The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by designergroup.asi, 2026-01-20 05:24:23

BUKU LAPORAN AADK 2024

Ebook -BUKU LAPORAN AADK 2024

MENGAPA INDIVIDU BOLEH TERPERANGKAPDENGAN RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA?Tidak berintegritiSifat Suka diraiSifat - Ingin untung secara mudahBudaya organisasi memberi hadiahPersepakatan jahat antara pegawaidan kontraktorTaktik Pemberi Rasuah Menjalinhubungan baik dengan pegawai tertentuTaktik Pemberi Rasuah Bermula dengankeraian dan hadiah kecilBerjaya tolak rasuah, tetapi bukan selamanyaDiuji dengan rasuah secara berulang kali124683579LAPORAN TAHUNAN 2024200


PERANAN DALAM MEMASTIKAN ABMS EFEKTIF15791064238Mainkan Peranan Sebagai Auditor/Auditee Lapor Rasuah (Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat)Patuhi Garis Panduan Pengurusan HadiahMaklumkan Rakan Niaga Tentang ABMS Dan Laksana Kawalan Antirasuah Dengan Rakan NiagaLaksana Pengurusan Risiko Hadiah (CRM)Laksana Objektif AntirasuahFahami ABMSPatuhi Polisi AntirasuahLaksana Kawalan Kewangan Dan Bukan Bersifat KewanganLaksana Usaha Wajar (DUE DILIGENCE]MenerapkanABMSAADKMelaksanakanKawalanAntirasuahMasing-MasingYangBersesuaianMengukuhkanKomitmentAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN201


LAPORAN TAHUNAN 2024202


SAMBUTAN HARI INTEGRITI AADK 2024Sambutan Hari Integriti AADK pada setiap tahun sangat penting bagi pembentukan budaya organisasi AADK yang mengutamakan integriti, budaya kerja yang positif, produktif dan dihormati. Sambutan tahun 2024 bertemakan “Malam Apresiasi ABMS” telah diadakan pada 14 November 2024 di Hotel Thistle Port Dickson untuk memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan AADK memperoleh persijilan MS ISO 37001:2016 ABMS. Kerja berpasukan menjadi kaedah terbaik sesebuah organisasi yang besar dan mempunyai rantaian kerja yang kompleks seperti di AADK. Komitmen yang tinggi daripada semua pihak dapat membantu memastikan hala tuju dan matlamat sesebuah organisasi dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan AADK setaraf dengan piawaian antarabangsa.PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH(CeIO) KHUSUS KEPADA PEGAWAI AADKMenyedari akan keperluan peningkatan kualiti perkhidmatan, AADK sangat komited kepada usaha pemantapan pengurusan dan pentadbiran agar terus cekap, berdisiplin serta berpandukan nilai-nilai murni. Seramai lima orang pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional AADK telah menyertai Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) MODUL 1 HINGGA 4SEMINAR KELESTARIAN INTEGRITI ENHANCING INTEGRITY PROJECT15 Julai hingga 13 September 2024 3 hingga 5 Oktober 20246 hingga 8 Oktober 2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN203


Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pegawai-pegawai AADK mengenai fungsi dan teras UI seterusnya melahirkan subject matter expert dalam bidang pengurusan integriti di AADK. AKTIVITI PEMATUHAN INTEGRITIPemantauan terhadap pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa adalah perlu di setiap agensi awam termasuk di AADK. Perkara ini adalah bagi memastikan tiada ruang dan peluang untuk pegawai dan kakitangan melakukan kesalahan jenayah, tatakelakuan dan etika. Pematuhan integriti merujuk kepada tindakan atau usaha untuk memastikan bahawa semua individu dalam organisasi mematuhi peraturan, undang-undang dan etika yang telah ditetapkan. Berikut aktiviti pematuhan integriti yang telah dijalankan oleh UI pada tahun 2024: Pematuhan Integriti di AADK Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada 23 Januari 2024LAPORAN TAHUNAN 2024204


Pematuhan Integriti di AADK Daerah Segamat, Johor pada 23 Mei 2024Pematuhan Integriti di AADK Negeri Selangor pada 29 Mei 2024Pematuhan Integriti di PUSPEN Kampung Selamat, Pulau Pinang pada 17 Oktober 2024Pematuhan Integriti di PUSPEN Serdang, Kedah pada 25 November 2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN205


PENGURUSAN TATATERTIBPengurusan tatatertib adalah salah satu daripada enam fungsi teras yang perlu dilaksanakan oleh setiap UI di agensi awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (PP Bil.6/2013) bagi menjalankan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib di sesebuah agensi awam. Setiap kes yang melibatkan pelanggaran tatakelakuan oleh warga AADK akan diurus selia berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Pada tahun 2024, UI telah melaksanakan prosiding tatatertib mengikut tatacara yang ditetapkan selari dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti maklumat yang berikut:Jumlah kes tatatertib AADK dilapor kepada LTTKS no. 1 AADKJumlah kes yang diputuskan oleh LTTKS no. 1 AADK (selesai)Jumlah kes yang masih berjalan161211STATUS KES TATATERTIB AADK PADA TAHUN 2024 LTTKS NO.1 AADKJENIS-JENIS HUKUMAN TATATERTIB YANG DIJATUHKAN HUKUMANPADA TAHUN 2024BIL. JENIS HUKUMAN BILANGANAmaranDendaLucut hak emolumenTangguh pergerakan gajiTurun gajiTurun pangkatTahan kerjaBuang kerjaTiada hukuman dikenakan(Tidak wujud prima facie/bebas kes mahkamah/tidakbersalah/letak jawatan/meninggal dunia)2TiadaTiadaTiadaTiada12631.2.3.4.5.6.7.8.9.Nota: Lebih daripada satu hukuman dikenakan bagi sesuatu kes tatatertib sekiranya berkaitanLAPORAN TAHUNAN 2024206


