The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zhakeem98, 2023-09-16 22:35:10

RTDPontian2030

Rtd Pontian 2030

Keywords: RTD

RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-35 Rajah 2.3.49 : Menaik taraf Surau Permas Besar LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Surau Permas Besar di atas Lot 1574 0.224 hektar BP DAN BPK BP 3, BPK 3.2 KOMPONEN CADANGAN Pejabat imam dan bilik mesyuarat Ruang untuk pungutan zakat Tempat wuduk/ruang solat muslimah Tandas Laluan pejalan kaki Kawasan lanskap Tempat pengurusan jenazah Parkir awam Karpet JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memberi lebih keselesaan untuk beribadah Mengukuhkan fungsi tempat ibadat TERAS STRATEGIK RMKe11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat Memenuhi keperluan sosio ekonomi, fizikal dan psikologi individu AGENSI PELAKSANA Majlis Agama Islam Johor Pejabat Kadi Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Projek ‘Quick Win’ (2017-2018) KOS PELAKSANAAN RM 0.10 juta Sumber : Kajian Sektor Kemudahan Masyarakat, RTD Pontian 2016 Rajah 2.3.50 : Menaik taraf Surau Sg Buntu LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Surau Sg Buntu di atas Lot 1376 0.091 hektar BP DAN BPK BP 3, BPK 3.2 KOMPONEN CADANGAN Pejabat imam dan bilik mesyuarat Ruang untuk pungutan zakat Tempat wuduk/ruang solat muslimah Tandas Laluan pejalan kaki Kawasan lanskap Tempat pengurusan jenazah Parkir awam Karpet JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memberi lebih keselesaan untuk beribadah Mengukuhkan fungsi tempat ibadat TERAS STRATEGIK RMKe11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat Memenuhi keperluan sosio ekonomi, fizikal dan psikologi individu AGENSI PELAKSANA Majlis Agama Islam Johor Pejabat Kadi Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Projek ‘Quick Win’ (2017-2018) KOS PELAKSANAAN RM 0.10 juta Sumber : Kajian Sektor Kemudahan Masyarakat, RTD Pontian 2016 TANPA SKALA Menaik taraf Surau Sg Buntu TANPA SKALA Menaik taraf Surau Permas Besar


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-36 Rajah 2.3.51 : Menaik taraf Surau Parit Jerman LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Surau Parit Jerman di atas Lot 1809 1.023 hektar BP DAN BPK BP 7, BPK 7.2 KOMPONEN CADANGAN Pejabat imam dan bilik mesyuarat Ruang untuk pungutan zakat Tempat wuduk/ruang solat muslimah Tandas Laluan pejalan kaki Kawasan lanskap Tempat pengurusan jenazah Parkir awam Karpet JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memberi lebih keselesaan untuk beribadah Mengukuhkan fungsi tempat ibadat TERAS STRATEGIK RMKe11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat Memenuhi keperluan sosio ekonomi, fizikal dan psikologi individu AGENSI PELAKSANA Majlis Agama Islam Johor Pejabat Kadi Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2017-2020) KOS PELAKSANAAN RM 0.10 juta Sumber : Kajian Sektor Kemudahan Masyarakat, RTD Pontian 2016 2.3.7 STRATEGI 3.7 : MEMPERKUKUHKAN EKONOMI DESA Terdapat 3 cadangan yang telah dirangka bagi memperkukuhan ekonomi penduduk desa iaitu : Cadangan 1 : Cadangan mengukuhkan aktiviti perniagaan desa melalui penyediaan gerai rakyat. Cadangan 2 : Cadangan memperkukuhkan potensi petempatan desa berasaskan sumber tempatan sedia ada melalui produk pelancongan homestay/desa stay. Cadangan 3 :Cadangan memperkukuhkan potensi petempatan desa berasaskan sumber tempatan sedia ada melalui produk pertanian, penternakan dan industri asas tani. a) CADANGAN 1 : Cadangan mengukuhkan aktiviti perniagaan desa melalui penyediaan gerai rakyat ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN PPD Kampung Melayu Raya PPD Kampung Parit Rambai Hulu PPD Kampung Sungai Punai BP DAN BPK BPK 6.4 dan BPK 7.2 KOMPONEN CADANGAN Pembangunan gerai-gerai yang lebih tersusun dan berpusat. Penyediaan kemudahan sokongan bagi unit perniagaan seperti tempat letak kereta, tandas, kawasan berLanskap. Memastikan peniaga dan usahawan memenuhi ruang niaga yang disediakan. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Membolehkan PPD menyediakan fungsi perniagaan kepada kawasan desa yang berada di dalam kawasan tadahan. Pembangunan gerai-gerai yang lebih tersusun dan berpusat untuk kegunaan penduduk menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan dan bagi memudahkan kunjungan orang ramai. TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Srategik 1 : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama AGENSI PELAKSANA Pejabat Daerah Pontian KKLW FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2017-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.50 juta Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016 Menaik taraf Surau Parit Jerman TANPA SKALA


