The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Merupakan folio semasa menjalani latihan mengajar di Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Pahang dalam kursus Binaan Bangunan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahhazari, 2022-07-27 12:15:54

EPORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR 2022

Merupakan folio semasa menjalani latihan mengajar di Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Pahang dalam kursus Binaan Bangunan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 14
3 KAEDAH DAN TEKNIK PEMASANGAN KERANGKA, PAGAR DAN PINTU PAGAR

Pembinaan kerangka, pagar dan pintu agar adalah berbeza –beza mengikut jenisnya.
Pemasangan Pagar chain link berbeza dengan pemasangan kerangka pagar kayu.
Pemasangan pintu pagar ayun berbeza dengan pintu pagar berlipat dan sebagainya.

3.1 Memasang kerangka pagar
Setiap jenis pagar akan mempunyai kerangka pagar yang mengandungi tiang-
tiang. Bagi pagar kayu ,belebas diperlukan. Pemasangannya bermula dengan
pemasangan tiang dimana setelah lubang- digali dan tiang ditempatkan pada
posisi, penetapan dan pelarasan tiang perlu dilakukan.Berikut adalah langkah-
langkah yang perlu diambil dalam proses pembinaan kerangka pagar.

i) Menetapkan posisi Tiang
a. Tetapkan tiang pada setiap tiang penjuru sempadan terlebih dahulu.
b. Rentangkan tali antara tiang tiang penjuru. Ini akan memberikan rujukan
posisi tiang , memastikan tiang berada pada satu garisan lurus .
c. Tempatkan dan tetapkan tiang-tiang antara berpandukan tali bagi
memastikan keselarian dan kelurusan, tepat pugak menggunakan timbang
air dan tepat aras menggunakan hos aras. Jarak antara tiang yang
dicadangkan adalah 240cm
d. Biarkan konkrit tapak mengeras antara 24 – 48 jam

Rajah 4.4 : Menetap posisi tiang

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 14
ii) Memasang belebas /Rel
a. Terdapat banyak cara memasang belebas atau rel pada tiang. Ia dilakukan
sama ada memaku serong, memaku muka atau tanggam lubang dan
puting. Bagi ketinggian pagar 1800mm, 3 unit belebas adalah memadai.
b. Jarak antara belebas dari aras bumi bermula dengan 250mm untuk
belebas bawah, 850mm untuk belebas antara dan 1475 mm untuk belebas
atas
c. Cadangan pemasangan adalah bermula belebas bawah

Rajah 4.5 : Contoh pemasangan belebas

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 14
3.2 Memasang Pagar
Pemasangan pagar melibatkan panel panel pagar atau jejaring. Bagi pemasangan
panel kayu, terdapat dua pilihan
Pilihan 1: Memulakan pemasangan panel pada salah satu hujung belebas atau
tiang.
Pilihan 2: Memulakan pemasangan panel pada kedua-dua hujung belebas atau
tiang.
i) Uji aras dan pugak pada salah satu hujung atau kedua-dua hujung yang
dipasang panel .
ii) Untuk pilihan 2, rentang tali antara tiang penjuru dengan tiang penjuru
bersetentang

Rajah 4.6 : Memulakan pemasangan pagar

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 14
3.3 Memasang Pintu Pagar
i. Menggantung pintu pagar atau gate pada tiang pagar bata memerlukan
kelengkapan engsel dan skru khas. Tetapi dengan peralatan dan kelengkapan
yang betul, pemasangan akan dapat dilakukan dengan mudah dan kemas.
ii. Sebelum memulakan kerja, tentukan saiz ruang pintu.
iii. Berdasarkan saiz ruang, tentukan saiz pintu dengan tepat dengan mengambil
kira unjuran ensel dari permukaan tiang.
iv. Pastikan ukuran pintu ini sepadan dengan ruangnya .

Rajah 4.7 : Ukuran pintu
v. Tentukan cara yang akan dilakukan untuk memastikan pintu dapat digantung

dengan pugak dan jajaran yang betul.
vi. Periksa tiang bagi memastikan ianya dalam posisi baik.
vii. Lakukan pembaikan jika perlu.
viii. Selain kesesuaian dan ketahanan,pemilihan pintu pagar perlu mengambil kira

stail dan kemasannya . Terdapat pelbagai stail dan rekabentuk yang boleh
ditampil.

