34 Hubungan Etnik
diklasiikasikan itu ditransformasikan ke dalam bentuk yang dapat
dimanfaatkan dalam bentuk laporan, sejarah, gazet, kanun undang-
undang dan ensiklopedia.
Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di
Malaysia kerap kali tertumpu kepada tiga kelompok komuniti etnik
utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat
pelbagai suku kaum lain. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga komuniti
etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling menyerlah dalam
memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik British di Tanah
Melayu. Bagaimanapun, kewujudan dan kepentingan peranan yang
dimainkan oleh suku kaum lain adalah tidak dinaikan.
Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu
terdiri daripada orang Melayu. Namun demikian, perkembangan
perusahaan bijih timah yang bermula pada pertengahan abad ke-19 dan
perusahaan getah pada awal abad ke-20 mengakibatkan penghijrahan
orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang
tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk
Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan
masing-masing mengakibatkan terbentuknya masyarakat majmuk di
Tanah Melayu. Setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup
yang berlainan. Pada umumnya, terdapat persefahaman dan hubungan
yang baik antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India. Keharmonian
hubungan etnik ini berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama
berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada
penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan apabila Sabah dan Sarawak
mengambil keputusan untuk sama-sama membentuk Malaysia pada 16
September 1963.
Dasar kolonialisme British memberi dampak yang sangat besar
terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dalam bentuk material
ataupun bukan material. Sungguhpun pemerintahan British telah
menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat, terdapat
kritikan bahawa mereka bertanggungjawab secara beransur-ansur
menyisihkan dominasi Islam daripada kehidupan masyarakat Malaysia.
Sebagai contoh, Al-Attas mengkritik kehadiran kolonialisme Inggeris
sebagai suatu dasar tekal memisahkan orang Islam daripada agama
mereka.
Para sejarawan mencatatkan bahawa dampak dasar dan birokrasi
Inggeris boleh dilihat dengan jelas dalam perkara berikut. Pertama,
Potret Hubungan Etnik 35
British mula bertapak kukuh menerusi campur tangan secara tidak
langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperoleh daripada
Kedah. British seterusnya telah campur tangan secara langsung dan
menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu yang secara tradisionalnya
terletak di bawah tadbir urus Sultan Melayu. Mengikut Perjanjian
Pangkor 1874, Sultan Perak bersetuju menerima seorang Residen British
yang menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang menyentuh
agama dan adat istiadat Melayu. Menjelang tahun 1895, sistem residen
telah diasaskan dengan kukuhnya di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang dikuatkuasakan
pada 1 Julai 1896, keempat-empat negeri berkenaan disatukan di bawah
satu pemerintahan pusat dan mula dikenali sebagai Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. British seterusnya memperluas kuasa mereka ke atas
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok
1909 dengan kerajaan Siam dan kesannya seorang Penasihat British
dilantik bagi tiap-tiap negeri berkenaan.
Di Sabah, kaum bumiputera yang utama ialah Kadazan, Bajau,
Murut dan Suluk. Syarikat Borneo Utara British yang memerintah di
Sabah telah menggalakkan penghijrahan orang Cina untuk bekerja di
ladang-ladang getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah
meningkat daripada 27,801 orang pada tahun 1911 kepada 50,056
orang pada tahun 1931. Manakala di Sarawak, kaum bumiputera yang
utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. Dinasti Brooke
yang memerintah di Sarawak telah menggalakkan kemasukan orang
Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong. Bilangan
penduduk Cina di Sarawak meningkat daripada kira-kira 5,000 orang
pada tahun 1871 kepada 123,626 orang pada tahun 1939.
Perkara yang amat jelas ialah perluasan pentadbiran British telah
memisahkan agama Islam daripada urusan sekular seperti politik,
pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan pendidikan. Ringkasnya,
agama Islam dan adat istiadat Melayu serta kumpulan bumiputera lain
terletak di bawah tadbir urus dan kuasa sultan; manakala segala perkara
lain terletak di bawah kuasa British. Namun, British kemudiannya
gagal memenuhi janji mereka apabila mengingkari dasar “tidak campur
tangan” mereka sendiri dalam urusan berkaitan dengan agama Islam dan
adat istiadat Melayu.
Kesimpulannya, pluraliti bukanlah fenomena baharu dan janggal
dalam kalangan masyarakat Malaysia, namun pluraliti juga telah dan
36 Hubungan Etnik
bakal memberi impak yang berterusan dan berpanjangan. Perpaduan
dan toleransi yang bertitik tolak daripada tiga komuniti etnik terbesar,
iaitu Melayu, Cina dan India bagi memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu telah melakar sejarah dan membawa kesan yang besar sehingga
hari ini terutamanya dalam aspek perpaduan etnik yang dapat hidup
aman damai dan menjadi satu kebanggaan negara. Masyarakat plural
Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi dan integrasi faktor
sejarah silam. Tegasnya, pluraliti budaya terdapat di alam Melayu sejak
sekurang-kurangnya abad kelima Masihi.
Perluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan
ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara
besar-besaran ke Tanah Melayu. Meskipun pelbagai kumpulan etnik
hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan
masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian
kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama ini membolehkan negara
kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan seterusnya mempergiatkan
usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian.
Perpaduan dan identiti etnik mampu menjadi identiti negara bangsa
yang makmur dan aman damai di mata dunia.
Dalam kerencaman masyarakat berbilang etnik yang terbentuk
akibat daripada kesan migrasi masyarakat Nusantara ke Tanah Melayu
dan faktor migrasi massa oleh golongan migran Cina dan migran India
demi memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi penjajahan Barat,
maka terbentuk masyarakat pelbagai etnik yang bersegmen mengikut
kegiatan ekonomi. Oleh hal demikian, adakah dasar pecah dan perintah
oleh pihak Inggeris akan menjadi penghalang kepada integrasi dalam
kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia?
