Si Tupai menyapa Si Tikus yang sedang termenung sambil menghirup
udara segar, "Wahai Si Tikus, marilah mencari kayu api bersamaku
petang nanti," ajaknya.
Si Tikus tersedar dari termenung jauh terus berkata, "Eh! Si Tupai,
mencari kayu api di hutan belantara?", tanya Si Tikus.
"Ya, Si Tikus. Kita haruslah sediakan payung sebelum hujan. Kayu api
penting agar kita tidak kesejukan semasa musim tengkujuh nanti,"
kata Si Tupai.
"Baiklah, Si Tupai", balas Si Tikus lagi.
Pada sebelah petang, angin bertiup sepoi-
sepoi bahasa dan pokok-pokok bergoyang
seperti menari keriangan. Si Tikus dan Si
Tupai mula menjelajah hutan belantara
untuk mencari kayu api.
Si Tikus berkata, "Marilah kita berpecah. Aku ke arah Timur, kau pula
ke Barat. Kita akan bertemu semula di persimpangan ini sebelum senja
menerpa," katanya. "Baiklah Si Tikus. Tunggu aku ya, nanti kita pulang
bersama-sama," pesan Si Tupai.
Si Tikus dan Si Tupai masing-masing terus mencari kayu api di arah
yang berlainan. Setelah jauh berjalan, Si Tikus yang sedang asyik
menyanyi tiba di tebingan sungai. Terdapat banyak kayu api di
tebingan sungai tersebut.
"La..la..la... Wah, banyaknya kayu api", katanya lalu mengutip semua kayu
api untuk bekalan musim tengkujuh yang semakin hampir. "Bilangan kayu
api ini lebih dari cukup sebagai bekalan musim tengkujuh," kata Si Tikus
keriangan.
Setelah selesai mengutip kayu api, Si Tikus segera balik ke rumah tanpa
menghiraukan nasib Si Tupai. Si Tikus berasa hasil kayu api yang dikutip
olehnya adalah cukup untuk kegunaan dirinya nanti.
““Alaaa... sikitnya kayu api ini. Hasil ini hanya sekadar cukup untuk seminggu,"
keluh Si Tupai kesedihan.
Senja semakin hampir menerpa, Si Tupai terus balik dan menunggu Si Tikus di
persimpangan. Hari semakin gelap namun kelibat Si Tikus langsung tak
kunjung tiba. Si Tupai menggagahkan diri meneruskan perjalanan balik ke
rumah walaupun hari semakin gelap.
02
Apabila sampai di perkarangan rumah, kelihatan
rumah Si Tikus sudah terang-benderang. Si Tupai
bertambah kecewa kerana Si Tikus tergamak
meninggalkannya sendirian di dalam hutan belantara
tanpa rasa bersalah.
02
Keesokan harinya, Sang Suria kembali bersinar. Si Tupai yang ringan tulang tetap
meneruskan usahanya untuk bersiap menghadapi musim tengkujuh. Kayu api hasil kutipan
semalam disimpan rapi di dalam rumahnya. Hari ini, Si Tupai ingin menambah bekalan makanan
pula. Si Tupai sekali lagi mengajak Si Tikus mencari bekalan makanan.
"Wahai Si Tikus, marilah kita mencari bekalan makanan di seberang sungai petang nanti," ajak
Si Tupai. "Haa...marilah Si Tupai. Aku memang ingin mencari makanan sebagai bekalan musim
tengkujuh nanti," balas Si Tikus.
02
Di sebelah petang, Si Tikus dan Si Tupai bersama-sama menyeberang
sungai yang cetek untuk mencari bekalan makanan. Setibanya di seberang
sungai, kelihatan pokok-pokok jambu air berbuah lebat. Si Tikus dengan
rakusnya memetik hampir kesemua buah jambu air yang telah masak
ranum.
