Perbincangan PascahalaTuju Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) (Pindaan) 2024 dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)LAPORAN TAHUNAN 2024100PERBINCANGAN PASCAHALA TUJU AKTAPENAGIH DADAH (RAWATAN DANPEMULIHAN) (PINDAAN) 2024Satu Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bourgenvilla, Aras 5, Blok A, Ibu Pejabat AADK pada 26 Julai 2024 bagi membincangkan perkara berkenaan dengan Pascahala Tuju Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) (Pindaan) 2024. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan turut dihadiri juga Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Pengarah Bahagian serta Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah yang berkaitan. Perbincangan bersetuju dengan Cadangan Pelan Tindakan RUU untuk dilaksanakan segera oleh semua Bahagian.
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN101CAWANGAN PERANCANGANSebagai platform untuk penyelarasan, perbincangan dan pembuat keputusan bagi gerak kerja AADK, Mesyuarat Pengurusan Utama (MPU) dan Mesyuarat Pengarah-Pengarah (MPP) merupakan medium yang dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan terbaik secara kolektif. Keputusan yang dibuat pada setiap mesyuarat melibatkan pengurusan, operasi juga pentadbiran agar gerak kerja di AADK dapat dijalankan selancar mungkin.Sepanjang tahun 2024, BDPP berjaya mengurusetiakan MPU sebanyak sembilan kali dan MPP sebanyak lima kali yang telah diadakan di Ibu Pejabat AADK dan di luar pejabat AADK. MPP Bilangan 3 Tahun 2024 juga telah diselitkan dengan sesi Pindaan Rang Undang-Undang bagi memberi penjelasan kepada Pengarah-Pengarah AADK berkaitan pindaan yang sedang dilakukan dan persediaan yang perlu dibuat disetiap PTJ agar bersedia dengan pewartaan kelak.PELAKSANAAN MESYUARAT PENGURUSAN UTAMA (MPU) TAHUN2023 DAN MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH (MPP) TAHUN 2023Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bilangan 2 Tahun 2024 di KSL Hotel and Resort, Johor Bahru, Johor
LAPORAN TAHUNAN 2024102Mesyuarat Pengarah-Pengarah Bilangan 5 Tahun 2024 di Hotel Thistle, Port Dickson, Negeri SembilanMesyuarat Pengurusan Utama
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN103BENGKEL PENYEDIAAN BUKU LAPORANTAHUNAN AADK 2023Bagi meningkatkan kualiti penghasilan laporan tahunan AADK yang merupakan antara instrumen penyaluran maklumat kepada warga dalaman dan juga orang awam, satu bengkel penyediaan buku laporan tahunan AADK buat julung kalinya telah diadakan bermula 28 Februari sehingga 1 Mac 2024 di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan.Bengkel ini dihadiri oleh pegawai yang akan menyediakan input pelaporan daripada Bahagian dan Unit serta Pusat Latihan. Pengisian bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pegawai - pegawai dengan kaedah pengurusan serta penulisan laporan yang berkesan. Selain itu, pegawai yang menyertai bengkel ini juga akan dapat mempelajari cara penulisan laporan yang cara meliputi tatabahasa, ejaan, pembinaan ayat dan penggunaan laras bahasa yang tuntas bagi penulisan laporan tahunan AADK. Bengkel ini telah mengundang Tuan Abd. Karim A. Bakar, Munshi dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi ilmu kepada pegawai yang terlibat.Gambar semasa pelaksanaanBengkel Penyediaan Laporan Tahunan AADK
LAPORAN TAHUNAN 2024104JELAJAH KPI TAHUN 2024Bagi tahun 2024, BDPP meneruskan aktiviti Jelajah KPI untuk menyediakan ruang dan peluang kepada setiap Bahagian Teras terutamanya untuk menyampaikan penerangan kepada pelaksana di lapangan agar pemahaman mengenai KPI yang telah ditetapkan supaya lebih jelas dan mudah difahami. Pada tahun 2024, Jelajah KPI berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Julai hingga Ogos 2024 di 5 Zon PTJ. Keistimewaan Jelajah KPI kali ini, Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) turut sama hadir pada sesi jelajah terakhir bersama-sama warga kerja AADK dan memberi ruang warga kerja di lapangan untuk memberi input mengenai KPI terus kepada Pengurusan Tertinggi.Selain sebagai medium menerima input dari lapangan berkaitan KPI yang digariskan, Siri Jelajah tahun 2024 turut mengambil peluang untuk sesi penerangan dalam pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) Tahun 2024 yang akan diaplikasikan oleh semua warga apabila telah digazetkan kelak. Para peserta yang terlibat dalam sesi ini memberi tumpuan sepenuhnya pada sesi penerangan kerana ini merupakan agenda utama AADK yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Selain itu, dalam kesempatan sesi jelajah kali ini, wakil Bahagian Teras yang hadir bersama mengambil peluang turun ke pejabat AADK yang berhampiran bagi membuat sesi bersemuka berkenaan KPI yang telah digariskan.Zon Borneo diadakan pada 18 Julaidi AADK Daerah Miri, Sarawak dan pada 19 Julai di PUSPEN Papar, Sabah
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN105Zon Tengah diadakan pada8 Ogos 2024 di AADK Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Zon Timur diadakan pada 23 dan 24 Julai 2024 di Kompleks Banggunan Persekutuan Kemaman, Terangganu
LAPORAN TAHUNAN 2024106Zon Selatan diadakanpada 21 dan 22 Ogos 2024 di Kompleks KDN Melaka, MelakaZon Utara diadakan pada 12 da 13 Ogos 2024 di PUSPEN Bukit Chabang, Perlis
