The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Author Mia Kiff, 2022-07-08 23:25:30

Miss Miaaa Uhuk

nobody

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

rumah pun bosan asyik dengar mama
bebel macam lah Areef ni buat salah
besar sangat. Areef stress tau tak, asyik
dipersalahkan.”

“Dah memang kamu buat salah,
kami sebagai orang tua, kenalah tegur
kamu. Takkan nak biarkan saja kamu
berbuat sesuka hati. Zulaika tu, Amanah
dari Allah bukan hak yang kamu?”

“Ya ya ya, Areef memang salah.
Puas hati? Dah tu nak Areef cakap
macam mana lagi? Yang terjadi sudah
pun terjadi.” Areef melepas keluh.

“Ni, mama perhati kamu. Kami sikit
pun tak tengok, tak pegang, apatah lagi
nak jaga anak kamu. Apa masalah
kamu? Isteri kamu tengah sakit
disebabkan kamu, patutnya kamu ada

151 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

lah sikap tanggungjawab menjaga anak
kamu?”

“Mama, disebabkan budak ni
rumahtangga kami macam-macam
masalah. Kalau tak disebabkan budak ni,
kami bahagia je mama! Budak ni bawak
bala!”

“Ya Allah! Areef, mana pergi akidah
kamu? Tergamak yea kamu kata macam
tu pada anak kamu sendiri. Yang bawa
bala, yang bawa musibah bukan anak
kamu tapi kamu. Kamu ni yang
bermasalah dan menyusahkan orang!”
Encik Kamil ikut sama marah.

“Kalau mama dan papa sayang
sangat cucu, bela lah dia. Nanti tahulah
betapa rimasnya dengan perangai
budak ni yang menyusahkan. Tahu
melalak je dua puluh empat jam!”

152 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef tak peduli, terus keluar dari
rumahnya itu. Bilalah Zulaika nak pulih
dan keluar dari hospital? Kalau tak, dia
tak payahlah nak menghadap
perempuan tu lagi! Hadap Zulaika lagi
best. Tapi bolehlah dari tak ada kan?

“INGATKAN tak datang lagi. Sejam tau
I tunggu kat sini!” Sebaik saja pintu bilik
hotel terbuka, Jiha terus membebel.

“Sorrylah, orang tua I ada kat
rumah. Tu yang ambil masa sikit. Lewat
pun I datang kan. Sejam je.”

Jiha muncungkan mulutnya,
menghampiri Areef.

“I rindulah kat You, tak boleh lupa
belaian You tempoh hari, Areef. You lain
dari yang lain. Sikit pun I tak rasa
menyesal, serahkan segala-galanya
pada You.” Leher lelaki itu, dirangkulnya.

153 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef sekadar senyum. Rasa diri
dipandang hebat dimata perempuan ini.
Sebenarnya dia tak sepenuh hati pun
pada perhubungan terlarang ini sebab
jiwanya hanya ada Zulaika. Meniduri
perempuan ini pun, sambil memejamkan
mata dan membayangkan Zulaika. Rindu
yang teramat sangat pada isterinya itu.

“You fikir apa tu? I kan ada disisi
You? Buanglah masalah kat rumah tu.”

Areef melepas keluh. “I nak rehat
kejap, boleh? Bagi I masa 15 minit.”

Areef baring dan pejamkan mata.
Sebenarnya antara rasa bersalah dan
tuntutan nafsu, dia keliru.

“Tak apa, You rehatlah. I tahu apa
nak buat.” Jiha mempermainkan
peranannya agar lelaki itu memandang
hangat padanya.

154 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“I dengan isteri You, siapa lagi
hebat?”

Areef terdiam. Sebut ‘isteri’
membersitkan rasa sayu. Ketika isterinya
bertarung nyawa, dia berseronok di sini.
Tapi cepat-cepat ditepis.

Jika dibandingkan Zulaika dan Jiha,
isterinya itu tetap unggul di matanya dari
segala segi. Tiada siapa dapat
menandinginya.

“Tak ada istilah siapa hebat, janji
kita enjoy!” Areef mula kalah dengan
nafsu.

“Okey, disebabkan I tunggu You satu
jam, bermakna You hutang I satu jam.
Sekarang ni, You bayar balik 1 jam tu,
boleh?”

“I jam? I risau nanti orang tu yang
kalah cepat. I tak ada masalah.”

155 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ye ke? Kita tunggu dan lihat…”
Jiha ketawa kecil.

