The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilah24-375, 2022-10-13 23:23:04

Kumpulan Karya Cerpen IPGKG

Cerpen Kanak-Kanak

Keywords: cerpen,kanak-kanak,buku cerita,fantasi,kartun,cerita dongeng,kisah,peribahasa

KUMPULAN KARYA

CERPEN KANAK-KANAK

Senarai Cerpen

Kapten Akmal (Muhammad Ikmal 'Afi bin Mohd Tarmizi)
Revolusi Putera Mahkota & Ratu Langit (Nur 'Aqilah Husna binti Yahaya)
Kejora dan Bunga Emas Ajaib (Nur Faradilah binti Danny)
Tobi Yang Gigih (Arliena Masdin)
Akhirnya Menyesal (Najah Aliah binti Abdul Rahman)
Wafi Di Alam Gamifikasi (Mohd Khairul Na'aim bin Penchari)
Paganakan (Dorothy Erise ak Andrew Lingoh)
Cukai Padang Rumput (Mahirah binti Misnin)

Senarai Cerpen

Kebahagiaan Istana Indracahaya (Nur Amira Wahida binti Ismail)
Melodi Impian (Gunalan A/L Mogan)
Si Tikus dan Si Tupai (Nurul Quratul Ain binti Sabli)
Oli Mencari Jalan Pulang (Nur Rafidah binti Fadli)
Bersama Selamanya (Sharmaine Daphne Anak Slyvester Bakar)
Kembara Si Melati (Rosnih binti Abdullaman)
Setia (Muhammad bin Azis)

MUHAMMAD IKMAL 'AFI BIN MOHD TARMIZI

"Aku bukanlah bagai kacang lupakan kulit"

Akmal, seorang budak kecil kelahiran anak jati negeri
jelapang padi di Kedah. Dia seorang budak kecil yang
berbakat dalam sukan bola sepak.

Ibu Akmal merupakan seorang suri rumah manakala
bapanya seorang pesawah. Pada usia empat tahun, dia telah
mula bermain bola sepak dan dia beranggapan bahawa bola
tersebut merupakan kawan baiknya.

Bapa Akmal sering meluangkan masa bersamanya untuk
bermain bola sepak pada waktu petang. Ibu bapa sangat
menyokong hasrat Akmal untuk menjadi seorang pemain
bola sepak profesional pada masa akan datang.

Pada usia Akmal lapan tahun, dia sudah mula bermain
secara profesional di bawah satu kelab bernama Kedah
Kenari Kids FC. Dia bermain sangat baik sehinggakan
pelatih-pelatih dari luar negara terutamanya pelatih
Eropah datang untuk melihat kehebatan Akmal.

Akmal berjaya menjadi pemain terbaik dan berjaya
memimpin pasukannya menjuarai Liga Bola Sepak Kedah
dalam KFA Junior Cup selama tiga musim berturut-turut
sejak berumur 15 tahun. Bukan itu sahaja, Akmal turut
mendapat penghargaan daripada YAB Menteri Besar
Kedah atas kehebatannya dalam sukan bola sepak.

Semasa berusia 18 tahun, Akmal mendapat tawaran
untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di
Jerman dengan biasiswa sukan. Ibu bapa Akmal sangat
terharu akan pencapaian Akmal, namun mereka turut
bersedih kerana anak tunggal mereka itu bakal
meninggalkan Malaysia dan menetap di Jerman selama
lima tahun bagi mengembangkan lagi bakatnya dalam
sukan bola sepak.

Akmal berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi ke
Jerman kerana corak permainan bola sepak moden di
Eropah adalah sangat baik. Akmal pun pergi ke Jerman
dengan hati yang gembira.

Setibanya di Jerman, Akmal teruja melihat pemain bola
sepak profesional yang sedang berlatih di stadium sukan
yang serba lengkap dan berteknologi moden.

Akmal mula berlatih bersama kelab barunya iaitu
Bayern Munich FC. Akmal banyak belajar teknik baharu
dalam bola sepak sekaligus dapat meningkatkan mutu
permainannya. Akmal berlatih dengan bersungguh-
sungguh bersama skuad senior kelab tersebut. Pada suatu
malam, Akmal dipanggil oleh pelatih ke pejabatnya. Akmal
berasa gugup dan takut. “Aku ada buat salah ke masa
latihan tadi?” Akmal bermonolog.