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-37 Rajah 2.3.52 : Cadangan Gerai Rakyat di Kampung Melayu Raya, Mukim Pontian b) CADANGAN 2 : Cadangan memperkukuhkan potensi petempatan desa berasaskan sumber tempatan sedia ada melalui produk homestay / desa stay ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Homestay Kg. Tg. Piai, Berayan (Kg. Parit Marjunid), Kg. Permatang Sepam, Kg. Puteri Menangis, Kg. Perpat Timbul, Kg. Melayu Raya, Kg. Parit Maklumi, Kg. Tampok, Kg. Parit Sapran, Kg. Baru Kuala Benut BP DAN BPK Semua BPK KOMPONEN CADANGAN Meningkatkan taraf kemudahan aksesibiliti, infrastruktur dan utiliti serta kemudahan awam sedia ada di kampung-kampung berkenaan. Menambahbaik papan tanda di pintu-pintu masuk daerah utama dan pusatpusat bandar utama. Menggalakkan penduduk menjalankan kaedah integrasi antara sektor asas ekonomi desa seperti IKS, kebudayaan, pertanian dan perikanan yang boleh dijadikan sebagai tarikan kedatangan pelancong. Mempromosikan pelancongan desa sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan. Memberi insentif kepada agen-agen pelancongan untuk mempromosi dan memasukkan pelancongan desa sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Terdapat kampung-kampung tradisi sedia ada yang mempunyai potensi pelancongan berasaskan sumber tempatan. Kepelbagaian aktiviti meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih menarik. Memberi pendedahan kepada penduduk kampung untuk memupuk semangat saling membantu serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam mencorak pembangunan kampung. TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Srategik 1 : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama AGENSI PELAKSANA JKKK/Pengusaha Homestay Pejabat Daerah Pontian Jabatan Pelancongan Negeri Johor FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2017-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 4.0 juta Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016 Aktiviti homestay Aktiviti Homestay Lot 13845, Kampung Melayu Raya Lot 5004, Kampung Parit Rambai Lot 651, Kampung Sg. Punai Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-38 c) CADANGAN 3 : Cadangan memperkukuhkan potensi petempatan desa berasaskan sumber tempatan sedia ada melalui produk pertanian, penternakan dan Industri Asas Tani (IAT) ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Semua Daerah Pontian BP DAN BPK Semua BPK KOMPONEN CADANGAN Menyediakan pusat pengumpulan/pengedaran hasil dan penjualan/pengagihan bahan mentah di Bandar Pontian, Benut dan Ayer Baloi. Menggalakkan penduduk mengusahakan tanaman dan produk baru yang berpotensi mengikut kesesuaian kawasan. Menggalakkan kaedah integrasi antara sektor asas ekonomi desa. Meningkatkan kualiti jenama produk desa (pengiktirafan daripada badan persijilan berkaitan, kualiti pembungkusan dan pelabelan) Melaksanakan program bagi melahirkan petani, penternak dan nelayan yang berdaya maju Mengadakan program-program latihan berterusan untuk meningkatkan kualiti produk desa. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Terdapat kampung-kampung tradisi sedia ada yang mempunyai potensi pertanian, penternakan dan industri asas tani sedia ada. Meningkatkan ekonomi penduduk desa Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk desa TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Srategik 1 : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama AGENSI PELAKSANA Pejabat Daerah Pontian Jabatan Pertanian Jabatan Veterinar Pertubuhan Peladang MARA MARDI FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021-2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016 Produk IAT tempatan Rajah 2.3.53 : Homestay / Desa Stay Daerah Pontian Homestay Kg. Tampok Homestay Kg. Baru Kuala Benut Homestay Kg. Puteri Menangis Homestay Berayan Homestay Kg. Pt. Maklumi Homestay Kg. Pt. Sapran Homestay Kg. Permatang Sepam Homestay Tg. Piai Homestay Kg. Melayu Raya Homestay Kg. Perpat Timbul Aktiviti Homestay Kg. Tg. Piai: Demonstrasi makanan tradisional Bugis (Burasak) Lawatan IKS (kuih tradisional) Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-39 Rajah 2.3.54 : Produk pertanian, penternakan dan industri asas tani Daerah Pontian 2.3.8 STRATEGI 3.8 : MEWUJUDKAN PETEMPATAN DESA YANG KONDUSIF KOMUNITI YANG SEJAHTERA Terdapat 3 cadangan yang telah dirangka bagi mewujudkan petempatan desa yang kondusif serta komuniti yang sejahtera iaitu : Cadangan 1 : Cadangan memperkukuhkan fungsi pekan, pusat pertumbuhan desa dan mini RTC sebagai penghubung antara bandar-luar bandar. Cadangan 2 : Cadangan mempertingkatkan kualiti kemudahan infrastruktur dan utiliti desa Cadangan 3 : Cadangan mempertingkatkan imej dan kualiti persekitaran desa a) CADANGAN 1 : Cadangan memperkukuhkan fungsi pekan, pusat pertumbuhan desa dan mini RTC sebagai penghubung antara bandar-luar bandar Perhubungan bandar-luar bandar adalah penting kerana petempatan desa masih bergantung kepada bandar dalam mendapatkan kemudahan atau fungsi tertentu yang terdapat di bandar. Selain itu, ia dilihat dapat mengurangkan migrasi penduduk desa ke bandar, memudahkan pemasaran hasil pertanian atau produk keluaran desa sebagai sumber ekonomi dan juga sebagai menyokong pembangunan pelancongan desa. Peranan pekan, pusat pertumbuhan desa dan mini RTC dilihat amat penting supaya dapat menjadi komponen yang saling menyokong perhubungan dan pembangunan antara bandar-luar bandar. Oleh yang demikian, fungsi, komponen pembangunan serta kriteria pemilihan tapak adalah seperti jadual di bawah. Jadual 2.3.19 : Fungsi, Komponen Pembangunan Serta Kriteria Pemilihan Tapak ASPEK PEMBANGUNAN PEKAN PPD Mini RTC LOKASI Benut, Ayer Baloi, Kukup-Permas Kechil, Tampok, Sanglang, Parit Sikom, Kayu Ara Pasong, Serkat Kg. Melayu Raya, Kg. Parit Rambai Hulu, Kg. Sungai Punai Kg. Melayu Raya, Kg. Parit Sapran, Kg. Perpat Timbul FUNGSI Pusat ekonomi dan perkhidmatan luar bandar Pusat perkhidmatan luar bandar Pusat ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’ KOMPONEN PEMBANGUNAN Prasarana fizikal Prasarana fizikal - Terminal Pengangkutan Awam (bas/teksi) Perhentian bas/teksi - Kedai/Gudang/Pasar Basah - - Kemudahan Perbankan - - Pusat Latihan Tempatan Pusat pemprosesan hasil pertanian /sumber desa - Kemudahan Masyarakat Kemudahan Masyarakat - Pasar Tani/Pasar Malam/Pasar Sehari - - Tempat Awam - - KRITERIA PEMILIHAN Persimpangan jalan utama/ muara sungai Kampung saiz besar (penduduk tidak Kampung saiz sederhana (penduduk MUKIM AYER BALOI Kelapa Nanas Jagung MUKIM PONTIAN Dusun durian Nanas MUKIM PENGKALAN RAJA Dusun durian Jagung MUKIM JERAM BATU Pisang Industri Asas Tani MUKIM SERKAT Kelapa Dusun durian Industri Asas Tani MUKIM AYER MASIN Dusun durian Herba lengkuas MUKIM RIMBA TERJUN Tebu MUKIM API-API Jagung MUKIM SG. PINGGAN Kelapa MUKIM BENUT Kelapa Lebah Industri Asas Tani Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-40 ASPEK PEMBANGUNAN PEKAN PPD Mini RTC TAPAK kurang 2500) antara 1000-2500) Terletak dalam radius 500m daripada kampung Terletak dalam kawasan pertanian Terletak berhampiran kemudahan masyarakat Sumber : Kajian Draf DPF Desa Negara Akhir, 2016 b) CADANGAN 2 : Cadangan mempertingkatkan kualiti kemudahan infrastruktur dan utiliti desa ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Semua Daerah Pontian BP DAN BPK Semua BPK KOMPONEN CADANGAN Meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan masyarakat at sedia ada. Meningkatkan liputan rangkaian telekomunikasi seperti telefon dan internet terutamanya di kampung-kampung yang tidak mendapat liputan. Program BestariNET perlu diguna pakai bersama penduduk kampung bagi mendapat manfaat bersama. Menyediakan latihan formal dan tidak formal / kursus Celik IT khususnya kepada penduduk desa tentang penggunaan ICT terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan dan ekonomi. Menyediakan peruntukan penyelenggaraan untuk infrastruktur asas kampung (jalan raya, lampu jalan, perparitan) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Untuk mewujudkan sebuah petempatan desa yang moden, dilengkapi dengan kemudahan perhubungan IT yang terkini serta mementingkan pengekalan ciri-ciri tradisional dan kebudayaan kampung. Menjadi pemangkin pembangunan bagi sesebuah kawasan desa dan merupakan pusat rujukan untuk pembangunan kampung. Membolehkan penduduk desa mendapatkan maklumat terkini berkaitan pembangunan ekonomi dan sosial. TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Srategik 1 : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama AGENSI PELAKSANA Pejabat Daerah Pontian Jabatan Pendidikan Kerajaan Negeri KKLW FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2017-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN - Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016 c) CADANGAN 3 : Cadangan mempertingkatkan imej dan kualiti persekitaran desa ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN 88 kampung-kampung induk BP DAN BPK Semua BPK KOMPONEN CADANGAN Menaik taraf elemen-elemen Lanskap kejur seperti pintu gerbang, papan tanda nama kampung dan rumah penduduk yang mempunyai identiti tersendiri. Memelihara rumah-rumah kampung bersenibina menarik dan membaiki struktur rumah yang rosak melalui peruntukan dana khas. Menggerakkan program gotong-royong, pembersihan dan pengindahan persekitaran kampung dengan penglibatan penduduk secara langsung. Menyediakan peruntukan tahunan untuk penyelenggaraan Lanskap kampung. Mendedahkan penduduk kampung kepada aspek pengindahan Lanskap. Menggalakkan penyertaan kampung-kampung untuk menyertai pertandingan seperti Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M), Anugerah Desa Cemerlang atau Anugerah Desa Sejahtera. JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Mewujudkan sebuah petempatan desa yang mementingkan pengekalan ciri-ciri tradisional dan kebudayaan kampung. Menggalakkan masyarakat kampung berusaha membina komuniti daripada pelbagai aspek termasuk fizikal, sosial dan kerohanian TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Srategik 1 : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama AGENSI PELAKSANA Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pejabat Daerah Pontian KEMAS Kerajaan Negeri FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Sederhana (2021-2025) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 2.6 juta Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-41 Rajah 2.3.55 : Cadangan mempertingkatkan imej dan kualiti Kampung Tradisi PETUNJUK : Lanskap Utama Pintu Masuk Utama Beridentiti Menarik 2.3.9 STRATEGI 3.9 : MENYEDIAKAN RUANG AWAM YANG SELESA DAN SELAMAT SERTA PENYELENGGARAAN SECARA KOMPREHENSIF Keberkesanan fungsi kawasan rekreasi bagi sesuatu kawasan bergantung kepada kemudahankemudahan yang disediakan di mana ia berpandukan kawasan kediaman yang terdapat sesebuah tempat tersebut. Sebaiknya kawasan rekreasi tersebut disediakan berhampiran dengan kawasan kediaman. Semenatara itu, dalam usaha untuk mewujudkan kualiti hidup lebih baik serta masyarakat yang sihat, adalah penting agar tempat-tempat beriadah pasif dan aktif diadakan secukupnya. Kemudahan rekreasi yang terdapat di Daerah Pontian ini adalah dari jenis rekreasi awam di mana ia menyediakan kemudahan beriadah sama ada aktif mahupun pasif kepada pengguna. Namun begitu kemudahan rekreasi aktif tersebut hanya terhad di kawasan tumpuan serta bandar utama seperti bandar Pontian sahaja. Sementara bagi kawasan luar bandar pula lebih bertumpu pada kemudahan rekreasi pasif yang bersumberkan sumber alam iaitu sungai dan pantai. Fokus 1 : Membangunkan kawasan rekreasi yang mencukupi berdasarkan keperluan penduduk dan mengikut piawaian yang ditetapkan Daerah Pontian berpotensi besar dalam memperkembangkan lagi aktiviti rekreasi yang berasaskan eko-pelancongan di mana masih terdapat banyak sumberjaya yang masih belum diterokai dari sudut aktiviti rekreasi. Objektif strategi ini adalah : Memperkukuhkan Taman Negara Johor Tanjung Piai dan Taman Negara Johor Kukup sebagai taman rekreasi peringkat nasional. Mempertingkatkan kemudahan awam dan aksesibiliti di kawasan rekreasi Mempertingkatkan usaha promosi pemasaran kawasan rekreasi eko-pelancongan sebagai sebahagian tarikan pelancongan. Fokus 2 : Menyediakan lanskap yang harmoni dan menarik serta dapat menonjolkan identiti bandar Cadangan pemuliharaan Lanskap di pintu masuk Daerah Pontian, jalan utama dan pusat-pusat Bandar yang bercirikan tempatan. Penyelenggraan lanskap di kawasan perumahan dan industri di jalankan secara berkala dan mampu berfungsi sebagai elemen teduhan dan zon penampan. Lanskap di perkampungan yang berpotensi dijadikan ‘homestay’ atau tarikan pelancongan dipertingkatkan dengan bercirikan kawasan desa. a) Cadangan Utama Pembangunan Rekreasi Seterusnya, cadangan-cadangan utama pembangunan rekreasi Kawasan RTD melibatkan cadangan projek-projek pembangunan rekreasi yang memerlukan pertambahan beberapa kemudahan rekreasi bagi menampung keperluan penduduk sehingga tahun 2030 yang meliputi taman bandaran, taman tempatan dan taman kejiranan. Cadangan memlihara rumah-rumah kampung bersenibina menarik Cadangan Pintu Masuk Utama “Selamat Datang Ke Kampung Parit Asam Kumbang” Cadangan menggerakkan program gotong-royong, pembersihan dan pengindahan persekitaran kampung dengan penglibatan penduduk secara langsung. Cadangan mercu tanda di pintu masuk Sumber : Kajian Sektor Petempatan Desa, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-42 Jadual 2.3.20 : Cadangan Utama Kemudahan Rekreasi BIL. PROJEK LOKASI KELUASAN CADANGAN 1 Taman Bandaran - Bandar Pontian BPK 1.1 BPK 1.2 40.00 hektar Mewujudkan lingkaran Lanskap dan rekreasi di pesisir pantai Bandar Pontian dan Sungai Pontian Kechil. 2 Taman Tempatan Pantai Telok Kerang BPK 1.4 8.00 hektar Cadangan komited 3 Taman Tempatan Jeram Batu BPK 3.5 8.00 hektar Cadangan baru 4 Taman Tempatan Sg. Sanglang BPK 5.3 8.00 hektar Cadangan Baru 5 Taman Tempatan Sg. Ayer Baloi BPK 5.2 8.00 hektar Cadangan baru 6 Taman Tempatan Sg. Tampok Laut BPK 5.5 8.00 hektar Menaik taraf kemudahan 7 Taman Kejiranan KukupPermas Kechil BPK 3.1 2.00 hektar Cadangan baru 8 Taman Kejiranan Benut BPK 4.1 0.53 Menaik taraf kemudahan rekreasi 9 Taman Kejiranan Benut BPK 4.1 1.57 hektar Cadangan Baru 10 Taman Kejiranan Tampok 2.0 Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 i. Taman Bandaran Taman Bandaran berfungsi sebagai pusat kegiatan sukan aktif dan aktiviti bermusim, tersusun serta menjadi tumpuan penduduk bandar bagi kegiatan rekreasi. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan Daerah Pontian masih tidak mempunyai taman bandaran. Daripada unjuran yang telah dilakukan, kawasan RTD memerlukan sebuah taman bandaran bagi menampung keperluan penduduk sehingga tahun 2030. Dicadangkan taman bandaran ini disediakan di kawasan bersumber jaya semula jadi iaitu di pesisir pantai Bandar Pontian dan Sungai Pontian Kechil. Jadual 2.3.21 : Cadangan Taman Bandaran Pontian Kechil ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Taman Tepi Laut, Laman Diraja, Pusat Perdagangan Pontian, Stadium Mini Pontian & Sungai Pontian Kechil(40 hektar) BP DAN BPK BP1 (BPK1.1) KOMPONEN CADANGAN Menyediakan kemudahan Lanskap rekreasi yang lengkap Menyediakan papan tanda dan arca Laluan pejalan kaki & trek joging Stadium mini Wakaf dan Astaka Alatan permainan kanak-kanak Jeti Pusat Permainan sukan lasak Kiosk/ gerai Taman Bunga kawasan berkelah Tempat letak kereta JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Menyediakan Taman Tempatan untuk penduduk Pekan Nanas & Bandar Pontian TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah pontian Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2017-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 6.1785 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-43 Rajah 2.3.56 : Cadangan Taman Bandaran Pontian Kechil Cadangan ‘Square and Promenade’ Cadangan Jeti Penambang PETUNJUK : Lanskap Persisir Pantai / Sungai Lanskap Persisir Sungai Wakaf & Kiosk Laluan pejalan kaki dan trek jogging Dengan gabungan tiga kawasan rekreasi di Bandar Pontian dapat mewujudkan kawasan taman rekreasi yang luas dan panjang serta dipelbagaikan aktiviti. Pembangunan kawasan Taman Awam Tepi Laut yang dikenali sebagai “Pontian Mall” akan dicantumkan dengan pembangunan taman pesisir sungan Pontian Kechil dan taman tepi laut Bandar Baru Pontian. Rajah 2.3.57 : Illustrasi cadangan Taman Bandaran Pontian Kechil ii. Taman Tempatan Keperluan taman tempatan berdasarkan unjuran penduduk mendapati, pertambahan 4 taman tempatan di kawasan RTD diperlukan iaitu di mukim Api-Api, Ayer Baloi, Benut dan Jeram Batu. Unjuran ini turut mengambil kira cadangan komited di Mukim Rimba Terjun iaitu cadangan Taman Rekreasi Pantai Telok Kerang. Penyediaan kemudahan taman tempatan di kawasan RTD perlulah mengikut keperluan sebenar penduduk dan garis panduan yang telah ditetapkan. Jadual 2.3.22 : Analisis Kecukupan Kemudahan Taman Tempatan MUKIM PENDUDUK SEDIA ADA KEKURANGAN BILANGAN KELUASAN (HEKTAR) BILANGAN KELUASAN (HEKTAR) Benut 14,598 0 0 1 8 Ayer Baloi 12,220 0 0 1 8 Api-api 12,446 0 0 1 8 Pontian 35,408 1 7.18 - 0.82 Rimba Terjun 27,235 1 2.76 - 5.24 Jeram Batu 25,184 0 0 1 8 JUMLAH 142,697 2 9.94 4 38.06 Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Pembangunan Stadium Mini Pontian sebagai tapak hoki Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-44 Cadangan bagi hierarki taman wilayah melibatkan peningkatan kemudahan rekreasi dan juga cadangan taman tempatan baru di kawasan RTD. Antara cadangan-cadangan rekreasi taman tempatan adalah seperti berikut : Cadangan taman tempatan Jeram Batu Cadangan taman tempatan Sungai Sanglang Cadangan taman tempatan Sungai Ayer Baloi Cadangan taman rekreasi air Benut Taman tempatan untuk Mukim Ayer Baloi dan Api-Api dicadangkan untuk menggunakan sumber jaya semula jadi sebagai konsep rekreasi taman tempatan iaitu Sungai Sanglang dan Sungai Ayer Baloi. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keindahan semula jadi di samping dapat memelihara kawasan berkenaan daripada ancaman pencemaran. Illustrasi taman tempatan Lanskap & pejalan kaki di taman tempatan Membangunkan kawasan sungai dengan kawasan rekreasi berkonsepkan ‘waterfront’ pembangunan menghadap air. Salah satu rangkaian taman berasaskan sumber jaya semula jadi di pinggir kawasan pekan Sanglang. Direka bentuk bagi menonjolkan imej utama pekan Sanglang dan merupakan mercu tanda utama Pekan Sanglang. Cadangan kiosk dan menara pendang serta Cadangan Dataran Sg Ayer Baloi Taman Tempatan Ayer Baloi merupakan taman yang berfungsi untuk aktiviti aktif dan pasif dilengkapi atau bertemakan taman ‘Taman Keluarga’ yang dapat dinikmati oleh seisi keluarga. Merupakan pusat untuk kegiatan rekreasi penduduk sekitar Ayer Baloi dan penduduk bandar. Penekanan aktiviti adalah bersifat pasif dan disokong oleh komponen untuk rekreasi aktif bagi keperluan semua golongan. Rajah 2.3.58 : Cadangan Taman Tempatan Sungai Sanglang Cadangan Jambatan dan Menara Pandang Cadangan Dataran Sungai Sanglang PETUNJUK : Lanskap Persisir Pantai / Sungai Lanskap Persisir Sungai Wakaf & Kiosk Laluan pejalan kaki dan trek jogging Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-45 Jadual 2.3.23 : Cadangan Taman Tempatan Sungai Sanglang ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Sungai Sanglang (8 hektar) BP DAN BPK BP 5 (BPK 5.4) KOMPONEN CADANGAN Laluan pejalan kaki / trek joging, wakaf, taman permainan kanak-kanak, gerai, arca, jeti, jambatan, gazebo, pagola, menara pandang, kiosk dataran JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman tempatan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.3.59 : Cadangan Taman Tempatan Ayer Baloi Cadangan kiosk dan jeti Cadangan Dataran dan trek jogging PETUNJUK : Lanskap Persisir Pantai / Sungai Lanskap Persisir Sungai Wakaf & Kiosk Laluan pejalan kaki dan trek jogging Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-46 Jadual 2.3.24 : Cadangan Taman Tempatan Ayer Baloi ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Ayer Baloi (8 hektar) BP DAN BPK BP 5 (BPK 5.5) KOMPONEN CADANGAN Laluan pejalan kaki / trek joging, wakaf, taman permainan kanak-kanak, gerai, arca, jambatan, gazebo, pegola kiosk dataran JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman tempatan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.1 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Taman tempatan Jeram Batu merupakan taman rekreasi aktif iaitu kawasan yang digunakan untuk tujuan melakukan aktiviti yang melibatkan tenaga dan fikiran seperti bersukan, joging, dan sebagainya. Antara komponen pembangunan yang dicadangankan adalah padang bola, gelanggang takraw / ragbi / badminton / tenis / hoki / bola tampar dan lain-lain, kolam renang, kawasan taman & padang permainan kanak-kanak, kawasan berkelah, adventure ground, dewan tertutup, surau dan tempat letak kenderaan. Rajah 2.3.60 : Cadangan Taman Tempatan Rimba Terjun – Jeram Batu Cadangan mountain bike trail Cadangan aktiviti papan luncur dan roller blade Cadangan tapak perkhemahan Cadangan dataran aktivtiti belia Cadangan aktiviti wall climbing Cadangan aktiviti parkour Cadangan Lanskap pintu masuk Cadangan dataran sebagai lokasi baru stadium mini Cadangan Menara tinjau Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-47 Jadual 2.3.25 : Cadangan Taman Tempatan Rimba Terjun – Jeram Batu ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Mukim Rimba Terjun (Pekan Nanas – Bandar Pontian) 28.4 hektar BP DAN BPK BP 7 (BPK 7.3) KOMPONEN CADANGAN Gelanggang sukan, rekreasi sukan lasak, laluan pejalan kaki / trek joging, wakaf, taman permainan kanak-kanak, arca, taman bunga, dataran, tasik, laman layang-layang alat senaman JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman tempatan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 7.728 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 iii. Taman Kejiranan Secara umumnya padang kejiranan berfungsi untuk kegiatan sukan, rekreasi pasif, taman untuk perteduhan, berkelah dan juga untuk tujuan pengindahan bagi kegunaan penduduk di beberapa buah kejiranan. Berdasarkan unjuran yang telah dilakukan, mendapati sebanyak 13 buah taman kejiranan diperlukan untuk menampung keperluan sehingga 2035. Jadual 2.3.26 : Unjuran Taman Kejiranan MUKIM SEDIA ADA 2025 2035 PERTAMBAHAN PENDUDUK 2035 Ayer Masin 0 1 1 1 9,016 Api-api 0 1 1 1 23,840 Ayer Baloi 0 1 1 1 23,337 Benut 2 2 2 0 28,785 Jeram Batu 1 1 2 1 28,624 Pengkalan Raja 0 0 0 0 1,966 Pontian 1 3 4 3 64,130 Rimba Terjun 1 2 3 2 44,388 Serkat 0 1 1 1 9,428 Sungai Karang 0 0 0 0 2,118 Sungai Pinggan 0 1 1 1 13,239 JUMLAH 5 13 16 13 248,873 Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Bagi mencapai keperluan permintaan sehingga 2030, beberapa cadangan taman kejiranan telah dibuat, antara adalah seperti berikut: Cadangan taman kejiranan Pekan Benut Cadangan taman kejiranan Ayer Baloi Cadangan taman kejiranan Kukup – Permas Kechil Cadangan Menaik taraf kemudahan rekreasi Taman Awam Pekan Nanas Antara komponen pembangunan yang boleh dibangunkan di taman kejiranan ini adalah padang bola, gelanggang serbaguna dan tenis bagi kegunaan penduduk setempat. Selain itu, kemudahan sukan lasak yang mampu diuruskan oleh penduduk dan memerlukan kos penyelenggaraan yang rendah juga boleh dibangunkan seperti trek basikal dan gelanggang papan luncur. Jadual 2.3.27 : Cadangan Taman Kejiranan Pekan Benut ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Taman Kejiranan Pekan Benut (2 hektar) BP DAN BPK BP 4 (BPK 4.1) KOMPONEN CADANGAN Laluan siar kaki, padang bola, gelanggang takraw / badminton / tenis/ hoki/ bola tampar, kolam renang, taman permainan kanak-kanak, kawasan berkelah, dewan tertutup, surau tempat letak kereta JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman kejiranan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian Jabatan Pengairan dan Saliran FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-48 Rajah 2.3.61 : Cadangan Taman Kejirananan Pekan Benut PETUNJUK : Lanskap Astaka Laluan pejalan kaki dan trek jogging Jadual 2.3.28 : Cadangan Taman Kejirananan Ayer Baloi ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Taman Kejiranan Ayer Baloi (2 hektar) BP DAN BPK BP 5(BPK 5.1) KOMPONEN CADANGAN Laluan siar kaki / trek jogging, ‘Roller Skate’, gelanggang takraw/ badminton, taman permainan, gerai / kiosk, arca, wakaf, tandas awam, tempat duduk tempat berkelah JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman kejiranan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-49 Rajah 2.3.62 : Cadangan Taman Kejirananan Ayer Baloi Kemudahan tempat letak Kemudahan taman permainan dan tempat berkelah PETUNJUK : Lanskap Astaka Laluan pejalan kaki dan trek jogging Jadual 2.3.29 : Cadangan Taman Kejiranan Kukup – Permas Kechil ASPEK PENERANGAN LOKASI PROJEK DAN KELUASAN Taman Kejiranan Kukup – Permas Kechil (2.4 hektar) BP DAN BPK BP 3 (BPK 3.1) KOMPONEN CADANGAN Gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki, laluan refleksologi, padang terbuka/’dry retention pond’, kawasan senaman luar, medan selera wakaf JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Memenuhi permintaan penduduk terhadap hierarki taman kejiranan TERAS STRATEGIK RMKe-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 1.0 juta Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-50 Ruang Penanam an Kawasan Kediaman Ruang Penana man Tepi Jalan Rajah 2.3.63 : Cadangan Taman Kejiranan Kukup – Permas Kechil PETUNJUK : Lanskap Astaka Laluan pejalan kaki dan trek jogging b) Cadangan Utama Kemudahan Lanskap i. Lanskap Pinggir Jalan Raya Rupa bentuk lanskap di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh sebahagian besar dari keadaan lanskap di pinggir jalan. Tujuan lanskap pinggir jalan di kawasan RTD adalah untuk mewujudkan persekitaran jalan yang menarik dan seragam. Ia dapat memenuhi fungsi sebagai panduan arah, teduhan, lindungan silauan lampu kenderaan, pengadang bunyi, penghalang penglihatan yang tidak menarik dan juga bagi tujuan pengindahan lagi pemandangan. Peningkatan lanskap dicadangkan untuk disediakan di pinggir–pinggir laluan jalan raya sedia ada dan juga jalan-jalan cadangan. Walau bagaimanapun, tumpuan peningkatan lanskap pinggir jalan akan dilakukan di laluan utama kawasan RTD. Jalan-jalan utama tersebut akan dipertingkatkan kemudahan lanskap dengan mewujudkan lanskap lembut yang menarik dan dapat mempertingkatkan imej kawasan RTD. Selain daripada itu, penyelenggaraan yang berterusan ke atas lanskap pinggir jalan ini juga perlulah dilakukan bagi tujuan pengindahan Lanskap yang berterusan. Pemilihan pokok yang dicadangkan adalah mengikut kesesuaian dan mengambil kira pelbagai aspek seperti ketahanan, penjagaan dan lain-lain bagi mengurangkan kos penyelenggaraan. Sebagai contoh, kawasan yang sering berlakunya banjir dicadangkan dengan pokok-pokok yang mempunyai ketahanan daripada banjir seperti 'lagerstromemia flos-reginae' (bugor), 'bauhinia purpurea' (tapak kuda) dan lain-lain. Manakala kemudahan Lanskap kejur juga perlulah diambil kira bagi tujuan pengindahan seperti lampu jalan, papan tanda, tempat menunggu bas dan lain-lain. Jadual 2.3.30 : Cadangan pengindahan Lanskap di Laluan Utama LALUAN UTAMA CADANGAN POKOK Jalan Johor Bahru - Pekan Nanas Mesua ferrea (penaga lilin) Jalan Pekan Nanas - Pontian Tabebuia spectabilis ( tecoma) Jalan Pontian - Kukup Terminalia catappa (ketapang) Jalan Pontian - Ayer Baloi Cinnamomum iners (kayu manis) Jalan Ayer Baloi - Benut Lagerstroemia flos-reginae (bugor) Jalan Benut - Ulu Benut Bauhinia purpurea (tapak kuda) Jalan Parit Panjang - Sedenak Filicium decipinens (kirara payung) Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016 ii. Lanskap Desa Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Peningkatan Suasana Desa dan Alam Persekitaran Lanskap kawasan desa perlu mengutamakan ciriciri pemeliharaan, pemuliharaan dan peningkatan suasana desa dan alam persekitaran setempat. Dicadangkan, pengekalan tanaman sedia ada yang mempunyai nilai-nilai sejarah dan kebudayaan setempat perlu digalakkan bagi tujuan penyelidikan, pembelajaran, estetik, meningkatkan sumber pendapatan, mewujudkan persekitaran semula jadi yang seimbang dan juga dapat mencerminkan identiti sesuatu tempat. Menyediakan Kemudahan Lanskap Lembut dan Kejur yang Mencukupi dan Bersesuaian Bagi tujuan mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa serta menggalakkan aktiviti agro-pelancongan dan eko-pelancongan, kawasan-kawasan petempatan, kawasan perladangan/ dusun dan kawasan hutan semula jadi perlu dipelihara dan diselenggarakan dengan memberi penekanan kepada penyediaan kemudahanCadangan taman permainan kanak-kanak Laluan pejalan kaki dan kawasan berkelah Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-51 kemudahan awam dan asas kepada pengunjung atau pengguna seperti laluan pejalan kaki, pencahayaan, papan tanda dan lain-lain di kawasan-kawasan desa. Walau bagaimanapun, tumpuan peningkatan akan diberikan kepada 7 buah kampung yang mempunyai kepentingan di dalam sektor pelancongan dan sektor petempatan desa iaitu Kampung Permatang Sepam, Kampung Parit Sapran, Kampung Melayu Raya dan Kampung Perpat Timbul, Kampung Parit Makrumi, Kampung Baru Kuala Benut dan Kampung Tampok. Berikut adalah cadangan jenis tanaman yang digalakkan bagi tujuan melanskap kawasan desa iaitu : Menggunakan kombinasi pelbagai jenis saiz dan rupa bentuk tanaman dan menggalakkan penanaman tanaman-tanaman nadir (rare species) bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran. Memilih dan menanam pokok yang bersesuaian dengan spesies asal setempat bagi mewakili ciri-ciri Lanskap kawasan tempatan. Menggalakkan penanaman pokok-pokok buah-buahan, herba, rempah ratus dan juga rumput. Memelihara dan mengekalkan pokok-pokok tempatan yang mempunyai nilai tinggi dari segi agro-pelancongan dan pembelajaran. Kawasan hutan semulajadi hutan paya bakau perlu dipelihara bagi tujuan ekologi dan eko-pelancongan. Memilih tanaman mengikut kesesuaian ciri-ciri topografi, jenis tanah, kebudayaan setempat dan juga dapat menambah sumber pendapatan. iii. Lanskap Kawasan Perumahan Lanskap kawasan perumahan juga perlulah diambil perhatian di dalam mewujudkan tempat kediaman yang selesa dan indah untuk didiami. Antara cadangan-cadangan lanskap bagi kawasan perumahan adalah seperti berikut : Memastikan Penyediaan Kawasan Lapang Berlanskap Di Kawasan-Kawasan Perumahan Mencukupi. Penyediaan kawasan lapang di kawasan-kawasan perumahan akan datang perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu menyediakan 10 peratus kawasan lapang berLanskap daripada keseluruhan kawasan. Kawasan lapang berkenaan perlulah diLanskap dan disediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang bersesuaian. Pertingkatkan Keindahan dan Kemudahan Lanskap Kawasan Perumahan Kawasan-kawasan perumahan perlulah dilanskap dengan menggabungkan lanskap lembut dan kejur yang bersesuaian. Selain daripada itu kemudahan-kemudahan Perabot jalan yang mencukupi juga perlu disediakan. Antara Perabot-Perabot jalan asas yang harus disediakan di kawasankawasan perumahan adalah laluan pejalan kaki, papan tanda, lampu jalan, tempat menunggu bas dan tong sampah. iv. Lanskap Kawasan Industri Pengindahan Kawasan Industri Sedia Ada Lanskap kawasan perindustrian diperlukan khusus bagi mengawal pencemaran udara dan bunyi, mengadang pemandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu dan memperindahkan kawasan perindustrian. Kawasan RTD mempunyai 4 kawasan industri iaitu Taman Perindustrian Pontian, Taman Perindustrian Pontian Maju, Kawasan Perindustrian Pekan Nanas dan Kawasan Perindustrian Tanjung Bin. Manakala Taman Pontian Jaya bukanlah dikategorikan sebagai kawasan industri tetapi bagi tujuan pengindahan lanskap, taman ini telah diambil kira untuk cadangan pengindahan lanskap kawasan industri kerana mempunyai lot-lot industri di sepanjang laluan utama. Menyediakan Kemudahan Zon Penampan Yang Mencukupi Zon penampan disediakan untuk memisahkan aktiviti industri dan aktiviti guna tanah lain seperti perumahan, kemudahan masyarakat dan lain-lain. Penyediaan zon penampan ini perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu 30 meter untuk industri khas dan berat, 20 meter untuk industri sederhana dan 10 meter untuk industri ringan. Kawasan zon penampan ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan (multi-use) seperti taman, tempat letak kenderaan dan sebagainya. Kawasan zon penampan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan (multi use)