Fokus hubungan etnik
Lazimnya, manusia berasa selesa dengan amalan adat resam dan cara
hidup mereka. Lumrah bagi manusia untuk menyokong etnik sendiri.
Setiap etnik terikat kepada sentimen primordial mereka (Geertz
1963). Sentimen primordial menguatkan kesetiaan dan ikatan kepada
kelompok sendiri. Apabila kelaziman ikiran dan tindak-tanduk berakar
umbi, adalah sukar untuk manusia itu berubah. Hal ini menyebabkan
ramai yang bersikap stereotaip dan prejudis terhadap masyarakat etnik
Potret Hubungan Etnik 37
yang lain. Mereka yang bersifat sedemikian memandang dunia semata-mata
dari sudut pandangan mereka sendiri. Kebanyakan individu meletakkan diri di
tengah-tengah dunia mereka dan melihat orang lain melalui kaca mata mereka
sendiri. Individu mesti sedar bahawa dunia tidak berpusat pada dirinya sendiri
sama seperti yang pernah dipelajari bahawa cakerawala tidak berpusat pada bumi.
Oleh hal demikian, persoalan asas dalam hubungan etnik adalah untuk
melihat pemahaman individu terhadap kumpulan etnik yang lain. Bagaimana
pemahaman itu dapat memperbaiki pandangan dan sikap terhadap kumpulan
etnik yang lain? Bagaimana pemahaman yang mendalam dan perubahan sikap
itu dapat mengubah sikap buruk seseorang terhadap etnik yang lain yang telah
lama berakar umbi?
Bidang kajian hubungan etnik juga memberikan tumpuan kepada usaha
untuk memahami dan menjelaskan bentuk-bentuk hubungan antara manusia.
Kumpulan etnik yang berlainan disusun dalam pelbagai jenis stratiikasi sosial
masyarakat yang berbeza. Apakah kesan bentuk susunan stratiikasi sosial
kumpulan etnik yang sedemikian ke atas hubungan antara kumpulan etnik
tersebut dan masyarakat itu sendiri? Bolehkah corak masyarakat sedemikian
melahirkan masyarakat yang harmoni atau berkonlik? Sarjana dalam bidang
hubungan etnik menggariskan empat bentuk perhubungan antara etnik yang
dapat dikenal pasti, iaitu bekerjasama, penyesuaian, persaingan dan konlik.
Apakah kesan jangka panjang bentuk masyarakat pelbagai etnik itu
terhadap hubungan etnik? Apabila kumpulan etnik boleh hidup bersama dalam
satu jangka masa yang panjang, mereka mungkin bergerak ke arah penyatuan
kumpulan, terus mengekalkan perbezaan atau membesar-besarkan perbezaan
tersebut. Masyarakat pelbagai etnik yang sedemikian mungkin sedang menuju ke
arah integrasi atau pemisahan melalui proses asimilasi atau pemajmukan.
Kerangka Teori
Dalam proses membina suatu kefahaman terhadap kerangka teori, disiplin
ilmu terutamanya daripada ilmu sosiologi, psikologi sosial dan sains
kemasyarakatan yang lain adalah perlu dilihat untuk memperoleh konsep
asas yang mendasari konsep dalam hubungan etnik. Konsep-konsep ini
agak berbeza penggunaannya dalam keadaan popular dan secara akademik
dikaji sebagai satu mekanisme untuk mengupas dan menganalisis hubungan
etnik dengan lebih mendalam.
38 Hubungan Etnik
Teori Ekologi
Park (1950) merupakan antara sarjana sosiologi yang terawal yang
membicarakan persoalan hubungan ras. Beliau dipengaruhi oleh
pendekatan Darwin (1859) tentang “kemenangan bagi yang tergagah”.
Menurut Park, manusia mempunyai dua bentuk warisan, iaitu:
i. Sebagai ahli sebuah kumpulan ras dia mewarisi pusaka biologikal
yang dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan; dan
ii. Sebagai ahli kumpulan sosial, dia memindahkan melalui komunikasi
warisan sosial kumpulannya. Penulis masa ini menggunakan proses
evolusi organik atau biologikal bagi peringkat individu dan proses
superorganik atau evolusi sosial dan kebudayaan di peringkat
kumpulan.
Teori Ekologi Park boleh dirumuskan ke dalam empat usul, iaitu:
• Penghijrahan membawa bersama, dalam perhubungan yang tidak
sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza iaitu
pengkelasan ras mengikut warna kulit seperti Caucasoid, Mongoloid,
Negroid dan Australoid.
• Dalam perhubungan persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status
yang membezakan mereka.
• Manusia yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama
rata dengan mereka yang memiliki status rendah; kumpulan yang
kemudian dianggap memiliki kategori semula jadi dan layak berada
di tempat yang lain dalam pembahagian buruh.
• Prejudis merupakan luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok
manusia yang istimewa. Prejudis juga mempertahankan kepentingan
mereka dan memperkukuh struktur kategori tersebut.
Potret Hubungan Etnik 39
Teori Freudian
Dollard (1937) mengaplikasikan Teori Freudian dengan merujuk kepada
konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang
kulit putih.
Usul yang dibuat oleh Dollard adalah seperti berikut:
• Kehidupan sosial mengakibatkan lahirnya pelbagai kekecewaan
psikologi dalam diri individu.
