The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2026-01-20 05:24:23

BUKU LAPORAN AADK 2024

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

Mesyuarat Agung JawatankuasaSKUAD Antidadah Kebangsaan telah diadakan pada 30 Oktober 2024 di Hotel Alamis City, Kuala Lumpur LAPORAN TAHUNAN 202450b. Tempat Kerja Bebas DadahAADK bersama Majlis BandarayaDiraja Klang (MBDK) memeterai Perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi pelaksanaan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) pada 12 Disember 2024.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN51Pendekatan pelaksanaan program yang dilaksanakan menyasarkan individu, kumpulan dan kawasan berisiko tinggi. Antara program yang dilaksanakan: AADK mengadakan Mesyuarat Libat Urus Ketua Pengarah bersama Pegawai Daerah Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah di Pulau Pinang, pada 8 Oktober 2024. 3. Berfokusa. Mesyuarat Libat Urus di Mercure Hotel, Pulau PinangProgram ini telah dijalankan pada 12 Mei 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuh lagi usaha dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini. Program AADK Bersama Masyarakat Bersempena PeringatanHari Antidadah Peringkat Negeri Sabah 2024b.Majlis dirasmikan olehTimbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.


LAPORAN TAHUNAN 202452c. Bengkel Kawasan Berisiko Tinggi (KBT)Program Coaching and MentoringPengurangan KBT Penagihan Dadah (Penilaian) Siri 1 di Merdeka Palace Hotel & Suites Kuching, Sarawak pada 5 hingga 7 Ogos 2024.Program Coaching and MentoringPengurangan KBT Penagihan Dadah (Penilaian) Siri 2 di Borneo Royal Hotel Tawau, Sabah pada 14 hingga 16 Mei 2024.Program Coaching and MentoringPengurangan KBT Penagihan Dadah (Penilaian) Siri 3 di Paya Bunga Hotel, Terengganu pada 27 hingga 29 Mei 2024.


Program Coaching and Mentoring Pengurangan KBT Penagihan Dadah (Penilaian) Siri 4 di Corus Paradise Resort, Port Dickson pada 10 hingga 12 Jun 2024. AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN53Program Coaching and MentoringPengurangan KBT Penagihan Dadah (Penilaian) Siri 6 di Starcity Hotel, Alor Kedah pada 9 hingga 11 September 2024.


SEKTOR OPERASIBAHAGIAN RAWATAN, PERUBATAN DAN PEMULIHAN (BRPP)


LAPORAN TAHUNAN 202456AADK PENERAJU UTAMA PERKHIDMATANRAWATAN, PERUBATAN DAN PEMULIHANDADAH DI MALAYSIAPROGRAM / AKTIVITI BAHAGIANRAWATAN, PERUBATAN DAN PEMULIHANSEPANJANG TAHUN 2024PENCAPAIAN TAHUN 2024PENGENALANHARI TERBUKA AADK 2024AADK menyediakan perkhidmatan rawatan, perubatan dan pemulihan yang komprehensif dan holistik melalui Program Rawatan dan Pemulihan dalam Komuniti (RPDK) dan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) berasaskan Model i-Pulih AADK. Akses rawatan dan pemulihan diperluas melalui perkhidmatan bergerak AADK, iaitu Mobile Recovery Treatment (MRT), secara dalam talian melalui Hotline Tele-Hello AADK atau secara sukarela.Pada tahun 2024, seramai 17 652 orang klien daripada 22 224 jumlah keseluruhan klien RPDK dinilai melalui Cure and Care Recovery Index (CCRI) telah mencapai kadar kepulihan sebanyak 79 peratus. Penilaian ini seiring dengan pengukuran di peringkat antarabangsa berpandukan National Institute of Drug Abuse (NIDA) yang secara purata kadar kepulihan yang dicapai adalah pada tahap 40 peratus hingga 60 peratus. Klien yang menjalani RPDI di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pula adalah seramai 10 319 orang. MRT AADK terus mengorak langkah ke hadapan melepasi sasaran 6,010 klien kepada 14 382 orang klien. Perkhidmatan MRT AADK mencapai 87 peratus meliputi kumpulan sasar iaitu, klien AADK yang tidak aktif serta klien AADK intervensi khas, penghuni penjara di bawah Jabatan Penjara Malaysia, klien di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan komuniti yang memerlukan perkhidmatan ini sejak dilancarkan pada tahun 2021.Hari Terbuka AADK 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Abdul Razak pada 7 Mei 2024 bertempat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi. Program ini merupakan manifestasi terhadap usaha mengurangkan stigma masyarakat terhadap individu yang berhadapan dengan isu penagihan dan penyalahgunaan dadah dan bahan serta individu yang telah pulih. YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail turut melancarkan perkhidmatan Hotline Tele-Hello AADK yang merupakan perkhidmatan psikososial kepada individu yang memerlukan sokongan dan platform rujukan serta advokasi untuk masyarakat dalam bentuk yang lebih praktikal dan mudah diakses. Lebih kurang seribu orang berjaya dihimpunkan melalui hari terbuka ini, yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) subzon Bandar Tun Razak, klien PUSPEN, klien dalam komuniti, keluarga klien, majikan, ketua dan komuniti setempat, Ketua-Ketua Jabatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Skuad AADK dan Media. Kehadiran mereka