Akmal mengetuk pintu bilik pejabat itu. Setelah
diizinkan untuk masuk barulah Akmal menarik tombol
pintu dan melangkah masuk dengan hati yang gemuruh.

Akmal masuk sahaja di pejabat pelatih Coach Loew,
beliau memandang sinis terhadap Akmal dan menyuruh
Akmal untuk duduk. Adrenalin Akmal meningkat kerana
dia sangat risau. Coach Loew kemudiannya ketawa dan
menawar Akmal untuk memakai jersi nombor 10
sekaligus menjadikan Akmal sebagai kapten pasukan
Bayern Munich FC.

Akmal berasa terhormat dan tidak terkata mendengar
hasrat Coach Loew. Akmal menerima tanggungjawab
tersebut dan berazam akan memimpin kelab Bayern
Munich FC untuk menjuarai setiap kejohanan yang
dipertandingkan.

Seminggu kemudian, Akmal melakukan debut pertamanya bersama pasukan Bayern
Munich FC sebagai seorang kapten pasukan menentang Real Madrid FC dalam Liga
Juara Eropah di Jerman.

I want all of us to play with our heart
and win the game, by hook or by
crook!” Akmal berteriak sebelum
memulakan permainan dalam Bahasa
Inggeris. Permainan pun bermula dan
Akmal berjaya menjaringkan tiga gol
bagi membantu pasukannya
memenangi perlawanan tersebut.
Semua penonton terkejut dan kagum
melihat kelincahan Akmal di atas
padang walaupun Akmal bertubuh kecil
berbanding pemain-pemain yang lain.

Akmal pulang ke rumah dan menelefon
ibunya. “Assalamualaikum ibu, ibu sihat?
Saya dapat jaring tiga gol tadi dan kami
berjaya melepasi peringkat seterusnya
pada minggu depan menentang
Manchester United FC", kata Akmal.

“Waalaikumusalam Akmal, ibu dan ayah di sini
sihat sahaja. Wah, tahniah ye Akmal! Ibu dan
ayah harap Akmal akan buat yang lebih baik
pada perlawanan akan datang. Ibu dan ayah juga
akan selalu doakan Akmal untuk berjaya menjadi
pemain bola sepak terhebat dan mampu
mengharumkan nama negara kita di Piala Dunia
suatu hari nanti”, kata ibu Akmal.

Tiga tahun kemudian, Akmal mendapat penghargaan
daripada kelab Bayern Munich FC atas sumbangannya
selama tiga musim menjuarai Liga Bola Sepak Jerman dan
Liga Juara Eropah. Akmal sudah pun selesa menetap di
Jerman dan dia semakin boleh beradaptasi dengan
budaya di Jerman.

Pada suatu hari, Akmal dipanggil oleh Pengurus Kelab Bayern Munich untuk satu
makan malam di restoran mewah. Pengurus kelab tersebut menawarkan Akmal untuk
melanjutkan kontraknya bersama pasukan Bayern Munich selama 10 tahun sekaligus
berhasrat untuk memasukkan nama Akmal ke dalam skuad negara Jerman untuk Piala
Dunia akan datang.

“I appreciate the opportunities you offer, but let me think and discuss with my family
first before I decide wether to accept or decline. I hope you respect my decision. Thank
you sir.” kata Akmal. Pengurus kelab berasa sedikit kecewa dan hormat akan keputusan
Akmal. Beliau menyuruh Akmal untuk berfikir masak-masak sebelum membuat
keputusan.

Di rumah, Akmal bergegas menelefon ibunya.
“Assalamualaikum ibu, Akmal mendapat tawaran untuk
melanjutkan kontrak bersama Bayern selama 10 tahun. Bukan
tu je, Akmal juga dapat tawaran untuk bermain bersama
Jerman dalam Piala Dunia akan datang.” Kata Akmal.

“Waalaikumusalam, ibu nak Akmal fikir baik-baik sebelum buat
keputusan. Ibu harap Akmal dapat membanggakan negara sendiri
dan bukannya negara lain”, kata ibu. “Baik ibu, saya akan buat
keputusan yang terbaik”, balas Akmal. Akmal dalam dilema untuk
buat keputusan. Dia ingin banggakan negaranya Malaysia tetapi
dalam masa yang sama dia juga tidak ingin menghampakan
pengurusnya di Jerman.

