkejut
mendengar berita yang Zulaika sedang
berada di bilik pembedahan dan dalam
keadaan kritikal.
125 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Ma..macam mana boleh jadi
macam tu?” Areef mengeleng tak
faham.
"Kamu kena report polis Areef sebab
kata doktor, Zulaika di rogol!" Puan
Rabiah sedu-sedan menceritakan pada
anaknya itu.
"Hah? Dirogol? Biar betul mama!"
Areef terkejut besar.
"Kata doktor, ada kesan air mani di
kemaluan dia. Luka jahitan terbuka.
Koyak teruk. Buat masa ni pendarahan
masih belum berhenti dan doktor tengah
bertungkus-lumus menyelamatkan
nyawanya. Kalau pendarahan masih
berterusan, kemungkinan rahimnya akan
dibuang..."
Areef terdiam. Memikirkan sesuatu.
126 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
"Report polis Areef, biar polis cari
siapa pelakunya. Begitu kejam sekali
menzalimi menantu papa! Menantu papa
dalam pantang pun tergamak
dirogolnya. Kalau papa dapat, papa
potong anunya bagi anjing makan." Air
muka Encil Kamil kelihatannya begitu
marah sekali.
"Kamu fikir apa lagi Areef? Isteri
kamu dah hampir hilang nyawa
dibuatnya manusia kejam tu!"
"Ma...macam mana boleh keadaan
Ika seteruk ni? Takkan dirogol pun sampai
nak hilang nyawa?" Areef garu kepala,
bingung.
"Dia kan baru seminggu bersalin,
rahim pun masih belum pulih sepenuhnya
lagi, luka jahit pun masih belum elok,
perogol pulak nafsu binatang tu yang
keadaan Zulaika jadi teruk tu…" Puan
127 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Rabiah mengejutkan anaknya yang
sepertinya blur.
"Tapi takkan boleh seteruk tu?"
"Iyalah, dia kan lepas bersalin
sekurangnya 100 hari kena berpantang
melakukan hubungan kelamin, barulah
rahim tu sihat elok. Ni baru seminggu,
mahunya tak jadi macam tu, mama tak
boleh bayang azab yang menantu mama
rasa tadi masa dirogol. Syaitan betul
perogol tu, hah..." Puan Rabiah menangis
lagi dan lagi. Dia sangat terkesan atas
apa yang berlaku kerana dia juga
perempuan.
"Biar polis je yang siasat, kamu tak
payah nak buat kerja polis!" Encik Kamil
mencelah.
"Sekejap, papa mama. Masa papa
dan mama sampai, keadaan rumah
macam mana? Orang tu pecah masuk
128 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
ke? Sebab masa Areef keluar, Areef
kunci pintu."
"Masa mama sampai pintu berkunci.
Mama guna kunci pendua yang kamu
bagi... Masa kami masuk tu tak ada pun
tanda-tanda orang pecah masuk. Kemas
saja. Pintu dapur pun, terkunci. Tapi bila
kami masuk bilik, kami nampak Ika dah
terlantar tak sedarkan diri dengan
banyak darah.." Puan Rabiah
menceritakan lagi. Cucu yang berada
dalam pelukan dipandang sebak. Kalau
apa-apa terjadi pada menantunya
bagaimana nasib anak kecil ini.
Areef berkerut dahi memikirkan
kemungkinan yang satu itu. Tak mungkin
orang pecah masuk. Kalau bukan,
jangan-jangan? Areef menapak secara
berundur dan terduduk atas kerusi.
129 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Otaknya segera berputar memikirkan
kemungkinan.
Wajahnya Areef makin pucat.
Adakah dia punca semua ni, sebab
sebelum dia keluar, dia memang
memaksa isterinya itu melayani nafsunya
walaupun Zulaika menolak dan meraung
kesakitan sepanjang dia meniduri
isterinya itu. Tapi mana dia nak sangka
keadaan Zulaika akan jadi seteruk ini.
"Kamu fikir apa lagi? Cepat lah call
polis. Lembablah kamu ni, keadaan dah
jadi macam ni nak fikir apa lagi?" Encik
Kamil membebel pada anaknya itu.
"Kalau macam tu, apakata mama
call anak kawan mama, si Aliff tu. Dia
polis dekat-dekat sini je. Biar dia yang
siasat!"
Puan Rabiah mengambil telefonnya.
130 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Areef dah serba salah. Mengelabah.
"Mama!"
"Apa?"
"Mama tak payahlah call polis!"
"Kenapa pulak tak payah? Kamu nak
biarkan saja perogol tu terlepas? Isteri
kamu separuh nyawa dikerjakan tau?
Kamu ni tersampuk apa Areef? Ni
melibatkan maruah dan nyawa isteri
kamu!" Puan Rabiah memarahi anaknya
itu.
Areef meraup wajahnya, kesal.
