The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIMAWATI7706, 2024-06-25 03:15:12

BUKU TATABAHASA DEWAN EDISI DIGITAL

BUKU TATABAHASA DEWAN EDISI DIGITAL

BAB9 Kata Thgas 9.1 Pendahuluan Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjqdi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sarna ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, maka kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis yang berikut: 1. Kata hubung. 2. Kata seru. 3. Kata tanya. 4. Kata perintah. 5. Kata pangkal ayat. 6. Kata bantu. 7. Kata penguat. 8. Kata penegas. 9. Kata nafi. 10. Kata pemeri. 11. Kata sendi nama. 12. Kata pembenar. 13. Kata arah. 14. Kata bilangan. 249


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 15. Kata adverba. 16. Kata penekan. 17. Kata pembenda. 9.2 Kelompok Dasar Kata Tugas Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 17 jenis kata tugas ini ke dalam empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut: (i) Kata penyambung ayat. (ii) Kata praklausa. (iii) Kata prafrasa dan pascafrasa. (iv) Kata pascakata. Tiap-tiap kelompok mengandungi jenis-jenis kata tugas tertentu, seperti yang berikut: (i) Kata penyambung ayat, yang terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis: 1. Kata hubung gabungan. 2. Kata hubung pancangan: (a) Keterangan. (b) Komplemen. (c) Relatif. (ii) Kata praklausa 1. Kata seru. 2. Kata tanya. 3. Kata perintah. 4· Kata pembenar. 5. Kata pangkal ayat. (iii) Kata prafrasa dan pascafrasa 1. Kata bantu. 2. Kata penguat. 250 :. ' (iv) 3. Kata penegas. 4. Kata nafL 5. Kata pemeri. 6. Kata sendi nama. 7. Kata arah. 8. Kata bilangan. 9. Kata adverba. 1. 2. Kata pascakata Kata penekan. Kata pembenda. 9.2.1 Kata Penyambung Ayat KATATUGAS Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Keterangan lebih lanjut tentang ayat majmuk dan jenis-jenisnya terdapat dalam Bab 18. 9.2.1.1 Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sarna tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan: dan lalu atau tetapi serta malahan sambi! kemudian Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. 251


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 2. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi. 3. Mereka mungkin pergi ke J ohar atau ke Perak. 4. Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan. 5. Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. 6. Ia berkata-kata sambi! merenung wajah temannya. 7. Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. 8. Sampah itu dipungutnya kemudian dimasukkannya ke dalam tong sampah. 9.2.1.2 Kata hubung pancangan Kata hubung pancangan ialahjenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (i) Kata hubung pancangan relatif. (ii) Kata hubung pancangan komplemen. (iii) Kata hubung pancangan keterangan. (i) Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kat a relatif adalah seperti yang berikut: 9. Budak yang sedang membaca itu adik saya. 10. Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah. 11. Mereka menonton drama yang disukai ramai. 12. Saya rhembeli baju yang berwarna hijau. 13. Encik Ali guru yang berdedikasi. 14. P. Ramlee seniman agung yang sentiasa dikenang. 15. Yang berjaja kain itu jiran saya. 16. Yang indah itu bahasa. 252 ,.f' .. KATATUGAS (ii) kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 17. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 18. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. 19. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. 20. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. 21. Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan. 22. Kita harus sentiasa irigat bahawa hidup di dunia ini sementara sahaja. (iii) Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah ~eperti yang berikut: kerana agar meskipun sekiranya semoga supaya kalau andai kata kendatipun hingga jika (jikalau) semasa sementara setelah sewaktu ketika tatkala untuk walaupun sungguhpun apabila Contoh penggunaannya dalam ayat: 23. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 24. Peitunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. 25. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 26. Ia bc:rsorak terlal~ kuat hingga serak suaranya. 27. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung. 253


TATABAHASA DEWAN EOIS! KETIGA 28. Pencuri merr asuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak tidur. 29. Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu. 30. Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin. 31. Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat. 32. Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak. 33. Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal. 34. Penon ton bersurai setelah permainan selesai. 35. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. 36. Sungguhpun letih, pemain handal jtu terus bermain juga. 37. Meskipun hari sudah lewat, Ali belum pulang juga. 38. Murid itu belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam peperiksaan. 39. Usah kita bersikap kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong. 40. Semasa kami tiba, mereka tiada di rumah. 41. Sewaktu polis membuat pemeriksaan, barang itu tiada padanya. 42. Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak. 43. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. 9.2.2 Kata Praklaur.a Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Bentuk-bentuk kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah: 254 (i) Kata seru. (ii) Kata tanya. (iii) Kata perintah. KATATUGAS (iv) Kata pembenar. (v) Kata pangkaJ ayat. 9.2.2.1 Kata seru Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagaibagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh amboi cis oh celaka eh wah syabas aduhai wahai Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 44. Aduh, sakitnya kakiku! 45. Cis, terimalah tikamanku! 46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya! 47. Wah, cantiknya baju dial 48. Aduhai, malangnya nasibku! 49. Amboi, comelnya bayi itu! 50. Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka! 51. Eh, bergaya nampaknya mereka semua! 52. Syabas, engkau telah menang! 53. Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara! 9.2.2.2 Kata tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 54. Harga barang itu berapa? 255


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 55. Mereka sampai bila? 56. Kesihatannya sekarang bagaimana? 57. Berapakah harga barang itu? 58. Bilakah mereka sampai? 59. Bagaimanakah kesihatannya sekarang? 60. Mengapakah dia menangis semalam? Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa, dan mana, contohnya: 61. Yang di dalam kotak itu apa? 62. Yang datang semalam siapa? 63. Baju baharu saya mana? 64. Apakah yang di dalam kotak itu? 65. Siapakah yang datang semalam? 66. Manakah baju baharu saya? 9.2.2.3 Kata perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, dan harap. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 67. Jangan buang sampah di sini. 68. U~'ah biarkan dia berseorangan. 69. Sila ambil makanan di sana. 70. Jemput masuk! 71. Minta tuan-tuan bersabar sebentar. 72 .. Tolong temankan adik saya ini. 73. Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. 74. Silalah tuan-tuan mas uk. 75. Jangan berludah di sini. 76. Jangan berjaja di kawasan ini. 9.2.2.4 Kata pembenar Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu per256 KATATUGAS nyataan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar, dan betul. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 77. Ya, itulah orangnya. 78. Benar, dialah yang berkata demikian. 79. Betul, tanyalah dia. 80. Ya, inilah rumah Pak Awang. 81. Benar, itulah pegawai daerah yang baharu. 82. Betul, kamilah penjaga kanak-kanak ini. 9.2.2.5 Kata pangkal ayat K~ta pangkal ayat ialah perkataan yang hadir-di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat adalah sepe,rti yang berikut: hatta maka syahadan adapun kalakian sebermula alkisah arakian Perkataan ini umumnya digunakan d.llam bahasa Melayu lama. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 83. Hatta istana itu pun siaplah. 84. Maka panglima itu pun diberi persalinan. 85. Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. 86. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Omar. 87. Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri. 88. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu. 89. Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya. 90. Arakian bersemayamlah baginda di istana baharu itu. 91. Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja. 9.2.3 Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang 257


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA hadir sebelum dan sesudah frasa sarna ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Perkataan-perkataan ini mendukung tugas menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan, menyediakan, menunjukkan arah dan membilang. Berdasarkan tugas ini maka kata prafrasa, iaitu perkataan yang hadir sebelum frasa, mengandungi sembilan jenis, iaitu: (i) Kata bantu. (ii) Kata penguat. (iii) Kata penegas. (iv) Kata nafi. (v) Kata pemeri. (vi) Kata sendi nama. (vii) Kata arah. (viii) Kata bilangan. (ix) Kata adverba. Tiga daripada kata tugas di atas boleh juga hadir sesudah frasa, iaitu sebagai kata pascafrasa. Kata tugas ini ialah: (i) Kata penguat. (ii) Kata penegas. (iii) Kata adverba. 9.2.3.1 Kata bantu Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kat a bantu ragam. (i) Kata bantu aspek Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sarna ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentukbentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru,pernah, sedang, masih, 258 KATATUGAS akan, mula, dan belum yang masing-masingnya digunakan seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 92. Pekerja itu telah pUlang. 93. Murid-murid itu baru tiba. 94. Kami pernah ke utara Malaysia. 95. Buah itu belum masak lagi. 96. Guru besar sedang menyiapkan laporan itu. 97. Ahmad akan ke sana esok. 98. Pada mas a itu dia masih kecil. 99. Kereta api itu mula bergerak. (ii) Kata bantu ragam Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 100. Kanak-kanak itu hendak mas uk ke bilik. 101. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. 102. Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas. 103. Mereka mesti ke pejabat segera. 104 Kita boleh ke Johor Bahru dengan bas. 105. Kami dapat pulang ke kampung pada mas a cuti persekolahan. 106. Kanak-kanak itu enggan memakai baju. 107. Dia patut datang bulan lalu. 108. Mereka mungkin lambat sedikit. 9.2.3.2 Kata penguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat: (i) Kata penguat hadapan. 259


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA KATA TUGAS (ii) Kata penguat belakang. (b) Dia terbeli baju yang besar sangat. (iii) Kata penguat bebas. (i) Kata penguat hadapan Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya, terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 109. Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi untuk dipanjat. 110. Masakan ibunya paling sedap. Ill. Sungai itu agak dalam. 112. Pemandangan di tepi pantai itu cukup indah. 113. Harga emas makin mahal. 114. Buku yang dirujuknya itu kurang sesuai. (ii) Kata penguat belakang Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjek'.if. Contohnya sekali, benar, betul, dan nian, seperti dalam ayat yang berikut: 115. Kelakuan budak-budak itu baik sekali. 116. Lambat benar bas itu tiba. 117. Indah nian istana bunian. 118. Keputusan peperiksaannya kali ini buruk betul. (iii) Kata penguat bebas Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sarna ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat, dan sungguh, sebagaimana yang terdapat dalam ayat berikut: 260 119 (a). Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. (b). Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. 120 (a). Pemandangan di perbatasan sungguh indah. (b). Pemandangan di perbatasan indah sungguh. 121 (a). Dia terbeli baju yang sangat besar. 9.2.3.3 Kata penegas Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagianbahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut: 122 (a). Siapakah majikan kamu itu? (b). *Majikan kamu itu siapakah? 123 (a). Pemah datangkah dia? (b). *Dia pemah datangkah? 124 (a). Apatah daya kita? (b). *Daya kita apatah? 125 (a). Orang itulah bapanya. (b). *Bapanya orang itulah. 126 (a). Itulah rumah idamanku. (b). *Rumah idamanku itulah. Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di at as menyalahi hukum tatabahasa, kerana bentuk yang menerima -kah, -tah, dan -lah mesti dikedepankan. Kesemua kata penegas -kah, -tak, -lah merupakan bentuk pascafrasa. Jenis kata penegas yang kedua, iaitu hanya, memang, juga, 261


TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA pun, jua, dan lagi bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat, sarna ada dalam subjek atau predikat, seperti contoh dalam jadual berikut: Ayat Subjek Predikat 127. Hanya dia sahabat karib saya. 128. Memang wanita itu bakal isterinya. 129. Budak-budak memang suka akan pennainan itu. 130. Barang itu hanya boleh dibeli di kedai. 131. Kamijuga ingin ke pekan. 132. Encik Abu pun datang. 133. Mereka membeli juga barang itu. 134. Mereka ada pun di sini. 135. Ketua saya yang sibuk itu datangjua ke majlis perkahwinan saya. 136. Rombongan pengantin lelaki belum tiba lagi. Dalam ayat contoh di atas, ayat 127 dan 128 mengandungi kata penegas yang merupakan kata prafrasa yang hadir dalam subjek ayat. Dalam ayat 129 dan 130, kata penegas merupakan kata prafrasa yang hadir dalam predikat ayat. Dalam ayat 131 dan 132, kata penegas merupakan kata pascafrasa yang hadir dalam subjek ayat. Ayat yang seterusnya mengandungi kata penegas yang merupakan kata pascafrasa yang hadir dalam predikat ayat. 9.2.3.4 Kata naft Kata nati, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur nati frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nati, iaitu bukan dan tidak. 262 KATATUGAS Kata nati bukan menjadi unsur nati frasa nama dan frasa sendi nama. Contohnya: 137. Makanan itu bukan untuk Ratna. 138. Projek itu bukan usaha saya. 139. Kereta api itu bukan dari Ipoh. Kata nati tidak pula ialah unsur nati bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya: 140. Bapanya tidak turun ke sawah hari inl. 14l. Saya tidak akan datang lagl. 142. Kenyataan itu tidak benar. 143. Bandar itu tidak besar sangat. Walau bagaimanapun, kata nati bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya: 144. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. 145. Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah orangnya. 146. Ucapannya bukan menghina kita, tetapi sekadar mengingatkan kita sahaja. 147. Murid itu bukan bijak, tetapi sebaliknya. 9.2.3.5 Kata pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai an tara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu: (i) secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah, (ii) secara huraian ten tang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat dalam ayat-ayat yang berikut: 263