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-52 Pemilihan Lanskap Lembut Yang Bersesuaian Dicadangkan langkah mempertingkatkan kemudahan lanskap di kawasan-kawasan industri perlulah dilakukan. Pemilihan pokok-pokok dicadangkan daripada pokok-pokok yang mudah tumbuh, mudah diselenggara dan tahan pencemaran. Berikut adalah cadangan kriteria pemilihan pokok bagi kawasan industri di kawasan RTD : Memilih tanaman yang mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan berair yang dapat membantu proses penyerapan habuk dan penebatan kesan bunyi. Memilih tanaman yang pelbagai jenis, saiz dan rupa bentuk serta mempunyai kadar tumbesaran yang cepat bagi menghasilkan kesan hadangan yang maksimum. Tanaman yang seragam, menarik dan mudah dikenal pasti dari jarak yang jauh, boleh digunakan sebagai penunjuk arah ke sesuatu kawasan. Memilih tanaman yang tahan kepada pendedahan pencemaran. v. Lanskap Kawasan-Kawasan Rekreasi Lanskap kawasan-kawasan rekreasi perlu dipertingkatkan dari masa ke masa bagi mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan menyegarkan serta sesuai untuk aktiviti riadah. Fungsi lanskap hendaklah sesuai dengan pelbagai aktiviti aktif dan pasif yang terdapat di dalam taman rekreasi. Menyediakan Kemudahan Lanskap Lembut Yang Mencukupi dan Pemilihan Pokok-Pokok Yang Menarik dan Bersesuaian Dicadangkan penggunaan elemen lanskap lembut hendaklah diberi keutamaan daripada lanskap kejur. Sekurang-kurangnya 70 peratus adalah daripada ruang taman rekreasi dikekalkan sebagai kawasan hijau dan elemen-elemen Lanskap lembut seperti taman bunga dan laman rumput. Berikut adalah jenis-jenis tanaman yang dicadangkan bagi kawasan RTD iaitu : Jenis tanaman adalah bergantung kepada jenis aktiviti dan kegunaan taman. Secara keseluruhannya kombinasi pelbagai jenis, saiz dan rupa bentuk tanaman adalah diutamakan bagi mewujudkan suasana semula jadi. Jenis tanaman seragam hanya digunakan di kawasan tertentu seperti tempat letak kenderaan dan jalan raya. Memilih pokok-pokok hiasan yang mempunyai silara yang rendang untuk memberikan kemudahan teduhan. Walaubagaimanapun pencabangan yang kurang 3 meter daripada paras tanah hendaklah dipotong. Memilih tanaman yang tidak beracun, berduri dan merbahaya. Memilih pokok-pokok buah-buahan di kawasan-kawasan tertentu. Menyediakan kemudahan lanskap kejur yang mencukupi dan mempunyai reka bentuk menarik. Penggunaan elemen lanskap kejur dan Perabot lanskap seperti plaza, laluan pejalan kaki, air pancut, gazebo dan pergola hendaklah direka bentuk dan digabungkan dengan elemen Lanskap lembut. Ilustrasi Cadangan Meningkatkan Kemudahan Lanskap di Kawasan-Kawasan Rekreasi vi. Penyelenggaraan Yang Berterusan Penyelenggaraan yang berterusan ke atas kemudahan-kemudahan lanskap di kawasan RTD perlulah dilakukan bagi memastikan keindahan kawasan RTD dapat dipelihara sepanjang masa. Berikut adalah program-program penyelenggaraan yang dicadangkan bagi kawasan RTD. Pemilihan Pokok Yang Bersesuaian Selain daripada itu, dicadangkan pemilihan pokok-pokok memberikan keutamaan kepada jenis pokok yang mudah tumbuh, mempunyai ketahanan yang tinggi dan memerlukan penyelenggaraan yang minimum. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kemudahan-kemudahan lanskap berkenaan. Menyediakan Jadual Penyelenggaraan Penjadualan penyelenggaraan disediakan bagi menjadualkan kerja-kerja penyelenggaraan secara teratur dan berkesan. Program ini perlu disediakan dalam bentuk Jadual Penyelenggaraan yang menyenaraikan semua jenis kerja-kerja penyelenggaraan dan kekerapan pelaksanaannya dalam tempoh setahun. Kerja-kerja yang sama akan diulang pada tahun-tahun berikutnya dan jika perlu bolehlah dibuat beberapa pengubahsuaian berdasarkan kematangan pokok atau tanaman.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-53 Pemeriksaan Berjadual Pemeriksaan berjadual ke kawasan penanaman adalah amat penting dan ianya perlu dijalankan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, setiap dua minggu sekali. Semasa lawatan pemeriksaan berJadual ini, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu : Memastikan program penyelenggaraan dipatuhi. Mengesan kesuburan tanaman dan mengenal pasti serangan penyakit. Memastikan keselamatan tanaman dan orang awam (contoh: memastikan daun-daun pokok tidak melindungi papan tanda atau penglihatan). Sistem Pendaftaran Pokok Sistem pendaftaran pokok dilakukan bagi membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan dilakukan. Data mengenai tempat, jenis dan bilangan penanaman yang telah dibuat direkodkan. Rajah 2.3.64 : Cadangan Pembangunan Kemudahan Lanskap PETUNJUK : Kawasan Perumahan • Penyediaan rizab lanskap di kiri dan kanan jalan • Menonjolkan imej lanskap di pinggir jalan melalui penanaman pokok yang seragam dan teratur Cadangan Pintu Gerbang • Penyediaan rizab lanskap di kiri dan kanan jalan • Dilengkapkan dengan Perabot jalan dari reka bentuk yang seragam dan menarik • Penyediaan rizab lanskap di kiri dan kanan jalan • Menonjolkan imej lanskap pinggir dari pokok yang sama • Penyediaan papan tanda dengan reka bentuk yang menarik LANSKAP PEKAN BENUT • Pertingkatkan kualiti Lanskap pekan melalui elemen Perabot jalan dan Perabot Lanskap. • Penyediaan Lanskap kejur dan lembut dengan ‘streetscape’ yang sesuai. LANSKAP PEKAN AYER BALOI • Pertingkatkan kualiti Lanskap pekan melalui elemen Perabot jalan dan Perabot Lanskap. • Pengindahan pinggir sungai Ayer Baloi sebagai kawasan rekreasi. LANSKAP PINTU MASUK • Mewujudkan ‘edges’ yang menarik di pintu masuk utama kawasan RTD. • Menonjolkan imej dan identiti Lanskap melalui elemen reka bentuk Lanskap kejur dan lembut seperti pintu gerbang, arca dan sebagainya. LANSKAP BANDAR PEKAN NANAS • Pengindahan Lanskap pusat bandar dengan pembentukkan imej setempat. • Pertingkatkan kualiti Lanskap bandar melalui elemen Perabot jalan dan Perabot Lanskap. Pekan Nanas “Industrial Gateway” LANSKAP KAWASAN INDUSTRI • Penanaman Lanskap lembut sebagai zon penampan di kawasan industri. • Penyediaan rizab zon penampan mengikut jenis industri. Sungai Peradin “Eco Park” LANSKAP SEMULAJADI • Pengekalan dan pemeliharaan sumberjaya Lanskap semulajadi di kawasan Hutan Rizab Sungai Pulai. Bandar Pontian “Walkable Town” Bandar Kukup “Waterside Town” Taman Rekreasi Tampok Laut “Canal Garden Pulau Pisang “Research Island” Taman Bandar Pontian sebagai Laman Budaya dan Kesihatan “Culture and Healing Park” LANSKAP PEKAN KUKUP - PERMAS KECHIL • Pemeliharaan dan pengidahan Lanskap pinggir pantai dan kawasan pekan. • Mewujudkan kesinambungan antara Lanskap lembut dan kejur bagi menonjolkan imej Bandar Pelancongan. Pulau Pisang • Pengekalan dan pemeliharaan sumberjaya Lanskap semulajadi di kawasan Pulau Pisang. LANSKAP BANDAR PONTIAN • Pengindahan Lanskap pusat bandar dengan pembentukkan imej bandar. • Penonjolan ‘street scape’ bandar terutama di laluan pejalan kaki. • Mengintergrasikan kawasan Taman Rekreasi Tepi Laut - Dataran Perhentian - Taman Rekreasi di Bandar Baru dan Rekreasi Pinggir Sungai Pontian Kechil. Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-54 Rajah 2.3.65 : Cadangan Lanskap 2.3.10 STRATEGI 3.10 : MEWUJUDKAN DAN MEMPERKUKUHKAN IMEJ PUSAT BANDAR YANG LEBIH JELAS DAN BERIDENTITI BERDASARKAN FUNGSI DAN HIERARKI i. Pengukuhan Imej dan Identiti Pusat Bandar Pontian Bandar Pontian merupakan pusat tumpuan utama bagi Daerah Pontian. Pembangunan Bandar Pontian perlu dirancang dengan imej dan identiti bandar yang sesuai. Pembangunan elemen rekabentuk bandar mencerminkan imej, karektor dan identiti yang tersendiri berdasarkan peranan dan fungsi kawasan tersebut. Bandar Pontian memiliki aset pemandangan yang indah dengan kualiti visual yang indah berlatar belakangkan alam semulajadi. (Persisiran Pantai). Dengan karakter dan komponen bandar yang tersedia, dengan kawasan-kawasan hijau dan persekitaran yang menarik, Pusat Bandar Pontian sesuai dibangunkan dengan Imej Bandar Persisir Pantai. Bagi mencapai dan memenuhi imej dan identiti bandar tersebut, beberapa langkah utama yang dikenalpasti ialah : Merancang zon-zon guna tanah bandar dengan fungsi yang jelas. Membina elemen-elemen rekabentuk bandar dan Lanskap yang menarik selaras dengan imej yang dicadangkan dan dapat menonjolkan tema bandar. Melengkapkan komponen perbandaran bagi bandar-bandar tertentu khususnya kawasan rekreasi bandar. Rekabentuk pembangunan ‘infill’ perlu mempunyai kesinambungan reka bentuk dengan bangunan-bangunan bersebelahan seperti dari segi ketinggian, anjakan dan garis mendatar. Mengawal pengalaman visual bersiri bandar dan penyediaan pintu masuk bandar/ daerah. Memelihara bangunan warisan sebagai aset budaya Daerah Pontian. Mewujudkan elemen-elemen tarikan pusat bandar (Kompleks Perniagaan, Taman Bandar dan Terminal Kenderaan Bersepadu) dan menaik taraf komponen sedia ada bagi meningkatkan aktiviti dan tumpuan orang ramai di pusat bandar. Cadangan pembangunan semula : kawasan-kawasan yang bercanggah aktiviti bangunan, bangunan yang buruk dan tapak tanah kosong yang terbiar. Memperkemas pembangunan rumah kedai sedia ada perlu di pusat bandar sedia ada dengan penyediaan jalan susur, tempat letak kenderaan dan Lanskap. Menggalakkan penyusunan semula tempat niaga informal di kawasan khas dan bersesuaian di pusat bandar. Kawalan nisbah plot dan densiti pembangunan dapat memelihara elemen yang menyumbang kepada imej Bandar Sejahtera selain menentukan corak dan fabrik bandar supaya lebih terancang dan tersusun. Pembangunan medan selera dan open café sebagai tumpuan aktiviti perniagaan di pusat bandar. Ia merupakan elemen sokongan sosial yang menepati keperluan masyarakat dan gaya hidup moden yang eksklusif. Rekabentuk bangunan dan komponen lanskap kejur bercirikan Bandar Persisir Pantai. ii. Pengindahan dan Peningkatan Imej Bandar Pusat Bandar Pontian Perancangan pusat Bandar Pontian masa hadapan akan dibuat berdasarkan prinsip pengukuhan pusat bandar semasa (pembangunan semula, pembangunan baru dan pemeliharaan) dan peningkatan aspek rekabentuk bandar (mercu tanda, nodus, elemen Lanskap dan vista). Perancangan pembangunan semula mengambilkira pembangunan baru infrastruktur seperti lebuhraya, penaiktarafan jalan dan pembinaan jalan-jalan baru. Ini dapat memastikan persekitaran rekabentuk bandar yang menarik selaras dengan peranan fungsi bandar yang dirancang. Jadual 2.3.31 : Cadangan-Cadangan Utama Reka bentuk Bandar CADANGANCADANGAN UTAMA JUSTIFIKASI CADANGAN PROJEK Peningkatan imej dan Struktur bandar Menentukan zon guna tanah bandar. Menentukan komponen perbandaran mencukupi bagi menampung keperluan bandar sempurna dan lengkap. Pintu gerbang dan arca. Pengindahan laluan masuk utama. Sumber : Kajian Sektor Kawasan Lapang, Rekreasi dan Lanskap, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-55 Peningkatan identiti pusat bandar Setiap bandar mempunyai unsur-unsur bandar dan aset semula jadi yang dapat mewujudkan imej. Menambah dan memperbaiki laluan, tepian @ pinggiran, Nodus, Kawasan dan Mercu tanda. Peningkatan tema setempat dan pengukuhan fungsi dan hierarki bandar Mewujudkan tema bagi bandar-bandar utama; a) Pontian – Bandar Pinggir Pantai (Coastal Town). b) Pekan Nanas – Bandar Industri Dalam Taman. c) Benut – Bandar Agrotani d) Permas Kechil/ Kukup – Bandar Pelancongan Membina elemen-elemen yang dapat menonjolkan tema bandar. Melengkapkan komponen perbandaran bagi bandar-bandar tertentu khususnya kawasan rekreasi bandar. Cadangan Institusi kerajaan di Benut. Cadangan rekreasi : - Permas Kechil/ Kukup, Ayer Baloi, Serkat, Kayu Ara Pasong, Parit Sikom, Sanglang dan Tampok. Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 iii. Imej dan Struktur Bandar Bandar Pinggir Pantai (Coastal Town) merupakan tema utama Bandar Pontian dan tema ini bermaksud pembangunan bandar Pontian akan : Digalakkan berhadapan air (waterfront development), Menjadikan pantai dan sungai sebagai mercu tanda, dan Aktiviti perbandaran akan diintegrasikan dengan elemen rekreasi berasaskan air. Bagi mencapai imej ini, Bandar Pontian dizonkan kepada beberapa kawasan seperti Jadual 2.3.32. Tujuan pembahagian zon pembangunan adalah untuk mengatur struktur guna tanah dan memperkukuhkan komponen perbandaran Bandar Pontian. Jadual 2.3.32 : Cadangan Pengezonan Bandar Pontian ZON LOKASI IDENTITI i. Perniagaan Utama Jalan Taib, Jalan Bakek dan Sekitar Pelbagai aktiviti perniagaan dan perkhidmatan. Susunan bangunan dengan penyediaan ruang pejalan kaki yang lebar dan berterusan di hadapan bangunan ii. Sivik dan Kebudayaan Dalam lingkungan jalan Alsagof dan Jalan Pantai daripada Stadium, Dataran Pontian hingga Dewan Jubli Intan, Bangunan awam dikekal dan dipulihara. Dataran diperlengkap dengan komponen rekreasi. iii. Kediaman Di dalam lingkaran luar Kediaman asal dikekalkan. Bandar bandar Pontian dan jalan sekolah Arab. Jalan-jalan dipertingkatkan dengan siar kaki selebar minima 1 m. iv. Keagamaan dan Kemudahan Masyarakat Masjid, Balai Polis, Hospital dan Sekolah. Bangunan awam dipulihara dan di naik taraf. v. Pentadbiran dan Institusi Kerajaan Pejabat Daerah, Majlis Daerah Pusat pentadbiran bagi Daerah Pontian vi. Pusat Membeli Belah Pontian Plaza. Cadangan pembangunan kompleks membeli belah, hotel dan apartmen. vii. Sukan dan Rekreasi Taman Awam Tepi Laut, Dataran Perhentian Pusat tumpuan aktiviti sukan dan rekreasi. viii.Pembangunan Pesisir Pantai dan Sungai (zon perniagaan baru) Kawasan pusat perdagangan Pontian. Pusat komersial, plaza awam, kompleks pengangkutan dan perdagangan dan kawasan rekreasi menghadap selat melaka. Pelan susun atur perlu menyediakan laluan pejalan kaki, ‘scenic road’, jambatan kedua Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 iv. Cadangan-Cadangan Utama Peningkatan Imej Reka Bentuk Bandar dan Lanskap Pusat Bandar Pontian a) Cadangan Penambahbaikan Ameniti di Pusat Bandar Lama Pontian Terdapat pelbagai elemen ameniti bandar yang boleh dilihat di sekitar pusat bandar. Antaranya ialah papan tanda, tong sampah, laluan pejalan kaki, tempat duduk, tempat menunggu bas / teksi, lintasan zebra (zebra crossing), jejantas, kemudahan orang cacat, lampu, telefon awam dan sebagainya. Penyediaan ameniti yang berkualiti adalah perlu bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan di pusat bandar. Penambahbaikan ameniti dicadangkan dikeseluruhan pusat bandar terutamanya di laluan pejalan kaki, kawasan tumpuan utama dan di pesisir sungai. Justifikasi Sistem ameniti bandar terutamanya papan tanda, tong sampah, tempat duduk dan lampu jalan / hiasan perlu ditambah di pusat bandar untuk memberi kemudahan kepada pengguna. Keadaan sedia ada menunjukkan sistem laluan pejalan kaki adalah tidak menyeluruh dan hanya tertumpu di kawasan tumpuan orang ramai sahaja. Penyediaan lintasan zebra (zebra crossing) perlu ditambah untuk memberi keselesaan serta keselamatan kepada pengguna terutamanya pejalan kaki. Bagi lanskap di dalam kawasan rizab jalan di bawah laluan kemudahan utiliti lanskap yang dibangunkan perlulah sesuai dan tidak mempunyai binaan kekal di