Habis dia kena bebel dengan mamanya
lepas ni. Mati dia. Aduh, kenapalah
kesannya akan seteruk ini? Kalau dia
tahu...
"Mama dan papa tenang dulu...."
"Nak tenang apa lagi?"
"Macam ni...sebenarnya... "
131 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Puan Rabiah dan Encik Kamil
ternanti-nanti. Areef meraup wajahnya
berulang kali. Mahu mencipta
pembohongan tapi tiada jalan selain
berterus-terang.
"Sebenarnya... Apa yang terjadi
pada Ika tu, bukan sebab dia dirogol. Tak
ada unsur jenayah pun. Tak ada siapa
pecah masuk rumah kami..." Areef
terpaksa terangkan walaupun dia risau
dengan penerimaan mama dan
papanya. Mereka begitu sayangkan
Zulaika.
Mati dia!
"Hah? Habis tu? Yang doktor cakap
tu apa? Kan ada kesan seperti dirogol?
Mungkin perogol tu memang licik
orangnya sebab tu dia tak tinggalkan
kesan pecah masuk. Tapi kalau polis
132 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
siasat mungkin boleh jumpa kesan cop
jari. Kan papa kan? "
Areef makin pucat. Nak tak nak
terpaksalah menceritakan hal sebenar.
“Yalah, apasal otak kamu lambat
sangat pickup ni?”
“Kalau bukan dirogol habis tu air
mani tu siapa punya?” Puan Rabiah pula
menegaskan.
Tertekan jadinya Areef hingga dia
terpaksa berterus-terang.
“Mama! Sebenarnya, Ika tak dirogol
pun. Yang jadi puncanya sekarang ni,
adalah Areef. Areef orang yang
dimaksudkan doktor tu!”
Puan Rabiah mati kata. Rasa seperti
jantungnya direntap. Seakan tak percaya
yang anaknya sanggup…
133 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Maksud kamu. Kamu yang….”
Terkejut besar kedua orang tuanya.
“Ya, kami melakukan hubungan
kelamin semalam. Selepas selesai, ada
kawan call mintak tolong, so Areef
keluar. Masa tu, Ika okey jer, tak sangka
keadaan jadi seteruk macam ni.”Areef
menjawab kesal. Dia tak sangka
akibatnya akan seperti ini.
“Astaghfirallahalzim. Areef. Apa
yang kamu dah buat ni? Kamu gila ke?”
Encik Kamil sungguh terkejut.
Pang! Terus ditampar pipi anaknya
yang dirasakan sangat biadap.
Puan Rabiah mengeleng kesal.
“Nasib kamu ni anak aku, kalau tak
aku dah pijak-pijak kamu kat sini. Kamu
ni manusia ke binatang, tergamak buat
isteri kamu macam tu. Dalam pantang
134 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
pun main redah. Otak kamu letak kat
mana? Kepala lutut?” Encik Kamil sangat
marah. Nasib baik tak ramai orang kat
ruang menunggu, kalau tak kecoh.
Puan Rabiah tersandar kecewa dan
sedih dengan sikap buruk anaknya.
“Mama tak sangka, sekejam ni
kamu sanggup buat. Tergamak kamu
ikutkan nafsu syaitan. Haram Areef
bersama isteri dalam keadaan hadas
besar macam tu. Kamu ni gila ke apa…”
Puan Rabiah menangis teresak-esak.
“Areef minta maaf mama, papa.
Areef tak tahu keadaan sampai macam
ni. Lagipun okeylah dari Areef berzina!”
“Kamu tahu tak isteri kamu sekarang
ni tengah nyawa-nyawa ikan?
Kenapalah kamu ni bodoh sangat, Areef?
Ya Allah…” Puan Rabiah menangis kesal.
135 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Encik Kamil hanya mengeleng. Dia
ikut sama kesal dan malu atas perbuatan
anaknya.
“Dah puas kamu boleh tinggalkan
dia macam tu saja. Kamu tidur kat luar
setelah kamu dapat puaskan nafsu kamu.
Padahal isteri kamu hampir nyawa-
nyawa ikan kamu kerjakan. Suami jenis
apa kamu ni? Kalau mama dan papa tak
datang, tak tahulah apa nak jadi dengan
isteri kamu, cucu kami. Aisha ni, sampai
dah hilang suara menangis disisi
mamanya yang dah tak sedarkan diri. Ya
Allah!” Puan Rabiah menangis teresak-
esak.
Areef tunduk bersalah. Sedang
isterinya menanggung sakit dan nyawa-
nyawa ikan, dia sedang berselingkuh
dengan Jiha.
136 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Mama, mama tak boleh nak
salahkan Areef serratus peratus. Areef
dan Zulaika terlanjur sebab kami sama-
sama nak. Areef bukan paksa dia pun.