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA 148. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara. 149. Dalam terjemahan komunikatif, yang mustahak ialah mesej yang hendak disampaikan. 150. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 151. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. 152. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri am at terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Perlu juga diingat bahawa kat a pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu. 264 153. *Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok. 154. *Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan. 155. *Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin. 156. *Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. Ayat yang di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: 153 (a) Dengan ini Anda Ibu bapa Tuan-tuan Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok. j, 6 . .~ t .154 (a) ! Dengan ini ) Tuan Anda KATATUGAS dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan. 155 (a) Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin. 156 (a) Kegagalan projek itu disebabkan 0leh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu. 9.2.3.6 Kata sendi nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah: di bagi laksana antara ke demi sejak untuk dari tentang terhadap dengan daripada seperti akan datam kepada bagai oleh sampai pada umpama hingga Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus, yang dijelaskan seterusnya. Tambahan lagi, antara kata sendi nama ini terdapatjuga beberapa bentuk yang menganggotai golongan kata yang lain, contohnya akan (juga berfungsi sebagai kata bantu), dalam (juga berfungsi sebagai kata arah ·dan kata adjektif), sampai (juga berfungsi sebagai kata kerja) dan antara (juga berfungsi sebagai kata arah). (i) Kata sendi nama "di" Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis 265


TATABAHASA DEWAN EOIS! KETlGA terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat: 157. Ibunya bekerja di sekolah itu. 158. Pengembara itu sesat di dalam hutan. 159. Pertunjukan itu diadakan di Kota Bharu. 160. Dia menunggu kami di perhentian bas. 161. Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya: 162. Raja Iskandar memerintah pada zaman itu. (bukan: Raja Iskandar memerintah di zaman itu.) 163. Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu. (bukan: Suasana amat tenang di pagi yang permai itu.) 164. Dia masih bujang pada ketika itu. (bukan: Dia masih bujang di ketika itu.) 165. Burung-burung pulang ke sarangnyapada waktu senja. (bukan: Burung-burung pulang ke sarangnya di waktu senja.) 166. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memuncak pada kurun ke-15. (bukan: Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memuncak di kurun ke-15.) (ii) Kata sendi nama "ke" Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Kata sendi nama ke juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. 266 ;"" , KATATUGAS Contohnya: (a) menunjukkan tempat atau arah 167. Burung-burung itu terbang ke arah selatan. 168. Mereka akan ke Kuantan esok. 169. Kami dipersilakan mas uk ke dewan pameran itu. 170. Pelajar itu menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya. 171. Penyelam itu terjun ke dalam sungai. 172. Othman dan isterinya pulang ke kampung. (b) menunjukkan waktu atau masa 173. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 174. Isteri yang setia itu berada di sisi suaminya ke saat terakhir. 175. Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang. 176. Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi ke pukul 11.00 pagi. 177. Tradisi itu masih kekal dari dahulu ke zaman sekarang. Kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. Oleh sebab itu, ayat yang dalam kurungan berikut tidak betul. 178. Berita itu hanya sampai kepada pihak polis semalam. 179. 180. 181. 182. (bukan: Berita itu hanya sampai ke pihak polis, semalam.) Tolong berikan barang ini kepada Ali. (bukan: Tolong berikan barang ini ke Ali.) Kebahagiaanmu akan berlanjutan kepada anak cucu. (bukan: Kebahagiaanmu akan berlanjutan .ke anak cucu.) Sisa makanan itu diberikannya kepada kucing. (bukan: Sisa makanan itu diberikannya ke kucing.) Fail itu bertukar tang an daripada Ahmad kepada Hussein. 267


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (bukan: Fail itu bertukar tangan daripada Ahmad ke Hussein.) Kata sendi nama ke sering berpadanan dengan kata sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke suatu tempat, at au waktu seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut: dari semasa ke semasa dari sebulan ke sebulan dari Kajang ke Seremban dari hati ke hati dari masa ke masa dari penjuru kiri ke penjuru kanan dari bandar ke des a (iii) Kata sendi nama "dari" Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, temp at, atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh penggunaan kata sendi nama dari adalah seperti yang berikut: (a) menunjukkan tempat atau arah 183. 184. 185. 186. 187. 268 Angin kencang bertiup dari arah selatan. (bukan: Angin kencang bertiup daripada arab selatan.) Kereta itu membelok dari kiri ke kanan. (bukan: Kereta itu membelok daripada kiri ke kanan.) Bola itu ditendang dari penjuru padang. (bukan: Bola itu ditendang daripada penjuru padang.) Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi. (bukan: Kajian itu dibuat daripada sudut ekonomi.) Kami akan membincangkan tajuk itu dari segi moral. (bukan: Karni akan membincangkan tajuk itu daripada segi moral.) KATATUGAS 188. Mereka memulakan kerja pembersihan dari sudut kanan dewan itu. (bukan: Mereka memulakan kerjlt pembersihan daripada sudut kanan dewan itu.) 189. Anda datang dari mana? (bukan: Anda datang daripada mana?) 190. Orang tua itu merantau dari Kedah ke Johor. (bukan: Orang tua itu merantau daripada Kedah ke Johor.) (b) menunjukkan waktu atau masa 191. Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu. (bukan: Tempoh pembayaran bermula daripada tarikh penyerahan barangan itu.) 192. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang. (bukan: Mesyuarat itu akan diadakan daripada pukul sembi Ian pagi hingga pukul empat petang.) 193. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. (bukan: Perkara itu telah diketahui daripada waktu subuh lagi.) 194. Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi. (bukan: Kerajaan itu terkenal daripada kurun ke-18 lagi.) (iv) Kata sendi nama "daripada" Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mel).yatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu bend~, dan perbezaan atau perbandingan. (a) menyatakan punca bagi manusia, haiw,.an, benda, dan unsur mujarad. Contohnya: 195. Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. 269


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA (bukan: Pemain sarkas itu menerima bola dari beruangnya.) 196. Daripada siapakah gerangan surat ini? (bukan: Dari siapakah gerangan surat ini? 197. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu. (bukan: Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar dari muntah lembu.) . 198. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. (bukan: Dia menjauhkan diri dari bahaya dadah.) 199. Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada Kementerian Pendidikan. (bukan: Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati dari Kementerian Pendidikan. 200. Cadangan daripada persatuan karni telah diterima. (bukan: Cadangan dari persatuan kami telah diterima.) 201. Arahan terbaharu itu datang daripada Bahagian Kewangan pejabat tersebut. (bukan: Arahan terbaharu itu datang dari Bahagian Kewangan pejabat tersebut.) _ 202. Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima. (bukan: Sumbangan dari kerajaan sudah diterima.) Dalam hubungan ini, perlu ditegaskan bahawa penggunaan kata sendi nama da. ·ipada bagi maksud punca hanya terhad kepada manusia, haiwan, dan benda termasuk unsur mujarad jua. Penggunaan kata sendi nama tersebut bagi maksud punca tempat seperti negeri, bandar, pekan, kampung, dan sebagainya dianggap tidak betul. Contohnya: 270 203. Ayah baru pulang dari pekan. (bukan: Ayah baru pulang daripada pekan.) 204. Pendatang itu dari negeri jiran. (bukan: Pendatang itu daripada negara jiran.) 205. Barang-barang ini datang dari Timur Tengah. (bukan: Barang-barang ini datang daripada Timur Tengah.) KATATUGAS 206. Mereka berasal dari mana? (bukan: Mereka berasal daripada mana?) 207. Kami semua dari Malaysia. (bukan: Kami semua daripada Malaysia.) (b) menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. Contohnya: 208. Ukiran itu diperbuat daripada logam. (bukan: Ukiran itu diperbuat dari logam.) 209. Semua ubatnya daripada akar kayu. (bukan: Semua ubatnya dari akar kayu.) 210. Abu mendapat ilham daripada pemandangan itu. (bukan: Abu mendapat ilham dari pemandangan itu.) 211. Daripada perbincangan itu lahirlah projek buku ini. (bukan: Dari perbincangan itu lahirlah projek buku ini.) 212. Benang berasal daripada kapas. (bukan: Benang berasal dari kapas.) 213. Kebanyakan kuih berasal daripada tepung. (bukan: Kebanyakan kuih berasal dari tepung.) 214. Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (bukan: Beg itu diperbuat dari kulit buaya.) 215. Air berpunca daripada gabungan hidrogen dan oksigen. (bukan: Air berpunca dari gabungan hidrogen dan oksigen.) 216. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru. (bukan: Ahli PIBG terdiri dari ibu bapa dan guru.) (c) menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contohnya: 217. Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. (bukan: Edisi kedua buku itu lebih lengkap dari edisi pertama.) 218. Daripada Ali lebih baik Ahmad. (bukan: Dari Ali lebih baik Ahmad.) 271


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 219. Harga kain' itu kurang sedikit daripada harga biasa. (bukan: Harga kain itu kurang sedikit dari harga biasa.) 220. Kami tiba leblh lewat daripada mereka. (bukan: Kami tiba lebih lewat dari mereka.) 221. Cara berfikimya lain daripada yang lain. (bukan: Cara berfikimya lain dari yang lain.) 222. Markahnya hanya separuh daripada markah yang dijangkakan. (bukan: Markahnya hanya separuh dari markah yang dijangkakan.) 223. Barang ini lebih bermanfaat daripada barang itu. (bukan: Barang ini lebih bermanfaat dari barang itu.) 224. Suhti tubuhnya meningkat daripada 37°C kepada 39°C. (bukan: Suhu tubuhnya meningkat dari 37°C kepada 39°C.) 225. Perangai Ahmad berbeza daripada perangai abangnya. (bukan: Perangai Ahmad berbeza dari perangai abangnya.) (v) Kata sendi nama "kepada" Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. (a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Contohnya: 272 226. Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat ini. (bukan: Sila kembalikan borang itu ke kerani pejabat ini.) 227. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (bukan: Sisa makanan itu diberikan ke kucing.) 228. Ali mengirim surat kepada abang. (bukan: Ali mengirim surat ke abang). 229. Ia memberitahu berita itll kepada orang tuanya. KATATUGAS (bukan: Ia memberitahu berita itu ke orang tuanya.) 230. Rumput yang terkumpul itu segera diberikan kepada lembunya. (bukan: Rumput yang terkumpul itu segera diberikan ke lembunya.) 231. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. (bukan: Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah ke bahaya dadah.) Namun demikian, kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contohnya: 232. Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut. 233. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan buku bacaan kepada beberapa buah perpustakaan sekolah. 234. Surat itu hendaklah dihantar kepada Kementerian Kewangan dengan segera. (b) menyatakan pecahan. Contohnya: 235. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan. 236. Waktu persekolahan dipecahkan kepada sesi pagi dan sesi petang. 237. Bermula pada tahun ini, pengajian universiti itu dipe- ,cahkan kepada dua semester. 238. Suhu yang sangat tinggi sahaja yung dapat menguraikan air kepada juzuk-juzuknya. (c) menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 239. Suhu badannya meningkat kepada 39°C. 240. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. 241. Harga pasaran saham menurun kepada paras yang membimbangkan. 273


