The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIMAWATI7706, 2024-06-25 03:15:12

BUKU TATABAHASA DEWAN EDISI DIGITAL

BUKU TATABAHASA DEWAN EDISI DIGITAL

TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas: (i) The boy. (ii) Very clever. (iii) A baby. (iv) Di mana? (v) Untuk siapa? (vi) Ke Johor. Kata akronim tergolongjuga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu, seperti contoh yang berikut: Mara pawagam NATO motel Majlis Amanah Rakyat panggung wayang gambar North Atlantic Treaty Organization motor hotel 3.3.2 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, bail<: awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya, dalam bahasa Melayu mendukung (men- + dukung), dipukul (di- + pukul), makanan (makan + -an), biarkan (biar + -kan), mengakui (meng- + aku + -i), pertunjukan (per- + tunjuk + -an), dan gemuruh (g + -em- + uruh); dalam bahasa Inggeris, quickly (quick + -ly), kindness (kind + -ness), unattractive (un- + attract + -ive), dan impolite (im- + polite). 3.3.3 Kata Majrnuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar 48 1 I j I ~! I IMORFOLOGI: SATU PENGENALAN atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Beberapa contoh: Bahasa Melayu: Bahasa Inggeris: Bahasa Tagalog: 3.3.4 Kata Ganda air mata meja makan kerani kanan bendahari kehormat red tape ice cream midnight blue cane sugar bagongtaon sudut tepat kata kunci hati batu muka tembok honey-bee duty-free user-friendly drip-dry 'tahun baharu' Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sarna ada kata ganda terse but diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Misalnya: kanak-kanak lelaki, bertubi-tubi, membohong-bohongi, memperkecil-kecil (bahasa Melayu); malakas-lakas, 'agak kuat', susulat 'akan menulis', wagaling-galing 'berhati baik' (bahasa Tagalog); goody-goody 'terlalu baik', criss-cross 'silang-menyilang', walkie-talkie 'telefon radio yang kecil serta ringan' (bahasa Inggeris). 3.4 Bentuk Kata Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk yang berikut: (i) Bentuk kata tunggal. (ii) Bentuk kata terbitan. (iii) Bentuk kata majmuk. (iv) Bentuk kata ganda. 49


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 3.4.1 Bentuk Kata Thnggal Kata tunggal, jika dilihat dari segi persukuan kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokel disertai satu konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sarna ada di hadapan vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan di belakangnya secara serentak. Contoh kata tunggal yang mengandungi satu suku kata dengan penyusunan V dan K yang berbeza-beza adalah seperti yang berikut: 50 v a i: o KV yu ru he ci pu: za pa na VK ik in if ok at KVK roh (Bahasa Inggeris) (vokal panjang) (Bahasa Tamil) (Bahasa Tagalog) (Bahasa Melayu) (Bahasa Melayu) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Cina) (Bahasa Tamil) (Bahasa Isthmus Zapotec) (Bahasa Tagalog) (Bahasa Tagalog) (Bahasa Belanda) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Turki) (Bahasa Tagalog) (Bahasa Melayu) "sesuatu" "lalat" "atau" "ikan yu" "pokok ru" "dia (lelaki)" "makan" "bunga" "berjalan" "masih" "sudah" "saya" "di dalam" "jika" "anak panah" "dan" "roh" ·1 ! .1 1 ~' .. MORFOLOGI: SATU PENGENALAN bah (Bahasa Melayu) "bah·' dig (Bahasa Inggeris) "menggali" kan (Bahasa Cina) "melihat" pal (Bahasa Tamil) "gigi" mum (Bahasa Turki) "lilin" ni? (Bahasa Isthmus Zapotec) "bercakap" rin (Bahasa Tagalog) "juga" KKVK stor (Bahasa Melayu) "stor" draf (Bahasa Melayu) "draf' plan (Bahasa Inggeris) "pelan/rancangan" flop (Bahasa Inggeris) "kegagalan" mbat (Bahasa Huare, Mexico) "kutu" hris' (Bahasa Greek Klasik) "hidung" KVKK teks (Bahasa Melayu) "teks" lift (Bahasa Inggeris) "lif/mengangkat" cart (Bahasa Inggeris) "kereta tolak" pahk (Bahasa Totontepec Mixe) "tulang" ders (Bahasa Turki) "pelajaran" KKVKK crust (Bahasa Inggeris) "kerak" frost (Bahasa Inggeris) "embun beku" Contoh kata tunggal dengan dua suku kata yang mempunyai berbagai-bagai bentuk susunan K dan V: a las (Bahasa Melayu) "alas" 0 pen (Bahasa Inggeris) "membuka" e dit (Bahasa Inggeris) "mengedit" su a (Bahasa Melayu) "sua" wa ras (Bahasa Jawa) "sihat" rna ngan (Bahasa Jawa) "makan" can to (Bahasa Inggeris) "bahagian daripada sajak" 51


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA ca noe (Bahasa Inggeris) "sejenis perahu" rna kan (Bahasa Melayu) "makan" kom pleks (Bahasa Melayu) "kompleks" syah du (Bahasa Melayu) "syahdu" pa cu (Bahasa Tamil) "lembu" kam pu (Bahasa Tamil) "tongkat" yu du (Bahasa Isthmus "gereja" Zapotec) zi di (Bahasa Isthmus "garam" Zapotec) Contoh perkataan dengan tiga suku kata: ceng ke rik (Bahasa Melayu) "cengkerik" ge la gat (Bahasa Melayu) "gelagat" gem bi ra (Bahasa Melayu) "gembira" cern pe dak (Bahasa Melayu) "cempedak" mo ni tor (Bahasa Inggeris) "mengawasl ketua darjah" mo men tum (Bahasa Inggeris) "pergerakan" lu bri cate (Bahasa Inggeris) "meminyaki' se 'lum bat (Bahasa J awa) "alat mengupas kelapa" Contoh perkataan dengan empat suku kata: a nu ge rah (Bahasa Melayu) "anugerah" bi da da ri (Bahasa Melayu) "bidadari" rna sya ra kat (Bahasa Melayu) "masyarakat" dor mi to ry (Bahasa Inggeris) "dormitori" lux - u ri ant (Bahasa Inggeris) "mewahl subur" Kata tunggaljenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan, umumnya, melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejurnlah perkataan, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya: 52 , '.~ MORFOLOGI: SATU PENGENALAN Bahasa Melayu cer pen jen tolak ha kis cerita pendek jentera tolak habis kikis t:;t di ABIM Petronas Proton ka taman didikan kanak-kanak Angkatan Belia Islam Malaysia Petroleum Nasional Perusahaan Otomobil Nasional Bahasa Inggeris MARDI Malaysian Agricultural Research Development FELDA NATO laser scuba radar Institute Federal Land Development Authority North Atlantic Treaty Organization light Amplification by stimulated emission of radiation self-contained underwater /"reathing apparatus radio detecting and ranging Bahasa Indonesia Dubes Duta Besar Menlu LIPI Pertamina Nasakom Menteri Luar Lembaga flmu Pengetahuan Indonesia Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Nasional Nasionalisme, Agama, Komunisme 3.4.2 Bentuk Kata Terbitan Seperti yang diterangkan dalam 3.3.2, kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menam~ahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudtannya melahirkan kata terbitan. Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada jenis morfem bebas adalah seperti yang berikut: ber- + jalan dan lukis + -an (bahasa Melayu); en- + code dan play + -er (bahasa Irtggeris); kitab + -i dan Muslim + -un (bahasa Arab). 53'


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Ada beberapa bentuk kata seperti: ber- + tapa, ke- + mudi dan ter- + tawa (bahasa Melayu) dan re- + mit, con- + sume dan per- + ceive (bahasa Inggeris) yang terdiri daripada satu akar kata dan satu imbuhan. Perkataan-perkataan demikian telah sebati sehingga dianggap sebagai satu perkataan yang tersendiri. Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata dasar daripada jenis kata terbitan, dan juga kata majmuk (lihat 3.3.3 untuk huraian tentang kata majmuk). Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: (a) imbuhan dengan kata dasar terbitan: peN - + ketua pengetua meN- + ketepi + -kan mengetepikan enlarge + -ment enlargement de- + colonise + -tion decolonisation (b) imbuhan dengan kata dasar majmuk: ber- + darah panas peN- + kuat kuasa + -an meN- + anak emas + -kan blacklist + -ed roadworthy + -ness brainwash + -ing baby-sit + -er 3.4.3 Bentuk Kata Majmuk berdarah panas penguatkuasaan menganakemaskan blacklisted roadworthines brainwashing baby-sitter Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contohnya air hujan, duta besar, dan telejon dail terus (bahasa Melayu), tear gas' gas pemedih mat~', red tape 'kerenah birokrasi', honey-bee 54 ",' .J MORFOLOGI: SATU PENGENALAN 'seJenis lebah' dan earthquake 'gempa bumi' (bahasa Inggeris). Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza an tara satu bahasa dengan bahasa lain. Bahasa Inggeris, misalnya, menggunakan tiga cara, iaitu: (i) Dieja bercantum, contohnya: bedroom 'biFk tidur'. (ii) Dieja dengan sempang, contohnya: tax-free 'bebas cukai'. (iii) Dieja terpisah, contohnya: reading material 'bahan bacaan'. Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk yang lazim dan yang terkecuali: bentuk lazim jalan raya daya serap campur aduk tunjuk ajar ambil alih 3.4.4 Bentuk Kata Ganda bentuk kecualian antarabangsa bumiputera jawatankuasa kakitangan tanggungjawab Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses pengulangan ini sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh, atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa. Contoh penggandaan penuh adalah seperti: negara-negara dan guru-guru (bahasa Melayu); g(j:digedi 'besar-besar' dan bocah-bocah 'budak-budak' (bahasa Jawa); selat-selat 'paling selatan' dan taon-taon 'tiap-tiap tahun' (bahasa Tagalog); dan goody-goody 'terlalu baik' (bahasa Inggeris). 55


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh penggandmin separa adalah seperti: le-laki, danje-jari (bahasa Melayu); we-wenang 'kuasa' (bahasa Jawa); bulp.k-lak 'bunga' dan dala-dalawa 'urutan dua' (bahasa Tagalog); ka-kalaki 'masuk beberapa kali' dan no-noca 'nasihat, amaran' (bahasa Isthmus Zapotec). 56 , " BAB4 Pembentukan Kata 4.1 Pendahuluan Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar, iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sarna ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kata dasar sambung, misalnya, dapat menerima serentak awalan, sisipan dan akhiran, seperti dalam perkataan kesinambungan (ke- + s + -in- + ambung + -an). Bentuk perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan, seperti sambung, digolongkan sebagai kat a tunggal, manakala bentuk yang menerima imbuhan, seperti bersambung (ber- + sambung), sambungan (sambung + -an), dan kesinambungan (ke- + s + -in- + ambung + -an), disebut kata terbitan. 57


