“Boleh atok tahu apa kesalahan yang telah kamu
lakukan terhadap ibu dan ayah kamu?” tanya Tok Pai
lagi. “Sebenarnya, saya telah mengherdik mereka kerana
melarang saya bermain permainan video. Saya juga
mengabaikan pelajaran dan tidak meluangkan masa
bersama keluarga. Saya tidak berfikir panjang sebelum
melakukan tindakan”, jelas Wafi penuh keinsafan.
“Nampaknya kamu telah melakukan kesalahan yang
sangat besar. Ini balasan kepada kamu kerana telah
derhaka terhadap ibu dan ayah kamu. Baiklah, atok boleh
membantu kamu balik ke pangkuan keluarga kamu.
Namun atok nak kamu berjanji sesuatu dengan atok”,
ujar Tok Pai panjang lebar dan penuh ketegasan.
“Baiklah Atok. Wafi akan berusaha menunaikan janji
tersebut, asalkan Wafi dapat kembali ke pangkuan ibu dan
ayah serta dapat membetulkan segala kesalahan Wafi
agar Wafi tidak akan menyesal di kemudian hari. Boleh
Wafi tahu apakah janji yang perlu ditunaikan itu?” tanya
Wafi penuh pengharapan.
“Kamu perlu menyesali perbuatan kamu ini dan jangan
mengulanginya semula jika kamu tidak mahu mendapat
sakit dan mudarat. Kamu perlu berbakti kepada ibu dan
ayah kamu serta mendengar nasihat mereka dengan baik.
Boleh kamu berjanji Wafi?” tegas atok inginkan kepastian.
“Baiklah atok. Wafi telah menyesal akan tindakan Wafi
dan berjanji akan menjadi anak yang baik serta taat
kepada ibu dan ayah”, janji Wafi.
Seusai janji tersebut dilafazkan, Tok Pai membuka
Portal Gergasi dengan menghentakkan tongkat
saktinya ke tanah. Lantas portal tersebut menarik Wafi
keluar daripada Kota Gamifikasi dan kembali ke
rumahnya. Setelah dapat kembali ke dunia nyata, Wafi
terus meluruh keluar daripada bilik menuju kepada ibu
dan ayahnya.
“Ibu.. ayah..Wafi minta maaf dengan perbuatan Wafi. Wafi
menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Wafi rindu dan sangat sayang dengan ibu dan ayah.
Tolong maafkan Wafi..” rayu Wafi penuh keinsafan.
“Syukurlah kamu telah sedar akan kesilapan kamu. Ibu
dan ayah menasihati kamu agar kamu menjadi anak yang
berguna serta tidak menyesal kemudian hari disebabkan
tindakan kamu”, nasihat ibu lagi penuh kasih sayang.
“Ayah nak kamu menjadi anak yang soleh untuk ibu dan
ayah. Kamulah harta yang paling berharga buat kami
berdua. Ingat pesan ayah ni Wafi. Berkelahi dulu
pendapatan, berkelahi kemudian kerugian”, sambung
ayahnya pula.
Selepas kejadian tersebut, Wafi
menjadi seorang anak yang sangat
taat kepada ibu bapanya. Dia sering
berwaspada dalam setiap tutur kata
dan tindakannya agar tidak mendapat
mudarat dan kesusahan lagi
kemudian hari. Kota Cyber Gaya juga
telah pulih daripada wabak penyakit.
Ibu dan ayah Wafi juga sangat
gembira setelah melihat perubahan
anak mereka.
Tamat
Paganakan
Carik-carik Bulu Ayam, akhirnya bercantum juga.
Dorothy. E
watak utama watak sampingan
Encik Salleh Puan Rozana
Ustazah
Marziah
Fatimah Sarah
mp3
"Ibu balik! Ibu balik" jerit Fatimah sebaik
sahaja kereta Axia kuning Puan Rozana
parkir di garaj rumah mereka.