TATABAHASA DEWAN EDIS! KET!GA Kata sendi nama kepada sering digunakan untuk berpadanan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh berikut: daripada Aminah kepada Salmah daripada ayah kepada ibu daripada 37°C kepada 39°C daripada tahap sederhana kepada tahap memuaskan daripada wama biru mud a kepada wama biru tua Walau bagaimanapun; penggunaannya yang merujuk tempat seperti yang berikut tidak betul: *daripada batang kepada dahan (seharusnya: dari batang ke dahan) *daripada sebuah rumah kepada sebuah rumah (seharusnya: dari sebuah rumah ke sebuah rumah) *daripada Johor kepada Perak (seharusnya: dari Johor ke Perak) *daripada sawah kepada bendang (seharusnya: dari sawah ke bendang) (vi) Kata sendi nama "pada" Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: (a) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. Contohnya: 242. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 243. Seminar itu bermula pada hari ini. 244. Pada waktu itu ibu bapanya tiada di rumah. 245. Pemergiannya ditetapkan pada akhir tahun ini. 246. Pada ketika itu saya sedang tidur. (b) Kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Contohnya: ·274 ,I 'j' KATATUGAS 247. Wang itu adapada ibu. 248. Kekuatan itu ada pada beberapa orang pahlawan sahaja. 249. Sifat jujur dan amanah ada padanya. 250. Jam itu ada pada kakak Ali. 251. Naluri mengawan ada pada semua binatang. (c) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: 252. Bagi acara palang, ahli gimnastik itu perlu berpaut pada palang besi dengan kuatnya. 253. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi. 254. Layang-Iayang itu tersangkut pada tiang telefon. 255. Tulis nama pada kertas ini. 256. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. 257. Pilihan yang ken a pada tempatnya akan membawa kebahagiaan. 258. Ketika darurat, pergerakan mereka terhad pada kawasan itu sahaja. Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran, seperti contoh yang berikut: 259. *Surat ini hendak dikirim pada siapa? (seharusnya: Surat ini hendak dikirim kepada siapa?) 260. *Serahkan bungkusan itu pada pegawai kastam. (seharusnya: S~rahkan bungkusan itu kepada pegawai kastam.) - 261. *Berikan wangmu padaku. (seharusnya: Berikan wangmu kepadaku.) 262. *Kemalangan itu perlu dilaporkan pada polis. (seharusnya: Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.) 263. *Berdoalah pada yang Maha Esa. (seharusnya: Berdoalah kepad(l yang Maha Esa.) 275


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kat a sendi nama pada digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut: 264. Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan. 265. Pada pendapatnya persatuan kami harus dibubarkan. 266. Kisah itu hanyalah khayalan, pada pandangan saya. (vii) Kata sendi nama "untuk" dan "bagi" Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengaR fungsi tertentu seperti yang berikut: (a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contohnya: 267. Asrama [ ~~:' } penuntut-penunlut Sabah sedang dibina 268. [ untuk} P Derma bagi .anak[-:::::}atim akan dipungut. enyataperbelanJaan b . tahunhadapankini dibincangkan di Parlimen. agl 269. 270. [ untuk} Rumah bagi pekerja-pekerja telah dibaiki. 271. Kefeta itu [ ~~~~k } kegunaan pejabat sahaja. (b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contohnya: 272. Hadiah itu untukmu. (bukan: Hadiah itu bagimu.) 276 KATATUGAS 273. Tanah seluas dua ekar itu untuk kami. (bukan: Tanah seluas dua ekar ini bagi kami.) 274. Pakaian baharu ini untuk adik. (bukan: Pakaian baharu ini bagi adik.) 275. Untuk siapakah hidangan di atas meja itu? (bukan: Bagi siapakah hidangan di atas meja itu?) 276. Ayah membeli kereta untuk ibu. (bukan: Ayah membeli kereta bagi ibu.) (viii) Kata sendi nama "demi" Sebagai kata sendi nama, perkataan demi bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: 277. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. 278. Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini. 279. Ikutilah peraturan-peraturan ini demi kelicinan kerjakerja pejabat. Oleh sebab perkataan demi sudah membawa maksud tujuan, makna perkataan untuk yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk dianggap lewah dan seharusnya digugurkan. Contohnya: 280. *Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi untuk kestabilan negara. 281. * Demi untuk kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah itu. 282. *Ikutilah peraturan-peraturan ini demi untuk kelicinan kerja-kerja pejabat. Kata sendi nama demi digunakan sebagai unsur penegas dalam ungkapan seperti yang berikut: 283. Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. 277


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA Selain itu, demi juga digunakan dalam u~gkapan untuk melahirkan makna urutan satu atau sekumpulan. Contohnya: 284. Buku itu disusun di atas meja satu demi satu. 285. Mereka bergerak ke dalam stadium pasukan demi pasukan. 286. Terjemahan perkataan demi perkataan sering kali menghasilkan susuk ayat yang menggelikan hati. (ix) Kata sendi nama "tentang" Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: 287. Mereka berbincang tentang masalah negara. 288. Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. 289. Tentang perkara itu, karni perlu merujuk ketua kami dahulu. 290 Aduan tuan tentang kelewatan bayaran itu sedang dibincangkan dalam mesyuarat. 291. Ceritanya tentang soal pengabdian kepada Tuhan. Kata sendi nama tentang sering juga digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenamya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 292. Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. 293. Bola yang ditendangnya mengenai palang gal. 294. Anak panah itu mengenai dada penjahat itu. 295. Kata-kata caciannya itu mengenai dirinya sendiri. 296. Penyakit ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang serupalah dengan penggunaan bentuk kat a kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi iaitu, berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenamya ter278 KATATUGAS golong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: 297. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. 298. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio. (x) Kata sendi nama "seperti", "bagai", "umpama", dan "laksana" Keempat-empat kata sendi nama ini bersifat kelainan atau varian antara satu sarna lain, kerana mempunyai fungsi yang sarna, iaitu sebagai perkataan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan. Contohnya: 299. 300. 301. 302. 303. Murid baharu itu kebingungan bagai masuk { seperti }rusa umpama kampung. { seperti} laksana Hatinya keras bagai batu. umpama laksana { seperti } Pemuda itu berlagak bagai umpama laksana orang kaya. ·Pasangan mempelai itu bagai pinang dibelah { Seperti } umpama dua. laksana { Seperti } . . . . ba ai Tumbukan pemnJu ItU pantas g kilat umpama . l*sana 279


TATABAHASA DEWAN ED/SI KETIGA (xi) Kata sendi nama "dengan" Sebagai kata sendi nama, perkataan dengan di hadapan kata nama atau frasa nama digunakan untuk membawa maksud seperti yang berikut: (a) membawa maksud bersama-sama atau berserta. Contohnya: 304. Abdullah menelaah mata pelajaran sains dengan kawannya. 305. Ayah pergi ke pekan dengan ibu. 306. Dengan siapakah engkau hendak berguru? 307. Isman bergurau dengan adiknya. 308. Pekerja-pekerja itu berdialog dengan majikan mereka. (b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan. Contohnya: 309. Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak. 310. Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka. 311. Berita sedih itu disampaikan dengan perasaan dukacita. 312. Dia menyambut tetamu itu dengan senyum simpul. 313. Mereka memulakan setiap peketjaan dengan bacaan doa. (c) membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Contohnya: 314. Ani melukis potret itu dengan cat air. 315. Petani itu menggemburkan tanah sawahnya dengan cangkul. 316. Ibu membungkus nasi lemak dengan daun pisang. 317. Fatimah memotong roti dengan pisau tajam. 318. Emak Zainab membasuh kain dengan sabun serbuk. (d) menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Contohnya: 319. Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya. 320. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 321. Wama bajunya sarna biru dengan wama bajuku. 322. Adakah sarna akar dengan rotan? 280 KATATUGAS 323. Tentu tidak sarna emas dengan perak. (xii) Kata sendi nama "sejak" Sebagai kata sendi nama, perkataan sejak at au semenjak bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: 324. 325. 326.' 327. 328. Hasnah sentiasa sugul { seja~ } kematian ibunya. semenjak { Seja~ } hari itu saya tidak berani meninggalkan Semenjak rumah. Kami tinggal di Kampung Atap { seja~ } dua tahun semenjak yang lalu. { Seja~ }kehilangan keretanya. ia hanya berjalan Semenjak kaki ke pejabat. Mereka berjaga-jaga { seja~ k} subuh lagi. semenp (xiii) Kata sendi nama "terhadap" Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sarna ada manusia, haiwan, atau benda. Contohnya: 329. Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya. 330. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. 331. Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. 332. Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya elok dicontohi. 333. Dalam air, tawas akan bertindak balas dengan air menghasilkan aluminium hidroksida yang mempunyai kuasa jerapan yang besar terhadap kotoran dan bahan pewama. 281


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETlGA 334. Air bersifat lengai terhadap logam adi. 335. Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. Terdapat kecenderungan penggunaan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya: 336. 337. 338. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya. (seharusnya: Ketua pejabat itu sentiasa curiga tentang kejujuran a'nak buahnya.) Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang ki:lmpung. (seharusnya: Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.) Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap kesejahteraan rakyat. (seharusnya: Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat.) (xiv) Kata sendi nama "akan" Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 339. 340. 341. 342. Wanita itu amat rindu akan anaknya. Semua rakyat mesti sayang akan negara temp at tumpah darahnya. Anak raja itu berahi akan Than Puteri Bongsu. Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu. Penggunaan akan sebagai kata sendi nama seperti contoh di atas ialah bentuk yang seharusnya digunakan. Bagaimanapun ada kecenderungan dalam kalangan penutur untuk menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan. . 282 KATATUGAS Contohnya: 343. *Wanita itu am at rindukan anaknya. 344. *Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya. 345. * Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu. 346. *Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu. Bentuk-bentuk demikian hanya digunakan sebagai bentuk bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam bahasa rasmi atau tulisan. (xv) Kata sendi nama "oleh" Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud yang berikut: (a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk berikut: di-, ter-, dan kena. Contohnya: 347. Kuih itu dibeli olehnya. 348. Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Za'ba. 349. Pencuri itu kena tangkap oleh polis. (b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa penggunaan kata sendi nama oleh di sini sebenamya berpunca daripada oleh sebab, yang kemudiannya berlaku pengguguran sebab secara pilihan. Contohnya: 350. Ia mati oleh (sebab) senjatanya sendiri. 351. Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan. 352. Oleh (sebab) ketekunannya menelaah, Ali mencapai keputusan yang cemerlang. Oleh dalam penggunaan ini dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama lantaran yang membawa maksud yang sarna. 283


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sepatutnya bentuk yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan (sila lihat 9.2.1.2 (iii) kata hubung pancangan keterangan). Oleh itu, contoh ayat yang berikut adalah salah: 353. *Struktur ayatnya janggal oleh kerana masih menyerupai acuan tatabahasa bahasa Inggeris. (seharusnya: Struktur ayatnya janggal oleh sebab masih menyerupai acuan tatabahasa Inggeris.) 354. *Pembinaan bangunan itu tergendala oleh kerana bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati dengan wang pampasan. (seharusnya: Pembinaan bangunan itu tergendala oleh sebab bantahan tuan tanah yang tidak berpuas hati dengan wang pampasan.) (xvi) Kata sendi nama "hingga" dan "sampai" Kata sendi nama hingga dan sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau temp at. Hingga dan sampai dapat bertukar ganti antara satu sarna lain. Contohnya: 355 P .. b' {hingga } . . egawa! ItU erJaga . pagl. sampa! 356. Anak-anaknya b e 1ajar . penng at Ulllversitl. · {hingga} . k . . . sampa! .. I Q {hingga } d' 'h . 357. Mereka mengaJl a - uran . Illl an. sampal (xvii) Kata sendi nama "dalam" dan "antara" Perkataan dalam dan antara yang berfungsi sebagai kata sendi 284 KATATUGAS nama dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, kedua-dua dalam dan antara hadir di hadapan kata nama at au frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak . mempunyai ruang atau jarak. Contohnya: (a) dalam 358. Dalam hal ini, kita semua setuju. (bukan: Di dalam hal ini kita semua setuju.) 359. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (bukan: Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa kebangsaan kita.) 360. Perkara itu te1ah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu. (bukan: Perkara itu telah dibincangkan di dalam mesyuarat yang lalu.) 361. Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. (bukan: Saya tidak terlibat di dalam urusan mereka.) Penggunaan perkataan dalam sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di dapat dilihat pada ceraian 9.2.3.6 (i) dan 9.2.3.7. (b) antara 362. Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan pendapat saya. (bukan: Tidak ada perbezaan yang besar di antara pendapatnya dengan pendapat saya.) 363. Mereka berbincang antara adik-beradik. (bukan: Mereka berbincang di antara adik-beradik.) 364. Antara i1mu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. (bukan: Di antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.) 365. Perjanjian antara kedua-dua bUL.h negara itu sudah ditandatangani semalam. 285


