Ketua Editor
Shamsul Amri Baharuddin
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi • 2012
http://www.kita.ukm.my
Edisi Kedua / Second Edition, 2012
Hak Cipta / Copyright Institut Kajian Etnik UKM, 2012
Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran ataupun dipindahkan, dalam sebarang
bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada secara elektronik, penggambaran
semula, perakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut
Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No Part of this publication may be reproduced or transmitted
in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy,
recording, or any information storage and retrieval system, without permission in
writing from Institute of Ethnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Institut Kajian Etnik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor D. E Malaysia
Tel: 03-8921 4641
Faks: 03-8921 5641
e-Mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Shamsul Amri Baharuddin, 1951-
Modul hubungan etnik / Shamsul Amri Baharuddin.
ISBN 978-967-10914-0-1
1. Cultural pluralism--Malaysia. 2. Multiculturalism---Malaysia.
3. Malaysia--Ethnic relations. I. Judul.
305.8
Kandungan ix
xi
Senarai Jadual dan Rajah xv
Singkatan
Prakata 1
2
BaB 1 Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian
Pengenalan 4
Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara 13
‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’ 16
Hubungan Etnik di Malaysia
Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia 24
Kesepaduan Sosial: Pandangan Alternatif untuk
Memahami Hubungan Etnik di Malaysia 26
Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi,
Amalgamasi dan Asimilasi 29
Kesimpulan 30
32
BaB 2 Potret Hubungan Etnik
Pengenalan 36
Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan 46
Masyarakat Pelbagai Etnik 46
Pembentukan Masyarakat Majmuk Era Kolonialisme 49
British 52
Fokus Hubungan Etnik 53
Kerangka Teori 55
Kerangka Konseptual
Meneliti Konsep Ras dan Etnik di Malaysia
Budaya
Konsep Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi
Kerangka Teoretis
Konsep-konsep Tahap Hubungan Etnik 58
Kesimpulan 63
BAB 3 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 65
Pengenalan
Isu Sosioekonomi Pada Awal Kemerdekaan 66
Ekonomi Menjadi Isu Etnik 69
Dasar Ekonomi Baru 70
Kejayaan Ekonomi Malaysia 79
Isu dan Cabaran 82
Kesimpulan 88
BaB 4 Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik
Pengenalan 91
Deinisi dan Konsep Perlembagaan 92
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 94
Malayan Union 95
Persekutuan Tanah Melayu 1948 96
96
Kerjasama Antara Etnik dalam Menuju Kemerdekaan
Suruhanjaya Reid 98
Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan 100
Unsur-Unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 100
101
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
Isu-Isu Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan 111
120
Kesimpulan
BaB 5 Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
di Malaysia
Pengenalan 121
Pembangunan Politik 124
Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal dalam Politik 125
127
Demograi dan Politik
Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak 129
Tsunami Politik: Politik Perkauman Semakin Mengendur 138
Perubahan Trend dan Corak Pengundian 139
Kesimpulan 142
BaB 6 Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan 145
Pengenalan 145
Takrif Agama 146
Mengapakah Manusia Beragama? 147
Peranan Agama 150
Penggolongan Agama 152
Agama-agama di Malaysia 166
Konlik Agama 166
Mencari Titik Pertemuan 168
Kesimpulan
BaB 7 Dari Segregasi ke Integrasi 169
170
Pengenalan 171
172
Dari Pengasingan ke Penyatuan 172
173
Cabaran dalam Memupuk Integrasi di Malaysia 185
187
Peranan Kerajaan 187
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi 188
Nasional (JPNIN) 190
Dasar-dasar Kerajaan
Peranan Masyarakat dalam Konteks Hubungan Etnik
Penerimaan Budaya
Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Peranan NGO dalam Konteks Hubungan Etnik
Kesimpulan
BaB 8 Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 193
Pengenalan 194
Sejarah Pendidikan di Malaysia dan Hubungan Etnik 195
Latar Belakang Pendidikan Komuniti Etnik di Tanah
Melayu
Sekolah Vernakular Inggeris 195
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular 203
Cabaran dalam Pendidikan dan Bahasa 211
Kesimpulan 216
BaB 9 Pengalaman Harian : Menjalin Kesepaduan dan 217
Melahirkan Keharmonian 218
Pengenalan 219
Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan 222
Makanan dan Ruang Sosial dalam Konteks Hubungan 226
Etnik 233
Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan Sosial 235
Media dan Kesepaduan Sosial 241
Kesimpulan 245
249
BaB 10 Kesimpulan
Glosari
Rujukan
Indeks
Senarai Jadual dan raJah
Senarai Jadual
JADUAl 1.1 Senarai Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Bahasa dan 13
Dialek di Malaysia
15
JADUAl 1.2 Global Peace Index (2011) 67
JADUAl 3.1 Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di
68
Semenanjung Malaysia (1969- 1990)
JADUAl 3.2 Malaysia-Peratus Guna Tenaga Mengikut Sektor dan 72
Kumpulan Etnik (1970 -1985) 76
JADUAl 3.3 Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad 80
82
di Semenanjung Malaysia (1969) 84
JADUAl 3.4 Objektif dan Sasaran Dasar Ekonomi Baru 85
JADUAl 3.5 Kadar Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
JADUAl 3.6 Indeks Kualiti Hidup Terpilih 97
118
Jadual 3.7 Koeisyen Gini Mengikut Etnik (1957-2004)
JADUAl 3.8 Nisbah Ketaksamaan Pendapatan Isi Rumah Bandar
dengan Isi Rumah luar Bandar, 1957-2004
JADUAl 4.1 Kedudukan Calon Parti Perikatan dalam Pilihan Raya 1955
JADUAl 4.2 Peratusan Hak Milik Modal Saham Mengikut Sektor dan
Etnik 2004
Senarai Rajah
RAJAH 1.1 Pola Perbandingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Sri 5
lanka, 1940-2011
RAJAH 2.1 Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner 46
RAJAH 9.1 Ruang Sosial Makanan 220
SingKaTan
ASWARA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
CSR Corporate Social Responsibility
DAP Democratic Action Party
DEB Dasar Ekonomi Baru
DUN Dewan Undangan Negeri
FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
FINAS Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
ICA Industrial Coordination Act
ICT Information Communication Technology
IKHM Indeks Kualiti Hidup Malaysia
IMP Independence Malayan Party
IPT Institut Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
JPN Jabatan Perpaduan Negara
JKPPN Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negara
JPNIN Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
NNNB Negeri-negeri Melayu Bersekutu
xii Hubungan Etnik
NNMTB Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
MACINDA Parti Melayu-Cina-India-Dayak
MAGERAN Majlis Gerakan Negara
MARA Majlis Amanah Rakyat
MARDI Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian
Malaysia
MRSM Maktab Rendah Sains MARA
MAS Malaysian Airline System
MCA Malayan Chinese Association
MEB Model Ekonomi Baharu
MIC Malaysian Indian Congress
MNC Multinational Corporation
MPP Majlis Perwakilan Pelajar
MPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
MSC Koridor Raya Multimedia
NCP National Convention Party
NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan
PANAS Parti Negara Sarawak
PAS Parti Islam Se-Malaysia
PBB Parti Bumiputera Bersatu Sarawak
PBRS Parti Bersatu Rakyat Sabah
PBS Parti Bersatu Sabah
PDS Parti Demokratik Sabah
PERNAS Perbadanan Nasional Berhad
PKM Parti Komunis Malaya
PKR Parti Keadilan Rakyat
Singkatan xiii
PLKN Program Latihan Khidmat Negara
PTE Pelan Transformasi Ekonomi
PRS Parti Rakyat Sarawak
SANAP Sabah National Party
SAPP Sabah Progressive Party
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SCA Sabah Chinese Association
SJK Sekolah Jenis Kebangsaan
SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SNAP Sarawak National Party
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPDP Sarawak Progressive Democratic Party
SUPP Sarawak United People’s Party
UDA Urban Development Authority
USIM Universiti Sains Islam Malaysia
UIA Universiti Islam Antarabangsa
UUM Universiti Utara Malaysia
UMNO United Malay National Organisation
UNKO United National Kadazan Organization
USNO United Sabah National Organisation
PraKaTa
Kursus Hubungan Etnik telah diperkenalkan di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) di negara ini sejak tahun 2005. Bagi
menampung keperluan para pelajar terbabit, satu modul telah
diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan mereka kepada tajuk-
tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti perlembagaan, politik,
ekonomi, agama dan pendidikan. Selari dengan janji kami untuk
terus membaiki modul bagi kursus ini secara berterusan dan berkala,
berdasarkan perkembangan semasa dan juga maklum balas daripada
pelbagai pihak, terutama pensyarah dan pelajar, maka kami pun
mengambil keputusan untuk menerbitkan buku baharu ini.
Buku ini berbeza daripada modul terdahulu dari segi konsep,
orientasi dan kandungan. Jika dalam modul sebelumnya, kerangka
konseptual adalah berteraskan paradagima konlik, tetapi dalam buku
ini kerangka konseptual adalah berdasarkan paradigma kesepaduan
sosial sebagai suatu pendekatan alternatif untuk melihat hubungan
etnik di Malaysia dan kompleksiti yang wujud di dalamnya. Buku ini
memberikan tumpuan bukan sahaja kepada konsep takrifan autoriti,
tetapi juga takrifan harian. Dengan itu, perbincangan bukan sahaja
tertumpu kepada himpunan dasar dan langkah yang digagaskan oleh
kerajaan dalam usaha mencapai kesepaduan dan perpaduan, tetapi
memaparkan juga bagaimana rakyat di peringkat akar umbi berinteraksi
dalam pelbagai aktiviti harian. Ini bermakna, pola hubungan etnik di
negara ini dibincangkan dari perspektif bottom-up dan top-down bagi
memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang realiti sosiopolitik
yang wujud di negara ini.
Buku ini cuba mengelakkan beberapa kelemahan yang terkandung
dalam modul sebelumnya dari segi perulangan fakta dan tajuk yang
ketara dan juga tahap keterbacaan, penyampaian dan pengolahan bahan.
