RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-19 Rajah 2.4.17 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Benut PETUNJUK : Cadangan Naik Taraf Jalan – 40m Cadangan Naik Taraf Jalan - 30m Cadangan Naik Taraf Jalan Lingkaran Bandar – 20m Cadangan Naik Taraf Jalan Bandar – 20m Sirkulasi Sehala Sirkulasi Dua Hala Cadangan Lintasan Pejalan Kaki Naik Taraf Persimpangan Rajah 2.4.18 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Ayer Baloi PETUNJUK : Cadangan Rizab – 40m Cadangan Rizab - 30m Cadangan Rizab – 20m Cadangan Tempat Letak Kenderaan Cadangan Laluan Pejalan Kaki Sirkulasi Dua Hala Persimpangan Berlampu Isyarat No. Laluan Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-20 2.4.3 STRATEGI 4.3 : MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN LOGISTIK YANG KOMPETITIF DAN CEKAP Strategi ini adalah untuk menyokong dan menggalakkan aktiviti perdagangan dan perindustrian Daerah Pontian agar lebih cekap dan sistematik. Cadangan dalam mencapai strategi ini adalah : Cadangan 1 : Memperkenalkan laluan kenderaan berat bagi mengurangkan konflik antara pengangkutan barangan dengan kenderaan lain. Cadangan 2 : Membangunkan kemudahan sokongan perkampungan logistik / taman logistik, gudang serta pusat agihan barangan bagi menyokong sistem logistik Daerah Pontian. a) CADANGAN 1 : Memperkenalkan Laluan Kenderaan Berat Bagi Mengurangkan Konflik Antara Pengangkutan Barangan dengan Kenderaan Lain. Pengagihan semasa barangan perdagangan dikuasai oleh perkhidmatan pengangkutan trak. Dengan keadaan permintaan terhadap industri logistik dalam Daerah Pontian yang semakin meningkat, kargo akan diangkut lebih kerap dari pelabuhan ke pusat-pusat pengedaran dan sebaliknya. Untuk mengatasi isu kepadatan lalu lintas (antara berat dan ringan) dan keselamatan orang ramai, laluan trak ditetapkan dan diperlukan di sepanjang koridor kenderaan berat, yang menghubungkan terminal utama dan hab logistik. Laluan kenderaan berat di beri keutamaan di Laluan Pekan Nanas – Kukup – Tanjung Bin. Sasaran pembinaan atau perlaksanaan dalam jangka masa panjang. Rujuk Rajah 2.4.19 Menunjukkan Pelan Cadangan Laluan Kenderaan Berat. b) CADANGAN 2 : Membangunkan Kemudahan Sokongan Perkampungan Logistik / Taman Logistik, Gudang Serta Pusat Agihan Barangan bagi Menyokong Sistem Logistik Daerah Pontian. Lokasi strategik bagi pembangunan perkampungan logistik / taman logistik adalah berhampiran kawasan perindustrian bagi mengurangkan masa pergerakkan penghantaran ke pusat agihan, kerosakan barangan, dan penggunaan ruang penyimpanan yang lebih tinggi. Cadangan perkampungan logistik / taman logistik bertujuan untuk menguruskan kenderaan-kenderaan logistik dimana secara tidak langsung dapat mengatasi isu berkenaan kenderaan berat yang diletakan di kawasan perumahan. Antara komponenkomponen penting dalam pembangunan taman logistik adalah tempat letak kenderaan berat, pusat service kenderaan berat, stesen minyak, gudang dan pusat agihan. Terdapat 7 lokasi pusat agihan dan 3 lokasi taman logistik dicadangkan dengan anggaran kos sebanyak RM 28 juta. Sasaran pembinaan atau perlaksanaan dalam jangka masa panjang. Rujuk Rajah 2.4.20 menunjukkan Pelan Cadangan Taman Logistik, Pusat Agihan, dan Gudang.
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-21 Rajah 2.4.19 : Pelan Cadangan Laluan Kenderaan Berat PETUNJUK : Laluan Truck Pembangunan kawasan industri mengikut kluster/zon Industri Ringan Industri Berat (Industri berasaskan Tekstil) Industri Sederhana Industri Berat Rajah 2.4.20 : Pelan Cadangan Taman Logistik, Pusat Agihan, dan Gudang PETUNJUK : Laluan Truck Pusat Agihan Logistic Park Pembangunan kawasan industri mengikut kluster/zon Industri Ringan Industri Berat (Industri berasaskan Tekstil) Industri Sederhana Industri Berat c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE RENGIT KUKUP KE KULAI D A A Benut Bandar Pontian Ulu Choh Pekan Nenas Tanjung Bin C c c a KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI D A A Benut Bandar Pontian Pekan Nenas Tanjung Bin C Lokasi laluan secara terperinci perlu ditentukan di peringkat perlaksanaan kelak dengan perbincangan antara pihak PAJ, PBT, dan APAD Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Lokasi laluan secara terperinci perlu ditentukan di peringkat perlaksanaan kelak dengan perbincangan antara pihak PAJ, PBT, dan APAD
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-22 2.4.4 STRATEGI 4.4 : MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI YANG MENCUKUPI DAN MAMPAN Halatuju strategi ini adalah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti mengikut keperluan infrastruktur dan utiliti yang dirangka pada tahun 2030 yang secara tidak langsung telah meningkat mengikut populasi penduduk dan juga pertambahan ruang lantai bagi sektor perindustrian dan komersial. Strategi ini akan mengolah sumber alam yang terhad kepada penawaran infrastruktur dan utiliti yang mencukupi yang dapat memenuhi permintaan 2030 disamping kualiti infrastuktur dan utiliti dapat dipertingkatkan bagi kegunaan penduduk Daerah Pontian. a) Bekalan Air Sumber bekalan air yang terhad dan juga merupakan bekalan utiliti yang penting dalam penyediaan bekalan infrastuktur dan utiliti yang berkualiti kepada penduduk Daerah Pontian. Aspek yang perlu diambil kira bagi strategi ini adalah daripada pemerolehan sumber air mentah yang secara langsung tertumpu kepada kawasan pengambilan bekalan air (intake point) dimana menentukan kapasiti yang boleh dijanakan dengan Menaik taraf loji rawatan air mengikut keperluan. Oleh itu, Jadual 2.4.12 memperjelaskan keupayaan loji semasa serta unjuran keperluan bekalan air yang diperlukan. Jadual 2.4.12 : Unjuran Keperluan Bekalan Air dan Kapasiti Loji Rawatan Bekalan Air TAHUN KEPERLUAN BEKALAN AIR (JLH) KAPASITI PENAWARAN AIR (SEMASA) NOTA 2020 113.08 jlh 90.83 jlh Tidak mencukupi (-22.25 jlh) 2025 117.26 jlh Tidak Mencukupi (-26.43 jlh) 2030 121.50 jlh Tidak mencukupi (-30.67 jlh) Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016 Nota : i. Unjuran menggunakan andaian kadar pengguna air, pecahan komersal dan perindustrian dengan kadar NRW yang tetap mengikuti capaian NRW terbaik iaitu pada kadar 20%. ii. Mengandaikan purata penggunaan air sebanyak 210 liter/seorang/sehari. Jadual di atas menunjukkan pada tahun 2030 kapasiti penawaran tidak dapat menampung unjuran permintaan pada tahun 2030 sebanyak 35.80% manakala pada tahun 2020 sudah mencatatkan ketidakcukupan bekalan air. Rangkaan strategi adalah meningkatkan kapasiti loji rawatan air Gunung Pulai kerana kemampuan kapasiti empangan Gunung Pulai yang tinggi (rujuk Jadual 2.4.13). Jadual 2.4.13 : Maklumat Struktur Empangan Gunung Pulai KAPASITI KAWASAN TADAHAN TINGGI SUMBER AIR MENTAH BOLEH HARAP 1220 Juta Gelen (4.618 Juta m3) 130 Ekar 120 kaki 681 JLH Bahan Struktur Panjang Jenis Alur Limpah Purata Hujan Bulanan Tanah 598 kaki “Ungated Ogee Crested” 203.6 mm Sumber : Badan Kawal Selia Johor, BAKAJ Rajah 2.4.21 : Tugu Peringatan Empangan Gunung Pulai Struktur empangan Gunung Pulai yang dapat menampung kapasiti sumber air mentah yang banyak boleh meningkatkan keupayaan loji rawatan gunung pulai bagi menampung peningkatan keperluan penduduk Daerah Pontian. Jadual dibawah memperjelaskan keupayaan perlu dipertingkatkan oleh loji rawatan air Gunung Pulai. CADANGAN KAPASITI SEMASA CADANGAN KAPASITI NAIKTARAF NOTA Naik taraf keupayaan LRA Gunung Pulai 33.25 JLH 133.25 Keupayaan air mentah boleh harap empangan Gunung Pulai yang mampu untuk memberikan sumber air mentah di LRA Gunung Pulai Rajah 2.4.22 : Unjuran Permintaan, keupayaan Loji Rawatan Air dan Sumber Air Mentah Sumber : Badan Kawal Selia Johor, BAKAJ Keupayaan empangan Gunung Pulai yang mempunyai kapasiti sumber air mentah sebanyak 681jlh membolehkan kapasiti loji rawatan air Gunung Pulai dinaik taraf bagi menampung unjuran keperluan bagi Daerah Pontian. Peningkatan kapasiti loji rawatan air ini secara langsung dapat menyelesaikan keperluan permintaan bekalan air pada tahun 2035. Selain daripada itu, terdapat cadangan lain yang merupakan aplikasi teknologi hijau seperti: 0 100 200 300 400 500 600 700 800 2020 2025 2030 2035 Julta Liter / Hari Tahun Kapasiti Sumber Air Kapasiti LRA Unjuran Keperluan Bekalan Air Naiktaraf Kapasiti LRA Gunung Pulai Kapasiti LRA perlu dinaiktaraf
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-23 i. Menyediakan rawatan air aliran (blackwater) kepada kaedah rawatan teknologi membran dalam janaan air bersih bagi penggunaan perindustrian jenis bukan makanan / minuman. ▪ Meningkatkan kecekapan rawatan air sisa dengan kaedah teknologi hijau iaitu “infiltration systems”, biological sand filters, wilow base evaprative systems, constructed wetlands dan teknologi membran bagi penggunaan semula air aliran (Blackwater) bagi kegunaan perindustrian jenis bukan makanan dan minuman; ▪ Peletakkan teknologi ini boleh diaplikasikan di tapak rawatan sisa kumbahan serantau yang dicadangkan atau Menaik taraf loji sedia ada dengan penapisan rawatan air. Teknologi ini telah digunapakai oleh negara jiran iaitu Singapura dan berjaya menghasilkan air bersih berkualiti dengan mencapai standard air minuman yang telah ditetapkan; dan ▪ Proses kaedah ini adalah Air rawatan yang dilepaskan daripada loji rawatan IWK merupakan air yang telah dirawat dan mencapai standard A di mana enapcemar dan bahansing telah dilupuskan, dengan kaedah Reverse Osmosis di mana terdapat lapisan membran yang menghalang bakteria dan virus. Selepas itu, proses sinaran UV dilakukan bagi mematikan organisma yang masih terdapat di dalam kandungan air tersebut. Proses tersebut akan menjadikan air tersebut menjadi air yang tulen tanpa apa-apa kandungan justeru sebagai proses tambahan, bahan kimia untuk meneutralkan ph alkali – asid air tersebut diletakkan kemudian proses pengoksigenan dilakukan bagi menjadikan air tesebut boleh digunakan sepertimana air yang keluar di paip air sekarang. ii. Menyediakan kolam takungan/sistem pengumpulan air bawah tanah dimana kaedah ini dapat mengumpulkan takungan air ketika hujan dan secara tidak langsung mengurangkan kadar larian permukaan. Kaedah ini boleh diterapkan di kawasan bandar seperti : ▪ Kawasan taman rekreasi dan tanah lapang dimana dibahagian bawah tanah akan disediakan tangki / kolam bagi pengumpulan air. Air ini boleh digunakan semula bagi penyiraman semula pokok-pokok di taman rekreasi, tandas awan (flush) dan juga untuk “Water feature”; ▪ Kawasan tempat meletak kenderaan berpusat (kenderaan berat & ringan) di mana kaedah ini dapat mengurangkan kadar air larian permukaan dikawasan yang tidak telap air dan dialirkan kedalam tangki bagi penyimpanan. Penggunaan air ini boleh digunakan semula untuk tandas awam dan juga untuk aktiviti pembasuhan kenderaan dan sebagainya; dan ▪ Kawasan pembangunan rendah (Low Development) di mana pembangunan di bawah 5 – 10 tingkat mampu untuk menyediakan tangki dikawasan tempat letak kereta atau bawah basement bangunan untuk pengumpulan semula air bagi kegunaan pembersihan, penyiraman pokok dan lain-lain. iii. Pelaksanaan taskforce bagi mengurangkan kadar kehilangan air (NRW) bagi Dearah Pontian yang agak tinggi dengan kaedah seperti berikut : ▪ Penggantian semula paip-paip pengagihan yang telah usang (melebihi tempoh masa 10 tahun ke atas) dengan paip jenis HDPE atau yang lebih berkualiti bagi meningkatkan kualiti bekalan air dan mengurangkan kebocoran terhadap bekalan air; ▪ Penyediaan sistem GIS dalam jaringan paip pengagihan air bagi memantau terhadap kelancaran dan pengurusan sistem pengagihan daripada sebarang kacauganggu dan penggunaan SMART Meter dimana bacaan meter yang lebih jitu dapat dilakukan; dan ▪ Meningkatkan pemantauan bagi mengelakkan kejadian berlakunya kecurian bekalan air dengan penguatkuasaan yang kerap. Jadual berikut menunjukkan cadangan bagi penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti bagi Daerah Pontian. CADANGAN AGENSI PELAKSANA TOTAL KOS (JUTA) Jangka Masa 1 Naik taraf Kapasiti Loji Rawatan Air Gunung Pulai ▪ Naik taraf kapasiti pam air (water intake) ▪ Naiktaraf “Sediment”, “Filteration” dan “Flocculation Tank” ▪ Naiktaraf tangki penyimpanan (Storage Tank) BAKAJ SAJ KETTHA 20.00 Sederhana 2 Menyediakan Loji Rawatan Kumbahan di beberapa sub tadahan iaitu :- 1. Sub tadahan Bandar Pontian - 80,000 PE 2. Sub tadahan Pekan Nanas - 130,000 PE 3. Sub Tadahan Serkat - 35,000 PE 4. Sub Tadahan Ayer Baloi - 95,000 PE IWK PBT SPAN 55.00 Sederhana 3 Menyediakan Stesen pemindahan sisa pepejal Pekan Nanas yang dilengkapi :- 1. Sistem pengasingan sisa pepejal (MRF) 2. Mesin Pemampat (Compactor Trunk) 3. Ruangan penyimpanan (Storage) PBT UPEN SWCorp SWM Sdn. Bhd KOntraktor Dilantik 20.00 Sederhana 4 Menyediakan pencawang masuk utama di lokasi bersesuaian iaitu :- 1. Cadangan PMU Jeram Batu (Kadar bebanan :- 2 x 30MVA) 2. Cadangan PMU Rimba Terjun (Kadar bebanan : - 2 x 30MVA) TNB KeTTHA 40.00 Sederhana 5 Strategi sistem saliran dan pengairan bagi daerah Pontian seperti berikut :- 1. Menyediakan lencongan banjir dari empangan 2. Pelaksanaan MASMA 3. Penggalian muara – muara sungai di Pontian 4. Kawalan Hakisan Pantai Tg. Bin ke Tampok 5. Kawalan Hakisan Pantai Sg. Belukang 6. Kawalan Hakisan Pantai Rimba Terjun – Tebing Kanan 7. Kerja hakisan pantai Mukim Api-Api. JPS Johor PBT KETTHA 130.60 Sederhana
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-24 Rujuk Rajah 2.4.23 Pelan Cadangan Naik Taraf Sistem Bekalan Air Rajah 2.4.23 : Pelan Cadangan Naik Taraf Sistem Bekalan Air PETUNJUK : Lokasi Penaiktarafan Bekalan Air b) Sistem Pembentungan Perancangan sistem pembetungan merujuk kepada peningkatan penduduk setara yang dirujuk pada Rajah 2.4.24 dengan keperluan PE dari tahun 2020 hingga tahun 2030. Pertambahan penduduk setara ini meningkat pada kadar purata 8.05% pada setiap 5 tahun. Peningkatan secara konsisten ini digambarkan bahawa pembangunan yang berlaku di Daerah Pontian yang memerlukan keperluan sistem pembetungan di dalam perancangan serta bagi menguruskan air aliran bagi mencapai standard A yang telah ditetapkan oleh JAS sebelum dilepaskan ke sumber air berdekatan. Rajah 2.4.24 : Unjuran Penduduk Setara Daerah Pontian 2020 - 2030 Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016 Aset loji rawatan sisa kumbahan bagi Daerah Pontian adalah sebanyak 40 unit yang menawarkan perkhidmatan kepada kawasan terancang seperti di kawasan taman perumahan dan pusat bandar utama dengan kapasiti 63,889 PE. Bagi penduduk di luar bandar, rawatan sisa kumbahan yang digunakan jenis konversi iaitu jenis tangki septik individu dan tandas curah dimana lepasan air aliran tidak mencapai standard yang ditetapkan dan menjejaskan alam sekitar. Perancangan bagi menyediakan tapak rawatan sisa kumbahan jenis mekanikal perlu disediakan bagi kawasan luar bandar bagi memastikan rawatan terhadap air aliran mencapai tahap standard A yang ditetapkan oleh JAS. Beberapa cadangan mengikut tadahan penempatan prioriti utama dan kedua dikenalpasti bagi penyediaan loji rawatan sisa kumbahan bagi Daerah Pontian sebagaimana Jadual 2.4.14. Jadual 2.4.14 : Perancangan Loji Rawatan Sisa Kumbahan Serantau Mengikut Kawasan Sub Tadahan CADANGAN LOJI RAWATAN SISA KUMBAHAN SERANTAU SUB TADAHAN KEPERLUAN PE KAPASITI PE &LUAS (EKAR) Bandar Pontian 78,223 PE 80,000 PE – 8.61 Ekar Pekan Nanas 125,607 PE 130,000 PE – 12.70 Ekar 250000 260000 270000 280000 290000 300000 310000 320000 330000 340000 2020 2025 2030 2035 Penduduk Setara (PE) Penduduk Setara (PE) Kapasiti Empangan Gunung Pulai yang mampu menjanakan sumber air mentah sebanyak 681 jlh Bekalan air bersih dari : ▪ LRA Semangar ▪ LRA Sg. Pulai ▪ LRA Simpang Renggam Kapasiti LRA Gunung Pulai dipertingkatkan kepada 71.66 jlh Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-25 Serkat 34,659 PE 35,000 PE – 4.48 Ekar Ayer Baloi 91,863 PE 95,000 PE – 10.06 Ekar Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016 Pelaksanaan Cadangan loji rawatan sisa kumbahan serantau menumpu pada kawasan sub tadahan Daerah Pontian perlu menepati beberapa kriteria daripada lokasi perletakkan, rekabentuk dan juga penyediaan zon penampan perlu disediakan mengikut kesesuaian loji rawatan sisa kumbahan tersebut seperti ditunjukkan dalm Jadual 2.4.15. Jadual 2.4.15 : Kriteria Perletakkan Loji Rawatan Sisa Kumbahan Serantau LOKASI ▪ Kawasan rendah bagi memudahkan sistem pengaliran untuk sampai ke loji dengan kaedah graviti – sekiranya bercuram/bercerun, keperluan terhadap rumah pam perlu disediakan mengikut kesesuaian. ▪ Bukan kawasan banjir atau kawasan takungan air hujan, bekas lombong, struktur tanah gambut, dan tanah liat serta keperluan terhadap kawasan yang mempunyai sistem aliran air yang baik. ▪ Berdekatan dengan kawasan sumber air bagi melepaskan air yang dirawat yang telah mencapai Standard A. ▪ Kawasan strategi seperti berada jauh daripada kawasan padang (rekreasi) tempat makan, perkuburan, rumah ibadat serta kawasanyang mudah untuk membuat penyambungan paip kumbahan. ▪ Bebas dari pencemaran bunyi, bau, bising, haba, gegaran dan rasa. REKABENTUK ▪ Kawasan loji perlu dilanskap