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA (bukan: Perjanjian di antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam.) Penggunaan antara sebagai kata arah yang mengikuti kata sendi nama di- dapat dilihat pada eeraian 9.2.3.6 (i) dan 9.2.3.7. 9.2.3.7 Kata arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Antara eontoh kata arah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, dan sebagainya. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 366. Buku itu ada di atas meja. 367. Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi. 368. Mereka bersembunyi di bawah rumah. 369. Petani itu berjalan ke tepi danau. 370. Kami mendirikan khemah di belakang rumah. 371. Mereka menuju ke tengah padang. 372. Tetamu itu berada di dalam dewan. 373. Pekerja-pekerja itu datang dari luar negeri. 374. Anak Fatimah sentiasa berada di sisinya. 375. Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah. 376. Dari sudut pandangan mereka, perkara itu wajar. 377. Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur. 378. Penduduknya agak banyak di selatan negara itu. 379. Anak raja itu bersemayam di samping ayahandanya 380. Pergolakan berlaku lagi di timur negeri itu. 381. Di barat negara kecil itu tanahnya subur. 382. Kita jangan berjalan di hadapan orang tua. 383. Ali menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia. 286 KATATUGAS 9.2.3.8 Kata bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerangjumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut eiri maknanya. (i) Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya: dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta, dan sebagainya. Contohnya dalam ayat: 384. Dua hari lagi saya akan berangkat ke ltali. 385. Harga barang itu dua puluh ringgit. 386. Penduduk di bandar itu meneeeah arigka sejuta orang. (ii) Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikitdan sebagainya. Contoh penggunaannya: 387. Segala persiapan telah dibuat. 388. Semua pegawai tidak dibenarkan bereuti esok. 389. Projek itu melibatkan para guru sekolah rendah. 390. Banyak orang telah menyertai peraduan itu. 391. Sedikit garam dibubuh ke dalam masakan ini. Oleh sebab perkataan ini sudah menandakan jarnak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang. Ayat yang berikut, misalnya, dianggap salah. 387 (a) 388 (a) 389 (a) *Segala persiapan-persiapan telah dibuat. *Semua pegawai-pegawai tidak dibenarkan bereuti esok. *Projek itu melibatkan para guru-guru sekolah rendah. (iii) Kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya: beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad, berguni-guni, dan sebagainya. Contoh ayat: 392. Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu. 287


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA 393. Ketiga-tigd orang pesalah itu akan dipenjarakan. 394. Berguni-guni beras telah diterbangkan ke kawasan kebuluran di Afrika. (vi) Kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya: masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya. Contoh ayat: 395. Masing-masing pelajar membawa makanannya sendiri. 396. Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan. 397. Kami bertolak pada pukul tujuh pagi tiap-tiap hari. (v) Kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya: setengah, sepertiga, separuh, seperempat, dua pertiga, dan sebagainya. Contoh ayat: 398. Setiap penduduk kampung itu mendapat setengah ekar tanah daripada kerajaan. 399. Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang. 400. Separuh hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim. Perkataan setengah-setengah atau sesetengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu dan ini berbeza daripada perkataan setengah yang bermaksud separuh. Contohnya seperti ayat yang berikut: 401. Setengah-setengah penduduk bandar tinggaI di rumah pangsa. (bukan: Setengah penduduk bandar tinggaI di rumah pangsa.) Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Contohnya: lima orang murid dua' bilah pedang beberapa buah kereta sebatang jalan 288 KATATUGAS 9.2.3.9 Kata adverb a Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kat a kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Dalam ayat 402 - 405 di bawah, pelkataan selalu, sentiasa, esok, dan sering kali ialah kata adverba, kerana masing-masing menerangkan kata kerja memperkatakan, kata adjektif sihat, kata nama hari dan frasa sendi nama ke London. 402. Kami selalu memperkatakan hal itu. 403. Olahragawan itu sihat sentiasa. 404. Hari jadinya ialah hari esok. 405. Ahli perniagaan itu sering kali ke London. Seperti yang kelihatan dalam ayat contoh di atas, kata adverba dapat hadir di hadapan dan juga di belakang frasa. Tegasnya, dalam ayat 402 kata adverba selalu hadir di hadapan kata kerja memperkatakan, manakala dalam ayat 405 kata adverba sering kali hadir di hadapan frasa sendi nama ke London. Contoh kehadiran kat a adverba di belakang frasa ialah sentiasa dalam ayat 403 yang hadir sesudah kata adjektif sihat, dan esok dalam ayat 404 yang hadir sesudah kata nama hari. Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Ayat-ayat 406 - 408 yang berikut, walaupun nampaknya mengandungi kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud ayat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan. 406. Perhubungannya langsung. 407. Ketibaan mereka esok. 408. Jawapannya demikian. Ayat penuh bagi ayat minimal di atas adalah seperti dalam 406 (a) -408 (a) yang berikut: 289


TATABAHASA DEWAN EDIS] KETIGA 406 (a) 407 (a) 408 (a) Perhubungannya secara langsung. Ketibaan mereka pada hari esok. Jawapannya secara demikian. Dalam ayat penuh 406 (a) kata adverba langsung menerangkan frasa nama secara, dalam ayat penuh 407 (a) kata adverba esok menerangkan frasa sendi nama pada hari, dan dalam ayat penuh 408 (a) kata adverba demikian menerangkan frasa nama secara, yang menunjukkan bahawa kata adverba tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat. (i) Bentuk Kata Adverba Kata adverb a dapat digolongkan kepada empat bentuk, seperti yang berikut: (a) Kata adverba jati. (b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif. (c) Kata adverba yang asalnya kata kerja. (d) Kata adverba bentuk gandaan. (a) Kata adverbajati Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama, ·yang tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata lain. Contohnya: 1. semalam 12. sering kali 23. sempat 2. kelmarin 13. acap kali 24. langsung 3. esok 14. kerap kali 25. nyaris 4. Ius a 15. julung kali 26. begitu 5. tulat 16. sentiasal senantiasa 27. begini 6. kelak 17. kadang-kadang 28. demikian 7. sekarang 18. kadangkala 29. pertama kali 8. dahulu 19. saling 30. agaknya 9. tadi 20. sekali gus 31. nanti 10. kemudian 21. serentak 11. barangkali 22. jarang kali 290 KATATUGAS Contoh dalam ayat: 409. Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand. 410. Sejak peristiwa itu, dia sering kali sakit. 411. Pegawai itu sentiasa sahaja di sini. 412. Murid-murid tadika menjawab soalan gurunya secara serentak. 413. Qrang yang begitu pandai pun boleh tertipu. (b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif Kata adverbajenis ini berasal daripada kata adjektifyang berfungs~ sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, ~t.au fr~sa sendl nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak mlflng dl bawah: berjalan laju ketawa besar mengalir lesu terbang tinggi hampir terjatuh kurang berhati-hati bertiup kencang Contoh dalam ayat: sakit kuat besar panjang panjang lebar tinggi lampai ke hospital segera dari rumah selalu sering di pejabat 414. Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu. 415. Fatimah hampir terjatuh ketika menyidai kain basuhannya. 416. Dia pulang apabila mendengar ibunya sakit kuat. 417. Anak bongsu Pak B usu sudah besar panjang. 418. Guru Besar itu sering di pejabat. (c) Kata adverba yang asalnya kata kerj1J Kata adverb a jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungs~ sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendl nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah: berjalan mengiring terbang meninggi hitam berkilat merah menyala 291


TATABAHASA DEWAN ED/SI KETIGA berenang menelentang tenang membiru putih herseri di rurnah bersendirian tinggi lIlengawan 4,- Contoh dalarn ayat: ke hutan menyendiri 419. Ketarn ialah haiwan yang berjalan mengiring. 420. Pernuda itu suka berenang menelentang. 421. Kulit tuan puteri itu putih berseri. 422. Layang-layang itu tinggi melangit apabila ditiup angin. 423. Orang tua itu sering ke hutan menyendiri. (d) Kata adverba bentuk gandaan Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang rnengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti yang berikut: (i) Kata adverb a penggandaan penuh. (ii) Kata adverba penggandaan separa. (iii) Kata adverba penggandaan berentak. (I) Kata adverba penggandaan penuh Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya. Contohnya: betul-betul sedikit-sedikit jara,lg-jarang laju-Iaju malam-mal am Contoh dalarn ayat: pura-pura cepat-cepat sarna-sarna tinggi -tinggi diarn-diarn 424. Dia betul-betul gernbira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah. 292 425. Pernuda itupura-pura baik sewaktu berhadapan dengan bakal rnentuanya. 426. 427. 428. KATATUGAS Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama rnenjadi bukit. Mereka itu berjalan cepat-cepat supaya tidak ketinggalan. Kebelakangan ini diajarang-jarang ke rurnah saya. (II) Kata adverba penggandaan separa Kata adverb a penggandaan jenis ini terhasil daripada proses rnenggandakan kata dasarnya, yang rnengandungi irnbuhan tanpa rnenggandakan irnbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa, iaitu: • • Penggandaan separa berawalan . Penggandaan separa berakhiran . • Kata adverba penggandaan separa berawalan Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses rnenggandakan kat a dasar sahaja tetapi tidak awalannya. Contohnya: berdikit-dikit berrnalarn-rnalarn bersungguh-sungguh sekali-kali setinggi -tinggi teresak-esak terkeseng-keseng Contoh dalarn ayat: terkedek -kedek terkial-kial berderet -deret sepandai -pandai terburu-buru terjengket -jengket tersipu-sipu 429. Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu. 430. Sekawan itik berjalan terkedek-kedek rnenyeberang jalan. 431. Sepandai-pandai tupai rneiornpat, jatuh ke tanah jua. 432. Kakak rnenangis teresak-esak apabila rnenerirna berita buruk itu. 433. Pelajar itu rnenelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya. Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah 293


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA menerima awalan se- boleh juga menerima bentuk -nya. Contohnya: selama-Iamanya seikhlas-ikhlasnya secepat-cepatnya sebodoh-bodohnya setinggi -tinggin y a semahu-mahunya Contoh dalam ayat: • 434. Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu. 435. Pahlawan yang terkorban itu dikenang selama-lamanya. 436. Kereta ambulans itu ke tempat kemalangan secepatcepatnya. 437. Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan. Kata adverba penggandaan separa berakhiran Kata adverb a penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Contohnya: gila-gilaan habis-habisan besar-besaran kecil-kecilan mati-matian Contoh dalam ayat: 294 438. Mereka menari gila-gilaan menyambut kedatangan tahun baharu. 439. Pas uk an bolf.t sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya. 440. Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis perkahwinan anak bongsunya. 441. Dalam bulan Ramadan, ramai yang bemiaga kecilkecilan. 442. Para perajurit berjuang mati-matian mempertahankan tanah air. KATATUGAS (III) Kata adverba penggandaan berentak Kata adverb a penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya: menangis sedu-sedan berbunyi hingar-bingar berlari susup-sasap berjalan mundar-mandir lari lintang-pukang berjalan huyung-hayang datang serta-merta Contoh dalam ayat: 443 . 444. 445. 446. 447. 448. Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya. Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari. Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri. Pengemis itu berjalan mundar-mandir di kaki lima kedai. Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar anjing garang. Pemuda yang cedera itu berjalan huyung-h ayang di kaki lima. 9.2.4 Kata Pascakata Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya. 9.2.4.1 Kata penekan Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat: 449. Lapisan ozon sesungguhnya se!pakin menipis. 295


