134 Hubungan Etnik
73.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Majoriti mereka
tinggal di pedalaman, rumah panjang, kampung dan persisiran. Etnik
Cina yang kebanyakannya tinggal di bandar berjumlah kira-kira 26.5
peratus dan India pula hanya sekitar 0.2 peratus atau 6,000 orang
daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik Dayak,
terdapat subetnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu merupakan
kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil seperti
Kayan, Kenyah, Kelabit, Punan, Penan, Lahanan, Kejaman, dan Sihan.
Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada peringkat awal,
keanggotaan parti politik di Sarawak adalah bersifat berbilang kaum.
Namun, perkembangan pada dekad seterusnya memperlihatkan arah
keanggotaan dan perjuangan yang menuju kepada perkauman. SUPP
yang ditubuhkan pada tahun 1959 merupakan parti tertua di Sarawak.
SUPP pada peringkat awal penubuhannya adalah bercorak berbilang
kaum dengan 46 peratus terdiri daripada kaum bumiputera. Pada tahun
1962, SUPP yang dipimpin oleh Ong Kee Hui sebagai pengerusi dan
Stephen Yong sebagai setiausaha agung mendapat galakan daripada
pentadbiran kolonial sebagai persediaan ke arah pemerintahan sendiri
yang dirancang pihak British.
Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk
turut menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan
kepentingan, kebajikan dan aspirasi bumiputera. Namun identiti
pelbagai etnik yang berjuang atas landasan ideologi sosialisme dalam
SUPP terhakis apabila calon-calon bukan Cina kalah dalam pilihan
raya kerajaan tempatan pada tahun 1963. Kesannya, SUPP menjadi
pembangkang yang kuat dari tahun 1963 hingga tahun 1970 sebelum
menyertai Perikatan Sarawak pada tahun 1971. Penyertaan SUPP dalam
perikatan meningkatkan sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan
dalam usaha mewujudkan kestabilan politik ketika Sarawak masih lagi
memerangi pengaruh komunis. Memandangkan SUPP tidak sehaluan
dengan pemerintahan kolonial, sebuah lagi parti mewakili etnik Cina,
Sarawak Chinese Association (SCA) pimpinan William Tan telah
ditubuhkan pada tahun 1962. Parti SCA merupakan hasil gandingan
usaha suku Foochow dari Sibu dan suku Teochew dari Kuching. SCA
ditanggapi sebagai parti berpandangan sederhana oleh pihak Kolonial,
kemudiannya diterima menyertai kerajaan pertama, berdasarkan pilihan
raya tiga peringkat iaitu tempatan, bahagian dan negeri pada tahun 1963.
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 135
Namun, parti SCA tidak dapat bertahan apabila sokongan kaum Cina
memihak kepada SUPP sehingga akhirnya SCA dibubarkan pada tahun
1974.
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan
penubuhan parti etnik Melayu-Melanau seperti Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960 dan Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak
(Barjasa) pada tahun 1961, manakala etnik Iban pula menubuhkan
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) atau Sarawak National Party. SNAP
merupakan sebuah parti berbilang kaum pada awal penubuhan dan
menyertai Perikatan Sarawak pada tahun 1963 tetapi keluar pada tahun
1966 selepas Presidennya dipecat sebagai Ketua Menteri pertama Sarawak
ekoran krisis perlembagaan. Namun, SNAP menyertai semula gabungan
BN pada tahun 1976 tetapi keluar pada tahun 2004 dan menyertai
Pakatan Rakyat pada tahun 2010. Di samping itu juga, terdapat sebuah
parti berbilang etnik, iaitu Parti Melayu-Cina-India-Dayak (MACINDA)
yang ditubuhkan pada tahun 1964 dan merupakan parti serpihan Parti
Negara Sarawak (PANAS).
Bagi etnik Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan
etnik dan kawasan. Berasaskan dakwaan bahawa etnik Dayak di Lembah
Rejang tidak mendapat tempat dalam SNAP yang mewakili Iban dari
kawasan Skrang-Saribas, maka Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka)
pun ditubuhkan oleh Temenggong Jugah anak Barieng pada 1962.
Parti PANAS yang dipimpin oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha
pada awalnya adalah bersifat mutlietnik tetapi lebih cenderung
memperjuangkan kepentingan kaum bumiputera.
Berasaskan pandangan bahawa mereka tidak diwakili dalam PANAS,
maka orang Melayu dan Melanau di Lembah Rejang menubuhkan
Berjasa. Berjasa dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang, seorang Melayu dari
Sibu serta Abdul Rahman Ya’kub dan Abdul Taib Mahmud daripada etnik
Melanau. Tuanku Haji Bujang kemudiannya menjadi Gabenor kedua
Sarawak, manakala Rahman Ya’kub menjadi Ketua Menteri Sarawak
ketiga (1970-81) dan Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri keempat dari
tahun 1981 hingga kini. Menjelang pilihan raya pada tahun 1963, parti
Berjasa, PANAS, Pesaka dan SCA bergabung menubuhkan Parti Perikatan
Sarawak.
Parti PANAS dan Berjasa yang mewakili kaum Melayu dan Melanau
bergabung menjadi Parti Bumiputera pada tahun 1967, sekali gus
mengurangkan pertentangan yang berlaku sejak tercetusnya gerakan
136 Hubungan Etnik
antipenyerahan atau anti-cession pada tahun 1946 apabila wujud dua
kelompok yang menyokong dan menentang Sarawak diserahkan kepada
kerajaan kolonial British daripada pemerintahan Brooke. Pelbagai etnik
daripada pelbagai latar agama bersatu di bawah Parti Bumiputera.
Selepas itu, parti Pesaka yang mewakili kaum Dayak menyertai gabungan
berkenaan menjelang pilihan raya pada tahun 1974 dan membentuk
Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada tahun 1973 sekali
gus mengukuhkan kekuatan politik Melayu dan Melanau. Parti PBB
merupakan parti tulang belakang BN Sarawak yang kini mempunyai 35
kerusi daripada 71 kerusi DUN.
Dalam pilihan raya pada tahun 1970, Parti Bumiputera, SUPP dan
parti SNAP masing-masing memperoleh 12 kerusi, manakala parti Pesaka
mendapat lapan kerusi dan diikuti oleh parti SCA mendapat tiga kerusi,
dan calon bebas satu kerusi. Rahman Yaákub menjadi Ketua Menteri
menggantikan Tawi Sli selepas pilihan raya berkenaan pada 7 Julai
1970, iaitu dua hari selepas pilihan raya. Satu persetujuan telah dicapai
bahawa seorang calon Bumiputera Islam akan menjadi Ketua Menteri,
seorang calon dari parti SUPP dan seorang calon daripada etnik Iban
dijadikan masing-masingnya sebagai Timbalan Ketua Menteri. Formula
permuafakatan dan pakatan berkenaan diteruskan sehingga kini dengan
Presiden PBB sebagai Ketua Menteri, Presiden SUPP sebagai Timbalan
Ketua Menteri dan Timbalan Presiden PBB, seorang Iban, daripada
sayap Pesaka turut menjadi Timbalan Ketua Menteri. Dalam pilihan raya
Parlimen tahun 1974, Perikatan Sarawak yang dianggotai oleh parti PBB
dan SUPP menguasai 15 kerusi dan SNAP sebagai pembangkang hanya
memenangi sembilan kerusi.
Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai
kerajaan campuran BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969
hingga tahun 1971. Mulai tahun 1974, 'Democratic Action Party' (DAP)
muncul sebagai pesaing SUPP untuk meraih sokongan masyarakat Cina.
DAP mengalami nasib politik turun naik dengan hanya menguasai satu
atau dua kerusi Parlimen atau peringkat DUN. Namun, DAP berjaya
memenangi enam kerusi bandar dengan majoriti pengundi Cina dalam
pilihan raya negeri pada tahun 2006 disebabkan kekecewaan masyarakat
Cina terhadap SUPP dan kepemimpinan negeri. Dalam pilihan raya
negeri pada tahun 2010, DAP mencatatkan prestasi terbaik apabila
memenangi 13 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 137
Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera,
kemunculan beberapa parti baharu Melayu dan Melanau tidak berjaya
menggugat kedudukan politik Melayu dan Melanau. Kehadiran Parti
Rakyat Jati Sarawak (Pajar) pada tahun 1978 pimpinan Ali Kawi yang
tidak puas hati dengan kepemimpinan Rahman Ya'kub memberi
alternatif lain kepada etnik Melayu. Namun, kehadiran Pajar tidak
memberi kesan apabila kesemua 17 calonnya kalah dalam pilihan raya
negeri pada tahun 1979. Tidak lama kemudian muncul pula Sarawak
People’s Organization (Sapo) pimpinan Raymond Szetu. Kedua-dua parti
iaitu parti Pajar dan parti Sapo tidak dapat bertahan lama. Kehadiran
Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (Permas) pada tahun 1987 bertolak
daripada rasa kecewa dengan kepemimpinan Taib Mahmud sebagai
Ketua Menteri. Parti itu yang diterajui oleh beberapa orang tokoh Melayu
dan Melanau seperti Rahman Ya’kub, Salleh Jafaruddin, Habsah Harun
dan Bujang Ulis sedikit sebanyak menggugat kedudukan PBB pimpinan
Taib Mahmud. Pada pilihan raya umum negeri pada tahun 1987,
pakatan Permas dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) hampir berjaya
menumbangkan kerajaan pimpinan Taib Mahmud selepas berlakunya
peristiwa Ming Court apabila memenangi 20 daripada 48 kerusi DUN.
Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP
dan Pesaka sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit
menyertai semua parti politik, sama ada BN atau parti pembangkang.
Meskipun SNAP menjadi pilihan etnik Dayak sepanjang tempoh 1970-
1976, perpaduan Dayak di bawah SNAP telah dimusnahkan dengan
penubuhan PBDS pada tahun 1983. PBDS ditubuhkan oleh leo Moggie,
bekas pemimpin SNAP. Selepas Leo Moggie meletak jawatan sebagai
presiden pada 24 Jun 2003, parti etnik Dayak berkenaan mengalami
krisis dalaman apabila berlaku perebutan jawatan antara Timbalan
Presiden, Daniel Tajem yang mengambil alih kepimpinan parti tetapi
dibantah dan dipertikaikan oleh Ketua Penerangan PBDS, James Jemut
Masing.
Parti Rakyat Sarawak (PRS) diasaskan pada tahun 2004 selepas krisis
kepemimpinan PBDS yang mengakibatkan pembatalan pendataran
pada 5 Disember 2003. PRS yang dianggotai kaum Dayak diperuntukkan
sembilan kerusi, tetapi tewas di kerusi Ngemah dalam pilihan raya negeri
pada tahun 2006. SNAP turut mengalami masalah dalaman sehingga
melahirkan parti serpihan antaranya Sarawak Progressive Democratic
Party (SPDP) pimpinan William Mawan Ikom. SPDP yang dianggotai
kaum Dayak kini mempunyai lapan kerusi DUN.
138 Hubungan Etnik
Tsunami Politik: Politik Perkauman
Semakin Mengendur
Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20
parti politik yang menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua
pertiga di Dewan Rakyat. BN turun ke gelanggang dengan keyakinan
bahawa kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ke-11 pada tahun 2004
akan berulang. Sebaliknya, pilihan raya umum 2008 itu menyaksikan
persaingan yang sengit antara BN dengan pakatan pembangkang.
Dalam pilihan raya tersebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan
PAS melancarkan manifesto yang menggambarkan sensitiviti dan
keprihatinan mereka terhadap isu yang berkembang dalam masyarakat.
DAP melancarkan manifesto yang bertemakan “Perubahan”, PKR
dengan “Harapan Baru Untuk Malaysia” dan PAS dengan konsep
“Negara Berkebajikan”. Pakatan Rakyat menekankan optimisme tentang
masa depan, yang memang diharapkan oleh rakyat ketika mereka berasa
gelisah dan kecewa dengan keadaan ekonomi yang kian mencengkam.