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-56 atasnya untuk memudahkan proses penyelenggaraan atau pembaikan utiliti. Lanskap dihadkan kepada tanaman sesuai seperti pokok-pokok renek dan penutup bumi. Permukaan laluan kemudahan utiliti boleh menempatkan : Ruang siarkaki / laluan basikal. Ruang lanskap. Jaluran zon penampan. Komponen pembangunan Papan tanda Tong sampah Tempat duduk Lampu jalan dan lampu hiasan Lintasan zebra (zebra crossing) Jadual 2.3.33 : Langkah dan Garis Panduan Pelaksanaan PERKARA LANGKAH / GARIS PANDUAN Papan Tanda Jalan Penyediaan papan tanda adalah perlu terutamanya ke kawasan tumpuan orang ramai sepeti pasar awam serta ke kawasan-kawasan institusi. Dicadangkan penyediaan papan tanda ini perlu diselaras dari segi reka bentuk, ketinggian serta kelebarannya. Tong Sampah Penyediaan tong-tong sampah adalah perlu terutamanya di sepanjang laluan pejalan kaki yang sedia ada dan cadangan laluan. Dicadangkan tong-tong sampah ini disediakan setiap 100 meter di laluan pejalan kaki. Tempat Duduk Tempat duduk untuk pengguna juga adalah penting dalam aktiviti riadah. Dicadangkan setiap laluan pejalan kaki disediakan tempat duduk setiap 100 meter dan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di kawasan cadangan ‘semi pedestrian walk’ dan di kawasan ‘Riverfront’. PERKARA LANGKAH / GARIS PANDUAN Lampu Jalan Lampu-lampu jalan perlu disediakan di sepanjang jalan di pusat bandar dan tidak hanya menyediakan di kawasan tumpuan sahaja. Dicadangkan penyediaan lampu jalan di kawasan pemeliharaan ini diselaraskan daripada segi reka bentuknya. Lampu Hiasan Penyediaan lampu hiasan adalah penting terutamanya di kawasan laluan pejalan kaki, di kawasan cadangan ‘semi pedestrian walk’ dan di kawasan cadangan ‘Riverfront’. Lintasan zebra (zebra crossing) Cadangan lintasan zebra (zebra crossing) di pusat bandar untuk memberi kemudahan dan keselamatan kepada pejalan kaki. Dicadangkan lintasan zebra berlampu isyarat dan tidak berlampu isyarat Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 v. Cadangan ‘Entrance Remark’ di Laluan Utama Menuju ke Pusat Bandar Pontian Kechil Sempadan sebuah pusat bandar merupakan pandangan pertama mengenai imej sesuatu tempat tersebut. Dalam hal ini tiada satu entrance statement yang jelas untuk menggambarkan Pusat Bandar Pontian itu sendiri untuk ditonjolkan kepada pengunjung yang datang ke bandar ini. Peletakan mercu tanda pada pintu masuk melalui jalan raya ke Daerah Pontian akan dapat memastikan tidak wujud kekeliruan terhadap identiti lokasi terutamanya yang melibatkan sempadan (rujuk Jadual 2.3.34). Jadual 2.3.34 : Cadangan ‘Entrance Remark’ di Laluan Utama PERKARA HURAIAN LOKASI Laluan masuk utama ke Bandar Pontian Kechil. BP DAN BPK BP1 (BPK1.1), JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Peletakan ’Entrance Remark’ adalah bertujuan untuk memberikan kesan ’Sense of Welcoming’ kepada pengunjung yang datang ke Bandar Pontian Kechil. Ia berfungsi sebagai penanda dan mercu tanda kepada pengunjung yang datang ke Bandar Pontian Kechil yang akan mewujudkan perasaan ketibaan. Tong-tong sampah dicadangkan di setiap 100 meter di laluan pejalan kaki dan kawasan tumpuan penduduk Antara cadangan bangku di ‘Riverfront’ Kemudahan tempat duduk dicadangkan di setiap 100 meter di laluan pejalan kaki dan kawasan tumpuan penduduk Antara jenis lampu yang dicadangkan laluan pejalan kaki, ‘semi pedestrian mall’ dan di ‘Riverfront’. Lintasan zebra adalah penting untuk keselamatan pejalan kaki


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-57 KOMPONEN PEMBANGUNAN Pintu Gerbang yang Beridentitikan Tempatan. Lanskap Lembut dan Kejur di Kiri dan Kanan Jalan. Perabot jalan. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 vi. Cadangan Pengindahan Lanskap Kiri dan Kanan Laluan Utama di Pusat Bandar Pontian Kechil Cadangan pengindahan lanskap ini penting bagi menjamin keselesaan pengunjung terutama pejalan kaki dan pengguna kenderaan bermotor dengan elemen pokok dan Perabot jalan turut perlu dimasukkan dalam cadangan ini. Jadual 2.3.35 : Cadangan Pengindahan Lanskap Kiri dan Kanan Laluan Utama PERKARA HURAIAN LOKASI Laluan utama ke Bandar Pontian Kechil. BP DAN BPK BP1 (BPK1.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Cadangan ini melibatkan cadangan lanskap di rizab pinggir jalan, pembahagi jalan serta kawasan yang mempunyai Lanskap yang terhad serta tiada keseragaman namun masih berpotensi untuk menambahbaik lanskap. Laluan pejalan kaki berpotensi dibina di atas rizab utiliti seperti parit dan sebagainya. KOMPONEN PEMBANGUNAN Lanskap Kejur - mempunyai karektor seni bina identiti tempatan khususnya Kota Iskandar, Lanskap kejur yang berfungsi dan mudah untuk diselenggara. Contoh; corak dan motif terpilih pada permukaan turapan, kekotak bunga dan lampu pejalan kaki. Lanskap lembut – pemilihan pokok yang tepat yang tahan lasak dan memberikan teduhan. Selain itu, penggunaan tumbuhan pasu dan bermusim serta mudah ditukar, pemilihan pokok yang boleh tumbuh dikawasan sempit. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta vii.Cadangan Pembaikan Persimpangan Jalan Utama di Pusat Bandar Pontian Kechil Cadangan pembaikan persimpangan ini penting bagi menjamin keselesaan pengunjung terutama pejalan kaki dan pengguna kenderaan bermotor dengan elemen pokok dan Perabot jalan turut perlu dimasukkan dalam cadangan ini. Jadual 2.3.36 : Cadangan Pembaikan Persimpangan Jalan Utama PERKARA HURAIAN LOKASI Persimpangan utama ke Bandar Pontian Kechil. BP DAN BPK BP1 (BPK1.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Pembaikan persimpangan utama di pusat bandar Pontian Kechil yang akan ditingkatkan imej persimpangannya. Persimpangan-persimpangan ini menjadi laluan utama kenderaan yang menghala ke selatan dan utara pusat bandar Pontian Kechil . KOMPONEN PEMBANGUNAN Laluan Pejalan Kaki dan Berbasikal. Lanskap Kejur - mempunyai karektor seni bina identiti tempatan, berfungsi dan mudah untuk diselenggara. Contoh; corak dan motif terpilih pada permukaan turapan, kekotak bunga dan lampu pejalan kaki. Lanskap Lembut.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-58 TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Ilustrasi keratan rentas laluan pejalan kaki di sepanjang laluan kiri dan kanan yang ditingkatkan lanskapnya. lustrasi Bandar Pontian sebagai Bandar Mesra Pejalan Kaki Ilustrasi bagi cadangan pengindahan persimpangan utama di Pusat Bandar Pontian Kechil