156 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

14

Zulaika dah boleh discaj, mama
nak bawa menantu mama balik
kampung, berpantang di sana
sehingga betul-betul sembuh.
Barulah mama izinkan kamu bawak balik
dia ke sini. Lagipun dengan apa yang
kamu buat, Ika perlukan masa untuk
sembuhkan luka dihati dia. Kamu tak
payah jumpa dia buat masa sekarang.
Kata doktor, dia mengalami trauma.

157 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Faham?” Puan Rabiah terpaksa gunakan
kuasa vetonya sebagai ibu.

“Kalau doktor bodoh tu yang kata,
mama tak payahlah percaya. Menipu je
kerjanya padahal ambil kesempatan
pada isteri orang.”

“Ya Allah kamu ni, cubalah berbaik
sangka sikit. Asyik nak salahkan orang je
kerja kamu.”

“So, Areef tak boleh jumpa Zulaika
lah ni? Mama dan papa, layan Areef ni,
macam pesalah? Macam tu?”

“Buat sementara waktu je, lepas ni
bila keadaan makin pulih, mama nak
kamu balik, minta maaf dengan Zulaika
dan cuba pujuk dia. Kalau rumahtangga
ni boleh diselamatkan kamu
selamatkan.”

158 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Apasal nak selamatkan pulak, hal
kecil jer kan.”

“Hal kecil bagi kamu, tapi yang
menanggungnya Zulaika!”

“Okeylah, kalau itu kehendak mama
dan papa, fine! Areef tak akan ganggu
Ika sampailah dia betul-betul habis
pantang dan sembuh.”

“Ingat, jangan buat perangai yang
pelik-pelik ya. Kalau mama tahu, kamu
buat hal lagi, mama lagi sanggup hilang
anak dari menantu. Faham?”

“Mama apa ni, Areef bukan budak
kecik lah nak marah-marah.”

“Sebab perangai kamu ni, makin
berumur makin pelik!”

“Dahlah mama, asyik bebel je.
Mama nak sangat jaga menantu mama

159 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

tu kan? Hah mama bawaklah dia balik,
jaga dia puas-puas. Okey?”

ZULAIKA menangis kala Aisha berada
dalam kendongan. Selama seminggu
berada di hospital, dia sungguh rindukan
Aisha. Hanya mampu mengirim susu
badannya yang diperah saja untuk Aisha.

Hari ini dia akan discaj dan inilah
masa yang ditunggu-tunggu.

“Comelnya Aisha, Aisha ingat tak
kat uncle? Uncle yang azankan Aisha
masa lahir…” Doktor Eskandar mencuit
pipi Aisha yang gebu.

Zulaika yang berada atas kerusi roda
rasa tersentuh. Selama seminggu berada
di hospital, doktor Eskandar sentiasa
merawat dan memulihkannya semula.
Dia bukan saja terpaksa menanggung
sakit tapi mengalami trauma juga.

160 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef langsung tak muncul depan
matanya selepas kejadian itu. Hanya
mentuanya saja. Mungkin, mentuanya
melarang dan marah atas apa yang
berlaku.

“Iya ke doktor? Terima kasihlah
sebab azankan cucu pakcik. Nak harap
bapak dia, tak tahulah nak jadi apa.”
Encik Kamil membalasnya.

“So, Puan Zulaika sambung
berpantang di mana?”

“Makcik akan bawa Ika pulang ke
kampung. Makcik akan menjaga Ika
dalam pantang sehinggalah sembuh.”

“Alhamdullilah, makcik kena
pastikan Ika betul-betul sembuh barulah
diserahkan pada suaminya ya? Ika pun
masih trauma dengan apa yang berlaku.
Dia perlu masa nak tenangkan fikiran dan

161 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

kembali sihat. Apapun saya doakan yang
terbaik untuk dia.” Doktor Eskandar rasa
sedikit sayu kerana hari ini hari terakhir
dia bertemu Zulaika.

Selama seminggu, dia menjaga
Wanita itu di sini. Dari keadaan
ter’buruk’nya hingga keadaan
‘terpulihnya’.

Zulaika yang berada atas kerusi roda
rasa tersentuh. Doktor Eskandar yang
tiada pertalian darah mahupun
hubungan, namun lelaki itu sangat
mengambil berat akan dirinya. Dia
rasakan dia bukan dilayan seperti pesakit
tapi ahli keluarga.

“Terima kasih doktor, sepanjang
saya berada di sini, doktor rawat saya
dan selamatkan nyawa saya. Masa saya
kat ICU, saya selalu dengar doktor
bacakan Yassin untuk saya. Terima kasih

162 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

ya.” Zulaika membalas senyum doktor
Eskandar.

“Tak apa, kalau awak sakit lagi,
saya sedia merawat di sini tapi kalau
boleh janganlah sakit lagi. Cukuplah.
Masanya untuk awak menikmati nikmat
sihat pula. Ya?” Doktor Eskandar
berseloroh.

