The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BERSTRUKTUR PERTANIAN T4 NEGERI KEDAH TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syakirahastech, 2021-08-25 00:40:20

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN TINGKATAN 4

MODUL BERSTRUKTUR PERTANIAN T4 NEGERI KEDAH TAHUN 2021

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 1

PRAKATA
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, Modul Berstruktur MPEI Pertanian
Negeri Kedah ini dapat disempurnakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Modul ini
mengandungi cadangan aktiviti, sumber, instrumen bagi latihan individu dan kumpulan serta
instrumen PBD yang meliputi topik tertentu dalam tema kemahiran Pertanian dalam pematuhan
KSSM tingkatan 4 dan tingkatan 5. Modul yang dibina ini adalah berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan keperluan Standard Prestasi bagi setiap
tajuk.

Modul ini dapat dijadikan panduan kepada guru sebagai persediaan PdPR mahupun PdP
bersemuka. Penggunaan modul ini disyorkan kepada semua guru mata pelajaran Pertanian
meliputi tahap keupayaan pembelajaran murid. Guru perlu bijak mengolah penggunaan modul
ini mengikut tahap keupayaan murid. Modul ini dapat memberi manfaat kepada seluruh guru
mata pelajaran Pertanian. Modul ini juga sangat sesuai digunakan sebagai pembelajaran
kendiri murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran ini di Negeri Kedah.

Penghasilan modul ini merupakan hasil inisiatif Sektor Pembelajaran JPN Kedah dengan
kerjasama guru-guru Pertanian terpilih di Negeri Kedah. Tanpa sokongan dan bantuan daripada
semua pihak, modul ini tidak mungkin dapat disempurnakan mengikut ketetapannya. Justeru
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam menghasilkan modul ini.

Akhir kata, semoga dengan terhasilnya modul ini akan dapat membantu semua guru mata
pelajaran Pertanian dalam memahami dan menguasai isi pelajaran. Hasil komitmen padu
daripada semua guru, In shaa Allah semoga modul ini dapat membantu meningkatkan
kemahiran guru dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Pertanian di Negeri Kedah.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 2

PANEL MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN
NEGERI KEDAH

WAN NURULHUDA BINTI ABDUL HAMID (SEKTOR PEMBELAJARAN, JPNK)

NOR ASMANIZA BINTI AHMAD (SEKTOR PEMBELAJARAN, JPNK)

NOZRI BIN IDRIS (SISC+ PPD BALING)

ZUNAIZAH BINTI AHMAD (SISC+ PPD SIK)

BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 SYAKIRAH BINTI MHMAD NASIR SM TEKNIK ALOR SETAR
2 HUZAIRI BIN HUSIN SMK HOSBA
3 SHAFIDAH BINTI SAAD SMK BATU 17, GUAR CHEMPEDAK
4 MUHAMAD HANIF BIN AMRAN SM TEKNIK ALOR SETAR
5 NURUL SAADIAH BINTI SAID SMK SIONG, BALING
6 INTAN TASNIM BINTI AHMAD SMK PERMATANG BONGLAI, JITRA
7 ZALINI BINTI JUSOH SMK LANGGAR, KOTA SETAR
8 ABDUL RASYID ABDUL RAHMAN SMK KUBANG ROTAN, KOTA SETAR
9 MOHD NIZAM OSMAN SMK TUNKU SULONG, JENIANG
10 MUHAMAD ASRI BIN MOHDI SMK SYED IBRAHIM, PENDANG
11 MUHAMMAD SARUD BIN IWAN SMK TUNKU ABDUL AZIZ, KOTA SETAR

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 3

Kandungan

1.0 Sains Tanah

1.1 Jenis Tanah M/S 5

1.2 Kaedah memperbaiki keadaan tanah untuk M/S 44
meningkatkan pertumbuhan tanaman M/S 80

1.3 Kesan penggunaan baja terhadap tanah dan M/S 127
menghitung kos baja M/S 167
M/S 195
2.0 Pengeluaran Poltri M/S 230
M/S 259
2.1 Sistem penternakan dan faktor pemilihannya
2.2 Menyediakan perumahan ternakan ayam

atau puyuh
2.3 Keperluan nutrisi berdasarkan umur
2.4 Pengurusan harian dan rekod ternakan ayam

atau puyuh

Peraturan Pemarkahan

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 4

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 5

1.1
JENIS TANAH

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 6

TAJUK 1.0 SAINS TANAH

STANDARD KANDUNGAN 1.1 Jenis tanah

1.1.1 Menyatakan jenis tanah iaitu loam, liat, kelodak,

STANDARD pasir dan tanah organik.
PEMBELAJARAN 1.1.2 Menerangkan sifat tanah dari aspek daya

memegang air, saiz kumin, rongga udara, saliran

dan kandungan nutrien.

Diakhir pembelajaran pelajar dapat:

1. Menyatakan jenis tanah iaitu loam, liat,kelodak, pasir

OBJEKTIF PEMBELAJARAN dan organik.
2. Menyatakan sifat – sifat tanah dengan betul.