Dia cakap, dia dah makin sembuh dan
tak ada masalah nak bersama. Areef
mula-mula tak nak, tapi dia isteri Areef,
manalah tahan nak tunggu sampai habis
pantang. Cubalah duduk kat tempat
Areef ni. Jangan nak salahkan Areef
seorang je. Dia yang goda Areef!” Areef
halakan salah pada Zulaika bila ditenung
bapanya bagai nak telannya hidup-
hidup. Risau kena bantai lagi.
Puan Rabiah rasa sayu.
“Ya Allah Areef, itulah sebab mama
dah suruh kamu bawa Zulaika balik
kampung, biar mama yang jaga dia tapi
kamu degil. Mama memang langsung tak
harapkan kamu jaga Zulaika. Mama risau
137 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
hal-hal macam ni lah, tapi akhirnya
berlaku jugak.”
“Ma…”
“Kalau jadi apa-apa pada menantu
mama, mama tak akan maafkan kamu
Areef. Tak akan!”
138 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
12
Doktor Eskandar menarik nafas
lega bila pendarahan telah pun
berhenti dan badan Zulaika
mula menerima darah. Selama 5
jam, dia dan rakan setugasnya
berdepan dengan situasi cemas
bila tekanan darah Zulaika terlalu rendah.
Wajah pucat itu dipandang doktor
Eskandar penuh simpati. Kenapalah
139 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
suaminya sanggup berlaku kejam pada
isteri secantik ini? Tak ada hati perut.
“Doktor, macam mana menantu
saya?” Terus diaju pertanyaan itu sebaik
saja Doktor Eskandar keluar dari bilik
pembedahan.
Melihat doktor Eskandan membuang
masknya membuatkan Areef terbangun
dari duduk. Serentak barannya datang.
“Kau lagi?Eh apa kau buat kat sini?”
Tempelak Areef.
“Kenapa, Areef kenal ke doktor ni?”
Soal Puan Rabiah.
“Siapa tak kenal ma. Ni lah doktor
yang rawat Ika masa bersalin hari tu.
Sebab dia lah Ika jadi macam ni, kalau
dia rawat elok-elok, luka jahit tu takkan
mudah terbuka. Ni semua salah dia! Dia
ni buat kerja sambil lewa. Ikut hati ni,
140 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
rasa nak saman saja doktor ni.” Areef
naik bengang.
“Maaf puan, saya cuma
menjalankan tugas saya saja di sini!
Segala rawatan yang diberikan adalah
mengikut prosuder perubatan dan etika
kedoktoran. Tapi jika Encik Areef rasa
saya tak betul, silakan kalau nak saman
saya.”
Kecil besar kecil besar Areef
merenung doktor Eskandar itu.
“Bawa tenang Areef. Ni bukan
masa kita nak salahkan sesiapa.
Keadaan Zulaika lagi penting buat masa
ni. Doktor, macam mana keadaan
menantu saya, Zulaika?”
Doktor Eskandar bersikap seperti
biasa.
141 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Alhamdullilah, keadaan Zulaika dah
stabil. Pendarahan makin berkurangan
dan kami masih pantau keadaan Puan
Zulaika kerana tekanan darahnya
sekejap menurun sekejap stabil.
Badannya dah mula menerima darah.
Buat masa ni dia masih tak sedarkan diri
lagi dan kami akan tempatkan Puan
Zulaika di wad ICU.”
“Alhamdullilah…syukur Ya Allah.
Lega sangat saya dengar.”
Encik Kamil sujud syukur dan Puan
Rabiah menangis sebak. Doanya makbul.
“Rawatan apa kau bagi dekat dia?
Boleh jelaskan kat aku?” Soal Areef.
“Saya dah jelaskan tadi, harap encik
fahamlah!”
142 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Kau ke yang jahit semula luka
bersalin dia yang terbuka tu?”
“Ya saya doktor yang
bertanggungjawab merawat isteri encik
tadi. Jika nak tengok laporan perubatan,
saya akan berikan pada encik.”
Areef rasa nak mengamuk tapi dia
sabarkan hati. Nampaknya kali kedua
doktor tak guna ni melihat aurat Zulaika.
Arghhh, sakit hati sungguh bila hak
miliknya diteroka lelaki lain. Biadap betul
doktor ini!
“Boleh aku tengok isteri aku?” Pinta
Areef geram.
“Maaf, isteri encik masih belum
stabil dan sedang dalam pemantauan
kami. Dalam keadaan dia begitu, kami
tak izinkan pelawat masuk kerana
bimbang jangkitan kuman dan pesakit
143 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
mengalami trauma kerana kejadian ini.
Kalau benar dirogol, saya boleh
melengkapkan rekod perubatan beserta
bukti, tapi kalau suaminya sendiri,
terpulang…”
“Eh kau kan?” Areef mengepal
kolar baju Doktor Eskandar dan
mengangkat penumbuk kerana geram
sangat.