“Kami balik dulu doktor,
assalamualaikum. Kalau free singgahlah
ke rumah makcik dan pakcik ya.”

“Boleh ke, kalau nak melawat
Zulaika kat sana nanti?”

Wajah Zulaika berubah. Hish, lain
macam pula doktor ni.

“Boleh je, datanglah. Kecil tapak
tangan nyiru pakcik tadahkan. Nanti
pakcik bawak jalan-jalan kat dusun

163 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

durian pakcik. Sekarang tengah musim
luruh.”

“Iya ke? Boleh-boleh, saya suka
makan durian, pakcik. Kalau free saya ke
kampung pakcik ya?” Doktor Eskandar
bersalaman dengan Encik Kamil.

164 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

15

Bertuah punya anak, kamu
langsung tak balik tak call
tanya keadaan isteri dan anak
kamu dalam pantang ni.
Suami jenis apa kamu ni? Buat
malu mama jer dek perangai kamu ni!"
Puan Rabiah membebel di telefon.

Hampir seminggu Zulaika dalam
jagaannya, jangan kata nak balik

165 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

menjenguk, telefon tanya khabar pun
tidak. Dahlah buat onar.

"Ma, Areef bukan tak nak balik atau
tak nak call. Mama dan papa sendiri
cakap, yang salah Areef ni terlampau
besar. So, mama nak Areef buat apa?
Melutut, menyembah Zulaika? Memang
tak lah!" Areef menjunjung egonya.

"Mama tak suruhlah kamu sampai
tahap tu. Dah tahu buat salah,
bertanggungjawablah. Tunjuk sikap yang
baik. Insaf nak berubah, minta maaf
pada isteri kamu ni. Ni tak, kamu senyap
je." Bebel Puan Rabiah lagi.

"Kalau balik pun, boleh buat apa.
Zulaika dalam pantang lagi kan.
Bukannya boleh nak bagi kasih sayang
pun. Mama nak kejadian tu berulang
lagi? Mama ingat, lelaki ni tak terseksa
ke bila isteri dalam pantang? Ingat boleh

166 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

tahan ke nak tengok isteri saja?"Jawab
Areef semula.

"Astaghfirallahalazim. Itu je dalam
fikiran kamu. Tak ada benda lain ke nak
fikir? Kalau kamu tak fikirkan isteri kamu,
ni anak kamu. Kamu tak rindu ke kat anak
kamu? Langsung tak rasa ke nak balik
jenguk mereka kat sini?"

"Biarlah Zulaika tu berpantang
dengan tenang. Malas nak ganggu dia.
Nanti kalau jumpa dia, jadi yang bukan-
bukan, mama papa juga salahkan Areef.
Areef je yang jahat, Zulaika tu semua
baik!"

"Ya Allah, susah betul nak cakap
dengan kamu. Sekurangnya ambil lah
berat, dia isteri kamu."

"Areef kat sini, hari-hari doakan
Zulaika, agar sentiasa selamat dan sihat
disisi mama. Okeylah tu mama nak suruh
Areef buat macam mana lagi?"

167 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Hish, budak ni. Semua benda nak
kena ajar. Nasib lah kamu ni anak aku,
kalau bukan aku cekik tengkuk kamu."

"Dah tu, kalau buat-buat pandai,
semua tak betul."

"Yalah. Ni kamu nak cakap dengan
Zulaika tak? Dia ada dekat dengan
mama."

"Hurm boleh lah..."
Puan Rabiah menghulurkan telefon
bimbitnya pada Areef. Zulaika telan air
liur walaupun tangannya mula
mengeletar.
Elok saja, telefon ditekap ditelinga.
"Hurmm kau dah okey ke,
sayangku?" Pertanyaan Areef menerusi
telefon yang agak sinis.
Zulaika cuba melawan ketakutan
kala mendengar suara itu. Melihat
mentua di sebelah buat dia terpaksa
beranikan diri. Hampir dua minggu

168 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

selepas kejadian memeritkan itu, dia
berpantang di rumah mentuanya dan
mentuanya menjaganya begitu baik
seperti anak sendiri. Dia pun makin pulih.
Cuma, hatinya kini kosong. Mati.

