The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khatijahawang, 2022-06-26 11:16:37

SEM 2 - BAB 1: PENGURUSAN

Bab 1 - Pengurusan

6.4 Pengorganisasian

6.4 Pengorganisasian

Maksud Pengorganisasian
➢ Proses mengatur dan menyelaras tugas-

tugas dan sumber-sumber organisasi
untuk melaksanakan pelan tindakan bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.

6.4 Pengorganisasian

Kepentingan Pengorganisasian
➢ Supaya organisasi dapat beroperasi dan

diuruskan dengan lebih licin dan teratur
➢ Aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap

dan berkesan
➢ Mengurangkan konflik tugas antara pekerja
➢ Menetapkan pembahagian kerja yang sesuai

bagi pekerja

6.4 Pengorganisasian

Kepentingan Pengorganisasian
➢ Mengagihkan sumber-sumber dengan

sempurna
➢ Menggunakan sumber secara optimum

dan mengelakkan pembaziran

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi

Reka Bentuk (a) Carta Organisasi
Organisasi
(b) Penjabatanan

(c) Bentuk-bentuk lain
struktur organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

(a) Carta Organisasi:
➢ Diagram yang memaparkan pembahagian

dan susunan kerja, jenis jabatan,
hubungan autoriti, rantai arahan dan
posisi individu dalam organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

(1) Peringkat
Pegurusan

(2) Autoriti lini

Maklumat penting (3) Pembahagian
kerja
yang ditunjuk dalam
carta organisasi (4) Rantai arahan

(5) Tugas-tugas/
Pengkhususan

(6) Jangkau
Kawalan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

(1) Peringkat Pengurusan:
➢ Menggambarkan hierarki pengurusan

(2) Autoriti Lini
➢ Garis menegak dalam carta yang menyambung

antara kotak-kotak menunjukkan kedudukan
autoriti seseorang ke atas pihak lain
➢ Garis ini menghubungkan ketua dengan subordinat

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

(3) Pembahagian kerja:
➢ Kerja dikumpulkan dan dibahagikan mengikut

bidang atau fungsi tertentu
➢ Satu kotak dalam carta mewakili satu posisi kerja

dalam organisasi

(4) Rantai Arahan
➢ Garis menegak juga menunjukkan aliran arahan

dari presiden kepada pengurus kepada penyelia
dan seterusnya pekerja.

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (a) Carta Organisasi

(5) Tugas-tugas/ Pengkhususan:
➢ Carta menunjukkan tugas atau fungsi yang berbeza

antara satu bahagian dengan bahagian yang lain
➢ Ia juga menunjukkan jawatan tertentu

(6) Jangkau Kawalan:
➢ menunjukkan tanggungjawab pengurus menyelia

sebilangan pekerja di bawahnya
➢ Pekerja-pekerja tersebut perlu melaporkan kerja

mereka kepada pengurus tersebut secara terus

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

SMK SUNGAI KAPAR INDAH
CIKGU TING WAN LIM
© Trial Version 2019

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

Maksud Penjabatanan
➢ Cara pengurus mengelompokkan pekerja

dan tugas mengikut persamaan dan
kepentingan bagi mencapai matlamat
organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

Jenis-jenis (i) Penjabatanan
Penjabatanan Mengikut Fungsi

(ii) Penjabatanan
Mengikut Divisyen

(iii) Penjabatanan
Mengikut Matriks

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(i) Penjabatanan Mengikut Fungsi:

Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus
Pemasaran Kewangan Sumber

Manusia

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(i) Penjabatanan Mengikut Fungsi:
➢ Pengelompokkan aktiviti kerja yang khusus

mengikut fungsi perniagaan seperti
pemasaran, sumber manusia…
➢ Mengelompokkan pekerja yang
mempunyai kemahiran yang sama ke
dalam fungsi khusus yang berkaitan
dengan kemahiran mereka

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(i) Penjabatanan Mengikut Fungsi:
➢ Sesuai bagi digunakan oleh perniagaan

kecil atau sederhana dan perniagaan yang
beroperasi dalam persekitaran yang stabil

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(i) Penjabatanan Mengikut Fungsi:
Kebaikan:
✓ Menggalakkan perkembangan kemahiran

pekerja kerana mereka hanya perlu memberi
penumpuan dalam satu bidang khusus sahaja
✓ Kerja yang dilakukan lebih cekap kerana
penumpuan satu bidang sahaja
✓ Penyelesaian masalah lebih cekap kerana
pekerja lebih mahir dalam bidang mereka.

