"Betul ni? Tidak menyesal?"
"Betul!"
"Baiklah Sang Kambing dan Sang Kerbau. Sebenarnya cukai itu bukan
utusan Raja Sulaiman. Tapi aku sengaja reka cerita supaya kamu tidak
bergaduh lagi. Kamu tahu tidak pergaduhan kamu telah mengganggu
ketenteraman penghuni di hutan ini. Siang malam bergaduh. Enggan
bertolak ansur antara satu sama lain, bingung tengkar, cerdik begar.
Kan bagus kalau kamu berkongsi sahaja padang rumput itu."
Sang Kerbau dan Sang Kambing saling berpandangan lalu berkata,"kami minta maaf
Sang Kancil, Sang Monyet,Sang Arnab dan kepada penghunihutan yang lain. Kami janji
kami tidak akan bergaduh lagi".
Semua penghuni rimba bersorak gembira mendengar kata-kata Sang Kerbau dan
Sang Kambing. Sejak daripada itu, Sang Kerbau dan Sang Kambing tidak bergaduh lagi
dan berkongsi padang rumput.
-TAMAT-
Nilai dan pengajaran:
Kita mestilah sentiasa bertolak ansur antara
satu sama lain.
KEBAHAGIAAN ISTANA
INDRACAHAYA
"Pisang masak separak"
NUR AMIRA WAHIDA
Pada zaman dahulu, tinggal seorang raja dan permaisuri
di sebuah kerajaan kecil yang disebut Kerajaan
Indracahaya. Raja Malik terkenal dengan gelaran raja
dermawan kerana baginda sangat mementingkan
kebajikan rakyatnya. Baginda sering mencemar duli
dalam urusan-urusan kebajikan yang dijalankan oleh pihak
istana untuk rakyatnya di Kota Indracahaya.
Permaisuri Hana juga tidak kurang budi pekertinya
terhadap rakyat lebih-lebih lagi anak-anak kecil yang
ada dalam Kota Indracahaya. Namun, kehidupan
pasangan suami isteri yang bergelar raja dan
permaisuri ini masih belum lengkap kerana
penantianmereka untuk memiliki cahaya mata masih
belum kesampaian.
A sentence of your storybook
5 tahun berlalu..
Pasangan raja dan permaisuri dikurniakan
cahaya mata mereka yang pertama. Mereka
dikurniakan seorang puteri dan menamakan
anak mereka dengan nama Cahaya.
Disebabkan terlalu gembira, Raja Malik
mengarahkan pengawal diraja untuk
membuat pengumuman diraja bahawa baginda
akan mengadakan satu majlis keraian di
istana dan menjemput semua rakyat jelata
untuk datang memeriahkan majlis.
“Semua pembesar serta rakyat di Kota
Cahaya dijemput untuk menghadiri Majlis
Keraian di Istana Besar Indracahaya
bersempena kelahiran seorang puteri dalam
keluarga diraja.” kata seorang pengawal diraja.
Setelah pengawal diraja itu selesai membuat
pengumuman, rakyat Indracahaya bersorak
keriangan dan mengucapkan kata-kata gembira
sesama mereka bagi pasangan raja dan
permaisuri. Namun, jauh disudut kota terdapat
satu makhluk yang tidak senang akan berita yang
disampaikan oleh pihak istana.
Malam majlis keraian..
Suasana dalam Istana Besar Indracahaya sangat
meriah dengan kehadiran pembesar- pembesar
serta rakyat jelata. Tidak lupa juga tiga pari-
pari yang memiliki kuasa ajaib dalam Kota
Indracahaya itu. Ketiga-tiga pari-pari ini datang
dengan tujuan untuk memberi hadiah kepada
Puteri Cahaya.
“Kamu akan memiliki keperibadian yang baik.” kata pari-pari
pertama sambil mengoyangkan tongkat saktinya lalu
ditunjuk ke arah Puteri Cahaya.
“Kamu akan memiliki rupa paras yang menawan.” kata pari-
pari kedua pula.
