TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (vi) Bahasa Malagas"i (KOS) Contohnya: Nividy ny vavy ny vehivavy (kata kerja + objek + subjek) beli itu beras itu perempuan "Perempuan itu membeli beras." (vii) Bahasa Nitinaht (KSO) Contohnya: Ch'ixwat-sa?ap?a bowach ?aq bowachq Ralph. (kata kerja + subjek + objek) takut kancil itu Ralph "Kancil itu menakuti Ralph." (viii) Bahasa Arab (KOS) Contohnya: Kataba Ahmadu risala-tan (Kata kerja subjek objek) tulis-kala Ahmad surat "Ahmad telah menulis surat." (ix) Bahasa Hixkaryana (OKS) Contohnya: Toto (objek + lelaki yahosiye kat a kerja + terkam-dia "J aguar menerkam lelaki itu." kamara subjek) jaguar Walaupun dikatakan bahawa urutan kata dalam bahasa adalah berbagai-bagai, iaitu pilihan salah satu daripada urutan yang berikut: SKO, SOK, KOS, KSO, OKS, dan OSK, namun daripada penyelidikan dan kajian, kita mendapati urutan kata SKO dan SOK sebagai yang paling banyak berlaku. Sehingga kini, masih belum terdapat bahasa yang mempunyai urutan kata OSK. 11.7 Perpindahan Kata Selain pol a ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa, seperti yang kita lihat di atas, hal kedudukan 348 SINTAKSIS: SATU PENGENALAN sesuatu atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah temp at dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan. Bahasa Latin, misalnya, mempunyai aturan kedudukan perkataan yang amat bebas. Dalam contoh ketiga-tiga ayat yang berikur, walaupun masing-masing mempunyai urutan kata yang berbeza, namun ketiga-tiga ayat tersebut membawa pengertian yang sama, iaitu "Paul melihat Mary". 41. (a) Paulus Mariam vidit. Paul Mary lihat "Paul melihat Mary." 41. (b) Paulus vidit Mariam. 41. (c) Vidit Paulus Mariam. Dalam hubungan ini, akhiran -us dan -am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek; oleh itu tidak kira di mana-mana pun kedudukan kata kerjanya, pengertian ayat tersebut tidak terjejas. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat "Paul melihat Mary" hanya boleh berubah menjadi "Melihat Mary, Paul" tanpa mengubah ertinya. Jika diubah menjadi "Mary melihat Paul" at au "Melihat Paul, Mary" maka pengertian ayat tersebut akan berubah. Ayat . "Paul Mary melihat" sama sekali tidak gramatis dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, ayat "Paul looked at Mary" juga tidak boleh menjadi "Paul Mary looked at". Sebaliknya, ayat "Mary looked at Paul" atau "looked at Paul, Mary" akan membawa erti yang berbeza daripada ayat asal "Paul looked at Mary". 11.8 Ragam Ayat Satu lagi perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif dan pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, hubungan antara ayat 349
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA aktif dengan ayat pasif, .'Jmumnya, melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan, seperti yang terdapat dalam contoh ayat yang berikut: 42. (a) Ali membaca buku itu. subjek objek 42. (b) Buku itu dibaca oleh Ali. 43. (c) Ali read the book. subjek objek 43. (d). The book was read by Ali. Tetapi bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Latin dan Rusia pula, hubungan ayat aktif dengan ayat pasif dilakukan melalui penandaan kasus yang berbeza pada frasa nama yang sarna. Contohnya adalah seperti yang berikut: 350 (i) Bahasa Latin (a) Magister pueros landat. "Guru memuji budak lelaki itu." (b) Pueri a magistro laudantur "Budak lelaki itu dipuji oleh guru." (ii) Bahasa Rusia (a) Car' soslal Puskina. "Raja Czar membuang (negeri) Pushkin." (b) Pushkin byl soslan cavem. "Pushkin telah dibuang (negeri) oleh Raja Czar." (iii) Bahasa Inggeris The book wa.o. presented to Ahmad. "Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad." (iv) Bahasa Arab Ku-tiba 'alai-kum as-siyam. "Difardukan kamu berpuasa." "o. ;~ I I tSINTAKSIS: SATU PENGENALAN 11.9 Jenis Ayat Selain ragam ayat, kita juga membezakan pembentukan atau binaan ayat melalui jenis-jenisnya. Dalam kebanyakan bahasa, term as uk bahasa Melayu, jenis-jenis ayat umumnya dapat dibahagikan kepada empat, bergantung pada lagu bahasa atau intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara. Oleh itu, ayat penyata sering juga disebut ayat keterangan. Antara contoh ayat ialah: 44. Bapa saya wartawan di Utusan Melayu. 45. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam. Jenis kedua ialah ayat tanya, iaitu ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan. Contohnya: 46. Anda sudah melabur dalam syarikat itu? 47. Siapakah gurunya? 48. Who lives in this house? Jenis yang ketiga, iaitu ayat perintah, diucapkan untuk tujuan memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan. Ayat perintah dapat diucapkan sarna ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan, atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan (perintah) yang digunakan. Contohnya: 49. Siapkan kerja itu deHgan segera. (suruhan) 50. Jangan berludah di sini. (larangan) 51. Sila buat laporan di balai polis. (silaan) 52. Tolong tutup pintu itu. (permintaan) 53. Please come in. (silaan) 54. Read the book now! (suruhan) 55_ No smoking in this room. (larangan) Jenis keempat ialah ayat seruan yang diucapkan secara bemada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan 'perasaan, seperti marah, 351
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA takut, geram, takjub, dan sebagainya. Biasanya, dalam tulisan, ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!). Contohnya: 56. Oh, Tuhanku! 57. Amboi, garangnya! 58. Cis, berani kamu mengganggu dial 59. My, what a fine day! 60. Wow, that's a lovely dress! 11.10 Sintaksis dan Aspek Tataba~sa yang Lain ! Kita telah melihat bagaimana ayat seita pembentukannya melahirkan pelbagai rag am danjenis, selain perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya, selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian. Dalam bahasa Inggeris, misalnya, penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Contohnya, bagi bahasa Inggeris, ayat 1 kicked the ball yang membawa kasus nominatif untuk subjek I, tidak boleh diubah atau ditukar menjadi *Me kicked the ball, yang frasa nama subjeknya me membawa kasus akusatif, oleh sebab kasus akusatif hanyalah untuk merujuk objek langsung. Oleh itu, ayat 1 like him yang membawa kasus akusatif untuk objek langsung him tidak boleh dijadikan ayat *1 like he, oleh sebab he tidak membawa kasus akusatif tetapi kasus nominatif. Demikian juga halnya dengan bahasa Rusia yang memerlukan penanda kasus bagi menentukan kegramatisan ayat, seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut: 61. la videl mal'cik-a/begemot-a/dub/stol. "Saya nampak budak lelaki/hipopotamus/pokok/meja." 352 SINTAKSIS: SATU PENGENALAN Dalam contoh ayat di atas, bentuk kata nama jenis tunggal maskulin memerlukan penanda kasus akusatif -a sekiranya kata nama itu juga jenis hidup, tetapi tidak memerlukan penanda kasus tersebut sekiranya bukan jenis hidup. Satu lagi contoh penggunaan penanda kasus terdapat dalam bahasa Turki, seperti ayat yang berikut: 62. Hasan okuz-u aldi. Hasan keldai (akusatif) beIi "Hasan membeli keldai itu." Ayat di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa Turki hanya objek langsung menerima penanda kasus akusatif dalam bentuk imbuhan -i (atau vokal keselarasan yang menjadi varian); objek langsung yang lain tidak menerima penanda kasus tersebut. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki. Satu lagi penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang teijadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sarna ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang jelas menggunakan penanda kala, seperti yang terdapat dalam contoh ayat-ayat yang berikut: Bahasa Inggeris 63. (a) I will see the dentist tomorrow. (b) I see the dentist today. (c) I saw the dentist yesterday. 64. (a) I will kick the ball tomorrow. (b) I kick the ball today. (c) I kicked the ball yesterday. 353
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Bahasa Jerman 65. (a) Der mann sah den jungen art. lelaki lihat . art. budak (kala lampau) lelaki "Orang lelaki itu telah melihat budak lelaki itu." Unsur keserasian' juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan Arab, misalnya, unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis. Contohnya adalah seperti yang berikut: 66. (a) He helps the old man. (b) They help the old man. (e) The boys help the old man. (d) * He help the old man. (e) *The boys helps the old man. 67. (a) Huma yaz-habani. dia dual kini pergi. "Dia pergi." (b) Hum yaz-habuna. Mereka kini pergi. "Mereka pergi." (e) * Huma yazhabuna. (d) * Hum Yazhani. Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau, dengan kata lain, terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau keeekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur ten tang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku. Dalam bahasa Inggeris, terdapat ayat, seperti 68, yang mempunyai ketaksaan makna. 354 ',') SlNTAKSlS: SATU PENGENALAN 68. Careless soldiers and politicians are dangerous. Ayat 68 dapat membawa dua makna bergantung pada analisis struktur unsurnya, seperti yang tergambar dalam rajah berikut: 68. (a) Careless soldiers and politicians are dangerous. careless ~ soldiers and politicians are dangerous careless soldiers and politicians are ~ dangerous soldiers /I~ and politicians 68. (b) Careless soldiers and politicians are dangerous. careless soldiers and politicians are dangerous careless soldiers and politicians are ~ dangerous careless /~ soldiers Dalam rajah pohon yang pertama, 68(a), perkataan careless termasuk dalam unsur binaan frasa yang mengandungi keduadua perkataan soldiers dan politicians. Oleh itu, binaan ayat ini membawa makna bahawa kedua-dua pihak, iaitu careless soldiers dan careless politicians adalah dangerous. Sebali1<:nya, dalam rajah pohon yang kedua, 68(b), perkataan careless menjadi unsur binaan frasa yang termasuk hanya perkataan soldiers. Oleh itu, binaan 68(b) membawa makna yang berbeza daripada binaan 68(a), iaitu politicians dan careless soldiers adalah dangerous. 355
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Dalam kebanyakan kejadian ketaksaan ayat, perbezaan makna dapat dikesan dengan mengenal pasti struktur permukaan yang berbeza, seperti yang berlaku pada ayat 69. Tetapi bukan semua binaan ketaksaan ayat mempunyai struktur unsur permukaan yang berbeza. Dalam ayat 69, misalnya, 69. Flying planes can be dangerous. frasa flying planes hanya mempunyai satu bentuk struktur unsur pemukaan, seperti rajah pohon yang berikut: Flying planes can be dangerous flying planes can be dangerous flying ~ planes can ~ be dangerous can /~ be Tetapi jelas bahawa ayat 69 juga membawa dua makna, iaitu bergantung sama ada flying planes bererti planes yang sedang terbang atau pekerja menerbangkan (memandu) planes. Ada kalanya kita tidak dapat membezakan dua ayat yang kelihatan mempunyai struktur permukaan yang sama dan makna yang berbeza semata-mata kerana dasar perbezaan struktur unsur, seperti yang berlaku pada dua ayat bahasa Inggeris yang berikut: 70. John is eager to please. 71. John is easy to please. Walaupun struktur permukaan ayat 70 dan 71 kelihatan serupa, tetapi sebenarnya kedua-duanya berbeza. Dalam ayat 70, John menjadi pelaku atau merupakan subjek. asal ayat tersebut, manakala dalam ayat 71 pula, John menjadi subjek terbitan atau 356 SINTAKSIS: SATU PENGENALAN penderita dalam suatu binaan ayat pasif. Contoh dalam bahasa Melayu pula dapat dilihat pada ayat: Ibu bapa Ali telah meninggal dunia. Ibu bapa boleh bererti ibu kepada bapa Ali (neneknya) atau kedua-dua ibu dan bapa kepada Ali. 11.11 Kesimpulan Jelas bahawa bidang sintaksis, yang mengkaji persoalan bentuk, struktur, dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa. Dalam bab-bab yang berikutnya, kita akan menumpukan perhatian pada bidang sintaksis bahasa Melayu. Antara yang akan dibincangkan ialah konsep ayat dalam bahasa Melayu, jenis dan binaannya. Huraian ten tang ayat majmuk, jenis-jenis frasa, dan proses penerbitan ayat akan juga diberikan perhatian. 357
} .. ,~": : BAB12 Frasa Nama 12.1 Pendahuluan Frasa nama (FN) ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang telah diterangkan dalam Bab 11, terdiri daripada yang berikut: (i) FN + FN (ii) FN + FK (iii) FN + FA (iv) FN + FS Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini: Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama 1. Bapa guru. 2. Bapa budak itu guru. 3. Bapa budak itu guru sekolah agama. 4. Kelang bandar diraja. 5. Bandar Kelang bandar d~raja. 359