• Kekecewaan itu dapat dikurangkan dengan melepaskan kekerasan.
i. Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu.
ii. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan
dan keinginan yang terpendam.
iii. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai
kelompok ini dijadikan sebagai sasaran.
Di mana-mana sahaja sekiranya kekerasan diluahkan secara
berterusan, luahan tersebut akan diikuti oleh kekerasan yang berterusan
sehingga menambahkan lagi elemen tidak rasional kepada tindakan
rasional di peringkat awal tadi.
Struktur Fungsionalisme
Parsons (1975) merupakan pelopor dalam pembentukan teori ini. Teori
Struktur Fungsionalisme membayangkan individu bertindak kepada
insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar
kepentingannya, tetapi masyarakat mengikat kepentingan ini dalam
satu pola yang sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu
juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan
masyarakat.
Teori Kelas
Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik di Amerika
Syarikat berhubung kait dengan persoalan kelas dan sistem kasta. Cox
berpendapat semua pertelingkahan ras boleh dikaitkan dengan dasar dan
sikap golongan kapitalis dan orang kulit putih terhadap orang bukan kulit
40 Hubungan Etnik
putih dan kelas buruh. Prejudis dan ideologi ras seperti sikap rendah diri
dipupuk dan digunakan sebagai instrumen yang bermatlamatkan politik
dan ekonomi kapitalis. Cox melihat hubungan ras sebagai hubungan
proletariat-borjuis, dan dengan itu memaparkan masalah hubungan
kelas politik. Rumusan Cox dalam Teori Kelas adalah:
• Apabila kapitalisme Eropah berkembang ke kawasan yang kaya
dengan sumber asli, wujud keuntungan untuk memperoleh sumber
buruh yang berbeza dan membolehkan mereka meletakkan buruh
ini dalam kedudukan tertindas.
• Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, terbentuk keyakinan yang
mendukung ketidaksamarataan tersebut. Perkara ini terbina dalam
struktur masyarakat kapitalis yang memisahkan buruh kulit putih
daripada kulit hitam.
• Kategori ras wujud dalam kehidupan sosial masyarakat kapitalis
kerana, menguntungkan kelas pemerintah dan pertembungan
dalam masyarakat ini belum sampai ke tahap yang menunjukkan
kedudukan sebenar sistem sosial tersebut dapat dilihat dengan jelas
oleh kelas buruh.
Teori Masyarakat Majmuk
Furnivall (1948) dan Smith (1965) mengutarakan konsep masyarakat
majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara, kawasan
wujudnya satu rantai manusia - orang Eropah, Cina, India, dan berbagai-
bagai kumpulan anak tempatan. Furnivall menjelaskan bahawa mereka
bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan berpegang pada
agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Mengikut
beliau, sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, semasa
membeli dan menjual. Wujud satu masyarakat plural dengan pelbagai
bahagian komuniti hidup sebelah-menyebelah, tetapi berasingan, dalam
unit politik yang sama. Dalam bidang ekonomi pembahagian buruh
berlaku mengikut garisan ras (Furnivall 1948).
Kuper (1974, 1977) berpendapat bahawa teori struktural fungsionalisme
dan Marxisme tidak menjelaskan ciri-ciri utama masyarakat yang dipisahkan
oleh batas etnik dan ras. Menurut Kuper lagi, kita boleh membuat deduksi
tentang teori masyarakat majmuk dengan mengandaikan teori kelas boleh
menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat. Dalam hal
Potret Hubungan Etnik 41
ini, bentuk ikatan utama dan konlik yang akan timbul adalah hasil hubungan
kumpulan dengan cara pengeluaran dalam ekonomi.
Teori Kuper tentang hubungan ras dalam masyarakat majmuk adalah
berdasarkan usul:
• Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang
boleh dibezakan mengikut fenotaip, berada di tempat berbeza dalam
susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik pada tahap yang berbeza,
akan dikenali sebagai masyarakat majmuk dan berbeza daripada masyarakat
berkelas. Dalam masyarakat majmuk, hubungan politik mempengaruhi
hubungan cara pengeluaran dan lebih berpengaruh jika dibandingkan
dengan hubungan sebaliknya.
• Apabila konlik berlaku dalam masyarakat majmuk, konlik berkenaan
mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
• Kategorirasdalammasyarakatmajmukditentukanolehsejarah;dankategori
berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konlik antara kumpulan.
Teori Pasaran Buruh Terpisah
Teori Bonacich (1972) bermula daripada kesedaran terhadap perbezaan kuasa
dalam pasaran buruh yang boleh melahirkan pertelingkahan antara golongan
buruh kulit putih dan kulit hitam. Teori Bonacich boleh dibentangkan seperti
berikut:
• Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik, yakni kumpulan
ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan daripada buruh murah mengikut
ciri-ciri etnik (ciri-ciri ras juga diambil kira).
• Terdapat tiga kelas utama yang mempunyai kepentingan yang berbeza:
i. Ahli kelas peniaga berkehendakkan buruh murah dan lemah untuk
bersaing dengan peniaga-peniaga lain.
ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi diancam oleh kewujudan buruh murah.
iii. Kelemahan kuasa kelas buruh murah menakutkan buruh bergaji tinggi
kerana mereka ini mudah dikuasai oleh kelas peniaga.
iv. Kelas buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk mengukuhkan
kedudukan mereka dengan cara mendesak agar buruh murah
dikeluarkan dari kawasan mereka, atau berpegang kepada susunan
kasta yang meletakkan kelas buruh murah kepada pekerjaan tertentu
dan bergaji kecil.