dengan pokok yang bersesuaian sebagai cadangan visual dan pengindahan kawasan. ▪ Mempunyai akses jalan masuk ke tapak loji rawatan sisa kumbahan serta sistem perparitan yang mencukupi. ▪ Menyediakan cadangan terhadap lokasi lepasan air terawat dan efluen. ZON PENAMPAN ▪ Kawasan perumahan/komersial – 30m ▪ Industri – 20m ▪ Sistem Loji Rawatan tertutup – 10m ▪ Sistem tertutup bagi bangunan tinggi – 30m Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016 Rujuk Rajah 2.4.25 Pelan Cadangan Kawasan Tadahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau. Rajah 2.4.25 : Pelan Cadangan Kawasan Tadahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau c) Pengurusan Sisa Pepejal PETUNJUK : Cadangan Kawasan Sub Tadahan Loji Rawatan Air Serantau Cadangan Kawasan Tadahan Loji Rawatan Air Serantau Sub Tadahan Pekan Nanas Sub Tadahan Bandar Pontian Sub Tadahan Ayer Baloi Sub Tadahan Serkat Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-26 c) Pengurusan Sisa Pepejal Pengurusan sisa pepejal tertumpu kepada kaedah untuk melupuskan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun manakala kapasiti terhadap tapak pelupusan sisa pepejal tidak mampu untuk menampung akan peningkatan ini. Oleh itu, terdapat strategi bagi mencapai sifar sisa pepejal dengan melalui kaedah seperti ini : ▪ Sasaran 30% jumlah daripada sisa pepejal akan diasingkan daripada sumber (perumahan, komersial dan perindustrian) dengan kaedah yang telah dilaksanakan iaitu program 2 + 1 dimana sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol kaca, plastik dan sebagainya akan diasingkan (rujuk Rajah 2.4.26). Sekiranya pihak tersebut tidak melaksanakan, maka denda akan dikenakan ke atas pihak tersebut mengikut kekerapan pihak tersebut tidak melaksanakan program ini; ▪ Sasaran 60% jumlah daripada sisa pepejal akan menjalani kaedah pengasingan bersepadu, “Material Recovery Facilities” daripada tapak pelupusan sisa pepejal atau pusat pemindahan (Transfer Station) dimana kaedah ini akan mengasingkan sebahagian besar sisa pepejal yang boleh dikitar semula; dan ▪ Sasaran 10% jumlah daripada sisa pepejal akan dilupuskan atau dirawat dengan kaedah pengkomposan atau insinerator. Kaedah rawatan ini dapat menjadikan sisa pepejal menjadi medium seperti bahan pembakar untuk insinerator dan secara tidak langsung menjana bekalan elektrik dan juga pengkomposan yang menjadikan baja untuk bahan pemakin semaian. Rajah 2.4.26 : Program Kitar Semula 2 + 1 Sumber : SWCorp Malaysia Keupayaan dalam aset kenderaan bagi mengutip sisa pepejal bagi Daerah Pontian melebihi daripada mencukupi kerana pihak yang dipertanggungjawabkan seperti SWM Environement dan kontraktor yang dilantik telah menyediakan kemudahan aset untuk kegunaan kutipan sisa pepejal tersebut. Jadual 2.4.16 : Aset Kenderaan Kutipan Sisa Pepejal KOMPEKTOR RORO Perlu Tersedia Perlu Tersedia Nota SWM Environment 12 14 3 10 Aset yang mencukupi bagi memastikan pengurusan sisa pepejal Kontraktor berada di tahap yang baik Pembersihan dilantik 4 - JUMLAH 12 UNIT 18 UNIT 3 UNIT 10 UNIT Sumber : SWM Environment Pengurusan sisa pepejal Daerah Pontian mempunyai cadangan untuk menyediakan stesen pemindahan Pontian dengan kapasiti 255 tan/sehari dimana stesen ini akan mengumpul sisa pepejal sebelum dihantar ke tapak pelupusan sisa pepejal integrasi i Seelong dengan keupayaan 1914 tan/sehari. Cadangan stesen pemindahan ini perlu dilengkapi dengan teknologi terkini seperti penyediaan “Material Recovery Facilities” dan juga mesin pemadat (compactor machine) bagi memadatkan sisa pepejal bagi mengurangkan isipadu dan juga dapat memuatkan lebih banyak ke lori pemindahan (RORO) (rujuk Rajah 2.4.27). Rajah 2.4.27 : Strategi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Berpusat i. Pembuangan sisa pepejal bagi perindustrian, komersil dan domestik Pelupusan sisa pepejal bagi perindustrian, komersil dan domestik perlu melalui sistem pengasingan yang telah ditetapkan daripada sumber iaitu bahan yang boleh dikitar semula perlu diasingkan daripada sisa basah (makanan). Kaedah ini iaitu 2 + 1 yang dipraktikan dapat menjimatkan 30% kadar pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa pepejal. Kutipan dilakukan oleh SWM- Environment mengikut kekerapan yang telah dijadualkan bagi kawasankawasan tertentu manakala bagi kutipan sisa pepejal bagi perindustrian, ianya perlu melantik kontraktor perkhidmatan kutipan bagi mengutip sisa pepejal yang dihasilkan dan kadar Legend Units Sanitary Landfill 1 Intergrated Facility A1 1 Stesen Pemindahan (SP) 8 Integrated Facility (B) 1 / Integrated Facility (A) 2 PenghantaranSisa Belum Proses - PenghantaranSisa Yang Telah Proses - Solid Waste Management Facilities Planning for Johor by 2020 MBJB MD Pontian MD Kulai Bandar Tenggara M D Kota Tinggi M D Simpang Renggam M D M D Mersing Kluang M D Labis M D Yong Peng M P Batu Pahat M D Tangkak M D Segamat M D Muar MPPG •Intergrated A bukit Payong (1266tpd) •Intergrated A seelong (1914tpd) •TPS Mersing 120 tpd •SP Muar 536 tpd •SP Labis 268 tpd •Intergrated B Sedili (472tpd) •SP Kluang 130tpd •Integrated A1 Pasir Gudang (500 tpd) •SP Taruka 1659 tpd Ponti an 200 tpd •SP Kota tinggi 191tpd •SP Spg. Renggam 77 tpd •SP Tanjung langsat (383tpd) •SP Pontian 255 tpd 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1.TP Buloh Kasap 2. TP Bekoh 3 TP Bakri 4. TP Maokil 5.TP Jln Labis 6.TP Ladang Cep 1 7.TP Pekan Nenas 8.TP Pasir Gudang 9.TP Sg Rengit 10.TP Batu 4 11.TP Jermaluang 12.TP Endau Sumber : SWCorp Malaysia
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-27 bayaran adalah mengikut berat buangan sisa pepejal tersebut. Cadangan tapak pelupusan sisa pepejal ini adalah di tapak pelupusan sisa pepejal Seelong. ii. Pengurusan sisa buangan bahan binaan dan lanskap (kutipan daun-daun luruh) Pengurusan sisa pepejal pembinaan merujuk kepada Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negera (DPSPN) dimana bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pengurusan sisa pepejal secara menyeluruh dari segi perancangan penggunaan bahan secara optimum, kos efektif, dan mencapai kelestarian bagi mencapai keseimbahan ekosistem tanpa pembaziran justeru memastikan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam terjamin. Terdapat beberapa cadangan bagi pencegahan dan pengurusan sisa bahan binaan iaitu : ▪ Pemesanan terhadap bahan binaan daripada pengedar hanya mengikut keperluan pembinaan; ▪ Pengendalian dan penyimpanan bahan binaan dengan kaedah yang betul bagi mengelakkan kerosakkan terhadap bahan binaan tersebut; ▪ Pengasingan terhadap bahan buangan bahan binaan dengan mengikut jenis dan komponen sisa pepejal seperti kayu, besi, alluminium, konkrit dan sebagainya; dan ▪ Mengunakan semula sisa bahan binaan dalam struktur binaan bagi memastikan kegunaan bahan binaan digunakan seoptimum yang boleh. Bagi pelupusan sisa bahan binaan dan lanskap, pemilik premis/kontraktor binaan perlu bertanggungjawab dalam segi kutipan tersebut dengan melantik perkhidmatan berbayar bagi mengutip sisa tersebut dengan bayaran mengikut muatan. Sisa pepejal ini akan dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal di Seelong. Rajah 2.4.28 : Pelan Cadangan Tapak Pelupusan Sampah Pekan Nanas PETUNJUK : Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016) Cadangan Stesen Pemindahan Pontian dengan kapasiti 255 tan/hari Nota : Sisa pepejal dari Daerah Pontian dihantar ke tapak pelupusan Seelong dengan kapasiti 1,914 tan/hari
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-28 d) Telekomunikasi dan ICT Pengunaan talian tetap bagi Daerah Pontian menunjukkan tren yang menurun kerana pengguna lebih gemar akan pengunaan talian mudah alih dan kebanyakkan pengguna yang memasang talian tetap adalah untuk menyambungkan kepada internet yang disediakan oleh pihak Telekom. Capaian semasa kelajuan internet (HSBB) adalah sehingga 50 – 100 MBps dimana perkhidmatan ini hanya tertumpu kepada kawasan bandar. Melalui maklumat yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sebanyak 105 unit pencawang telekomunikasi pelbagai jenis yang dikendalikan oleh pelbagai perkhidmatan. Capaian telekomunikasi mudah alih yang disediakan terdiri daripada 2G,3G, LTE dan Wimax. Walaubagaimanapun capaian tertinggi iaitu LTE dan Wimax hanya boleh didapati di kawasan bandar dan kawasan terancang, manakala bagi penduduk luar bandar hanya dapat capaian 2G dan 3G sahaja mengikut kualiti liputan yang baik iaitu dalam lingkungan 500m – 2km sahaja. Oleh itu cadangan terhadap penyediaan port di ibu-ibu sawat perlu disediakan bagi meningkatkan keupayaan ADSL Port dan membolehkan lebih ramai pengguna untuk membuat penyambungan internet serta meningkatkan capaian terutama dikawasan perindustrian dan tumpuan penduduk. Cadangan bagi perancangan infrastruktur telekomunikasi dan ICT adalah tertumpu kepada rekabentuk dan pekongsian menara telekomunikasi bagi penyedia perkhidmatan. Oleh itu cadangan tersebut dapat dirumuskan sebagaimana Jadual 2.4.17. Jadual 2.4.17 : Kriteria Pembangunan Menara Pemancar LOKASI ▪ Berada di kawasan tinggi (atas bukit) bagi meningkatkan capaian dan kualiti liputan yang baik. ▪ Bukan berada di kawasan banjir, berpaya, kawasan tadahan air, dan kawasan rizab sungai. REKABENTUK ▪ Rekabentuk menara pemancar perlulah bersifar “Comourflage” seperti pokok bagi meningkatkan imej kawasan. ▪ Rekabentuk perlu mengambil kira keselamatan sekeliling dan orang awam. ▪ Rekabentuk perlu bersesuaian dengan kawasan pembangunan. ▪ Struktur pemancar dwi fungsi digalakkan. PENGKONGSIAN INFRASTRUKTUR ▪ Syarikat seperti D’Harmony Telco Infra Sdn. Bhd. menyediakan dan menguruskan menara pemancar kepada semua penyedia perkhidmatan telco untuk menyewa menara pemancar tersebut. ▪ Pengkongsian menara pemancar tersebut memudahkan pengurusan lebih teratur dan terkawal serta dapat memastikan persekitaran yang selesa, selamat dan terpelihara. Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016) e) Bekalan Elektrik Strategi bagi sistem bekalan elektrik adalah untuk memastikan kelancaran pengagihan sistem bekalan sentiasa berada ditahap yang baik serta mengaplikasikan teknologi hijau dalam pelaksanaan perancangan sistem bekalan elektrik supaya tekanan terhadap permintaan bekalan elektrik dapat dikurangkan. Selain itu, dengan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui membolehkan sistem bekalan elektrik menggunakan teknologi hijau bagi perancangan infrastruktur dan utiliti hijau dan mesra alam. Keupayaan beban maksima bagi Daerah Pontian tidak mencukupi bagi tahun 2030 dengan dengan kekurangan sebanyak 24.13MVA dengan mengikut unjuran penduduk dan luas tapak komersial dan perindustrian yang telah diunjurkan pada tahun 2030. Oleh itu, beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi sistem bekalan elektrik iaitu : ▪ Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti penggunaan panel solar jenis Photovoltaic, BIPV bagi unit perumahan dan kawasan komersial. Pelaksanaan panel ini boleh menjanakan sumber tenaga bagi kegunaan seisi rumah janaan 1000watt. Walaupun kos pemasangan yang agak mahal iaitu dengan anggaran harga RM 10,000 – RM 40,000 dengan mengambil kira kapasiti tenaga yang dihasilkan iaitu 1000watt – 4000watt. Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan harga jualan rumah tetapi kenaikan harga tidak melebihi 5%. Selain itu, dalam konsep Feed-In-Tarif, pengguna boleh menjual semula tenaga tersebut ke grid nasional bagi mendapatkan rebat mengikut kadar jualan tersebut; ▪ Cadangan bagi Menaik taraf keupayaan PMU sedia ada bagi memastikan keupayaan PMU tidak terbeban sekiranya permintaan berlaku ketika pada waktu-waktu puncak; ▪ Penggunaan lampu jenis LED bagi mengantikan lampu jenis konversional yang mengunakan tenaga yang banyak iaitu 20 – 40watt berbanding penggunaan lampu LED hanya mengunakan 4 - 12 watt serta penerapan sistem solar bagi penjanaan bekalan elektrik bagi tiang lampu jalan; ▪ Cadangan terhadap PMU Jeram Batu dan PMU Rimba Terjun bagi meningkat sistem pengagihan bekalan elektrik bagi Daerah Pontian (rujuk Jadual 2.4.18); dan Jadual 2.4.18 : Cadangan Pencawang Masuk Utama (PMU) CADANGAN CADANGAN KAPASITI Cadangan PMU Jeram Batu Kadar : 2 x 30MVA Cadangan PMU Rimba Terjun Kadar : 2 x 30 MVA Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-29 Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016 ▪ Pelaksanaan “Smart Grid” bagi meningkatkan sistem agihan bekalan elektrik bagi mengurangkan kacauganggu bekalan dan secara tidak langsung kadar SAIDI (Kadar Purata Durasi Gangguan Bekalan) dan SAIFI (Kadar Purata Frekuensi Ganguan Bekalan) dapat dikurangkan . Selain itu, pemantauan dapat dilakukan dengan lebih terperinci akan had penggunaan bekalan yang telah digunakan oleh setiap penduduk (rujuk Rajah 2.4.29). Rajah 2.4.29 : Pelaksanaan Smart Grid Sumber : Electricity Blueprint For Iskandar Malaysia Rajah 2.4.30 : Pelan Cadangan Sistem Bekalan Elektrik PETUNJUK : Cadangan PMU 0 50 100 150 200 250 300 350 2020 2025 2030 2025 Bekalan Elektrik (MW) Unjuran Keperluan (MVA) - 2035 Keupayaan Semasa Unjuran Keupayaan Cadangan 2 PMU meningkatkan kapasiti bebanan kepada 330MVA Cadangan PMU Rimba Terjun Cadangan PMU Jeram Batu Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-30 f) Pengairan dan Saliran Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS bersama pihak PBT perlu menjaga pembangunan yang berhampiran dengan kawasan tadahan air hujan dan juga rizab-rizab sungai bagi memastikan kawasan-kawasan tersebut dipelihara daripada sebarang pembangunan. Selain itu, langkah-langkah pelaksanaan bagi setiap pembangunan perlulah mengikuti garispanduan ditetapkan bagi mengawal air larian permukaan yang meningkat ketika waktu hujan. Beberapa cadangan dirangka bagi memastikan sistem pengairan dan saliran bagi Daerah Pontian berada di tahap yang baik iaitu : ▪ Menyediakan lencongan banjir yang khusus bagi menyalurkan air lebihan air banjir dari empangan terus ke laut bagi mengelakkan lepasan air ke sungai dan kawasan yang rendah; ▪ Melaksanakan kajian induk perparitan untuk Daerah Pontian; ▪ Pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan rizab sungai terutama di kawasan sungai Pontian; ▪ Pelaksanaan MSMA dalam setiap pembangunan yang dicadangkan seperti : ➢ Menyediakan kolam tadahan/tahanan bagi memanjangkan tempoh air larian permukaan serta sebagai kawasan rekreasi; ➢ Menyediakan rizab sungai, simpanan parit dan longkang yang ditentukan oleh pihak JPS; dan ➢ Menyediakan perangkap sampah dan minyak di parit-parit utama. ▪ Menyediakan sistem amaran awal di kawasan pesisiran laut bagi ancaman air pasang besar ataupun kejadian tsunami; ▪ Kawasan yang mempunyai kecederungan banjir yang tinggi akan dilaksanakan kajian terhadap rancangan tebatan banjir; ▪ Pelepasan air dari perlulah dirawat terlebih dahulu dengan mencapai tahap standard A bagi mengelakkan pencemaran berlaku; ▪ Kawasan pasar dan perindustrian perlu mempunyai sistem perangkap sampah dan minyak sendiri bagi setiap sistem perparitan sebelum dilepaskan ke aliran sungai sedia ada; dan ▪ Pemasangan CCTV untuk pemantauan peningkatan paras air sungai yang melintasi pusat bandar dan pelaksanaan sistem SCADA. Selain itu, terdapat cadangan daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di dalam cadangan projek baru Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu : i. Penggalian muara-muara sungai di Pontian bagi Lembangan Ayer Baloi, Sg. Sanglang, Sg. Benut, Sg. Pontian Kechil, Sg Pontian Besar, dan Sg Pulai. ▪ Terdapat mendapan bahan buangan dan keadaan sungai yang berlumpuh. ▪ Merupakan laluan sungai utama yang mengalir ke arah laut. ▪ Jalan keluar masuk bagi laluan bot nelayan yang perlu diperbaiki terutama ketika air surut di kawasan persisiran pantai. ii. Kawalan Hakisan Pantai dari Tg. Bin ke Tampok, Pontian Johor. ▪ Hakisan pesisiran pantai terhadap hentaman air ombak. ▪ Kawalan terhadap air pasang besar yang mengakibatkan banjir kerana limpahan air laut. ▪ Langkah awalan telah dilaksanakan seperti pemasangan benteng batu “Soft Rock” tetapi hakisan tetap juga berlaku, oleh itu projek naik taraf perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan benteng tersebut. iii. Kawalan Hakisan Pantai di Sg.Belukang Sehingga Perpat Pasir, Pontian Johor. ▪ Kerja-kerja menambak benteng tanah sedia ada dan pembinaan serta pembinaan benteng batu dan kerja-kerja ukur. ▪ Kesan terhadap hakisan pantai dapat ditanggani dimana tanah awam dan persendirian yang terhakis dari belakang garis pantai dapat diselamatkan. ▪ Benteng dibina dapat mengelakan kejadian banjir akibat limpahan air laut ke darat yang merosakan harta benda awam dan mengancam keselamatan. iv. Kawalan Hakisan Pantai di Rimba Terjun dari Bandar Baru Pontian sehingga Tebing Kanan Sg. Rambah, Pontian Johor. ▪ Kerja menggali dan mendalamkan sungai sepanjang 80km. v. Kerja-kerja Mencegah Hakisan Pantai daripada Ch.0 hinga Ch.2000 di Lorong Aman, Mukim Api-Api, Daerah Pontian Johor. ▪ Menyediakan sistem outlet untuk laluan air ke laut. ▪ Penyediaan benteng batu sepanjang 2km. ▪ Kerja tambakan tanah (3km) dan benteng baru (200m).