“Kamu akan diberikan..” belum sempat pari-pari ketiga
hendak menyatakan hadiahnya, tiba- tiba kilat menyambar.
Datanglah pari-pari jahat. Pari-pari ini tidak boleh
melihat kebahagiaan yang wujud dalam istana raja
dan permaisuri di Kota Indracahaya itu. Dia
berhasrat untuk memberikan sumpahan kepada
pasangan raja dan permaisuri. Secara tiba-tiba,
pari pari jahat itu mengenakan sumpahannya ke
atas Raja Malik dan Permaisuri Hana.
“Raja Malik akan menjadi seorang yang
pemarah dan bengis. Permaisuri Hana
hanya mementingkan kecantikannya dan
membiarkan puterinya tanpa dijaga.” kata
pari-pari jahat tadi lalu pergi meninggalkan
A sentence ofmyoaujrlisstoitryubodoek ngan tawa yang sinis.
Setelah kejadian itu, semua tetamu yang hadir telah
dihalau oleh Raja Malik dan Permaisuri Hana. Rakyat
di Kota Indracahaya terkejut dengan perubahan
tingkah laku Raja Malik yang berubah. Belum sempat
ketiga pari-pari itu ingin meninggalkan istana,
mereka dipanggil oleh permaisuri.
“Kamu bertiga ambillah puteri ini, beta tidak mahu melihatnya lagi.” kata
Permaisuri Hana.
Kehidupan raja dan permaisuri kembali menjadi seperti biasa tanpa
cahaya mata tetapi suasana di dalam istana berubah menjadi keruh.
Sikap raja yang bengis membuatkan semua pekerja dalam istana menjadi
takut untuk membuat kesilapan. Sikap permaisuri yang tidak endah
akan orang lain kerana hanya mementingkan kecantikannya juga tidak
membantu dalam mengharmonikan suasana.
16 tahun kemudian..
“Terima kasih untuk sarapannya, Nek Pa.” kata Puteri Cahaya
kepada Pari-Pari pertama.
Puteri Cahaya telah dibesarkan oleh tiga pari-pari
ajaib. Genap 16 tahun, dia bertanya mengenai
keluarganya. Dia hairan kerana tidak memiliki ibu
mahupun bapa. Lalu ketiga-tiga pari-pari itu
menceritakan peristiwa yang berlaku semasa majlis
keraian menyambut kelahiran Puteri Cahaya pada
suatu masa dahulu di Istana Besar Indracahaya.
Selepas menengar cerita pari-pari, Puteri Cahaya
berasa terkejut dan kecewa.
“Adakah cara untuk saya patahkan sumpahan itu
Nek Pa?” tanya Puteri Cahaya.
“Ada. Memandangkan kamu sudah genap 16 tahun,
kamu boleh mencari bahan-bahan untuk hasilkan
ramuan sumpahan pari-pari jahat.” Jawab Nek Pa,
pari-pari pertama.
“Kamu pergi ke hutan Akasia dan cari 4 orang
kerdil. Mereka akan bagitahu kamu bahan-
bahan yang kamu perlu untuk menghasilkan
ramuan tersebut.” sambung Nek Pa.
Keesokkan harinya..
Puteri Cahaya bersiap dengan peralatan yang lengkap. Dia
tidak sabar untuk berjumpa dengan empat orang kerdil
yang dikatakan. Setelah tiba di hutan Akasia, Puteri Cahaya
mencari keberadaan lima orang kerdil itu. Mereka berada
di kelompok cendawan besar yang ada dalam hutan itu.
Puteri Cahaya menerangkan tujuan kedatangan dia di hutan
itu. Keempat-empat orang kerdil bersetuju untuk membantu
Puteri Cahaya dalam mencari bahan- bahan tersebut.
A sentence of your storybook
“Bahan yang pertama ialah bunga Eucaliptus. Kita boleh
dapat bunga ini di persisir sungai di hujung hutan ini.” kata
orang Kerdil 1.
“Baiklah, mari kita mula.” kata Puteri Cahaya dengan
bersemangat.
