TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA membuka pintu menaiki bas meragut beg mencuci pakaian menjalankan tugas membesarkan rumah mengayuh basikal menghidangkan makanan menjaga keamanan mencipta lagu menternak ikan keli mengeksport getah mendayung sampan melukis gambar merujuk surat tuan memulihara alam sekitar 7.2.2 Kata Kerja Pasif Kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau peru bah an ayat aktif menjadi ayat pas if. Ayat (34) - (38), apabila dipasifkan, menjadi seperti ayat berikut: 34(a). Kawasan sekolah sedang dibersihkan oleh muridmurid. 35(a). Surat itu telah sayajawab. 36(a). Tugasnya tidak diabaikan oleh pegawai itu. 37(a). K'ereta kesayangan ayah kami baiki. 38(a). Surat itu dimasukkannya ke dalam sampul berdaftar. Contoh kat a kerja dibersihkan dalam ayat (34(a»), saya jawab dalam ayat (35(a», diabaikan dalam ayat (36(a», kami baiki dalam ayat (37(a» dan dimasukkan dalam ayat (38(a» ialah bentuk kata kerja pasif. Bentuk ini diperoleh dengan menukarkan ayat berbentuk aktif menjadi ayat berbentuk pasif. Bahkan, salah satu ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sarna ada sesuatu kata kerja itu transitif at au tidak adalah dengan melihat sarna ada kata kerja itu dapat mengalami proses pasif at au tidak. Contoh kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif adalah seperti pada halaman 149. Selain imbuhan meN-... (kanli) yang wujud dalam kata kerja transitif aktif, awalan ter- juga boleh hadir dalam kata kerja demikian, misalnya terlanggar, terminum, terpijak, dan tertelan. Contoh dalam ayat: 39. Bas persiaran itu terlanggar tembok rumah Ali. 148 KATAKERJA Kata Kerja Transitif (ayat aktif) mengaturkan membelah mencampakkan mendenda mengekori menggaulkan mengharungi menjahit Kata Kerja Transitif (ayat pasif) diaturkan dibelah dicampakkan didenda saya ekori kami gaulkan anda harungi kujahit 40. Pekerja itu terminum racun serangga. 41. Saya terpijak tangannya. 42. Dia tertelan biji nangka. Kata kerja pasif juga boleh mengandungi awalan ter-, misalnya: terkarang, termaktub, terbina, dan ternampak. Contoh dalam ayat: 43. Buku itu terkarang oleh Za'ba. 44. Perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan. 45. Istana Raja Melaka terbina dalam masa dua bulan. 46. Asap kapal itu tidak ternampak lagi oleh mereka. Kesimpulannya, penjenisan golongan kata kerja dapat digambarkan seperti yang berikut: tanpa <pelengkap aktif tak < transitif b 1 k erpe eng ap katakerja . < aktif ' aktif transitif kata kerJU kata kerja pasif 149
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 7.3 Pembentukan Kata Kerja Dalam bab empat telah dibincangkan proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Kata kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat bentuk, iaitu: (i) (ii) (iii) (iv) Kata kerja tunggal. Kata kerja terbitan. Kata kerja majmuk. Kata kerja ganda. 7.3.1 Kata Kerja Thnggal Kata kerja tunggal iala1 1 kata yang terbentuk tanpa imbuhan. Dalam bahasa Melayu kata kerja jenis ini tidak sebanyak kata kerja yang terbentuk dengan imbuhan dan boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan. Kebanyakan kata kerja demikian bersifat tak transitif. Antara contohnya ialah: ada ikut balik jaga pulang keluar datang lahir gagal mara hancur terbang Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat adalah seperti yang berikut: 47. Murid-murid itu balik ke rumah. 48. Pelawat sekolah saya belum datang lagi. 49. Burung helang terbang di angkasa. 50. Kumpulan askar itu pun mara. 51. Dia lahir di Segamat, Johor. Tentang kata kerja tunggal berbentuk akronim, terdapat hanya satu kata kerja akronim dalam bahasa Melayu, iaitu berdikari yang diwujudkan daripada singkatan berdiri atas kaki sendiri. 150 ';j < . A 1·· KATAKERJA 7.3.2 Kata Kerja Terbitan Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan i.mbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbltan. Seperti yang telah dihuraikan dalam Bab Empat, ceraian 4.2.2, terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan . Keempat-empat jenis imbuhan itu terdapat dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu. 7.3.2.1 Awalan kata kerja Awalan yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah: (i) meN- (ii) beR- (iii) teR- (iv) di- (v) mempeR- (vi) dipeR- (i) Awalan meN- (a) Bentuk awalan meNAwalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sarna ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men-, dan meng-. Bentukbentuk varian ini berlaku sepelii yang berikut: (I) meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, I, w, dan y. Contohnya: masak nanti nyala memasak menanti menyala 151
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA nganga rayu lawan wangi yakin menganga merayu melawan mewangi meyakinkan Termasuk ke dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sarna daerah artikulasinya (homorganik), iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut: pesan memesan pukul memukul tetap menetap tari menari karang mengarang kata mengata salin menyalin sinar menyinar (II) meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kat a dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pmJaman yang bermula dengan huruf 1, p, dan v, dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p. Contohnya: beri bantu bilas memberi membantu membilas Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: 152 veto fitnah fatwa pamer memveto memfitnah memfatwakan mempamerkan popular proses praktik plagiat plaster blok brek mempopularkan memproses mempraktik memplagiat memplaster memblok membrek KATAKERJA Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kecualian. Contohnya: pelopor pelawa percaya punya peduli mempelopori mempelawa mempercayai mempunyai mempedulikan (III) meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z, serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. Contohnya: deru menderu dayung mendayung duga menduga cari mencari cuci mencuci jemur menjemur jaja menjaja syarat mensyaratkan syukur mensyukuri ziarah menziarahi zalim menzalimi 153
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: tabligh mentablighkan tadbir mentadbir tafsir mentafsir takrif mentakrifkan tauliah mentauliahkan terjemah menterjemahkan transkripsi mentranskripsikan transformasi mentransforrnasikan sintesis mensintesiskan swasta menswastakan stabil menstabilkan skru menskru, menskrukan Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar, iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran. temak tertawa mentemak mentertawakan (IV) meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasaryang berrnula dengan huruf g, gh, kh, dan h (bunyi konsonan), dan a, e, i, 0, dan u (bunyi vokal). Seperti peng-, meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasamya bermula dengan huruf k, termasuk gugus konsonan yang berrnula dengan huruf k. Contohnya: gali menggali gulung menggulung ghairah mengghairahkan ghaib mengghaibkan khusus mengkhususkan khayal mengkhayalkan hantar menghantar heret mengheret ambiI mengambil 154 > '; . ... <i.,alir ejek embun elak ikut ikat olah ulang ulit mengalir mengejek mengembun mengelak mengikut mengikat mengolah mengulang mengulit KATAKERJA Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah: kabul mengkabulkan kanun mengkanunkan katalog mengkatalogkan kategori mengkategorikan klasifikasi mengklasifikasikan kritik mengkritik Terdapat satu bentuk kecuaIian, iaitu kata dasar ka); yang huruf pertamanya tidak berubah menjadi bentuk sengau apabila bergabung dengan awalan meng-, iaitu mengka)i. Bentuk ini berbeza daripada bentuk mengaji. kaji mengkaji Awalan meng- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman, contohnya: cat mengecat born mengebom sah mengesahkan pos mengepos tin mengetin lap mengelap kod mengekod had mengehadkan khas mengekhaskan 155
TATABAHASA DEWAN EDiSI KETIGA Kecualian timbul pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan, iaitu awalan rneng- tidak berubah menjadi rnenge-. Contohnya: stor brek klip menstor membrek mengklip (b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan rneNAwalan rneN- boleh digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada berbagai-bagai golongan kata, iaitu kata nama, kata adjektif, dan kata kerja. Contohnya: 156 kata nama dayung lombong lang it kail susu kata adjektif putih tiriggi besar tebal takut kata kerja (transitif) beri jual pakai baca ambil mendayung melombong melangit mengail menyusu memutih meninggi membesar menebal menakutkan memberi menjual memakai membaca mengambil kata kerja (tak transitif) tangis naik laung menangis menaik melaung turun bangun menurun membangun (c) Jenis kata kerja berawalan rneNKATAKERJA Seperti yang telah diterangkan dalam 5.3, kata kerja boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Demikian juga halnya dengan kata kerja yang menerima awalan rneN-. Dalam hal ini, terdapat tiga jenis kata kerja berawalan rneN-, iaitu: (i) Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran. (ii) Kata kerja aktif transitif berakhiran. (iii) Kata kerja aktif tak transitif. (I) Kata kerja aktif transitif tanpa akhiran Kata kerjajenis ini terdiri daripada kata kerja yang hanya menerima awalan rneN- tanpa apa-apa akhiran, tetapi diikuti lang sung oleh objek, contohnya: rnernbaca buku rnenggonggong tulang rnenendang bola rnernbeli sayur rnernakai baju Dalam contoh di atas, buku, tulang, bola, sayur, dan baju ialah objek atau penyambut kata kerja yang mendahului perkataanperkataan tersebut. Contohnya dalam ayat: 52. Adik sedang rnernbaca buku di beranda rumah. 53. Anjing itu rnenggonggong tulang. 54. Ali rnenendang bola ke pintu gol. 55. Ayah rnernbeli sayur di pasar. 56. Murid-murid rnernakai baju serag~~m. (II) Kata kerja aktif transitif berakhiran Kata kerja berawalan rneN- boleh juga hadir dalam ayat aktif 157
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA transitif dengan akhiran, iaitu akhiran -kan dan -i. Perbincangan akhiran-akhiran ini terdapat dalarn perenggan 7.3.2.2 bahagian (i) dan (ii). Di bawah ini diperturunkan beberapa contoh perkataan berirnbuhan meN-... -kan dan meN-... -i. rnenjalankan rnendekatkan rnenaikkan rnenghadiahkan rnernasukkan rnenjalani rnendekati rnenaiki rnenghadiahi rnernasuki (III) Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja aktif tak transitif, seperti yang telah diterangkan, ialah kata kerja yang tidak rnernerlukan penyarnbut atau objek. Contohnya ialah: rnenangis rnenaik rnernutih rnenurun rnenguning Contoh dalarn ayat: 57. Anak kecil itu menangis. 58. Suhu badannya rnakin menaik. 59. Ornbak memutih di pantai. 60. Harga barang menuruYl sejak akhir-akhir ini. 61. Padi di sawah sedang menguning. (d) Aspek makna awalan meNDalarn perbincangan terdahulu, awalan meN- dilihat dari segi perbezaan bentuk, jenis serta fungsinya. Seperti huraian aspek rnakna awalan peN- dalarn Bab 6, huraian rnakna bagi awalan meN- perlu dibincangkan juga. Kadang-kadang hal yang berkait dengan rnakna rnenjadi asas penggunaan bentuk meN- yang akan jelas kelihatan dalarn huraian yang berikut. 158 KATAKERJA Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang rnendukung rnaksud rnelakukan sesuatu, sarna ada kata kerja yang terbentuk itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh rnenerbitkan dua rnakna, iaitu sarna ada rnelakukan perbuatan atau rnenyatakan keadaan. (I) Bagi rnakna rnelakukan perbuatan, perkataan yang tergolong ke dalarnnya dapat dipecahkan kepada bahagian yang khusus rnengikut rnaksud tertentu seperti yang berikut: (a) melakukan sesuatu, contohnya: rnengarang rnenggoreng rnernproses Contoh dalarn ayat: 62. Penulis itu telah mengarang sepuluh buah buku. 63. Pak Mat sedang menggoreng pisang di warungnya. 64. lawatankuasa itu sedang memproses borang perrnohonan. (b) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum mencicit mengiau Contoh dalam ayat: 65. Harimau itu mengaum ketika hendak menerkam mangsanya. 66. Tikus itu mencicit di sebalik almari kain. 67. Kucing belang mengiau meminta makanan. (c) membuang, mencari atau mengumpulkan sesuatu, contohnya: merurnput 159