Modul ini tidak mendakwa sebagai teks yang deinitif, terperinci dan
menyeluruh, tetapi lebih sebagai bahan rangsangan untuk pelajar terus
xvi Hubungan Etnik
menerokai pelbagai sempadan ilmu yang berkemungkinan berkait dengan
hubungan etnik di negara ini. Diharapkan para pelajar dapat menjadikan
bahan perbincangan dalam buku ini untuk memikir dan meneliti isu dan
hal-hal penting bersabit dengan hubungan etnik kerana hubungan etnik
merupakan sebahagian daripada kehidupan dan pengalaman seharian
kita semua. Buku ini ditulis oleh 24 orang penulis, daripada latar belakang
disiplin yang berbeza, daripada pelbagai institusi, termasuk pakar dalam
bidang hubungan etnik, sains politik, perlembagaan, ekonomi, sejarah,
sosiologi, antropologi, agama dan pendidikan.
Proses penulisan dan pembaikan buku ini telah melalui pelbagai
tahap yang mengambil masa selama 14 bulan. Pada peringkat awal,
sesi taklimat dan percambahan pemikiran diadakan bagi menentu dan
menjelaskan orientasi dan konsep yang sesuai digunakan. Kemudian,
beberapa bengkel penulisan dan perbincangan lanjut diadakan bagi
tujuan pemurniaan, sebelum manuskrip diserahkan kepada pakar untuk
dinilai. Seramai 11 orang pakar telah memberikan komen yang kritis
dan konstruktif kepada manuskrip awal buku ini. Berdasarkan maklum
balas dan cadangan pakar, pembaikan dilakukan terhadap manuskrip
asal sebelum proses penyuntingan dilakukan. Tugas menulis modul
seperti ini adalah rumit, rencam dan remeh, dan memerlukan ketelitian,
tumpuan tanpa berbelah bahagi dan komitmen oleh semua pihak.
Melalui kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terbabit, khususnya para penulis, penilai,
penyunting, pengindeks dan pereka letak. Kepada Kementerian Pengajian
Tinggi, terima kasih daun keladi kerana memberi sokongan dan bantuan
yang diperlukan sehingga memungkinkan buku ini diterbitkan.
Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Ketua Editor
BaB 1
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:
1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh
unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur
sosial yang lain.
2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat
sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk
membentuk kesejahteraan dalam masyarakat.
3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi
yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan
kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.
Pengenalan
Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini
memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan
intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu
masyarakat dengan negara itu. Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk
mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di
Malaysia.
Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan
antara dua kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai
kumpulan etnik tidak semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik
semata-mata. Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain
seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi,
ideologi politik dan wilayah adalah penting dan mempengaruhi
2 Hubungan Etnik
dinamika hubungan antara etnik; seterusnya mengubah bentuk identiti
sesesuatu kumpulan etnik. Dalam menganalisis kedinamikan hubungan
etnik, apakah dimensi sosial yang sesuai dalam sesebuah masyarakat?
Hubungan antara individu yang ada dalam sesebuah masyarakat tidak
sekadar dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata, tetapi juga seperti
yang dinyatakan dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain.
Dalam usaha mengenal pasti unsur-unsur sosial tersebut, dapat
dilihat unsur sosial yang paling mempengaruhi pembentukan identiti
kumpulan. Seterusnya, unsur sosial yang manakah pula mempengaruhi
bentuk, tahap, tingkat mahupun intensiti hubungan antara etnik yang
terhasil daripadanya. Oleh hal demikian, dalam proses mengkaji ciri-
ciri yang membentuk sesuatu kumpulan etnik, aspek akar umbi kepada
motivasi yang membentuk batas kumpulan perlu difahami. Keadaan ini
boleh mencairkan batas kumpulan etnik selain membina ikatan merentas
kumpulan dan seterusnya membina kesepaduan sosial dalam kehidupan
masyarakat di Malaysia.
Sebuah negara, dua imaginasi Sosiologikal: antara
‘Perpaduan’ atau ‘Kesepaduan’
Ungkapan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ – unity in diversity – , sudah
menjadi mantra dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Namun
jarang-jarang sekali kita bertanya apakah makna ungkapan ini, adakah
perkara itu benar, separuh benar, palsu atau retorik semata-mata apabila
digunakan untuk menyimpulkan wajah masyarakat Malaysia. Ungkapan
atau slogan ini mengangkat sekali gus memuji kemampuan kelompok
manusia yang berbeza-beza hidup dalam sebuah masyarakat. Dari sudut
psikologi sosial keadaan ini mengungkapkan satu bentuk psyche manusia,
iaitu ‘rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan izikal dan psikologikal,
yang meliputi juga konteks metaizikal.
Dari persektif antropologi-sosiologi, khususnya dari aspek epistemologi,
slogan unity in diversity merupakan suatu rumusan yang menyimpulkan dan
mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi
abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka.
Perbezaan ini boleh dicirikan oleh unsur agama, etnik, wilayah dan sebagainya.
Suasana ini dikaitkan juga dengan penciptaan identiti berdasarkan himpunan
sempadan abstrak dan nyata yang telah digarap cipta sesama manusia.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 3
Dari sudut ontologikal pula, perlunya mengurus dan menyusun
perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan
keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam
keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan
mungkin juga kemewahan material. Namun, tidak semua yang mahukan
keamanan dan kestabilan. Ada pihak yang menggunakan perbezaan
sosial itu sebagai pelantar ideologi untuk memperjuangkan kesukuan dan
chauvanisme melalui keganasan. Malah, mereka bersedia mengorbankan
ribuan nyawa demi menegakkan identiti dan perbezaan sosial. Untuk
mendalami kefahaman kita mengenai fenomena ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’ menuntut imaginasi sosiologikal yang bersifat global yang
membayangkan sebuah idaman dan harapan.
Memang wujud suatu kesedaran nyata yang mempengaruhi psyche
manusia sejak zaman-berzaman bahawa mereka tidak ada pilihan,
tetapi mesti hidup bersama-sama dengan manusia dan kelompok sosial
yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka mesti mencari jalan
dan mengatur berbagai-bagai cara supaya perbezaan ini tidak menjadi
halangan untuk mereka terus hidup aman damai dan produktif.
Kalaulah ‘perpaduan’ dalam konteks cogan kata ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’ itu masih belum wujud dan merupakan suatu cita-cita,
idaman dan harapan yang terus-menerus diperjuangkan, apakah
sebenarnya yang wujud yang dinikmati oleh sekian ramai manusia di
seluruh dunia semenjak kemajmukan menjadi ciri utama masyarakat
di seluruh dunia. Perkara ini memerlukan kita membuat suatu anjakan
imaginasi sosiologikal daripada yang berpaksikan ‘perpaduan’ kepada
yang berpaksikan ‘kesepaduan’.
Hakikatnya, ‘perpaduan’ yang diidamkan oleh manusia yang masih
belum wujud itu adalah berasaskan suatu matlamat akhir bersifat utopia
yang tidak dapat dilaksanakan, iaitu unity is uniformity atau 'perpaduan'
ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa,
satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan. Justeru, unity is
uniformity hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang
sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan.
Keadaan yang wujud dan terus-menerus dinikmati oleh sebilangan
besar anggota masyarakat majmuk di dunia ialah ‘kesepaduan,’ iaitu,
suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap
perpaduan yang seterusnya mempengaruhi para anggota masyarakat
4 Hubungan Etnik
tersebut untuk merangkai berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang
dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Himpunan usaha ini
sering tanpa disedari telah membawakan keamanan, keharmonian dan
kestabilan dalam masyarakat tetapi belum membawakan perpaduan
idaman.
Himpunan usaha ini umumnya adalah bersifat fenemonologikal
kerana berpaksikan prilaku, bukan bersifat struktural yang berpaksikan
institusi. Oleh yang demikian, dalam konteks pembentukan kesepaduan
sosial sebagai suatu fenemona praperpaduan, peranan agensi bersifat
'takrifan harian' (everyday-deined) jauh lebih penting dan berkesan
daripada struktur atau institusi yang bersifat 'takrifan autoriti' (authority-
deined), kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas
untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan
antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.
Oleh yang demikian, sekiranya timbul sebarang konlik, pergeseran
dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial yang sedia ada dalam
sesebuah masyarakat majmuk, para anggotanya akan segera mencari
jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk.
Umumnya, melalui perundingan seperti ini terhasil persetujuan,
kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak
bermakna bahawa semua cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi
konlik terselesai. Konlik tetap ada tetapi dalam keadaan terkawal
kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan
penyelesaian terhadap perbezaan sosial.
hubungan etnik di Malaysia
Urutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat Perang Dunia Kedua
pada 1945 sehingga sekarang memaparkan tiga era penting jika diukur
berdasarkan pola konlik, keamanan dan kestabilan dalam masyarakat
pada setiap era tersebut seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1 di
bawah yang membandingkan keadaan di Malaysia dengan di Sri Lanka.
Pola hubungan etnik di Malaysia sejak 1946 hingga kini memperlihatkan
pola turun naik dalam hubungan etnik, tetapi pada amnya keadaan di
Malaysia adalah aman damai dengan hubungan etnik yang harmoni sesuai
dengan hakikat, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula masyarakat
pelbagai etnik, pasti sekali-sekala akan tercetus konlik dan pertelagahan.
RAJAH 1.1: Pola Perbandingan Hubungan
an Etnik di Malaysia dan Sri lanka, 1940-2011
6 Hubungan Etnik
Ternyata jika dibandingkan dengan Sri Lanka, untuk tempoh yang sama
dari segi pola turun-naik konlik dan keamanan, Malaysia menikmati
lebih banyak waktu dalam keadaan aman dan stabil (Abeyratne 2008).
Pada tempoh berkenaan Sri Lanka menghadapi konlik etnik berdarah
selama lebih daripada 20 tahun yang mengorbankan sejumlah 150,000
nyawa.
Biarpun secara perbandingan Malaysia jauh lebih aman, namun
rakyat Malaysia telah mengalami rasa serik hidup dan terpaksa segera
belajar bersabar dan cintakan keamanan dan kestabilan politik dengan
mengambil bahagian aktif dalam politik kepartian berteraskan sistem
demokrasi berpilihan raya. Walaupun pilihan raya umum pertama
diadakan pada Julai 1955 di Semenanjung Malaysia tetapi pengalaman
menubuhkan parti politik telah berlaku lebih awal daripada tarikh itu.