42 Hubungan Etnik
Pertelingkahan etnik terjadi kerana wujud persaingan berdasarkan
harga buruh yang berbeza. Pertelingkahan etnik ialah manifestasi konlik
kelas antara yang bergaji tinggi dengan yang bergaji rendah dalam kelas
buruh.
Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik
Pendekatan teoretis yang cuba meneliti realiti sosial dengan cara melihat
pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan
dipopularkan, antara lain oleh Sowell (1975), Schelling (1978), Banton
(1997) dan Mansor (2000). Teori pilihan rasional tentang hubungan
etnik mengandaikan bahawa:
• Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.
• Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan
kedudukan sosial.
• Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan
kepercayaan terhadap kelompok sebayanya.
• Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan
pilihan yang lain akan tertutup.
• Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,
individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat
dengan individu lain yang terlibat.
• Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,
maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan
kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks
sejarah budaya masyarakat tersebut.
• Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai
dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan
berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.
• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan
kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat
terbuka.
• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif
berdasarkan warisan izikal, batas kumpulan bersifat tertutup.
Potret Hubungan Etnik 43
Teori Pertukaran Sosial
Teori ini berkembang daripada bidang psikologi dan sosiologi. Tokoh
utama teori ini ialah John W. hibaut dan Harold H. Kelly. Teori ini
membuat percubaan bagi mengintegrasikan teori tingkah laku, iaitu
pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan denda berdasarkan
prinsip-pinsip ekonomi klasik. Teori pertukaran sosial melihat manusia
terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan
dan meminimumkan kos. Aktiviti-akitiviti seperti pekerjaan,
percintaan, perkahwinan dan persahabatan akan hanya berterusan jika
menguntungkan kedua-dua pihak. Inti pati teori pertukaran sosial
melihat manusia sebagai makhluk yang rasional.
Teori ini menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial
kerana dalam kebanyakan kes, manusia cuba memenuhi keperluan diri
hanya dengan atau melalui kerjasama dengan individu lain. Atas dasar
ini, proses pertukaran sosial manusia memerlukan tolak ansur yang
menghasilkan pergantungan sosial. Manusia dapat mengatur tindakan
mereka dan menghasilkan ganjaran dengan mengurangkan kos.
Manusia rela melibatkan diri dalam perhubungan jangka panjang dan
akan terus melibatkan diri dalam pertukaran sosial bagi mencapai hasil
yang memuaskan.
Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Teori yang dipelopori oleh Brofenbrenner (1986, 1997) ini percaya
bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya
di sekeliling. Teori ini melihat persekitaran ekologikal manusia
berdasarkan hubungannya dengan konteks individu itu berinteraksi.
Beliau membahagikan persekitaran ekologikal tersebut kepada lima
sistem, iaitu sistem mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem
dan kronosistem sebagaimana ditunjukkan dalam gambar rajah 2.1.
Sistem ini saling terangkum dengan persekitaran yang paling dalam atau
dekat sebagai tempat individu tersebut berkembang.
44 Hubungan Etnik
Mikrosistem
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat, seperti kanak-kanak
mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak
masa. Contohnya, interaksi kanak-kanak di dalam keluarga, dengan
ibu bapa dan adik-beradik. Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan
agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.
Sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan kehidupan seorang
kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku
kanak-kanak. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosioekonomi
sesebuah keluarga akan mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak.
Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan penting
sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Mereka merupakan faktor
mendorong yang penting kepada kewujudan suasana harmoni.
Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu
mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang
lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah
laku dan personaliti individu ketika berada di sekolah. Individu yang
mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke
sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan
implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
Eksosistem
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung, tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang
dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Hal ini menunjukkan
bahawa pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang
lain. Umpamanya, persekitaran sekolah terutamanya dalam aspek
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan
di tempat-tempat membeli-belah secara tidak langsung akan
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Potret Hubungan Etnik 45
Makrosistem
Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi
oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya, dalam
sesetengah masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock
2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan
tanggungjawab yang lebih dominan seperti diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan berbanding kaum perempuan kerana golongan perempuan
dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan
yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada
dalam pemikiran konservatif, mereka menganggap pendidikan tidak
penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur
sahaja.
Kronosistem
Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Misalnya, kanak-kanak pada masa kini lebih fokus kepada permainan
berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah
negara seperti permainan internet dan memuat turun maklumat melalui
internet. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka
hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau
dan gasing.
Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi
implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak
aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta
berpandangan jauh. Namun begitu, setiap kemajuan terdapat juga kesan
negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar
kerana kehidupan mereka adalah bersama komputer. Selain itu, anasir-
anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah
negara semakin maju.
46 Hubungan Etnik
RAJAH 2.1: Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Kerangka Konseptual
Konsep ras dan etnisiti biasa digunakan untuk merujuk kepada ahli-
ahli yang berkongsi keturunan atau nenek moyang yang sama. Perasaan
kekitaan akan terbentuk dalam kalangan mereka yang menganggap
mereka berkongsi keturunan atau nenek moyang yang sama.
Kepercayaan dilihat membentuk kumpulan sosial atau kategori sosial
yang akan membeza-bezakan antara satu sama lain. Oleh itu, dalam
bidang pengajian etnik, penggunaan konsep etnik dan konsep ras kerap
disilihgantikan walaupun deinisi kedua-dua konsep ini adalah berbeza.
Penggunaan konsep-konsep ini agak berbeza dalam keadaan popular
dan secara akademik. Ahli sosiologi juga melihat dan menghuraikan
konsep-konsep ini dalam pelbagai dimensi yang berbeza. Dalam usaha
mendapat pemahaman yang lebih meluas berkenaan konsep etnik dan
ras, deinisi oleh pelbagai ahli sosiologi akan dibincangkan.