Sebaik sahaja mendengar jeritan
Fatimah, Sarah pun bergegas ke pintu.
Dia juga menjerit sama, "Ibu balik! Ibu
balik!" sambil melompat keriangan
langsung memeluk erat tubuh ibunya.
Puan Rozana masuk ke dalam rumah dan "Ibu ada belikan satu
melabuhkan punggung di atas sofa kulit pemutar muzik MP3
rumah mereka. Puan Rozana memanggil untuk kalian berdua,"
Fatimah dan Sarah, puteri kembarnya yang
berusia 12 tahun, dengan nada lembut, Puan
Rozana menyuruh mereka duduk di
hadapannya.
"Mengapa beli satu sahaja,
ibu? Susahlah begini.
Fatimah tidak mahu
berkongsi dengan Sarah,"
"Fatimah, dengar dulu penjelasan ibu
kamu. Biar ibu cakap dulu," tegur
Encik Salleh apabila melihat riak
wajah Fatimah yang tidak sabar.
"Harganya mahal, sebab itu ibu beli satu
sahaja. Kamu kena main bergilir-gilir," kata
Puan Rozana.
Fatimah dan Sarah diam dan terus
mendengar kata-kata Puan Rozana.
"Ingat! MP3 ini mahal. Jaga dengan baik.
Jangan terhempas atau terkena air,"
pesan Puan Rozana yang terakhir kepada
mereka berdua sebelum alat pemutar
muzik diserahkan kepada Fatimah.
"Terima kasih, ibu," kata Fatimah sambil
tersenyum manis menunjukkan lesung
pipinya. Fatimah duduk di ruang tamu
memasang alat pemutar muzik tersebut.
Dia mula memutarkan lagu kegemarannya
dengan MP3 yang baru dibeli oleh ibunya.
"Boleh tak kalau adik main dahulu?"
Sarah meminta.
"Biarlah kakak main dahulu. Kakak
hendak menguji dahulu MP3 ini. Kalau
ada kerosakan, ibu boleh pulangkan balik
ke kedai," Fatimah memujuk Sarah.
Mahu tidak mahu Sarah mengalah sahaja. "Kenapa tidak boleh dengar
Wajah sugul jelas terpancar pada riak lagu? MP3 ini sudah rosak
muka Sarah sambil melihat kakaknya
mendengar lagu di MP3 tersebut. ke Fatimah?"
Puan Rozana memerhati sahaja gelagat
kedua-dua puteri kembarnya itu. "Cuba tekan butang on dulu
Setelah tiba giliran Sarah, Fatimah sebelum dengar lagu. Selepas
memberikan Sarah pula menggunakan itu, baru tekan butang play,"
MP3 tersebut. Sebaik sahaja menerima
MP3 tersebut daripada Fatimah, Sarah
pun mula memutarkan lagu kegemarannya.
"Wah, seronoknya dengar "Nanti giliran kakak pula. Kakak mahu dengar lagu
lagu menggunakan MP3 ni," terbaru dari kugiran kegemaran kakak!" Fatimah
mengingatkan Sarah.
"Baiklah, bagi adik masa sehingga pukul 3:30. Nanti adik
serahkan kepada kakak. Janji," ujar Sara sambil
menunjukkan isyarat jari kelingking kepada Fatimah.
Sebaik sahaja selepas makan tengahari "Sarah! Kamu asyik nak dengar lagu sahaja.
pada hari itu, Sarah segera Mengapa tidak solat dahulu?" Puan Rozana
mendapatkan MP3 yang tersimpan di menegur perbuatan Sarah.
dalam laci meja belajarnya. Dia pun
mula mendengar lagu kegemarannya. "Sarah! Berhenti dengar
lagu. Pergi solat sekarang!
Tak elok melengah-
lengahkan suruhan Allah."
Puan Rozana tercegat
berdiri sambil mencekak
pinggang di hadapan pintu
bilik Sarah.
