lfATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (i) Ayat tanya tertutup' 86. Encik Zulkifii pengurusnya? Ya,Encik Zulkifii pengurusnya. 87. Kuruskah Puan Mariam? Tidak, Puan Mariam tidak kurus. 88. (a) Menangiskah adik? Tidak, adik tidak menangis. (b) Adikkah yang menangis? Bukan, yang menangis bukan adik. 89. Ke sekolahkah murid-murid? Ya, murid-mudd ke sekolah. (ii) Ayat tanya terbuka 90. Apakah benda itu? Benda itu komputer telapak. 91. Gurunya siapa? Gurunya Encik Tan. 92. Dari manakah mereka datang? Mereka datang dari Brunei. 93. Bilakuh kita hendak bertolak ke Sabah? Kita hendak bertolak ke Sabah pada hari esok. 16.8.3 Ayat Perintah Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan. (ii) Ayat larangan. (iii) Ayat silaan. (iv) Ayat permintaan. (i) Ayat suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi 448 '."" , AYAT perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan subjek ialah kataganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek 1;>oleh juga dikekalkan. Yang berikut ialah contoh ayat suruhan: 94. Keluar dari bilik ini! 9S. Pergi dari sini! 96. Jaga barang-barang ini. 97. Awak siapkan kerja itu sekarang. 98. Engkau tunggu dia di sini. 99. Pujuk budak yang menangis itu. Ayat suruhan boleh menggunakan partikel -lah untuk me- _}.e.E1butkanlL¥A di samping menegaskan predikat. Seperti konstituen yang menerima -kah, konstituen yang menerima -lah pun mengalami proses pendepanan. Contohnya: 94. (a) Keluarlah dari bilik ini! 9S. (a) Pergilah dari sini! 96. (a) Jagalah barang-barang ini. 97. (a) Awak siapkanlah kerja itu sekarang. 98. (a) Engkau tunggulah dia di sini. 99. (a) Pujuklah budak yang menangis itu. Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini, seperti dalam ayat 9S-99 di atas. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 100. Menangislah sepuas-puas hatimu. 101. Menjeritlah sekuat-kuatnya. 102. Berdermalah kepada anak-anak yatim. 103. Mengucaplah banyak-banyak. 104. Berangkatlah dengan segera. lOS. Bersiaplah untuk bertolak sekarang juga. 449
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (ii) Ayat larangan Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contohnya: 106. Jangan ambil harta orang. 107. Kamu jangan beritahu dia. 108. Usah kaupedulikan dia. 109. Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu. 110. Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi. Ill. Awak tak usah datang lagi. Ayat di atas dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel -lah, seperti yang berikut: 106. (a) Janganlah ambil harta orang. 107. (a) Kamu janganlah beritahu dia. 108. (a) Usahlah kaupedulikan dia. 109. (a) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu. 110. (a) Tak usahlah kauambil tahu akan hal aku lagi. 111. (a) Awak tak usahlah datang lagi. Ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel -lah. Contohnya: 112. Dilarang merokok. 113. Ditegah berludah di sini. (iii) Ayat silaan Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sUa atau jemput sebelum kat a kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 114. SUa datang ke rumah saya. 115. SUa buat laporan tentang peristiwa itu di sini. 116. SUa serahkan borang ke pejabat. 450 I f I ! I AYAT 117. Jemput datang ke majlis sukan hari ini. 118. Jemput minum teh yang terhidang itu. 119. Jemput masuk. 120. Jemput naik. Seperti ayat-ayat lain juga, ayat ini boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas -lah, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 114. (a) Silalah datang ke rumah saya. 115. (a) l16.(a) ll7.(a) 118.(a) 119.(a) 120. (a) Silalah buat laporan tentang peristiwa itu di sini. Silalah serahkan borang ke pejabat. Jemputlah datang ke majlis sukan hari ini. Jemputlah minum teh yang terhidang itu. J emputlah masuk. Jemputlah naik. (iv) Ayat permintaan Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 121. Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. 122. Minta tuan benarkan kami masuk. 123. Minta kamu semua bertenang. 124. Tolong tutup pintu itu. 125. Tolong selesaikan pergaduhan itu. 126. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh ayat berikut tidak dianggap betul. *Si1a jangan merokok. *Tolong jangan ambil. *Minta jangan berludah. 451
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Bentuk ayat larangan yang betul bagi contoh seperti yang diberi ialah: J angan merokok. Jangan ambil. J angan berludah. Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya: Harap jangan merokok. Harap jangan ambil. Harap jangan berludah. 16.8.4 Ayat feruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sarna ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya. Contohnya: 127. Ibu! 128. Anakku! 129. Comelnya! 130. Oh, Tuhanku! 131. Amboi, garangnya! 132. Wah, besamya kereta abang! 133. Cis, terimalah tikamanku! 134. Eh, Ali rupanya yang datang! 135. Nah, ambillah wang ini! 136. Aduh, bisanya! 137. Syabas, engkau telah menang! 16.9 Intonasi dalam Ayat Intonasi ialah nada suara naik turun yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan kita sehari-hari, nada suara kita 452 ""f" l~ ,> AYAT jarang-jarang mendatar, tetapi sebaliknya berbeza-beza, adakalanya meninggi dan adakalanya merendah. Bahkan satu ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubahubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan kita dan keadaan emosi kita tatkala bercakap. Perhatikan ayat-ayat berikut, dan cuba lafazkannya mengikut nada suara yang biasa digunakan: 138. Nama saya Ahmad. 139. Sila masuk ke dewan ini. 140. Mat, jangan bermain di jalan raya yang sibuk itu. 141. Jangan lawan aku. Buat sahaja apa yang disuruh! 142. Cis, penderhaka rupanya lelaki itu! 143. Encik hendak ke mana? 144. Pergi! 145. Aduh, sakitnya! 146. Aduhai, malangnya nasibku! 147. Datang juga, dia. Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam beberapa bahasa yang kita ketahui, misalnya bahasa Inggeris, pemisahan antara subjek dengan predikat ditandai kata kerja pada predikat. Hal demikian tidak semestinya berlaku dalam bahasa Melayu. Seperti yang telah dinyatakan dalam 16.6, daripada empat pola ayat dasar, hanya satu yang mengandungi kata kerja, iaitu pola FN + FK; yang tiga lagi, iaitu FN + FN, FN + FA dan FN + FS tidak memerlukan kata kerja sarna sekali pada predikatnya. Dalam hal ini, intonasi menjadi tanda pemisah antara subjek dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu. Ayat 148 di bawah, iaitu: 148. Pegawai itu pengurus. misalnya, dapat dipisahkan, dengan intonasi yang sc:suai, menjadi Pegawai itu (subjek) dan pengurus (predikat). Demikian juga, ayat 149. Ali menendang bola itu. 453
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA intonasinya dapat membezakan subjeknya, Ali, dengan predikatnya, menendang bola itu. Tingkat nada dalam intonasi biasanya ditandai dengan angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 merupakan nada yang paling rendah dan angka 4 nada yang paling tinggi. Nada 2 merupakan nada permulaan dalam ujaran sesuatu ayat, manakala nada 3 dianggap sebagai nada tekanan. Untuk menyempurnakan huraian, keempatempat tingkat nada ini digunakan dengan penyertaan garis seperti yang terdapat dalam contoh di bawah yang menggambarkan naik turunnya nada suara. Sebagai contoh, ayat Pegawai itu pengurus, dapat digambarkan dengan tanda intonasi seperti yang berikut: 148. (a) 2 Pegawai 4i~pengu~.3 2 '-------', Demikian juga, bagi ayat 149. (a) 4r----. 2~1 i 21 men end a n 9 b 0 I a f~-? 16.9.1 Intonasi Beberapa Ayat Bahasa Melayu Di bawah ini dibicarakan beberapa pol a intonasi ayat dalam bahasa Melayu, iaitu: 454 (i) Ayat penyata biasa. (ii) Ayat tanya. (iii) Ayat perintah. (iv) Ayat terbalik atau songsang. (v) Ayat pasif. r' AYAT (i) Ayat penyata biasa Contoh intonasi 148(a) dan 149(a) di atas merupakan contoh ayat penyata. Kelihatan bahawa pola intonasi ayat penyata biasa ialah 2-4-2-3, iaitu seperti yang berikut: 148 (a) 411 3 2 _P_e_g_a_w_a_i _---'i ~ u 21 pen gru s . Frasa subjekpegawai itu ditandai tingkat nada 2-4, semen tara frasa predikat pengurus ditandai tingkat nada 2-3. Pemisahan subjek daripada predikat menjadi nyata kerana nada suara turun daripada tingkat 4 pada suku kata akhir frasa subjek ke tingkat 2, iaitu nada permulaan pada frasa predikat. Tingkat nada 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat. (ii) Ayat tanya Intonasi ayat tanya dalam bahasa MeJayu biasanya mempunyai tingkat nada 2-4-3-2, dengan nada 3 yang terletak pada suku kata akhir naik kembali ke nada 4 sebagai penutup ayat. Contohnya: 148. (b) 4 r-------'3""'-.....r-- 4 2 Pegawai iltu pengurus? lntonasi ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seorang pendengar untuk dijawab oleh orang yang ditanyakan. Ayat tanya dapat juga dibentuk dengan partikel -kah yang diletakkan pada predikat yang kemudian mengalami penjudulan, yakni dipindahkan ke hadapan ayat oleh sebab predikat yang disertai partikel -kah itu dipentingkan. Daripada ayat biasa Pegawai itu pengurus, ayat tanya dengan partikel -kah berbentuk: 148. (c) Penguruskah pegawai itu? Maka intonasi ayat di atas adalah seperti yang berikut, iaitu 2-3- 1-4: 455
TATABAHASA DEWAN EDlS! KET!GA 148. (d) 3 penguMkah pegawai 2 1 (iii) Ayat perintah Dalam ayat pe~intah, predikat lebih dipentingkan daripada subjek. Ayat berikut, iaitu: 150. (a) Masuk! sebenarnya terbit daripada ayat, 150. (b) Kamu masuk! Perkataan kamu, iaitu kata ganti nama diri kedua, telah digugurkan dan yang tinggal ialah predikat mas uk. Sebagai frasa predikat, masuk diucapkan dengan nada 2-3 seperti yang berikut: 150. (c) ,---3 2~SUk! Ayat perintah tersebut dianggap agak keras; untuk melembutkan perintah itu maka partikel -lah dapat disertakan, lalu-ayat menjadi seperti yang berikut: 150. (d) Masuklah. Dalam ucapan, intonasi ayat ini ditandai dengan tingkat nada 2-3-1, seperti yang berikut: 150. (e) 456 3 ~sukllah. 2 1 '~. AYAT (iv) Ayat terbalik atau songsang Susunan bias a ayat bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Tetapi, dalam percakapan kita sehari-hari, sering c~rjadi susunan ayat yang berlawanan dengan pola biasa ini, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang mempunyai susunan predikat + subjek ini disebut ayat songsang. Perhatikan contoh berikut: Susunan biasa Ayat songsang Susunan biasa Ayatsongsang Kucing itu + cornel. Cornel + kucing itu. Pegawai itu + pengurus. Pengurus + pegawai itu. Terdahulu telah dinyatakan bahawa intonasi bagi ayat penyata bias a ialah 2---4---2-3, seperti yang berikut: 151. Kucing 2 Apabila ayat ini menjadi songsang, intonasinya berubah menjadi 2-3-1, seperti yang berikut: 151. (a) 3 ~m e I Ik u c i n 9 it u. 2 1 Demikian juga ayat berikut: 148. (a) Susunan biasa 4 Pegawai i~peng u ~F3 2-------' 2 457
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 148. (e) Susunan songsang 3 2 Pen 9 u~ peg a w a i it u '1. Perhatikan bahawa tingkat nada untuk predikat, iaitu 2-3, tidak berubah bagi ayat biasa dan ayat songsang. Dengan kata lain, walaupun kedudukan predikat berubah dalarn ayat songsang, iaitu kepada kedudukan di hadapan ayat, tingkat nadanya tetap sarna. Yang berubah ialah tingkat nada pada subjek, iaitu rnenurun kepada tingkat 1. Seperti -kah, -lah juga berfungsi sebagai tanda bahawa predikat dipentingkan. Perhatikan bahawa oleh sebab keduadua partikel ini berfungsi hanya sebagai tanda bahawa predikat dipentingkan, rnaka nada untuk -kah dan -lah rnenurun kepada tingkat 1, bersarna-sarna kese1uruhan subjek ayat itu yang tidak lagi dipentingkan. Perhatikan contoh ayat yang rnengandungi partikel -kah. 148. (a) Susunan biasa 4 3 Pegawai ifuJpeng u~. 2 2 '--------' 148. (d) Susunan songsang 3 P Ok h . ·,Ctu ? 4 2 eng ul r u ;IL_a __ p_e. __ ga_w_a_, .-JI' U , (v) Ayat pasif Intonasi bagi ayat pasif biasa sarna seperti ayat aktif biasa juga, iaitu 2-4-2-3. Perhatikan contoh-contoh berikut, iaitu (a) 458 rnerupakan ayat aktif biasa dan (b) ayat pasif biasa: 152. (a) ~ bel u m me mba cab u k u ilfU ~ 2 2 152. (b) 4 B u k u iN bel u m d i b a c a 2 2 AYAT Dalarn kedua-dua ayat di atas, bahagian pertarna rnerupakan subjek (dengan tingkat nada 2-4) dan bahagian kedua predikatnya (dengan tingkat nada 2-3). Dernikian juga halnya dengan intonasi ayat tanya aktif biasa dan ayat tanya pasif bias a, iaitu dengan tingkat nada 2-4 (untuk subjek) dan 2-3 (untuk predikat), seperti yang terdapat dalarn contoh berikut: 153. (a) 4 2E.Ja Di~ 21'-------~-----' memohon jawatan i~i 153. (b) 4 3 Jawatan i~ diPohon\nya. 2 . 2 L. ---~ Tetapi intonasi berbeza jika ayat pasif itu rnerupakan ayat . pasif songsang bagi orang pertarna dan kedua. Perhatikan ayat yang berikut: 154. (a) Saya rnernohon jawatan itu. 459
TATABAHASADEWAN EDISI KETIGA (b) Saya pohon jawatan itu. Ayat (a) ialah ayat aktif biasa, sementara ayat (b) merupakan ayat pasif songsang, yang berasal daripada: 154. (c) Jawatan itu saya pohon. dengan saya pohon sebagai predikatnya. Nada intonasi bagi predikat sesuatu ayat ialah 2-3. Oleh itu, intonasi bagi ayat 154(b) adalah seperti yang berikut, iaitu 2-3-1: 154. (b) 3 2 Saya paR jawatan itU' 1 Intonasi bagi ayat 154(a) dan 154(c) pula ialah intonasi ayat penyata biasa, iaitu 2-4-2-3, seperti yang berikut: 154. (a) 2~memahan 2 154. (c) 3 jawatan iF 4 3 2 Jaw a tan i~ say a p aFn . 16.9.2 Intonasi dalam Ayat yang Panjang Walau bagaimana panjang sekalipun ayatnya, nada intonasi tetap mempunyai pola yang sama sebagaimana yang diterangkan di atas. Yang perlu diingat ialah bahawa turun naiknya nada suara 460 ). ) ~. ::: l' AYAT disesuaikan dengan unit-unit frasa. Dalam hal ini, pola intonasi berfungsi sebagai pemenggal atau pemisah frasa dalam ayat. Perhatikan ayat yang berikut: 155. Mahasiswa universiti itu membaca buku di perpustakaan. Ayat ini boleh dibahagikan kepada tiga frasa intonasi utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat yang terdiri daripada frasa kerja dan frasa keterangan. Pola intonasi bagi ayat biasa, seperti yang telah diterangkan, ialah 2-4-2-3. Maka pola intonasi bagi bahagian ayat yang berbunyi: Mahasiswa universiti itu membaca buku adalah seperti yang berikut: 155. (a) 2 4 C3 M a has i s w a u n i v e r sit i i F1 m e mba cab U Jk U . 2 Frasa di bilik perpustakaan, yang merupakan keterangan tambahan, tidak begitu penting; oleh itu, nada yang diterimanya ialah nada 1. Maka intonasi bagi keseluruhan ayat ialah 2-4-2-3-1 seperti yang berikut: 155. (b) 4 3 Mahasiswa universiti i tu membaca bu ku 2 2 Idi bilik per p ustakaan'1 atau 4 4 Mahasiswa F~lmembaca buMdi bilik 2------------ 2 2 461