“Areef, kamu jangan nak buat gila
yea kat sini?”
Areef lepaskan kolar baju doktor
Eskandar.
“Doktor ni yang gila. Areef nak
masuk tengok isteri pun macam-macam
alasan. Entah apa yang dia buat pada
Zulaika tu, kita bukannya tahu pun?”
“Ya Allah kamu ni, doktor ni dah
susah payah merawat isteri kamu yang
144 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
hampir meninggal disebabkan kamu,
kamu masih nak salahkan dia lagi?
Salahkan diri sendiri tu dulu. Allah elok-
elok cipta kamu sebagai manusia, kamu
sibuk nak jadi binatang!”Puan Rabiah
naik angin dengan sikap anaknya itu.
“Sabar, tenang. Kalau keadaan Puan
Zulaika makin pulih saya akan
maklumkan. Buat masa ni, dia masih
perlukan rawatan rapi lagi.”
“Ke, kau yang saja-saja tak bagi aku
lawat isteri aku? Kau nak luangkan masa
dengan isteri aku kan? Kau ambil
kesempatan lagi ke atas dia kan? Iyalah
dia tak sedar, dia masih koma macam-
macam kau boleh buat. Kau ni, suka isteri
aku kan?” Areef menempelak doktor
Eskandar lagi.
145 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Areef, apa kamu merepek ni?
Maaf doktor, anak saya ni otak tak
berapa betul sikit. Tak lama lagi saya
akan hantar dia kat hospital gila. Sebab
dia lah menantu saya jadi macam ni!
Nasib dia anak je, kalau bukan suami
Zulaika, dah lama saya sumbat dalam
penjara!” Puan Rabiah dah hilang sabar
dengan sikap anak lelakinya yang
memalukan.
“Mama, apa ni?”
Doktor Eskandar dah agak, memang
jantan tak guna ni pelakunya.
“Ya, Puan Zulaika jadi begini
disebabkan disetubuhi dengan kasar dan
paksaan menyebabkan berlakunya
pendarahan serius dan koyakkan
extreme di bahagian kemaluannya
Rahimnya belum kecut sepenuhnya dan
luka jahitnya belum pulih. Iyalah baru
146 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
seminggu bersalin itu yang keadaannya
jadi kritikal. Darah keluar dari bawah
macam air paip, walaupun kami dah
masukkan darah, macam-macam cara
kami gunakan untuk hentikan
pendarahan kerana rahimnya
mengembang tak dapat menutup
pembuluh darah, kalau lah puan lambat
hantar menantu ke hospital, memang
Puan Zulaika takkan dapat
diselamatkan.”
“Allahuakbar…”
“Puan, sabar. Saya faham yang
situasi sekarang ni menekan banyak
pihak. Kalau tak ada apa saya masuk
dulu. Jangan risau kami akan maklumkan
perkembangan menantu puan ya?”
147 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Iyalah, apahal doktor hubungi saya
ya? Kesian cucu saya doktor, minum susu
botol jer…”
“Baik puan…” Doktor Eskandar
malas melayan suami pesakit yang
bermasalah jiwa itu.
“Hei, kau jangan nak lebih-lebih
dengan isteri aku ya? Kau tu doktor buat
cara doktor. Aku boleh saman kau
nanti!” Areef sempat mengugut.
Encik Kamil terus menarik kolar baju
Areef dengan marah.
“Kamu dengar tak apa doktor tu
cakap? Puas hati kamu dengan apa yang
kamu buat pada Zulaika? Kamu ingat,
doktor tu spesies jantan binatang macam
kamu ke yang kamu nak tuduh-tuduh
dia? Baik kamu diamlah! Memalukan
orang tua je!”
148 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Areef menikus. Tak berani nak
membantah lagi bila papanya makin
marah. Kang tak pasal-pasal kena lagi.
DOKTOR ESKANDAR duduk di sebelah
katil Zulaika. Dah tamat waktu kerja tapi
dia tak balik. Lagipun, kalau dia balik dia
akan risaukan keadaan Zulaika di sini. Dia
rasa bertanggungjawab pula.
Doktor Eskandar membasahkan
bibir yang kering itu dengan air zam-
zam.
Lalu dia membacakan Yassin kerana
keadaan Zulaika belum stabil. Wajah
yang pucat namun masih kelihatan ayu
itu, ditatap tanpa jemu.
149 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
13
Kamu nak pergi mana ni, Areef?”
Soal Puan Rabiah kala melihat
anaknya bersiap-siap.
“Keluarlah mama…”
“Hei, isteri kau tengah bertarung
nyawa kat hospital, kau boleh keluar?”
“Habis tu mama nak Areef buat
apa? Nak pergi hospital, doktor gila tu
tak izinkan Areef melawat Ika. Duduk kat
150 |