Potret Hubungan Etnik 47
Ciri-ciri Kumpulan Ras
Ras
Ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi dan
dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis 1998). Pada suatu
ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid,
Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan perbezaan
izikal seperti warna kulit, warna rambut dan rupa bentuk. Bagaimanapun,
pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang
terdapat golongan yang sukar diklasiikasikan ke dalam mana-mana
kumpulan ras. Hal ini disebabkan manusia sentiasa bergerak, bersosial,
berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku.
Menurut Academic American Encycopedia Vol. 16 (1991), ras bukan
sahaja dideinisikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang
mewarisi ciri-ciri selain daripada warna kulit dan rupa bentuk yang tertentu
tetapi juga tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual yang tertentu.
Pengertian sedemikian menyebabkan sesetengah manusia menganggap
kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain. Penyalahgunaan
konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan
diskriminasi antara golongan tertentu.
Bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of
Religion. Sebaliknya menurut Encyclopedia of Religion Vol. 12 (1987),
manusia tidak sepatutnya dikelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam
satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih
handal daripada yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit,
rupa bentuk dan sebagainya. Pada hakikatnya, ras memang sukar untuk
dideinisikan dengan jelas dan tepat kerana telah berlaku campur aduk
golongan yang tulen disebabkan migrasi dan perkahwinan campur.
Oleh hal demikian, ramai pakar sosiologi berpendapat ras bukan satu hakikat
biologi, tetapi dibentuk oleh masyarakat supaya fahaman perkauman dapat
disemarakkan berdasar ciri-ciri izikal yang “inferior” atau “superior”. Mereka
juga berpendapat bahawa konsep ras ini ialah konsep sosiopolitik dan bukan
konsep saintiik, dan mereka mencadangkan supaya konsep ini tidak lagi diguna
pakai sebagai konsep saintiik (littleield et.al 1982). Justeru, ras boleh dikatakan
satu konstruk yang dibentuk oleh masyarakat, dan mengikut ahli biologi yang
lain, sebenarnya hanya terdapat satu kategori ras iaitu ras manusia.
48 Hubungan Etnik
Rasisme
Rasisme merupakan satu ideologi atau kepercayaan yang diwujudkan
untuk membuat justiikasi atau penjelasan secara rasional supaya
wujudnya ketidaksamarataan dalam kalangan etnik yang berbeza.
Rasisme juga ditakrikan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain
berdasarkan ciri-ciri izikal dan biologinya. Mengikut Banton (1970),
ideologi rasisme dibentuk berdasarkan tiga fahaman yang berikut:
• Manusia boleh dibahagikan secara semula jadi berdasarkan ciri-ciri
izikal.
• Ciri-ciri izikal ini berkaitan rapat dengan budaya, personaliti dan
kebijaksanaan seseorang itu.
• Oleh sebab keturunan genetik ini, wujudnya kelompok yang lebih
tinggi kedudukan sosialnya berbanding dengan kedudukan sosial
kelompok yang lain.
Rasisme wujud pada dua tahap, iaitu pada tahap individu dan tahap
institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan
bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras
yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat institusi pula
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.
Ciri-ciri Kumpulan Etnik
Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada
warisan sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya,
adat, bahasa, agama dan negara asal nenek moyangnya. Kumpulan etnik ialah
kumpulan yang ahlinya memiliki satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri.
Mengikut Yinger (1994) etnik ialah satu kumpulan yang wujud dalam erti kata
sebenar apabila satu segmen daripada masyarakat besar dilihat oleh orang lain
sebagai berbeza dengan beberapa kombinasi dalam ciri-ciri berikut – bahasa,
agama, ras dan negara nenek moyang bersama adat dan kebudayaan yang
berkaitan. Mengikut beliau, ahli-ahli kumpulan ini pun melihat diri mereka
sedemikian, dan mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang dikongsi bersama
berdasarkan asal usul keturunan atau kebudayaan yang sama.
Potret Hubungan Etnik 49
Pandangan Yinger ini ada kaitan dengan pemerhatian umum
semenjak dulu yang memperlihatkan ahli-ahli keluarga sering kali
serupa antara satu sama lain dari segi rupa paras dan tingkah laku jika
dibandingkan dengan mereka yang tiada ikatan keluarga.
Mengikut Martin (2003) pula, etnik ialah satu kumpulan manusia
yang wujud sebagai sebahagian daripada satu masyarakat yang lebih
besar dengan ahli-ahli kumpulan ini mengamalkan budaya yang agak
seragam. Dalam kalangan ahli kumpulan ini mereka mempunyai rasa
kekitaan dan etnosentrik kerana mereka berkongsi pertalian darah yang
sama. Kesimpulannya, etnik boleh dideinisikan sebagai sekelompok
manusia yang mengamalkan budaya termasuk adat resam, bahasa, agama
yang seragam dan berasal dari negara nenek moyang yang sama.
Etnosentrisme
Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud
dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan
etnisiti mereka adalah yang paling baik berbanding dengan kumpulan
etnik yang lain (Dale, Romo dan Harriett 1998). Martin (2003) pula
melihat etnosentrisme sebagai kecenderungan sesuatu kumpulan etnik
untuk menilai kumpulan etnik yang lain berdasarkan kedudukan dan
nilai etniknya sendiri.
Meneliti Konsep ras dan etnik di Malaysia
Amalan mengaitkan konsep ras dengan warisan izikal dan etnik dengan
warisan kebudayaan individu sudah diterima pakai secara meluas.