3. Menerangkan sifat tanah dari aspek daya

memegang air, saiz kumin, rongga udara, saliran

dan kandungan nutrien

TEMPOH MASA 3 Jam

TAHAP PENGUASAAN TP1 - Menyatakan jenis tanah dan sifat tanah berdasarkan
pemerhatian pada sampel tanah.
TP 2 - Menerangkan mana-mana satu jenis tanah dan sifat-
sifatnya

KAEDAH PENTAKSIRAN & 1. Latihan bertulis
INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2. Kuiz
3. Lisan

Sains Tanah:
https://youtu.be/mg7XSjcnZQM

PAUTAN BAHAN BANTU profil tanah:
MENGAJAR https://youtu.be/vqtdFaclWf0
(LINK @ QR CODE)
komposisi tanah
https://youtu.be/QOU_h_OEf4E

sifat tanah
https://www.youtube.com/watch?v=pCNllfErtVU

Panitia Pertanian Negeri Kedah

CADANGAN AKTIVITI MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 7

Kaedah PdPr :
1. Medium – Google Meet / Modul
2. Murid perlu membaca buku teks muka surat 7-13
3. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan
yang diberikan
4. Murid merujuk nota yang disediakan di bawah
5. Murid membuat latihan yang disediakan.
6. Latihan perlu dihantar pada @ melalui…

Kaedah PdPc :
1. Guru menerangkan tajuk berkaitan menggunakan bahan

bantu mengajar
2. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan
3. Murid merujuk nota yang disediakan
4. Gallery walk:

i. murid secara berkumpulan diberikan tugas dan
menyiapkan dalam kertas sebak dan
sebagainya

ii. murid menampal di dinding dan murid daripada
kumpulan lain akan memberi komen pada stiker
note dan menampal pada hasil kerja tersebut.

5. Murid membuat latihan yang disediakan.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 8

MODUL / NOTA :
Pengenalan Kepada Tanah
Tanah boleh didefinisikan sebagai bahan mineral organik yang terlerai pada permukaan bumi
yang boleh menjadi media semulajadi untuk pertumbuhan tanaman dan menampung kehidupan
Tanah sangat penting bagi semua kehidupan kerana ia merupakan medium kehidupan tumbuhan
yang menjadi sumber makanan dan oksigen.

Lima faktor pembentukan tanah:

Masa

Organisma Pembentukan Profil tanah lazim
Iklim tanah

Topografi

Bahan induk

Bahan organik Tanah atas Tanah bawah Batuan induk
Mempunyai bahan mengandungi lebih padat dan bahan induk
organik yg terhasil mineral, nutrien dan keras, menghalang mengalami sedikit
drpd pereputan bahan organik pertumbuhan akar proses luluhawa
haiwan dan ketebalan 150mm Sedikit organisma
tumbuhan paling subur tanah yg ada
tempat tinggal
organism tanah

Komponen tanah

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 9

Bahan organik (5%) • Terhasil drpd pereputan sisa tumbuhandan haiwan
Udara (25% • Bahan organik yg terurai menjadi humus dan
Air (25%)
Bahan mineral (45%) membekalkan nutrien kpd tumbuhan
• Membantu membaiki sifat tanah
• Rongga dalam tanah yg tidak terisi air akan diisi udara
• Kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam tanah

berbeza-beza
• Oksigen penting utuk respirasi akar
• Penting utk tumbuhan dan kehidupan organisma tanah
• Kelebihan dan kekurangan air memberi kesan buruk kpd

tanah dan tanaman
• Terhasil drpd proses luluhawa batuan
• Komponen utama tanah utk medium pertumbuhan
• Bersaiz pasir, kelodak dan liat

JENIS DAN SIFAT TANAH
1. Jenis tanah terbahagi kepada 5 jenis iaitu:

Liat
Organik

Loam
Kelodak
Pasir

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 10

2. Setiap jenis tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza mengikut sifat tanah, iaitu;

Kandungan Daya Saiz kumin
nutrien menyimpan

air

SIFAT
TANAH

Saliran Rongga
udara

DAYA MENYIMPAN AIR

➢ Kemampuan tanah untuk menyerap air.
➢ Di dalam tanah terdapat liang mikro dan liang makro.
➢ Tanah liat mempunyai daya pegangan air tinggi kerana mempunyai banyak liang mikro.
➢ Tanah pasir daya pegangan air rendah kerana banyak liang makro.
➢ Bahan organik dapat meningkatkan daya pegangan air kerana banyak liang mikro terbentuk.
➢ Tanah pasir yang mempunyai daya pegangan air rendah boleh dibaiki dengan

menambahkan bahan organik.
➢ Dalam tanah air dipegang oleh daya tarikan tanah.
➢ Tanah kering – air dipegang dengan daya yang kuat dan memenuhi liang mikro. Oleh itu

pokok sukar menyerap air.
➢ Tanah basah – air terletak di dalam liang makro, air dipegang oleh daya yang rendah dan

akar pokok mudah menyerap air.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 11
SAIZ KUMIN

➢ Agregat tanah terbentuk daripada saiz kumin yang berbeza – beza.
➢ Semasa proses pembentukan tanah, kumin – kumin tanah akan digabungkan

mengikut bentuk tertentu.
➢ Susunan agregat tanah penting kerana mempengaruhi :

✓ Pengudaraan
✓ Daya pegangan air
✓ Saliran air

Ciri-ciri kumin

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 12
RONGGA UDARA

➢ Rongga udara terdapat di antara kumin – kumin tanah dan akar tumbuhan.
➢ Kekurangan rongga udara boleh ditingkatkan dengan kaedah pembajakan dan

penambahan bahan organik.

SALIRAN
➢ Saliran adalah pergerakan air ke dalam tanah.
➢ Ruang di dalam tanah membolehkan air meresap dan mengalir ke dalam tanah.
➢ Air mengalir ke dalam tanah melalui liang makro.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 13

KANDUNGAN NUTRIEN

➢ Nutrien makro diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi pertumbuhan daun, bunga
dan buah.

➢ Nutrien mikro diperlukan dengan jumlah yang sedikit untuk pertumbuhan akar.
➢ Nutrien lengkap diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan tumbuhan.