Era Konflik (1945-1960)
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, keadaan kehidupan rakyat sangat daif
dengan persekitaran izikal dan sosial yang memerlukan pembangunan.
Suasana ketika itu memang sangat kritikal dan terbuka kepada potensi
negatif dan pelbagai masalah. Masalah yang paling besar ketika itu ialah
konlik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada
tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang
selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun, pada 16 Ogos 1945,
memburu etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan Jepun kerana
mereka menjadi anggota polis Jepun, atau Jookidam. Walau apa-apa pun
alasannya, akibat konlik selama 14 hari ini banyak nyawa terkorban dari
kalangan etnik Melayu dan Cina. Kesan kepada psyche Melayu dan Cina
selepas terjadinya perisitiwa ini pernah diungkapkan sebagai timbulnya
perasaan distant and distrust antara kedua-dua kelompok etnik ini.
Konlik ini jarang-jarang disebut di Malaysia kerana konlik etnik yang
berlaku pada 13 Mei 1969 telah diberikan perhatian besar-besaran.
Ketidakstabilan dan keadaan tidak aman ini berlanjutan setelah
kerajaan kolonial British pada 1 April 1946 mengisytiharkan Malayan
Union sebagai kerajaan baharu selepas perang di Malaya. Pembentukan
Malayan Union, yang melibatkan antaranya penyerahan semua kuasa
Raja-Raja Melayu, kecuali yang berkaitan dengan agama Islam, kepada
Mahkota British, menjadikan sebelas buah negeri di Malaya sebagai
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 7
sebuah British crown colony. Parti Melayu UMNO yang dibentuk pada
11 Mei 1946 berjaya memobilisasikan pelbagai pertubuhan Melayu
untuk menentang penubuhan Malayan Union yang dilihat sebagai lebih
menguntungkan kaum bukan Melayu ketika itu.
Pada 31 Januari 1948, setelah Malayan Union dibubarkan, melalui
Perjanjian Persekutuan 1948, wujud Persekutuan Tanah Melayu, dengan
Pulau Pinang dan Melaka dikategorikan sebagai British colonial territories
dan Negeri Melayu yang sembilan itu dikategorikan sebagai protectorates
kepada United Kingdom.
Rusuhan dan mogok oleh pekerja-pekerja ladang telah berlaku
secara besar-besaran di Malaya ketika itu. Pemimpin kesatuan sekerja
yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan
pertubuhan mereka diharamkan. Penglibatan Bintang Tiga sebagai dalang
dalam rusuhan tersebut dan juga tindakan ganas mereka membunuh
tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput pada 16
Ogos 1948 akhirnya telah menyebabkan pemerintah kolonial British
mengisytiharkan Darurat pada 23 Julai 1948, yang hanya tamat 12 tahun
kemudian iaitu pada 31 Julai 1960.
Dalam suasana ekonomi, sosial dan politik yang sungguh mencabar
ini, pemerintah kolonial British telah juga berusaha meredakan
ketegangan etnik dan membina suatu badan perunding yang boleh
mengembalikan kesepaduan sosial dalam kalangan tiga kelompok etnik
di Malaya – Melayu, Cina dan India – dengan menubuhkan Communities
Liaison Committee (ClC) pada 1949 dan dipertanggungjawabkan kepada
Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Agung British di Asia Tenggara.
Anggota CLC terdiri daripada ketua etnik Melayu, Cina dan India.
Badan ini boleh dianggap sebagai yang bertanggungjawab meletakkan
kerangka dan sempadan untuk perbincangan terbuka dari hati ke hati
antara elit Melayu, Cina dan India ketika itu bagi ‘mencari kejernihan
dalam kekeruhan’. Idea dan konsep CLC ini dikatakan mengasaskan
perkongsian kuasa di Malaysia dan wujudnya konsep Perikatan sebagai
suatu institusi dan sebuah parti yang menggabungkan parti politik
Melayu, Cina dan India. Akhirnya, pada awal 1974 Perikatan dibesarkan
menjadi Barisan Nasional. Menggunakan konsep yang sama Pakatan
Rakyat ditubuhkan oleh beberapa parti pembangkang di Malaysia
sebelum Pilihan Raya Umum 2008.
Peranan dan kesan CLC terhadap usaha membina kesepaduan
8 Hubungan Etnik
sosial yang berterusan di Malaysia hingga sekarang sangat kritikal tetapi
masih belum dikaji. CLC menjadi salah satu institusi dan prinsip yang
mendasari kekuatan Malaysia yang sering dikagumi oleh masyarakat
lain sedunia. Usaha perundingan yang terus-menerus menjadi kerangka
yang membolehkan perbezaan dan kepelbagaian di Malaysia dapat
dipertahankan, biarpun cabaran datang bertalu-talu.
Bermula dari sinilah wujudnya konsep serta kegiatan ‘ethnic
bargaining,’ atau tolak ansur etnik yang digunakan dalam analisis politik
mengenai Malaysia. Prinsip ini juga telah menjadi kerangka perundingan
antara British dengan para pemimpin etnik dan ketua parti politik
Malaysia sebelum Merdeka termasuk perundingan antara Tunku Abdul
Rahman Putera dengan Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya (PKM),
di Baling pada 1955 dalam usaha membolehkan anggota PKM kembali ke
dalam politik arus perdana. Pilihan Raya Umum pertama di Malaya pada
27 Julai 1955 sebenarnya telah merealisasikan cita-cita ClC diwujudkan.
Strategi perundingan etnik ini juga telah digunakan semasa menggubal
Perlembagaan Persekutuan, melalui Jawatankuasa Reid. Malah, institusi
'rencana pembangunan lima tahun’ yang pertama di Malaya, iaitu, Drat
Development Plan 1950-55 pun terhasil daripada perundingan.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, waktu
itu Malaya masih dalam Darurat, yang hanya tamat pada 31 Julai 1960.
Hal ini bermakna perintah berkurung dari pukul 6 petang ke 6 pagi
esoknya masih berkuat kuasa ketika itu. Ertinya, rakyat telah keluar
beramai-ramai untuk menyambut kemerdekaan selepas tamat perintah
berkurung jam 6 pagi pada 31 Ogos dan selepas perayaan mereka pulang
ke rumah untuk berkurung kembali pada jam 6 petang. Implikasinya,
rakyat dan negara memperoleh kemerdekaan, tetapi ternyata tanpa
kebebasan kerana Perang Dingin masih bergolak di dunia, temasuk di
Malaya, maka peraturan Darurat dan undang-undang yang berkaitan
yang membataskan kebebasan juga masih berkuat kuasa.
Boleh dirumuskan bahawa Era Konlik 1945-1960 di Malaya adalah
sebenarnya era yang cukup kritikal dari semua segi, terutamanya,
dalam meletakkan asas pembentukan negara Malaysia, iaitu, sistem
pemerintahan, pengagihan kuasa, sistem perundangan dan tadbir urus
serta penentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi, biarpun
masih memerlukan banyak pembaikan.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 9
Era Stabil Tapi Tegang (1961-1970)
Sepuluh tahun selepas tamat Darurat, Perang Dingin masih terus terjadi
dan hanya berakhir pada 1989, kira-kira 30 tahun selepas Malaya merdeka
dan 26 tahun selepas terbentuknya Malaysia. Implikasinya, Malaya yang
merdeka pada 1957 dengan Malaysia terbentuk pada 1963, di samping
perlu menangani cabaran terhadap kesepaduan sosial yang telah mula
mekar, terpaksa berhati-hati menghadapi ancaman keganasan komunis
yang masih mengorbankan nyawa, khususnya di Sarawak. Dengan kata
lain, keadaan ‘stabil tetapi tegang,’ bermaksud pelbagai cabaran masih
wujud menguji kesepaduan sosial yang dibina oleh rakyat.
Wujudnya Malaysia pada 16 September 1963, selepas suatu
referendum di Sarawak dan Sabah, merupakan satu lagi kejayaan
pengaplikasian prinsip ‘tolak ansur etnik’ yang diamalkan semenjak CLC
ditubuhkan pada 1949. Satu Perjanjian telah dibuat antara kerajaan
persekutuan dengan Sabah yang menjanjikan autonomi kepada Sabah
dalam 20 perkara dan Sarawak dalam 18 perkara, seperti mereka berhak
mengurus sendiri hal imigresen yang telah mengukir sifat federalisme
yang kita kenal pada hari ini.
Walau bagaimanapun idea/konsep Malaysia itu tidak diterima oleh
Indonesia, yang dipimpin Sukarno. Beliau menganggap Malaysia sebagai
‘neo-colony’, iaitu sebuah koloni baharu, tetapi dalam pemerintahan
orang tempatan sehingga Indonesia melancarkan konfrontasi atau
mengganyang Malaysia.
Peristiwa yang majoriti rakyat Malaysia lupa atau tidak tahu ialah
tercetusnya rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3
September 1964, ketika Singapura masih dalam Malaysia. Akibatnya kira-
kira 40 nyawa dilaporkan terkorban dan ribuan lagi ditangkap. Rusuhan
ini kemudiannya diikuti oleh satu rusuhan lain yang lebih besar kali ini di
Kuala lumpur, iaitu, rusuhan etnik Melayu-Cina, pada 13 Mei 1969dan
di beberapa tempat lain. Data rasmi menyatakan bahawa rusuhan ini
telah mengorbankan kira-kira 250 nyawa, tetapi laporan pemberita yang
tidak ada bukti sahih mendakwa bilangannya jauh lebih tinggi.
Selepas 13 Mei 1969, pelbagai usaha top-down untuk mengembalikan
kepercayaan umum tentang perlunya kesepaduan sosial telah
dilaksanakan, seperti penubuhan Majlis Perundingan Rakyat, Jabatan
10 Hubungan Etnik
Perpaduan Negara, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dalam buku merah Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 (RMK2)
Tun Razak telah menyatakan bahawa “he overriding aim of the Second
Malaysia Plan is to create national unity.” Semenjak itulah “perpaduan
nasional” menjadi sebahagian daripada idiom popular dalam kehidupan
rakyat Malaysia yang telah disisip dalam ucapan, lirik lagu dan puisi.
Perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional dan idaman semua, tanpa
rakyat Malaysia menyedari bahawa mereka sudah menikmati kesepaduan
sosial.