Kesalahan-kesalahan utama yang berlaku sepanjang tahun 2024 adalah seperti di bawah:MAKLUMAT KESALAHAN TATATERTIB YANG DIBICARAKANPADA TAHUN 2024 OLEH LTTKS NO. 1 AADKBIL. JENIS HUKUMAN BILANGAN1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.4111121111Tidak hadir bertugasJenayah dadah (memiliki)Jenayah ketum (memiliki)Jenayah rogolJenayah rasuahJenayah khalwatSalah guna kedudukan (mendapatkan manfaat dari klien)Jenayah di bawah Akta Ubat, Iklan dan Penjualan 1956Jenayah menyembunyikan harta orang awamJenayah mencuriAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN207


SEKTOR KETUA PENGARAHUNIT ANTARABANGSA (UA)


LAPORAN TAHUNAN 2024210UNIT ANTARABANGSAStatistik penyalahgunaan dadah bagi tahun 2022 hingga 2024 ini mencatatkan peningkatan, iaitu 11.4 peratus pada tahun 2022, 6.1 peratus pada tahun 2023, dan 32.5 peratus pada tahun 2024. Oleh itu, dalam menghadapi cabaran ini, kerjasama antarabangsa merupakan kunci utama bagi membendung penyalahgunaan serta pengedaran dadah dalam rangkaian yang meluas di peringkat global dan serantau.Sehubungan dengan itu, AADK terus komited melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan hubungan bilateral dan multilateral dengan negara-negara luar dan organisasi antarabangsa diteruskan pada setiap tahun. Kerjasama antarabangsa ini merupakan pelengkap kepada empat teras lain di bawah Dasar Dadah Negara, iaitu Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan dan Pengurangan Kemudaratan. Beberapa pendekatan dan strategi bagi memperkukuh hubungan antarabangsa seiring dengan perkembangan situasi dadah semasa telah dilaksanakan melalui:PENDEKATAN DAN STRATEGIPenganjuran dan penyertaan pegawai dalam persidangan, mesyuarat, program, bengkel, kumpulan kerja dan forum bagi perkongsian kepakaran dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.A) PENGANJURAN DAN PENYERTAAN PEGAWAI DI PERINGKAT ANTARABANGSAPegawai yang memenuhi syarat dan berkelayakan dalam bidang tugas berkaitan menyertai kursus dan latihan yang ditawarkan organisasi antarabangsa bagi meningkatkan pengetahuan dan kompetensi.B) PENYERTAAN KURSUS DAN LATIHANMemperluas rangkaian kerjasama dengan agensi dan organisasi antarabangsa melalui kunjungan hormat, lawatan kerja dan mesyuarat bilateral bagi meningkatkan kolaboratif dalam membanteras permasalahan dadah.C) KERJASAMA DENGAN AGENSI DAN ORGANISASI ANTIDADAH ANTARABANGSA


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN211PENGLIBATAN DELEGASI MALAYSIA DALAMPROGRAM ANTARABANGSAPenglibatan kementerian/ jabatan/ agensi/ swasta dan organisasi lain dalam 13 mesyuarat/ bengkel berkaitanPenyertaan pegawai dalam persidangan, bengkel dan 26 perkongsian kepakaranPenganjuran program/ 1 mesyuaratPenyertaan pegawai dalam 69 program latihan/ webinar Kunjungan hormat/ lawatan 8 kerja/ mesyuarat bilateralPenyertaan pegawai ke 41 mesyuarat berkala


Penganjuran Mesyuarat 9th ASEAN Seaport InterdictionTask Force (ASITF)LAPORAN TAHUNAN 2024212PELAKSANAAN PROGRAMPada tahun 2024, Malaysia telah menjadi tuan rumah mesyuarat kali ke-sembilan ASITF yang dianjurkan oleh AADK, dengan penyertaan seramai 46 delegasi daripada negara anggota ASEAN, termasuk Sekretariat ASEAN dan rakan dialog, United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC). Mesyuarat ini telah diadakan di Pulau Pinang bermula 19 hingga 22 November 2024.Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh hubungan antara negara-negara ASEAN melalui perkongsian maklumat bagi menangani isu penyeludupan dadah di pelabuhan dan perairan antarabangsa. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan inisiatif dan tindakan holistik melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan di peringkat serantau bagi meningkatkan kawalan dan keselamatan maritim.Setiap wakil negara membentangkan Laporan Negara (Country Report) masing-masing yang merangkumi maklumat statistik situasi dadah semasa, termasuk kes tangkapan dan rampasan dadah. Selain itu, delegasi turut dibawa ke Kompleks Kastam Seberang Jaya untuk sesi taklimat oleh Penang Port Sdn. Bhd dan Bahagian Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pulau Pinang dan seterusnya lawatan ke North Butterworth Container Terminal (NBCT) – Penang Port bagi melihat sendiri pengoperasian dan pengurusan keluar masuk pelabuhan Pulau Pinang.Delegasi Malaysia terdiri daripada pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Penang Port Sdn. Bhd., Suruhanjaya Pelabuhan Klang dan AADK.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN213Mesyuarat 9th ASITFturut berlangsung secara hibridSesi taklimat daripadaJabatan Kastam, Pulau Pinang