"Baiklah, ibu. Sarah pergi solatlah Puan Rozana berdiri di ruang tamu. Dia
ni." Sarah akur dengan arahan memerhatikan pergerakkan Fatimah dan
ibunya lalu menyimpan semula Sarah sebaik sahaja selesai solat Isyak.
MP3 tersebut ke dalam laci.
"Hari ni memang tidak ada kerja
Fatimah baru sahaja keluar dari sekolahkah Sarah?" soal Encik Salleh
bilik selepas selesai berwuduk. Dia apabila melihat Sarah mundar-mandir
ke ruang solat di rumah mereka
sahaja di hadapannya.
sambil menunggu Sarah untuk Dia faham sangat perangai Sarah
solat Zohor berjemaah. setelah beberapa hari ibunya membelikan
mereka MP3. Kalau tidak ditegur dia
akan leka dengan MP3 sahaja.
Waktu terus berlalu. Ketika itu jam di
dinding ruang tamu menunjukkan pukul
5:15 petang.
Kelihatan Sarah dan Fatimah keluar
dari bilik. Mereka berdua menuju ke laci
meja tempat MP3 tersimpan.
"Kakak guna dahulu, nanti selepas satu "Kakak! Sudah 3 lagu kakak dengar,
lagu, adik pula guna. Kita bergilir." kata bagilah peluang kepada saya pula." Sarah
Fatimah lalu duduk di sofa ruang tamu.
mula membantah dengan perbuatan
Sarah duduk di sisi. Jenuh menunggu lagu kakaknya itu.
didengar kakaknya cepat habis. Dengan
itu, dapatlah pula dia mendengar lagu. "Sabarlah! Habis satu lagu baru daripada
Sheila On 7 ni kakak bagi adik pula."
Sarah terus menunggu. "Sudah "Jauhlah sedikit, kakak tak selesalah adik
setengah jam kakak sahaja yang duduk dekat ni. Rimas!" Semakin kecewa
dengar lagu. Bagilah peluang kepada Sarah mendengar kata-kata Fatimah.
adik pula. Kakak menipu!" perasaan "Kakak! Saya bagi masa 2 minit lagi. Kakak
marah mulai timbul dalam hati kena berhenti, beri peluang kepada adik pula."
Sarah mulai rimas dengan perangai kakaknya.
Sarah.
Sarah mula mendekatkan badannya
di sebelah Fatimah. Itu menyebabkan
Fatimah kurang selesa dan meminta
Sarah duduk jauh sedikit.
Sarah diam. Dia terus sabar menunggu.
Akan tetapi dia berasa kecewa apabila jam
di dinding sudah pun pukul 6:00 petang
tetapi Fatimah belum lagi memberinya
peluang mendengar lagu.
"Kakak! Kakak sudah melampau. Berhenti!
Giliran kepada adik pula!" tiba-tiba sahaja
Sarah menjerit. Pada ketika itu juga, dia
terus menarik rambut kakaknya lalu
merampas MP3 dari tangan Fatimah.
"Ahhhhhh! Jangan main kasar Sarah!" Fatimah "Fatimah! Sarah! Berhenti! Mengapa
geram lalu melempar MP3 ke atas lantai kamu berdua harus bertarik rambut?
langsung menarik rambut adiknya. Mereka
berdua terus bertarik rambut dan bertikam Tak bolehkah minta dengan cara
baik?"
lidah. Encik Salleh baru sahaja tiba di rumah.
"Mulai sekarang, ayah akan simpan
MP3 ni. Kamu berdua tidak
dibenarkan mendengar lagu lagi."
Sejak kejadian petang itu, Fatimah dan Sarah tidak
bertegur sapa. Pada malam itu juga, Sarah tidak
mahu makan bersama. Dia duduk di bilik seharian.
"Benci saya melihat muka kakak." Sarah memberi
alasan sambil membuat muka masam ketika Puan
Rozana mengajaknya makan malam bersama.