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(i) Penjabatanan Mengikut Fungsi:

Kelemahan:
ꭗ Pekerja hanya mementingkan jabatan mereka
ꭗ Pengetahuan pekerja dalam fungsi atau

bidang lain tidak dapat dikembangkan
ꭗ Komunikasi antara jabatan atau fungsi yang

berbeza adalah kurang
ꭗ Mudah berlaku konflik antara jabatan atau

fungsi yang berbeza

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(ii) Penjabatanan Mengikut Divisyen:
➢ Pengelompokkan pekerja dalam satu

jabatan berdasarkan jenis produk,
kumpulan pelanggan dan kawasan pasaran
➢ Biasa digunakan oleh syarikat besar,
syarikat yang mempunyai pelbagai produk,
kawasan pasaran yang berbeza dan
pelanggan berbagai

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(ii) Penjabatanan Mengikut Divisyen:

(1) Penjabatanan
Berasaskan Divisyen

Produk

3 Jenis Penjabatanan (2) Penjabatanan
Mengikut Divisyen Berasaskan Divisyen

Pelanggan

(3) Penjabatanan
Berasaskan Divisyen

Geografi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(1) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Produk

Pengurus
Besar

Pengurus Pengurus
Pakaian Sukan
Peralatan
Sukan

Pengurus Pengurus Pengurus
Pemasaran Kewangan
Sumber
Manusia

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(1) Penjabatanan Berasaskan Divisyen
Produk:
➢ Pengelompokkan aktiviti atau pekerja

berdasarkan produk atau keluaran yang
sama
➢ Membahagikan jabatan kepada produk
yang berlainan yang dikeluarkan syarikat

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(1) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Produk:
➢ Jabatan yang bertanggungjawab ke atas

sesuatu produk tersebut perlu fokus
kepada pelanggan dan pasaran sendiri
➢ Contoh: Syarikat Adidas yang
membahagikan jabatan mengikut jenis
produk yang dikeluarkan seperti jabatan
pakaian sukan dan peralatan sukan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(2) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Pelanggan:

Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus
Divisyen Divisyen Divisyen
Peruncitan Pemborong Kerajaaan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(2) Penjabatanan Berasaskan Divisyen
Pelanggan:
➢ Pengelompokkan aktiviti atau pekerja

berdasarkan keperluan pasaran atau
pelanggan tertentu
➢ Pelanggan boleh dikelompokkan mengikut
kategori atau pasaran tertentu seperti
pasaran kanak-kanak, remaja, orang dewasa

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(3) Penjabatanan Berasaskan Divisyen Geografi:

Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus
Kawasan Pantai Kawasan Utara Kawasan

Timur Tengah

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(3) Penjabatanan Berasaskan Divisyen
Geografi:
➢ Pengelompokkan aktiviti atau pekerja

mengikut kawasan atau wilayah
➢ Diwujudkan untuk memudahkan

pemasaran produk kepada pengguna di
kawasan berkenaan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(3) Penjabatanan Berasaskan Divisyen
Geografi:
➢ Sesuai untuk syarikat yang beroperasi di

pelbagai lokasi/ Negara
➢ Memudahkan pihak syarikat menumpukan

produk mereka dengan kehendak
pelanggan yang berbeza dari kawasan
yang berlainan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(ii) Penjabatanan Mengikut Divisyen:

Kebaikan:
✓ Hanya fokus pada satu produk atau

pelanggan atau kawasan tertentu
✓ Mudah dan tidak kompleks
✓ Maklumat yang diperlukan mudah dikumpul

dan mudah diurus
✓ Pekerja lebih komited memajukan jabatan

atau divisyen

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(ii) Penjabatanan Mengikut Divisyen:

Kelemahan:
ꭗ Koordinasi antara divisyen produk yang berlainan

agak sukar
ꭗ Berlaku duplikasi kerja, kerja yang dibuat oleh satu

divisyen juga akan dibuat oleh divisyen lain
ꭗ Perebutan sumber organisasi oleh divisyen atau

jabatan yang berbeza
ꭗ Masalah kawalan pusat dan wujud konflik

matlamat antara divisyen

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:
➢ Kombinasi/gabungan penjabatanan mengikut

fungsi dan penjabatanan mengikut divisyen
➢ Pekerja dalam organisasi matrik ini dimiliki

oleh dua kumpulan formal
➢ Mereka akan melaporkan kerja mereka

kepada dua orang ketua iaitu ketua fungsi
dan ketua divisyen

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:
➢ Penjabatan ini dapat meningkatkan fleksibiliti

dan kerjasama setiap peringkat organisasi
➢ Sesuai bagi syarikat yang menghadapi

persaingan yang kuat terutamanya dalam
inovasi produk, perubahan pasaran,
perubahan teknologi, dan sumber manusia
terhad