Nutrien Makro Nutrien Mikro

• Nitrogen (N) •Kuprum (Cu)
• Fosforus (P) •Boron (B)
• Kalium (K) •Ferum (Fe)
• Kalsium (Ca) •Mangan (Mn)
• Magnesium (Mg) •Molibdenum (Mo)
• Sulfur (S) •Klorin (Cl)
•Zink (Zn)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 14

LATIHAN:

1. Nyatakan definisi tanah
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

2. Nyatakan lima faktor pembetukan tanah.

i. …………………………………………………………

ii. …………………………………………………………

iii. …………………………………………………………

iv. …………………………………………………………

v. …………………………………………………………

(5 markah)

3. a. Labelkan profil tanah

i.
ii.
iii.

iv.

(4 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 15

b. Nyatakan dua ciri tanah di lapisan berlabel 2
i.……………………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………..............

(2 markah)
4. Rajah di bawah menunjukkan carta pai komponen tanah lazim.

Udara

Bahan mineral

Air

Bahan organik
Organik (5%)

a. Nyatakan peratus komponen tanah berikut :

Air : ………..............
Bahan mineral : ……….............

Udara : ..........................

Bahan : ..........................

b. Nyatakan dua kepentingan bahan organik kepada tanah.

(i) ………………………………………………………………………………….....

(ii) .....................................................................................................................
(6 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 16

5. Secara umumnya tanah boleh diklasifikasikan kepada lima jenis tanah. Tanah loam

merupakan salah satu jenis tanah, nyatakan 4 lagi jenis tanah
i) ………………………………………………..

ii) ………………………………………………..

iii) …………………………………………………

iv) ………………………………………………..

(4 markah)
6. Setiap jenis tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza. Nyatakan tiga sifat tanah tersebut.

i. ........................................................................................................................................

ii. ........................................................................................................................................

iii. ........................................................................................................................................

(3 markah)

7. Rajah menunjukkan saliran air dalam tiga jenis tanah yang berlainan.

PQ R

P, Q dan R merupakan tiga jenis tanah yang mempunyai sifat saliran yang berbeza.
a) Berdasarkan tanah P, Q dan R, jenis manakah yang mempunyai saliran air yang

paling tinggi?
……………………………………………………………………………………........
b) Namakan jenis tanah P, Q dan R.
P .........................................................................

Q ..........................................................................

R ...................................………………………......

(4 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 17
8. Pernyataan di bawah menunjukkan sifat-sifat satu jenis tanah di Malaysia.

• Daya memegang air sangat tinggi
• Saiz kumin kurang daripada 0.002 mm
• Kandungan nutrien rendah

a) Nyatakan jenis tanah itu.
………………………………………………………………………………………..

b) Nyatakan contoh tanaman yang sesuai ditanam di tanah itu.
………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

9. Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian beberapa jenis tanah diambil dari beberapa
kawasan. Berdasarkan sifat dan ciri tanah tersebut, nyatakan nama jenis tanah tersebut dan
contoh tanaman yang sesuai untuk ditanam di tanah itu.

Sifat tanah Jenis tanah
i. ……………………........
Daya memegang air sangat tinggi, pengudaraan
kurang baik dan saliran yang rendah ii. .…………………….......
iii. .…………………….......
Tanah menyerap air dengan cepat, ia cepat kering.
Tanah cepat panas apabila terkena cahaya (3 markah)
matahari.
Daya memegang air dan saliran yang baik,
menyerap air dengan baik dan mempunyai
pengudaraan yang baik

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 18

10. isikan tempat kosong dengan nutrien makro dan nutrien mikro yang betul.

Nutrien Makro Nutrien Mikro

• Fosforus (P) •Kuprum (Cu)

•Ferum (Fe)

• Kalsium (Ca) •Molibdenum (Mo)
• Magnesium (Mg) •Zink (Zn)

(6 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 19

TAJUK 1.0 SAINS TANAH

STANDARD KANDUNGAN 1.1 Jenis Tanah

STANDARD 1.1.3 Membezakan jenis tanah berdasarkan sifat tanah
PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran pelajar dapat;

1. Membezakan jenis tanah dengan betul berdasarkan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN lima sifat tanah.

2. Mengkelaskan jenis tanah melalui pemerhatian dan

lawatan di tapak penanaman.

TEMPOH MASA 2 Jam

TAHAP PENGUASAAN TP 3 - Mengkelaskan jenis tanah melalui pemerhatian dan
lawatan di tapak penanaman

1. Latihan bertulis

KAEDAH PENTAKSIRAN & 2. Kuiz

INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3. Lisan

4. Amali

PAUTAN BAHAN BANTU Jenis dan sifat tanah

MENGAJAR https://www.youtube.com/watch?v=-5TPD2wY9H0

(LINK @ QR CODE)

CADANGAN AKTIVITI Kaedah PdPr :
1. Medium – Google Meet / Modul

2. Murid perlu membaca buku teks muka surat 14-18

3. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan

4. Murid merujuk nota yang disediakan di bawah

5. Murid membuat latihan yang disediakan.

6. Latihan perlu dihantar melalui aplikasi telegram /

whatsapps

Kaedah PdPc :
1. Guru menerangkan tajuk berkaitan menggunakan bahan

bantu mengajar

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 20
2. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan
3. Murid merujuk nota yang disediakan
4. Team share n stand:

i. ahli pasukan berdiri
ii. guru atau rakan memberikan soalan
iii. pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan

berkongsi jawapan atau pendapat dengan orang
lain
5. Murid melakukan ujian sampel tanah kaedah makmal
seperti
• ujian keupayaan memegang air
• ujian kadar pengaliran air
6. Murid membuat latihan yang disediakan.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 21