Esoknya ketika ke sekolah, Sarah tidak mahu pergi
bersama dengan Fatimah.
"Biar kakak pergi dahulu. Saya tidak mahu berkawan
dengannya." kata Sarah kepada Puan Rozana.
Puan Rozana menggeleng kepala melihat betapa keras
hati Sarah.
"Janganlah kamu berdua bermusuhan. Kamu mesti
menghormati kakak kamu."
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Fatimah
bergegas ke bangsal basikal. Di situ dia
bertemu dengan Sarah yang sedang
menyorong basikal.
"Marilah kita pulang bersama," ajak Fatimah
"Buat apa kakak nak berkawan dengan saya
kalau kakak tidak boleh menghormati saya,"
dengus Sarah lalu terus mengayuh basikal
meninggalkan kawasan sekolah. Sambil mengayuh
dia menoleh ke belakang mahu melihat kalau-kalau
kakaknya mengekorinya dari belakang.
"Ahhhh. Buat apa Ketika sampai di persimpangan jalan tidak jauh
difikir-fikirkan. dari rumahnya, hati Fatimah tiba-tiba berdebar.
Esok lusa berbaik Dari kejauhan kelihatan ramai orang berkerumun
semulalah tu,"
di tepi jalan.
"Apa yang berlaku ni? Siapa yang kemalangan?"
soal hati Fatimah lalu turun dari basikal. Dia
membolos masuk ke tengah-tengah kerumunan
orang.
"Sarah! Apa dah jadi ni?" soal Fatimah apabila
melihat adiknya Sarah berlumuran darah. Dia
melihat kain Sarah terkoyak dan kakinya luka.
Banyak darah keluar.
"Sabar, Sarah. Kita balik ke rumah dahulu. Nanti
kakak akan minta ayah bawa adik ke klinik," kata
Fatimah lalu mendukung adiknya pulang ke rumah.
"Bagaimana boleh kemalangan, kamu tidak ikut
peraturan lalu lintaskah?" soal Encik Salleh
sebaik sahaja tiba di rumah dan melihat
kecederaan yang Sarah alami. "Nasib baik
sekadar koyak seluar dan luka ringan sahaja.
"Ikut ayah, tapi mat motor tu tiba-tiba
sahaja memotong. Itu yang menyebabkan
Sarah hilang kawalan lalu terbabas," Sarah
memberi keterangan.
"Dukung adik kamu ke kereta!" arah "Macam mana nak bersama. Dia tidak mahu
Encik Salleh kepada Fatimah. Tanpa menegur dengan kakak. Dia berbasikal seorang
membantah Fatimah segera mendukung sahaja tadi. Semasa sampai di simpang, saya
Sarah ke kerusi belakang kereta. "Kamu tengok ramai sudah mengerumuni simpang jalan
tidak bersama Sarah ketika pulang tadi,
rumah kita" jelas Fatimah.
Fatimah?" soal Encik Salleh.
"Sarah, kamu kena hormati kakak kamu. Lepas
ni jangan bertarik rambut dengan kakak kamu
lagi. Jangan bermasam muka dengan kakak
kamu," kata Encik Salleh memberi nasihat.
"Benar kata ayah kamu. Walaupun kamu
menarik rambutnya dan bermasam muka, dia
tetap membantu kamu tadi". kata Puan Rozana
"Dia darah daging saya, sudah pasti saya
perlu menolongnya". Fatimah pula menambah.
"Kakak, maafkan Sarah ya. Sarah tidak
sepatutnya bergaduh dan bermasam muka
dengan kakak." kata Sarah.
Sejak kemalangan itu hingga sekarang, Benarlah bak kata pepatah,
Sarah mula menghormati Fatimah, carik-carik bulu ayam, lama-lama
kakaknya. Begitu juga dengan Fatimah, bercantum juga.
dia banyak beralah dengan Sarah.
tamat
Dorothy. E
Cukai Padang Rumput
Bingung tengkar, cerdik begar.