"Ha..ha..ha! Aku berjaya memetik banyak buah jambu air yang telah
masak ranum!," katanya kepada Si Tupai sambil ketawa.
02
Si Tupai hanya sempat memetik beberapa biji buah jambu air
yang masak ranum dan selebihnya mendapat jambu air yang
hampir rosak tetapi masih dapat dimakan. Si Tikus pulang ke
rumah dengan riangnya dan sekali lagi Si Tupai ditinggalkan
bersendirian.
02
Pada keesokan harinya, hujan mula turun dengan lebatnya dan kilat sabung-
menyabung. Sinar Sang Suria langsung tak kelihatan. Hujan yang turun dengan
lebatnya menyebabkan air sungai melimpah. Kesemua timbunan kayu api dan
buah jambu air di hadapan rumah Si Tikus hanyut dibawa arus deras.
"Tolong! Tolong! Tolong aku! Habislah bekalan aku!", jerit Si Tikus.
02
Mujurlah Si Tupai mendengar jeritan Si Tikus lalu berkata, "Si Tikus,
cepat lari ke rumahku di atas pokok ini!," jerit Si Tupai.
Si Tikus berlari lintang-pukang menuju ke rumah Si Tupai kerana khuatir
dirinya lemas dibawa arus sungai yang deras. Si Tikus berasa malu
dengan Si Tupai kerana sikapnya yang terlalu mementingkan diri bagai
memagar diri dengan aur.
02
Si Tikus menginsafi perbuatannya dan berkata, "Aku minta maaf, Si Tupai. Aku
tahu selama ini aku terlalu pentingkan diri sendiri. Sifat pentingkan diri ini
membawa padah dan memakan diriku. Hasil kayu api dan buah jambu air yang aku
kutip telah hilang sekelip mata," katanya dengan nada sebak.
Sejak peristiwa itu, Si Tikus insaf dan tidak lagi bersikap mementingkan diri. Si
Tikus telah membina sebuah rumah baharu di atas pokok dengan bantuan Si Tpai
kerana rumah lamanya telah mengalami kerosakan yang teruk.
02
Pengajaran
Orang yang bersikap pentingkan diri
akan selalu berakhir dengan kerugian.
Maka, jangan amalkan sikap pentingkan
diri dalam kehidupan seharian.
Glosari
1. bagai memagar diri dengan aur - sifat yang mementingkan diri sendiri
2. sepoi-sepoi bahasa - perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin)
3. sediakan payung sebelum hujan - bersedia sebelum ditimpa kesusahan
4. menjelajah - pergi berjalan ke merata-rata tempat
5. musim tengkujuh - musim hujan
6. lintang pukang - tak tentu arah
7. ranum - cukup masak
8. ringan tulang - rajin
Tamat
NUR RAFIDAH
Oli mencari jalan pulang
"Bagai condong ditumpil, lemah dianduh"
Oli seekor kucing putih yang berasal dari
bandar. Oli dibela oleh sebuah keluarga yang
amat penyayang. Kehidupan Oli dilengkapi
dengan makanan yang enak, tempat tidur
yang selesa dan dijaga rapi oleh tuannya. Oli
sentiasa bersyukur. Namun, hidup Oli sentiasa
bersendirian kerana Oli tidak mempunyai
rakan lain selain daripada tuannya.
Pada suatu hari, Oli terdengar perbualan
tuannya. “Anak-anakku, ayah ingin
beritahu yang kita harus berpindah kerana
ayah mempunyai urusan kerja. Kawasan
itu agak jauh di pedalaman.” Oli pun
mendengar perbualan tersebut sambil
berfikir, “Kemanakah kami akan
berpindah? Mungkin disana aku akan
menemui rakan baru?”. Sejak saat itu, Oli
sentiasa berfikir untuk meneroka rumah
baharu yang akan mereka tinggal nanti
dan mencari rakan di sana.