TATABAHASA DEWAN'EDISI KETIGA Contoh lain: 156. 4 3 Pegawai kastam itu meletakkan kereta nya 2 2 di hadapan rumah saya. atau 157. 4 Pegawai kastam i tu 2 4 meletakkan keretany 2 3 d i had a pan rum a h s a[Y8 . 157. 4 2 __ P_e_n_d __ u~d~u~k_-~p~e~n~d~u~d~U~k~~~. malam tadi. 1 2 Ayat 155 (a) dan ayat 155 (b) mempunyai kemungkinan untuk diucapkan dengan dua cara intonasi seperti yang terdapat dalam contoh di atas. lni n!enunjukkan bahawa nada 2-3 boleh juga diletakkan pada frasa tambahan yang menjadi keterangan jika frasa tambahan itu dipentingkan, dan oleh itu, ditegaskan. 462 BAB 17 Ayat Thnggal 17.1 Pendahuluan Sebagaimana yang telah diterangkan dalam Bab 16, ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur klausa yang terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk daripada perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaanbinaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Salah satu kaedah menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu. Tegasnya, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat itu ayat tunggal atau ayat majmuk. Sebagaimana yang telah dijelaskan juga, ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu'predikat. Ayat majmuk pula ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu klausa. Bab ini secat·a khusus akan membincangkan ayat tunggal, yang merangkumi aspek binaan, susunan, dan golongan ayat tunggal. Selanjutnya, perbincangan ayat tunggal dari segi ragamnya akan memperkenalkan pula konsep ayat aktif dan ayat pasif. 17.2 Binaan Ayat Thnggal Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu 463
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat Ali berjalan kaki, Ali ialah subjek keriina menjadi bahagian ayat yang diterangkan, manakala berjalan kaki pula merupakan predikat kerana menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Di bawah ini diberikan lagi contoh ayat tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada subjek dan predikat: Subjek Predikat 1. Ahmad guru. 2. Dia jurutera pelatih. 3. Mereka sedang mandi di sungai? 4. Orang tua itu kuat berjalan. 5. Pelajar itu membeli buku. 6. Kamu keluar! 7. Sabar itu separuh daripada iman. 8. Berenang menyihatkan badan. 9. Bahasa jiwa bangsa. 10. Kamu tunggu dia di sini. 11. Pasukan bola kebangsaan bermain bersungguh-sungguh. kita 12. Mereka ke lohor Bahru esok. 17.3 Binaan Subjek Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut: (i) Kata nama. (ii) Kata ganti nama. (iii) Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama. (iv) Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. --' Selain unsur di atas, frasa nama boleh mengandungi unsur lain yang telah dibincangkan dalam Bab 12. 464 i I ! AYAT TUNGGAL 17.3.1 Subjek Kata Nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am, kata nama khas, atau kata nama terbitan, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: Subjek (Nama Am) Predikat 13. Abangnya juruterbang. 14. Mempelam itu untuk ibu. 15. lentik-jentik itu akan menjadi nyamuk. 16. Sungai ini sangat dalam. 17. Rumah itu di atas btikit. Subjek (Nama Khas) Predikat 18. Osman penyanyi terkenal. 19. Perdana Menteri Malaysia telah melawat Eropah. 20. Si Tompok mencakar dinding. 21. Bukit Fraser di negeri Pahang. 22. "Negaraku" lagu kebangsaan kita. Subjek (Nama Terbitan) Predikat 23. Kesilapan itu satu pengajaran. 24. Masakan ini enak sekali. 25. Kenangan mengusik jiwa. 26. Pertunjukan itu berakhir esok. 27. Pukulannya sungguh kuat. 17.3.2 Subjek Kata Ganti Nama Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata ganti nama orang atau kata ganti nama tunjuk, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: Subjek (Kata Ganti Predikat Nama Orang) 28. Saya guru. 29. Kami pelajar Tingkatan Enam. 30. Awak boleh tinggal di sini. 465
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sambungan ., Subjek (Kata Ganti Predikat Nama Orang) 31. Dia amat rajin. 32. Beliau ke Kedah minggu depan. Subjek (Kata Ganti Predikat Nama Thnjuk Umum) 33. Ini pendapat yang bemas. 34. Itu tuduhan yang melampau. Subjek (Kata Ganti Predikat Nama Thnjuk Tempat) 35. Sini perhentian bas yang baharu. 36. Situ kedai buku sekolah kami. 37. Sana tempat orang beriadah. 17.3.3 Subjek Kata Kerja Ada sejenis kat a kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Contohnya: Subjek (Kata Kerja) Predikat 38. Melukis menjadi kegemarannya. 39. Mengarang ialah pekerjaan mulia. 40. Bercakap memang mudah. 41. Mencuri satu amalan terkeji. 42. Bersenam menyihatkan badan. 43. Membuang masa ialah tabiat buruk. 44. Menjadi guru ialah cita-citanya. 45. Bersawah padi dapat mendatangkan hasil. 46. Bertemak ayam menguntungkan. 466 AYATTUNGGAL 17.3.4 Subjek Kata Adjektif Ada juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, yakni kata adjektif yang mengambil tugas kata nama. Contohnya: Subjek (Kata Adjektif) Predikat 47. Putih ialah wama pilihan Hasnah. 48. Lemah lembut sifat orang-orang timur. 49. Merah melambangkan keberanian. 50. Kecil tidak bererti lemah. 51. Gemuk boleh mendatangkan penyakit. 52. Kedekut suatu sifat yang buruk. 53. Hitam cantik juga. 54. Boros membawa kepapaan. 55. Masin ialah rasa garam. 56. Miskin jangan dipandang hina. 17.4 Binaan Predikat Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada un sur-un sur utama berikut: (i) Frasa nama. (ii) Frasa kerja. (iii) Frasa adjektif. (iv) Frasa sendi nama. 17.4.1 Predikat Frasa Nama Binaan Frasa Nama yang menjadi predikat sarna seperti binaan frasa nama yang berfungsi sebagai subjek dalam sesuatu ayat. Tegasnya, unsur ini boleh terbina danpada jrasa nam(l am dan jrasa nama khas seperti contoh berikut: Subjek Predikat (Frasa Nama Am) 57. Ahmad guru. 58. Murid itu ketua darjah. 59. Bapa Ismail kerani. 467
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sambungan Subjek Predikat (Frasa Nama Am) 60. Binatang itu kanggaru. 6l. Tindakan itu penganiayaan semata-mata. 62. Ceritanya alasan sahaja. 63. Tegurannya suatu pengajaran. SUbjek Predikat (Frasa Nama Khas) 64. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri. 65. Bangunan itu Muzium Negara. 66. Institusi itu Universiti Malaya. 17.4.2 Predikat Frasa Kerja Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur berikut: (i) Kata kerja asal. (ii) Kata kerja terbitan. (iii) Kata bantu. (iv) Unsur keterangan. (i) Kata kerja asal Kata kerja asal terdiri daripada dua jenis, iaitu: (a) Kata kerja asal tidak berimbuhan. (b) Kata kerja asal berimbuhan. (a) Kata kerja asal tidak berimbuhan Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut, manakala kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah mandi, masuk, keluar, tidur, hUang, naik, terbang, ketawa, datang, 468 AYAT TUNGGAL pulang, dan sebagainya. Kehadiran kata kerja tak transitif dalam ayat adalah seperti yang terdapat dalam eontoh berikut: Predikat Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan 67. BapaAliah tidur. 68. Jam Ahmad hilang. 69. Orang itu ketawa. 70. Ali mandi di sungai. 7l. Dia masuk dengan tertib. 72. Mereka keluar dari rumah itu. 73. Matahari naik di sebelah timur. 74. Burung itu terbang tinggi di awan. 75. Mereka datang dengan kereta api. 76. Ahmad pulang r pada waktu senja. Dalam bahasa Melayu, kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan amat keeil bilangannya, eontohnya makan dan minum, seperti yang terdapat dalam ayat berikut: Predikat Subjek Kata Kerja Transitif Objek 77. Monyet itu makan pisang. 78. Kucing saya minum susu. (b) Kata kerja asal berimbuhan Kata kerja asal berimbuhan pula ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari, bernyanyi, berehat, bersenam, berbincang, bertolak, berkumpul, tertidur, terjatuh, dan terbalik. Kehadiran kata kerja tak transitif jenis ini dalam ayat adalah seperti yang berikut: 469
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Subjek Predikat 79. Para pelancong sedang menari di majlis itu. 80. Dia bernyanyi dengan penuh perasaan. 81. Orang tua itu berehat di bilik. 82. Mereka bersenam setiap hari. 83. Kita perlu berbincang dengan mereka. 84. Pegawai itu bertolak ke Ipoh. 85. Pekerja-pekerja tersebut berkumpul di dewan itu. 86. Pengawal itu tertidur. 87. Pemain lincah itu terjatuh. 88. Keretanya terbalik di tepi jalan. Seterusnya contoh kata kerja asal berimbuhan jenis transitif adalah seperti mengarang, mengikat, menggoreng, mengerami, menjahit, memahami, mendengar, memikirkan, menghantar, dan mengorbankan. Kehadiran kata kerja jenis ini dalam ayat adalah seperti yang berikut: Predikat Subjek Kata Kerja Transitif Objek 89. Dia mengarang sebuah cerita jenaka. 90. Perompak itu mengikat tangan kerani wang itu. 91. Kakak menggoreng ikan selar kering. 92. Ayam itu mengerami telurnya. 93. Halimah menjahit pakaian ibunya. 94. Kerajaan memahami hasrat rakyat. 95. Murid itu mendengar nasihat gurunya. 96. Orang itu memikirkan masa depan keluarganya. 97. Posmen menghantar bungkusan itu. 98. Perlanggaran mengorbankan tiga nyawa. itu (ii) Kata kerja terbitan Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada golongan kata yang lain seperti 470 ;~ . '1 AYAT TUNGGAL kata nama atau kata adjektif. Untuk menjadi kata kerja terbitan, kata nama atau kata adjektiftersebut memerlukan imbuhan meN-... -kan, meN-... -i, atau memper-... misalnya, menyekolahkan, membuahkan, menghasilkan, memburukkan, menemani, menjalani, membaiki, menghalusi, memperluas, memperbudak, memperhangat, dan memperindah. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat memerlukan objek seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Predikat Subjek Kata Kerja Transitif Objek 99. Encik Sulaiman menyekol~kan anak bongsunya. 100. Kerja mereka membuahkan kejayaan. 101. Usahanya mendatangkan hasillumayan. 102. Dia selalu orang lain. memburukkan 103. Encik Yusof menemani ibu tua itu. 104. Pelatih itu menjalani latihan tahan lasak. 105. Zakaria membaiki basikalnya. 106. Ketuanya sedang menghalusi laporan itu. 107. Tokoh itu telah memperluas pengaruhnya. 108. Pegawai itu suka memperbudak pekerja-pekerjanya. 109. Hujah-hujah memperhangat majlis itu. pembahas 110. Bapakami memperindah serambi rumah. (iii) Kata bantu Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu, iaitu: (a) Kata bantu aspek. (b) Kata bantu ragam. (a) Kata bantu aspek Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau me471
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA nerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sarna ada belum, sedang, atau sudah dilakukan. Kata bantu aspek dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: akan belum pemah sedang masih baru sudah telah mula Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan, seperti dalam contoh yang berikut: 111. Saya akan menulis surat kepada mereka. 112. Pesawat itu belum tiba lagi. Mula, sedang, dan masih menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu mula, sedang at au belum selesai dilakukan seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 113. 114. 115. Kereta api itu mula bergerak Negara Malaysia sedang pesat membangun. Projek itu masih dalam peringkat pertama. Baru, sudah, telah, dan pernah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu bam atau sudah selesai dilakukan seperti dalam ayat yang berikut: 116. 117. 118. 119. Pekerja itu baru bertugas hari ini. Encik Osman sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Dia telah pergi ke Rusia pada tahun lalu. Cik Zainab pernah memenangi peraduan menghias rumah. (b) Kata bantu ragam Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan rag am perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu jenis ini adalah seperti yang berikut: hendak mesti patut mahu boleh mungkin harus dapat enggan 472 ). AYATTUNGGAL Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah seperti yang berikut: 120. Orang tua itu hendak pergi ke bandar. 121. Dia mahu mandi di sungai. 122. Mereka harus datang pagi-pagi lagi. 123. Awak mesti belajar bersungguh-sungguh. 124. Aminah boleh menyertai peraduan itu. 125. Bayi itu dapat tidur nyenyak. 126. Kami hendak pulang segera. 127. Dia patut menyelesaikan tugasnya dahulu. 128. Mereka mungkin lambat sedikit. 129. Menteri itu enggan mengulas khabar angin itu. Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalarn ayat, iaitu sebelurn kata kerja, seperti yang terdapat dalarn contoh berikut: 130. 131. 132. 133. 134. 135. Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar. Dia belum hendak mandi lagi. Mereka harus sudah tiba. Arninah belum boleh menyertai peraduan itu. Bayi itu masih belum dapat tidur nyenyak. Karni masih boleh menjalankan kerja. (iv) Unsur keterangan Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerirna frasa keterangan. Frasa keterangan ialah unsur yang rnenerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 136. 137. 138. 139. 140. 141. 142. 143. Dia berjalan dengan cepat. Rarnai wanita bekerja di kilang. Kuliah itu tarnat pada pukul 5.00 petang. Mereka bertindak untuk kepentingan diri sendiri. Murid-rnurid itu datang dari kampung berdekatan. Pelajar baharu itu tiba dengan ayahnya. Mereka sedang berbincang tentant? perkara itu. Dia berlagak macam orang kaya .. 473