Keesokan paginya, Akmal pergi ke pejabat pengurus kelab untuk membuat
keputusan. “Morning sir, I decided to extend my contract with Bayern Munich on one
condition which is I will never play for Germany out of respect for my beloved
country, Malaysia. I hope you consider my request and respect my decision. I wanna
win the World Cup with my country. I’m sorry sir.” Kata Akmal.

“I see. This is what I expected from you. I
hope you can make Malaysia win the World Cup
one day. So, please sign the contract for Bayern
Munich for 10 years”, balas pengurus kelab
sambil ketawa besar. Akmal dan pengurus kelab
gembira menikmati kopi sambil menyelesaikan
isu kontrak bersama-sama.

"Aku yakin aku buat keputusan
yang tepat kerana aku bukanlah
kacang lupakan kulit." desus hati
Akmal. Akmal sangat bijak membuat
keputusan dan dia juga amat
menghormati negara kelahirannya.
Bukan itu sahaja, Akmal tidak
bertindak bagai kacang lupakan
kulit walaupun dia mampu untuk
pergi lebih jauh sekiranya dia
bermain untuk Jerman.



Revolusi

Putera Mahkota &
Ratu Langit

"Yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua"

NUR 'AQILAH HUSNA BINTI YAHAYA

Suatu ketika dahulu, tersergam indah sebuah istana yang berukirkan
permata delima di kerajaan bernama Indera Suraloka. Namun, singgahsana itu
diselubungi kesedihan atas kehilangan Permaisuri Hayla yang merupakan
isteri tercinta Raja Abbas dan bonda kepada Putera Mahkota Ferhat.

Akibat kecewa akan kehilangan isterinya, Raja Abbas yang asalnya
merupakan seorang raja yang sangat baik hati telah berubah menjadi
seorang raja yang bengis dan kejam terhadap rakyatnya. Beliau menitahkan
bahawa sejak hari itu, rakyatnya tidak dibenarkan berkahwin dan hidup
bahagia.

Kesedihan beliau telah mendorongnya hilang pertimbangan rasional
dalam membuat segala keputusan. Sejak itu, ekonomi kerajaan Indera
Suraloka mundur, rakyat hilang pekerjaan dan pendidikan serta
mengakibatkan masyarakat hidup dalam era kegelapan.

Dua tahun kemudian, Putera Mahkota Ferhat telah mencapai usia 20 tahun. Beliau telah
diizinkan untuk mengembara dan ditemani oleh pengawal peribadinya di luar singgahsana.
Pertama kali dalam hidupnya dapat melihat kehidupan di luar mahligai mewah tempat dia
dibesarkan. Beliau amat teruja untuk keluar bersiar-siar di kota.

Alangkah terkejutnya Putera
Mahkota apabila tiba di kota tempat
tinggal rakyatnya. Beliau melihat
rumah-rumah kayu yang hampir roboh,
keadaan tanah yang tandus, beberapa
orang kampung sedang berebut
mengambil air di dalam perigi, kanak-
kanak pula bermain di sekeliling
timbunan sampah serta pertelingkahan
orang kampung disebabkan hasil
tanaman yang musnah.

Tiba-tiba seorang anak kecil yang berpakaian serba lusuh dan
berkaki ayam menghampirinya lalu berkata “wahai tuan muda
yang kaya, boleh berikan saya sekeping roti? Saya amat lapar
sudah tidak makan selama 3 hari”.

Kemudian, beliau terdengar pula perbualan
dua orang petani yang berkata, “sampai bila kita
perlu hidup di bawah perintah raja yang sangat
kejam dan tidak berhati perut ini?”. Putera
Mahkota amat terkejut melihat rakyat di negaranya
hidup dalam kemiskinan dan kemunduran
sementara beliau enak menikmati kemewahan dari
kecil di istana.