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-59 viii. Pengukuhan Imej dan Identiti Pusat Bandar Pekan Nanas Cadangan reka bentuk bandar dan bangunan bagi Pekan Nanas akan merangkumi 3 aspek bandar utama iaitu : Pembentukan Imej dan Struktur Bandar melalui Konsep Pembangunan Bandar. Peningkatan identiti pusat bandar melalui Penekanan Aspek Reka bentuk Pusat Bandar. Peningkatan tema setempat dan pengukuhan fungsi dan hierarki bandar. a) Imej dan Struktur Bandar Bandar Pekan Nanas merupakan bandar industri bagi kawasan RTD. Bersesuaian dengan ini, imej perbandaran yang akan ditonjolkan di sini merupakan imej kawasan perindustrian dalam taman. Komponen utama bandar yang dicadang adalah Pusat Pemasaran Hasil Industri khususnya makanan dan Perabot bagi mengukuhkan imej Bandar Industri. Setiap pintu masuk dan laluan masuk utama ke bandar memerlukan pengindahan dan penambahan arca bagi menarik identiti bandar Pekan Nanas. Terdapat 3 pintu masuk utama ke bandar Pekan Nanas; Dari Johor Bahru (cadangan pintu gerbang dan pengindahan Lanskap). Dari Bandar Pontian (cadangan arca dan pengindahan Lanskap). Dari Parit Adnan (cadangan arca dan pengindahan Lanskap). Terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti di bandar ini sebagai zon industri, maka penyusunan struktur bandar perlu diberi perhatian agar bandar ini dapat mencapai imej Bandar Industri Dalam Taman. b) Garis Panduan Khusus Bagi membentuk imej ‘Bandar Industri Dalam Taman’, garis panduan khusus yang akan diguna pakai adalah seperti Garis Panduan Khusus Seni reka Bangunan dan Elemen Bandar. Jadual 2.3.37 : Garis Panduan Reka bentuk Bangunan ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK SEMUA Reka bentuk bangunan pembangunan infill Kesinambungan reka bentuk fasad hadapan ‘Free Standing Building’ Ciri-ciri seni bina menarik dan berkarektor tempatan. Karakter bangunan/ fasad bangunan Karakter bangunan dan Perabot jalan berbentuk seni bina limas bugis. Bumbung/ latar langit Bumbung bangunan berbentuk ‘gable/ hip roof’ atau stail seni bina limas. Bangunan rumah kedai mesti bervarendah 5 kaki. Warna bangunan Mengikut RT Bandar Pontian – Pekan Nanas. Ketinggian bangunan Maksima 2 – 3 tingkat. Orientasi bangunan Utara selatan atau menghadap jalan. Muka hadapan Menghadap jalan utama dan persimpangan. Anjakan bangunan Penyediaan ruang pejalan kaki selebar 5 – 6 kaki dari sempadan plot menjadi anjakan bangunan. Anjakan hadapan Mempunyai varenda minima 5 kaki. Papan iklan Ketinggian tidak melebihi dan ketinggian bangunan kecuali di kawasan lapang. Reka bentuk mencerminkan budaya tempatan. Bahasa melayu diwajibkan. Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 c) Peningkatan identiti pusat bandar melalui penekanan aspek reka bentuk pusat bandar Pekan Nanas Bagi mencapai imej ‘Bandar Industri’, bandar ini melalui program pemulihan pusat bandar, ciri-ciri mercu tanda, elemen pintu masuk, Perabot bandar dan siar kaki perlu dipertingkatkan selain mencadangkan beberapa kawasan kawalan bandar. Jadual 2.3.38 : Penekanan Aspek Reka bentuk Pusat Bandar ASPEK TINDAKAN LOKASI Pengekalan bangunan Mengekalkan keadaan asal pembangunan semasa adalah baik dari segi fizikal dan lokasi. Pusat bandar Kawasan pembangunan baru secara infill Mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan yang telah ditetapkan. Pusat bandar Kawasan Pembangunan Semula / Pembaikan Pemulihan sifat dan rupa fizikal bangunan sedia ada dengan lebih terancang dan mengikut zon pembangunan ditetapkan. Sesetengah kawasan hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk bangunan dan persekitaran supaya lebih menarik. Penyusunan semula kedai-kedai lama. Kawasan rumah kedai lama dan buruk Pengindahan Pusat Bandar Berdasarkan imej ‘Bandar Industri’. Penyediaan pusat pemasaran hasil industri Dataran sedia ada perlu dipertingkatkan. Dalam kawasan perniagaan. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan Penyediaan laluan pejalan kaki berLanskap menghubungkan titik tumpuan aktiviti antara kawasan kemudahan. Pengindahan arca dan mercu tanda sedia ada dan cadangan mercu tanda baru. Masjid - pasar - pasaraya dan kawasan perkedaian. Aktiviti Tidak Formal Aktiviti gerai ini telah dikhususkan di tempat yang disediakan. Kiri dan kanan jalan dan antara ruang bangunan Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-60 d) Garis Panduan Khusus Peningkatan Identiti Bandar Rujuk Jadual 2.3.39 berikut untuk garis panduan khusus peningkatan identiti bandar untuk Pekan Nanas. Jadual 2.3.39 : Garis panduan khusus adalah memberi penekanan kepada rupa bentuk elemen bandar ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK SEMUA Laluan pejalan kaki Mesti berkesinambungan dan berterusan Mempunyai lintasan pejalan kaki. Laluan pejalan kaki di sepanjang jalan utama dengan kelebaran minima 5-6 kaki. Elemen pintu masuk Pembinaan papan tanda masuk ke bandar dan keluar dari sini boleh dibina dengan bercerminkan identiti limas dan identiti bandar industri dalam taman. Tanda kesampaian Diturap dengan berlainan corak sebagai tanda kesampaian bandar. Di persimpangan Pembinaan bangunan di persimpangan secara tiga dimensi (corner building atau plaza). Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 e) Garis Panduan Khusus Peningkatan Sikap Bandar Rujuk Jadual 2.3.40 berikut untuk garis panduan khusus peningkatan sikap bandar untuk Pekan Nanas. Jadual 2.3.40 : Garis panduan Skap Bandar ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK PUSAT BANDAR Lanskap Lanskap di sepanjang jalan utama dan laluan pejalan kaki serta di tempat tumpuan awam. Lanskap jalan jenis rural Diintegrasi dengan jalan utama ke kawasan perkampungan dengan membuat laluan pejalan kaki selari dengannya. Berkesinambungan dengan pembangunan sekitar. Perabot Jalan Papan tanda yang menarik dan menonjol. Lampu jalan yang menarik seperti elemen menyambut tetamu ke sesuatu tempat. Lampu jalan Di sepanjang jalan utama, kawasan tumpuan awam dan laluan pejalan kaki. Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 f) Cadangan Pembangunan Legaran Rakyat di Pekan Nanas Cadangan pembangunan infill Legaran Rakyat adalah bertujuan untuk mewujudkan satu lagi nodus baru dalam Pekan Nanas yang bakal dilihat menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli-belah, bekerja, berekreasi dan sebagainya (rujuk Jadual 2.3.41). Jadual 2.3.41 : Cadangan Pembangunan Legaran Rakyat di Pekan Nanas PERKARA HURAIAN LOKASI Jalan Besar, Pekan Nanas. BP DAN BPK BP2 (BPK2.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Cadangan Semi-Pedestrian Street yang akan memberikan keutamaan kepada pejalan kaki berbanding kenderaan. Laluan Jalan Besar akan dibaikpulih dengan penyediaan ameniti dan Perabot jalan yang lebih menumpukan kepada keselesaan pejalan kaki. Kawasan ini akan mewujudkan kepelbagaian aktiviti dan interaksi dengan penyediaan cadangan Legaran Pekan Nanas ini. KOMPONEN PEMBANGUNAN Lanskap Kejur - mempunyai karekter seni bina identiti tempatan, berfungsi dan mudah untuk diselenggara. Contoh; corak dan motif terpilih pada permukaan turapan, kekotak bunga dan lampu pejalan kaki. Lanskap Lembut - pemilihan pokok yang tepat yang tahan lasak dan memberikan teduhan. Selain itu, penggunaan tumbuhan pasu dan bermusim serta mudah ditukar, pemilihan pokok yang boleh tumbuh dikawasan sempit. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 Pada waktu siang kawasan ini akan berfungsi sebagai kawasan perniagaan dan pada malamnya akan berfungsi sebagai bazar.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-61 lustrasi Pekan Nanas sebagai Bandar Industrial Gateway g) Cadangan Pembangunan Semula Kawasan Industri Hijau Di Pekan Nanas Cadangan pembangunan semula kawasan industri di Pekan Nanas dilihat menjadi pemacu dalam pengimplimentasian cadangan penggunaan Panel Solar di kawasan industri dilihat selaras dengan konsep Industri Hijau yang ditekankan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar. Jadual 2.3.42 : Cadangan Pembangunan Semula Kawasan Industri Hijau Di Pekan Nanas PERKARA HURAIAN LOKASI Jalan Besar, Pekan Nanas. BP DAN BPK BP2 (BPK2.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Kawasan pembangunan semula merupakan kawasan-kawasan perindustrian lama yang memberikan imej yang kurang menarik. Kawasan-kawasan ini boleh dicadangkan sebagai kawasan industri moden dan kawasan perdagangan dan perniagaan baru. Komponen pembangunan yang akan ditumpukan adalah kepada pengindahan Lanskap dalam mencapai identiti Pekan Nanas ke arah Bandar Industri Sejahtera. KOMPONEN PEMBANGUNAN Lanskap lembut – pemilihan pokok yang bersesuaian yang mampu memberikan teduhan namun tidak melindungi pandangan hadapan bangunan. Pencahayaan – lampu hiasan bertiang untuk kegunaan laluan pejalan kaki. Perabot jalan – kemudahan di kawasan laluan pejalan kaki dan basikal di kawasan ini amat penting demi menjamin keselamatan dan keselesaan. Kerusi taman, papan tanda berpeta, dataran awam dan kekotak tanaman. Pengimplimentasian sumber tenaga solar dalam setiap bangunan yang dibangunkan bagi ke arah pembangunan lestari. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 Ilustrasi kawasan perindustrian yang berkonsepkan Industri Hijau.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-62 ix. Pengukuhan Imej dan Identiti Permas Kechil - Kukup Cadangan reka bentuk bandar dan bangunan bagi Permas Kechil - Kukup akan merangkumi 3 aspek bandar utama iaitu : Pembentukan Imej dan Struktur Bandar melalui Konsep Pembangunan Bandar. Peningkatan identiti pusat bandar melalui Penekanan Aspek Reka bentuk Pusat Bandar. Peningkatan tema setempat dan pengukuhan fungsi dan hierarki bandar. a) Imej dan Struktur Bandar Permas Kechil - Kukup merupakan bandar pelancongan bagi kawasan RTD. Bersesuaian dengan ini, imej perbandaran yang akan ditonjolkan di sini merupakan imej kawasan Taman Negara Pulau Kukup dan Tapak Ramsar. Komponen utama bandar yang dicadang adalah Pusat Pemasaran Hasil Pelancongan khususnya makanan laut, cenderamata dan perhotelan bagi mengukuhkan imej Bandar Pelancongan. Setiap pintu masuk dan laluan masuk utama ke bandar memerlukan pengindahan dan penambahan arca bagi menarik identiti bandar Permas Kechil - Kukup. b) Garis Panduan Khusus Bagi membentuk imej ‘Bandar Pelancongan’, garis panduan khusus yang akan diguna pakai adalah seperti Garis Panduan Khusus Seni Reka Bangunan dan Elemen Bandar. Jadual 2.3.43 : Garis Panduan Reka bentuk Bangunan ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK SEMUA Reka bentuk bangunan pembangunan ‘infill’ Kesinambungan reka bentuk fasad hadapan ‘Free Standing Building’ Ciri-ciri seni bina menarik dan berkarektor tempatan. Karakter bangunan/ fasad bangunan Karakter bangunan dan Perabot jalan berbentuk seni bina limas bugis. Bumbung/ latar langit Bumbung bangunan berbentuk ‘gable/ hip roof’ atau stail seni bina limas. Bangunan rumah kedai mesti bervarendah 5 kaki. Warna bangunan Mengikut RT Bandar Pontian – Permas Kechil - Kukup. Ketinggian bangunan Maksima 2 – 3 tingkat. Orientasi bangunan Utara selatan atau menghadap jalan. Muka hadapan Menghadap jalan utama dan persimpangan. Anjakan bangunan Penyediaan ruang pejalan kaki selebar 5 – 6 kaki dari sempadan plot menjadi anjakan bangunan. Anjakan hadapan Mempunyai veranda minima 5 kaki. Papan iklan Ketinggian tidak melebihi dan ketinggian bangunan kecuali di kawasan lapang. Reka bentuk mencerminkan budaya tempatan. Bahasa melayu diwajibkan. Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 c) Peningkatan identiti pusat bandar melalui penekanan aspek reka bentuk Permas Kechil – Kukup Bagi mencapai imej ‘Bandar Pelancongan’, bandar ini melalui program pemulihan pusat bandar, ciri-ciri mercu tanda, elemen pintu masuk, Perabot bandar dan siar kaki perlu dipertingkatkan selain mencadangkan beberapa kawasan kawalan bandar. Jadual 2.3.44 : Penekanan Aspek Reka bentuk Pusat Bandar ASPEK TINDAKAN LOKASI Pengekalan bangunan Mengekalkan keadaan asal pembangunan semasa adalah baik dari segi fizikal dan lokasi. Pusat bandar Kawasan pembangunan baru secara ‘infill’ Mengikut zon guna tanah dan kawalan pembangunan yang telah ditetapkan. Pusat bandar Kawasan Pembangunan Semula / Pembaikan Pemulihan sifat dan rupa fizikal bangunan sedia ada dengan lebih terancang dan mengikut zon pembangunan ditetapkan. Sesetengah kawasan hanya memerlukan pembaikan rupa bentuk bangunan dan persekitaran supaya lebih menarik. Penyusunan semula kedai-kedai lama. Kawasan rumah kedai lama dan buruk Pengindahan Pusat Bandar Berdasarkan imej ‘Bandar Industri’. Penyediaan pusat pemasaran hasil industri Dataran sedia ada perlu dipertingkatkan. Dalam kawasan perniagaan. Pandangan Rupa Bandar dan Keselesaan Penyediaan laluan pejalan kaki berLanskap menghubungkan titik tumpuan aktiviti antara kawasan kemudahan. Pengindahan arca dan mercu tanda sedia ada dan cadangan mercu tanda baru. Masjid - pasar - pasaraya dan kawasan perkedaian. Aktiviti Tidak Formal Aktiviti gerai ini telah dikhususkan di tempat yang disediakan. Kiri dan kanan jalan dan antara ruang bangunan Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 d) Garis Panduan Khusus Peningkatan Identiti Bandar Jadual 2.3.45 : Garis panduan khusus adalah memberi penekanan kepada rupa bentuk elemen bandar ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK SEMUA Laluan pejalan kaki Mesti berkesinambungan dan berterusan Mempunyai lintasan pejalan kaki. Laluan pejalan kaki di sepanjang jalan utama dengan kelebaran minima 5-6 kaki. Elemen pintu masuk Pembinaan papan tanda masuk ke bandar dan keluar dari sini boleh dibina dengan bercerminkan identiti limas dan identiti bandar industri dalam taman. Tanda kesampaian Diturap dengan berlainan corak sebagai tanda kesampaian bandar. Di persimpangan Pembinaan bangunan di persimpangan secara tiga dimensi (corner building atau plaza). Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-63 e) Garis Panduan Khusus Peningkatan Sikap Bandar Jadual 2.3.46 : Garis panduan Sikap Bandar ZON PERKARA GARIS PANDUAN REKA BENTUK PUSAT BANDAR Lanskap Lanskap di sepanjang jalan utama dan laluan pejalan kaki serta di tempat tumpuan awam. Lanskap jalan jenis rural Diintegrasi dengan jalan utama ke kawasan perkampungan dengan membuat laluan pejalan kaki selari dengannya. Berkesinambungan dengan pembangunan sekitar. Perabot Jalan Papan tanda yang menarik dan menonjol. Lampu jalan yang menarik seperti elemen menyambut tetamu ke sesuatu tempat. Lampu jalan Di sepanjang jalan utama, kawasan tumpuan awam dan laluan pejalan kaki. Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 f) Cadangan Peningkatan Imej Fizikal Pekan Permas Kechil Keseluruhan Cadangan utama bagi cadangan peningkatan imej fizikal Permas Kechil adalah seperti berikut : Jadual 2.3.47 : Cadangan Pembangunan Semula kawasan Perniagaan Permas Kechil PERKARA HURAIAN LOKASI Sebahagian Lot 674, 675, 676, 677, 678, 679,b 3140, 1514 dan 2202 , Permas Kechil. BP DAN BPK BP3 (BPK3.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Membangunkan semula lot bangunan rumah kedai yang berstruktur tidak kekal dan buruk / sederhana. Menyeragamkan warna cat bangunan. Menggunakan struktur bahan binaan yang kekal tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. KOMPONEN PEMBANGUNAN 56 unit lot rumah kedai 2 tingkat (22’ x 70’). Lanskap kejur dan lembut. Pecahayaan. Tempat letak kereta. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 Jadual 2.3.48 : Cadangan Pusat Pemasaran IKS dan Produk Pelancongan PERKARA HURAIAN Lokasi Sebahagian Lot 672, Permas Kechil. BP DAN BPK BP3 (BPK3.1), Justifikasi Pembangunan Menggalakkan kedatangan pelancong ke Permas Kechil. Membantu meningkatkan ekonomi penduduk melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan. Memperkenalkan produk-produk pelancongan yang dihasilkan oleh penduduk di sekitar kawasan RKK terutama kepada pelancong. Komponen Pembangunan 1lot rumah bangunan. Lanskap kejur dan lembut. Pencahayaan. Tempat letak kereta. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-64 Jadual 2.3.49 : Cadangan Kiosk di ‘Lay-Bay’ PERKARA HURAIAN Lokasi Permas Kechil. BP DAN BPK BP3 (BPK3.1) Justifikasi Pembangunan Mewujudkan aktiviti tidak formal seperti penjaja di atas lot kawasan yang dibenarkan. Mewujudkan ‘Sense of Belonging’ kepada pengunjung yang datang terutama pelancong yang singgah untuk ke Pulau Kukup. Komponen Pembangunan 1 lot bangunan yang mengandungi 5 unit gerai / kiosk ( 4m x 5m ). Lanskap lembut – pemilihan pokok yang bersesuaian yang mampu memberikan teduhan namun tidak melindungi pandangan hadapan bangunan. Pencahayaan – lampu hiasan bertiang untuk kegunaan laluan pejalan kaki. Perabot jalan – kemudahan di kawasan laluan pejalan kaki dan basikal di kawasan ini amat penting demi menjamin keselamatan dan keselesaan. Kerusi taman, papan tanda berpeta, dataran awam dan kekotak tanaman. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016 Sumber : RKK Permas Kechil - Kukup g) Cadangan Peningkatan Imej Fizikal Pekan Kukup Keseluruhan Cadangan utama bagi cadangan peningkatan imej fizikal Kukup adalah seperti berikut : Jadual 2.3.50 : Cadangan Pembangunan Semula kawasan Perniagaan Kukup PERKARA HURAIAN LOKASI Pekan Kukup. BP DAN BPK BP3 (BPK3.1), JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Membangunkan semula lot bangunan rumah kedai yang berstruktur tidak kekal dan buruk / sederhana. Mewujudkan satu titik tumpuan bagi menggambarkan identiti Bandar Pelancongan. Menyeragamkan warna cat bangunan. Menggunakan struktur bahan binaan yang kekal tetapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional sebagai nilai tambah dan daya tarikan pelancongan. Bangunan berbentuk ‘double frontage’ agar pengunjung dapat menikmati keindahan laut melaui board walk yang akan dicadangkan. KOMPONEN PEMBANGUNAN 25 unit lot rumah kedai 2 tingkat (22’ x 70’) jenis ‘double frontage’. Lanskap kejur dan lembut. Pecahayaan. Tempat letak kereta. TERAS STRATEGIK Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-65 RMKE-11 AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : RKK Permas Kechil - Kukup Contoh Cadangan Pembangunan Rumah Kedai Pekan Kukup Jadual 2.3.51 : Cadangan Arca, Pintu Gerbang dan Menara Jam di Pekan Kukup PERKARA HURAIAN Lokasi Pekan Kukup. BP DAN BPK BP3 (BPK3.1), Justifikasi Pembangunan Cadangan Pintu Gerbang akan mewujudkan Sense of Welcoming ke Pekan Kukup dan turut akan menjadi satu elemen vista yang menarik. Cadangan Menara Jam pula dilihat dapat mewujudkan satu mercu tanda baru yang menarik di Pekan Kukup dan juga merupakan salah satu elemen Lanskap yang menjadi daya tarikan kepada pelancong. Cadangan Arca akan mewujudkan satu identiti / imej Pekan Kukup itu sendiri melaluai penonjolan elemen air pancut. Komponen Pembangunan Pintu gerbang, arca berbentuk air pancut dan menara jam. Lanskap kejur dan lembut. Pencahayaan. Tempat letak kereta. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.3-66 Sumber : RKK Permas Kechil - Kukup x. Pengukuhan Imej dan Identiti di Benut Cadangan reka bentuk bandar dan bangunan bagi Benut akan merangkumi 3 aspek bandar utama iaitu : Pembentukan Imej dan Struktur Bandar melalui Konsep Pembangunan Bandar. Peningkatan identiti pusat bandar melalui Penekanan Aspek Reka bentuk Pusat Bandar. Peningkatan tema setempat dan pengukuhan fungsi dan hierarki bandar. a) Imej dan Struktur Bandar Pekan Benut merupakan bandar agro / pertanian bagi kawasan RTD. Komponen utama bandar yang dicadang adalah Pusat Pemasaran Hasil Industri Desa khususnya makanan dan produk pertanian bagi mengukuhkan imej Bandar Agro. Setiap pintu masuk dan laluan masuk utama ke bandar memerlukan pengindahan dan penambahan arca bagi menarik identiti Benut. b) Cadangan ‘Entrance Remark’ di Laluan Utama Menuju ke Benut Sempadan sebuah pusat bandar merupakan pandangan pertama mengenai imej sesuatu tempat tersebut. Dalam hal ini tiada satu ‘entrance statement’ yang jelas untuk menggambarkan Benut itu sendiri untuk ditonjolkan kepada pengunjung yang datang ke Pusat Petempatan ini. Perletakan mercu tanda pada pintu masuk melalui jalan raya ke Daerah Pontian akan dapat memastikan tidak wujud kekeliruan terhadap identiti lokasi terutamanya yang melibatkan sempadan. Jadual 2.3.52 : Cadangan ‘Entrance Remark’ di Laluan Utama Menuju ke Benut PERKARA HURAIAN LOKASI Laluan masuk utama ke Benut BP DAN BPK BP4 (BPK4.1) JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN Peletakan ’Entrance Remark’ adalah bertujuan untuk memberikan kesan ’Sense of Welcoming’ kepada pengunjung yang datang ke Benut. Ia berfungsi sebagai penanda dan mercu tanda kepada pengunjung yang datang ke Benut yang akan mewujudkan perasaan ketibaan. KOMPONEN Pintu Gerbang yang Beridentitikan Tempatan. PEMBANGUNAN Lanskap Lembut dan Kejur di Kiri dan Kanan Jalan. Perabot jalan. TERAS STRATEGIK RMKE-11 Teras Strategik 2 : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat AGENSI PELAKSANA Majlis Daerah Pontian FASA PELAKSANAAN Fasa Pelaksanaan Jangka Pendek (2016-2020) ANGGARAN KOS PELAKSANAAN RM 0.5 juta Sumber : Kajian Sektor Pembangunan Pusat Bandar, Reka Bentuk Bandar dan Pemuliharaan Bangunan Warisan, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-1 2.4 TERAS 4 : SISTEM RANGKAIAN PERHUBUNGAN DAN INFRASTRUKTUR YANG KOMPREHENSIF Terdapat 2 sektor utama dibawah teras 4 iaitu sektor pengangkutan lalu lintas dan pengangkutan awam serta infrastruktur dan utiliti. Setiap sektor ini mempunyai strategi tersendiri dalam memastikan matlamat dan objektif pembangunan tercapai. 4 strategi pembangunan telah dikenalpasti dengan sokongan cadangan terperinci bagi mencapai matlamat teras 4 “Sistem Rangkaian Perhubungan dan Infrastruktur yang Komprehensif”. Antaranya adalah : Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang komprehensif dan bersepadu Menambah baik rangkaian perhubungan jalan darat yang menyeluruh Mewujudkan sistem pengangkutan logistik yang kompetitif dan cekap Menyediakan prasarana infrastruktur dan utiliti yang mencukupi dan mampan 2.4.1 STRATEGI 4.1 : MEWUJUDKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG KOMPREHENSIF DAN BERSEPADU Cadangan dalam mencapai strategi ini adalah : ❖ Cadangan 1 : Membangunkan kemudahan terminal transit bagi menyokong sistem rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam darat kearah mencapai modal split 70:30. ❖ Cadangan 2 : Memperluaskan rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam bas meliputi kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. ❖ Cadangan 3 : Memperkukuhkan sistem pengangkutan awam dengan membangunkan pengangkutan air sebagai pengangkutan alternatif. Terminal Pengangkutan Awam Pontian a) CADANGAN 1 : Membangunkan Kemudahan Terminal Transit bagi Menyokong Sistem Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat ke arah Mencapai Modal Split 70:30. Dari segi pengangkutan awam adalah ditekankan untuk mencapai sasaran kadar modal split 70% pengangkutan persendirian dan 30% penggunaan pengangkutan awam. Bagi mencapai matlamat ini, semua mod pengangkutan awam (bas awam, teksi, pengangkutan transit, pengangkutan air dan pengangkutan udara) perlu diintegrasikan secara bersepadu untuk menyokong antara satu sama lain. Kemudahan infrastruktur berkaitan perlu dipertingkatkan seperti penyediaan terminal transit bersepadu yang dilengkapi dengan kemudahan laluan pejalan kaki yang selesa ke tempat-tempat tumpuan awam seperti bank, pasaraya dan institusi kerajaan perlu disediakan secara terancang serta kemudahan “Park and Ride”. Oleh itu, cadangan terminal transit dalam Daerah Pontian di kategorikan kepada empat hierarki utama iaitu Terminal Utama Daerah (T2), Stesen Utama Tempatan (T3), Stesen Tempatan Minor (T4), dan Stesen Kecil (T5) di mana selari dengan hierarki yang telah ditetapkan dalam kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor. Kriteria dan garis panduan pembangunan terminal seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.4.1. Jadual 2.4.1 : Garis Panduan Pembangunan Terminal Transit KOD JENIS TERMINAL KELUASAN KAPASITI JENIS PERKHIDMATAN GAMBARAN TERMINAL T2 Terminal Utama Daerah 20 ekar 50,000 penumpang ▪ Terdapat satu atau lebih perkhidmatan rapid, perkhidmatan berfrekuensi tinggi ▪ Perkhidmatan pengagih kepada stesen utama dan penyambung untuk ke perkhidmatan terminal antarabangsa ▪ Bangunan terminal menjadi mercu tanda dan berintegrasi dengan gunatanah sekitar ▪ Menyediakan kemudahan “Park & Ride” T3 Stesen Utama Tempatan (Pusat Bandar) 4 ekar 30,000 penumpang ▪ Terdapat satu atau lebih perkhidmatan rapid, perkhidmatan berfrekuensi tinggi ▪ Servis pengagih kepada stesen tempatan dan


