The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2026-01-20 05:24:23

BUKU LAPORAN AADK 2024

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

LAPORAN TAHUNAN 2024150PENGANJURAN PERTANDINGAN PROJEK INOVASI AGENSIANTIDADAH KEBANGSAAN 2024 Pertandingan Projek Inovasi AADK telah diadakan pada 15 hingga 17 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. Penganjuran program ini sebagai pengiktirafan kepada PTJ yang telah menunjukkan usaha ke arah kualiti dan inovasi yang cemerlang sesuai dengan satu daripada teras Malaysia MADANI, iaitu Daya Cipta. Pada tahun 2024, sebanyak 23 projek inovasi daripada AADK Negeri dan PUSPEN seluruh negara telah dipertandingkan.Pemenang Pertandingan Projek Inovasi:TempatPertamaPUSPEN Jerantut (Eko-Nutrien Akuatik)Projek: Pelet Permata HijauTempatKeduaPUSPEN Serdang dan PUSPEN Bukit Chabang (Hybrid) (Inspirasi 9)Projek: Limb Dressing Set (LDS)TempatKetigaPusat Latihan AADK (PLAK) (i-PLAK)Projek: Risk & Protective Factor (RPF): Latihan Kesedaran PasukanPeserta membentangkan projek inovasi


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN151Ketua Pengarah AADKbersama-sama pemenang daripada PUSPEN Jerantut membuat isyarat ikan, simbolik kepada projek inovasi makanan ikan pelet permata hijauPameran projek inovasidaripada daripada Kumpulan AADK Negeri Sembilan Ketua Pengarah AADKbersama-sama para pemenang Projek Inovasi


HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT AGENSI ANTIDADAHKEBANGSAAN 2024 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat AADK Tahun 2024 serta Kejohanan Sukan dan Permainan Dalam Dewan antara Bahagian di Ibu Pejabat diadakan dengan kerjasama KELAB AADK pada 25 Oktober 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat. Sambutan ini diadakan bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya. Sebanyak enam pasukan melibatkan pegawai-pegawai di semua bahagian di Ibu Pejabat telah menyertai enam acara sukan yang dipertandingkan, iaitu ping pong, dart, karom, dam aji, congkak dan catur. Keputusan Keseluruhan Kejohanan Adalah Seperti Berikut:TempatPertama Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP)TempatKeduaBahagian Pencegahan dan Bahagian TeknologiMaklumat Dan Komunikasi (BPCIT)TempatKetiga Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)LAPORAN TAHUNAN 2024152Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK menyempurnakan gimik pelancaran Hari Sukan Negara peringkat AADK


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN153Semangat juang yangtinggi ditunjukkan dalam pertandingan ping pongWarga Ibu Pejabat AADK menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi


LAPORAN TAHUNAN 2024154SAMBUTAN HARI KELUARGA AADK 2024 Pada 22 November 2024, AADK telah mengadakan sambutan Hari Keluarga AADK 2024 bersempena dengan bulan November sebagai Hari Keluarga Kebangsaan. Acara ini berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK dan dihadiri oleh warga kerja Ibu Pejabat dan PUSPEN berhampiran bersama ahli keluarga masing-masing.Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah AADK bersama isteri, Datin Nazirah binti Abd. Hamid. Kehadiran mereka menambahkan kemeriahan acara dan menunjukkan sokongan padu terhadap inisiatif memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dalam organisasi.Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang sambutan ini, antaranya termasuklah sukaneka pelbagai kategori, cabutan bertuah dan tarian poco-poco yang menceriakan suasana. Selain itu, jamuan minum petang turut disediakan bagi semua tetamu sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka dalam acara ini.Anak-anak menyerbu Ketua Pengarah AADK dalam acara berebut gula-gula


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN155Acara berebut kerusiberjalan dengan penuh meriahKetua Pengarahmenyerahkan hadiah kepada peserta yang bertuahKehadiran Ketua PengarahAADK dan isteri menyerikan Program Hari Keluarga


LAPORAN TAHUNAN 2024156WORLD #QURANHOUR 2024 (WQH)Program World #Quran Hour 2024 yang diasaskan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sejak tahun 2016 telah dianjurkan secara tahunan. Tahun 2024 merupakan tahun kesembilan pelaksanaan program berkenaan. Surah pilihan pada tahun ini iaitu surah al-Jumu’ah (surah ke-62, 11 ayat, juzuk ke-28, Madaniyah) yang membawa tema ‘Kesatuan dan Transformasi Sosial’. Unit Pusat Sumber telah mengadakan program berkenaan dengan kerjasama Unit Agama Dan Pembangunan Insan (AG) pada 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445, jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. Semasa program berlangsung para hadirin diperdengarkan dengan bacaan serta perkongsian tadabbur dan resolusi daripada surah al-Jumuáh dari ayat 1 hingga 11. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad bin Belon bersama hampir 100 kakitangan Ibu Pejabat AADK. Pejabat AADK Negeri dan PUSPEN turut serta melaksanakan program ini. Poster World#QuranHour 2024 Tema WQH 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN157Kehadiran warga AADKIbu Pejabat di majlis World #QuranHour 2024Kehadiran Ketua Pengarah,Tuan Sutekno Ahmad bin Belon dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Khairul Anwar bin Bachok Taddabursurah al-Jumu’ah