Putera Mahkota pulang ke istana dalam keadaan yang amat sedih. Beliau buntu dan tidak
tahu apa yang patut dilakukannya. Putera Mahkota melepaskan kesedihan dengan memeluk
bingkai gambar bondanya dengan sangat erat. Tiba-tiba, sepucuk surat yang tersimpan rapi
disebalik bingkai itu terjatuh ke atas lantai. Beliau membukanya dan melihat isi surat itu tertulis
dalam tulisan jawi iaitu

‫ي دان‬۶‫ ﺑﻮﻧﺪا ﺳﻨﺘﻴﺎس ﻣﺮﻳﻨﺪو‬، ‫واﻫﺎي اﻧﻘﻨﺪاﮐﻮ ﺗﺮﺳﺎﻳ‬ (Wahai anakandaku tersayang, bonda
‫ ﺑﻮﻧﺪا ﺑﺮﻫﺎرڤ ﺳﻤﻮݢ‬.‫ن اﻧﻘﻨﺪا‬۶‫ﻣﻨﺪﻋﺎءﮐﻦ ﮐﺴﺠﻬﺘﺮا‬ sentiasa merindui dan mendoakan
‫اﻧﻘﻨﺪا اﮐﻦ ﻣﻨﺠﺎدي ﺳﺄورڠ راج ﻳ دﺳ ﻨﻲ اوﻟﻴﻪ رﻋﻴﺖ‬ kesejahteraan anakanda. Bonda berharap
semoga anakanda menjadi seorang raja yang
‫ن اﻳﻨﺪرا ﺳﻮراﻟﻮک ﺑﺮاد دﮐﻤﻮﻧﭽﻖ‬۶‫دان ﻣﻨﺠﺎدﻳﮑﻦ ﮐﺮاﺟﺎ‬ disegani oleh rakyat dan menjadikan
‫ﻳﻖ دان‬۶‫ ﺟﺎدﻳﻠﻪ ﭬﻤﻴﻤﭭﻴﻦ ﻳ ﺑﺎ‬.‫ﮐ ﻤﻴﻠ ﻦ دﻧﻴﺎ‬ kerajaan Indera Suraloka berada di
. . . ‫ﺑﺮﺗ ﻮ ﺠﻮاب ﮐﺮان‬ kemuncak kegemilangan dunia. Jadilah
pemimpin yang baik dan bertanggungjawab
" ‫ ﻳ دﮐﺖ ﺟﻮﻟﻮڠ ﺑﺮﺳﻮا‬، ‫وه‬۶‫" ﻳ ﺗﻴ ﻲ ﺗﻤﭭﻖ ﺟﺎ‬ kerana “Yang tinggi tampak jauh, yang dekat
julung bersua”).

“Yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua”, ayat tersebut diulang sebanyak tiga kali
oleh Putera Mahkota Ferhat yang sedang memikirkan maksud yang hendak disampaikan oleh
bondanya. Tiba-tiba, setelah cukup tiga kali ayat itu disebut, satu cahaya putih yang amat terang
keluar dari baris ayat tersebut.

Putera Mahkota amat terkejut apabila muncul di
hadapannya seorang wanita yang amat cantik
berpakaian hiasan permata krtistal dan bercahaya
sedang duduk di atas seekor kuda terbang yang gagah.

“Siapakah kamu dan mengapa kamu berada disini?” kata
Putera Mahkota Ferhat dengan penuh kehairanan dan
ketakutan.

“Jangan takut, saya ialah seorang ratu langit dan
tujuan saya di sini adalah untuk memenuhi janji saya
kepada bonda kamu iaitu Permaisuri Hayla untuk
membantu anaknya jika berada dalam kesusahan”.

Setelah itu, Ratu Langit membawa Putera Mahkota Ferhat untuk
melawat kerajaan atas langit dengan menaiki kuda terbang yang
gagah itu. Sepanjang perjalanan melawat kerajaan atas langit, beliau
amat kagum akan kehidupan masyarakat di negara tersebut. Hal ini
kerana beliau melihat masyarakat di negara itu hidup dengan penuh
kegembiraan dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Ketika Ratu Langit memperkenalkan Putera Mahkota Ferhat
kepada rakyat jelatanya, mereka amat mengalu-alukan kedatangan
Putera Mahkota dan melayani beliau dengan penuh hormat dan
mesra.

Seluruh rakyat kerajaan atas langit juga bijak menyusun kata-
kata dengan penuh berilmu dan berhikmah ketika berbual. Putera
Mahkota juga amat kagum dengan Ratu Langit kerana rakyatnya
amat menyayangi beliau dan hidup harmoni dibawah
pemerintahannya.