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN107LAPORAN PENYALAHGUNAAN DANPENAGIHAN DADAH SERTA BAHANTAHUN 2024Penemuan tahun 2024 menunjukkan bahawa statistik penyalah guna dan penagih dadah serta bahan meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding tahun 2023. Situasi ini menunjukkan bahawa setiap 100 000 orang penduduk terdapat sebanyak 566 orang penyalah guna dan penagih dadah serta bahan. Peningkatan ini disebabkan tindakan pengesanan yang dijalankan secara agresif dan aktif oleh pihak penguatkuasaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Statistik menunjukkan bahawa tiga buah negeri mencatat bilangan penyalah guna dan penagih dadah serta bahan tertinggi pada tahun 2024, iaitu Selangor dengan 25 032 orang, diikuti Johor dan Kelantan masing-masing sebanyak 21 366 orang dan 21 338 orang. Negeri-negeri yang berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand merekodkan kadar penyalah guna dan penagih bagi 100 000 orang penduduk adalah tinggi.Penemuan tahun 2024 menunjukkan bahawa statistik penyalah guna dan penagih dadah serta bahan meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding tahun 2023. Situasi ini menunjukkan bahawa setiap 100 000 orang penduduk terdapat sebanyak 566 orang penyalah guna dan penagih dadah serta bahan. Peningkatan ini disebabkan tindakan pengesanan yang dijalankan secara agresif dan aktif oleh pihak penguatkuasaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Statistik menunjukkan bahawa tiga buah negeri mencatat bilangan penyalah guna dan penagih dadah serta bahan tertinggi pada tahun 2024, iaitu Selangor dengan 25 032 orang, diikuti Johor dan Kelantan masing-masing sebanyak 21 366 orang dan 21 338 orang. Negeri-negeri yang berada berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand merekodkan kadar penyalah guna dan penagih bagi 100 000 orang penduduk adalah tinggi. AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)KEMENTERIAN DALAM NEGERI Laporan Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah serta Bahan Tahun 2024
Berdasarkan Carta 1, Kelantan merupakan negeri yang berada di kedudukan teratas yang mempunyai kadar penyalah guna dan penagih tertinggi bagi setiap 100 000 penduduk iaitu, sebanyak 1130 orang, diikuti oleh Terengganu dan Perlis masing-masing sebanyak 974 dan 965 orang. Carta 1 Kedudukan negeri berdasarkan kadar penyalah guna dan penagih bagi setiap 100 000 pendudukLAPORAN TAHUNAN 2024108PERLIS KEDAHKELANTANTERENGGANU PAHANG W.P. PUTRAJAYA JOHOR MELAKA N. SEMBILAN W.P.K.L. SELANGOR PERAKP. PINANGSARAWAK W.P. LABUAN SABAH19,915 Orang 2,217.50 898 Orang14,452 Orang 1,800.40 803 Orang 16,002 Orang 2,569.60 623 Orang 2,864 Orang 296.80 965 Orang 25,032 Orang 7,363.40 340 Orang 11,423 Orang 2,067.50 553 Orang 6,998 Orang 1,240.10 564 Orang 7,684 Orang 1,047.10 734 Orang 21,366 Orang 4,186.30 510 Orang 12,833 Orang 1,668.20 769 Orang 556 Orang 120.30 462 Orang 12,004 Orang 1,232.10 974 Orang 21,338 Orang 1,888.50 1,130 Orang 478 Orang 100.8 474 Orang 9,207 Orang 3,363.40 246 Orang 10,705 Orang 2,518.10 425 Orang BILANGAN PENYALAHGUNA & PENAGIH DADAH ANGGARAN PENDUDUK (’000) KADAR PENYALAH GUNA & PENAGIH BAGI 100,000 PENDUDUK
Carta 2 Penyalah guna dan penagih mengikut jantina, bangsa dan julat umur pada tahun 2024AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN109JANTINAJANTINAJULAT UMURBANGSACarta 2 memaparkan statistik penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan dari segi jantina, bangsa dan julat umur. Statistik bagi tahun 2024 menunjukkan bahawa golongan lelaki paling banyak terlibat dalam kes penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan dengan peratusan sebanyak 96 peratus. Penyalah guna dan penagih dalam kalangan bangsa Melayu juga kekal tinggi, iaitu 75.6 peratus. Selain itu, golongan berumur antara 15 hingga 39 tahun mencatatkan peratusan tertinggi, iaitu 60.9 peratus dengan peningkatan sebanyak 27.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. Julat umur 35 hingga 39 tahun merupakan julat umur tertinggi terlibat dengan catatan sebanyak 34,014 orang atau 17.6 peratus. 184,21996%8,6384%175,000150,000125,000100,00075,00050,00025,000145,87775.6%7.7% 7.7% 1.2%4.8%14,861 14,935 2.9%2,3329,322 5,5300MELAYUCINAINDIALAIN-LAINPRIBUMISABAHPRIBUMISARAWAK0-14 TAHUN0-14 TAHUN 28ORANG 15-19 TAHUN 2,563ORANG20-24 TAHUN 17,627ORANG25-29 TAHUN 29,955ORANG30-34 TAHUN 33,319ORANG35-39 TAHUN 34,014ORANG40-44 TAHUN 30,051ORANG45-49 TAHUN 20,828ORANG50-54 TAHUN 12,576ORANG55-59 TAHUN 6,733ORANG15-39 TAHUN 40-59 TAHUN60-64 TAHUN 3,310ORANG65-69 TAHUN 1,430ORANG70-74 TAHUN 370 ORANG75-79 TAHUN 49 ORANG80+ TAHUN 7ORANG60+ TAHUN
LAPORAN TAHUNAN 2024110Carta 3 Penyalah guna dan penagih mengikut tahap pendidikan dan kategori pekerjaan pada tahun 2024Carta 3 menunjukkan statistik penyalah guna dan penagih mengikut tahap pendidikan dan kategori pekerjaan pada tahun 2024. Tahap pendidikan menengah dari peringkat PMR sehingga SPM/SPMV mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 112 647 orang dengan peningkatan sebanyak 20.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Dari segi kategori pekerjaan pula, golongan penganggur mencatat bilangan tertinggi, iaitu 70 520 orang dengan peningkatan 36.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Seterusnya, diikuti oleh kategori bekerja sendiri dan sektor swasta masing-masing mencatatkan sebanyak 55 545 dan 40 685 orang. Pendidikan dan pekerjaan merupakan elemen penting dalam usaha mencegah keterlibatan individu dalam masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan.TAHAP PENDIDIKANPeringkatSekolah RendahTahap Pendidikan Menengah42,545 org 70,102 org7.7% 22.1% 36.3%762 org0.4%Sijil Kemahiran Diploma Sarjana Muda/Sarjana/ PhDTiadaPendidikan FormalPMR atausetarafSTPM atau yangsetaraf SPM/ SPMV1.1% 1.6% 0.4% 30.4%14,773 org2,101 org 3,098 org 817 org 58,659 orgKATEGORI PEKERJAANBekerja SendiriBuruhKerajaanPenganggurPenuntutPesaraRencam/ SambilanSwastaTiada Pekerjaan3.3% 6,427 org21.1% 40,685 org2.2% 0.1% 4,152 org213 org0.2% 356 org36.6% 70,520 org0.6% 1,197 org7.1% 13,762 org28.8% 55,545org