BN pula melancarkan manifesto dengan cogan kata, “Selamat, Aman
dan Makmur”, sesuai dengan isu yang menjadi perhatian pengundi pada
waktu tersebut iaitu membabitkan isu ekonomi dan keselamatan. Rakyat
berdepan dengan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat
dan keadaan keselamatan yang tidak terjamin apabila berlaku kes
jenayah seperti ragut yang berleluasa terutama di bandar besar. BN
memperkenalkan agenda kesinambungan dan meyakinkan rakyat
tentang rekod pencapaian mereka selama ini, iaitu sebagai parti yang
membawa banyak kemajuan dan pembangunan. Bagi meyakinkan
pengundi, BN mengkategorikan manifestonya kepada lima bahagian,
iaitu ekonomi, pembangunan seimbang, pendidikan, meringankan
beban kenaikan harga serta undang-undang dan ketenteraman awam.
Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau
memperoleh 63 peratus kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa
dicabar, manakala pembangkang memenangi 82 kerusi bersamaan
37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Bagaimanapun, BN hanya memerlukan lapan kerusi lagi untuk
mendapatkan kuasa dua pertiga bagi membolehkannya meminda akta
di Dewan Rakyat tanpa banyak cabaran. Enam orang pemimpin kanan
BN, termasuk empat orang anggota Kabinet tewas, iaitu pemangku
presiden Gerakan serta presiden MIC dan Parti Progresif Penduduk
(PPP). Dari segi bilangan undi, BN dan pembangkang hanya dibezakan
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 139
dengan 4.91 peratus undi dengan BN menguasai 52.98 peratus manakala
pembangkang 48.07 peratus undi. Kemenangan besar di Sabah dan
Sarawak yang menyumbang 24 kerusi dan 30 kerusi masing-masing
membolehkan BN mengekalkan kuasanya di peringkat persekutuan.
Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi
manakala di Sarawak 27 daripada 28 kerusi. Semasa pilihan raya
2008, selain wilayah persekutuan Kuala lumpur, lima buah negeri,
iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Kelantan dikuasai
pembangkang tetapi kemudiannya Perak dikuasai semula oleh BN.
BN hanya memenangi satu daripada 11 kerusi di wilayah persekutuan
Kuala lumpur. Di peringkat Dewan Undangan Negeri, BN meraih 307
kerusi, PAS mendapat 83 kerusi, DAP memenangi 71 kerusi terutamanya
di kawasan bandar manakala PKR memperoleh 42 kerusi dan Bebas
sebanyak dua kerusi. Pilihan raya berkenaan menyaksikan landskap
politik negara sudah beranjak dengan radikal. Ternyata, hasrat BN
untuk meneruskan pencapaian cemerlang seperti pada pilihan raya
2004 tidak kesampaian apabila ayunan undi yang besar beralih kepada
pembangkang.
Perubahan Trend dan Corak Pengundian
Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian
yang berbeza daripada pilihan raya sebelumnya, iaitu BN menguasai
majoriti kerusi tanpa banyak cabaran, kecuali bagi pilihan raya 1969.
Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat sokongan masyarakat pelbagai
kaum sehingga menjamin kemenangan mereka mempertahankan
majoriti dua pertiga. Unsur politik lama yang bertunjangkan politik
perkauman kurang berkesan dalam menarik sokongan penyokong dan
pengundi.
Terdapat pemimpin dan parti politik yang memanipulasi isu
perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah
memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika yang
disentuh itu membabitkan hak dan kepentingan kaum berkenaan seperti
agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan. Strategi memanipulasikan isu
perkauman begitu berkesan yang menjadi formula kemenangan untuk
sekian lama. Sebaliknya, dalam pilihan raya umum ke-12, gaya politik
baharu mengambil tempat. Untuk pertama kali dalam kebanyakan
kawasan, pola pengundian tidak lagi berdasarkan kaum dan agama,
140 Hubungan Etnik
sebaliknya pengundi lebih mengutamakan parti yang diwakili calon,
tidak kira sama ada dari parti BN atau pembangkang. Pengundi memilih
sesuatu parti atau calon merentasi garis perjuangan perkauman.
Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama
membabitkan tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan
bersuara, keadilan dan seumpamanya. Justeru, strategi dan pendekatan
kempen dan perjuangan parti politik juga disesuaikan dengan
perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Untuk mendapat perhatian
dan undi, mereka perlu bergerak seiring dengan perubahan nilai dan
sikap masyarakat. Justeru, mereka bergerak daripada perjuangan yang
berteraskan perkauman kepada perjuangan yang mengutamakan
kepentingan dan nilai universal. Masyarakat dan pengundi yang
sebelumnya terperangkap dalam kepompong politik perkauman mulai
melihat perkembangan politik dan demokrasi dalam konteks yang
lebih kritis dan menyeluruh. Perubahan tersebut sedikit sebanyak
menggambarkan perubahan dari segi kematangan demokrasi dan
berpolitik dalam kalangan rakyat.
Masyarakat Pelbagai Etnik Beralih Angin
Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih
memihak kepada pembangkang dan menolak BN yang disifatkan
sebagai tsunami politik. Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan
masyarakat pelbagai kaum. Terdapat peralihan ketara dari segi sokongan
pengundi Melayu, Cina dan India terhadap pembangkang, terutama di
kawasan pekan, bandar dan bandar raya. Mereka bukan sahaja memberi
undi kepada DAP, tetapi juga PKR dan PAS. Kekalahan teruk MCA dan
Gerakan yang mewakili masyarakat Cina memberi kesan besar terhadap
peluang BN memenangi majoriti dua pertiga. MCA umpamanya, hanya
meraih 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN, berbanding 31 daripada
40 kerusi Parlimen dan 76 daripada 90 kerusi DUN pada tahun 2004.
Parti Gerakan yang menguasai Pulau Pinang untuk sekian lama juga
menyaksikan negeri berkenaan terlepas ke tangan pembangkang.
Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satu-
satu etnik bukan majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan
sedangkan sebelumnya kawasan sedemikian merupakan kubu kuat BN.
Kawasan majoriti Melayu tetap merupakan kubu kuat BN khususnya
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 141
di negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis, namun tidak bagi
wilayah Kuala Lumpur, Selangor, dan Perak. Dari segi corak pengundian
etnik Cina pula, di kawasan yang mempunyai 30 peratus majoriti Cina,
mereka lebih cenderung menyokong pembangkang. Misalnya, calon
Melayu yang bertanding atas tiket PKR di Ampang memenangi kerusi
sekitar 34 peratus pengundi Cina, manakala calon PAS di Hulu Langat
memenangi kerusi itu di kawasan 37 peratus pengundi Cina.
Bagi kawasan yang didominasi kaum Cina pula, sokongan terhadap
BN adalah rendah. Semakin tinggi jumlah kaum Cina, maka semakin
kuatlah sokongan terhadap parti pembangkang terutama DAP dan
PKR. Sokongan kepada MCA dan Gerakan semakin lemah, sebaliknya
sokongan kepada DAP dan PKR di kawasan pengundi Cina adalah 50
peratus ke atas. Misalnya, di Bukit Bendera, Bagan, Batu Kawan, Pulau
Pinang calon MCA dan Gerakan tewas di tangan DAP. Satu ciri yang
menarik ialah sokongan terhadap pembangkang bukan mengikut garis
etnik, sebaliknya lebih berdasarkan parti. Pengundi Cina dan Melayu
cenderung menyokong calon pembangkang tanpa mengira etnik calon
berkenaan.
Semakin ramai orang Cina dan India di sesuatu kawasan, semakin
rendah pula sokongan mereka terhadap BN. Misalnya, calon DAP
daripada etnik India di Ipoh Barat, Perak dan Batu Kawan, Pulau Pinang
memenangi kerusi berkenaan meskipun majoriti pengundinya ialah
etnik Cina. Dalam pilihan raya umum ke-12, masyarakat dan pengundi
Cina menolak MCA dan Gerakan; sebaliknya memberi sokongan padu
kepada DAP. Prestasi MCA merupakan yang terburuk dalam sejarah
penyertaannya dalam pilihan raya, dengan hanya meraih 10.54 peratus.
Sokongan orang Melayu terhadap PKR kian meningkat di kawasan
yang mempunyai ramai pengundi Melayu. Sejak ditubuhkan pada
tahun 1998, iaitu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada
jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, PKR mendapat sokongan
tertinggi dalam kalangan parti pembangkang pada Pilihan Raya
Umum 2008, dengan meraih sokongan sebanyak 19 peratus. PAS turut
mendapat sokongan yang lebih kuat berbanding UMNO di kawasan
serupa. Bagaimanapun, sokongan terhadap UMNO dan PAS meningkat
dengan pengundi Melayu adalah berada pada tahap 65 peratus bagi
UMNO dan sekitar 75 peratus bagi PAS. Maksudnya, pengundi Melayu
masih lagi memberi sokongan kepada UMNO dan PAS kerana didapati
142 Hubungan Etnik
di kawasan yang terdapat lebih daripada 50 peratus pengundi Melayu,
telah dimenangi oleh UMNO dan PAS . Jika kawasan berkenaan hanya
mempunyai sekitar 10-30 peratus pengundi Melayu, peluang untuk
kedua-dua parti itu memenangi kerusi berkenaan adalah tipis.
Kegagalan BN mengekalkan majoriti dua pertiga dan kejayaan
Sarawak dan Sabah menjadi kubu kuat dengan masing-masing kalah
hanya satu kerusi dan menyumbang sebanyak 54 kerusi. Keadaan ini
menyebabkan kedua-dua negeri itu dianggap sebagai simpanan tetap BN.
Dengan prestasi yang kurang memberangsangkan itu, kepemimpinan
BN mengecilkan saiz kabinet Persekutuan. Pemimpin politik dari Sabah
dan Sarawak juga diberi peranan yang lebih dominan termasuk sebagai
Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Sabah dan Sarawak
mempunyai kuasa yang lebih meluas dan dominan dalam politik
nasional. Dengan perubahan dalam landskap politik itu juga, BN telah
memikirkan pendekatan yang lebih inklusif bagi memastikan penglibatan
yang lebih menyeluruh daripada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Justeru, BN telah mengambil pendekatan proaktif dan realistik meminda
perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan
keanggotaan bergabung pada November 2010. Individu yang ingin
menganggotai BN boleh memohon secara terus sebagai ahli bersekutu,
manakala pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik boleh
memohon terus untuk menjadi ahli gabungan. Tindakan ini disifatkan
mampu membuka pintu keahlian BN kepada individu daripada pelbagai
latar belakang kaum, NGO dan parti politik yang mempunyai falsafah,
ideologi, idea dan pandangan yang sama dalam usaha mengukuhkan
kembali kedudukan dalam arena politik negara.
Kesimpulan
Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir
kejayaan dalam pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat
pelbagai kaum bersedia untuk menjalin kerjasama, berkongsi kuasa dan
permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili pelbagai
kaum membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun
pembangkang. Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta
akomodasi antara kaum dan pelbagai parti politik merupakan tonggak
keutuhan dan survival negara ini.
Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 143
Kewujudan Perikatan pada tahun 1950-an di Semenanjung Tanah
Melayu, hasil gabungan UMNO dengan MCA merupakan titik tolak
bersejarah kepada amalan perkongsian kuasa di negara ini. BN yang
terdiri daripada parti politik yang mewakili pelbagai kaum sejak
awal tahun 1970-an juga merupakan contoh terbaik permuafakatan
politik yang berjaya mengurangkan pertelagahan; sebaliknya berjaya
mewujudkan konsensus dan permuafakatan sehingga kestabilan
sosiopolitik dapat dijamin. Melalui permuafakatan politik wakil pelbagai
kaum saling berkompromi dan cuba menyalurkan tuntutan, masalah
dan aspirasi kaum yang diwakili. Tidak mungkin bagi mana-mana kaum
memonopoli atau mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini.