Namun demikian, batas dalam sesuatu kumpulan etnik dan ras tidak
begitu jelas dan tetap seperti yang diandaikan oleh orang ramai. Kedua-
dua konsep ini sering bertindih dan maknanya adalah kabur. Oleh itu,
seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-ciri izikalnya atau
warisan kebudayaan dan nenek moyangnya.
Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga
boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras dan perkara
ini biasa berlaku di dalam sebuah masyarakat pelbagai etnik seperti
Malaysia. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri warisan izikal
sesuatu kaum, seperti warna kulit berubah. Malah, perkahwinan campur
50 Hubungan Etnik
antara etnik Cina dengan etnik India di Malaysia pun melahirkan anak
yang menyerupai “orang Melayu” dan hal ini juga memberikan kesan
kekaburan kepada batas ras orang Melayu. Dari segi budaya juga, etnik
Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Iban, Bidayuh, dan sebagainya
banyak meminjam unsur budaya, seperti bahasa, pakaian, makanan, dan
agama antara satu sama lain.
Sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa alam Melayu
sebelum kedatangan penjajah barat telah berjaya membina masyarakat
pelbagai budaya apabila wujudnya hubungan silang budaya yang
berteraskan konsep permeable ethnicity dan canopy ethnicity. Kumpulan
etnik di alam Melayu seperti Melayu, Jawa, Minangkabau, Banjar, Bajau,
Kadazan Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Bugis dan kumpulan
etnik tempatan yang lain didapati tidak memiliki batas etnik yang
tertutup. Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud
hubungan silang kumpulan yang menyebabkan ciri-ciri kumpulan
pinjam-meminjam hingga terbina integrasi budaya dan sosial antara satu
etnik dengan etnik yang lain.
Gambaran yang sama didapati berlaku juga dengan masyarakat
Arab, Cina, Portugis dan India yang berhijrah ke alam ini. Akibat
daripada hubungan melintasi batas kumpulan dan konsep kumpulan
etnik yang berubah-ubah, kumpulan migran ini juga didapati melalui
proses integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat hingga
lahir subkelompok seperti Jawa Peranakan, Peranakan, Baba Nyonya dan
Chettiar dalam kalangan mereka (Coppell 1997).
Walaupun daripada deinisi akademik, terdapat perbezaan
terutamanya dari segi budaya antara kumpulan etnik sehingga wujudnya
batas-batas etnik, tetapi batas-batas etnik ini bukannya sesuatu yang
tetap. Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas-batas etnik
ini dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status dan
sosial. Sebagai contoh, seorang etnik Melayu menghantar keretanya
untuk diservis di sebuah bengkel kereta milik etnik Cina atas banyak
kemungkinan; bengkel kereta etnik Cina tersebut mungkin lebih cekap,
lebih cepat, dekat dengan rumahnya atau etnik Cina itu adalah kawan
baiknya. Contoh lain ialah etnik Cina dan etnik India suka membeli nasi
lemak daripada etnik Melayu serta etnik Melayu dan etnik Cina pula suka
membeli cendol daripada etnik India. Hal ini juga mungkin disebabkan
nasi lemak yang dimasak oleh etnik Melayu adalah lebih tradisional
Potret Hubungan Etnik 51
dan lebih sedap. Cendol yang dibuat oleh etnik India juga kemungkinan
lebih sedap daripada yang dibuat oleh etnik Melayu dan etnik Cina.
Berdasarkan contoh yang diberikan, adalah jelas bahawa aktiviti harian
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi
semata-mata oleh pengiraan etnik atau batas-batas etnik yang sedia ada.
Setiap kumpulan etnik mempunyai kekuatan dan keunikan
masing-masing dalam pelbagai aspek kebudayan dan sosioekonomi.
Kepelbagaian inilah yang dapat mewujudkan satu hubungan yang positif
antara kumpulan etnik kerana mereka saling melengkapi. Satu hubungan
simbiosis atau saling kebergantungan wujud dan juga menipiskan batas-
batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks, iaitu
hubungan tidak lagi terhad kepada pengiraan etnik sahaja. Dalam suasana
sosial sebegini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni.
Bagaimanapun, harus diakui bahawa realiti sosial tentang hubungan
etnik dan ras serta pengkategorian kumpulan memang wujud dalam
masyarakat. Pengkategorian ini bukan sesuatu yang dipaksa melalui faktor
semula jadi semata-mata, tetapi masyarakat sebenarnya mempunyai
pilihan sama ada menebalkan atau menipiskan, malah melenyapkan
batas-batas etnik ini dengan mengenali dan mengakui kelebihan dan
kekuatan setiap kumpulan etnik tersebut.
Perbahasan tentang aplikasi konsep etnik dan ras di Malaysia
menjelaskan bahawa manusia mempunyai ciri kepelbagaian yang tidak
terbatas dan ciri-ciri sesuatu kumpulan itu sering bertindih dengan
kumpulan-kumpulan yang lain. Perkara ini menunjukkan walaupun
masyarakat awam mengaitkan konsep ras dan etnik dengan persamaan
ciri-ciri warisan izikal dan kebudayaan, namun batas-batas kumpulan
ini sebenarnya ditentukan oleh satu set persetujuan sosial dalam
masyarakat itu sendiri. Tanpa mengira ketulenan batas izikal dan etnik
yang dapat diperhatikan, manusia akan bertindak berlainan berbanding
dengan ahli-ahli daripada kumpulan sosial itu atas sebab kepentingan
dan perkiraan sosial dalam masyarakat itu sendiri. Logik analisis ini
telah menyebabkan pelajar hubungan ras dan etnik berpegang kepada
pendapat bahawa konsep ras dan etnik lebih bersifat sosiopolitik yang
diakui pelbagai pihak sebagai model hubungan etnik antara yang terbaik
di dunia.