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, misalnya, daripada satu kata dasar serap, dapat diterbitkan bentuk-bentuk perkataan baharu yang berikut: menyerap, menyerapkan, diserapkan, menyerapi, diserapi, penyerap, penyerapan, terserap, terserapkan, serapan, keterserapan, daya serap dan kedayaserapan. Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan dalam bahasa-bahasa yang bersifat fleksi, yang membentuk atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui proses perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri dengan berdasarkan golongan kata atau kasusnya. Sebagai contoh, bahasa Arab yang tergolong ke dalam bahasa berfleksi membentuk perkataan-perkataannya dengan berdasarkan paradigma seperti yang berikut: kataba (~) . , (~) «. ~<n kutiba yaktubu maktabun C<~S:;) kutubun , (~) kaatibun (~i-) maktabatun .. " (~) maktuubun (y~) telah menulis ditulis dia sedang menulis (lelaki) tempat menulis buku-buku penulis perpustakaan telah ditulis (hasil tulisan) Selain proses pembentukan kata yang disebutkan di atas, perkataan dapat juga diterbitkan daripada penggandaan kata dasar, sarna ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Penggandaan secara menyeluruh bererti kesemua kata dasar itu diulang tanpa sebarang perubahan. Contohnya, buku-buku, bayang-bayang dan rumah-rumah. Penggandaan yang berlaku pada sebahagian kata dasar bermaksud hanya sebahagian kata dasar itu diulang, contohnya, laki ~ lelaki, bola ~ bebola, tikus ~ tetikus, senduk ~ sesenduk, tuan ~ tetuan, mencari ~ mencari-cari, dan merata ~ merata-rata. Berdasarkan bentuknya, 58 PEMBENTUKAN KATA jenis perkataan yang demikian dikenali sebagai kata ganda. Satu lagi jenis perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bentuk yang diterbitkan melalui penggabungan dua kata dasar atau lebih, contohnya, jalan raya, bandar raya, kanta tangan, cari gali, telefon dail terus, segi tiga ~ama dan sebagainya. Salah satu cara menggabungkan dua kata dasar ialah cara proses pinjam terjemah, contohnya bulan madu (honey-moon), lelangit lembut (soft palate), dan rujuk silang (cross reference). Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga bentuk kata yang dihasilkan, misalnya, melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim, contohnya Bernama (Berita Nasional Malaysia), pawagam (panggung wayang gambar), dan Mara (Majlis Amanah Rakyat). Setiap proses ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bahagian-bahagian yang berikut. 4.2 Proses Pembentukan Kata Bahagian ini akan membincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil, seperti yang berikut: (i) Bentuk kata tunggal. (ii) Bentuk kata terbitan . (iii) Bentuk kata majmuk. (iv) Bentuk kata ganda. 4.2.1 Bentuk Kata Thnggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pemah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini, itu, sini, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa 59


TATABAHASA BEWAN EDISI KETIGA Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi suku kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal at au serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK). .. 4.2.1.1 Kata tunggaI satu suku kata lumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kat a at au lebih, misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu, tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: I. KV 2. VK 3. KVK 4. KKVK 5. KVKK 6. KKKV 7. KKKVK Contohnya: I. KV yu ru ya 2. VK am 60 {:, i3. KVK cat lap 4. KKVK stor brek 5. KVKK teks seks 6. KKK V skru 7. KKKVK skrip wang* sen pruf krim bank zink spring* PEMBENTUKAN KATA bah tin bin roh jong* dan dril gred skor trak draf dram volt port kord golf straw Pola-pola yang mengandungi gugus konsonan seperti yang terdapat dalam contoh 4, 5, 6, dan 7 ialah gejala baharu dalam bahasa Melayu akibat proses pengambilan perkataan daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak mempunyai pola-pola V, KKVKK dan beberapa pola Iagi yang wujud dalam beberapa bahasa lain di dunia. 4.2.1.2 Kata tunggaI dua suku kata Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kat a tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut: I. V+KV 7. KV+VK 2. V+VK 8. KV+KV 3. V+KVK 9. KV+KVK 4. VK+KV 10. KVK+KV 5. VK+KVK II. KVK+ KVK 6. KV+V . * Bentuk ng seperti yang terdapat dalam wang, jong, dan spring sebenarnya mewakili satu bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [IJ]· 61


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA PEMBENTUKAN KATA Contohnya: 1 11. KVK+KVK 1 bangsal bintang tampung benteng junjung 1. V +KV 1 sunting bengkok bengkung jemput sandar 1 aku uda apa opu itu ela esa J In ubi ibu 4.2.1.3 Kata tunggal tiga suku kata 2. V+VK Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata aib air aur ais tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian, 3. V+KVK pol a-pol a susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata-kata pinjaman. adik emas ubat alas ikan Ant.ara polanya: izin orang usang ulat ekor 4. VK+KV 1. KV+V+KV 11. KV+KV+KV undi impi angka ungka erti 2. KV+V+KVK 12. KVK+KV+KV 3. V+KV+V 13. VK+KV+VK abdi asli unta inti ufti 4. KV+KV+V 14. V+KV+VK 5. VK+KVK 5. KVK+KV+V 15. KV+KV+KVK ambil umpan angkat empat indah 6. KV+KV+VK 16. KVK+KV+KVK embun iblis ombak undang umbut 7. KVK+KV+VK 17. KV+KVK tKV 8. V+KV+KV 18. KVK+KVK+KV 6. KV+V 9. V+KV+KVK 19. KVK+KVK+KV dua doa tua sua dia 10. VK+KV+KV jua sia ria bau rua 7. KV+VK Contohnya: jauh tuah buah kuil diam liar giat kuih liat buih 1. KV + V+ KV cuaca suara tuala siapa niaga 8. KV+KV tiada biasa buaya muara biola jala pasu buku guru buka 2. KV+ V+ KVK beta rata leka kita bisu biawak piutang siasat siuman buapak 9. KV +KVK siamang ziarah tualang kaedah kiamat kapal telur sikat hiris pukul 3. V+ KV+ V jarum parang bakul mulut pasung usia anoa urea idea 10. KVK+KV 4. KV+KV+ V lampu binti tunggu sunti tinggi semua muli:1 benua peria petua janji bangsa bangku senda sendi deria . seti:1 boria belia barua 62 63


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA S. KVK + KV + V' 6. 7. tempua mentua KV·l KV+ VK keruan sekian seluar peluang KVK +KV+VK seluang ketiak mengkuang mendiang berlian kembiang bankuet borjuis 8. V+ KV+ KV utara aroma utama Ilahi 9. V+KV+KVK 10. 11. 12. 13. ijazah akibat amanah akidah VK+KV+KV indera angkasa asrama angsana KV+KV+KV keliru delima budaya seteru KVK+KV+KV menteri bestari bendera jendela VK+KV + VK ilmiah *ikhtiar 14. V+KV+ VK akaun elaun IS. KV+KV+KVK belalang belukar senapang selaput irama udara amaran alamat antara almari teruna rebana kemboja kembara ideal senangin teratak haluan rasuah beruang maruah sengkuang tempias manfaat lengkuas agama asasi adikong amatur istana umpama sutera berita misteri soldadu amaun kelamin kelawar usaha azali ibarat *isyarat as mara isteri terima putera mentega penjuru binatang riwayat * Bunyi sy dan kh sebenarnya mewakili bunyi-bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [S) dan [x). 64 PEMBENTUKAN KATA 16. KVK+KV+KVK tempurung matlamat cendawan sembilan tempayan maksimum cengkerik martabat mahkamah martabak· ·17. KV+KVK+KV belanja setanggi selamba kerangka kerengga terumbu kelambu semambu keranda royalti 18. KVK+ KVK+ KV sempurna 19. KV + KVK + KVK kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang kumandang gelombang pelantar belangkas kelompok 4.2.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya: 1. KV + KV + VK + KV 2. 3. keluarga biduanda KV + KVK + KV + KV sederhana belantara kerempagi sementara KVK + KV + KV + KV laksamana bendahari sandiwara bendahara 4. KVK + KV + V + KV sentiasa S. KV+KV+KV+KV 6. bidadari peterana serigala sanubari KV + KV + KV + KVK musyawarah munasabah kapitalis masyarakat kelemayar kelemumur keluangsa peristiwa bijaksana harmonika manjakani samudera panorama perajurit hulubalang sayembara sejahtera mandalika sangkakala dinihari selesema muzakarah generator 65


TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA 7. KVK + KV + KV + KVK senti meter 8. KVK+KVK+KV+KV singgahsana dispensari 9. KV + KV + V + KVK 10. 11. mesyuarat nasional V + KV + KVK + KV + KV universiti KVK + KV + KV + KV + KVK cenderawasih kosmopolitan 12. KV + KV + KV +KV + KV+KV maharajalela Contoh-contoh perkataan di atas tadi sudah diketahui umum sebagai kata tunggal. Selain perkataan seperti yang di atas, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta diIafazkan sebagai perkataan yang utuh. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim terse but. Pertama, akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya: ABIM IKIM ADUN Angkatan Belia Islam Malaysia Institut Kefahaman Islam Malaysia Ahli De:van Undangan Negeri Kedua, akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar. 66 Mara Perkim Bernama Perkeso Mabbim PEMBENTUKAN KATA Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Berita Nasional Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial MaJ1is Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia Ketiga, akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Contohnya: tabika pawagam kugiran cerpen taman bimbingan kanak-kanak panggung wayang gambar kumpulan gitar rancak cerita pendek Daripada contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim, sebagai satu proses pe~endeka~ dan penggabungan untuk membentuk kata, mempunym potens} dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pembentukannya agak longgar, iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. 4.2.2 Bentuk Kata Terbitan Seperti yang telah diterangkan, kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. H~nya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar (lihat 6.3.2). Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir ber67