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA lelas daripada ayilt-ayat di at as bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti yang terdapat dalam contoh-contoh berikut: Predikat Frasa Kerja Subjek Kata Kerja Objek 6. Orang itu memanggil saya. 7. Mereka semua melambaikan tangan. 8. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah. 9. Para siswazah memohon jawatan itu. 10. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan. 11. Tanah air meminta pengorbanan anak watan. 12. Cahaya matahari menyinari alam semesta. Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti yang terdapat dalam contoh ayat 13-18 ataupun dalam frasa keterangan seperti yang terdapat dalam contoh ayat 19-26. Predikat Frasa Sendi Nama Subjek Sendi Nama Frasa Nama 13. Mereka di Kuala Lumpur. 14. Hadiah itu daripada Ahmad. 15. Lukisan tersebut oleh Syed Jamal. 16. Tabung simpanan itu untuk masjid. 17. Kereta itu ke Kota Bharu. 18. Keluarnya dari pintu besar. 360 FRASANAMA Predikat Subjek Frasa. Keterangan Frasa Kerja Kata Sendi Frasa Nama Nama 19. Mereka bekerja di bandar. 20. Pena itu ada pada saya. 21. Semua makhluk bergantung pada Tuhan. 22. Penumpang- meletakkan di . dalam bas itu. penumpang beg mereka 23. Pembangunan memerlukan daripada semua rakyat. ekonomi sumbangan 24. Vmat Islam berpegang pada takdir Ilahi. 25. Dia memotong buah itu dengan pisau. 26. Seutas rantai terlilit di lehernya. 12.2 Konstituen Frasa Nama Konstituen at au unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, at au sebelum dan sesudah frasa nama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. Misalnya: 27. Senaman menyihatkan badan. Kata nama senaman sebagai pengisi frasa nama boleh diganti oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut: 28. Bersenam menyihatkan badan. Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang dianggap boleh menjadi pengisi frasa nama ialah kat a kerja seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memerli, frasa kerja seperti berlagak ke sana ke mari dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih, misalnya dalam ayat-ayat yang berikut: 361
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 29. Berolahraga menjadi kegemaran remaja. 30. Merokok amalan yang tidak digalakkan. 31. Bersawah kurang menarik perhatian para belia. 32. Beriagak ke sana ke mari tabiat orang sombong. 33. Perli-memerli boleh mengakibatkari pergaduhan. 34. Makan suap perbuatan yang keji. 35. Putih melambangkan kesucian. Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki temp at subjek frasa nama dalam ayat-ayat di atas bukanlah merupakan pengisi sejati, tetapi pada hakikatnya ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan. Jika unsur-unsur inti frasa nama bagi ayat-ayat 28-29 dinyatakan, maka binaannya adalah seperti ayat-ayat berikut: 28. (a) Kegiatan bersenam menyihatkan badan. 29. (a) Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran remaja. Contoh-contoh lain adalah seperti yang berikut: 36. Tabiat merokok amalan yang tidak digalakkan. 37. Pekerjaan bersawah padi kurang menarik perhatian para belia. 38. Kebiasaan beriagak ke sana ke mari tabiat orang sombong. 39. Kegiatan perli-memerIi'boleh mengakibatkan pergaduhan. 40. Perbuatan makan suap perbuatan yang keji. 41. Warna putih melambangkan kesucian. Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti frasa nama adalah daripada golongan kata nama juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, pekerjaan, kebiasaan, perbuatan, dan warna. Namun jika dipandang dari sudut kehadirannya, ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek frasa nama. Kesimpulannya, inti frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama itu dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata adjektif. 362 ~: ' FRASANAMA 12.3 Binaan Frasa Nama Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan an tara perkataan itu. Jenis pertama ialahjenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, semen tara perkataan atau perkataan yang lain mel}lpakan penerang atau penerangpenerangnYa. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, semen tara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Misalnya, dalam frasa nama bapa budak itu intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contohcontoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti yang berikut: Frasa Nama Subjek Predikat Inti Penerang 42. Askar Melayu Diraja berbaris di padang. 43. Guru sekolah agama itu guru saya. 44. Berlagak ke sana ke mari menjadi tabiatnya. 45. Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara. 46. Kelakuan baik selalu mendapat pujian. Contoh-contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti adalah seperti yang berikut: Frasa Nama Subjek Predikat Inti Inti 47. Kerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja. 48. Ibu bapa tidak perlu datang. 49. Pemuda pemudi boleh ikut serta. 50. Pinggan mangkuk tersusun dengan rapi di atas para. 51. Suami isteri hendaklah bertolak ansur. 363
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Di bawah ini akan 'diterangkan satu per satu konstituen frasa nama yang mengan9ungi binaan inti + penerang dan inti + inti. 12.3.1 Binaan Frasa Nama: Inti + Penerang Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut: (i) Inti + penerang nama. (ii) Inti + penerang bukan nama. (i) Inti + penerang nama Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kat a nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan: (a) Penerang nama keturunan. (b) Penerang nama jenis. (c) Penerang nama penyambut. (d) Penerang nama kegunaan. (e) Penerang nama kelamin. (f) Penerang nama tempat. (g) Penerang nama arah. (h) Penerang nama anggota badan. (i) Penerang nama tenaga penggerak. (j) Penerang nama hal atau perkara. (k) Penerang nama milik. (I) Penerang nama khas. (m) Penerang nama panggilan atau gelaran. Penerang-penerang nama ini sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama. (a) Inti + penerang nama keturunan Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama. 364 FRASANAMA Contohnya: FrasaNama 0 Inti Penerang Nama Keturunan orang Melayu pelajar Amerika askar British bangsa Belanda suku bangsa Kadazan bahasa Melayu masyarakat Cina kaum Banjar keturunan Jawa (b) Inti + penerang nama jenis Penerang nama jenis ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Jenis harimau bintang kelapa sawit pokok getah air limau buah mangga baju kemeja kerusi rotan gelang emas kasut getah kipas kain beg kulit ping at gangsa (c) Inti + penerang nama penyambut Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau bend a yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti, misalnya penyabit rumput; rumput ialah penyambut kerja dengan alat penyabit. 365
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA . Contohnya: Frasa Nama Inti Perieqmg Nama Penyambut (Sebagai Alat atau Pelaku) penyendal pintu penjaga stor pam air gunting kain penyelenggara pejabat pengarang cerpen pengawal bangunan pemandu teksi pengurus syarikat pelayan tetamu (d) Inti + penerang nama kegunaan Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti,misalnya serb uk perasa. Perasa ialah kegunaan yang ditimbulkan oleh bahan serbuk. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Kegunaan alat pemadam sabun pencuci kayu pengukur minyak pelincir tali penyidai getah pemadam jamu pengawet batu penanda batu pengasah kayu pemukul (e) Inti + penerang nama kelamin Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti. 366 FRASANAMA Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Kelamin ayam jantan lembu betina orang lelaki kaum perempuan budak lelaki anak perempuan (f) Inti + penerang nama tempat Penerang temp at ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti: misalnya tamadun timur. Timur ialah temp at tamadun, sarna ada tempat asal ataupun tempat wujud. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Tempat penduduk ban dar anak lohor orang tempatan Melayu Pulau Pinang kawasan luar bandar tepi pantai anak desa Cina Melaka pinggir kota (g) Inti + penerang nama arah Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Arah kawasan barat wilayah selatan angin timur 367
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Frasa Nama Inti Penerang Nama Arah jalan tengah simpang kanan ruang dalam pintu hadapan kulit luar tingkat atas rumah belakang (h) Inti + penerang nama anggota badan Penerang nama anggota badan menentngkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Anggota Badan jam tangan gelang kaki tali pinggang tudung kepala sarung kaki rantai leher barah kulit penyakit jantung kepala lutut batang hidung (i) Inti + penerang nama tenaga penggerak Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Misalnya jam bateri; bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam. Contohnya: Frasa Nama Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak lampu minyak . dapur gas seterika arang 368 FRASANAMA FrasaNama Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak kipas elektrik kereta motor kapal layar kapal api mesin kaki perahu galah (j) Inti + penerang nama perihal atau perkara Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti, misalnya sijil persekolahan. Persekolahan ialah perkara tentang sijil itu. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Peri hal atau Perkara lesen perniagaan surat kebenaran borang pendaftaran hari perayaan garis permulaan surat perjanjian majlis perasmian bilik persidangan (k) Inti + penerang nama milik Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Milik rumah saya pekerjaan mereka bumbung sekolah 369
TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA FrasaNama Inti Penerang Nama Milik kemajuan Malaysia keluaran Jepun belalai gajah pakaian Amlnah harta kerajaan kawasan Jerman penduduk -nya (1) Inti + penerang nama khas Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Nama Khas bandar Ipoh kampung Sungai Penchala Republik Indonesia planet Marikh Teluk Siam Terusan Suez Negeri Sabah Kerajaan Arab Saudi Sungai Pahang Gunung Kinabalu (m) Inti + penerang nfJma panggilan atau gelaran Penera.ng nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama Julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda misaln~a Si Belang, Tan Sri, dan sebagainya. Bentuk ini merupaka~ kecuahan. k.epada bentuk Susunan inti + penerang nama, iaitu penerang 1m terletak di hadapan inti. 370 .. ' 0, iI' ., i ,) FRASANAMA Contohnya: Frasa Nama Penerang Nama Inti Panggilan Gelaran Haji Ahmad Yang Arif Hakim Mohd. Yusof Si Belang Nik Abdullah YBhg. Datuk Ali Syed Nasir Doktor Majid Profesor Harun YB Senator Fatimah Tan Sri Abdullah Sang Kancil (ii) Inti + penerang bukan nama Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu: (a) Penerang penentu. (b) 'Penerang kata kerja atau akar kata kerja. (c) Penerang kata adjektif. (d) Penerang kata adverba. (e) Penerang frasa sendi nama. (f) Penerang bilangan ordinal. (a) Inti + penerang penentu Penerang penentu ialah un sur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu: (I) Penentu hadapan. (II) Penentu belakang. 371
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (I) Penentu hadapan Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: FrasaNama Penentu Hadapan Bilangan Penjodoh Inti Bilangan lima orang askar sepuluh buah bangunan beratus-ratus orang penonton beberapa pucuk senapang segala - kelengkapan kesemua - pekerja I kelima-lima ekor kambing Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya * sebuah keb(;ranian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya * semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas. (II) Penentu belakang Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: FrasaNama Inti Penentu Belakang orang itu rumah ini pemenang itu calon Inl 372 FRASANAMA (b) Inti + penerang kata kerja Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan* kepada inti. Misalnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Kata Kerja mesin jahit meja makan wad bersalin kamar tidur bilik menunggu kolam renang tarikh lahir tuala mandi majlis bahas kedai guntinb meja tulis (c) Inti + penerang kata adjektif Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Kata Adjektif anak muda warna merah tua minyak wangi bulan terang tahun baharu kulit putih rumah haram penutur asli emas tulen sekolah rendah * Makna perlakuan dibezakan daripada makna kegunaan atas dasar kegunaan ialah sifat. yang khusus bagi inti itu, semen tara perlakuan ialah aksi yang berkaitan dengan inti itu. Misalnya meja makan boleh juga dijadikan meja tulis, sementara serbuk perasa khusus untuk menimbulkan rasa. 373