Mereka berlima berjalan menempuhi liku-liku hutan dan
akhirnya tiba di sebatang sungai. Nasib mereka baik
kerana terdapat satu-satunya kuntum bunga
Eucaliptus di persisir sungai itu. Puteri Cahaya dengan
lajunya memetik bunga tersebut dan memasukkan ke
dalam raga miliknya.
“Bahan yang kedua ialah air di bukit Broga. Bukit ini
terletak di bahagian tengah hutan Akasia ini”, kata
orang Kerdil 2.
Tanpa berlengah, mereka berjalan menuju ke bukit Broga.
Sesampainya, mereka di sana, Puteri Cahaya terus
mengisi botol kecilnya sehingga dengan air bukit. Puteri
Cahaya berasa gembira kerana dia sudah berjaya
mencari 2 bahan.
“Apa bahan yang ketiga?” tanya Puteri Cahaya kepada
orang-orang Kerdil.
“Bahan yang ketiga ini berada berdekatan. Namun,
susah untuk kita dapatkan. Bahan ketiga ialah bulu
monyet bertanduk.” kata orang Kerdil 3.
“Belum cuba belum tahu.” kata Puteri Cahaya
sambil tersenyum meyakinkan mereka.
Puteri Cahaya nampak kelibat seekor monyet. Namun, betapa
terkejutnya dia kerana pertama kali melihat monyet yang
mempunyai tanduk. Monyet itu sedang tidur tapi kelihatan
menakutkan. Oleh sebab Puteri Cahaya terdesak mahukan
bulunya untuk ramuan sumpahan itu, Puteri Cahaya
memberanikan diri mendekati monyet itu. Dengan berhati-hati,
dia menggunting bulu monyet bertanduk itu. Lalu mereka
berjalan secara berjingkit-jingkit meninggalkan tempat itu
untuk mencari bahan yang terakhir.
“Yay! Kita berjaya dapatkan bulu monyet
bertanduk”, Puteri Cahaya bersorak gembira.
“Jangan gembira dalu, kita masih ada bahan terakhir iaitu air
mata nenek kebayan”, kata orang Kerdil 4.
“Di mana kita nak cari air mata nenek kebayan?” tanya Puteri Cahaya.
“Di rumah nenek kebayan yang terletak di puncak bukit
Broga”, balas orang kerdil 4.
Tanpa berlengah, mereka mendaki bukit untuk sampai ke
puncak. Tidak lama selepas itu mereka tiba di puncak bukit
Broga dan mencari rumah nenek kebayan. Sesampainya
mereka di hadapan rumah nenek kebayan, orang-orang
kerdil itu hanya menyuruh Puteri Cahaya sahaja yang masuk
untuk meminta air mata nenek kebayan. Puteri Cahaya
mengetuk pintu rumah nenek kebayan dengan berhati-hati.
Tidak lama kemudian, pintu dikuak dari dalam dan terpacul
muka seorang perempuan tua.
“Hai nek. Saya ada hajat datang kemari”, kata Puteri
Cahaya sopan.
“Apa hajat kamu, nak?” tenang nenek kebayan menyoal.
“Kalau tidak keberatan, saya ingin meminta air mata
nenek sedikit”, takut-takut Puteri Cahaya menerangkan.
“Hah? Untuk apa?” tanya nenek kebayan dengan wajah
berkerut menahan rasa.
Puteri Cahaya pun menerangkan tentang sumpahan yang
dikenakan ke atas ibu bapanya oleh seorang pari-pari
jahat. Teresak-esak Puteri Cahaya di hadapan nenek
kebayan sepanjang menceritakan peristiwa yang terjadi.
Tanpa disedari, air mata nenek kebayan mengalir dengan
deras dan dengan rasa simpati, nenek kebayan
memberikan air mAasteannteynacekofeypouardsatorPybuoeoktri Cahaya.
“Terima kasih, nek”, ucap Puteri Cahaya sambil
tersenyum.
“Sama-sama, nak. Pergilah selamatkan ibu bapa kamu”,
balas nenek kebayan juga tersenyum.