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN57menunjukkan komitmen dalam memperkukuh tanggungjawab sosial dan menyokong proses kepulihan. Antara aktiviti yang berlangsung ialah pameran dan perkhidmatan teras rakan kolaboratif AADK, e-sukan, sukan rakyat, program family association dan jualan produk SUKA, usahawan serta PUSPANITA. Hari Terbuka AADK turut mengangkat peranan Ahli Parlimen setempat serta mengiktiraf peranan majikan yang memberi peluang kepada klien AADK. YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizahbinti Wan Ismail merasmikan Tele-Hello AADK bersama Menteri Dalam Negeri YAB Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail pada Hari Terbuka AADK 2024 di PUSPEN Sungai BesiYB Dato’ Seri Dr. Wan Azizahbinti Wan Ismail diberikan penerangan berkaitan dengan Perkhidmatan MRT AADKYB Dato’ Seri Dr. Wan Azizahbinti Wan Ismail Bersama Menteri Dalam Negeri melawat Bilik Terapi di PUSPEN Sungai Besi


LAPORAN TAHUNAN 202458Gambar-gambarsepanjang program berlangsungLATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL DANPENEMPATAN PEKERJAAAN KLIEN AADK Sepanjang tahun 2024, seramai 627 orang klien telah diberikan pendedahan kemahiran vokasional ketika menjalani rawatan dan pemulihan di AADK dan menerima sijil melalui program TVET AADK. Program persijilan yang ditawarkan termasuklah Persijilan Construction Industry Development Board (CIDB), Persijilan Giat MARA, Persijilan Kolej Komuniti dan Persijilan Jabatan Pertanian. Selain itu, AADK juga memastikan klien mendapat penempatan pekerjaan sebelum tamat RPDI melibatkan seramai 4 314 orang. AADK juga telah memastikan 92.38 peratus klien RPDK iaitu seramai 51 251 mempunyai pekerjaan sepanjang menjalani rawatan dan pemulihan bersama AADK. Dalam hal ini, AADK telah menjalin kerjasama erat dengan 711 majikan daripada pelbagai sektor bagi membuka peluang pekerjaan dan meningkatan kemahiran klien. Kursus Modular JahitanKreatif PUSPEN Bachok dengan kerjasama Giat MARA


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN59Kursus Pengubahan PakaianPUSPEN Sepang dengan kerjasama Kolej KomunitiKursus Modular KimpalanPUSPEN Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Kursus Bakeri PembuatanRoti dan Aneka Ban PUSPEN Bukit Chabang dengan kerjasama KEMAS


LAPORAN TAHUNAN 202460PROGRAM IBADAH KORBAN AADK1445 HIJRAHWarga AADK menjalankan Ibadah Korban pada 19 Jun 2024 bersempena dengan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Hari Raya Aidiladha. Sebanyak dua ekor lembu dikorbankan dengan penyertaan 14 orang pegawai bagi menjayakan ibadah tersebut. Pengagihan daging korban diberikan kepada asnaf daripada kalangan klien yang sedang menjalani RPDK. Bersempena dengan program ini juga, sesi ceramah bertajuk “Korban Dihayati, Rezeki Dikongsi” telah disampaikan oleh Timbalan Pengurusan Seksyen Psikologi dan Kaunseling, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Puan Jamaida binti Jamaluddin. Pengarah AADK Negeri Selangor, Encik Nazir bin Mohamad, turut menyampaikan ceramah bertajuk “Ada Apa Dengan Kepulihan”. Majlis perasmian penutupan program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok. Program ini telah mencapai matlamat dalam memupuk kesedaran akan pentingnya berkorban dalam kehidupan, selain menggalakkan para peserta untuk berkongsi rezeki dalam memberi manfaat kepada komuniti setempat.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok turut hadir semasa Program Ibadah Korban AADK Tahun 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN61Gambar-gambaraktiviti warga AADK sempena Program Ibadah Korban AADK 1445 Hijrah