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-31 Rajah 2.4.31 : Pelan Cadangan Sistem Perparitan dan Saliran PETUNJUK : Muara-muara Sungai di Daerah Pontian yang perlu diperdalamkan Sumber : Kajian Sektor Infrastruktur dan Utiliti, RTD Pontian, 2016) Penggalian muaramuara Sg Ayer Baloi, Sg. Sanglang, Sg. Benut, Sg. Pontian Kechil, Sg Pontian Besar, dan Sg Pulai Kerja mencegah hakisan pantai Mukim Api-api Cadangan mencegah hakisan pantai di Tg. Bin ke Tampok Kawalan hakisan pantai Rimba Terjun – Bandar Baru Pontian – Tebing Kanan Sg. Rambah
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-1 2.5 TERAS 5 : PENGURUSAN SUMBERJAYA SEMULAJADI SECARA MAMPAN Aspek alam sekitar perlu dititik beratkan dalam perancangan dan pengurusan pembangunan di Daerah Pontian supaya wujud keseimbangan di antara pembangunan dan pemuliharaan / pengekalan alam sekitar yang berteraskan pembangunan mampan. Kedudukan Daerah Pontian sebagai sebuah kawasan persisiran pantai dan kawasan yang kaya dengan hutan bakau menjadikan kawasan ini agak sensitif dan memerlukan perancangan yang teliti sebelum pembangunan dilaksanakan. Asas pembentukan pelan cadangan bagi pengurusan alam sekitar adalah mengikut kepada matlamat falsafah dan strategi pembangunan lestari serta dasar Rancangan Fizikal Negara 3. Salah satu ciri penting pembangunan lestari adalah pemuliharaan kawasan-kawasan alam sekitar untuk generasi akan datang. Dalam Teras 5 ini, ada 1 strategi pembangunan telah dikenalpasti dengan sokongan cadangan terperinci oleh sektor alam sekitar bagi mencapai “Pengurusan Sumberjaya Semulajadi Secara Mampan”. Antaranya adalah : Mengekalkan, Memelihara dan Menguruskan Kawasan-Kawasan Sumberjaya Alam Sekitar dan Kawasan yang Berkepentingan Tinggi Terhadap Daerah Mahupun Negeri serta Mengawal Pembangunan di Kawasan yang Dikenal Pasti 2.5.1 STRATEGI 5.1 : MENGEKALKAN, MEMELIHARA DAN MENGURUSKAN KAWASANKAWASAN SUMBERJAYA ALAM SEKITAR DAN KAWASAN BERKEPENTINGAN TINGGI TERHADAP DAERAH MAHUPUN NEGERI SERTA MENGAWAL PEMBANGUNAN DI KAWASAN YANG DIKENAL PASTI Cadangan-cadangan utama Pemeliharaan Sumberjaya dan Pengurusan Alam Sekitar RTD Pontian melibatkan 8 cadangan Pengurusan Kualiti Alam Sekitar dan 1 cadangan Perhutanan iaitu : ❖ Cadangan 1 : Cadangan pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ❖ Cadangan 2 : Cadangan pengurusan dan kawalan kualiti alam sekitar ❖ Cadangan 3 : Cadangan pengurusan dan kawalan aktiviti industri ❖ Cadangan 4 : Cadangan pengurusan sisa ❖ Cadangan 5 : Cadangan pengurusan banjir dan hakisan ❖ Cadangan 6 : Cadangan pengurusan sungai ❖ Cadangan 7 : Cadangan pengurusan hakisan pantai ❖ Cadangan 8 : Cadangan pengurusan sumber hutan ❖ Cadangan 9 : Pengurusan pencemaran penternakan a) CADANGAN 1 : Cadangan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Kawasan KSAS memerlukan garis panduan atau kawalan pembangunan dalam memastikan kawasan ini sentiasa terpelihara dari sebarang ancaman dengan mengambil beberapa langkah seperti berikut : ▪ Menguruskan KSAS mengikut kategori KSAS Tahap 1, 2 dan 3; ▪ Menguruskan KSAS Bersepadu yang merangkumi KSAS Bernilai Warisan, KSAS Berisiko Bencana dan KSAS Bernilai Sokongan Hidup; ▪ Mengekalkan keluasan liputan Hutan Simpan Sungai Pulai; ▪ Mewartakan kawasan-kawasan tadahan air; ▪ Mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi (2009); ▪ Menjalankan inventori KSAS dari masa ke semasa; dan ▪ Mematuhi Garis Panduan Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Serta Kawasan Sekitarnya. Cadangan pengurusan kawasan tahap kesensitifan KSAS adalah sebagaimana Rajah 2.5.1. Rajah 2.5.1 : Cadangan Kawalan Pembangunan Mengikut Tahap KSAS RTD Pontian Sumber : Rancangan Fizikal Negara 3 KSAS Tahap 1 ▪ Semua kawasan perlindungan, kawasan perlindungan berpotensi dan tanah lembap. ▪ Hutan Paya Bakau. ▪ Kawasan tadahan empangan sedia ada dan cadangan. Kawasan persisir pantai Kawasan berkontur melebihi 1000m.a KSAS Tahap 2 ▪ Kawasan rumpai laut (“Seagrass beds”) ▪ Zon penampan hutan bakau. ▪ Lain-lain kawasan hutan, koridor penghubung kawasan perlindungan, zon penampan di sekitar KSAS tahap 1. ▪ Semua kawasan berkontur 300m – 1000m. KSAS Tahap 3 ▪ Kawasan tanah gambut. ▪ Zon penampan di sekitar KSAS Tahap 2. ▪ Kawasan tadahan takat pengambilan air (water intakes), kawasan tadahan air tanah (telaga). ▪ Zon penampan hutan bakau 1 km ▪ Semua kawasan antara 150m – 300m, semua kawasan berisiko hakisan melebihi 150 tan / hek / tahun. ▪ ▪ Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan. ▪ Terhad kepada aktiviti pelancongan alam semulajadi impak rendah serta penyelidikan dan pendidikan. ▪ Tiada pembangunan atau pertanian dibenarkan kecuali di dalam kawasan koridor pembangunan. ▪ Pembalakan mapan dan pelancongan alam semulajadi yang rendah impaknnya akan dibenarkan, bagaimanapun ia bergantung kepada halangan setempat. ▪ ▪ Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan akan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan. ▪
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-2 Daerah Pontian mempunyai ratio kawasan sensitif alam sekitar yang agak tinggi iaitu tiga tapak Ramsar, kawasan hutan paya bakau, kawasan hakisan pantai, kawasan tadahan air dan kawasan tanah gambut. Kebanyakan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar ini adalah transsempadan atau merentasi beberapa sempadan politik dan blok perancangan dan oleh itu ia memerlukan pengurusan yang lebih makro dan holistik. Strategi pemuliharaan dan pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) adalah berdasarkan kepada pengkelasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) mengikut Rank seperti di bawah (rujuk Rajah 2.5.2) :- Rank 1 Kawasan yang perlu dipulihara sepenuhnya. Sebarang aktiviti pembangunan, pembalakan dan pertanian tidak dibenarkan. Pelancongan berimpak rendah mungkin dibenarkan. Antara kawasan yang terletak dalam rank 1 ini adalah:- a. Kawasan Tapak Ramsar / Hutan Simpan Bakau ▪ Semua kawasan Tapak Ramsar / hutan simpan bakau adalah Rank 1 dan perlu dipulihara sepenuhnya di mana Tapak Ramsar merupakan kawasan-kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa. ▪ Pembangunan adalah terhad kepada pembangunan eko-pelancongan dan penyelidikan. ▪ Aktiviti pertanian, penternakan dan infrastruktur tidak dibenarkan. ▪ Pembangunan atau pembinaan struktur kekal tidak dibenarkan. Ini termasuk pembinaan jalan yang merentasi tapak Ramsar disebabkan ia boleh mengganggu ekologi dan hidrologi tapak Ramsar. ▪ Struktur binaan untuk aktiviti eko-pelancongan dan penyelidikan adalah terhad kepada pembinaan ‘boardwalk’ atau bangunan yang dibina di atas tiang (stilts). Struktur tersebut hendaklah tidak mengganggu ekosistem semula jadi hutan bakau. ▪ Tapak Ramsar/ hutan bakau yang diwartakan perlu mempunyai papan tanda untuk mencegah pencerobohan. ▪ Program-program meningkatkan kesedaran alam sekitar untuk kawasan tapak Ramsar perlu dilakukan di samping mewujudkan aktiviti ekonomi seperti penjualan cenderamata alam sekitar untuk memastikan penduduk tempatan melihat kepentingan tapak Ramsar dan mendapat manfaat ekonomi daripadanya. ▪ Zon penampan dengan jarak minimum 1 km hendaklah dikekalkan di sekitar Tapak Ramsar /hutan simpan paya bakau. b. Kawasan Bekas Pelupusan Sisa ▪ Kawasan bekas tapak pelupusan sisa adalah kawasan Rank 1 di mana pembangunan tidak dibenarkan disebabkan risiko bahaya seperti kebakaran, pemendapan dan pembebasan gas toksik. ▪ Zon penampan untuk kawasan bekas tapak pelupusan sisa hendaklah 250 meter di mana kawasan sekolah, hospital, rekreasi dan industri berisiko kebakaran tidak dibenarkan. Rank 2 Kawasan yang perlu dipulihara. Aktiviti pembangunan dan pertanian tidak dibenarkan kecuali di dalam kawasan koridor pembangunan. Pertanian dan pelancongan berimpak rendah mungkin dibenarkan bergantung kepada halangan di kawasan tapak (site constrain). Antara kawasan yang terletak dalam Rank 2 adalah:- a. Kawasan Zon Penampan 1km Sekitar Kawasan Tapak Ramsar / Hutan Simpan Bakau Rank 1 ▪ Semua kawasan zon penampan 1km sekitar kawasan Rank 1 adalah Rank 2. ▪ Kegiatan pertanian dan agro-perhutanan dibenarkan dalam kawasan zon penampan. ▪ Pembangunan dan aktiviti penambakan tanah tidak dibenarkan di dalam kawasan zon penampan. ▪ Aktiviti akuakultur tidak dibenarkan di dalam kawasan zon penampan. ▪ Sebarang aktiviti yang berpotensi mengubah sistem saliran semulajadi kawasan zon penampan tidak dibenarkan. ▪ Semua pembangunan yang berlaku di zon penampan adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan-garis panduan umum sedia ada JAS, JPBD and JPS. Rank 3 Kawasan pembangunan terkawal. Pembangunan dibenarkan tetapi jenis dan kepadatan pembangunan mesti dikawal dengan ketat bergantung kepada halangan di kawasan tapak (site constrain). Antara kawasan yang terletak dalam rank 3 adalah:- a. Kawasan Zon Penampan 1km sekitar Kawasan Rank 2 ▪ Semua kawasan 1km sekitar Kawasan Rank 2 adalah kawasan Rank 3. b. Kawasan Persisiran Pantai ▪ Semua kawasan persisiran pantai yang mengalami hakisan pantai kategori 1 & 2 adalah kawasan Rank 3. ▪ Pembangunan atau pembinaan struktur kekal di dalam kawasan persisiran pantai yang mengalami hakisan kritikal dan ketara (kelas 1 & 2) tidak digalakkan. ▪ Strategi pengurusan alam sekitar di kawasan yang mengalami hakisan pantai adalah berasarkan hieraki pengurusan alam sekitar berikut :- ➢ Mengelakkan pembangunan bersebelahan kawasan yang berisiko hakisan pantai. ➢ Memelihara kawasan paya bakau sebagai teknologi semulajadi untuk mengurangkan kesan impak polar pemantulan ombak yang menyebabkan hakisan pantai. ➢ Menyediakan laporan pengurusan alam sekitar sebelum menjalankan sebarang aktiviti di kawasan ini. ➢ Penanaman semula hutan bakau perlu dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mengalami masalah hakisan. ➢ Penggunaan teknologi pengawalan hakisan pantai seperti 'Sine Slab', Fleks-Slab, 'Pressure Equalization Module" berdasarkan kesesuaian tapak dan kajian alam sekitar ▪ Menetapkan kawasan persisiran pantai sebagai kawasan sensitif alam sekitar dan mensyaratkan semua permohonan pembangunan yang melibatkan reklamasi menjalankan prosedur EIA walaupun saiz permohonan adalah kurang daripada saiz
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-3 yang tertakluk sebagai aktiviti yang ditetapkan dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) 1987 iaitu melebihi 50 hektar. ▪ Sekiranya terdapat lebih daripada satu permohonan projek pembangunan di kawasan persisiran pantai, prosedur EIA makro hendaklah dijalankan supaya kesan kumulatif projek-projek yang bersebelahan dapat dinilai secara menyeluruh. ▪ Pembangunan reklamasi perlu dielak daripada kawasan sensitif alam sekitar seperti pantai yang mengalami hakisan, kawasan rumpai laut (seagrass bed) dan sebagainya. ▪ Kaedah ‘dredging’ yang mesra alam perlu dikenal pasti dan digunakan untuk mengurangkan impak ke atas alam sekitar. ▪ Penguatkuasaan undang-undang sedia ada dengan lebih ketat contohnya akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 yang mengandungi langkah-langkah kawalan untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang berpotensi menyebabkan pencemaran laut. ▪ Sebarang tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan perlu dibersihkan dengan segera. Satu pelan kontigensi boleh ditubuhkan di peringkat Daerah yang melibatkan kerjasama di antara nelayan, pihak Majlis Daerah Pontian dan Jabatan Alam Sekitar supaya sebarang pencemaran laut dapat dibersihkan dengan serta merta. ▪ Perhatian yang lebih khusus perlu diberikan kepada kawasan Tanjung Piai kerana kawasan ini menjadi tarikan pelancong sebagai ‘Penghujung Benua Asia’. ▪ Langkah mengurangkan pencemaran dari kawasan Tanjung Bin termasuklah tidak membesarkan lagi kawasan Tanjung Bin, memastikan tiada pembuangan sisa terutamanya minyak ke dalam alur air seperti sungai dan laut dan memastikan sisa terjadual dikendalikan oleh kontraktor yang dilesenkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. c. Kawasan Tadahan Air ▪ Kawasan tadahan air adalah kawasan Rank 3 di mana hanya pembangunan terkawal dibenarkan. ▪ Zon penampan tadahan air tersebut (sama ada diwartakan atau tidak) hendaklah 250m dengan kawasan pertanian. ▪ Sisa kumbahan dan bahan buangan kediaman tidak boleh disalurkan terus ke dalam sungai. Semua sisa perlu dirawat terlebih dahulu mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar (Efluen Sisa Kumbahan dan Industri) Peraturan 1979. ▪ Industri pemerolehan semula sisa terjadual yang membebaskan efluen tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan air. ▪ Industri penternakan yang membebaskan efluen dengan kandungan organik yang tinggi seperti ladang khinzir dan akuakultur tidak digalakkan dalam kawasan tadahan air. d. Kawasan Tanah Gambut ▪ Kawasan tanah gambut adalah kawasan Rank 3 di mana pembangunan dibenarkan tertakluk kepada pembaikpulihan kawasan itu sebelum dibangunkan. ▪ Pembangunan di kawasan tanah gambut tertakluk kepada pembaikpulihan kawasan itu sebelum dibangunkan. ▪ Langkah-langkah pembaikpulihan perlu mengambil kira isu-isu pemendapan, kebakaran dan kejadian banjir di kawasan tanah gambut yang hendak dibangunkan. e. Pembangunan di Kawasan Pulau ▪ Kawasan pulau adalah kawasan Rank 3 di mana pembangunan dibenarkan tertakluk kepada pembaikpulihan kawasan itu sebelum dibangunkan. ▪ Semua pembangunan yang melibatkan sumber pulau perlu menyediakan laporan alam sekitar untuk meminimumkan kesan alam sekitar. Selain Pulau Kukup yang merupakan tapak Ramsar, Pulau Pisang juga perlu dipantau untuk pembangunan sumbernya. ▪ Kawasan berbukit dan hutan darat Pulau Pisang perlu dipelihara dan dipulihara seiring dengan cadangan Rancangan Struktur Negeri Johor (Pengekalan Sumber Semula jadi Pantai dan Pulau-pulau). ▪ Alat-alat kontingensi tumpahan minyak perlu disediakan di Pulau Pisang untuk menghadapi situasi pencemaran akibat tumpahan minyak dengan lebih pantas dan teratur. Jadual 2.5.1 : Cadangan Projek dan Program Pengurusan Alam Sekitar Daerah Pontian BIL. JENIS PROJEK / PROGRAM LOKASI JUSTIFIKASI PROJEK 1. Kawasan Tapak Ramsar perlu dipulihara sepenuhnya di mana ia dikategorikan sebagai kawasan Rank 1. Pembangunan di kawasan ini hanya terhad kepada aktiviti eko-pelancongan dan penyelidikan. Kawasan Ramsar ▪ Kawasan Tapak Ramsar/Hutan Simpan Bakau merupakan kawasan ekosistem yang mempunyai ciri-ciri ekologi yang unik dan penting untuk pemeliharaan kepelbagaian biologi seperti flora dan fauna yang terancam atau endemik atau kebolehan kawasan ini menampung populasi burung air. Tiga tapak Ramsar di Daerah iaitu Taman Negara Tanjung Piai (526 hektar), Taman Negara Pulau Kukup (647.2 hektar) dan Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Pulai (9126 hektar) manakala Hutan Simpan Paya Bakau Benut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Tapak Ramsar ke empat di Johor (1800 ha). ▪ Hakisan pantai di kawasan Ramsar Site Sungai Pulai dan Kukup. 2. Pewujudan kawasan zon penampan 1 km sekitar kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) adalah penting kerana pembangunan tidak terkawal kawasan sekitar boleh menggugat atau mengancam kestabilan dan kesinambungan KSAS. Kawasan sekitar 1 kilometer dari kawasan KSAS ▪ Kawasan 1 km sekitar kawasan Rank 1 dan Rank 2 perlu diwujudkan sebagai kawasan zon penampan. ▪ Kawasan zon penampan 1km sekitar Rank 1 adalah Rank 2 manakala kawasan zon penampan 1 km sekitar Rank 2 adalah Rank 3. ▪ Pembangunan di kawasan Rank 2 adalah terhad kepada pertanian dan agroperhutanan tertakluk kepada halangan di kawasan tapak (site constrain). ▪ Pembangunan di kawasan Rank 3 adalah terhad kepada pembangunan terkawal. Pembangunan dibenarkan tetapi jenis dan kepadatan pembangunan mesti dikawal dengan ketat bergantung kepada halangan di kawasan tapak (site constrain).