Keesokkan harinya..
“Nah, ini bahan-bahan yang Nek Pa minta untuk buat
ramuan”, kata Puteri Cahaya.
Ketiga-tiga pari-pari itu kagum akan kesungguhan
Puteri Cahaya mematahkan sumpahan dan memiliki
semula keluarganya yang bahagia, bak kata pepatah
seperti pisang masak separak. Mereka faham
perasaan Puteri Cahaya yang dambakan kasih-
sayang seorang ibu dan bapa sejak kecil.
Tanpa berlengah, mereka terus menghasilkan ramuan
menggunakan bahan-bahan yang diberikan oleh Puteri Cahaya.
Ramuannya pun terhasil. Puteri Cahayameminta tolong Nek Pa
untuk memberi ramuanini kepada kedua ibu bapanya.
Malam harinya..
“Awak ada 10 minit sahaja. Cepat!” kata Raja Malik kepada Nek Pa.
“Saya datang untuk memberitahu keadaan puteri
tuanku, Cahaya”, kata Nek Pa.
“Beta tidak kisah akan budak itu”, kata Permaisuri
A senteHnacenoaf.your storybook
Tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh raja dan
permaisuri, Nek Pa terus menceritakan kisah hidup Puteri
Cahaya kepada mereka. Secara senyap-senyap Nek Pa
meletakkan sedikit ramuan ke dalam minuman raja dan
permaisuri tanpa disedari oleh mereka. Dalam sekelip mata,
raut wajah Raja Malik yang bengis menjadi tenang dan
Permaisuri Hana terus bertanyakan tentang puterinya.
A sentence of your storybook
“Masuk!” kata Nek Pa sambil tersenyum lebar.
“Ayahanda… Bonda…” laung Puteri Cahaya sambil berlari ke
arah ibu bapanya.
Raja Malik dan Permaisuri Hana menitiskan air mata melihat
puteri mereka yang sudah besar. Mereka bertiga berpeluk
tanda bersyukur. Hiduplah semula sebuah keluarga yang
bahagia dalam Instana Besar Indracahaya.
TAMAT
Buku ini milik
CERPEN KANAK-KANAK
MELODI IMPIAN
Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan
GUNALAN A/L MOGAN
Pagi itu menceritakan segala-galanya tentang kejayaan seorang anak
muda kampung dalam bidang muzik selepas mengharungi pelbagai
onak dan duri untuk sampai ke puncak. Hari ini album kelima Rizaldi
akan dilancarkan secara rasmi dan dijangka mendapat sambutan
hangat daripada peminatnya. Albumnya telah mendapat tempahan
beribu-ribu unit daripada kedai muzik kerana permintaan yang tinggi
daripada peminatnya.
Ingatan Rizaldi menerawang jauh mengingati
semula penglibatan awalnya dalam bidang
muzik. Sejak kecil dia amat meminati bidang
ini kerana mengikut jejak ayahnya yang
menjadi penyanyi ghazal di kampungnya.
Sesuai pepatah Melayu ke mana tumpahnya
kuah, kalau tidak ke nasi. Minatnya terus
diasah semasa di bangku sekolah kerana dia
selalu menyertai pertandingan nyanyian yang
dianjurkan oleh sekolah.
Rizaldi, nama yang tidak lekang meniti di bibir guru dan rakan-rakan di
sekolahnya kerana Rizaldi handal dalam bidang muzik di sekolah. Rizaldi akan
menceburi apa jua pertandingan muzik. Minatnya terus diasah kerana dia
selalu menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sekolahnya.
Petah berkata-kata dan handal melontarkan hujahnya menyebabkan Rizaldi
terpilih menyertai pasukan sekolah untuk pertandingan muzik peringkat
daerah. Rizaldi sememangnya menjadi perhatian guru dan rakan-rakannya
kerana Rizaldi seorang murid yang serba boleh.