TATABAHASA DEWAN EOIS! KETIGA 450. 451. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini. 9.2.4.2 Kata pembenda Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Contoh dalam ayat: 452. Lajunya ialah 100 km sejam. 453. Bukan kepalang sakitnya. 454. Dia berhujah dengan lantangnya. 455. Datangnya secara mendadak. 296 BAB 10 Pembentukan Perkataan Baharu 10.1 Pendahuluan Perkataan baharu lazimnya muncul atau dicipta dalam sesuatu bahasa dengan tujuan mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat itu berkembang, maka banyaklah konsep, benda, proses, keadaan, atau kejadian baharu yang memerluk,an per)rataan baharu untuk mengungkapkannya. Perkataan baharu umumnya timbul dalam sesuatu bahasa melalui dua proses utama, iaitu pertama melalui penggunaan popular, seperti dalam media massa, penulisan kreatif dan seumpamanya, dan kedua melalui proses perancangan bahasa yang rasmi. Umumnya, perkataan baharu hasil ciptaan penggunaan popular mengungkapkan perkara, kejadian, konsep, keadaan dan benda yang berkait dengan kegiatan hidup sehari-hari. Sebaliknya, perkataan baharu yang dicipta melalui proses perancangan bahasa, khususnya dalam bentuk istilah-istilah, mengungkapkan konsep, perkara, benda, keadaan, dan kejadian yang baru muncul dalam bidang ilmu atau ikhtisas tertentu. Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses pengayaan yang melibatkan bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi), dan perbendaharaan kata (leksikon). Berikut ini dibincangkan ketiga-tiga bidang tersebut. 297


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGr.\ 10.2 Bunyi Bahasa Melayu Unit yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa ialah fone~ ~tau secara umum disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu, seper:l Juga bahasa-bahasa asli yang lain, mempunyai sejumlah bunyl bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bentuk kata mengikut suatu peraturan atau sistem bunyi bahasa itu. Bentuk kata yang menj~di u~it ujar~n atau pertuturan dapat dipecah-p"ecahkan ~epada umt-umt bunYl yang disebut fonem atau bunyi bahasa ItU. Seben~mya, bunyi bahasa dalam sesuatu hentuk kata tidak terpecah-pecah sifatnya dalam ujaran, tetapi untuk "kemudahan analisis, dipecah-pecahkan. 10.2.1 Bunyi Asli Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan enam vokal. 10.2.1.1 Konsonan Lapan b.elas .kons~nan asH yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat . dlklaslfikaslkan mengikut cara dan daerah sebutannya, sepertl yang terdapat dalam jadual berikut: Jadual 10.1 Konsonan asli bahasa Melayu Daerah Sebutan Cara Bibir Gigi- Lelangit Lelangit Giotis Sebutan gusi Keras Lembut Letupan pb td - kg Letusan - cj Sengau m n (nY)J1 (ng)IJ Geseran - s - h Getaran - r Sisian - I Separuh vokal w , - y - - . 298 ""." '. PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Hanya sepuluh huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhirperkataan, iaitup, t, k, m, n, ng, s, h, r, dan l. Konsonan b, d, g, c, danj hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataanperkataan pinjaman, seperti bab, had, beg, koc, dan kolej. Huruf konsonan ny, W, dan y tidak pemah terdapat pada akhir perkataan. Contoh taburan huruf konsonan asli bahasa Melayu ad~lah seperti yang diberikan dalam jadual berikut: JaduallO.2 Taburan konsonan asJi bahasa Melayu ~ Awal Tengah Akhir Konsonan Perkataan Perkataan Perkataan p peri lipas malap b bisu sabit - t turi atas ulat d dari lidi - k kari akar tapak g gari agar - c curi acar - j jari ajar - m malu ramas maIam n nasi panas telan ny nyaris banyak - ng ngilu angan pisang s sapu kisar kapas h helang bahan sudah r rayu baran tikar 1 lagu balas bantal w wangi awan - y yang bayi - 10.2.1.2 Vokal Enam vokal asH bahasa Melayu terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang, seperti yang terdapat dalam ladual 10.3. 299


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA JadiIal 10.3 Vokal asli bahasa Melayu ~ Lidah Depan Tengah Belakang Keadaan Bibir Sempit i u Separuh sempit e 0 Separllh lllas e (d) Lllas a Dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu, bunyi e (seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka') dan bunyi d (dalarn perkataan 'besar') diwakili oleh huruf yang sarna, iaitu e. Huruf e dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sernpit disebut e taling (e) manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separl.h luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), 0 dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan 0 hanya hadir pada akhir perkataan dalarn suku kata terbuka dalarn kata pinjarnan, seperti sate, tauge, logo, dan polo. Contoh taburan vokal dalam perkataan adalah seperti yang berikut: Jadual 10.4 Taburan vokal asli bahasa Melayu ~ Awal Tengah Tengah Akhir Perkataan Perkataan Perkataan Perkataan Vokal Terbuka Tertutup i itu bilas pintll api e[e] ekar berang bengkok - a akar barang bantu bola e[d] emak belah bengkak - u ubat sudah buntal palu 0 olah boleh dompet - 300 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU Selain vokal yang enarn ini, terdapat juga tiga bunyi geluncuran yang disebut diftong, iaitu ai, au, dan oi. Kecuali oi yang hanya terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu, ai ~an au dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, sepertl yang berikut: Jaduall0.5 Diftong bahasa Melayu ~ Awal Tengah Akhir Diftong Perkataan Perkataan Perkataan ai air hairan pandai au aur saudara: pulau 01 - amboi 10.2.2 Bunyi Bahasa Pinjaman Sebagai suatu bahasa asli yang tergolong ke dalarn salah ~atu bahasa yang pesat berkernbang di dunia, bahasa Melayu .hdak terkecuali daripada rnenghadapi arus perubahan, pernbmaan dan pengernbangan. Akibat pertembungannya dengan . bahasabahasa lain, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggen.s, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunYl bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi bahasa ini dipinja~ .untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pmJaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata b~hasa Melayu. Kini bahasa Melayu telah menerima sebanyak sembllan konsonan pinj~man, yang terdiri daripada satu je?is letuJ?an (q). dan lapan lagi daripada jenis bunyi geseran, sepertl yang dlsenaralkan dalam jadual yang berikut: Jaduall0.6 Konsonan pinjaman ~ Sebutan Bibir- Gigi Gigi- Lelangit Lelangit Anak Cara gigi gusi Keras Lembut Tekak Sebutan Letupan .q Geseran fv (th)8 z (sy)s (kh) x (dz/dh) 0 (gh) '")(' 301


TATABAHASA DEWAN EOIS! KETIGA Penggunaan bunyi-bunyi pinjaman ini, dalam bentuk-bentuk perkataan yang dieja mengikut ejaan lama, adalah seperti yang diberikan berikut: JaduallO.7 Taburan konsonan pinjaman ~ Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata Konsonan Pinjaman f formal sifir wakaf v varia universiti - th thabit mithal bahath dz/dh dzat nidzam dharab hadhir haidh z zaman azam Aziz sh sharat mashhur skuash kh Khamis akhir tarikh gh ghaib baghal baligh q qari baqa fariq Walaupun pada umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas digunakan dalam bentuk uj aran , namun bunyi-bunyi seperti th, dz atau dh, sh dan q kini masing-masing telah ditukar menjadi s, z atau d, sy dan k mengikut sistem ejaan Rumi baharu. Contohnya: th - s: mithal misal Thalatha Selasa Ithnin Isnin bahath bahas thalji salji dz-z: dzalim zalim dzat zat dzikir zikir adzab azab adzan azan dh-d: dhaif daif 302 sh - sy: dhobi hadhir hadhirat haidh sharat isharat shaitan masharakat skuash qadhi maqam aqiqah PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU dobi hadir hadirat haid syarat isyarat syaitan masyarakat skuasy kadi makam akikah Namun begitu, bagi perkataan yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkait dengan akidah dan al-Qur'an, bunyibunyi asal dikekalkan ejaannya. Contohnya: Qur'an qari 10.3 Pembentukan Kata thani fasakh Dalam bab-bab yang terdahulu, telah diberikan huraian tentang bentuk-bentuk imbuhan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu. Huraian tersebut jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai sistem imbuhan yang lengkap untuk menampung keperluan kebahasaan selama ini. Namun, dengan bertambahnya bidang ilmu dan ikhtisas yang baharu, sistem imbuhan asing telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman, terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Oleh sebab itu, dari semasa ke semasa, berlaku proses penambahan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu dengan cara meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing, sarna ada imbuhan asing itu diterima secara sep~nuhnya (mempertahankan bentuk asalnya) atau diubah suai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu. Telah disebutkan juga di atas bahawa tidak semua 303


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA imbuhan asing yang· dibawa mas uk ke dalam bahasa Melayu bertaraf atau bertindak sebagai imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan. Umumnya, kita dapat membahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan, mengikut bahasa asal imbuhan tersebut. Tiga kumpulan ini ialah: (i) Imbuhan daripada Sanskrit. (ii) Imbuhan daripada Arab-Parsi. (iii) Illlbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris. 10.3.1 Imbuhan daripada Sanskrit Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Antaranya, seperti maha-, pra-, tata-, dan panca-, telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu, sehingga penggunaannya amat produktif. Tetapi terdapat juga bentuk imbuhan, seperti tuna-, tri-, dan -nita, yang penggunaannya atau terbitannya tidak begitu produktif. Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua: (i) awalan: maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, panca- (ii) akhiran: -wan, -man, -wati, -nita 10.3.1.1 Awalan Awalan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit terdiri daripada: (i) Awalan mahaAwalan ini berfungsi melahirkan bent uk kata adjektif dan kata nama, dan membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contohnya: 304 mahamaha- + + rani karya maharani mahakarya PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU maha- + guru -;. mahaguru maha- + siswa -;. mahasiswa maha- + raja -;. maharaja maha- + meru -;. mahameru Mengikut kelaziman, ejaan bentuk te:rbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. Contohnya: maha + mulia -;. maha mulia maha + besar -;. maha besar maha + agung -;. maha agung (ii) Awalan tataBentuk awalan ini digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. Contohnya: tata- + tertib -;. tatatertib tata- + susila -;. tatasusila tata- + bahasa -;. tatabahasa tata- + cara -;. tatacara tata- + nama -;. tatanama tata- + hukum -;. tatahukum tata- + negara -;. tatanegara tata- + kerja -;. tatakerja tata- + niaga -;. tataniaga (iii) AwalanpraAwalan pra- ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Contohnya: pra- + kata -;. prakata pra- + syarat -;. prasyarat pra- + sejarah -;. prasejarah 305


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA pra- + siswazah - prasiswazah pra- + sangka - prasangka pra- + wacana - prawacana pra- + universiti - prauniversiti pra- + sarana - prasarana pra- + saran - prasaran (iv) Awalan swaAwalan swa- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Awalan ini mempunyai potensi untuk menjadi awalan yang produktif, walaupun dewasa ini penggunaannya masih agak terbatas. Contohnya: swa- + daya - swadaya (kekuatan sendiri) swa- + asta - swasta (berdiri sendiri) swa- + sambada - swasambada (keperluan sendiri) swa- + tantra - swatantra (pemerintahan sendiri) swa- + tenaga - swatenaga (tenaga sendiri) swa- + layan - swalayan (layan sendiri) (v) Awalan tunaAwalan ini kurang digllnakan dalam bahasa Melayu, tetapi sering terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tersebut menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada atau tidak mempunyai. Contohnya: tuna- + anggota - tunaanggota (tanpa anggota, iaitu cacat) tuna- + netra - tunanetra (but a) tuna- + kama - tunakama (tuli) tuna- + karya - tunakarya (penganggur) tuna- + wisma - tunawisma (tiada berumah) (vi) Awalan eka-, dwi-, tri-, pancaBentuk-bentuk di atas ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan, iaitu eka- "satu", 306 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU dwi- "dua", tri- "tiga", dan panca- "lima". Contohnya: eka- + bahasa - ekabahasa (satu bahasa) eka- + matra - ekamatra (satu dimensi, atau berukuran satu) eka- + nada - ekanada (satu nada) dwi- + fungsi - dwifungsi (dua fungsi) dwi- + bahasa - dwibahasa (dua bahasa) tri- + bulan - tribulan (tiga bulan) tri ... + windu - triwindu (tiga windu = 24 tahun) panca- + indera - pancaindera (lima deria) panca- + sila - pancasila (lima dasar) (vii) Awalan pascaAwalan ini ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian 'sesudah'. Contohnya: pasca- + siswazah - pascasiswazah pasca- + merdeka - pascamerdeka pasca- + modenisme - pascamodenisme pasca- + kolonial - pascakolonial 10.3. 1. 2 Akhiran Akhiran yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit terdiri daripada -wan, -man, -wati, dan -nita. (i) Akhiran -wan, -man Penggunaan kedua-dua akhiran -wan dan -man akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tug as; atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. Kedua-dua akhiran ini hanyalah bersifat kelainan, iaitu -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i, manakala -wan digunakan untuk bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a. Contohnya: seni budi + man + man - - seniman (pelaku) budiman (pemilik) 307