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN111Carta 4 merekodkan statistik penyalah guna dan penagih mengikut kategori dadah bagi tahun 2024. Kategori dadah Stimulan Jenis Amfetamin (ATS) merupakan dadah yang paling popular diambil oleh seramai 139 909 orang dengan peningkatan sebanyak 34.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 82.3 peratus merupakan penyalah guna dan penagih ATS berumur lingkungan 15 hingga 39 tahun. Selain itu, penyalah guna dan penagih yang mengambil ganja turut menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 63.4 peratus berbanding tahun sebelumnya. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa dadah jenis ATS kekal menjadi ancaman utama khususnya dalam kalangan generasi muda. Carta 4 Penyalah guna dan penagih mengikut kategori dadah tahun 2024KATEGORI DADAHORANG PENAGIHSTIMULAN JENISAMFETAMIN(ATS)(15-39 TAHUN)Stimulan JenisAmfetaminOpiat Ganja Lain-lain PilPsikotropik82.3%ATAU96,740139,909 org73.0%39,895 org21.0%7,121 org4.0%3,143 org2.0%2,789 org1.0%GERAN PENYELIDIKAN ILMIAH AGENSIANTIDADAH KEBANGSAANGeran Penyelidikan llmiah Agensi Antidadah Kebangsaan ialah geran yang disediakan oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan ilmiah dalam bidang berkaitan dadah. Tujuan penyelidikan ini adalah ke arah menjana modal intelektual, idea atau penemuan baharu dan penciptaan inovatif yang terkini, seiring dengan perkembangan semasa.Pembiayaan penyelidikan ini merupakan inisiatif AADK dalam meneruskan usaha untuk mempertingkatkan keupayaan kerajaan membanteras gejala penyalahgunaan dadah. Selain itu, inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi impak terhadap keberkesanan program pemulihan dan menggerakkan gelombang kesukarelaan.Geran ini juga bertujuan menggalakkan penglibatan penyelidik-penyelidik profesional, iaitu pensyarah Institusi Pengajian Tinggi (universiti awam dan IPT swasta) dan pihak perunding dalam menambah baik kualiti perkhidmatan kerajaan yang disediakan melalui AADK.
Berikut bidang-bidang penyelidikan yang dibenarkan di bawah Geran Penyelidikan llmiah AADK :Setiap permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK perlu memenuhi kriteria yang berikut :Keutamaan penganugerahan geran ini diberikan kepada penyelidik yang telah menunjukkan komitmen dan prestasi memberangsangkan dalam penyelidikan. Pemohon, ketua penyelidik atau ahli-ahli penyelidikan perlu mempunyai pengetahuan luas dalam bidang penyelidikan yang ingin dikaji. Tempoh penyelidikan adalah antara empat bulan hingga satu tahun. Walau bagaimanapun, kelulusan untuk melanjutkan tempoh penyelidikan adalah tertakluk pada pertimbangan Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK.Hasil penyelidikan menjadi hak bersama AADK dan penyelidik. Penyelidik perlu menerbitkan hasil penyelidikan tersebut setelah mendapat kebenaran AADK. Penyelidik juga perlu menyatakan dengan jelas hasil penyelidikan adalah hak milik penyelidik bersama AADK. Hak pemilikan Harta Intelek pula dimiliki oleh AADK. Penyelidik boleh memohon pendaftaran Harta Intelek sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa setelah mendapat kelulusan AADK. Segala perbelanjaan bagi perlindungan Harta Intelek adalah di bawah tanggungjawab penyelidik.Permohonan Geran Penyelidikan llmiah AADK akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Geran Penyelidikan Ilmiah AADK yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah AADK. Sebanyak lima kali Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Geran Penyelidikan Ilmiah AADK dan lima kali Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2024 yang melibatkan sebanyak 18 kajian penyelidikan. Sebanyak tiga daripada jumlah penyelidikan tersebut merupakan penyelidikan tahun-tahun sebelumnya dan 15 permohonan telah diluluskan bagi penyelidikan baharu bermula tahun 2024.LAPORAN TAHUNAN 20241121. Rawatan, Perubatan dan Pemulihan2. Pendidikan Pencegahan3. Pengawasan dan Pengesanan4. Dasar Dadah Negara5. Kerjasama Antarabangsa6. Undang-Undang Berkaitan Dadah7. Teknologi Maklumat Berkaitan Dadah1. Penyelidikan yang dimohon merupakan projek yang dapat menghasilkan sesuatu penemuan yang mampu membangunkan dan meningkatkan perkhidmatan AADK kepada masyarakat.2. Hasil kajian akan dapat menambah baik sesuatu polisi supaya sentiasa relevan dengan trend dan perkembangan masalah dadah semasa.3. Penyelidikan harus mampu membangunkan pelbagai kaedah terkini berdasarkan bukti saintifik yang mempunyai nilai tambah dan boleh dipraktiskan terutamanya dalam program-program rawatan, perubatan dan pemulihan dadah, pencegahan, dan usaha membanteras dadah. 4. Penyelidikan haruslah mengambil kira pendekatan transformasi AADK.