Rajah 4.8 : Contoh pintu pagar

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 14

3.3.1 Kaedah Pemasangan Engsel
i. Pendakap engsel diikat selepas pembinaan tiang (Menanam pendakap
dalam tiang)
ii. Pendakap engsel diikat selepas pembinaan tiang (pendakap diskru pada
tiang)
iii. Pendakap engsel diikat serentak dengan pembinaan tiang (Menanam
pendakap dalam tiang)

Kaedah 1
Pendakap engsel diikat selepas pembinaan tiang ( Menanam pendakap
dalam tiang)

i. Sediakan ruang untuk disesuaikan dengan pendakap engsel
ii. Ruang/rongga disediakan pada posisi yang sesuai mengikut perincian

pada pintu pagar.
ii. Siapkan ikatan tiang bata sepenuhnya
iii. Pada peringkat ini pendakap engsel belum lagi dipasang
iv. Pemasangan dilakukan bersama dengan pintu pagar bagi memastkan

jajaran pemasangan pintu tepat.

Pemasangan Pintu Pagar:
i. Tempatkan pintu pagar pada ruang dan bersebelahan dengan tiangnya.
ii. Gunakan pelapik samada bata atau kayu supaya pintu pagar dapat
ditinggikan 60mm- 75mm dari aras tanah
iii. Masukkan kedua-dua soket pada pin pendakap.
iv. Masukkan pendakap yang sedang terpasang pada soket ke dalam
rongga yang tersedia pada tiang.
v. Laraskan posisi dan jajaran pintu. Posisinya hendaklah sepadan dengan
ruang ,tegak dan aras.
vi. Tetapkan kedudukan tersebut (Pastikan tidak bergerak atau berubah
dengan sokongan yang sesuai)

vii. Isikan konkrit ke dalam ke dua-dua rongga pendakap . Tujuannya bagi
menguatkan kedudukan pendakap.

viii. Biarkan konkrit mengeras.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 14
Kaedah 2
Pendakap engsel diikat selepas pembinaan tiang (pendakap diskru pada
tiang)
i. Kaedah ini menggunakan ensel sisi tiang berpenapak.
ii. Ikatan tiang bata perlu disiapkan sepenuhnya terlebih dahulu
iii. Lubang ditebuk pada tiang mengikut posisi lubang pada pendakap
iv. Pendakap dipasang dan ditetapkan posisi pada tiang dengan
menggunakan bol
Mesin-bol gerigis

Rajah 4.9 : Pendakap engsel sisi tiang berpenapak

Pemasangan Pintu Pagar:
i.Periksa semula ketepatan jajaran,kelurusan,pugak dan aras pintu pagar.
ii.Penapak engsel disandarkan pada tiang dan ditanda kedudukan lubang
menerusi lubang pada penapak engsel.
iii. Tebuk lubang lubang yang ditanda dengan drill penukul.
iv.Masukkan skru plug tembok dan kemaskan nat bagi mengukuh
pemasangan engsel pada tiang. Ulangi proses ini pada setiap pendakap
engsel.
v.Angkat dan pasangkan pintu pagar pada pendakap engsel
vi.Uji kelancaran pergerakan ayunannya. Pintu yang mudah diayun tutup-buka
adalah pintu yang dipasang dengan sempurna dan kemas.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 14

Rajah 4.10 : Jenis pendakap engsel sisi tiang
Kaedah 3
Pendakap engsel diikat serentak dengan pembinaan tiang (Menanam
pendakap dalam tiang)
i. Pemasangan pendakap engsel dilakukan dengan memasang terus

pendakap engsel semasa proses pembinaan tiang iaitu semasa ikatan
bata dibuat.
ii. Ukuran jarak antara dua pendakap engsel pada pintu pagar diambil
iii. Pendakap ditempatkan diantara ikatan bata yang telah ditentukan
iv. Sebahagian pendakap engsel (150mm) dimasukkan kedalam tiang dan
sebahagian lagi (32mm) iaitu Pin mengunjur keluar.

Rajah 4.11: Contoh pemasangan engsel diikat serentak dengan pembinaan tiang
v. Pendakap kedua dipasang pada jarak yang sepadan dengan posisi
soket pada pintu pagar
vi. Timbang air digunakan untuk menguji kepugakan kedua-dua pendakap
vii. Pemasangan engsel kaedah ini perlu teliti kerana kesilapan dalam
penentuan ini akan menyebabkan pemasangan pintu tidak tepat atau
condong

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 14
SOALAN / QUESTIONS:

1. Senaraikan lima (5) jenis bukaan pintu pagar
a. ..................................................................
b. ..................................................................
c. ..................................................................
d. ..................................................................
e. ..................................................................