LAPORAN TAHUNAN 2024158JOM BACA BERSAMA 10 MINIT (JBB10M)Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan AADK telah menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit (JBB10M) yang bertemakan “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” pada 23 April 2024 jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Sumber. Seramai 40 orang kakitangan AADK telah menyertai pelbagai aktiviti. Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah teka muka surat buku, puzzle mania (berkumpulan), cabutan bertuah, teka silang kata serta peminjam aktif di Pusat Sumber telah diberi cenderamata sebagai tanda penghargaan.Tema Poster JomBaca Bersama 10 Minit 2024Peraduan TekaMuka Surat Buku


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN159Sesi Jom BacaBersama 10 MinitPertandinganPuzzle Mania BerkumpulanPeserta yangberjaya dalam pertandingan


SEKTOR PENGURUSANBAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (BTMK)


LAPORAN TAHUNAN 2024162PENDAHULUANPenyediaan perkhidmatan, infrastruktur dan penyelesaian Teknologi Maklumat & Komunikasi (Information Communication Technology - ICT) yang terbaik serta terkini merupakan satu tanggungjawab utama Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) bagi menyokong sepenuhnya keperluan perkhidmatan teras Agensi Antidadah Kebangasaan (AADK). Fungsi utama bahagian seperti yang berikut:Pelbagai program transformasi digital berpaksikan data telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2024. Inisiatif ini merupakan peranan penting yang diambil oleh AADK untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital). Program-program yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2024 adalah seperti yang berikut:1. Merancang, membangunkan dan menyelaraskan pelaksanaan serta penyelenggaraan sistem aplikasi dan laman web AADK.2. Menguruskan operasi dan perkhidmatan Pusat Data serta Pemulihan Bencana ICT.3. Menguruskan sokongan teknikal, rangkaian, aset dan infrastruktur ICT.4. Menguruskan dan mengawal keselamatan ICT termasuk keselamatan maklumat.5. Merancang dan menguruskan pelaksanaan perkhidmatan ICT.6. Menguruskan perkhidmatan e-mel dan Internet.7. Memudah cara perkhidmatan perkongsian data AADK dengan agensi kerajaan lain.8. Menyediakan dan menguruskan perkhidmatan Meja Bantuan ICT melalui Sistem Pengurusan Aduan ICT (SPAICT).9. Menguruskan keperluan latihan dalaman ICT.1. Pengekalan Penarafan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022.2. Penaiktarafan dan Perpindahan Perkakasan Pelayan (Server) ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Kulim.3. Penaiktarafan Sistem Pengurusan Klien AADK (MyAADK) ke Versi 4.0.4. Pembangunan Sistem Smart Monitoring and Reporting Tools for Enforcement (eSMART).5. Pembangunan Portal i-CARI.6. Pelaksanaan Program Kesedaran Siber dan Latihan ICT.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN163Bagi meneruskan usaha pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) pada tahun 2024. Dua sesi pengauditan utama telah dijalankan; iaitu Audit Dalam pada 6 hingga 9 Ogos 2024 dan Audit Pematuhan II pada 14 hingga 16 Oktober 2024. Skop pengauditan ini tertumpu pada Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan dan Pengurusan Pusat Data AADK.Proses pengauditan tersebut turut melibatkan transisi kepada piawaian antarabangsa yang terkini. AADK telah berjaya melaksanakan peralihan daripada piawaian versi ISO/IEC 27001:2013 kepada versi baharu ISO/IEC 27001:2022. Pengemaskinian ini penting bagi memastikan AADK mengguna pakai amalan terbaik keselamatan siber global.Keseluruhan inisiatif ini dijalankan sebagai tindak balas strategik terhadap perkembangan teknologi digital yang meningkatkan potensi ancaman siber. Penerapan ISMS adalah untuk menjamin kesinambungan pengurusan keselamatan maklumat. Matlamat utamanya adalah untuk melindungi sistem maklumat dan meminimumkan impak insiden ICT agar maklumat rasmi kerajaan sentiasa terpelihara, mudah diakses dan selamat.AKTIVITI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMATDAN KOMUNIKASIPENGEKALAN PENARAFAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATANMAKLUMAT ISO/IEC 27001:2022Sijil Pengauditan SistemPengurusan Keselamatan Maklumat ISO/IEC 27001:2022 ISMS yang diperolehi daripada SIRIM


LAPORAN TAHUNAN 2024164PENAIKTARAFAN DAN PERPINDAHAN PERKAKASAN PELAYAN(SERVER) KE PUSAT DATA SEKTOR AWAM (PDSA) KULIMSatu inisiatif penting yang telah dilaksanakan ialah perpindahan operasi Pusat Data AADK dari ibu pejabat ke PDSA. Jabatan Digital Negara (JDN) di Kulim, Kedah. Semua sistem aplikasi AADK telah berjaya beroperasi sepenuhnya daripada PDSA bermula pada 20 April 2024. Langkah strategik ini memberikan pulangan pelaburan yang signifikan kepada AADK melalui penjimatan kos operasi utiliti. Perpindahan ini juga mempertingkatkan keberkesanan perlindungan aset ICT dan meminimumkan impak gangguan perkhidmatan.Projek ini turut melibatkan kerja menaik taraf kapasiti pelayan di Pusat Data AADK dan Pusat Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Center). Implimentasinya memanfaatkan teknologi hyper-converged infrastructure dengan dilengkapi sistem lewahan ketersediaan tinggi (high availability redundancy). Satu simulasi pemulihan aplikasi telah dijalankan pada 23 November 2024 untuk mengesahkan keberkesanan sistem. Simulasi ini berjaya mematuhi sasaran Recovery Time Objective (RTO) selama dua jam dan Recovery Point Objective (RPO) selama empat jam yang ditetapkan.Secara keseluruhannya, projek bukan fizikal di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Rolling Plan Ketiga (RP3) telah dapat direalisasikan dengan jayanya pada tahun 2024. Pelaksanaan projek ini berjalan lancar mengikut jadual yang dirancang. Kejayaan ini memastikan perkhidmatan kritikal AADK sentiasa terjamin, lancar dan berdaya tahan terhadap sebarang kemungkinan gangguan.Bengkel Pengurusan Pelan Pemulihan Bencana yang diadakan di Pulau Pinang pada 12 hingga 14 Julai 2024 dihadiri oleh semua pegawai BTMK