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, Dalam ayat di sebelah, unsur yang dicetak condong ialah unsur . keterangan yang terbentuk daripada frasa sendi nama. 17.4.3 Predikat Frasa Adjektif Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda. Kata adjektif selapis adalah seperti yang berikut: besar gemuk sedap pandai kecil tinggi rendah hitam putih tebal Di bawah ini diberikan contoh kata adjektif selapis yang berfungsi sebagai predikat: Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Adjektif 144. Ibu pejabat firma itu besar. 145. Kucing kesayangannya itu gemuk. 146. Masakannya enak. 147. Pelajar itu pandai. 148. Almarinya kecil. 149. Bangunan Menara Kembar amat indah. Petronas 150. Buah pokok durian kami sangat lebat. 151. Beg hitam ini tahan sungguh. 152. Pakaian jelitawan itu sangat cantik. 153. Buku harian ayah cukup tebal. Seperti contoh di atas, kata adjektif selapis boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, cukup, dan terlalu. Contoh lain adalah seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 144. (a) 145. (a) 146. (a) 474 Ibu pejabat firma itu amat besar. Kucing kesayangannya itu sangat gemuk. Masakannya cukup sedap. AYATTUNGGAL 147. (a) 148. (a) Pelajar itu sungguh pandai. Almarinya terlalu kedl . Ada juga kata penguat yang boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul, benar, dan sebagainya seperti yang terdapat dalam ayat berikut: 154. Harimau itu besar sungguh. 155. Kereta api itu laju sekali. 156. Anak guru kami pandai betul. 157. Ketua kampung itu baik benar. Semua kata adjektif dalam bahasa Melayu boleh hadir bersamasarna kata bandingan lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan ter- yang membawa maksud 'paling', seperti contoh yang berikut: 158. Kucing itu lebih comel daripada kucing ini. 159. Kereta pegawai itu lebih mahal daripada kereta saya. 160. Budak ini paling pandai antara mereka. 161. Bangunan inipaling tinggi di Kuala Lumpur. 162. Buku ini ternipis an tara semuanya. 163. Sungai Pahang terbesar di Malaysia Barat. Kata adjektif boleh juga digandakan untuk membawa erti banyak dan berbagai-bagai rupa bentuk serta sifatnya. Contohnya: besar-besar kecil-kecil tinggi -tinggi rendah-rendah panjang-panjang tumpul-tumpul bijak-bijak hijau-hijau kuning -kuning merah-merah Apabila kita menggunakan kata adjektif berganda, subjek jamaknya tidak perlu digandakan, seperti ayat yang berikut: 164. Rumah di bandar itu besar-besar. 165. Pekerja di kilang itu rajin-rajin. 166. Bangunan di bandar raya tinggi-tinggi. 167. Markah mereka dalam peperiksaan·kali ini rendah-rendah. 475
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 168. Talinya panjang-panjang. 169. Penselnya tumpul-tumpul. 170. Pelajar sekolah itu bijak-bijak. 171. Lembu temakannya gem uk-gemuk. 172. Bajunya merah-merah belaka. 173. Lukisan di galeri itu cantik-cantik. Binaan frasa adjektif telah dibincangkan dengan terperinci dalam Bab 8 dan Bab 14. 17.4.4 Predikat Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Kata sendi nama adalah seperti di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, pada, dengan, oleh dan sebagainya. Di bawah ini diberikan contoh kata sendi nama yang membentuk frasa sendi nama: di rumah ke sekolah daripekan daripada Muhamad untuk ayah pada dia dengan saya kepada semua pekerja Kehadiran frasa sendi nama di atas sebagai predikat adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: '. Subjek Predikat Frasa Sendi Nama 174. Adik saya di rumah. 175. Mereka semua dari kampung. 176. Abang Ali ke sekolah. 177. Bungkusan itu daripada Muhamad. 178. Hadi;:,h ini untuk ayah. 179. Lukisan itu oleh Ibrahim Hussein. 180. Begnya pada saya. 18l. Arahan itu kepada semua pekerja. 476 AYAT TUNGGAL Binaan frasa sendi nama telah dibincangkan dengan terperinci dalam Bab 15 sebelum inL 17.5 Susunan Konstituen Ayat Thnggal Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan, iaitu: (i) Susunan biasa. (ii) Susunan songsang. 17.5.1 Susunan Biasa Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Subjek Predikat 182. Guru itu telah memenangi hadiah pertama. 183. Beberapa buah musnah dalam kebakaran itu. bangunan 184. Semua pelaj'!-f kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. 185. Setiap tuntutan akan mendapat layanan. 186. Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. 187. Setengah-setengah masih kukuh lagi. bangunan lama itu 188. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. peperiksaan 189. Hampir semua pekerja telah me nghadiri kursus pengurusan berkualiti. 190. Negeri-negeJ;i Pantai masyhur dengan perusahaan Timur kerajinan tangan. 19l. Penyalahgunaan dadah melemahkan tenaga pekerja kilang itu. Dalam ayat yang mempunyai susunan bias a seperti yang di atas, suasana ucapan adalah bias a, dengan erti kata bahawa tidak 477
TATABAHASA DEWAN ED"S1 KET1GA terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsumya. Tetapi lazimnya, dalam percakapan dan penulisan biasa, terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara, iaitu pertama, dengan menggunakan partikel -lah, -kah, dan -tah, dan perkataan pun, jua, juga, sahaja dan lagi. Cara kedua adalah dengan mengubah kedudukan susunan konstituen ayat yang menghasilkan ayat songsang. Dalam penggunaan partikel -lah, -kah, dan -tah, konstituen yang menerima kata penegas itu mengalami proses pendepanan seperti contoh yang berikut: 192. (a) Bapa saya dia. (b) Dialah bapa saya. 193. (a) Adik kami datang? (b) Datangkah adik kami? 194. (a) Daya kita apa? (b) Apatah daya kita? Huraian selanjutnya tentang pendepanan ayat akan dibincangkan dalam Ceraian 17.5.2 di bawah dan dalam Bab 19 Ceraian 19.4.3. Ayat yang berikut pula menunjukkan penggunaan kata penegas pun, jua, juga, sahaja dan lagi. Contohnya adalah seperti yang berikut: 195. Pegawai itupun tidak melayani kami. 196. Saya ingin juga ke sana. 197. Kita meminta rahmat daripada Allah jua. 198. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja. 199. Orang itu tidak akan datang lagi. 17.5.2 Susunan Songsang Ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang, unsurunsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas 478 AYATTUNGGAL subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu: (i) Pendepanan seluruh predikat. (ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat. (i) Pendepanan seluruh predikat Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contoh proses pendepanan adalah seperti yang terdapat dalam ayat berikut. Contoh ayat menunjukkan bahawa ayat (a) merupakan susunan biasa, manakala ayat (b) ialah ayat songsang yang telah dikedepankan seluruh predikatnya: 200. (a) Perangainya baik sungguh. (b) Baik sungguh perangainya. 201. (a) Pendaki itu berjayajuga akhirnya. (b) Berjayajuga akhirnya pendaki itu. 202. (a) Orang tua itu sangat rajin. (b) Sangat rajin orang tua itu. 203. (a) Rasa buah itu enak sekali. (b) Enak sekali rasa buah itu. 204. (a) Penyesalannya tidak berguna lagi. (b) Tidak berguna lagi penyesalannya. 205. (a) Binatang itu sudah mati agaknya. (b) Sudah mati agaknya binatang itu. 206. (a) Pegawai itu masih belum sampai. (b) Masih belum sampai pegawai itu. 207. (a) Nasibnya sungguh malang. (b) Sungguh malang nasibnya. 208. (a) Surat itu dari seberang laut agaknya. (b) Dari seberang laut agaknya surat itu. 209. (a) Bapanya petani. (b) Petani bapanya. 479
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas -lah, -kah, dan -tah. Dalam hal ini, proses pendepanan seluruh predikat dimestikan. Sebagai contoh, ayat 192-194 diperturunkan semula seperti yang berikut: 210. (a) Bapa saya dia. (b) Dialah bapa saya. (c) *Bapa saya dialah. 211. (a) Adik kami datang? (b) Datangkah adik kami? (c) * Adik kami datangkah? 212. (a) Daya kita apa? (b) Apatah daya kita? (c) *Daya kita apatah? (ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat Bahagian-bahagian daripada predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan, iaitu: (a) Pendepanan frasa kerja. (b) Pendepanan frasa adjektif. (c) Pendepanan frasa sendi nama. (a) Pendepananjrasa kerja Dalam proses ini, bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh mengalarni proses pendepanan. Perhatikan contoh yang berikut: Pendepanan kata kerja sahaja 213. (a) Kat;1ak-kanak itu berkejar-kejaran di padang. (b) Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang. 214. (a) Hati saya terkilan tadi. (b) Terkilan hati saya tadi. 215. (a) Mereka bekerja setiap hari. (b) Bekerja mereka setiap hari. 216. (a) Dia terduduk di situ. (b) Terduduk dia di situ. 217. (a) Bayi itu menangis setiap malam. (b) Menangis bayi itu setiap malam. 480 I I I . j 1 :: ~ :, ~: AYATTUNGGAL Pendepanan kata kerja dengan objek 218. (a) Dia membaca buku di perpustakaan. (b) Membaca buku dia di perpustakaan. 219. (a) PakAbu menanamjagung tahun ini. (b) Menanam jagung Pak Abu tahun ini. 220. (a) Ali tersepak batu dalam permainan itu. (b) Tersepak batu Ali dalam permainan itu. 221. (a) Kakak membersihkan halaman rumah pagi ini. (b) Membersihkan halaman rumah kakak pagi ini. 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu 223. (a) Budak-budak itu masih bermain. (b) Masih bermain budak-budak itu. 224. (a) Anaknya baru sampai dari luar negeri. (b) Baru sampai anaknya dari luar negeri. 225. (a) Mereka akan pergi ke Kedah pagi esok. (b) Akan pergi ke Kedah mereka pagi esok. 226. (a) Guru itu sedang mengajar. (b) Sedang mengajar guru itu. 227. (a) Keluarga itupernah berkunjung ke ibu kota . (b) Pernah berkunjung ke ibu kota keluarga itu. (b) Pendepananjrasa adjektij Dalam ayat susun biasa, kata adjektif hadir dalam konstituen predikat, yang letaknya sesudah konstituen subjek, tetapi susunan tersebut boleh diterbalikkan dengan meletakkan frasa adjektifnya di bahagian hadapan ayat, iaitu mendahului subjek. Bahagian yang boleh dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata adjektif dengan kata bantu. Contohnya adalah seperti yang berikut: Pendepanan kata adjektij sahaja 228. (a) Dia sakit pada masa itu. (b) Sakit dia pada mas a itu. 481
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 229. (a) Badannya lesu sepanjang masa. (b) Lesu badannya sepanjang masa. 230. (a) Pelajar itu baik dalam semua pelajarannya. (b) Baik pelajar itu dalam semua pelajamya. 231. (a) Orang tU[ itu lumpuh dengan tiba-tiba. (b) Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba. 232. (a) Pegawai baharu di pejabat kami itu bijak. (b) Bijak pegawai baharu di pejabat kami itu. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu 233. (a) Barang itu belum tentu baik. (b) Be/um tentu baik barang itu. 234. (a) Bangunan lama itu masih teguh lagi. (b) Masih teguh lagi bangunan lama itu. 235. (a) Orang muda itu sedang sakit tenat. (b) Sedang sakit tenat orang muda itu. 236. (a) Anak pendeta belum tentu pandai. (b) Belum tentu pandai anak pendeta. (c) Pendepananjrasa sendi nama Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan, iaitu mendahului subjek. Frasa sendi nama dalam susunan ayat bias a hadir pada konstituen predikat, sarna ada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat: (i) Frasa sendi nama sebagai predikat. (ii) Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Contohnya: Frasa sendi nama sebagai predikat 237. (a) Barang-barang itu untuk ibu. (b) Untuk ibu barang-barang itu. 238. (a) Surat ini daripada Ali. (b) Daripada Ali surat ini. 239. (a) Arahan baharu itu kepada pekerjanya. 482 .~. AYATTUNGGAL (b) Kepada pekefjanya arahan baharu itu. 240. (a) Tiket basnya masih pada saya. (b) Masih pada saya tiket basnya. 241. (a) Dia di Kuala Lumpur sekarang. (b) Di Kuala Lumpur dia sekarang. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat 242. (a) Saya berpegang padajanji. (b) Padajanji saya berpegang. 243. (a) Kaum Muslimin wajib bertawakal kepada Allah. (b) Kepada Allah kaum Muslimin wajib bertawakal. 244. (a) Endk Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini. (b) Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu. 245. (a) Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. (b) Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh. 246. (a) Mahasiswa itu menelaah pelajarannya untuk peperiksaan akhir. (b) Untuk peperiksaan akhir mahasiswa itu menelaah pelajarannya. 17.6 Ayat Aktif dan Ayat Pas if Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti yang beriklit: 247. Ali menendang bola. (aktiftransitif) 248. Anjing itu mengejar kucing. (aktiftransitif) 249. Dia mengelamun sepan jang hari. (aktif tak transitif) 250. Murid-murid sekolah itu sedang bylajar. (aktif tak transitif) 483
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Ayat pasif pula terbe~tuk as~lnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya adalah seperti yang berikut: 251. Bola ditendang oleh Ali. 252. Kucing itu dikejar oleh anjing. 253. Pantai Timur dilanda banjir. 254. Buku itu saya baca. 255. Kitab itu hendaklah kamu simpan baik-baik. 17.7 Pembahagian Ayat Aktif Seperti yang telah dinyatakan di atas, ayat aktif boleh dibahagikan kepada: (i) Ayat aktif transitif. (ii) Ayat aktif tak transitif. 17.7. 1 Ayat Aktif Transitif Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nalda ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya. Contohnya: Predikat Subjek Kata Kerja Objek Transitif 256. Guru Besar memanggil saya. 257. Mereka membaiki jalan itu. 258. Dia membeli buah durian. 259. Raja Siam melantik wakilnya. 484 ,. ., . " AYATTUNGGAL sambungan Predikat Subjek Kata Kerja Objek Transitif 260. Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka. 261. Penyalahgunaan mengancam keselamatan dadah negara. 262. Banjir melanda pekan kami. 263. Ahmad mengarang buku itu. 264. Baginda merasmikan pameran itu. 265. Air hujan membasahi bajunya. Tentang ayat aktif transitif yang mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kat a kerjanya, bentuk demikian sebenarnya merupakan ayat majmuk dan ini akan dibincangkan dalam Bab 18. Walau bagaimanapun, sebagai Jambaran awal, di bawah ini diberikan beberapa contoh: 266. Dia menyatakan bahawa Abu sudah meninggalkan kampungnya. 267. Kami mengetahui bahawa Siti sudah berkahwin. 268. Mereka menganggap bahawa kita lemah. 269. Saya mengesahkan bahawa berita itu benar. 270. Pegawai itu menyedari bahawa dia perlu membaiki sikapnya. Ada.juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi ~~ta ke~Ja yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, laltu obJek tepat dan objek sipi. Contohnya seperti yang berikut: Predikat Subjek Kata Kerja Objek Objek Sipi Aktif Transitif 271. Pembantu membawakan saya secawan kopi. rumahnya 485