LAPORAN TAHUNAN 202462i-DEEN AADK 2024YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan Program i-DEEN AADK 2024 pada 4 Julai 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. Program i-DEEN AADK merupakan platform ekspresi bakat klien melalui aktiviti kerohanian iaitu tilawah al-Quran, azan, syarahan tafsir dan lagu ketuhanan yang dapat membantu memacu proses kepulihan. Seramai 145 orang peserta telah diadili oleh 16 orang juri, antaranya adalah Imam Kanan Masjid Negara, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM dan Penolong Pengarah Darul Quran, JAKIM. Pelaksanaan program ini turut menjadi wadah untuk menghayati kepentingan kerohanian dalam kehidupan serta mengeratkan ukhuwah antara warga kerja dan klien AADK. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Dato’Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan dan Operasi), DCP Datuk Zainudin bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar bin Bachok, pegawai-pegawai, kakitangan dan klien AADK.YBhg. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri hadir semasa Majlis Penutupan Program i-DEEN AADK 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN63Gambar-gambar sepanjangprogram i-Deen berlangsung melibatkan klien rawatan dan pemulihan dalam komuniti dan institusi serta warga kerja AADK


BENGKEL PEMANTAPANKUMPULAN PAKAR Bengkel Pemantapan Kumpulan MRT AADK bertujuan memperkukuhkan kepakaran pegawai pemulihan dalam perkhidmatan konsultasi rawatan dan pemulihan yang dijalankan secara bergerak (mobile). Siri pertama program ini telah berlangsung pada 11 hingga 13 Jun 2024 bertempat di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur manakala siri kedua diadakan pada 23 hingga 25 Julai 2024 di Hotel Dorsett, Subang Jaya. Jumlah peserta yang terlibat dalam kedua-dua siri program ini seramai 175 orang. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok. LAPORAN TAHUNAN 202464MOBILE RECOVERY TREATMENT (MRT) AADKTimbalan Ketua Pengarah(Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok merasmikan Program Pemantapan Kumpulan MRT AADKPengarah Bahagian Rawatan,Perubatan dan Pemulihan Puan Siti Mariam binti Mursidan bersama barisan Pengarah dan peserta Pemantapan Kumpulan MRT


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN65Ketua Penolong Pengarah(Pemulihan Dalam Komuniti) Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Puan Hafidah binti Mohd @ Maasom memberikan taklimat semasa Pemantapan Kumpulan Pakar MRTAktiviti sepanjang BengkelPemantapan Kumpulan Pakar MRT berlangsung


LAPORAN TAHUNAN 202466PROGRAM PENINGKATANPROFESIONALISME PEGAWAI PEMULIHANBahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah menganjurkan Program Peningkatan Profesionalisme Pegawai Pemulihan yang diadakan dalam dua siri pada tahun 2024. Siri pertama diadakan di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson pada 21 hingga 23 Ogos, yang melibatkan 105 peserta manakala siri kedua pula diadakan di Tun Fatimah Riverside Hotel, Melaka pada 17 hingga 19 September juga melibatkan 105 peserta. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan, kefahaman dan pengetahuan kepada pegawai tentang peranan dan tatacara pelaksanaan perkhidmatan AADK kepada kumpulan sasaran serta meningkatkan profesionalisme Pegawai Pemulihan. Pengisian program ini merangkumi taklimat program, latihan dalam kumpulan, pengulasan slot, ceramah berkaitan penggunaan sistem dalam talian, perkhidmatan Tele-Hello AADK, dan kemahiran memberi intervensi ringkas. Program ini turut melibatkan perkongsian pengalaman mengendalikan perkhidmatan dalam talian oleh penceramah luar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Kaunselor Malaysia. Program diakhiri dengan amanat oleh perasmi penutupan program, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) untuk Siri 1/2024, dan Pengarah (BRPP) untuk Siri 2/2024.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok menyampaikan amanat kepada Pegawai Pemulihan serta merasmikan Program Pemantapan Kumpulan MRT AADK


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN67Aktiviti sepanjang ProgramPeningkatan Profesionalisme Pegawai Pemulihan berlangsung


LAPORAN TAHUNAN 202468PERTANDINGAN BADMINTON KLIENPIALA KETUA PENGARAH AADK 2024AADK buat julung kalinya mengadakan Pertandingan Badminton Klien Piala Ketua Pengarah AADK 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK pada 22 Oktober 2024. Inisiatif ini bertujuan menggalakkan klien mengamalkan gaya hidup sihat, mencungkil bakat, menyuntik motivasi dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam meneruskan kepulihan. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin bin Jusoh. Turut hadir dalam menyaksikan pertandingan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah binti Jamil dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok. Ketua Pengarah AADKDato’ Ruslin bin Jusoh bersama kakitangan AADK dan peserta Badminton Klien Piala Ketua Pengarah AADK 2024Aksi peserta pusinganakhir Pertandingan Badminton Klien Piala Ketua Pengarah AADK 2024