Sesi lawatan delegasike NCBT Port, Pulau PinangLAPORAN TAHUNAN 2024214


Team BMAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN215


LAPORAN TAHUNAN 2024216MESYUARAT BERKALAMesyuarat berkala ini diadakan sebagai platform perkongsian maklumat situasi dadah semasa termasuk data statistik mengenai trend permintaan dan penawaran dadah serta strategi terkini yang dilaksanakan bagi membanteras isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa. • 13th AAITF – 5 Mac 2024 (secara dalam talian)• 14th AAITF – 12 Disember 2024 (secara dalam talian)i) ASEAN Airport Interdiction Task Force Meeting (AAITF)• 16th ADMN – 7 Mac 2024 (secara dalam talian)• 17th ADMN – 17 Julai 2024 (secara dalam talian)ii) ASEAN Drug Monitoring Network MeetingDelegasi Malaysia yang diketuai oleh PDRM dalam 13th AAITF Meeting14th AAITF Meeting diadakan secara telesidang melibatkan AADK, JKDM dan PDRM17th ADMN Meeting secara telesidang turut dihadiri oleh YBrs. TKP(O) 16th ADMN Meeting diadakan di Ibu Pejabat secara telesidang melibatkan AADK dan PDRM


Delegasi Malaysia telahdiketuai oleh YB Menteri Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian, jabatan/ agensi semasa Mesyuarat 67th CND di Vienna, AustriaDr. Mohd Rafidi bin Jusoh,Commissioner Malaysia membentangkan mengenai Program Persijilan AADK, Drug Free Workplace Certification dan Program Pembangunan Profesionalisme AADKAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN217iii) Commissions on Narcotic Drugs (CND)• 67th Session of CND – 14 hingga 22 Mac 2024 di Vienna, Austria (penyertaan pegawai AADK secara dalam talian)• 3rd Intersessional Meeting 67th CND – 12 hingga 14 November 2024 (penyertaan pegawai AADK secara dalam talian)iv) Global Centre for Credentialing and Certification (GCCC) Commission Meeting• GCCC Commission Meeting – 24 hingga 28 Jun 2024 di Thessaloniki, Greece


• CPDAP NSM melibatkan pembentangan laporan dadah negara khususnya program pendidikan pencegahan dadah di bawah bidang pengurangan penawaran dan permintaan dadah bagi tahun 2023 sehingga 2024.v) Colombo Plan Drug Advisory Programme National Secretariats Meeting (CPDAP NSM) 2024LAPORAN TAHUNAN 2024218TKP(O) bersama Pengarah AADK Negeri Selangor menghadiri CPDAP NSM di Bhutan pada 6 – 8 Ogos 2024• Regional Workshop for East and Southeast Asia – 10 hingga 12 September 2024 di Phnom Penh, Cambodia.vi) UNODC SMART Forensics Regional Workshop for East and Southeast AsiaSesi perbincangan dan pembentangan oleh wakil-wakil negara ASEAN


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN219• 45th ASOD – 2 hingga 4 Oktober 2024 (secara dalam talian)vii) 45th ASEAN Senior Officials Meeting on Drug Matters (45th ASOD)Treatment & Rehabilitation Alternative Development Research


Dato’ Ketua Pengarahmenyampaikan ucapan ringkas sebelum pembentanganlaporan negaraTKP(O) turut sertadalam sesi Dialogue Partners ConsultationsWakil dari Jabatan KimiaMalaysia bersama Puan Bushro Ahmad, KPP (Penyelidikan) serta delegasi lain meneruskan sesi terakhir mesyuaratASOD Plenary SessionASOD Plus Dialogue Partners ConsultationsAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN221


Prevention Law Enforcement LAPORAN TAHUNAN 2024220


PROGRAM LATIHAN ANTARABANGSA• Colombo Plan Drug Advisory Programme (CPDAP) telah meneruskan sesi kejurulatihan bagi Universal Prevention Curriculum (UPC) semasa Global Event: “The Art of Healing: A new era in substance use prevention, harm reduction, treatment and recovery support” pada 24 hingga 28 Jun 2024 bertempat di Thessaloniki, Greece.• Program kejurulatihan kurikulum pencegahan ini ditawarkan kepada pegawai yang telah menamatkan siri latihan UPC sejak tahun 2014 dengan program terakhir diadakan pada tahun 2017. Justeru, program ini dilaksanakan oleh CPDAP bagi membolehkan semua Master Trainer dari seluruh dunia mempertingkat pengetahuan dan kepakaran mereka melalui maklumat berasaskan pembuktian terkini dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.i) UPC Track-Practitioners Specialty Track 4: Environment-Based PreventionPn. Norkumala Abdul Rahman,selaku Master Trainer UPC mengikuti program kejurulatihan ini bagi memenuhi keperluan sebagai tenaga pengajar dalam bidang pencegahan di dalam dan luar negaraLAPORAN TAHUNAN 2024222• Siri latihan ini yang diadakan pada 14 hingga 23 Ogos 2024 di Thailand khusus kepada pegawai penguat kuasa narkotik di peringkat ASEAN bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengesan, mencegah serta membanteras penyeludupan dadah dan bahan kimia prekursor yang digunakan dalam penghasilan dadah. • Program ini juga bertujuan mewujudkan sistem penguatkuasaan undang-undang yang lebih kukuh dan berkoordinasi di rantau ASEAN dalam menghadapi ancaman dadah dan bahan kimia yang berkaitan.ii) Training of Narcotic, Precursor, and Chemical Interception and Suppression for ASEAN Narcotics Law Enforcement Officers