Seminggu sudah berlalu, akhirnya tiba
waktu untuk Oli dan keluarga tuannya
berpindah. Oli dibawa menaiki kereta
bersama tuannya. “Cantikkan kawasan ini?
Tempat ini juga jauh daripada kesesakan
seperti di bandar.” kata tuannya. Oli pun
berdiri di tepi tingkap untuk melihat
pemandangan di luar. Oli berasa teruja dan
tidak sabar untuk melihat suasana di
rumah baharunya kelak. Setelah beberapa
detik, Oli pun tertidur di pangkuan tuannya.
Kedengaran bunyi enjin terhenti. Oli pun segera bangun dari tidur dan
meregangkan badannya. Oli kelihatan seperti tidak sabar hendak
keluar dari kereta mereka. “Oli teruja mahu berjalan-jalan di rumah
baharu kita, ya?” kata tuannya. Oli pun menggosokkan kepala pada
tangan tuannya menandakan bahawa dia berasa amat seronok.
Setelah itu, tuannya mengeluarkan Oli dari kereta. Oli
memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil melihat
suasana di kawasan tersebut. “Hanya beberapa buah rumah
yang dapat dilihat di sekitar sini”. Oli pun berjalan di sekeliling
rumahnya dan ternampak sebuah laluan hutan di tepi rumahnya,
“Apa agaknya ada di sana ya?”.
5
Tanpa berfikir panjang, Oli terus menuju ke sana. Pada awalnya, Oli berasa
tenang kerana suasana yang nyaman itu dapat menenangkan hatinya.
Namun, setelah jauh berjalan Oli pun berasa takut. Oli menoleh ke belakang.
Rumah mereka tidak lagi kelihatan. Oli mula berasa resah. “Adakah aku
berjalan terlalu jauh?”. Oli bertanya pada dirinya.
6
Beberapa detik kemudian, Oli terdengar bunyi tapak
kaki yang datang dari arah tepinya. Oli pun terdiam.
Oli memejamkan mata kerana ketakutan. Kemudian,
Oli dikejutkan oleh seekor kucing hutan yang kini
berada di tepinya.
7
“Siapa kau? Kenapa kau berada di sini bersendirian?”, tanya
kucing hutan tersebut. “Nama aku Oli. Aku tidak mengetahui jalan
di sini”. Kucing hutan tersebut memerhatikan Oli lalu berkata, “Kau
pasti masih baru di sini. Tidak apa, aku akan tunjukkan jalan.
Panggil sahaja aku Labu”. Oli segera mengucapkan terima kasih
kepada kucing kelabu tersebut dan mengikut jejaknya demi
mencari jalan pulang.
8
Mereka pun berbual sambil mencari rumah Oli. “Sudah lama kau
disini?” tanya Labu. “Tidak, aku baru sahaja tiba disini tadi. Aku
terlihat laluan ini dan terfikir untuk berjalan-jalan”, balas Oli.
“Agak bahaya jika berjalan disini kerana dipenuhi haiwan liar”. Oli
berasa agak takut mendengar kata-kata Labu itu.
9
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi daun di belakang mereka.
Mereka berdua menoleh kebelakang dan terlihat sekumpulan anjing
liar. “Tidak apa, kita akan cuba berlari sekuat mungkin”, kata Labu.
Namun, rancangan mereka gagal kerana mereka sudah dikelilingi
anjing-anjing tersebut. Oli mula resah dan menyesal dengan
tindakannya untuk berjalan di hutan.
10
Sekumpulan anjing tersebut semakin menghampiri mereka dan
menutupi jalan untuk mereka keluar. “Tolong, jangan kacau
kami! Kami hanya bersiar-siar disini!”, jerit Oli. Kata-katanya itu
hanya ditertawakan oleh sekumpulan anjing itu. “Kamu fikir
kami akan melepaskan kamu berdua begitu sahaja?”. Labu
masih diam dan berfikir cara untuk melepaskan diri.