Maksud: Orang yang sukar diajak bermuafakat.
Oleh Mahirah binti Misnin
Di sebuah hutan yang indah permai, air sungai jernih mengalir, burung-
burung berkicauan dan bunga mekar dengan cantik. Sang Kancil sedang
berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar.
"La...la…la…senangnya dalam hati, nampak hutan yang indah!"
Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di tengah hutan. Sang Kancil berlari
ke arah bunyi tersebut.
"Eh, rumput ini milik aku!”
"Tidak ! Rumput ini aku yang punya! "
Sang Kancil melihat Sang Kerbau dan
Sang Kambing sedang bergaduh sambil
ditonton oleh penghuni rimba yang lain.
Sang Kancil terus bertanya kepada Sang
Arnab, "apa yang sudah terjadi?"
"Eh, Sang Kancil. Sang Kerbau dan Sang
Kambing sedang bergaduh.
Alaaa…macam biasa, berebut padang
rumput", jawab Sang Arnab.
"Kalau begitu, kenapa kamu tidak
tolong hentikan pergaduhan mereka?",
tanya Sang Kancil dengan penuh hairan.
"Bukan enggan hentikan Sang Kancil. Sudah berkali-kali kami hentikan, tapi
mereka berdua ini bingung tengkar, cerdik begar! Susah betul hendak
bermuafakat dan diajak berbincang. Sampai kami pun penat hentikan
pergaduhan mereka", balas Sang Arnab.
"Betul, betul, betul! Biarkan sahaja mereka ini Sang Kancil. Lama-lama nanti
penatlah mereka", ujar Sang Monyet. Sang Kancil hanya menggelengkan
kepalanya dan berlalu pergi.
Tatkala penghuni rimba sedang
merehatkan badan pada malam hari, sekali
lagi penghuni rimba diganggu dengan
pergaduhan antara Sang Kerbau dan Sang
Kambing.
"Eh, kenapa aku kena kongsi padang
rumput ni dengan kau? Padang rumput ini
milik aku", kata Sang Kerbau sambil
mendengus.
Sang Kambing berasa geram setelah
mendengar kata Sang Kerbau. "Amboi,
siapa kata padang rumput ini milik kau?
Tempat ni aku punya! Dari aku kecil lagi aku
memang meragut rumput di sini tau! Kau
apa tahu?" Sang Kambing membalas kata
Sang Kerbau dengan suara yang tinggi.
Sang Kerbau dan Sang Kambing saling
berlawanan antara satu sama lain sehingga
mengganggu ketenteraman penghuni
hutan.
"Sudah! Aku sudah tidak tahan dengan
kamu. Kamu sering bergaduh. Masing-
masing enggan mengalah! Tidak sah kalau
tidak bergaduh. Aku hendak tidur pun tidak
tenang", marah Sang Arnab.
"Betul! Kamu berdua sudah melampau.
Sampai ke waktu malam pun hendak
berebut padang rumput? Ini tidak boleh jadi,
aku kena panggil Sang Kancil untuk
selesaikan masalah ini", ujar Sang Monyet
pula. Sang Monyet datang berjumpa dengan
Sang Kancil.
"Sang Kancil…oh…Sang Kancil. Kamu di mana?"
"Siapa tu?
"Aku ni Sang Monyet. Kami ada masalah. Masalah yang
besar"
Sang Kancil terdiam sejenak lalu berkata, "Hah! Ini
mesti masalah Sang Kerbau dengan Sang Kambing
kan?" tanya Sang Kancil.
"Betul! Sang Kancil. Mereka sudah melampau. Waktu
malam pun mereka berebut padang rumput. Geram
betul! Kau tolonglah kami Sang Kancil. Mereka berdua
itu bingung tengkar, cerdik begar. Susah hendak diajak
berbincang. Tolonglah kami Sang Kancil", Sang Monyet
meminta pertolongan Sang Kancil.