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN223Pn. Norkumala Abdul Rahman,selaku Master Trainer UPC mengikuti program kejurulatihan ini bagi memenuhi keperluan sebagai tenaga pengajar dalam bidang pencegahan di dalam dan luar negara• Executives’ Overseas Programme 2024 (EXOP 2024) merupakan program latihan kepimpinan berimpak tinggi di peringkat antarabangsa anjuran Universiti Putra Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK di Timisoara, Romania pada 8 hingga 17 Disember 2024.• Objektif kursus ini adalah untuk memahami prinsip utama budaya “High Performance” di samping membangunkan strategi bagi memantapkan kecemerlangan organisasiiii) Executives’ Overseas Programme (EXOP 2024)


LAPORAN TAHUNAN 2024224• Latihan Kejurulatihan yang diadakan di Kochi, India ini bertujuan melengkapkan kompetensi jurulatih dengan pengetahuan, kemahiran serta strategi berkesan bagi merangka dan melaksanakan pelan tindakan yang komprehensif dalam inisiatif pencegahan khususnya bagi golongan belia.• Program ini turut menggalakkan peserta untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), masyarakat setempat, dan golongan belia bagi memastikan kejayaan dalam pembangunan serta pelaksanaan inisiatif pencegahan dadah.iv) Training of Trainers on Engaging Youth in Prevention Curriculum for Asia and AfricaPuan Nur Alisa Ali’am mengikuti latihan kejurulatihan berdasarkan jemputan dari CPDAP atas kapasiti beliau sebagai pakar dalam bidang pendidikan pencegahan yang melibatkan program remaja dan belia.


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN225v) Latihan Dalam Talian/WebinarBil. Kursus/Latihan1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.ISSUP Webinar: Stimulant Use Webinar Series Part 3: Example of Stimulant Use Treatment ProgrammesISSUP Webinar: Webinar on Youth Substance Use Prevention & Wellness SBIRTISSUP Webinar: The Power of Words: A Deep into the Language of AddictionInstructor-lead Core Course Universal Prevention Curriculum (UPC) Practitioners SeriesISSUP Webinar South Africa: Introduction to Motivational Interviewing, A way of beingISSUP + ICUDDR Webinar: K2/ Spice: Learning about Synthetic CannabinoidsISSUP + ICATI Webinar: ATI Basics: SUD Treatment for Person in the Justice System17th ASEAN Drug Monitoring Network Operational Workshop (17th ADMN)ISSUP + UNODC Webinar: Highlights from the 2024 UNODC World Drug ReportISSUP Nigeria Webinar: \"Relapse Prevention for a Sustained Recovery in Substance Use Disorders\"ISSUP UK Webinar: Strategies for Overcoming Stigma: Addressing Substance Use Disorder in the United KingdomISSUP Webinar: Enhancing Well-Being and Preventing Burnout Amongst Treatment PractitionersISSUP Webinar: Digging into the Biopsychosocial: Addressing the Holistic, Multifaceted Needs of Individuals in Treatment and RecoveryISSUP Nigeria: Webinar on Knowledge Update Series (24th Session): Cannabis Use Disorder – Changing Trends and Treatment ApproachesISSUP Tanzania: Webinar on Strengthening Substance Use Prevention in Tanzania Through Evidence – Based InterventionsISSUP India Webinar: Unravelling Risk-Taking in Youth: Pathways to positive Change2024 ASEAN Virtual Training on Effective Planning and Implementation of Drug Prevention Programs


LAPORAN TAHUNAN 2024226HUBUNGAN KERJASAMA STRATEGIK Kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan organisasi antarabangsa diteruskan oleh AADK melalui kunjungan hormat, lawatan kerja dan mesyuarat bilateral. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak khususnya dalam konteks pertukaran maklumat, perkongsian pengalaman dan kepakaran serta mencapai matlamat menangani isu permintaan dan penawaran dadah dalam negara.PUSPEN Sepang menerimakunjungan dari Jiangsu Provincial Drug Rehabilitation Administration, China melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) pada 16 Oktober 2024 bagi melihat sendiri pengoperasian dan fasiliti rawatan dan pemulihan AADK Mesyuarat Bilateral antara Dangerous Drug Board, (DDB) Filipina dengan AADK diadakan pada 6 September 2024 secara dalam talian sebagai persediaan Mesyuarat ASOD ke-45


AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN227AADK turut menerimakunjungan dari negara Azerbaijan melalui Kaunselor - Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Republik Azerbaijan di Malaysia, Dr. Elsevar Salmanov ke Ibu Pejabat AADK yang disambut oleh TKP(O) pada 6 Disember 2024


189SEKTOR KETUAPENGARAHUNIT PENASIHATUNDANG-UNDANG(PUU)