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA merotan mendamar Contoh dalam ayat: 68. Petani itu merumput di ladangnya. 69. Pak Abu merotan di hutan sebagai mata pencarian 70. Kebanyakan orang as Ii mendamar sebagai kerja sampingan. (d) menuju sasaran, contohnya: mel aut mendarat menepi Contoh dalam ayat: 71. Penyu itu melaut selepas bertelur di pantai. 72. Helikopter itu mendarat di padang sekolah. 73. Sampan itu menepi ke pangkalan untuk mengambil penumpang. (e) berlaku seperti at au menyerupai sesuatu, contohnya: mengekor membusut membukit Contoh dalam ayat: 74. Adiknya mengekor sahaja ke mana Ali pergi. 75. Sarang anai-anai itu membusut di bawah rumah. 76. Timbunan sampah yang tidak dibakar membukit di be- !akang rumah. (II) Bagi makna menyatakan keadaan, terdapat dua pecahan, iaitu: 160 (a) hi.dup sebagai, contohnya: membujang menduda 77. Dia berasa lebih senang hidup membujang. KATAKERJA 78. Sejak menduda Encik Ali menumpukan perhatian pada hobinya. (b) menjadi, contohnya: memucat memutih memanjang 79. Mukanya memucat apabila mendengar berita kemalangan itu. 80. Ombak memutih di pantai. 81. Papan itu dipotong memanjang untuk dijadikan dinding rumah. (ii) Awalan beR- (a) Bentuk awalan beRAwalan beR -juga membentuk kat a kerja. Perkataan yang menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tak transitif, sarna ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Pada dasamya, terdapat satu bentuk awalan beR-, yakni ber-, yang digabungkan dengan semua kata dasai. Contohnya: angkat ikut ekor baju dayung nyanyi berangkat berikut berekor berbaju berdayung bemyanyi 161
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA fikir gelut jiran lari berfikir bergelut berjiran berlari Apabila ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya: ber + rasa ber + renang ber + raja ber + rendam berasa berenang beraja berendam Apabila awalan ber- bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er-, misalnya derma, maka r dalam awalan ber- tidak gugur. Namun begitu, terdapat kecenderungan bagi setengah-setengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan, tetapi tetap tidak digugurkan dalam ejaan. Contohnya: berderma, berserban, dan berternak. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan, sebagai satu kecualian. Demikian juga, bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan ber- dengannya menghasilkan bentuk kecualian, iaitu belajar dan belunjur. (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan awalan beRAwalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar yang terdiri daripada keempat-empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Contohnya: 162 kata nama buah kereta baju haba kedai berbuah berkereta berbaju berhaba berkedai kata kerja buat ubah baring lari tukar kata adjektif susah gembira sedih dukacita lapar kata tug as satu tiga ratus oleh serta berbuat berubah berbaring berlari bertukar bersusah bergembira bersedih berdukacita berlapar bersatu bertiga beratus beroleh berserta (c) Jenis kata kerja berawalan beRKATAKERJA Kata kerja yang dibentuk dengan awalan beR- bersifat tak transitif. Terdapat dua jenis kata kerja berawalan beR- tak transitif, iaitu: (i) Tak transitif tanpa pelengkap. (ii) Tak transitif berpelengkap. (1) Contoh kata kerja berawalan beR- tak transitif tanpa pelengkap ialah: berjaian berkereta bemyanyi bercukur bergurau 163
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh dalam ayat: 82. Mereka sedang berjalan. 83. Bapa tidak berkereta ke pejabat hari ini. 84. Murid-murid sedang bernyanyi di at as pentas. 85. Sebelum ke pejabat Azhar bercukur. 86. Hasnah suka bergurau dengan adik-adiknya. (II) Contoh kata kerja berawalan beR- tak transitif berpelengkap ialah: beransur baik berbuat jahat bertukar tangan berterima kasih berdatang sembah Contoh dalam ayat: 87. Pesakit itu sudah beransur baik. 88. J angan sekali-kali berbuat jahat. 89. Buku itu sudah bertukar tangan sejak dua hari lalu. 90. Mereka berterima kasih kerana pertolongannya. 91. Mamanda menteri segera berdatang sembah. (d) Aspek makna awalan beRAspek makm.l memainkan peranan penting pada perkataan yang menerima awalan beR-. Pada dasarnya perkataan-perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapatjuga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu. Perbincangan tentang aspek makna pada perkataan yang berawalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sarna ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. 164 KATAKERJA (I) beR- yang bergabung dengan kata kerja (a) beR- yang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: tukar senam kayuh runding undur Contoh dalam ayat: bertukar bersenam berkayuh berunding berundur 92. Pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh. 93. Peserta program motivasi itu bersenam di tepi pantai. 94. Nelayan itu berkayuh ke tebing sungai. 95. Mereka berunding tentang projek raksasa itu. 96. Musuh mula berundur sejak subuh tadi. (b) beR- yang memberi pengertian refleksU; iaitu perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri, contohnya: cukur hi as jemur sembunyi sandar Contoh dalam ayat: bercukur berhias berjemtir bersembunyi bersandar 97. Ayah sedang bercukur di bilik air. 98. Pengantin baharu sedang berhias. 99. Kucing memang suka berjemur. 100. Budak-budak itu bersembunyi di bawah katil. 10 1. Pak Mat bersandar pada pohon rendang itu. . (c) beR- yang memberi pengertian perbuatan bersalingan, iaitu saling melakukan perbuatan yang terkandung dalam kata kerja, contohnya: 165
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA tumbuk temu janji kelahi laga bertumbuk bertemu berjanji berkelahi berlaga Contoh dalam ayat: 102. Semalam Ali bertumbuk dengan Ahmad. 103. Ahli-ahli kumpulan itu bertemu di dewan sekolah. 104. Mereka berjanji akan berusaha seterusnya. 105. Kedua-dua belah pihak mula berkelahi. 106. Ayam jantan itu suka berlaga. (d) beR- yang memberi pengertian suatu keadaan yang sudah sedia berlaku, yang mirip dengan pengertian pasif. Bahkan, dalam penggunaan pengertian itu, kata kerja yang berawalan beR- ini dapat bertukar ganti dengan awalan di-. Contohnya: tulis hidang jawab susun jahit bertulis (sedia ditulis) berhidang (sedia dihidang) berjawab (sedia dijawab) bersusun (sedia disusun) berjahit (sedia dijahit) Contoh dalam ayat: 107. Laporan itu belum bertulis lagi. 108. Makanan yang lazat sudah berhidang. 109. Surat-surat yang saya kirim kepadanya belum berjawab. 110. Pakaiannya bersusun rapi di dalam almari. 111. Baju sekolah anaknya sudah berjahit. Penggunaan bentuk ber- dengan pengertian ini lazimnya didahului oleh kata bantu aspek belum at au sudah at au telah. (II) beR- yang digabungkan dengan kata nama 166 KATAKERJA (a) ber- yang membawa pengertian mempunyai, contohnya: baju rumah pelajaran isteri hak Contoh dalam ayat: berbaju berumah berpelajaran beristeri berhak 112. Murid-murid sekolah berbaju seragam. 113. Orang kaya lazimnya berumah besar. 114. Pekerja-pekerjanya berpelajaran belaka. 115. Penulis muda itu sudah beristeri. 116. Manusia berhak menuntut keadilan. (b) beR- yang membawa pengertian memakai atau menggunakan, contohnya: kasut kereta bedak basikal bahasa Contoh dalam ayat: berkasut berkereta berbedak berbasikal berbahasa 117. Adik berkasut baharu ke sekolah. 118. Encik Khairul tidak suka berkereta ke pejabatnya. 119. Anita suka berbedak dan bercelak. 120. Kebanyakan murid di situ berbasikal ke sekolah. 121. Lucy Lim dapat berbahasa Melayu dengan baik. (c) beR- yang membawa pengertian mengerjakan atau mengusahakan sesuatu, contohnya: sawah kebun ladang bersawah berkebun berladang 167
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA kedai rotan berkedai berotan Contoh da1am ayat: 122. Pak Din bersawah padi di Kedah. 123. Petani itu mula berkebun ke1apa sejak dahu1u 1agi. 124. Dia cuba berladang pula sejak perniagaannya merosot. 125. Ah Chong berkedai runcit. 126. Mereka pergi berotan di hujung kampung. (d) beR- yang membawa pengertian menghasilkan, melahirkan atau mengeluarkan sesuatu, contohnya: buah berbuah te1ur berte1ur anak beranak tunas bertunas akar berakar Contoh da1am ayat: 127. Pokok durian ayah saya mula berbuah. 128. Ayam borek itu sudah bertelur. 129. Kucing Mak Tom beranak empat ekor. 130. Dahan yang dicantas itu sudah bertunas. 131. Pokok besar itu berakar banyak. (e) beR- yang membawa pengertian meminta bantuan daripada, contohnya: guru dukun berguru berdukun Contoh da1am ayat: 168 132. Kesemua mereka berguru kepada orang tua itu. 133. Jiran saya 1ebih suka berdukun daripada berubat di hospital. KATAKERJA (III) beR- yang digabungkan dengan kata adjektif (a) beR- yang membawa pengertian berada dalam keadaan, contohnya: gembira sukacita duka sedih muram Contoh dalam ayat: bergembira bersukacita berduka bersedih bermuram 134. Mereka bergembira dengan kejayaan Ali. 135. Ke1uarga itu bersukacita sepanjang hari. 136. Semenjak kematian ibunya dia sentiasa berduka. 137. Usah1ah bersedih dengan pemergiannya. 138. Seminggu 1amanya Uda bermuram durja. (b) beR- yang membawa pengertian memperoleh, contohnya: untung beruntung Contoh da1am ayat: 139. Pasangan itu beruntung mendapat anak kembar. (IV) beR- yang digabungkan dengan kata tugas (a) beR- yang membawa pengertian menjadi atau menunjukkan bilangan da1am kumpulan, contohnya: satu dua lima Contoh da1am ayat: bersatu berdua berlima 140. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. 169
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 141. Mereka berdua sahaja tinggal di rumah itu. 142. Pahlawan berlima saudara itu mengawal istana raja. (b) beR- yang membawa pengertian bersama-sama, contohnya: serta berserta Contoh dalam ayat: 143. Ayah berserta ibu bertolak ke bandar pagi tadi. (c) beR- yang membawa pengertian mendapat, contohnya: oleh beroleh Contoh dalam ayat: 144. Pas uk an itu beroleh kemenangan lagi. (iii) Awalan teR- (a) Bentuk awalan teRPada dasamya terdapat satu bentuk awalan teR-, iaitu ter- yang digabungkan dengan semua kata dasar, contohnya: ikat terikat ambil terambil bubuh terbubuh carik tercarik jalin terjalin makan termakan pakai terpakai warta terwarta Seperti awalan ber-, bagi kata dasar yang bermula dengan hu~f r yang bergabung dengan ter-, satu daripada r gugur hasil danpada proses peleburan bunyi. Contohnya: 170 J; rasa rentang rendam rancang ringkas terasa terentang terendam terancang teringkas KATAKERJA Seperti juga awalan ber-, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikutioleh -er- seperti kata sergam, maka r dalam awalan ter- tidak gugur. Contohnya: sergam percik serlah perdaya permanai tersergam terpercik terserlah terperdaya terpermanai Namun begitu, dalam pengucapan lisan, terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r. (b) Golongan kata yang bergabung dengan awalan teRAwalan teR- digabungkan dengan kata dasar daripada golongan kata kerja, baik kata kerja transitif mahupun tak transitif, dan kata nama. Contohnya: kata kerja transitif beli pukul makan ambil suruh terbeli terpukul termakan terambil tersuruh kata kerja tak transitif duduk terduduk diam baring sandar jatuh terdiam terbaring tersandar terjatuh 171
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA kata nama paku nama buku pelajar dayung terpaku ternama terbuku terpelajar terdayung (c) Jenis kata kerja berawalan teRKata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) Kata kerja aktif. (ii) Kata kerja pasif. (I) Kata kerja aktif Terdapat dua jenis kata kerja aktif yang terbentuk dengan awalan ter-, iaitu: (a) Kata kerja transitif. (b) Kata kerja tak transitif. (a) Kata kerja transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut, contohnya: makan '" ambil nampak beli baca termakan terambil ternampak terbeli terbaca Contoh dalam ayat: 145. Adik termakan lauk yang pedas itu. 146. Saya terambil buku Ali. 147. Kami ternampak seekor buaya dalam sungai itu. 172 KATAKERJA 148. Ayah tidak terbeli rumah besar itu. 149. Anita tidak terbaca tulisan yang halus itu. (b) Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh pelengkap. Contohnya: jatuh terjatuh duduk terduduk lantar terlantar diam terdiam sandar tersandar Contoh dalam ayat: 150. Dia terjatuh dari at as pokok. 151. Ali terduduk sejenak setelah mendengar berita itu. 152. Pesakit itu terlantar di atas katil. 153. Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru. 154. Pelajar itu tersandar di kerusi rotan. (ii) Kata kerja pasif Sejumlah kata kerja yang terbit hasil gabun..;an kata dasar dengan imbuhan teR- berfungsi sebagai kata kerja pasif, seperti contoh yang berikut: pijak terpijak ambil terambil telan tertelan angkat terangkat tewas tertewas Contoh dalam ayat: 155. Bunga itu terpijak oleh Ali. 156. Buku saya terambil oleh bapa. 157. Tidak tertelan olehnya makanan itu. 173