"Makin sihat abang. Alhamdullilah."
"Luka jahit semua dah okey?"
"Dah....”
“Darah masih keluar ke?”
“Err, tak ada dah....Ab...abang
sihat?" Jawab Zulaika yang rasa ngilu
tiba-tiba. Traumanya seperti datang
semula.
"Aku tak sihat. Batin aku terseksa."
Jawab Areef bersahaja buat Zulaika
tersentap. Apa niat lelaki tu cakap
macam tu?
Tak tahu nak jawab apa. Jeda.
"Kalau kau rasa nak balik, kau
bagitahu. Kalau kau rasa apa yang aku

169 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

buat sebelum ni, bukan salah besar bagi
kau, kita kembali macam dulu. Kalau tak,
suka hati kau lah. Aku tak kisah pun,
sebab ramai perempuan yang aku boleh
dapat dengan mudah. Cumalah itu, kau
ada satu kelebihan yang perempuan lain
tak ada. Cantik. Kau terlalu cantik
mengalahkan semua perempuan yang
aku tengok. Sebab tu, aku masih
harapkan kau lagi..."

Zulaika diam. Ikut hati nak
mengherdik lelaki itu tapi dia pejam
mata rapat-rapat. Dia kumpul kekuatan.

"Kenapa diam? Kau rasa aku buat
salah besar yea? Kau marah aku yea?
Kau kena faham, kau kan cantik. Aku tak
boleh tahan tengok kau. Kau pula satu-
satunya Wanita yang halal untuk aku
sentuh. Jadi aku tersilap... Opsss…”

Zulaika gengam tangannya erat. Dia
cuba buang segala resah.

170 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Kau kena ingat, sebelum kau
beranak pun, setiap malam adalah
malam pertama kita. So kau boleh faham
kan, macam mana gilanya suami kau ni
pada kau.”

Zulaika masih diam.
"Lagi satu, aku dah cakap, aku tak
nak kau mengandung. Tapi kau degil. Dah
kau beranak, doktor lelaki pulak yang
sambut budak tu. Maruah aku, dah kau
pijak-pijak. So anggaplah itu kifarah
dosa kau sebab melawan cakap aku. So
0-0. Kita seri. Tak payah nak buat
perangai merajuk sangat. Faham tak
sayang?"
Zulaika redakan nafas yang pendek.
"Ya abang..." Terpaksa jawab bila
mentuanya pandang.
"Kalau kau dah sembuh dan nak
balik, bagitahu je. Aku akan balik ambil
kau. Aku janji, peristiwa tu takkan

171 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

berulang lagi asalkan kau, jangan bagi
aku anak lagi. The last one. Okey?"

Zulaika terdiam lagi. Dia cuba
membuang segala perit dan sakit. Dia
mahu lahir seperti Zulaika yang baru,
Yang berani. Yang bertegas.

"Hei, badan kau macam mana? Dah
kurus macam dulu balik?" Soal Areef di
talian.

Zulaika mengemam bibirnya sambil
berfikir apa jawapannya. Akhirnya dia
memilih untuk…

"Macam makin gemuk. Iyalah dok
berpantang rumah mama, mama selalu
masak yang sedap-sedap. Lagipun, bff
baby cepat lapar. Naik sepuluh kilogram
lagi abang. Makin comel." Zulaika
berkongsi seakan berita gembira.

Sebenarnya, Zulaika dah kembali
semula pada berat badannya yang
asalnya 52 kg dengan berat 165cm. Masa

172 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

mengandung hampir 83 kg tapi
disebabkan tercabar dengan lelaki itu,
dia bertekad nak kuruskan badan dan
menjaga pemakanan.

"Apa? 10kg? Jadi sekarang berat
badan kau, 90kg?" Terkejut beruk lelaki
itu dari nada suaranya.

"Tak, pembetulan. 93kg abang."

"93kg? Kau gila ke apa? Besar
macam gajah!"

"Ala baru 93 kg, bukan 200 kg.
Relakslah. Bukan berdosa pun badan
gemuk. Lagi berdosa kalau kutuk orang
gemuk."

"Kau diam! Kau nak tunggu sampai
besar bapak gajah je baru kau nak sedar.
Kau tahu kan, aku tak suka kau gemuk,
nampak hodoh dan buruk kat mata aku,
aku nak isteri aku yang dulu balik. Aku

173 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dah pesan banyak kali kan, dalam
berpantang ni kau mesti pasang badan.
Kau mesti kurus, ketat,mantap macam
dulu balik kalau tak, aku takkan balik
tengok kau..."

"Lah, ingatkan abang gurau je pasal
tu? So, Ika tak ambil seriuslah pasal tu
sebab walaupun Ika gemuk, selera
abang macam biasa jugak."

"Gurau apanya? Apa yang keluar
dari mulut aku, aku serius! Aku sentuh kau
sebab tak ada pilihan. Faham tak? Kalau
aku ada betina lain, aku tak hadaplah
perempuan gemuk berdaki macam kau
ni?”

Zulaika tarik nafas, lepas. Sabarkan
diri.