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-2 perkhidmatan bas intra-bandar dalam lingkungan jarak 60km ▪ Menyediakan kemudahan “Park & Ride” T4 Stesen Tempatan Minor /Pusat Petempat an 1 ekar 5,000 penumpang ▪ Perkhidmatan bas pengagih untuk ke stesen-stesen kecil ▪ Servis antara pusat tempatan berhampiran dalam lingkungan jarak 30km ▪ Menyediakan TLK yang mencukupi ▪ Sesuai untuk konsep “kiss and ride” sahaja. T5 Terminal Transit Luar Bandar 1 ekar Bawah 5,000 penumpang ▪ Perkhidmatan bas yang kerap akan melalui setiap stesen kejiranan ▪ Hentian berskala kecil biasanya di sisi jalanraya dan lokasi yang sesuai dengan gunatanah berhampiran ▪ Menyediakan TLK yang mengcukupi. ▪ Sesuai untuk konsep “kiss and ride” sahaja. Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Terdapat 6 projek telah dicadangkan bagi pembangunan terminal transit dalam Daerah Pontian dengan anggaran kos sebanyak RM 517 juta seperti yang di tunjukkan dalam Jadual 2.4.2. Berikut merupakan senarai cadangan pembangunan terminal transit dalam Daerah Pontian : 1. Cadangan Terminal Utama Daerah (T2) Kampung Tiga Puluh 2. Cadangan Naik Taraf Stesen Utama Tempatan (T3) Bandar Pontian 3. Cadangan Naik Taraf Stesen Tempatan Minor (T4) Kukup 4. Cadangan Stesen Tempatan Minor (T4) Pekan Nanas 5. Cadangan Stesen Tempatan Minor (T4) Benut 6. Cadangan Stesen Kecil (T5) Ayer Baloi Jadual 2.4.2 : Bil Projek Dan Jumlah Kos Pembangunan Terminal Transit CADANGAN TERMINAL JENIS TERMINAL BIL PROJEK ANGGARAN KELUASAN (HEKTAR) TOTAL KOS (JUTA) T2 Terminal utama daerah 1 8.00 500 T3 Stesen utama tempatan (pusat bandar) 1 2.00 10 T4 Stesen tempatan minor (pusat petempatan) 3 1.5 6 T5 Stesen kecil pedalaman 1 0.5 1 JUMLAH 6 12.00 517 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Cadangan pembangunan terminal transit perlu dibangunkan mengikut empat fasa pembangunan iaitu “Quick win projek”, jangka masa pendek (2016-2020), jangka masa sederhana (2021-2025) dan jangka masa panjang (2026-2030) bagi menjamin projek yang dicadangkan berdaya laksana. Rujuk Jadual 2.4.3 senarai cadangan pembangunan terminal mengikut fasa. Jadual 2.4.3 : Senarai Cadangan Pembangunan Terminal Transit Mengikut Fasa NO PROJEK TAJUK PROJEK CADANGAN KELUASAN (HEKTAR) KOS (JUTA) AGENSI PERLAKSANA FASA PERLAKSANAAN ST1 Cadangan menaik taraf Terminal Transit (T3) Pontian Naik Taraf 2.00 10 PAJ,PBT,APAD Quick Win ST2 Cadangan Terminal Transit (T4) Kukup Naik Taraf 0.50 2 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek ST3 Cadangan Terminal Transit (T4) Benut Naik Taraf 0.50 2 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek ST4 Cadangan Terminal Transit (T4) Pekan Nanas Baru 0.50 2 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek ST5 Cadangan Terminal Transit (T2) Pontian Baru 8.00 500 PAJ,PBT,APAD Jangka Panjang ST6 Cadangan Terminal Transit (T5) Ayer Baloi Baru 0.50 1 PAJ,PBT,APAD Jangka Panjang Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rujuk Rajah 2.4.1 menunjukkan Pelan Cadangan Terminal Transit Daerah Pontian.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-3 Rajah 2.4.1 : Pelan Cadangan Terminal Transit Daerah Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 PETUNJUK : Terminal Transit T2 Terminal Transit T3 Terminal Transit T4 Terminal Transit T5 b) CADANGAN 2 : Memperluaskan Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan Awam Bas Meliputi Kawasan Bandar, Luar Bandar dan Pedalaman. Cadangan rangkaian laluan bas ini dijangkakan akan meliputi 70% kawasan Daerah Pontian. Cadangan ini menitik beratkan aspek-aspek berikut : i. Kawasan tadahan perkhidmatan bas awam perlu diperluaskan dengan cadangan beberapa laluan baru bersesuaian dengan cadangan beberapa jalan dan kawasan pembangunan baru. Laluan baru dicadangkan dengan pertimbangan masa perjalanan dapat dipendekkan dan semua mod pengangkutan dapat diintegrasikan untuk saling menyokong antara satu sama lain seterusnya menggalakkan orang ramai menggunakan sistem pengangkutan awam; ii. Perkhidmatan bas-bas berkapasiti rendah perlu dipertimbangkan di kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan rendah bagi membolehkan lebih banyak trip perjalanan dapat dibuat. Ini akan dapat meningkatkan kekerapan perjalanan sekiranya perkhidmatan yang lebih kerap tidak menguntungkan jika menggunakan bas panjang. Ia juga merupakan perkhidmatan tambahan kepada bas-bas biasa seperti ke kawasan perumahan baru dan perkhidmatan ulang-alik dalam pusat bandar; iii. Penambahan bilangan pondok menunggu bas yang sempurna dengan jarak tidak melebihi 300m dari kawasan penempatan atau tumpuan awam diperlukan; iv. Perkhidmatan bas di dalam bandar perlu diperkenalkan terutamanya di pusat Bandar Pontian; v. Pengenalan kepada perkhidmatan Bas Eksekutif untuk ke destinasi pelancongan di pusat pelancongan utama seperti di Kukup dan sebagainya; vi. Terminal Pengangkutan sediada di Bandar Pontian, Benut, dan Kukup perlu dipertingkatkan agar dapat memberikan perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pengguna; vii. Perancangan bagi mengadakan laluan khas untuk pengangkutan awam dalam pusat Bandar Pontian perlu dibuat apabila keadaan bandar menjadi terlalu sibuk bagi menggalakkan penggunaan kereta persendirian beralih kepada sistem pengangkutan awam; dan viii. Maklumat lengkap berkenaan kadar tambang dan jadual perjalanan perkhidmatan bas haruslah dipamerkan di terminal pengangkutan awam bagi memudahkan pengguna untuk membuat rujukan. Pemandu-pemandu bas didisplinkan dengan sentiasa mengikuti dan menepati jadual perjalanan yang telah ditetapkan. Oleh itu, cadangan laluan bas dalam Daerah Pontian dibahagikan kepada empat (4) jenis laluan iaitu: ▪ Laluan “Main Trunk”; ▪ Laluan Pengantara; ▪ Laluan “Shuttle” (Bas Bandar); dan ▪ Laluan Khas. Kriteria dan garis panduan cadangan laluan bas seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.4.4. c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI PONTIAN PEKAN NENAS BENUT AYER BALOI SERKAT Kampung Batu Tiga Puluh c cc a KE SKUDAI KE SEDENAK KUKUP KE KULAI T2 T3 T4 T4 T5 T4