Berikut merupakan penyelidikan-penyelidikan yang telah dinilai sepanjang tahun 2024:AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN113PENYELIDIKAN YANG DILANJUTKAN KE TAHUN 2024Bil. Tajuk KajianKetua Penyelidikan Tempoh KajianNilai Hidup Belia dan Remaja sertaHubungannya denganPenyalahgunaan Dadah1.2.3.Indeks Antidadah KebangsaanModal Kepulihan dan PengesananKlien Tamat Menjalani ProgramAADKProf. Madya Dr. ParamjitSingh Jamir Singh(USM)Dr. Zulkifli bin Hamisan@ Khair(UTM)Prof. Madya Dr. MohdAzhar bin Abd Hamid(UTM)1 Jun 2022 –30 Jun 2024RM150,000.001 Jun 2022 – 31 Mac 2024RM452,000.001 Jun 2022 –30 Jun 2025RM537,000.00Universiti Kos KajianPENYELIDIKAN BAHARU TAHUN 2024Bil. Tajuk KajianKetua Penyelidikan Tempoh KajianAnggaran Penagih Dadah danBahan di Kawasan Berisiko Tinggi,Berisiko dan Umum di NegeriSelangor Menggunakan KaedahPengganda Perkhidmatan danPersampelan Dipandu Responden1. Dr. Mohamad Salleh binAbdul Ghani(UPM)18 Bulan(1 Mei 2024 –30 November2025)RM161,070.00Kepentingan dan KeberkesananKemudahan PersekitaranTerapeutik dalam ProgramPemulihan: Perbandingan PPDP2. Prof. Dr. Mohd RidhuanTee bin Abdullah (UNISZA)18 Bulan(1 April 2024 –30 November2025)RM168,430.00Dadah Melintasi Sempadan: DasarLegalisasi Ganja di Thailand danImplikasinya Terhadap Malaysia3. Dr. Ma Kalthumbinti Ishak(UTM)16 Bulan(1 Mei 2024 –30 September2025)RM106,150.00Meta-Analisis Rawatan danPemulihan PenyalahgunaanDadah Jenis Amphetamine-TypeStimulant (ATS)4. Dr. Naqiuddin binDahamat Azam(UPM)15 Bulan(1 Mei 2024 –31 Julai 2025)RM44,500.00Universiti Kos Kajian
PENYELIDIKAN BAHARU TAHUN 2024Bil. Tajuk KajianKetua Penyelidikan Tempoh KajianAnalytical Profiling and Screeningfor Amphetamine-Type Stimulants(ATS) Drugs and Morphine UseTemporal Patterns in Putrajaya City,Using Wastewater-Based DrugEpidemiology (WBDE)5. Dr. Tay Joo Hui(UMP)16 Bulan(1 Mei 2024 –31 Ogos 2025)RM45,600.00Profiling the Pattern of Use of NewPsychoactive Substances (NPS) inMalaysia6. Dr. Norazrina binti Azmi(UKM)18 Bulan(15 Mei 2024 –15 November2025)RM40,000.00Elucidation of Metabolic Pathwaysof Amphetamine-Type Stimulants(ATS) Dependence and PsychosisUsing Metabolomics Approach7. Prof. MadyaDr. Baharudinbin Ibrahim(UM)15 Bulan(15 Mei 2024 –14 Ogos 2025)RM32,060.00Gaya Hidup, Ketagihan Vape danPenyalahgunaan Dadah dalamKalangan Remaja di Malaysia8. Prof. MadyaDr. Md Azalanshahbin Md Syed(UM)17 Bulan(15 Mei 2024 –14 Oktober2025)RM44,560.00Analisis Kos Kesan (Cost EffectiveAnalysis) Program Rawatan danPemulihan di bawah Model i-Pulih9. Dr. Yurita Yakiminbinti Abdul Talib(UUM)16 Bulan(15 Mei 2024 –15 September2025)RM83,000.00Pendekatan Fenomenologi:Eksplorasi PelaksanaanPerkhidmatan AADKMenggunakan Model i-CegahMelalui Penyelidikan PenyertaanBerasaskan Komuniti (CBPR)10. Dr. Anuar bin Ali(UiTM)14 Bulan(15 Mei 2024 –14 Julai 2025)RM84,666.00Pemerkasaan KerangkaPerundangan yang MengawalSelia Penagihan Dadah di Malaysia11. Prof. MadyaDr. RamalinggamRajamanickam(UKM)16 Bulan(15 Julai 2024 –14 November2025)RM131,500.00Kajian Pengurusan SumberManusia Kompeten Agensi Antidadah Kebangsaan12. Prof. Dr. Ismi Arifbin Ismail (UPM)16 Bulan(15 Jun 2024 –14 Oktober2025)RM110,000.00Universiti Kos KajianLAPORAN TAHUNAN 2024114
PENYELIDIKAN BAHARU TAHUN 2024Bil. Tajuk KajianKetua Penyelidikan Tempoh KajianKajian KeberkesananPerkhidmatan AADK kepadaMasyarakat13. Prof. MadyaDr. Mahadir Ladisma @ Awis(UiTM)16 Bulan (15 Jun 2024 –15 Oktober2025)RM430,000.00Kajian Keberhasilan ProgramPengurangan Kawasan BerisikoTinggi Agensi AntidadahKebangsaan14. Dr. Phoong Seuk Yen(UPSI)17 Bulan(15 Oktober2024 –14 Mac 2026)RM367,500.00Kompetensi Pegawai PemulihanAADK Menentusah PenagihDadah atau Bahan dan Penyalahguna Dadah atau Bahan di PusatSaringan Dan Penilaian Dadah(Drug Assessment Center)15. Dr. Zainudin bin Omar(UUM)14 Bulan(15 September2024 –14 November 2025)RM400,000.00Universiti Kos KajianAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN115Terdapat lebih daripada 125 buah penyelidikan telah dijalankan di bawah Geran Penyelidikan Ilmiah AADK sejak tahun 2007 meliputi aspek seperti pendidikan pencegahan dadah, kempen kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, kaedah rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan undang-undang dan polisi berkaitan dadah, serta penyedia perkhidmatan untuk rawatan dan pemulihan dadah.Mesyuarat JawatankuasaPemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK yang dipengerusikan oleh Tuan Khairul Anwar bin Bachok, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADKMesyuarat JawatankuasaPemandu Geran Penyelidikan Ilmiah AADK yang dipengerusikan oleh Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK
Persembahan Mini Muzikaldaripada Skuad Antidadah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta klien PUSPEN Sungai Besi.LAPORAN TAHUNAN 2024116SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAHKEBANGSAAN TAHUN 2024 (SSPDK2024)Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan tahun 2024 (SSPDK2024) pada 26 Jun 2024 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Penganjuran kali keenam ini telah memartabatkan jaringan dan kerjasama antara semua pihak baik kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkepentingan dan komuniti untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan.Barisan tetamu kehormatdaripada pelbagai kementerian/ jabatan/ agensi kerajaan, pihak universiti serta badan bukan kerajaan (NGO).