Cikgu Badli pernah menegahnya daripada terus aktif
dalam bidang muzik kerana Rizaldi merupakan murid
cemerlang di sekolahnya. Cikgu Badli sentiasa
menitikberatkan soal pendidikan Rizaldi. Bidang muzik
bagaikan jiwa dan roh kepada Rizaldi yang boleh
dikatakan berpisah tiada. Namun sebagai guru pastinya
Cikgu Badli menginginkan keseimbangan dalam kedua-
dua bidang supaya mudah untuk Rizaldi membawa diri
apabila dewasa. Cikgu Badli akan memantau setiap gerak
dan langkah Rizaldi di dalam dan luar sekolah.
"Apa yang kamu "Saya ingin menjadi
impikan melalui penyanyi tersohor tanah
bidang muzik ini?"
air pada suatu masa
"Bidang ini tidak akan nanti."
menjamin masa depan
kamu. Percayalah cakap
saya."
Berpegang akan kata-kata Cikgu Badli, Rizaldi
mengorak langkah untuk terus mencipta kejayaan
dalam bidang ini. Kata-kata Cikgu Badli bukannya
mematahkan semangat dan minatnya dalam
bidang muzik. Sebaliknya, dia menganggap kata-
kata cikgunya itu sebagai pembakar semangat
kepadanya untuk terus berjaya.
Selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
Rizaldi terus berhijrah ke ibu kota untuk mengembangkan
bakatnya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi dan yakin
bahawa Selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Rizaldi terus berhijrah ke ibu kota untuk mengembangkan bakatnya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi dan yakin bahawa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Di ibu kota, dia telah berjumpa dengan seorang komposer. Komposer tersebut telah meminta wang sebanyak RM1000 untuk mencipta sebuah lagu untuk Rizaldi. Pada waktu itu, Rizaldi tidak mempunyai wang yang diminta oleh komposer tersebut.
jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Di ibu kota, dia telah berjumpa dengan seorang
komposer. Komposer tersebut telah meminta wang sebanyak
RM1000 untuk mencipta sebuah lagu untuk Rizaldi. Pada
waktu itu, Rizaldi tidak mempunyai wang yang diminta oleh
komposer tersebut.
“Ayah akan “Terima kasih, Oleh itu, Rizaldi telah membuat keputusan
sediakan wang ayah!” untuk meminta wang daripada ayahnya.
tersebut secepat Akan tetapi, situasi di rumah mereka ialah
yang mungkin,” ibu bapa Rizaldi hanya makan ubi keledek
disebabkan ayahnya dipecat. Sebagai ayah
jawab ayah. yang sangat menyayangi anaknya, ayah
Rizaldi telah menggadaikan barang kemas
isterinya untuk mendapatkan wang yang
secukupnya bagi Rizaldi.
Sebaik sahaja komposer tersebut menerima
wang daripada Rizaldi, terus menghilangkan
diri. Keesokkan harinya Rizaldi pergi ke studio
komposer tersebut dengan harapan yang
tinggi tetapi studio tersebut telah menjadi
kedai makan. Dengan kebingungan itu, Rizaldi
berjalan pulang ke biliknya dengan kesedihan
yang tidak dapat dikawal. Rizaldi menangis
sambil memberitahu perkara tersebut
kepada kedua ibu bapanya.
“Jangan menangis, nak. Ibu dan ayah akan
sentiasa berada di sisimu, pulanglah ke kampung
halaman,” dengan penuh kekecewaan balas ayah
Rizaldi.
Setelah beberapa bulan memperjudikan nasib
di kota, dia pulang ke kampungnya kerana
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
akan diumumkan. Rizaldi telah pergi ke sekolah
pada awal pagi lagi. Dia berasa hairan apabila
semua kawannya mengucapkan tahniah
kepadanya. Dia menjangkakan bahawa rakan-
rakannya mengetahui bahawa dia telah berjaya
menjadi artis rakaman.
“Tahniah! Anda pelajar terbaik SPM pada tahun ini,"
Rizaldi mendengar suara dari arah belakangnya. Dia
menoleh ke belakang dan berasa sangat terkejut
apabila melihat Cikgu Badli iaitu cikgu sekolah
rendahnya. Rizaldi terus bersalaman dan memeluk
Cikgu Badli.
