The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilah24-375, 2022-10-13 23:23:04

Kumpulan Karya Cerpen IPGKG

Cerpen Kanak-Kanak

Keywords: cerpen,kanak-kanak,buku cerita,fantasi,kartun,cerita dongeng,kisah,peribahasa

Tiba-tiba, Melati bermimpi
akan kedatangan Semangat
Hutan. “Hai Melati, pergilah
engkau ke Gua Gunung Jerai.
Kerna di situlah penawar sakit
ibumu,” ujar Semangat Hutan
itu. Melati pun terbangun dari
tidurnya. Melati takut kerana
tahu Gua Gunung Jerai itu ada
penjaganya.

Tetapi, Melati tetap

bertekad untuk keluar ke

Gua Gunung Jerai demi

mendapatkan penawar

sakit ibu tercinta. Melati

pun memulakan

kembaranya dengan

berbekalkan sebotol air

dan sebekas ubi rebus.

Ketika dalam perjalanan ke Gua Gunung Jerai, Melati menemui
persimpangan jalan. “Aduh, kemana pula jalan yang harus aku
pergi ini!”, rintih Melati. Tiba-tiba, keluar seekor musang yang
pintar berbicara. “Mau kemana engkau?”, tanya Si Musang
sinis.

Melati yang terkejut pun menjawab,
“Aku ingin ke Gua Gunung Jerai, tapi
aku tidak tahu kemana jalan yang
mesti aku lalui”. Si Musang yang
berfikiran jahat pun menjawab, “Aku
boleh tolong engkau, tapi kau mesti
berikan aku makanan”, jawab Si
Musang sambil ketawa jahat.

Melati yang naif pun menghulurkan ubi rebusnya
kepada musang tersebut. “Kau pergilah ke kiri, itulah
jalan ke Gua Gunung Jerai”, kata Si Musang. Melati pun
terus berlari ke arah jalan kiri kerana takut Musang itu
akan mengganggunya lagi.

Setelah beberapa waktu berjalan, Melati hairan kerana
jalan yang dilaluinya itu seperti tidak pernah dilalui oleh
orang. Melati pun menyedari bahawa dirinya ditipu oleh
Musang tersebut. “Apalah malang nasibku ini, sudahlah
ditipu musang, makanan aku pun diambil juga”, tangis
Melati.

Tiba-tiba, Melati didatangi Semangat Hutan. Semangat Hutan itu pun memberitahu
jalan yang betul kepada Melati untuk sampai ke Gua Gunung Jerai. “Pergilah
engkau ke utara, dan engkau akan melalui sebuah jambatan”, kata Semangat
Hutan kepada Melati. Melati pun berterima kasih kepada Semangat Hutan dan
berjalan ke arah utara.

Apabila sampai di jambatan kayu
tersebut, Melati mendapati
jambatan itu telah rosak. Tetapi,
di tepi jambatan itu juga terdapat
orang kerdil yang sedang
bersedih. Melati pun bertanya
kepada orang kerdil tersebut.

“Hai orang kerdil, mengapa
engkau bersedih disini?” kata
Melati. Orang kerdil pun
menjawab, “Aku ingin ke
seberang sungai tapi jambatan
itu telah rosak”, jawab orang
kerdil itu. Melati pun segera
membantu membaiki jambatan
yang rosak itu.

Tidak lama kemudian, jambatan itu pun boleh digunakan semula.
Orang kerdil yang gembira pun dapat menyeberangi sungai itu semula.
Sebagai tanda berterima kasih kepada Melati, orang kerdil pun
memberitahu jalan pintas ke Gua Gunung Jerai. “Jika kau hendak ke
Gua Gunung Jerai, lalulah jalan di sebalik pokok besar itu”, kata orang
kerdil.

Tetapi, belum sempat dia bertanya, orang kerdil
telah hilang dari pandangannya. Melati pun
menuruti kata-kata orang kerdil itu.

Setelah berjalan selama
beberapa jam, Melati pun
sampai di Gua Gunung Jerai
yang dituju. Namun begitu,
Melati tidak melihat walau
satu pun benda atau
tumbuhan yang ada dalam
gua itu. “Yang manakah pula
penawar ibuku ini?” kata
Melati.

Tiba-tiba, terdengar bunyi
kaki yang kuat sedang
melangkah ke arah Melati.
Melati pun segera menyandar
di dinding kerana ketakutan.
Thump! Thump! Thump!

Rupa-rupanya, bunyi kaki
itu ialah kaki seekor naga
putih yang mendengus
marah kerana terjaga dek
suara Melati. “Apa yang
kau buat di sini hah!",
kata Si Naga yang
marah.