"Ye ke? Dah tu macam mana? Dah
makin gemuk ni. Apakata dari abang

174 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

komplen, baik abang bagi duit, boleh
pergi klinik sedut lemak ni...."

"Eh, tu bukan masalah aku. Kau diet
lah bodoh!"

"Malas lah, abang ingat senang ke
nak kurus."

"Malas apa, buat untuk suami, susah
sangat ke? Tak ada lelaki yang suka
isterinya gemuk. Tanyalah mana-mana
lelaki pun. Kau memang nak aku makin
meluat dengan kau ke? Kau nak aku
makin jijik, makin geli dengan kau ke? Kau
nak aku buang kau tepi jalan ke. Hah?"
Lelaki itu menempik.

Zulaika menyimpul senyum. Seronok
pula mempermainkan lelaki ego ini. Biar
lelaki ni tak balik lagi bagus. Taklah sakit
sangat hatinya.

175 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Tapi, saya masih Zulaika yang sama.
Biarpun bentuk badan berubah. Yang
penting, hati baik." Zulaika sengaja
merancakkan pergaduhan mereka.

"Arghhhh, aku tak nak hati kau. Aku
cuma nak badan kau yang dulu. Sebab
fizikal kau yang membahagiakan aku
selama ni. Buat apa, hati tu kalau mata
aku sakit tengok kau. Hati kau, aku tak
payah jaga sebab tetap kau tetap milik
aku tak akan lari ke mana dah. Kau
faham ke tak faham?"

"Oh, macam tu ye? Dah tu, hadap
jelah muka ni. Dah gemuk, nak buat
macam mana? Bukan boleh lapah buang
lemak ni?”Zulaika membalas bersahaja.

"Kau tak sedar ke, suami kau ni ada
rupa. Lelaki rupawan. Kau tak rasa ke
nak jaga laki kau ni elok-elok agar
berselera dengan kau? Jangan sampai

176 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

aku lari cari betina lain yang lebih slim,
lebih bergetah dari kau. Berderet-deret
perempuan tengah tunggu aku..."

Zulaika mencebik. Rupawan ke
haiwan? Huh!

"Tengoklah macam mana. Ika rasa
Ika tak mungkinlah akan kurus. Macam
susah lah, kat Malaysia semua makanan
sedap-sedap. Rugilah tak makan."

"Eh eh kau ni, aku talakkan jugak
perempuan gemuk ni! Kau lagi
pentingkan makan dari suami?"

Memang pun, makanan lebih
membahagiakan perempuan dari lelaki.

"Yalah, makan tu lagi penting dari
suami. Tak makan boleh mati, tak ada
suami masih boleh hidup..."

"Kau diam? Berani menjawab ye
mentang-mentang mama ada kat situ.

177 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Kau dengar sini, aku tak kira. Aku nak kau
kurus jugak. Walaupun apapun terjadi,
kalau tak...."

Tak habis-habis ugut. Macam bodoh
je.

"Kalau tak apa?"
"Kalau tak, aku akan buat kau
digantung tak bertali. Kau akan terseksa
rindukan aku dan aku tak akan balik
selagi kau tak kurus...."
Zulaika rasa nak ketawa besar. Tak
apa, kita tunggu dan lihat.

“ASSALAMUALAIKUM princess…” ucap
Doktor Eskandar sambil membawa
hamper berisi barangan bayi dari
jenama Anakku.

Tak sangka doktor Eskandar
mengotakan apa yang dia katakan.

178 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Melawat Zulaika sampai ke rumah
mentuanya.

Kedatangan Doktor Eskandar
disambut baik oleh mertua Zulaika yang
begitu ramah melayaninya.

“Waalaikumussalam, doktor? Tak
sangka doktor datang…” Zulaika tak
sangka sungguh.

Doktor Eskandar menghadiahkan
senyum. Tampan lelaki itu berpakaian
kasual.

“Untuk baby dan untuk awak.”
Lelaki itu menghulurkan hamper
barangan bayi, kotak pampers dan bag
kertas berwarna pink. Tak tahu apa
kandungannya.

“Untuk makcik dan pakcik pun ada.
Kejap..” Lelaki itu Kembali ke kereta,

179 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

membawa bakul berisi kuih-muih
tradisional.

“Lah buat susah-susah je doktor.
Doktor sudi datang rumah kami dari jauh
pun, dah alhamdullilah.” Encik Kamil
membalasnya mesra.