52 Hubungan Etnik
Budaya
Budaya dideinisikan sebagai satu sistem pemahaman dan kelakuan yang
diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain (Carter
dan Qureshi 1995). Budaya meliputi semua adat, nilai dan tradisi yang
dipelajari daripada persekitarannya (Sue dan Sue et.al 1990). Mengikut
Sodowsky (1991), dalam setiap budaya, masyarakatnya berkongsi nilai
adat, tabiat dan ritual yang sama merangkumi sistem penglabelan, dan
penilaian; sikap sosial; persepsi berkenaan kemanusiaan, alam semula
jadi, hubungan antara perseorangan, simbol, kesenian dan artifak
yang sama. Oleh itu, budaya memainkan peranan sebagai pengaruh
penggabungan yang dapat menggabungkan aspek-aspek kehidupan yang
berbeza untuk membentuk satu kehidupan yang logik dan menyeluruh.
Budaya sentiasa berubah dan saling bergantung kepada
persekitarannya. Menurut Venkatesh (1995) tiada satu budaya yang tidak
berubah. Tambahan pula, budaya ialah satu fenomena yang dipelajari,
individu dan kumpulan boleh mengubah identiti etnik atau budaya
mereka melalui pelbagai proses seperti migrasi, konversi, asimilasi atau
melalui agen-agen perubahan yang lain (Smedley 1993).
Harry (1992) pula mengatakan perkara yang penting untuk difahami
mengenai budaya adalah kelakuan sosial seseorang berasal daripada
budayanya. Oleh itu, budaya dapat memberikan identiti kepada sesuatu
kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Terdapat dua peranan
utama bagi pembentukan sesuatu budaya. Pertama, membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan kedua,
memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental. Manusia sendiri membentuk budaya
dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu
sendiri (Aziz 2001). Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri, iaitu budaya
perlu dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah, mempunyai
unsur simbolik dan adanya pandangan semesta.
Dalam satu masyarakat pelbagai budaya seperti Malaysia, interaksi antara
budaya biasanya menjadi faktor pengubah. Sebagai contoh, cara masakan etnik
Cina di Malaysia adalah agak berbeza dengan cara masakan etnik Cina di Tanah
Besar China. Etnik Cina di Malaysia menggunakan lebih banyak cili dan rempah
dalam masakan mereka berbanding dengan etnik Cina di Tanah Besar China. Ini
kerana budaya pemakanan etnik Cina di Malaysia telah berubah akibat interaksi
dan asimilasi dengan budaya pemakanan etnik Melayu dan India di Malaysia.
Potret Hubungan Etnik 53
Konsep Stereotaip, Prejudis dan diskriminasi
Stereotaip
Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan
etnik, sama ada berbentuk negatif ataupun positif. Contoh kenyataan
positif seperti orang Melayu bersikap peramah, orang Cina pandai
Matematik dan orang India juara dalam lumba maraton. Dengan kata
lain, stereotaip ialah gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu
perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan
etnik oleh etnik lain. Oleh itu untuk mengelakkan berlaku sikap streotaip
terhadap sesuatu etnik pemahaman terhadap budaya etnik lain perlu
dihayati.
Setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaip masing-
masing terhadap kumpulan etnik yang lain. Fikiran stereotaip ini wujud
daripada pengalaman dalam kehidupan seharian setiap etnik sehingga
membentuk imej atau label terhadap kumpulan etnik yang lain. Stereotaip
negatif akan menimbulkan perasaan negatif dalam kalangan masyarakat
dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan
semangat perkauman yang menebal. Daripada ikiran stereotaip negatif
akan memberikan kesan kepada perasaan, kepercayaan dan perangai
yang negatif seperti prejudis dan diskriminasi terhadap kumpulan etnik
lain.
Prejudis
Prejudis ditakrikan sebagai kepercayaan dan perasaan negatif mengenai
ahli atau kelompok etnik lain. Lazimnya, pandangan atau kepercayaan
ini bersifat umum dan tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau
mencukupi. Prejudis wujud berdasarkan satu imej mental, biasanya
kurang memuaskan terhadap kumpulan etnik atau ahli-ahli kumpulan
etnik tertentu. Sebagai contoh, seorang murid India berkata: “Saya tidak
mahu diajar oleh cikgu Melayu kerana ramai kawan mengatakan bahawa
cikgu Melayu adalah malas,” atau seorang usahawan Melayu berkata dia
tidak suka berniaga dengan orang Cina dan orang India kerana daripada
pendapat kawan-kawannya, orang Cina dan orang India adalah tidak
jujur.
54 Hubungan Etnik
Daripada contoh tersebut dapat dilihat bahawa prejudis terhadap
kumpulan etnik lain boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
i. Prejudis kategori - seseorang yang dinilai berdasarkan keahlian
dalam sesuatu kumpulan etnik dan bukan personaliti individu.
ii. Prejudis yang tidak leksibel - satu penilaian yang tetap mengenai
sesuatu kumpulan etnik dan tidak menerima perubahan mengenai
pendapat sesuatu kumpulan etnik. Prejudis yang kuat terhadap
kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh
diberikan bagi membuktikan bahawa pemahanan tersebut adalah
salah.
Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain. Kesan terhadap sikap prejudis
semakin mudah dilihat sehingga berlakunya diskriminasi apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek
politik, ekonomi ataupun sosial.