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sambungan Predikat Subjek Kata Kerja Objek Objek Sipi Aktif Transitif 272. Abang membelikan ibu sebuah rumah. 273. Halimah menghadiahi anaknya sebuah basikal. 274. Baginda menganugerahi pahlawan bintang itu kehormatan. 275. Gadis itu menjahitkan adiknya sehelai baju. Dalam rajah di atas, objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja transitifnya disebut objek tepat, dan objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja itu disebut objek sipi. Ayat aktif transitif yang mempunyai dua objek boleh diubah binaannya seperti yang terdapat dalam rajah yang berikut, iaitu objek tepat menerima kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, manakala objek sipi asal menjadi objek tepat baharu. Predikat Subjek Kata Kerja Objek Frasa Sendi Nama (Keterangan) 271. (a) Pembantu membawa secawan untuk saya. rumahnya kopi 272. (a) Abang membeli sebuah untuk ibu. rumah 273. (a) Halimah menghadiahkan sebuah kepada anakbasikal nya. 274. (a) Baginda menganugerah- bintang kepada kan kehormatan pahlawan itu. 275. (a) Gadis itu menjahit sehelai untuk adiknya. baju AYATTUNGGAL Ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sarna ada berbentuk tunggal atau majmuk (sila !ihat Bab 13, Ceraian 13. 4.1). Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. 276. Kegagalannya amat menyedihkan saya. 277. Peristiwa itu amat memalukan kita. 278. Keputusan itu sungguh memeranjatkan ibu bapanya. 279. Alasannya kurang meyakinkan ketuanya. 280. Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda. 17.7.2 Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif: (i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. (ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. (i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan Ayat aktif jenis ini ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan. Contohnya adalah seperti yang berikut: 281. (a) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. (b) Kanak-kanak sedang mandi. 282. (a) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja. (b) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar. 486 487
TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA 283. (a) Dia menangis sepanjang hari. (b) Dia menangis. 284. (a) Suara azan sedang mengalun di angkasa raya. (b) Suara azan sedang mengalun. 285. (a) Pokok itu membesar dengan cepatnya. (b) Pokok itu membesar. 286. (a) Pak Haji itu berserban setiap hari. (b) Pak Haji itu berserban. 287. (a) Setengah-setengah belia bemiaga di pasar malam. (b) Setengah-setengah belia bemiaga. 288. (a) Kertas itu bergaris lintang. (b) Kertas itu bergaris. 289. (a) Mereka berkebun di kampung. (b) Mereka berkebun. 290. (a) Ombak memutih di pantai. (b) Ombak memutih. (ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan Ayat aktif jenis ini ialah ayat yang mengandungi kat a kerja yang mesti diikuti oleh unsurpelengkap untuk menyempumakan maksud ayat. Un sur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Penjelasan terperinci telah diberikan dalam Bab 7, Ceraian 7.2.1.2. Contohnya: 291. (a) Dia berada di Kuala Lumpur. (b) *Dia berada. 292. (a) Kebanyakan mereka tinggal di rumah setinggan. (b) *Kebanyakan mereka tinggal. 293. (a) Bas itu menuju ke utara. (b) *Bas itu menuju. 294. (a) Kebanyakan pelajar itu berasal dari u,tara Semenanjung. (b) *Kebanyakan pelajar itu berasal. 295. (a) Pembangunan menjadi pesat. (b) *Pembangunan menjadi. 488 ; \ ; . AYATTUNGGAL 296. (a) Penyakitnya beransur sembuh. (b) *Penyakitnya beransur. 297. (a) Para peniaga itu ingin menjadi kaya. (b) *Para peniaga itu ingin menjadi. 298. (a) Semua kenderaan menghala ke timur. (b) Semua kenderaan menghala. 299. (a) Saya bercadang untuk ke sana. (b) *Saya bercadang. 300. (a) Dia bertilamkan rumput pada malam itu. (b) *Dia bertilamkan. 301. (a) Dia bertujuan ke Johor. (b) *Dia bertujuan. 302. (a) Mereka bermastautin di Kuala Lipis. (b) *Mereka bermastautin. 303. (a) Saya berasa sungguh yakin. (b) *Saya berasa. 304. (a) Dia tidak berbuatjahat. (b) *Dia tidak berbuat. 305. (a) Pengembara itu berselimutkan embun. (b) *Pengembara itu berselimutkan. 17.8 Pembahagian Ayat Pasif Pada umumnya, ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada: (i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. (iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. 17.8.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Ayat pas if jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kat a kerja pasif di- dan ter-. 489
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contohnya: Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Keterangan Pasif Nama 306. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. 307. Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi. 308. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian 309. Istana raja terbina bawahnya. oleh rakyat dalam masa satu tahun. ~ntuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sen~l nama ol~h pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerJa boleh dlgugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Ayat-ayat di atas, misalnya, boleh menjadi: 306. (a) Barang 1tU sudah diambil Ali semalam. 307. (a) Sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Na~un demikia~, sekiranya binaan oleh + FN itu terletak jauh danpada kata kerJa, maka oleh tidak boleh digugurkan. Perhatikan eontoh yang berikut: 306. 307. (b) Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali. (e) *Barang itu sudah diambil semalam Ali. (b) Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah. (e) *Sampah sarap dibakar pagi tadi ayah. Demi.kian juga, un~uk ayat pas if dengan kata kerja pasif ter-, kata sendl nama oleh tldak boleh digugurkan, misalnya: 490 308. (a) Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya. (b) *Tembok itu terlanggar lori pada bahagian bawahnya. 309. (a) Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. (b) *Istana raja terbina rakyat dalam masa satu tahun. ,i j .i 1 i ! j i I AYATTUNGGAL Untuk ayat pasif di atas, semua bahagian binaan oleh + FNboleh juga digugurkan. Keadaan ini berlaku apabila unsur subjeknya hendak diberikan tekanan. Perhatikan eontoh yang berikut: 306. (a) Barang itu sudah diambil Ali semalam. 306. (d) Barang itu sudah diambil semalam. 307. (a) Sampah sarap dibakar ayah pagi tadi. 307. (d) Sampah sarap dibakar pagi tadi. 308. (a) Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya. 308. (d) Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya. 309. (a) Tstana raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. 309. (d) Istana raja terbina dalam masa satu tahun. Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-... -an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan. Contohnya: SUbjek Predikat 310. Mereka kehujanan sepanjang hari. 311. Seluruh kampung kegemparan. 312. Baju itu berjahit dengan benang sutera. 313. Surat anaknya belum berjawab. Perlu diterangkan bahawa ayat pasif dengan kata kelja didigunakan hanya dengan frasa nama objek orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama dan orang kedua mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan, yang dibineangkan dalam 17.8.2 di bawah. 17.8.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja 491
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA dengan imbuhan pas if di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk kata penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, ando, kami, dan kita, manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya: Frasa Kerja Pasif Keterangan Subjek dengan Ganti Nama Diri PertamalKedua 314. Kerja itu sudab say a selesaikan sernalarn. 315. Makanan itu bel urn aku rasai lagi. 316. Makanan itu belurn kurasai lagi. 317. Hutang itu akan engkau jelaskan sepenubnya. 318. Hutang itu akan kaujelaskan sepenubnya. 319. Perkara terse but belurn awak putuskan sehingga kini. 320. Persetujuannya barus anda sarnpaikan dengan segera. 321. Tugas ini rnesti karni pikul dengan sepenuhnya. 322. Beban ini akan kita tanggung bersarna-sarna. Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti yang berikut: 323. Saya tendang bola itu. yang berasal daripada ayat pasif susunan biasa: 324. Bola itu saya tendang. Kadangkala penutur bahasa Melayu terkeliru dengan menganggap ayat Saya tendang bola itu sebagai ayat aktif, iaitu sarna seperti ayat Saya menendang bola itu. Kekeliruan ini dapat dielakkan dengan membezakan eara menyebutkan keduadua ayat itu, iaitu melalui intonasi. Bagi ayat aktif, pola intonasi ialah 2-4-2-3, semen tara pol a intonasi ayat pasif songsang ialah 2-3-1, seperti yangberikut: 317. (a) 3 menendang bola i tu 2 492 ·1···.····· • .. l, :. i .J; AYAT TUNGGAL (b) 3 Saya ten dang bola itu 2----' Untuk perbineangan tentang intonasi ay<..t, sila lihat Ceraian 16.9.1. 17.8.3 Ayat Pas if dengan Kata Bantu Pasif Kena Ayat pas if jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, seeara pilihan, digugurkan seperti eontoh yang berikut: SUbjek Kena Kata Kerja oleh + Frasa Dasar Nama 325. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis). 326. Dia kena tipu (oleb pernuda itu). 327. Mereka kena basut (oleb anasir luar). 328. Perajurit itu kena ternbak (oleb pengganas). 329. Budak-budak itu kena kejar (oleb anjing). 17.9 Unsur Pilihan dalam Frasa Predikat Dalam 17.4 telah dinyatakan bahawa predikat ayat tunggal boleh dibina daripada empat unsur utama, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Selain empat unsur utama tersebut terdapat juga dua unsur pilihan, iaitu: (i) Kata nati. (ii) Kata pemeri. 17.9.1 Kata Nafi Kata nati ialah unsur yang menyatakan maksud nati atau negatif kepada unsur utama dalam predikat itu. Ada dua bent uk kata nati, iaitu bukan dan tidak. Kata nati bukan boleh menatikan semua frasa nama dan frasa sendi nama, misalnya: 330. Itu bukan sekolahnya. 493
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 331. 332. 333. 334. 335. 336. Projek itu bukan usaha saya. Hadiah itu bukan untuk bapa. Kereta api itu bukan dari Ipoh. Wang itu bukan daripadanya. Lukisan itu bukan oleh pelukis mud a itu. Faedahnya bukan untuk saya sahaja. Kata nafi tidak boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: 337. Mereka tidak datang semalam. 338. Dia tidak menjemput saya. 339. Bapa saya tidak kuat lagi. 340. Suratnya tidak berapa panjang. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir bagi menafikan maksud frasa kerja dan frasa adjektif,jika kedua-duanya ada mendukung maksud "pertentangan maklumat", misalnya: 341. Budak-budak itu bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. 342. Ali bukan pandai sangat, tetapi rajin. 343. Merek!l datang bukan hendak bermusuh sebaliknya hendak berbaik-baik. 344. Ucapannya bukan menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran. 345. Perangainya bukanlah buruk sangat, hanya sekadar tidak manis. Perlu diingat bahawa ayat di atas merupakan ayat majmuk yang akan dibincangkan selanjutnya dalam Bab 18. 17.9.2 Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau penghubung an tara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan dibuat melalui dua cara: 494 AYATTUNGGAL (i) Secara persamaan an tara subjek dengan predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri ialah. (ii) Secara huraian terhadap subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. (i) Secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif dengan penggunaan kata pemeri "ialah" Kata pemeri ialah hadir di~9..~£::tJ~.lt~.~ !ll:),!£jl. Contohnya: WiC .. --____ ...................... .....,.....,... 346. Pemimpin negara kita pernah menyatakan bahawa sifat sebuah masyarakat maju ialah kebolehan memahami dan mengawal teknologi. 347. Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga kerja terlatih. 348. Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita. 349. Bangunan di hadapan sekolah itu ialah pusat belia kampung kami. (ii) SeCQl'a huraian terhadap subjek oleh predikat dengan penggunaan kata pemeri "adalah" Kata pemeri aqalah b<.?!~~ .. ~_'!?i.r~i .1:!~cl~llil!1~fr;:t,§,~~.Qj~.Kti.t..g~}1=f.~~~va sendi nama. Co'nto!1nya: '"'.'-:;':'.'r'~~"''-o~",,~ .... ~ ... ¥'''.'';;~ 350. Kenyataan daripada pegawai undang-undang itu adalah sangat penting. 35 I. Penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pengilangan di negara ini adalah terlalu kecil. 352. Taklimat tentang skim jawatan itu adalah terlalu panjang. 353. Fungsi utama tulang adalah sebagai pelindung organ utama seperti sistem saraf pusat, jantung, dan paruparu. 354. Matlamat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan adalah untuk kemajuan neg~ra. 495
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 355. Cenderamata dalam bungkusan merah itu adalah untuk tetamu undangan luar negeri sahaja. Pad a umumnya kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nati kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + ]rasa adjektif. Contohnya: 356. Kenyataan ten tang kebocoran itu daripada pegawai jabatan adalah tidak munasabah dan mungkin terlalu awal. 357. Kita semua sedia maklum bahawa dunia yang dicipta oleh Tuhan ini adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua. 358. Keputusan panel temu duga bagi jawatan kerani di jabatan itu, pada pandangan beberapa orang kakitangannya, adalah tidak adil dan akan dibantah. Sebagai penutup, perlu diingatkan bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu kecuali bagi bentuk-bentuk seperti dalam 17.9.2. 496 '- , \ J .... 1 r r r I I I I I \ . \ BAB 18 AyatMajrnuk 18.1 Pendahuluan Dalam Bab 17 perbincangan kita telah ditumpukan pada ayat tunggal dari segi binaan dan ragamnya. Perlu disedari bahawa dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kita tidak menggunakan ayat tunggal sahaja. Kita sering juga menggunakan ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicanturnkan. Malah kita menggunakan beberapa ayat tunggal atau sekumpulan ayat tunggal dalam percakapan kita sehari-hari. Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang dicanturnkan ini disebut ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencanturnkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah ayat hasil daripada cantuman ayat 1. (a) dengan ayat 1. (b); 1. Ali sedang membaca buku dan Fatitpah sedang membuat latihan matematik. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Demikian juga, ayat 2 di bawah berasal daripada ayat 2. (a) dan 2. (b), ayat 3 daripada 3. (a) dan 3. (b), ayat 4 daripada 4. (a) dan 4. (b), ayat 5 daripada 5. (a) dan 5. (b) dan ayat 6 daripada 6. (a) dan 6. (b), seperti yang berikut: 497