11
“Hei, lihat itu! Ada banyak tulang ayam
disana!”, jerit Labu. Sekumpulan anjing
tersebut pun terus menoleh ke belakang.
Labu dan Oli mengambil peluang itu untuk
melarikan diri. Mereka berlari sekuat hati.
Namun, kaki Labu tersangkut pada akar
kayu. Oli terus berlari. Sekumpulan anjing
itu mengejar mereka dan telah
mengepung Labu. Oli melihat dari jauh
keadaan Labu.
12
Oli memikirkan cara untuk
menyelamatkan Labu yang dalam
kesusahan. Oli menoleh ke kanan dan
terlihat sebatang dahan pohon yang
telah patah. Dahan tersebut kelihatan
masih kukuh. Oli menggigit dahan
tersebut dan memerhatikan Labu dari
jauh. Oli terus berlari menuju ke arah
Labu apabila dia hampir digigit oleh
seekor anjing. Oli menolak kaki anjing
itu dengan dahan tersebut sehingga
anjing itu terjatuh. Oli dan Labu terus
berlari meninggalkan anjing-anjing
tersebut.
13
Mereka berhenti di tepi pohon kerana kepenatan. Labu melihat keadaan sekeliling
untuk memastikan mereka selamat. “Terima kasih kerana sudah membantu aku.
Kalau aku keseorangan, mungkin aku sudah digigit anjing”, kata Labu. “Sama-
sama, Labu. Kau juga telah menemani aku disini dan ingin membantu aku mencari
jalan pulang”, balas Oli. Mereka meneruskan perjalanan dan terdengar bunyi enjin
kereta. “Aku kenal bunyi enjin itu”, kata Oli. Mereka bergegas mengikuti arah bunyi
enjin tersebut.
14
Akhirnya, Oli telah menemui jalan pulangnya.
Labu berasa lega kerana Oli berjaya pulang
ke rumah. “Terima kasih, Labu. Tanpa kau,
aku pasti masih tersesat di hutan”, kata Oli.
Labu tersenyum lalu berkata, “Apa salahnya
kita saling membantu, bagai condong
ditumpil, lemah dianduh”. Oli mengangguk
tanda setuju. “Inilah rumah aku. Nanti kau
boleh datang ke sini dan kita boleh main
bersama”, Oli mengajak Labu. “Baiklah, aku
akan datang kelak”, balas Labu.
15
Sejak peristiwa itu, Oli tidak mahu lagi berjalan
sendirian. Pertemuan Oli dan Labu telah memberikan
satu pengalaman yang baharu kepadanya.
Persahabatan mereka semakin erat. Mereka juga
bertemu dengan banyak rakan baru di kawasan itu
kerana sifat mereka yang ramah dan suka membantu.
Tuan Oli juga seronok melihat gelagat Oli dan rakan-
rakannya. Akhirnya, Oli gembira kerana menemui
rakan baharu yang baik dan prihatin.
TAMAT
Bersama Selamanya
Tteerraepnudnagmssaammaahbaansyauht.,
Sharmaine Daphne
Cuaca hari ini sangat cerah.
Cahaya matahari dengan perlahan
masuk memenuhi ruang di dalam
bilik. Moni bangun dari katil dan
membuka jendela untuk
menghirup udara segar awal pagi.
Cuaca yang baik hari ini sama
seperti hatinya yang gembira dan
teruja untuk memulakan
perjalanan balik ke kampung.
Perjalanan ke kampung pada kali ini
bukanlah hanya untuk melawat,
tetapi Moni akan tinggal bersama
neneknya kerana ibu bapanya yang
terlalu sibuk khuatir tiada siapa
yang akan menjaga Moni. Moni akan
memulakan persekolahan Tahun
Satu di sebuah sekolah di kampung
neneknya. Perjalanan itu mengambil
masa dua jam dan setibanya di
kampung, Moni turun dari kereta lalu
terus memeluk neneknya.