“Wahai Ratu Langit, bagaimanakah kamu dapat membentuk sebuah kerajaan yang begitu
indah dan bahagia ini?” tanya Putera Mahkota Ferhat kepada Ratu Langit. Ratu langit membalas
pertanyaan itu dengan berkata “Seorang raja yang bertanggungjawab perlu bijak dalam
membangunkan sebuah negara gersang kepada negara puncak kerana kunci kebahagiaan
adalah ilmu dan kasih sayang”.

Setelah mendengarkan jawapan Ratu Langit tersebut, Putera Mahkota Ferhat telah mendapat
inspirasi dan berhasrat menunaikan amanah arwah bondanya untuk mengubah kerajaan Indera
Suraloka dari era kegelapan kepada sebuah negara yang berada di kemuncak dunia. Beliau ingin
melihat masyarakat di negaranya hidup dalam kebahagiaan dan negaranya dijulang seluruh
pelusuk dunia.

Kemudian, bermulalah perubahan kerajaan Indera Suraloka yang
baharu di bawah pemerintahan Raja Ferhat. Beliau telah melakukan tiga
revolusi bagi membina kerajaan yang unggul.

Pertama, revolusi pembudayaan ilmu pengetahuan
iaitu Raja Ferhat ingin membina masyarakat berilmu.
Beliau telah menitahkan semua rakyatnya untuk
mendalami pelbagai ilmu. Beliau membawa masuk
segala bahan dan buku-buku dari negara luar lalu
diterjemahkan kepada bahasa ibunda.

Berlakunya proses pemindahan ilmu dengan negara
luar sehingga lahirnya ramai cendiakawan dan saintis di
kerajaan Indera Suraloka. Beliau juga telah membina
sebuah pusat ilmu yang amat besar dan hebat sehingga
menjadi sumber rujukan dan tumpuan di mata dunia.

Selain itu, revolusi perdagangan antarabangsa juga telah
dimulakan. Raja Ferhat membangunkan kawasan pertanian
yang besar kepada petani tempatan untuk bekerja dan
mengeksport hasil tersebut ke negara luar. Beliau menyediakan
kelengkapan yang canggih di kilang-kilang untuk mewujudkan
sistem ekonomi negara yang maju.

Malah, Raja Ferhat telah mengadakan revolusi
perkembangan masyarakat dengan menggalakkan rakyat
untuk berkahwin. Setiap pasangan yang baru berkahwin
diberikan hadiah sebuah rumah serta setiap bayi yang lahir
akan diberikan elaun khas untuk pendidikan.

Kebijaksanaan revolusi yang dilakukan oleh Raja Ferhat telah menjadikan kerajaan Indera
Suraloka berada di kemuncak dunia. Raja Ferhat sering keluar melihat rakyatnya dan bergaul
mesra dengan mereka. Rakyat Indera Suraloka amat menyayangi beliau sehingga mereka
mengukir sebuah tugu peringatan atas nama Raja Ferhat. Tiada lagi rakyat di kerajaan itu
hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Semua rakyat hidup bahagia dan berkasih sayang
antara satu sama lain. Nama kerajaan Indera Suraloka terus berkembang dan sentiasa menjadi
sebutan di seluruh dunia.

“Bonda, alangkah bahagianya jika bonda masih ada
sekarang. Impian bonda untuk melihat kerajaan Indera
Suraloka berada di kemuncak dunia telah menjadi
kenyataan. Anakanda amat rindu akan bonda.”

Raja Ferhat bercakap sendiri sambil duduk di bawah
sepohon pokok di atas bukit dan melihat rakyatnya
menjalankan rutin seharian mereka.

Raja Ferhat tidak sedar akan kehadiran Ratu Langit di
sebalik pohon itu yang sedari tadi memerhatikannya.
“Sungguh, bondamu pasti bangga melihat kejayaan anaknya”
kata Ratu Langit kepada Raja Ferhat. Raja Ferhat berpaling ke
belakang setelah mendengar suara Ratu Langit terhadap
monolognya sendiri.

Raja Ferhat dan Ratu Langit saling berbalas
senyuman bahagia. Akhirnya, Raja Ferhat telah
memahami maksud ungkapan bondanya iaitu “Yang
tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua” yang
menjadi tanda tanya sekian lama dalam dirinya.
Beliau berazam untuk sentiasa menjadi raja yang
baik dan bertanggungjawab dalam melakukan setiap
tindakan.