Dia sudah betul-betul tidak tahan melihat pergaduhan
itu. Sudahlah bising, masing-masing pula enggan
mengalah. Sang Monyet geram memikirkan kedegilan
Sang Kerbau dan Sang Kambing.
"Baiklah! Apa ganjaran aku jika aku berjaya selesaikan masalah ini?" tanya Sang Kancil kepada
Sang Monyet.
"Eh…eh…eh. Kau selesaikan dulu, ganjaran belakang cerita. Jadi, bagaimana kita hendak
selesaikan pergaduhan antara Sang Kerbau dengan Sang Kambing?"
"Hmmm. Ha! Aku ada idea!"
"Apa dia?"
"Tunggu dan lihat", kata Sang Kancil sambil mengenyitkan mata ke arah Sang Monyet.
Sang Kancil dan Sang Monyet berjalan menuju ke arah Sang
Kerbau dan Sang Kambing yang masih bergaduh. Kelihatan
mereka berdua berebut padang rumput sambil diperhatikan
oleh penghuni rimba yang lain. Sang Kancil hanya
menggelengkan kepalanya.
'Haih! masalah betul. Ganggu tidur aku saja”, getus hati Sang
Kancil sambil berjalan ke arah Sang Kerbau dan Sang Kambing.
"Cukup! Aku datang membawa utusan Raja Sulaiman. Barang siapa hendak memiliki
padang rumput ini sepenuhnya, maka mereka hendaklah membayar cukai iaitu 8 biji
durian, 3 biji manggis, 2 gigi taring Sang Buaya dan 5 helai rambut Sang Rimba.
Persembahkan cukai ini kepada Raja Sulaiman dan padang rumput akan menjadi
milik kamu serta merta", kata Sang Kancil.
Pergaduhan Sang Kerbau dan Sang Kambing terhenti apabila mendengar apa yang
dikatakan oleh Sang Kancil.
Sang Kerbau seolah-olah tidak percaya akan
utusan yang dibawa oleh Sang Kancil.
Baginya Sang Kancil ini penuh dengan helah.
Silap hari bulan dia boleh tertipu dengan
helah Sang Kancil.
"Eh! Benarkah apa yang kau katakan ini Sang
Kancil?"
"Eh! Kau meragui utusan Raja Sulaiman, Sang
Kerbau?" Soal Sang Kancil dengan nada yang
serius.
"Aku percaya dengan kau Sang Kancil.
Biarkan Sang Kerbau tu. Dia memang
lembab sikit. Bagaimana jika kami tidak
berjaya mendapatkan cukai itu, Sang
Kancil?" tanya Sang Kambing bersungguh-
sungguh.
Dia dapat bayangkan padang rumput itu
menjadi miliknya dan tidak perlu berebut
dengan Sang Kerbau lagi.
Sang Kancil tersenyum lalu menjawab,
"Ha! kalau tidak dapat bayar cukai, kamu
berdua dilarang datang ke padang
rumput ini lagi"
"Ha?" Sang Kambing terkejut mendengar
jawapan Sang Kancil.
"Hahahaha! Kau takut kan Sang
Kambing?" tanya Sang Kerbau sambil
ketawa setelah mendengar jawapan Sang
Kancil.
"Eh! mana ada. Kau tunggu, padang
rumput ini pasti akan menjadi milik aku",
jawab Sang Kambing dan berlalu pergi.
'Aku akan pastikan aku akan dapat bayar
cukai itu', getus hati Sang Kambing lagi.
Sang Kerbau berjalan-jalan mengelilingi hutan, mencari cukai untuk dipersembahkan
kepada Raja Sulaiman. Begitu juga dengan Sang Kambing. Sang Kancil bertembung
dengan Sang Kerbau lalu bertanya,
"Adakah kamu sudah mendapat cukai yang dikehendaki oleh Raja Sulaiman?"
"Tiada hal Sang Kancil. Aku sudah pun berjaya mendapat 8 biji durian dan 3 biji
manggis", jawab Sang Kerbau sambil tersengih.