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-4 3. Kawasan hakisan pantai, kawasan tadahan air dan kawasan tanah gambut adalah kawasan sensitif alam sekitar. Pembangunan tidak terkawal di kawasan ini boleh menyebabkan risiko bencana dan kehilangan fungsi sokongan hidup. - ▪ Kawasan pantai yang mengalami hakisan jenis 1 dan 2, kawasan tadahan air dan kawasan tanah gambut perlu dipulihara di mana ia dikategorikan sebagai kawasan Rank 3. ▪ Pembangunan di kawasan ini dibenarkan tetapi jenis dan kepadatan pembangunan mesti dikawal dengan ketat bergantung kepada halangan di kawasan tapak (site constraint). Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Cadangan pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ditunjukkan di dalam Jadual 2.5.2 dan 2.5.3 dan Rajah 2.5.2 dan 2.5.3. Jadual 2.5.2 : Cadangan Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN ▪ Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) BP DAN BPK Semua BP dan BPK KOMPONEN CADANGAN ▪ Cadangan pengurusan kawasan tahap kesensitifan KSAS kawasan RTD. ▪ Pewartaaan Kawasan KSAS JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Kawasan-kawasan sumberjaya alam sekitar dan kawasan berkepentingan tinggi perlu dikawal pembangunan, dikekalkan, dipelihara dan diuruskan TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Perhutanan ▪ Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor ▪ Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021 – 2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 800 ribu Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Jadual 2.5.3 : Kategori KSAS dan KSAS Bersepadu Daerah Pontian BIL. KSAS SUB-KATEGORI STATUS KSAS KSAS BERSEPADU KBW KBB KBSH 1. Warisan Sejarah Dan Antikuiti Tapak Arkeologi (Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah) Bangunan-bangunan warisan, Tapak-tapak warisan sejarah (Jeti Penambang. Dll) FU - - 2. Tanah Tinggi a. Kawasan Tanah Tinggi dan Pergunungan b. Kawasan tanah melebihi 300 meter dari aras laut Gunung Pulai. FU FU FU 3. Hutan Simpan Perhutanan dan Botani HS Paya Bakau Sungai Pulai, HS Paya Bakau FU FU FU BIL. KSAS SUB-KATEGORI STATUS KSAS KSAS BERSEPADU KBW KBB KBSH Benut, Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Taman Negara Johor Pulau Kukup 4. Tadahan Air Tadahan Air Sungai Pontian - - FU 5. Kawasan Pertanian Makanan a. Pertanian Makanan b. Penternakan ▪ Tanaman Industri, Tanaman buah-buahan, sayuran, tanaman kontan, herba dan tanaman padi. ▪ Ternakan ayam telur/ daging, khinzir, lembu tenusu/ daging, kambing, bebiri dan kerbau, akuakultur, penternakan ikan air tawar, kolam ternakan udang harimau, kolam ternakan kupang dalam sangkar, taman buahbuahan. - - FS FS FU FU 6. Jasad Air a. Dataran Banjir dan Rizab Sungai Sungai Benut, Sungai Sanglang, Sungai Pinggan, Sungai Ayer Baloi, Sungai Pontian Besar, Sungai Ayer Hitam, Sungai Pontian Kechil dan Sungai Pulai. - FU - 7. Kawasan Bencana Geologi a. Kawasan Bencana Geologi ▪ Kawasan mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah ▪ Kawasan aktiviti industri kuari dan mempunyai simpanan mineral. ▪ Kawasan tanah Gambut ▪ Kawasan Geologi dan Lanskap - FU - Sumber: Garis Panduan Pemuliharaan Dan Pembangunan KSAS Serta Kawasan Sekitar 2005, Jabatan Perhutanan, Lembaga Muzium Negeri & Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Nota: KBW: KSAS Bernilai Warisan KBB: KSAS Berisiko Bencana KBSH: KSAS Bernilai Sokongan Hidup FU : Fungsi Utama FS : Fungsi Sampingan
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-5 Rajah 2.5.2 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Daerah Pontian PETUNJUK : Kawasan Hutan Bakau Kawasan Tadahan Air Kawasan Tanah Gambut Hakisan Pantai Kritikal Hakisan Pantai Ketara Tapak Ramsar – Kawasan Bekepentingan Antarabangsa Kawasan Zon Penampan 1km Sekitar Rank 1 Kawasan Zon Penampan 1km Sekitar Rank 2 Rajah 2.5.3 : Tahap Kawasan Sensitif Alam Sekitar Daerah Pontian PETUNJUK : KSAS TAHAP 1 – Kawasan Pengekalan KSAS TAHAP 2 – Pembangunan Terkawal KSAS TAHAP 3 – Pembangunan Terkawal Kawasan Had Pembangunan Kawasan Luar KSAS – Kawasan Potensi Pembangunan Dengan Langkah Kawalan Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Kawasan Tanah Gambut : Pembangunan Terkawal • Kawasan tanah gambut adalah kawasan Rank 3 di mana pembangunan dibenarkan tertakluk kepada pembaikpulihan kawasan itu sebelum dibangunkan. Kawasan Persisiran Pantai : Pembangunan Terkawal • Kawasan persisiran pantai yang mengalami hakisan pantai kategori 1 & 2 adalah kawasan Rank 3. • Pembangunan dalam kawasan persisiran pantai yang mengalami hakisan kritikal dan ketara (kelas 1 & 2) perlu dielakkan. • Kawasan ini perlu dipulihara sepenuhnya. • Pembinaan struktur kekal tidak dibenarkan di kawasan ini. Tapak Ramsar dan Hutan Paya Bakau : Rank 1 • Semua kawasan tapak ramsar perlu dipulihara sepenuhnya kerana ia merupakan kawasankawasan tanah bencah berkepentingan antarabangsa. • Semua kawasan hutan bakau adalah Rank 1 dan perlu dipulihara sepenuhnya. Pembangunan dalam kawasan hutan bakau adalah terhad kepada pembangunan eko-pelancongan dan penyelidikan. • Zon penampan dengan jarak minimum 1 km hendaklah dikekalkan di sekitar hutan simpan paya bakau. Tanaman yang memerlukan sistem perparitan tidak dibenarkan sama sekali di son penampan tersebut. • Sturktur binaan untuk aktiviti eko-pelancongan dan penyelidikan adalah terhad kepada pembinaan ‘boardwalk’ atau bangunan yang dibina di atas tiang (stilts). Struktur tersebut hendaklah tidak mengganggu ekosistem semulajadi hutan bakau. • Bagi hutan bakau yang diwartakan, papan tanda untuk mencegah pencerobohan mestilah diletakkan di sempadan hutan simpan. Kawasan Tadahan Air : Pembangunan Terkawal • Kawasan tadahan air adalah kawasan Rank 3 di mana hanya pembangunan terkawal dibenarkan. • Zon penampan tadahan air tersebut hendaklah 100m lebar. • Sisa kumbahan dan bahan buangan kediaman tidak boleh disalurkan terus ke dalam sungai. Semua sisa perlu dirawat terlebih dahulu mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar (Efluen Sisa Kumbahan dan Industri) Peraturan 1979. • Industri pemerolehan semula sisa terjadual yang membebaskan efluen tidak dibenarkan dalam kawasan tadahan air. • Industri penternakan yang membebaskan efluen dengan kandungan organik yang tinggi seperti ladang khinzir dan akuakultur tidak digalakkan dalam kawasan tadahan air. Kawasan Zon Penampan • Kawasan zon penampan 1km sekitar Rank 1 adalah Rank 2 di mana ia adalah kawasan pemuliharaan. • Kawasan zon penampan 1km sekitar Rank 2 adalah Rank 3 di mana ia adalah kawasan pembangunan terkawal. Tindakan bagi mengurangkan hakisan di Ramsar Site
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-6 Jadual 2.5.4 : Kategori KSAS dan KSAS Bersepadu Daerah Pontian BIL. KSAS SUB-KATEGORI STATUS KSAS KSAS BERSEPADU KBW KBB KBSH 1. Warisan Sejarah dan Antikuiti Tapak Arkeologi (Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah) Bangunan-bangunan warisan, Tapak-tapak warisan sejarah (Jeti Penambang. dll) FU - - 2. Tanah Tinggi c. Kawasan Tanah Tinggi dan Pergunungan d. Kawasan tanah melebihi 300 meter dari aras laut Gunung Pulai. FU FU FU 3. Hutan Simpan Perhutanan dan Botani HS Paya Bakau Sungai Pulai, HS Paya Bakau Benut, Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Taman Negara Johor Pulau Kukup FU FU FU 4. Tadahan Air Tadahan Air Sungai Pontian - - FU 5. Kawasan Pertanian Makanan c. Pertanian Makanan d. Penternakan ▪ Tanaman Industri, Tanaman buah-buahan, sayuran, tanaman kontan, herba dan tanaman padi. ▪ Ternakan ayam telur/ daging, khinzir, lembu tenusu/ daging, kambing, bebiri dan kerbau, akuakultur, penternakan ikan air tawar, kolam ternakan udang harimau, kolam ternakan kupang dalam sangkar, taman buah-buahan. - - FS FS FU FU 6. Jasad Air b. Dataran Banjir dan Rizab Sungai Sungai Benut, Sungai Sanglang, Sungai Pinggan, Sungai Ayer Baloi, Sungai Pontian Besar, Sungai Ayer Hitam, Sungai Pontian Kechil dan Sungai Pulai. - FU - 7. Kawasan Bencana Geologi b. Kawasan Bencana Geologi ▪ Kawasan mempunyai kecerunan melebihi 25 darjah ▪ Kawasan aktiviti industri kuari dan mempunyai simpanan mineral. ▪ Kawasan tanah Gambut ▪ Kawasan Geologi dan Lanskap - FU - Sumber: Garis Panduan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS Serta Kawasan Sekitar 2005, Jabatan Perhutanan, Lembaga Muzium Negeri & Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Nota: KBW: KSAS Bernilai Warisan KBB: KSAS Berisiko Bencana KBSH: KSAS Bernilai Sokongan Hidup FU : Fungsi Utama FS : Fungsi Sampingan b) CADANGAN 2 : Cadangan Pengurusan dan Kawalan Kualiti Alam Sekitar Cadangan pengurusan kualiti alam sekitar adalah meliputi cadangan pengurusan dan kawalan kualiti air sungai (Jadual 2.5.5) serta cadangan pengurusan dan kawalan kualiti udara dan bunyi. Bagi mengatasi masalah kualiti air sungai, terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat iaitu : ▪ Cadangan stesen pengawasan kualiti air sungai di tiga stesen utama iaitu W1 (Sungai Pontian Besar), W2 (Sungai Pontian Kechil), W3 (Sungai Pulai), W4 (Sungai Benut), W5 (Sanglang) dan W6 (Selat Melaka) (rujuk Rajah 2.5.4); ▪ Cadangan kekerapan pengawasan kualiti air sungai adalah 4 bulan sekali; ▪ Stesen pengawasan kualiti air bawah tanah di tapak pelupusan sisa pepejal; ▪ Pelepasan air sisa bagi sisa domestik (perumahan), perdagangan, industri dan air sisa kumbahan hendaklah disalurkan ke sistem pembetungan berpusat melalui rangkaian paip pembetung utama; ▪ Meningkatkan pengurusan sistem perparitan dan saliran seperti penyediaan perangkap sampah bagi sistem perparitan utama; ▪ Kawasan perindustrian baru tidak dibenarkan di kawasan takat pengambilan air dan di kawasan tadahan empangan; ▪ Menguatkuasakan undang-undang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009 dan (Efluen Perindustrian), 2009; dan ▪ Meningkatkan kerjasama antara jabatan kerajaan, agensi dan masyarakat selain meningkatkan tahap kesedaran masyarakat melalui program-program kesedaran. Jadual 2.5.5 : Cadangan Pengurusan dan Kawalan Kualiti Air Sungai ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN ▪ Sungai Pontian Besar ▪ Sungai Pontian Kechil ▪ Sungai Pulai ▪ Sungai Benut ▪ Sungai Sanglang ▪ Selat Melaka BP DAN BPK BPK1.1, BPK 1.2, BPK 4.2, BPK 5.3, dan BPK 7.4 KOMPONEN CADANGAN ▪ 5 stesen pengawasan kualiti air sungai ▪ 1 stesen pengawasan kualiti air bawah tanah JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Badan-badan air seluruh kawasan RTD berisiko tercemar kepada aktivitiaktiviti pertanian dan pembangunan tanah. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Alam Sekitar FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021 – 2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 4.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-7 Contoh cadangan Menaik taraf pengurusan sungai Contoh cadangan loji olahan kumbahan berpusat Bagi mengatasi masalah kualiti udara dan bunyi, terdapat beberapa langkah yang boleh dibuat iaitu : ▪ Cadangan stesen pengawasan kualiti udara di dua stesen utama iaitu A1 (Bandar Pontian) A2 (Bandar Pekan Nanas), A3 (Kawasan Perindustrian Pekan Nanas). ▪ Cadangan stesen pengawasan kualiti bunyi di tiga stesen utama iaitu N1 (Bandar Pontian), N2 (Kawasan Rekreasi Tanjung Piai) dan N3 (Kawasan Perindustrian Tanjung Bin) (rujuk Rajah 2.5.5). ▪ Cadangan kekerapan pengawasan kualiti udara dan bunyi adalah 4 bulan sekali atau 3 kali setahun. ▪ Menggalakkan penanaman Lanskap yang mampu memerangkap habuk dan menyerap bunyi. ▪ Aktiviti pembakaran terbuka perlu mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Seksyen 29A - Larangan Atas Pembakaran Terbuka) dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978. ▪ Pemantauan pelepasan asap dan bunyi bising oleh kenderaan bergerak di jalan-jalan utama supaya mematuhi : ➢ Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan Diesel), 2007. ➢ Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Motosikal), 2003. ➢ Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Petrol), 1996. ➢ Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Enjin Diesel), 1996. ➢ Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor), 1987. ▪ Aktiviti kerja tanah khususnya aktiviti kerja tanah perlu mengawal pencemaran udara yang disebabkan oleh debu berterbangan seperti membasahkan jalan tanah merah ketika musim kemarau serta lain-lain langkah kawalan yang diluluskan oleh jabatan berkaitan. ▪ Meningkatkan kerjasama antara jabatan kerajaan, agensi dan masyarakat selain meningkatkan tahap kesedaran masyarakat melalui program-program kesedaran. Contoh pengawasan kualiti bunyi dan kualiti udara Jadual 2.5.6 : Cadangan Pengurusan dan Kawalan Kualiti Udara dan Bunyi ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN ▪ Bandar Pontian ▪ Bandar Pekan Nanas ▪ Kawasan Perindustrian Pekan Nanas ▪ Kawasan Rekreasi Tanjung Piai ▪ Kawasan Rekreasi Tanjung Bin BP DAN BPK BPK 1.1, BPK 2.1, BPK 3.5, dan BPK 7.1 KOMPONEN CADANGAN ▪ 2 stesen pengawasan kualiti udara ▪ 3 stesen pengawasan kualiti bunyi JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Kawasan industri dan kawasan pusat bandar memerlukan pemantauan kualiti udara dan bunyi. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Alam Sekitar FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016 – 2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-8 Rajah 2.5.4 : Cadangan Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai dan Perairan PETUNJUK : Cadangan stesen pengawasan kualiti air sungai dan perairan Rajah 2.5.5 : Cadangan Stesen Pengawasan Kualiti Udara dan Bunyi PETUNJUK : Cadangan stesen pengawasan kualiti bunyi Cadangan stesen pengawasan kualiti udara Sg. Benut Sg. Pingg an Sg. Sanglang Sg. Ayer Baloi Sg. Pontia n Besar Sg. Ayer Hitam Sg. Pontian Kechil Sg. Pulai W1 W2 W3 W4 W5 Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 N2 A1 N1 A2 A3 N3
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-9 c) CADANGAN 3 : Cadangan Pengurusan dan Kawalan Aktiviti Industri Cadangan pengurusan dan kawalan aktiviti industri akan memberi fokus kepada kawasan industri sedia ada dan cadangan seperti Kawasan Perindustrian Pekan Nanas, Kawasan Perindustrian Pontian, Kawasan Perindustrian Tanjung Bin dan lain-lain kawasan industri. Perincian cadangan ditunjukkan di dalam Jadual 2.5.7. Terdapat beberapa langkah dalam menguruskan kawalan aktiviti industri seperti : ▪ Penyediaan zon penampan dan perletakan kawasan industri hendaklah mengambil kira Guidelines for the Sitting and Zoning of Industries, JAS (Pengubahan 1994); ▪ Aktiviti industri yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, hendaklah menyediakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA); ▪ Pelepasan air bagi sisa kumbahan (domestik, perdagangan dan industri) perlu mematuhi Piawaian A, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan), 2009 dan (Efluen Perindustrian), 2009; ▪ Air sisa industri atau effluen dan sisa terjadual perlu mematuhi peraturan atau had pelepasan yang dibenarkan (Piawaian A) oleh Jabatan Alam Sekitar (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 , Akta 127); ▪ Setiap industri sederhana, berat dan khas perlu menyediakan dan melaksanakan Kajian Emergency Response Plan atau Pelan Tindakan Kecemasan bagi memudahkan semua pihak bertindak jika sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku; ▪ Pengurusan aktiviti kuari adalah tertakluk kepada EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) manakala bagi aktiviti kuari yang tidak tertakluk kepada EIA perlu menyediakan EMP (Pelan Pengurusan Alam Sekitar); dan ▪ Mengawal aktiviti bengkel, klinik dan kedai fotografi dari aspek perletakan dan juga pengurusan bahan buangan. Jadual 2.5.7 : Cadangan Pengurusan dan Kawalan Aktiviti Industri ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN ▪ Kawasan Perindustrian Pekan Nanas ▪ Kawasan Perindustrian Pontian ▪ Kawasan Perindustrian Tanjung Bin BP DAN BPK BPK 1.3, BPK 2.2 dan BPK 7.1 KOMPONEN CADANGAN ▪ 5 stesen pengawasan kualiti air sungai ▪ 1 stesen pengawasan kualiti air bawah tanah JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Badan-badan air seluruh kawasan RTD berisiko tercemar kepada aktivitiaktiviti pertanian dan pembangunan tanah. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Alam Sekitar ▪ Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016 – 2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 4.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Penerapan Garis Panduan Zon Penampan Penerapan Garis panduan Zon Penampan Berhampiran KSAS
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-10 d) CADANGAN 4 : Cadangan Pengurusan Sisa Cadangan pengurusan sisa adalah meliputi cadangan pengurusan sisa pepejal (Jadual 2.5.8), cadangan pengurusan sisa terjadual dan bengkel kenderaan (Jadual 2.5.9) dan cadangan pengurusan sisa klinikal (Jadual 2.5.10). Dalam menguruskan sisa pepejal ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan iaitu: ▪ Menyediakan Pelan Penutupan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal yang telah ditutup; ▪ Cadangan tapak pelupusan sisa pepejal yang baru menggunakan kaedah yang mesra alam dan moden iaitu Sanitary Landfill atau Incinerator dengan mengambilkira input kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling terperinci; ▪ Menyediakan zon penampan iaitu minimum 500 meter (tertakluk dengan kajian EIA) dengan pembangunan sekitar. Tiada zon atau kawasan perumahan, institusi dan kemudahan masyarakat di dalam zon penampan; ▪ Meningkatkan kesedaran awam, agensi swasta dan juga badan-badan kerajaan di dalam mengawal dan mengurangkan bahan buangan sisa pepejal; ▪ Menyediakan tong kitar semula di kawasan-kawasan pusat bandar, kawasan rekreasi dan kawasan industri; ▪ Memantau aktiviti pungutan sisa pepejal oleh pihak berkenaan agar meliputi kawasan dan mengikut jadual pungutan yang dipersetujui; dan ▪ Mematuhi Akta 673, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dalam urusan mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Jadual 2.5.8 : Cadangan Pengurusan Sisa Pepejal ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Tapak pelupusan sisa pepejal (Rujuk cadangan sektor industri) BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Cadangan pelan penutupan tapak pelupusan sisa pepejal ▪ Cadangan penilaian kesan kepada alam sekeliling terperinci JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Tapak pelupusan sisa pepejal perlu diurus. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ▪ Majlis Daerah Pontian ▪ Southern Waste Management (SWM) ▪ Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016 – 2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 2.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Dalam menguruskan sisa terjadual dan bengkel kenderaan ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan iaitu: ▪ Menghantar dan melupuskan buangan terjadual di Pusat Pelupusan Sisa Terjadual Bukit Nanas, Daerah Port Dickson; ▪ Memantau kaedah pengurusan dan pelupusan buangan terjadual industri dan bengkel kenderaan; ▪ Mengawal perletakan bengkel kenderaan melalui pengelompokan aktiviti tersebut di kawasan perdagangan khususnya di dalam kawasan perumahan; ▪ Memastikan pengusaha premis perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi tujuan mengangkut dan penyimpanan sementara sisa terjadual di premis mereka (Recovery Facility); dan ▪ Memastikan pengurusan buangan terjadual perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekililing (Buangan Terjadual), 2005 serta Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekililing (Premis Yang Telah Ditetapkan)(Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual), 1989. Jadual 2.5.9 : Cadangan Pengurusan Sisa Terjadual dan Bengkel Kenderaan ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Rujuk cadangan sektor industri BP DAN BPK - KOMPONEN CADANGAN ▪ Menghantar dan melupuskan buangan terjadual di Pusat Pelupusan Sisa Terjadual dan mengawal perletakan bengkel kenderaan JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Bengkel-bengkel kenderaan berisiko mengeluarkan pencemaran. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Alam Sekitar ▪ Kualiti Alam Sdn. Bhd ▪ Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021 – 2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 500 ribu Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Dalam menguruskan sisa klinikal dan hospital ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan iaitu: ▪ Pemantauan kaedah pelupusan dan pengurusan sisa klinikal oleh hospital kerajaan dan hospital swasta di Daerah Pontian oleh Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Daerah Pontian; dan ▪ Melupuskan buangan klinikal di Pantai Medivest, Bukit Rambai Melaka.