Melati yang hampir menangis pun
menjawab, “Aku ingin mencari
penawar ibuku yang sakit wahai
naga.” Mendengar sahaja kata
Melati, Si Naga pun ketawa besar.
“Kau siapa ingin mengambil bunga
satria itu!” kata Si Naga. Mendengar
kata-kata Si Naga, Melati pun cuba
memujuk Si Naga untuk memberikan
bunga Satria itu.

“Tolonglah naga, aku inginkan
bunga Satria itu untuk penawar
ibuku yang sakit," kata Melati. Si
naga pun menjawab, “Aku boleh
berikan bunga itu tetapi kau harus
melakukan apa yang aku mahu”..
Melati pun segera menjawab, “Apa
dia naga? Aku sanggup
melakukannya”. “Kau harus
mencabut duri yang ada di belakang
ku ini”, kata Si Naga.

Melati pun segera ke belakang naga untuk mencabut duri tersebut. Semasa
memanjat belakang naga itu, Melati terjatuh dan dirinya terluka di lutut. Kemudian, dia
panjat lagi tetapi masih terjatuh. Melati yang hampir berputus asa pun berkata, “Oh
tidak! Sakitnya kaki aku!”, katanya sambil terduduk.

Namun begitu, Melati terfikir akan ibunya yang
sakit di rumah. Kemudian, Melati mendapat
fikiran untuk membalut tangan dan kakinya
dengan kain. Dia pun membalut tangan dan
kakinya menggunakan kain daripada
seluarnya yang dikoyakkan. Akhirnya, Melati
berjaya memanjat belakang Naga dan
mencabut duri Si Naga. “Hiyaaaa! Akhirnya,
terlepas sudah aku dari kesakitan ini!” jerit Si
Naga. “Terima kasih Melati kerana mencabut
duri itu. Aku akan membalas budimu,” kata Si
Naga.

Si Naga pun memberikan bunga Satria kepada Melati. “Ini rupanya bunga Satria
penawar ibuku. Terima kasih naga,” kata Melati. Setelah itu, Melati pun ingin
segera bergerak pulang. Melihat itu, naga menawarkan Melati untuk
menghantarnya pulang. Melati dengan senang hati menerima tawaran Si Naga itu.

“Terima kasih naga!”
jerit Melati sambil
melambai Si Naga
sebaik sahaja Melati
menjejakkan kaki di
rumahnya. Si Naga pun
berlalu pergi.

Melati segera

mendapatkan ibunya

untuk memberikan bunga

Satria itu. Ibu Melati

akhirnya sembuh apabila

memakan bunga Satria

tersebut. Mereka pun

kembali hidup gembira

seperti dahulu.

“Usahaku ini tidak sia-sia akhirnya. Ibarat patah sayap bertongkat paruh, setiap
usaha itu pasti akan berhasil selepas melalui cabaran yang payah,” ujar Melati sambil
tersenyum bersama-sama ibunya.

Nilai Murni

Kita mestilah sentiasa berusaha
untuk mendapatkan sesuatu yang
kita mahu. Setiap usaha akan
mendapat ganjaran yang terbaik.

TAMAT

Setia

Muhammad bin Azis

Watak

Nama saya
Tembusu

Nama saya
Pipit

Dalam sebuah hutan yang aman dan
sentosa,terdapat sebatang pokok tembusu yang
megah berdiri sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Pokok tembusu kelihatan ceria dan gembira akan

dirinya tumbuh subur dan megah. Tembusu
berkawan dengan burung pipit yang digelar Pipit.
Pipit selalu terbang gembira di dahan-dahan pokok

tembusu sehingga penat lalu tidur di sana.

“Wah! Selesa juga kau tidur di dahanku ini wahai Pipit?”, tanya Tembusu
sambil melihat ke arah Pipit yang baru sahaja bangun dari tidurnya yang lena.

“Ya Tembusu, dahanmu ini sangat selesa dan sejuk untuk menjadi tempatku
berteduh ketika cuaca panas”, kata Pipit dengan nada gembira sambil
membetulkan bulu pada sayapnya.

Begitulah hubungan akrab persahabatan mereka setiap hari. Setelah dua bulan
berlalu, Pipit menyatakan hasratnya untuk membuat sarang di salah satu dahan
Tembusu kerana dia ingin bertelur. Tembusu bersetuju dan berasa gembira kerana
dia akan mempunyai rakan burung yang lebih ramai bagi menemani hari-harinya.
Pipit dilihat sibuk menyiapkan sarangnya dengan mengumpulkan dedaun kering dan
lalang ke dahan Tembusu. Setelah seminggu berlalu, akhirnya siap juga sarang untuk

Pipit bertelur di dahan Tembusu.