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: (i) Awalan, yang hadir sebelum kata dasar. (ii) Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar. (iii) Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kat a dasar. Sisipan, yang hadir di celah kata dasar. 4.2.2.1 Kata terbitan berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan, seperti yang disenaraikan berikut: F(A~"" reAl (i) Awalan kata nama.~ I· c) r:J 17 ~~ ~ ~ (ii) Awalan kata kerja. 3. VY"'-e V'-j Go \,J ,,-J ~-=v.::> (iii) Awalan kata adjektif. '3. j'vJt...P q)""-Ov-o. ik? ~ Contohnya: tr . <.Jr<) (h.R.....b. rv,:, \,\tL ~,' (A:1 /c: 4">'2" .... { , (;\ t.A/I reI--' ~.:J (i) Awalan kata nama 7. ~~ al?ctfvr:...<A-' pe- (pelari, perakus, penyapu) pem- (pembawa, pembuat, pemveto) pen- (pendatang, pencari, penjual) peng- (penggali, pengkhianat, pengukur) penge- (pengebom, pengetin, pengelap) pel- (pelajar) per- (perasap, perbara, pertapa) ~- (pesara, pekedai, petani) ke- (ketua, kelipat, kekasih) juru- (juruukur, juruwang, juruterbang) maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja) tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara) pra- (prasejarah, prakata, prasangka) sub- (subkelas, subsistem, substandard) supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental) 68 PEMBENTUKAN KATA ekadwi- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi) (dwibahasa, dwifungsi, dwilambang) (ii) Awalan kata kerja ~ me- (melawan, menyikat, merasa) r -1 Ie. S. mem- (membawa, memveto, memfitnah) b,l, P J.. v men- (mendaki, mencadang, mentadbir) ct 1<:; j ,.y 'j ; 2, 1" meng- (menggali, mengikut, mengajar) vo 1.::.",1, j jh "k.h, ft/amenge- (mengecat, mengekod, mengetut) .2.. Ie:. C-A k .. ~1-< memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas) ber- (berjalan, berganti, berserta) be- (beraja, berasa, berupa) bel- (belajar) ter- (terjebak, terbentuk, terjerlus) di- (diatur, ditimbang, disusun) diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh) (iii) Awalan kata adjektif ter- (terbesar, terputih, terjernih) te- (teruncing, terendah, teringan) se- (secantik, sebaya, setebal) 4.2.2.2 Kata terbitan berakhiran Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja, seperti yang berikut: (i) Akhiran kata nama. (ii) Akhiran kata kerja. Contohnya: (i) Akhiran kata nama -an -wan -man -wati -isme (pakaian, jahitan, mainan) (saster,awan, angkasawan, usahawan) (budiman, seniman) (seniwati,olahragawati) (nasionalisme, sosialisme, komunisme) 69


TATABAHASA DEWAN EDISl KETlGA -in (hadirin, Muslimin) -at (hadirat, Muslimat) -ah (ustazah, sultanah) (ii) Akhiran kata.kerja -kan (buatkan, gunakan, besarkan) -i (turuti, duduki, berkati) 4.2.2.3 Kata terbitan berapitan Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut: (i) Apitan kata nama. (ii) Apitan kata kerja. (iii) Apitan kata adjektif. Contohnya: 70 (i) Apitan kata nama pe-... -an (pelaksanaan, perasaan, penyiaran) pem-... -an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan) pen-... -an (pentakrifcln, pendapatan, pencarian) peng-... -an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan) penge-... -an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran) pe-... -an (pesisiran, peperangan, pekarangan) per-... -an (persalinan, perkuburan, permainan) pel-... -an (peZajaran) ke-... -an (kelainan, kelebihan, kedukaan) (ii) Apitan kata kerja me-... -kan (memainkan, melukakan, menakutkan) men-... -kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan) mem-... -kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan) meng-... -kan (menggunakan, mengkhayalkan, menghiraukan) menge-... -kan ber-... -kan ber-... -an di-... -kan me-... -i men-... -l mem-... -i meng-... -i di-... -i diper- ... -kan diper-~ .. -i memper-... -kan memper- ... -i ke-... -an PEMBENTUKAN KATA (mengepinkan, mengecamkan, mengetinkan) (beralaskan, berlaukkan, berbajukan) (berlanjutan, bermaafan, berjauhan) (dibiarkan, digunakan, dipisahkan) (melalui, memasuki, menyedari) (mencurigai, mendendami, menziarahi) (membaharui, membohongi, mempercayai) (menganggotai, menggauli, mengekori) (didekati, dimulai, diadili) (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan) (diperingati, diperbaharui) memperdengarkan, memperlihatkan, memperjuangkan) (memperingati, mempercayai) (kehujanan, kehausan, kepanasan) (iii) Apitan kata adjektif ke-... -an (keinggerisan, kearaban, kecinaan) 4.2.2.4 Kata terbitan bersisipan Bcntuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata tcrbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kat a terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataanperkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam: (i) Kata nama. (ii) Kata adjektif. (iii) Kata kerja. 71


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contohnya: (i) Sisipan kata nama -el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut) -er- (keruping, seruling, serabut) (ii) Sisipan kata adjektif -el- (kelebak, selerak, gelembung) -er- (gerodak, ker(e)lip) -em- (gemilang, semerbak, gemedap) -in- (sinambung) (iii) sisipan kata kerja -el- jelajah, gelegak 4.2.3 Bentuk Kata Majmuk Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar at au lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi rnalas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti 'yang'. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung 'dan'. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkanjenisnya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, seperti yang berikut: (i) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, contohnya: 72 gambar rajah biru laut air hujan jalan raya nasi minyak terima kasih alat tulis bandar raya tengah hari jam tangan meja tulls born tang an luar biasa merah muda kapal terbang kuning langsat PEMBENTUKAN KATA Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya: Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Canselor Profesor Madya Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara (ii) Kata majrnuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya: model linear garis pusat telefon dail terus lesung sendi kanta tangan segi tiga cari gali reka bentuk lut sinar hak milik mata pelajaran pita suara darah panas kertas kerja batu kapur atur cara kemas kini urus setia (iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya: kaki ayam buah hati duit kopi makan angin pilih kasih anakemas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan 4.2.3.1 Bentuk yang telah mantap Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata terse but temyata mengandungi dua kata dasar. 73


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata rnajrnuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya: (i) kata nama: (ii) kata adjektif: (iii) kata sendi nama: (iv) kata hubung: (v) kata tanya: peribadi peribahasa sukacita dukacita kepada daripada apabila manakala padahal darihal barangkali kadangkala bagaimana kenapa dinihari perikemanusiaan apakala walhal 4.2.3.2 Penggandaan kata rnajrnuk Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya: alat-alat tulis gambar-gambar rajah 74 PEMBENTUKAN KATA balai-balai raya suku-suku kata jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar kapal-kapal terbang garis-garis pusat model-model linear Naib-Naib Canselor Ketua-Ketua Menteri Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan un sur. Contohnya: pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha 4.2.3.3 Pengimbuhan kata rnajrnuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat d~lam dua bentuk, iaitu: (i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merup~an awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terplsah. Contohnya: campur aduk --+ bercampur aduk litar selari --+ berlitar selari ambil alih --+ mengambil alih temu bual --+ ditemu bual daya serap --+ daya serapan (ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya: campur aduk daya serap garis kasar satu padu urus niaga --+ mencampuradukkan --+ kedayaserapan --+ menggariskasarkan --+ menyatupadukan --+ diurusniagak.n 75


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 4.2.4 Bentuk Kata Ganda Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: (i) Penggandaan penuh. (ii) Penggandaan separa. (iii) Penggandaan berentak. 4.2.4.1 Penggandaan penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kat a dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Perhatikan contoh-contoh berikut: 76 (i) Penggandaan penuh kata tunggal: meja-meja ayat-ayat buku-buku tadika -tadika rumah-rumah budak-budak sekolah-sekolah cerpen -cerpen (ii) Penggandaan penuh kata berimbuhan (a) dengan awalan: . pemimpin-pemimpin pembesar-pembesar pelatih-pelatih (b) dengan akhiran: amalan-amalan dapatan-dapatan (c) dengan apitan: kekasih-kekasih ketua-ketua pekedai -pekedai jualan-jualan ajaran-ajaran persatuan-persatuan kementerian-kementerian' permainan-permainan pertandingan-pertandingan PEMBENTUKAN KATA 4.2.4.2 Penggandaan separa Penggandaan separa iala,h proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Perhatikan contoh-contoh berikut; (i) Penggandaan separa kata tunggal: laki - lelaki pohon ~ pepohon gelang - gegelang tikus - tetikus siku - sesiku (ii) Penggandaan separa kata berimbuhf-ln (a) dengan awalan kata kerja: berterbedari-lari, berkata-kata, berbisik-bisik; tersenyum-senyum, teresak-esak, tercengang-cengang; dimeNditanya-tanya, dirisik-risik, dimarahmarah; (a) mencari-cari, meronta-ronta, merayu-rayu; (b) cari-mencari, bantu-membantu, tolong-menolong; kata adjektif: se- sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggitinggi; (b) dengan akhiran kata nama: -an sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan; kata kerja: -kan risik-risikkan, doa-doakan, tanyatanyakan; 77


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA -i amat-amati, selidik-selidiki, bayangbayangi; kata adjektif: -an jadi-jadian, rindu-rinduan, mati-matian; (c) dengan apitan kata kerja: ber-... -an meN-... -kan meN-... -i di-... -kan di-... -i kata adjektif: ke-... -an bersalam-salaman, berkasihkasihan, bertikam-tikaman; mendewa-dewakan, memburukburukkan, meninggi -ninggikan; mengawas-awasi, mengulangulangi, membohong-bohongi; diagung-agungkan, dimanjamanjakan, ditonjol-tonjolkan; dibayang-bayangi, dimarah-marahi, dihalus-halusi; kebodoh-bodohan, kekuningkuningan, kebarat-baratan; 4.2.4.3 Penggandaan berentak Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 78 (i) Penggandaan berentak pengulangan vokal. (ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan. (iii) Penggandaan berentak bebas. (i) Penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaanjenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada ~unxi-bJJDyj yokal. tertentu, iaitu (ii) PEMBENTUKAN KATA terdapat ciri-ciri k~armonian vq!sal. Contohnya: (a) kata nama kuih-muih, lauk-pauk, sayur-mayur; (b) kata kerja cerai-berai, gotong-royong; (c) kata adjektif hiruk-pikuk; Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan jenis ini ialah --- penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya: (a) kata nama batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat; (b) kata kerja dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir; (c) kata adjektif huru-hara, kontang-kanting, kucar-kacir; (iii) Penggandaan berentak bebas Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya: (a) kata nama anak-pinak, saudara-mara, ipar-Iamai; (b) kata kerja ulang-alik; (c) kata adjektif lintang-pukang, remeh-temeh, simpang-siur. 79


BAB 5 Golongan Kata 5.1 Pendahuluan Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik. Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bel;>as yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Binaan ·sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan hal demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa. Ayat dan klaus a mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektlf (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasafrasa ini disebut frasa utama. Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik; tiap-tiap frasa ini boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama, 81


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu un sur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan melalui rajah (a) - (c) berikut: (a) FN (b) /±~ FK /.±~. (c) FA ... /1~ awal ... Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsur-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit dalam rajah (d), sedang dan cepat, dalam rajah (e), dan masih dan sangat dalam rajah (f) berikut: (d) /+~ sebuah kedai runcit . 82 GOLONGAN KATA (e) FK sedang /+~ berjalan cepat (f) FA masih /+~ awal sangat Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Bahkan perkataanperkataan yang lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa, dan ayat melalui perhubungannya dengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan ini, ataupun berhubung dengan binaan frasa dan klausa secara langsung. Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, disebut kata tugas, yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata. dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu: (i) Kata nama. (ii) Kata kerja. (iii) Kata adjektif. (iv) Kata tugas. 5.2 Golongan Kata Nama Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan 83