94UNIT PENASIHAT UNDANG-UNDANG SEMAKAN PERJANJIAN Unit Penasihat Undang-Undang, Agensi Antidadah Kebangsaan (PUU AADK) bertanggungjawab untuk mengawal selia dan memberikan khidmat nasihat perundangan kepada agensi bagi isu yang melibatkan undang-undang. Unit PUU AADK juga bertanggungjawab dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang melibatkan permohonan Habeas Corpus serta terlibat dalam penyediaan dan semakan semula draf perjanjian dan instrumen perundangan utama dan subsidiari yang melibatkan Agensi. Antara tugas utama Unit PUU;• Membuat semakan dokumen-dokumen perjanjian,• Memberikan nasihat perundangan apabila dimohon,• Menggubal perundangan,• Memberikan ceramah perundangan.Unit PUU AADK membuat semakan pelbagai draf dokumen perjanjian seperti perjanjian pembekalan, perjanjian perkhidmatan dan perjanjian penyewaan bagi memastikan dokumen-dokumen perjanjian tersebut teratur dan lengkap sebelum diluluskan dan ditandatangani oleh pihak kerajaan dengan pihak syarikat/kontraktor. Semakan perjanjian ini dibuat bagi memastikan dokumen perjanjian tersebut teratur dan menjaga kepentingan Agensi khususnya dan kerajaan amnya sebelum perjanjian tersebut ditandatangani. Jumlah semakan perjanjian pada tahun 2024 sebanyak 192 perjanjian.PANDANGAN UNDANG-UNDANGUnit PUU AADK juga bertanggungjawab memberikan nasihat perundangan kepada Agensi secara bertulis atau lisan. Jumlah pencapaian penyediaan pandangan perundangan yang telah diberikan pada tahun 2024 sebanyak 100 pandangan undang-undang.PENGENDALIAN KES MAHKAMAHUnit PUU AADK mengendalikan kes Habeas Corpus yang melibatkan penyediaan kertas kausa tidak terhad kepada afidavit dan hujahan bertulis serta sehingga ke peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Jumlah kes sebanyak 11 kes pada tahun 2024 yang berkaitan dengan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].Selain itu, buat julung kalinya Unit PUU AADK telah berpeluang berganding bahu bersama Unit Penasihat Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri (PUU KDN) bagi mengendalikan satu kes rayuan Habeas Corpus di peringkat mahkamah tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan.PENGENALANLAPORAN TAHUNAN 2024229


MEMBERIKAN CERAMAH PERUNDANGANUnit PUU AADK terlibat dalam memberikan ceramah berkaitan dengan perundangan bagi Kursus Program Persijilan AADK: Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP) Tahap satu (1), Kursus Program Persijilan AADK: Sijil Amalan Penguatkuasaan(CEP) Tahap dua (2) dan Kursus Program Persijilan AADK: Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP) Tahap tiga (3) serta kursus-kursus yang berkaitan dengan perundangan kepada Agensi.Unit PUU AADK juga telah diundang untuk menyampaikan ceramah berkenaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 (“APD (Pindaan) 2024”) kepada Pusat Tanggungjawab (“PTJ”) antaranya termasuk AADK Negeri Perak dan AADK Negeri Johor yang bertujuan memberikan pencerahan tentang pindaan yang digubal terhadap Akta. MENGGUBAL PERUNDANGANPada tahun 2024, Unit PUU AADK bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (PUU KDN) dan Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Kementerian Dalam Negeri (PDR KDN) serta Bahagian Teras AADK telah meneliti dan menjalankan kajian lanjut untuk membuat penambahbaikan dan pindaan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] selaras dengan dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan. Lanjutan daripada kajian tersebut, suatu draf Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 (“draf RUU APD”) telah dihasilkan. Pada 20 Jun 2024, Memorandum Jemaah Menteri bersama ulasan daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi yang berkenaan telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan kelulusan draf RUU APD tersebut. Jemaah Menteri telah bersetuju dan meluluskan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 (RUU APD) untuk dibentangkan di Parlimen.Susulan daripada kelulusan Jemaah Menteri, Unit PUU AADK bersama Pejabat PUU KDN telah mengemukakan RUU APD kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara bagi semakan pruf terhadap RUU APD tersebut. Setelah itu, Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara telah meluluskan RUU APD tersebut bagi pencetakan naskhah biru (blue bill) oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Taklimat RUU APD kepada Ahli-Ahli Parlimen telah diadakan pada 26 Jun 2024 sebagai persediaan untuk pembentangan RUU APD di Parlimen. AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN230


RUU APD melalui beberapa peringkat pembentangan di Parlimen sebagaimana yang dirumuskan dalam carta alir dengan perincian di bawah:- RANG UNDANG-UNDANGDEWAN RAKYATDEWAN RAKYATBACAAN KALI PERTAMABACAAN KALI KEDUARang Undang-Undang DibahaskanUndian Melalui Majoriti Mudah (Dengan Suara Atau Belah Bahagi) Bacaan Tajuk PanjangBACAAN KALI PERTAMABacaan Tajuk PanjangPERINGKAT JAWATANKUASABACAAN KALI KETIGAUndian Untuk Kali KeduaTajuk Panjang Akan DibacaDan Diluluskan Oleh Dewan RakyatPerbahasan Spesifik MengenaiSemua Fasal, Jadual DanPendahuluan Rang Undang-UndangAkan Diadakan Pindaan-PindaanAkan DibincangkanBACAAN KALI KEDUARang Undang-Undang DibahaskanUndian Melalui Majoriti Mudah (Dengan Suara Atau BelahBahagi) BACAAN KALI KETIGAUndian Untuk Kali KeduaTajuk Panjang Akan Dibaca DanDiluluskan Oleh Dewan NegaraPERINGKAT JAWATANKUASAPerbahasan Spesifik MengenaiSemua Fasal, Jadual Dan PendahuluanRang Undang-Undang Akan DiadakanPindaan-Pindaan Akan DibincangkanPERKENAN SERI PADUKABAGINDA YANGDIPERTUAN AGONGDIWARTA DAN DICETAK UNDANG-UNDANGLAPORAN TAHUNAN 2024231


193Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah membentangkan RUU APD untuk bacaan kali pertama pada 2 Julai 2024 di Dewan Rakyat. Seterusnya Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah telah membentangkan RUU APD untuk bacaan kali kedua pada 3 Julai 2024 di Dewan Rakyat. Pada peringkat ini, RUU APD telah dibahaskan oleh hampir 40 Ahli Parlimen yang berlangsung pada 3, 4 dan 9 Julai 2024. Setelah sesi perbahasan tersebut, Menteri Dalam Negeri telah membuat penggulungan RUU APD dan memutuskan untuk menangguhkan dan merujuk RUU APD tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan bagi mendapatkan pandangan lanjut. Kedua-dua Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan telah bersidang pada 16 Julai 2024.Pada 18 Julai 2024, Dewan Rakyat telah meluluskan RUU APD dengan undian suara majoriti setelah bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga oleh Menteri Dalam Negeri. Pada 30 Julai 2024, taklimat RUU APD kepada Ahli Dewan Negara telah diadakan sebagai persediaan untuk pembentangan RUU APD di Dewan Negara. Pada 1 Ogos 2024, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah membentangkan RUU APD untuk bacaan kali pertama dan bacaan kali kedua dengan sesi perbahasan yang melibatkan seramai 29 ahli Dewan Negara. Dewan Negara telah meluluskan RUU APD dengan suara majoriti setelah bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga. Berikutan kelulusan di Dewan Negara, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 [APD (Pindaan) 2024] telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober 2024 dan seterusnya telah diwartakan pada 17 Oktober 2024.Sehubungan dengan kelulusan APD (Pindaan) 2024 di Parlimen tersebut, Unit PUU AADK dengan kerjasama Bahagian Teras AADK juga telah terlibat menggubal dan meminda kaedah-kaedah selaras dengan pindaan APD tersebut. Beberapa siri mesyuarat penyediaan dan pemurnian serta perbincangan kaedah-kaedah bagi pindaan APD melibatkan Unit PUU AADK dan Bahagian Teras AADK bersama PDR KDN dan PUU KDN telah diadakan. Penggubalan kaedah-kaedah bagi APD (Pindaan) 2024 yang memberikan perincian undang-undang yang digubal berdasarkan peruntukan kuasa oleh Akta APD (Pindan) 2024 akan memandu penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang dengan lebih berkesan.Penggubalan APD (Pindaan) 2024 amat signifikan dan memberikan impak positif kerana akan meluaskan akses rawatan dan pemulihan dadah serta bahan kepada kumpulan sasar baharu yang melibatkan penagih bahan, penyalah guna dadah dan penyalah guna bahan. Peruntukan ini juga memudahkan proses penerimaan klien untuk menjalani rawatan dan pemulihan dadah serta bahan dan mendukung prinsip No Wrong Door Policy sekali gus meningkatkan imej perkhidmatan AADK dalam pelaksanaan rawatan dan pemulihan dadah serta bahan bertepatan dengan dasar pengalihan yang dihasratkan oleh KDN. AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN232


PERBINCANGAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU)PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 DI JABATAN PEGUAM NEGARAMESYUARAT GUBALAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU)PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)PINDAAN 2024 BERSAMA JABATAN NEGARA PEGUAM NEGARALAPORAN TAHUNAN 2024233


195TAKLIMAT RANG UNDANG-UNDANG (RUU) PENAGIH DADAH(RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024 DI PARLIMEN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN234


RANG UNDANG-UNDANG (RUU) AKTA PENAGIH DADAH(RAWATAN DAN PEMULIHAN) (PINDAAN) 2024DILULUSKAN DI DEWAN RAKYATCERAMAH RANG UNDANG-UNDANG(RUU)AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 BERSAMA AADK NEGERI JOHORLAPORAN TAHUNAN 2024235


197KES RAYUAN HABEAS CORPUS DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN GAMBAR UNIT PENASIHAT UNDANG-UNDANGSEMPENA HARI RAYA 2024 AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN236


CERAMAH RANG UNDANG-UNDANG (RUU) AKTA PENAGIH DADAH(RAWATAN DAN PEMULIHAN)(PINDAAN) 2024 PERINGKAT DI AADK NEGERI PERAKCERAMAH PEGAWAI PENYIASAT BERSAMAAADK NEGERI JOHORLAPORAN TAHUNAN 2024237


199MAJLIS APRESIASI PENGGUBALAN DAN PINDAANRANG UNDANG-UNDANG (RUU) DI BAWAH KEMENTERIANDALAM NEGERI TAHUN 2024Majlis PentauliahanProgram Persijilan AADK Kali KetigaAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN238


LAPORAN TAHUNAN 2024239 91Hari Sukan Negara Agensi Antidadah Kebangsaan


201SEKTOR KETUAPENGARAHUNIT MEDIA DANKOMUNIKASI KORPORAT(UMKK)