Percakaran perkauman dapat dikurangkan dan konlik kepentingan
kaum diredakan melalui demokrasi permuafakatan. Permuafakatan
politik akan terus menjadi formula mujarab bagi menjamin kestabilan
dan kemajuan masa depan negara ini.
Soalan Perbincangan
1. Sejauh manakah Barisan Nasional yang memerintah negara ini
memenuhi aspirasi anda sebagai generasi muda?
2. Permuafakatan politik membantu mewujudkan kesepaduan sosial
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Bahaskan.
3. Sabah dan Sarawak merupakan simpanan tetap Barisan Nasional
untuk terus mengekalkan kuasanya. Adakah anda bersetuju?
BaB 6
Kepelbagaian agama: Mencari
Titik Pertemuan
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memupuk kefahaman tentang kepelbagaian agama di Malaysia.
2. Membezakan kepercayaan agama utama di Malaysia.
3. Mengamalkan nilai tolak ansur dalam konteks kebebasan beragama
di Malaysia.
Pengenalan
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia.
Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan,
tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik
telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan
kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu
dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang
Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli
dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai
penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar
daripada kelompok etnik.
Takrif agama
Secara umum agama bolehlah ditakrikan sebagai hubungan antara
manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat
memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa
146 Hubungan Etnik
kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya,
mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif
antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan
manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga
merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang
diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan
dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini
sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, deinisi
agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif
yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara
yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut.
Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam,
Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto,
Bahai dan Zoroastrianisme. Selain itu, ada juga sistem kepercayaan
suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang
berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara
satu sama lain seperti praanimisme, animisme, fetisyme, shamanisme,
dan totemisme.
Mengapakah Manusia Beragama?
Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah
keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat
pun di dunia ini yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada
agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia
moden ataupun primitif.
Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak
mereka lahir lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan
manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula
jadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor
keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan
mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab.
Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama
seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang
dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada
satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata-rata etnik
Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang
mereka beragama Islam.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 147
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila
memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa
kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa
agung juga menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan
dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting
kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada
penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing.
Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap
persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia
dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat
dijangkau oleh akal ikirannya, semuanya dijawab oleh agama. Tegasnya,
agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab
oleh akal.
Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen
pengukuhan ikatan persaudaraan. Mengikut Durkheim (1915)
kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan
menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti
bermoral.
Peranan agama
Kebanyakan ahli falsafah, malah ahli rasionalis Zaman Kecemerlangan
seperti Condocet bersetuju bahawa agama, sungguhpun palsu pada suatu
ketika dahulu, mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan peribadi
mahupun sosial. Dari kaca mata ahli fungsionalis, agama mempunyai
fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat
jaminan yang menenteramkan.
Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam
ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat-
saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam
menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam menelan
kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan
hati nurani. Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah
sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan
tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat.
148 Hubungan Etnik
Peranan agama dilihat dalam konteks yang lebih luas adalah seperti
berikut:
1. Agama sebagai sumber nilai moral
Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang
dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur
kehidupan spiritual supaya lebih bermakna. Mengikut Weber
(1930) dengan adanya kod etika, Protestan dapat menyumbangkan
kemakmuran ekonomi dan industri moden di England dan Eropah
Barat. Keadaan ini terjadi kerana mereka berpegang kepada etika
Protestan, iaitu percaya bahawa agama Kristian mengharapkan
penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan menunjukkan
inisiatif perniagaan. Etika Protestan juga dikatakan memainkan
peranan penting dalam membentuk pembangunan rakyat Amerika
Syarikat ke arah mewujudkan peribadi yang tahan lasak, semangat
daya usaha, kegiatan perusahaan, dan kejayaan kewangan.
2. Penyatuan
Agama menjadi sangat penting bagi masyarakat kerana agama
membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan
individu yang lain sehingga munculnya masyarakat, kelompok
dan sebagainya. Agama mempunyai fungsi integratif kerana ajaran
agama mengandungi nilai-nilai pemersatuan yang ada dalam setiap
doktrinnya. Upacara keagamaan berfungsi mengukuhkan integrasi
sosial dan memperbaharui solidariti kelompok. Melalui pelbagai
upacara yang diraikan, anggota masyarakat kembali berkumpul dan
membentuk solidariti organik.
3. Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan
Perubahan sosiobudaya yang cepat tidak bererti menurunkan
peranan agama dalam pembangunan. Hal ini terbukti apabila
agamawan sering digunakan untuk memberi pengesahan program
pembangunan yang tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Kajian menunjukkan bahawa program pembangunan dapat segera
diterima oleh masyarakat apabila disahkan oleh ahli agama atau
apabila komunikasi dan informasi pembangunan menggunakan
bahasa agama.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 149
4. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
Agama merupakan salah satu faktor penting bagi pertumbuhan
nasionalisme seperti yang dibuktikan oleh Mehden (1968) dalam
kajiannya di Filipina, Indonesia dan Burma. Hal ini kerana agama
merupakan identiti yang membezakan antara penjajah dengan
anak negeri. Mereka menganggap dirinya sebagai suatu bangsa yang
memiliki bahasa, sejarah, adat istiadat dan agama yang sama sejak
berabad-abad lamanya. Di Indonesia, sebelum abad ke-20, muncul
pelbagai organisasi nasionalis yang bersifat keagamaan untuk
menentang dominasi asing. Akibatnya, berlakulah Perang Jawa dan
Perang Aceh.
Di Malaysia peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan
nasionalis sebelum dan selepas kemerdekaan adalah cukup kuat.
Mereka ialah pemimpin gerakan kebangsaan dalam pertempuran
melawan Inggeris. Begitu juga di Burma, pengaruh biara Buddha
(Pongyikyang) dan organisasi pemuda Buddha (YMBA) adalah
sangat besar.
5. Perpaduan Nasional
Bagaimanakah agama memberi sumbangan terhadap perpaduan
nasional? Walaupun agama atau ideologi merupakan satu aspek
sahaja daripada proses perpaduan, namun agama merupakan faktor
yang terpenting, malah sebagai faktor penentu. Menurut Geertz
(1973), pembentukan negara yang berdaulat timbul kerana faktor
sentimen primordial. Agama dan etnik merupakan dua aspek yang
terpenting. Begitu juga ketika Malaysia merdeka, masalah utama
yang menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini adalah
tentang persoalan agama atau ideologi negara, iaitu Islam. Dalam
konteks ini, Islam memiliki pengalaman sejarah dalam mengelola
pluraliti seperti Piagam Madinah yang dapat menjelaskan bagaimana
perjanjian untuk hidup bersama, membangunkan masyarakat yang
adil, aman dan sejahtera berjaya dilakukan.
150 Hubungan Etnik
6. Kewujudan tamadun
Agama berperanan mendorong manusia untuk membina tamadun
manusia. Banyak pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi
oleh perkembangan sesuatu agama. Bukti sejarah menunjukkan bahawa
jatuh bangunnya sesuatu tamadun atau kerajaan adalah berkait
dengan sesuatu agama. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Barat
yang dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah yang
kebanyakannya dipengaruhi oleh Islam dan tamadun Asia Timur
oleh Hindu-Buddha.
7. Fungsi Pemerintahan
Bagi sesetengah negara, fungsi pemerintahan juga dijalankan melalui
peranan agama. Ketua negara juga menjadi ketua agama, seperti
Kerajaan Mesir ketika pemerintahan Firaun. Kadang-kadang kuasa
sesebuah negara diperkuat oleh institusi agama seperti pada zaman
pemerintahan tradisional Melayu dan pada zaman Pertengahan di
Eropah. Mereka kuat kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan
raja. Justeru, agama amat berguna untuk memberi sokongan kepada
pemimpin serta memelihara aturan pemerintahan dan adat resam.
8. Mengembangkan Kesenian
Agama juga berfungsi mengembangkan kesenian disebabkan agama
mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti kesenian yang
menjadi sumber penghargaan dan kenikmatan serta ia juga orientasi
estetik seperti seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni pahat.
Penggolongan agama
Terdapat dua pendapat yang berbeza dalam membuat penggolongan
agama oleh ahli akademik. Satu golongan menganggap agama sebagai
satu daripada unsur kebudayaan sesuatu masyarakat. Sementara
golongan kedua pula berpendapat bahawa agama terbahagi kepada
dua, iaitu agama ciptaan manusia dan agama ciptaan Tuhan. Terjadinya
percanggahan pandangan dalam kalangan ilmuwan dalam melihat
agama terutama agama wahyu adalah kerana persepsi mereka tentang
agama yang disamakan dengan institusi lain seperti institusi sosial,
ekonomi dan politik.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 151
Agama Samawi
Agama ciptaan Tuhanatauagamasamawiialah agama yang bersumberkan
wahyu Tuhan. Agama ini diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi
keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semula jadi kepada Tuhan.
Agama ini diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan Tuhan yang
berjiwa suci dan luhur yang digelar rasul-rasul Allah. Agama dengan
pengertian ini tidak boleh dianggap sebagai unsur kebudayaan manusia
kerana agama ini bukan hasil pemikiran dan pengalaman manusia.
Agama yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah
dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh rasul-rasul Allah
dalam bentuk wahyu ini terdiri daripada Islam, Kristian dan Yahudi.
Ketiga-tiga agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka
percaya bahawa Tuhan itu pencipta alam, percaya kepada rasul-rasul
dan kitab-kitab Allah. Perbezaan antara penganut agama ini adalah
dalam perkara yang berkait dengan konsep bentuk Tuhan, rasul terakhir,
kitab Allah yang tulen dan tentang persoalan kitab Allah yang paling
sempurna.
Agama Ciptaan Manusia
Agama ciptaan manusia atau agama duniawi ialah agama yang datang
daripada diri manusia. Agama duniawi juga dikenali sebagai agama alam
atau agama budaya kerana agama itu lahir dalam kebudayaan, dibentuk
oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli ikir masyarakat.
Agama itu terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang
ditetapkan oleh beberapa kumpulan yang berpengaruh supaya mereka
dapat mematuhinya. Agama berkenaan tidak bersandarkan wahyu dan
ajaran-ajaran rasul, sebaliknya berbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah
umum. Agama ini lahir daripada usaha-usaha manusia mencari tuhan
dengan akal ikiran. Agama yang tumbuh melalui cara ini merupakan
hasil pemikiran dan pengalaman mereka dan diwarisi daripada satu
generasi kepada satu generasi berikutnya.
Terdapatpelbagaijenisagamaciptaanmanusiayangwujuddiduniasekarang.
Antara sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham pengasasnya.
Terdapat agama dalam kelompok ini yang merupakan gabungan sesetengah
unsur agama ciptaan Tuhan dengan tambahan dan pindaan daripada ikiran ahli
agama. Agama ini berubah mengikut perubahan penganutnya.
152 Hubungan Etnik
Sebahagian agama dalam kategori ini percaya kepada penjelmaan
tuhan atau tuhan-tuhan dalam tubuh manusia. Terdapat juga yang
mempercayai bahawa tuhan menghendaki korban jamuan dan upacara
pemujaan, wujud orang suci sebagai wakil tuhan atau selaku perantara
yang dapat berhubung dengan tuhan atau tuhan-tuhan. Selain itu,
pengamal agama berkenaan juga memuja roh datuk nenek moyang atau
roh orang tertentu.