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN165Kesinambungan dan kelancaran operasi teras agensi telah dipertingkat melalui beberapa penambahbaikan sistem. Penambahbaikan ini melibatkan fungsi pada Modul Pengurusan Daerah, Modul Pengurusan PUSPEN, Modul Pengurusan Pencegahan dan Modul Pelaporan. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada penaikan taraf Sistem Pengurusan Klien AADK (MyAADK) ke versi 4.0 yang dibangunkan selari dengan piawaian keselamatan Information Security Management System ISO/IEC 27001:2022.PENAIKTARAFAN SISTEM PENGURUSAN KLIEN AADK (MYAADK)KE VERSI 4.0Sistem PengurusanKlien AADK (MyAADK) versi 4.0Bengkel Training ofTrainers Modul Pengurusan Pencegahan Sistem MyAADK


LAPORAN TAHUNAN 2024166PEMBANGUNAN SISTEM SMART MONITORING AND REPORTINGTOOLS FOR ENFORCEMENT (eSMART)Bagi menyokong pelaksanaan i-prihatin AADK secara bersepadu dan menyeluruh, satu sistem aplikasi baharu dalam talian telah dibangunkan untuk memenuhi beberapa keperluan yang berikut:Semua keperluan ini dipenuhi melalui Sistem Smart Monitoring and Reporting Tools for Enforcement (eSMART). Pembangunan sistem yang menyokong fungsi penguatkuasaan secara menyeluruh (end-to-end) ini telah siap sepenuhnya pada 24 Disember 2024.1. Pemantapan pengurusan aduan dan maklumat.2. Penyaluran khidmat nasihat secara terus kepada orang awam.3. Pemprofilan Orang Yang Disyaki (OYDS) dan lokasi tumpuan penagihan.4. Pengukuhan aktiviti risikan bagi meningkatkan pengesanan serta penahanan OYDS.5. Penjanaan papan pemuka (dashboard) dan pelaporan.6. Pengintegrasian maklumat bersama sistem MyAADK dan kementerian atau jabatan luar.Sesi Training of Trainers di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM)


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN167Satu perkhidmatan baharu dalam talian kini disediakan untuk memudahkan orang awam menyalurkan serta menyemak status aduan berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah. Perkhidmatan kendalian AADK ini dikenali sebagai Portal i-CARI dan telah diluncurkan secara rasmi oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 26 Jun 2024 semasa Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) 2024.PEMBANGUNAN PORTAL I-CARIPortal i-CARI: icari.aadk.gov.myMajlis Peluncuran Portal i-CARI oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 26 Jun 2024 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur


LAPORAN TAHUNAN 2024168PENGGANTIAN KOMPUTER PERIBADI BAGI PEJABAT-PEJABAT AADKDI ZON TENGAH DAN PUSPEN KARANGANPelaksanaan penggantian komputer peribadi dan komputer riba untuk Zon Tengah dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan (PUSPEN) AADK adalah untuk menggantikan peralatan ICT tahun perolehan 2000 hingga 2014 yang telah usang dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Projek ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran fungsi utama dan kesinambungan perkhidmatan di AADK dan operasi harian pegawai dapat dilaksanakan dengan efisien.Sebanyak 484 unit komputer peribadi telah dihantar ke 26 lokasi yang terlibat iaitu Ibu Pejabat AADK, Pejabat AADK, PUSPEN, Pusat Khidmat dan Rumah Perantaraan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan PUSPEN Karangan. Sesi pemasangan telah bermula pada 27 November 2024 di Ibu Pejabat secara berperingkat dan selesai sepenuhnya di semua lokasi pada 20 Disember 2024.Pemasangan komputerbaharu di AADK Daerah Kuala LangatSet komputer baharu yang dihantar di Pejabat-pejabat AADK Zon Tengah


Kursus Pengurusan Pangkalan Data yang dihadiri oleh Bahagian Teknologi Maklumat danKomunikasi pada 2 hingga 6 September 2024 yang diadakan di Bilik Latihan ICT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN169Beberapa kursus teknikal ICT telah dianjurkan khusus untuk pegawai BTMK. Latihan ini bertujuan memberikan kefahaman serta kemahiran teknikal dalam bidang pengurusan rangkaian dan pangkalan data sistem aplikasi. Kursus yang telah disertai oleh pegawai BTMK adalah seperti yang berikut:Latihan untuk warga AADK turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan siber. Dua program utama telah dijalankan sepanjang tahun 2024 seperti yang berikut:PELAKSANAAN PROGRAM KESEDARAN SIBER DAN LATIHAN ICT1. Kursus Pensijilan CompTIA Network+ pada 10 hingga 14 Jun 20242. Kursus Pengurusan Pangkalan Data pada 2 hingga 6 September 20243. Kursus VBA dan Data Analitik pada 4 hingga 10 Jun 20241. Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber pada 15 Februari 2024 yang dihadiri seramai 300 orang peserta.2. Program Kesedaran Keselamatan Siber secara dalam talian pada 10 September 2024 dengan kehadiran 1000 orang peserta.