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (d) Inti + penerang kata adverba Penerang kata adverba ialah un sur yang nienerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Kata Adverba masa serentak cara demikian hari lusa ketibaan nanti hujan begitu lawatan julung kali kedatangan sering kali jawapan sekali gus kemasukan kemudian (e) Inti + penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat. Contohnya: FrasaNama Penerang Frasa Sendi Nama Inti Sendi Nama Nama rumah di bandar wang pada saya kehidupan pada masa ini sumbangan kepada negara surat dari kampung hadiah untuk ibu kebisingan di dewan makan kiriman daripada abang lawatan ke Muzium Negara (1) Inti + penerang bilangan ordinal Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan oilangan, misalnya pertama, kedua, 374 FRASANAMA kesepuluh, keseratus, dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Bilangan Ordinal tempat pertama tingkat kesepuluh bab ketiga rukun kelima anak kedua pelawat keseribu 12.3.2 Binaan Frasa Nama: Inti + Inti Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna kese.luruhan frasa nama itu didukung oleh keduadua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Ada dua golongan frasa nama dari jenis .inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan: (i) Inti + inti dengan maksud sarna erti. (ii) Inti + inti dengan maksud lawan erti. (i) Inti + inti dengan maksud sama erti Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sarna erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya: FrasaNama Inti Inti . tubuh badan rakan taulan wang ringgi( ribut taufan hutan rimba pinggan mangkuk 375
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Frasa Nama Inti Inti sawah ladang hamba abdi kampung halaman Frasa Nama Inti Inti " kerusi meja lelaki perempuan jantan betina abang adik ibu bapa datuk nenek teruna dara saudara saudari tuan puan 12.4 Susunan Konstituen Frasa Nama Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang boleh hadir dahulu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan itu adalah seperti yang berikut: 12.4.1 Peraturan D-M (Hukum D-M) D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan me- ·rupakan un sur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. 376 FRASANAMA Contohnya: FrasaNama Diterangkan (D) Menerangkan (M) orang lelaki askar Melayu kelapa sawit baju kemeja pam angin penulis buku guru bahasa jentera pendingin serbuk perasa lampu gas Sabarudin tukang kasut Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-contoh yang berikut: *Aminah Restoran, *Gigi Klinik, *Koh Klinik, *Militari Polis, *Kerinting Rambut Salon, *Tenggara Asia, kerana intinya terletak di bahagian belakang. 12.4.2 Kecualian Hukum D-M Kecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya: Frasa Nama Penerang (M) Yang Diterangkan (D) perdana menteri timbalan menteri naib presiden naib yang dipertua naib canselor timbalan pengerusi pembantu penyelidik ibu pejabat 377
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 12.4.3 Bilangan dan Panggilan Ap~bila unsu.r penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunJukkan bzlangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama, seperti yang terdapat dalam contohcontoh berikut: (i) Bilangan FrasaNama Bilangan Penjodoh Bilangan Inti dua orang calon beberapa ekor binatang sekawan - burung sekalian - hadirin segelintir - penduduk semua - pasukan ketiga-tiga helai sapu tangan segala - perkakas para - tetamu sepuluh buah rumah se- kuntum bunga (ii) Nama panggilan dan gelaran Frasa Nama PanggilaniGelaran Inti Puan Juriah Tun Abdul Razak Raja Zainal Engku Ali Megat Terawih Kak Timah Datuk Menteri Si Belang Sang Sapurba 378 ·I , i FRASANAMA 12.4.4 Penerang Inti mungkin juga mempufl~i penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti yang berikut: (i) Penerang adjektifyang menerangkan inti harns hadir sesudah inti itu diikuti oleh penerang-penerang yang lain, manakala penentu belakang hadir di belakang sekali. Secara aturan, susunannya adalah seperti yang berikut: Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang* Contohnya: FrasaNama Inti Penerang Penerang Penentu Adjektif Kata Nama Belakang kereta baharu ayah itu pejabat lama pengurus itu pegawai tinggi tentera lUI pintu besar asrama itu pegawai tinggi polis ini keluaran kasar negara itu kotak hitam pesawat itu baju tebal orang ini Namun sekiranya kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir di belakang kata majmuk. Misalnya pasaran sekuriti Zengkap; lengkap ialah kata adjektif yang menerangkan kata majmuk pasaran sekuriti. Contoh-contoh lain ialah: Kata Inti Majmuk Penerang Adjektif tawaran bayaran balik penuh modal pulangan sarna margin untung kasar sistem pemercik kekal zon ekonomi eksklusif * Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan bentuk nama khas seperti ~e~abat Pas Besar (General Post Office) yang bertentangan dengan peraturan Ill!. 379
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (ii) Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang. Dalam keadaan demikian, unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama. Dalam kehadiran begini, kata adjektif wujud juga sesudah inti, seperti contoh berikut: Frasa Nama Penerang I Penerang II (Frasa) Penentu Inti (Adjektif) Beiakang Inti Penerang kereta baharu ayah saya itu pejabat lama pengurus syarikat ini pegawai tinggi tentera darat itu pintu besar asrama puteri itu pegawai tinggi polis daerah itu keluaran kasar negara membangun ini kotak hitam pesawat Boeing itu baju tebal orang Jepun itu Hubungan unsur-unsur yang ada pada frasa nama di atas boleh ditunjukkan melalui gambar rajah berikut. Garis-garis pada gambar rajah itu menghubungkan unsur-unsur yang paling rap at dari segi makna. kereta baharu ayah saya itu I I I I pejabat lama pengurus syarikat ini I I I I I pegawai tinggi tentera darat itu I I I I I pintu besar asrama puteri itu I I I I I 380 "' ;', .r .~ pegawai tinggi I I polis I FRASANAMA daerah itu I I Kelainan daripada bentuk-bentuk di atas ialah binaan yang terdapat di dalamnya dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri daripada frasa-frasa. Dalam kewujudan begini, frasa penerang yang menerangkan sifat hadir selepas inti, semen tara yang menerangkan milik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud selepasnya. Contohnya: Frasa Nama Penerang I (Frasa) Penerang II (Frasa) Penentu Inti Beiakang Inti Penerang Inti Penerang pakaian kain kapas buatan Malaysia ini rumah harga murah binaan kerajaan - bangunan pencakar langit bentuk piramid itu buku kulit nipis harga murah ini guru sekolah menengah lepasan universiti - penghuni rumah pangsa keturunan India itu pegawai pangkat tinggi tentera laut - kereta jenis mahal pen gurus besar itu tingkap bilik kecil rumah kami ini Hubungan unsur-unsur dalam frasa nama di at as dapat digambarkan melalui gambar rajah berikut: paktan kayas I buatan Malaysia I I ini I rumah harga murah binaan kerajaan I I I I I L. __ ~~I I I . bangunan pencakar langit bentuk • piramid itu I I I LI --~-----,I 381
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA buku kuIit nipis harga murah ini I 1 1 I I I guru sekolah menengah lepasan universiti I 1 I I I penghuni rumah pangsa keturunan India itu 1~-:1==r-~1 ~I ~~I pegawai pangkat tinggi tentera laut I ,-I ~~-.JI 1 1 kereta jenis mahal pengurus besar itu I ~I _____ I~ _____ I __ -.J 1 I tingkap I bilik I kecil : rumah kami ini I I I (iii) Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu dengan unsur yang kedua dar un sur yang pertama merujuk benda yang serupa. Contohnya: , Frasa Nama Subjek Predikat FrasaNama FrasaNama Seorang wanita Melayu pemenang hadiah itu telah tampil ke hadapan. Sebuah jentera kecil alat pendingin udara terpasang di din ding itu. Dua orang lelaki tua penjamin pelajar itu telah membayar hutangnya. Sepinggan nasi goreng pengalas perut kosong masih terletak di atas meja. Sebilah pisau lipat alat pencukur janggut terselit pada sakunya. 382 T I j I 1 1 \l FRASANAMA 12.5 Kesimpulan Daripada yang telah dibincangkan dalam bab ini, bolehlah disimpulkan bahawa frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut kedudukan unsur-unsumya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti yang berikut: Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent* Walau bagaimanapun, tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsUf yang digambarkan di atas. ladual di sebelah ialah contoh unSUf-unsur frasa nama yang disebutkan itu, tetapi tidak semuanya boleh hadir bersama-sama. * Untuk bentuk penuh bagi singkatan-singkatan ini, sila rujuk halaman liii-liv. 383
-= ~ I I Q.c " oE ..... -@ 0 0.0 C I ..... c ~ :::I Q.c E Q3 '" en 0.0 C °C a '" C :::I r: <I.l "0 ~ ;>, 0.0 C Q.c '" <I.l '" .0.0 ..c Z ..c d:s c = '" ~ til E :::I ..... ~ °2 <I.l '-, Q.c '" til '-' <I.l ~ .8 C '" , '" til '" C , :::I 0.0 ..c '" = '" ,§ c ..... "0 ..><: ~ '" <I.l 0. 0... :.a ..... = c z I I '" til ::.::: 2 I :::I ..c '" = ..c ..... ..... '" 2 '" 0.0 C ~ E c '" :::I 2 <I.l "a 0.0 0. '-' ..><: Q; ..><: I ~ I C!l B "0 0.0 0.0 0.0 .~= -@ c c c '" '" '" Q.c ~ ~ ..... :::I I-< 0 ..c 0 ..c '" , 0. til til '" ..... d:s .3 <I.l ~ 0.0 '" 0.0 @< '" ..c ..... .~ 0;::: .~ =s OJ <I.l ..c ..c ..><: til ,.§ .,§ 0.0 c c '" '" '" ..c til I <I.l ..><: ..... '" ';::: C 's "3 ..><: til <I.l ~ C '" 0.0 a:; , c til c ..... "0 '" '" <I.l 0. 0. C '" til 0.0 '" C :::: .c;; "0 '" ~ :.s '0' '" I E til 2 <I.l til 0.0 c 2 <I.l <I.l 0. ..><: I I ..c I '" :::I ..c '" 0. '" :::I '" ..... <I.l E ..c <I.l <I.l til ..c .,§ "a c ,9 til ..><: '" 0 > ..c '" 0.0 C <I.l c <I.l E ..c '0 '" ..><: <I.l til "0 ·c .,;, :::I ·c E :::I E '" 0. '" ..c :::I :S I I a '" 0. " t , ~.: ',} BAB 13 Frasa Kerja 13.1 Pendahuluan Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat yang berikut: Subjek Frasa Kerja l. Ali menang . 2. Mereka sedang tidur. 3. Hujan turon dengan lebatnya. 4. Belukar itu terbakar perlahan-lahan. 5 . Hang lebat bertikam dengan Hang Tuah. 6. Kami makan ayam goreng itu. 7. Budak itu sedang membaca buku. 8. Anaknya menghidangkan sedulaag makanan. 9. Pemburo menembak harimau itu dengan senapangnya. 10. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. 13.2 Binaan Frasa Kerja Dalam ayat-ayat di atas temyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu: g:; (i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata ; "~";
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Antara ayat-ayat dalam Ceraian 13.1 yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah: 1. (a) 2. (a) 3. (a) 4. (a) 5. (a) Ali menang. Mereka sedang tidur. Hujan turun dengan lebatnya. Belukar itu terbakar perlahan-lahan. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah. Dalam ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek, namun unsur-unsur yang lain, iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya. Ini akan diterangkan dalam Bahagian 13.4 dan 13.6 selanjutnya. (ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. Antara ayat-ayat pada Ceraian 13.1 yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah: Subjek Frasa Kerja Kata Kerja Objek Keterangan 6. (a) Kami makan ayam goreng itu. 7. (a) Budak itu menbaca buku. 8. (a) Anaknya menghidangkan sedulang makanan. 9. (a) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya 10. (a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana 386 1 I I FRASAKERJA dengan frasa kerja tanpa objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek. 13.3 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif· ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakriflcan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan, oleh itu, tidak berobjek. Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang berikut: (i) Kata kerja tak transitif yang tidak menerima un sur pelengkap. (ii) Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya. (iii) Kata kerja tak transitifyang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang. 13.3.1 Kata Kerja Tak TransitifTanpa Pelengkap Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya: 11. Semua penonton bang un. 12. Pokok itu tumbang. 13. Mereka semua puiang. 14. Kanak-kanak itu menangis. 15. Bendera-bendera berkibaran. 16. Kami semua terpegun. 17. Padi menguning. 18. Pelajar-pelajar bergotong-royong. 3.87