TATABAHASA DEWAN EDlS! KET!GA 2. Abu rajin tetapi adiknya malas. (a) Abu rajin. (b) Adiknya malas. 3. Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi. (a) Guru sekolah saya tekun. (b) Guru sekolah saya berdedikasi. 4. Dia membeli buku yang teba!. (a) Dia membeli buku. (b) Buku itu teba!. 5. Ayah mendapat berita bahawa abang telah tamat latihan. (a) Ayah mendapat berita. (b) Abang telah tamat latihan. 6. Anak itu menangis kerana ia lapar. (a) Anak itu menangis. (b) Anak itu lapar. Daripada contoh di atas, jelas kelihatan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Dengan berdasarkan cara ayat majmuk itu dibentuk, terdapat tiga jenis utama, iaitu: (i) Ayat majmuk gabungan. (ii) Ayat majmuk pancangan. (iii) Ayat majmuk campuran. Perbincangan berikut akan menghuraikan ketiga-tiga jenis ayat majmuk ini dengan terperinci. 18.2 Ayat Majrnuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya, seperti contoh yang berikut: 7. Murid-murid berlari dan bernyanyi. 8. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. 9. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat? 498 AYATMAJMUK Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayatayat itu sarna taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan an tara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun bertutur-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh: 10. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka. 11. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan. Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,). 18.2.1 Pernbentukan Ayat Majrnuk Gabungan Ayat berikut merupakan contoh ayat majmuk yang dibentuk dengan menggunakan kata hubung seperti dan, lalu, lagi, serta, dan sebagainya. Contohnya: 12. Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak. 13. Mereka bangun lalu turun ke serambi. 14. Ayahnya banyak pengalaman lagi besar pengaruhnya. 15. Ia bercakap dengan kuat serta menepuk-nepuk dadanya. 16. Mereka melompat-lompat sambi! menjerit dengan kuat. Perkaitan an tara ayat dalam ayat majmuk jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti yang berikut: ~ Kata hubung 499
TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA Dalam rajah di sebelah: ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3, melalui kata hubung. Dari segi teori, ayat majmuk jenis ini boleh terdiri daripada percantuman beberapa ayat tunggal, seperti dalam gambar rajah yang berikut: Dengan mengambil ayat Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak sebagai contoh, gambar rajahnya dapat dibuat seperti yang berikut: Ayat Katahubungdalam ayat 12-16 di atas letaknya an tara dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak kepada mana-mana ayat. Tugas kata hubung untuk menghubungkan ayat-ayat dan menjadikannya satu ayat yang lebih besar. Dalam penyambungan ayat-ayat ini, beberapa perkara dapat berlaku pada bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Dalam contoh berikut kesemua bahagian ayat yang digabungkan itu dikekalkan, iaitu ayat (a) digabungkan dengan ayat (b) dengan kata hubung untuk menghasilkan (c): 17. (a) Saya minum teh. 500 , , AYATMAJMUK (b) Aminah makan nasi. Kata hubung: dan (c) Saya minum teh dan Aminah makan nasi. 18. (a) Ahmad kurus. (b) Adiknya gemuk. Kata hubung: tetapi (c) Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. Jikalau ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sarna dan diulang, maka bahagian yang sarna itu boleh digugurkan. Misalnya, daripada ayat: 19. (a) Ali pandai bermain bola. (b) Ali pandai bermain hoki. boleh dihasilkan ayat: (c) Ali pandai bermain bola dan hoki. Demikian juga halnya dengan ayat yang berikut: 20. Tetamu undangan itu tiba, lalu naik ke pentas. - yang terdiri daripada gabungan dua ayat tunggal berikut: ;~ : 20. (a) Tetamu undangan itu tiba. (b) Tetamu undangan itu naik ke pentas. Contoh lain yang sarna ialah: 21. Rumah itu baru sahaja siap dan belum ada penghuninya. yang berasal daripada: 21. (a) Rumah itu baru sahaja siap. (b) Rumah itu belum ada penghuninya. 22. Saya suka belajar bahasa Jerman dan adik saya bahasa Jepun. yang berasal daripada: 22. (a) Saya suka belajar bahasa Jerman. (b) Adik saya suka belajar bahasa Jepun. Ayat-ayat yang dihubungkan adalah daripada jenis yang sarna dan boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, 501
TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA atau ayat tanya, tetapi ayat-ayat tersebut biasanya tidak boleh dicampuradukkan jenisnya. Contohnya: 23. Ahmad rajin belajar tetapi adiknya malas. 24. Pergilah m~suk ke bilik dan tidur! 25. Bolehkah anda datang esok dan menyelesaikan kerja itu? Ayat-ayat di bawah ini, sebaliknya, tidak gramatis: 26. * Ahmad rajin belajar dan tidur! 27. *Pergilah mas uk ke bilik dan sungai itu cetek. 28. *Bolehkah anda datang esok tetapi adiknya malas. Selain itu, ayat terbitan yang merupakan ayat-ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan makna untuk menjadikan ayat-ayat tersebut gramatis. Perhatikan contoh yang berikut: 29. (a) Ali bermain bola dan adiknya bermain guli. (b) * Ali bermain bola dan rumah itu terbakar. 30. (a) Emak menjahit baju dan kakak menjahit sarung bantal. (b) *Emak menjahit baju dan kucing itu gemuk. Proses penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat. Perhatikan ayat yang berikut: 31. Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat datuk, nenek, pak cik, mak cik, dan saudara-mara di kampung. Kelihatan bahawa ayat di atas terdiri daripada lima ayat tunggal yang telah dijadikan satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang berulang-ulang, iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya melawat. Demikian juga, kehadiran dan yang berulang-ulang boleh dihilangkan, kecuali yang akhir, seperti contoh berikut: 502 32. Ibu memasak, ayah membaca akhbar dan abang mendengar radio. AYATMAJMUK yang berasal daripada: 32. (a) Ibu memasak dan ayah membaca akhbar dan abang mendengar radio. Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sarna sekali, misalnya: 33. Adik ke sekolah, ayah ke pejabat. Ayat di at as merupakan kelainan bagi ayat yang berikut: 33. (a) Adik ke sekolah dan ayah ke pejabat. Dalam ayat ini, oleh sebab dan tidak menerima tekanan, maka dan boleh digugurkan. Makna ayat itu tetap tidak berubah. 18.2.2 Jenis Gabungan Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurangkurangnya menghasilkan tiga jenis gabungan utama, iaitu: (i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu. Contoh ayat yang dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, dan sambi!, telah diberikan dalam 18.2.1 ayat 12-16. Contoh seterusnya adalah seperti yang berikut: 34. Beliau memandang saya sambi! tersenyum. 35. Pendapat beliau amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. 36. Wanita itu baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati saya. 37. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya. 38. Pertama saya tidak berwang, kedua saya kurang berminat dalam hal ini dan ketiga saya sekarang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. 503
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (ii) Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu. Contohnya: 39. Ayahnya raj in berniaga tetapi anaknya tidak berminat sarna sekali. 40. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. 41. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. 42. Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang senti as a berbuat baik. 43. Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah. (iii) Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baik ... daripada, apakah ... ataupun, adakah ... atau(pun), sama ada . .. atau, dan sebagainya. Contohnya: 44. Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri. 45. Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri. 46. Apakah Menteri akan hadir di majlis itu ataupun wakilnya? 47. Adakah berita itu benar atau (pun) khabar angin sahaja? 48. Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti. 18.3 Ayat Majrnuk Pancangan Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sarna. Seperti yang telah diterangkan, dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sarna taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ada tigajenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang 504 . ,.,- AYATMAJMUK dipancangkan, iaitu: (i) Ayat relatif. (ii) Ayat komplemen. (iii) Ayat keterangan. 18.3.1 Ayat Relatif Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh yang berikut: 49. Saya membeli baju yang berwarna merah . 50. Mereka menonton wayang yang am at lucu. 51. Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya. 52. Lembu yang menanduk kereta saya itu lari ke dalam semak. 53. Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. 54. Emak menggosok baju yang dijahit 0leh Lina Ayat 49 sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu: 49. (a) Saya membeli baju. (b) Baju itu berwarna merah. Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Baju itu berwarna merah dipancangkan ke dalam ayat induk Saya membeli ba!u. Oleh sebab ungkapan baju diulang, maka baju yang kedua Itu digugurkan dan digantikan dengan kat a hubung relatif yang. Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti yang berikut: Pertama Kedua Ketiga Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah Saya membeli baju yang berwarna merah. Dalam ayat Saya membeli baju yang berwarna merah, ayat induknya ialah Saya membeli baju, sementara ayat kecil relatif yang dipancangkan ke dalamnya ialah Baju itu berwarna rrz.e~ah yang kemudiannya menjadi yang berwarna merah. Demlktan 505
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA juga dengan ayat 5 I Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya yang terdapat dua ayat di dalamnya, iaitu: 51. (a) Budak itu anak saya. (b) Budak itu sedang membaca majalah. Ayat Budak itu sedang membaca majalah dipancangkan ke dalam ayat Budak itu anak saya. Oleh sebab frasa budak itu diulang maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang. Secara kasar proses ini boleh digambarkan seperti yang berikut: ' Pertama Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca majalah. Kedua Budak itu + Budak itu sedang membaca majalah + anak saya. Ketiga Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya. Perbezaan antara ayat 49 dengan ayat 51 terletak pada hakikat bahawa dalam ayat 49 ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas sebagai objek, sementara ayat 51 menerima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu kepada budak yang sedang membaca majalah itu. Ayat 53 berbeza lagi daripada kedua-dua ayat sebelumnya. Seperti ayat relatif lain, ayat ini juga terdiri daripada ayat induk dengan ayat kecil seperti yang berikut: Ayat induk Ayat kecil 53. (a) Bas itu bas ekspres. 53. (b) Adik saya menaiki bas itu. yang dijadikan ayat pasif: Bas dinaiki adik saya. Pemajmukan ayat induk 5 I (a) dan ayat kecil 5 I (b) melahirkan ayat baharu, ayat majmuk relatif: Bas yang dinaiki adik saya itu bas ekspres. Contoh lain: 506 55. Mereka melihat lukisan yang sungguh indah itu. 56. Pihak pengurusan membantu pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja. AYATMAJMUK 57. Guru sukan memuji murid-murid yang berjaya dalam pertandingan itu. 58. Orang yang baru datang itu membawa buah tangan. 59. Udara yang nyaman menyegarkan. 60. Pemuda yang berusaha bersungguh-sungguh itu me menangi hadiah. 6 I. Mereka menunggu di bilik yang telah dibersihkan. 62. Buku yang dibeli oleh Ali am at tebal. 63. Mereka melihat anak bulan di Bait al-Hilal yang terletak di Teluk Kemang. 64. Perompak yang menembak polis telah ditangkap. Seperti yang terdapat dalam contoh di atas, penanda relatif ialah yang. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripadaj7-asa nama + yang seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 65. (a) Warna yang biru itu warna kegemaran ibu saya. (b) Yang biru itu warna kegemaran ibu saya. 66. (a) Bangunan yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera. (b) Yang tinggi itu bangunan Bank Bumiputera. 67. (a) Orang yang tinggal di luar bandar kebanyakannya orang Melayu. (b) Yang tinggal di luar bandar kebanyakannya orang Melayu. 68. (a) Mereka yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. (b) Yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. 69. (a) Orang yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu sentiasa dikenang. (b) Yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu sentiasa dikenang. . 507