2. Nyatakan tiga (3) tujuan memasang pagar.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga (3) kaedah pemasangan engsel?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C09/P (4/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 14
RUJUKAN / REFERENCES:

1. Azizan Mohd Noor, Ringkasan Implementasi Kerja Bangunan: (Ms 285-289): 2003

2. Nota Teknologi Binaan Bangunan, Jahiman Bin Badron – ISBN : 967-950- 241-
4 ( IBS BUKU SDN BHD)

3. Nota Teknologi Binaan Bangunan, Tan Boon Tong – ISBN 983-62-1370-8

4. Nota Binaan Bangunan,Terbitan : Politeknik Ungku Omar

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
(INFORMATION SHEET)
PROGRAM CODE & NAME
BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING
NO DAN TAJUK UNIT FORMWORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.

AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS
AND STATEMENT
3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT
NO. KOD KSKV / KSKV
CODE NO. 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION
NO. KOD / CODE NO.
5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION

6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING
HAS MATURED)

WTP 1033/ K01/NK02-06
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 10

BC-030-3: 2013-C02/P(2/6)

TAJUK / TITLE:
FEBRIKASI KOTAK BENTUK/KOTAK BENTUK
TUJUAN / PURPOSE:
Fabrikasi kotak bentuk dengan menentukan kemampuannya untuk menakung
dan membentuk konkrit menjadi struktur konkrit pejal yang mampu menahan
bebana

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 2 Drp:10

PENERANGAN

1.0 PENDAHULUAN

Kotak bentuk merupakan binaan sementara yang amat diperlukan terutama dalam
pembinaan struktur utama bangunan. Kemampuannya ia dapat menakung dan membentuk
konkrit menjadi struktur konkrit pejal yang mampu menahan bebanan . Ia terdiri daripada
beberapa komponen mengikut bentuk struktur yang akan dibina. Perincian lanjut akan
dijelaskan dibawah.

2.0 BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK ACUAN.
Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa diguakan ialah:

i. Papan /kayu Padu
ii. Papan lapis.
iii. logam – keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya.
iv. kaca gentian dan plastik gentian.

i. Kayu /Kayu padu

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu
mahupun konkrit tuang disitu. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang
dikerjakan.Oleh itu pemilihannya perlu dibuat mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan.

• Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan.Kadar
kelembapan kayu adalah antara 15%-20%.

• Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit menyebabkan kayu
merekah, manakala kayu yang basah akan mengecut dan membentuk liang-liang
antara sambungan kayu menyebabkan lelehan keluar air konkrit.

• Kesannya dari penggunaan kedua-dua ketegori kayu ini menyebabkan berlaku
perubahan saiz dan bentuk konkrit serta mengalami retak sarang labah-labah

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 3 Drp:10

• Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.maka ia kurang sesuai digunakan.

• Kayu berketam atau tidak bergantung kepada keperluan kerja konkrit samada
permukaan kasar atau licin.

retak sarang labah-labah
terjadi disebabkan kotak bentuk
bocor selain dari mampatan yang
tidak dilakukan dengan baik

ii. Papan Lapis

Papan lapis digunakan dengan meluas bagi pembinaan kotak bentuk kerana kekuatannya,
ringan dan boleh diperolehi dalam saiz 1.2m lebar x panjang 2.4m,2.7m dan 3.0m.
Permukaannya yang licin memberikan penyudahan yang baik kepada permukaan konkrit.

iii. Logam/Keluli

Merupakan kotak bentuk yang tahan dan terbaik.Pemasangannya diperkuatkan dengan
penggunaan skru serta bol dan nat. Kotak bentuk yang terdiri dari beberapa unit ini
mempunyai daya tahan tegasan yang tinggi dan mampu digunakan berulang kali .
Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan
juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya
memerlukan acuan logam kerana ia lebih tahan lasak. Unit-unit kepingan logamnya sering
digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-
tingkat.