Tamat

NUR FARADILAH DANNY

KEJORA DAN

Bunga Emas Ajaib

"SEPERTI MEMANJAT TERKENA SERUDA"

Pada zaman dahulu, diceritakan terdapat sekuntum bunga emas yang dapat merawat
segala jenis penyakit. Sesiapa sahaja yang menjumpai bunga tersebut dipercayai akan
sembuh serta merta daripada penyakit yang tiada penawarnya. Maka, tersebutlah kisah
seorang gadis bernama Kejora. Dia tinggal bersama bapanya di sebuah kampung yang
sangat terpencil. Meskipun begitu, hidup mereka sangat daif sehinggakan bapanya perlu

mengerah tenaga demi mencari sesuap nasi. Walaupun, kehidupan mereka serba
kekurangan tetapi Kejora tetap bersyukur dia masih lagi merasai kasih seorang bapa.

Pada suatu hari, bapanya pergi ke dalam hutan untuk mencari makanan manakala Kejora
pula meneruskan rutin hariannya seperti biasa di rumah. Beberapa lama mencari makanan
di dalam hutan, tiba-tiba bapanya berasa pitam lalu tidak sedarkan diri. Di rumah, Kejora

berasa tidak sedap hati kerana sudah waktu senja tetapi bapanya belum pulang. Tanpa
berfikir panjang Kejora pun bergegas mencari bapanya ke dalam hutan yang tebal.

Setelah berjalan jauh ke dalam hutan, dia menjumpai bapanya terbaring di atas tanah yang penuh
dengan dedaun kering. Kejora terkejut melihat keadaan bapanya. Dia berusaha berulang kali
mengejutkan bapanya. Apabila bapanya tersedar, keadaanya sangat lemah, dia tidak berupaya

berjalan jauh. Oleh itu, Kejora terpaksa memapah bapanya pulang ke rumah. Tiba sahaja di rumah,
dia menyuruh bapanya berehat.

Keesokan harinya, bapa Kejora cuba bangun dari tempat tidurnya tetapi tidak berjaya kerana
anggota tubuh badannya tidak dapat digerakkan. Bapanya dalam keadaan panik menjerit meminta

tolong. Kejora pun terkejut dari lenanya dan bergegas melihat keadaan bapanya. Bapanya
memberitahu bahawa dia tidak boleh bangun lagi seperti sedia kala. Dia cuba menenangkan bapanya

dengan mengatakan penyakit ini hanya sementara sahaja. Lambat laun, penyakit itu akan sembuh.

Saban hari berlalu, pelbagai cara telah dicuba oleh Kejora demi menyembuhkan penyakit misteri
bapanya itu. Tetapi, keadaan bapanya tetap sahaja sama tiada perubahan yang berlaku. Sehinggalah

suatu hari, Kejora mendengar orang kampung bercerita mengenai bunga emas ajaib yang dapat
menyembuhkan penyakit bapanya itu. Apabila mendengarkan kisah tersebut, dia terus berkemas

untuk memulakan perjalanannya mencari penawar yang dikatakan oleh orang kampung itu.

Setelah penat berjalan, Kejora berehat seketika di bawah sepohon
pokok. Dia terlihat seorang atuk tua yang mengenakan pakaian serba
putih dengan rambut beruban dan janggut yang panjang. Atuk tua itu

mendekatinya, “apakah tujuan cucu ke mari?, tanya atuk tua itu.”
Kejora pun menyatakan hajatnya bahawa dia ingin mencari bunga

emas ajaib yang boleh menyembuhkan penyakit bapanya. Lalu
bertanya, “di manakah saya boleh mendapatkan bunga emas ajaib itu,

atuk?” Atuk tua itu menjawab pertanyaannya dan memberitahu
Kejora bahawa penawar itu berada di dalam sebuah gua. Dia

memberikan petunjuk kepada Kejora jalan menuju ke gua itu. Namun,
perjalanan Kejora sangat mencabar. Dia perlu mendaki bukit dan
menyeberang sungai yang deras untuk sampai ke gua itu