“Jemputlah masuk…”
Puan Rabiah masakkan lauk-pauk
istimewa untuk Doktor Eskandar. Mereka
berjamu selera sambil rancak berbual.
“Ika masih menjaga pemakanan
ke?” Doktor Eskandar sesekali
mengerling pada Zulaika biarpun rancak
berbual dengan mentua Zulaika.
Tak tahulah apa perasaan aneh yang
dirasakan saat ini. Maaf, dia tahu Zulaika
isteri orang, tapi…

180 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Iya. Makcik memang betul-betul
jaga. Makcik nak dia sihat macam dulu.
Berpantang ikut cara orang tua.
Makanan yang boleh dimakan saja
makcik benarkan. Hari-hari ikan rebus
dan bakar. Sayur sawi masak air.
Sesekali tukar selera makan ayam bakar
atau ikan salmon.”

“Oh, patutlah Ika nampak makin
sihat.” Doktor Eskandar nak puji Zulaika
makin cantik dan berseri-seri
sebenarnya. Badannya pun makin
langsing, persis anak dara.

“Alhamdullilah lega sangat makcik
tengok keadaan Ika sekarang ni dah
makin pulih.”

“Jarang saya jumpa, mentua yang
sangat ambil berat pasal menantu. Suka
tengok kasih sayang makcik dan pakcik

181 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

pada Zulaika.” Doktor Eskandar memuji
lagi.

Sesekali mereka bertentang mata.
Doktor Eskandar menghadiahkan
senyum. Senyum manis yang
mengusarkan hati Zulaika.

“Ika ni, sebelum kahwin dengan
anak makcik, memang makcik dah
anggap dia macam anak makcik sendiri.
Dulu dia bekerja dengan suami makcik.
Itulah kami mesra tu.”

“Iya ke?”
“Tambah lagi nasi, lepas kenyang.
Kita pergi dusun cari buah durian pula.
Bukan durian je, langsat, rambutan, ciku,
cempedak, semua ada.”
“Iya ke? Wow… tak sabar saya.”

182 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“AWAK okey ke?’ Doktor Eskandar
berbual dengan Zulaika sementara
mentuanya sedang bersiap-siap untuk
pergi ke kebun.

“Okey, alhamdullilah.”

“Alhamdullilah, lega dapat tengok
awak kat sini.”

Zulaika sekadar senyum.
Doktor Eskandar memandang ke
dasar bola mata indah itu, berkira-kira
mahu menyatakan sesuatu namun…

“Jom doktor, kami dah bersiap ni.
Ika, kalau ada apa-apa call mama dan
papa ya. Bibik ada kat rumah temankan
Ika. Ya?”

“Baik mama, papa. Jangan risaukan
Ika, Ika okey je. Mama papa pergilah
dengan doktor Eskandar.”

183 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Jom…” sebelum pergi, Doktor
Eskandar sempat memandang semula
wajah Zulaika dengan seribu satu rahsia.

184 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

16

P ejam celik, sudah sebulan
Zulaika berada dalam pantang.
Badannya bertambah pulih atas
usaha dan sikap ambil berat

mentuanya yang bukan saja menjaga

makan minumnya malah memberikan

rawatan dalam pantang yang terbaik ke

atasnya.

185 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika menjalankan pemeriksaan di
klinik berhampiran.

Doktor Maznah yang sedang menulis
rekod di buku pink tersentak bila
panggilan masuk. Dia tersenyum dan
menjawabnya.

“Ya waalaikumussalam, doktor
Eskandar.”

Zulaika sedikit tertarik dengar nama
itu. Orang yang sama atau lain ya?

“Ada, Puan Zulaika datang
menjalani pemeriksaan macam biasa. Ni
dia ada sebelah saya. Saya baru je check
dia.”

Kerut dahi Zulaika. Rasanya memang
doktor Eskandar itulah orangnya. Kenapa
Doktor Eskandar tanya tentang dia ya?

186 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Keadaan dia semua okey. Makin
pulih. Baik, apahal saya akan maklum
pada doktor ya? Assalamualaikum…”

Talian dimatikan. Doktor Maznah
tersenyum-senyum.

“Hurm, jarang sekali doktor ambil
berat pasal pesakit sampai macam ni
sekali. Doktor Eskandar kirim salam pada
awak. Selama awak menjalani
pemeriksaan di klinik ini, Doktor Eskandar
sentiasa follow up, awak dengan saya.”

“Oh, doktor Eskandar lah yang
merawat saya masa kat hospital dulu, itu
yang dia follow up dengan doktor.”

“Ya, saya tahu..” Doktor Maznah
masih senyum penuh makna.

187 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

SEBAIK saja keluar dari klinik, Zulaika
terkejut melihat kemunculan Doktor
Eskandar di sini.

“Doktor?”

“Assalamualaikum, hai… Baby sihat?
Awak apa khabar?”

“Sihat.”