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 18.3.2 Ayat Komplemen Perhatikan ayat-ayat berikut: 70. Murid yang sakit itu telah pulang 71. Dia menerangkan bahawa murid itu sakit. Ayat 70 ialah ayat relatif. Seperti yang telah diterangkan di atas, perkataan yang dalam frasa yang sakit itu menggantikan frasa yang diulang, iaitu murid itu seperti yang terdapat dalam ayat-ayat asal dalam ayat 70(a) dan 70(b) yang berikut: 70. (a) Murid itu telah pulang. (b) Murid itu sakit. Ayat Murid itu sakit telah dipancangkan sebagai ayat relatif ke dalam ayat Murid itu telah pulang. Dalam ayat 71 ayat bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Dalam ayat tersebut terdapat subjek dia dan kata kerja transitif menerangkan, dan ayat bahawa murid itu sakit seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu. lni dapat digambarkan dengan gambar rajah yang berikut: 71. s p FN FK KK ~FN (obj) KKomp ~ A Dia menerangkan bahawa murid itu sakit 508 AYATMAJMUK Dari satu segi, ayat di sebelah tidak jauh bezanya daripada ayat yang berikut: 72. Ahmad membeli buku. Dalam ayat ini, buku pun berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif membeli. Perbezaan terletak pada struktur kedua-dua ayat. Buku ialah objek bagi kata kerja membeZi sementara bahawa murid itu sakit ialah ayat yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja menerangkan. Ayat Dia menerangkan bahawa murid itu sakit terdiri daripada dua ayat, iaitu: 71. (a) Dia menerangkan sesuatu. (Ay~t induk) (b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen) Ayat 71(b) telah dipancang ke dalam ayat 71(a) untuk melengkapkan kat a ke.rlsu;talauL.a)LaLte,rsebut. Hubungan seperti ini, yang berbeza daripada hubungan ayat relatif, disebut hubungan komplemen. Dalam ayat Dia menerangkan bahawa murid itu sakit, ayat induknya ialah ayat 71(a) sementara ayat 71(b) merupakan ayat komplemen. Pembentukan ayat majmuk komplemen biasanya disertai penggunaan beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai kata komplemen untuk menandakan hubungan ini. Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa. I\a.ta..k<m!RI~~!2..,~!:~~~.E.~I}~_h~L,.Q.aJJun ~ubj~!s.seperti ayat 75 dan 76. Kata komplemen bahawa pula dapat hadir dalam subjek dan predikat seperti dalam ayat 73, 74 dan 77. Perhatikan contoh di bawah ini. 73. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. /~ 74. Bahawa ekonomi negara kita pada masa itu merosot adalah kurang tepat. /75. ~ Ali melakukannya sangat sukar. /76. Untuk dia Zulus ujian itu amatlah senang. 77. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam. Kadangkala perkataan yang digunakan sebagai kata komp1emen ayat berikut: (a) *Dia mengetahui yang Ahmad telah· pergi. 509
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) *Penduduk kampung itu menyedari yang nasib mereka terancam. Namun demikian, ayat-ayat tersebut tidak boleh diterima sebagai bahasa persuratan. Tiap-tiap satu daripada ayat di atas itu terdiri daripada dua ayat, iaitu satu ayat induk dan satu ayat komplemen yang dipancangkan, seperti yang berikut: 73. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (a) Dia mengetahui (sesuatu). (b) Ahmad telah bersara. Kata komplemen: bahawa 74. Bahawa ekonomi negara kita pada mas a itu merosot adalah kurang tepat. (a) Sesuatu itu kurang tepat. (b) Ekonomi regara kita pada masa itu merosot. Kata komplemen: bahawa 75. Untuk Ali melakukannya sangat sukar. (a) Ali melakukannya. (b) Perkara itu sangat sukar. Kata komplemen: untuk 76. Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang. (a) Perkara itu amatlah senang. (b) Dia lulus ujian. Kata komplemen: untuk 77. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam. (a) Penduduk kampung itu menyedari (sesuatu). (b) Nasib mereka terancam. Kata komplemen: bahawa Bagi ayat yang mengandungi kata hubung komplemen bahawa pada kedudukan objek dalam predikat, kadang-kadang pengguguran kata komplemen tersebut dibenarkan, yakni tidak menjejaskan makna. Walau bagaimanapun, pada kedudukan dalam sub510 AYATMAJMUK jek kata komplemen bahawa dan untuk tidak boleh digugurkan. Perhatikan ayat yang berikut: 73. Dia mengetahui bahawa Ahmad telah bersara. (c) Dia mengetahui Ahmad telah bersara. 74. Bahawa ekonomi negara pada mas a itu telah merosot adalah kurang tepat. (c) *Ekonomi negara kita pada masa itu telah merosot kurang tepat. 75. Untuk Ali melakukannya sangat sukar. (c) * Ali melakukannya sangat sukar. 18.3.2.1 Jenis ayat komplemen Terdapat tiga jenis ayat komplemen: (i) Ayat komplemen frasa nama. (ii) Ayat kompleJUen frasa kerja. (iii) Ayat komplemen frasa adjektif. (i) Ayat komplemenfrasa nama Frasa nama boleh menduduki empat temp at dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat, dan objek sipi. Tetapi ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua temp at, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat, seperti yang berikut: (a) Ayat komplemenfrasa nama subjek 76. Bahawa Islam menjamin keadilan memanglah jelas. 77. Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah. 78. Agak sukar untuk Dato' Azmi memenangi pilihan raya kedl itu. (ayat songsang) 79. Bahawa rancangan itu gaga I tidak benar. 80. Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum. 81. Amat mustahak untuk kerajaan mengadakan perjanjian jual beli. (ayat songsang) 511
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 82. Sesungguhnya am at mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri. (ayat songsang) 83. Bahawa setiap peserta akan menerima hadiah adalah muktamad. 84. Sangat tidak munasabah bahawa masalah itu tidak dapat diselesaikan melalui perundingan. (ayat songsang) 85. Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan rumah di kawasan tanah haram. (ayat songsang) Perhatikan bahawa walaupun susunan binaan ayat 78, 81, 82, dan 85 berbeza, bahagian-bahagian yang condong itu tetap merupakan subjek oleh sebab ayat itu ialah ayat yang songsang. (b) Ayat komplemenfrasa nama objek tepat Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja. Perhatikan ayat yang berikut: 86. 87. 88. 89. 90. 9l. 92. 93. 94. 95. 512 Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hUang. Pemuda itu menyatakan bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih. Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat luar bandar akan menerima lebih banyak kemudahan melalui projek itu. Guru menjelaskan bahawa peperiksaan itu akan berlangsung bulan hadapan. Orang kampung mengharapkan bahawa rancangan itu akan membawa faedah. Mereka menyedari bahawa keadaan mereka belum memuaskan. Yang dituduh mengakui bahawa dia telah mencuri barangbarang itu. Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. f ! ," ,,: I r f· [AYATMAJMUK Dalam ayat di atas, ayat komplemen merupakan ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya. (ii) Ayat komplemenfrasa kerja Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa <nama objek tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada kat a kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas ayat ini kelihatan seolah-olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi terbukti tidak demikian oleh sebab ayat-ayat tersebut tidak boleh mengalami proses pasif, iaitu satu ukuran bagi menentukan status frasa nama objek. Oleh itu, ayat demikian digolongkan ke dalam jenis ayat komplemen frasa kerja. Perhatikan contoh yang berikut: 96. Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual. 97. Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan kawasan luar bandar. 98. Penduduk-penduduk kampung itu bahawa projek itu akan membawa banyak. berpandangan manfaat yang 99. 100. 10l. 102. 103. 104. 105. Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus meningkat. Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah berjaya. Kerajaan bersetuju bahawa projek itu wajar dilaksanakan. Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima. Dia berasa bahawa nasihat gurunya itu benar. Mereka berharap bahawa semua cadangan mereka itu akan disetujui. Orang itu berpendapat bahawa anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan pelajaran ke seberang laut. 513
TATABAHASA DEWAN EDIS! KET!GA (iii) Ayat komplemenjrasa adjektif Frasa adjektifboleh menjadi un sur predikat sesuatu ayat. Demikian juga, ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Tetapi jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad; contohnya: 106. Saya sangat yakin bahawa dia akan be/jaya. 107. Dia am at percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu. 108. Mereka sangat insaf bahawa mereka daif. 109. Pelajar itu sedar benar bahawa mereka harus belajar bersungguh-sungguh. 18.3.3 Ayat Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Perhatikan contoh ini: 110. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. 111. Anak itu menangis kerana ia lapar. 112. Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu. . 113. Wang itu bukan padanya sewaktu polis membuat pemeriksaan. Contoh di atas menunjukkan bahawa ayat majmuk tersebut mempunyai dua ciri, iaitu pertama, adanya ayat induk dengan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri, dan kedua, adanya kata hubung yang menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil (misalnya ketika, kerana, semasa, sewaktu, dan sekiranya). Ayat kecil ini disebut ayat keterangan. Hubungan an tara ayat ini adalah seperti yang berikut: Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan Kedudukan ayat keterangan ini tidak tetap, boleh hadir di belakang ·514 AYATMAJMUK ataupun di hadapan ayat induk. Oleh itu, ayat-ayat 110-113 boleh juga berbentuk: 110. (a) Ketika saya bekerja dahulu, dia bukan ketua saya. Ill. (a) Kerana ia lapar anak itu menangis. 112. (a) Semasa saya mengajarnya dahulu, Ali tidak begitu pandai. 113. (a) Sewaktu polis membuat pemeriksaan, wang itu bukan padanya. Dalam contoh di atas, kedudukan ayat keterangan mendahului ayat induk. likalau ayat majmuk itu panjang, lazimnya tanda koma digunakan selepas ayat keterangan. 18.3.3.1 Jenis Ayat Keterangan Ayat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya. Terdapat sembilan jenis keterangan, seperti yang dihuraikan di bawah. (i) Keterangan musabab Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab. Contohnya: 114. Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. 115. Oleh sebab mereka datang lambat, mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. 116. Oleh sebab mereka mengamalkan dasar aparteid, negara itu dahulu dikenakan sekatan ekonomi. 117. Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh~ sungguh. 515
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 118. Jamil kehilangan dua batang jarinya lantaran bermain mercun buatan sendiri. (ii) Keterangan akibat Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga. Contohnya:. 119. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. 120. Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya. (iii) Keterangan syarat Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika, dan kalau. Contohnya: 121. Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari. 122. Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh. 123. Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya. 124. Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan. 125. Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang sek;/ anya mereka mendapat sokongan rakyat. (iv) KeteranJan waktu Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan mas a sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, dan ketika. Contohnya: 516 126. Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu. t r 127. 128. 129. 130. AYATMAJMUK Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak ia berpindah ke sana. Sementara menanti padi masak, petani itu menan am jagung. Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah. Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di pantai. (v) Keterangan pertentangan Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan. Contohnya: 131. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. 132. Kendatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus melawan musuhnya. 133. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung. 134. Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanannya. 135. Sekalipun sudah berumur, dia mrsih ingin belajar juga. (vi) Keterangan harapan Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga, dan kalau-kalau. Contohnya: 136. Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati. 137. Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua , bersetuju dengan cadangan pemimpin muda itu. 517
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 138. Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya. (vii) Keterangan cara Keterangan eara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan at au kejadian berlaku. Kata hubung keterangan eara ialah dengan. Contohnya: 139. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. 140. Dengan memberanikan hati, kelasi itu terjun dari kapal ke dalam laut. 141. Dengan menggunakan besi, Aziz memeeahkan tingkap rumah itu. 142. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. 143. Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal. (viii) Keterangan tujuan ... -.... ~ Keterangan tujuan ialah unsur yang meI1e.~~ngkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi. Contohnya: 144. Para pemimpin {e~t~~\!n raneangan ekonomiG~;~k"') meningkatkan tara! hidup rakyat. ..' , 145. Demi menyatukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan khusus telah ditubuhkan. 146. Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air. (xi) Keterangan perbandingan Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak. Contohnya: ·518 147. Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung. 148. Hatinya haneur seperti kaca terhempas ke batu. 149. Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan. AYATMAJMUK 150. Kanak-kanak itu meneebik bibirnya seakan-akan hendak menangis. 18.4 Ayat Majrnuk Carnpuran Ayat majmuk eampuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni terdiri daripada eampuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang. Perhatikan eontoh (ayat 151-153) di bawah: 151. Ahmad sedang membaea buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipaneangkan ke dalamnya. 152. Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut. Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipaneangkan ke dalam ayat induk, iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang telah menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat. 153. Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi. Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan, iaitu murid.-murid itu mengetahui 519