Hari yang dinanti-nantikan oleh Moni telah
tiba. Pada hari pertama persekolahan, Moni
berasa gementar namun teruja pada masa
yang sama. Dia tidak sabar untuk belajar
benda baharu dan juga bertemu kawan
baharu. Meja dan kerusi dalam kelas Moni
disusun secara berpasangan. Moni terus
mengambil tempat duduknya.
Selepas beberapa ketika, muncul
seorang budak perempuan dan duduk di
sebelah Moni. Dia kelihatan malu dan hanya
berdiam diri. Moni dengan beraninya
menegur lalu memperkenalkan diri, “Hai,
nama saya Moni”. Setelah Moni
memperkenalkan diri, barulah dia
memperkenalkan dirinya sebagai Nini, “Hai
Moni, saya Nini”.
Sejak hari pertama persekolahan itu, Moni
dan Nini menjadi semakin rapat. Mereka
berdua sangat bersemangat untuk ke
sekolah kerana banyak benda baharu
yang mereka pelajari setiap hari. Moni
dan Nini juga menjadi sahabat baik
kerana mereka selalu belajar dan bermain
bersama-sama.
Moni dan Nini juga tinggal di kampung
yang sama menyebabkan mereka
berjumpa setiap hari. Pada hujung
minggu, mereka akan meluangkan masa
bersama bermain di kawasan kampung.
Ada masanya mereka pergi ke sungai
untuk mandi dan meluangkan hujung
minggu bersama.
Masa terasa berlalu dengan pantas. Moni dan
Nini kini berada dalam Tahun Enam. Pada
tahun ini, mereka akan menduduki ujian yang
akan menentukan penempatan mereka di
sekolah menengah. Moni dan Nini sangat rajin
belajar dan mereka selalu mengulang kaji
pelajaran bersama-sama. Moni akan sentiasa
membantu Nini yang agak lemah dalam
pelajaran.
Mereka akan selalu bertukar pendapat dan
belajar dalam kumpulan untuk meningkatkan
pemahaman terhadap sesuatu perkara. Hari
berganti hari dan kini telah tiba hari mereka
menduduki peperiksaan tersebut. Semua
murid Tahun Enam termasuk Moni dan Nini
berasa gementar.
Sebelum pergi ke sekolah pada hari itu, PEPERIKSAAN
Moni memohon maaf dan restu daripada TOLONG SENYAP
neneknya manakala Nini memohon maaf
dan restu daripada ibu bapanya supaya
semua usaha gigih mereka selama ini akan
membuahkan hasil. Selama ini, Moni dan
Nini rajin berusaha kerana mereka berjanji
untuk mendapat keputusan yang
cemerlang supaya boleh sama-sama
memohon masuk ke sekolah berasrama
penuh. Hubungan mereka sangat rapat
sehingga mereka tidak sanggup untuk
berpisah apabila sudah melangkah ke
sekolah menengah.
Moni dan Nini telah menyelesaikan peperiksaan
dengan lancar. Mereka sangat berpuas hati kerana
dapat menjawab soalan dengan mudah. Namun
begitu, pada hari keputusan peperiksaan
diumumkan, Nini mendapat keputusan yang kurang
memuaskan dan keputusan itu tidak melayakkannya
untuk memohon masuk ke sekolah berasrama
penuh.
Moni pula mendapat keputusan yang cemerlang.
Hari penerimaan keputusan yang mereka harapkan
sebagai hari yang bahagia kini bertukar suram. Moni
gembira dengan keputusannya tetapi dia sedih
kerana rakan baiknya, Nini tidak mendapat
keputusan yang sama. Nini berasa kecewa dan terus
pulang ke rumah tanpa menyapa Moni pada hari itu.