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 19. Seluruh rakyat"memberontak. 20. Dia tercengang. Contoh-contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna yang sempuma. 13.3.2 Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: (i) Kata adjektif sebagai pelengkap Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh,jahat, baik, lemah, miskin, adil dan selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. Contohnya: 21. Keadaannya menjadi genting. 22. Kesihatan bapanya beransur baik. 23. Orang kampung itu masih tinggal miskin. 24. Badannya menjadi lemah. 25. Ekonomi negara kita bertambah kukuh. 26. Mereka tidak berbuat jahat. 27. Semua pemimpin hendaklah berlaku adil. (ii) Frasa sendi nama sebagai pelengkap Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna 'tempat' sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal, menetap, bermastautin, membelok dan singgah. 388 FRASAKERJA Contoh ayat: 28. Mereka berada di Kuala Lumpur. 29. Saya tinggal di kampung. 30. Pendatang itu menetap di Selangor. 31. Keluarga kami bermastautin di sini. 32. Keretanya membelok ke kiri. 33. Kapal terbang itu singgah di Kota Bharu. (iii) Kata nama sebagai pelengkap Ada kata kerja tak transitif tertentu yang mesti diikuti oleh pelengkap kata nama. Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pas if. Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. Pertama, kata kerja yang berimbuhan ber-... -kan. Contohnya: 34. Dia berbantalkan lengan. 35. Pengemis itu bertilamkan rumput. 36. Pak Kaduk berbajukan kertas. 37. Pengembara itu berselimutkan embun. 38. Pokok padi Wan Empuk berbatangkan tembaga. Kata kerja tak transitifkumpulan kedua yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contohnya: 39. Dia menjadi guru. 40. Orang itu ada harta. 41. Negara kita kini menjadi pengeksport barang-barang kilang. 13.3.3 Kata Kerja Tak Transitifdengan Kata Nama Sebagai Penerang Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempumaan makna kata kerja demikian. 389
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contohnya: Subjek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang 42. Lelaki itu berseluar jean. 43. Kanak-kanak itu berbaju Melayu. 44. Mereka bersawah padi. 45. Keluarganya berkedai kopi. 46. Peladang itu berkebun kelapa. 47. Kerjanya bergunting rambut. 48. Kegemarannya bermain bola. 49. Bapanya berniaga ayam. 50. Orang tua itu berjaja kain. 51. Mereka belajar bahasa Jepun. 13.4 Binaan Frasa Kerja dengan Objek Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Contohnya ialah ayat-ayat dalam Ceraian 13.1. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat (b). Contohnya: 52. (a) Kami makan ayam goreng itu. (b) Ayam goreng itu kami makan. 53. (a) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. (b) Harimau itu ditembak oleh pemburu dengan senapangnya. 54. (a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik. (b) Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik. 55. (a) Budak itu membaca buku. (b) Buku dibaca oleh budak itu. 56. (a) Anaknya menghidangkan sedulang makanan. (b) SeduZang makanan dihidangkan oleh anaknya. 390 ,:. , j FRASAKERJA Perkataan-perkataan yang condong dalam ayat (b) di atas menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan. Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh pula dibahagikan kepada dua jenis: (i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek. (ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek. 13.4.1 Frasa Kerja dengan Satu Objek Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 57. Saya menjawab surat itu. 58. Mesin itu mengepam air. 59. Dia tidak mengabaikan tugasnya. 60. Ketua pasukan terus menenangkan suasana itu. 61. Letupan born itu mengacau-bilaukan keadaan. 62. Dbat itu dapat menyihatkan badan. 63. Penumpang itu terus menaiki kapaZ terbang. 64. Kami mendekati bangunan itu. 65. Perahu-perahu itu menyusuri pantai. 66. Sebatang kayu melintangi jaZan itu. Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. Contohnya: 67. 68. 69. 70. 71. 72. Filem itu sungguh menyeramkan (kami). Kejadian itu sangat menyedihkan (kita). Keputusannya amat menggembirakan (saya). Saya percaya peristiwa semalam sangat menakutkan anda. Betulkah pemeriksaan ketat imigresen di negara itu menyulitkan awak? Tingkah laku pelawak itu sangat menggembirakan kanak-kanak di pesta itu. 391
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 73. Berita baik teritang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. Dalam contoh ayat di atas, ayat yang frasa kerjanya menerima objek yang terdiri daripada orang pertama (ayat 67-69), secara pilihan boleh digugurkan, manakala objek yang terdiri daripada orang kedua dan ketiga (ayat 70-73) tidak boleh digugurkan, keranakalau digugurkan, ini mengandaikan objek yang digugurkan i tu ialah orang pertama. 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kat a kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbezabeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Perhatikan contoh ayat-ayat yang berikut: 74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. 75. Wan ita itu membeli baju untuk anaknya. Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat berikut: 74. (a) Ahmad menghadiahi Ali buku. 75. (a) Wanita itu membelikan anaknya baju. Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam 74 (a) dan anaknya dan baju dalam 75 (a). Dalam binaan di atas, frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat kepada kata kerja, iaitu Ali dalam 74 (a) dan anaknya dalam 75 (a), manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi. Apabila ayat-ayat sede~ikian dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu menjadi subjek at au unsur yang diterangkan. 392 . ~ ;,' '.' ~ '.; FRASAKERJA 74. (b) Ali dihadiahi buku oleh Ahmad. 75. (b) Anaknya dibelikan baju oleh wanita itu. Sebaliknya ayat-ayat pasif berikut, yang menjudulkan objek sipi, tidak dianggap gramatis. 74. (c) *Buku dihadiahi Ali oleh Ahmad. 75. (c) *Baju dibelikan anaknya oleh wanita itu. Yang berikut ialah contoh-contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek; bentuk-bentuk yang condong ialah objek tepat. 76. Dia mencarikan isterinya buah nangka . 77. Tuhan mengurniai makhluknya rahmat. 78. Baginda menganugerahipahlawan itu bintang kehormatan. 79. Ibu memasakkan tetamu makanan .. 80. Anaknya menghidangi kami sedulang kuih. Ayat-ayat di atas jelas mengandungi binaan yang meletakkan objek tepat sesudah kata kerja dan objek sipi mengikuti objek tepat. Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu objek tepat asal diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama untuk atau kepada, dan menjadikannya frasa selldi nama, maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek. Contohnya: 76. (a) Dia mencari buah nangka untuk isterinya. 77. (a) Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluknya. 78. (a) Baginda menganugerahkan bintang kehormatan ke- . pada pahlawan itu. 79. (a) Ibu memasak makanan untuk tetamu. 80. (a) Anaknya menghidangkan sedulang kuih untuk kami. Sesungguhnya binaan ayat 76 (a)-80 (a) ialah binaan dasar yang daripadanya wujud ayat-ayat seperti 76-80. 393
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek, seperti ayat-ayat yang berikut: 81. Sultan menamai tempat itu Melaka. 82. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. 83. Anak itu menyangka orang itu bapanya. 84. Dia menganggap saya lawannya. 85. Saya menamai kucing itu Si Belang. Sebenarnya ayat-ayat di atas mengandungi hanya satu objek, iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja secara langsung, m~nakala Melaka, anak angkatnya, bapanya, lawannya, dan Si Belang hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan objek tepat seperti dalam contoh yang berikut: 81. (a) *Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu. 82. (a) *Dia menjadikan anak angkatnya bagi budak itu. 83. (a) * Anak itu menyangka bapanya untuk orang itu. 84. (a) *Dia menganggapkan lawannya kepada saya. 85. (a) *Saya menamakan Si Belang untuk kucing itu. Untuk menjelaskan lagi, bagi ayat 81-85 di atas, perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur penerang itu. Contohnya: 81. (b) Sultan menamai tempat itu sebagai Melaka. 82. (b) Dia menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya. 83. (b) Anak itu menyangka orang itu sebagai bapanya. 84. (b) Dia menganggap saya sebagai lawannya. 85. (b) Saya menamai kucing itu sebagai Si Belang. Kedua-dua bentuk frasa kerja yang dibincangkan dalam 13.2 dan 13.3 boleh mengandungi unsur-unsur yang lain di dalam binaan, iaitu: (i) Kata bantu (ii) Unsur keterangan 394 'D" • :; .. ;' ;. f. '. '\ c • .:' ;". FRASAKERJA 13.5 Frasa Kerja dengan Kata Bantu Dalam ayat, un sur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu, iaitu: (i) Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja, dan (ii) Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja. 13.5.1 Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sarna ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek mas a berdasarkan sarna ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan. Contohnya: Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan sudah sedang belum telah masih akan pernah mula baru Kehadiran kata bantu aspek dalam ayat adalah seperti yang berikut: 86. Mereka sudah menonton wayang gambar itu. 87. Majapahit telah melanggar Singapura. 88. Saya pernah melihat orang itu. 89. Mereka baru mendapat cahaya mata. 90. Ibu sedang memasak nasi. 91. Adik kecil masih tidur lagi. 92. Kumpulan kami mula mendaki gunung itu pada pukul .7.00 pagi. 93. Matahari belum terbit lagi. 94. Murid itu akan menulis surat kepada ibunya. 395
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Dalam bahasa Melayu kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan, seperti contoh di bawah ini: Bole'h hadir bersama-sama belum T pemah masih + belum masih + sedang sudah + pemah telah + pemah barn + sudah sudah + mula Tidak boleh hadir bersama-sama *akan + belum *sedang + pemah *akan + sedang *sedang + telah *belum + akan *sedang + sudah *sedang + akan *pemah + akan *sedang + belum *pemah + belum *sedang + masih *telah + masih *pemah + masih *telah + akan *pemah + sedang *sudah + sedang *telah + sedang *sudah + belum *telah + belum *sudah + barn 13.5.2 Kata Bantu Ragam Kata bantu rag am yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam at au suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini termasuklah: mungkin boleh hendak dapat mahu mesti harus patut enggan 396 ·1·::', :; t; .. ' , ~. FRASAKERJA Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah seperti yang berikut: 95. Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika. 96. Mereka mahu berikhtiar lagi. 97. Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera. 98. Saksi itu enggan memberikan kerjasama. 99. Dia mungkin hadir ke majlis tersebut. 100. Mereka boleh pergi sekarang. 101. Pelajar itu dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun. 102. Awak mesti berehat dahulu. 103. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana hidup dalam aman. Boleh hadir bersama-sama hams + mahu patut + dapat hams + dapat patut + boleh mesti + mahu mungkin + boleh mesti + dapat mungkin + dapat Tidak boleh hadir bersama-sama *hendak + mahu *hendak + boleh *hendak + harns *hendak + dapat *hendak + mesti *mahu + hendak *mahu + mesti *mahu + hams *mahu + dapat *mahu + boleh *mesti + hams *boleh + hams *boleh + mesti *dapat + mahu *dapat + hendak *dapat + boleh *dapat + hendak *enggan + patut Kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. 397
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contohnya: Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam 104. 'Ahm~d sedang hendak ke bandar ketika kami sampai. 105. Dia belum hendak makan kerana masih kenyang. 106. Aminah akan dapat menjawab soalan itu. 107. Musa masih dapat tidur walaupun bilik itu panas. 108 Encik Ibrahim belum boleh tahu akan hal itu kerana masih rahsia. Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek 109. Mereka mesti akan datang lagi. 110. Mariam harus sudah tidur kerana malam sudah larut. 111. Pada waktu itu bapa mesti sudah pergi ke pejabat. 112. Datuk Penghulu harus telah menyelesaikan pergaduhan itu. 113. Polis mesti t-r!lah menangkap pencuri itu sesudah mendapat maklumat. 13.6 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Frasa kerja, sarna ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya: (i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen 398 114. Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang. 115. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen. 116. Berita itu menyatakan bahawa semua penufnpang terselamat. 117. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih. 118. Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat luar bandar akan diberikan lebih banyak kemudahan di bawah rancangan pembangunan itu. ,- FRASAKERJA (ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen 119. Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. 120. Mereka berhujah bahawa projek itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun. 121. Penduduk kampung itu beranggapan bahawa penghulu mereka sudah berpindah. 122. Penceramah itu berasa bahawa tajuk itu sesuai untuk para pendengar. 123. Ibu Ali berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan. 13.7 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada un sur yang menerangkan kata kerja itu dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan ini juga berfungsi sebagai frasa adverba. Dalam ayat susunan biasa, un sur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya: 124. 125. 126. 127. 128. 129. 130. 131. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahanlahan. Bunga rampai itu berbau sungguh harum. Rombongan pengantin itu tiba pada malam tadi. Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi ke Jepun. Mereka berjuang mati-matian. Murid-murid itu menjawab serentak apabila ditanya. Dilihat dari segi makna, frasa keterangan terbahagi kepada lapan kumpulan, iaitu: (i) Keterangan tempat atau arah. 399