Walaupun penat, Kejora tetap tekad meneruskan perjalanan demi bapanya. Kali ini dia
berjumpa dengan seorang yang buta. Orang buta itu bertanyakan soalan yang sama kepadanya,

“apakah tujuan kamu masuk ke dalam hutan ini, wahai anak muda?” Kejora pun membalas,
“saya ingin mencari bunga emas ajaib yang boleh dijadikan penawar kepada penyakit bapa
saya”. Orang buta itu berpesan, “jika kamu hendak ke sana, kamu haruslah berhati-hati kerana
bunga emas ajaib itu mempunyai cahaya yang boleh membutakan mata kamu”. “Apakah yang
perlu saya lakukan,” tanya Kejora lalu orang buta itu berkata “Disebabkan cahaya bunga emas
ajaib itulah, mata saya menjadi buta”, kata orang buta itu pula. Dia pun memberikan kaca mata
kepada Kejora. “Maka pakailah kaca mata ini sebelum kamu masuk ke dalam gua itu agar mata
kamu tidak terkena cahaya bunga tersebut”, ujar orang buta kepadanya. Kejora mengucapkan

terima kasih kepada orang buta itu dan berlalu pergi untuk meneruskan perjalanannya.

Hari berganti hari, siang berganti malam, akhirnya, Kejora sampai ke
tempat yang dituju. Namun, langkahnya terhenti kerana dia terserempak
dengan nenek kebayan. Lalu, Kejora menyapanya, “Nek, di manakah gua

yang dikatakan terdapat bunga emas ajaib itu?” Nenek itu pun berkata
“Bukan mudah hendak mendapatkan bunga emas itu. Kamu perlu

menewaskan seekor raksasa yang merupakan penjaga kepada bunga
emas ajaib itu.” Kejora pun bertanya kepada nenek kebayan apakah cara

untuk menewaskan raksasa itu. “Cu, ambillah serbuk ajaib ini. Lalu
taburkan di depannya kelak raksasa itu akan hilang deria
penglihatannya”, terang nenek kebayan.

Setelah pelbagai halangan ditempuh, Kejora terpaksa pula berhadapan
dengan raksasa yang terdapat dalam gua itu. Gua yang menyeramkan itu
diterangi dengan cahaya bunga emas ajaib yang terlihat dari luar gua lagi.
“Benarlah kata orang buta itu bunga emas ajaib ini mempunyai cahaya

yang sangat terang,” bisiknya dalam hati. Dia pun memakai kaca mata
yang dihadiahkan oleh orang buta itu untuk menghalang cahaya

memasuki matanya. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam gua itu, seekor
raksasa yang mengerikan dan menakutkan menyergahnya, “hai manusia,

apakah tujuan kamu ke sini?” Kejora menjawab, “aku ingin mengambil
bunga emas ajaib itu sebagai penawar untuk penyakit bapaku”. Raksasa
itu berkata lagi, “tidak semudah itu, engkau boleh mendapatkan bunga
emas ajaib ini, sebelum itu engkau perlu menewaskan aku dahulu”, sambil

ketawa terbahak-bahak. Melihat keadaan itu, Kejora segera menabur
serbuk ajaib di depan raksasa itu. Raksasa itu pun meraung kesakitan,
pandangannya menjadi kabur dan menyebabkan dia tidak dapat melihat.

Kejora segera mengambil bunga emas ajaib dan keluar daripada gua
itu. Dia bergegas pulang untuk menemuibapanya dengan perasaan
gembira. Tiba sahaja di rumah, Kejora memberikan air rendaman
bunga emas ajaib itu kepada bapanya untuk diminum. Dalam sekelip

mata sahaja, bapanya telah dapat berjalan seperti sedia kala.
Semenjak hari itu, kehidupan mereka mula berubah. Hasil jualan
bunga emas ajaib membolehkan mereka mendapatkan modal untuk
membuka perniagaan. Bapanya tidak perlu lagi masuk ke dalam
hutan. Kesenangan yang dikecapi mereka ini adalah berkat usahanya

mencari penawar demi menyembuhkan penyakit bapanya.
Meskipun, dia perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan tetapi

dia tidak pernah berputus asa. Situasi Kejora ini sama seperti
“memanjat terkena seruda”.