Terdapat juga penyembahan cakerawala seperti matahari dan bulan,
adanya simbol seperti berhala, gambaran dan panji-panji. Selain itu,
terdapat ajaran atau upacara penyeksaan diri dan pengharaman daripada
nikmat hidup tertentu. Tujuannya adalah untuk mencapai kesucian diri
dan restu Tuhan. Agama ciptaan manusia ini mempunyai pengaruh yang
kuat dalam kalangan masyarakat primitif, mundur dan terpencil.
agama-agama di Malaysia
Agama Islam
Islam ialah agama yang dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk
Malaysia. Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri dan
mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad
SAW. Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya. Ketundukan ini
perlu dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab seperti yang
diperintah oleh Allah serta menjauhi larangan-Nya. Muslim mengakui
bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai ajaran
Islam daripada Tuhan dan dalam masa yang sama sebagai ikon yang
perlu dicontohi. Menjunjung tinggi akidah dan akhlak Islam adalah misi
utama Baginda.
Ajaran Islam
Sumber ajaran Islam ialah al-Quran. Seluruh teks al-Quran tidak boleh
diubah. Sumber kedua ialah al-Sunnah yang merangkumi ucapan,
tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk manifestasi
ajaran Islam yang juga dikenali sebagai hadis. Islam mewajibkan
pengikutnya percaya kepada Allah, semua rasul, kitab suci yang telah
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 153
diturunkan oleh Allah, malaikat, hari kiamat, qada dan qadar. Dalam
hadis juga terkandung Sirah yang mengandungi sejarah hidup Baginda.
Melalui hadis seorang Muslim dapat mencontohi bagaimana cara Nabi
Muhammad SAW beribadah dan menjalani kehidupan seharian.
Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan sebagainya
yang diinstitusikan juga sebagai respons ulama terhadap perubahan
dan kemajuan dalam kehidupan harian. Institusi tersebut mampu
memberikan penjelasan berdasarkan prinsip syariah kepada umat yang
memerlukannya. Sebagai contoh prinsip yang perlu diguna pakai dalam
perdagangan saham yang belum wujud pada zaman awal Islam.
Islam ialah suatu peraturan hidup dan agama praktikal berkaitan
dengan kehidupan dunia dan akhirat. Bagi Islam, Allah telah menentukan
jalan yang perlu dilalui sebagai panduan kepada manusia dalam
bentuk Syariah. Syariah adalah prinsip Islam yang tertinggi, mengatur
kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan
manusia daripada urusan ibadat sampai kepada urusan ekonomi,
pemerintahan dan kemasyarakatan. Nabi Muhammad SAW ialah rasul
yang terakhir dalam rangkaian pesuruh Allah. Peristiwa sejarah yang
terdapat dalam al-Quran merupakan kisah yang benar berlaku.
Islam Agama Sejagat
Islam ialah agama sejagat yang berada dalam kelasnya yang tersendiri
dari segi kosmologi, epistemologi, metaizik dan weltanschauung. Islam
mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup
yang berbeza-beza seperti yang terkandung dalam al-Quran, “…kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu dapat
berkenal-kenalan antara satu sama lain” (al-Hujuraat: 13). Petikan
ini membuktikan pendekatan kehidupan sosial Islam yang harmoni,
saling mengenali tanpa mengira bangsa, etnik juga agama. Menurut
sejarah, penubuhan kerajaan Islam di Madinah (622M), menandakan
pengiktirafan Islam terhadap hak dan tanggungjawab orang bukan Islam
dalam negara Islam.
Islam membuka laluan kepada kesatuan seluruh bangsa. Setiap
manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan adalah setaraf di sisi Tuhan.
Prinsip-prinsip keadilan harus ditegakkan dan dilaksanakan
merentasi perbezaan agama.Tidak ada perbezaan antara mereka
154 Hubungan Etnik
kecuali takwa. Tegasnya, tidak ada perbezaan antara mereka kecuali dari
segi bakti dan kebersihan hati. Hal ini merupakan suatu landasan yang
baik untuk menghasilkan kehidupan yang harmoni dan secara tidak
langsung akan menghapuskan perasaan kesukuan dan perkauman.
Ciri-ciri Utama Islam
Dari segi ekonomi, Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk
berusaha mencari kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih.
Islam meletakkan tanggungjawab membasmikan kemiskinan dan
penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta dan berkuasa.
Dalam masa yang sama Islam menentang sistem ekonomi yang
mempunyai unsur eksploitasi, penindasan, pemerasan, monopoli dan
penipuan. Islam mewajibkan zakat pada golongan yang berada serta
menggalakkan umatnya menderma dan berkorban untuk kebajikan
orang lain sebagai salah satu cara pembersihan hati serta mekanisme
membanteras kemiskinan.
Islam mementingkan hasil kerja dan pendapatan suci dan halal.
Sebarang pendapatan yang diperoleh haruslah secara halal adalah suci
dan mendatangkan berkat. Islam memandang suci sebarang pekerjaan
yang halal walaupun berstatus rendah. Islam mengajar majikan berlaku
adil dan mengelakkan daripada melakukan pemerasan ke atas pekerjanya.
Begitu juga pekerja diajar agar berlaku amanah kepada majikan.
Dalam bidang politik, Islam menekankan dasar musyawarah,
keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan
manusia berdasarkan kelas, keturunan, bangsa, agama atau warna kulit.
Tegasnya, Islam menghormati hak asasi setiap manusia. Selain itu, Islam
juga menggalakkan rakyatnya supaya berani menegur pemerintah.
Hal ini sesuai dengan ajaran Islam yang menghormati kebebasan
berikir selagi tidak memerangi ketuhanan dan merosak kesejahteraan
awam. Pencerobohan hak orang lain dan pencabulan perjanjian adalah
perbuatan yang tidak diterima dalam Islam.
Dari segi sosial, Islam memperjuangkan dasar kehormatan diri
manusia. Tidak ada perhambaan dan pemujaan melainkan perhambaan
dan pemujaan pada Allah semata-mata. Islam juga menegakkan dasar
kebersihan diri manusia. Seluruh manusia dilahirkan dalam keadaan
bersih dan suci. Mereka bertanggungjawab atas setiap tindak-tanduk yang
dilakukan dan tidak menanggung dosa orang lain. Islam menetapkan
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 155
dasar bahawa setiap anggota masyarakat bertanggungjawab atas segala
keburukan yang berlaku dalam masyarakatnya. Dengan ini, bermakna
setiap orang tidak boleh bersikap berkecuali dalam menyelesaikan
masalah dalam masyarakat.
Dengan dasar ini Islam menggalakkan setiap orang mempertahankan
kebersihan jiwanya dan menjauhi dosa serta berusaha untuk mencapai
kebaikan bagi diri dan masyarakat. Dasar ini dapat membentuk
cara berikir masyarakat supaya bertindak tegas dalam hal-hal yang
bertentangan dengan kepentingan masyarakat dan memberi sumbangan
serta kerjasama dalam sebarang aktiviti kebajikan masyarakat. Amalan
ini dapat membantu melicinkan pelaksanaan peraturan dan undang-
undang negara. Dari segi keluarga, Islam mengajar supaya menghormati
kedua-dua ibu bapa, memberi kasih sayang yang sama pada anak-anak,
berlaku adil terhadap isteri, menjalin hubungan yang baik dengan kaum
keluarga dan jiran tetangga.
Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan
tempat yang wajar dalam Islam. Penganut pelbagai agama bebas
mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan aman tanpa
merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat
dibenarkan untuk didirikan. Islam menganggap semua agama berhak
untuk diamalkan oleh penganut masing-masing.
Dari segi ilmu pengetahuan, Islam menggalakkan perkembangan
ilmu dan menganjurkan supaya menjalankan kajian serta penyelidikan
terhadap rahsia-rahsia alam. Islam mewajibkan setiap orang sama ada
lelaki ataupun perempuan menuntut ilmu. Penekanan diberikan dalam
al-Quran yang menyeru agar manusia menyelidik dan berikir tentang
kejadian-kejadian alam. Kemajuan ilmu pengetahuan dalam Islam
adalah untuk kebajikan manusia dan masyarakat.
Ciri-ciri yang ada dalam Islam seperti yang dinyatakan adalah sangat
berguna untuk menjaga kebajikan manusia sejagat. Namun, untuk
melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam menganjurkan
supaya ia dibuat dengan niat yang jujur atas dasar bertanggungjawab
secara langsung pada Allah. Tegasnya, setiap perbuatan yang dilakukan
akan dinilai dari segi kejujuran niat. Kejujuran dan amanah dalam
menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau masyarakat
mampu memberi impak dalam kehidupan manusia.
156 Hubungan Etnik
Perayaan Agama Islam
Terdapat dua perayaan besar di dalam agama Islam yang diamalkan di
Malaysia dan negara-negara Islam lain iaitu Hari Raya Aidilitri dan
Hari Raya Aidiladha. Selain itu, ada juga perayaan agama yang lain
seperti Maulidur Rasul, Asyura, Israk Mikraj, Maal Hijrah, dan lain-lain.
Hari Raya Aidilitri atau Hari Raya Puasa jatuh pada 1 Syawal menurut
kalendar Hijrah dan disambut setelah orang Islam menunaikan fardu
puasa bulan Ramadan selama sebulan. Ia disambut dengan mengadakan
solat Raya Aidilitri secara berjamaah di masjid dan surau. Sebelum itu,
orang Islam dikehendaki membayar zakat itrah untuk membantu fakir
miskin dan orang yang memerlukan pada bulan puasa.
Sementara Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya
Korban atau Hari Raya Haji pula jatuh pada 10 Zulhijah, iaitu ketika
sebahagian penganut Islam sedang menunaikan haji di Mekah. Pada
hari itulah mereka disunatkan berkorban, iaitu dengan menyembelihkan
unta, lembu, kerbau, kambing atau biri-biri untuk disedekahkan
kepada golongan fakir dan miskin. Pada hari tersebut juga orang Islam
menunaikan solat sunat Hari Raya Korban.
Agama Buddha
Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti
penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada etnik Cina yang berpegang
kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala terdapat juga yang
mengamalkan Buddha heravada terutama bagi komuniti hai yang
kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia.
Asal Usul Agama Buddha
Kemunculan agama Buddha merupakan suatu reaksi terhadap kekerasan
dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain
bangkit menentang terutama golongan Kshatriya yang terdiri daripada
anak-anak raja dan perajurit. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha
Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan dan kemelaratan.
Dalam usia 29 tahun dia meninggalkan istana dan memulakan kehidupan
zuhud serta bercita-cita untuk sampai ke peringkat mengetahui rahsia
alam.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 157
Dia meninggalkan segala kemewahan dan berpuas hati dengan
pakaian yang koyak-rabak atau daun pokok untuk menutupi badannya.
Dia berbaring di tempat-tempat berduri dan berbatu, tidak menjamah
makanan dan minuman. Kadang-kadang dia makan hanya sebiji nasi
sehari. Akhirnya, dia berteduh di bawah sepohon pokok di dalam
hutan Urvela, iaitu tempat dia mendapat petunjuk. Kemudiannya dia
diberi gelaran Buddha, seorang arif yang bercahaya atau Gautama yang
bermaksud pendeta.
Kebanyakan sarjana menaikan Buddha sebagai pelopor agama
kerana dia tidak mengikrarkan akidah atau mengasaskan apa-apa
mazhab falsafah. Dia tidak menyeru pengikutnya menganut agama
seperti agama-agama lain. Buddha mengasaskan seruannya kepada cara
untuk mendapatkan pengalaman rohani yang tidak dapat diterangkan
dengan kata-kata. Seruannya ialah cerita tentang pengalamannya
dan tentang jalan yang diikutinya. Baginya, kebenaran itu tidak dapat
diketahui dengan pendapat atau teori, tetapi dengan melalui jalan yang
menuju kepada kebenaran tersebut.