Sejak dari hari itu, Nini mengelakkan diri daripada
berjumpa dengan Moni. Nini berasa sangat
kecewa sehingga mengurung diri dan tidak
bercakap dengan Moni. Moni berasa sedih kerana
Nini mengelak berjumpa dengannya. Dia berasa
kecewa dengan sikap Nini kerana mereka telah
menjadi rakan baik selama mereka berada di
sekolah rendah. Persahabatan yang erat itu
ternyata boleh putus dalam sekelip mata.
Moni kini telah berjaya masuk ke sekolah
berasrama penuh. Walaupun teruja dan gembira,
Moni masih terasa kehilangan seorang rakan baik.
Sejak keputusan peperiksaan mereka
diumumkan dan Nini melarikan diri, Moni sudah
lama tidak mendengar khabar daripada Nini.
Mereka tidak lagi berhubung dan berjumpa.
Pada suatu hari, Moni pulang ke
kampung neneknya pada masa cuti
sekolah. Keadaan di kampung masih
sama seperti semasa Moni tinggal
dengan neneknya. Segala kenangan
dengan Nini terlintas dalam fikiran
Moni dan dia berasa sedih. Moni
sangat rindu akan rakan baiknya, Nini.
Pada sebelah petang, Moni keluar
berjalan-jalan di kawasan kampung
dan menuju ke pondok iaitu tempat
dia dan Nini selalu meluangkan masa
bersama dahulu.
Semasa tiba di pondok itu, kelihatan
seseorang sedang duduk dan Moni
sangat terkejut melihat orang itu ialah
Nini! Rupa-rupanya Nini pun rindu
akan Moni. Dia duduk di pondok itu
kerana di situlah merupakan
kenangan mereka selalu bermain dan
meluangkan masa bersama suatu
masa dahulu. Moni dan Nini sama-
sama terkejut kerana terserempak di
pondok. Mereka berdua tidak
menyangka akan bertemu secara
tidak sengaja di situ.
Moni dan Nini tidak dapat
menyembunyikan perasaan mereka dan
saling menangis kerana terlalu rindu.
Mereka berdua berpelukan dan saling
meminta maaf. Nini menjelaskan bahawa
dia melarikan diri daripada Moni kerana
dia berasa malu apabila dia tidak dapat
menepati janji mereka untuk sama-sama
bersekolah di sekolah asrama penuh.
Moni berkata kepada Nini, “Selepas ini
jangan lagi menghilangkan diri kerana
kita akan tetap berkawan walaupun tidak
bersekolah di sekolah yang sama”. Nini
berasa terharu dan membalas, “Baiklah
Moni, saya harap persahabatan kita ini
akan kekal sampai bila-bila”.
Mereka akhirnya berdamai dan menjadi
rakan baik semula. Moni dan Nini
akhirnya saling bertanya khabar
dengan mengirim surat kerana jarak
yang memisahkan mereka. Setiap kali
cuti sekolah, mereka akan berjumpa di
kampung dan meluangkan masa
bersama. Moni dan Nini sedar bahawa
tiada apa yang boleh memisahkan
mereka. Dalam persahabatan, susah
dan senang hendaklah dilalui bersama,
bak kata pepatah ‘terapung sama
hanyut, terendam sama basah’.
TAMAT
ROSNIH ABDULLAMAN
Kembara Si
Melati
(Patah sayap, bertongkat paruh)
Jauh di dalam hutan, wujud
sebuah desa yang memiliki
penduduk yang sangat
sedikit. Suasananya aman
damai dan bahagia.
Begitulah kehidupan Melati
yang tinggal bersama ibunya
di pondok kecil itu.
Namun begitu, secara tiba-tiba ibunya jatuh sakit selama berbulan-
bulan. Melati pun buntu apa yang harus dilakukan lagi kerana
telah pelbagai cara telah digunakan untuk menyembuhkan ibunya.
Tetapi, ibunya tidak juga sembuh.
“Oh ibu, apalah penawarnya sakitmu ini?” ujar Melati dengan
nada sedih. Melati pun berfikir sehingga tertidur di samping
ibunya.