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA frasa nama dan lazimn'ya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut: kata nama khas kata nama kata nama am kata ganti nama Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian seluruh kat a nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. 5.2.1 Kata'Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan man usia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut: < manusia < hidUP kata nama khas ,bukan manusia tak hidup 84 f t: I F (i) Kata nama khas hidup (a) Manusia Nina Ahmad Rubi Hamid Hani Jamil (b) B ukan manusia Tompok Si Belang Sang Lamri Lassie Cornel (ii) Kata nama khas tak hidup Kuala Lumpur Pasir Mas Ahli Mangku Negara Gunung Kinabalu Proton Saga 5.2.2 Kata Nama Am GOLONGAN KATA Tun Abdul Razak P. Ramlee Sultan Mahmud Shah Ananas comosus (nanas hijau) Vanda Diana (sejenis orkid) Nymphaea stellata (teratai kecil/telepok) Manihot utilissima (ubi kayu) . Kapal Diraja Malaysia Sri Andalas Daya Bumi Wisma Pahlawan Planet Marikh Kata nama am ialah perkataan yang merujuk bend a atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut: konkrit kata nama am < ' abstrak 85


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (i) Kata nama am konkrit Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. Contohnya: tangan rumah kambing sungai lautan (ii) Kata nama am abstrak pekerja pelabuhan ketua jambatan kereta Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya: mimpi roh idaman kehendak serapan 5.2.3 Kata Ganti Nama kedamaian demokrasi kemerdekaan perpaduan penyalahgunaan Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga. Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut: kata ganti kata ganh kata ganti <nama tunjuk kata ga~t.i < nama dln tanya nama .. 86 nama dm kata ganti ~ nama diri ------...: orang pertama kedua ketiga GOLONGAN KATA (i) Kata ganti nama tunjuk Kata ganti n~ma tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat, disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menun juk pada arah dekat), situ (arah agakjauh) dan sana (arahjauh)~ (ii) Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: (a) Kata ganti nama diri tanya. (b) Kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang. Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua,ctan orang ketiga. Contohnya adalah seperti yang berikut: kata ganti nama diriorang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita kata ganti nama diri orang kedua: saudara, kamu, awak, engkau,anda kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya Sila lihat Bab 6 untuk huraian yang lebih lahjut tentang kata nama. 87


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 5.3 Golongan Kata'Kerja Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. Penggolongan ini dapat digambarkan melalui rajah yang berikut: kata kerja < tak berpelengkap kata kerja tak transitif berpelengkap aktif kata transitif kerja < pasif 5.3.1 Kata Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyainbut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, semen tara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap (sila rujuk Bab 13,. ceraian 13.3.1 dan 13.3.2). Oleh itu, kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Contoh kata kerja tak transitif: 88 (i) kata kerja tak transitif tak berpelengkap: bangun tumbang pulang menangis menjerit berkibaran berjalan tersenyum terpegun menguning melancong meninggi (ii) kata kerja tak transitif berpelengkap: beransur (pulih) tinggal (di bandar) menjadi (guru) berbuat (baik) ada (keluarga) berbantalkan (lengan) 5.3.2 Kata Kerja Transitif GOLONGAN KATA Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pas if. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan at au tanpa akhiran -kan atau -i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Contohnya: 1. Ali membeli buku. (aktif) 2. Buku dibeli oleh Ali. (pasif) Contoh-contoh lain adalah seperti yang berikut: Kata kerja (ayat aktif) makan mengambil menendang Kata kerja (ayat pasif) kumakan, kaumakan, dimakan kuambil, kauambil, diambil kutendang, kautendang, ditendang 89


TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA. melihat ·memasukkan mengabaikan menghasilkan memendekkan memperisteri memperhangat saya lihat, kamu lihat, dilihat kumasukkan, kaumasukkan, dimasukkan saya abaikan, kauabaikan, diabaikan kuhasilkan, kauhasilkan, dihasilkan saya pendekkan, kamu pendekkan,dipendekkan kuperisteri, kauperisteri, diperisteri saya perhangat, kamu perhangat, diperhangat Sila lihat Bab 7 untuk huraian yang lebih lanjut tentang kata kerja. 5.4 Golongan Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan maRna perkataan-perkataannya, iaitu: 90 (i) kata adjektif sifatan: baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, Iemah, kasar, berani, takut, Iembut, nakaI, buas, sihat, segar, sakit, layu, tegap, tegas, sibuk, tenang (ii) kata adjektif warna: putih, kuning, merah, biro, hijau, ungu, perang, kelabu (iii) kata adjektif ukuran: panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam, tohor ,i. .",: GOLONGAN KATA (iv) kata adjektif bentuk: bulat, bundar, leper, bujur, lonjong (v) kata adjektif pancaindera: (a) rasa sedap, manis, lazat, masam, kelat, (b) pandang (c) dengar (d) bau (e) sentuh pahit, tawar cantik, molek, hodoh, ayu, buruk merdu, mersik, nyaring, bising harum, wangi, busuk, hapak halus, licin, keras, kasar, lembut, lembik (vi) kata adjektifwaktu: cepat, spontan, lew at, lambat, awal (vii) kata adjektif cara: cepat, laju, deras, lambat, perlahan (viii) kata adjektif perasaan: rindu, geram, asyik, berahi, ghairah, benci, sayang, cinta (ix) kata adjekt~f jarak: jauh, dekat, hampir, nyaris Untuk huraian Ianjut, sila lihat Bab 8. 5.5 Golongan Kata Thgas Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongangolongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sarna, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-l'rasa endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sarna ada meialui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan 91


TATABAHASA DEWAN EOIS! KET!GA binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya, kata bilangan masuk ke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama, seperti dalam contoh yang berikut: Frasa Nama Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Nama ramai - penon ton dua orang askar beberapa ekor kucing tiap-tiap - calon kebanyakan - penduduk Kata penguat pula mas uk ke dalam frasa adjektif melalui hubungan dengan kata adjektif. Contohnya: Frasa Adjektif Kata Penguat Kata Adjektif sungguh indah amat bahagia paling tinggi kurang baik Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sarna ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut: (i) kata hubung dan,atau, tetapi (ii) kata seru wah, amboi, aduh (iii) kata tanya bagaimana, bila, berapa, mengapa (iv) kata perintah sila, tolong, harap (v) kata pangkal ayat hatta, maka, syahadan (vi) kata bantu akan,sudah,pernah (vii) kata penguat sangat, amat, paling 92 ::;: (viii) kata penegas (xi) kata nafi (x) kata pemeri (xi) kata sendi nama (xii) kata pembenar (xiii) kata bilangan (xiv) kata arah (xv) kata adverb a (xvi) kata pembenda (xvii) kata penekan GOLONGAN KATA juga, -lah, -tah, pun tidak, bukan ialah, adalat. di, ke, dari, dengan ya, benar, betul dua, segala, beribu-ribu, masing -masing atas, bawah, dalam begini, selalu, diam-diam -nya -nya Dalam bab ini telah dibentangkan, secara ringkas, golongan kata. Perbincangan terperinci ten tang setiap golongan kata akan dihuraikan dalam bab-bab yang tersendiri. 93


· ;~ BAB6 KataNama 6.1 Pendahuluan Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Sebagai contoh, dikemukakan di bawah ini, beberapa binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penentu atau penerangnya. Frasa Nama Penentu Kata Nama Penerang beberapa orang mahasiswa ekonomi semua kambing dikandang segaia perkakasan komputer keempat-empat buah bas peiancong tiap-tiap bangunan tinggi Perkataan mahasiswa, kambing, perkakasan, bas, dan bangunan dalam frasa di atas ialah kata nama yang menjadi unsur inti binaan setiap frasa namanya. 6.2 Penggolongan Kata Nama Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri 95


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA makna perkNaan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama. Rajah yang berikut menunjukkan penggolongan kata nama: kata nama khas kata nama ~------ kat a nama am kata ganti nama Dalam bahagian yang berikut akan dihuraikan, secara terperinci, golongan-golongan kata nama yang tersebut di atas. 6.2.1 Kata Nama Khas Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undangundang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata nama khas hid up dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan lagi kepada kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan man usia. Pembahagian kata nama khas demikian boleh ditunjukkan melalui rajah berikut: < hidUP< manu,;a kata nama khas bukan manusia tak hidup 6.2.1.1 Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk 96 manusia, contohnya: Fatimah Muthusamy LimAh Ming Harjit Singh Raja Abdul Samad Puteri Kamaliah Kanang Anak Langkan Dousia Moujing KATANAMA Kata nama khas hidup manusia di at as boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran. Misalnya: Profesor Ahmad Senator Tan Doktor Muthusamy Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya: si mati sang api 6.2.1.2 Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk bendabenda yang hidup tetapi bukan jenis manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan seumpamanya, contohnya: librail Tompok Belang Lamri Kancil Hevea Brasilia (pokok getah) Ananas comosus (nanas hijau) Vanda Diana (sejenis orkid) Nymphaea stellata (teratai kecil/telepok) Manihot utilissima (ubi kayu) Kata nama khas hidup bukan manusia boleh menerima kata panggilan atau gelaran. Misalnya: Sang Lamri Sang Kancil 6.2.1.3 Kata nama khas tak hidup Kata nama khas jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup, misalnya nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa, bahasa, pangkat, undang97


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA undang, dan seumpam.anya. Contohnya: Melayu Jalur Gemilang Proton Saga Akta Kolej dan Universiti Universiti Islam Antarabangsa Indonesia Kapal Diraja Hang Tuah Piala Malaysia Seri Perdana Tan Sri 6.2.2 Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya: benda perkara konsep kalam, kereta, komputer, pohon, orang iklim, cahaya, roh, udara, nafas kedamaian, perpindahan, keadilan Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, seperti yang berikut ini: kata nama am hidup < manusia bukan manusia < institusi tak hidup < konkrit bukan abstrak institusi < berbilang tak berbilang Berikut dibincangkan secara terperinci golongan kata nama am tersebut. 98 .. ~ !I l KATANAMA 6.2.2.1 Kata nama am hidup manusia Kata nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Contoh kata nama daripada jenis ini adalah seperti yang berikut: guru bayi pelayan ketua ibu kanak-kanak nelayan penoreh pekerja jutawan 6.2.2.2 Kata nama am hidup bukan manusia Kata nama jenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-bend a hidup jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya: gajah burung cacing pokok bunga jin malaikat syaitan pari-pari bidadari 6.2.2.3 Kata nama am tak hidup institusi Kata namajenis ini terdiri daripada perkataan yang merujuk badan atau institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am. Kata nama institusi ini boleh dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian. Contohnya: 1. Sumbangan buku itu telah diserahkan kepada sekolah. Salah: *Sumbangan buku itu telah diserahkan ke sekolah. 2. Pengiktirafan daripada universiti diperlukan untukjawatan itu. Salah: *Pengiktirafan dari universiti diperlukan untuk jawatan itu. 99