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA (ii) Keterangan 'waktu (iii) Keterangan cara (iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat (vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal (viii) Keterangan bagai (i) Keterangan tempat atau arah Keterangan temp at atau arah ialah unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa at au keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah di, ke, dari, daripada, kepada, dan pada. Contohnya: 132. Ramai wanita bekerja di kilang. 133. Mereka berasal dari Sarawak. 134. Tembakannya kena pada sasarannya. 135. Adik menerima surat daripada sahabat penanya. 136 Juragan itu terjun ke dalam laut. 137. Hadiah ini diberikan kepadanya. (ii) Keterangan waktu Terdapat dua bentuk keterangan waktu. Yang pertama ialah frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak, dan hingga. Yang kedua terdiri daripada frasa nama, seperti semalam dan dua dekad yang lalu. Contohnya: 138. Kuliah itu tamatpada pukul5.00 petang. 139. Kursus itu bermula sejak 12 tahun yang lalu. 140. Kami menunggu ketibaannya hingga pukul 12.00 141. 142. 143. malam. Dia menyelesaikan kerjanya dalam masa tiga jam. Perwakilan negara-negara asing tiba semalam. Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu. (iii) Keterangan cara Terdapat dua bentuk keterangan cara. Yang pertama terdiri dari400 FRASAKERJA pad a kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba. Yang kedua terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda -nya. Contohnya: 144. Kereta api itu bergerak laju. (KA berfungsi KAdv) 145. Bas itu bergerak dengan lajunya. (FS) 146. Mereka berjuang mati-matian. (KAdv) 147. Dia suka bercakap lantang. (KA berfungsi KAdv) 148. Pembahas itu berhujah dengan lantangnya. (FS) 149. Adiknya datang dahulu daripada saya. (KAdv) (iv) Keterangan tujuan atau harapan Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah demi, untuk, dan bagi. Contohnya: 150. Kita berjuang demi keadilan undang-undang. 151. Mereka bertindak untuk kepentingan bersama. 152. Rakyat harus berusaha untuk kejayaan masa depan negara. 153. Kerajaan membina pusat kesihatan desa bagi faedah orang-orang kampung. 154. Berjuanglah demi kepentingan agama, bangsa, dan negara. 155. Dasar baharu itu dilaksanakan bagi kesejahteraan rakyat. (v) Keterangan alat Keterangan alat ialah unsur yang menentngkan perkakas atau benda yang digunakan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah dengan. Contohnya: 156. Rombongan pelajar itu datang dengan bas. 157. Dia memukul ular itu dengan buluh. 158. Mereka menyeberangi sungai itu dengan rakit. 159. Saya memotong tali itu dengan pisau belati. 401
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (vi) Keterangan penyertaan Keterangan penyertaan ialah un sur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah dengan. Contohnya: 160. Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya. 161. Menteri Pengajian Tinggi tiba dengan pegawai-pegawainya. 162. Murid-murid melawat muzium dengan guru mereka. 163. Pengerusi majlis masuk ke dewan dengan setiausaha persatuan kita. (vii) Keterangan hal Keterangan hal ialah unsur yang menerangkan keadaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah tentang, mengenai, dan terhadap. Contohnya: 164. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu. 165. lawatankuasa membuat teguran terhadap laporan kewangan. 166. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut. (ix) Keterangan bagai Keterangan bagai ialah unsur yang menerangkan keserupaan yang bentuknya terdiri daripada frasa sendi nama. Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai, dan bak. Contohnya: 167. Dia berlagak seperti pegawai. 168. Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua. 169. Saya berperanan sebagai bapanya. 170. Muka tuan puteri bercahaya bak bulan purnama. 13.8 Kesimpulan Daripada perbincangan dalam bab ini, jelas bahawa frasa kerja, seperti juga frasa nama, merupakan satu binaan yang kompleks. 402 FRASAKERJA Namun demikian, satu kesimpulan boleh dibuat tentang binaannya dengan berdasarkan kedudukan unsur-unsur yang ada di dalamnya, iaitu seperti yang terdapat dalam rajah berikut: [ Kata 1 bantu + Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif ( Objek ) Ayat Komplemen + + (pelengka p ) Ayat Komplemen Binaan Frasa Kerja + (Keterangan) Maksud rajah di atas antaranya ialah bahawa frasa kerja boleh mengandungi binaan-binaan berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Kata kerja transitif + objek. Kata kerja transitif + ayat komplemen. Kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan Kata bantu + kata kerja transitif + ayat komplemen + keterangan. Kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif + pelengkap. Kata kerja tak transitif + ayat komplemen. Kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap + keterangan. Kata bantu + kata kerja tak transitif + ayat komplemen + keterangan. Daripada contoh binaan di atas, jelas bahawa tidak semua frasa kerja mengandungi setiap unsur yang disenaraikan dalam rajah. Unsur-unsur seperti kata bantu dan keterangan dan juga 403
TATABAHASf. DEWAN EDISI KETIGA ayat komplemen bagi ·kata kerja tak tra,.nsitif, boleh digugurkan secara pilihan. Contoh beberapa frasa kerja dengan kedudukan unsur-unsurnya adalah seperti yang terdapat dalam rajah berikut: Kata Bantu Kata Kerja Objek atau Ayat Keterangan Transitif Komplemeni Pelengkap - menjelaskan tugasnya - - menjelaskan bahawa tugasnya - sudah diu bah akan menjelaskan tugasnya kepada ketua baharunya akan menjelaskan bahawa tugasnya sejak tahun lalu sudah diubah Kata Bantu Kata Kerja Tak Ayat Keterangan Transitif Komplemen - tidur - di serambi - berada di Kuala Lumpur - telah berada di Kuala Lumpur pada waktu itu - berasa bahawa keputusan - itu wajar masih berasa bahawa keputusan pada ketika itu itu wajar 404 BAB 14 Frasa Adjektif 14.1 Pendahuluan Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif at au kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif . yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Contohnya: (i) jrasa adjektif sebagai predikat Subjek (FN) Predikat (FA) l. Adiknya sangat pandai. 2. Markahnya tinggi. 3. Orang muda itu kacak sungguh. 4. Anaknya masih kecillagi. 5. Sekolahnya jauh dari situ. 405
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (ii) jrasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat Predikat Subjek Frasa Utama Frasa Adjektif Sebagai Un sur Keterangan (a) Frasa Kerja 6. Dia berjalan sangat cepat. 7. Bayi itu tidur nyenyak sekali. 8. Pemidato itu berucap sungguh lantang. (b) Frasa Sendi Nama 9. Duta Besar itu di Beijing paling lama. 10. Pegawai belia kami ke pusat latihan amat kerap. II. Surat daripada sahabat panjang sungguh. penanya Walau bagaimanapun, unsur frasa adjektif sebagai keterangan dapat hadir sebelum frasa kerja dan frasa sendi nama. Contohnya: 6. (a) Dia sangat cepat berjalan. 7. (a) Bayi itu nyenyak sekali tidur. 8. (a) Pemidato itu sungguh lantang berucap. 9. (a) Duta Besar itu paling lama di Beijing. 10. (a) Pegawai belia kami amat kerap ke pusat latihan. 11. (a) Panjang sungguh surat daripada sahabat penanya. 14.2 Binaan Frasa' Adjektif: Un sur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sarna ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak 406 FRASA ADJEKTIF Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat - - pandai - - terlalu nakal - sudah - besar - - - tua sekali belum - masak sangat - - jahat betul masih agak kecil - masih - kecil amat - - cantik sungguh - amat ganas - pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya: (i) Binaan satu perkataan. (ii) Binaan dua perkataan. 14.2.1 Binaan Satu Perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakai, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah: 12. Pelayan kedai Pak Ali rajin. 13. Kawan-kawan Ahmad cerdik. 14. Adiknya sangat cergas. 15. Warna kulit buku saya merah. 16. Wan ita itu baik sungguh. 17. Mukanya pucat. 18. Bilik tetamu itu kosong. 19. Hidup seniman itu amat sederhana. 20. Hati mereka cemas. 21. Pada malam ini bulan sungguh terang. Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. 407
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Kata adjektif boleh juga terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai, kemerah-merahan, terbaik, keinggeris-inggerisan, setinggi, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 22. Aminah tidak sepandai adiknya. 23. Dalam darjah ini markah Husnilah yang terbaik. 24. Langit kemerah-merahan pada waktu senja. 25. Gaya pertuturannya agak keinggeris-inggerisan. 26. Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu. Bentuk adjektif yang berimbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di atas telah dibincangkan dalam Bab 8, bidang morfologi. 14.2.2 Binaan Dna Perkataan Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu: (i) Kata Adjektif + Kata Adjektif (ii) Kata Adjektif + Kata Nama Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan. (i) Binaan kata adjekti/.+ kata adjektif Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada: (a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya: 408 riang gembira letih lesu cantik molek lemak manis gagah berani penat lelah kurus kering FRASA ADJEKTIF (b) Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan. Contohnya: tinggi rendah pahit manis baik buruk tua muda kecil besar miskin kaya (c) Deretan dua kat a adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya: tinggi lampai gemuk gedempol kaya raya lemah gemalai kering kontang (ii) Binaan kata adjektif + kata nama Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kat a adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada: (a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan: merahjambu hijau daun biru laut kuning langsat manis buah muda remaja (b) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan: panjang tang an besar kepala ringan tulang 409
TATABAHASA DEWAN' EDISI KETIGA terang hati rabun ayam buta huruf terang tanah banyak mulut tua keladi 14.3 Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis un sur penguat: (i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu nakaI, paling sedap, sangat indah, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 27. Anak kecil itu terlalu nakal. 28. Masakan ibunya paling sedap. 29. Pemandangan di tasik itu sangat indah. Penguat belakang pula ialah perkataan yang terletak di belakang kata adjektif, contohnya, baik sekali, lambat benar, indah nian, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 30. Perangai budak itu baik sekali. 31. Kereta api itu lambat benar. 32. Istana di atas bukit itu indah nian. Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sarna ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya: amat indah dan indah amat, sungguh berani dan berani sungguh, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 410 33. (a) Pemandangan di pantai itu amat indah. (b) Pemandangan di pantai itu indah amat. " ,l c 34. (a) Pahlawan itu sungguh berani. (b) Pahlawan itu berani sungguh. FRASA ADJEKTIF Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kT.trang sopan, terlalu amat pedih, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 35. Suaranya sungguh amat merdu. 36. Perangainya sangat kurang sopan. 37. Bisanya terlalu amat pedih. 14.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada kat a adjektif yang disertai oleh kata bantu, misalnya, sudah besar, belum cerdik, masih kecil, dan harus pandai, seperti yang terdapat dalam ayatayat berikut: 38. Anak itu sudah besar. 39. Dia belum cerdik lagi. 40. Anak kucingnya masih kecil. 41. Semua pegawai harus pandai. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat, misalnya: masih amat kecil, belum terlalu jauh, belum sangat pandai, sungguh masih letih, tentu sudah masak, dan benar telah pandai, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut: 42. Anak-anak jiran saya belum bersekolah kerana masih amat kecil. 43. Kami dapat mengejar Ali kerana dia belum terlalu jauh. 44. Pemain itu belum sangat pandai kerana belum lama dilatih. 45. Kami terasa sungguh masih letih walaupun telah lama berehat. 46. Buah yang diperam itu tentu sudah masak. 47. Sesudah mengikuti latihan berkali-kali, mereka benar telah pandai. 411