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA cendekia + -wan -;. cendekiawan (pemilik) harta + -wan -;. hartawan (pemilik) karya + -wan -;. karyawan (pelaku) jelita + -wan -;. jelitawan (pemilik) angkasr. + -wan -;. angkasawan (pelaku) sejarah + -wan -;. sejarawan (pelaku) sukarela + -wan -;. sukarelawan (pelaku) ilmu + -wan -;. ilmuwan (pemilik) budaya + -wan -;. budayawan (pelaku) Walaupun kedua-dua imbuhan ini agak popular digunakan dalam tahun 60-an, namun kini penggunaannya tidaklah begitu produktif. Dalam bidang ilmu, misalnya, kecenderungannya lebih pada penggunaan perkataan ahli dengan satu kata nama lain untuk membentuk pengertian pelaku. Contohnya: ahli + kimia -;. ahli kimia ahli + sains -;. ahli sains ahli + kosmologi -;. ahli kosmologi (ii) Akhiran -wati, -nita Kedua-dua akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man dan -wan. Tujuannya untuk menimbulkan kategori jantina, iaitu -man dan -wan bagi lelaki, dan -wati dan -nita bagi wanita. Namun, penggunaannya bukan sahaja tidak tekal (contohnya: seniman merujuk lelaki, tetapi jelitawan tidak pula merujuk lelaki), bahkan amat tidak produktif. Sedikit contoh yang dapat diberikan ialah: seni + -wati -;. seniwati (rujuk seniman) angkasa + -wati -;. angkasawati (rujuk angkasawan) biduan + -nita -;. biduanita (rujuk bi-du(w)an) karyawan + -nita -;. karyawanita (rujuk karyawan) sukarela + -wati -;. sukarelawati (rujuk sukarelawan) Satu hal yang perlu diingat, dalam tatabahasa bahasa Melayu, sebenamya, tidak ada kategori jantina. Oleh sebab itu, imbuhan 308 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU asing yang cuba diterapkan bagi membawa m'aksud kategorijantina tidak begitu berjaya. Satu usaha lain adalah dengan menggunakan padanan akhiran vokal -a dan -i, seperti dalam puteralputeri, dewaldewi, pramugaralpramugari, saudaralsaudari. Tetapi cara atau kaedah ini pun tidak kelihatan produktif. 10.3.2 Imbuhan daripada Arab-Parsi Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat temp at dalam kalangan orang Melayu, dan ini memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Tetapi biasanya unsur asing dalam bentuk imbuhan ialah unsur yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa, maka sebagaimana yang berlaku pada proses peminjaman unsur imbuhan daripada bahasa Sanskrit, penyerapan unsur imbuhan Arab-Parsi ke dalam bahasa Melayu amat terbatas. N amun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi, iaitu: (i) Awalan (ii) Akhiran 10.3.2.1 Awalan Setakat ini hanya terdapat satu awalan, iaitu bi- yang berasal daripada bahasa Parsi. Awalan ini bererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi penggunaannya amatlah terbatas. Contohnya: bi- + bi- + lazim -;. adab -;. , bilazim (tidak lazim) biadab (tidak beradab) Usaha untuk cuba mempopularkan imbuhan ini pemah dilakukan dalam pembentukan istilah sains dan teknologi. Tetapi dalam hal ini pun, hasilnya terlalu terhad. Contoh yang dapat 309


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA diberikan adalah seperti yang berikut: bi- + normal - binormal (tak normal) 10.3.2.2 Akhiran Setakat ini terdapat enam imbuhan akhiran daripada bahasa Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu, iaitu -wi, -i, -iah, -in, -at, dan ah. (i) Akhiran -wi, -i Akhiran -wi dan -i digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Kedua-dua akhiran ini bersifat kelainan, dan penggunaannya ditentukan oleh huruf akhir kata dasar, iaitu -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan vokal, dan sebaliknya -i digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. Contohnya: sejara(h) + -wi - sejarawi dunia + -wi - duniawi bahar + -1 - bahari manusia + -WI - manusiawi azal + -i - azali (ii) Akhiran -iah Akhiran -iah digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: alam + -iah - alamiah lahir + -iah - lahiriah ilm(u) + -iah - ilmiah batin + -iah - batiniah (iii) Akhiran -in, -at, -ah Bentuk-bentuk kata bahasa Arab seperti mukmininlmukminat, 310 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU musliminlmuslimat, musyrikinlmusyrikat, ustazlustazah dan sultanlsultanah yang tidak asing lagi dalam pertuturan orang-orang Melayu mengandungi akhiran -in, -at, dan -ah bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. Beberapa contoh lain yang terdapat dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: hadir + -in - hadirin munafik + -in - munafikin hadir + -at - hadirat munafik + -at - munafikat salih + -ah - salihah qari + -ah - qariah Namun demikian, seperti imbuhan-imbuhan terdahulu, imbuhan ini juga tidak bersifat produktif. 10.3.3 Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan asing yang paling banyak dibawa mas uk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris. Tetapi umumnya, imbuhan-imbuhan tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa bentuk imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, dan supra-. Bentukbentuk imbuhan yang lain terserap ke dalam bahasa Mf'layu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. 10.3.3.1 Awalan Sebagaimana yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu yang bersifat awalan yang produktif. Bentuk-bentuk ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan. Awalan-awalan tersebut ialah: pro-, anti-, poli-, auto-, sub- dan supra-. (i) proAwalan pro- digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak: Contoh perkataan: 311


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA probarat prokerajaan prokomunis (ii) antipromajikan propembangkang proaktif Awalan anti- berlawanan dengan pro-, digunakan untuk menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. Contoh perkataan: antijirim antikemajuan antikerajaan (iii) poliantipenjajah antisosial antibiotik Awalan pol i- memberi pengertian banyak. Contoh perkataan: policakera polifasa poliarca (iv) autopolisemi poliklinik polinominal Awalan auto- memberi pengertian secara bersendirian. Contoh perkataan: autocarta automatik autonomi (v) subautograf automorf autoglutinasi Awalan sub- memberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Contoh perkataan: 312 subbidang substandard subkelas subkategori sUbgolongan subsistem PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU (vi) supraAwalan supra- memberi pengertian melebihi, mengatasi, atau merentasi. Contoh perkataan: supranasional suprakelas suprakategori suprasegmen supragolongan suprasistem Selain bentuk-bentuk awalan yang produktif di atas, terdapat juga bentuk awalan yang lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu bukan st%agai imbuhan tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Namun demikian, bentuk-bentuk ini berpotensi menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. (i) heteroContoh perkataan; heterograf heteroion heterosel (ii) heksaContoh perkataan: heksahedron heksatetrahedron heksabes (iii) hidroContoh perkataan: hidrograf hidrolo~i hidrolisis (iv) homoContoh perkataan: homopolimer heterosiklik heterogen heterogamet heksapod heksagon hidrometri hidrofoil hidrodinamik homogenesis 313


TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA homo don homogami (v) hi perContoh perkataan: hiperboloid hipergeometri hiperparasit (vi) infraContoh perkataan: infraorbit infrastruktur inframerah (vii) interContoh perkataan: interdental interkom intermaksila (viii) intraContoh perkataan: intrablok intrasel intrajabatan (ix) isoContoh perkataan: isobar isobutanol isogamet 314 homogen homotopi hipersonik hiperopia hiperbola infragenus infrasonik infraspesies intervokal interneuron intersegmen intravena intramolekul intrakelenjar isoglos isomorf isohyet (x) kiloContoh perkataan: kilogram kilometer kilowatt (xi) makroContoh perkataan: makromolekul makrolinguistik makrogamon (xii) metaContoh perkataan: metabrankia metakarpus metamatematik (xiii) mikroContoh perkataan: mikrokitar mikrohablur mikrobiologi (xiv) mi/iContoh perkataan: milimeter miliampere milibar (xv) teleContoh perkataan: televisyen PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU kilokitar kilokalori kilovolt makronukleus makroiklim makrofibril metabahasa metasejarah metapusat mikrosel mikrokimia mikroekonomi miligram mililiter milicurie telegraf . 315


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU telefon telefoto (xxi) paleo- telegram telekomunikasi Contoh perkataan: paleogen paleozonik (xvi) multi- paleobiologi paleotanih Contoh perkataan: paleolitik paleogeografi multisel multi mod multibutiran multinukleus (xxii) paramultiaras multikolinear Contoh perkataan: parapadat paraboloid (xvii) neo- paratiroid paragenesis paratip paralinguistik Contoh perkataan: neomagna neomisin (xxiii) pentaneogen neotip Contoh perkataan: neolitik neonatal pentaklorida pentapeptida pentahidrat pentadaktil (xviii) neuro- pentahedron pentaprisma , Contoh perkataan: (xxiv) peri- neurohormon neuroendokrin neurorembesan neurootot Contoh perkataan: neuroderia neurokranium perikarp periklas perikardium peridot (xix) orto- perimedula perinatal Contoh perkataan: (xxv) petroortogenus ortonormal Contoh perkataan: ortorombus ortoklas petrokimia petrologi ortografi. ortokubah petrogenesis petrofabrik petrografi petrosektomi (xx) oksiContoh perkataan: (xxvi) fenooksisfera oksiketon Contoh perkataan: oksiklorida oksiasid fenobarbition fenotiazina oksitosin oksitropik fenosalinan fenokrist fenotip 316 317


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (xxvii) 10toContoh perkataan: fotoreseptor fotometri fotoelektrik (xxviii) fitoContoh perkataan: fitokrom fitohormon fitoiklim (xxxix) pleoContoh perkataan: pleokroisma pleomorf pleoarus (xxx) superContoh perkataan: superlarut superfo s fat supertepuan 10.3.3.2 Akhiran fotosintesis fotokimia fotogalvanometer fitogeografi fitobenton fitotoksin pleoneksia pleomorfi pleokromatisme superstruktur superset supersonik Bentuk-bentuk akhiran daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris belum lagi terserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam seeara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu. Antara eontohnya ialah -isme, -ik, -si, -ai, dan is. (i) -isme Contoh perkataan: sosialisme 318 nasionalisme (ii) -ik kolonialisme kapitalisme Contoh perkataan: fonemik fonetik logistik (iii) -si Contoh perkataan: klasifikasi revolusi sensasi (iv) -al Contoh perkataan: klinikal praktikal leksikal (v) -is Contoh perkataan: ekonomis praktis pragmatis PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU realisme idealisme linguistik siklik saintifik polarisasi nasalisasi potensi kritikal siklikal empirikal sistematis magis kritis 10.4 Pembaharuan dalam Bentuk Kata Seperti yang diterangkan dalam 10.1, kata baharu dalam bahasa Melayu lazimnya muneul sarna ada melalui penciptaan seeara penggunaan popular dalam media massa dan pepulisan kreatif atau melalui peraneangan bahasa yang ra~mi. 319