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN117Seramai lebih 1400 orang peserta dalam kalangan pegawai kementerian/jabatan/agensi yang terlibat dengan pelaksanaan Dasar Dadah Negara, NGO dan sukarelawan, ahli akademik, pelajar Institut Pengajian Tinggi, pengamal bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah, kaunselor, penyelidik dan juga pemimpin masyarakat telah menghadiri SSPDK2024 pada tahun ini.Simposium ini telah berjaya membuka ruang dialog saintifik yang konstruktif dan menjadi pemangkin kepada pembangunan dasar, modul rawatan serta pendekatan baharu dalam menangani isu penagihan dadah secara holistik. Perkara ini selaras dengan matlamat AADK untuk memperkukuh amalan berasaskan data dan penyelidikan dalam semua aspek pencegahan dan pemulihan dadah demi mencapai sasaran masyarakat bebas dadah menjelang tahun 2030.Pada tahun 2024, tema yang ditetapkan ialah “Perkasa Sinergi, Perkukuh Solidariti”, iaitu seiring dengan hasil dapatan Kajian Indeks Antidadah Kebangsaan 2023 yang mencadangkan pemerkasaan sinergi pelbagai pihak dalam tindakan menangani penawaran dan permintaan terhadap dadah. Sinergi bermaksud usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian. Sinergi akan menghasilkan pencapaian, keberkesanan dan keberhasilan yang lebih signifikan. Usaha sama secara kolaboratif dan bersepadu antara semua pihak dalam pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan akan membuahkan impak yang lebih besar dan berkesan. Selaras dengan tema Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 yang difokuskan kepada kesukarelawanan, AADK menyeru kepada semua peserta yang hadir untuk meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan perpaduan serta kesatuan dalam melindungi masyarakat Malaysia daripada bahaya dadah. Sinergi antara agensi kerajaan, swasta dan NGO serta solidariti dalam melahirkan masyarakat Malaysia bebas dadah akan dicapai melalui komunikasi yang efektif, persefahaman dan visi yang dikongsi bersama.Pembentangan Sesi Selari daripada wakil universiti
OBJEKTIFSesi bergambar peserta bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail,Menteri Dalam Negeri.LAPORAN TAHUNAN 2024118Objektif SSPDK2024 adalah seperti yang berikut :IMPAK SSPDK2024Penganjuran SSPDK 2024 telah memberi impak yang signifikan dalam memperkukuh kerangka kolaborasi antara AADK dan pelbagai institusi penyelidikan serta rakan strategik dalam bidang rawatan dan pencegahan penagihan dadah. Hasil daripada pertemuan dan perbincangan yang diadakan sepanjang simposium, beberapa cadangan penyelidikan baharu telah dikenal pasti, termasuk pembangunan modul rawatan berasaskan bukti dan inovasi teknologi pemulihan yang lebih responsif terhadap keperluan klien. Penubuhan Jaringan Penyelidikan Rawatan dan Pemulihan Dadah yang melibatkan 12 institusi pengajian tinggi tempatan turut menjadi pencapaian utama yang dijangka dapat merangsang penghasilan lebih banyak kajian lapangan dan penambahbaikan dasar.Di samping itu, maklum balas peserta menunjukkan peningkatan pengetahuan dan kefahaman terhadap pendekatan saintifik dalam intervensi rawatan, dengan 89 peratus peserta melaporkan peningkatan tahap pemahaman mereka selepas mengikuti sesi-sesi simposium. 1. Menyediakan platform kepada pengamal pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan undang-undang dan ahli akademik untuk berkongsi mengenai isu kontemporari, konsep dan polisi berkaitan dadah dan bahan.2. Meningkatkan perkongsian berkaitan amalan terbaik dan pendekatan berasaskan pembuktian dalam mengawal permasalahan dadah.3. Meningkatkan jaringan dan kerjasama dalam kalangan peserta.4. Meningkatkan penglibatan rakan strategik dan rakan pintar dalam mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.
SEKTOR PENGURUSANBAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
LAPORAN TAHUNAN 2024120PENGENALANBahagian Khidmat Pengurusan (BKP) bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan, pembangunan infrastruktur serta pengurusan sumber maklumat bagi menyokong perkhidmatan teras AADK. Fungsi BKP:1. Menguruskan perkhidmatan sumber manusia yang merangkumi pengambilan, pengisian jawatan, kenaikan pangkat dan penilaian prestasi;2. Merancang dan menguruskan keperluan latihan sumber manusia;3. Menguruskan dan menyelia hal ehwal belanjawan tahunan bagi peruntukan mengurus dan peruntukan pembangunan;4. Mengawal dan memantau perbelanjaan tahunan dan menyelia rekod kewangan; 5. Menyelia dan memantau prestasi pelaksanaan projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal;6. Menguruskan urusan pentadbiran am, penyelenggaran bangunan ibu pejabat, Kenderaan Jabatan dan pengurusan rekod dan fail; 7. Menyelaraskan pengurusan aset alih dan aset tak alih;8. Menguruskankan urusan sewa ruang premis; 9. Menyelaras program-program inovasi dan kualiti; dan 10. Menguruskan pusat sumber sebagai rujukan maklumat berkaitan antidadah serta mewujudkan warga kerja berbudaya ilmu. Tahniah kepada seramai 467 orang pegawai AADK yang terpilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia untuk dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023. Pada tahun 2024, selaras dengan hasrat Kementerian Dalam Negeri, buat julung kalinya Majlis APC AADK telah diadakan di tiga zon berbeza sebagai tanda menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa dan memberikan sumbangan besar dalam menjayakan misi dan visi AADK. Majlis ini juga bertujuan menggalakkan budaya kerja cemerlang serta memberi inspirasi kepada semua pegawai untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.Di peringkat Zon Tengah, Majlis APC telah diadakan pada 9 Mei 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK bagi meraikan 427 orang kakitangan AADK di Semenanjung. Bagi peringkat Zon Sabah dan Sarawak pula, seramai 40 orang kakitangan telah diraikan bersama-sama dengan Jabatan dan Agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri. Di Zon Sabah, majlis telah diadakan pada 12 Julai 2024 bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), manakala di Zon Sarawak majlis telah diadakan pada 17 Ogos 2024 bertempat di Raia Hotel, Kuching. Ketiga-tiga majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGBAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (BKP)
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN121Pada majlis tersebut, semua penerima APC telah menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan insentif berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional yang bernilai RM1,000 setiap seorang. Dalam masa yang sama, mereka juga menerima sumbangan cenderamata tanda kenangan daripada Kelab Kebajikan dan Sukan AADK.