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN69PENTAULIAHAN PEGAWAI PEMULIHANBAGI DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA(PENYELARASAN KOREKSIONALSOSIAL) TAHAP 4Pada 29 Oktober 2024 bersempena dengan Majlis Pentauliahan Persijilan Agensi Antidadah Kebangsaan ketiga bagi tahun 2024 di Pusat Latihan AADK, Kedah, seramai 44 orang Pegawai Pemulihan telah menerima pentauliahan Diploma Kemahiran Malaysia (Penyelarasan Koreksional Sosial) Tahap 4. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah. Sijil Kemahiran ini diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan sebagai bukti perkhidmatan AADK diiktiraf di peringkat industri dalam negara.Timbalan Menteri DalamNegeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah berucap pada Majlis Pentauliahan Program Persijilan Agensi Antidadah Kebangsaan 2024 Barisan PegawaiPemulihan yang menerima pentauliahan Diploma Kemahiran Malaysia (Penyelarasan Koreksional Sosial) Tahap 4 sempena Majlis Pentaulihan AADK


LAPORAN TAHUNAN 202470SEMINAR KESIHATAN MENTAL AADK 2024Pada 5 hingga 6 November 2024 bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur seramai 200 orang peserta daripada Ibu Pejabat, AADK Negeri, AADK Daerah dan PUSPEN menyertai Seminar Kesihatan Mental bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan aspek penjagaan kesihatan mental, serta memperkukuh pemahaman berkenaan strategi pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental dalam kalangan klien. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar bin Bachok dan turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan (BRPP), Puan Siti Mariam binti Mursidan, pegawai-pegawai dan kakitangan AADK.Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) AADK Tuan Khairul Anwar bin Bachok bergambar bersama Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Puan Siti Mariam binti Mursidan, Ketua Penolong Pengarah (Rawatan Perubatan) Dr. Muhammad Abduh Munauwar bin Khairuddin dan para peserta seminarPara peserta seminartekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Zatur Rawihah Binti Mohd Razak bagi mengupas berkaitan kajian kes dan psikososial


PROGRAM MENTOR KEPULIHAN AADKProgram Mentor Kepulihan AADK melibatkan lapan belas orang peserta dari seluruh Malaysia merupakan inisiatif AADK mewujudkan jaringan perhubungan, kebersamaan dan kerjasama antara Mentor Kepulihan bagi membantu klien yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah sesi ice breaking, perkongsian pengalaman dan explore race secara berkumpulan. Program ini bertempat di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur dan sekitar Chow Kit pada 5 hingga 6 November 2024.Peserta Mentor Kepulihansemasa menyelesaikan teka teki bagi aktiviti explore race bertempat di Pusat Khidmat AADK Chow KitPeserta Mentor Kepulihanbergambar bersama barisan urus setia Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) AADK Tuan Khairul Anwar bin Bachok Bersama Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Puan Siti Mariam binti Mursidan dan peserta Mentor Kepulihan Tahun 2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN71


SEKTOR OPERASI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN (BPK)


LAPORAN TAHUNAN 202474BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DANKESELAMATAN (BPK)Agensi Antidadah Kebangsaan menguatkuasakan dan menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.Di dalam penguatkuasaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, penekanan telah diberikan kepada:Penubuhan BPK adalah untuk menjalankan fungsi – fungsi berikut:Objektif utama BPK adalah:a) seksyen 3(1) b) seksyen 6(3)c) seksyen 16 d) seksyen 18 e) seksyen 19(3) f) seksyen 20.a) Melaksanakan Tindakan Mengesan Dan Menangkap Orang Yang Disyaki (OYDS) Penagih Dadah; b) Pengurusan Klien dalam Komuniti; c) Pengendalian aduan berkaitan dengan permasalahan dadah;d) Pembukaan kertas siasatan ke atas klien Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) yang telah melanggar syarat-syarat pengawasan;e) Pendakwaan ke atas kertas siasatan yang telah mendapat arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya;f) Pemantapan pematuhan pengurusan keselamatan dan institusi pemulihan dadah.a) Mengesan penagih dadah yang enggan menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela;b) Mengesan klien RPDK yang tidak mematuhi syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(2) (a)-(f) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983; c) Mengambil tindakan ke atas aduan awam yang berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah; d) Mengurus, menyelia dan menjalankan program bagi klien RPDK dan;e) Meningkatkan tahap keselamatan di institusi dan komuniti.PENGENALAN