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 10.4.1 Penggunaan Popular Penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular sering kali dihasilkan oleh penulis-penulis sarna ada untuk siaran dalam media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, dan sebagainya, ataupun dalam tulisan-tulisan kreatif seperti cerpen, novel dan sajak. Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya. Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum. Antara contoh perkataan ialah: berita gempar biro buang negeri kudapan campur tangan denggi derma kilat gencatan senjata gram sari kata siaran langsung sidang media ibu kota kata dua kempen kenyataan akhbar komisen lidah pengarang banjir kilat meja berita naskhah asal sidang kemuncak tajuk berita tajuk kecil 10.4.2 Perancangan Bahasa yang Rasmi paling tadah pasaran hadapan pencakar langit pencen perang dingin perang saudara pilihan raya rampas kuasa rumah haram tarik diri temu ramah tunjuk perasaan Penciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pus taka dan institusi-institusi pengajian tinggi. Seperti yang telah diterangkan, perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah. Tujuh langkah itu ialah: (i) penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim 320 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna lstilahnya. Contohnya: gaya garis pusat tapak hasil keluaran daya kuasa (ii) penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya: peka hablur' cerakin mendap jisim ketuhar (iii) penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya: dermaga (Jaw a) labur (N. Sembilan) kamir (Kelantan) gambut (Banjar) (iv) penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya: dening (Kelantan) engkabang (Iban) riam (Johor) nyeri (Sunda) (v) perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. Contohnya: atom elektron profesional reaktor skru struktur (vi) penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Contohnya: Weltanschauung esprit de corp ad hoc in toto de/acto et al. (vii) pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. 321


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi, iaitu: (i) ungkapan yang paling singkat (ii) ungkapan yang maknanya tidak menyimpang (iii) ungkapan yang tidak berkonotasi buruk (iv) ungkapan yang sedap didengar 10.4.2.1 Proses pembentukan istilah Umumnya, terdapat dua proses pembentukan istilah: (i) melalui proses pinjam terjemah (ii) melalui proses pinjaman (i) Proses pinjam terjemah Melalui proses pinjaman terjemah, istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Tatacara 1-4 yang tercatat dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) merupakan pelaksanaan proses pinjam terjemah. Terdapat lima cara proses pinjam terjemah: (a) terjemahan langsung, contohnya: resistance ellipenut soluble dose humidity rintangan engkabang larut sukatan kelembapan Perkataan-perkataan ini, yang dahulunya bersifat umum, telah dinaikkan tarafnya sebagai istilah yang mendukung makna yang tertentu. (b) penggabungan dua kata umum, contohnya: missile peluru berpandu 322 landmine indicator lamp honeymoon right angle PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU periuk api lampu penunjuk bulan madu sudut tepat (c) penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baharu, contohnya: subsidence allot up date configuration arrears antaman umpuk kemas kini tatarajah tunggakan (d) peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu. Sering juga perkataan yang dicipta mengalami perubahan bunyi, contohnya: salur lawan salir (irrigation) (drainage) hakis lawan kikis (erosion) (corrosion) biji lawan bijirin (seed) (cereal) serap lawan jerap (absorb [ent]) (absorp[tive ]) gelap lawan legap (dark) (opaque) (e) mencipta kata baharu dengan gandaan separa, contohnya: radius lattice coplanar capillary liquid retractile jejari kekisi sesatah rerambut cecair sesentuh 323


TATABAHASA DEWAN EDlS! KETIGA (ii) Proses pinjaman Melalui proses pinjaman, cara pembentukan kata adalah dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. (a) pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan: geography geografi biology biologi mathematics matematik kinetic kinetik atrophy atrofi arrilode arilod isogamy isogarni cataphyll katafil nectary nektari structure struktur (b) pengambilan tanpa perubahan ejaan: magnet magnet linear linear hilum hilum import import audit audit standard standard bonus bonus radio radio Perlu diperhatikan bahawa dari segi sebutan, istilah pinjaman di atas hendaklah disebut mengikut kelaziman sebutan bahasa Melayu baku. 10.5 Sistem Ejaan Perkataan Baharu Sistem ejaan bahasa Melayu ialah sistem yang pada umumnya berdasarkan k'ledah fonemik, iaitu unit-unit bunyi yang berfungsi 324 PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU sahaja yang dilambangkan dengan huruf dan pada umumnya tidak ada huruf-huruf yang senyap. Walau bagaimanapun, satu prinsip yang digunakan dalam pengejaan istilah pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing seboleh yang mungkin, terutama sekali perkataan yang baru sahaja diserapkan. Perkataan yang sudah lama masuk ke dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kelazimannya. Prinsip pengekalan ejaan perkataan asing melibatkan kemunculan ciri bunyi dan juga bunyi yang baharu dalam bahasa Melayu, seperti yang dibincangkan dalam Ceraian 8.2. Buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992) menggabungkan dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaannya, iaitu: (i) kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu, (ii) kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu. 10.5.1 Kata Asing yang Belum Sepenuhnya Terserap Ada segelintir kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu, sarna ada kerana ketiadaan padanannya yang sesuai ataupun kerana keinginan mengekalkan bentuk asal atas dasar sifat keantarabangsaan penggunaannya. Perkataanperkataan demikian dieja dan disebut seperti kata asalnya. Contohnya: landrover ad hoc de facto in vitro overdraf fasakh gari mithali protein diesel 10.5.2 Kata Asing yang Sepenuhnya Terserap Kata asing yang sepenuhnya terserap dari segi sebutan dan ejaannya, umumnya dieja dengan mengutamakan bentuk tampaknya. 325


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Perkataan sedemikian masuk ke dalam bahasa Melayu melalui penciptaan istilah. Penulisan kata serapan itu dibuat menurut kaedah seperti yang berikut, iaitu mengikut pengekalan atau perubahan abjad. (i) abjad a tetap a race abstract octave plate ras abstrak oktaf plat (ii) abjad ae jika tidak bervariasi dengan e tetap ae aerial aerograph aerobe aerial aerograf aerob (iii) abjad ae jika bervariasi dengan e menjadi e aesthetics haemoglobin heamatite (iv) abjad ai tetap ai aileron aianthous caisson (v) abjad ai (Belanda) menjadi e komplementair primair rail (vi) abjad ao tetap ao aorta paolo 326 estetika hemoglobin hematit aileron aiantos kaison komplementer primer reI aorta paolo PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU (vii) abjad au tetap au automatic tautology umlaut auditorium automatik tautologi umlaut auditorium (viii) abjad c di hadapan a, u, 0, dan konsonan menjadi k (ix) carbon karbon classic klasik cobalt kobalt corpus korpus cubic kubik abjad c di muka e, i, oe dan y menjadi s cent cilia cybernetics cylinder coelom sen silia sibernetik silinder selom (x) abjad cc di muka 0, u, dan konsonan menjadi k accure accomodation acculturation akru akomodasi akulturasi (xi) abjad cc di muka e dan i menjadi ks accent vaccin aksen vaksin (xii) abjad ch, cch (yang diucapkan k) di muka e, 0, dan konsonan menjadi k charisma cholera karisma kolera 327


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU saccharine sakarin beer bir technique teknik chimpanzee cimpanzi decree dekri (xiii) abjad ch (yang diucapkan s) menjadi s chiffon sifon (xix) abjad ei tetap ei echelon eselon atheist ateis machine mesin phenolpthalein - fenolftalein ureid ureid (xiv) abjad c (Sanskrit) jadi s protein protein cabda sabda (xx) abjad eo tetap eo castra sastera stereo stereo (xv) abjad e tetap e nucleon nukleon geometry geometri effective efektif zeolite zeolit frequency frekuensi synthesis sintesis (xxi) abjad eu tetap eu system sistem europium europium neutral neutral (xvi) abjad ea tetap ea petroleum petroleum bearing bearing neutron neutron idealist idealis nucleus nukleus gear gear congea kongea (xxii) abjadftetapf habeas habeas factor faktor , faculty fakulti (xvii) abjad ea (yang diucapkan i) menjadi i grease gris (xxiii) abjad g tetap g ream rim geology geologi beaker bikar tragedy tragedi easel isel catalogue katalog (xviii) abjad ee menjadi i (xxiv) abjad i tetap i jeep jip syphilis sifilis 328 329


TATABAHASA DEWAN EOIS! KETIGA PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU albitite albitit akhir akhir textile tekstil a khusus khusus j tarikh tarikh (xxv) abjad ia tetap ia 1- iambus iambus .~ (xxxii) abjad ng tetap ng 1 dialect dialek congress kongres diaphysis diafisis linguistics linguistik ~ ~ (xxvi) abjad ie tetap ie ~ (xxxiii) abjad 0 tetap 0 tieceron tieseron .;;~ oleomargarine - oleomarjerin ~~ -' '1, sector sektor (xxvii) abjad ie di akhir kata menjadi i thrombosis trombosis calorie kalori chancellor canselor bogie bogi .'? " abjad oa menjadi 0 ';! I (xxxiv) cardboard kadbod (xxviii) abjad ie di akhir kata ekasuku menjadi ai coat kot pie pai (xxxv) abjad oe (Yunani) menjadi e (xxix) abjad io tetap io oestrogen estrogen foetus fetus cardioid kardioid gonorrhoea gonorea ion ion studio studio (xxxvi) abjad oi tetap qi heliograph heliograf alkaloid alkaloid duboidine duboidin (xxx) abjad iu tetap iu premium premium (xxxvii) abjad 00 menjadi u stadium stadium monsoon mons un sodium sodium raccoon rakun proof pruf (xxxi) abjad kh (Arab) tetap kh cartoon kartun khabar khabar (xxxviii) abjad 00 (vokal ganda) tetap OQ 330 331 r'


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU zoology zoologi (xlv) abjad sc di hadapan e, i, menjadi s zoo zoo science sains (xxxix) abjad ou yang dilafazkan [u] atau [e] menjadi u scintillation abscissa sintilasi absisa tourmaline tunnalin journal jurnal (xlvi) abjad sch menjadi sk serious serius coupon kupon scheme skimlskema contour kontur scholastic skolastik (xl) abjad ou yang dilafazkan [au] menjadi au (xlvii) abjad th menjadi t accountant akauntan to ~. theater teater pound paun theology teologi counter kaunter theory teori orthography ortografi (xli) abjad ph menjadif phoneme fonem (xlviii) abjad u tetap u phosphorus fosforus unit unit physiology fisiologi nucleolus nuklec,lus ;; republic republik (xlii) abjad q menjadi k structure struktur aquarium akuarium institute institut ;. banquet bankuet .r,: t (xlix) abjad ua tetap ua frequency frekuensi .~~. i; L dualism dualisme (xliii) abjad rh menjadi r ;~ ~~ quantum kuantum :': rhetoric retorik aquarium akuarium rhythm ritma (1) abjad ue tetap ue (xliv) abjad sc di hadapan a, 0, 00 dan konsonan menjadi sk duet duet scandium skandium score skor (1i) abjad ue di akhir kata menjadi u scooter skuter glue glu script skrip 332 333


TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA tissue accrue issue tisu akru isu (Iii) abjad ue pada akhir kata ekasuku menjadi iu cue kiu (liii) abjad ue pada akhir kata (selepas q atau g) digugurkan catalogue dialogue technique baroque cheque (Iiv) abjad ui tetap ui annuity conduit equinox (Iv) abjad uo tetap uo fluorescein fluorine quota (Ivi) abjad uu menjadi u continuum vacuum (Ivii) abjad v tetap v novel university vitamin 334 katalog dialog teknik barok cek anuiti konduit ekuinoks ftuoresein ftuorin kuota kontinum vakum novel universiti vitamin PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU (lviii) abjad x pada awal kata tetap x (lix) (Ix) xenon xenon abjad x pada kedudukan lain dalam kata menjadi ks latex extra taxi lateks ekstra teksi abjad y yang hadir bukan di awal kata menjadi i physiology fisiologi polytheism politeisme psychology psikologi (lxi) abjad z tetap z (lxii) (lxiii) ozone zenith ozon zenit konsonan ganda jadi konsonan tunggal, kecuali apabila mengelirukan assimilation ferrum majallah asimilasi ferum majalah Contoh kecualian ialah media massa. huruf e yang biasanya dilafazkan pepet dalam suku kata akhir dikekalkan cylinder silinder counter kaunter contingent kontinjen system sistem dividend dividen theater teater oxygen oksigen 335