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 158. Batu yang berat itu terangkat oleh Badang. 159. Pasukan sekolah tertewas oleh pasukan pelawat. (c) Aspek makna awalan teRPerkataan yang menerima awalan teR- membentuk kata kerja yang membawa berbagai-bagai pengertian. Antaranya: (I) teR- yang membawa pengertian tak sengaja bagi kedua-dua kata kerja aktif dan pasif. kata kerja aktif transitif terminum racun tersepak batu terpijak paku tertelan biji Contoh dalam ayat: 160. Pekerja itu terminum racun serangga. 161. Ali tersepak patu semasa berjalan di tepi pantai. 162. Adik terpijak paku ketika bermain. 163. Kanak-kanak itu tertelan gula-gula. kata kerja pasif terlanggar oleh lori terpijak oleh Ali terambil oleh bapa tertelan olehnya Contoh dalam ayat: 164. Anjingnya terlanggar oleh lori. 165. Kasut saya terpijak oleh Ali. 166. Baju abang terambil oleh bapa. 167. Biji saga itu tertelan olehnya. (II) teR- yang memberi pengertian keupayaan 174 KATAKERJA terangkat batu yang besar tertewas oleh pasukan pelawat terbaca tulisan yang buruk itu terbuat kerja yang berat itu Contoh dalam ayat: 168. Badang terangkat batu yang besar itu. 169. Pasukan negeri tertewas juga oleh pasukan pelawat. 170. Cikgu Salmah tidak terbaca tulisan yang buruk itu. 171. Pak Tua terbuat kerja yang berat itu. (III) teR- yang memberi pengertian dalam keadaan tersedia tersusun terhidang tertutup terbentang Contoh dalam ayat: 172. Pasu-pasu bunga tersusun di halaman rumah. 173. Berbagai-bagai juadah hari ray a terhidang di atas meja. 174. Pintu rumahnya tertutup rapat ketika kami sampai. 175. Tikar mengkuang itu terbentang di ruang tamu. (iv) Awalan diAwalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. (a) Bentuk awalan diAwalan di- sebagai pembentuk kata kerja pasif mempunyai hanya satu bentuk, iaitu di-, contohnya: sapu tulis disapu ditulis' 175
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA pukul ambil baca dipukul diambil dibaca (b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan diAwalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. kata kerja tulis panjat suruh tarik olah kata nama gulai hukum jerat p?nah serkap ditulis dipanjat disuruh ditarik diolah digulai dihukum dijerat dipanah diserkap Kebanyakan kata nama yang menerima awalan di- juga menerima akhiran -kan dan -i untuk menjadikannya kata kerja transitif. (c) Jenis kata kerja berawalan diSeperti yang telah diterangkan, kata kerja yang dibentuk dengan awalan di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contohnya: tulis ditulis panjat dipanjat tarik ditarik gulai digulai hukum dihukum 176 KATAKERJA Contoh dalam ayat: 176. Surat itu ditulis oleh adik saya. 177. Pokok-pokok kelapa itu dipanjat oleh pekerja kontrak. 178. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel. 179. Ikan merah digulai oleh ibu. 180. Pesalah itu dihukum oleh tuan hakim. Kata kerja pasif yang berawalan di- di atas mempunyai bentuk aktif yang menerima awalan meN-, seperti contoh yang berikut: Aktif Pasif menulis ditulis memanjat dipanjat menarik ditarik menggulai digulai menghukum dihukuPl (d) Aspek makna awalan diTidak terdapat makna khusus pada awalan di- selain pembentuk kata kerja pasif untuk orang ketiga. (v) Awalan mempeR- (a) Bentuk awalan mempeRAwalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif. Contohnya: memper- + alat memperalat memper- + isteri memperisteri memper- + tinggi mempertinggi memper- + cepat mempercepat memper- + oleh memperoleh 177
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan memperAwalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. katanama alat daya hamba kata adjektif luas tinggi besar cepat erat memperalat(menjadikan seseorang sebagai alat) memperdaya (menjadikan seseorang tertipu melalui muslihat) memperhamba (menjadikan seseorang sebagai hamba) memperluas mempertinggi memperbesar mempercepat mempererat kata tugas, iaitu yang terdiri daripada kata sendi nama: oleh - memperoleh Terdapat satu contoh penggunaan memper- dengan kata kerja, iaitu memperbuat. Walau bagaimanapun, bentuk ini sebenarnya bentuk lewah bagi membuat. (c) Jenis kata kerja berawalan memperPerkataan yang dibentuk dengan awalan memper- ialah kata kerja aktif transitif. Contohnya: . memperalat memperkemas memperoleh memperdaya 178 "rKATAKERJA Contoh dalam ayat: 181. Majikan itu memperalat pekerjanya. 182. Ibu memperkemas bilik itu. 183. Mereka memperoleh seorang anak lelaki. 184. Syarikat itu telah memperdaya pembeli melalui iklan. (d) Aspek makna awalan memper- (I) Awalan memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. Contohnya: alat daya kacang budak hamba Contohnya dalam ayat: memperalat memperdaya memperkacang memperbudak memperhamba 185. Komunis memperalat pemuda-pemuda itu. 186. Peniaga itu memperdaya pelanggannya dengan janjijanji manis. 187. Dia memperkacang harta orang tuanya hingga habis. Kecualian daripada pol a ini, dari segi makna, ialah bentuk memperisteri dan mempersuami dengan maksud menjadikan seseorang itu isteri atau suami. Sebenarnya bentuk ini menerima apitan memper-.. . -i tetapi oleh sebab bentuk dasar perkataan tersebut berakhir dengan huruf i maka bentuk i dalam apitan memper-.. . -i digugurkan. (II) Awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: besar memperbesar (menjadikan lebih besar) 179
TATABAHASA D'ciWAN EDISI KETIGA kemas cepat memperkemas mempercepat Contohnya dalam ayat: 188. Pak Mat memperbesar rumahnya. 189. Ibu memperkemas ruang tamu rumah kami. 190. Kontraktor mempercepat kerja-kerja pembinaan pejabat tersebut. (III) Awalan memper-, apabila bergabung dengan kat a dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Contohnya: oleh memperoleh (mendapat) Contohnya dalam ayat: 191. Kakak saya memperoleh hadiah pertama dalam pertandingan itu. Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang boleh dibentuk melalui penggunaan imbuhan berikut, iaitu meN-, meN-... -i, meN- .. . -kan, dan memper-. Pembentukan perkataan dengan imbuhanimbuhan ini menghasilkan berbagai-bagai makna: 180 1. halus menghalusi menghaluskan memperhalus 2.dua mendua menduai menduakan tidak kesat; lembut; licin (apabila dipegang) menyelidik atau memeriksa dengan teliti; menipu musuh dengan cara yang sangat licin mehjadikan halus menjadikan lebih halus (jumlah) satu dicampur satu berbelah bagi (berkenaan fikiran, perbuatan dan sebagainya); menambah jadi dua menjadikan at au menganggap dua KATAKERJA rnemperdua membahagi dua (untung, hasil dan sebagainya) (vi) Awalan dipeR- (a) Bentuk awalan dipeRAwalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja pas if yang wujud dalam satu bentuk, iaitu diper-. Contohnya: diper- + alat diperalat diper- + isteri diperisteri diper- + tinggi dipertinggi diper- + cepat dipercepat diper- + oleh diperoleh (b) Golongan kata yang dapat bergabung dengan awalan diperAwalan diper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. katanama alat isteri kacang kawan daya kata adjektif luas tinggi besar cepat erat diperalat diperisteri diperkacang diperka~an diperdaya diperluas dipertinggi diperbesar dipercepat dipererat kata tugas, iaitu yang terdiri daripada kata sendi nama: oleh diperoleh 181
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Sebagaimana yang berlaku pada awalan memper-, awalan diper- juga boleh bergabung dengan kata kerja buat menjadi diperbuat-. Bentuk ini juga dianggap lewah bagi dibuat. (c) Jenis kata kerja berawalan diperJenis kata yang dibentuk dengan diper- ialah kata kerja ayat pas if yang subjek asalnya daripada orang ketiga. Contohnya: isteri besar kacang diperisteri diperbesar diperkacang Contohnya dalam ayat: 192. Anak saudaranya diperisteri oleh Che Daud. 193. Ruang pejabat itu telah diperbesar. 194. Harta orang tuanya diperkacangnya hingga habis. (d) Aspek makna awalan diper- (I) Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering membawa makna kiasan, kecuali bagi diper- dengan kata dasar isteri dan suami yang membawa makna harfiah. (Sila lihat ceraian (7.3.2.3) (x) (e) untuk penjelasan lanjut). Contohnya: isteri kawan alat daya diperisteri diperkawan diperalat diperdaya Contohnya dalam ayat: 182 195. Gadis sunti itu diperisteri oleh Ali. 196. Murid yang barn datang itu diperkawan oleh Murad. 197. Pemuda kampung itu diperalat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 198. Perempuan tlia itu diperdaya oleh penipu itu. , :j~ , KATAKERJA (II) Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golong an kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: besar kemas cepat Contohnya dalam ayat: diperbesar (dijadikan lebih atau dijadikan benambah besar) diperkemas dipercepat 199. Rumahnya diperbesar oleh Pak Mat. 200. Ruang tamu itu diperkemas oleh ibu. 201. Kerja-kerja pembinaan pejabat tersebut dipercepat oleh kontraktor itu. (III) Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja,' membawa makna terdapat sesuatu. Contohnya: oleh diperoleh Contohnya dalam ayat: 202. lImu pengetahuannya diperoleh melalui pembacaan. 7.3.2.2 Akhiran kata kerja Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kat a kerja dalam bahasa Melayu, iaitu: (i) -kan (ii) -1 (i) Akhiran -kan (a) Bentuk akhiran -kan Akhiran -kan mempunyai satu bentuk sahaja', iaitu -kan. 183
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan akhiran -kan Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: 184 kata nama buku diri sekolah riwayat pasar kata kerja transitif cari baca kirim beli masak bukukan dirikan sekolahkan riwayatkan pasarkan carikan bacakan kirimkan belikan masakkan kata kerja tak transitif lahir tidur terbang jatuh bangun kata adjektif besar panjang sejuk biru tinggi kata tugas dahulu lahirkan tidurkan terbangkan jatuhkan bangunkan besarkan panjangkan sejukkan birukan tinggikan dahulukan serta sudah ramai jangan sertakan sudahkan ramaikan jangankan (c) Jenis kata kerja berakhiran -kan KATAKERJA Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu: (I) dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: 203. Rencana-rencana itu saya bukukan. 204. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. 205. Kisah itu anda riwayatkan dengan jelas. 206. Kamu pasarkanlah hasil kebun itu. o 207. Gulai ikan itu kauhidangkan kepada tetamu kita. (II) dalam ayat suruhan, contohnya: 208. Belikan saya sepasang kasut. 209. Tolong padamkan lampu itu. 210. Hendaklah kamu naikkan bendera itu. 211. Panjangkan sedikit tali itu. 212. Harap matikan enjin kereta anda. Akhiran -kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-... -kan, beR-... -kan, mempeR-... -kan, di-... -kan, dan dipeR-... -kan (sila lihat ceraian 7.3.2.3). Beberapa contoh bentuk di atas ialah: menjadikan membelanjakan mempertingkatkan 185
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA berbantalkan dijadikan dibelanjakan dipertingkatkan bersulamkan (b) Aspek makna akhiran -kan Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran -kan, iaitu: (I) memberi pengertian contohnya: buku waris panjang tinggi kausatif atau menyebabkan jadi, bukukan (menyebabkan jadi buku) wariskan panjangkan tinggikan Contoh dalam ayat ,akan diberikan dalam 7.3.2.3 (i) (d), sewaktu membincangkan aspek makna apitan meN-... -kan. (II) memberi pengertian benejaktif atau melakukan sesuatu untuk manjaat orang lain, contohnya: beli masak jahit hadiah (ii) Akhiran -i (a) Bentuk akhiran -i belikan (membeli untuk orang lain) masakkan jahitkan hadiahkan Seperti akhiran -kan, akhiran -i juga mempunyai hanya satu bentuk, iaitu -i. 186 :) .~ . .'- : .~ ; KATAKERJA (b) Golongan kata yang boleh hadir dengan akhiran -i Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -i untuk membentuk kata kerja, contohnya: kata nama contoh contohi jalan jalani air airi belakang belakangi nama namai kata kerja duduk duduki tangis tangisi kahwin kahwini turun turuni ikut ikuti kata adjektif baik baiki dekat dekati kotor kotori dalam dalami kata tugas serta sertai sudah sudahi atas atasi (c) Jenis kata kerja yang berakhiran -i Akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif, dan wujud dengan awalan meN- atau di-. Seperti -kan juga, kata kerja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu: (I) dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua, contohnya: 213. Perangainya yang baik itu akan kami contohi. 187