Doktor Eskandar yang berpakaian
kasual itu nampak bergaya dan tampan
pula. Selalunya pakai kemeja kerja
dengan white cot. Rasanya doktor ni,
bujang terlajak kot?

“Apa doktor buat kat sini?”

“Kebetulan ada kursus, so
singgahlah. Tadi call doktor Maznah, dia
kata awak ada dengan dia. Terus saya
datang sini, nak tengok sendiri keadaan
awak.”

188 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika tunduk dan senyum tawar.
“Terima kasih doktor. Saya okey.”
“Baguslah kalau macam tu, muka
pun dah berseri-seri, tak pucat macam
dulu. Err apakata saya belanja awak
minum?” Doktor Eskandar tak dapat
nafikan, mata melekat pada wajah ayu
itu.
“Maaf, bapa mertua saya tengah
menunggu kat luar.”
“Kalau macam tu, ajak bapa mertua
awak sekali! Seronok dapat jumpa dia.
Suka berbual dengan dia.”
Zulaika tarik muka. Dia makin tak
selesa.
“Maaf, saya nak balik rehat, saya
penat. Kalau doktor nak jumpa mentua

189 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

saya, pergilah jumpa. Saya balik naik
grab je.” Zulaika makin kelat muka.

Doktor Eskandar pandang terkilan.
“Okey, tak apalah orang tak sudikan
nak buat macam mana. Awak baliklah.”
Doktor Eskandar angkat bahu.
“Saya isteri orang doktor, saya
harap doktor faham.”

“Saya tahu, tapi saya tak suka
melihat seorang wanita membiarkan
dirinya dijadikan boneka oleh lelaki dayus
dan bodoh!”

Tak tahulah kenapa membara pula
hati Zulaika.

“Ya, suami saya memang bodoh,
jadi doktor yang cerdik ni, tak payahlah
cari fasal dengan orang macam kami ni.
Nanti dapat lagi masalah. Doktor tak

190 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

serik-serik ke atas apa yang berlaku
sebelum ni?”

“Tak serik pun sebab yang
bermasalah sekarang ni suami awak.
Bukan kita pun.”

“Doktor pun bawak masalah jugak,
kenapa doktor muncul depan mata
saya? Nak tanya selain saya, semua
pesakit doktor, doktor ambil berat
macam ni ke? Apa niat doktor?” Zulaika
bertegas.

“So awak nak saya buat apa
sekarang ni?”

“Doktor teruskan hidup doktor
macam biasa dan rawat pula pesakit-
pesakit yang lain sampai sembuh.
Anggap saja saya sama seperti mereka.
Budi baik doktor akan saya kenang dunia

191 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

akhirat. Okey?” Pesan Zulaika sebelum
berlalu.

Baru menapak dua langkah kata-
kata lelaki itu menghentikan langkahnya.

“Tapi awak bekas pesakit yang
susah saya nak lupakan dan saya tak
boleh move on lepas merawat awak…”

Zulaika kerut dahi. Sedikit tersentuh.
Cuma…

Zulaika berpaling.

“Dalam banyak-banyak pesakit
kenapa saya? Apa niat doktor ya? Saya
ni, dah cukup malu atas apa yang berlaku
sepanjang saya dirawat oleh doktor.
Kalau boleh, setakat itu je perjumpaan
kita tapi doktor tak habis-habis ambil
tahu pasal saya, muncul depan saya.
Tolonglah doktor,bersikap professional,
saya pun ada maruah, saya ada rasa

192 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

malu. Apa yang berlaku di hospital tu biar
tamat kat situ je. Saya harap doktor
jangan jumpa saya lagi.”

Doktor Eskandar tunduk, hela nafas.
Pandang wanita itu semula.

“Saya tahu tapi saya rasa saya dah
menjadi sebahagian dari masalah awak
sebab hampir saya tahu kesemuanya.
Saya simpati dengan awak dan saya nak
bersama awak, waktu sukar awak
bukan saja di hospital masa awak
bertarung nyawa, tapi di luar juga. Masa
awak sedang berjuang menegakkan hak
awak sebagai wanita yang teraniaya
dengan suami.” Jelas Doktor Eskandar
memukul perasaan Zulaika.

Matanya mula berkaca dan dia
menangkap, mata lelaki itu beriak
serupa.

193 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Saya mampu selesaikan masalah
saya sendiri…”

“Tak, awak tak buat apa-apa pun.
Sedangkan lelaki tu, di sana sedang…”

Reaksi Zulaika sedikit terarah pada
kata-kata itu.

“Sedang apa? Apa maksud
doktor?”