Rizaldi pulang ke rumahnya dan Saya dalam dilema,
menyampaikan khabar gembira itu kepada mak. Ditelan mati
ibu bapanya. emak, diluah mati
bapa. Sukar untuk saya
Bagaimanakah keputusan membuat keputusan.
kamu sekarang? Hendak
menyambung pelajaran
atau meneruskan cita-cita
kamu dalam bidang
muzik?
Mak berharap kamu memikirkan
semasak-masaknya sebelum
membuat keputusan, Mak tidak
mahu kamu menyesal pada suatu
hari nanti. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna
"Ini borang kemasukan ke Semalaman Rizaldi tidak dapat melelapkan
universiti dan awak isilah mata kerana memikirkan keputusan yang
apa-apa kursus yang awak minat. bakal diambil. Dia sedar bahawa emaknya
memberikan kebebasan kepadanya untuk
Lupakan cita-cita awak membuat keputusan tetapi kata-kata Cikgu
untuk menjadi penyanyi,"
Badli pada siang tadi terus menghantui
tegas Cikgu Badli. fikirannya.
Akhirnya, Rizaldi membulatkan tekad
bahawa dia akan meneruskan cita-
citanya untuk menjadi penyanyi
terkenal tanah air. Dia berjanji kepada
dirinya bahawa dia akan meneruskan
pengajiannya ke menara gading selepas
berjaya mencapai cita-citanya itu.
Lamunan Rizaldi terhenti apabila dia mendengar namanya
dipanggil untuk menyampaikan ucapan sempena
pelancaran album barunya itu. Selesai berucap, Rizaldi
melayan para peminatnya yang berasak-asak menghulur
buku untuk ditandatangan.
“Tahniah, Rizaldi!" "Cikgu!"
Rizaldi terus mendongakkan kepalanya dan dia terkesima
seketika. Rizaldi terus memeluk erat tubuh Cikgu Badli. Air
mata menuruni ke pipinya perlahan-lahan.
Awak memang Alang-alang menyeluk pekasam
seorang yang hebat biar sampai ke pangkal lengan.
Saya tidak akan mengecewakan
cikgu. Insya-Allah pada minggu
hadapan saya akan memperoleh
Ijazah dalam bidang Seni Vokal
daripada Universiti Teknologi
Mara.
TAMAT
Si Tikus dan Si Tupai
"Bagai memagar diri dengan aur"
Karya Nurul Quratul Ain binti Sabli
"Membaca Terapi Minda"
si tikus si tupai
Pada suatu pagi yang indah, kedengaran
desiran air sungai yang memecah kesunyian
hutan belantara. Burung terbang bebas
sambil berkicau keriangan di awan. Kelihatan
Si Tikus menggeliat bangun dari tidur
manakala Si Tupai sedang membaiki lubang
rumahnya.
"Huargh... Selamat pagi, Si Tupai!" kata Si Tikus. "Rajinnya kau
bertukang pagi-pagi buta ini," tambahnya lagi.
Si Tupai lantas membalas sapaan Si Tikus seraya berkata, "Selamat
pagi, Si Tikus. Maklumlah, musim tengkujuh semakin hampir. Aku perlu
membuat persiapan agar rumah tidak musnah dek hujan lebat,"
balasnya.
Si Tikus dengan sombongnya membalas, "Hmm.. musim tengkujuh? Aku tak
perlu membuat persiapan kerana aku yakin rumahku tidak akan musnah
dek hujan yang lebat," katanya.
Si Tupai tidak menghiraukan kata-kata Si Tikus dan tetap
meneruskan aktiviti pertukangan membaiki lubang
rumahnya. Si Tupai bersiap-siaga dalam menempuh musim
tengkujuh yang mendatang. Setelah selesai bertukang, Si
Tupai memeriksa bekalan kayu api dan makanan.
Nampaknya, bekalan yang ada tidak cukup untuk
sepanjang musim tengkujuh.