LAPORAN TAHUNAN 2024122Majlis APC 2023 yangdiadakan di Dewan Sri Akasia9 Mei 2024
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN123Majlis APC Peringkat Sabah 2023 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC)12 Julai 2024
LAPORAN TAHUNAN 2024124Majlis APC Peringkat Sarawak yang diadakan di Raia Hotel, Kuching Sarawak17 Ogos 2023
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN125Seramai 93 orang pesara telah diraikan dalam Majlis Persaraan AADK yang bertemakan “Semarak Budi, Kilauan Bakti” pada 7 November 2024 bertempat di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK. Majlis yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah AADK ini diadakan dengan tujuan menzahirkan penghargaan, pengiktirafan dan ucapan terima kasih kepada para pesara atas sumbangan dan sokongan padu dalam usaha membantu AADK mencapai visi dan misi AADK. Majlis ini bukan sekadar simbolik perpisahan atau pengakhiran hubungan bersama AADK, sebaliknya bertujuan meraikan dan menzahirkan penghargaan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan, jasa, keringat, dan bakti yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat dengan agensi ini.Dalam majlis ini, para pesara telah menerima Sijil Penghargaan dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional yang bernilai RM600 setiap seorang sebagai hadiah penghargaan. Mereka turut menerima sumbangan cenderamata tanda kenangan daripada Kelab Kebajikan dan Sukan AADK sebagai tanda ingatan kepada pesara. MAJLIS PERSARAAN
LAPORAN TAHUNAN 2024126Majlis Persaraan yang diadakan di Dewan Sri Akasia7 November 2024
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN127Pada tahun 2024, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diperkenalkan untuk meningkatkan keberkesanan dalam pengurusan saraan penjawat awam di Malaysia. SSPA bertujuan untuk memperkemas, mempertingkat ketelusan, serta mengurangkan isu-isu berkaitan pengurusan gaji, elaun dan faedah lain bagi penjawat awam. Sistem ini turut diperkenalkan bersandarkan kepada falsafah ganjaran (total rewards) menyeluruh dan ia perlu disokong dengan pembudayaan nilai-nilai murni teras yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.Seiring dengan pelaksanaan SSPA, satu taklimat berkaitan SSPA telah diadakan khusus untuk pengurus sumber manusia di Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada 11 Oktober 2024. Seramai 148 pegawai daripada pelbagai PTJ hadir untuk mengikuti taklimat tersebut. Sesi ini memberikan peluang kepada pengurus sumber manusia untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam mengenai pelaksanaan SSPA.TAKLIMAT SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
LAPORAN TAHUNAN 2024Taklimat SSPA kepada Pengurus Sumber Manusia yang diadakan di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi Institut Pendidikan Guru (IPG)11 Oktober 2024128
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN129Seramai 73 Pembantu Antidadah Gred S19 yang baru dilantik telah menerima surat penempatan dalam Majlis Tamat Latihan dan Apresiasi yang berlangsung di Pusat Latihan AADK (PLAK), Sungai Petani, Kedah.Pegawai akan memulakan tugas di lokasi penempatan masing-masing, termasuk di peringkat negeri dan daerah, serta PUSPEN di seluruh negara.Latihan intensif selama tiga minggu bermula pada 29 September 2024 diadakan untuk memastikan para pegawai lantikan baharu ini menguasai tiga elemen asas iaitu penguatkuasaan dan keselamatan, pencegahan serta rawatan, perubatan dan pemulihan yang menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan AADK dan diselitkan juga dengan pendedahan dari aspek pengurusan.Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Encik Khairul Anwar Bachok, yang turut menyampaikan amanat agar para pegawai supaya menjaga nama baik agensi, berdisiplin dan sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab.KURSUS ASAS PENEMPATAN PEGAWAI BAHARU
LAPORAN TAHUNAN 2024130 Majlis Tamat Latihan dan Apresiasi yang diadakan di PLAK 29 Oktober 2024
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN131Kursus Team Building Pegawai Gred 41 dan 44 AADK Siri 1/2024 telah diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara, Saujana Asahan, Pekan Asahan, Melaka pada 28 Februari hingga 1 Mac 2024 dan telah disertai seramai 82 orang peserta. Kursus Team BuildingPegawai Gred 41 dan 44 AADK Siri 2/2024 pula telah diadakan di Felda Residence Tekam, Jerantut pada 3 hingga 5 Julai 2024 dan telah disertai seramai 85 orang peserta. Kedua-dua siri kursus ini disertai oleh peserta yang terdiri daripada semua Penolong Pengarah pelbagai skim daripada Ibu Pejabat, AADK Negeri, PUSPEN dan Pusat Latihan AADK (PLAK).Program ini bertujuan membentuk kumpulan kerja berpasukan yang utuh dan memberi semangat dan motivasi kepada peserta agar menjadi kumpulan kerja yang sentiasa menghasilkan kualiti kerja yang terbaik. Selain itu, program ini dapat membantu semua peserta untuk meningkatkan sahsiah diri serta keperibadian yang baik melalui slot program yang telah disediakan.Selain itu, usaha ini juga dilihat dapat mewujudkan kemahiran komunikasi organisasi yang berkesan dalam kalangan peserta agar menjadi ahli pasukan yang hebat khususnya dalam menyelesaikan pelbagai masalah konflik pada masa akan datang.KURSUS TEAM BUILDING PEGAWAI GRED 41 DAN 44 AADKSIRI 1/2024 DAN SIRI 2/2024
LAPORAN TAHUNAN 2024132Kursus Team Building Pegawai Gred 41 dan 44 AADK Siri 1/2024 yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara, Saujana Asahan, Pekan Asahan, Melaka23 Feb - 1 Mac 2024