MODUL / NOTA :

Jenis tanah berdasarkan sifat tanah

Jenis tanah Sifat tanah Tumbuhan yang sesuai
sawi
• Mempunyai kandungan terung
pasir, kelodak dan liat
yang seimbang. Kacang panjang

• Mempunyai daya
pegangan air dan saliran
air yang baik

• Mengandungi banyak
mikroorganisma dan
rongga udara

• Subur, gembur dan
mengandungi banyak
nutrien

Tanah Loam

1. • Bertekstur halus, melekit, padi
2. mudah dibentuk, boleh jagung
3. dilentur ketika basah dan tebu
4. keras ketika kering Ubi keledek
5.
6. • Mempunyai saiz kumin
7. kecil, daya tarikan
8. molekul air dan tanah
9. tinggi
10.
11. • Mempunyai daya
12. pegangan air yang tinggi
13. tetapi saliran rendah

Tanah Liat • Terbentuk daripada
kumin bersaiz sederhana
kecil

• Mempunyai daya
pegangan air yang tinggi

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 22

• Mempunyai kandungan koko
nutrien yang sederhana kelapa sawit

• Hanya beberapa jenis
tanaman sahaja sesuai
ditanam

Tanah Kelodak • Bertekstur sangat kasar, tembikai
Tanah Pasir besar dan longgar, kering kelapa
dan berderai@peroi. Tembikai susu
Tanah Organik
• Mempunyai daya
memegang air yang
rendah

• Cepat panas apabila
terkena cahaya matahari

• Boleh dibaiki dengan
menambah bahan
organik supaya sesuai
untuk penanaman

• Juga dikenali sebagai Bawang
tanah gambut merah

• Berwarna perang bendi
gelap@hitam

• Terbentuk daripada
pereputan bahan organik
seperti sisa tumbuhan
dan haiwan

• Mempunyai daya
memegang air yang
sederhana

nanas

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 23
PERBEZAAN JENIS TANAH BERDASARKAN SIFAT TANAH

AMALI

EKSPERIMEN : Menguji keupayaan tanah memegang air (Kaedah PdPc)

Bahan : Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah

dari tapak penanaman dan air

Alatan : corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik dan alat

penimbang

Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen :

1. Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
2. Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak
3. Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak
4. Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah

Prosedur kerja :

1. Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen
2. Masukkan kertas turas ke dalam corong turas
3. Isikan 50 gm sampel tanah ke dalam semua corong turas.
4. Tuangkan 250 ml air ke dalam semua corong turas secara serentak
5. Catatkan masa sehingga air turun ke kelalang kon

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 24

Keputusan eksperimen:

Bil Sampel Masa air Kuantiti air Kuantiti air yang Keupayaan
tanah habis keluar yang dipegang oleh tanah
tanah
1 Tanah pasir terkumpul memegang air
2 Tanah loam
3 Tanah liat
4 Tanah

kelodak
5 Tanah

organik
6 Tanah dari

tapak
penanaman
Kesimpulan:

………………………………………………………………………………………………………………

EKSPERIMEN : Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah (Kaedah PdPc)

Bahan : Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah organik, tanah

dari tapak penanaman dan air

Alatan : corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon, jam randik dan alat

Penimbang

Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen :

1. Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
2. Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak
3. Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air yang digunakan adalah sama banyak
4. Pengiraan masa yang sama digunakan untuk setiap jenis tanah

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 25

Prosedur kerja :
1. Sediakan bahan-bahan dan peralatan eksperimen
2. Masukkan kertas turas ke dalam corong turas.
3. Isikan 50 gm sampel tanah ke dalam semua corong turas.
4. Tuangkan 250 ml air ke dalam semua corong turas dan mula ambil masa.
5. Catatkan masa air mula keluar dalam kelalang kon sehingga air habis keluar.

Keputusan eksperimen : Masa air mula Masa air habis
keluar keluar
Bil Sampel tanah

1 Tanah pasir
2 Tanah loam
3 Tanah liat
4 Tanah kelodak
5 Tanah organik
6 Tanah dari tapak

penanaman

Kesimpulan:
………………………………………………………………………………………………………………

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 26

LATIHAN :

1. Jadual 1 menunjukkan jenis tanah dan sifat tanah dari segi saiz kumin, rongga udara
dan kandungan nutrien. Lengkapkan jadual 1.

Jenis tanah / i. ....................... ii. ....................... iii. .......................
sifat tanah

Saiz kumin Lebih 0.005 mm a) b)

Rongga udara c) Sangat besar d)
e) f) Sederhana
Kandungan
nutrien

(9 markah)
Berdasarkan jadual di atas, terangkan sifat-sifat tanah i, ii dan iii selain dari sifat –
sifat di atas.
Tanah i:
……………………………………………………………………………………..........................
……………………………………………………………………………………..........................

Tanah ii:
…………………………………………………………………………………….........................
…………………………………………………………………………………….........................

Tanah iii:
…………………………………………………………………………………….........................
…………………………………………………………………………………….........................

(6 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 27

2. Jadual 2 menunjukkan jenis tanah dan sifat-sifat tanah. Lengkapkan jadual 1

Sifat tanah Daya Saiz kumin Rongga saliran Kandungan
nutrien
Jenis tanah memegang air udara

Liat Sangat kecil

Loam sederhana sederhana baik

Organik Lebih tinggi
Kelodak 0.005mm
tinggi Sederhana
pasir Lebih baik
0.05mm
rendah

(15 markah)

Berdasarkan jawapan di atas, buat satu analisis perbezaan jenis tanah berikut berdasarkan

sifat-sifatnya

Tanah liat:
……………………………………………………………………………………....................................
……………………………………………………………………………………....................................