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 214. Tidak harns awak belakangi orang tua sendiri. 215. Pondok keeil itu kami duduki selama setahun. 216. Jangan anda tangisi pemergiannya. 217. Perkara itu mesti kamu halusi. (II) dalam ayat suruhan, eontohnya: 218. Contohilah teladan yang baik itu. 219. Tolong baiki basikal yimg rosak ini. 220. Ikutilah segala perintahnya. 221. Dekatilah tempat itu perlahan-Iahan. 222. Teladanilah perangai yang baik itu. Seperti akhiran -kan, akhiran -i boleh hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-... -i, mempeR-... -i, di-... -i, dan dipeR-... -i. (Sila lihat eeraian 7.3.2.3). Beberapa eontoh bentuk tersebut: mendekati didekati memperingati diperingati memperkawani diperkawani (d) Aspek makna akhiran -i Akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: (I) memberi pengertian kausatif atau menyebabkan sesuatu jadi: baik hamba sudah baiki (menyebabkan sesuatu jadi baik) hambai sudahi (II) memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: naiki bas naik ke atas bas 188 turuni lurah tumpahi meja dekati mereka KATAKERJA turun ke lurah tumpah ke atas meja. dekat kepada mereka (e) Perbezaan antara akhiran -kan dengan -i Salah satu perkara yang menimbulkan kesulitan kepada pengguna bahasa Melayu ialah perbezaan antara akhiran -kan dengan akhiran -i. Dari segi fungsi, kedua~duanya membentuk kata kerja transitif, dan oleh itu, memerlukan objek. Tetapi dari segi makna, terdapat persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. (I) Persamaannya ialah kedua-dua akhiran ini membawa maksud kausatif, eontohnya: besarkan tinggikan baiki sudahi menyebabkan sesuatu jadi besar menyebabkan sesuatu jadi tinggi menyebabkan sesuatu jadi baik menyebabkan sesuatu jadi sudah (II) Perbezaannya ialah akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur tempat atau lokatif. Contohnya: membeli untuk orang lain memasak untuk orang lain naik ke suatu temp at belikan masakkan naiki dekati dekat pada temp at atau orang Terdapat sebilangan keeil perkataan yang menerima keduadua akhiran ini (dengan awalan meN- dan -di-) yang dibezakan maksudnya dari segi makna-makna yang dibineangkan tadi. Contohnya: 223(a). Saya menduduki kerusi yang kosong itu. 189
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA (b). 224(a). (b). 22S(a). (b). 226(a). (b). Saya mendudukkan anak itu pada kerusi yang di hadapan. Murid-murid menaiki bas sekolah itu. Murid-murid menaikkan bendera sekolah. Pak Hamid mendekati lembaga itu. Pak Hamid mendekatkan badapnya ke tembok. Batang buluh memagari rumah Pak Abu. Pak Abu memagarkan batang buluh di sekeliling rumahnya. 7.3.2.3 Apitan kata kerja Apitan ialah unsur imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada awal dan akhir perkataan secara serentak. Apitan juga disebut imbuhan terbahagi. Apitan yang membentuk kata kerja dalam bahasa MeJayu ialah: (i) meN-... -kan (ii) beR-... -kan (iii) beR-... -an ~~ (iv) di- ... -kan (v) meN-... -i (vi) di-... -i (vii) memper- ... -kan (viii) memper-... -i (ix) ke- ... -an ex) diper-... -kan (xi) diper-... -i Dalam bahasa Melayu, dapat dibezakan tiga jenis kata terbitan kata kerja. Jenis kata kerja yang pertama ialah kata dasarnya boleh menerima awalan meN-, di-, atau beR- selain boleh juga menerima apitan meN-... -kan, di-... -kan, beR-... -an, atau beR-... - kan. Contohnya: Q 190 membaca membeli membacakan membelikan . ,1~:~. '''':> • -""K): , KATAKERJA me~besar membesarkan mengalir mengalirkan diberi diberikan digulai digulaikan bersedih bersedihan berkibar berkibaran bertilam bertilarnkan bersulam bersularnkan beristeri beristerikan Jenis yang kedua pula ialah yang kata dasarnya hanya dapat menerima apitan men-... -kan, di-.. . -kan, atau ber-.. . -an, dan tidak dapat menerima awalan meN-, di-, atau ber- sahaja. Contohnya: mengabaikan menggelarkan mencantikkan menjatuhkan digambarkan dihapuskan dinafikan berterbangan berguguran bermaafan *mengabai *menggelar *mencantik *menjatuh *digambar *dihapus *dinafi *berterbang *bergugur *bermaaf Jenis kata kerja yang .ketiga pula ialah yang kat a dasarnya boleh menerima awalan beR- sahaja dan tidak dapat menerima apitan beR-... -kan. Contohnya: (i) berajar beralih berasah *berajarkan *beralihkan *berasahkan Berikut dihuraikan satu per satu apitan kata kerja Apitan meN-... -kan (a) bentuk apitan meN-... -kan Bentuk meN-... -kan mempunyai kelainan-kelainan yang jum191
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Iahnya sarna banyak dengan jumiah kelainan untuk awalan meN- (lihat 7.3.2.1 (i) (a)), iaitu: me-... -kan, contohnya: merundingkan melayakkan mewarnakan meyakinkan memasukkan memayungkan menurunkan mengayakan menyapukan mengangakan (II) mem-.. . -kan, contohnya: memberikan memfatwakan membandingkan membukukan memvariasikl;lll mempopularkan mempamerkan memperlahankan (III) men-... -kan, contohnya: mendirikan mentablighkan mendaratkan mentakrifkan mencucikan menjadikan mensyaratkan menzahirkan menterjemahkan menstrukturkan men terta w akan mensia-siakan (IV) meng-... -kan, contohnya: menggulingkan mengelakkan menggayakan mengolok-olokkan mengkhususkan mengaturkan menghitungkan mengutarakan mengkabulkan mengkanunkan mengklasifikasikan mengindahkan (V) menge-.. . -kan, contohnya: mengepinkan mengehadkan 192 mengecamkan mengesahkan mengekhaskan mengesyorkan KATAKERJA (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan meN-... -kan Empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kat a tugas boleh menerima apitan men-... -kan untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya: kata nama hamba menghambakan syarat mensyaratkan takrif mentakrifkan warna mewarnakan diri mendirikan kat a adjektif tinggi meninggikan merah memerahkan stabil menstabilkan khusus mengkhususkan besar membesarkan kata kerja transitif lempar melemparkan be Ii membelikan cari mencarikan lontar meiontarkan jahit menjahitkan kata kerja tak transitif tidur menidurkan jatuh menjatuhkan mas uk memasukkan datang mendatangkan b 193
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA sampai kata tugas dahulu ramai biasa satu (c) Jenis kata kerja yang terbentuk menyampaikan mendahulukan meramaikan membiasakan menyatukan Pad~ dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-... - kan ~alah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predlkat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. Ayat transitif aktif dengan kata kerja berapitan meN-... -kan terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) yang menerima satu objek (ii) yang menerima dua objek (I) Kata kerja meN-... -kan dengan satu objek Binaan ayat yang menerima kata kerJ'a berapitan me N k -... - an dengan satu objek adalah seperti yang berikut: subjek + kata kerja + objek Contoh dalam ayat: 227. Ibu sedang menidurkan adik. 228. Saya menyampaikan salam kepada beIiau. 229. Murid-murid membesarkan bulatan itu. 230. Kami mewarnakan mural itu. 231. Kenaikan harga getah menstabilkan ekonomi negara. (II) Kata kerja meN-... -kan dengan dua objek Ada sejumlah kata kerja berapitan meN-... -kan yang boleh hadir dalam ayat aktif transitif dengan dua objek, iaitu dengan binaan 194 KATAKERJA seperti yang berikut: subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2 Contoh dalam ayat: 232. Hasnah membelikan Asri sebuah buku. 233. Ahmad mencarikan Pak Hussein ubat sakit pinggang. 234. Kakak menjahitkan ibu sehelai baju. 235. Guru membacakan murid-muridnya karangan yang terbaik. 236. Aminah membuatkan Ali secawan kopi. Dalam binaan ayat di atas, objek 1, iaitu objek yang mengikuti secara langsung kata kerja, disebut objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi. Dalam ayat (232) - (236) objek-objek tepat ialah Asri dalam (232), Pak Hussein (233), ibu (234), murid-muridnya (235) dan Ali (236), sementara objekobjek sipi ialah sebuah buku (232), ubat sakit pinggang (233), sehelai baju (234), karangan yang terbaik (235), dan secawan kopi (236). Satu ukuran untuk menentukan yang manakah antara keduadua objek itu objek tepat atau objek sipi ialah proses pas if. Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat yang boleh mengalami proses pasif, iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek terbitan ayat pasif, atau unsur yang diterangkan. Bentuk pasif ayat (232) - (236) adalah seperti yang berikut: 232(a) Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah. 233(a) Pak Hussein dicarikan ubat sakit pinggang oleh Ahmad. 234(a) 235(a) 236(a) Ibu dijahitkan sehelai baju oleh kakak. Murid-muridnya dibacakan karangan yang terbaik oleh guru. Ali dibuatkan secawan kopi oleh Aminah. Sebaliknya, ayat pasif yang berikut, yang mengedepankan objek sipi, tidak dianggap gramatis. 195
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 232(b) 233(b) 234(b) 235(b) 236(b) *Sebuah buku dibelikan Asri oleh Hasnah. *Ubat sakit pinggang dicarikan Pak Hussein oleh Ahmad. *Sehelai baju dijahitkan ibu oleh kakak. *Karangan yang terbaik dibacakan murid-muridnya oleh guru. *Secawan kopi dibuatkan Ali oleh Aminah. Kedudukan kata-kata yang berfungsi sebagai objek tepat dan objek sipi dalam ayat asal (232) hingga (236) boleh berubah, iaitu objek sipi asal (sebuah buku, ubat sakit pinggang, karangan yang terbaik, dan secawan kopi) berpindah ke bahagian belakang kata kerja dan menjadi objek tepat yang baharu, manakala objek tepat asal berpindah ke bahagian belakang ayat. Apabila ini berlaku, struktur ayat adalah seperti yang berikut: subjek + kata kerja + objek tepat (baharu) + {untuk } + frasa nama kepada Dengan perubahan ini, frasa nama yang berfungsi sebagai objek sipi asal dalam ayat (232-236) boleh berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek tepat yang baharu, manakala objek tepat yang asal berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi nama untuk atau kepada dan kata kerjanya tidak mengandungi -kan. Contohnya: 232(c) Hasnah membeli sebuah buku untuk Asri. 233(c) Ahmad mencari ubat sa kit pinggang untuk Pak Hussein. 234(c) Kakak menjahit sehelai baju untuk ibu. 235(c) Guru membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. 236(c), Aminah membuat secawan kopi untuk Ali. Sebagaimana yang telah dinyatakan, objek tepat dalam ayatayat yang terbentuk di atas barulah boleh mengalami proses pasif, contohnya: 232(d) Sebuah buku dibeli oleh Hasnah untuk Asri. 196 KATAKERJA 233(d) Ubat sakit ping gang dicari ole-h Ahmad untuk Pak Hussein. 234(d) Sehelai baju dijahit oleh kakak untuk ibu. 235(d) Karangan yang terbaik dibaca oleh guru kepada murid-muridnya. 236(d) Secawan kopi dibuat oleh Aminah untuk Ali. (d) Aspek makna apitan meN-... -kan Pada dasamya kata kerja yang terbentuk dengan apitan rr:eN-... - kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud benkut: (I) maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya: 237. Yayasan itu merancangkan Projek Ikhtiar. . 238. Mereka merundingkan hal itu dengan keluarga masmgmasing. 239. Para peneroka mendirikan rumah secara gotongroyong. 240. Dia meyakinkan saya ten tang kebenaran cerita itu. (II) maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: 241. Encik Ali membesarkan rumahnya. 242. Perbuatan pemuda itu memalukan keluarganya. 243. Berita itu mendukacitakan kami. 244. Kami memanjangkan hubungan silaturahim dengan mereka. 245. Pengakap itu menaikkan bendera pasukan yang menang. (III) maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: 246. Ayah membelikan adik buku. 247. Saya memasakkan tetamu gulai ikan. 248. Arninah menjahitkan adiknya seluar pendek. 249. Kakak membuatkan Ali secawan kopi. 250. Anak itu membacakan bapanya telegram. 197