SEKTOR PENGURUSAN PUSAT LATIHAN AADK (PLAK)


LAPORAN TAHUNAN 2024172PUSAT LATIHAN AGENSI ANTIDADAHKEBANGSAAN (PLAK)Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) bertanggungjawab menyediakan latihan yang komprehensif kepada semua pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merangkumi tiga bidang teras utama, iaitu Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan dan Penguatkuasaan dan Keselamatan. Selain itu, PLAK turut menyediakan kursus sokongan seperti Teknologi Maklumat, Pengurusan Am dan Kewangan. Objektif utama PLAK adalah untuk membangunkan kompetensi pegawai agensi berasaskan pendekatan latihan, justeru dapat melahirkan pegawai agensi yang berkeupayaan tinggi dan profesional dalam melaksanakan tugas.LAPORAN PENCAPAIAN DAN PRESTASISesi Penyampaian Surat Pernyataan Hasrat oleh Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK bersama Profesor Madya Dr. Muhammad Nasri bin Md Hussain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS) yang disaksikan oleh YB Menteri Dalam Negeri telah diadakan pada 23 Mei 2024 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri. Surat Pernyataan Hasrat merupakan hasrat AADK untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak UNISHAMS bagi meningkatkan profesionalisme pegawai AADK dalam bidang kaunseling. Sebanyak 20 orang pegawai AADK telah mengikuti 10 siri kursus dan dua siri peperiksaan melalui program ini pada tahun 2024. Kesemua pegawai tersebut telah lulus dengan jayanya dalam dua siri peperiksaan tersebut.1. PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BAGI BIDANG KEUTAMAAN KAUNSELING (KAUNSELOR BERDAFTAR)Penyampaian Surat PernyataanHasrat AADK bersama pihak UNISHAMS bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian DalamNegeri di Putrajaya


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN173RISK PROTECTIVE FACTOR (RPF): LATIHAN KESEDARAN PASUKAN merupakan suatu inovasi bagi mendidik ahli pasukan untuk mengenal pasti risiko dan ancaman penyalahgunaan dadah yang mungkin timbul di tempat kerja serta memahami langkah-langkah untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko tersebut. Kaedah penggunaan RPF berdasarkan adaptasi dan ubah suai daripada permainan board game seperti Snake and Ladder dan Saidina yang menggunakan game board, buah dadu dan juga cip serta elemen pergerakan maju ke level berikutnya atau mundur ke level sebelumnya. Projek inovasi RPF merupakan hasil cetusan minda dan juga pemantauan oleh Pengarah PLAK, Dr. Mohd Rafidi bin Jusoh.2. PERTANDINGAN INOVASI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2024 RISK PROTECTIVE FACTOR (RPF): LATIHAN KESEDARAN PASUKANSesi PenyampaianHadiah Pertandingan Inovasi Agensi Antidadah Kebangsaan 2024


LAPORAN TAHUNAN 2024174Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK (PPA) Kali Ketiga telah dilaksanakan di Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah pada 29 Oktober 2024 dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah. Majlis Pentauliahan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh AADK bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pegawai-pegawai AADK yang mencapai kompetensi dalam tiga bidang teras utama AADK. Sebanyak 476 orang pegawai AADK telah menerima Sijil Perakuan Amalan PPA AADK untuk ketiga-tiga persijilan dalam majlis pentauliahan tersebut.3. MAJLIS PENTAULIAHAN PROGRAM PERSIJILAN AADK (PPA) KALI KETIGAMajlis PentauliahanProgram Persijilan AADK (PPA) Kali Ketiga disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN175Pusat Latihan AADK (PLAK) telah mengambil bahagian dalam Pertandingan I-COUNNOVAS 4.0 (International Counselling Innovation Showcase and Competition) di Regional Counselling Convention 2024 anjuran PERKAMA International & EPF pada 7 hingga 9 November 2024. Pasukan daripada PLAK yang disertai oleh Dr. Mohd Rafidi bin Jusoh, Wan Mohamed Ridzwan bin Wan Ismail, Naseem Asllah binti Abu Kassim, Najihah binti Shurdin, Muhammad Aizat bin Shamsudin, Brian Oniel Rony, Nur Ayunni binti Ahmad, Che Nurfarida binti Che Maghtar, Nurul Afiqah binti Mahayadin, Zuharman bin Md Saad dan Abdul Raqib bin Zakuan telah memenangi Anugerah Silver Medal Award bagi produk inovasinya. Pertandingan tersebut turut disertai oleh 30 kumpulan peserta lain yang terdiri daripada institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan swasta melalui tiga kategori, iaitu College/University Students, College/University Educators dan Practitioners.4. PERTANDINGAN I-COUNNOVAS 4.0 Anugerah SilverMedal Award dalam Pertandingan i-COUNNOVAS 4.0