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA bahawa peraturan itu p'enting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi. Kedua-dua ayat ini pula merupakan ayat majmuk juga, iaitu yang pertama terdiri daripada ayat induk dengan ayat komplemen objek tepat, iaitu murid-murid itu mengetahui (sesuatu) - ayat induk, dan bahawa peraturan itu penting - ayat komplemen, sementara ayat yang kedua pula terdiri daripada ayat induk dengan dua ayat komplemen objek tepat. Ayat induk ialah mereka menyedari (sesuatu), sementara ayat komplemen ialah bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya dan peraturan itu mesti dipatuhi. Daripada tiga contoh di atas,jelas kelihatan bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Di samping ayat tunggal, ayat dalam bahasa Melayu dibentuk me1alui proses pemajmukan, mengikut cam yang dibincangkan dalam bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen, atau keterangan. Namun demikian, ada juga ayat yang walaupun kelihatan panjang, sebenarnya ayat tunggal, oleh sebab terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Perhatikan ayat yang berikut: 154. Kereta baharu anak guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Paya telah terlanggar seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada hari Jumaat yang lalu. Ayat di at as ialah ayat tunggal. Subjeknya ialah Kereta baharu anak guru besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Paya sementara predikatnya ialah telah terlanggar seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada hari Jumaat yang lalu. Kata kerja ayat ini ialah terlanggar; bahagian-bahagian lain dalam predikat terdiri daripada objek tepat, seekor lembu jantan, keterangan tempat, di hadapan pejabat pos dan keterangan waktu, pada hari Jumaat yang lalu. Subjelcnya pula terdiri daripada frasa nama utama kereta baharu dengan keterangan kepunyaan anak 520 AYATMAJMUK guru besar yang diberi keterangan tambahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Paya. Kadangkala sebuah ayat yang pendek merupakan ayat majmuk, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 155. Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya. Ada tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas, iaitu: 155. (a) (b) (c) Kereta itu dibaiki olehnya. Kereta itu dijual olehnya. Kereta itu sentiasa rosak. Ayat (a) dan (b) digabungkan dengan kata hubung lalu, sementara ayat (c) dipancangkan melalui proses relatif ke dalam ayat induk. Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen, atau keterangan. Perhatikan lagi beberapa contoh ayat majmuk yang berikut: 156. Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, penggunaan bahasa Me1ayu am at terbatas kerana bahasa itu tidak pernah diberikan peluang bertugas sebagai bahasa pengantar bidang sains dan teknologi. 157. Satu tanggapan yang popular dalam kalangan guru bahasa ialah bahawa bahan sastera am at wajar dan sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa. 158. Fakta sejarah ribuan tahun dengan tegas merakarnkan kedaulatan bahasa dan kebudayaan Melayu di rantau ini sehingga bangsa Melayu, dengan erti yang luas, telah mentakrifkan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu. 159. Bangsa kita memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya dan mulia. 160. Mahasiswa perubatan peringkat Sarjana Muda dan 521
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA siswazah peringkat lanjutan serta para doktor dan penyelidik akan mendapati buku ini sebagai sebuah buku parasitologi yang lengkap yang membincangkan berbagai-bagai aspek parasitologi perubatan secara terperinci. 18.5 Ayat Majrnuk Pasif Contoh yang diberikan dalam huraian di atas merupakan contoh ayat majmuk aktif. Kesemua ayat majmuk aktif ini, jika mengandungi kata kelja transitif, boleh dijadikan ayat pas if. Perhatikan contoh yang berikut: (i) Ayat majmuk gabungan 161. (a) Aktif: Saya minum teh dan Aminah makan nasi. (b) Pasif: Teh saya min urn dan nasi dimakan oleh Aminah. 162. (a) Aktif: Beliau memerhatikan saya ketika beliau berdiri di situ. (b) Pas if: Saya diperhatikan oleh beliau ketika beliau berdiri di situ. (ii) Ayat majmuk relatif 163. (a) Aktif: Mereka menonton wayang yang lucu itu. (b) Pasif: Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka. 164. (a) Aktif: Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula. (b) Pasif: KeretaAhmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu. (iii) Ayat majmuk komplemen: Komplemen Objek 522 165. (a) Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan. AYATMAJMUK (b) Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru. 166. (a) Aktif: Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak taun telah mer~bak di negara itu. (b) Pasif: Bahawa wabak taun telah merebak di negara itu dilaporkan oleh akhbar tempatan. (iv) Ayat majmuk keterangan 167. (a) Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. (b) Pasif: Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkannya. 168. (a) Aktif: Sungguhpun badannya letih, Aliah tetap menghadiri majIis perayaan itu. (b) Pasif: Sungguhpun badannya letih, majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Aliah. 18.6 Ayat dan Wacana Sebagaimana yang telah diketahui, setiap bahasa mempunyai ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun dalam penggunaan ayat tersebut, sejumlah ayat tertentu membawa hanya satu tumpuan makna. Tumpuan makna ini membentuk satu fokus pemikiran yang dalam tatabahasa disebut wacana. Dengan kata lain, wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terIibat melahirkan kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sarna ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat ten tang sesuatu topik. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terIetak pada hierarkl yang tertinggi selepas 523
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA ayat, seperti yang tergam6ar dalam rajah berikut: Rajah 1 Hierarki Tatabahasa. 18.6.1 Ciri Utama Wacana Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Namun terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu menghasilkan wacana yang utuh. Antaranya terrnasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana, dan interteks atau peranan wacanawacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca. Kohesi ialah ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan an tara suatu perkataan, frasa atau ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Contohnya: 169. Ali dan adiknya pUI~pungluntuk berhari raya. 170. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya. 524 AYATMA1MUK Kohesi antara ayat 169 dengan ayat 170 di atas wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana. Koheren pula, yang juga dikenali sebagai runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contohnya: Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasuna yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris. Dalam contoh di atas, kesinambungan idea terjalin melalui perkataan dan frasa teknologi maklumat dalam ayat pertama, bahasa asas bidang ini dalam ayat kedua, tersebar luas ke seluruh dunia dalam ayat ketiga, dan berlaku penyesuaian dan penggunaan bahasa lain dalam ayat keempat. Keempat-empat ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren dan bermakna. 18.6.2 Penanda Wacana Agar wujud kesinambungan an tara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya limajenis penanda wacana, iaitu: (i) Penanda penghubung. (ii) Penanda rujukan. (iii) Penanda penggantian. (iv) Penanda leksikal. (v) Penanda elipsis atau pengguguran. (i)' Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang 525
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis, iaitu: (a) Penghubung tambahan. (b) Penghubung tentangan. (c) Penghubung musabab. (d) Penghubung tempoh. (a) Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Antara penanda wacana jenis ini ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya. Contoh dalam ayat: 171. Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur dan saksama. 172. Ratusan ribu istilah dalam sesebuah bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang. 173. Guru hendaklah mengajar dengan menggunakan pelbagai alat bantu dan aktiviti praktikal. Di samping itu, isi pelajaran yang disampaikan hendaklah menarik. (b) Penghubung tentangan ialah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sarna. Antara penanda wacana jenis ini ialah tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau bagaimanapun. Contoh dalam ayat: 526 174. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. SebalikAYATMAJMUK nya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. 175. Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun tersebut. Namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya. 176. Kata naft "bukan" menjadi un sur naft frasa nama dan frasa sendi nama. Kata naft "tidak" pula ialah unsur naft bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata naft "bukan" boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. (c) Penghubung musabab ialah penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh penanda musabab ialah kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, dan maka itu. Contoh dalam ayat: 177. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh hal demikian, bahasa as as bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. 178. Sebenarnya semua pihak patut teras a terpanggil untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat kini. Dengan itu, kejayaan dapat dicapai dengan segera. 179. Kerana terlalu susah hidupnya, maka itu terpaksa dia berpindah ke temp at lain. (d) Penghubung tempoh pula ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan mas a atau siri berlakunya sesuatu. Contoh penanda wacana jenis ini ialah pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, dan akhirnya. Contoh dalam ayat: 180. Mula-mula saya disuruh duduk, kemudian diajak berbincang, akhirnya dibawa masuk bertemu dengan majikannya. 181. Apabila dilihatnya Ianun-Ianun sudah pergi, maka pemuda itu pun keluar dari tempqt persembunyiannya. 527
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 182. Pertama saya tidak berwang, kedua saya kurang berminat dalam hal ini dan ketiga saya sekarang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. (ii) Jenis penanda wacana yang kedua ialah penanda rL~jukan. Penanda rujukan ialah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua dan ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini, sana, dan situ). Contoh dalam ayat: 183. Ayah ibu dan saya bertolak ke Jakarta pada pukul 9.30 pagi. Kami berlepas dari lapangan terbang KLIA. 184. Encik Ali bekerja di pejabat pos. Beliau bekerja di situ sejak tahun lalu. (iii) Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa. Contoh dalam ayat: 185. Penagihan dadah rnerupakan satu masalah besar di negara kita. Kerajaan sedang rnenyusun langkah untuk membanteras gejala ini. (frasa nama) 186. Ayah tidak rnenggalakkan Ali terlalu kerap menonton televisyen. Mengikut ayah, melakukan perbuatan itu tidak rnernbawa rnanfaat. (frasa kerja) 187. Orang-orang barat berpendapat negara-negara timur kurang maju. Bahawa mereka beranggapan demikian sudah dijangka. (klausa) (iv) Penanda leksikal pula melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa rnelalui pengulangan kata. Unsur pengulangan terdiri daripada pengulangan perkataan yang sarna, pengulangan perkataan yang sarna makna (sinonirn), pengulangan yang rnelibatkan perkataan yang urnurn rnaknanya dengan yang 528 AYATMAJMUK khusus maknanya (hiponim), dan pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi). Beberapa contoh: Pengulangan perkataan yang sarna: 188. GurumengucapkantahniahkepadaAliataskejayaannya. Kami juga turut mengucapkan tahniah. Pengulangan sinonirn: 189. Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Sernua orang bersetuju bahawa tempat itu sungguh indah. Pengulangan hiponirn: 190. Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. Pengulangan kolokasi: 191. Abang suka rnenonton permainan bola sepak. Babak yang paling digemarinya ialah apabila berlaku tendangan percuma dan tendangan sudut. (v) J enis penanda wacana yang terakhir ialah e lipsis atau penanda pengguguran. Elipsis rnelibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Contohnya: 192. Minggu lalu Kak Esah dan keluarganya berkelah di Port Dickson. Demikian juga keluarga karni. 193. Pagi tadi pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri menghadiri satu taklimat khas. Kami juga turut sarna. 529
BAB 19 Proses Penerbitan Ayat 19.1 Pendahuluan: Konsep Transformasi-Generatif Dalarn bab-bab yang lalu telah dibincangkan berbagai-bagai bentuk ayat atau struktur ayat yang boleh digolongkan kepada beberapa pecahan. Antaranya ada yang disebut ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Terdapat jUba ragarn ayat yang disebut ayat aktif dan ayat pasif, ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif, dan sebagainya. Setiap penutur asli sesuatu bahasa seharusnya dapat rnengenali atau rnernbezakan satu jenis binaan ayat daripada satu binaan yang lain. Ia dapatjuga secara intuisi rnengenali sarna ada pernbentukan suatu ayat itu grarnatis atau tidak. Kernarnpuan atau kecekapan rnengenali jenis-jenis ayat ini ada kaitannya dengan kernarnpuan rnernbentuk serta rnernaharni bilangan ayat dalarn bahasanya yang tidak terkira jurnlahnya. Walaupun sesuatu ayat itu baru didengamya, atau tidak rnenyerupai bentuk ayat yang pernah didengamya, seseorang penutur asli boleh rnenentukan sarna ada ayat itu grarnatis, iaitu boleh diterirna, atau tidak. Sebagai contoh, ujaran seperti colorless green ideas sleep furiously* diterirna sebagai rnernatuhi struktur ayat bahasa Inggeris, rnanakala sleep ideas furiously green colorless tidak diterirna kerana aturan perkataannya rnenyalahi peraturan tatabahasa bahasa tersebut. Narnun dernikian, bagi penutur bahasa Inggeris, kedua-dua ujaran * Noam Chomsky 1957. Syntactic Structures. The Hague: Mouton, hIm. 15. 531