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (ii) Apitan beR-... -kan (a) Bentuk apitan beR-... -kan Pada dasarnya, terdapat satu bentuk apitan beR-... -kan, iaitu ber- .. . -kan yang digabungkan dengan semua kata dasar. Contohnya: alas beralaskan ibu beribukan bekal berbekalkan daun berdaunkan lauk berlaukkan judul berjudulkan Apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya: ber- + raja + -kan berajakan ber- + rumah + -kan berumahkan ber- + ratu + -kan beratukan ber- + rantai + -kan berantaikan (b) Golongan kata yang bergabung dengan apitan beR-... -kan ~~itan beR-... -kan bolehbergabung dengan dua golongan kata, laItu kata nama dan kata kerja. Contohnya: 198 katanama tilam isteri hakim bantal kata kerja ukir pandu sulam tatah bertilamkan beristerikan berhakimkan berbantalkan berukirkan berpandukan bersulamkan bertatahkan KATAKERJA (c) Jenis kata kerja berapitan beR-... -kan Apitan beR-... -kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap. Contohnya: 251. Pengembara itu tidur bertilamkan rumput. 252. Pak Kadok berbajukan kertas. 253. Pengemis itu berbantalkan lengan. 254. Anita menjahit sarung bantal yang bersulamkan benang emas. 255. Mereka berjalan berpandukan cahaya bulan. (d) Aspek makna apitan beR-... -kan Kata kerja yang menggunakan apitan beR-... -kan membawa maksud menjadikan sesuatu itu sebagai maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: bertilamkan rumput (menjadikan rumput sebagai tilam) berbanta1kan lengan berselimutkan embun berpandukan cahaya bulan (iii) Apitan beR-... -an (a) Bentuk apitan beR-... -an Terdapat hanya satu bentuk beR-... -an, iaitu ber-... -an, kecuali dalam kata dasar yang bermula dengan huruf r. Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung akibat pertemuan ber- dengan huruf awal dalam kata dasar akan berubah menjadi satu r, melalui proses peleburan bunyi. Contohnya: ber- + rebut + -an - berebutan ber- + rendam + -an - berendaman ber- + rentet + -an - berentetan ber- + ratap + -an - beratapan (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan beR-... -an Sebahagian besar daripada kata dasar yang dibentuk dengan apitan 199
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA beR-... -an terdiri daripada golongan kata kerja, sarna ada transitif atau tak transitif. Terdapat hanya beberapa perkataan yang terdiri daripada kata nama atau kata adjektif. Contohnya: kata kerja transitif kirim tembak tikam tabur sambut kata kerja tak transitif berkiriman bertembakan bertikaman bertaburan bersambutan terbang berterbangan gantung bergantungan lari berlarian debar berdebaran lompat berlompatan kata nama maaf bermaafan lubang berlubangan uban berubanan kelompok berkelompokan salam bersalaman kata adjektif lanjut berlanjutan kilau berkilauan jauh berjauhan sedih bersedihan damai berdamaian (c) Jenis kata kerja yang berapitan beR-... -an Kata kerja yang terbentuk melalui beR-... -an ialah kata kerja tak transitif. Contohnya dalam ayat: 256. Mereka bermaafan antara satu sarna lain. 200 KATAKERJA 257. 258. 259. 260. Perselisihan itu berlanjutan sehingga akhir tahun. Daun kering berterbangan apabila ditiup angin. Wanita itu sering bersedihan sejak kematian anaknya. Air laut berkilauan akibat sinaran matahari. (d) Aspek makna apitan beR-... -an Penggunaan apitan beR-... -an menghasilkan bentuk kata kerja terbitan yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak. Contohnya: 261. Lampu merah bergantungan di dinding. 262. Bendera warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. Bintang bertaburan di langit. 264. Burung layang-layang berterbangan di angkasa. 265. Daun kering berguguran di halaman rumah. 266. Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. Dalam konteks ini konsep jamak boleh diluaskan untuk maksud perbuatan yang berlaku antara dua pihak, iaitu bersalingan, at au perbuatan yang berulangan, berterusan atau berpanjangan. Sebahagian daripada bentuk ini juga mengalami penggandaan, seperti contoh berikut: (I) perbuatan antara dua pihak atau bersalingan: bertembakan bertembak-tembakan berkenalan bermaafan bertangisan bersalaman berkenal-kenalan bermaaf-maafan bertangis-tangisan bersalam-salaman (II) perbuatan yang berulangan, berterusan, atau berpanjangan: berdebaran berdebar-debaran berlarian berkibaran bersungutan berpan jangan berlari -larian berkibar-kibaran bersungut -sungutan berpanjang-panjangan 201
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (iv) Apitan di-... -kan Apitan di-... -kan ialah bentuk pasif bagi meN-... -kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Sila rujuk 7.3.2.1 (iv) bagi imbuhan di- dan 7.3.2.2 (i) bagi imbuhan -kan. Contoh bentuk kata kerja aktif meN-... -kan dan pasif di-... - kan: Aktif memberikan menafikan menggambarkan mentranskripsikan menghapuskan Pasif diberikan dinafikan digambarkan ditranskripsikan dihapuskan Contoh apitan di-... -kan dalam ayat: 267. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya. 268. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya. 269. Peristiwa pergaduhan itu digambarkan dengan jelas oleh pemberita itu. 270. Rakaman dialek itu ditranskripsikan oleh pelajar saya. 271. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan. (v) Apitan meN-... -i (a) Bentuk apitan meN-... -i Seperti apitan meN-... -kan, meN-... -i mempunyai kelainan yang jumlahnya sarna banyak dengan jumlah kelainan untuk meN- (lihat 7.3.2.1 (i) (a)), iaitu: (I) me-... -i, contohnya: melindungi mewarisi 202 meyakini menuruni memayungi merindui memasuki merasai menyayangi menguliti , ;?, :~ (II) mem-... -i, contohnya: membohongi membanjiri mempelopori (III) men-... -i, contohnya: menduduki menjumpai menjalani (IV) meng-... -i, contohnya: mengubati menghalangi mengairi mempercayai mempunyai membaiki mensyukuri menziarahi mencurahi mengekori menggauli mengawasi KATAKERJA (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan meN-... ~i Empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan meN-... -i untuk membentuk kata kerja. katanama belakang membelakangi contoh mencontohi pelopor mempelopori jiwa menjiwai jalan menjalani kata adjektif kotor mengotori yakin meyakini patuh mematuhi dalam mendalami sakit menyakiti kata kerja transitif tutup menutupi. ulang mengulangi 203
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA to long tuang awas kata kerja tak transitif mas uk naik duduk lalu bohong kata tugas sudah serta amat hendak menolongi menuangi mengawasi memasuki menaiki menduduki melalui membohongi menyudahi menyertai mengamati menghendaki (c) Jenis kata kerja yang berapitan meN-... -i Apitan meN-... -i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja dengan meN-... -i, seperti juga halnya dengan kata kerja yang menerima apitan meN-. .. -kan, hadir dalam ayat aktif transitif yang terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) Ayat aktif transitif yang menerima satu objek. (ii) Ayat aktif transitif yang menerima dua objek. (I) Kata kerja meN-... -i dengan satu objek Binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-... -i dengan satu objek adalah seperti yang berikut: subjek + kata kerja + objek Contohnya: 272. 273. Hujan membasahi jemurannya. 204 Pemuda-pemuda suka mencontohi gaya pakaian bintang filem. KATAKERJA 274. 275. 276. Mekanik itu sedang membaiki kereta saya. Debu kapur mengotori lantai bilik kami. Encik Ismail menjalani kursus selama dua bulan. (II) Kata kerja meN-... -i dengan dua objek Sebagaimana kata kerja berapitan meN-... -kan, terdapat juga sejumlah kata kerja berapitan meN-... -i yang hadir dalam ayat transitif aktif dengan dua objek, dengan binaan seperti yang berikut: subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2 Contoh dalam ayat: 277. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. 278. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan. 279. Sultan Melaka mengurniai Hang Tuah sepasang persalinan. 280. Halimah menghidangi tetamu sepinggan kuih. Dalam ayat di atas objek yang hadir sesudah kata kerja ialah objek tepat, manakala objek kedua ialah objek sipi. Seperti yang dibincangkan tentang apitan meN-... -kan, hanya objek tepat dalam binaan ini boleh mengalami penjudulan dalam proses pasif, contohnya: 277(a) Ahmad dihadiahi sebuah basikal oleh Pak Osman. 278(a) Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormatan oleh baginda. 279(a) Hang Tuah dikurniai sepasang persalinan oleh Sultan Melaka. 280(a) Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah. Sebaliknya ayat-ayat pasifyang berikut, yang mengedepankan objek sipi, tidak dianggap gramatis: 277(b) *Sebuah basikal dihadiahi Ahmad oleh Pak Osman. 205
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 278(b) *Bintang kehonnatan dianugerahi pahlawan itu oleh baginda. 279(b) *Sepasang persalinan dikurniai Hang Tuah oleh Sultan Melaka. 280(b) * Sepinggan kuih dihidangi tetamu itu oleh Halimah. Binaan ayat (277) - (280) boleh diubah supaya objek sipi menjadi objek tepat yang baharu dan hadir selepas kata kerja, manakala objek tepat yang asal berpindah ke bahagian belakang ayat dan menerima kata sendi nama. Contohnya: 277(c) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 278(c) Baginda menganugerahkan bintang kehonnatan kepada pahlawan itu. 279(c) Sultan Melaka mengurniakan sepasang persalinan kepada Hang Tuah. 280(c) Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu. Ayat (277(c) - (280(c) kini boleh mengalami proses pasif dan objek tepat dikedepankan menjadi un sur yang dijudulkan. Contohnya: 277(d) Sebuah basikal dihadiahkan oleh Pak Osman kepada Ahmad. 278(d) Bintang kehonnatan dianugerahkan oleh baginda kepada pahlawan itu. 279(d) Semoga rahmat dicucurkan oleh Tuhan kepada kami. 280( d) Sepinggan kuih dihidangkan oleh Halimah kepada tetamu itu. Dalam kesemua ayat pas if di atas (277(d) - (280(d), kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas sahaja kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. 206 KATAKERJA (d) Aspek makna apitan meN-... -i dan perbezaannya dengan meN-... -kan Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN~, .. -i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna· as as yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-... -kan dengan meN-... -i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga: (1) Fungsi apitan meN-... -kan menandakan kausajf, manakala apitan meN-... -i menandakan lokatif. Contohnya: 281(a) Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. (b) 282(a) (b) 283(a) (b) Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu. Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Baginda mengurniakan bintang kehonnatan kepada Ali. Baginda mengurniai Ali bintang kehonnatan. (II) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN- .. . -kan dan meN-... -i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-. .. -kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-... -i menerima objek yang bernyawa. Contohnya: 284(a) Ali memberi kucing makanan. (b) Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (284(a) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-... -i (membeni) tetapi telah digugurkan satu i. (III) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-... -kan dan meN-... -i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: 285(a) Ali sedang membaiki kereta yang rosak. 207
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (b) 286(a) (b) Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. Mereka cuba melupai peristiwa itu. Mereka cuba melupakan peristiwa itu. (vi) Apitan di-... -i Seperti di-.. . -kan, apitan di-... -i ialah bentuk pasif bagi meN-... -i. Contoh bentuk kata kerja aktif meN-.. . -i dan bentuk pas if di-.. . -i adalah seperti yang berikut: Aktif mempelopori mengotori memanj8·: meyakini membatasi Pasif dipelopori dikotori dimanjai diyakini dibatasi Contoh dalam ayat: 287. Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan. 288. Selepas hujan bilik darjah kami dikotori oleh tanah lumpur. 289. Azman sangat dimanjai oleh datuknya. 290. Orang-orang kampung diyakini oleh Pegawai Daerah tentang projek baharu itu. 291. Kebebasan sewajarnya dibatasi oleh undang-undang. Dalam kesemua ayat pasif di atas (287-291), kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas sahaja kata kerja, boleh digugurkan secara pilihan. (vii) Apitan mempeR-... -kan (a) Bentuk apitan mempeR-... -kan Terdapat hanya satu bentuk apitan jenis ini, iaitu memper-... -kan. (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan memper- ... -kan 208 KATAKERJA Golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper-... -kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: kata nama isteri budak senda jodoh kat a kerja dengar lihat banding bahas tunjuk memperisterikan memperbudakkan mempersendakan memperjodohkan memperdengarkan memperlihatkan memperbandingkan memperbahaskan mempertunjukkan (c) Jenis kata kerja yang berapitan memper-... -kan Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-... -kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek. Contohnya: 292. Raja itu memperisterikan putera sulungnya. 293. Kakitangan kedutaan asing mempertunjukkan tarian kebudayaan masing-masing. 294. Mereka mempersendakan segala usaha kami. 295. Pelukis itu memperlihatkan lukisannya yang baru selesai. 296. Beliau memperkatakan teori yang terbaharu. (d) Aspek makna apitan memper-... -kan Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan memper-... -kan dengan kata dasar, iaitu: (I) Pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan, contohnya: mempertemukan mempersatukan menjadikan atau menyebabkan bertemu menjadikan atau menyebabkan bersatu 209