Jika pada akhir Era Konlik (1945-1960) platfom kesepaduan
nasional telah mula dirangka dan diaplikasikan, biarpun belum teguh,
tetapi pada Era Stabil tetapi Tegang (1961-1970) asas dan struktur rangka
kesepaduan sosial yang lebih mantap terbina akibat trauma nasional
selepas Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969. Kesepaduan berlaku dalam
suasana yang umumnya stabil dan aman, tetapi tersentak tegang oleh
kerana keganasan etnik dan juga keganasan serangan ‘Ganyang Malaysia’
oleh angkatan bersenjata Sukarno semasa Konfrontasi. Pengalaman pahit
ini sebenarnya telah mematangkan rakyat Malaysia.
Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
lebih daripada 40 tahun telah berlalu selepas tragedi rusuhan etnik Mei
13 1969. Suasana terus aman, stabil dan harmoni, kecuali selama lima hari
dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila berlakunya rusuhan etnik Melayu-
India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan kediaman setinggan
kelas pekerja dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10
nyawa. Tragedi ini memperingat rakyat Malaysia bahawa bukan faktor
politik, tetapi faktor ekonomi, seperti kesukaran hidup dan persaingan
untuk survival boleh mencetuskan pergeseran etnik, khususnya dalam
kalangan anggota kelas bawahan. Hal ini mengingatkan kita kembali
terhadap perdebatan yang belum berakhir antara pendekatan etnik dan
kelas sebagai lensa yang memerhatikan dinamika masyarakat Malaysia.
Kita juga diperingatkan bahawa slogan ‘perpaduan dalam
kepelbagaian’ dan ‘perpaduan nasional’ itu adalah suatu harapan positif
terhadap suatu masa depan yang lebih gemilang daripada sekarang,
termasuk cita-cita kita merealisasikan ‘bangsa idaman’, iaitu ‘Bangsa
Malaysia.’ Sebaliknya apa yang sebenarnya kita dukung dan dakap,
malah suatu fenomena yang tidak pernah kita berikan sebarang nama
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 11
pun selama ini, tetapi terus dinikmati adalah konsep kesepaduan sosial.
Oleh itu, yang jelas pada masyarakat umum Malaysia, biar pun
nampak kabur kepada sesetengah pemimpin dan sebahagian besar
pemberita, ialah bahawa selama 40 tahun selepas terjadi tragedi 13 Mei
sebarang perbezaan sosial sesama mereka mesti diselesaikan dengan
aman kerana kos melepas sebarang konlik terbuka adalah terlalu tinggi
kepada setiap individu, setiap kolektif sosial, setiap etnik, setiap wilayah
dan kepada negara Malaysia keseluruhannya.
Kunci kesepaduan sosial Malaysia, ialah kematangan rakyatnya. Jika
dulunya selepas setiap pilihan raya umum di Malaysia ramai yang berasa
gundah kerana kemungkinan mereka yang kalah melepaskan geram
melalui tindakan rusuhan ganas. Namun semenjak Pilihan Raya Umum
ke-4 pada 1974 (PRU4 1974) sehingga PRU12 2008, sebanyak sembilan
kali pilihan raya diadakan namun tidak wujud sebarang kekacauan
etnik yang ditimbulkan oleh pihak yang kalah sehingga mencetuskan
perbalahan. Hal ini termasuk dalam puluhan pilihan raya kecil yang
telah diadakan berulang kali.
Dari sudut takrifan harian, rakyat Malaysia tidak segan silu untuk
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebarang perkara
yang mereka tidak suka. Kemudahan Internet, SMS dan pelbagai lagi
saluran data siber lebih memudahkan proses penyuaraan mereka. Apatah
lagi komentar boleh disampaikan dalam suatu konteks yang selesa dari
segi peribadi, umpama ‘campak batu sembunyi tangan’, iaitu penulis
yang mengkritik dapat bersembunyi di sebalik nama samarannya. Dalam
suasana ini terbuhul suatu pola yang jelas iaitu rakyat Malaysia sangat
“suka bertikam lidah, tetapi tidak bertikam menggunakan parang” —
Malaysians prefer tongue wagging to parang wielding.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa sesiapa pun boleh
menyuarakan rasa tidak puas hati tentang segala hal yang tersirat di
kalbu masing-masing, sama ada dalam hal peribadi, etnik ataupun kualiti
hidup. Keterbukaan rakyat Malaysia dalam menyuarakan hal-hal ini
telah menimbulkan salah sangka besar oleh pemerhati dari dalam dan
luar negara. Seringkali kata-kata kesat yang dikeluarkan oleh seseorang
ahli politik, guru sekolah dan orang biasa tentang ‘kaum pendatang’ dan
lain-lain selalunya akan menimbulkan kekecohan dalam media, diikuti
lontaran kritikan berentetan untuk beberapa minggu di ruang siber atau
dalam media cetak.
Hal ini merupakan satu lagi ciri prilaku rakyat Malaysia pada
12 Hubungan Etnik
peringkat everyday-deined di Malaysia, iaitu “they talk conlict, they
walk cohesion.” Maksudnya, mereka sedia berdebat habis-habisan
tentang segala perkara yang diikirkan tidak betul atau tidak sempurna
yang dilakukan oleh pemerintah, pihak swasta dan para pemimpin.
Perkara ini lebih merupakan satu kegiatan psikososial sihat, iaitu lebih
suka meluahkan segala yang terbuku di hati daripada disimpan senyap
sehingga ‘meletup’ dalam pelbagai bentuk yang memusnahkan.
Oleh sebab rakyat Malaysia lebih suka “tongue wagging and not
parang wielding” dan lebih senang ”talk conlict, walk cohesion”, maka
gambaran yang diberikan kepada orang luar boleh menimbulkan salah
faham dalam kalangan mereka kerana perkara didengar oleh mereka
dan diperhati ialah “tongue wagging” dan “talk conlict” yang kadang-
kadang pedas, keras dan sangat berkonfrontasi bunyinya. Apatah lagi
jika penyuaraan itu disampaikan dalam blog, YouTube dan melalui SMS,
yang seolah-olah esok akan berlaku peristiwa 13 Mei 1969 sekali lagi.
Boleh dirumuskan bahawa Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)
adalah era ketika berlakunya pemantapan interaksi antara M+N+
[iaitu Masyarakat (Society), Negara (State) dan Pasaran (Market)] telah
disulam erat dengan positif, biarpun turun-naik berlaku akibat pengaruh
dan perkembangan global. Dalam era tersebut terbukti bahawa ekonomi
Malaysia telah mampu bertahan. Justeru, paksi utama kesepaduan
sosial adalah kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang seterusnya
mendukung keamanan dan kestabilan politik. Gabungan perkembangan
ekonomi pesat dan suasana politik yang stabil telah membolehkan
kita bertahan dari segi kesepaduan sosial, sambil terus mengidamkan
perpaduan. Perbandingan antara pengalaman Sri Lanka dan Malaysia
(Abeyratne 2008) untuk 40 tahun yang lalu menunjukkan kepada kita
peri pentingnya kaitan simbiotik ekonomi, politik serta kesepaduan
sosial, yang dirangkai melalui hubungan intim antara M+N+P.
Tentunya berlaku persaingan, kontradiksi dan ketegangan dari segi
ruang dan kepentingan antara ketiga-tiga komponen tersebut (M+N+P)
yang boleh memberi kesan kepada seluruh masyarakat Malaysia kerana
tersirat di dalamnya ialah aspek hubungan etnik, kelas, wilayah dan
perbezaan sosial yang kritikal dan perlu sentiasa diimbangkan. Kadang-
kadang pengaruh dan pergolakan luar negeri mengesankan apa yang berlaku
dalam negara, seperti isu TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang terus-menerus
mencabar M+N+P serentak, dulu, sekarang dan pada masa depan. Justeru
kesepaduan sosial di Malaysia adalah terbina di atas lapisan jaringan
hubungan yang rumit lagi kompleks di dalam dan di luar negeri.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 13
Masyarakat Pelbagai etnik di Malaysia
Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010 ialah 28.3 juta (Jabatan
Perangkaan Malaysia). Malaysia mempunyai lebih daripada 70 kumpulan
etnik dan sekiranya ditambah dengan kelompok yang mewakili subetnik,
kumpulan bahasa dan dialek, jumlahnya melebihi 200 kumpulan. Jadual
1.1 adalah memaparkan pelbagai kumpulan etnik, subetnik, suku, bahasa
dan dialek yang wujud di Malaysia.
JADUAl 1.1: Senarai Kumpulan Etnik, Subetnik, Suku, Bahasa dan Dialek di Malaysia
Kumpulan Etnik, Kumpulan Etnik, Kumpulan Etnik,
Subetnik, Suku, Subetnik, Suku, Subetnik, Suku,
Kumpulan Bahasa dan Kumpulan Bahasa dan Kumpulan Bahasa dan
Dialek di Semenanjung Dialek di Sabah Dialek di Sarawak
Acheh, Baba Nyonya, Bajau, Bisaya, Bonggi, Balau, Berawan,
Banjar, Bateq, Bengali, Bookan, Bugis, Cina, Bidayuh, Bukitan, Cina,
Beri, Boyan, Bugis, Dumpas, Dusun, Gana, Iban, India, Kajang,
Chettiar, Chewong, Hulu, Ida’an, India, Kayan, Kedayan,
Chindian, Foochow, Iranun, Kadazan, Kagayan, Kejaman, Kelabit,
Gujarati, Hainanese, Kalabakan, Kalabuan, Kenawit, Kenyah,
Hakka, Hokkien, Jah Hut, Kedayan, Keningau Lahanan,
Jahai, Jakun, Jawa, Kanaq, Murut, Kepulauan Lisum, Longkiput, Lun
Kensiu, Kintaq, Kwangsi, Kokos, Kimaragang, Bawang, Lun Dayeh,
Kwantung, Lanoh, Kinabatangan, Kuijau, Melanau, Melayu
Mah Meri, Malabaris, labuk-Kinabatangan, Sarawak, Murut, Penan,
Malayalee, Mandaling, Lobu, Lotud, Lundayeh, Punan Bah, Punan
Melayu, Melayu Patani, Makiang, Mangkaak, Biau, Punan Busang,
Mendriq, Min Bei, Melayu, Minokok, Punan, Remun, Saban,
Minangkabau, Orang Murut, Okolod, Paitan, Sebuyau, Sekapan,
Kuala, Orang Seletar, Paluan, Papar, Rungus, Sihan, Tabun, Tagal,
Pakistan, Portugis, Sama Selatan, Selungai, Ukit, kumpulan etnik
Punjabi, Rawa, Semai, Sembakung, Serudung, pekerja-pekerja migran
Semaq, Semelai, Serani, Sinabu, Sino-Kadazan, dan pelbagai kumpulan
Siam, Sindhi, Tamil, Suluk, Sungai, Tagal, etnik, subetnik, suku,
Telegu, Temiar, Temuan, Tatana’, Tausug, kumpulan bahasa dan
Teochew, kumpulan etnik Tempasuk Dusun, Tengara, dialek yang lain.
pekerja- pekerja migran Tidung, Timugon, Tinagas,
dan pelbagai kumpulan Tobiling, Tombonuo,
etnik, subetnik, suku, Ubian, kumpulan etnik
kumpulan bahasa dan pekerja-pekerja migran
dialek yang lain. dan pelbagai kumpulan
etnik, subetnik, suku,
kumpulan bahasa dan
dialek yang lain.