Buddha mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan. Dia
mengelakkan perkara yang berhubung dengan perbahasan ketuhanan
dan metaizik kerana dia berpendapat bahawa manusia bergantung
kepada diri sendiri bukannya Tuhan. Malah, dalam salah sebuah
pidatonya, dia mengejek orang yang mengakui kewujudan Tuhan. Lantas
itu, golongan Brahman pada zamannya telah mendakwa beliau sebagai
seorang ateis.
Oleh sebab Buddha tidak menyentuh tentang keimanan kepada
Tuhan sedangkan desakan jiwa pengikutnya ke arah itu adalah kuat
sehingga pengikut Buddha selepasnya telah memikirkan tentang Tuhan.
Malah, ada yang menganggap Buddha bukanlah manusia semata-
mata, tetapi roh Tuhan telah meresap ke dalamnya. Mengikut penganut
Buddha, peribadinya ialah ketuhanan dan kemanusiaan kerana peribadi
ketuhanan masuk meresap ke dalam peribadi kemanusiaan. Penganutnya
berpendapat Buddha tidak bercakap tentang Tuhan kerana dia sendiri
adalah Tuhan.
Antara ajaran moral Buddha yang terpenting adalah menghormati
kehidupan, sama ada manusia, tumbuhan ataupun haiwan. Pengikut
Buddha tidak boleh membunuh atau menyembelih binatang untuk
dimakan kerana binatang dianggap sebagai saudara mereka. Malah,
158 Hubungan Etnik
mereka tidak boleh memandang binatang sebagai kejadian yang lebih
rendah daripada mereka. Ketenangan rohani dan kasih sayang terhadap
semua yang bernyawa itu yang diajarkan oleh Buddha. Antara prinsip
yang terpenting diseru oleh Buddha ialah pembasmian kasta. Di
Malaysia, bukan semua etnik Cina menganut agama Buddha kerana
sebahagian daripada mereka juga berpegang kepada ajaran Taoisme,
Konfusianisme, Kristian dan Islam. Malah, terdapat dalam kalangan
mereka yang mengamalkan dua atau lebih ajaran Konfusianisme, Buddha
dan Taoisme dalam masa yang sama.
Upacara Keagamaan
Dalam upacara keagamaan Buddha, objek utama yang sangat signiikan
ialah ‘Tiga Permata’ (Tripple Gem), iaitu Buddha, dharma (ajaran
Buddha) dan sangha (komuniti Buddha yang berpegang dengan
ajarannya). Upacara penyembahan yang dilakukan di tokong, wat atau
rumah dimulakan dengan menyembah patung Buddha dan diikuti
dengan bacaan mantera bertujuan untuk memohon perlindungan.
Wesak merupakan antara perayaan penting yang disambut oleh
penganut agama Buddha. Perayaan ini biasanya jatuh pada bulan
Mei setiap tahun. Perayaan Wesak disambut bersempena dengan
memperingati kelahiran, kemunculan dan pencapaian Gautama Buddha
ke nirvana (syurga). Penganut Buddha akan berhimpun di tokong bagi
menjalankan upacara meditasi.
Agama Hindu
Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara
ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi kaum India,
walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain
Hindu. Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti
dan gambaran kehidupan orang Hindu. Agama yang wujud sejak awal
abad ke-8 S.M ini juga dikenali dengan nama agama Brahma. Daripada
Brahma inilah diambil perkataan Brahman, iaitu gelaran terhadap
pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan. Sehingga
sekarang tidak diketahui siapakah pengasas agama ini.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 159
Agama ini merupakan agama yang berevolusi daripada ajaran Veda
yang muncul sebelum penaklukan bangsa Arya ke atas India. Sejarah
menerangkan isi kandungan agama ini meliputi pelbagai kepercayaan
yang membawanya turun hingga kepada penyembahan batu dan pokok-
pokok dan membawanya naik kepada perkara-perkara falsafah yang
abstrak dan halus. Terdapat beratus-ratus malah beribu-ribu buah kitab
suci Hindu. Walau bagaimanapun, pada umumnya kitab suci mereka
yang terbesar adalah terdiri daripada Veda, Undang-Undang Manu,
Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana.
Kitab Veda
Kitab Veda adalah yang terbesar malah dianggap sebagai ensiklopedia
agama Hindu. Veda mengandungi cerita tentang pelbagai aspek kehidupan
bangsa Arya di India pada masa lampau. Bermula daripada permukiman,
pengembaraan, agama, politik, peradaban, kebudayaan, kehidupan,
pergaulan, tempat tinggal, makanan, minuman, pekerjaan, mata pencarian
hinggalah pada doa-doa ketuhanan. Kitab Veda terdiri daripada empat
jenis, iaitu Rig Veda, Yajur Veda, Sams Veda dan Athar Veda. Setiap Veda
yang empat ini mengandungi empat bahagian pula iaitu Samhita, Brahman,
Aranyaka dan Upanishads.
Penganut Hindu mempercayai banyak tuhan. Bagi mereka setiap
kekuatan alam semula jadi sama ada mendatangkan faedah atau
membahayakan adalah tuhan yang diharapkan pertolongan oleh mereka. Pada
masa ditimpa kesusahan, penganut Hindu menyeru tuhan-tuhan ini supaya
memberkati keturunan, harta benda serta menolong mereka untuk menentang
musuh. Sebenarnya, penyembahan kepada kekuatan tabii ini tidak dijalankan
secara sekali gus tetapi berperingkat-peringkat. Pada mulanya, bentuk-bentuk
alam yang indah dan menarik perhatian menimbulkan kesedaran beragama
pada mereka. Mereka kagum pada bentuk-bentuk ini dan terus menikmatinya.
Selepas mereka bersyukur dan senang dengannya, mereka memuji-muji,
kemudian menyangka bahawa bentuk-bentuk ini mempunyai roh.
Roh-roh ini dianggap mempunyai kekuatan yang tersembunyi di sebalik
bentuk yang kelihatan lalu mendekatinya melalui perbuatan ibadat. Mereka
menghadiahkan korban-korban dan menganggapnya sebagai tuhan-tuhan yang
diseru ketika ada hajat. Oleh sebab itulah bilangan tuhan bertambah banyak
dalam kalangan mereka. Apabila mereka menyembah salah satu daripada tuhan
mereka, upacara korban akan dilakukan.
160 Hubungan Etnik
Memerintah dan Diperintah
Dalam kalangan tuhan penganut Hindu ada yang memerintah dan
diperintah, ada ketua dan sebahagiannya diketuai. Ketua dan yang
memerintah menjadi tuhan segala tuhan dan dewa segala dewa.
Semua makhluk dan tuhan lain berada di bawah perintahnya. Mereka
menamakan tuhan ini sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau juga
dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga.
Dalam agama Hindu, terdapat sistem kasta yang terbahagi kepada
empat golongan, iaitu Brahman, Kshatriya, Vaishya dan Shudra.
Golongan ini memuja lembu dan tunduk kepada peraturan kasta. Dalam
Peraturan Manu, diterangkan tugas tiap-tiap golongan ini iaitu Brahman
menjadi ketua agama, Kshatriya menjadi perajurit, Vaishya pula bertani
dan berniaga dan Shudra memberi khidmat pada ketiga-tiga golongan
yang dianggap mulia. Seseorang Brahmin menerima penghormatan
daripada semua tuhan disebabkan keturunannya. Dia berhak memiliki
harta benda Shudra. Seorang Brahmin tidak dikotori dosa sekalipun
dia membunuh ketiga-tiga golongan itu. Raja pula diangkat daripada
golongan Kshatriya. Raja mesti dihormati walaupun masih kanak-kanak
kerana dipercayai bahawa sifat ketuhanan itu meresap dalam bentuk Raja
yang berupa manusia. Shudra pula tidak boleh mengumpulkan harta
melebihi golongan Brahmin. Perbuatan ini dipercayai dapat menyakiti
golongan Brahman akibat kekotorannya.
Kesan kehadiran awal agama Hindu di Malaysia dapat dibuktikan
dengan penemuan kesan binaan Hindu lama di Lembah Bujang, Kedah.
Kesan ini merujuk kepada pengaruh agama Hindu sejak kurun ke-7
Masihi. Agama Hindu telah meninggalkan kesan kepada masyarakat
Melayu di Malaysia. Senkritisme agama dapat dilihat dengan jelas dalam
adat resam masyarakat Melayu seperti dalam upacara perkahwinan,
membabitkan persandingan, pemakaian inai dan upacara menepung
tawar.
Institusi agama dan pusat ibadat agama Hindu yang terkenal di
Malaysia ialah Kuil Murugan di Batu Caves. Kuil itu merupakan pusat
ibadat yang paling besar dan terkenal bagi penganut Hindu di Malaysia.
Di hadapan pintu masuk kuil itu terdapat patung Tuhan Murugan yang
besar. Ritual keagamaan di kuil diketuai oleh ketua agama yang dikenali
sebagai Sami.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 161
Tanda warna yang dipakai pada dahi penganut Hindu ialah pottu
yang terdiri daripada pelbagai warna. Pottu dipakai secara berbeza
oleh lelaki dan wanita yang belum berkahwin dan wanita yang sudah
berkahwin. Sementara susu dan bunga juga merupakan simbol suci
yang banyak digunakan dalam upacara penyembahan dewa bagi
agama Hindu. Oleh itu, kebanyakan kawasan di sekitar kuil terdapat
penjual bunga yang menyediakan kemudahan kepada penganut Hindu
untuk bersembahyang. Ganga Snanam ialah upacara mandi minyak
apabila sejenis minyak disapukan ke seluruh badan pada awal pagi
pada Hari Deepavali. Upacara ini dipercayai dapat menghapuskan dosa
penganutnya.
Penganut Hindu meraikan Deepavali yang biasanya disambut pada
akhir Oktober atau awal November setiap tahun. Deepavali merupakan
perayaan utama penganut Hindu di Malaysia. Perayaan ini bertemakan
penghapusan kejahilan daripada seseorang penganutnya sesuai dengan
maknanya, iaitu deretan lampu. Satu lagi perayaan Hindu ialah
haipusam apabila penganutnya menunaikan pelbagai nazar kepada
Dewa Murugan.
Agama Kristian
Agama Kristian asalnya merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi
yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus.
Sesetengah penganut Kristian menggelar Jesus sebagai penyelamat orang
Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama. Penganut
Kristian sama ada gereja Roman Katolik, Ortodok Timur ataupun Gereja
Protestan menerima Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama
agama Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa selepas berakhirnya
kehidupan Jesus Christ di dunia wujud tuhan kekal di dunia dalam
bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri daripada tiga makhluk,
iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci. Orang Kristian menganggap Jesus sebagai
jelmaan tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa manusia; mempunyai
sifat-sifat manusia. Bagi orang Kristian, Jesus meninggal dunia untuk
menyelamatkan manusia daripada dosa. Tegasnya, kematian Jesus adalah
untuk menyelamatkan manusia daripada dosa.
Agama Kristian mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya,
Jesus ke dunia sebagai hamba pilihannya, yang dinamakan al-Masih,
untuk menolong manusia melakukan tugas keagamaan mereka. Kitab
162 Hubungan Etnik
suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau
Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab tersebut mencatatkan riwayat
hidup dan ajaran Jesus, perkembangan gereja pada peringkat awal dan
menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus. Dua amalan
penting dalam Kristian ialah pembaptisan dan Eukaris yang kedua-
duanya berlangsung dalam gereja. Pembaptisan ialah upacara untuk
meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian. Sementara Eukaris atau
Perhimpunan Suci atau Makan Malam Terakhir pula ialah majlis makan
roti dan wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan
Jesus.