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh-contoh lain: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Am Institusi hospital { kepada } lembaga daripada majlis pertubuhan persatuan 6.2.2.4 Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit Kata nama jenis ini merujuk benda-benda yang bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini merujuk tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh kata sendi nama kepada dan daripada, tetapi sebaliknya didahului oleh ke dan dari. Contohnya: 3. Kebanyakan murid berbasikal ke sekolah. Salah: *Kebanyakan murid berbasikal kepada sekolah. 4. Tempat penginapannya tidak jauh dari universiti. Salah: *Tempat penginapannya tidak jauh daripada universiti. Contoh-contoh lain: Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit { d::i} rumah padang jaJan bandar sungai [ 100 KATANAMA 6.2.2.5 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya: FrasaNama Kata Bilangan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak BerbiIang senyuman { "tu } hembusan bayangan tiap-tiap pendapat rancangan gangguan , 6.2.2.6 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang Kata nama jenis ini merujuk benda atau perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contohnya adalah seperti yang berikut: angm hawa iklim kecantikan keadilan 6.2.3 Kata Ganti Nama kesungguhan keseronokan keriangan angkasa semangat Kata ganti nama, seperti yang telah diterangkan, ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kat a ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk boleh dibahagikan kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri 101


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Berikut ini diperincikan penggolongan kata ganti nama: , < kata ganti nama tunjuk umum kata ganti kata ganti nama nama tunjuk kata ganti nama tunjuk tempat < kataganti kata ganti nama diri tanya nama diri pertama kataganti / nama diri orang ~ kedua ketiga 6.2.3.1 Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat), dan itu (menunjuk pada yangjauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah jauh). Contohnya dalam ayat: 5. lni hasil nukilan penulis muda itu. 6. Itu buku biografi Pend eta Za'ba. 7. Sini temp at kita mengundi. 8. Situ gelanggang perjuangan kita. 9. Sana medan pertempuran askar kita dahulu. 102 KATANAMA 6.2.3.2 Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu: (i) Kata ganti nama diri tanya. (ii) Kata ganti nama diri orang. (i) Kata ganti nama diri tanya Kata ganti namajenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iaitu apa yang merujuk benda atau perkara, siapa yang merujuk orang, dan mana yang merujuk benda atau orang. Contohnya dalam ayat: 10. Pendapat anda apa? 11. Pengurus.projek itu siapa? 12. Buku hasil tulisannya mana? Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya: apa mana siapa apa-apa: Bawalah apa-apa yang ada. " mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka. siapa-siapa (sesiapa): Siapa-siapa pun boleh bersuara. (ii) Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah" ini: (a) kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita 103


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) kata ganti nama'diri orang kedua: anda, saudara, engkau,· awak, kamu (c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya Kata ganti nama orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda (sila lihat Bab 9, para 9.2.4). 6.3 Pembentukan Kata Nama Perkataan-perkataan yang tergolong dalam golongan kata nama boleh dikaji dari segi pembentukan dan unsur-unsur yang ada di dalamnya. Berdasarkan itu, kata nama boleh dibahagikan kepada empat bentuk, iaitu: (i) Kata nama tunggal. (ii) Kata nama terbitan. (iii) Kata nama majmuk. (iv) Kata nama ganda. 6.3.1 Kata Nama Thnggal Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal adalah seperti yang berikut: 104 yu ru wang pam bumi kata Allahyarham busjaket overdraf tudung wanita tempurung beiantara cenderawasih malaikat demokrasi sandwic poskod KATANAMA 6.3.1.1 Kata nama tunggal jenis akronim Kata nama tunggal merangkumi juga kata nama akronim, WItU perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian daripada perkataan. Berdasar cara percantuman bahagian-bahagian perkataan itu, kata nama akronim boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu: (i) Kata nama akronim cantuman hunif awal perkataan. (ii) Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. (iii) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. (iv) Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. (i) Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan Kata nama akronim yang dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama khas; oleh itu, dieja dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya: ADUN ABIM IPTAR IUM IKIM Ahli Dewan Undangan Negeri Angkatan Belia Islam Malaysia Institut Penyiaran Tun Abdul Razak Institut Latihan Islam Malaysia Institut Kefahaman Islam Malaysia (ii) Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan Kata nama akronim jenis ini terhasil daripada cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata nama akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas; oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya: Perhilitan - Perlindungan Hidup'.m Liar dan Taman Negara 105


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Proton Mara Perkim Intan Perusahaan Otomobil Nasional Majlis Amanah Rakyat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara (iii) Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan Kata nama akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. likalau yang terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar. Contohnya: Bernama Perkeso tadika pawagam kugiran cerpen Berita Nasional Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial ~aman didikan kanak-kanak panggung wayang gambar kumpulan gitar rancak cerita pendek (iv) Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan yang lain. Contohnya: asbut jentolak debunga purata jalurah jenama asap kabut jentera tolak debu bunga pukul rata jalan lurah jenis nama 6.3.1.2 Kata nama tunggal sebagai penjodoh bilangan Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini lazimnya disebut penjodoh bilangan. 106 , ' '., KATANAMA Contohnya: segugus bintang seutas tali sebiji telur sebutir permata sepucuk surat sebentuk cincin sepuluh pintu kedai sebelas cucuk sate 6.3.2 Kata Nama Terbitan sekaki payung selembar benang sera wan jala sepapan petai sesisir pisang tiga tan dan kelapa sekapur sirih lima orang budak Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan. Keempat-empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah: (a) akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan: tapa taw a mudi pertapaan ketawa kemudi (b) kata tunggal, perkataan yang dibentuk oleh satu morfem bebas: laut - lautan syor - pengesyoran ikut - ikutan hakis - hakisan pulihara - pemuliharaan (c) kata terbitan, perkataan yang dihasilkan melalui proses 'pengimbuhan: 107


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA berangkat berkesan sinambung keberangkatan keberkesanan kesinambungan (d) kata majmuk yang dibentuk oleh dua morfem be bas atau lebih. Contohnya: daya serap ibu bapa satu padu daya serapan keibubapaan bersatu padu (e) rangkaian kata, bentuk binaan sintaksis yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan: tidak adil salah guna tidak sempuma 6.3.2.1 Awalan kata nama ketidakadilan penyalahgunaan ketidaksempumaan Awalan-awalan yang membentuk kat a nama dalam bahasa Melayu ialah: (i) peN- (ii) pe- (iii) peR- (iv) ke- (v) juru- (i) Awalan peN- (a) Bentuk awalan peNAwalan peN- terdiri daripada empat bentuk aw~lan, iaitu pe-, pem-, pen-, dan peng-. Perbezaan bentu~-bentuk awalan ini bergantung pada dua fak'Lor: 108 • faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama pada kata dasar Yl\ng akan bercantum dengan awalan itu. ;\i ;~ r ,." ~: ":- , , KATANAMA • faktor perkembangan dan perancangan bahasa, menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. . . Berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- dapat dihuraikan seperti yang berikut: (I) peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kat a dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng, r, I, dan w. Contohnya: masak pemasak naik penaik nyanyi penyanyi ngiau pengiau ragut peragut layan pelayan wangi pewangi Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada temp at yang sarna daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kat a dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut: pukul tahan karang selam pemukul penahan pengarang penyelam (II) peN- menjadipem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermu1a dengan huruf b, j, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b danp. Contohnya: baca beri bilas pembaca pemberi pembilas 109


TATABAHASA DEWAN ED~SI KETIGA Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: boikot pemboikot veto pemveto fatwa pemfatwa brek pembrek biok pembiok proses pemproses (III) peN- menjadi pen- apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya: dapat pendapat datang pendatang curi pencuri cukut pencukur jaja penjaja jodoh penjodoh syarah pensyarah ziarah penziarah Contoh perkataan pinjr.man yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: tadbir terjemah tafsir tauliah stabil sintesis swasta pentadbir penterjemah pentafsir pentauliah penstabil pensintesis penswasta Terdapat satu kecualian pada peraturan ini, iaitu pada bentuk kata dasar terna/f, yang ·bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan pen- membentuk kata penternak. 110 ., 'f; ., ':\ 't " KATANAMA (IV) peN- menjadi peng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf g dan h (bunyi konsonan), dan a, e, i, 0, dan u (bunyi vokal). Seperti pen-, peng- hadir juga dengan perkataan pinjaman serta beberapa bentuk kecualian yang kata dasamya bermula dengan huruf k. Contohnya: gulung penggulung hubung penghubung atur pengatur elak pengelak ikut pengikut olah pengolah ukur pengukur Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asainya ialah: kabul katalog kategori kritik klasifikasi khianat pengkabul pengkatalog pengkategori pengkritik pengklasifikasi pengkhianat Terdapat satu kecualian, iaitu pada kata dasar kaji yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan peng- menjadi pengkaji untuk dibezakan dengan perkataan pengaji. Sehubungan itu, peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contohnya: cat pengecat syor pengesyor tin pengetin born pengebom tut pengetut pam pengepam 111


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA lap had pengelap pengehad (V) peN- bervariasi dengan pel- apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. ajar pelajar (b) Aspek makna awalan peNAwalan peN-, seperti imbuhan yang lain, ialah bentuk yang digandingkan pada kata dasar untuk menghasilkan kata nama terbitan dengan mendukung makna tertentu yang ditambahkan pada makna asal kata dasar. Oleh sebab imbuhan sec'ara tersendiri tidak mempunyai makna dan sebaliknya maknanya terjelma apabila digabungkan pada kata dasar, maka imbuhan boleh dianggap sebagai penanda makna pada kata terbitannya. Dengan berdasarkan ciri makna demikian, maka awalan peN- boleh dianggap sebagai penanda pelbagai makna bagi kata nama terbitan yang dihasilkan. Perbincangan yang berikut ini menghuraikan pelbagai makna awalan peN- yang terjelma apabila diimbuhkan pada kata dasar. (I) Awalan peN- penanda makna orang yang melakukan sesuatu, contohnya: pengguna penyuruh penuai pemandu peladang perancang (II) Awalan peN- penanda makna orang yang menjawat tugas, contohnya: penghulu pengerusi pensyarah pengurus pengacara penyanyi (III) Awalan peN- penanda makna orang yang suka akan atau gemar atau cenderung akan sesuatu, contohnya: 112 pemadat penidur peminum perokok KATANAMA (IV) Awalan peN- penanda makna orang atau benda yang memiliki sifat dalam kata dasar, contohnya: pengeras pemalu pendinding penghalus penawar penyabar (V) Awalan peN- penanda makna alat untuk melakukan sesuatu, contohnya: penggali penumbuk penyapu pelali penuai pembajak (VI) Awalan peN- penanda makna ukuran hasil daripada melakukan sesuatu, contohnya: pemeluk penggalah pengayuh pelaung pemanah penanak (VII) Awalan peN- penanda abstrak, contohnya: pendapat (ii) Awalan pe- (a) Bentuk awalan peAwalan pe- ialah imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tanpa melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar terse but. Contohnya: guam kedai tani warta labur peguam pekedai petani pewarta pelabur 113