Tanah organik:
……………………………………………………………………………………....................................
……………………………………………………………………………………....................................

Tanah kelodak:
……………………………………………………………………………………....................................
……………………………………………………………………………………....................................

(6 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 28
3. Bandingkan sifat tanah pasir dan tanah loam dalam jadual di bawah.

Tanah Pasir Tanah loam

(8 markah)

Berdasarkan jawapan di atas. Nyatakan tiga jenis tanaman yang sesuai ditanam pada tanah

pasir dan tanah loam

Jenis tanah Tanaman yang sesuai di tanam

Tanah pasir

Tanah loam

(6 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 29

TAJUK 1.0 SAINS TANAH

STANDARD KANDUNGAN 1.1 Jenis Tanah

1.1.4 Mengkaji jenis tanah di tapak penanaman melalui

STANDARD kaedah makmal dan kaedah rasa guna jari

PEMBELAJARAN 1.1.5 Mengklasifikasi jenis tanah di tapak penanaman

berdasarkan sifat tanah

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

1. Menganalisis sampel tanah untuk menentukan jenis

tanah dengan menggunakan kaedah medan serta

OBJEKTIF PEMBELAJARAN mendapan

2. Menentukan jenis tanah menggunakan carta segi tiga

tekstur tanah dengan betul.

3. Menyatakan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya

TEMPOH MASA 4 Jam

TP4 - Menganalisis sampel tanah untuk menentukan jenis

tanah

TAHAP PENGUASAAN TP5 - Membuat kesimpulan dalam menentukan laporan
kajian sampel tanah dari tapak penanaman

TP6 - Membentangkan hasil kajian sampel tanah dalam

bentuk multimedia secara kreatif dan inovatif

1. Latihan bertulis

KAEDAH PENTAKSIRAN & 2. Kuiz

INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3. Lisan

4. Amali

PAUTAN BAHAN BANTU Carta segitiga tekstur tanah
MENGAJAR https://www.youtube.com/watch?v=SXp8Lg0SFPQ
(LINK @ QR CODE) Carta warna munsell
https://www.youtube.com/watch?v=826cPcxeULw

CADANGAN AKTIVITI Kaedah PdPr :
1. Medium – Google Meet / Modul

2. Murid perlu membaca buku teks muka surat 22-30

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 30

3. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan
yang diberikan

4. Murid merujuk nota yang disediakan di bawah
5. Murid melakukan ujian sampel tanah kaedah medan

(rasa guna jari) di rumah :
i. Membentuk rod
ii. Membentuk cincin
6. Murid mengambil gambar dan menunjukkan hasil kepada
guru.
7. Murid membuat latihan yang disediakan.
8. Latihan yang siap perlu dihantar melalui google
meet/whatapps/telegram@media sosial bersesuaian

Kaedah PdPc :
1. Guru menerangkan tajuk berkaitan menggunakan bahan

bantu mengajar
2. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan
3. Murid merujuk nota yang disediakan
4. Writing Station:

i. Murid berada dalam kumpulan bersama mini white
board dan pen

ii. Guru mengedarkan kertas yang mengandungi
soalan dan murid berbincang (cafe/ table cloth)
dalam tempoh masa yang ditetapkan

iii. Wakil kumpulan bersama mini white board berada di
station dan bersedia untuk menulis jawapan

iv. Wakil kumpulan menulis jawapan (satu point shj)
secara bergilir sehingga selesai

v. kumpulan yang pertama yang menyerahkan jawapan
adalah kumpulan pemenang

vi. Guru membincangkan jawapan setiap kumpulan dan
menentukan pemenang (shout out/brain storming)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 31

5. Murid melakukan ujian sampel tanah kaedah makmal
seperti
• kaedah medan (rasa guna jari) seperti membentuk
rod dan membentuk cincin
• Kaedah mendapan

6. Murid melakukan ujian menentukan warna sampel tanah
menggunakan Munsell soil chart

7. Membentangkan hasil kajian menggunakan multimedia

MODUL / NOTA :
1.1.4: MENGKAJI JENIS TANAH DI TAPAK PENANAMAN MELALUI KAEDAH

MAKMAL DAN KAEDAH RASA GUNA JARI

Maksud tekstur tanah
✓ Peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat dalam tanah
✓ Nama-nama tekstur diberikan mengikut peratusan komposisi kumin tanah
✓ Tekstur tanah dapat dikesan melalui

a) Kaedah medan – merasa menggunakan jari ( rod dan cincin)
b) Kaedah mendapan – kaedah makmal
✓ Tekstur tanah boleh ditentukan dengan menggunakan Segi Tiga Tesktur Tanah iaitu
Sistem Pengkelasan Tanah Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 32

Segi Tiga Tekstur Tanah USDA

1.1.5: MENGKLASIFIKASI JENIS TANAH DI TAPAK PENANAMAN BERDASARKAN
SIFAT TANAH.

WARNA TANAH

✓ Warna tanah menggambarkan kandungan

- bahan organik, mineral, saliran tanah, aktiviti organisma, kesuburan tanah dan bahan

induk.
✓ keadaan tahap kesuburan tanah dapat ditentukan dengan melihat warna tanah.