Tamat

ARLIENA MASDIN

TOBGIIGYIAHNG

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Di sebuah busut yang tinggi, tinggal sebuah kerajaan semut
yang bernama kerajaan Merah. Kerajaan ini diketuai oleh
seekor permaisuri semut yang memerintah dengan adil dan
saksama. Mereka hidup aman dan damai.

Pada suatu hari, ahli nujum Kerajaan Merah telah
memberitahu permaisuri bahawa akan ada musim
hujan yang panjang menimpa kerajaan mereka tidak
lama lagi.

Permaisuri pun mengumpulkan semua ketua
kawasan semut untuk memberitakan perkara
itu kepada semua penghuni kerajaan itu agar
mereka dapat bersedia untuk menyimpan
bekalan makanan sebelum musim hujan tiba.

Salah sebuah kampung dalam Kerajaan Merah bernama
Kampung Bulat, tinggal seekor semut yang bernama Tobi.
Tobi merupakan anak sulung daripada empat orang adik
beradik. Ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu musim
hujan yang lepas. Semenjak ketiadaan ayahnya, ibu Tobilah
yang bertungkus lumus menyara mereka sekeluarga. Tobi
pula sentiasa rajin berusaha membantu ibunya.

“Tobi, hari ini kita akan keluar mencari makanan, ketua
kampung telah memaklumkan bahawa akan ada musim hujan
yang panjang menimpa busut kita.” Ibu berkata dengan nada
bersemangat, tetapi nadanya bertukar di hujung bicaranya.

Tobi mengangguk lesu memandang ibunya, bukan kerana malas
mencari makanan tetapi memahami air muka ibunya sebentar tadi.
Pasti ibunya sedih mengingatkan ayahnya yang meninggalkan mereka
semasa mencari makanan pada musim hujan yang lepas. Berita musim
hujan juga tidak memeranjatkan Tobi kerana ia memang selalu berlaku
dalam kerajaan mereka. Namun, tempoh masa hujan turun itulah yang
menjadi tanda tanya semua penduduk di kerajaan itu.

“Baik Ibu” balas Tobi. Lalu memeluk ibunya dengan erat. Memberi
suntikan semangat kepada ibunya seperti yang selalu dilakukannya.
Tobi juga memberitahu ibunya bahawa dia akan membawa rakan
karibnya untuk mencari makanan bersama-sama. Rakan karib Tobi
bernama Boba. Mereka sudah berkawan rapat sejak kecil lagi. Tetapi
Boba masih mempunyai kedua ibu bapanya. Walaupun Ibu bapa Boba
sudah agak berusia, namun mereka masih gigih mencari makanan
untuk kelangsungan hidup sekeluarga.

Pada keesokkan harinya, semut berduyun-duyun keluar daripada
busut untuk mencari makanan. Tobi dan Boba berjalan seiringan
dan mula mencari makanan. Mereka bercerita sambil mencari
makanan. Cuaca pada hari itu cerah dan berangin. Setelah
beberapa lama berjalan, Tobi mula merasa lapar dan dahaga.
Boba pula asyik merungut dan mengeluh tentang cuaca pada hari
itu serta mengadukan lapar dan dahaga kepada Tobi. Tobi pula
hanya mampu menasihtan Boba untuk bersabar dan bertahan.

Tidak lama kemudian, Tobi dan Boba melihat
sebuah pohon rambutan yang rendang, buahnya
berwarna merah dan kelihatan sangat ranum.
Mereka pun memanggil rakan-rakan untuk
menghampiri pohon itu. Akhirnya lapar dan
dahaga mereka hilang.

Setelah siap makan, Tobi mengajak Boba mengumpulkan makanan untuk
dibawa pulang. Mereka mengumpulkan makanan lebih banyak pada kali
ini menyedari akan musim hujan yang akan turun tidak lama lagi. Setelah
siap, Tobi dan Boba mula mengangkat makanan yang mereka kumpulkan.
Malangnya, makanan yang dibawa oleh Tobi lebih berat pada kali ini
menyebabkan kakinya terkehel dan makanannya jatuh ke tanah. Boba
yang berada di hadapan tidak menyedari Tobi terjatuh dan terus
melanjutkan perjalanan. Tobi pula tidak sanggup untuk meminta
pertolongan Boba kerana memikirkan makanan yang diangkat oleh Boba
juga berat.


Click to View FlipBook Version