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA mempertautkan menjadikan atau menyebabkan bertaut (II) Pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja khususnya bagi perkataan yang berikut, contohnya: memperdengarkan memperlihatkan menyebabkan orang mendengar menyebabkan orang melihat (e) Perbezaan antara memper- dengan memper-... -kan Awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: besar indah memperbesar (menjadikan lebih besar atau bertambah besar) memperindah (menjadikan lebih indah ata,u bertambah indah) Dalam hubungan ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan. memper-.. . -kan seperti *memperbesarkan, *memperluaskan, *memperkemaskari. dan sebagainya dianggap tidak tepat. Apitan memper-... -kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper-... -kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja, seperti yang dibincangkan di atas. Apitan memper-... -kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif, contohnya: 210 cabang hamba saudara mempercabangkan (menjadikan bercabang) memperhambakan (menjadikan diri seperti hamba) mempersaudarakan (menjadikan seperti saudara) Bagi beberapa kata nama tertentu, seperti hamba, isteri, , ., !", , ,:j' KATAKERJA dan suami, perkataan tersebut boleh menerima awalan memperdan apitan memper-... -kan untuk menghasilkan perkataan yang berlainan maksudnya, contohnya: memperhamba memperhambakan memperisteri memperisterikan mempersuami mempersuamikan Contoh dalam ayat: melakukan diri seseorang seperti hamba menjadikan diri seperti hamba kepada seseorang menjadikan seseorang itu isteri memberikan isteri kepada seeorang atau menjadikan seseorang itu beristeri menjadikan seseorang itu suami menjadikan seseorang itu bersuami 297. Wanita itu memperhamba orang gajinya. 298. Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada sultan. 299. Encik Hamid merr,Lperisteri seorang gadis kampung. 300. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. 301. Puteri Bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. 302. Datuk Penghulu akan mempersuamikan anak gadisnya dengan Wira selepas musim menuai. (viii) Apitan mempeR-... -i Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu memper-... -i. Berbeza daripada apitan memper-... -kan, apitan ini tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak ban yak. Apitan memper-... -i ini wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang.wajar dianggap sebagai 211
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-.. . -i ini, iaitu meinperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri. Bentuk mempersuami dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini. Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-... - i, seperti m~mperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Kata dasar bentuk terbitan di atas seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-... -i atau apitan memper-... -kan, seperti yang berikut: memperolehi memperbaiki memperkuasai memperdalami memperakui mempersetu jui memperhalusi (ix) Apitan ke-... -an seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya memperoleh membaiki menguasai mendalami mengakuil memperakukan menyetujui menghalusi (a) Bentuk apitan ke-... -an Terdapat hanya satu bentuk apitan ini, iaitu ke-... -an. (b) Golongan kata yang bergabung dengan apitan ke-... -an Golongan kata kerja, kata adjektif dan kata nama boleh bergabung dengan apitan ke-... -an untuk membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Contohnya: 212 kata kerja curi dengar lihat kecurian kedengaran kelihatan tinggal kata adjektif panas dingin sempit duka katanama hujan cina siang Contohnya dalam ayat: ketinggalan kepanasan kedinginan kesempitan kedukaan kehujanan kecinaan kesiangan 303. Malam tadi jiran saya kecurian. 304. Sayup-sayup suara azan kedengaran. 305. Badannya berpeluh kerana kepanasan. 306. Dalam mas a kemelesetan ekonomi kesempitan wang. 307. Dia kehujanan di jalan. (c) Aspek makna apitan ke-... -an KATAKERJA kami sentiasa Apitan ke-... -an membentuk makna kata kerja pasif, iaitu subjek ayat mengalami perbuatan dalam kata dasar. Sila lihat contoh ayat di atas. (x) Apitan dipeR-... -kan (a) Bentuk apitan dipeR-... -kan Terdapat hanya satu bentuk apitan jenis ini, iaitu diper-... -kan (b) Golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan diper- ... -kan. Golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan diper-... -kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: 213
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA katanama isteri senda jodoh budak kata kerja dengar lihat banding bahas tunjuk diperisterikan dipersendakan diperjodohkan diperbudakkan diperdengarkan diperlihatkan diperbandingkan diperbahaskan dipertunjukkan (c) Jenis kata kerja yang berapitan dipeR-... -kan Kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper-... -kan ini wujud dalam ayat pasif, iaitu ayat yang menjudulkan objek asal. Contohnya: 308. Putera sUlungnya diperisterikan oleh raja itu. 309. Tarian kebudayaan Melayu dipertunjukkan oleh kakitangan Keduraan Malaysia. 310. Segala usaha kami dipersendakan oleh mereka. 311. Lukisan yang baru selesai itu diperlihatkan oleh Ibrahim Hussein. 312. Teori yang terbaharu diperkatakan oleh profesor itu. (d) Aspek makna apitan dipeR-.. -kan Te~dapa~ dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apttan dzper-... -kan dengan kata dasar, iaitu: (I) membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya: 214 dipertemukan dipersatukan dipertautkan dijadikan atau disebabkan bertemu dijadikan atau disebabkan bersatu dijadikan atau disebabkan bertaut '. , KATAKERJA (II) dalam beberapa contoh yang khusus, penggunaan apitan diper-... -kan membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja dilakukan oleh orang lain, contohnya: diperdengarkan diperlihatkan menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain (e) Perbezaan antara diper- dengan dipeR-... -kan Awalan diper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud dijadikan lebih atau dijadikan bertambah. Contohnya: besar indah diperbesar (dijadikan lebih besar atau bertambah besar) diperindah (dijadikan lebih indah atau bertambah indah) Apitan diper-... -kan digunakan juga dengan kata kelja dan kata nama. Apitan diper-... -kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain, contohnya: diperlihatkan diperdengarkan Apitan diper-... -kan dengan kata nama pula membawa maksud dijadikan sesuatu mengikut kata dasar, contohnya: cabang hamba saudara dipercabangkan (dijadikan sesuatu bercabang) diperhambakan (dijadikan diri seperti berhamba kepada seseorang) dipersaudarakan (dijadikan orang lain seperti bersaudara) Bagi beberapa kata nama tertentu, seperti isteri,. dan suami, 215
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA kata tersebut boleh menerima awalan diper- dan apitan diper ... - kan untuk menghasilkan perkataan yang berlainan maksudnya. diperisteri diperisterikan dipersuami dipersuamikan dijadikan seseorang sebagai isteri dijadikan seseorang itu beristeri dijadikan seseorang sebagai suami dijadikan seseorang itu bersuami Contohnya dalam ayat: 313. Orang gajinya diperhamba oleh wanita itu. 314. Hang Tuah diperhambakan kepada Sultan oleh Bendahara. 315. Seorang gadis kampung diperisteri oleh Encik Hamid. 316. Ali diperisterikan dengan gadis dari seberang oleh Pak Tua. 317. Pahlawan yang gagah itu dipersuami oleh Puteri Bongsu. 318. Anak gadis Datuk Penghulu akan dipersuamikan dengan Wira selepas musim menuai. Selain itu, terdapat sekumpulan kecil kata nama yang hanya menerima diper- untuk membentuk kata kerja, seperti yang berikut: alat daya kacang diperalat (seseorang dilakukan sebagai alat) diperdaya (seseorang dijadikan tertipu) diperkacang (harta orang lain dilakukan semahu-mahunya) Contohnya dalam ayat: 216 319. Mereka sedar bahawa mereka diperalat oleh kumpulan itu. 320. Dia diperdaya untuk membeli barang yang kurang bermutu. 321. Harta orang kaya itu diperkacang oleh warisnya. KATAKERJA (xi) Apitan dipeR-... -i Seperti memper-... -i, terdapat hanya satu apitan ini, iaitu diper- .. . -i, dan sarna seperti memper-.. -i, apitan ini sebenarnya tidak begitu produktif. Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak. Apitan diper-... -i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk diperingati, diperkawani, dipersuami, dan diperisteri yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper-... -i. Seperti yang dinyatakan dalam (viii) di atas, bentuk dipersuami dan diperisteri sebenarnya berbentuk dipersuamii dan diperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini. Bentuk-bentuk yang lazim digunakan dengan apitan diper- . . . -i seperti diperolehi, diperbaiki, diperkuasai, diperdalami, diperakui, dipersetujui, dan diperhalusi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan di atas seharusnya menerima awalan di- atau diper-, apitan di-.. . -i at au apitan diper-... -kan, seperti yang berikut: diperolehi diperbaiki diperkuasai diperdalami diperakui dipersetujui diperhalusi seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya 7.3.2.4 Sisipan kata kerja diperoleh dibaiki dikuasai didalami diakuil diperakukan disetujui dihalusi Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun demikian, bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. Contohnya: (i) Sisipan -elge1etar menggeletar 217
TATABAHASA DEWAN EOIS! KETIGA gelabah menggelabah jelajah- menjelajah selerak menyelerakkan (ii) Sisipan -erserabut berserabut keretot berkeretot gerodak menggerodak ker(e)lip berker(e)lip (iii) Sisipan -emgemuruh bergemuruh gemerlap bergemerlap semerbak bersemerbak 7.3.3 Kata Kerja Majrnuk Kata kerja majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Dalam bahasa Melayu kebanyakan kata majmuk terdiri daripada go long an kata nama. Di bawah diberikan beberapa contoh kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja: kemas kini kenaI pasti ambil alih tunjuk ajar terima kasih campur aduk lipat ganda' tolak ansur Hanya terdapat satu bentuk kata kerja majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Bentuk yang mantap ini tetap dieja satu perkataan, iaitu beritahu. Dalam bahasa Melayu kata majmuk jenis kata nama, yang besar jumlahnya, boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan. Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya tetap dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercan,tum. Contohnya: satu padu bersatu padu, menyatupadukan 218 :.- : ;~ , KATAKERJA urus niaga anak tiri berurus niaga, mengurusniagakan beranak tiri, dianaktirikan " Terdapat bentuk kata majmuk daripada jenis kata nama yang menerima awalan dan dieja bercantum. Bentuk ini dianggap telah mantap. Contohnya: kerjasama tanggungjawab tandatangan 7.3.4 Kata Kerja Ganda bekerjasama bertanggungjawab bertandatangan Kata kerja bolehjuga diterbitkan melalui proses penggandaan, iaitu proses yang hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan. Dalam proses demikian kata dasar mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Di bawah ini dibincangkan pembentukan kata kerja dalam bahasa Melayu mengikut ketiga-tiga jenis penggandaan, iaitu: (i) Penggandaan penuh. (ii) Penggandaan separa. (iii) Penggandaan berentak 7.3.4.1 Penggandaan penuh kata kerja Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, contohnya: gelak geleng agah pusing gelak-gelak geleng-geleng agah-agah pusing-pusing 7.3.4.2 Penggandaan separa kata kerja Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian 219