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN75PROGRAM DAN AKTIVITI BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DANKESELAMATAN (BPK) AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN(AADK) 2024Bengkel Pemerkasaan Profiling telah dijalankan sebanyak dua siri :Objektif bengkel ini adalah bagi memperkasakan profiling berdasarkan konsep Person of Interest (POI) dan Orang Yang Disyaki (OYDS). Bengkel ini juga dapat menjadi medium dalam menyelaraskan dan menganalisis data profiling bagi menggambarkan situasi sebenar masalah penagihan dadah di Malaysia. Selain itu, bengkel ini juga dapat merangka strategi bagi mengenal pasti OYDS dan menyusun tindakan pengesanan sehingga tahun 2025 dalam mencapai misi “Dadah Terkawal 2025”.Bengkel Pemerkasaan Profiling1. Hotel Grand BlueWave, Johor28 April 2024 -30 April 202468 orangHotel SKY,Kota Kinabalu,Sabah10 Julai 2024 -12 Julai 20241. 38 orang Bil. Lokasi Tarikh Jumlah PesertaPeserta Bengkel Pemerkasaan Profiling mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah.


LAPORAN TAHUNAN 202476Peserta Bengkel Pemerkasaan Profiling mendengar taklimat yang disampaikan oleh penceramah.Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pusat Gerakan Hotline (PGH)AADK Tahun 2024Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK telah diadakan pada 20 Mei 2024 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini melibatkan seramai 18 pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat AADK.Objektif bengkel ini adalah:a. Memperkasakan fungsi PGH AADK sebagai pusat laporan utama untuk AADK Negeri, Daerah dan PUSPEN. b. Mentransformasikan PGH AADK sebagai pusat pengumpulan data bersepadu yang menjadi sumber rujukan utama ibu pejabat AADK.c. Memantapkan pengurusan aduan dan pengumpulan maklumat seperti statistik aduan, kapasiti semasa, kemasukan klien dan klien yang bebas dari PUSPEN, jumlah perintah mahkamah harian, jumlah pindah keluar dan masuk Klien di AADK Daerah, kapasiti semasa semua lokap dan sebagainya.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN77Peserta Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK mendengar taklimat yang disampaikan.Peserta Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK bersama TKPO dan PPK AADK.


LAPORAN TAHUNAN 202478Intelligence Course Bagi Pegawai Kanan AADK Tahun 2024Intelligence Course bagi Pegawai Kanan AADK ini telah diadakan pada 9-12 September 2024 bertempat di The Straits Hotel & Suites, Melaka. Kursus ini telah mengundang Profesor Madya Dr. Mohamad Rahim bin Kamaluddin, Pakar Perunding Kriminologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 26 pegawai kanan AADK dari seluruh Malaysia telah terlibat dalam kursus ini bagi membantu memperkasakan aktiviti risikan AADK untuk mengesan individu yang terlibat dalam masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah. Kursus ini amat penting bagi pegawai risikan AADK yang terlibat dengan aktiviti risikan di lapangan supaya setanding dengan keupayaan jabatan/agensi penguatkuasaan yang lain. Melalui kursus ini, diharapkan inisiatif untuk merealisasikan hasrat penguatkuasaan AADK bagi mengesan 93 peratus OYDS pada tahun 2024 serta menghasilkan output yang berkualiti kepada perkhidmatan AADK.Peserta Intelligence Coursetaklimat yang disampaikan oleh penceramah.Peserta Intelligence Courseberbincang di dalam kumpulan semasa sesi latihan dan kumpulan.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN79Kursus Pemerkasaan Pegawai Risikan AADK Tahun 2024Kursus Pemerkasaan Pegawai Risikan AADK telah diadakan pada 14-18 Oktober 2024 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Tanjung Karang, Selangor. Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Supt. Lee Choon Peng, Ketua Unit Pengajian Narkotik, Maktab PDRM Kuala Lumpur.Seramai 40 pegawai risik lapangan telah menghadiri kursus ini. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkasakan aktiviti risikan AADK mengesan individu yang terlibat dalam masalah penagihan dan penyalahgunaan dadah. Disamping itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran pegawai risik AADK yang terlibat agar setanding dengan keupayaan jabatan/agensi penguatkuasaan yang lain. Peserta kursus mendengartaklimat yang disampaikan oleh Supt. Lee Choon PengPeserta kursus mengikutisenaman pagi sebelum memulakan sesi latihan.