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-11 Jadual 2.5.10 : Cadangan Pengurusan Sisa Klinikal dan Hospital ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Hospital-hospital dalam kawasan RTD BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Menghantar dan melupuskan buangan klinikal JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Hospital dan pusat perubatan berisiko mengeluarkan sisa klinikal yang perlu diurus. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Kesihatan Negeri Johor ▪ Pihak swasta FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Panjang (2026 – 2030) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 500 ribu Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 e) CADANGAN 5 : Cadangan Pengurusan Banjir dan Hakisan Cadangan pengurusan kawasan banjir dan hakisan ditunjukkan di dalam Jadual 2.5.11. Dalam menguruskan kawasan banjir dan hakisan ini, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan iaitu: ▪ Memastikan langkah-langkah pemuliharaan kawasan yang mengalami hakisan perlu dilaksanakan segera dengan pembinaan struktur penahan yang bersesuaian atau penanaman tumbuhan penutup bumi; ▪ Menyediakan Pelan Pengawalan Hakisan & Mendapan (ESCP-Erosion & Sediment Control Plan); ▪ Mematuhi Garis Panduan Pembangunan Berhadapan Sungai, JPS 1995; ▪ Memperdalamkan sungai-sungai utama untuk menampung kuantiti air dengan usahausaha penyelenggaraan diambil dari masa ke semasa; ▪ Mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MASMA), Jabatan Pengairan dan Saliran 2000; ▪ Menyediakan kolam tadahan dan takungan; ▪ Menyediakan perangkap lodakan dan perangkap sampah; dan ▪ Menyediakan Program Pengawasan Alam Sekitar (EMP) bagi setiap kerja tanah dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Jadual 2.5.11 : Perincian Cadangan Pengurusan Kawasan Banjir dan Hakisan ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Kawasan-kawasan berisiko banjir dan hakisan BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Tumbuhan penutup bumi ▪ Kolam tadahan dan takungan ▪ Perangkap lodakan (silt trap) dan perangkap sampah. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Kawasan banjir dan hakisan perlu dipantau dengan beberapa langkah yang perlu dijalankan. TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016 – 2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Hydroseeding / Fibromat- Lereng-lereng bukit disembur dengan jenis rumput untuk menggelakkan hakisan dan pembentukan alur f) CADANGAN 6 : Cadangan Pengurusan Sungai Kuala-kuala sungai di Daerah Pontian terdiri daripada beberapa sungai utama yang mengalir ke laut iaitu Kuala Sg. Blukang, Kuala Sg. Rambah, Kuala Sg. Sanglang, Kuala Sg. Pontian Besar, Kuala Sg. Pontian Kechil, dan Kuala Sg. Ayer Baloi. Sungai-sungai berkenaan telah dikenal pasti sebagai kuala yang bermasalah iaitu cetek. Daripada pemerhatian yang dijalankan beserta dengan aduan dari Persatuan Nelayan Daerah Pontian, perjalanan keluar masuk bot-bot kecil bagi nelayan kawasan persisiran pantai agak sukar terutamanya semasa air surut. Cadangan pengurusan kawasan hakisan pantai ditunjukkan di dalam Jadual 2.5.12.
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-12 3 2 1 1 Kuala Sungai Ayer Baloi 2 Kuala Sungai Sanglang 3 Kuala Sungai Benut Jadual 2.5.12 : Cadangan Projek Penggalian Muara-Muara Sungai di Pontian ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Lembangan Ayer Baloi, Sg. Sanglang, Sg, Benut, Sg. Pontian Kechil, Sg. Pontian Besar, Sg. Pulai. BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Menggali dan mendalamkan kuala-kuala sepanjang 5.3 km bagi 7 kuala bagi sungai utama di Pontian JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 25.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.6 : Cadangan Projek Penggalian Kuala Sungai Zon Utara Daerah Pontian Rajah 2.5.7 : Cadangan Projek Penggalian Kuala Sungai Zon Selatan Daerah Pontian Jadual 2.5.13 : Cadangan Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Utama ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Lembangan Ayer Baloi, Sg. Sanglang, Sg, Benut, Sg. Pontian Kechil, Sg. Pontian Besar, Sg. Pulai dan Sungai Tampok, Pontian BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Kerja-kerja menggali dan mendalamkan sungai serta kerja berkaitan Sepanjang 80 km JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 50.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.8 : Cadangan Rancangan Memulihkan Koridor Sungai Utama 4 5 6 4 5 6 7 Kuala Sungai Pontian Besar Kuala Sungai Pontian Kechil Kuala Sungai Rambah Kuala Sungai Belukang 7 1 2 3 4 5 6 7 Senarainama sungai utamadaerah pontian: 1. Sg. Tampok 2. Sg. Benut 3. Sg. Sanglang 4. Sg. Ayer Baloi 5. Sg.Pontian Besar 6. Sg. Pontian Kechil 7 . Sg. Rambah
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-13 g) CADANGAN 7 : Cadangan Pengurusan Hakisan Pantai Persisiran pantai Pontian sering terdedah kepada ombak besar yang mengakibatkan ekosistem, tanaman dan juga tanah terhakis. Air pasang besar juga menyebabkan limpahan air laut berlaku dan membanjiri ke kawasan pertanian dan penempatan. Akibat daripada fenomena tersebut berlaku masalah kerosakan tanaman dan penempatan penduduk serta benteng tanah yang dibina sering rosak. Jumlah panjang benteng pantai di Daerah Pontian ialah sepanjang 66km. Manakala kawasan yang paling kritikal adalah di persisiran Tanjung Piai hingga ke Pantai Pontian. Hakisan terus berlaku dan berulang menyebabkan projek kawalan hakisan sedia ada tidak dapat menampung hakisan yang berlaku. Oleh itu, benteng tanah di sepanjang 55km dari Tg. Bin ke Tampok perlu dinaik taraf supaya limpahan air tidak lagi berlaku. Jadual 2.5.14 : Cadangan Kawalan Hakisan Pantai Tanjung Bin ke Tampok ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Persisir Pantai dari Tg. Bin Ke Tampok, Pontian, Johor BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Pembersihan kawasan rezab benteng ▪ Membaiki laluan masuk yang rosak selepas pembinaan ▪ Pembinaan benteng tanah sepanjang 55 km JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 30.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.9 : Cadangan Projek Kawalan Hakisan Pantai Dari Tanjung Bin ke Tampok Projek keseluruhannya melibatkan kerja-kerja ukur, pembinaan benteng batu dan kerjakerja menambak benteng tanah sedia ada dan pembinaan. Dengan terlaksananya projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai. Benteng ini juga dapat mengelakkan kemasukan air laut ke darat yang menyebabkan banjir (coastal flooding) dan mengancam keselamatan dan harta benda awam. Jadual 2.5.15 : Cadangan Kawalan Hakisan Pantai Sg. Belukang ke Perpat Pasir ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Sg. Belukang hingga Perpat Pasir BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Menyediakan dan menyambung culvert yang dibina oleh MDP menghala ke laut termasuk Pintu kawalan. ▪ Pembinaan bun sepanjang 1.3 km ▪ Pembinaan laluan masuk dan benteng tanah ▪ Lanskap dan infrastruktur lain JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-14 ASPEK PENERANGAN ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 30.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.10 : Cadangan Projek Kawalan Hakisan Pantai Di Sungai Belukang hingga Perpat Pasir Jadual 2.5.16 : Cadangan Kawalan Hakisan Pantai di Rimba Terjun ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Dari Bandar Baru Pontian sehingga Tebing Kanan Sg. Rambah BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Menyediakan dan menyambung culvert yang dibina oleh MDP menghala ke laut termasuk Pintu kawalan. ▪ Pembinaan bun sepanjang 2 km ▪ Pembinaan laluan masuk dan benteng tanah ▪ Lanskap dan infrastruktur lain JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021-2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 10.0 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.11 : Cadangan Projek Kawalan Hakisan Pantai Dari Bandar Baru Pontian hingga Tebing Kanan Sungai Rambah Jadual 2.5.17 : Cadangan Kerja-kerja Mencegah Hakisan Pantai Bandar Pontian ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Lorong Aman, Mukim Api Api BP DAN BPK Kawasan RTD KOMPONEN CADANGAN ▪ Menyediakan sistem outlet untuk laluan air ke laut ▪ Membina dan menyiapkan benteng batu (rock revetment) sepanjang 2km ▪ Kerja-kerja tambakan tanah (import fill materials) sepanjang 3km termasuk di kawasan Tebing Kanan Sg. Pontian Besar iaitu daripada Koperasi Nelayan hingga ke Taman Aman, Pontian termasuk kerjakerja menambak (back fill) untuk menjadikan benteng baru sepanjang 200m JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN ▪ Projek ini dapat mengurangkan kehilangan tanah pantai yang berterusan mengakibatkan pengunduran garis pantai dan seterusnya kehilangan tanah-tanah awam dan persendirian yang terletak di belakang garis pantai TERAS STRATEGIK RMKe-11 ▪ Teras Strategik 4: Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-15 ASPEK PENERANGAN AGENSI PELAKSANA ▪ Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN ▪ Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021-2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN ▪ RM 9.1 juta Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.5.12 : Cadangan Projek Kawalan Hakisan Pantai Bandar Pontian h) CADANGAN 8 : Cadangan Pengurusan Sumber Hutan Keluasan kawasan hutan di Daerah Pontian ini adalah 9,616.18 hektar (10.49 peratus daripada keluasan keseluruhan Daerah Pontian). Terdapat 2 jenis hutan di Daerah Pontian ini iaitu hutan darat dan hutan paya (rujuk Rajah 2.5.13). Kawasan hutan yang terbesar di Daerah Pontian adalah hutan paya (hutan bakau) iaitu seluas 9,228.82 hektar atau 97.7 peratus daripada keluasan keseluruhan hutan di Daerah Pontian. Bagi mengekalkan sumberjaya hutan terus hidup dan Pemeliharaan Kawasan Perhutanan, projek-projek berikut dicadangkan: ▪ Menggalakkan penanaman semula kawasan hutan bagi memenuhi kawasan tadahan yang semakin berkurangan; ▪ Mewujudkan satu program perhutanan yang mana ianya melibatkan program tiga dalam satu iaitu melalui penanaman getah-getah tua dengan disulami penanaman pokok rotan untuk tujuan penggunaan bahan perabot dan pokok Tongkat Ali sebagai salah satu bahan herba yang boleh dipasarkan secara komersial. Penyediaan tiga dalam satu ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kawasan pertanian dalam hutan; ▪ Menjadikan hutan paya bakau yang terletak di persisiran pantai Pontian mengunjur ke Muar sebagai cadangan rizab hutan simpan bakau (CHS Parit Bakar – Sungai Bagan Benut) dan menambah keluasan hutan simpan kekal sedia ada; ▪ Kawasan hutan perlu dipelihara dan dikekalkan bagi mengelakkan berlaku penebangan balak yang semakin berleluasa pada masa kini. Oleh yang demikian pemantauan dari masa ke semasa perlu dilakukan agar masalah ini tidak akan berlaku. Pemeliharaan ini juga akan dapat mengekalkan ciri-ciri semula jadi dan sebagai penambahan ilmu pengetahuan terutama untuk hutan pelajaran; dan ▪ Terdapat kawasan paya bakau di sepanjang persisiran pantai Pontian yang boleh dikekalkan sebagai tanaman pokok-pokok bakau memandangkan tanah yang tidak sesuai untuk tanaman pertanian tetapi berpotensi untuk dijadikan kawasan ternakan ikan atau udang. Pengekalan kawasan tersebut sebagai kawasan hutan paya bakau untuk memelihara kawasan semula jadi dari terus pupus di samping dapat dieksplotasikan untuk kawasan ternakan udang yang boleh menambahkan pendapatan para nelayan. Taman Negara Pulau Kukup Hutan Simpan Sungai Pulai
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-16 Rajah 2.5.13 : Taburan dan Jenis Hutan Daerah Pontian PETUNJUK : 1 Hutan Simpan Sungai Pulai 2 Hutan Simpan Benut 3 Hutan Simpan dan Taman Negara Pulau Kukup Guna tanah perhutanan di Daerah Pontian meliputi 10 peratus daripada keluasan keseluruhan daerah di mana hampir sepenuhnya kawasan hutan ini merupakan kawasan hutan paya bakau. Ianya patut dikekalkan demi menjaga dan memelihara sumber secara berterusan pada masa akan datang (rujuk Rajah 2.5.14 untuk pelan perhutanan di Daerah Pontian). Hutan paya bakau di Daerah Pontian perlu dikekalkan daripada pembangunan yang boleh mengancam kehidupannya. Ia juga merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) iaitu kawasan yang tidak dibenarkan untuk tujuan pembangunan. Ini kerana hutan paya bakau di Daerah Pontian memainkan peranan yang penting daripada segi ekologi. Persekitaran hutan paya bakau ini merupakan satu ekosistem yang produktif yang boleh menyokong rantai makanan hidupan yang pelbagai yang terdiri daripada ikan, burung, mamalia kecil dan invertebrata. Selain daripada itu, hutan paya bakau di Daerah Pontian juga berperanan sebagai pelindung kawasan-kawasan pinggir laut daripada ombak dan arus besar. Aktiviti pembangunan yang dimajukan di kawasan hutan paya bakau pada masa ini telah melibatkan kawasan yang telah dirizabkan sebagai kawasan Ramsar. Sebahagian (2,237.98 hektar) kawasan hutan paya bakau ini telah dimajukan dengan pembangunan industri petrokimia di Tanjung Bin. Langkah-langkah kawalan perlu dibuat untuk memastikan kawasan hutan paya bakau ini dipelihara. Selain itu, kawasan hutan paya bakau ini juga menerima ancaman hakisan pantai daripada ombak besar yang dijana oleh kapal-kapal yang singgah di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Ini mengakibatkan banyak pokok-pokok bakau musnah serta mati dan mengakibatkan kawasan hutan paya bakau semakin terjejas. Keadaan ini juga akan memberikan kesan kepada ekosistem hutan paya bakau keseluruhannya. Secara keseluruhannya, kepentingan hutan paya bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan ekologi dan biodiversiti, kepentingan fizikal dan akhir sekali kepentingan ekonomi. ❖ Kepentingan Ekologi dan Biodiversiti Hutan paya bakau penting untuk ekosistem pantai. Detritus hutan paya bakau yang terdiri daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau, menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin. Detritus ini turut menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan paya bakau yang menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesies ternakan detritus seperti ikan belanak dan udang. Selain daripada peranannya sebagai asas makanan, hutan paya bakau juga merupakan habitat dan kawasan nurseri untuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerang-kerangan yang bernilai komersial menggunakan hutan paya bakau dalam sebahagian kitar hidupnya. Ini termasuklah udang (Penaeus merguiensis, P. indicus, P.vannemei), ikan kerapu (Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan belanak (Mugil spp.). k Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 1 2 3
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-17 Akar pokok bakau dapat menstabilkan sedimen pantai dan muara Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah untuk bertelur dan berehat. Di samping itu, monyet pemakan ketam dan biawak turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan paya bakau turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan seperti harimau tetapi ianya tidak terdapat di hutan paya bakau kawasan RTD Pontian. Rajah 2.5.14 : Cadangan Pengekalan Kawasan Hutan PETUNJUK : Hutan Bakau Hutan Perlindungan Tanah Sumber : Kajian Sektor Alam Sekitar, RTD Pontian, 2016 ▪ Hutan bakau perlu dikekalkan kerana ianya berperanan di dalam pemeliharaan dan kestabilan ekosistem pantai. ▪ Kawasan hutan bakau yang telah ditebang perlu ditanam semula. Ini bertujuan untuk memastikan pengekalan sumber terpelihara. (rujuk garis panduan hutan bakau) Cadangan Pengekalan Hutan Bakau ▪ Memerlukan pengawalan dan pengurusan secara berkekalan bagi melindungi kestabilan ekosistem serta sumber semula jadi yang terdapat di dalam kawasan hutan darat. Hutan Darat Penanaman Semula Hutan Bakau