TATABAHASA DEWAN EDIS! KETIGA daripada kata dasar. Bagi golongan kata kerja, penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang berimbuhan, dengan hanya sebahagian daripada kata dasar itu yang digandakan, iaitu bahagian yang bukan berimbuhan. Bentuk-bentuk ganda itu boleh diletak di belakang atau di hadapan kata dasar. Contohnya: (i) Penggandaan separa pada kata kerja berawalan: ber- berlari-lari, berbisik-bisik, berkatakata terdimeNtersenyum-senyum, tertanya-tanya, tercengang -cengang ditanya-tanya, dirisik-risik, dimarah-marah (a) mencari-cari, meronta-ronta, rnenggali-gali (b) cari-mencari, bantu-membantu, gigit-menggigit (ii) Penggandaan separa pada kata ketja berakhiran -kan dan-i Contohnya: -kan -i risik-risikkan, doa-doakan, tinggaltinggalkan amat-amati, pukul-pukuli, siram-sirami Bentuk ini digunakan khusus untuk menyatakan arahan dan permintaan. 220 (iii) Penggandaan separa pada kata kerja berapitan Contohnya: ber-... -an meN-... -·kan bersalam-salaman, berkasih-kasihan, bertikam-tikaman menanya-nanyakan, menyorok-nyomeN-... -i di-... -kan KATAKERJA rokkan, membisik-bisikan, menggosok -gosokkan memukul-mukuli, mengulang-ulangi, membohong-bohongi, menolongnolongi dibisik-bisikkan, ditinggal-tinggalkan, ditonjol-tonjolkan, digaruk-garukkan 7.3.4.3 Penggandaan berentak kata kerja Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan tetapi dengan perbezaan dan persamaan bunyi tertentu, iaitu sarna ada persamaan pada bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu, atau penggandaan yang tidak mempunyai persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan, contohnya: (i) (ii) penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan, contohnya: bolak-balik susup-sasap huyung-hayang mandi-manda mundar-mandir lalu-lalang penggandaan berentak persamaan bunyi vokal, contohnya; . cerai-berai gotong-royong (iii) penggandaan berentak bebas, contohnya: ulang-alik Kata-kata yang mengalami penggandaan berentak ini dapat 221
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA menerima awalan, contohnya: bergotong-royong berulang-alik membeli -belah menduduk-dadak terhuyung-hayang 7.3.4.4 Makna bentuk penggandaan Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa makna tertentu, antaranya; (i) menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang (ii) menunjukkan perbuatan yang berpanjangan (iii) menunjukkan perbuatan yang bersungguh-sungguh (iv) menunjukkan perbuatan yang saling berbalasan atau dilakukan oleh dua pihak terhadap satu sama lain Sesuatu bentuk yang -digandakan itu mempunyai salah satu fungsi di atas, dan boleh juga mengandungi gabungan fungsifungsi tersebut. Contohnya: (i) perbuatan yang berulang-ulang: tertanya-tanya melambai -lambai berulang -alik tanya-tanyakan berlari-Iarian (ii) perbuatan yang berpanjangan: berangan-angan 222 berkibar-kibar tersenyum-senyum tersengih-sengih , menanya-nanya menanti-nanti (iii) perbuatan yang bersungguh-sungguh: bercerai -berai memporak-perandakan (iv) perbuatan yang saling berbalasan: bersalam -salaman berkasih-kasihan bertembak -tembakan pukul-memukul kejar-mengejar KATAKERJA 223
BAB 8 Kata Adjektif 8.1 Pendahuluan Kata adjektif, yang juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsurunsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata ad jektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut: 1. Adik saya tinggi juga. 2. Ali sangat pandai. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Pendapatnya lain sekali. 5. Anaknya masih kecillagi. 6. Malam ini gelap benar. 7. Reka bentuk rumah itu sangat lain. 8. Buah pokok durian itu lebat sekali. 9. Hujan pagi ini amat lebat sekali. 10. Suaranya masih sungguh merdu. 225
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Dalam ayat-ayat di atas, perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat yang berkenaan. Perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi sebahagian frasa adjektif tersebut. Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam ayat di atas adalah seperti yang berikut: Frasa Adjektif Unsur Keterangan Kata Unsur Keterangan Kata Adjektif Kata Kata Kata Bantu Penguat Penegas Penegas - - tinggi - juga - sangat pandai - - - - baik sungguh - - - lain sekali - masih - kedl - lagi - - gelap benar - - sangat lain - - - - !ebat sekali - - amat !ebat sekali - masih sungguh merdu - - 8.2 Jenis Kata Adjektif Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun berdasarkan kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektifkepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut: 226 (i) Kata adjektif sifatan atau keadaan. (ii) Kata adjektif warna. (iii) Kata adjektif ukuran. (iv) Kata adjektif bentuk. KATA ADJEKTIF (v) Kata adjektif waktu. (vi) Kata adjektif jarak. (vii) Kata adjektif cara. (viii) Kata adjektif perasaan. (ix) Kata adjektif pancaindera. 8.2.1 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai un sur keteranLan nama. Contohnya: baik curiga cerdik pandai gopoh lemah kasar berani takut sihat Contoh penggunaannya dalam ayat: 11. Budak baik selalu dipuji. 12. Orang itu agak curiga terhadap kejujuran kita. 13. Anak guru itu amat cerdik. 14. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. 15. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh. 16. Kesemua ahli pasukan itu lemah. 17. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat kasar. 18. Pegawai tentera itu sungguh berani. 19. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu. 20. Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat. 8.2.2 Kata Adjektif Warna Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya: merah putih ungu kelabu 227
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA biru hijau perang hitam kuning jingga Contoh penggunaannya dalam ayat: 21. Baju merah itu kepunyaanku. 22. Tubuhnya diselimuti kain putih. 23. Wama biru kegemaran ibu. 24. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. 25. Wama perang tidak begitu digemari orang. 26. Wa:.na pakaian seragam kami ungu. 27. Ayah suka bersongkok kelabu. 28. Ayam jantan itu berbulu hitam. 29. Wama kuning wama diraja. 30. Selendang kakak berwamajingga. 8.2.3 Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya: panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek Contoh penggunaannya dalarn ayat: 31. lambatan panjang itu bam didirikan. 32. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. 33. Bilik kecil mudah diurus. 34. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. 35. Ketua pasukan itu tinggi orangnya. 36. Anaknya masih belajar di sekolah rendah. 228 KATA ADJEKTIF 37. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk. 38. Lukanya dibalut dengan kain nipis. 39. Orang kerdil itu sedang berlakon. 40. Pokok itu renek kerana kekurangan baja. 8.2.4 Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya: bulat lonjong bujur bundar leper bengkok lurus buncit kempis lekuk Contoh penggunaannya dalam ayat: 41. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat. 42. Bola ragbi berbentuk lonjong. 43. Kotak hadiah itu empat segi bujur. 44. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu. 45. Gasing leper kesayangannya telah pecah. 46. lalan bengkok ke kota itu telah ditutup. 47. Garis lurus menembus dua titik. 48. Perut Si Luncai buncit. 49. Tayar kempis itu segera ditukamya. 50. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk. 8.2.5 Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep mas a sebagai unsur keterangan .. 229
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contohnya: baharu lama segera suntuk silam lampau lewat cepat lambat awal Contoh penggunaannya dalam ayat: 51. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. 52. J alan lama ke kampung itu telah dibaiki. 53. Kanak-kanak suka makan makanan segera. 54. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. 55. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam. 56. Usah dikenang waktu yang lampau. 57. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat. 58. Ketibaan bas itu lebih cepat daripada jadualnya. 59. Jam dinding itu lambat setengah jam. 60. Tarikh pemergiannya terlalu awal. 8.2.6 Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya: jauh dekat hampir rap at Contoh penggunaannya dalam ayat: 61. Rumah yang dituju itu sungguhjauh. 62. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya. 63. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. 64. Kawan rapat saya belajar di luar negara. 230 ;;;"; r.~ :~. .... KATA ADJEKTIF 8.2.7 Kata Adjektif Cara Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau rag am, sebagai penerang kata nama. Contohnya: cepat deras laju lambat perlahan lincah gopoh jelas sering selalu Contoh penggunaannya dalam ayat: 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. Pengaliran air sungai itu deras. Motosikallaju itu direka khas untuk perlumbaan. Orang lambat selalu rugi. Pemain lincah itu berasal dari utara. Gerak-gerinya amat perlahan. Kemalangan jalan raya pada tahun ini amat sering. Taklimat projek yang disampaikannyajelas. Dia gopoh dalam peperiksaan. Orang itu selalu benar datang ke sini. 8.2.8 Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: rindu benci segan berahi ragu kasih suka dnta gembini marah Contoh penggunaannya dalam ayat: 231
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 75. Dia amat r'indu akan emaknya. 76. Saya sungguh bend dengan kelakuan buruknya. 77. Gadis itu amat segan untuk bertanya. 78. Dia suka sungguh dengan perangai pemuda itu. 79. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu. 80. Kami semua am at kasih akan guru itu. 81. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu. 82. Dia masih ragu terhadap kejujuran pembantunya. 83. Setiap rakyat harus dnta pada tanah aimya. 84. Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, den gar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya: (i) Deria rasa: sedap pahit manis masin lazat tawar masam lemak kelat payau Contoh penggunaannya dalam ayat: 85. Masakan di kedai tidak semestinya sedap. 86. Minuman itu sungguh manis. 87. Mereka akan menyediakan makanan lazat. 88. Buah mempelam muda itu masam sungguh. 89. Pisang muda kelat rasanya. 90. Ubat pahit itu untuk deman malaria. 91. Air perigi di rumah saya sangat payau. 92. Dia suka makan ikan air tawar. 93. Masakan ini terlalu masin. 94. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan. 232 KATA ADJEKTIF (ii) Deria pandang: cantik buruk molek tampan hodoh cornel kacak segak Contoh penggunaannya dalam ayat: 95. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik. 96. Gadis molek itu anak Pak Hamid. 97. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia. 98. Pemuda kacak itu berasal dari Perak. 99. Rumah buruk itu sudah roboh. 100. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu. 101. Bayi comel itu memenangi hadiah pertama. 102. Pengawal-pengawal peribadi baginda segak belaka. (iii) Deria dengar: bising merdu nyaring lunak mersik serak garau Contoh penggunaannya dalam ayat: 103. Bunyi bising datang dari biliknya. 104. Penyanyi itu mempunyai suara merdu. 105. Bunyi semboyan kereta api sungguh nyaring. 106. Penyanyi suara lunak itu bam berusia 15 tahun. 107. Bunyi biolanya amat mersik. 108. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara. 109. Pegawai tentera itu mempunyai su~ra garau. (iv) Deria bau: harum wangi busuk hapak tengik semerbak hanyir hancing 233