LAPORAN TAHUNAN 202480Pencapaian CawanganPembangunan Smart Monitoring and Reporting Tools For Enforcement (e-SMART) Modul pengurusan aduan – telah mula digunakan pada 23 Jun 2024 manakala portal aduan i-CARI AADK – telah mula digunakan pada 26 Jun 2024. Kedudukan Penerimaan Aduan Mengikut Negeri bagi Tahun 2024 adalah:OYDS 2024STATUSBil.1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15. Johor Kedah Kelantan Melaka Sembilan Perak P.pinang Pahang Perlis Selangor Terengganu Sabah SarawakAADK Ibu PejabatAADK WilayahJumlah102013326251451124592562517812543187885991358759659874937082762461791545658416327832602154076149273125411210631501335672256116079167921018690916693211819940125571351088531161711588331921728290164342821132943017269761013285NegeriJumlahKeseluruhanAduanDiterimaSelesaiDenganTangkapan NFA TarikBalik NFA KIVTidak SelesaiJumlah sasaran = 19,710 orangJumlah dikesan = 19, 305 orang


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN81Cawangan Operasi secara khususnya menguatkuasakan semua peruntukan undang-undang berkaitan dadah iaitu mencegah dan menyekat pemprosesan, pengedaran haram dan penyalahgunaan dadah berbahaya. menahan dan membawa penagih dadah menjalani rawatan dan pemulihan. mewujudkan dan meningkatan kerjasama secara bersepadu antara penguatkuasaan dadah dalam negara dari segi pertukaran dan perkongsian maklumat serta tindakan penguatkuasaan.TINDAKAN PENGESANANPOSITIF SARINGAN AWAL4,51944,894Secara keseluruhanya Cawangan Operasi, Bahagian {enguatkuasaan dan Keselamatan telah melaksanakan pemantauan dimana sebanyak 3,525 tindakan pengesanan telah dilaksanakan oleh AADK seluruh Malaysia sepanjang tahun 2024 dengan menfokuskan aduan dan maklumat oyds. dalam pelaksanaan tindakan tersebut, seramai 19,379 individu telah didapati positif ujian awal saringan air kencing. peratus penggunaan dadah jenis methamphetamine adalah lebih tinggi berbanding dadah jenis lain sebanyak 12,786 dengan jumlah peratusan sebanyak 65.9%METHAMPHETAMINE16,428KEKERAPANJENIS DADAH


LAPORAN TAHUNAN 202482Pecahan Jumlah Tindakan Pengesanan Dan Jumlah PositifSaringan Awal Mengikut AADK NegeriBil. NegeriJumlahTindakanPengesananPositifSaringanAwal1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.JohorKelantanKedahMelakaPulau PinangNegeri SembilanPahangTerengganuSelangorSarawakPerakSabahPerlisWP Kuala Lumpur282258392154187211223304441366326157541703,5251,5781,5043,1967241,3225649151,2773,0251,1561,5708494111,28819,379


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN83Penglibatan Unit Antidadah Sempadan (UAS)Dalam Operasi Benteng 2023Op Cegah KhasJUMLAH OPERASIBERSEPADUINDIVIDU WARGA NEGARAYANG KELUAR MASUKPINTU SEMPADANJUMLAH SARINGAN AWALUJIAN AIR KENCINGOPERASI SEKATAN 57 JALAN RAYAOPERASI17,10INDIVIDU WARGANEGARA DIDAPATIPOSITIF UJIAN SARINGANAIR KENCINGJUMLAH POSITIFSARINGAN AWAL472Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan Op Cegah Khas selama 3 hari yang melibatkan seramai 562 orang pegawai dan anggota di seluruh negara. Operasi ini dijalankan di lokasi-lokasi tumpuan termasuklah di awasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan dadah.Seramai 1205 orang telah ditahan dalam Operasi Cegah Khas ini dan seramai 1043 orang telah menjalani ujian saringan awal manakala 162 orang tidak menjalani ujian saringan kerana telah disahkan positif dadah berdasarkan keputusan makmal yang telah diperoleh lebih awal sebelum ini.


LAPORAN TAHUNAN 202484Objektif utama Op Cegah Khas ini adalah sebagai langkah proaktif AADK untuk mengesan, menahan dan memastikan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dapat menjalani rawatan dan pemulihan yang ditawarkan oleh AADK sama ada dalam komuniti atau dalam institusi selari dengan Akta Penagih dan Penyalahguna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan pada 22 Ogos 2025.Selain itu, tindakan ini bertujuan untuk memutuskan rangkaian bekalan dan permintaan (supply-demand) terhadap bahan terlarang itu serta memusnahkan sarang-sarang penagihan dadah di kawasan sasaran terutamanya di 155 KBT yang telah dikenal pasti di seluruh negara.Ketua Pengarah AADK, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh turut hadir ke AADK Daerah Hulu Langat, Selangor bagi melihat sendiri proses yang dijalankan oleh AADK ketika membuat penahanan terhadap mereka yang terlibat penagihan atau penyalah guna dadah dan bahan.Turut hadir dalam Op Cegah Khas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah binti Jamil; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul bin Anwar Bachok; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi bin Mustafa; Pengarah Integriti AADK, Zulfikri bin Abd Manaf dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir bin Mohamed.Penglibatan turun padangKetua Pengarah AADK ke sarang penagihan dadahYBhg. Dato’Ketua Pengarah AAK melihat proses dokumentasi selepas tangkapan dilakukan


