The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2026-01-20 05:24:23

BUKU LAPORAN AADK 2024

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

SALINAN DIGITAL AR2023AR2023 DIGITAL COPY


SEKTOR OPERASIBAHAGIAN PENCEGAHAN(BPC)


LAPORAN TAHUNAN 202434BAHAGIAN PENCEGAHAN (BPC)PENGENALANBahagian Pencegahan (BPC) terdiri daripada 3 cawangan iaitu Cawangan Pendidikan Pencegahan, Cawangan Kesedaran Awam dan Cawangan Pembangunan Program Pencegahan. BPC bertanggungjawab mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya, mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya serta menasihati menteri mengenai polisi yang berhubungan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah berbahaya.Pada tahun 2023 masalah penyalahgunaan dadah masih menjadi ancaman utama kepada negara. Berpandukan statistik yang dikeluarkan oleh AADK menunjukkan seramai 145 526 orang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan. Faktor utama yang menyebabkan penyalahgunaan dadah dan bahan ini berpunca kurangnya faktor pelindung terutamanya daripada keluarga. Sehubungan dengan itu, BPC telah merancang dan melaksanakan beberapa program dengan bertemakan “Lebih Baik Cegah” serta mesej utama, iaitu pencegahan dadah bermula di rumah dan tagline kempen “Tak Payah, Tak Nak”.Di samping itu, Program Pencegahan juga menyasarkan usaha untuk memobilisasi komuniti sebagai ejen perubahan yang mampu mendayaupayakan program pencegahan dalam komuniti setempat. PENDEKATAN PROGRAM BAHAGIAN PENCEGAHANBPC mengetengahkan tiga pendekatan utama menerusi Model i-Cegah AADK iaitu umum, selektif dan berfokus.Pendekatan pelaksanaan program ialah menyasarkan penglibatan masyarakat umum tanpa mengambil kira tahap risiko komuniti. Antara program yang dilaksanakan: 1. UmumSambutan Peringatan Hari Antidadah diadakan pada setiap tahun di seluruh negara bermula bermula pada bulan Februari hingga Jun 2024. Majlis perasmian bagi Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 telah dilaksanakan semasa Program Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) Tahun 2024 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2024.a. Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024Perasmian oleh YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN35PROGRAM WALKABOUT PERDANAProgram Walkabout Perdana bersempena Peringatan Hari Antidadah 2024 yang berlangsung di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka pada hari Sabtu, 24 Februari 2024. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno bin Ahmad Belon. Program itu diadakan bagi merancakkan kempen antidadah untuk memahami isu penagihan dadah atau bahan, mengambil daya tindak dan melindungi keluarga daripada isu tidak sihat tersebut.Aktiviti UtamaBagi MenyemarakkanSambutan PeringatanHari Antidadah 2024PromosidanPublisitiPrapelancaran(Softlaunch)SambutanPeringatanHariAntidadah2024Turun Padang(Walkabout)“Tak PayahTak Nak”HebahanKempen“Tak PayahTak Nak”melalui siaran radiodi seluruhnegaraVideoUcapan /PesananStake HolderKayuhanBerinformasibersamaDYTMTuanku Raja MudaPerlisHebahanmesejantidadahmelalui khutbahJumaatKuala LumpurCar FreeMorning WithDrug AwarenessMajlisSambutanPeringatanHari Antidadah2024Jerayawara


AADK BERSAMA MASYARAKATLAPORAN TAHUNAN 202436Program ini turut diadakan serentak di seluruh negara serta disiarkan secara langsung melalui platform Facebook AADK. Antara aktiviti yang yang telah dijalankan ialah pendaftaran Kempen 1 Juta Ahli SKUAD, senamrobik, sukan rakyat, bas pameran AADK, kaunter perkhidmatan AADK, kaunter aduan AADK, kaunter Mobile Recovery Treatment (MRT), permainan interaktif serta kempen muat turun E-Mobile Antidadah.Program Walkabout PerdanaFun Walk 10,000 Langkah bersempena dengan Program AADK bersama masyarakat di sekitar bandar Tawau, Sabah.11 Mei 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN37JERAYAWARA PERINGKAT NEGERIProgram Jerayawara AADK Negeri Selangor 2024 telah disempurnakan oleh Encik Zolkifli bin Mohd Dom, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Program Pencegahan) AADK di SMK Sungai Pusu, Gombak.Program Jerayawara Wilayah Persekutuan 2024 dirasmikan oleh Tuan Mahadzir bin Elias, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Pencegahan) AADK di SMK Setapak Indah.11 Jun 202412 Jun 2024


LAPORAN TAHUNAN 202438SEBAR MESEJ ANTIDADAH MELALUI KARYA KREATIF AADK dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Pendidikan negeri Perlis menganjurkan Program Aspirasi Bahasa dan Sastera menerusi beberapa pertandingan kempen antidadah melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri Perlis. Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Bicara Berirama melibatkan murid sekolah rendah dan pertandingan Deklamasi Sajak serta Lagu Puisi melibatkan murid sekolah menengah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 13 Oktober 2024 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis. Program Jerayawara AADK Negeri Pulau Pinang dirasmikan oleh Ketua AADK Daerah Barat Daya, Tuan Ibrahim bin Muhammad Said yang mewakili Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang di SMK Sungai Ara.14 Mei 2024Majlis Perasmian Penutupan Jerayawara Kolaboratif AADK dan LPPKN disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pekan,Dato’ Zaliza bin Zulkipli di dewan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Fatimah, Pekan.21 Mei 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN39KAYUHAN BERINFORMASI BERSAMA DYMM PEMANGKU RAJA PERLISProgram Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Perlis 2024 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis pada 25 Mei 2024.Teater muzikal olehSKUAD Antidadah dan pelajar daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar bin Bachok.DYMM Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail perkenan berangkat bagi menyertai kayuhan berinformasi dan merasmikan lukisan mural.