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 4 Drp:10

Acuan Logam Rembat daripada logam Pembinaan lantai atas

Panel Keluli

Kotak bentuk keluli mengandungi komponen sudut,tiub,gelegar dan plat rata. Banyak
digunakan sebagai tupang (shore),rembat (brace), runner, lantai (slab),pampan (shutter)
dan sebagainya. Kotak bentuk keluli juga sering digunakan kombinasi dengan kayu. Ia
cukup kuat dan boleh diguna berulangkali tanpa banyak kerosakan.

iv. Aluminium
✓ Panel kotak bentuk aluminium diperbuat daripada aloi aluminium berkekuatan
tinggi dengan permukaan sentuhnya dibuat dari plat setebal 4mm yang
dikimpal kepada kotak bentuk bagi menghasilkan komponen yang lasak.
✓ Panel-panel ini dipasang dalam posisinya dengan bantuan sistem susunan pin
dan baji yang dilalukan melalui lubang pada bahagian luar rusuk/ rib setiap panel.
Panel dipasang dengan tepat ,dikemaskan dan tidak memerlukan rembat

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 5 Drp:10

Panel Sisi Aluminium

• Bagi kotak bentuk yang tinggi, ia boleh disokong Kotak bentuk Aluminium
oleh tembok dengan menggunakan pengikat Panel sisi/Beam Side Panel
tembok berkekuatan tinggi sementara kotak
bentuk dek/lantai boleh disokong oleh rasuk dan
tiang-tiang atau props

• Sistem kotak bentuk aluminium adalah febrikasi
aluminium menggunakan sistem kejuruteraan
tepat . Menggunakan sistem ini, semua struktur
bangunan seperti tembok galas
beban,kolum,rasuk,slab lantai,tangga dan
sebagainya akan dapat dibina secara cast in situ

v. Kaca gentian dan plastik gentian

Kaca gentian dan plastik digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai
rekabentuk khusus dan tersendiri. PVC, neoprene dan polyester yang diperkuatkan dengan
kaca gentian adalah diantara kotak bentuk plastic yang sering digunakan. Ia boleh dibina
mengikut bentuk yang diperlukan, tidak berkarat dan mudah dibersihkan.

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 6 Drp:10

3.0 Jenis dan assesori untuk kotak bentuk

Mould oil

Acuan Oil ialah agen pembebasan acuan , digunakan untuk memastikan acuan boleh
dikeluarkan selepas konkrit mengeras. Sama seperti menggris tin kek sebelum dibakar, ia
memudahkan dan tidak merosakkan acuan. Minyak acuan menjadikan kemasan konkrit ,
bebas daripada kotoran, dan membantu melindungi acuan.

Mould oil
Paku
Paku banyak digunakan dalam kerja – kerja kayu dan acuan. Kuantiti paku yang perlu
dilakukan untuk kayu penyokong atau tupang adalah seperti berikut:- 0.41 kg bagi setiap
m2 luas kayu dan papan penyokong yang digunakan untuk kali pertama (initial use). 0.18 kg
bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong.

Paku

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 7 Drp:10
Strut (Kuk)

4.0 ALAT-ALAT BAGI PEMBINAAN ACUAN/KOTAK BENTUK

Plambab Hos Spanar Peranca dan tangga

Gergaji tangan Tukul Kuku Kambing Pita pengukur Mesin Drill
mudahalih

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 8 Drp:10

Gergaji piring Pistol paku Pahat Tali
mudah alih

Timbang air Pemampat udara Pinch bar Crow bar

5.0 BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK

Antara bahagian-bahagian kotak bentuk ialah :

i. Lapik papan(sheating) terdiri daripada papan dengan papan bertanggam lidah dan lurah.
Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang
licin kepada konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentukan
permukaan yang lengkap.

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 9 Drp:10

ii. Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada
jarak yang sama.

iii. Belebas merupakan tetulang kepada acuan dan menegakan lapik papan supaya
kedudukanya tidak berubah.

iv. Susur dinding digunakan untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan
kedudukanya.

v. Tupang digunakan untuk menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan
itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan.

vi. Rembat bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan
tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan.

vii. Pancang digunakan untuk mengekalkan rembat.

viii. Dawai digunakan untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya kembang apabila
bancuhan konkrit ditempatkan

6.0 LANGKAH KERJA KOTAK BENTUK
Langkah kerja penyediaan kotak bentuk melibatkan
• Mengukur
• Menanda
• Memotong
• Memasang
Semua langkah kerja menyeluruh boleh rujuk kertas kerja amali.

No. Kod : BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka: 10 Drp:10

Rujukan:

1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia
en.wikipedia.org/wiki/Formwork

2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help
www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html

3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ...
www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications

4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3

SOALAN
KUIZ/UJIAN/PEPERIKSAAN

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

SKEMA
KUIZ/UJIAN/PEPERIKSAAN

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner

CamScanner


Click to View FlipBook Version