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN133Kursus Team Building Pegawai Gred 41 dan 44 AADK Siri 2/2024 yang diadakan di Felda Residence Tekam, Jerantut3-5 Julai 2024Kursus Team Building Kumpulan Pelaksana telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober 2024 bertempat di The Academy, DRB HICOM Learning Centre, Port Dickson telah disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai gred dari dari Ibu Pejabat, AADK Negeri, PUSPEN dan AADK Daerah.Tujuan utama kursus ini adalah untuk memperkukuh semangat kerjasama, komunikasi dan kecekapan dalam bekerja secara berkumpulan. Selain itu, dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan kerjasama dan kemahiran komunikasi antara peserta bagi memastikan aliran maklumat yang jelas dan tepat. Kursus ini juga dapat memupuk semangat kepimpinan, meningkatkan ketahanan dan kecekapan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam tugas harian serta menyuntik semangat motivasi kepada peserta untuk bekerja lebih bersemangat dan fokus terhadap objektif organisasi.Program ini juga dilihat dapat memperbaik kerjasama dalam pasukan dan meningkatkan produktiviti serta semangat kerja dalam kalangan peserta.KURSUS TEAM BUILDING KUMPULAN PELAKSANA
LAPORAN TAHUNAN 2024134
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN135Kursus Team Building Kumpulan Pelaksana yang diadakan di The Academy, DRB Hicom Learning Centre, PDA Dickson1-3 Oktober 2024
LAPORAN TAHUNAN 2024136Kursus Pra Persaraan telah diadakan di Melaka pada 11 hingga 13 September 2024. Kursus ini bertujuan membantu warga kerja AADK mempersiap diri dari segi fizikal, mental, rohani, dan emosi untuk menghadapi kehidupan selepas bersara dengan lebih tenang dan produktif. Antara modul yang disediakan ialah Persediaan Psikologi Sebelum Bersara, Faedah Persaraan, Pengurusan Kewangan dan Kesedaran Ancaman Jenayah Siber.Seramai 61 peserta daripada pelbagai skim gred (11 hingga 54) termasuk kakitangan dari peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat menyertai kursus ini.KURSUS PRA PERSARAAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN137Kursus Pra Persaraan yang diadakan di Hotel Swiss-Garden Melaka11-13 September 2024
LAPORAN TAHUNAN 2024138Peperiksaan Khas Peningkatan Secara Lantikan (PSL) telah diadakan pada 30 hingga 31 Julai 2024 bertempat di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang, Selangor. Seramai 75 orang calon Penolong Pegawai Antidadah Gred S29, S32 dan S38 telah menduduki Peperiksaan Khas PSL bagi memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Antidadah Gred S41 dan seramai 225 orang calon Pembantu Antidadah Gred S19, S22 dan S26 telah menduduki Peperiksaan Khas PSL bagi memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29. Peperiksaan Khas PSL ini bertujuan menilai pengetahuan, kemahiran dan potensi pegawai khususnya yang sedang berkhidmat yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf bagi menjawat jawatan gred yang lebih tinggi dengan peningkatan pangkat melalui lantikan. Peperiksaan Khas PSL yang telah diadakan di Dewan Jubli, INSPEN Kajang, Selangor30-31 Julai 2024PEPERIKSAAN KHAS PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN139Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan platform yang diwujudkan sebagai saluran komunikasi dua hala antara pihak pekerja dengan majikan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi. MBJ perlu diwujudkan bagi setiap jabatan dan Ketua Jabatan mempunyai kuasa membuat keputusan terhadap urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan. Ketua Pengarah memainkan peranan penting dalam memastikan MBJ ditubuhkan di jabatannya. Pelaksanaan MBJ di AADK adalah sebagaimana yang termaktub dalam Garis Panduan Penubuhan dan Perjalanan Mesyuarat MBJ iaitu sebanyak tiga kali dalam setahun. Pada tahun 2024, Mesyuarat MBJ telah bersidang pada 19 Mac 2024 (Bil.1/2024), 3 Julai 2024 (Bil.2/2024) dan 11 November 2024 (Bil.3/2024). Sebanyak 15 usul dibangkitkan oleh Pihak Pekerja dalam MBJ tahun 2024. Usul yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan hal perkhidmatan, pentadbiran dan kebajikan warga AADK. Penyelesaian kepada semua usul yang dibangkitkan telah diputuskan secara bersama dan adil melalui perbincangan dan perkongsian idea oleh semua ahli MBJ berlandaskan dasar kerajaan yang sedia ada. MBJ telah memainkan peranan yang penting kerana berjaya memupuk hubungan yang harmoni di antara pihak pekerja dan majikan serta berfungsi sebagai platform penyelesaian masalah dan inovasi agensi. Selain itu, MBJ juga telah memastikan kesediaan Pihak Pekerja dan majikan mendengar dan berbincang secara profesional dalam mencari jalan penyelesaian dalam semua isu berbangkit dalam mesyuarat tersebut.MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
LAPORAN TAHUNAN 2024Persidangan MBJ AADK sepanjang tahun 2024140
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN141Cawangan Kewangan dan Perolehan, BKP telah menyelaras sesi semakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahun 2025 bagi semua PTJ termasuk Ibu Pejabat selama 12 hari bermula pada 15 hingga 31 Januari 2024 bertempat di Ibu Pejabat. Sesi semakan ini telah dipengerusikan oleh Puan Shobah binti Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) bagi meneliti semua cadangan anggaran belanjawan mengurus (ABM) yang diperlukan oleh semua PTJ. Sesi semakan ini penting bagi memastikan semua keperluan di bawah belanja mengurus terutama yang melibatkan perkhidmatan teras AADK dibida sewajarnya dan memenuhi keperluan semasa AADK. Fokus permohonan ABM tahun 2025 juga meneliti aspek menaik taraf fasiliti dan penyelenggaraan agar fasiliti AADK dapat berfungsi pada kadar optimum. Semua Pengarah Bahagian dan PTJ AADK telah hadir untuk membentangkan cadangan ABM masing-masing berdasarkan keperluan setiap PTJ.SESI SEMAKAN ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS(ABM) TAHUN 2025Prestasi perbelanjaan sehingga 31 Disember 2024, AADK mencatatkan prestasi berbelanja sebanyak 97.69 peratus dengan jumlah perbelanjaan RM439,938,746.50 merangkumi aktiviti Dasar Sedia Ada (DSA), Program Khusus (PK), Pemberian Kemudahan Projek Khas dan One Off Harta Modal. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan adalah seperti dalam Jadual 1: Prestasi Perbelanjaan Bulan Disember 2024.PRESTASI PERBELANJAAN MENGURUS (OE) AADK