Pemimpin gereja yang paling berkuasa ialah bishop Rom, yang
dinamakan Paus di Barat dan Patriach di Constantinople di Timur. Antara
perayaan suci dalam Kristian ialah Krismas, Easter dan Good Friday.
Penganut Kristian digalakkan berkumpul di gereja untuk beribadat dan
menjalani kehidupan yang lurus mengikut peraturan moral tuhan.
Agama Sikh
Sikh merupakan kelompok agama minoriti di Malaysia. Agama Sikh
dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi di
negara ini. Penganut Sikh lebih mudah dikenali dengan identifikasi
pemakaian serban dan berjanggut panjang terutama lelaki. Bagi lelaki,
biasanya menggunakan nama akhir Singh bermaksud singa manakala
wanita menggunakan Kaur, bermaksud puteri.
Agama Sikh diasaskan oleh Guru Nanak pada tahun 1469M. Ajaran
agama ini kemudiannya diteruskan dan dikembangkan oleh sembilan
orang Guru lain. Agama Sikh mempercayai satu Tuhan. Kitab suci agama
Sikh dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji yang menjadi the living
Guru dan sumber rujukan utama dalam kehidupan penganut Sikh. Kitab
setebal 1,430 muka surat tersebut ditulis dan disempurnakan oleh Guru
Sikh dan terdapat di setiap gurdwara, iaitu pusat ibadat dan kediaman
orang Sikh. Kandungannya meliputi ajaran agama Sikh dan juga mazmur
(hymn) bagi tujuan upacara keagamaan serta nasihat untuk panduan
hidup.
Lima simbol utama dalam agama Sikh yang dikenali umum sebagai
5K, iaitu Kesh (berambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang besi),
Kirpan (pedang kecil) dan Kachera (seluar pendek khas). Kelima-lima
simbol ini merupakan pakaian rasmi yang wajib dipakai sepanjang masa
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 163
oleh ahli Persaudaraan Khalsa, selepas menjalani upacara amrit sanskar.
Upacara tersebut diperkenalkan pada tahun 1699M oleh Guru Gobind
Singh, Guru Sikh yang ke-10 dan terakhir.
Ritual dan Upacara Keagamaan
Dalam agama Sikh, Granthi Sahib, ahli agamanya memainkan peranan
penting dalam menjalankan sesuatu upacara keagamaan di gurdwara.
Granthi Sahib membaca kitab suci dan menyanyikan kirtan (mazmur)
serta menyampaikan katha (syarahan) tentang ajaran agama Sikh dalam
bahasa Punjabi. Selalunya upacara keagamaan diakhiri dengan bacaan
ardas (doa) iaitu penganut Sikh berdiri sambil merapatkan kedua-dua
belah tapak tangan yang bertujuan memanjatkan kesyukuran, meminta
maaf, berterima kasih atau meminta sesuatu hasrat daripada Waheguru
dengan penuh keikhlasan.
Guru ka langgar, iaitu makanan berupa sayuran dimasak oleh orang
Sikh di gurdwara (tempat ibadat) yang disediakan kepada pengunjungnya
tanpa mengira agama. Penganut Sikh amat mementingkan seva (kerja
amal) kepada umat manusia tanpa mengira agama.
Perayaan
Vaisakhi merupakan perayaan terpenting bagi penganut Sikh. Perayaan
ini disambut pada bulan April setiap tahun. Pada hari tersebut, penganut
Sikh mengunjungi gurdwara bersama keluarga dan sanak saudara. Mereka
menuju ke darbar sahib (dewan sembahyang) tempat letaknya kitab suci.
Sanggat perlu menghormati kitab suci sepanjang masa terutama ketika
berada di gurdwara. Aktiviti keagamaan yang utama dijalankan semasa
sambutan perayaan Vaisakhi ialah amrit sanskar (upacara pembaptisan).
Upacara suci ini menandakan kesediaan penganut Sikh memohon amrit
(air suci) bagi mendekatkan diri kepada Waheguru. Penganut Sikh tidak
kira lelaki atau perempuan boleh menjalani upacara tersebut pada bila-
bila masa tanpa sekatan umur. Namun persediaan diri terutama mental
dan spiritual amat penting.
Kesh atau berambut panjang simbol terpenting bagi kaum Sikh
sebagai simbol keimanan. Penganut Sikh tidak seharusnya memotong atau
mencukur rambut dan bulu di mana-mana bahagian badan. Jika berbuat
demikian, dia melanggar perintah Tuhan. Kangha atau sikat mempunyai
164 Hubungan Etnik
hubungan yang rapat dengan rambut, supaya rambut sentiasa bersih. Simbol ini
dibuat daripada kayu dan sentiasa terletak di dalam serban. Kara atau gelang besi
yang dipakai di tangan kanan untuk mengingatkan seseorang agar mengelakkan
kejahatan serta melambangkan ikatan dan kepatuhan yang teguh antara pemakai
dengan agamanya.
Kirpan atau pedang kecil menunjukkan bahawa seseorang yang
memakainya setia dan teguh pegangan agamanya serta mempunyai iltizam
yang tinggi terhadap agama. Pedang itu biasanya digunakan untuk melawan
ketidakadilan, penganiayaan dan membantu golongan yang lemah, tetapi tidak
boleh digunakan sesuka hati untuk menguasai orang lain. Kacha atau seluar khas
pendek melambangkan kesediaan setiap waktu serta ketangkasan pergerakan
dalam proses melakukan sesuatu.
Namun, tujuan sebenarnya agar penganut Sikh menjaga diri dan tidak
melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti berzina. Selepas menjalani
upacara amrit sanskar untuk menganggotai Persaudaraan Khalsa, penganut
Sikh perlu mematuhi char kurahit (empat larangan) utama seperti yang telah
ditetapkan oleh Guru Gobind Singh. Larangan tersebut adalah, pertama mereka
tidak dibenarkan untuk memotong atau mencukur sebarang rambut di mana-
mana bahagian badannya, kedua, mereka tidak boleh memakan daging kecuali
yang dipotong secara jhatka, yakni sekali pancung, ketiga mereka tidak boleh
meminum arak, menghisap tembakau atau dadah dan akhir sekali, mereka
tidak boleh mengadakan hubungan seks selain dengan pasangan masing-
masing.
Animisme
Animisme ialah istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan pemujaan
roh dan semangat alam semula jadi. Kepercayaan animisme menganggap bahawa
segala sesuatu di dalam alam ini termasuk benda alam yang mati mempunyai jiwa
dan dapat berikir dan berkeperibadian seperti manusia. Semangat dan kuasa
luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan. Penganutnya menyembah dan memuja
batu, pokok, sungai, gunung, pokok, patung dan juga benda hasil buatan mereka
sendiri seperti keris dan tombak. Ringkasnya, animisme percaya bahawa:
i. semua objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup;
ii. adanya makhluk halus seperti hantu dan jin di gunung, sungai dan
tempat keramat; dan
iii. bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa.
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 165
Roh-roh ini terdiri daripada roh mereka yang sudah meninggal
dan membawa kepada pemujaan nenek moyang; atau mungkin ada roh
yang umum, yang tidak dihubungkan dengan seseorang, yang mirip
dengan mana daripada kepercayaan orang di kepulauan Pasiik atau
manito daripada kepercayaan orang Indian Amerika. Roh-roh ini harus
dijaga agar tidak boleh dipermainkan. Dukun, orang keramat, dan ahli
sihir merupakan orang penting yang menghubungkan manusia dengan
makhluk halus atau roh-roh ini.
Ajaran Konfucius
Konfucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada
Dinasti Chou. Konfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang
berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang
baik. Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap
orang lain dan harga diri. Apabila Konfucius disoal pengikutnya tentang
makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima
kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi
bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."
Ajaran Konfucius dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk
buku berjudul lun-Yu atau Analekta. Ia berkenaan dengan li atau
Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Konfucius ialah bagaimana keamanan
dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Ringkasnya, ajaran
Konfusius mementingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan
seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali
hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang
dituntut daripada penganut ajaran Confucius.
Ajaran Tao
Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan supaya manusia menarik
diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri
daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi
pengikut ajaran Tao ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan
manusia. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang
mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Buku-buku
ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan
kesusasteraan yang terkenal.
166 Hubungan Etnik
Konflik agama
Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih
sayang, pengampunan dan perdamaian. Walau bagaimanapun, banyak
konlik agama dapat dilihat berlaku di beberapa negara. Misalnya pada
April 1992, berlaku konlik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia.
Pada Disember 1992 pula berlaku konlik Hindu-Islam di India. Konlik
juga berlaku antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera
di Indonesia. Di samping itu, konlik agama turut tercetus di Tibet,
Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan,
Croatia, Filipina dan Ireland Utara.
Agama menganjurkan kedamaian, namun konlik antara agama
tetap berlaku. Konlik ini boleh terjadi kerana tafsiran berbeza dalam
memahami ajaran agama. Terdapat juga kes agama digunakan untuk
mengabsahkan sesuatu tindakan demi kepentingan politik atau ekonomi
mengatasi kelompok lawan. Konlik juga boleh berlaku kerana kegagalan
seseorang atau sesuatu kelompok agama untuk memahami dan seterusnya
menghormati ajaran dan upacara agama orang lain.
Mencari Titik Pertemuan
Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina
hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama atau dengan penganut-
penganut agama lain. Kemampuan agama dalam membina ikatan dan
hubungan merentas individu dan kumpulan agama yang berlainan adalah
potensi yang perlu diteliti dan perhalusi. Oleh itu, kepekaan kepada ruang
sosial sedia ada amat diperlukan bagi memungkinkan peluang membawa
penganut pelbagai agama bergerak ke arah persefahaman. Potensi ini
harus digarap dengan berhati-hati dan berhemah agar individu dan
kelompok agama yang berlainan dapat menemui satu titik pertemuan
yang membolehkan hubungan mereka dijalin erat.
Shamsul (2011) melihat agama dari sudut tafsiran autoriti akan
memisah dan mengasingkan penganut pelbagai agama terutama sekali
apabila agama itu telah diideologi dan dipolitikkan. Dalam suasana
agama dijadikan contestation sudah pasti dinding keagamaan yang
dibina itu akan membawa ke arah ketegangan dan konlik. Di Malaysia
perkara ini berlaku apabila dua insan membina rumah tangga bahagia
dengan salah seorang meninggalkan agama asal dan menganut agama
Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan 167
pilihan atas dasar cinta. Namun, apabila berlaku konlik dalam hubungan
perkahwinan, perbezaan agama antara keluarga pasangan tersebut
menimbulkan ketegangan, bukan hanya kepada keluarga pasangan
terbabit, malah juga kepada komuniti yang lebih besar. Perkara ini dapat
dielak sekiranya perhubungan tersebut diurus dengan cara yang penuh
hikmah.
Namun, di sebalik konlik yang berlaku yang dikaitkan dengan
agama, kesemua agama memiliki nilai kesejagatan yang berpotensi
untuk membina keharmonian kehidupan bermasyarakat, kestabilan
dan kemajuan. Perubahan yang drastik dalam kehidupan moden
terutamanya dalam bidang teknologi pengangkutan menyebabkan
berlaku penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain di setiap penjuru
dunia pada hari ini. Ia mengakibatkan hampir tidak wujud lagi
masyarakat yang hanya mempunyai satu agama, malah sifat masyarakat
rata-ratanya adalah pelbagai agama. Mereka berada dalam persekitaran
sosial yang menyebabkan mereka bertemu, berhubungan, bekerja dan
tinggal bersama dengan penganut pelbagai agama.