Warna Gelap Sederhana Gelap Pudar

(Hitam keperangn) (Perang Kekuningan) (Kekuningan)

Keadaan tanah

Bahan organik tinggi Sederhana Rendah

Hakisan Rendah Sederhana Tinggi

Pengudaraan Tinggi Sederhana Rendah

Ketersediaan nitrogen Tinggi Sederhana Rendah

Kesuburan Tinggi Sederhana Rendah

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 33

✓ ciri-ciri sesuatu tanah juga dapat ditentukan menggunakan warna tanah

Warna tanah Ciri-ciri tanah berdasarkan warna
Merah ❖ kandungan ferum oksida
❖ saliran dan pengudaraan baik
Perang ❖ terdapat di lereng bukit
Kelabu ❖ tanaman : getah /kelapa sawit
❖ kandungan ferum oksida dan bahan organik
Kehitam-hitaman ❖ saliran baik
❖ subur
Putih ❖ ferum oksida dan oksigen kurang
Kuning ❖ kandungan ferum terturun
❖ saliran kurang baik dan menakung air
❖ tanaman : padi
❖ kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
❖ menakung air dan pH rendah
❖ bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
❖ tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar
❖ tanaman: nanas dan sayuran
❖ mempunyai banyak kandungan liat iaitu kaolinit
❖ ferum oksida berpadu dengan air
❖ saliran baik
❖ lembap berbanding tanah merah

Carta Warna Munsell

✓ Warna tanah ditentukan dengan menggunakan carta warna Munsell yang menggunakan 3
parameter
- Hue = H (spektrum warna paling dominan)
- Value = V (kecerahan-kegelapan)
- Chroma = C (kemurnian atau kekuatan warna)

✓ Cara menulis: H V/C ( H=2.5YR, V=6, C=4) ditulis sebagai 2.5YR6/4

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 34

Hue
• Adalah satu elemen dalam roda warna yang digunakan
untuk menunjukkan nama warna(warna asas)).

Value
• Menunjukkan kecerahan sesuatu warna bermula dari 0
(hitam) sampai 10 (putih).

Chroma
• Menunjukkan darjah perubahan warna daripada warna
neutral pada nilai yang sama. Barisan bawah
menunjukkan 0 tetapi tidak ada barisan atas. Dalam
tanah, Chroma jarang melebihi 8.

AMALI (KAEDAH PDPC)

EKSPERIMEN : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI KAEDAH MENDAPAN

Bahan : Sampel Tanah, Air

Alatan : Bikar , Balang gas, Spatula & Pembaris

Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen:

1. Pastikan kuantiti setiap sampel tanah dan air digunakan adalah sama banyak.
2. Goncang campuran hingga sebati
3. Biarkan campuran yang digoncang semalaman.
Prosedur kerja.

1. Sediakan bahan-bahan dan alatan eksperimen
2. Masukkan sampel tanah ke dalam balang gas sehingga ¼ penuh
3. Isikan air kedalam balang gas sehingga ¾ penuh dan tutup mulut balang gas
4. Goncangkan campuran sehingga kumin tanah terpisah
5. Biarkan semalaman di atas meja yang rata
6. Ukur ketinggian setiap pisahan mendapan tanah dan catat ke dalam jadual
7. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segitiga tekstur tanah USDA

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 35

Keputusan eksperimen:

Bil Sampel tanah Lapisan tanah Ketinggian lapisan tanah Peratus Jenis tekstur
(cm) tanah

1 Sampel tanah Liat
1 Kelodak
Pasir
2 Sampel tanah Liat
2 Kelodak
Pasir
3 Sampel tanah Liat
3 Kelodak
Pasir

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 36

Segi Tiga Tekstur Tanah Sistem Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 37

EKSPERIMEN : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI KAEDAH MEDAN
(RASA GUNA JARI) (KAEDAH PDPR & PDPC)

Bahan : Sampel tanah loam, tanah liat, tanah pasir. Tanah kelodak, tanah organik tanah
dari tapak penanaman dan air suling.

Alatan : Bikar (Bekas plastik) , alat penimbang (mengikut sukatan sudu) & dulang
Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen

1. Sampel tanah yang diambil dalam keadaan kering.
2. Pastikan penggunaan air mencukupi untuk membentuk tanah

Prosedur Kerja (Kaedah PdPc)
1. Timbang 50 g sampel enam jenis tanah di dalam bekas
2. Lembabkan 50g tanah dengan air secukupnya
3. Bentukkan tanah menjadi rod dan cincin.
4. Perhatikan hasil tekstur tanah melalui kaedah medan ( rasa guna jari )
5. Ulang langkah di atas menggunakan sampel tanah yang lain.

Prosedur Kerja (Kaedah PdPr)
1. Ambil 5 sudu sampel enam jenis tanah di dalam bekas
2. Lembabkan tanah dengan 5 sudu air
3. Bentukkan tanah menjadi rod dan cincin
4. Perhatikan hasil tekstur tanah melalui kaedah medan ( rasa guna jari )
5. Ulang langkah di atas menggunakan sampel tanah yang lain.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 38

EKSPERIMEN : MENENTUKAN WARNA TANAH MENGGUNAKAN CARTA WARNA
MUNSELL (KAEDAH PdPc)

Bahan :Sampel tanah iaitu tanah loam, tanah liat, tanah pasir, tanah kelodak, tanah
Alatan organik, tanah dari tapak penanaman dan air
: corong turas, bikar, kertas turas, spatula, kelalang kon dan carta warna Munsel

Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan eksperimen:

1. Keringkan tanah sebelum memulakan eksperimen
2. Pastikan kertas turas yang digunakan tidak koyak atau rosak

Prosedur kerja.