UNIT MEDIA DAN KOMUNIKASI KORPORATPelan Komunikasi Strategik 2021 - 2025Aset Digital Agensi Antidadah KebangsaanUnit Media dan Komunikasi Korporat (UMKK) dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan maklum balas awam, khidmat pelanggan, penerbitan, publisiti dan promosi agensi melalui saluran media baharu yang sistematik dan berkesan.Unit ini telah merangka Pelan Komunikasi Strategik 2021-2025 yang mengandungi perancangan dan perincian bagi pelaksanaan pembangunan komunikasi dan maklumat korporat AADK ke arah pelan strategik bagi tempoh lima tahun akan datang. Pelan ini dirangka berteraskan kepada empat teras utama:• Memperkukuh Keselamatan dan Ketenteraman Awam.• Memperkasakan Kawalan Sempadan, Maritim dan Membanteras Jenayah Rentas Sempadan.• Membanteras Gejala Dadah dan Substan.• Mentransformasi Institusi dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.Berdasarkan teras tersebut, UMKK bertanggungjawab kepada teras yang keempat, iaitu Mentransformasi Institusi dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan. Pelan ini menjurus kepada kaedah dan pelan tindakan bagi menyampaikan mesej berkesan serta berstruktur kepada kumpulan sasar. Pelan ini juga merangkumi aktiviti promosi, penjenamaan, publisiti dan program di bawah insiatif AADK ke arah Dadah Terkawal 2025.Dalam usaha memberikan maklumat berkaitan dasar-dasar awam kerajaan secara pantas, tepat dan konsisten, UMKK telah meningkatkan penggunaan saluran media sosial rasmi untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selari dengan konsep sedia ada “AADK Kepada Anda”. Dalam usaha mengurangkan kos pelaksanaan promosi sedia ada, kepelbagaian teknik promosi mengikut segmen khalayak telah diperkasakan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan secara interaktif serta membina jaringan komunikasi yang lebih terbuka antara agensi dan komuniti melalui saluran media AADK TV. UMKK bertanggungjawab untuk membina imej dan reputasi sesuatu organisasi termasuk perkara yang melibatkan pihak berkepentingan. UMKK juga bertanggungjawab mengendalikan kandungan media sosial AADK, iaitu Facebook, Instagram, X, Youtube, Telegram dan TikTok bagi menyebar luas maklumat tentang dasar-dasar kerajaan umumnya dan perkhidmatan AADK khususnya. LAPORAN TAHUNAN 2024241


Perkara ini, turut menjadi platform bagi memahami trend maklum balas pengguna media sosial terhadap isu semasa serta dasar-dasar kerajaan yang dikongsi melalui laman media sosial tersebut.Sepanjang tahun 2024, UMKK turut aktif dalam melaksanakan hebahan berkaitan dengan dasar kerajaan, program serta aktiviti kementerian dan agensi, melalui perkongsian maklumat dalam bentuk infografik dan video multimedia.Perkongsian maklumat dalam sistem penyampaian khususnya penggunaan media sosial telah diaktifkan melalui aset digital AADK seperti yang berikut:9292113273310991Program Libat Urus Bersama PegawaiMedia AADKKaedah pelaporan segera melalui peranti telefon bimbit kian menjadi rutin dalam kalangan penjawat awam terutamanya Pegawai Perhubungan Awam, jurufoto dan juruvideo yang mengendalikan platform media sosial jabatan atau agensi. Tanpa pendedahan kepada teknik pelaporan dan aplikasi yang bersesuaian, para pegawai tidak dapat menyampaikan mesej dengan efektif dan berkualiti.Sehubungan dengan itu, UMKK telah mengambil inisiatif melaksanakan kursus Pemantapan Pengurusan Media Sosial dan Digital yang diadakan dua siri termasuk Zon Sabah dan Sarawak untuk memberikan fokus kepada pelaporan kewartawanan minimum dari aspek alatan fizikal seperti telefon bimbit seiring dengan perkembangan kesegeraan maklumat dalam media sosial.Kursus siri pertama ini telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2024 di Pusat Latihan AADK (PLAK), Sungai Petani, Kedah. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Razlan bin Burhaumudin, Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara dan juga Encik Mohamad Nazim bin Zaffery, seorang pengarah kreatif serta penerbit filem. 146009477834AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN242


Kursus siri kedua pula melibatkan zon Sabah dan Sarawak yang telah diadakan pada 15 hingga 17 Mei 2024 di Harbour View Hotel, Sarawak. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Sharifah Hajiah binti Wan Man, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas di ZIAS HQ, serta Encik Wan Najib bin Wan Hamdan, atau lebih dikenali sebagai Coach Wan yang merupakan seorang jurulatih bertauliah bagi e-Usahawan. Para peserta bagi kedua-dua kursus ini telah didedahkan dari segi penyediaan pelaporan, skrip berita, kapsyen bagi media sosial dan sebagainya. Selain itu, mereka juga telah dibantu bagi mengenal pasti aplikasi yang bersesuaian bagi tujuan rakaman dan suntingan video serta audio, termasuk teknik pelaporan yang strategik dan taktikal bagi menarik perhatian penonton.Kursus Pengacaraan Majlis telah diadakan pada 28 hingga 30 Ogos 2024 di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohamad Azrin bin Hassan, Pensyarah Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia yang juga aktif sebagai pengacara majlis selain mengadakan seminar dan mengeluarkan buku berkenaan pengecaraan majlis. Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan memberikan keyakinan diri dalam menjalankan tugas pengacaraan majlis khususnya dalam majlis rasmi kerajaan. Kursus ini turut meningkatkan pengetahuan umum tentang protokol dalam melaksanakan majlis sama ada majlis formal atau tidak formal. Sepanjang kursus ini berlangsung, peserta didedahkan dengan kaedah penyediaan skrip pengacaraan dan pengurusan majlis serta teknik sebutan vokal dengan baik. Pada akhir kursus, kesemua peserta diberi kelonggaran untuk menghubungi secara dalam talian pada bila-bila masa sahaja bagi pembelajaran berterusan.Penceramah menjalankan sesi bagi Kursus Asas Pengacaraan Majlis kepada pegawai-pegawai AADKLAPORAN TAHUNAN 2024243


Program Libat Urus Bersama PengamalMedia TempatanMedia memainkan peranan penting sebagai penyalur utama maklumat kepada masyarakat, bukan sahaja berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan, malah memberikan publisiti dan hebahan khususnya kepada AADK. Bagi menghargai jasa dan sokongan media cetak dan elektronik kepada AADK, seramai 40 pengamal media diundang menghadiri Program Sembang Santai Ketua Pengarah AADK Bersama Media anjuran UMKK yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya pada 6 November 2024.Program tersebut telah melibatkan pengamal media daripada Jabatan Penerangan, Kelab Pengamal Media Kuala Lumpur dan Putrajaya, Bernama, Berita Harian, RTM, TV3, TV9, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette, Malaysia Tribune, The Star dan Selangor TV.AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN244