LAPORAN TAHUNAN 2024176Program Persijilan Saringan dan Pengujian Dadah (CDST) Pegawai Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan dijalankan bagi memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai berhubung prosedur dan amalan standard dalam proses saringan, penilaian dan pengujian dadah. Program ini diadakan bagi memenuhi keperluan semasa pelaksanaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah diwartakan pada 17 Oktober 2024. Pelaksanaan program ini telah melibatkan 538 orang pegawai AADK Negeri dan Daerah seluruh negara bermula dari bulan September hingga November 2024. Di samping meningkatkan kecekapan teknikal Pegawai Pemulihan dalam proses saringan, penilaian dan pengujian dadah, program persijilan ini juga dapat membina kerjasama antara AADK dengan pihak luar seperti badan penguat kuasa undang-undang, institusi pendidikan dan masyarakat tempatan. 5. PROGRAM PERSIJILAN SARINGAN DAN PENGUJIAN DADAH (CDST) PEGAWAI PEMULIHAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAANProgram Persijilan Saringandan Pengujian Dadah (CDST) Pegawai Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan tahun 2024Secara keseluruhannya, pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan atau disertai oleh Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) adalah bagi memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kompetensi serta profesionalisme pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Usaha ini turut membuktikan komitmen PLAK dalam melahirkan pegawai yang berkemahiran tinggi, cekap dan profesional dalam melaksanakan tugas. Dengan sokongan yang berterusan daripada semua pihak yang terlibat, diharapkan PLAK dapat terus memainkan peranan utama dalam membangunkan tenaga kerja AADK yang kompeten, progresif dan berdaya saing dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.


SEKTORPENGURUSANUNIT URUS SETIAPENYELARASANPELAKSANAAN DASARMEMBANTERAS GEJALADADAH NEGARA(MGDN)


94UNIT URUS SETIA PENYELARASANPELAKSANAAN DASAR MEMBANTERAGEJALA DADAH NEGARAUnit Urus Setia Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara (MGDN) berperanan sebagai urus setia bagi pelaksanaan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004 pindaan 2024. Arahan ini dikeluarkan bagi mewujudkan sebuah Jentera Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Jentera penyelarasan pelaksanaan ini melibatkan komitmen politik, semua agensi Kerajaan di semua peringkat, badan berkanun serta Badan Bukan Kerajaan (NGO). Usaha dan penglibatan ini diharap agar dapat digembleng ke arah merealisasikan matlamat dadah terkawal. MAJLIS PENYELARASAN JAWATANKUASAKABINET MEMBANTERAS GEJALA DADAH(MPJKMD) Majlis Penyelarasan JKMD adalah satu majlis penyelarasan jawatankuasa yang perlu dilaksanakan di bawah Arahan di atas. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Menteri Dalam Negeri. MPJKMD ditubuhkan bagi memastikan segala dasar dan keputusan yang dipersetujui oleh JKMD yang dilaksanakan dengan penuh komitmen dan secara berterusan oleh agensi-agensi pelaksana yang berkaitan serta badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat umum. Antara fungsi Majlis Penyelarasan ini ialah menggubal dan mengesyorkan dasar-dasar membanteras gejala dadah berhubung tindakan pendidikan pencegahan dan kesedaran awam, penguatkuasaan undang-undang, rawatan, perubatan dan pemulihan dan kerjasama antarabangsa kepada JKMD.MESYUARAT MPJKMD BILANGAN 1TAHUN 2024Mesyuarat MPJKMD Bilangan 1 Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 20 Ogos 2024 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat bersetuju kertas pertimbangan berkaitan Pelan Komunikasi Antidadah diperakukan untuk diangkat ke JKMD Khas. Antara perkara yang dipersetujui ialah pelantikan YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai peneraju Program “SAFEHub” dan “REZEKI LINK” dan penubuhan Jawatankuasa Kerja yang melibatkan Kementerian dan Agensi yang berkaitan bagi pelaksanaan Pelan Komunikasi Antidadah. Selain itu, perkara lain yang dibentangkan dalam Mesyuarat ini ialah seperti yang berikut:LAPORAN TAHUNAN 2024178


95Mesyuarat MPJKMD Bilangan 1 Tahun 2024 telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada 20 Ogos 2024 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat bersetuju kertas pertimbangan berkaitan Pelan Komunikasi Antidadah diperakukan untuk diangkat ke JKMD Khas. Antara perkara yang dipersetujui ialah pelantikan YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai peneraju Program “SAFEHub” dan “REZEKI LINK” dan penubuhan Jawatankuasa Kerja yang melibatkan Kementerian dan Agensi yang berkaitan bagi pelaksanaan Pelan Komunikasi Antidadah. Selain itu, perkara lain yang dibentangkan dalam Mesyuarat ini ialah seperti yang berikut:i. Kertas Cadangan Pelaksanaan Drug Assestment Centre (DAC) oleh AADK.ii. Laporan Ancaman Dadah dari Segi Perspektif Keselamatan Negara oleh PDRM.iii. Laporan Senario Penyalahgunaan Dadah dan Bahan di Malaysia oleh AADK.iv. Kertas Makluman Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah di Institusi Pendidikan Kementerian Malaysia.v. Kertas Makluman Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Pasca RUU oleh AADK.Pra-Mesyuarat MPJKMD Bil. 1 Tahun 2024. Dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailAntara pegawai pengurusan tertinggi dalam Pra-Mesyuarat MPJKMD Bil.1/2024, Puan Shobah binti Jamil,TKP Pengurusan AADK, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, dan Encik Muhabir bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian PDR.AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN179