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN85Pegawai Penyiasat danPegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh penceramah jemputanPegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan bergambar kenangan bersama Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADKProgram Pemantapan Pegawai Penyiasat Dan PegawaiPendakwa AADKSeramai 35 Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam Program Pemantapan Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa AADK yang berlangsung di Imperial Heritage Hotel, Melaka.Program ini diadakan untuk membincangkan halatuju siasatan dan pendakwaan AADK ke arah yang lebih sistematik dan berkesan. Peserta juga diberikan input berkaitan perundangan yang berkaitan untuk menentusahkan klien yang tidak mematuhi perintah mahkamah dibawa ke mahkamah bagi menjalankan proses pertuduhan yang sewajarnyaProgram ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Azmi bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK. Beliau turut menyampaikan amanat mengenai halatuju dan pendekatan Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan.


Bengkel Latihan Pengoperasian Pusat Saringan Dan PenilaianDadah / Drug Assessment Centre LAPORAN TAHUNAN 202486Cawangan Siasatan, Pendakwaan dan Pengurusan Lokap telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengoperasian Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) Siri 2 bertempat di Swan Garden Hotel, Melaka. Objektif bengkel diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran Pegawai Pemulihan AADK dalam mengendalikan alat-alat ujian yang akan digunakan di Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC). Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Oktober 2024 itu telah dihadiri oleh 46 orang kakitangan yang bertugas di AADK Negeri, PUSPEN dan AADK Daerah. Transformasi penambahan fungsi DAC adalah antara inisiatif untuk memperkasa perkhidmatan AADK.Aktiviti yang dijalankansemasa Bengkel Latihan Pengoperasian DACPraktikal dan Amali diPusat Saringan dan Dadah Tampin, Negeri SembilanAktiviti yang dijalankansemasa Bengkel Latihan Pengoperasian DAC


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN87Program Pemantapan Pegawai Penyiasat Dan PegawaiPendakwa AADKSeramai 60 Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terlibat dalam Kursus Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa yang telah diadakan di Negeri Sembilan.Kursus selama tiga hari yang bermula pada 22 hingga 24 Oktober 2024 bertujuan untuk memantapkan peranan Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa AADK dalam melaksanakan tugas seperti ketetapan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024. Satu taklimat berkaitan Rang Undang - Undang Akta Penagih Dadah 1983 juga turut disampaikan oleh Dr. Nazira binti Sadiron, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar Penguatkuasaan dan Keselamatan. Perkara ini adalah penting sebagai persediaan perlaksanaan mengikut pindaan akta APD 1983.Semasa program ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar bin Bachok telah menyampaikan ucapan amanat agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan mengikut tatacara pengendalian piawaian yang telah ditetapkan agensi.Hadir sama Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, En. Azmi bin MustafaBarisan Peserta ProgramPemantapan Pegawai Penyiasat dan Pegawai PendakwaPeserta mendengartaklimat yang disampaikan oleh Dr Nazira binti Sadiron


SEKTOR OPERASIBahagian Dasar DanHubungan Antarabangsa(BDHA)


LAPORAN TAHUNAN 202490TAKLIMAT PENYALAHGUNAAN,PENGEDARAN DADAH DANLANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS SERTAPENYELESAIAN KEPADA YANG DI-PERTUADEWAN NEGARASatu taklimat yang berkaitan dengan Penyalahgunaan, Pengedaran Dadah dan Langkah-Langkah Membanteras serta Penyelesaian kepada Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Mutang Tagal telah diadakan pada 21 Mac 2024 yang disampaikan oleh Ketua Pengarah. Taklimat tersebut bertujuan memaklumkan situasi terkini berkenaan isu-isu penagihan dadah di seluruh negara. Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia YDH CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin dan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA Tuan Muhabir bin IbrahimKetua Pengarah AADK menandatangani buku lawatan di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN91BENGKEL PENULISAN KAEDAH-KAEDAHPINDAAN AKTA PENAGIH DADAH(RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983Satu Bengkel Penulisan Kaedah-Kaedah Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 telah diadakan pada 31 Januari hingga 2 Februari 2024 di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) yang disertai oleh 60 orang pegawai dan kakitangan. Bengkel ini bertujuan menyediakan kaedah-kaedah yang berkaitan selari dengan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang sedang digubal bagi memenuhi keperluan semasa senario dadah dalam negara. Bengkel anjuran BDPPA ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah AADK, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pengarah-pengarah Bahagian.Turut hadir PengarahBahagian, Pengarah Negeri, Pengarah PUSPEN dan Pegawai Kanan AADK dalam sesi bengkel ini