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Terdapat perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh membawa awalan peN- di samping awalan pe-. Keadaan ini wujud akibat perkembangan bahasa yang menimbulkan perbezaan makna antara kata terbitan berawalan pe- dengan kata terbitan berawalan peN-. Contohnya: • pe- + sara pesara (orang yang sudah bersara) peN- + sara penyara (orang yang memberi saraan) • pe- + suruh pesuruh (orang yang disuruh) peN- + suruh penyuruh (orang yang menyuruh) • pe- + tugas petugas (orang yang bertugas) peN- + tug as penugas (orang yang menugaskan) • pe- + tunjuk petunjuk (sesuatu yang men unjuk) peN- + tunjuk penunjuk (orang/alat yang menunjuk) (b) Aspek makna awalan peAwalan pe- mempunyai dua penanda makna. (1) Awalan pe- penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan. Contohnya: petinju pesakit petaruh pesilat pelapik pewarna . (orang yang bertinju) (orang yang sakit) (benda yang dipertaruhkan) (orang yang bersilat) , (benda yang dijadikan lapik) (bahan untuk mewarnak;an) (II) Awalan pe- penanda makna orang yang melakukan kerja yang . terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya: 114 peke bun pekedai (orang yang berke~un) (orang yang berkedai) it KATANAMA petani pedagang pesawah peniaga peguam (iii) Awalan peR- (a) Bentuk awalan peR- (orang yang bertani) (orang yang berdagang) (orang yang bersawah) (orang yang berniaga) (orang yang berguam bagi pihak pelanggannya) Awal~n peR- tidak terlalu produktif berbanding dengan awalan yang lain. Umumnya, imbuhan ini boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan apa-apa perubahan bunyi pada awal kata dasar. Terdapat hanya satu bentuk awalan peR-, iaitu per-. Contohnya: per- + asap per- + tapa per- + buru per- + bara perasap pertapa perburu perbara Perhatikan bahawa bentuk per- yang membawa maksud "daripada", seperti dalam contoh satu per dua, lima per tujuh, bukan bentuk yang berasal daripada imbuhan per-. . (b) Aspek makna awalan peRTerdapat dua makna awalan peR- (1) Awalan peR- penanda makna alat atau tempat. Contohnya: perasap perbara temp at membakar kemenyan temp at bara api untuk. membakar kemenyan·· (II) Awalan peR- penanda makna orang yang melakukan kerja (dengan awalan ber-. ) Contohnya: perburu pertapa orang yang berburu orang yang bertapa 115


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (iv) Awalan keAwalan ke- hanya bergabung dengan beberapa perkataan dan tidak melibatkan sebarang perubahan huruf, contohnya: ke- + tua ke- + kasih ke- + hendak ketua kekasih kehendak Aspek makna awalan ke- adalah sebagai satu penanda makna sahaja, iaitu penanda orang atau benda yang menjadi tumpuan maksud yang terkandung dalam kata dasar, iaitu: ke- + tua ke- + kasih ke- + hendak (v) Awalanjuruketua (orang yang dituai) kekasih (orang yang dikasihi) kehendak (orang/benda yang dikehendaki) Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata, juru-, yang berfungsi sebagai awalan kata nama. Dari aspek makna, jurumendukung penanda makna ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan dalam kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, dan akar. Contohnya: 116 juru- + kata nama juru- + wang juru- +. bahasa juru- + kata kerja juru- + kira juru- + jual juru- + selam juru- + terbang juru- + akar kata juru- + tera juru- + mudi juruwang jurubahasa jurukira jurujual juruselam juruterbang jurutera jurumudi KATANAMA 6.3.2.2 Akhiran kata nama (a) Bentuk akhiran kata nama Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu -an yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contohnya: kisar + -an kisaran tebus + -an tebusan makan + -an makanan pakai + -an pakaian tanam + -an tanaman hasut + -an hasutan tampar + -an tamparan duga + -an dugaan kutip + -an kutipan (b) Aspek makna akhiran -an Terdapat sekurang-kurangnya sembilan makna yang didukung oleh akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar tertentu: (I) Akhiran -an, apabila bergabung dengan. kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kata nama + -an kritik + -an bekal + -an kata kerja + -an tulis + -an lukis + -an buat + -an keluar + -an tanam + -an tuduh + -an kritikan (hasil mengkritik) bekalan tulisan (hasil menulis) lukisan buatan keluaran tanaman tuduhan 117


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (II) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada golongan kata nama, kata adjektif dan kata tugas (jenis kata arah) , membawa maksud kawasan atau bidang. yang luas. Contohnya: kata nama + -an laut + -an mang + -an temp at + -an darat + -an rantau + -an kata adjektif + -an lapang + -an datar + -an kata arah + -an luar + -an tepi + -an pinggir + -an sisi + -an lautan (laut yang luas) mangan tempatan daratan rantauan lapangan (kawasan' lapang yang luas) dataran luaran (kawasan luar yang luas) tepian pinggiran sisian (III) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada 'golongan kata nama tertentu, membawa makna banyak. Contohnya: kata nama + -an pamt + -an pam~an (banyak pamt) tampung + -an tampungan ratus "+ -an ratusan duri + -an durian ram but + -an rambutan (IV) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna alat. 118 .-\ KATANAMA Contohnya: kata kerja + -an sandar + -an sandaran (alat untuk menyandar) salur + -an saluran tapis + -an tapisan kukur + -an kukuran acu + -an acuan (V) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna orang at au haiwan yang menjadi penderita kerja, Contohnya: kata kerja + -an sumh + -an sumhan (orang yang disumh) tawan + -an tawanan tahan + -an tahanan bum + -an buman jemput + -an jemputan sembelih + -an sembelihan Terdapat satu perkataan, iaitu timbal, yang menerima akhiran -an menjadi timbalan, yang membawa maksud orang yang menimbal. Bentuk yang sehamsnya digunakan ialah penimbal, tetapi sudah menjadi kelaziman bentuk timbalan digunakan untuk maksud orang yang menimbal dan bukan orang yang ditimbal. (VI) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja tertentu, membawa makna perkara atau benda yang menjadi penderita kerja. Contohnya: kata kerja + -an hampar + -an makan hantar + -an + -an hamparan (benda yang dihampar) makanan bantaran 119


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA minum pakai fikir + + + -an -an -an minuman pakaian fikiran (VII) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif, membawa makna sesuatu yang mempunyai sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kata adjektif + -an manis + -an manisan (mempunyai sifat manis) padu + -an paduan kilau + -an kilauan asin + -an asinan bulat + -an bulatan (VIII) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata kerja membawa makna tempat melakukan sesuatu yang digambarkan oleh kata dasar. Contohnya: kata kerja + -an kurung + -an kurungan (tempat untuk mengurung) henti + -an hentian sidai + -an sidaian buai + -an buaian gantung + -an gantungan (IX) Akhiran -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu daripada golongan kata nama dan kata tugas (jenis kata bilangan), membawa makna ukuran atau kiraan berdasarkan makna yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kata nama + -an hari + -an 120 harian (kiraan berdasarkan hari) kilometer + -an batu + -an tahun + -an minggu + -an ela + -an kata bilangan + -an satu + -an puluh + -an ribu + -an ratus + -an juta + -an 6.3.2.3 Apitan kata nama kilometeran batuan tahunan mingguan elaan KATANAMA satuan (kiraan berdasarkan angka satu) puluhan ribuan ratusan jutaan Apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah: (i) peN-... -an (ii) pe-... -an (iii) peR-... -an (iv) ke- ... -an (i) Apitan peN-... -an (a) Bentuk apitan peN-... -an Apitan peN-... -an terdiri daripada empat bentuk, laItu pe-... -an, pem-... -an, pen-... -an, dan peng-... -an. Seperti juga bentuk awalan peN-, perbezaan bentuk-bentuk apitan itu berdasarkan dua faktor: • Faktor fonologi, iaitu jenis huruf pert am a pada kata dasar yang akan bercantum dengan bentuk apitan itu. • Faktor perkembangan dan perancangan bahasa yang menghasil~an bentuk-bentuk yang tidak mematuhi kelaziman peraturan fonologi bahasa Melayu. 121


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN-... -an dapat dihuraikan seperti yang berikut: (I) peN-... -an menjadi pe-... -an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, t, y, dan w. Contohnya: mandi pemandian nanti penantian nyala penyalaan nganga pengangaan rusuh perusuhan lari pelarian waris pewarisan Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s, sebagaimana yang telah dibincangkan pada para 6.3.2.1 (i). Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sarna daerah artikulasinya dengan bunyi pertaina dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti ya!lg berikut: pulau pemulauan tipu penipuan kurang pengurangan siar penyiaran (II) peN-... -an menjadi pem-... -an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf b,J, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya: 122 baca bajak pembacaan pembajakan Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf per- , ",j -·1 KATANAMA tamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: boikot pemboikotan veto pemvetoan fatwa pemfatwaan proses pemprosesan blok pemblokan (III) peN-... -an menjadi pen-... -an apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z, dan perkataan pinjaman yang kata dasamya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya: dapat pendapatan damping pendampingan cari pencarian CUCI pencucian jajah penjajahan judul penjudulan syarikat pensyarikatan zalim penzaliman Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: tadbir terjemah tafsir tauliah transkripsi takrif sintesis stabil swasta pentadbiran penterjemahan pentafsiran pentauliahan pentranskripsian pentakrifan pensintesisan penstabilan penswastaan Terdapat satu kecualian, iaitu kata. dasar ternak yang bukan kata pinjaman tetapi menerima apitan pen-... -an menjadi penternakan. 123