MPJKMD 2024_1. Antara pegawai kanan kerajaan yang hadir ke Mesyuarat MPJKMD Bil. 1/2024MPJKMD 2024_2 Mesyuarat MPJKMD Bil. 1/2024 sedang berlangsungMPJKMD_3. Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman YDH DCP Datuk Zainudin bin Ahmad menerangkan situasi trend baharu pengedaran dadah bahawa sindiket kini semakin aktif menggunakan perkhidmatan e-hailing, kurier dan e-dagang untuk meneruskan aktiviti MPJKMD_4 Mesyuarat MPJKMD Bil. 1/2024 dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam NegeriLAPORAN TAHUNAN 2024180


MESYUARAT MAJLIS TINDAKANMEMBANTERAS DADAH (MTMD)PERINGKAT NEGERI DAN DAERAHSebanyak 16 Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri dan 85 Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah seluruh Negara telah diadakan sepanjang tahun 2024. Mesyuarat MTMD merupakan platform untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di peringkat negeri dan daerah. Mesyuarat ini diadakan bertujuan memantau dan memastikan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan tersusun oleh semua agensi/ organisasi berkaitan di peringkat negeri dan daerah.MTMD Peringkat Negeri Bilangan 1Tahun 2024i. Sabah – 7 Mac 2024ii. Terengganu - 12 Mac 2024iii. Kedah – 18 Mac 2024iv. Sembilan – 26 Mac 2024v. Pahang – 14 Mei 2024vi. Pulau Pinang – 14 Mei 2024vii. Perak - 30 Mei 2024viii. Kelantan – 20 Jun 2024ix. Sarawak – 30 Julai 2024x. Selangor – 8 Oktober 2024xi. Perlis – 28 November 2024xii. Johor – 18 November 2024MTMD Peringkat Negeri Bilangan 2Tahun 2024i. Negeri Sembilan – 24 September 2024ii. Pulau Pinang – 26 September 2024iii. Pahang – 17 Oktober 2024iv. Perak – 28 November 2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN181


Ketua Menteri Sabah,YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor menerima plak cenderamata yang disampaikan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno bin Ahmad Belon bersama Pengarah AADK Negeri Sabah,Encik Nani bin Sikin.Foto kenangan Ketua Menteri Sabah,YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bersama pegawai AADK. Dari kiri, Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Sabah, Puan. Dayang Siti Rohani binti Sedan Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Pengarah AADK Negeri Sabah, En. Nani bin Sikin, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Sabah, Puan. Kartina binti UjinAntara pegawai pengurusan tertinggi dalam Pra-Mesyuarat MTMD Negeri Terengganu Bil. 1/2025. Dari kiri, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah AADK, YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, Encik Azmi bin Abd. Aziz,Ketua Penolong Pengarah (MGDN)Mesyuarat MTMD Negeri Kedah Bil 1/2024, dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor bin ZakariaLAPORAN TAHUNAN 2024182


Tuan Khairul Anwar bin Bachok, TKP Operasi AADK menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria diiringi oleh Encik Khairul Anwar bin Ahmad, Pengarah AADK Negeri Kedah semasa sesi kunjung hormat sebelum mesyuarat bermula.Mesyuarat MTMD Negeri Sembilan Bil 1/2024 dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, (tengah hadapan).Sesi bergambar bersama semua ahli mesyuarat MTMD Negeri Pahang Bil. 1/2024YB Dato’ Sabariah binti Haji Saidan, Pengerusi Mesyuarat MTMD Bil. 1/2024 menekankan kepada ahli mesyuarat agar memberi fokus kepada pelaksanaan pengurangan KBT Penagihan Dadah di tiga Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) iaitu KBT Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, KBT Mukim Kuala Pahang, Daerah Pekan dan KBT Mukim Batu Talam, Daerah RaubAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN183


Dari kiri: YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Tuan Khairul Anwar bin Bachok Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Encik Mohamad Nor bin Musa Pengarah AADK Negeri PerakMesyuarat MTMD Peringkat Negeri Perak Bil. 2/2024Kunjungan hormat Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK kepada YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato Haji Nassuruddin bin Haji Daud Menteri Besar Kelantan sebelum Mesyuarat MTMD Bil. 1/2024 Negeri KelantanPembentangan Laporan Senario Dadah Semasa oleh YDH Datuk Muhamad Zaki Harun, Ketua Polis Negeri Kelantan bersama ACP Douglas Nyeging Taong, KJSJN KelantanLAPORAN TAHUNAN 2024184


YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sarawak mempengerusikan Mesyuarat MTMD Bil. 1/2024 pada 31 Julai 2024, turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Tuan Khairul Anwar bin BachokMesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Selangor Bil. 1/2024 dipengeriusikan oleh oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Tindakan Ekonomi, Shah Alam Selangor pada 8.10.2024Barisan Mesyuarat bergambar bersama pengerusi, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar PerlisYang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Wakil Rasmi Menteri Besar Johor telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Johor Bil 1/2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN185


SEKTOR KETUAPENGARAHUNIT INTEGRITI(UI)