LAPORAN TAHUNAN 2024Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Pembinaan Satu Blok Sekolah serta Menaik Taraf PUSPEN Karangan, Kedah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri pada 10 November 2024. Majlis ini diadakan bagi membolehkan pengoperasian semula PUSPEN Karangan yang ditutup sementara sejak 1 Disember 2022 membabitkan peruntukan sebanyak RM17 juta. PUSPEN Karangan beroperasi semula dengan kemasukan klien fasa satu seramai 42 orang pada 23 Disember 2024. Kemasukan klien fasa kedua daripada PUSPEN Seri Iskandar seramai 40 orang klien selepas peperiksaan SPM tamat akhir Januari 2025.Skop projek: Pembinaan satu blok sekolah baharu ini terdiri daripada pejabat pentadbiran, bilik kelas, bilik makmal komputer, dewan terbuka dan dataran. kerja-kerja naik taraf dewan makan, dewan terbuka serbaguna, pos-pos pengawal, stor, menara tangki air serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PEMBINAAN SATU BLOKSEKOLAH DAN MENAIK TARAF PUSPEN KARANGANPERINCIAN PROJEKKos Projek (RM)Tahun KelulusanKontraktorTarikh MulaTarikh SiapPenyerahan Dan Perasmian17 JutaRP4 RMKe-11 Tahun 2020Bumi Aman Bina Sdn. Bhd.17 Januari 202205 Sep 202410 November 2024142
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN143Sesi bergambar MenteriDalam Negeri (lima dari kanan) dan Ketua Pengarah AADK (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan di hadapan pekarangan Sekolah PUSPEN Karangan, KulimSesi menandatanganidokumen penyiapan dan penyerahan projek daripada JKR kepada Bahagian Pembangunan, KDN
LAPORAN TAHUNAN 2024PROJEK BAIK PULIH DAN PEMBAIKAN KUARTERSDAN PREMIS AADK RINGKASAN STATUS PELAKSANAANPERUNTUKAN PERBELANJAAN BAKI / PENJIMATANBilangan Projek 19137RM 21,000,000.00 RM 20,428,319.38(97.28%)RM 571,680.62(2.72%)Bilangan PTJ yangterlibatIbu Pejabat AADK9 AADK Negeri26 PUSPENPLAKBangunan PsikososialPUSPEN Sungai Ruan sebelumkerja-kerja baik pulih dan pembaikan144Projek baik pulih dan pembaikan kuarters serta premis AADK melibatkan sebanyak 37 PTJ yang terdiri daripada Ibu Pejabat AADK Negeri, PUSPEN dan PLAK bagi mewujudkan tempat kerja yang lebih kondusif. Projek ini telah bermula pada pertengahan bulan Oktober 2024. Kesemua kontraktor yang dilantik telah berjaya menyiapkan kerja-kerja dengan sempurna sebelum atau pada 29 November 2024.
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAANBahagian dalam ruangaktiviti di Bangunan Psikososial PUSPEN Sungai Ruan sebelumkerja-kerja baik pulih dan pembaikanBangunan PsikososialPUSPEN Sungai Ruan selepaskerja-kerja baik pulih dan pembaikanRuangan tandas diBangunan Psikososial PUSPEN Sungai Ruan sebelum kerja-kerja baik pulih dan pembaikanBahagian dalam ruangaktiviti di Bangunan Psikososial PUSPEN Sungai Ruan selepas kerja-kerja baik pulih dan pembaikan145
LAPORAN TAHUNAN 2024146Ruangan tandas diBangunan Psikososial PUSPEN Sungai Ruan selepas kerja-kerja baik pulih dan pembaikanUntuk menjamin keselamatan dan mengurangkan kes kelarian klien di PUSPEN, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM83,666,000.00 dalam Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia ke-11 tahun 2020 bagi Projek Pemasangan Pagar Keselamatan anti-climb di PUSPEN seluruh negara. Sebanyak 25 lokasi yang terlibat dengan projek ini iaitu, 23 projek telah siap sepenuhnya dan dua lokasi masih dalam fasa pembinaan. Dengan adanya pembinaan pagar keselamatan anti-climb di PUSPEN ini, imej AADK dapat dijaga dan terus menjadi tempat rawatan serta kepulihan klien yang selamat daripada ancaman. Antara projek pagar keselamatan anti-climb yang telah siap dan diserahkan kepada AADK pada tahun 2024 ialah di PUSPEN Jelebu dan PUSPEN Perlop.PENYERAHAN PROJEK PEMASANGAN PAGAR ANTI-CLIMB
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN147PERINCIAN PROJEKLOKASI PUSPEN JELEBU PUSPEN PERLOPKos Projek (RM)Tahun KelulusanKontraktorTarikh MulaTarikh siapPenyerahan danPerasmian3,279,530.00 1,481,754.00Naturel Trading Relau Mutiara EnterpriseRP4 RMKe-11 Tahun 202020 Oktober 2021 07 Ogos 202305 Sept 2024 17 Oktober 202413 September 2024 04 Disember 2024Sesi menandatanganidokumen serahan projek di antara Jurutera Daerah JKR Jelebu, Ir. Syamsul Amri bin Mohd Ishak, wakil Bahagian Pembangunan, KDN dan AADKSesi bergambar bersamapasukan projek JKR Jelebu, wakil Bahagian Pembangunan KDN, CFSB JKR Malaysia, Kontraktor dan AADK
LAPORAN TAHUNAN 2024148Sesi lawatan tapakmeninjau pagar keselamatan anti-climb yang telah siap dibina dalam Kawasan PUSPEN JelebuPagar keselamatananti-climb yang telah siap dibina di PUSPEN JelebuSesi menandatanganidokumen serahan projek di antara Jurutera Kuala Kangsar, Perak, Ir. Ahmad Fariz bin Sapian dan Pengarah BKP AADK, Puan Syahriyah binti Syahadan
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN149Sesi lawatan tapakmeninjau pagar keselamatan anti-climb yang telah siap dibina dalam kawasan PUSPEN PerlopSesi bergambarbersama pasukan projek JKR Kuala Kangsar, Kontraktor dan AADKPagar keselamatananti-climb yang telah siap dibina di PUSPEN Perlop