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 14.5 Susunan Frasa" Adjektif dalam Ayat Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif d'alam ayat susunan biasa iaitu: ' (i) Selepas subjek sebagai predikat. (ii) Selepas frasa kerja sebagai keterangan. (iii) Selepas frasa nama sebagai penerang. 14.5.1 Frasa Adjektif Sebagai Predikat Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir se1epas subjek, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: Subjek Predikat 48. (a) Rumah Ali sangat sederhana. Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, seperti yang berikut: Predikat Subjek 48. (b) Sangatsederhana rumah Ali. Perhatikan contoh-contoh seterusnya: Suslman biasa: 49. (a) Badannya letih lesu. 50. (a) Malam ini gelap benar. 51. (a) Hidup penyair agung itu amat sederhana. 52. (a) lalan raya itu sunyi senyap. 53. (a) Tubuh gadis itu tinggi lampai. 54. (a) Warna kereta Musa hijau muda. 55. (a) Tidumya nyenyak benar. 56. (a) Anak Ali masih keci!. 412 FRASA ADJEKTIF 57. (a) Mukanyapucat. 58. (a) Kerani pejabat kami rajin. Susunan songsang: 49. (b) Letih lesu badannya. 50. (b) Gelap benar malam inL 51. (b) Amat sederhana hidup penyair agung itu. 52. (b) Sunyi senyap jalan raya itu. 53. (b) Tinggi lampai tubuh gadis itu. 54. (b) Hijau muda wama kereta Musa. 55. (b) Nyenyak benar tidumya. 56. (b) Masih kecil anak Ali. 57. (b) Pucat mukanya. 58. (b) Rajin kerani pejabat kamL 14.5.2 Frasa Adjektif Sebagai Keterangan Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contohnya: Predikat SUbjek Frasa Kerja Keterangan (Frasa Adjektif) 59. Dia berjalan sangat cepat. 60. Mereka pulang segera. 61. Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak. 62. Adik-adiknya datang kerap sangat. 63. Jalan itu menurun curam sekali. 64. Burung helang terbang tinggi. 65. Baginda hidup amat sederhana. 66. Mereka berlari sangat pantas. 67. Amin bergerak cergas sekali. 68. Sungai itu mengalir tenang. Perlu diingat bahawa kata adjektif dalam unsur keterangan di atas, iaitu cepat, segera, nyenyak, kerap, curam, tinggi, sederhana, pantas, cergas dan tenang, berfungsi sebagai kata adverba. (Uhat 9.2.3.9). 413
TATABAHASA DEWAN EOISI KETIGA 14.5.3 Kata Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya: FrasaNama KataNama Penerang (Kata Adjektif) pelajar baharu warna merah minyak wangi bulan terang baju putih rumah haram kopi segera penutur asli emas tulen pangkat rendah bangunan tinggi 14.6 Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif Dalam frasa adjektif, un sur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya: Subjek Predikat (Frasa Adjektif) 69. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. 70. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup kita. 71. Keadaannya tetap cergas pada bulan puasa. 72. Buahnya manis ibarat gula. 73. Badannya lemah dengan tiba-tiba. Dari segi makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan ke dalam beberapa golongan, iaitu: . 414 FRASA ADJEKTIF (i) Keterangan cara, contohnya: 74. Badannya lemah dengan tiba-tiba. 75. Lukanya baik dengan sendirinya. 76. Pokok itu segar dengan cepatnya. (ii) Keterangan bandingan, contohnya: 77. Buahnya manis ibarat gula. 78. Badannya kurus bagai lidi. 79. Suaranya merdu seperti buluh perindu. (iii) Keterangan hal atau keadaan, contohnya: 80. Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. 81 . Ramai penduduk desa masih melarat dalam kemiskinan. 82. Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran. (iv) Keterangan tujuan, contohnya: 83. Rumah harus bersih demi kesihatan hidup kita. 84. Rakyat mesti cergas untuk kemajuan masa depan. 85. Juruterbang harus hati-hati demi keselamatan semua penumpang. (v) Keterangan kekerapan, contohnya: 86. Dia sakit selalu. 87. Pekerja itu jarang-jarang lewat. 88. Wanita itu sering sedih. (vi) Keterangan terhadap, contohnya: 89. Anak itu sangat rindu akan emaknya. 90. Kita harus cinta akan tanah air. 91. Hang Tuah amat setia kepada rajanya. (vii) Keterangan musabab, contohnya: 92. Budak itu lemah oleh sebab 1!-eletihan. 415
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 93. Murid-m'urid itu lembap kerana tiada bimbingan. 94. Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya. (viii) Keterangan waktu, contohnya: 95. Ali selalu sakit ketika masih kecil dahulu. 96. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang lnl. 97. Pelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja. (ix) Keter(lngan tempat, contohnya: 98. Kanak-kanak itu sakit pada kakinya. 99. Buah nanas manis di bahagian pangkalnya. 100. Bunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah kanan. 14.7 Frasa Adjektif dengan Ayat Komplemen Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komp1emen, menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk. Contohnya: Ayat Induk dengan Frasa Ayat Kompiemen Adjektif 101. Para peserta amat sedar bahawa persiapan mereka tidak mencukupi. 102. Ali tetap percaya bahawa anaknya masih hidup. 103. Mereka pasti yakin bahawa pasukan sekolah mereka akan menang. 104. Dia cukup insaf bahawa dia perlu membaiki prestasinya. 105. Mereka agak ragu bahawa berita itu benar. 14.8 Kesimpulan Frasa adjektif sebagai predikat ia1ah satu binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur yang dapat digambarkan seperti dalam jadual di sebelah. 416 FRASA ADJEKTIF Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterapgan + Ayat Komplemen Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan, dan ayat komplemen. Kata adjektif yang pertama merupakan unsur inti yang wajib bagi seluruh binaan itu, sementara unsur-unsur yang lain ia1ah un sur tambahan yang bersifat pilihan yang menerangkan unsur inti. Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa makna berlawanan, maka kedua-duanya tidak bo1eh digugurkan, misa1nya tinggi rendah. Seba1iknya,jika unsur adjektifyang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka perkataan yang kedua boleh digugurkan. Contohnya, riang gembira atau hitam legam. Di bawah ini diberikan contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-unsumya. (i) Kata bantu + kata adjektif masih kuat sudah kurus belum sihat mahu cantik telah gering (ii) Kata penguat + kata adjektif sungguh cantik (iii) amat dalam lebih baik paling tinggi agak kecil Kata bantu + kata penguat + kata adjektif masih agak kecil belum terlalu lewat mahu benar pandai masih terlalu banyak sudah amatjelas 417
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (iv) Kata adjektif + kata penguat besar sekali cantik betul· baik benar banyak sungguh panjang sangat (V) kata bantu + kata adjektif + kata penguat masih awal sangat sudah baik sungguh belum masak benar mahu pandai sekali sudah tua betul (vi) Kata penguat + kata adjektif + kata penguat amat cantik sekali sangat baik benar sungguh indah nian (vii) Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan sangat man is pada bahagian pangkalnya sungguh cinta akan tanah aimya sangat sibuk deEgan pekerjaan amat malas oleh sebab kejemuan sungguh haJus ibarat sutera (viii) Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen sungguh yakin bahawa mereka telah tiba amat percaya bahawa budak itu pemah datang sangat sedar bahawa kita masih lemah amat insafbahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu agak ragu bahawa berita itu benar (ix) Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi percaya benar bahawa anaknya telah berjaya yakin betul bahawa pasukannya akan menang 418 i 1 t i i ~ ! FRASA ADJEKTIF insaf benar bahawa kelemahannya menyebabkan kekalahan itu percaya sungguh bahawa ayahnya akan pulang (x) Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif masih riang gembira tetap gagah berani sudah besar panjang pasti letih lesu Frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Untuk lebihjelas lagi, contoh-contoh di atas dapat digambarkan seperti jadual yang berikut: Kata Kata Kata Kata Kata Un sur Ayat Bantu Penguat Adjek- Adjek- Pe- Kete- Komtif tif nguat rangan plemen belum - sihat - - - - - sungguh cantik - - - - belum terlalu Iewat - - - - - - - besar sekali - - belum - - masak benar - - - sungguh - indah nian - - - sangat - manis - pada - bahagian pangkalnya - sungguh yakin - - - bahawa mereka telah tiba - - - sedar sungguh - bahawa persiapannya tidak mencukupi sudah - besar panjang - - - 419
BAB 15 Frasa Sendi Nama 15.1 Pendahuluan Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, ten tang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu. 15.2 Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut: (i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama (ii) Kata Sendi Nama + KataArah + Frasa Nama (iii) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan (iv) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan 15.2.1 Kata Sendi Nama + Frasa Nama Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut: 421
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Frasa Sendi Nama Kata Sendi Nama FrasaNama di jambatan ke sekolah rendah dari JohorBahru daripada kapas kepada ibu Fatimah pada waktu itu untuk pelajar-pelajar baharu dengan kebijaksanaannya sejak zaman dahulu tentang negara maju sampai subuh bagi kanak-kanak cacat 15.2.2 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului ole~ kata arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wUJud tanpa kata arah. Contohnya: Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama KataArah Frasa Nama di belakang rumah ke dalam bilik gelap dari hujung balai dengan belakang parang untuk luar negara 422 FRASA SENDI NAMA 15.2.3 Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan. Contohnya: Frasa Sendi Nama Frasa Nama Kata Sendi Nama KataArah Frasa Keterangan ke negeri Jepun pada tahun lalu dari Johor dengan bapanya di pangkuanibunya setiap waktu dengan rombongannya pada sepanjang hari dalam perlawanan di sekolah kami 15.2.4 Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Frasa sendi nama boleh juga terbentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contohnya seperti yang terdapat dalam rajah berikut: Frasa Sendi Nama Kata Sendi KataArah Frasa Nama Frasa Nama Nama Keterangan ke selatan negeri Jerman pada musim panas dari belakang rumah dengan cara tiba-tiba di atas pangkuanibu saban hari pada hujung minggu untuk kepentingan keluarga 423
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 15.3 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat Frasa sendi nama boleh hadir sebagai predikat dalam pola ayat dasar bahasa Melayu (sila lihat Bab 16 Ceraian 16.6) dan sebagai unsur keterangan dalam ayat-ayat yang lain. 15.3.1 Predikat Frasa Sendi Nama Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya: 1. Mereka ke sawah setiap pagi. 2. Hadiah itu untuk pe/ajar yang terbaik. 3. Surat itu daripada ibu tersayang. 4. Kain itu daripada benang sutera. 5. Blok asrama itu untuk pe/ajar-pelajar lelaki sahaja. 6. Rumahnya di pinggir bandar. 7. Biasiswa itu bagi anak-anak yatim kampung ini. 8. Orang itu dari Korea Selatan. 9. Bapanya daripada keluarga bangsawan. 10., Asal kapas daripada benang. 15.3.2 Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. (i) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya keterangan masa, tempat, bandinga,:, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya: 11. Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (mas a) 12. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal) 13. Budak-budak itu berehat di bawah pokok. (tempat) 14. Sayadatang dengan isteri. (penyertaan) 15. Bapanya memukul ular itu dengan kayu. (alat) 16. Pembahas itu bercakap seperti murai. (bandingan) 424 FRASA SEND! NAMA 17. Kita harns berusaha demi keutuhan kita. (tujuan) (ii) Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif Frasa jenis ini dapat, antara lain, mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya: 18. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan) 19. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal) 20. Rumah itu cantik seperti mahligai. (banding an) 21. Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. (hal) 22. Mereka bingung pada mulanya. (masa) 23. Pekerja-pekerja harus cekap demi ketinggian hasil pengeluaran. (tujuan) 24. Bayi itu selalu lapar pada waktu pagi. (masa) 25. Rumah kita harns bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan) (iii) Frasa sendi nama keterangan frasa nama Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara lain, mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan. Contohnya: 26. Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar. (tempat) 27. Kampung Geting ialah kampung di seberang muara Sungai Golok. (tempat) 28. Wang pada saya ini ialah wang .baki simpanannya. (temp at) 29. Panggilan telefon untuk ayah itu datang dari Singapura. (tujuan) 30. Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka. (mas a) 31. Perbelanjaan di Mekah pada musim haji sangat tinggi. (tempat dan mas a) 32. Kain daripada sutera mahal harganya. (asal) 33. Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya. (tujuan) 34. SUI~ber bekalan air penduduk Singapura adalah dari Johor. (sumber) 35. Lukisan oleh Ibrahim telah memenangi hadiah pertama. (pembuat) 425