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (IV) peN-... -an menjaai peng-... -an jika bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, kh, dan h (bunyi konsonan) dan a, e, i, 0, dan u (bunyi vokal). Peng-... -an dapat juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf k. Contohnya: gali ganda khusus khianat hasut hindar angkut ajar elok elak indah intip olah ukur ubat penggalian penggandaan pengkhususan pengkhianatan penghasutan penghindaran pengangkutan pengajaran pengelokan pengelakan pengindahan pengintipan pengolahan pengukuran pengubatan Contoh perkataan pinjaman, yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: kategori pengkategorian katalog pengkatalogan kritik pengkritikan klasifikasi pengklasifikasian Peng-... -an menjadi penge-... -an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kat a sahaja. Contohnya: 124 syor born cat tut pengesyoran pengeboman pengecatan pengetutan KATANAMA . sah had pengesahan pengehadari (V) peN-... -an bervariasi dengan pel-... -an apabila bergabung dengan perkataan ajar untuk membentuk kata pelajaran. Bentuk ini bermaksud perkara yang diajarkan dan dibezakan daripada pengajaran. ajar pelajaran (sesuatu yang diajarkan) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkataan, iaitu peperiksaan danpeperangan yang wujud dalam subkategorinya yang tersendiri. Tegasnya, kedua-dua bentuk ini tidak terhit melalui gabungan kata dasar dengan imbuhan peN-... -an, tetapi dengan imbuhan pe-... -an. Pembentukan tersebut bertujuan untuk membezakan peperiksaan dan peperangan daripada bentuk yang sedia ada, iaitu pemeriksaan dan pemerangan. (b) Aspek makna apitan peN-... -an Lazimnya apitan peN-... -an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata bilangan, frasa sendi nama, frasa kerja, dan frasa nama untuk menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: peN-... -an + kata nama bekal pembekalan (proses membekalkan) bungkus pembungku~an batas pe~batasan hutan penghutanan peN-... -an + kata kerja bayar pembayaran (proses membayar) tolak penolakan beri pemberian tukar penukaran kembali pengembalian 125


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA peN-... -an + kata adjektif besar pembesaran (proses membesarkan) indah pengindahan kotor halus tinggi pengotoran penghalusan peninggian peN-... -an + kata bilangan satu penyatuan (proses menyatukan) dua penduaan ratus peratusan peN-... -an + frasa sendi nama ke muka pengemukaan (proses mengemukakan) ke tepi pengetepian ke bumi pengebumian ke tengah pengetengahan peN-... -an + frasa kerja tokok tambah penokoktambahan peN -... -an + frasa nama anak tiri penganaktirian Kadangkala apitan peN-... -an membawa maksud tempat melakukan sesuatu, contohnya: gantung darat (ii) Apitan pe-... -an penggantungan (temp at menggantungkan sesuatu) pendaratan (a) Bentuk apitan pe-... -an Apitan pe-... -an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu pe-... -an apabila bergabung dengan kata dasar. lumlah kata terbitan dengan apitan pe-... -an dalam bahasa Melayu agak terhad. Contohnya: sisir pesisiran 126 .~- ' , .-' karang perang periksa dalam pekarangan peperangan peperiksaan pedalaman KATANAMA (b) Aspek makna apitan pe-... -an (I) Apitan pe-... -an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan yang khusus. Contohnya: tempat karang sisir dalam petempatan (kawasan penduduk ditempatkan) pekarangan (kawasan halaman rumah) pesisiran (kawasan darat di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai) pedalaman (kawasan atau temp at tertentu yang kedudukannya jauh dari pantai) (II) Apitan pe-.. . -an, apabila bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. Contohnya: perang periksa (iii) Apitan peR-... -an peperangan peperiksaan (a) Bentuk apitan peR-... -an Apitan peR-... -an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-... -an apabila bergabung dengan semua kata dasar kecuali kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan. Contohnya: satu bekal kubur dagang persatuan perbekalan perkuburan perdagangan 127


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA aku industri ratus rintis risik resap . perakuan perindustrian peratusan perintisan perisikan peresapan (b) Aspek makna apitanpeR-... -an (I) Apitan peR-... -an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat. Contohnya: peR-... -an + kata nama kampung perkampungan bukit perbukitan gunung air bara kubur pergunungan perairan perbaraan perkuburan peR-... -an + kata kerja henti perhentian lindung perlindungan (II) Apitan peR-... -an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Perkataan yang terbentuk hasil gabungan peR-... -an dengan golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasamya. Contohnya: peR-... -an + kata nama aku perakuan sengketa persengketaan baris perbarisan rumah perumahan 128 guru perguruan peR-... -an + kata kerja dagang perdagangan gerak pergerakan tumbuh pertumbuhan pindah perpindahan peR-... -an + kata adjektif lengkap perlengkapan padu perpaduan sarna gondol kukuh persamaan pergondolan perkukuhan peR-... -an + kata bilangan satu ratus persatuan peratusan peR-... -an + kata sendi nama antara perantaraan (iv) Apitan ke-... -an (a) Bentuk apitan ke-... -an KATANAMA Apitan ke-... -an boleh bergabung dengan kata dasar tertentu tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contohnya: datang masuk berangkat terlanjur penduduk seimbang urus setia tidak adil kedatangan kemasukan keberangkatan keterlanjuran kependudukan keseimbangan keurussetiaan ketidakadilan 129


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) Aspek makna apitan ke-... -an (I) Apitan ke-... -an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ke-... -an dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif untuk membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar, contohnya: ke-... -an + kata nama daulat kedaulatan masyarakat - olabraga pahlawan raja kemasyarakatan keolahragaan kepahlawanan kerajaan ke-... -an + kata kerja datang kedatangan tiba ketibaan masuk jatuh berangkat kemasukan kejatuhan keberangkatan ke-... -an + kata adjektif malas kemalasan dingin benar lemah rugi kedinginan kebenaran kelemahan kerugian Apitan ke-... -an boleh juga bergabung dengan frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya: 130 ke-... -an + frasa kerja tidak hadir ke-... -an + frasa adjektif ketidakhadiran tidak adil ketidakadilan tidak seimbang tidak sempuma ketidakseimbangan ketidaksempurnaan KATANAMA (II) Apitan ke-... -an boleh juga membentuk kata nama yang membawa makna tempat. Contohnya: menteri diam duta kementerian kediaman kedutaan 6.3.2.4 Sisipan kata nama Ada tiga bentuk sisipan kata nama, iaitu -el-, -er-, dan -em-, dan perbezaan bentuk-bentuk itu bukan berdasarkan faktor fonologi tetapi faktor morfologi, iaitu kelainan bentuk itu bergabung dengan kata dasar yang berlainan. Dalam penggunaan sekarang, bentuk sisipan tidak produktif lagi; dengan itu, bolehlah dianggap perkataan yang bersisipan sudah membeku. (i) Sisipan -elSisipan -e/- dapat bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk menerbitkan kata nama dengan maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: tapak kangkang kembung kupas tunjuk kemumur ganggang (ii) Sisipan -ertelapak kelangkang kelembung kelupas telunjuk kelemumur gelanggang "Sisipan -er- dapat bergabung dengan be!Jerapa perkataan untuk 131


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai eiri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kuping gigi suling (iii) Sisipan -emkeruping gerigi seruling Sisipan -em- dapat bergabung dengan beberapa perkataan untuk menerbitkan kata yang membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kuning kuneup gerlap kemuning kemuneup gemerlap 6.3.2.5 Perbezaan penggunaan peN-... -an dengan peR-... -an Sering timbul kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa ten tang bentuk kata nama terbitan yang mengandungi imbuhan peN-... -an dan peR-.. . -an. Dalam banyak hal, eara yang mudah untuk mengenal bentuk-bentuk demikian adalah dengan melihat bentuk kata kerjanya. Umumnya kata nama terbitan yang menggunakan peR-... -an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-, manakala kata nama yang menggunakan apitan peN-... -an berasal daripada bentuk kat a kerja yang menggunakan imbuhan meN-... -ilkan. Contohnya perlumbaan berasal daripada kata kerja berlumba. Oleh sebab tiada bentuk *melumba, maka tidak wujud bentuk pelumbaan. Demikian juga bagi perbualan (berbual/membual), pergaduhan (bergaduh/menggaduh) dan perhentian (berhenti/menghenti). Bentuk penarikan pula berasal daripada kata kerja menarik. Bentuk *bertarik* tidak wujud; oleh itu tiada bentuk * pertarikan. Demikianjuga, bentuk *pelaksanaan berasal daripada kata kerja melaksanakan; oleh sebab bentuk *berlaksana tidak wujud maka bentuk perlaksanaan tidak boleh digunakan untuk menyatakan maksud proses melaksanakan se132 '·:r'·' KATANAMA suatu. Contoh-contoh lain ialah penyampaian (menyampaikanJ bersampaikan), pemeriksaan (memeriksalberperiksa) dan penantian (menantilbemanti). Terdapat juga bentuk yang boleh menerima kedua-dua peN- .. . -an dan peR-... -an. Hal ini berlaku kerana bentuk itu berasal daripada dua bentuk kata kerja yang memberikan makna yang berlainan, seperti yang berikut: perpisahan berasal daripada kata kerja berpisah pemisahan berasal daripada kata kerja memisahkan persekolahan berasal daripada kata kerja bersekolah penyekolahan berasal daripada kata kerja menyekolahkan persambungan berasal daripada kata kerja bersambung penyambungan berasal daripada kata kerja menyambungkan perkahwinan berasal daripada kata kerja berkahwin pengahwinan berasal daripada kata kerja mengahwinkan pertukaran berasal daripada kata kerja bertukar penukaran berasal daripada kata kerja menukarkan 6.3.3 Kata Nama Majmuk Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya. Kata nama majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut: (i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. Contohnya: guru besar tengah hari tepian gelanggang balai raya rukun tetangga kertas kerja urus setia atur cara 133


TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA Dalam kategori ini juga termasuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya: Menteri Besar Duta Besar Datuk Bendahara Timbalan N aib Canselor Raja Permaisuri Profesor Diraja Setiausaha Sulit Ketua Pustakawan Penolong Penerbit Leftenan Jeneral (ii) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah. Contohnya: graf terarah analisis teks mogokumum deria rasa carl gali telefon dail terus titik buta paras it eksternal hukum alamiah medan sinaran temu duga segi empat tepat .oj (iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan; bahasa. Contohnya:,~ cakar ayam lip as kudung ringan tulang buku lima pilih kasih anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan 6.3.3.1 Bentuk yang telah mantap Seperti yang telah disebutkan dalam Bab 4 (4.2.3), terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata tersebut yang tergolong sebagai kata nama ialah: antarabangsa pesuruhjaya 134 :f~ " bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama warganegara olahraga setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab matahari KATANAMA Bentuk-bentuk mantap lain yang melibatkan kata majmuk akan dibincangkan dalam bab yang berkenaan (lihat bab tentang kata kerja). 6.3.3.2 Pengimbuhan kata nama majmuk Kata nama majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Pengimbuhan kata nama majmuk terbahagi kepada dua bentuk, iaitu: (i) Kata nama majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah. Contohnya: terima kasih ~ berterima kasih ulang kaji ~ mengulang kaji temu ramah ~ menemu ramah reka bentuk ~ direka bentuk rumah tangga ~ berumah tangga daya serap ~ daya serapan (ii) Kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum. Contohnya: anak tiri ~ menganaktirikan hak milik ~ dihakmilikkan surat khabar ~ persuratkhabaran ibu bapa ~ keibubapaan kuat kuasa ~ dikuatkuasakan 6.3.4 Kata Nama Ganda Kata nama boleh mengalami proses penggandaan untuk melahirkan 135