1. Sediakan bahan-bahan dan alatan eksperimen
2. Ambil 20 gm sampel enam jenis tanah di dalam bekas yang berlainan. Basahkan

sampel tanah dengan air sehingga tanah menyerap air
3. Ambil sampel tanah yang basah dengan spatula dan tentukan warna tanah mengikut

langkah demi langkah dengan menggunakan carta warna Munsell.
Keputusan eksperimen

Bil Sampel tanah Warna tanah
1 Tanah pasir
2 Tanah loam
3 Tanah liat
4 Tanah kelodak
5 Tanah organik
6 Tanah dari tapak penanaman

kesimpulan
………………………………………………………………………………………………………………

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 39

LATIHAN :
1. Rajah 1 menunjukkan kaedah menentukan jenis tanah dari tapak penanaman..

Nyatakan kaedah itu

(i)………………………………… (ii)…………………………………

(2 markah)

2. Pernyataan berikut adalah sebahagian langkah melakukan eksperimen menentukan tekstur
tanah kaedah medan. Susun mengikut urutan yang betul untuk melakukan eksperimen itu
dengan menulis 1, 2 atau 3 dalam ruang jawapan yang disediakan

Lembapkan tanah dengan air
Bentuk tanah menjadi rod atau cincin
Timbang sampel tanah

(3 markah)

3. Berdasarkan dapatan daripada eksperimen mendapan yang dilakukan, didapati lapisan
yang terbentuk terbahagi kepada tiga lapisan. Terangkan sifat tanah itu yang menyebabkan
terhasil tiga lapisan tersebut.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
(4 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 40

4. Lengkapkan langkah-langkah menentukan tekstur tanah mengikut urutan yang betul.
Sediakan alatan dan bahan untuk menjalankan eksperimen

i. ………………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………………

Goncangkan campuran secara perlahan-lahan sehingga kumin terpisah dan biarkan
semalaman di atas meja yang rata.

iii. ………………………………………………………………………………………………

Catatkan dalam jadual dan hitung peratus pisahan tanah. Temtukan kelas tekstur tanah
menggunakan segitiga tekstur tanah USDA.
(3 markah)

5. Jadual menunjukkan peratus pasir, kelodak dan liat.

Kumin mineral tanah Peratus (%)
Pasir 20
Liat
35
Kelodak

Berdasarkan jadual di atas,

a) i. Lengkapkan jadual
ii. Lakarkan kelas tekstur tanah pada carta Segi Tiga Tekstur tanah yang disediakan di
bawah

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 41

b) Namakan tekstur sampel tanah itu.
………………………………………………………………………………………………………

c) Nyatakan dua masalah yang berlaku jika menggunakan tanah di (b)
i………………………………………………………………………………………………………
ii……………………………………………………………………………………………………..
(7 markah)

6. Encik Izzat telah membeli sebidang tanah bekas lombong yang akan diusahakan dengan
tanaman sayuran. Ujian telah dilakukan terhadap ciri tanah tersebut dan maklumat berikut
diperolehi:
Rongga udara sangat besar
Saiz kumin ≥0.05mm

Berdasarkan maklumat itu :
(a) Nyatakan satu kaedah ujian tekstur tanah yang boleh dilakukan oleh Encik Izzat.

…………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

(b) Namakan jenis tanah itu
…………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

(c) Senaraikan dua ciri lain bagi tanah itu
…………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

(d) Rajah menunjukkan dapatan daripada hasil menentukan kelas tekstur tanah

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 42

Terangkan langkah-langkah melakukan eksperimen itu sehingga kelas tekstur tanah dapat
dikenalpasti.
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………

(5 markah)

(e) Lapisan paling bawah merupakan lapisan yang terdiri daripada tanah jenis
……………...………………………………………………………………………….………………
(1 markah)

7. Jadual menunjukkan ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya

WARNA TANAH CIRI-CIRI BERDASARKAN WARNA

I…………………………… • Tanah ini mempunyai kandungan liat dikenali sebagai
kaolinit

• Kandungan ferum oksida

Merah • Terdapat di lereng bukit

• Saliran kurang baik dan menakung air
ii. …………………………… • Sesuai untuk tanaman padi

(2 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 43

8. Nyatakan lima perkara yang dapat digambarkan daripada warna tanah.
i…………………………………………………………………………………………………………..
ii………………………………………………………………………………………………………….
iii…………………………………………………………………………………………………………
iv…………………………………………………………………………………………………………
v…………………………………………………………………………………………………………

(5 markah)

9. Encik Ahmad bercadang untuk mengusahakan sejenis tanaman sayuran. Beliau mendapati
tanah tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

• Berwarna perang gelap dan hitam
• Terbentuk daripada pereputan sisa tumbuhan dan haiwan

a) Tentukan jenis tanah itu.

.................................................................................................................................................
(1 markah)

b) Nyatakan dua sifat lain tanah jenis itu.
i) ......................................................................................................................................
ii) ......................................................................................................................................
(2 markah)

c) Terangkan tiga kelemahan penggunaan tanah yang anda nyatakan di (a).
i. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
ii. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
iii. .......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
(6 markah)

d) Nyatakan satu jenis tanaman yang sesuai dengan jenis tanah itu.
.........................................................................................................................................
(1 markah)

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 44

1.2
KAEDAH
MEMPERBAIKI TANAH

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 45

TAJUK 1.0 SAINS TANAH

STANDARD KANDUNGAN 1.2 Kaedah memperbaiki keadaan tanah untuk
meningkatkan pertumbuhan tanaman.

1.2.1 Menerangkan jenis struktur tanah iaitu butir rapuh,

STANDARD berlapis, berblok, prismatik dan kolumnar.

PEMBELAJARAN 1.2.2 Menerangkan kepentingan struktur tanah kepada

pertumbuhan tanaman.