"Aku pun sama", kata Sang Kambing, memandang Sang Kerbau dengan mata yang
tajam. Sang Kerbau dan Sang Kambing saling menjeling antara satu sama lain.
"Eh! buah durian dengan buah manggis
sahaja? Habis tu, gigi taring Sang Buaya
dan rambut Sang Rimba macam mana?"
tanya Sang Kancil.
"Jangan risau Sang Kancil. Hari ini, padang
rumput itu aku yang punya. Kau tunggu",
kata Sang Kambing lalu beredar.
"Betul Sang Kancil. Kau tunggu sahaja",
ujar Sang Kerbau.
Sang Kancil menggeleng-gelengkan
kepalanya. 'Kenapalah degil sangat?
Bukankah bagus kalau mereka
bermuafakat dan berkongsi padang
rumput sahaja?' bisik Sang Kancil dalam
hati.
Sang Kerbau berjumpa dengan Sang Buaya.
"Buaya...buaya...boleh aku minta tolong?"
"Apa dia?" tanya Sang Buaya.
"Boleh minta gigi taring kau?"
"Eh! boleh... untuk kau apa sahaja yang tidak
boleh?" kata Sang Buaya sambil
menghampiri Sang Kerbau.
"Errr... kenapa kau makin dekat dengan aku
ni Sang Buaya? Alaa… tidak perlu susah-
susah datang dekat, kau beri sahaja gigi
taring kau. Tidak banyak pun, dua batang
sahaja", kata Sang Kerbau. Sang Kerbau
berasa pelik dengan Sang Buaya yang
semakin menghampirinya di tebing sungai.
Sementara itu, Sang Kambing bertemu dengan Sang Rimba.
"Wahai Sang Rimba yang gagah lagikan tampan. Aku ada permintaan."
Sang Rimba bangkit dari tempat duduknya lalu bertanya dengan suara yang keras.
"Apa permintan kau?"
"Boleh berikan aku 5 helai rambut kau? 5 helai sahaja."
"Kau?? Mahu rambut aku? Hahaha! Berani betul !", Sang Rimba seolah-olah tidak percaya apa yang
didengarnya lantas menerkam Sang Kambing.
Pada keesokan harinya, Sang Kerbau dan
Sang Kambing berjumpa Sang Kancil
sambil menangis kesakitan.
"Sang Kancil, tolong kami. Aduh! Sakitnya".
Sang Kancil terkejut melihat keadaan
Sang Kerbau dan Sang Kambing.
"Eh! Sang Kerbau dan Sang Kambing, apa
sudah terjadi?" soal Sang Kancil.
"Aku jumpa Sang Buaya minta gigi
taringnya, tapi dia terus menerkam kaki
aku", jawab Sang Kerbau, sambil
menunjukkan kakinya yang cedera akibat
digigit oleh buaya.
"Kau pula Sang Kambing? Kenapa dengan kau? Eh! Mana tanduk kau? Kenapa tanduk
kau nampak lain?"
Sang Kancil berasa hairan melihat tanduk Sang Kambing.
Sang Kambing terus menjawab, "Aku jumpa Sang Rimbaminta 5 helai rambutnya, tapi
dia patahkan tanduk aku Sang Kancil. Sakit…"
"Aku sudah tidak sanggup lagi Sang Kancil.
Aku putus asa. Kau ambillah padang rumput
tu Sang Kerbau."
"Eh! Tidak apa Sang Kambing. Padang
rumput itu milik kau. Kau ambillah. Sang
Kancil, beritahu dengan Raja Sulaiman, aku
tidak inginkan padang rumput itu lagi."
Sang Kancil seolah-olah tidak percaya
dengan apa yang dikatakan oleh Sang
Kerbau dan Sang Kambing.
"Betulkah apa yang aku dengar ni?"
"Betul!" jawab Sang Kerbau dengan Sang
Kambing dengan serentak.