“Saya rasa, awak tak boleh
berdiam diri lagi dan biarkan lelaki
macam tu, pijak maruah awak sesuka
hati. Awak kena berdepan dengan dia
dan cari pelengkap dari kata-kata saya
yang tergantung. Buat demi anak awak,
Zulaika.”

Doktor Eskandar seperti tahu sesuatu
tentang Areef.

194 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Maksud doktor Areef ada buat
sesuatu ke, di belakang saya?”

“Kalau awak nak alasan awak
cukup lengkap untuk lepaskan diri dari
lelaki tu, pergi cari dia. Secepatnya.”

Zulaika terdiam sekejap.

“Awak jaga lah diri awak baik-baik
dan saya harap, awak takkan dirawat
oleh saya lagi berpunca dari lelaki yang
sama. Sayangi diri awak dulu sebelum
menyayangi orang lain. Okey sayang,
uncle pergi dulu. Jaga mama baik-baik
ya. Ni untuk baby!”

Sempat diselitkan sampul raya di
situ.

PULANG ke rumah, kata-kata doktor
Eskandar menganggu perasaan.
Berlumba-lumba menusuk akal. Apa
maksud doktor Eskandar ya? Apa yang

195 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef lakukan dibelakangnya? Tapi
memang pelik pun, bila lelaki itu begitu
ego dan seakan menjauhkan diri.
Sepertinya tidak kisah kalau tak ada dia
padahal selama berada disisi itu, lelaki itu
sangat manja dan sentiasa mahukan
perhatian. Lagi satu, dari segi nafkah
batinnya. Nafsu lelaki itu harus dipenuhi
tak kira masa. Tapi sekarang…

Areef ada perempuan lain ke yang
menjadi tempat melepaskan nafsunya?
Bermakna lelaki tu curang? Kalau betul
ada, kenapa masih nak simpan dia
sebagai isteri?

Dia bertahan disebabkan
mentuanya baik dan terlalu sayangkan
Aisha. Kalau tak…

“Ika fikir apa tu? Temenung je dari
tadi?” Soal Puan Rabiah.

196 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Tak adalah, mama.”

“Ika, kalau Ika rasa perbuatan anak
mama tu melampaui batas, Ika buatlah
keputusan untuk diri sendiri. Ika kena jadi
wanita yang berani menegakkan hak.
Mama cuma mampu nasihatkan Areef
tapi nak berubah itu terletak
ditangannya. Mama tengok Ika ni terlalu
berlembut hati dan bertahan sehingga
dia melampau. Lelaki macam tu kena
ajar, Ika.”

“Ika okey, mama…”

“Tak, Ika tak okey dan anak mama
lagi tak okey. Mama sendiri benci dengan
perbuatan dia pada Ika. Mama
sayangkan Ika, Ika menantu mama yang
sangat baik. Mama rasa menyesal
pinangkan Ika untuk Areef dulu kalau tau
hal macam ni akan berlaku.”

197 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Sayu rasa hati.
“Insha Allah, ma. Ika akan cuba
bangkit. Mama doakan yang terbaik
untuk Ika.”

“Ika jangan risau, mama tak akan
biarkan hidup Ika dan cucu terumbang-
ambing. Mama dah anggap Ika macam
anak perempuan mama.”

“Terima kasih mama.”

“Ika nak kerja semula tak? Mama
tahu, Ika pun sayangkan kerjaya Ika kan?
Jadi suri rumah, bukan matlamat hidup
Ika tapi terpaksa sebab Areef kuat
cemburukan?”

Zulaika mengangguk lemah.
“Ika boleh saja kerja dengan
company papa macam dulu. Tak pun,
mama boleh rekemenkan Ika kerja

198 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dengan company kawan-kawan
mama.”

Zulaika bekerja sebagai akauntan di
Kilang Beras bapa mentuanya. Tak
tahulah, macam mana si Areef boleh
terpikat dengannya semasa majlis
jamuan raya anjuran kilang. Terus dia
dipinang Puan Rabiah. Rasa bersalah nak
menolaknya.

Majlis perkahwinan mereka diraikan
penuh gilang-gemilang. Iyalah dia akan
anak yatim, jadi segala urusan
diserahkan pada mereka.

“Ika tak nak susahkan mama,
cukuplah dengan masalah yang ada ni
ma. ”

“Masakan seorang anak, akan
dianggap menyusahkan padahal, anak
itu rezeki dan kebahagiaan ibu dan

199 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

ayahnya. Mama dah anggap Ika,
macam anak perempuan mama. Ya?
Jangan risau.”

Zulaika tarik nafas dalam-dalam.
Semoga Allah berikan keputusan yang
terbaik untuknya.

200 |


Click to View FlipBook Version