Interaksi antara mereka mampu membina ikatan sosial yang kuat
dengan perbezaan agama anutan. Contohnya ketika berlaku malapetaka
seperti banjir, ahli-ahli persatuan Buddha menghulurkan bantuan beras
kepada orang beragama Islam. Begitu juga seorang yang menganut
animisme membantu jiran beragama Sikh untuk membersihkan
rumahnya yang telah ditenggelami banjir. Malahan, pemerhatian dalam
masyarakat mendapati perayaan agama dan kebudayaan seperti Hari
Raya, Hari Tahun Baru Cina, Deepavali, Keamatan, Gawai Dayak dan
Hari Krismas masing-masing telah dikongsi dan raikan bersama dan
bazaar Ramadan dinanti-nantikan oleh penganut agama lain.
Dalam konteks perbezaan amalan beragama, masih banyak ruang
nilai kemanusiaan yang boleh dikongsi bersama dan mampu mengikat
individu dan kumpulan yang berbeza agama ini untuk berhubungan
sesama mereka. Nilai kesejagatan tersebut yang dikongsi bersama telah
membawa rakyat Malaysia untuk memilih tindakan di atas perkiraan
sosial yang rasional dan dihajati bersama iaitu keharmonian, kedamaian,
kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.
168 Hubungan Etnik
Kesimpulan
Perlu diakui bahawa Malaysia mempunyai penganut dari empat agama
besar dunia, iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah dengan
agama-agama lain yang turut mencorakkan warna kehidupan beragama.
Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh perlembagaan memberi
ruang yang secukupnya untuk semua agama menikmati pengamalan
agama masing-masing dan dalam masa yang sama mencipta suasana
sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.
Kepelbagaian anutan, fahaman dan amalan agama di Malaysia
merupakan suatu model yang sukar dibandingkan dengan negara
luar. Jalinan hubungan antara agama yang positif perlu dipupuk agar
keharmonian sosial menjadi lebih segar. Persoalan sumbangan agama
dalam kehidupan multietnik sukar dinaikan dengan mengambil kira
agama sebagai elemen penting kepada identiikasi etnik di negara ini.
Potensi mengukuhkan hubungan antara etnik dengan pembinaan
hubungan harmoni antara agama amat besar. Masyarakat Malaysia
mempunyai ruang yang luas dan terbuka untuk meraikan hubungan
etnik dengan pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.
Soalan Perbincangan
1. Bincangkan peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang
harmoni di Malaysia.
2. Bezakan antara agama samawi dengan agama ciptaan manusia.
3. Mengapakah konlik agama berlaku?
BaB 7
dari Segregasi ke integrasi
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di
Malaysia.
3. Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
Pengenalan
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam
konteks Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya kita perlu
berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat. Segregasi
berlaku kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh
pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut etnik. Integrasi
antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua
pihak sama ada secara top-down atau bottom-up dalam merealisasikan
negara Malaysia yang unggul menjelang tahun 2020. Kepelbagaian rakyat
Malaysia perlu dilihat sebagai aset yang tidak sekadar berjaya memupuk
kesepaduan sosialnya, malah menuju ke arah integrasi. Integrasi hanya
akan dapat terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik
itu bersedia menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi hingga
ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka. Persoalannya, apakah
cabaran yang dihadapi dalam usaha membina integrasi pelbagai etnik
di negara ini? Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan
dalam memupuk dan membina integrasi?
170 Hubungan Etnik
dari Pengasingan ke Penyatuan
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu
kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat
tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar
mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah
pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British
sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam
kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik
dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah
selama 170 tahun di negara ini.
Pengalaman segregasi yang pernah dilalui rakyat negara ini turut sama
dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan. Sungguhpun terdapat perbezaan
yang nyata antara kedua-dua negara, tetapi terdapat pengajaran penting
tentang kesan negatif amalan segregasi tersebut. Di Afrika Selatan, segregasi
yang diamalkan dari tahun 1948 hingga tahun 1994 didasarkan oleh
undang-undang yang dikenali sebagai dasar aparteid.
Justeru, isu yang berlegar sekitar hubungan etnik adalah penting untuk
difahami demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Malaysia lebih
mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara
ini. Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan
dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Identiti,
budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan, tetapi
disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah
dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan. Mereka dipupuk
menerusi integrasi politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan di
peringkat wilayah (Shamsul 2007).
Proses untuk mencapai sebuah masyarakat berintegrasi bukan sesuatu
yang mudah dan dapat dicapai dalam waktu yang singkat. Menurut Ting
(1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks. Tahap-tahap
hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan
hubungan terpisah, iaitu segregasi sehingga hubungan berbentuk sebati iaitu
amalgamasi. Hubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Hubungan ini seterusnya
mampu mengurangkan konlik dan mengutamakan persefahaman, serta
mewujudkan semangat perpaduan antara pelbagai etnik.
Dari Segregasi ke Integrasi 171
Cabaran dalam Memupuk integrasi di Malaysia
Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan perpecahan dalam
masyarakat antaranya, prasangka, perkauman, diskriminasi, stereotaip,
rasisme dan etnosentrisme. Perpecahan juga boleh berlaku apabila
wujudnya konlik antara kumpulan masyarakat, kedudukan lokasi
kelas, taraf pendidikan, kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup
yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk
keluar daripada golongan miskin (Mansor 2006). Konlik juga berlaku
disebabkan oleh kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat,
perkhidmatan awam yang kurang memuaskan, pengangguran,
kemiskinan, keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat,
gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya banyak kumpulan samseng.
Justeru, isu-isu berkenaan secara tidak langsung telah memberi kesan
kepada masalah perpaduan dalam kalangan rakyat.
Seterusnya konlik bukan sahaja disebabkan perbezaan budaya
dan agama, tetapi turut berpunca daripada faktor kemiskinan dan
keterpinggiran. Contohnya, rusuhan kaum di Kampung Medan, Selangor
dikaitkan dengan isu kemiskinan dan pembangunan (Mansor 2006).
Jelaslah bahawa isu kemiskinan dan pembangunan perlu ditangani secara
serius untuk mengelakkan ketegangan etnik. Persoalan asas adalah
bagaimana perbezaan etnik itu diatasi, serta bagaimana kepentingan
politik dan ekonomi disesuaikan dengan kehendak pelbagai etnik
sehingga keharmonian dapat dicapai. Perkara ini akan menjadi penanda
aras hubungan etnik di sesebuah negara (Chandra 2008).
Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dari segi
hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam
kalangan etnik yang pelbagai. Sebahagian besar kejayaan ini merupakan
hasil usaha kerajaan yang bersifat top-down dan disokong oleh pihak
swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri yang bersifat
bottom-up. Proses ini bertujuan memupuk perpaduan dan hubungan
etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia. Usaha ini dipelopori
oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan
sosioekonomi serta keamanan negara sentiasa terpelihara.
172 Hubungan Etnik
Peranan Kerajaan
Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda
utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan
pelaksanaan dasar-dasar tertentu. Usaha-usaha ini diteruskan dengan
memperkenalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak dengan slogan "rakyat didahulukan pencapaian
diutamakan". Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia
yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang
dibawa oleh arus globalisasi. Disamping itu konsep ini juga bertujuan
memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik
di negara ini.
Pelbagai agensi kerajaan juga dipertanggungjawabkan untuk
memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam
menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini dilaksanakan
dengan berkesan.
Penubuhan Jabatan Perpaduan negara
dan integrasi nasional (JPnin)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional adalah sebuah badan
yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara
perpaduan antara kaum di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum mempunyai latar belakang budaya, agama,
bahasa dan adat resam yang berbeza. Walaupun kaum yang berlainan
ini berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama namun
kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi dalam kalangan mereka
juga kurang dan hubungan antara mereka hanya terbatas kepada perkara
tertentu terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi. Pembahagian
buruh dalam sistem ekonomi dibuat berdasarkan pemisahan kaum
dalam masyarakat dengan setiap kaum mempunyai fungsi ekonomi yang
tersendiri. Bagaimanapun suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan
dengan suasana sewaktu Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaan.
Masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri masyarakat majmuk
seperti yang diutarakan Furnivall (1948), kesan daripada pelaksanaan
dasar pecah dan perintah oleh British.
Dari Segregasi ke Integrasi 173
Dalam hal ini isu perpaduan dan hubungan antara kaum merupakan
agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa
terjamin. Generasi kini yang mewarisi konsep masyarakat majmuk
sejak merdeka masih menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah
segregasiantarakaum. Keadaaninisecaratidaklangsungmenggambarkan
konlik antara kaum yang wujud akibat perbezaan persepsi dalam
kalangan kaum. Masyarakat kini masih belum sepenuhnya menjiwai
nilai dan konsep satu bangsa Malaysia sebagaimana yang terkandung
dalam cabaran pertama Wawasan 2020 yang menekankan perpaduan
masyarakat. Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentimen
perkauman. Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
harus dipertahankan agar keharmonian dapat dikekalkan.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai usaha
untuk memulihkan hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa
13 Mei 1969. Di samping itu, kerajaan telah menjadikan Rukun
Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang
kaum terhadap kepemimpinan negara. Pada 1 Julai 1969, MAGERAN
mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung
pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini (Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional 2006).
Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara
ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bagi memupuk dan memelihara
perpaduan kaum. Majlis Penasihat Perpaduan Negara diletakkan di
bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN). Antara tahun
1990 – 2004, JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat dan seterusnya diletakkan semula di
bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
dasar-dasar Kerajaan
Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa
dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan
dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta menjalin integrasi
nasional. Antara dasar tersebut ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar
tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Rukun Negara
174 Hubungan Etnik
sebagai ideologi kebangsaan. Kesemua dasar tersebut bertujuan untuk
mengurangkan dan mengawal tindak-tanduk politik melampau yang
boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.
Kerajaan juga telah membentuk beberapa dasar lain seperti Dasar
Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Semua dasar tersebut dimantapkan lagi dengan pengenalan Wawasan
2020 dengan visi dan misi menjadikan Malaysia maju dalam semua
aspek kehidupan.
Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan
Integrasi Nasional 2005 – 2010 telah merancang pelbagai usaha untuk
memupuk dan mempertingkatkan lagi perpaduan dan integrasi nasional
melalui pelbagai strategi seperti berikut:
Strategi Persefahaman Politik
Dalam aspek ini kerajaan telah berusaha memupuk perpaduan negara
berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan merangkumi:
i. Sistem kerajaan persekutuan
ii. Demokrasi berparlimen
iii. Raja berperlembagaan
iv. Kedudukan Raja-raja Melayu
v. Bahasa kebangsaan
vi. Hak mengamalkan agama masing-masing
vii. Hak asasi rakyat Malaysia
viii. Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi
ix. lambang-lambang negara
x. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri.
Kesemua perkara tersebut merupakan kerangka kepada usaha
kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional,
perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah.
Di samping itu, mewujudkan langkah keselamatan dan undang-
undang juga adalah penting untuk mengawal dan mencegah pertubuhan
yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama daripada
melakukan kegiatan yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum
dan menggugat kestabilan negara. Pemantauan perlu dilakukan ke atas
Dari Segregasi ke Integrasi 175
amalan dan etika dalam parti politik supaya pendukung parti bersikap
dan bertindak sederhana terhadap sesuatu isu untuk mengelakkan
daripada berlaku ketegangan antara kaum.
Strategi Keseimbangan Ekonomi
Faktor yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara kaum
selalunya dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta
tanggapan dan kedudukan sosioekonomi antara kaum yang tidak
seimbang. Masalah ini dirumitkan lagi apabila kaum-kaum dikenali
mengikut aktiviti ekonomi mereka. Lantaran itu, usaha kerajaan untuk
mencapai perpaduan adalah dengan mengimbangkan kedudukan
sosioekonomi antara kaum dan antara wilayah serta mengurangkan
pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. Hal ini ditangani
menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf ekonomi antara
kaum dan wilayah tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan
sewajarnya perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang salah
tanggapan dapat diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat
dibendung. Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan perbezaan wilayah perlu mendapat
sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan kaum berdasarkan
aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.