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:

Kebaikan:
✓ Pengunaan pekerja mahir dengan cekap
✓ Fleksibiliti dan memudahkan pengurusan

projek
✓ Meningkatkan kemahiran pekerja merentasi

fungsi organisasi
✓ Menggalakkan kerjasama antara jabatan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:

Kelemahan:
ꭗ Memerlukan kos perlaksanaan yang tinggi
ꭗ Memerlukan kemahiran interpersonal yang

baik
ꭗ Wujud konflik antara pengurus fungsi dan

pengurus divisyen dalam perebutan sumber
kepakaran

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (b) Penjabatanan

(iii) Penjabatanan Mengikut Matriks:

Kelemahan:
ꭗ Pekerja mudah keliru kerana perlu

melaporkan kerjanya kepada dua orang ketua
ꭗ Kmeekneeceriwmaaaanrpaheakenrdjaamripeandinagdkuaat koerraanngakpeeturlau

yang berlainan
ꭗ Mmeemngekroluokradninmasaiksaanyaknegpulatumsaanbagi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(i) Struktur Berdasarkan
Pasukan

Bentuk-bentuk Lain (ii) Struktur Berdasarkan
Struktur Organisasi Projek

(iii) Struktur Berdasarkan
Unit Perniagaan Strategik

(SBU)

(iv) Struktur Berdasarkan
Organisasi Tanpa
Sempadan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(i) Struktur Berdasarkan Pasukan
➢ Terdiri daripada pasukan kerja, setiap

pasukan kerja menuju ke arah mencapai satu
matlamat yang sama
➢ Organisasi berpasukan ini tidak mempunyai
hierarki atau rantai arahan
➢ Struktur dibentuk berdasarkan kepercayaan
bahawa matlamat organisasi tidak dapat
dicapai oleh individu tetapi dapat dicapai
melalui pasukan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(ii) Struktur Berdasarkan Projek:
➢ Pekerja-pekerja akan diberi projek kekal
➢ Mirip dengan struktur matrik, berbeza dari

segi pekerja tidak kembali ke jabatan
apabila projek selesai tetapi akan terus
sambung dengan projek baharu

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(iii) Unit Perniagaan Strategik (SBU):
➢ SBU boleh merangkumi keseluruhan syarikat

ataupun sebahagian kecil syarikat
➢ SBU mempunyai strategi dan objektif

perniagaan yang berbeza dengan syarikat
induk
➢ Eksekutif SBU bertanggungjawab melaporkan
kepada Pengarah Eksekutif syarikat Induk

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(iii) Unit Perniagaan Strategik (SBU):
➢ Kelemahan struktur ini ialah kos yang

sangat tinggi kerana memerlukan kos
pengurusan yang berasingan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(iv) Organisasi Tanpa Sempadan
➢ Organisasi tidak berstruktur
➢ Tidak wujud rantai arahan
➢ Tidak had dalam jangkau kawalan dan

pembentukan pasukan mengantikan
penjabatanan

6.4.1 Reka Bentuk Organisasi – (c) Bentuk-bentuk Lain Struktur
Organisasi

(iv) Organisasi Tanpa Sempadan
➢ Struktur ini menekankan kepada fleksibiliti

dan tindak balas yang cepat
➢ Organisasi boleh menggunakan kelebihan

yang ada pada seseorang yang lebih cekap
dan berkesan

6.4.2 Proses Pengorganisasian

6.4.2 Proses Pengorganisasian

(1) Penentuan Objektif

(2) Pengenalpastian Aktiviti

(3) Pengelasan Aktiviti

(4) Pengelompokan Aktiviti
(5) Pengagihan Tugas, Autoriti, dan
Tanggungjawab

6.4.2 Proses Pengorganisasian

(1) Penentuan Objektif:

➢ Mengenalpasti matlamat organisasi dan
objektif setiap jabatan dalam organisasi

(2) Pengenalpastian Aktiviti:

➢ Mengenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan
secara terperinci

➢ Memahami aktiviti-aktiviti tugas yang kritikal

6.4.2 Proses Pengorganisasian

(3) Pengelasan Aktiviti:

➢ Membuat pengelasan aktiviti-aktiviti
mengikut pengkhususan tertentu

(4) Pengelompokan Aktiviti:

➢ Mengelompok tugas-tugas yang telah
dibuat pengelasan mengikut fungsi
tertentu


Click to View FlipBook Version