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA tersebut tidak dapat di'terima atau tidak gramatis kerana tidak memberikan pengertian yang wajar. Penentuan sarna ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya am at dasar dan menjadi asas kepada ryembentukan at au penerbitan ayat-ayat lain yang lebih kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungki,nkan seseorang penutur mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain, atau dengan kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa. Oleh itu, dua ayat atau lebih yang dianggap berparafrasa bererti ayat-ayat tersebut mengandungi pengertian atau memberikan penerangan yang sarna walaupun mungkin ayat-ayat yang berkenaan mempunyai struktur atau aturan kata yang berbeza. Misalnya, bagi penutur bahasa Melayu, kedua-dua ayat yang berikut, yang satu terdiri daripada ayat aktif dan yang satu lagi pasif, dianggap sebagai berparafrasa. 1. (a) (b) Ali memandu kereta itu. Kereta itu dipandu oleh Ali. Jika dilihat dari sudut struktumya, kedua-dua ayat ini mungkin membawa "penegasan" yang b.erlainan (ayat yang pertama memberi penegasan kepada Ali, manakala dalam ayat kedua penegasannya pada kereta) tetapi oleh sebab kedua-dua ayat tersebut memberi penerangan atau makna yang sarna, maka kita katakan ayat-ayat ini berparafrasa. Satu lagi faktor yang boleh dikaitkan dengan kecekapan berbahasa ialah kemampuan seseorang penutur itu mengenali unsur-unsur ketaksaan, seperti yang berlaku pada ayat berikut: 2. Ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Ali telah meninggal dunia atau kedua-dua ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Untuk dapat mengenali perbezaan erti ini, kita perlu secara intuisi menyedari 532 PROSES PENERBITAN AYAT kewujudan dua jenis binaan yang berbeza. Untuk suatu contoh lagi, cuba fahami kedua-dua ayat berikut: 3. (a:) Ali teringat akan kekasihnya. (b) Ali teringat oleh kekasihnya. Kedua-dua ayat ini kelihatan mempunyai pola atau struktur yang sarna, tetapi tidak semestinya mempunyai makna yang sarna. Dalam 3 (a) "Ali" menjadi subjek atau unsur yang diterangkan pada kat a aktif "teringat", manakala dalam ayat 3 (b) "Ali" merupakan subjek kata kerja pasif "teringat" yang mungkin berasal daripada ayat aktif Kekasihnya mengingati Ali. Maka jelas di sini bahawa walaupun kedua-dua ayat tersebut kelihatan sarna struktumya pada peringkat permukaan, namun pada peringkat yang lebih dasar dan bentuk ayat dalaman, kedua-dua ayat tersebut memperlihatkan hubungan gramatis yang berlainan antara bentuk kata sehingga menghasilkan makna atau erti yang berbeza. Oleh sebab itu, kita perlu melihat setiap ayat sebagai mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami peru bah an daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenamya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponenfonologi. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bemama Noam Chomsky. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif. Menurut teori ini, pemusatan terhadap 533
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini pula ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami berbagai-bagai ayat dalam bahasanya. Sebagaimana yang telah dinyatakan, teori tatabahasa transformasi-generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur jrasa, yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman, dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transJormasi, yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Peringkat-peringkat struktur ini dapat dilihat dengan lebih jelas dalam Rajah 19.1 seperti yang berikut: Rumus Struktur Frasa Komponen Semantik t -----. (StruktU .. Dalaman) L-______ --' I Rumus Transformasi (Struktur • Permukaan) Komponen • Fonologi Representasi Fonetik _I Leksikon Rajah 19.1 Tatabahasa Model Generatif. 534 PROSES PENERBITAN AYAT Daripada Rajah 19.1, kita dapati bahawa pelaksanaan rumus transformasi terhadap sesuatu struktur dalaman akan menghasilkan ayat-ayat yang berbentuk struktur permukaan. Setiap ayat ini terdiri daripada rentetan bunyi bahasa. Oleh sebab itu, setiap bahasa memerlukan satu set rumus yang akan menentukan cara penyebutan sesuatu ayat, dan ini terjadi pada bahagian atau komponen fonologi yang melahirkan representasiJonetik. Dalam tatabahasa generatif, diandaikan juga bahawa kesemua bentuk kata, iaitu bentuk terkecil sintaksis yang disebut morfem, ada tersimpan sebagai leks ikon (data kamus) pada setiap penutur. Walau bagaimanapun, dengan hanya mengetahui bentukbentuk kata sesuatu bahasa seseorang itu tidak mungkin dapat membentuk ayat-ayat bahasa tersebut. Yang diperlukan ialah satu set rumus tatabahasa terse but, yang disebut rumus sintaksis, yang akan menentukan aturan penyusunan bentuk-bentuk perkataan hingga menjadi ayat. Rumus tatabahasa ini, sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, terbahagi kepada dua jenis, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Rajah 19.1 menunjukkan kedudukan serta hubungan kedua-duajenis rumus tersebut. Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur, yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumu~ ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu, secara ringkas, boleh mengandungi unsur-unsur yang berikut: (I) A ~ SP (2) S ~ FN (3) P 535
TATABAHASA DEWAN EDISl KETIGA (4) FN --;>0 (Bil) + (Penj Bil) + (Gel) + KNlnt + (KNlnt) + (Pent) + Pen KKtr+ {Ob' } Aiomp (5) FK --;>0 (KB) + + (Ket) KKttr+ {pel } ( AKomp ) (6) FA --.,.. (KB) + (KPeng) + KA + (Ket) + (AKomp) (7) FS -;>0 (KB) + SN + (KAr) + FN + {(AKOmp) } (Ket) Sila lihat Senarai Singkatan/Lambang untuk nama penuh kepada singkatan nama-nama yang terdapat dalam rumus di at as (hIm. Iiii-liv). Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajahrajah pohon, seperti yang berikut: 1. A S P FN FN 2. A S P FNI FK (Gel) ~ KN (KB) ~ KK KKtr ~ FNz KN ~ (Pent) 536 " PROSES PENERBITAN AYAT Rajah pohon di sebelah kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut: 3. A S P FNI FK ~ I (Gel) KN KK I I (Si) Ali (KB) KKtr FN2 (sedang) I membaca KN ~ (Pent) I I buku (itu) Yang terbentuk ialah satu representasi atau ayat yang merupakan struktur dalaman. Bentuk itu dianggap struktur dalaman oieh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. Rumusrumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semuia susunan unsur kata. lni akan dibincangkan seterusnya dalam ceraian-ceraian berikut. 19.2 Konsep Ayat Terbitan Setelah memahami teori tatabahasa yang berasaskan konsep transformasi-generatif, maka tidak dapat kita nafikan bahawa 537
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada suatu ayat yang lain, kecuali ayat itu memang menyerupai ayat dasar. Ayat yang bersifat demikian wujud pada peringkat struktur dalaman at au struktur dasar, dan wujud dalam bentuk yang serupa pada peringkat struktur permukaan. Penerbitan sesuatu ayat di sini dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. 19.3 Proses Pengguguran Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan hal demikian pada peringkat struktur permukaan, unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu: (i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek (ii) Pengguguran frasa predikat (iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif 19.3.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis: 538 (i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. (ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. PROSES PENERBITAN AYAT (i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan, seperti contoh yang berikut: 4. Kamu keluar = Keluar! 5. Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini! 6. Anda boleh masuk sekarang = Boleh masuk sekarang. 7. Engkau makanlah dahulu = Makanlah dahulu. 8. Tuan duduklah di sini = Duduklah di sini. 9. Awakjangan ganggu saya = Jangan ganggu saya! 10. Kamu sila bangun = Sila bangun. Proses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua boleh diterangkan secara kasar seperti yang berikut: (a) Subjek + Predikat ~ 0 + Predikat (kata ganti nama orang kedua) A S P ~ I I FN FK KN KK kamu keluar transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek (b) A S P ~ I I FN FK KN KK o keluar 539
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (a) (b) A A S ~ p :=::=- S ~ p ~ FK ~ FK /\ /\ FN KK FS FN KK FS D dari ~ sini dari ~ sini awak pergi o pergi semua Dalam ayat 4-10 dan dalam kedua-dua rajah di atas, frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua, iaitu kamu, anda, engkau, tuan dan awak. (ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa at au beridentiti sarna, yang diberi tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut. Contohnya: 11. Diai sangat pandai + Diai rajin belajar. = Diai sangat pandai kerana diai rajin belajar. = Diai sangat pandai kerana rajin belajar. Dalam hal ini dia dalam ayat 11 digugurkan oleh sebab dia dalam kedua-dua ayat merujuk orang yang sarna. Rajah pohon untuk menunjukkan pengguguran itu adalah seperti pada halaman di sebelah. 540 (a) FN FA dia. I I sangat ~ pandai transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa (b) FN FA dia I sangat ~ pandai PROSES PENERBITAN AYAT A KH FN FA kerana diaj rajin ~ belajar A KH FN FA kerana o I rajin ~ belajar 541
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh lain: 12. Ali sangat kecewa. Ali gagal dalam peperiksaan. =:> Ali sangat kecewa kerana Ali gagal dalam peperiksaan. =:> Ali sangat kecewa kerana gagal dalam peperiksaan. 13. Pegawai itu datang ke pejabat. Pegawai itu sakit. =:> Pegawai (tu datang ke pejabat walaupun pegawai itu sakit. =:> Pegawai itu datang ke pejabat walaupun sakit. 14. Datuk Ahmad bukan pengarah. Datuk Ahmad pengurus besar. =:> Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi Datuk Ahmad pen gurus besar. =:> Datuk Ahmad bukan pengarah tetapi pengurus besar. 15. Adik saya cerdik. Adik saya pemalu. =:> Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu. =:> Adik saya cerdik tetapi pemalu. 16. Murid-murid ketawa. Murid-murid menyanyi. Muridmurid bergurau senda. =:> Murid-murid ketawa dan murid-murid menyanyi dan murid-murid bergurau senda. =:> Murid-murid ketawa, menyanyi, dan bergurau senda. 19.3.2 Pengguguran Frasa Predikat Seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian daripadanya, boleh digugurkan, seperti yang berikut: (i) Pengguguran seluruhfrasa predikat Seperti yang telah dihuraikan, frasa predikat terdiri daripada salah satu yang berikut: 542 (a) Frasa Kerja (b) Frasa Nama (c) Frasa Adjektif (d) Frasa Sendi Nama PROSES PENERBITAN AYAT likalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Perhatikan contoh yang berikut bagi keempat-empat jenis frasa predikat: (a) Frasa kerja yang serupa 17. Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England. =:> Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. =:> Adik Ali dan sepupunya belajar di England. Rajah pohon adalah seperti yang berikut: (a) s p FN FK adik 6 Ali belajar ~ di England ===========~ transformasi pengguguran predikat frasa kelja yang serupa A s FN dan sepupunya ~ p FK belajar ~ di England 543
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) A A2 s p KH S ~ p I I I I FN FK FN FK adik 6 Ali 6 o dan sepupunya ~~ belajar di England (c) A s p ~ I FN KH FN FK adik 6 Ali dan sepupunya ~ ~ Contoh lain: belajar di England 544 18. Bersukan boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan. = Bersukan boleh menyihatkan badan dan bersenam boleh menyihatkan badan. = Bersukan dan bersenam boleh menyihatkan badan. 19. Ketabahan mendatangkan kejayaan. Kegigihan mendatangkan kejayaan. = Ketabahan mendatangkan kejayaan dan kegigihan mendatangkan kejayaan. = Ketabahan dan kegigihan mendatangkan kejayaan. 20. Guru-guru menaiki bas itu. Murid-murid sekolah menaiki bas itu. = Guru-guru menaiki bas itu dan murid-murid sekolah menaiki bas itu. = Guru-guru dan murid-murid sekolah menaiki bas itu. I i I PROSES PENERBITAN AYAT 21. Ahli-ahli ekonomi menyusun rancangan pembangunan negara. Ahli-ahli politik menyusun rancangan pembangunan negara. = Ahli-ahli ekonomi menyusun rancangan pembangunan negara dan ahli-ahli politik menyusun rancangan pembangunan negara. = Ahli-ahli ekonomi dan ahli-ahli politik menyusun rancangan pembangunan negara. 22. Anjing liar berkeliaran. Binatang lain berkeliaran. = Anjing liar berkeliaran dan binatang lain berkeliaran. = Anjing liar dan binatang lain berkeliaran. (b) Frasa nama yang serupa 23. Bendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara. = Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara. Rajah pohonnya ialah: (a) ~ Al S p I I FN FN ~ bendera ~ Malaysia lambang negara transformasi pengguguran frasa nama A KH dan S ~ p I I FN FN ~ lagu ~ kebangsaan lambang negara 545
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) A ~ A J S p KH S ~ p I I I I FN FN FN FN A ~ ~ A bendera 0 dan Malaysia lagu kebangsaan lambang negara (c) bendera dan Malaysia lagu kebangsaan A p I ~ FN lambang negara Contoh lain: 546 24. Pegawai itu bukan majikannya. Pegawai ini bukan majikannya. ~ Pegawai itu buk(;m majikannya dan pegawai ini bukan majikannya. ~ Pegawai itu dan pegawai ini bukan majikannya. 25. Kebersihan amalan kita. Kesopanan amalan kita. ~ Kebersihan amalan kita dan kesopanan amalan kita. ~ Kebersihan dan kesopanan amalan kita. 26 .. Encik Ali guru sekolah. Encik Ahmad guru sekolah. ::;. Encik Ali guru sekolah dan Encik Ahmad guru sekolah. PROSES PENERBITAN AYAT ~ Encik Ali dan Encik Ahmad guru sekolah. 27. Kami penghuni rumah pangsa. Mereka penghuni rumah pangsa. ~ Kami penghuni rumah pangsa dan mereka penghuni rumah pangsa. ~ Kami dan mereka penghuni rumah pangsa. 28. Hong Kong pelabuhan besar. Singapura pelabuhan besar. ~ Hong Kongpelabuhan besardan Singapurapelabuhan besar. ~ Hong Kong dan Singapura pelabuhan besar. (c) Frasa adjektifyang serupa 29. Adik saya sangat rajin. Adik Ali sangat rajin. ~ Adik saya sangat rajin dan adik Ali sangat rajin. ~ Adik saya dan adik Ali sangat rajin. Rajah pohonnya ialah: (a) ~ AJ S p I I FN FA adik ~ saya ~ sangat rajin transformasi pengguguran frasa nama A KH dan S ~ p I I FN FA adik ~~ Ali sangat rajin 547