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA 15.4 Penggtmaan Kata Sendi Nama Secara Umum Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi. Kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama. Contohnya: 36. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar kota. 37. Cahaya laser itu menuju ke kiri atau ke kanan bangunan? 38. Hadiah itu untuk ayah dan untuk ibu. 39. Mereka bersembunyi bukan di bawah tetapi di atas bangunan. 40. Ia makan dengan Ali atau dengan Ahmad? 41. Kita berkhidmat bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara. 42. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak. 43. Bungkusan ini dikirimkan oleh abang atau oleh kakak? 44. Ali bukan ke Singapura tetapi ke Johor. 45. Kerusi itu diperbuat daripada kayu dan daripada rotan. Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke. Contohnya: 426 46. Serangan itu datang dari dalam dan luar kota. 47. Hadiah itu untuk ayah dan ibu. 48. Ia makan dengan Ali atau Ahmad? 49. Kita pergi dengan bas atau kereta api? 50. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak. 51. Makanan ini untuk adik atau kakak? 52. Ahmad bukan ke Perlis tetapi ke Kedah. * Ahmad bukan ke Perlis tetapi Kedah. 53. Ia melihat ke atas dan ke bawah. * Ia melihat ke atas dan bawah. ; . .-," FRASA SENDI NAMA 54. Tuan hendak pergi ke Melaka ~tau ke Muar? *Tuan hendak pergi ke Melaka atau Muar? 55. Katakanlah, ke bintang atau ke bulan. *Katakanlah, ke bintang atau bulan. Kata sendi nama pada kedudukan unsur yang kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa sendi nama setara yang tidak menggunakan kata hubung. Contohnya: 56. (a) Ia berjalan ke hulu ke hilir. (b) * Ia berjalan ke hulu hilir. 57. (a) Keluarga itu berpindah dari bandar ke desa. (b) *Keluarga itu berpindah dari bandar desa. 58. (a) Matanya bergerak-gerak ke atas ke bawah. (b) *Matanya bergerak-gerak ke atas bawah. 59. (a) Ayat tersebut diubahdaripada bentuk aktif kepada bentuk pasif. (b) *Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif bentuk pas if. 60. (a) Saya berjalan kaki dari rumah ke pekan. (b) *Saya berjalan kaki dari rumah pekan. Binaan frasa sendi nama yang mengandungi frasa nama dengan bentuk se- mempunyai peraturan seperti yang berikut. Binaan yang demikian yang menggunakan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se- secara berasingan. Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada satu bahagian frasa sendi nama, maka pengguguran bentuk yang sarna hendaklah dilakukan juga pada frasa nama yang kedua·untuk keseimbangan. Contohnya: 61. (a) Perkara itu akan diteliti dari semasa ke semasa. (b) Perkara itu akan diteliti dari masa ke masa. (c) *Perkara itu akan diteliti dari semasa ke masa. (d) *Perkara itu akan diteliti dari mas a ke semasa. 62. (a) Warna itu berubah dari sedetik ke sedetik. (b) Wama itu berubah dari detik ke detik. 427
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (c) *Warna itu berubah dari sedetik ke detik. (d) *Wama itu berubah dari detik ke sedetik. 63. (a) Kekayaannya bertambah dari setahun ke setahun. (b) Kekayaannya bertambah dari tahun k"e tahun. (c) *Kekayaannya bertambah dari setahun ke tahun. (d) *Kekayaannya bertambah dari tahun ke setahun. Frasa sendi nama boleh didahului oleh kata bantu seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 64. Mereka akan ke dalam hutan untuk memburu penjahatpenjahat itu. 65. Sampan itu masih di tepi tasik. 66. Abang telah ke Jakarta dengan keluarganya. Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun setiap kata sendi nama mempunyai tugas serta fungsi yang berbeza, dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan yang rapi, yang telah dijelaskan secara terperinci dalam Bab 9. 15.5 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, frasa sendi nama ialah satu binaan yang boleh dibentuk daripada beberapa unsur, sebagaimana yang dapat digambarkan dalam rajah berikut: (kata bantu) + (kata sendi nama) + (kata arab) + (frasa nama) + (frasa keterangan) Maksud daripada rajah di atas ialah bahawa frasa sendi nama dapat mengandungi binaan-binaan berikut: (i) Kata bantu + kata sendi nama + kata a,rah + frasa nama + frasa keterangan (ii) Kata bantu + kata sendi nama + kata arah + frasa nama (iii) Kata bantu + kata sendi nama + frasa nama (iv) Kata sendi nama + frasa nama FRASA SENDI NAMA Dalam binaan di atas, kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah wajib, manakala kehadiran unsur-unsur kata bantu, kata arah, dan frasa keterangan ialah secara pilihan. Di bawah ini diberikan contoh-contoh yang mengandungi pelbagai jenis frasa sendi nama tersebut: Frasa Sendi Nama Kata Bantu Kata FrasaNama Frasa Sendi Keterangan Nama Kata Frasa Nama Nama Arah i. (a) telah ke dalam hutan untuk memburu penjahat-penjahat itu (b) telah ke dalam hutan - (c) telah ke - hutan untuk memburu penjahat-penjahat , itu (d) ke - hutan - 11. (a) masih di tepi tasik setiap petang (b) masih di tepi tasik - (c) masih di - tasik setiap petang (d) di - tasik - 428 429
,. .,; .l BAB 16 Ayat 16.1 Pendahuluan Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya. Tatabahasa ialah peraturan berdasarkan sesuatu teori tertentu yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasapula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Jadi, ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa, manakala perkataan pula terletak pada peringkat susunan yang paling bawah, seperti yang terdapat dalam jadual berikut: AYAT ~ Anak orang itu sedang tidur. KLAUSA ~ anak orang itu sedang tidur FRASA ~ anak orang itu sedang tidur PERKATAAN ~ anak orang itu sedang tidur Dalam jadual di atas, bermula dari bawah, bentuk-bentuk kata anak, orang dan itu, masing-masing tergolong sebagai perkataan; demikian juga, bentuk sedang dan tidur ialah perkataan oleh sebab sifatnya sebagai bentuk yang terkecil dqn bebas, yakni bentuk 431
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA yang dapat berdiri sendiri dengan membawa erti atau fungsi tatabahasa. Pada peringkat kedua, kelima-lima bentuk kata atau perkataan itu boleh disusun menjadi dua rangkai kat a yang disebut frasa; anak orang itu merupakan satu unit binaan at au konstruksi yang mengandungi hanya subjek tanpa predikat. Pada peringkat ketiga, frasa anak orang itu diperluas menjadi klausa anak orang itu sedang tidur yang mengandungi subjek anak orang itu dan predikat sedang tidur. Akhir sekali, pada peringkat tertinggi, klausa tersebut akan menjadi ayat apabila terkandung di dalamnya satu unit pengucapan yang lengkap dengan lagu bahasa (intonasi) yang sempurna. Di bawah ini diberikan penjelasan lanjut tentang ayat, klausa, frasa, dan perkataan. 16.2 Ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun demikian, daripada bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat terse but sebenarnya terbahagi kepada hanya dua golongan, iaitu golongan yang disebut ayat dasar dan satu golongan lagi yang disebut ayat terbitan. Ayat dasar adakalanya disebut juga sebagai ayat inti yang daripadanya dapat dibentuk at au diterbitkan berbagai-bagai ayat yang lain, yang disebut ayat terbitan, atau dalam istilah ilmu bahasa moden, disebut ayat transformasi. Proses perubahan atau penerbitan ayat ini boleh berlaku melalui proses seperti peluasan, penggantian, pengguguran, at au penyusunan semula unsur-unsur (konstituen) yang terkanduJ1g dalam sesuatu ayat dasar. Proses penerbitan ayat akan dibincangkan dalam Bab 19. Setiap ayat, baik ayat dasar mahupun ayat terbitan, mengandungi berbagai-bagai jenis dan ragam ayat, seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat majmuk, ayat aktij, ayat pas if, dan sebagainya. Daripada berbagai-bagai jenis dan rag am ayat ini, kesemuanya boleh bersifat ayat terbitan, tetapi hanya jenis ayat penyata dan 432 .\ \ :.-"~ .i, AYAT ragam ayat aktif sahaja yang boleh menjadi ayat dasar. Sebagaimana yang telah dinyatakan, unsur atau konstituen yang terkandung dalam ayat ialah klausa, dan bilangan klaus a yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, iaitu sarna ada jenis ayat tunggal at au ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa, seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 1. Ali guru. 2. Anak itu lapar. 3. Selendang ini untuk ibu. 4. Mereka berkumpul di dewan. 5. Anak orang itu sedang tidur. Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa, iaitu bentuk yang berhuruf condong dalam contoh berikut: 6. 7. 8. 9. Ali guru tetapi adiknya kerani. Anak itu lapar kerana belum diberi susu. Selendang ini untuk ibu manakala songkok itu untuk ayah dan baju ini untuk adik. Mereka berkumpul di Dewan Besar untuk mendengar ceramah. 10. Anak orang itu sedang tidur ketika kami sampai sementara kakaknya sedang bermain. 16.3 Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. 433
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Antara contoh klausa adalah seperti yang berikut: 11. kamu pandai 12. saya akanhadir 13. mereka mogok : 14. dia sedang bekerja 15. kami sudah makan Dalam ayat 11, klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempunia dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: Kamu pandai. Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks, seperti contoh yang berikut: 16. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. 17. Saya akan hadir kalau waktu mengizinkan. 18. Mereka mogok kerana mereka membantah sikap majikan. 19. Janganlah ganggu orang itu kerana dia sedang bekerja. 20. Katakan kepada ibu bahawa kami sudah makan. Dalam ayat 16, konstituen kamu pandai merupakan klausa bebas yang terbentuk dalam ayat yang mengandungi satu klausa lain, iaitu kerana kamu rajin belajar. Bagaimanapun, klausa kerana kamu rajin belajar yang mengandungi subjek kamu, predikat rajin belajar dan kata hubung kerana ialah klausa tak bebas, kerana klausa tersebut tidak dapat berdiri sendiri. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut klausa kedl, sebagaimana yang terdapat dalam rajah berikut: 434 ~ Kamu pandai klausa bebas klausa utama kerana kamu rajin belajar klausa tak bebas klausa kecil l I I AYAT 16.4 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah contoh frasa: 21. Burung merpati terbang melayang. 22. Anak kecil itu sedang tidur. 23. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman. 24. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu. 25. Di dalam gua itu tersimpan harta karun. Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuk terse but boleh diperluas menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati, seekor anak burung merpati, dan sebagainya, seperti yang berikut: Frasa burung seekor burung burung merpati seekor anak burung seekor anak burung merpati Oleh itu, dalam binaan seekor anak burung merpati, kita bertemu dengan sebuah frasa, burung merpati, yang dipancangkan ke dalam sebuah frasa yang lain, anak burung merpati, dar). seterusnya ke dalam sebuah Iagi frasa yang lain, seekor anak 435
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA burung merpati. Hubungan frasa-frasa dalam binaan ini dapat digambarkan seperti yang berikut: seekor anak burung merpati frasa 16.5 Perkataan Jikalau konstituen klausa ialah frasa, maka konstituen frasa ialah perkataan. Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Sebagai contoh, bentuk seperti baju, orang, negeri, mana, dia, dan itu masing-masing merupakan bentuk perkataan oleh sebab sifatnya sebagai bentuk tatabahasa yang bebas dan terkecil serta mengandungi erti. Sebaliknya, bentuk-bentuk ujaran seperti orang ramai, bunga api, jalan mati, menggunakannya, terserahlah, tidak boleh digolongkan sebagai bentuk perkataan kerana masingmasing masih boleh dibahagi atau diperkecil kepada bentuk yang lebih kecil dengan membawa erti atau fungsi tatabahasa, iaitu orang + ramai, bunga + api, jalan + mati, menggunakan + nya, terserah + -lah yang kesemuanya merupakan frasa. Dalam hal ini, perlu juga diingat bahawa bentuk-bentuk seperti meng-, -kan, ter-, -lah, dan sebagainya, tidak boleh dianggap sebagai perkataan oleh sebab masing-masing tidak boleh berdiri sendiri, walaupun tiaptiap satu daripadanya membawa fungsi tatabahasa. Dalam huraian teori tatabahasa, bentuk-bentuk seperti ini tidak dianggap sebagai perkataan, tetapi sebagai morfem, dan oleh sebab bentuk-bentuk ini tidak boleh berdiri sendiri, maka disebut morfem terikat, ,manakala bentuk-bentuk terkecil yang bebas dan mengandungi erti, yang kit a sebut perkataan, dikenal sebagai morfem bebas. BerasaskRn fungsinya atau peranannya dalam aturan tata436 AYAT bahasa, tiap-tiap perkataan itu boleh tergolong kepada jenisjenisnya. Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa golongan perkataan yang utama seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa golongan perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung, dan sebagainya. 16.6 Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagaijenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasamya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain, sarna ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pol a ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu, iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya (untuk huraian subjek dan predikat lihat Bab 11 dan Bab 17). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama (untuk huraian frasa-frasa ini, lihat bab yang berkenaan). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang berikut: Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu Pola Subjek Predikat Pola 1 FrasaNama FrasaNama EncikAhmad guru sekolah. Pola 2 FrasaNama Frasa Kerja Bapa mereka sedang berehat. 437