Di akhir pembelajaran pelajar dapat:

1. Menerangkan jenis struktur tanah iaitu butir rapuh,

berlapis, berblok, prismatik dan kolumnar.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 2. Menyatakan 6 kepentingan struktur tanah kepada

pertumbuhan tanaman

3. Menerangkan sekurang-kurangnya 4 kepentingan

struktur tanah kepada pertumbuhan tanaman

TEMPOH MASA 2 Jam

Tahap Penguasaan 1-2

TP1-Menyatakan jenis-jenis struktur tanah dan

TAHAP PENGUASAAN kepentingannya

TP2-Menerangkan kepentingan struktur tanah dan tujuan

menguji pH tanah

KAEDAH PENTAKSIRAN & 1. Latihan bertulis
INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2. Kuiz
3. Lisan

PAUTAN BAHAN BANTU Jenis struktur tanah iaitu butir rapuh, berlapis, berblok,
MENGAJAR prismatik dan kolumnar
https://youtu.be/w7cBKASUR7I

(LINK @ QR CODE) Kepentingan struktur tanah
CADANGAN AKTIVITI https://youtu.be/Kw9YAS0ONQo
https://youtu.be/w7cBKASUR7I
Kaedah PdPr :

1. Medium – Google Meet / Modul

2. Murid perlu membaca buku teks muka surat 38-40

3. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 46

4. Murid merujuk nota yang disediakan di bawah
5. Murid membuat latihan yang disediakan.
6. Latihan yang siap perlu dihantar semasa Google Meet @
melalui WhatsApp/ Telegram@media sosial bersesuaian

Kaedah PdPc :
1. Guru menerangkan tajuk berkaitan menggunakan bahan

bantu mengajar
2. Murid menonton video di youtube berdasarkan pautan

yang diberikan
3. Murid merujuk nota yang disediakan
4. Using Large Picture Card ( Gambar/ foto besar)
5. Penggunaan gambar/ foto dalam Pdpc
6. I see, I Think, I Wonder (saya lihat, saya fikir dan saya

bertanya)
Dengan menggunakan gambar/objek murid diminta :
a. Senaraikan/ bincangkan apa mereka lihat (see)
b. Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan

kehidupan seharian/ lain-lain perkara (think)
c. Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah

dipelajari sebelum ini.
7. Rocket writing (Penulisan pantas)

Jangka masa diberi (contoh 5 minit) untuk murid menulis
apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik/ soalan
yang diberi
8. Recap group (Mengulangi/mengingat semula)
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara
lisan apa yang telah dipelajari diakhir Pdpc.
9. Murid membuat latihan yang disediakan.

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 47

MODUL / NOTA :

Struktur tanah

- Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat yang
membentuk agregat.

- Kumin-kumin dalam tanah akan bergabung mengikut bentuk tertentu berdasarkan keadaan
sesuatu Kawasan

- Susunan kumin –kumin ini dinamakan agregat tanah yang wujud dalam pelbagai bentuk
- Ciri-ciri struktur tanah yang baik :

Lapisan nipis air mengisi Agregat tanah (gabungan
liang halus dalam agregat kumin-kumin tanah)

Ruang besar antara
agregat yang
membenarkan resapan
gas dan pengaliran air

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 48

Terdapat 5 jenis struktur tanah Ciri
Nama Struktur & Rajah
- Lapisan tanah bahagian
Butir rapuh atas yang mempunyai
bahan organik
Berlapis
- Bersaiz kecil dan tidak
terikat antara agregat

- Mempunyai ruang liang
paling banyak
berbanding struktur lain

- Berbentuk lempeng
- Mempunyai ruang liang

yang sedikit

Berblok - Berbentuk kubus yang
tidak sekata
Prismatik
Kolumnar - Menggalakkan
pertumbuhan akar

- Mempunyai
pengudaraan dan
saliran baik

- Berbentuk prisma
dengan sebahagian
atas mendatar atau
berbentuk tunggul

- Berbentuk tiang dengan
puncaknya berbentuk
bulat

Panitia Pertanian Negeri Kedah

MODUL BERSTRUKTUR MPEI PERTANIAN 49

Kepentingan Struktur tanah

- Terdapat 5 kepentingan struktur tanah :
1. Mencegah hakisan tanah
- Struktur tanah yang baik menambah daya tanah dari kerosakan fizikal yang
disebabkan oleh hakisan.
- Tujuan pengawalan hakisan :
▪ Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air
▪ Mengelakkan pengaliran air melalui saluran sempit
▪ Mengurangkan kelajuan larian air
- Kaedah pencegahan hakisan :
▪ Membina teres / pertanian teres
▪ Menanam mengikut kontur
▪ Membuat sungkupan (plastik silvershine, jerami padi, rumput/ kayu)
2. Air berlebihan mudah dialirkan
- Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air
dan udara meresap dengan mudah.
- Ia menghalang air dari bertakung.
- Oleh itu air berlebihan mudah dialirkan.
- Tanah bertekstur kasar seperti pasir air dapat mengalir dengan mudah.
3. Mengekalkan daya pegangan air tanah
- Struktur tanah membolehkan air diserap.
- Daya pegangan air bergantung kepada saiz kumin dan kepadatan liang dalam
struktur tanah.
- Struktur tanah berlapis akan menghalang saliran.
- Struktur tanah berbutir boleh membantu melancarkan saliran.
4. Memperbaiki pengudaraan tanah
- Penggabungan struktur tanah yang berbeza dapat menambah dan menperbaiki
pengudaraan tanah
- Ia juga menunjukkan kapasiti air dalam tanah.
5. Mencegah kepadatan tanah
- Tanah yang mempunyai bahan organik tinggi menjadikan struktur tanah longgar dan
tidak padat

Panitia Pertanian Negeri Kedah


Click to View FlipBook Version