14 Hubungan Etnik
Potret Hubungan Etnik di Malaysia
Pola kerencaman dan kepelbagaian penduduk yang wujud secara tidak
langsung menggalakkan perspektif bahawa hubungan etnik di Malaysia
pada umumnya adalah bersifat rapuh, mudah retak dan cenderung ke
arah ketegangan dan sering membawa kepada keadaan yang berkonlik.
Adakah pandangan sebegini tepat untuk menghuraikan hubungan
etnik di Malaysia? Jika pandangan sebegini diterima, negara Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa mungkin tidak dapat bertahan dan wujud
dalam peta dunia. Keadaan yang wujud ialah etnik yang pelbagai ini
akan membentuk negara mengikut acuan etnik masing-masing. Namun
demikian, hakikatnya negara Malaysia dengan kerencaman demograi
yang berbeza terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh
jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik.
Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan
politik, ekonomi dan sosial yang baik. Keadaan ini membolehkan rakyat
daripada pelbagai etnik dapat hidup bersama dalam suasana aman dan
bebas daripada konlik kekerasan etnik yang kerap dan berpanjangan
sebagaimana berlaku di negara yang sentiasa berkonlik seperti Sri
Lanka, Somalia dan Palestin.
Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik, ekonomi
dan sosial membolehkannya terus membangun dengan pesat dalam
pertumbuhan ekonomi yang stabil. Malaysia turut berjaya mencapai
tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada
50 tahun.
Dengan komposisi etnik, agama, budaya dan bahasa yang begitu
kompleks, Malaysia berjaya mengekalkan kerukunan dalam kehidupan
bermasyarakat serta pencapaian pembangunan. Justeru, keunikan
tadbir urus negara dalam mengolah perpaduan dalam kepelbagaian
amat penting daripada hanya melihat dimensi konlik mahupun
ketegangan. Aspek tadbir urus perpaduan dalam kepelbagaian ini
sebenarnya membawa kepada kefahaman terhadap proses kesepaduan
sosial dalam masyarakat yang sebenarnya merupakan inti pati kepada
kestabilan, keamanan mahupun kerukunan hidup masyarakat berbilang
etnik. Kestabilan dan keamanan yang dikecapi telah diiktiraf oleh Global
Peace Index yang telah menyenaraikan Malaysia di tangga ke-19 sebagai
antara negara paling stabil dan aman di dunia. Berdasarkan Jadual 1.2
kedudukan negara yang disenaraikan dalam Global Peace Index 2011,
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 15
Malaysia adalah satu-satunya negara heterogeneous dengan komposisi
demograi pelbagai etnik berada di senarai paling atas. Sebaliknya, negara-
negara lain yang berada pada kedudukan lebih baik daripada Malaysia
secara umumnya ialah negara yang lebih bersifat homogeneous. Pada
tahun 2011 kedudukan Malaysia berada di tangga ke-19 manakala pada
tahun 2012 kedudukannya adalah pada tangga ke-20 iaitu mendahului
Australia (ke-22) dan Singapura (ke-23).
JADUAl 1.2: Global Peace Index (2011)
Negara Kedudukan Negara Paling
Aman di Dunia
New Zealand 1
Iceland 2
Jepun
3
Denmark 4
Republik Czech 5
Austria 6
Finland
Kanada 7
Norway 8
Slovenia 9
Ireland 10
Qatar 11
Sweden 12
Belgium 13
Jerman 14
Switzerland 15
Portugal 16
Australia 17
18
Malaysia 19
Hungary 20
Sumber : Institute for Economics and Peace 2011
Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik
Dalam menggambarkan hubungan etnik, terdapat sarjana yang
menyatakan bahawa masyarakat yang memiliki kerencaman budaya,
bahasa, agama dan kemajmukan etnik seperti di Malaysia pasti akan
terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik, agama, budaya dan
16 Hubungan Etnik
bahasa masing-masing tanpa nilai yang dapat mengikat mereka bersama.
Selain itu, perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan
etnik sehingga berlaku kepupusan ciri-ciri etnik, iaitu dari segi bahasa,
budaya dan agama mereka apabila etnik yang dominan menguasai etnik
minoriti.
Media massa juga sering membawa laporan kewujudan polarisasi
etnik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan menyatakan
bahawa mahasiswa tidak berminat untuk berkongsi dengan etnik
lain seperti tinggal sebilik, makan bersama, belajar bersama, bergaul
bersama dalam kegiatan lain di kampus. Malahan, media massa sering
membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.
Di samping itu, aktiviti dalam kempen pilihan raya sering menjadi
gelanggang untuk meraih undi dengan cara menggemblengkan sentimen
dan kepentingan etnik masing-masing sehingga mencetuskan keresahan
dalam kalangan etnik dan membawa kepada aspek ketegangan etnik.
Natijahnya, adakah adil memotretkan hubungan etnik di Malaysia
dalam pespektif yang sempit dengan melihat masyarakat Malaysia ini
hanya dari sudut konlik, sengketa, pertentangan dan ketegangan semata-
mata? Di mana pula penilaian masyarakat keseluruhan melihat kejayaan
negara mengurus soal kesepaduan sosial yang dinikmati oleh seluruh
lapisan masyarakat selepas peristiwa 13 Mei sehingga hari ini yang berjaya
diangkat dalam Global Peace Index 2011 dan kejayaan ekonomi Malaysia
yang berdaya saing setanding dengan negara lain? Oleh hal demikian,
hubungan etnik di Malaysia perlu dilihat dari perspektif dan dimensi
kesepaduan sosial yang merupakan formula kesejahteraan masyarakat
berbilang etnik.
Kesepaduan Sosial: Pandangan alternatif untuk
Memahami hubungan etnik di Malaysia
Kerangka konseptual yang diutarakan dalam memaparkan hubungan etnik
di Malaysia sebagai suatu bentuk hubungan yang rapuh, retak dan penuh
dengan pertentangan dan persengketaan ini boleh disimpulkan sebagai suatu
kerangka konseptual yang berorientasikan paradigma konlik. Kebanyakan
kajian tentang hubungan etnik di Malaysia telah menggunakan paradigma
konlik sebagai alat analisis yang utama untuk menganalisis dan memahami
setiap permasalahan yang dilihat wujud dalam masyarakat.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 17
Melalui paradigma konlik yang menjadi pendekatan utama
ini terdapat kecenderungan pengkajinya untuk mengitlakkan atau
mengeneralisasi sesuatu permasalahan secara simplistik sedangkan
permasalahan yang wujud pada masa ini jauh lebih rumit dan kompleks.
Komponen-komponen sosial yang wujud kini adalah bertindan lapis
antara etnik, agama, kelas, gender, umur, orientasi seksual, budaya,
ideologi dan kategori-kategori sosial yang lain.
Perspektif yang digunakan oleh pengkaji menggambarkan hubungan
etnik di Malaysia adalah rapuh, retak dan penuh dengan pertentangan dan
persengketaan adalah berdasarkan paradigma konlik. Oleh itu, konsep
yang berhubung kait dengannya seperti konsep polarisasi, segregasi,
ketegangan, persaingan, persengketaan, pertentangan, perbezaan
atau perpecahan digunakan sebagai alat analisis dan pengukur untuk
memahami permasalahan tersebut.
Melalui penggunaan konsep yang berbau negatif seperti ini
untuk memahami permasalahan hubungan etnik membawa kepada
kecenderungan untuk mendikotomikan sesuatu isu yang berbangkit itu
secara binari atau pertentangan duaan. Contohnya, antara Melayu dan
bukan Melayu, Islam dan bukan Islam, lelaki dan perempuan, bandar
dan luar bandar, muda dan tua, miskin dan kaya, berpendidikan dan
tidak berpendidikan, serta heteroseksual dan homoseksual.
Cara pandang dari kaca mata konlik umumnya mengandaikan
masyarakat Malaysia seolah-olah sentiasa berada dalam dikotomi,
pertentangan, persengketaan dan saling bersaing khususnya antara
kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Cara pandang yang sebegini
gagal untuk melihat pelbagai sisi yang cukup berencam antara satu
kategori sosial dengan satu kategori sosial yang lain. Malahan, antara satu
kategori sosial dengan satu kategori sosial yang lain terdapat ciri tindan
lapis yang saling bertautan. Contohnya, dalam kategori etnik Melayu itu
sendiri terdapat pelbagai kerencamannya; Melayu yang mana? Melayu
bandar, luar bandar, liberal, ortodoks, kelas menengah, kelas pekerja
kerajaan, swasta, berpendidikan, penyokong UMNO, PAS, PKR, DAP?
Soalannya Islam yang mana? Islam liberal, konservatif, Sunni, Syiah,
Wahhabbi, Muhammadiyah, Tabligh, Arqam? Malahan berkemungkinan
antara Melayu kelas menengah yang liberal lebih banyak persamaannya
dengan bukan Melayu dari kelas yang sama berbanding dengan Melayu
kelas petani dari kampung.