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sambungan - Pola Subjek Predikat Pola 3 FrasaNama Frasa Adjektif Anak itu sihat sungguh. Pola4 FrasaNama Frasa Sendi Nama Pejabat saya di Kuala Lumpur. Ringkasnya, empat pola ayat dasar dengan unsur-unsumya adalah seperti yang berikut: Pol a 1: I Pol a 2: "-'- Pol a 3: . Pol a 4: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN +FN) (FN +FK) (FN + FA) (FN +FS) Walaupun dalam contoh-contoh pola ayat dasar, seperti yang di atas, konstituen-konstituen terbentuk daripada dua perkataan, namun tiap-tiap konstituen b9leh mengandungi hanya satu perkataan, kecuali pol a (4) yang konstituen predikatnya mesti terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama, seperti yang terdapat dalam contoh-contoh berikut: Pol a Subjek Predikat Pola 1 FrasaNama FrasaNama Ahmad guru. Pola 2 FrasaNama Frasa Kerja Padi menguning. Pola 3 FrasaNama Frasa Adjektif Murid-murid rajin. Pola4 FrasaNama Frasa Sendi Nama Ipoh di Perak. 438 " " ":1 AYAT Konstituen-konstituen di atas boleh juga mengandungi satu perkataan atau lebih, asalkan binaan-binaan itu masih lagi berbentuk frasa. Contoh-contoh pola ayat dasar yang mengandungi lebih daripada satu perkataan dalam subjek dan predikatnya adalah seperti yang berikut: Pola Subjek Predikat Pola 1 FrasaNama FrasaNama EncikAhmad guru sekolah menengah. Pola 2 FrasaNama Frasa Kerja Padi huma sedang menguning di lereng bukit. Pola 3 FrasaNama Frasa Adjektif Murid-murid sungguh raj in. mereka Pola4 FrasaNama Frasa Sendi Nama Bandar Ipoh di Perak Darul Ridzuan. 16.7 Ayat ThnggaI Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat tunggal, seperti ayat-ayat jenis lain juga, terbit daripada ayat dasar. Jika diperhatikan bahagian ayat dasar di atas, binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstituen predikatnya. Binaan ayat yang tunggal menyamai binaan ayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat, seperti yang berikut: Subjek Predikat 439
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh-contoh dalam ayat: Subjek Predikat 26. Ayah Ali peguam. 27. Dia membaca akhbar itu. 28. Pelumba lari itu sangat letih. 29. Fatimah ke Melaka pagi tadi. Contoh-contoh dalam rajah Ceraian 16.6 juga merupakan contoh ayat tunggal dalam bahasaMelayu. Walau bagaimanapun, tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek, seperti yang terdapat dalam ayat songsang berikut: 30. (a) Fatimah ke Melaka pagi tadi. (b) Ke Melaka Fatimah pagi tadi. 31. (a) Buku itu di atas meja. (b) Di atas meja buku itu. 32. (a) Dia membaca akhbar. (b) Membaca akhbar dia. 33. (a) Anak itu dikucupnya. (b) Dikucupnya anak itu. Perbezaan seterusnya an tara ayat tunggal dengan ayat dasar ialah semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayatayat tunggal boleh juga terdiri daripada jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, dan sebagainya. Kesimpulannya, persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal terletak pad a kenyataan bahawa kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Kedua-duanya sarna kalau terdiri daripada ayat penyata. Jika ayat tunggal yang berbentuk ayat penyata itu mengalami perubahan seperti pertukaran kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar. 440 J AYAT 16.8 Jenis Ayat Dengan berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut: (i) Ayat penyata. (ii) Ayat tanya. (iii) Ayat perintah. (iv) Ayat seruan. 16.8.1 Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan ten tang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Yang berikut ialah contoh-contohnya: 34. Nadiah jurutaip. 35. Dia wartawan. 36. Abdullah sedang tidur. 37. Penjual ikan itu sentiasa tersenyum. 38. Guru mengajar murid. 39. Norlia membeli pakaian dari kedai itu. 40. Pesakit itu berada di hospital. 41. Musa menjadi pegawai polis. 42. Bunga cempaka itu wangi. 43. Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi. 16.8.2 Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu: (i) Ayat tanya tanpa kat a tanya. (ii) Ayat tanya dengan unsur tanya. 441
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (i) Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: 44. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? 45. Puan Mariam guru sekolah? 46. Adik masih menangis? 47. Dia terperanjat? 48. Emak membasuh kain? 49. Kamal memandu lori? 50. Anuar menjadi pelukis? 51. Mereka berada di negara Jepun? 52. Rumah di atas bukit itu terbakar? 53. Buah pisang itu masih belum masak? Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Dalam bahasa Melayu lisan partikel-kah biasanya diletakkan pada hujung ayat seperti dalam ayat-ayat (b) dalam cont€>h yang berikut: 54. (a) Dia ke sekolah? (b) Dia ke sekolahkah? 55. (a) Mereka berlepas pagi tadi? (b) Mereka berlepas pagi tadikah? 56. (a) Ayah hendak membaca akhbar sekarang juga? (b) Ayah h~ndak membaca akhbar sekarang jugakah? 57. (a) Istana raja itu cantik? (b) Istana raja itu cantikkah? 58. (a) Minggu lalu kamu ke Melaka? (b) Minggu lalu kamu ke Melakakah? Ayat (b) dalam kelima-lima contoh di atas mengandungi unsur yang dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel -kah, iaitu ke sekolahkah, pagi tadikah, sekarang jugakah, cantikkah, dan ke Melakakah. Kelihatan bahawa tidak berlaku apa-apa perubahan pada struktur ayat apabila -kah dimasukkan. 442 AYAT Dalam bahasa tulisan unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan, iaitu pendepanan konstituen-konstituen yang menjadi fokus itu. Struktur ayat berubah, iaitu mempunyai susunan yang berikut: konstituen yang dijadikan + subjek + unsur predikat fokus diikuti oleh -kah lain (jika ada) Ayat Dia ke sekolahkah?, misalnya, berubah menjadi Ke sekolahkah dia? Frasa ke sekolahkah merupakan konstituen yang dikedepankan, iaitu mendahului konstituen subjek dia. Unsur predikat yang lain wujud dalam ayat ini. Seterusnya, pendepanan ayat 57-58 disertai partikel -kah menghasilkan ayat-ayat yang berikut: Konstituen yang dijudulkan + Subjek Unsur predikat -kah lain 54. (c) Ke sekolahkah dia? - 55. (c) Pagi tadikah mereka berlepas? 56. (c) Sekarang jugakah mereka hendak membaca akhbar? 57. (c) Cantikkah istana raja itu? .,.. 58. (c) Ke Melakakah kamu minggu laIu? Ayat-ayat di atas telah mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya. Subjek tidak boleh sarna sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel -kah. Namun demikian, ada beberapa ayat yang subjeknya kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel -kah seperti contohcontoh yang berikut: 59. Encik Alikah guru itu? 60. Orang muda itukah pengurusnya? 61. Mariamkah ibunya? 443
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Sebenarnya kesemua ayat di atas merupakan ayat songsang hasil daripada proses pendepanan predikat. Ayat-ayat asalnya adalah seperti yang berikut: 59. (a) Guru itu Encik Ali. 60. (a) Pengurusnya orang muda itu. 61. (a) Ibunya Mariam. Selain itu, ada juga ayat-ayat yang mengandungi kata hubung relatif yang yang kelihatan mengalami pendepanan dengan partikel -kah. Contohnya: 54. (d) Diakah yang ke sekolah? 55. (d) Merekakah yang berlepas pagl tadi? 57. (d) Istana raja itukah yang cantik? Sebenarnya ayat di atas ialah ayat songsang, sebagai hasil daripada proses pendepanan predikatnya, iaitu yang b~rasal daripada ayat berikut: 54. (e) Yang ke sekolah dia. 55. (e) Yang berlepas pagi tadi mereka. 57. (e) Yang cantik istana raja itu. Demikian juga halnya dengan ayat-ayat pasif seperti yang ternyata dalam contoh berikut: 62. (a) . Surat itu ditulis oleh Ahmad. (b) Surat itu ditulis oleh Ahmad? (c) Ditulis oleh Ahmadkah surat itu? 63. (a) Yang ditulis oleh Ahmad surat itu. (b) Surat itukah yang ditulis oleh Ahmad? (c) Yang ditulis oleh Ahmadkah surat itu? Kesemua ayat di atas, yang merupakan ayat tanya tanpa kata tanya, boleh dijawab dengan jawapan ya, tidak, atau bukan seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 64. (a) Encik Zulkifii pengurus syarikat itu? (b) Ya, Encik Zulkifii pengurus syarikat itu. 65. (a) Puan Mariam guru sekolah? 444 (b) Bukan, Puan Mariam bukan guru sekolah. 66. (a) Adikkah yang menangis? (b) Ya, adiklah yang menangis. 67. (a) Cantikkah istana raja itu? (b) Tidak, istana raja itu tidak cantik. 68. (a) Kamukah yang ke Melaka? (b) Ya, sayalah yang ke Melaka. (ii) Ayat tanya dengan unsur tanya AYAT Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu: (a) Ayat tanya dengan kata tanya. (b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. (c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. (a) Ayat tanya dengan kata tanya Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang mengandungi kata tanya seperti berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa. Dalam susunan biasa kata tanya menduduki onsur predikat seperti yang terdapat dalam contoh berikut: 69. Harga barang ini berapa? 70. Keadaan ayahnya sesudah pembedahan bagaimana? 71. Hari perkahwinannya bila? 72. Adiknya tidak mahu pergi mengapa? 73. Awak datang lambat kenapa? Ayat di atas lazimnya mengalami proses pendepanan untuk menghasilkan ayat yang .berikut: 69. (a) Berapa harga barang ini? 70. (a) Bagaimana keadaan ayahnya sesudah pembedah71. (a) 72. (a) 73. (a) an? Bila hari perkahwinannya? Mengapa adiknya tidak mahu pergi? Kenapa awak datang lambat? 445
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat di atas perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti contoh yang berikut: 69. (b) 70. (b) 71. (b) 72. (b) 73. (b) Berapakah harga barang ini? Bagaimanakah keadaan ayahnya sesudah pembedahan? Bilaka ' 1 hari perkahwinannya? Mengapakah adiknya tidak mahu pergi? Kenapakah awak datang lambat? (b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat seperti contoh yang berikut: 74. Benda itu apa? 75. Gurunya siapa? 76. Adik awak mana? Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan ayat-ayat yang berikut: 74. (a) Apa benda itu? 75. (a) Siapa gurunya? 76. (a) Mana adik awak? Walau bagaimanapun, ayat-ayat di atas merupakan bentuk bahasa lisan. Bagi bentuk bahasa tulisan, ayat-ayat tersebut perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan seperti contoh yang berikut: 74. (b) Apakah benda itu? 75. (b) Siapakah gurunya? 76. (b) Manakah adik awak? Seperti ayat tanya tanpa kata tanya, ayat tanya dengan kata ganti nama tanya boleh juga wujud dalam ayat pasif. Contohnya: 77. Apakah yang kamu buat? 446 AYAT 78. Siapakah yang patut saya temui? 79. Manakah yang dipilih olehnya? (c) Ayat tanya dengan jrasa sendi nama tanya Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke man'a, sejak bila, sampai bila, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya. Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat. Contohnya: 80. (a) 81. (a) 82. (a) 83. (a) 84. (a) 85. (a) Tuan tinggal di mana? Mereka datang dari mana? Ali hendak ke mana? Penyakit ini merebak sejak bila? Ali boleh memegang jawatan itu sampai bila? Anak Encik Ali berkahwin dengan siapa? Seperti biasa, ayat di atas boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan partikel -kah untuk menghasilkan ayat yang berikut: 80. (b) 81. (b) 82. (b) 83. (b) 84. (b) 85. (b) Di manakah tuan tinggal? Dari manakah mereka datang? Ke manakah Ali hendak pergi? Sejak bilakah penyakit itu merebak? Sampai bilakah Ali boleh memegang jawatan itu? Dengan siapakah anak Encik Ali berkahwin? 16.8.2.1 Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup Selain cara penggolongan yang berdasarkan struktur, ayat tanya boleh juga dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki, iaitu sarna ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka. Ayat tanya tertutup ialah ayat yang memerlukan jawapan ya atau tidaklbukan, dan ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada perkataan ya atau tidaklbukan tetapi sebaliknya bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Berikut ialah contoh ayat tanya tertutup dan ayat tanya terbuka: 447