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh penggunaannya dalam ayat: 110. Bedak sejuk itu harum baunya. 111. Pemuda itu suka memakai minyak wangi. 112. Bau busuk di kilang itu mengganggu kekhusyukan kamL 113. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak. 114. Minyak tengik itu jangan digunakan. 115. Pekarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bunga-bungaan. 116. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir. 117. Tandas yang tidak dibersihkan hancing baunya. (v) Deria sentuh: halus licin kasar keras kesat lembap lembut Contoh penggunaannya dalam ayat: 118. Kain halus itu hasil tenunan tangan. 119. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan kemalangan. 120. Papan itu kasar kerana belum diketam. 121. Bancuhan simen itu telah keras. 122. Jangan suka memakai pakaian lembap. 123. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut. (vi) Gabungan deria: bersih (pandang + bau) selesa (sentuh + pandang) tenteram (dengar + pan dang) Contoh penggunaannya dalam ayat: 124. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih. 125. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. 234 ~.: . KATA ADJEKTIF 126. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram. 8.3 Pembentukan Kata Adjektif Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut: (i) Kata adjektif tunggal. (ii) Kata adjektif terbitan. (iii) Kata adjektif ganda. (iv) Kata adjektif majmuk. 8.3.1 Kata Adjektif Thnggal Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh di atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain, seperti penggandaan. Kata adjektiftunggal digunakan dalam ayat sebagai predikat dan sebagai penerang kata nama. Kata adjektif ini juga boleh menerima sarna ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya: 127. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 128. Cara hidup seniman itu amat sederhana. 129. Pada malam ini bulan sungguh terang. 130. Sumbangan saya kepada negara masih kecil amat. 131. Pada malam itu tidumya nyenyak benar. 8.3.2 Kata Adjektif Terbitan Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang terbentuk dengan imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu. 8.3.2.1 Awalan kata adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-. 235
TATABAHASA.,)EWAN EDISI KETIGA (i) Awalan ter- . Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kat a dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contohnya: ter- + kecil ter- + masyhur ter- + panjang ter- + merah ter- + muda terkecil termasyhur terpanjang termerah termuda Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 132. Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. 133. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. 134. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. 135. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. 136. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda. (ii) Awalan seAwalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kat a dasar, untuk membawa pengertian sarna. Contohnya: se- + tinggi se- + besar se- + pandai se- + indah se- + buruk setinggi sebesar sepandai seindah seburuk Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 236 137. Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. 138. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan Kompleks Daya Bumi. 139. Aminah tidak sepandai abangnya. KATA ADJEKTIF 140. Wama baju itu semerah darah ikan. 141. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang. 8.3.2.2 Apitan kata adjektif Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-... -an. Gabungan apitan ke-... -an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya, kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya: kebaratan kecinaan kemelayuan kearaban keindonesiaan Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 142. Cara hidupnya sungguh kebaratan. 143. Rupanya agak kecinaan. 144. Pakaiannya'terlalu kearaban. 145. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan. 146. Sifat kemelayuannya begitu menonjol. 8.3.2.3 Sisipan kata adjektif Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan, iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak p'roduktif sifatnya. (i) Sisipan -emSisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya: guruh gemuruh 237
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA gilang serbak santan ketot gemilang semerbak semantan kemetot Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 147. Bau bunga-bungaan di taman tasik itu semerbak. 148. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa selamat. 149. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. 150. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. 151. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja. (ii) Sisipan -elSisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut: serak gembung geman selerak gelembung geleman Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 238 152. Jamuan selerak itu berterusan hingga larut malam. 153. Kulit gelembung itu mula bemanah. 154. Dia geli-geleman apabil!l melihat cacing. (iii) Sisipan -erSisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata adjektif, seperti yang berikut: . kelip godak = ker(e)lip gerodak KATA ADJEKTIF Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 155. Masjid itu dihiasi lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. 156. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung duit itu jatuh. (iv) Sisipan -inSetakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu: sambung = sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 157. Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama. 8.3.3 Kata Adjektif Ganda Kata adjektif ganda ialah perkataan yang terhasil daripada proses mengulang kata dasar ad jektif. Kata ad jektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. 8.3.3.1 Penggandaan penuh kata adjektif Penggandaan penuh kata adjektif merupakan cara yang paling mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya: besar -besar tumpul-tumpul kecil-kecil bijak-bijak tinggi-tinggi hijau-hijau rendah-rendah kuning-kuning panjang-panjang merah-merah Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti yang berikut: 158. Rumah di bandar itu besar-besar: bela:ka. 239
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 159. Bentuk kuih buah melaka kecil-kecil. 160. Tinggi-tinggi bangunan di bandar raya itu. 161. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah. 162. Panjang-panjang tali pengikatnya. 8.3.3.2 Penggandaan separa kata adjektif Penggandaan separa kata adjektif ialah proses mengulang atau menggandakan kata dasar adjektif tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat tiga bentuk penggandaan separa kata adjektif, iaitu: (a) Penggandaan separa pada kata berawalan. Contohnya: sepandai -pandai sebaik-baik setinggi -tinggi Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 163. Sepandai-pandai penipu itu akhimya tertangkap jua. 164. Sebaik-baik manusia ada juga kekurangannya. 165. Saya menaruh setinggi-tinggi kepercayaan terhadapnya. (b) Penggandaan separa pada kata berakhiran. Contohnya: besar-besaran rindu -rinduan jadi-jadian Contoh penggunaannya dalam ayat ada1ah seperti yang berikut: 240 166. Maj1is besar-besaran itu untuk meraikan kejayaannya. 167. Intai kami semen tara nampak, supaya esok tidak rindurinduan. 168. Harimau jadi-jadian itu menakutkan penduduk kampungo KATA ADJEKTIF (c) Penggandaan separa pada kata berapitan Contohnya: kekuning-kuningan kehijau-hijauan kema1u-ma1uan kebodoh-bodohan Contoh penggunaannya da1am ayat ada1ah seperti yang berikut: 169. Wama payungnya kekuning-kuningan. 170. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. 171. Anak gadis itu kemalu-maluan apabi1a diusik. 172. Lagak kebodoh-bodohan sesuai dengan watak itu. 8.3.3.3 Penggandaan berentak kata adjektif Penggandaan berentak kata adjektif ialah proses yang terhasi1 daripada pengu1angan kata dasar berasaskan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Contoh: porak-peranda compang-camping kusut-masai kontang-kanting kucar-kacir gilang -gemilang gelap-gelita kacau-bilau 1ekak-lekuk hiruk-piruk Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 173. Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. 174. Pesta pada ma1am itu gilang-gemilang. 175. Baginda sanggup menyamar dengan memakai baju yang compang-camping. 176. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu ma1am yang gelap-gelita. 177. Dia dijumpai da1am keadaan kusut-masai sete1ah sesat di hutan. 241
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA 8.3.4 Kata Adjektif Majrnuk Kata adjektif majmuk ialah perkataan yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contohnya: merahjambu hijau daun biru laut kuning langsat putih telur Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 178. Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. - 179. Dlar yang dilihatnya kelmarin berwama hijau daun. 180. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan wama biru laut. 181. Gadis berkulit kuning langsa.t itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. 182. Pakaian pengantin itu berwarna putih telur. Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala . ringan tulang . terang hati rabun ayam Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 242 183. Tabiat panjang tangan menyebabkan dia tidak dipercayai. 184. Kejayaan itu telah membuatnya besar. kepala. 185. Ali disukai ramai kerana dia ringan tulang. KATA ADJEKTIF 186. Kerana dia terang hati, Aminah senang diajar sesuatu perkara. 187. Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana dia rabun ayam. Terdapat juga rangkaian kata adjektifyang sekali imbas seolaholah kata adjektif majmuk. Sebenamya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contohnya: riang gembira tuamuda miskin kaya cantik manis muda remaja riang dan gembira tua dan muda miskin dan kaya cantik dan manis muda dan remaja 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu: (i) Darjah biasa. (ii) Darjah bandingan. (iii) Darjah penghabisan. 8.4.1 Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah bias a, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat yang berikut: 188. Hidup keluarga itu sederhana . 189. Malam ini bulan terang. 190. Perangai pemuda kampung itu baik. 191. Tubuh budak itu kurus. 192. Laut tenang ketika waktu pagi. 8.4.2 Darjah Bandingan Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah 243
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA banding an dengan dua cara yang berikut: (i) Bandingan yang sarna, iaitu menggunakan kata adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh dalam ayat ialah: 193. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. 194. Anak saya tidak setinggi anaknya. 195. Fatimah tidak sepandai kakaknya. 196. Gadis itu secantik puteri raja. 197. Masakannya tidak sesedap masakan ibu. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini bolehjuga bertukar ganti dengan perkataan sarna, iaitu: sebesar boleh menjadi sarna besar setinggi boleh menjadi sarna tinggi sepandai boleh menjadi sarna pandai secantik boleh menjadi sarna cantik sesedap boleh menjadi sarna sedap (ii) Bandingan yang berbeza, iaitu kata adjektif yang menggunakan kat a penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai bandingan, seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut: 198. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. 199. Murid itu kurang pandai daripada murid ini. 200. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. 201. Kedai syarikat itu kurang rnaju daripada kedai-kedai lain. 202. Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan. 8.4.3 Darjah Penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: 244 KATA ADJEKTIF (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama ter- + kata adjektif paling + kata adjektif kata adjektif + sekali ter- + {amat } + kata adjektif sangat { amat } sungguh + kata adjektif + sekali sangat (i) se- + kata adjektif + gandaan + kata narna Penanda darjah penghabisan ialah awalan se- dan gandaan. Contoh: sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusia secantik-cantik bunga (ii) ter- + kata adjektif Penanda darjah penghabisan ialah awalan ter-. Contoh: terpandai tertinggi terbaik tercantik termasyhur (iii) paling + kata adjektif Penanda darjah penghabisan ialah kata penguat paling yang hadir sebelum kata adjektif. 245
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA Contoh: paling pandai paling tinggi paling baik paling lazat paling cerdik (iv) kata adJektif + sekali Penanda darjah penghabisan ialah kata adjektif diikuti oleh kata penguat sekali. Contoh: pandai sekdi tinggi sekali baik sekali cantik sekali masyhur sekali ~enanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadlr serentak dalam satu binaan. Contoh: *terpandai sekali *paling pandai sekali *terp!lling pandai *paling terpandai (v) ter- + {amat } + kata adJektif sangat Awalan ter- yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. 246 .i. (vi) Contoh: teramat pandai teramat baik teramat cantik teramat masyhur KATA ADJEKTIF tersangat pandai tersangat baik tersangat cantik tersangat masyhur { ~:~gUh} + kata adJektif + sekali sangat Binaan darjah penghabisan bolehjuga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. 247