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-4 Jadual 2.4.4 : Garis Panduan Cadangan Laluan Bas JENIS LALUAN FUNGSI JARAK KAPASITI BAS KELAJUAN OPERASI ANGGARAN TAMPUNGAN Laluan “Main Trunk” Menghubungkan terminal-terminal pengangkutan 10-30km setiap laluan 67-80 penumpang 25-40 km/j 1,500 penumpang/ jam Laluan Pengantara Fokus utama perkhidmatan ini untuk menghubungkan kawasan yang berada di luar liputan radius 400 meter (jarak berjalan kaki) dari zon pusat transit. Dianggarkan 4-7 rangkaian laluan bagi setiap terminal dengan jarak min 5km bagi setiap laluan 20-30 penumpang 25-40 km/j 500 penumpang/ jam Laluan “Shuttle” / Bas Bandar Cadangan perkhidmatan bas ini tertumpu di pusat bandar utama iaitu di Bandar Pontian bagi menggalakan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di pusat bandar. Perkhidmatan ini dicadangan beroperasi di dalam radius 800 meter. 5km setiap laluan 40-70 penumpang 25-40 km/j 750 penumpang/ jam Cadangan Laluan Bas Khas Cadangan perkhidmatan bas khas dicadangkan berfungsi untuk memberi perkhidmatan kepada pelancong untuk ke kawasan pelancongan ekopelancongan melalui cadangan laluan ‘scenic drive’. Cadangan perkhidmatan ini bertujuan untuk menggurangkan kesesakan di jalan utama terutama pada cuti umum dan mempromosikan produk pelancongan di Daerah Pontian. 10km setiap laluan 40-70 penumpang 25-40 km/j 750 penumpang/ jam Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Cadangan Bas “Main Trunk” Cadangan Bas Pengantara Cadangan Bas “Shuttle” / Bas Bandar Cadangan Bas Khas Bagi memperluaskan rangkaian laluan bas, terdapat 12 projek melibatkan 25 laluan bas dicadangkan dengan anggaran kos sebanyak RM455 juta seperti yang di tunjukkan dalam Jadual 2.4.5. Walaubagaimanapun, penentuan laluan bas secara terperinci memerlukan perbincangan lanjut antara pihak PPAJ dan PBT (tertakluk kepada prosedur tertentu yang telah ditetapkan). Berikut merupakan senarai cadangan laluan bas bagi Daerah Pontian : 1. Cadangan Laluan Bas Main Trunk Pontian-Pekan Nanas 2. Cadangan Laluan Bas Main Trunk Pontian-Serkat 3. Cadangan Laluan Bas Bandar Pontian 4. Cadangan Laluan Bas Khas Bandar Pontian-Kukup-Serkat 5. Cadangan Laluan Bas Main Trunk Pontian - Benut - Batu Pahat 6. Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Kukup 7. Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Pekan Nanas 8. Cadangan Laluan Bas Main Trunk Benut-Simpang Renggam 9. Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Benut 10. Cadangan Laluan Bas Main Trunk Ayer Baloi-Sedenak 11. Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T5) Ayer Baloi 12. Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T2) Kampung Tiga Puluh Jadual 2.4.5 : Bil Projek dan Jumlah Kos Pembangunan Laluan Bas CADANGAN LALUAN BAS BIL LALUAN JARAK (KM) TOTAL KOS (JUTA) “Main Trunk” 5 120 206 Laluan Pengantara 16 25 83 Laluan Shuttle 3 17 103 Laluan Khas 1 0.8 1 JUMLAH 25 163 455 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-5 Cadangan pembangunan laluan bas perlu di bangunkan dalam empat fasa pembangunan iaitu “Quick Win Projek”, jangka masa pendek (2016-2020), jangka masa sederhana (2021-2025) dan jangka masa panjang (2026-2030) bagi menjamin projek yang dicadangkan berdaya laksana. Rujuk Jadual 2.4.6 senarai cadangan pembangunan laluan bas mengikut fasa. Jadual 2.4.6 : Senarai Cadangan Pembangunan Laluan Bas Mengikut Fasa NO PROJEK TAJUK PROJEK CADANGAN BIL LALUAN JARAK (KM)/ LALUAN KOS (JUTA) AGENSI PERLAKSANA FASA BM1 Cadangan Laluan Bas Main Trunk PontianPekan Nanas Naik Taraf 1 22.58 33.87 PAJ,PBT,APAD Quick Win BM2 Cadangan Laluan Bas Main Trunk PontianSerkat Naik Taraf 1 26.91 40.37 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek BM3 Cadangan Laluan Bas Bandar Pontian Naik Taraf 3 17.21 103.26 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek BM4 Cadangan Laluan Bas Khas Bandar PontianKukupSerkat Cadangan Baru 1 0.80 1.20 PAJ,PBT,APAD Jangka Pendek BM6 Cadangan Laluan Bas Main Trunk Pontian - Benut - Batu Pahat Naik Taraf 1 31.61 63.22 PAJ,PBT,APAD Jangka Sederhana BM7 Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Kukup Cadangan Baru 3 5.00 30.00 PAJ,PBT,APAD Jangka Sederhana BM8 Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Pekan Nanas Cadangan Baru 3 5.00 30.00 PAJ,PBT,APAD Jangka Sederhana BM5 Cadangan Laluan Bas Naik Taraf 1 18.28 27.42 PAJ,PBT,APAD Jangka Sederhana NO PROJEK TAJUK PROJEK CADANGAN BIL LALUAN JARAK (KM)/ LALUAN KOS (JUTA) AGENSI PERLAKSANA FASA Main Trunk BenutSimpang Renggam BM10 Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T4) Benut Cadangan Baru 3 5.00 22.50 PAJ,PBT,APAD Jangka Sederhana BM11 Cadangan Laluan Bas Main Trunk Ayer BaloiSedenak Naik Taraf 1 20.33 40.66 PAJ,PBT,APAD Jangka Panjang BM12 Cadangan Laluan Pengantara Terminal Transit (T5) Ayer Baloi Cadangan Baru 3 5.00 22.50 PAJ,PBT,APAD Jangka Panjang Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rujuk Rajah 2.4.2 menunjukkan Pelan Cadangan Rangkaian Laluan Bas.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-6 Rajah 2.4.2 : Pelan Cadangan Rangkaian Laluan Bas Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 PETUNJUK : Laluan Main Trunk Laluan Bas Khas 5 km radius laluan bas pengantara 5 km radius laluan bas bandar c) CADANGAN 3 : Memperkukuhkan Sistem Pengangkutan Awam dengan Membangunkan Pengangkutan Air Sebagai Pengangkutan Alternatif Dengan kepesatan pembangunan di persisiran pantai Selat Johor keperluan alternatif bagi pergerakkan lalu lintas amat diperlukan. Sistem pengangkutan air dicadangkan untuk dimajukan demi mempelbagaikan mod pengangkutan, mengurangkan pergantungan terhadap sistem jalan raya dan untuk menyokong pembangunan sektor pelancongan. Dengan adanya cadangan ini kebergantungan terhadap kenderaan persendirian dapat dikurangkan seterusnya dapat membantu dalam mencapai sasaran modal split 70:30 pada tahun 2030. Disamping itu, cadangan ini juga akan mempertingkatkan lagi tahap perhubungan Daerah Pontian dari segi perhubungan Daerah dan Wilayah. Kemudahan Terminal Feri sedia ada dalam Daerah Pontian berpotensi untuk dibangunkan bagi meningkatkan sistem perhubungan Antarabangsa dan Wilayah. Keadaan semasa menunjukkan terdapat perkhidmatan perjalanan feri yang menghubungkan Daerah Pontian dengan Indonesia dan Singapura. Dicadangkan untuk mewujudkan pelbagai aktiviti pelancongan sekitar terminal feri agar dapat menarik lebih ramai pelancong. Dengan adanya kepelbagaian aktiviti pelancongan kadar kemasukan pelancong akan meningkat dan perkhidmatan laluan feri berpotensi untuk dimajukan dengan menambah laluan beberapa kawasan Indonesia dan Singapura. Cadangan pengangkutan air dalam kawasan kajian meliputi cadangan berikut : i. Cadangan pembangunan jeti dan terminal pengangkutan air; 5 projek pembangunan terminal dan jeti pengangkutan air dicadangkan meliputi kerjakerja naik taraf dan pembinaan baru. 1 terminal dicadangkan sebagai terminal antarabangsa iaitu di Kukup manakala 4 jeti dicadangkan berfungsi sebagai jeti domestik iaitu di Tg. Piai, Tg. Pelepas, dan 2 jeti di Ramsar selari dengan perancangan kajian “Iskandar Malaysia Transportation Blue Print”. ii. Cadangan pembangunan laluan pengangkutan air antarabangsa; Perkhidmatan feri antarabangsa dari Singapura dan bahagian utara Indonesia melalui saluran barat akan berhenti di Kukup dan Puteri Harbour. Untuk saluran timur, perkhidmatan akan berhenti di Tg. Belungkor dan Stulang. Kapal persiaran antarabangsa adalah dicadangkan untuk mempunyai perhentian di Puteri Harbour. iii. Cadangan pembangunan laluan pengangkutan air domestik; Perkhidmatan feri domestik juga dikenali sebagai perkhidmatan teksi air yang berfungsi sebagai pengangkutan alternatif bagi mengurangkan pergantungan terhadap sistem jalan raya. Laluan domestik ini meliputi kawasan timur dan barat persisir pantai Selat Tebrau. Kukup akan menjadi titik permulaan untuk saluran barat dan Tg. Belungkor di saluran timur manakala Stulang menjadi titik tengah laluan domestik. c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI T2 T3 T4 T4 T5 T4 PONTIAN PEKAN NENAS BENUT AYER BALOI Kampung Batu Tiga Puluh Nota : Lokasi laluan secara terperinci perlu ditentukan di peringkat perlaksanaan kelak dengan perbincangan antara pihak PAJ, PBT, dan APAD


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-7 iv. Cadangan pembangunan laluan pengangkutan air pelancongan; Perkhidmatan Cruise dari Singapura ke Sg Pulai (kawasan RAMSAR) di mana aktiviti pemeliharaan hutan bakau dijalankan. Cadangan ini bagi menyokong sektor pelancongan. v. Cadangan 'Sea Plane'; Laluan pengangkutan air dari Danga Bay-Mersing-Tioman-Terengganu untuk hubungan di sebelah Pantai Timur sementara dari Danga Bay-Kukup-Melaka untuk hubungan di sebelah Pantai Barat sebagai pengangkutan alternatif yang lebih pantas selain dari pengangkutan udara. Bagi cadangan pengangkutan air dicadangan supaya kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan dalam peringkat perlaksanaan kelak meliputi aspek berikut : ▪ Marine Traffic Risk Assessment (MTRA) ▪ Detailed Safety of Navigation Study ▪ Full Mission Ship Simulation Study ▪ Detailed EIA Konsep Cadangan Bot Feri Konsep Cadangan Naik Taraf Terminal Feri Konsep Cadangan Teksi Air Rujuk Rajah 2.4.3 Menunjukkan Pelan Cadangan Terminal, Jeti dan Laluan Pengangkutan Air Rajah 2.4.3 : Pelan Cadangan Terminal, Jeti dan Laluan Pengangkutan Air Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 PETUNJUK : c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI Cadangan jeti Tg Pelepas Cadangan jeti Tg Piai Cadangan jeti Ramsar Cadangan jeti Ramsar Nota : Lokasi laluan secara terperinci perlu ditentukan di peringkat perlaksanaan kelak dengan perbincangan antara pihak PAJ, PBT, dan APAD Terminal Feri Kukup Jeti Domestik


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-8 2.4.2 STRATEGI 4.2 : MENAMBAHBAIK RANGKAIAN PERHUBUNGAN JALAN DARAT YANG MENYELURUH Di samping mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, penambahbaikan sistem rangkaian jalan raya juga tidak boleh diabaikan. Adalah satu keperluan bagi menambah baik rangkaian perhubungan jalan raya untuk menyokong sistem perhubungan Daerah Pontian. Cadangan dalam mencapai strategi ini adalah : ❖ Cadangan 1 : Menyusun atur sistem hierarki jalan raya mengikut kelas seperti Lebuhraya, Jalan Pengagih Utama, Jalan Pengagih Sekunder, dan Jalan Tempatan. ❖ Cadangan 2 : Menaik taraf jalan raya dan persimpangan utama agar dapat menampung aliran lalu lintas semasa dan akan datang. ❖ Cadangan 3 : Melengkapkan sistem perhubungan jalan raya dengan membina jalan-jalan baru dan persimpangan baru bagi meningkatkan tahap perhubungan bandar dan luar bandar serta kawasan tumpuan pembangunan. ❖ Cadangan 4 : Mempertingkatkan sistem pengurusan lalu lintas pusat bandar agar lebih cekap. Jalan raya di Daerah Pontian a) CADANGAN 1 : Menyusun Atur Sistem Hierarki Jalan Raya Mengikut Kelas Seperti Lebuhraya, Jalan Pengagih Utama, Jalan Pengagih Sekunder, dan Jalan Tempatan. Jalan raya perlu dibina mengikut hierarki atau keutamaan yang jelas selaras dengan pembangunan guna tanah bagi memastikan fungsi dan pengurusan sesuatu jalan tersebut lebih tersusun dan teratur. Penentuan hierarki yang jelas akan dapat dijadikan asas dalam menentukan piawaian rekabentuk seperti rizab jalan, lebar lorong, cerun maksimum, kelajuan, darjah kelengkungan dan sebagainya. Semua reka bentuk hierarki jalan raya perlu merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh JKR iaitu Arahan Teknik (Jalan) 8/86 rujuk Jadual 2.4.7. Amnya jaringan jalan raya yang terdapat di dalam kawasan kajian dapat dikategorikan kepada 4 hierarki utama melibatkan Lebuhraya, Jalan Pengagih Utama, Jalan Pengagih Sekunder dan Jalan Tempatan. Setiap hierarki jalan dalam kawasan kajian mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang berlainan seperti : i. Lebuhraya – Lebuhraya direka bentuk untuk lalu lintas terus dengan kawalan penuh akses dan mempunyai pemisahan gred pada setiap persimpangan. Lebuhraya membentuk rangkaian asas sistem pengangkutan jalan raya di kawasan bandar bagilalu lintasterus. Lebuhraya juga digunakan untuk tujuan perjalanan jarak jauh dengan kawalan akses penuh; ii. Jalan Pengagih Utama – Jalan pengagih utama merupakan jalan utama membentuk rangkaian asas sistem pengangkutan jalan raya dalam negara. Jalan ini digunakan bagi tujuan perjalanan jarak jauh dan sederhana serta direka bentuk pada kelajuan sederhana. Mempunyai kawalan akses separa menghubungkan Ibu Negeri dan Daerah atau bandar-bandar utama lain; iii. Jalan Pengagih Skunder – Jalan pengagih sekunder merupakan jalan utama membentuk rangkaian asas sistem pengangkutan jalan dalam daerah atau kawasan pembangunan wilayah. Jalan ini digunakan bagi tujuan perjalanan jarak sederhana serta direka bentuk pada kelajuan sederhana. Ia biasanya menghubungkan bandarbandar utama di dalam daerah atau kawasan pembangunan wilayah; dan iv. Jalan Pengagih Tempatan – Jalan pengagih tempatan merupakan semua jalan-jalan selain daripada yang dinyatakan di atas di kawasan luar bandar. Ia membentuk rangkaian jalan raya asas bagi kawasan-kawasan perumahan dan luar bandar. Ia berfungsi sebagai laluan aliran lalu lintas tempatan dengan jarak perjalanan pendek dan biasanya dengan sebahagian atau tiada kawalan akses. Rujuk Rajah 2.4.4 menunjukkan Cadangan Keratan Rentas Mengikut Jenis Hierarki Jalan. Hierarki jalan dicadangkan bagi membantu untuk : i. Perancangan - bagi menetapkan kawasan (rezab) untuk rangkaian pengangkutan strategik yang terdiri daripada jalan raya, serta lain-lain kemudahan untuk pergerakan barangan dan manusia;


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-9 ii. Pengurusan Kesesakan - untuk perancangan dan pengurusan rangkaian jalan raya bagi memastikan jumlah lalu lintas yang ditampung bersesuaian dengan fungsi dan ciriciri jalan. iii. Keselamatan - menguruskan rangkaian jalan raya dengan mengawal akses trafik ke jalan raya, menyediakan piawaian reka bentuk yang sesuai, dan bagi menjamin penggunaan rangkaian yang betul untuk memudahkan pergerakan dan keselamatan semua pengguna jalan raya. Jadual 2.4.7 : Garis Panduan Reka Bentuk Jalan Hierarki Jalan Lebuhraya Jalan Pengagih Utama Jalan Pengagih Skunder Jalan Pengagih Tempatan Kawalan Reka Bentuk dan Kriteria 1 Piawaian Reka Bentuk U6 U5 U4 U3 U2 2 Kawalan Akses Penuh Separa Separa Separa/Tiada Tiada 3 Jenis Kawasan I II III I II III I II III I II III I II III 4 Reka Bentuk Kelajuan Km /hr 100 80 60 80 60 50 70 60 50 60 50 40 50 40 30 Elemen Keratan Rentas 5 Lebar Lorong m 3.50 3.50 3.25 3.00 2.75 6 Lebar Bahu Jalan m 3.00 3.00 2.50 3.00 3.00 2.50 3.00 2.50 2.00 2.50 2.00 1.50 2.00 1.50 1.50 7 Lebar Median (Min) m 1.00 1.00 1.00 0.50 0.50 8 Marginal Strip m 0.5 0.5 0.25 0.25 0.00 9 Rezab Minimum m 60 50 30/40 20/30 20 Sumber : Arahan Teknik (Jalan) 8/86 Rajah 2.4.4 : Cadangan Keratan Rentas Mengikut Jenis Hierarki Jalan Sumber : Arahan Teknik (Jalan) 8/86 Rujuk Rajah 2.4.5 menunjukkan Pelan Konsep Cadangan Hierarki Jalan Daerah Pontian.