“Cantik juga sarangmu wahai Pipit, pasti anak-anakmu akan selesa di dalamnya”,
puji Tembusu apabila melihat sarang Pipit yang telah siap dihasilkan.

“Aku juga terhutang budi kepada kamu kerana membenarkan aku tinggal di sini”,
berkata Pipit dengan rendah hati.

Pipit gembira menetap di pohon Tembusu kerana daunnya yang merimbun dan amat
cantik. Dia berfikir bahawa dia telah membuat pilihan yang tepat untuk membina sarangnya
di sana sambil ditemani oleh rakannya iaitu tembusu. Tembusu juga amat gembira kerana

Pipit sudi untuk menjadi rakan bagi menemani hari-harinya.

Hari demi hari berlalu, Pipit akhirnya bertelur di dalam sarangnya. Tembusu amat gembira
apabila menerima berita gembira ini kerana tidak lama lagi dia akan mempunyai lebih ramai

rakan iaitu dari anak-anak Pipit. Tiba-tiba, cuaca menjadi mendung menandakan ribut
taufan akan melanda sebentar sahaja lagi. Tembusu risau akan keselamatan Pipit dan

telurnya.
“Wahai Pipit, ribut akan melanda kawasan ini tidak lama lagi”, kata Tembusu kepada Pipit

untuk memberikan amaran awal.

Tembusu sedar bahawa dirinya tidak akan menjadi cantik dan megah selepas
berlakunya ribut kerana daun-daun yang berada pada ranting-ranting di badannya

akan gugur akibat ditiup angin kencang. Namun, Tembusu lebih risau akan
keselamatan Pipit dan telurnya.

“Jangan risau wahai Tembusu, aku akan kekal di sini untuk menjaga telurku dan
aku percaya kau akan dapat melindungi aku dan telur-telurku sepanjang ribut
melanda”, kata Pipit dengan penuh yakin. Pipit percaya akan rakannya Tembusu
kerana Tembusu mempunyai dahan yang kuat dan daun yang lebat bagi melindungi

sarangnya daripada rosak dipukul angin ketika ribut melanda.

Cuaca yang cerah bertukar menjadi gelap dalam sekelip mata.
Hujan turun dengan lebat diikuti oleh bunyi guruh yang kuat. Pohon
Tembusu bagaikan menari-nari ditiup angin kencang namun tetap
berpaut erat agar dalam melindungi dirinya dan rakan baiknya Pipit
sepanjang ribut melanda. Setelah beberapa jam, ribut semakin reda

dan cuaca menjadi semakin baik. Tembusu dan Pipit bersyukur
kerana mereka kekal bertahan walaupun diuji dengan ribut yang
kuat. Pipit berasa gembira kerana telurnya masih berada dalam

keadaan selamat.

“Wah, telurku masih selamat di dalam sarang walaupun dilanda
ribut”, ujar Pipit kepada Tembusu dengan nada girang.

Pipit membelek telurnya satu per satu dengan hati yang gembira
dan bersyukur kerana anak-anaknya selamat bersamanya.

“Syukur kita masih selamat dan bertahan sepanjang ribut, aku
tumpang gembira juga”, kata Tembusu kepada Pipit.

Tembusu berasa gembira kerana Pipit dan telurnya telah selamat,
namun dia berasa sedih akan dirinya yang telah kehilangan banyak

daun. Maka, dia pun menyatakan kesedihannya kepada Pipit.

“Wahai Pipit, aku kelihatan hodoh kerana telah
kehilangan banyak daun akibat ribut tadi”, ujar

Tembusu dengan nada sedih.
Badan tembusu tidak mempunyai banyak daun

seperti dahulu dan tidak kelihatan megah.
Temburu berasa dirinya mungkin tidak disukai oleh
Pipit kerana tidak indah dan megah seperti dahulu.

“Tidak mengapa, aku tetap terima kau sebagai
kawanku wahai Tembusu”, kata Pipit cuba
memujuk Tembusu.

Pipit tetap berkawan dengan Tembusu kerana
terhutang budi atas perlindungan ketika cuaca

ribut melanda mereka tempoh hari.

“Terima kasih kerana menerima diriku wahai Pipit.
Kau sememangnya kawan baikku ketika susah dan
senang”, berkata Tembusu dengan nada gembira.

“Sama-sama wahai Tembusu”, kata Pipit sambil
mengeyitkan matanya.

Tembusu dan Pipit bersahabat baik bersama dan
hidup bahagia bersama. Anak-anak Pipit juga telah

menetas dan mereka berkicauan mengelilingi
Tembusu. Daun-daun di dahan Tembusu juga mulai
tumbuh merimbun dan menyebabkan dirinya kembali

megah dan cantik.

Tamat


Click to View FlipBook Version