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA makna-makna tertentu: Kesemua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk boleh digandakan. Ada tiga jenis penggandaan yang melibatkan kata dasar jenis kata nama, iaitu: (i) Penggandaan penuh. (ii) Penggandaan separa. (iii) Penggandaan berentak. 6.3.4.1 Penggandaan penub Penggandaan penuh l]1elibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Contohnya: (i) Penggandaan penuh kata nama tunggal. Contohnya: ayat - ayat-ayat budak - budak-budak buku - buku-buku kereta - kereta -kereta sekolah - sekolah-sekolah tadika - tadika-tadika cerpen - cerpen-cerpen debunga - debunga-debunga . (ii) Penggandaan penuh kata nama berimbuhan. Contohnya: (a) dengan awalan: pengajar - pengajar-pengajar pelatih - pelatih-pelatih kekasih -;> kekasih -kekasih tatabahasa - tatabahasa-tatabahasa 136 ',' }o jurugambar - jurugambar-jurugambar (b) dengan akhiran: cadangan - pakaian - makanan - ilmuwan - seniman - (c) dengan apitan: persatuan - pencapaian 7 pengakuan - kegemaran - keramaian - cadangan-cadangan pakaian-pakaian makanan-makanan ilmuwan-ilmuwan' seniman-seniman persatuan-persatuan pencapaian-pencapaian pengakuan-pengakuan kegemaran-kegemaran keramaian-keramaian 6.3.4.2 Penggandaan separa KATANAMA Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan. (i) Penggandaan separa kata nama tung gal Penggandaan separa kata nama tunggal melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubaban menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya: gelang - ge-gelang - gegelang siku - si-siku - sesiku kura - ku-kura - kekura sumbu· - su-sumbu - sesumbu laki - la-Iaki - lelaki pohon - po-pohon - pepohon 137


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA (ii) Penggandaan separa kata nama berimbuhan Penggandaan separa jenis ini melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran -an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya: sayuran -- kenangan -- bayang -- orang -- sayur-sayuran kenang-kenangan bayang-bayangan orang -orangan 6.3.4.3 Penggandaan berentak Penggandaan berentak kata nama ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan jenis ini, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengulangan dan perubahan bunyi-bunyi demikian, penggandaan berentak kata nama dapat dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga jenis, iaitu: (i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal. (ii) Penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan. (iii) Penggandaan berentak kata nama bebas. (i) Penggandaan berentak kata nama pengulangan vokal Penggandaan berentak jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu. Dengan kata lain, penggandaan tersebut mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya: sayur -- sayur-mayur kuih -- kuih-muih lauk -- lauk-pauk Oi) Penggandaan berentak pengulangan konsonan 138 :). " ; ~ . " .. ,< .( .~ " " KATANAMA Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciriciri persamaan pada bunyi konsonan tertentu. Contohnya: batu -- batu-batan warna -- wama-wami gunung -- gunung-ganang suku - suku-sakat kayu - kayu-kayan (iii) Penggandaan berentak bebas kata nama Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya: anak - anak-pinak sedu - sedu-sedan ipar - ipar-Iamai saudara - saudara-mara congek - congek -cakdong 6.3.4.4 Penggandaan kata nama majmuk Penggandaan kata nama majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan, Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: (a) kertas kerja - kertas-kertas kerja rumah sakit -- rumah-rumah sakit mata pelajaran - mata-mata pelajaran roda tenaga - roda-roda tenaga (b) setiausaha - setiausaha-setiausaha jawatanktjasa -- jawatankuasa-jawatankuasa suruhanjaya - suruhanjaya-suruhanjaya tanggungjawab -- tanggungjawab-tanggungjawab 139


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 6.3.4.5 Aspek makna'penggandaan kata nama Terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama: (i) Gandaan sebagai penanda jarnak, iaitu yang menandakan jumlah yang banyak. Contohnya: meja - meja-meja ketua - ketua-ketua jabatan - jabatan-jabatan gunung - gunung-ganang saudara - saudara-mara (ii) Gandaan sebagai penanda beberapa nama haiwan. Contohnya: biri-biri rama-rama kupu-kupu kunang-kunang kura-kura atau kekura labi-labi atau lelabi (iii) Gandaan sebagai penanda makna kesarnaan atau keserupaan. Contohnya: gula - gula-gula anak - anak-anak orang - orang-orang langit - langit-langit atau lelangit siku - siku-siku at au sesiku kuda - kuda-kuda atau kekuda (iv) Gandaan sebagai penanda kepelbagaianjenis. Contohnya: sayur sayur-mayur 140 KATANAMA kuih - kuih-muih lauk - lauk-pauk kayu - kayu-kayan rempah - rempah-ratus (v) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya: apa - apa-apa siapa - siapa-siapa atau sesiapa mana - mana-mana bila - bila-bila suatu - sesuatu 141


(, ;-: BAB7 Kata Kerja 7.1 Pendahuluan Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah seperti yang berikut: 1. Ali tidur. 2. Mereka sedang membaca buku. 3. Adik Fatimah bermain di padang. 4. Pemandu itu membelok ke kanan. 5. Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang. Dalam kelima-lima ayat di atas, kata kerja masing-masing ialah tidur dalam ayat 0), membaca dalam ayat (2), bermain dalam ayat (3), membelok dalam ayat (4), dan disaksikan dalam ayat (5). 7.2 Penggolongan Kata Kerja Kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu: (i) Kata kerja aktif. (ii) Kata kerja pasif. 143


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 7.2.1 Kata Kerja Aktif Kata kerja aktif ialah kat a kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul at au yang diterangkan. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu: (i) Kata kerja aktif tak transitif. (ii) Kata kerja aktif transitif. 7.2.1.1 Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu: (i) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. (ii) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap. (a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 6. Semua orang pulang. 7. Adik saya masih tidur. 8. Pad: sedang menguning. 9. Pemuda itu tersenyum. 10. Mereka asyik berbual. Kesemua ayat di at as terdiri daripada subjek dan kat a kerja yang berdiri sendiri, iaitu tanpa pergantungan pada unsur lain untuk melengkapkan makna atau maksud ayat. Contoh-contoh lain kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap ialah: 144 menangis pergi dud uk kembali menyanyi bersembahyang berdoa bangun hinggap memutih tumbuh runtuh memberontak pulang bergurau berdiri berjalan tercengang KATAKERJA Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan, yang berfungsi memberikan maklumat tambahan. Ayat (6) - (10), misalnya, boleh ditambah unsur keterangan seperti yang berikut: 6(a). 7(a). 8(a). 9(a). lO(a). Semua orang pulang pada waktu petang. Adik saya masih tidur di serambi. Padi sedang menguning di sawah. Pemuda itu tersenyum seorang diri. Mereka asyik berbual di kedai kopi itu. (b) Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh kata kerja aktif tak transitif berpelengkap adalah seperti yang berikut: 11. Keadaan bapanya beransur baik. 12. Mereka tidak berbuat jahat. 13. Mereka tinggal di Kampung Paya. 14. Pengembara itu berselimutkan embun. 15. Dia menjadi guru. Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong itu ialah kata kerja aktif tak transitif, sementara unsur yang mengikutinya 145


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA ialah pelengkap. Sekiranya pelengkap digugurkan: ayat-ayat yang terhasil tidak sempuma, contohnya: 11 (a). 12(a). 13(a). 14(a). IS(a). *Keadaan bapanya beransur. *Mereka tidak berbuat. *Mereka tinggal. *Pengembara itu berselimutkan. *Dia men.iadi. Demikian juga, ayat-ayat (11) - (1S) tidak boleh dipasifkan, seperti yang temyata dalam contoh berikut: 11 (b). 12(b). 13(b). 14(b). lS(b). *Baik diansurkan oleh keadaan bapanya. *Jahat tidak dibuat oleh mereka. *Di Kampung Paya ditinggal oleh mereka. *Embun diselimutkan oleh pengembara itu. *Guru dijadikan oleh dia. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama, dan kata nama. (i) Kata adjektif sebagai pelengkap Kata kerja aktif tak transitif boleh dikuti oleh kata adjektif seperti baik, lemah, miskin, kukuh, dan sebagainya sebagai pelengkap. Da1am konteks ini, kata adjektif berfungsi sebagai kata adverba. Contohnya: 16. Lukanya beransur baik. 17. Badannya menjadi lemah. 18. Orang kampung itu tingga1 miskin. 19. Azam kumpulan itu bertambah kukuh. 20. Suasana da1am mesyuarat itu menjadi tegang. (ii) Frasa sendi nama sebagai pelengkap Kata kerja aktif tak transitif bo1eh diikuti oleh frasa sendi nama yang membawa pengertian tempat yang berfungsi sebagai pe1engkap, contohnya: 146 KATAKERJA 21. Keluarga Encik Ali berasal dari Pahang. 22. Kami tinggal di Pangsapuri Seri Bayu. 23. Mereka menetap di kampung ini. 24. Kereta itu membelok ke kiri. 2S. Kapal kargo itu singgah di pelabuhan Pulau Pinang. (iii) Kata nama sebagai pelengkap Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja aktif tak transitif yang menerima imbuhan ber-... -kan dan kata kerja menjadi dan ada. Contohnya: 26. Kami tidur berbantalkan lengan. 27. Pengemis itu berbaring bertilamkan rumput. 28. Pokok padi Wan Empuk berbatangkan emas. 29. Pengembara itu sungguh nyenyak berselimutkan embun. 30. Ali menjadi guru sandaran. 31. Abangnya menjadi penulis yang terkenal. 32. Pak Samad ada sawah di kampung. 33. Mereka ada hadiah yang istimewa. 7.2.1.2 Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh kata kerja aktif transitif dalam ayat: 34: Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah. 35. Saya telah menjawab surat itu. 36. Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya. 37. Kami membaiki kereta kesayangan ayah. 38. Dia memasukkan surat itu ke dalam sampul berdaftar. Dalam contoh-contoh di atas, kata kerja membersihkan, menjawab, mengabaikan, membaiki, dan memasukkan ialah kata kerja transitif. Contoh-contoh lain kata kerja transitif: menendang bola memukul gendang menghulurkan tali memendekkan perjalanan 147


Click to View FlipBook Version