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.5-18 ❖ Kepentingan Fizikal Hutan paya bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai daripada daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan. Kehadiran satu kawasan bakau yang luas di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak dan arus. Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan paya bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjaya menebus guna tanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas. Pemendapan sedimen di kawasan bakau boleh mengurangkan beban sedimen yang dibawa oleh sungai ke laut. Dengan terperangkapnya sedimen di kawasan hutan paya bakau, kualiti air di persekitaran pantai dapat diperbaiki dan habitat sensitif seperti kawasan terumbu batu karang dapat dilindungi. Hutan paya bakau bersama-sama substrat selutnya mampu menyerap nutrien seperti nitrogen dan fosforus dalam kuantiti yang besar. Keupayaan merawat efluen ini dapat menghalang perairan pantai daripada dicemari oleh nutrien-nutrien ini. Selain daripada itu, bahan-bahan toksin turut juga dikekalkan dalam kawasan bakau. ❖ Kepentingan Ekonomi Hutan paya bakau juga menyediakan beberapa keperluan asas manusia seperti sumber bahan binaan, bahan api, kulit kayu dan ubatan. Kesemua keperluan ini boleh didapati dengan mudah di hutan paya bakau. Penduduk yang tinggal berdekatan kawasan hutan paya bakau ini terutamanya di Mukim Serkat dan Sungai Karang perlu mengambil kesempatan daripada hasil semula jadi ini. Hutan paya bakau di kawasan RTD Pontian ini juga dapat memperkembangkan lagi sektor pelancongan di mana ciri-ciri unik yang terdapat pada hutan ini sangat digemari oleh pelancong-pelancong asing untuk membuat tinjauan dan penyelidikan. Selain daripada itu, kawasan ini juga menyediakan persekitaran yang baik untuk mendapat makanan dalam bentuk ikan dan moluska serta menjalankan kegiatan memburu binatang dan menangkap ikan. i) CADANGAN 9 : Pengurusan Pencemaran Penternakan ❖ Pengurusan Aktiviti Penternakan dan Pertanian ▪ Sistem pertanian bersepadu boleh diperkenalkan. Contohnya menternak lembu / kambing dalam kawasan pertanian ladang. Kaedah ini lebih ekonomik dan mengurangkan penggunaan racun rumpai di kawasan ladang; ▪ Semua kawasan ternakan ayam dan khinzir perlu menyediakan zon penampan sebanyak 500 meter terutamanya untuk kawasan perumahan. Kawasan ini juga perlu ditanam dengan pokok-pokok berdaun lebar untuk mengurangkan impak bau dan lalat; ▪ Kawasan ternakan ayam, khinzir dan akuakultur tidak boleh ditempatkan di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan tadahan air; ▪ Kawasan akuakultur tidak dibenarkan membebaskan efluen tanpa rawatan ke dalam kawasan-kawasan tapak Ramsar; ▪ Kawasan ternakan ayam, khinzir dan akuakultur tidak dibenarkan untuk melepaskan sisa efluen terus ke mana-mana aliran air; ▪ Matlamat jangka pendek untuk ladang khinzir ialah merawat dan mengurangkan penjanaan air sisa manakala matlamat jangka panjang ialah untuk memindahkan ladang-ladang ini daripada Daerah Pontian; ▪ Kawasan ternakan ayam, khinzir dan akuakultur perlu mengurus impak-impak alam sekitar dengan sebaik mungkin untuk memastikan industri berkenaan dapat bertahan. Ini kerana pengalaman di negara-negara maju menunjukkan industri yang tidak mengambil kira isu-isu alam sekitar tidak dapat akan bertahan lama; dan ▪ Dicadangkan suatu program kesedaran alam sekitar untuk kawasan ternakan ayam, khinzir dan akuakultur di mana Pihak Berkuasa Tempatan akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk meningkatkan kesedaran isu-isu alam sekitar untuk industri berkenaan. ❖ Pencemaran Air Sekitar Kukup ▪ Semua pembangunan yang bersebelahan dengan sungai atau kawasan laut (alur air) tidak dibenarkan membuang sebarang sisa terutamanya sisa makanan terus ke dalam sungai atau laut; ▪ Sebagai langkah jangka masa pendek, perangkap sampah perlu dipasang berdekatan kawasan outlet aliran air untuk mengurangkan sampah di sungai; ▪ Langkah jangka masa panjang melibatkan program kesedaran digandingkan dengan insentif ekonomi dan penguatkuasaan; ▪ Suatu program kesedaran untuk alam sekitar dan impak pembuangan sisa terus ke dalam aliran air perlu diadakan untuk semua pembangunan berhadapan aliran air; dan ▪ Suatu pertandingan untuk aliran air yang terbersih dan tercantik boleh diadakan untuk memberi motivasi kepada gerai atau pembangunan berhadapan sungai atau laut untuk tidak membuang sisa mereka terus ke dalam aliran air.
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.6-1 2.6 TERAS 6 : SISTEM TADBIR URUS YANG CEKAP Di dalam menghasikan Rancangan Tempatan yang berdaya laksana, Majlis Daerah Pontian (MDP) perlu memainkan peranan utama di peringkat pengurusan bagi mengawal selia dan memantau kemajuan Rancangan Tempatan ini mengikut jadual dan tempoh yang telah ditetapkan. Terdapat dua (2) strategi bagi mencapai “Sistem Tadbir Urus yang Cekap” iaitu : Memperkasa Organisasi Pihak Berkuasa Tempatan Meningkatkan Hasil Pendapatan dan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 2.6.1 STRATEGI 6.1 : MEMPERKASA ORGANISASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN PBT merupakan organisasi utama di dalam melaksana dan menjayakan strategi dan perancangan sepertimana yang dinyatakan di dalam RT. MDP juga perlu memainkan peranan sebagai badan pelaksana dan penyelaras projek yang lebih cekap dan tersusun. Bagi memastikan keberkesanan strategi dan program yang dibentuk, PBT memerlukan satu organisasi dan pengurusan yang efisien, mantap dan berkualiti. Bagi memperkukuhkan peranan MDP dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti kerja yang terbaik, berikut merupakan langkah-langkah yang lebih efektif dalam memperkemas organisasi dan produktiviti kakitangan. Terdapat dua (2) cadangan dalam mencapai strategi ini iaitu : ❖ Cadangan 1 : Penyusunan semula organisasi dan pengisian jawatan profesional. ❖ Cadangan 2 : Pembangunan modal insan dan pengurusan ilmu. a) CADANGAN 1 : Penyusunan Semula Organisasi dan Pengisian Jawatan Profesional Pelaksanaan RT bakal memberikan kesan terhadap belanjawan MDP dari segi pengukuhan jabatan dan penubuhan bahagian baharu. Penyusunan semula bertujuan untuk membina keupayaan organisasi MDP terutama dari segi meningkatkan kefahaman, pengetahuan, prestasi kerja dan perkhidmatan MDP. Berikut merupakan cadangan penambahan unit-unit mengikut kesesuaian MDP. Penambahan kakitangan juga diperlukan selaras dengan kewujudan unit-unit baru di mana penambahan kakitangan ini melibatkan kumpulan pengurusan dan profesionl serta kumpulan sokongan sepertimana Jadual 2.6.1 ini : Jadual 2.6.1 : Penambahbaikan / Cadangan Jabatan / Unit Baru di MDP JABATAN / UNIT MDP 1. Jabatan Perancang ▪ Bahagian Kawalan Pembangunan Sedia Ada ▪ Bahagian Penguatkuasaan (Akta 172) Cadangan Baru ▪ Bahagian GIS Cadangan Baru ▪ Unit Zon Antarabangsa Cadangan Baru 2. Jabatan Pelancongan Sedia Ada (Penambahan Kakitangan Tetap) 3. Unit Perhubungan Awam dan Korporat ▪ Pengangkutan Awam Cadangan Baru ▪ Alam Sekitar Cadangan Baru 4. Unit Integriti Cadangan Baru Nota : MDP - Majlis Daerah Pontian Jadual 2.6.2 : Cadangan Peranan Unit di MDP PENAMBAHANAIKAN / CADANGAN UNIT BARU CADANGAN PERANAN UNIT Jabatan Perancang ▪ Bahagian Kawalan Perancangan ▪ Bahagian Penguatkuasaan (Akta 172) ▪ Bahagian GIS ▪ Unit Zon Antarabangsa ▪ Diketuai oleh Pegawai Perancang Bandar Gred 44; ▪ Bahagian Kawalan Perancangan akan menguruskan permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Susunatur, pendirian bangunan, perubahan matan, dan kesemua kawalan pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang termasuklah penyatuan tanah dan pecah sempadan; ▪ Bahagian Penguatkuasaaan (Akta 172) memastikan pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan untuk berhadapan dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil terhadap kesalahankesalahan di bawah peruntukan Akta 172; ▪ Bahagian GIS akan diketuai oleh seorang Pegawai Geospatial dengan dibantu oleh Penolong Pegawai Perancang Bandar (perjawatan baru). Bahagian ini akan bertanggungjawab menguruskan pangkalan data GIS agar maklumat sentiasa dikemaskini dan memudahkan urusan pemantauan perubahan guna tanah; dan ▪ Unit Zon Antarabangsa akan diketuai oleh seorang Pegawai Perancang Bandar. Unit ini berfungsi sebagai pelaksana pembangunan ekonomi, sosial, infrastruktur dan penyelenggaraan perkhidmatan bertaraf antarabangsa dengan lebih meluas pada masa hadapan khusus untuk Zon Antarabangsa bagi Koridor Pembangunan Selat Johor. Unit Perhubungan Awam dan Korporat ▪ Alam Sekitar ▪ Pengangkutan Awam ▪ Dikawal oleh Pegawai Perhubungan Awam; ▪ Menyelaras isu berkaitan alam sekitar dan pengangkutan awam selain menjaga kepentingan, hubungan dan urusan strategik serta bertanggungjawab dalam usaha untuk meningkatkan sumber pendapatan; dan ▪ Menguruskan hal-hal berkaitan projek penswastaan, usahasama, pembangunan projek impak besar dan peluang-peluang pelaburan baru di kawasan PBT. Jabatan Pelancongan ▪ Dikawal oleh Pegawai Ehwal Ekonomi; ▪ Mengenalpasti produk-produk pelancongan tempatan dan antarabangsa di kawasan PBT; ▪ Mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak yang lain seperti Pelancongan Negeri Johor, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Persatuan Pengusaha Hotel, Persatuan Pemandu
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.6-2 PENAMBAHANAIKAN / CADANGAN UNIT BARU CADANGAN PERANAN UNIT Pelancong dan persatuan penduduk; ▪ Mengadakan promosi pelancongan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa; ▪ Mengenal pasti sumber kewangan tambahan pendapatan kepada PBT; dan ▪ Membuat analisis dan penyelidikan jumlah kedatangan pelancong asing, perbelanjaan, pola pelancongan, perjalanan di samping menjalankan kajian konvensyen, seminar dan bengkel yang berkaitan dengan pelancongan serta maklum balas terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Unit Integriti ▪ Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi iaitu : ➢ Tadbir Urus - Memastikan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik; ➢ Pengukuhan Integriti - Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi; ➢ Pengesanan dan Pengesahan; ✓ Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan ✓ Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab; ➢ Pengurusan Aduan Menerima - Mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi; ➢ Pematuhan - Memastikan pematuhan terhadap undangundang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan ➢ Tatatertib - Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. Rajah 2.6.1: Cadangan Penambaikan Carta Organisasi Majlis Daerah Pontian YANG DIPERTUA SETIAUSAHA JAB. PELANCONGAN (Jawatan Tetap) ▪ Bah. Pentadbiran Sumber Manusia ▪ Bah. Teknologi Maklumat ▪ Bah. Sumber Manusia ▪ Bah. Akaun ▪ Bah. Hasil ▪ Bah. Penilaian ▪ Bah. Pengurusan Harta ▪ Caw. Persuruhanjaya Bangunan ▪ Bah. Kawalan Pembangunan ▪ Bah. Penguatkuasaan Akta 172 ▪ Bah. Lanskap ▪ Bah. GIS ▪ Bah. Unit Zon Antarabangsa ▪ Bah Kesihatan Awam ▪ Bah. Lesen ▪ Bah. Penguatkuasaan ▪ Bah. Infrastruktur dan Projek Khas ▪ Bah. Mekanikal dan Elektrikal ▪ Bah. Kawalan Bangunan JAB. PERANCANGAN BANDAR & LANSKAP JAB. KESIHATAN AWAM JAB. PELESENAN & PENGUATKUASAAN JAB. KEJURUTERAAN DAN BANGUNAN JAB. PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA JAB. PERBENDAHARAAN JAB. KHIDMAT PENGURUSAN JAB. PEMBANGUNAN MASYARAKAT UNIT UNDANGUNDANG UNIT AUDIT DALAMAN UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KORPORAT UNIT PUSAT SEHENTI UNIT INTEGRITI AHLI –AHLI MAJLIS
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.6-3 b) CADANGAN 2 - Pembangunan Modal Insan dan Pengurusan Ilmu Bagi memantapkan penguatkuasaan di kalangan kakitangan penguatkuasaan Majlis Daerah Pontian, pengendalian kursus berkaitan perundangan tanah dan perancangan bandar akan diperkukuhkan melalui penguasaan ilmu di kalangan kakitangan yang terlibat. Antara kursus yang perlu diberi perhatian adalah : ▪ Kawalan Pembangunan Tanah ➢ Kanun Tanah Negara 1965 ➢ Akta Hakmilik Strata ➢ Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) ➢ Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) ▪ Kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1985 ➢ Seksyen 127 – Melanggar syarat tetap dan jenis penggunaan tanah ➢ Seksyen 403 – Menggganggu, merosakkan, memindah tanda sempadan dan lain-lain ➢ Seksyen 4325(1) (a), (b), (c) – Penerokaan / penduduk tanpa sah ➢ Seksyen 28 (2) – Menghalang hak lalulalang Pentadbir Tanah / Awam ▪ Pendakwaan dan Penyiasatan ➢ Kesalahan Seksyen 26(1)(a) – (d), Akta 172 - Menggunakan atau membenar untuk digunakan sesuatu tanah atau bangunan dengan melanggar S.18 iaitu tidak menurut Rancangan Tempatan. ➢ Kesalahan Seksyen 27(6) - Gagal mematuhi kehendak Notis yang dikeluarkan di bawah S.27(2)(b) atau (4) iaitu menghentikan pemajuan bagi kes pemajuan yang belum siap. ➢ Kesalahan Seksyen 27(9) - Gagal mematuhi kehendak Notis yang dikeluarkan di bawah S.27(2) atau (8). ➢ Kesalahan Seksyen 30(1) , Akta 172 - Tidak mematuhi Notis Permintaan yang disampaikan kepada ‘pemunya tanah’. ➢ Kesalahan Seksyen 35A - Melanggar perintah pemeliharaan pokok. ➢ Kesalahan Seksyen 35H - Menebang pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter yang tidak tertakluk kepada suatu perintah pemeliharaan pokok. ➢ Kesalahan Seksyen 52 - Memusnah, merosakkan, mencemar, mengalih atau mengganggu secara lain sesuatu tanda yang ditempatkan atau didirikan bagi maksud menunjukkan sesuatu aras atau arah yang perlu untuk menjalankan maksud-maksud Akta. ➢ Manual Pendakwaan dan Penyiasatan ✓ Pendaftaran Aduan ✓ Penyiasatan Tapak ✓ Serahan Notis ✓ Pendakwaan 2.6.2 STRATEGI 6.2 : MENINGKATKAN HASIL PENDAPATAN DAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN Berikut merupakan strategi bagi meningkatkan hasil pendapatan dan kewangan MDP iaitu: ❖ Cadangan 1 : Perluasan kawasan PBT ❖ Cadangan 2 : Mengenakan tindakan tegas bagi pemilik cukai tertunggak ❖ Cadangan 3 : Penguatkuasaan kadar nilaian baru ❖ Cadangan 4 : Penubuhan perbadanan Perincian tindakan bagi setiap cadangan adalah sebagaimana Jadual 2.6.3. Jadual 2.6.3 : Strategi Meningkatkan Hasil Pendapatan dan Kewangan Majlis Daerah Pontian STRATEGI TINDAKAN Perluasan Kawasan PBT ▪ Dengan adanya perluasan kawasan operasi ini membolehkan pungutan cukai harta dipertingkatkan dan perkhidmatan diberikan meliputi kawasan luar bandar yang memenuhi kriteria pembangunan terancang. Mengenakan Tindakan Tegas bagi Pemilik Cukai Tertunggak ▪ Cukai Taksiran yang tertunggak perlu dipungut agar pendapatan yang diperolehi oleh PBT dapat dipertingkatkan. ▪ Cukai Taksiran merupakan sumber pendapatan utama PBT. ▪ Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pemilik-pemilik cukai tertunggak seperti menyita harta dalam jangkamasa yang bersesuaian melalui notis amaran dan notis bayaran. Penguatkuasaan Kadar Nilaian Baru ▪ Pelaksanaan projek-projek di dalam Rancangan Tempatan merupakan salah satu justifikasi kepada pihak PBT untuk mengenakan kadar nilaian baru ke atas semua pegangan di dalam pentadbiran Majlis Daerah Pontian. Penubuhan Perbadanan ▪ Cadangan penubuhan perbadanan yang bersesuaian bagi pihak PBT untuk membangunkan sesuatu kawasan pemajuan sebagaimana diperuntukkan di dalam Bahagian VIII, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) terutamanya Seksyen 38 dan 41 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). ▪ Seksyen 38, Akta 172 memperuntukkan bahawa PBT boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan khas sebagai kawasan pemajuan melalui warta negeri setelah Rancangan Tempatan untuk kawasan khas berkenaan diterima pakai. Pengisytiharan kawasan pemajuan ini akan membawa maksud kepada keperluan pengambilan tanah sama ada melalui rundingan pembelian atau pengambilan secara paksa sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 39. ▪ Di bawah Seksyen 41, Akta 172 pula memperuntukkan PBT boleh menggunakan khidmat ejen, membuat perkiraan dengan mana-mana badan atau orang untuk memajukan sesuatu kawasan pemajuan. Selain itu, PBT juga boleh dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, menubuhkan satu perbadanan untuk menjalankan dan memegang pengawalan, pemimpinan dan pengurusan pembangunan sesuatu kawasan pemajuan yang diperuntukkan dalam Seksyen 38, Akta 172. ▪ Manakala untuk melaksanakan pembangunan sesuatu kawasan pemajuan, Seksyen 44, Akta 172 pula telah memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menyediakan suatu kaedah-kaedah sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk : ➢ Mengawal perjalanan rundingan-rundingan pembelian tanah dan syaratsyarat pembelian kawasan pemajuan;