94Unit Integriti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah ditubuhkan pada 13 Januari 2014 bertujuan memastikan semua warga AADK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat kerja “biasakan yang betul dan betulkan yang biasa”. Inisiatif ini diharap dapat mewujudkan tadbir urus yang baik bagi membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan warga.MS ISO 37001:2016 ANTI BRIBERYMANAGEMENT SYSTEMS (ABMS)Anti Bribery Management System (ABMS) atau Sistem Pengurusan Antirasuah merupakan set piawaian antarabangsa yang diiktiraf untuk memberikan panduan yang berkaitan dengan amalan terbaik pengurusan rasuah. ABMS merupakan satu kaedah pengurusan yang sangat penting untuk diamalkan oleh semua badan kerajaan dan bukan kerajaan. Objektif ABMS adalah untuk menggariskan keperluan asas sistem pengurusan antirasuah agensi dengan cara yang sistematik bagi mengurus, mengawal dan membangunkan perancangan, metodologi dan tindakan ke arah keperluan mencegah (prevent), mengesan (detect), mengawal (control) dan bertindak (action) terhadap sebarang bentuk salah laku rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.Bermula dari tahun 2023, pensijilan ABMS ini hanya melibatkan 18 lokasi di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat AADK. Pada tahun 2024, AADK telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS bagi tempoh 14 Julai 2023 hingga 13 Julai 2026. Skop persijilan ABMS ini telah diperluaskan ke seluruh Malaysia melibatkan 153 lokasi, iaitu di Ibu Pejabat AADK, 14 pejabat AADK Negeri, 30 buah Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan 108 AADK Daerah. Seramai 123 orang juruaudit dalaman terdiri daripada Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan PUSPEN serta pegawai AADK telah terlibat dalam proses pengauditan. Sebanyak 577 penemuan audit dalaman dikesan dan telah diambil penambahbaikan. Pensijilan baharu telah dikeluarkan oleh badan pengiktiraf yang terpilih, iaitu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menerusi NIOSH Certification pada 22 Oktober 2024 tanpa sebarang Non-Conformance Report (NCR).Sijil Pengiktirafan yang telah didaftarkan Certification Marks and Accreditation Symbols LAPORAN TAHUNAN 2024188


JUMLAH LOKASI MENGIKUT SKOP ABMSLOKASIJUMLAHLOKASISKOP(BRPP)PengurusanKlien diPUSPEN.(BPK) PengurusanOperasi Penguatkuasaandalam Aspek PelaksanaanUjian Pengesanan(BPC) PengurusanPelaksanaan programPendidikanPencegahan.AktivitiSokonganIBU PEJABATAADK NEGERIAADK DAERAHPUSPENJUMLAH11410830153√ √√√√√√√√√√ √Sesi Pembukaan Audit PematuhanMS ISO 37001:2016 ABMSSesi Penutupan Audit PematuhanMS ISO 37001:2016 ABMSAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN189


Audit oleh NIOSH Certification di Puspen Sungai Besi Audit oleh NIOSH Certification di Unit IntegritiAudit oleh NIOSH Certification Di AADK Negeri Kedah Audit oleh NIOSH Certification Di AADK Daerah Kuantan, Pahang LAPORAN TAHUNAN 2024190


MS ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENTSYSTEMS (QMS) ATAU SISTEM PENGURUSANKUALITIPada tahun 2024, Unit Integriti AADK (UI) telah menambah satu lagi inisiatif penting bagi AADK iaitu, dengan pewujudan MS ISO 9001:2015 Quality Management Systems (QMS). UI telah berjaya mendapat pensijilan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menerusi NIOSH Certification tanpa sebarang Non-Conformance Report (NCR) dan Opportunity For Improvement (OFI). Tempoh sah bagi pensijilan tersebut bermula dari 23 Disember 2024 hingga 22 Disember 2027. Skop persijilan QMS merangkumi Pengurusan Aduan dan Pengurusan Siasatan Integriti.Dengan pensijilan ini, UI dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa perkhidmatan pengurusan aduan dan pengurusan siasatan UI AADK menepati standard dan kualiti antarabangsa yang ditetapkan oleh MS ISO 9001:2015.Sijil Pengiktirafan yang telah didaftarkan Certification Marks and Accreditation Symbols AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN191


AUDIT DALAMAN ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENSYSTEMS (QMS) YANG PADA 18 OKTOBER 2024AUDIT BADAN PERSIJILAN NIOSH CERTIFICATIONISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS (QMS) YANGPADA 11 NOVEMBER 2024LAPORAN TAHUNAN 2024192


PENGUKUHAN INTEGRITIPengukuhan integriti merupakan aktiviti penting yang dilaksanakan bagi mencapai objektif dalam meningkatkan ilmu pengetahuan serta usaha menginstitusikan dan membudayakan integriti dan antirasuah dalam kalangan warga AADK.Ceramah, persidangan, seminar, forum, kursus, lawatan, diskusi meja bulat, keterlibatan (Engagement).Ceramah, persidangan, seminar, forum, kursus, lawatan, diskusi meja bulat, Keterlibatan (Engagement).Ceramah, persidangan, seminar, forum, kursus, lawatan, diskusi meja bulat, Keterlibatan (Engagement).SecaraBersemuka MelaluiMedia PengiktirafanAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN193