Strategi Sistem Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan
berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan,
cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan. Peranan
sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan
yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat.
Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam lingkungan
usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan
kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan
antara kaum. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan wujudnya
satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Institusi
Pengajian Tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara
dan menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan yang
mempunyai pengiktirafan yang sama.
176 Hubungan Etnik
Di samping langkah yang telah disebutkan, kerajaan juga
membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa
ibunda kaum tertentu seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan
Kadazan Dusun di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kurikulum
sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan yang sewajarnya
dalam mata pelajaran sejarah negara, termasuk persetujuan antara
kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan,
budaya dan adat resam kaum di Malaysia, serta unsur-unsur penting
agama dan kepercayaan utama. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum
juga menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian
perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk juga sikap
kesejahteraan, bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan
agama, taat setia dan cinta kepada negara.
Selain itu, pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan
yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan
formal, juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk
perpaduan negara dan integrasi nasional. Terdapat pelbagai bentuk
pendidikan tidak formal yang disertai oleh pelbagai kaum seperti
kursus jangka pendek anjuran badan kerajaan dan NGO. Penyertaan
pelbagai kaum dalam program berkenaan secara tidak langsung akan
menggalakkan interaksi antara satu sama lain seterusnya dapat menjalin
ikatan perpaduan.
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang
paling berkesan untuk memupuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa
juga membolehkan pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara
satu sama lain dengan selesa. Mereka menggunakan satu bahasa rujukan
yang sama untuk menginterpretasikan alam dan realiti dan mewujudkan
satu ciri persamaan antara mereka sebagai unsur utama pembentukan
kebudayaan kebangsaan. Dalam hal ini, bahasa Melayu amat sesuai
digunakan sebagai bahasa penyatu selain diangkat sebagai bahasa
rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Berdasarkan fakta sejarah kemampuan bahasa Melayu juga telah terbukti
iaitu menjadi lingua-franca terutama dalam zaman pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga pernah digunakan
dalam hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu Melaka dengan
negara luar.
Dari Segregasi ke Integrasi 177
Strategi Kepercayaan Agama
Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia
bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-
masing bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat
berbilang kaum. Walaupun agama Islam sebagai agama persekutuan
namun agama-agama lain dilindungi oleh perlembagaan. Pengembangan
sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada
peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Justeru, sebarang
aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak
menyentuh sensitiviti penganut agama lain.
Strategi Kebudayaan
Kerajaan juga berusaha mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi
milik bersama rakyat negara ini tanpa mengira kaum, keturunan
dan wilayah sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan
perpaduan negara. Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan
tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini;
unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, diterima menjadi
unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Kerajaan juga menentukan bahawa pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan tidak bermakna mengabaikan kebudayaan sukuan.
Kebudayaan sukuan yang tidak menjadi sebahagian daripada
Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan
Melayu, Iban, Kadazan Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat
bebas diamalkan selagi tidak menjejaskan nilai-nilai kesopanan dan
kesusilaan. Bagaimanapun nilai-nilai masyarakat yang bersifat positif
merupakan aspek penting dalam Kebudayaan Kebangsaan kerana nilai-
nilai tersebut adalah nilai-nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama
pelbagai kaum dan keturunan di Malaysia.
Strategi Integrasi Wilayah
Kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk mengintegrasikan
antara rakyat di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak sejak
178 Hubungan Etnik
Malaysia ditubuhkan. Bagaimanapun faktor geograi telah menyumbang
kepada kewujudan jarak sosial antara wilayah tersebut. Antara langkah
kerajaan ialah melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan
kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen
nasional di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan;penubuhan
pelbagai agensi kerajaan persekutuan di negeri berkenaan dan
mengadakan program lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan
integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di wilayah tersebut.
Walaupun pelbagai bentuk langkah seperti yang dinyatakan telah
dilaksanakan, tetapi masih terdapat pelbagai permasalahan dan salah
tanggapan dalam usaha ke arah mengintegrasikan wilayah dan dalam
hubungan Kuala lumpur-Kuching-Kota Kinabalu. Oleh itu tumpuan
khusus diberi kepada usaha pemupukan integrasi wilayah dan hubungan
antara Kuala lumpur-Kuching-Kota Kinabalu dengan cara memberi
penekanan terhadap aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara
rakyat di wilayah berkenaan. Pelan tindakan adalah dengan memberikan
penjelasan lebih mendalam tentang adat resam dan kebudayaan setiap
kaum serta mengikis salah tanggapan yang timbul dalam bidang
sosioekonomi dan sebagainya. Selain daripada melakukan integrasi
antara wilayah, tumpuan juga diberikan kepada pengintegrasian antara
kawasan bandar dengan kawasan luar bandar agar kemajuan ekonomi
dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi secara adil dan saksama.
Strategi Keselamatan
Kerajaan juga mengatur langkah keselamatan untuk memelihara dan
mencapai perpaduan yang mantap dan berkekalan. Strategi perpaduan
negara dalam bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan daripada
berlakunya ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman
awam. Penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan
harta benda awam dan pembangunan negara dapat dipelihara dan tidak
terancam. Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan
di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan
Akta Hasutan, dan kawalan terhadap penerbitan melalui undang-undang
yang berkaitan. Pemulihan pula ialah usaha untuk menenteramkan
keadaan setelah berlakunya sesuatu konlik. Aspek pemulihan termasuk
keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan tindakan,
Dari Segregasi ke Integrasi 179
terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak lain seperti
angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RElA), Rukun Tetangga dan
dalam keadaan yang ekstrem, mengisytiharkan darurat.
Strategi Pembangunan Kawasan
Dalam aspek pembangunan kawasan, kerajaan mengarahkan pemaju
perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek
perpaduan kaum. Sesuatu kawasan yang hendak dimajukan untuk dibuat
penempatan baharu, misalnya, seharusnya mempunyai penduduk yang
terdiridaripadapelbagaikaumagar sentimenperkaumandapatdicairkan.
Seterusnya setiap penempatan perlu menubuhkan jawatankuasa
penduduk seperti Rukun Tetangga dan menganjurkan aktiviti yang
melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Prasarana
seperti dewan serba guna dan dewan komuniti perlu disediakan untuk
kegunaan penduduk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Penyediaan
kemudahan tersebut dapat membantu menyemaikan semangat
perpaduan dan interaksi antara kaum melalui pelbagai aktiviti sosial
yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kerajaan juga menegaskan supaya
sesuatu kawasan perumahan mengandungi pembangunan bercampur
seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah agar
dapat mengurangkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat melalui
pergaulan dan interaksi. Kemudahan yang disediakan haruslah dapat
dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosioekonomi
mereka.
Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Pihak kerajaan meminta kerjasama daripada para majikan sama ada
daripada pihak awam ataupun swasta untuk memastikan agar sebarang
lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama
dan budaya. Pemilihan perlu dibuat secara adil berdasarkan kelayakan
pemohon kerana hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Majikan juga perlu
memainkan peranan menerapkan unsur perpaduan dalam kalangan
pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti
yang dianjurkan.
180 Hubungan Etnik
Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan
setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Interaksi antara pekerja pelbagai
kaum perlu digalakkan supaya perasaan prejudis dan salah tanggapan
antara mereka dapat dikurangkan. Pemupukan nilai-nilai murni yang
menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme
dan kekitaan perlu sentiasa diterapkan.
Strategi Media Massa
Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu
memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat,
pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai
positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai
wadah penyebaran maklumat juga perlu digunakan sebaik mungkin.
Perkembangan media elektronik mampu menghubungkan rakyat
termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak. Syarikat swasta yang mengendalikan stesen televisyen turut
memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara
dan integrasi nasional sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada
bangsa dan negara.
Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan
kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika
kewartawanan. Pengamal media dituntut supaya bertanggungjawab dan
peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang dapat menjejaskan
perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama. Mereka juga
perlu memastikan bahawa laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948
dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta tidak menjejaskan atau
menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Strategi Kesukanan
Sukan merupakan bidang yang ideal bagi membentuk perpaduan dan
integrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum, khususnya bagi acara
sukan yang popular. Sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi
pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai
bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira
kaum dan keturunan. Melalui sukan juga dapat membantu menaikkan
semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis
Dari Segregasi ke Integrasi 181
dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila
acara itu diadakan di tanah air khususnya sukan di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan atau negara.
Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela
Kerajaan telah memperkenalkan konsep pemasyarakatan perpaduan
pada 1998 untuk menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi
membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan
dan kewarganegaraan yang tinggi. Proses penerapan nilai-nilai murni
menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum
menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada. Selain itu,
diperkenalkan juga jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan
persatuan penduduk dalam usaha menjayakan penerapan nilai-nilai
murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan.
Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan
Usaha kerajaan memperbanyakkan aktiviti penyelidikan tentang
perpaduan negara dan integrasi nasional penting untuk mengetahui
pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian dapat digunakan untuk
merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping
mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Ia boleh
diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan bacaan tentang
perpaduan dan integrasi serta adat resam masyarakat Malaysia.
Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik
Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi
nasional secara berterusan dan sistematik merupakan langkah
pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konlik. Pengesanan
perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem dalam talian
kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan
segera, tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk
mengambil tindakan pencegahan awal.
182 Hubungan Etnik
Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat
Negeri (JKPPN)
Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEl) dan
Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) bertujuan untuk
membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional dan memainkan
peranan lebih berkesan. Badan-badan ini bertindak sebagai penyelaras
kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor,
dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri dan Parlimen tentang
sebarang isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi sosial.
Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan
Kerajaan merangka program pemetaan perpaduan untuk meningkatkan
kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran termasuk kanak-
kanak prasekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Seterusnya
kakitangan kerajaan dan swasta serta anggota komuniti seperti belia,
wanita dan orang kurang upaya serta orang ramai juga boleh berperanan
membawa perubahan dari aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran
tentang perpaduan antara kaum. Di peringkat sekolah, aktiviti yang
dicadangkan adalah berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh
diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di tempat
kerja pula, aktivitinya adalah tentang pengurusan kepelbagaian dalam
kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti, aktivitinya
berunsurkan pengembangan yang boleh membawa perubahan serta
pembangunan kepada masyarakat setempat. Selain itu, strategi lain
yang diikirkan dapat membantu memantapkan proses perpaduan dan
integrasi juga turut diwujudkan seperti latihan dalam bidang komunikasi
antara budaya, pengauditan dasar kerajaan dan menghasilkan satu etika
tentang hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia.
Usaha juga perlu dipergiatkan untuk menerbitkan bahan bacaan secara
meluas tentang kaum-kaum di Malaysia.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan
khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu
Dari Segregasi ke Integrasi 183
padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran
mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan harus
bermula sejak awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat
prasekolah, sekolah rendah dan menengah, mengikuti acuan kurikulum
yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi
menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik
supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai
semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.
langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan perlu
diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat
berbilang kaum tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan
yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak
sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke
sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil
tanpa halangan. Sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan
utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki
jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan
mendidik pelajar pelbagai kaum, tetapi juga membantu menanam nilai-
nilai perpaduan dalam kalangan warganegara Malaysia.
Memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem
sekolah satu aliran, iaitu sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaik-
baiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu, tetapi
juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah
tersebut. Lantaran itu, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kualiti
pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan dengan 100 peratus
guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan
mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012 supaya
sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Semangat perpaduan
dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah,
tetapi juga di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan beberapa
pendekatan. Antaranya, tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda
masing-masing seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan
Dusun, memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
interaksi antara golongan etnik, mengadakan lebih banyak aktiviti
antara golongan etnik, mengadakan program interaksi antara sekolah
dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta
meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.