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.6-4 ➢ Mengawal syarat-syarat sesuatu perkiraan sama ada melantik khidmat ejen, membuat perkiraan dengan mana-mana orang, syarikat atau badan-badan lain atau menubuhkan sesuatu perbadanan baru bagi memajukan sesuatu kawasan pemajuan; ➢ Untuk memperoleh pelaksanaan seksyen 43 yang adil dan saksama iaitu merujuk kepada kuasa melupuskan tanah dan harta yang telah dimajukan; dan ➢ Melaksanakan Bahagian VIII Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Sumber : Kajian Sektor Pengurusan dan Pelaksanaan, RTD Pontian, 2016
JILID II : K A W A L A N P E M B A N G U N A N ( P E N G G A N T I A N ) R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H
NO. WARTA : J.P.U 16 Jil. 64 No.10 7 Mei 2020
) RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) Isi Kandungan_JILID II | i PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN A PETA CADANGAN GUNA TANAH 2030 1.0 PENGENALAN 1-1 2.0 PETA CADANGAN DAERAH PONTIAN 2030 2-1 3.0 PEMBAHAGIAN BLOK PERANCANGAN DAERAH PONTIAN 3-1 4.0 CADANGAN KLASIFIKASI KELAS PENGGUNAAN TANAH 4-1 BAHAGIAN B JADUAL KELAS PENGGUNAAN TANAH 1.0 BLOK PERANCANGAN 1 1-1 1.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 1 1-2 2.0 BLOK PERANCANGAN 2 2-1 2.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 2 2-2 3.0 BLOK PERANCANGAN 3 3-1 3.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 3 3-2 4.0 BLOK PERANCANGAN 4 4-1 PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN 4.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 4 4-2 5.0 BLOK PERANCANGAN 5 5-1 5.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 5 5-2 6.0 BLOK PERANCANGAN 6 6-1 6.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 6 6-2 7.0 BLOK PERANCANGAN 7 7-1 7.1 Peta Cadangan Blok Perancangan 7 7-2 BAHAGIAN C GARIS PANDUAN PERANCANGAN KHUSUS 1.0 GARIS PANDUAN KHUSUS PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR 1-1 1.1 Garis Panduan Khusus Tanah Bencah (Hutan Bakau) 1-1 1.2 Garis Panduan Khusus Persisiran Pantai 1-2 2.0 GARIS PANDUAN KHUSUS INDUSTRI HIJAU 1-8 RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) Senarai Jadual_JILID II | ii PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN (SENARAI JADUAL) BAHAGIAN A PETA CADANGAN GUNA TANAH 2030 3.1 Senarai dan Luas Blok Perancangan Daerah Pontian 3-1 4.1 Cadangan Kelas Penggunaan Tanah Daerah Pontian 2030 4-1 PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN (SENARAI JADUAL) BAHAGIAN C GARIS PANDUAN PERANCANGAN KHUSUS 1.1 Kategori Tanah Lembap 1-1 1.2 Petunjuk KSAS Tanah Lembap 1-1 1.3 Garis Panduan Khusus Tanah Bencah (Hutan Bakau) 1-1 1.4 Petunjuk Kawasan Pinggir Laut 1-2 1.5 Kegunaan Tanah di Kawasan Sensitif Alam Sekitar – Kawasan Persisiran Pantai 1-3 1.6 Kegunaan Tanah di Kawasan Sensitif Alam Sekitar – Kawasan Hakisan Pantai 1-4 1.7 Kegunaan Tanah di Kawasan Sensitif Alam Sekitar – Kawasan Hakisan Pantai (sambungan) 1-5 1.8 Garis Panduan Khusus Pembangunan Stesen Janakuasa Tanjung Bin 1-6 RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) Senarai Rajah_JILID II | iii PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN (SENARAI RAJAH) BAHAGIAN A PETA CADANGAN GUNA TANAH 2030 2.1 Lokasi Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Pontian 2-1 2.2 Peta Cadangan 2030 – Daerah Pontian 2-2 3.1 Pembahagian Blok Perancangan Daerah Pontian 3-1 BAHAGIAN B JADUAL KELAS PENGGUNAAN TANAH 1.1.1 Lokasi Blok Perancangan 1 : Pontian 1-1 2.1.1 Lokasi Blok Perancangan 2 : Pekan Nanas 2-1 3.1.1 Lokasi Blok Perancangan 3 : Permas Kechil 3-1 PERKARA M/S JILID II : KAWALAN PEMBANGUNAN (SENARAI RAJAH) 4.1.1 Lokasi Blok Perancangan 4 : Benut 4-1 5.1.1 Lokasi Blok Perancangan 5 : Ayer Baloi 5-1 6.1.1 Lokasi Blok Perancangan 6 : Seri Menanti 6-1 7.1.1 Lokasi Blok Perancangan 7 : Sungai Karang 7-1 BAHAGIAN C GARIS PANDUAN PERANCANGAN KHUSUS 2.1 Elemen-elemen Industri Hijau 1-8 2.2 Konsep Industri Hijau 1-8 RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN)
JILID II BAHAGIAN A : PETA CADANGAN GUNA TANAH 2030 Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2030 (Penggantian)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 1.0: Pengenalan 1-1 1.0 PENGENALAN Laporan Jilid II : Kawalan Perancangan Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2030 (Penggantian) merupakan satu dokumen kawalan perancangan yang digunakan dalam memproses permohonan Kebenaran Merancang. Laporan ini mengandungi kawalan perancangan yang meliputi :- a) Peta Cadangan / Kawalan Guna Tanah (Zoning) b) Jadual Kelas Penggunaan Tanah c) Garis Panduan Kawalan Pembangunan Kawalan perancangan ini melibatkan Peta Cadangan mengikut Blok Perancangan (BP), Blok Perancangan Kecil (BPK) dan Jadual Kelas Penggunaan Tanah (Use Class Tables). Jadual ini akan menerangkan mengenai jenis aktiviti-aktiviti kegunaan tanah yang dibenarkan dan bentuk kawalan intensiti pembangunan meliputi nisbah plot dan densiti yang dibenarkan mengikut kesesuaian BP dan BPK. Berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) peruntukan Seksyen 18(3), kawalan perancangan tidak akan melibatkan kesinambungan guna tanah / bangunan sedia ada selaras dengan peruntukan Seksyen tersebut. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan manamana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi penggunaan tanah atau bangunan bagi maksud yang diperihalkan dalam perenggan 19(2)(d) iaitu pembangunan yang dikecualikan daripada permohonan Kebenaran Merancang. (3) Subseksyen (1) tidak menyentuh penggunaan mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud dan setakat mana ia telah digunakan secara sah sebelum tarikh suatu rancangan tempatan mula berkuat kuasa dalam kawasan yang berkenaan atau, jika ada perubahan rancangan tempatan atau dalam suatu rancangan tempatan, tarikh perubahan itu berkuat kuasa. Peta Cadangan bagi Daerah Pontian telah ditentukan mengikut kriteria-kritera berikut :- Rancangan Tempatan Daerah Pontian 2002-2015 (Pengubahan) Pembangunan Komited yang Diluluskan Data Litupan Tanah (Land Cover) / Imej Satelit Kawasan Kesesuaian Pembangunan Kawasan Had Pembangunan Bandar Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Penggunaan dokumen kawalan perancangan ini adalah seperti berikut :- Menyemak cadangan guna tanah tuan punya tanah berdasarkan Peta Cadangan mengikut BP dan BPK Menentukan aktiviti yang dibenarkan mengikut Jadual Kelas Penggunaan Tanah yang disediakan Menyemak garis panduan yangterlibat mengikut sektor iaitu Alam Sekitar, Industri, Kemudahan Masyarakat, Reka Bentuk dan Lanskap dll Menyemak senarai semak dan berbincang dengan Jabatan perancangan MDP mengenai dokumen yang perlu dipatuhi semasa mengemukakan permohonan untuk Kebenaran Merancang
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 2.0 : Peta Cadangan Daerah Pontian, 2030 2-1 2.0 PETA CADANGAN DAERAH PONTIAN 2030 Secara keseluruhannya, Daerah Pontian mencatatkan keluasan sebanyak 93,264.00 hektar selaras dengan persempadanan semula yang telah diwartakan. Secara keseluruhannya sehingga tahun 2016, zon guna tanah utama Daerah Pontian adalah kawasan pertanian yang meliputi kawasan seluas 60,673.85 hektar (65.06%). Guna tanah tepubina merangkumi 2,548.69 hektar dalam kategori pembangunan komited dan 8,803.82 hektar dalam kategori cadangan baru. GUNA TANAH GUNA TANAH (Hektar) PETA CADANGAN SEMASA DIKEKALKAN KOMITED CADANGAN BARU HEKTAR % GUNA TANAH TEPUBINA Perumahan 590.39 196.06 5,471.66 6,258.11 6.71 Komersial 372.27 72.31 511.76 956.34 1.03 Industri 688.84 1,950.97 2,542.36 5,182.17 5.56 Institusi dan Kemudahan Masyarakat 1,017.53 7.64 183.68 1,208.85 1.30 Tanah Lapang dan Rekreasi 140.06 13.84 29.69 183.59 0.20 Pengangkutan 5,023.33 212.29 45.05 5,280.67 5.66 Infrastruktur dan Utiliti 104.60 95.58 19.62 219.80 0.24 Jumlah kecil 7,937.02 2,548.69 8,803.82 19,289.53 20.68 RIZAB HUTAN DAN BADAN AIR Hutan 9,336.60 0.00 0.00 9,336.60 10.01 Badan Air 3,881.78 82.24 0.00 3,964.02 4.25 Jumlah kecil 13,218.38 82.24 0.00 13,300.62 14.26 PERTANIAN Pertanian 60,666.29 7.56 0.00 60,673.85 65.06 Jumlah kecil 60,666.29 7.56 0.00 60,673.85 65.06 JUMLAH KESELURUHAN 81,821.69 2,638.49 8,803.82 93,264.00 100.00 PERATUS KESELURUHAN 87.73% 2.83% 9.44% 100.00% Sumber : Kajian Sektor Guna Tanah dan Fizikal, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.1 : Lokasi Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Pontian Sempadan Majlis Daerah Pontian (MDP)
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 2.0 : Peta Cadangan Daerah Pontian, 2030 2-2 PETUNJUK GUNA TANAH TEPUBINA KELAS A : KAWASAN PERUMAHAN Perumahan Sedia Ada Perumahan Komited Perumahan Cadangan KELAS B : KAWASAN PERNIAGAAN Perniagaan Sedia Ada Perniagaan Komited Perniagaan Cadangan KELAS C : KAWASAN INDUSTRI Industri Sedia Ada Industri Komited Industri Cadangan KELAS D : KAWASAN INSTITUSI Institusi dan Kegunaan Kerajaan KELAS E : KEMUDAHAN AWAM Kemudahan Pendidikan Kemudahan Keagamaan Kemudahan Kesihatan Kemudahan Keselamatan Kemudahan Kebajikan Kemudahan Perkuburan Kemudahan Lain KELAS F : KEMUDAHAN REKREASI Tanah Lapang Kawasan Hijau RIZAB PENGANGKUTAN, INFRASTRUKTUR & UTILITI KELAS G : RIZAB PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN Jalan Raya Sedia Ada dan Komited Kemudahan Pengangkutan Sedia Ada dan Komited Kemudahan Pengangkutan Air Sedia Ada Jalan Pengagihan Utama Cadangan Jalan Pengagihan Sekunder Cadangan Lebuh Raya Cadangan KELAS H : RIZAB INFRASTRUKTUR & UTILITI Sistem Perparitan dan Saliran Bekalan Air Sistem Pembentungan Bekalan Elektrik Tapak Pelupusan dan Sisa Pepejal Telekomunikasi LAIN-LAIN PENGGUNAAN TANAH KELAS I : PERTANIAN & PENTERNAKAN Pertanian Akuakultur KELAS J : HUTAN Perhutanan KELAS K : BADAN AIR Badan air Kawasan Tambak LAIN-LAIN Sempadan Daerah Pontian Kawasan Zon Antarabangsa Merujuk kepada pelan lulus terkini oleh PBN/PBT Kawalan 3 Batu Nautika Rajah 2.2 : Peta Cadangan Guna Tanah Daerah Pontian 2030
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 3.0 : Pembahagian Blok Perancangan Daerah Pontian 3-1 3.0 PEMBAHAGIAN BLOK PERANCANGAN DAERAH PONTIAN Keseluruhannya Majlis Daerah Pontian (MDP) akan dibahagikan kepada 7 Blok Perancangan (BP), di mana setiap BP akan diperincikan kepada 32 Blok Perancangan Kecil (BPK). Setiap Blok Perancangan akan memperincikan dan menghuraikan setiap cadangan pembangunan serta aktiviti yang dibenarkan dan aktiviti yang dibenarkan dengan syarat. Jadual 3.1 : Senarai dan Luas Blok Perancangan Daerah Pontian BIL BLOK PERANCANGAN BLOK PERANCANGAN KECIL LUAS (HEKTAR) PERATUS (%) Majlis Daerah Pontian (MDP) 1. BP1 Pontian (5,820.48 hektar) BPK 1.1 – Pontian Kecil 435.07 0.47 2. BPK 1.2 – Pontian Besar 1,855.53 1.99 3. BPK 1.3 – Pontian Tengah 1,965.95 2.11 4. BPK 1.4 – Pontian Selatan 1,563.93 1.68 5. BP 2 Pekan Nanas (9,142.24 hektar) BPK 2.1 – Bandar Pekan Nanas 925.49 0.99 6. BPK 2.2 – Jeram Choh 1,532.80 1.64 7. BPK 2.3 – Sri Bunian 4,878.26 5.23 8. BPK 2.4 – Ulu Pulai 1,805.69 1.94 9. BP 3 Permas Kechil (7,737.77 hektar) BPK 3.1 – Pekan Permas Kechil 1,128.96 1.21 10. BPK 3.2 – Penerok 1,978.11 2.12 11. BPK 3.3 – Serkat 1,192.55 1.28 12. BPK 3.4 – Taman Negara Johor Pulau Kukup 631.36 0.68 13. BPK 3.5 – Tanjung Piai 627.59 0.67 14. BPK 3.6 – Chokoh 2,179.20 2.34 15. BP 4 Benut (11,443.19 hektar) BPK 4.1 – Pekan Benut 419.52 0.45 16. BPK 4.2 – Tampok 2,009.87 2.16 17. BPK 4.3 – Madirono 1,571.01 1.68 18. BPK 4.4 – Parit Betak 7,442.79 7.98 19. BP 5 Ayer Baloi (23,239.59 hektar) BPK 5.1 – Pekan Ayer Baloi 332.26 0.36 20. BPK 5.2 – PulaI Sebatang 1,007.23 1.08 21. BPK 5.3 – Sanglang 1,628.66 1.75 22. BPK 5.4 – Sungai Pinggan 14,004.60 15.02 23. BPK 5.5 – Kuala Benut 6,266.84 6.72 24. BP 6 Seri Menanti (17,317.63 hektar) BPK 6.1 – Kayu Ara Pasong 1,600.62 1.72 25. BPK 6.2 – Seri Menanti 1,472.29 1.58 26. BPK 6.3 – Pulau Pisang 160.55 0.17 27. BPK 6.4 – Sungai Ayer Hitam 9,001.52 9.65 28. BPK 6.5 – Api-api 5,082.65 5.45 29. BP 7 Sungai Karang (18,563.10 hektar) BPK 7.1 – Tanjung Bin 3,535.87 3.79 30. BPK 7.2 – Sungai Karang 7,253.49 7.78 31. BPK 7.3 – Jeram Batu 2,094.25 2.25 32. BPK 7.4 – Hutan Simpan Sungai Pulai 5,679.49 6.09 JUMLAH 93,264.00 100.00 PETUNJUK : Sempadan Daerah Pontian Sempadan Blok Perancangan Jalan Badan air Rajah 3.1 : Pembahagian Blok Perancangan Daerah Pontian
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 4.0 : Cadangan Klasifikasi Kelas Penggunaan Tanah 4-1 4.0 CADANGAN KLASIFIKASI KELAS PENGGUNAAN TANAH Peta Cadangan Daerah Pontian 2030 yang disediakan perlu dilihat bersama Cadangan Kelas Penggunaan Tanah bagi memperincikan setiap cadangan pembangunan. Jadual 4.1 Cadangan Kelas Penggunaan Tanah Daerah Pontian 2030 KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS A Perumahan A1 Rumah Sesebuah a. Rumah sesebuah setingkat b. Rumah sesebuah bertingkat (maksimum 3 tingkat) c. Bungalow Link dan Zero Lot A2 Rumah Berkembar a. Rumah berkembar setingkat b. Rumah berkembar bertingkat (maksimum 3 tingkat) A3 Rumah Kluster a. Rumah kluster setingkat b. Rumah kluster bertingkat (maksimum 3 tingkat) A4 Rumah Teres a. Rumah teres setingkat b. Rumah teres bertingkat (maksimum 3 tingkat) A5 Rumah bertingkat a. Kondominium b. Pangsapuri/Apartment c. Rumah pangsa d. Rumah bandar/ TownHouse KELAS B Perniagaan dan Perkhidmatan B1 Kedai a. Runcit Kedai akuarium (ikan peliharaan dan eksesori) Kedai menjual barangan keperluan harian Kedai menjual bunga dan barangperhiasan Kedai menjual cermin mata(optikal) Kedai menjual elektrik (peralatan dan kelengkapan) Kedai menjual cenderamata dan barangan antik Kedai menjual hamparan dan permaidani Kedai menjual mesin jahit dan peralatan menjahit Kedai menjual permainan kanak-kanak Kedai menjual barang kemas dan aksesori Kedai menjual lukisan (cat dan peralatan lukisan) Kedai menjual barangan pewter Kedai menjual peralatan makmal sains Kedai menjual alat solek dan haruman Kedai menjual barangan plastik, aluminium dan kaca seperti sudu-garpu dan pinggan mangkuk Kedai menjual barang tekstil Kedai menjual alat tulis/buku Kedai menjual perabot rumah dan pejabat Lain-lain b. Kedai borong runcit c. Kedai Menjual dan membaiki Jam dinding dan jam tangan Peralatan sukan Peralatan elektrik Barang kemas Peralatan komputer Bangsal (peralatan rumah, perabot, besi buruk) Lain-lain d. Kedai Sewaan Peralatan rumah KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS B Perniagaan dan Perkhidmatan B1 Kedai Aksesori peribadi Cekera padat Buku Lain-lain e. Perkhidmatan khusus Kedai salun rambut dan kecantikan Spa / Pusat kecantikan Kedai muzik (peralatan dan rekod) Kedai ubat dan farmasi Kedai tukang jahit dan pembuat pakaian yang tidak termasuk kilang pakaian Kedai muzik (peralatan danrekod) Kedai ubat dan farmasi Kedai tukang jahit dan pembuat pakaian yang tidak termasuk kilang pakaian Kedai pengurup wang Kedai pajak gadai Kedai ramalan nombor Kedai gambar dan menjual peralatan fotografi Kedai telekom, menjual alat-alat telekomunikasi Kafe Siber Pusat video Kedai bingkai dan cermin Kedai membuat kunci pendua Wakil akhbar Agensi Perkapalan Agensi Pelancongan Syarikat pengiklanan dan perfileman Pusat kesihatan jasmani, senam robik dan bina badan Syarikat multimedia Pejabat pos, kedai telekom, kurier dan aktiviti seumpamanya Kedai dobi Klinik haiwan Klinik swasta Lain-lain f. Bilik pameran Balai senilukis Bilik pameran kereta Bilik pameran perabot Hiasan dalaman dan dekorasi Lain-lain g. Perniagaan perkhidmatan Menjual kereta (sales, services and spareparts) Menjual dan membaiki motosikal Mempamer dan menjual kenderaan terpakai Menjual aksesori kenderaan Menjual alat ganti kenderaan Lain-lain h. Kegunaan bercampur Kedai/ hotel Kedai/ kediaman