18 Hubungan Etnik
Etnik lain juga memiliki pelbagai kerencaman dalam beragama,
malahan bertindan lapis dengan kategori yang lain. Etnik Cina, India,
Iban, Kadazan begitu juga dengan agama Kristian, Hindu, Buddha dan
sebagainya turut mempunyai kepelbagaian dan kerencaman mereka
sendiri seperti etnik Melayu dan agama Islam.
Kerencaman tersebut tidak sekadar seperti telah dijelaskan malah
kategori sosial ini juga cair dan bergerak bebas serta boleh berubah dan
berbeza sesama sendiri tanpa adanya batas-batas sempadan yang ketat
dan kekal. Contoh yang paling ketara adalah isu penggunaan kalimah
Allah oleh bukan Muslim yang pernah timbul dan menjadi isu yang
cukup panas beberapa ketika yang lalu. Jika diperhatikan dengan teliti
wacana yang wujud ketika itu dalam menanggapi isu, terdapat pelbagai
pandangan baik yang menyokong mahupun menentang sama ada
daripada pihak Islam ataupun yang bukan Islam sendiri. Masing-masing
mempunyai pandangan berbeza walaupun mereka daripada kumpulan
agama yang sama. Berdasarkan contoh ini dapat dilihat dengan jelas
bagaimana cara pandang yang menggunakan paradigma konlik
cenderung untuk mentafsirkan secara mudah kehidupan sosial yang
realitinya jauh lebih rumit dan kompleks.
Dalam keghairahan mengangkat paradigma konlik sebagai teras dan
orientasi memahami permasalahan yang wujud di Malaysia, realitinya
tahap kehidupan harian masyarakat awam berada dalam kesepaduan
sosial yang relatifnya adalah bersifat aman dan stabil. Selepas peristiwa
13 Mei konlik bersifat kekerasan etnik secara terbuka yang berlaku
adalah terlalu kecil. Dalam tempoh lebih daripada empat dekad yang lalu
semenjak peristiwa 13 Mei, Malaysia secara relatifnya masih belum goyah
dengan konlik peristiwa etnik mahupun konlik agama namun kadang-
kadang kesannya boleh mengancam kesepaduan sosial yang sudah sedia
wujud dalam masyarakat berbilang etnik.
Memang tidak dinaikan bahawa konlik, pertentangan dan saling
bertanding sering muncul dan memenuhi wacana sama ada di kedai
kopi, warung teh tarik, restoran mamak, atau di ruang maya melalui blog,
internet dan portal sesawang. Malahan, tidak dinaikan wujud konlik
yang berakhir dengan kekerasan izikal seperti yang berlaku di Kampung
Rawa, Kampung Medan, Pasir Gudang dan Kamunting tetapi kekerasan
izikal tersebut adalah bersifat lokal dan terkawal tidak merebak serta
berlarutan sehingga mencarik fabrik sosial yang mengikat masyarakat
setempat.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 19
Kehidupan harian masyarakat awam khususnya di luar kawasan
konlik yang tersebut tetap diteruskan dalam suasana yang relatifnya
stabil dan aman. Keadaan ini adalah realiti kehidupan sosial yang
wujud di Malaysia dan jarang diungkapkan oleh para sarjana kajian
etnik. Realiti yang lebih positif dan sebenarnya lebih dominan serta
lebih terserlah umumnya terlepas pandang daripada mata para sarjana
kajian etnik. Keadaan ini adalah kerana cara pandang melalui paradigma
konlik terlalu lama mendominasi wacana etnik di Malaysia sejak zaman
kolonial sehingga seolah-olah ianya diterima sebagai sesuatu yang sedia
ada (as given) justeru sudah tersulam rapi di dalam minda dan praktik
para pengkaji hubungan etnik di dalam dan luar Malaysia.
Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik
Sekiranya ditelusuri dengan lebih mendalam, cara pandang melalui
paradigma konlik merupakan warisan daripada pembentukan ilmu
kolonial yang bersifat esensialis, tetap dan cenderung mengitlakkan
ciri-ciri sosial yang terdapat pada subjek yang menjadi anak jajahan
mereka. Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi
orientalisme pada asasnya adalah untuk “membezakan” kumpulan
dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka
yang menjajah dengan mereka yang terjajah. Mereka yang terjajah pula
dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan
ciri-ciri isiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi
dan diitlakkan secara mudah dan cetek.
Ideologi dan cara pandang tersebut bukan sahaja beroperasi di
tingkat epistemologi dan konseptual, tetapi juga di tingkat ontologi dan
alam nyata melalui pemisahan yang berbentuk izikal ke atas kumpulan
masyarakat terjajah, khususnya dari sudut penempatan dan juga jenis
pekerjaan melalui dasar pecah dan perintah. Proses membezakan yang
lain bukan sahaja disumbangkan oleh pemerintah kolonial, tetapi juga
diteruskan oleh sarjana sains sosial dan kajian hubungan etnik dari
Barat yang menjalankan kajian mereka di negara jajahan khususnya
yang mempunyai populasi masyarakat majmuk. Hasil kajian mereka
berasaskan teori daripada kaca mata mereka sendiri yang cenderung
mengetengahkan unsur-unsur konlik, kelainan dan perbezaan. Teori-
teori yang berasaskan paradigma konlik, kelainan dan perbezaan ini
kemudiannya disosialisasikan melalui wacana ilmiah, baik dalam bentuk
20 Hubungan Etnik
buku, jurnal, kertas kerja mahupun pembentangan akademik seterusnya
disosialisasikan pula oleh sarjana tempatan dan disebarkan kepada
pelajar dan masyarakat awam.
Penerapan paradigma ini terus diperkukuhkan apabila berlakunya
konlik sebenar khususnya dalam era perang dingin. Umpamanya,
apabila ideologi komunisme diangkat sebagai musuh dan teori domino
diketengahkan daripada paradigma konlik. Pemikiran sedemikian
seterusnya disosialisasikan ke dalam wacana antikomunis untuk
menimbulkan kegelisahan, ketakutan dan rasa tidak selamat dalam
kalangan negara di Asia Tenggara. Perang saudara di Vietnam contohnya
dilihat sebagai mangkin kepada kemungkinan negara di sekitarnya akan
turut jatuh ke tangan komunis.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam kancah wacana berbentuk
konlik apabila kerajaan British di Malaya pada ketika itu mengisytiharkan
darurat untuk menangani ketidakstabilan sosiopolitik berikutan tindakan
kekerasan yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya. Paradigma
konlik ini terus mendapat tempat sebagai cara pandang yang dominan
dalam memahami masyarakat Malaysia apabila berlaku pertentangan
sengit antara organisasi politik yang mewakili kepentingan kumpulan
etnik yang pelbagai di Malaysia sama ada pada era kolonial ataupun
pascakolonial.
Cara pandang melalui perspektif konlik semakin popular dan kukuh
apabila meletusnya Peristiwa 13 Mei sehingga ada yang meramalkan
bahawa projek pembangunan negara bangsa Malaysia akan gagal. Proses
pembentukan cara pandang melalui perspektif konlik merupakan suatu
proses yang panjang, lama dan berterusan. Dari era kolonial sehingga
ke masa kini, paradigma konlik telah menjadi cara pandang yang
dominan dalam masyarakat untuk memahami fenomena etnisiti dan
permasalahan yang wujud di Malaysia sehingga menyebabkan sukar
untuk melihat dengan cara pandang yang lain.
Malaysia yang diramalkan oleh banyak pihak akan berakhir dengan
perpecahan akibat tragedi 13 Mei tidak menjadi realiti kerana selepas
peristiwa tersebut, ternyata Malaysia lebih stabil dan kukuh berbanding
dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Malahan, Malaysia mampu
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi, pembangunan yang
pesat, politik yang stabil serta kehidupan bermasyarakat yang relatifnya
aman tanpa konlik yang terbuka dan berterusan sehingga diiktiraf oleh
dunia sebagai model negara majmuk yang berjaya.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 21
Memahami Hubungan Etnik
daripada Perspektif Kesepaduan Sosial
Suatu paradigma alternatif yang mengambil kira aspek positif yang
menyumbang kepada keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa
yang masih dalam proses pembikinannya, kini adalah perlu dijadikan
sebagai sebahagian daripada cara pandang untuk memahami citra
hubungan etnik dengan lebih adil dan menyeluruh.
Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menaikan bahawa
tiada konlik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat
yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami
hubungan etnik. Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana
hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam
kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konlik tetapi
didasari oleh kesepaduan sosial.
Menggunakan paradigma kesepaduan sosial untuk memahami
hubungan etnik di Malaysia bermula dengan premis bahawa kesepaduan
sosial sudah sedia wujud sebagai tiang seri di peringkat masyarakat
awam. Usaha yang perlu dilakukan adalah mengukuhkannya lagi
supaya perpaduan yang dicita-citakan oleh masyarakat dan negara dapat
dicapai. Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses
yang panjang dan berterusan sejak wujudnya interaksi antara masyarakat
pelbagai etnik di negara ini. Kewujudan kesepaduan sosial disumbangkan
secara top-down atau hasil daripada tindakan kerajaan yang diterapkan
kepada masyarakat dan ada yang disumbangkan secara bottom-up iaitu
hasil daripada interaksi dan jalinan hubungan yang berlaku di peringkat
masyarakat awam itu sendiri dalam kehidupan sehari-hari tanpa campur
tangan oleh pihak kerajaan.
Hubungan Saling Terkait dan Saling Bergantungan
Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan
anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa
menerusi interaksi sesama mereka. Umpamanya, nasi yang dimakan oleh
pelajar selepas keluar dari bilik kuliah hubungan etnik berkemungkinan
besar diperoleh daripada pesawah padi Melayu dari Kedah atau pesawah
padi Cina dari Sekinchan, Selangor. Padi tersebut kemudiannya dibawa
ke kilang pemprosesan padi oleh pembawa lori daripada etnik India dan
22 Hubungan Etnik
diproses pula oleh pekerja dari peringkat buruh hingga ke peringkat
pengurusan mungkin terdiri daripada etnik Melayu, Cina atau India atau
mungkin buruh imigran dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar.