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-10 Rajah 2.4.5 : Pelan Konsep Cadangan Hierarki Jalan PETUNJUK : Lebuhraya Cadangan Jalan Sedia Ada Pengagih Utama Jalan Cadangan Pengagih Utama Jalan Sedia Ada Pengagih Sekunder Jalan Cadangan Pengagih Sekunder b) CADANGAN 2 : Menaik Taraf Jalan Raya dan Persimpangan Utama Agar Dapat Menampung Aliran Lalu Lintas Semasa dan Akan Datang. i. Cadangan naik taraf jalan Pembangunan guna tanah dan sistem jaringan jalan raya adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Pembangunan guna tanah akan menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi seterusnya menjanakan isipadu lalu lintas semasa yang berbeza-beza mengikut kelas guna tanah. Oleh itu, perancangan penambahbaikan jalan sedia ada adalah penting untuk memastikan keperluan pertumbuhan isipadu lalu lintas semasa sentiasa dapat disediakan dengan sempurna. Terdapat 8 projek telah dicadangkan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan dengan anggaran kos sebanyak RM 490.59 juta seperti yang di tunjukkan dalam Jadual 2.4.8 iaitu : 1. Cadangan Naik Taraf Jalan Sawah (4 lorong) 2. Cadangan Naik Taraf Jalan Parit Panjang Sedenak (4 lorong) 3. Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Kechil (4 lorong) 4. Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Besar (4 lorong) 5. Cadangan Naik Taraf Jalan Ulu Choh – Gelang Patah (4 lorong) 6. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 5 Pontian – Batu Pahat (4 lorong) 7. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 95 (4 lorong) 8. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 96 (4 lorong) Jadual 2.4.8 : Bilangan Projek dan Jumlah Kos Naik Taraf Jalan CADANGAN NAIK TARAF BIL PROJEK PANJANG (KM) TOTAL KOS (JUTA) Jalan Pengagih Utama 5 94.76 410.88 Jalan Pengagih Skunder 3 49.57 148.71 JUMLAH 8 144.33 559.59 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Cadangan naik taraf jalan perlu dibina mengikut empat fasa pembangunan iaitu “Quick Win Projek”, jangka masa pendek (2016-2020), jangka masa sederhana (2021-2025) dan jangka masa panjang (2026-2030) bagi menjamin projek yang dicadangkan berdaya laksana. Rujuk Jadual 2.4.9 senarai cadangan naik taraf jalan mengikut fasa pembinaan. Rujuk Rajah 2.4.6 menunjukkan Pelan Cadangan Naik Taraf Jalan Daerah Pontian. Jadual 2.4.9 : Senarai Cadangan Naik Taraf Jalan Mengikut Fasa Pembinaan NO PROJEK TAJUK PROJEK BIL LORONG JARAK (KM) KOS (JUTA) AGENSI PERLAKSANA FASA JNT1 Cadangan Naik Taraf Jalan Sawah (4 lorong) 4 21.70 65.10 JKRJ,KKR Jangka Pendek JNT2 Cadangan Naik Taraf Jalan Parit Panjang Sedenak (4 lorong) 4 20.10 60.30 JKRJ,KKR Jangka Pendek JNT3 Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Kechil 4 0.12 0.12 JKRJ,KKR Jangka Pendek c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-11 (4 lorong) JNT4 Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Besar (4 lorong) 4 0.24 0.24 JKRJ,KKR Jangka Pendek JNT5 Cadangan Naik Taraf Jalan Ulu Choh – Gelang Patah (4 lorong) 4 7.77 23.31 JKRJ,KKR Jangka Pendek JNT6 Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 5 Pontian – Batu Pahat (4 lorong) 4 55.3 165.9 JKRJ,KKR Jangka Sederhana JNT7 Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 95 (4 lorong) 4 19.90 59.70 JKRJ,KKR Jangka Sederhana JNT8 Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 96 (4 lorong) 4 19.20 184.92 JKRJ,KKR Jangka Sederhana Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.4.6 : Pelan Cadangan Naik Taraf Jalan c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI 6 7 8 3 4 6 1 2 5 Cadangan Naik Taraf Jalan 1. Cadangan Naik Taraf Jalan Sawah (4 lorong) 2. Cadangan Naik Taraf Jalan Parit Panjang Sedenak (4 lorong) 3. Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Kechil (4 lorong) 4. Cadangan Naik Taraf Jambatan Pontian Besar (4 lorong) 5. Cadangan Naik Taraf Jalan Ulu Choh – Gelang Patah (4 lorong) 6. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 5 Pontian – Batu Pahat (4 lorong) 7. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 95 (4 lorong) 8. Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 96 (4 lorong) PETUNJUK : Jalan Pengagih Utama Jalan Pengagih Sekunder Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-12 ii. Cadangan naik taraf persimpangan Cadangan naik taraf simpang melibatkan cadangan penyediaan lampu isyarat di beberapa persimpangan, susulan daripada cadangan jalan baru dan cadangan menaik taraf jalan. Cadangan ini juga mengambil kira persimpangan sedia ada yang bermasalah dari aspek rekabentuknya. Langkah-langkah perlaksanaan pengurusan simpang seperti berikut : i. Cadangan persimpangan berlampu isyarat menggunakan ‘green wave system’ iaitu penyeragaman isyarat lampu hijau di setiap simpang bagi melancarkan pergerakan trafik di persimpangan yang terletak berhampiran di antara satu sama lain; ii. Bagi persimpangan baru, penyediaan jalan susur membelok ke kiri dan lorong membelok ke kanan perlu di sediakan bagi melancarkan pergerakan trafik; iii. Memperelokkan permukaan dan rekabentuk persimpangan terutama dari segi pemotongan selekoh; iv. Menyediakan petak kuning bagi menggelakan kesesakkan lalulintas di persimpangan; v. Memperuntukan kemudahan papan tanda dan tanda lorong yang lengkap bagi memastikan aliran lalulintas yang lancar; dan vi. Rekabentuk setiap persimpangan hendaklah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya. c) CADANGAN 3 : Melengkapkan sistem perhubungan jalan raya dengan membina jalanjalan baru dan persimpangan baru bagi meningkatkan tahap perhubungan bandar dan luar bandar serta kawasan tumpuan pembangunan. i. Cadangan jalan baru Cadangan pembinaan jalan baru lebih tertumpu kepada meningkatkan perhubungan di dalam kawasan kajian dan untuk memperbaiki aliran lalu lintas ke dalam dan keluar dari pusat bandar. Terdapat 7 projek telah dicadangkan bagi kerja-kerja pembinaan jalan raya dengan anggaran kos sebanyak RM 788.97 juta seperti yang di tunjukkan dalam Jadual 2.4.10. Berikut merupakan senarai cadangan pembinaan jalan raya bagi Daerah Pontian : Berikut merupakan senarai cadangan pembinaan jalan baru : 1. Cadangan Jalan Pintasan Tg Pelepas – Kg Serkat 2. Cadangan Jalan Pekan Nanas – Tanjung Piai 3. Cadangan Pintasan Pekan Nanas 4. Cadangan Lingkaran Dalam Pontian 5. Cadangan Lebuhraya Pantai Barat 6. Cadangan Lingkaran Luar Johor Bahru 7. Cadangan Pintasan Johor Bahru – Pontian Jadual 2.4.10 : Bilangan Projek dan Jumlah Kos Pembinaan Jalan Baru CADANGAN JALAN BARU BIL PROJEK PANJANG (KM) TOTAL KOS (JUTA) Lebuhraya 1 54.20 325.20 Jalan Pengagih Utama 5 73.54 418.77 Jalan Pengagih Skunder 1 15 45 JUMLAH 7 142.74 788.97 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-13 Cadangan pembinaan jalan baru perlu dibina mengikut empat fasa pembangunan iaitu “Quick win projek”, jangka masa pendek (2016-2020), jangka masa sederhana (2021-2025) dan jangka masa panjang (2026-2030) bagi menjamin projek yang dicadangkan berdaya laksana. Rujuk Jadual 2.4.11 senarai cadangan jalan baru mengikut fasa pembinaan. Jadual 2.4.11 : Senarai Cadangan Jalan Baru Mengikut Fasa Pembinaan NO PROJEK TAJUK PROJEK HIERARKI BIL LORONG JARAK (KM) KOS (JUTA) AGENSI PERLAKSANA FASA JB1 Cadangan Jalan Pintasan Tg Pelepas – Kg Serkat Pengagih Utama 4 10.65 63.90 JKRJ,KKR Jangka Pendek JB2 Cadangan Jalan Pekan Nanas – Tanjung Piai (2- lorong) Jalan Pengagih Skunder 2 15.00 45.00 JKRJ,KKR Jangka Pendek JB3 Cadangan Pintasan Pekan Nanas (2-lorong) Pengagih Utama 2 7.49 22.47 JKRJ,KKR Jangka Pendek JB4 Cadangan Lingkaran Dalam Pontian Pengagih Utama 4 11.20 67.20 JKRJ,KKR Jangka Sederhana JB5 Cadangan Lebuhraya Pantai Barat (4-lorong) Lebuhraya 4 54.20 325.20 PLUS/LLM Jangka Panjang JB6 Cadangan Lingkaran Luar Johor Bahru Pengagih Utama 4 31.00 186.00 JKRJ,KKR Jangka Panjang JB7 Cadangan Pintasan Johor Bahru – Pontian Pengagih Utama 4 13.20 79.20 JKRJ,KKR Jangka Panjang Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rujuk Rajah 2.4.7 menunjukkan Pelan Cadangan Jalan Baru Daerah Pontian. Rajah 2.4.7 : Pelan Cadangan Jalan Baru c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI c c a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI 5 Cadangan Jalan Baru 1. Cadangan Jalan Pintasan Tg Pelepas – Kg Serkat 2. Cadangan Jalan Pekan Nenas – Tanjung Piai (2-lorong) 3. Cadangan Pintasan Pekan Nenas (2-lorong) 4. Cadangan Lingkaran Dalam Pontian 5. Cadangan Lebuhraya Pantai Barat (4-lorong) 6. Cadangan Lingkaran Luar Johor Bahru 7. Cadangan Pintasan Johor Bahru – Pontian 3 cc cc a KE BATU PAHAT KE SKUDAI KE SEDENAK KE SIMPANG RENGGAM KE RENGIT KUKUP KE KULAI 6 4 7 1 2 PETUNJUK : Lebuhraya Cadangan Jalan Cadangan Pengagih Utama Jalan Cadangan Pengagih Sekunder Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-14 ii. Cadangan persimpangan baru Sesuai dengan cadangan jalan baru, beberapa cadangan persimpangan baru juga perlu diselarikan agar matlamat untuk meningkatkan tahap perhubungan dapat dicapai. Cadangan ini bagi melengkapkan persimpangan dengan lorong eksklusif, lorong mencantum dan lorong mencapah yang sempurna untuk melancarkan aliran lalu lintas di persimpangan. Bagi persimpangan yang melibatkan hierarki jalan yang tinggi, pemasangan sistem lampu isyarat dan persimpangan bertingkat adalah disyorkan. Semua reka bentuk persimpangan perlu merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh JKR iaitu Arahan Teknik (Jalan) 5/85 dan 12/87. Jenis persimpangan secara amnya boleh ditentukan berdasarkan kapasiti atau isi padu lalu lintas dan mengikut kategori lintasan jalan (Road Crossing) seperti yang dtunjukkan dalam Rajah 2.4.8 dan Rajah 2.4.9. Lokasi dan reka bentuk terperinci persimpangan perlu ditentukan di peringkat pembinaan kelak. Rajah 2.4.8 : Garis Panduan Pemilihan Persimpangan Mengikut Halaju Jalan Sumber : Arahan Teknik (Jalan) 5/85 dan 12/87 Rajah 2.4.9 : Garis Panduan Pemilihan Persimpangan Mengikut Hierarki Jalan Sumber : Arahan Teknik (Jalan) 5/85 dan 12/87 d) CADANGAN 4 : Mempertingkatkan sistem pengurusan lalu lintas pusat bandar agar lebih cekap Pusat bandar merupakan kawasan tumpuan yang akan menarik dan menjana lalu lintas yang tinggi dimana sekiranya tidak diurus dengan baik akan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan berlaku. Oleh itu, pengurusan lalulintas di pusat bandar perlu diberi penekanan utama agar dapat mengurangkan konflik pergerakan kenderaan, meningkatkan kadar aliran, dan menjamin keselamatan bagi pengguna jalan raya. Cadangan pengurusan lalu lintas pusat Bandar Pontian perlu dikaji semula dengan lebih terperinci pada peringkat kajian rancangan kawasan khas dimana kriteria-kriteria berikut perlu diambil kira :


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-15 Antara cadangan teknik pengurusan lalulintas yang boleh diambilkira dan dikaji secara terperinci dalam peringkat kajian rancangan kawasan khas kelak adalah seperti : i. Cadangan sirkulasi lalulintas dan persimpangan dalam bandar ii. Cadangan pengurusan tempat letak kenderaan iii. Cadangan laluan pejalan kaki iv. Cadangan laluan “Shuttle Bus” v. Cadangan Park n Ride vi. Traffic Calming vii. Sistem pengangkutan pitar (ITS) viii. Advanced Public Transportation Systems (APTS) ix. Advanced Traveler In formation Systems (ATIS) x. Advanced Public Transportation Systems (APTS) Rujuk Rajah 2.4.10 hingga 2.4.15 Menunjukkan Pelan Cadangan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Rujuk Rajah 2.4.16 Menunjukkan Pelan Cadangan Pengurusan Lalu Lintas Pekan Nanas Rujuk Rajah 2.4.17 Menunjukkan Pelan Cadangan Pengurusan Lalu Lintas Benut Rujuk Rajah 2.4.18 Menunjukkan Pelan Cadangan Pengurusan Lalu Lintas Ayer Baloi Rajah 2.4.10 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-16 Rajah 2.4.11 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.4.12 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-17 Rajah 2.4.13 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Rajah 2.4.14 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Bandar Pontian Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PONTIAN 2030 (PENGGANTIAN) JILID I_BAHAGIAN B | Hala Tuju Pembangunan Daerah Pontian BAB 2.0 : Teras dan Strategi Pembangunan 2.4-18 Rajah 2.4.15 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pusat Perdagangan Permas Kechil-Kukup PETUNJUK : Cadangan Pelebaran Jalan – 40m Cadangan Naik Taraf Jalan - 30m Cadangan Naik Taraf Jalan Pekan Permas Kechil – 20m Cadangan Jalan Baru Pekan Permas Kechil – 20m Cadangan Laluan Pejalan Kaki Pekan Kukup Rajah 2.4.16 : Pelan Pengurusan Lalu Lintas Pekan Nanas PETUNJUK : Jalan Persekutuan Jalan Negeri Jalan Pengagih Tempatan Cadangan Naik Taraf Jalan Sebagai Jalan Lingkaran Pekan Nanas – 30m Cadangan Naik Taraf Jalan Pekan Nanas – 20m Laluan Pejalan Kaki Sedia Ada Cadangan Laluan Pejalan Kaki Cadangan Tempat Letak Kenderaan Cadangan Jejantas Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016 Sumber : Kajian Sektor Pengangkutan dan Lalu Lintas, RTD Pontian, 2016


Click to View FlipBook Version