LAPORAN TAHUNAN 202440PROGRAM SUA MESRA KEMENTERIAN DALAM NEGERIYB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kedah pada 10 Ogos 2024. Dalam program ini juga YB turut melancarkan SKUAD Antidadah Padang Serai, yang menjadi cawangan pertama diwujudkan mengikut kawasan Parlimen di seluruh negara.PROGRAM LIBAT URUS (TOWN HALL) BERSAMA PERTUBUHANBUKAN KERAJAAN (NGO) PERKHIDMATAN PENCEGAHANProgram Libat Urus (Town Hall) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perkhidmatan Pencegahan telah dianjurkan di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur pada 7 September 2024. Penganjuran program itu adalah sebagai usaha menangani permasalahan dadah yang memerlukan penglibatan secara kolektif daripada semua pihak. Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Khairul Anwar bin Bachok.Pelancaran SKUAD Antidadahcawangan Padang Serai oleh YB Menteri Dalam Negeri.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN41Taklimat AADK disampaikanoleh Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Pencegahan) Bahagian Pencegahan AADK, Encik Mahadzir bin Elias.Sesi Dialog bersama tigapanel jemputan iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Tuan Zainuddin bin Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Mohammad Akhir bin Abdul Rahman.PENANG LAWAN ANCAMAN DADAHAADK Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah mengadakan Drug Free Fun Run #PenangLawanAncamanDadah bersempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di Bayan Baru pada 28 April 2024.


LAPORAN TAHUNAN 202442Majlis telah dirasmikanoleh Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Gooi Zi SenAcara larian Drug Free Fun Run yang melibatkan hampir 600 peserta Perasmian majlis olehPengarah AADK Negeri Melaka.MAJLIS SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH MELAKA 2024Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 28 Jun 2024 disertai seramai 1000 peserta. Program kolaborasi dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini dirasmikan oleh Pengarah AADK Negeri Melaka, Puan Noor Azrimah binti Ahmad.


Batik Fun Walk Tak Payah Tak NakAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN43INFO PENCEGAHAN DAN KESEDARAN AWAM AADK SEGAMAT- CERAMAH DAN PAMERANAADK Daerah Segamat telah mengadakan satu ceramah kempen antidadah di SMK Paduka Tuan di Segamat pada 13 dan 14 Januari 2024. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi pemahaman berkaitan kesan penagihan dadah.


LAPORAN TAHUNAN 202444AADK DEKATI KOMUNITI KAMPUNG LINTANG KUCHINGAADK Negeri Sarawak telah mengadakan Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 Peringkat Negeri Sarawak di Kampung Lintang, Kuching pada 7 Jun 2024.SAMBUTAN PERINGATAN HAD JOHOR 2024AADK negeri Johor telah menganjurkan Program Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HAD) 2024 di Batu Pahat pada 15 Jun 2024.Perasmian olehMenteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Dato’ Sri Fatimah binti Abdullah.Acara Semarak Subuhdi Masjid Jamek Sri Medan


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN45Pendekatan pelaksanaan program ialah menyasarkan penglibatan individu dan kumpulan yang berisiko dan berfokus. Antara program yang dilaksanakan:i. Program Great Teacher Organization (GTO) - Guru dan Pendidik 2. Selektifa. Program di Institusi Pendidikanii. Program di Institusi Pendidikan : Program Tomorrow’s Leader 2024 - Institusi Pengajian TinggiProgram Tomorrow’s Leaderdiadakan pada 25 Jun 2024 bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur


iii. Program di Institusi Pendidikan : Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) - Sekolah Menengah Program SHIELDS anjuranAADK Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) di Nur Laman Bestari Eco Resort Sungai Tua, Ulu Yam Program SHIELDS AADKTemerloh dan AADK Bera pada 24 hingga 26 Julai 2024 di Lang Buana Eco Park, JerantutLAPORAN TAHUNAN 202446


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN47Kem SHIELDS AADK Negeridi Kem Paya Pahlawan, Jitra dilaksanakan pada 25 hingga 27 April 2024AADK negeri Sabah bekerjasamadengan Jabatan Pendidikan Daerah Tawau dan Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja dalam pelaksanaan Kem SHIELDS di Kem Kabota Tawau pada 23 hingga 25 Ogos 2024.Kem SHIELDS AADK Negeri Kelantanyang diadakan di Keluang Beach Resort, Besut yang diadakan pada 8 hingga 10 Oktober 2024 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK).


LAPORAN TAHUNAN 202448iv. Program di Institusi Pendidikan : Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)- Sekolah Rendah Kem PINTAR 2024 AnjuranAADK Brickfields yang melibatkan seramai 36 orang murid dari 8 buah sekolah rendah di daerah Brickfields Program PINTAR anjuran AADK daerah Kuala Terengganu di Kem Askar Padang Midin, Kuala Terengganu pada 15 hingga 16 Mei 2024.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN49AADK daerah Lipis mengadakanProgram PINTAR bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang pada 24 hingga 25 September 2024Majlis Peluncuran SKUADAntidadah peringkat UiTM pada 11 November 2024 di Shah Alam, Selangor.


Click to View FlipBook Version