LAPORAN TAHUNAN 202492MESYUARAT PENYEDIAAN KAEDAH-KAEDAHDAN BORANG-BORANG PINDAAN AKTAPENAGIH DADAH (RAWATAN DANPEMULIHAN) 1983Satu Mesyuarat Penyediaan Kaedah-Kaedah dan Borang-Borang Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 telah diadakan selama tiga hari bermula pada 28 hingga 30 Mac 2024 di Dewan Akasia, Blok C, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan yang disertai seramai 60 orang pegawai AADK. Pengarah Bahagian, wakilPDR dan Pegawai AADK hadir ke bengkel penyediaan kaedah dan borang


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN93MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS BAGIMEMBINCANGKAN CADANGAN PINDAANAPD 1983Pada 11 Jun 2024, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Membincangkan Cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Mesyuarat diadakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 April 2024 yang bersetuju agar isu-isu berbangkit dalam cadangan pindaan APD 1983 melibatkan KDN dan Kementerian Kesihatan (KKM) diputuskan dalam mesyuarat ini.Hadir bersama dalam mesyuarat ialah YB Dato' Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Zulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan, YBrs. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, dan Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Mesyuarat JawatankuasaKhas turut dihadiri oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit


Sesi libat urus bersamaAhli-ahli ParlimenLAPORAN TAHUNAN 202494SESI LIBAT URUS YB MENTERI DALAMNEGERI BAGI RUU PENAGIH DADAH(RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN)2024Taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 telah diadakan pada 26 Jun 2024 di Bilik Banquet, Bangunan Parlimen Malaysia. YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Antidadah Kebangsaan telah memberikan penerangan berkenaan cadangan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 sebagai persediaan untuk pembentangan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dalam sidang Parlimen kali ini. Taklimat ini turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, YBrs. Khairul Anwar bin Bachok.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN95MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN KHASKESIHATAN DI BILIK JAWATANKUASA 1PARLIMEN MALAYSIA Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Suhaizan bin Kaiat dan turut dihadiri oleh beberapa ahli parlimen lain iaitu Yang Berhormat Dato' Adnan bin Abu Hassan, Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Yang Berhormat Dato' Dr. Haji Alias bin Razak dan Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin pada 16 Julai 2024. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara berbangkit dari sudut pandangan kesihatan berkaitan Pindaan Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Rujuk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan turut hadir bagi memberi pandangan berhubung perkara yang dibincangkan. Mesyuarat JawatankuasaPilihan Khas Kesihatan di Parlimen


LAPORAN TAHUNAN 202496MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN KHASKESELAMATAN DI BILIK JAWATANKUASA 1PARLIMEN MALAYSIA PADA 16 JULAI 2024Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Jonathan bin Yasin dan turut dihadiri oleh YB Puan Teresa Kok Suh Sim, YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Yang Berhormat Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Yang Berhormat Tuan Pang Hok Liong, Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh. Tujuan mesyuarat ini, adalah bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit dari sudut pandangan kesihatan berkaitan Pindaan Rang Undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Beberapa Kementerian, Pakar Rujuk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan turut hadir bagi memberi pandangan berkaitan perkara yang dibincangkan.Mesyuarat JawatankuasaPilihan Khas Keselamatan di Parlimen


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN97DEWAN RAKYAT LULUS RUU APD (RAWATANDAN PEMULIHAN) 1983 (PINDAAN) 2024DENGAN SUARA MAJORITIDewan Rakyat pada Khamis 18 Julai 2024 telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 selepas kali terakhir dipinda 20 tahun yang lalu. RUU tersebut diluluskan secara majoriti, setelah hampir 40 orang ahli Parlimen terlibat dalam sesi perbahasan untuk bacaan kedua dan ketiga bermula 9 Julai 2024. Gambar bersama YangBerhormat Menteri Dalam Negeri semasa sesi bersama media bagi kelulusan RUU di Dewan Rakyat


LAPORAN TAHUNAN 202498SESI LIBAT URUS RUU PINDAAN APD 1983BERSAMA AHLI DEWAN NEGARAPada 29 Julai 2024, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara bagi menjelaskan berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 18 Julai 2024. Sesi libat urus itu melibatkan Ahli Dewan Negara bertujuan memberi pemahaman serta menjawab persoalan berkenaan RUU tersebut.Sesi libat urus bersamaAhli Dewan Negara yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN99DEWAN NEGARA LULUS SEBULAT SUARARUU APD (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983PINDAAN 2024Sidang Dewan Negara pada 1 Ogos 2024 telah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 semasa Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas. RUU tersebut diluluskan secara majoriti selepas 29 Ahli Dewan Negara telah terlibat dalam sesi perbahasan semasa dibentangkan untuk bacaan kedua.Keadaan sebelum danselepas Rang Undang-Undang diluluskan


Click to View FlipBook Version