1.1) Kursus Pentauliahan Juruaudit Dalaman MS ISO 37001:2016 ABMS Siri 1 dan Siri 2Kursus Pentauliahan Juruaudit Dalaman MS ISO 37001:2016 telah diadakan sebanyak dua siri bertempat di Menara NIOSH Certification, Bangi. Kursus siri pertama melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai gred 41 ke atas pada 19 hingga 21 Februari 2024. Kursus siri kedua pula melibatkan 50 orang yang terdiri dalam kalangan Pengarah Bahagian, Pengarah AADK Negeri dan Pengarah PUSPEN pada 26 hingga 29 Februari 2025. Kursus ini adalah bagi melayakkan peserta yang terlibat dilantik sebagai juruaudit dalaman ABMS. Semua peserta telah lulus dengan jayanya dan kini AADK mempunyai seramai 123 orang juruaudit dalaman ABMS. Selain itu, tujuan kursus ini adalah bagi memastikan kefahaman terhadap pelaksanaan ABMS di jabatan, memberi kemahiran dan kefahaman berkaitan teknik pengauditan berasaskan proses dan pengurusan audit secara sistematik memastikan pelaksanaan semua aktiviti dalam ABMS dapat memenuhi objektif Dasar Anti-Rasuah AADK dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan serta menepati keperluan dalam standard MS ISO 37001:2016.KURSUS PENTAULIAHAN JURUAUDIT DALAMANMS ISO 37001:2016 ABMS SIRI 1Gambar kenangan peserta bersama pegawai dan urus setia yang terlibat dalam kursus ini.Sesi ceramah yang dikendalikan oleh Puan Norliza Sadrek dari NIOSH Certification. LAPORAN TAHUNAN 2024194


KURSUS PENTAULIAHAN JURUAUDIT DALAMANMS ISO 37001:2016 ABMS SIRI 2Sesi latihan dalam kumpulan. Peserta sedang mengambil peperiksaan kelayakan sebagai juruaudit dalaman. Gambar kenangan perserta kursus bersama Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon.Sesi Perbincangan Dalam Kumpulan.AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN195


Bengkel CRM ini telah diadakan sebanyak empat siri seperti berikut : Bengkel Corruption RiskManagement (CRM)1.2)TARIKH TEMPAT SASARANCRM Siri 16 – 8 Ogos 2024Pusat Latihan Kementerian Pertahanan (PLATIH) Bukit Fraser40 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional CRM Siri 229 – 31 Julai 2024Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands40 orang Pengarah Negeri termasuk Pengarah PUSPENCRM Siri 321 – 23 Ogos 2024Greens Hotel Bintulu, Sarawak 40 orang pegawai gred 41 ke atas, Ketua Daerah dan Ketua UnitCRM Siri 44 - 6 September 2024Borneo Royale Hotel Tawau, Sabah 30 orang Pegawai Pengurusan dan Profesional, Ketua Daerah dan Ketua Unit.CRM merupakan proses pengurusan yang membantu organisasi untuk mengenal pasti risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Proses ini diperlukan dalam penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (PPRR) yang sistematik. Selain mewujudkan tadbir urus terbaik, ia perlu diamalkan bagi menutup ruang dan peluang rasuah serta mendukung nilai integriti. Objektif program ini adalah bagi menilai isu-isu berisiko tinggi yang berkaitan dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bagi setiap bidang keutamaan dan tugasan dalaman agensi. CRM dapat mengenalpasti usaha-usaha pencegahan dan kawalan dalaman yang boleh dilaksanakan oleh warga AADK dan organisasi. Bengkel CRM ini juga bertujuan untuk memupuk kefahaman peserta terhadap pelaksanaan ABMS di AADK memenuhi standard ISO.LAPORAN TAHUNAN 2024196


BENGKEL CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM) SIRI 1 DIPUSAT LATIHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN (PELATIH)BUKIT FRASERBENGKEL CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM) SIRI 2 DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI CAMERON HIGHLANDSBENGKEL CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM) SIRI 3 DI GREENS HOTEL BINTULU, SARAWAKAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN197


94BENGKEL CORRUPTION RISK MANAGEMENT (CRM) SIRI 2 DI BORNEO ROYALE HOTEL TAWAU, SABAHPENERBITAN LENSA Lensa Integriti diedarkan melalui e-mel kepada warga AADK dan dimuat naik ke dalam laman webhttps://www.aadk.gov.my/category/media-dan-penerbitan/lensa-integriti/LAPORAN TAHUNAN 2024198


Lensa Integriti Agensi Antidadah Kebangsaan1.3)1. Apa Itu CRM?BIL. TARIKHTARIKH EDARANE-MEL & LAMANWEB AADK6 Februari 2024Bil. 1/20242. Pengurusan Risiko AADK 15 Februari 2024Bil. 2/2024eBook Anti-Bribery Management System danPengurusan Integriti3. 19 April 2024Bil. 3/20244. Peranan Dalam Memastikan ABMS Efektif 6 Jun 2024Bil. 4/20245. Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat 1 Julai 2024Bil. 5/2024Mengapa Individu Boleh Terperangkap Dengan RasuahDan Salah Guna Kuasa?6. 9 Jul. 2024Bil. 6/20247. Jauhi Rasuah, Lebih Baik Cegah 16 Ogos 2024Bil. 7/20248. Skop Pengauditan ABMS 19 Ogos 2024Bil. 8/20249. Lokasi Pengauditan ABMS 19 Ogos 2024Bil. 9/2024Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang MelaporkanPemberian Atau Penerima Rasuah10. 10 Sept. 2024Bil. 10/2024Info Insentif Potongan Cukai Kepada Syarikat YangLaksanakan Program Anti-Rasuah11. 10 Sept. 2024Bil. 11/202412. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) UI AADK 18 Okt. 2024Bil. 12/202413. Tema Sambutan Hari Integriti 5 Nov. 2024Bil. 13/2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN199


Click to View FlipBook Version