Program Sembang Santai Ketua PengarahAADK bersama pengamal media diBoraOmbak, PutrajayaProgram sembang santai itu diadakan bagi memperjelas dan menyebarluaskan perkhidmatan yang dilaksanakan AADK melalui tiga bidang teras utama, iaitu Bahagian Pencegahan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan serta Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan.Di samping itu, melalui program ini juga diharapkan jaringan kerjasama antara AADK dan pengamal media akan lebih utuh, sekali gus menjadi penghubung AADK kepada masyarakat.Pengurusan Maklum Balas AwamPada tahun 2024, UMKK telah berjaya mengurus maklum balas awam yang telah diterima melalui Intergrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSISPAAA) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sebanyak 52 aduan telah diterima dan berjaya diselesaikan sepanjang tahun 2024. Yang berikut ialah jadual pelaporan aduan awam pada tahun 2024 mengikut jumlah dan klasifikasi aduanTahap Kepuasan PelangganMaklum balas kepuasan pelanggan dijalankan oleh AADK selaras dengan Pekelilling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2008: Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan bagi mengukur dan menilai tahap kepuasan pelanggan terhadap Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Ibu Pejabat AADK.BIL. KLASIFIKASI ADUAN JUMLAH1. 5171613152Rawatan, Perubatan dan PemulihanPenguatkuasaan dan KeselamatanSumber ManusiaIntegritiTeknologi Maklumat dan KomunikasiJumlah2.3.4.5.LAPORAN TAHUNAN 2024245


Pemilihan responden dilakukan secara persampelan mudah (convenience sampling) melalui pelanggan yang hadir berurusan di Ibu Pejabat AADK. Maklum balas diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara fizikal (offline) dan dalam talian (online) menerusi google form.Selain edaran borang soal selidik secara fizikal, UMKK telah menyediakan saluran maklum balas secara dalam talian bagi menyebarluaskan capaian kajian menerusi pautan https://me-qr.com/S4AobiOQ yang telah dimuat naik di semua platform media sosial rasmi serta portal AADK.Pengurusan dan Perhubungan MediaPengurusan dan perhubungan media merupakan aktiviti perhubungan awam terpenting yang perlu dititikberatkan dalam tadbir urus sesebuah organisasi kerana kejayaannya bergantung pada mesej yang dapat disalurkan dan disampaikan secara efektif kepada khalayak sasaran.Bagi memastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada khalayak sasaran, UMKK telah mengadakan sebanyak sembilan kali sidang media sepanjang tahun 2024 yang melibatkan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Ketua Pengarah AADK di samping telah mengeluarkan sebanyak 14 kenyataan media dan siaran media berkaitan dengan dasar, isu atau perkara-perkara yang berkaitan dengan AADK.AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN246


Program Sembang Santai Ketua PengarahAADK bersama pengamal media diBoraOmbak, PutrajayaProgram sembang santai itu diadakan bagi memperjelas dan menyebarluaskan perkhidmatan yang dilaksanakan AADK melalui tiga bidang teras utama, iaitu Bahagian Pencegahan, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan serta Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan.Di samping itu, melalui program ini juga diharapkan jaringan kerjasama antara AADK dan pengamal media akan lebih utuh, sekali gus menjadi penghubung AADK kepada masyarakat.Sepanjang tahun 2024, AADK telah mendapat liputan daripada media elektronik sama ada televisyen, surat khabar mahupun radio. Sesi liputan itu diadakan melalui slot-slot bual bicara yang diperuntukan secara percuma oleh stesen penyiaran kerajaan dan swasta kepada AADK, iaitu lapan slot televisyen, sembilan slot radio dan beberapa liputan dalam media baharu.Sidang media bersama Ketua Pengarah AADK bersama pengamal media sempenadengan Program Sembang Santai di PutrajayaLAPORAN TAHUNAN 2024247


Ketua Pengarah AADK ketika ditemu bual bagi rancangan 999 TV3 semasaOp Cegah Khas bersama KP AADKBIL. TARIKH TAJUK/SLOT MASA SIARANLANGSUNG1 Mei 20247 Jun 202414 Jun 202421 Jun 20248 Julai 20245 November 202415 November 20241234567Apa Khabar MalaysiaPodcast Santai KDNPodcast Santai KDNAwani PagiSelamat Pagi Malaysia (TV1)999, TV3Podcast Santai KDN9.00 pagi3.00 petang3.30 petang8.30 pagi9.25 pagi9.00 malam3.30 petangSlot TelevisyenAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN248


BIL. TARIKH TAJUK/SLOT MASA SIARANLANGSUNG30 April 20241 Mei 20246 Mei 202424 Mei 202424 Jun 20247 Oktober 202413 November 20241234567Nasional FMApa Khabar Malaysia, Bernama TVSembang KL, KL FMPerlis FMSembang KL, KL FMKedah FMPagi On Point, Kool 10110.30 pagi10.30 pagi2.30 petang10.15 pagi2.30 petang11.15 pagi8.00 pagi8 17 November 2024 Podcast Apa-Apa Saja, Harian Metro 10.00 pagi9 16 Disember 2024 Selangor FM 2.30 petangSlot RadioKeratan AkhbarLAPORAN TAHUNAN 2024249


Click to View FlipBook Version