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Dalam bab ini, tehth dihuraikan bukan sahaja pembentukan kata baharu, bahkan juga kemunculan bunyi-bunyi baharudan bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu. Terdapat juga bentuk imbuhan yang berstatus imbuhan dalam bahasa asal, tetapi tidak dianggap imbuhan dalam bahasa Melayu. lni timbul kerana keperluan mengayakan perbendaharaan perkataan bahasa Melayu untuk dapat mendukung istilah-istilah yang baru muncul dalam bahasa Melayu, hasil perkembangan ilmu dan ikhtisas tertentu. Pada mulanya, penciptaan istilah-istilah baharu ini adalah secara penggunaan popular dan tidak tersusun, tetapi melalui proses perancangan dan pembinaan bahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, proses pembentukan kata ini menjadi tersusun dan terarah. Dalam proses pengayaan bahasa Melayu, beberapa unsur tatabahasa asing, khususnya bentuk imbuhan, telah diserapkan walaupun tidak semuanya mempertahankan fungsinya sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu. Keadaan yang demikian berlaku oleh sebab aspek tatabahasa merupakan perkara yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa. Namun, sebagai bahu .. ;a asli, bahasa Melayu seharusnya terus bersifat kreatif supaya dapat berkembang mengikut perkembangan ilmu dan tamadun masyarakat yang mendukung bahasa tersebut. 336 BAHAGIAN III SINTAKSIS


BAB 11 Sintaksis: Satu Pengenalan 11.1 Pendahuluan Dalam bab-bab yang terdahulu, perhatian kita telah tertumpu pada pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu serta struktur binaan dan penggolongannya yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai bidang morfologi. Bidang seterusnya dalam peringkat susunan bi"naan yang am at penting dalam apa jua bahasa ialah sintaksis. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat rnemahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk mernbentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 11.2 Struktur Binaan Ayat Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilrnu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen. Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur, iaitu 2 dan 3. 1. Ahmad tertidur. 339


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 2. Ahmad 3. tertidur Jelas bahawa dalam eontoh binaan ayat 1, terdapat hanya dua perkataan, iaitu Ahmad dan tertidur. Namun, pada umumnya, ayat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada ayat 1, dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur jrasa dan tidak hanya perkataan. Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur tersendiri yang terdiri daripada unsur jrasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur jrasa yang keeil itu pula mengandungi unsur perkataan. 11.3 Pembahagian Subjek dan Predikat Umumnya, penutur asli sesuatu bahasa mempunyai keeekapan berbahasa at au daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat dalam bahasanya" iaitu melalui kebolehannya memenggal ayat kepada bahagianbahagiannya. Sebagai eontoh, bagi penutur asli bahasa Inggeris, sekiranya ayat seperti 4 hendak dipenggal menjadi dua bahagian unsur frasa, maka pemenggalan itu akan menghasilkan unsur frasa 5 dan 6, 4. The doctor sees about 100 patients each day. 5. the doctor 6. sees about 100 patients each day Demikian juga bagi penutur asli bahasa Melayu; ayat seperti 7 dapat, dengan mudah, dipenggal untuk menghasilkan unsur frasa 8 dan 9, 7. Petani itu membajak sawahnya setiap hari. 8. petani itu 9. membajak sawahnya setiap hari Pemenggalan ayat seperti yang dilakukan di atas, seeara tradisi, dikenali sebagai pemenggalan jrasa subjek dan jrasa predikat. 340 SINTAKSIS: SATU PENGENALAN Dalam eontoh ayat 4, frasa subjeknya ialah the doctor, manakala frasa predikatnya ialah sees about 100 patients each day. Dalam ayat 7 pula, frasa subjek ialah petani itu, manakala frasa predikat ialah membajak sawahnya setiap hari. Beberapa eontoh lain pemenggalan ayat kepada frasa subjek dan frasa predikat dapat diberikan seperti yang berikut: Subjek Predikat Bahasa Melayu 10. Ali guru sementara di sekolah itu. 11. Anak Pak Osman menjawat jawatan baharu. Bahasa Arab 12. Hasnah jamilatun. 'Hasnah' 'eantik' 13. Baitun kabirun 'Rumah' 'besar' Bahasa Inggeris 14. The book was presented to Ahmad. art. buku kala dihadiahkan kepada Ahmad 'Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.' Bahasa Cina 15. Ta mai syu. Ia beli buku 'Ia membeli buku.' Bahasa Tamil 16. Avan puttakatt-aik kaanh-ukrh-aan. Ia buku-objek lihat-kini-ia 'Ia melihat buku.' 341


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Ternyata b~hawa ap'l- yang dikatakan sebagai subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen, sarna ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang sememangnya frasa nama at au yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul at au un sur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa-bahasa di atas, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama atau unsur yang berfungsi sebagai frasa nama. Oleh itu, contoh seperti yang berikut tidak dapat diterima sebagai ayat dalam bahasa Melayu oleh sebab subjeknya tidak mengandungi frasa nama atau tidak berfungsi sebagai frasa nama. Subjek Predikat 17. *Gemuk sekali pergi ke sekolah. 18. *Sedang menggosok kain baju pagi tadi. 19. *Tinggi sungguh membina bangunan itu. 20. *Tertidur menjadi kegemarannya. Kembali kepada contoh ayat 7 yang diberikan di atas, iaitu Petani itu membajak sawahnya setiap hari, kita dapati unsur frasa subjeknya, iaitu petani itu, terdiri daripada dua perkataan sahaja, iaitu petani dan itu.-Sebaliknya, bagi frasa predikatnya pula, membajak sawahnya setiap hari, unsumya kelihatan lebih kompleks, iaitu terdiri daripada 21,22, dan 23. 21. membajak 22. sawahnya 23. setiap hari Jelas bahawa 21 mengandungi satu unsur sahaja, manakala 22 mengandungi dua unsur, iaitu sawah dan -nya. Demikian juga 23 mengandungi dua unsur, iaitu setiap dan hari. Binaan ayat yang terdiri daripada bahagian subjek dan predikat ini dapat diperjelas melalui rajah pohon di sebelah. 342 --, SINTAKSIS: SATU PENGENALAN (a) Petani itu membajak sawahnya setiap hari. Ayat Subjek Predikat petani ~ itu membajak ~ sawahnya ~ setiap hari sawah nya setiap hari Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya, tidak boleh digabungkan untuk menjadi sesuatu binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin dapat dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat. Demikian juga, un sur petani itu membajak tidak boleh dikelompokkan menjadi frasa subjek, dan sawahnya setiap hari menjadi frasa predikat. Pola struktur ayat, seperti yang terdapat dalam ayat (a), tentunya tidak terhad pada satu ayat itu sahaja, bahkan dalam bahasa Melayu, sekian banyak ayat dengan struktur binaan yang serupa seperti ayat (a) masih dapat dibentuk. Sebagai contoh, ayat-ayat yang berikut dikatakan mempunyai struktur binaan seperti ayat (a). 24. Pemuda itu mengecat rumahnya setiap tahun. 25. Pemudi itu mencuci pakaiannya setiap pagi. 26. Binatang itu menyusui anaknya setiap waktu. 27. (?) Penggosok itu memandikan rumahnya setiap saat. Antara ayat 24-27, kita tentu mendapati ayat 27 agak ganjil, bukan sahaja pilihan kata-katanya, bahkanjuga maknanya. Namun, 343


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sebagai satu binaan ayat dalam tatabahasa bahasa Melayu, ayat 27 masih dianggap gramatis kerana mematuhi peraturan atau rumus binaan ayat bahasa Melayu. Sebaliknya ayat 28 ini dianggap tidak gramatis sebab perkataan-perkataannya, walaupun memang perkataan bahasa Melayu, tidak pula tersusun mengikut rumus struktur ayat bahasa Melayu. 28. *Sf':tiap mengecat tahun pemuda itu rumahnya. Kesimpulan yang dapat kita buat ialah pengetahuan ten tang struktur . unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur asli membolehkan ia mengenal pasti dan "1enentukan ayat yang gramatis dengan yang tidak gramatis dalam bahasanya. 11.4 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Oleh sebab bahasa sentiasa digunakan oleh manusia, laItu dipertuturkan sebagai alat untuk berkomunikasi, sudah tentulah bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga jumlahnya. Selagi manusia masih memerlukan dan menggunakan bahasa, selagi itulah ayat akan terus terbentuk. Tetapi pada hakikatnya, walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu memang tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dan kemajmukannya, namun kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, misalnya, semua ayat, sarna ada yang pendek atau yang panjang, yang berbentuk ayat mudah atau ayat kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu· daripada empat pol a ayat dasar yang berikut: 344 Subjek Pol a 1 Frasa Nama (Ali Pol a 2 Frasa Nama (Adikku Predikat Frasa Nama guru) Frasa Kerja sedang tidur) Subjek Pola 3 Frasa Nama (Pegawai itu Pola 4 Frasa Nama (Rumahnya SINTAKSIS: SATU PENGENALAN Predikat Frasa Adjektif amat rajinj Frasa Sendi Nama di Kampung Sungai Penchala) Kalau bahasa Me1ayu mempunyai empat pola ayat dasar, tidak bererti pula bahasa-bahasa yang lain mempunyai bilangan pola ayat dasar yang sarna. Bahasa Inggeris, misalnya, hanya mempunyai satu pol a ayat dasar, iaitu pola frasa nama + frasa kerja, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: .-. Frasa Nama Frasa Kerja 29. Ali is a teacher. 30. My brother is sleeping. 31. The officer works in the office. 32. They were talking. Daripada ayat dasar kit a dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang at au lebih kompleks, yang kita namai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun un sur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang diberikan di atas, dapat diperkembang menjadi ayat terbitan yang berikut: Subjek Predikat 33. Ali guru sementara di sekolah itu. 34. Adik bongsuku sedang tidur di serambi rumah. 35. Pegawai kanan amat rajin dan. cekap pula. pejabat itu 36. Rumah kediamannya di Kampung Sungai Penchala dalam Wilayah Persekutuan. 345


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 11.5 Susunan dalam Ayat Apabila berbincang ten tang ayat,.kitajuga membincangkan aspek susunannya. Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa predikat. Dalam contoh ayat 33-36 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila susunan frasa subjek yang mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang, seperti contoh yang berikut: Predikat Subjek 37. Guru sementara di sekolah itu Ali. 38. Sedang tidur di serambi rumah adik bongsuku. 39. Amat rajin dan cekap pula pegawai kanan pejabat itu. 40. Di Kampung Sungai Penchala rumah kediamannya. dalam Wilayah Persekutuan 11.6 Urutan Kata Telah dinyatakan pada bahagian awal bab ini bahawa setiap pembentukan ayat itu ialah suatu binaan atau konstruksi, yang sifatnya tersusun dan bersistem. Ini bererti bahawa setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasari proses urutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Proses yang kita katakan sebagai urutan kata ini tidak semuanya serupa dalam setiap bahasa. Tegasnya, ada bahasa yang mempunyai urutan kata subjek + kata kerja + objek (SKO atau SVO dalam bahasa Inggeris) seperti bahasa Melayu, Inggeris, dan Rusia; subjek + objek + kata kerja (SOK atau SOV), seperti bahasa Latin 346 SINTAKSIS: SATU PENGENALAN dan Turki; kata kerja + objek + subjek (KOS atau VaS), seperti bahasa Malagasi; objek + kata kerja + subjek(OKS atau OVS), seperti bahasa Hixkaryana dan bahasa Hixkaryana; kata kerja + subjek + objek (KSO atau VSO) seperti bahasa Arab, bahasa Nitinaht dan bahasa Hixkaryana. Berikut diberikan beberapa contoh ayat. (i) Bahasa Melayu (SKO) Contohnya: Ali membaca (subjek + kata kerja + (ii) Bahasa Inggeris (SKO) Contohnya: John kicked (subjek + kata kerja + John tendang "John menendang bola." (iii) Bahasa Rusia (SKO) buku. objek) the ball. objek) bola Contohnya: Car' soslal puskina. (subjek + kata kerja + objek) Czar buang (negeri) Puskina "Raja Czar membuang (negeri) Pushkin." (iv) Bahasa Latin (SOK) Contohnya: Magister pueros (subjek + objek + guru budak lelaki "Guru memuji budak lelaki itu." (v) Bahasa Turki (SOK) Contohnya: Kamal bavulu (subjek + objek + Kamal beg baju "Kamal membubl beg baju." actio kata kerja) PUJl actio kata kerja) buka 347


Click to View FlipBook Version