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 4.0 : Cadangan Klasifikasi Kelas Penggunaan Tanah 4-2 KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS B Perniagaan dan Perkhidmatan Kedai/ pejabat Kedai/ pejabat/ kediaman i. Lain-lain B2 Kompleks Perniagaan a. Pejabat b. Pusat beli belah c. Arked beli belah d. Pasaraya besar e. Kegunaan bercampur f. Lain-lain B3 Pusat Hiburan a. Snuker b. Pusat hiburan keluarga c. Gelanggang sukan d. Pusat boling e. Bar/ pub/ disko/ karaoke f. Pawagam g. Kelas kebudayaan dan kesenian B4 Pusat Kewangan a. Perkhidmatan kewangan, insuran dan hartanah b. Perbankan c. Broke saham B5 Bangunan Penginapan a. Hotel b. Tempat peranginan c. Hotel Apartmen d. Rumah tumpangan e. Rumah rehat f. Asrama g. Chalet B6 Gerai a. Gerai berkelompok b. Lain-lain B7 Pasar a. Pasar borong b. Pasar basah B8 Pusat Makanan Dan Minuman a. Restoran b. Medan selera c. Kedai kopi d. Kedai kek danroti e. Kafeteria dan kantin f. Kafeterbuka B9 Stesen Minyak Dan Gas a. Stesen b. Stesen dengan servis B10 Institusi Swasta a. Pendidikan Tadikas wasta Sekolah Rendah swasta Sekolah Menengah swasta Sekolah agama swasta Sekolah pendidikan khas swasta Sekolah antarabangsa Institusi pendidikan tinggis wasta b. Kesihatan Hospital swasta Pusat rawatan swasta Perkhidmatan kejururawatan KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS B Perniagaan dan Perkhidmatan B10 Institusi Swasta Sanatorium Pusat jagaan c. Perkuburan Taman peringat Kolobarium Krematorium/ dewan Pengurusan mayat d. Dewan Pusat konvensyen Auditorium Dewan serbaguna KELAS C Perindustrian C1 Industri Berisiko Tinggi 1. Perlombongan arang batu, besi bijih, bauksit, emas, dan lain-lain (Perlombongan di bawah tanah atau permukaan termasuk perlombongan melalui kaedah pencairan) 2. Perlombongan lignit (Perlombongan lignit (arang batu coklat) di bawah tanah atau permukaan perlombongan, termasuk perlombongan melalui kaedah pencairan) 3. Pengekstrakan petroleum mentah 4. Pengekstrakan gasasli 5. Segala industri hiliran yangberkaitan dengan pengeskstrakan petroleum dan gas asli. 6. Pembuatan produk petroleum bertapis 7. Pembuatan kimia asas (Pembuatan kimia menggunakan proses asas, seperti keretakan haba dan penyulingan. Produk termasuk unsurunsur kimia yang berasingan atau mengasingkan sebatian kimia yang ditetapkan untuk pengeluaran bukan organik dan bahan kimia organik) 8. Pembuatan kimia asas (Pengayaan uranium dan torium bijih dan pengeluaran unsur-unsur bahan api untuk reactor nuklear) 9. Pembuatan racun perosak dan produk kimia pertanianlain 10. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan serbuk propelan) 11. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan bahan letupan dan produk piroteknik, termasuk topi perkusi, peledak, isyaratsuar) 12. Pengeluaran plumbum, zink dan timah daripada bijih 13. Pengeluaran tembaga daripada bijih 14. Pengeluaran logam uranium dari pitchblende atau bijih lain peleburan dan penapis anuranium 15. Pembuatan senjata dan peluru (Pembuatan senjata kecil (revolver, senapang patah, mesingan ringan) Minimum 1 KM ataulebih Penampan Sebenar yang akan disediakan mengambil kira daripada jabatan permodelan dari segi jenis dan tahap risiko yang berkaitan dengan industri dan aktiviti
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 4.0 : Cadangan Klasifikasi Kelas Penggunaan Tanah 4-3 KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian C1 Industri Berisiko Tinggi seperti pembuatan senapang udara atau gas dan pistol) 16. Pembuatan senjata dan peluru (Pembuatan peluru perang seperti tujuan untuk memburu, sukan atau senjata api perlindungan dan peluru dan pembuatan bahan letupan seperti bom, lombong dan torpedo) 17. Pelupusan di tapak pelupusan sisa seperti bahan toksik dan bahan berbahaya, buangan terjadual, haiwan toksik dan / atau tercemar dan sisa tercemarlain. 18. Rawatan dan pelupusan sisa pepejal KELAS C Perindustrian KELAS C2 Industri Berat 1. Pembuatan kimia asas (Pembuatan produk daripada jenis yang digunakan sebagai agen mencerahkan lampu kalimantang atau sebagai luminophores) 2. Pembuatan baja dan sebatian nitrogen 3. Pembuatan plastik dan getah sintetik dalam bentuk utama 4. Pembuatan kaca dan produk kaca (Pembuatan kaca dalam semua bentuk, yang dibuat oleh manamana proses danpengilangan barang-barang kaca ke dalam kaca rata, termasuk wayar, kaca berwarna (tinted) atau berwarna rata, tungku atau kaca rata berlapis, kaca dalam rod atau tiub, turapan blok kaca, cermin kaca, unit kaca penebat berdinding pelbagai. 5. Pengeluaran simen, kapur dan plaster 6. Pembuatan besi asas dankeluli 7. Pembuatan barangan berharga bukan berasaskan logam bukan ferus. 8. Pengeluaran plumbum, zink dan timah daripada penapisan elektrolitik plumbum, zink dan sisa timah dan sekerap 9. Pengeluaran tembaga daripada penapisan elektrolitik sisa tembaga dan sekerap 10. Pengeluaran aloi tembaga Pembuatan wayar fius tembaga atau jalur pembuatan Semi tembaga 11. Pengeluaran krom, mangan, nikel dan lain-lain daripada bijih atau oksida 12. Pengeluaran krom, mangan, nikel dan lain-lain dari elektrolisis dan aluminothermic , penapisan krom, mangan, nikel dan lain-lain, Sekurangkurangnya 300 m ataulebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk mengawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Penampan sebenar untuk proses ini atau sumber yang akan disediakan mengambil kira daripada kajian pemodelan KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian KELAS C2 Industri Berat bahan buangan dan sekerap seperti pengeluaran aloi krom, mangan, nikel danlain-lain 13. Penuangan besi dan keluli (Pembuatan produk separuh siap dan pelbagai tuangan melalui proses penuangan seperti menuang produk separuh siap besi, berbentuk bola tuangan besi grafit, produk besi tuang boleh tempa, keluli separa siap, tuangan keluli) 14. Industri yang berasaskan penuangan logam bukan ferus 15. Pembuatan senjata dan peluru (Pembuatan senjata berat (meriam, senjata api mudah alih, pelancar roket, tiub torpedo, mesingan berat) 16. Menempa logam, tekanan, hentakan dan pembentukan secara gelekan untuk logam dan penghasilan serbuk logam. 17. Pembinaan kapal dan struktur terapung 18. Pembuatan kereta api lokomotif dan peralatan pengangkutan 19. Perlombongan arang batu, besi bijih, bauksit, emas, dan lain-lain (Industri yang melibatkan Kemudahankemudahan termasukuntuk pembersihan, saiz, penggredan, menulenkan, memampatkan dan lain-lain) 20. Perlombongan lignit (Industri yang melibatkan Kemudahan-kemudahan termasuk untuk pembersihan, saiz, penggredan, menulenkan, memampatkan danlain-lain) 21. Perlombongan besibijih 22. Perlombongan bijih logam bukan ferus selain daripada uranium dan torium 23. Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat (Kuari, pemangkasan kasar dan menorah monumen dan bangunan batu seperti marmar, granit, batu pasir dan lain-lain. Aktiviti di tapak termasuk menghancurkan dan memecahkan bahan dilombong) 24. Perlombongan dan kuari 25. Pemprosesan & memelihara daging (Operasi rumah penyembelihan yang terlibat dalam mematikan, memakaikan atau pembungkusan daging seperti daging lembu, daging babi, ayam, kambing, arnab, kambing, unta, dan lain-lain. Ini termasuk pengeluaran di tapak segar, sejuk atau daging beku, dalam bentuk bangkai, luka, bahagian individu, daging kering, masin/salai) Sekurangkurangnya 300 m ataulebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk mengawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Penampan sebenar untuk proses ini atau sumber yang akan disediakan mengambilkira daripada kajian pemodelan
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 4.0 : Cadangan Klasifikasi Kelas Penggunaan Tanah 4-4 KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian KELAS C2 Industri Berat 26. Pemprosesan & memelihara daging (Pengeluaran belulang dan kulit yang berasal dari rumah penyembelihan, termasuk proses mengasingkan bulu seperti bulu biribiri) 27. Pemprosesan & memelihara daging (Pemprosesan organ haiwan) 28. Mengilang papan dan mengetam kayu 29. Pembuatan kepingan venier dan panel berasaskan kayu 30. Pembuatan pulpa, kertas dan papan kertas 31. Pembuatan produk ketuhar arang kok 32. Pembuatan kimia asas (Pembuatan asid organik kecuali asidnitric) 33. Pembuatan kimia asas (Pembuatan alkali, Lyes dan bes organik lain kecuali ammonia, sebatian bukan organik lain, bahan kimia organik asas (hidrokarbon acyclic, tepu dan tak tepu, hidrokarbon kitaran, tepu dan tak tepu, acyclic dan alkohol kitaran, mono dan asid polycarboxylic, termasuk asidasetik, lain sebatian oksigen fungsi, termasuk aldehid, keton, quinon dan sebatian dua atau poli oxygen function, gliserol sintetik, nitrogen fungsi sebatian organik, termasuk amina) 34. Pembuatan kimia asas (Pembuatan produk sintetik aroma dan pemanggangan daripada pyrites besi) 35. Pengilang kapal udara, kapal angkasa dan jenteraberkaitan 36. Pembuatan kenderaan tempur bagi tentera 37. Penjanaan kuasa elektrik pukal, penghantaran dari kemudahan pusat pengedaran dan pengagihan menjana kepada pengguna akhir dengan menggunakan gas, arang, sulingan 38. Operasi kemudahan penjanaan yang menghasilkan tenaga elektrik daripada hidro 39. Penghasilan gas untuk tujuan bekalan gas daripada pengkarbonan arang batu, dari produk pertanian atau daripada sisa 40. Pembuatan bahan api berunsur gas dengan nilai kalori yang ditetapkan, mengikut penulenan, pencampuran dan proses lain dari jenis gas yang termasuk gasasli 41. Rawatan sisa dan pelupusan Sekurangkurangnya 300 m ataulebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk mengawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Penampan sebenar untuk proses ini atau sumber yang akan disediakan mengambilkira daripada kajian pemodelan KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian KELAS C2 Industri Berat 42. Rawatan dan pelupusan sisa tidak berbahaya 43. Pemprosesan logam dan bukan logam bahan buangan dansekerap dan barang-barang lain ke dalam bahan-bahan mentah sekunder, biasanya melibatkan satu proses transformasi mekanikal ataukimia 44. Pemprosesan makanan yang lain, minuman dan sisa tembakau dan bahan-bahan sisa ke dalam bahanbahan mentah sekunder dan pemprosesan minyak masak terpakai dan lemak ke dalam bahan-bahan mentah sekunder. Kelas C3 Industri Sederhana 1. Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat (Pengeluaran dan pengorekan pasir industri, pasir untuk pembinaan danbatu) 2. Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat (Pengkuarianpasir) 3. Pengkuarian batu, pasir dan tanah liat (Perlombongan tanah liat, tanah liat refraktori dankaolin) 4. Segala aktiviti hiliran bagi segala aktiviti perlombongan dan pengkuarian 5. Pemprosesan & memelihara daging (Pengasingan lemak babi dan lain-lain yang boleh dimakan dari lemak yang berasal dari haiwan) 6. Pemprosesan & memelihara daging (Pengeluaran bulu dengan menarik) 7. Pemprosesan & memelihara daging (Pengeluaran bulu dan kebawah) 8. Pemprosesan & memelihara ikan, krustasia dan moluska 9. Pemprosesan & pemeliharaan buahbuahan dan sayur-sayuran 10. Pembuatan produkbijian. 11. Pembuatan gula. 12. Pembuatan cuka. 13. Pembuatan makanan haiwan segera. 14. Menyuling, membetulkan dan pengadunan minuman beralkohol. 15. Pembuatan minuman keras berasaskan gandum 16. Penyediaan dan pemintalan gentiantekstil. 17. Tenunan berasaskan tekstil. 18. Kemasan tekstil 19. Pembuatan tali, dan jarring 20. Penyamakan dan pembersihan kulit; pembersihan dan pewarnaanbulu 21. Pembuatan pertukangan kayu dan tanggam 22. Pembuatan bekaskayu 23. Pembuatan kertas beralun dan Sekurangkurangnya 150 m atau lebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk dikawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Di mana diperlukan, model kajian adalah perlu diambil untuk menentukan penampan sebenar
RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID II_BAHAGIAN A | Kawalan Pembangunan BAB 4.0 : Cadangan Klasifikasi Kelas Penggunaan Tanah 4-5 KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian Kelas C3 Industri Sederhana papan kertas dan bekas kertas dan papankertas 24. Pembuatan kimia asas 25. Pembuatan kimia asas (Pembuatan pewarna dan pigmen dari manamana sumber dalam bentuk asas atau unsur-unsur pekatkimia) 26. Pembuatan kimia asas (Pembuatan penapaian tebu, jagung atau serupa dengan menghasilkan alkohol dan ester, sebatian organik yang lain, termasuk produk penyulingan kayu (seperti arang) dan lain-lain) 27. Pembuatan cat, varnis dan lapisan sama, dakwat percetakan dan mastic. 28. Pembuatan sabun dan bahan pencuci, pembersihan dan pengilat, pewangi dan produk tandas. 29. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan gelatin dan terbitannya, gam dan pelekat disediakan, termasuk gam berasaskan getah danpelekat 30. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan plat fotografi, filem, kertas sensitif dan bahan-bahan yang tidak terdedah sensitif dan pembuatan persediaan kimia untuk kegunaan fotografi) 31. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan pelbagai bahan kimia, seperti pepton, derivatif pepton, bahan-bahan protein lain dan terbitannya, minyak pati dan minyak kimia diubahsuai dan lemak dan lain-lain). 32. Pembuatan lain-lain produk kimia (Pembuatan mancis) 33. Pembuatan serat buatan manusia. 34. Pembuatan radioaktif dalam vivo bahan diagnostic 35. Pembuatan tayar getah dan tiub dan membina semula taya rgetah. 36. Pembuatan lain-lain produk berasaskan getah. 37. Segala pembuatan berasaskan produk plastik 38. Pembuatan kaca dan produk kaca (Pembuatan kaca dalam semua bentuk, yang dibuat oleh manamana proses dan pengilangan barang-barang kaca ke dalam botol dan bekas lain daripada kaca atau farmaseutikal barangan kaca, jam atau cermin mata, kaca optik dan elemen-elemen optik tidak optik, barangan kaca yang digunakan dalam barang kemas Sekurangkurangnya 150 m ataulebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk dikawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Di mana diperlukan, model kajian adalah perlu diambil untuk menentukan penampan sebenar KLASIFIKASI GUNA TANAH KELAS PENGGUNAAN PENGGUNAAN / AKTIVITI / JENIS KELAS C Perindustrian Kelas C3 Industri Sederhana tiruan, penebat kaca dan pemasangan kaca penebat, sampul surat kaca untuk lampu, patung kaca). 39. Pembuatan bahan tahan panas seperti marmar dan konkrit. 40. Pembuatan bahan binaan tanah liat 41. Pembuatan produk porselin dan seramik lain 42. Pembuatan artikel konkrit, simen dan plaster 43. Memotong, membentuk dan kemasan batu 44. Pembuatan produk mineral bukan logam 45. Pengeluaran aloi aluminium seperti pembuatan semi aluminium, pengeluaran kerajang pembalut aluminium, Pembuatan laminates aluminium (timah) foil yang diperbuat daripada aluminium (timah) foil sebagai komponen utama. 46. Pengeluaran plumbum, zink dan timah aloi dan pembuatan Semi plumbum, zink dantimah 47. Penuangan besi dan keluli (Pembuatan tiub, paip dan profil berongga dan tiub atau paip kelengkapan untuk besi tuang seperti pembuatan tiub dan paip tanpa kelim daripada keluli oleh pemutus empar dan pembuatan tiub atau paip kelengkapan cast keluli) 48. Aktiviti yang berasaskan pengeluaran produk logam struktur. 49. Pembuatan tangki, takungan dan bekaslogam 50. Pembuatan penjana wap, kecuali pemanasan pusat dandang air panas 51. Pengolahan dan penyalutan logam; pemesinan 52. Pembuatan kutleri, alatan tangan dan perkakasanam 53. Pembuatan produk logam yang direka. 54. Pembuatan bateri dan akumulator (Pengeluaran sel utama dan Bateri utama sel-sel yang mengandungi dioksida mangan, merkurik dioksida, oksida perak seperti pembuatan bateri sel kering, pembuatan bateri asid Sekurangkurangnya 150 m ataulebih Jarak penampan untuk proses tertentu atau sumber pencemaran yang sukar untuk dikawal secara berkesan mungkin memerlukan jarak penampan yang lebih besar. Di mana diperlukan, model kajian adalah perlu diambil untuk menentukan penampan sebenar