Padi yang siap diproses menjadi beras kemudiannya dibawa ke
pasar raya atau kedai runcit oleh pemandu van atau lori yang mungkin
daripada etnik Orang Asli dan ketika sampai di kedai runcit atau pasar
raya, beras berkenaan dipunggah, diangkut dan disusun di rak-rak dan
seterusnya dijual oleh pekerja kedai runcit dan pasar raya yang mungkin
daripada etnik Iban, Kadazan, Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kelabit
dan Kayan. Beras pula kemudiannya dimasak oleh pengusaha kantin
daripada etnik Melayu atau Cina atau India atau Iban atau Kadazan yang
dibantu pula oleh pekerja imigran dari Indonesia, India, China, hailand
atau Myanmar.
Daripada contoh tersebut, dapat dilihat interaksi dan hubungan
antara anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
agama di negara ini melengkapi dan saling bergantungan dalam jalinan
rantaian kesepaduan sosial yang panjang. Setiap kali nasi yang dijamah
akan mencetuskan ikiran bagaimana rantaian yang saling terkait
sebenarnya melibatkan manusia daripada pelbagai etnik yang berbeza.
Mereka terlibat dalam memastikan nasi yang dimakan itu boleh sampai
kepada kita dan seterusnya membekalkan zat, vitamin dan tenaga untuk
kita terus hidup melalui interaksi yang seolah-olahnya begitu terancang.
Begitu juga dengan baju yang dipakai, telefon bimbit yang digunakan,
komputer untuk melayari internet dan semua barangan yang dibeli dan
digunakan dalam kehidupan seharian. Kesemuanya adalah terhasil
daripada jalinan hubungan yang saling terkait dan saling bergantungan
dan kesemuanya juga berkemungkinan melibatkan individu daripada
pelbagai etnik.
Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian
Interaksi dan jalinan hubungan sosial antara anggota masyarakat yang
saling terkait dan saling bergantungan seperti yang telah dibincangkan
adalah unsur-unsur penting dalam membina kesepaduan sosial. Justeru,
paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan kepada takrifan
terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu
sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 23
Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap
dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. Contohnya, takrifan
Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160
Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk tetap, iaitu seorang Melayu
ialah seorang yang menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu.
Takrifan negara yang bersifat tetap mungkin bermasalah untuk
digunakan ke atas sebahagian daripada orang Melayu, khususnya
daripada kelas atasan dan menengah lazimnya amalan pertuturan mereka
manakala menggunakan bahasa Inggeris. Memandangkan mereka ini
tidak menepati takrifan Melayu seperti yang dikehendaki oleh negara,
adakah mereka masih layak dikenali sebagai orang Melayu? Sebaliknya,
takrifan harian dalam peringkat masyarakat awam dalam kehidupan
seharian berkemungkinan besar berbeza daripada apa yang ditakrikan
oleh negara secara formal dalam hal tersebut.
Fenomena yang dipaparkan merupakan suatu contoh kecil yang boleh
diambil untuk memperlihatkan takrifan seharian jauh berbeza dengan
takrifan oleh negara ke atas warganya. Banyak lagi contoh lain yang
boleh diambil untuk membuktikan pernyataan ini seperti sama halnya
dengan jenis Islam yang mesti dianuti oleh orang Melayu di Malaysia.
Jika menurut takrifan autoriti hanya Islam daripada aliran Sunnah-Wal-
Jamaah dengan bermazhabkan Shaie yang mesti dianuti sedangkan
mengikut takrifan harian orang Melayu di Malaysia tidak semuanya
menganut aliran Sunnah-Wal-Jamaah daripada mazhab Shaie. Malahan
ada juga dalam kalangan orang Melayu Islam di Malaysia yang menganut
aliran Syiah.
Hakikatnya, dalam kehidupan sehari-hari seperti yang dihuraikan
sebelum ini terdapat kerencaman yang wujud dan jauh lebih kompleks
daripada takrifan autoriti. Malahan, takrifan harian oleh masyarakat
awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat
tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka
untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan
aman tanpa sebarang konlik.
Justeru, dengan mengambil paradigma kesepaduan sosial sebagai
suatu cara pandang alternatif untuk menganalisis dan memahami
fenomena hubungan etnik di Malaysia, takrifan harian menjadi petunjuk
utama dalam mengenal pasti bentuk, tahap, tingkat dan intensiti
hubungan etnik yang wujud dalam sesuatu kawasan, tempat, komuniti
24 Hubungan Etnik
dan juga masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Paradigma
kesepaduan sosial dalam konteks ini adalah suatu cara pandang yang
cuba memberi ruang dan kuasa kepada masyarakat awam agar terlibat
dalam proses pembinaan perpaduan.
Ringkasnya, kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap
takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam
konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat
Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya
bersepadu. Pelekat sosial yang memberi kesepaduan sosial dihasilkan
daripada interaksi dan jalinan hubungan sosial yang berlaku setiap hari
antara sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik,
agama, budaya dan bahasa tanpa campur tangan daripada pihak negara
baik dalam ruang ekonomi, pasar, politik, sosial mahupun budaya.
Kesepaduan Sosial Melalui akomodasi, akulturasi,
amalgamasi dan asimilasi
Secara konseptual, kesepaduan sosial sudah sedia wujud dalam acuan
besar masyarakat Malaysia. Acuan besar merujuk kepada negara
bangsa yang dinamakan Malaysia dengan ciri-ciri khasnya yang terhasil
daripada proses perkongsian sejarah bersama yang dilalui dan dialami
oleh anggota warganya. Dalam acuan besar ini terbina struktur sosial,
ekonomi, politik dan budaya yang khas beracuankan Malaysia.
Acuan besar dalam konteks masyarakat pelbagai etnik tidak
bersifat statik, tetapi sentiasa dinamik dalam suatu proses pengukuhan
berterusan yang didukung oleh struktur sosial, ekonomi, politik dan
budaya. Kesepaduan sosial pula dibina oleh aktor sosial yang terdiri
daripada pelbagai etnik yang berada di dalamnya melalui amalan harian.
Mereka ditandai oleh interaksi dan jalinan hubungan sosial yang saling
terikat, saling bertaut malah saling berkongsi. Oleh hal demikian,
interaksi dan jalinan hubungan sosial sebegini adalah sesuatu yang secara
langsung mahupun tidak langsung sudah tersulam ke dalam fabrik sosial
masyarakat kerana kesemua mereka berada di dalam satu acuan besar
negara bangsa Malaysia yang sama.
Proses pentakrifan makna yang dilakukan oleh faktor sosial yang
terdiri daripada pelbagai etnik telah mentransformasikan hubungan
antara etnik lalu membentuk hubungan sosial yang pelbagai bentuk.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 25
Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut
berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara
faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan
masing-masing.
Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi,
akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang
berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik,
penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada
hari ini. Justeru, makna yang diberikan oleh aktor sosial ini terhadap
interaksi dan hubungan seharian yang berlaku antara mereka melalui
proses rundingan sosial yang berterusan yang diwarnai oleh unsur-unsur
akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi umumnya cenderung
ke arah bentuk positif daripada bentuk negatif. Tafsiran positif yang
merujuk kepada interaksi dan hubungan mereka di peringkat harian
membentuk kesepaduan sosial pada hari ini walaupun mereka daripada
latar belakang etnik, agama, bahasa dan budaya yang berbeza.
Antara contoh yang paling jelas tentang wujudnya kesepaduan
sosial di peringkat kehidupan harian adalah apabila timbulnya
pelbagai isu yang emotif dan provokatif berhubung dengan etnik dan
agama, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Beberapa isu dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh
pihak yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan kelompok
yang memperjuangkan isu-isu berkaitan. Namun, tindakan tersebut
ternyata tidak berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka; sebaliknya
kehidupan seharian masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya
aman dan stabil walaupun isu-isu panas sering diapi-apikan melalui
media massa tertentu.
Hakikatnya, rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam
tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan
menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan. Sebaliknya,
daripada realiti sosial, menunjukkan bahawa secara relatifnya masyarakat
Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan
suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik. Malahan, pihak organisasi
sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama
telah mengambil bahagian secara aktif untuk meredakan tindakan provokasi
yang timbul. Sekiranya isu-isu seperti ini muncul pada tahun 1960-an atau 1970-
an, kemungkinan besar isu berkenaan berakhir dengan rusuhan agama atau
sengketa etnik secara terbuka seperti dalam Peristiwa 13 Mei.
26 Hubungan Etnik
Bagaimanapun, hakikatnya di Malaysia pada abad ke-21 ini tiada
sebarang rusuhan etnik atau agama yang berlaku walaupun isu-isu yang
berkenaan sering dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh
pihak yang ingin mengambil kesempatan. Keadaan ini merupakan suatu
anjakan, perubahan dan transformasi sosial yang cukup besar dalam
kehidupan bermasyarakat di negara ini. Justeru, takrifan yang diberikan
oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah
merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari-hari yang berlaku antara
mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan. Proses ini
ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan
etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
Kesimpulan
Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat
usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-deined dan top-
down yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan
meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu.
Salah satu usaha tersebut adalah bersifat pemantauan berlanjutan melalui
prosedur tertentu yang bertindak sebagai sistem amaran awal. Oleh yang
demikian, sebarang kemungkinan konlik terbuka berlaku dapat dikawal
sebelum menjadi lebih besar dan merebak, lalu merungkai kesepaduan
sosial yang telah wujud dengan baiknya.
Dengan itu, adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini
sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity) dan bukan
“perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity). Namun, kita boleh
juga menghujahkan bahawa kesepaduan ialah tahap sebelum perpaduan
atau prasyaratnya. Di Malaysia, terdapat pola turun naik dan putaran
antara keadaan konlik dan keamanan. Sejak lebih 60 lepas sejak Perang
Dunia Kedua, kita telah mengharungi tiga era penting. Implikasinya ialah
perpaduan adalah work-in-progress kerana perpaduan ialah suatu sasaran
pencapaian yang masih belum tercapai. Proses ini memerlukan semua pihak
di negara kita berkerja keras secara sedar untuk memastikan kesepaduan
sosial yang sedia ada dikekalkan dan dipertahankan, biarpun perpaduan
belum kelihatan.
Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian 27
Oleh itu, keamanan dan kestabilan masyarakat Malaysia, justeru
kesepaduan sosialnya, tidak boleh diambil seperti sesuatu yang alamiah,
sedia ada dan tidak diambil peduli akan keadaan sebenarnya. Kita mesti
terus-menerus bekerja keras mengekalkan dan mempertahankannya.
Cuma bagaimanakah kita hendak melaksanakannya dalam jangka
pendek dan jangka panjang. Kita perlu memikirkan strategi jangka
panjang yang lebih kekal sifatnya untuk bukan sahaja menangani ‘api-api
kecil’ bahkan juga menghindarinya daripada berlaku atau kalau sudah
berlaku, merebak ke sesuatu yang lebih besar dan tidak terkawal.
Soalan Perbincangan
1. Hubungan etnik adalah bersifat dinamik. Bincangkan.
2. Bahaskan pola konlik dalam hubungan etnik di Malaysia.
3. Apakah yang anda faham dengan kesepaduan sosial? Berikan contoh-
contoh yang sesuai dalam mengaitkan kerelevanan kesepaduan sosial
dalam konteks masyarakat berbilang etnik di Malaysia.
BaB 2
Potret hubungan etnik
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai lambang kemuncak
kepada pluraliti di Nusantara.
2. Memahami kesan penjajah Barat kepada masyarakat pelbagai etnik
di negara ini.
3. Menguasai kemahiran untuk menganalisis fenomena sosial dan
masalah hubungan etnik di negara ini.
Pengenalan
Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama merupakan ciri utama di
kebanyakan negara pada hari ini. Persaingan dan konlik antara etnik
sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat
pelbagai etnik. Namun demikian, sejarah juga telah membuktikan negara
monoetnik tidak dapat mengelakkan diri daripada kejadian sedemikian.
Masyarakat mempunyai kecenderungan untuk mengkategorikan dan
menilai sesuatu kumpulan masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran
dan pemahaman mereka sendiri yang sempit, selain terpengaruh oleh
pelbagai faktor.
Masyarakat juga mempunyai kebiasaan untuk menilai perbezaan
antara masyarakat melalui perspektif budaya majoriti atau budaya
tersendiri. Oleh hal demikian, dalam dunia yang didominasi oleh
masyarakat pelbagai etnik, adalah wajar untuk membina satu pemahaman
yang mendalam dan tepat tentang teori dan deinisi yang biasa digunakan
untuk menilai kumpulan masyarakat yang berbeza budaya, ras, dan etnik
dalam pelbagai aspek untuk mengelakkan konlik antara etnik yang lebih
30 Hubungan Etnik
dahsyat. Kefahaman terhadap budaya yang menyokong masyarakat
pelbagai etnik amat diperlukan untuk pembinaan masyarakat yang
harmoni dan stabil.
Kesultanan Melayu Melaka – lambang Pertemuan
Masyarakat Pelbagai etnik
Kehebatan empayar Melaka menjadi tempat pertemuan pedagang seluruh
dunia diakui sehingga digelar sebagai he Venice of the East. Zaman
empayar Melaka ialah zaman keemasan dan kemuncak keagungan
kerajaan Melayu. Zaman keagungan Melaka boleh dilihat daripada aspek
pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan kebudayaan.
Pemerintahan
Perlembagaan Melaka adalah berdasarkan ajaran Islam. Melaka
menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka
dalam pemerintahan negeri. Perlembagaan ini banyak menyumbang
kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
PegawaiistanaMelakaterdiridaripada pelbagaibangsakeranamasyarakat
Melayu tempatan berkahwin campur dengan bangsa asing yang datang
berdagang dan menetap di Melaka. Hal ini menunjukkan bahawa
sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka amat mementingkan
keharmonian antara kaum.
Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka.
Para pegawai istana bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang
Melayu tempatan bahkan terdapat orang India yang dilantik menjawat
jawatan dalam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur berlaku antara
pemerintah Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dengan anak perempuan
pemerintah negara China, puteri Hang Li Po. Ringkasnya, pemerintah
Melaka pada ketika itu telah mengambil kira keharmonian antara kaum.
Perdagangan
Perdagangan di Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem
pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Undang-
undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga keselamatan laut di
Potret Hubungan Etnik 31
Melaka daripada ancaman perompak dan lanun. Tindakan ini dapat
menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang
yang datang berdagang di Melaka. Perdagangan di Melaka berjalan
dengan begitu lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka di
samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut daripada
ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh Laksamana Melaka
yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk
para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka, apatah lagi keadaan
ini disokong kuat oleh Undang-undang laut Melaka yang berteraskan
ajaran Islam.
Corak Kependudukan di Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana
proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan
mana-mana pihak. Para pedagang tidak memerlukan pasport atau visa
sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan
ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China dan negara-
negara lain berdagang secara bebas dan berinteraksi dengan penduduk
tempatan. Pedagang Arab, Cina, India dan Nusantara juga dilihat
melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk tempatan
dan akhirnya telah membawa kepada kewujudan masyarakat baharu,
iaitu masyarakat Baba Nyonya, Melayu berketurunan Arab dan Melayu
berketurunan India.
Kepelbagaian Budaya di Melaka
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para
pedagang dari seluruh pelosok dunia tanpa syarat yang ketat menyebabkan
pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan yang maju dan
terpenting di dunia. Kemajuan perdagangan dan empayar Melaka sebagai
kota metropolitan menjadikan Melaka sebagai kota multibudaya. Setiap
budaya di Melaka mempunyai tempat masing-masing. Pluralisme budaya
bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi antara
pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab
Islam dan Eropah seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British dengan
budaya alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi. Pertemuan
32 Hubungan Etnik
dan pertembungan budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu
ciri fenomena sosial yang istimewa dalam alam Melayu, iaitu fenomena
kepluralitian budaya. Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan
zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka
diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh.
Pembentukan Masyarakat Majmuk
era Kolonialisme inggeris
Kedatangan British ke alam Melayu berlandaskan serampang tiga
mata, iaitu keagamaan, kekayaan dan kemegahan. Bagi merealisasikan
matlamat tersebut, pihak kuasa Barat sebenarnya telah maju dalam
bidang sains dan teknologi. Universiti tertua di Eropah, iaitu University
of Oxford wujud sejak abad ke-10 lagi. Keadaan ini menyebabkan mereka
merupakan golongan yang menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi
dalam bidang sosial, kemanusiaan dan sains tulen. Perdebatan ilmu
begitu hangat selama berabad-abad sehingga berlakunya pemisahan
besar antara agama dengan sains moden pada abad ke-15 Masihi.
Eropah telah mengalami perubahan epistemologi, iaitu pemisahan
antara negara dan agama. Akibat daripada pertelingkahan antara para
agamawan dan saintis di Eropah, ilmu pengetahuan akhirnya terpisah
dua, iaitu agama dan sains moden. Kedua-duanya dinamakan sebagai
Rocks of Ages: Sciences and Religion in the Fullness of Life oleh Stephen Jay
Gould (2002), apabila beliau menulis buku mengenai dua perkara pokok
di sepanjang sejarah kehidupan manusia. Masyarakat secara umumnya
terpisah kepada dua, iaitu pihak yang menyokong agama dan pihak
yang menyokong sains moden. Ilmu berasaskan sains moden mendapat
sokongan majoriti penduduk Eropah dan akhirnya menyebabkan agama
menjadi anutan kepada individu sahaja.
Faktor yang menjadikan masyarakat berpegang kepada kepercayaan
bahawa agama hanya perlu pada peringkat individu apabila agama
dianggap sebagai penyumbang perselisihan pendapat dalam
kalangan manusia, dan seterusnya akan mencetuskan pergaduhan
dan peperangan. Sebaliknya, ilmu sains mempunyai sifat sarwajagat
yang dapat menyatukan manusia di bawah payung kefahaman yang
sama dan ini membolehkan manusia hidup secara aman dan damai.
Berasaskan fahaman ini, ilmu sains telah diterima sebagai ilmu penting
Potret Hubungan Etnik 33
dan asas dalam kehidupan sosial duniawi manusia. Ringkasnya, ilmu
sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia,
termasuklah ilmu pemerintahan dan pentadbiran.
Sebaliknya, agama tidak lagi menjadi faktor penting dalam
kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada pada satu pihak
yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain.
Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya
termasuk Tanah Melayu. Pihak penjajah British menguasai pentadbiran
negara, manakala hal ehwal agama Islam di Tanah Melayu dan adat
istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan. Di samping itu,
penjajah British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan
pengagihan kuasa antara tiga unsur penting, iaitu Kehakiman, Eksekutif
dan Perundangan. Masing-masing pihak hanya menjalankan bidang
kuasa masing-masing. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan
zaman sebelum kedatangan British menyebabkan tiada agihan kuasa
berlaku kerana raja atau sultan mempunyai kuasa mutlak.
Ketibaan pemerintah kolonial membawa kepada pertembungan
antara agama Islam dengan negara pentadbiran kolonial British.
Pertemuan ini berlaku dalam suasana empirikal yang berbeza, iaitu
antara “Islam sebagai agama dan para penganutnya” dan “negara
kolonial sekular”. Pertemuan ini juga berlaku dalam konteks pemodenan
yang diperkenalkan dan dirancangkan oleh kerajaan kolonial. Justeru,
negara kita bukan negara pertama dalam kalangan koloni British yang
melalui pengalaman ini. Negara Asia Selatan seperti India, Pakistan,
Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka dan Nepal telah melalui proses ini jauh
lebih awal.
Para sarjana dalam bidang kajian India British seperti Bernard Cohn,
seorang ahli antropologi berbangsa Amerika mengutarakan bahawa
kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang izikal; kerana
yang lebih penting ialah kolonialisme turut melibatkan penaklukan
terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi.
Penaklukan ini berlaku melalui proses penguraian sistem pemikiran
peribumi yang mengakibatkan hilangnya kekuatan sistem pemikiran
tersebut sebagai kuasa pentaktrifan kehidupan. Proses ini seterusnya
digantikan dengan sistem pemikiran asing menerusi aplikasi sistematik
siri “modus penyiasatan” kolonial. Cohn yang telah menghabiskan
seluruh hidupnya mengkaji sejarah India berdasarkan kaca mata
ilmu antropologi menjelaskan bahawa ilmu yang dihimpunkan dan