Diskriminasi
Diskriminasi merujuk kepada layanan buruk sesuatu kumpulan etnik
terhadap kumpulan etnik lain, biasanya oleh kumpulan etnik dominan
terhadap kumpulan etnik minoriti. Diskriminasi akibat daripada
prejudis, layanan yang buruk diberikan kepada seseorang berdasarkan
keahliannya dalam sesuatu kumpulan etnik dan bukan atas dasar perilaku
peribadinya. Diskriminasi dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif seseorang atau sekumpulan etnik terhadap kumpulan
etnik lain, iaitu akibat pandangan stereotaip dan ikiran prejudis.
Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi bentuk
mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba
mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan.
Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan
kerja, serangan izikal secara terbuka atau percubaan penghapusan
sesebuah kumpulan etnik.
Potret Hubungan Etnik 55
Kerangka Teoretis
Dari segi kerangka teoretis, teori masyarakat majmuk oleh Furnivall
masih dijadikan bahan rujukan untuk membicarakan hubungan etnik
di Malaysia. Namun, kajian oleh Coppel (1997) dan Hefner (2001)
membuktikan kumpulan etnik memang wujud, tetapi gambaran bahawa
mereka hidup terpisah, dan hanya bertemu semasa membeli barang di
pasar perlu diteliti kembali. Di samping memiliki parameter kumpulan
etnik masing-masing, etnik Melayu, KadazanDusun, Bajau, Bidayuh,
Iban, Cina, India, dan lain-lain didapati telah menerima budaya setempat
dan tidak hidup terpisah seperti yang digambarkan dalam model
masyarakat majmuk Furnivall.
Amalan oleh setiap ahli kumpulan untuk terikat dengan etnik
dominan adalah berdasarkan budaya, bahasa, dan agama setempat.
Amalan tersebut mengikat dan mengurangkan jarak hubungan antara
kumpulan etnik di negara berkenaan sehingga di sebalik kemajmukan
masyarakatnya, hubungan yang harmoni dan bersatu padu dapat
diwujudkan.
Namun demikian, kewujudan amalan hubungan berteraskan etnik
di peringkat kumpulan juga kadangkala dapat merenggangkan dan
menimbulkan konlik antara mereka. Dalam suasana ini, tidak dapat
dinaikan bahawa hubungan etnik di Malaysia lebih mudah dicorakkan
oleh hubungan politik berbanding dengan kedudukan ekonomi (Leo
1974; Horowitz 1989). Selain perkiraan pasaran, struktur masyarakat dan
politik, Malaysia juga meletakkan mekanisme politik sebagai alat untuk
mengagihkan sumber material dan kedudukan sosial.
Masyarakat Malaysia selepas era DEB telah mengalami beberapa
perubahan hingga jurang pendapatan antara etnik telah dikurangkan,
kemiskinan telah hampir dibasmikan dan budaya hidup kelas menengah
menjadi kenyataan (Chamhuri 2005). Transformasi sosial ini menipiskan
batas etnik dalam kalangan rakyat pelbagai etnik dan tingkah laku
mereka lebih dicorakkan oleh perkiraan ganjaran material, status sosial,
dan ikatan sosial berbanding dengan perkiraan kepentingan etnik (Abdul
Rahman 2001; Savaranamuttu 1992).
Hal ini bermakna batas etnik wujud tetapi bersifat sekunder. Dalam
kehidupan harian, perkiraan etnik tidak menjadi perkiraan utama.
Malahan perkiraan peribadi lebih diutamakan. Senario hubungan etnik
ini lebih dapat diperhatikan di barat Semenanjung. Di utara dan timur
56 Hubungan Etnik
Semenanjung, perkiraan agama lebih diutamakan, manakala di Sabah
dan Sarawak, isu kewilayahan lebih berpengaruh sebagai perkiraan asas
kepada tindakan berbentuk kumpulan (Mansor 2004). Maksudnya, tiada
satu kerangka teori yang boleh menggambarkan kedudukan hubungan
etnik di Malaysia. Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia adalah
bersifat kompleks dan berbeza, menunjukkan bahawa konsep etnisiti
telah mempunyai kedinamikan yang tersendiri.
Konsep etnisiti boleh menjadi penyebab dan boleh juga menjadi
akibat. Jika etnisiti itu adalah cenderung kepada akibat, batas etniknya
akan menjadi tebal, dan perkiraan etnik boleh terbentuk oleh perkiraan
risiko dalam perjalanan masyarakat. Hal ini menunjukkan beberapa
masalah yang wujud dalam perjalanan masyarakat seperti kesan
pembangunan, tadbir urus negara dan lain-lain yang tidak diingini yang
telah berlaku dan perlu diberikan tumpuan dalam kajian, bukan sekadar
memberi penumpuan kepada parameter etniknya sahaja. Namun
sekiranya etnisiti tersebut merupakan penyebabnya, hal ini bermakna
pengaruh ilmu kolonial tentang konsep ras masih diguna pakai dalam
penganalisisan masyarakat walhal kemampuan konsep tersebut untuk
menjelaskan realiti sosial pada masa kini sudah ditolak oleh para sarjana.
Kedatangan penjajah Barat telah membawa konsep ras atau
diterjemahkan sebagai bangsa dalam bahasa Melayu dan digunakan
untuk mengkategorikan kumpulan pelbagai etnik dalam pentadbiran dan
wacana politik di negara ini. Mereka telah mengamalkan konsep ras yang
ditafsirkan secara tertutup berdasarkan ikatan darah dan mempunyai
implikasi superioriti ras dan rasisme (Banton 1983). Masyarakat disusun
atur dengan memberi peranan untuk orang kulit putih berada di atas
susun lapis masyarakat, sementara orang Cina, India, Melayu dan
bumiputera lain berada di stratiikasi bawah. Orang kulit putih diberi
ruang ekonomi dalam perdagangan bijih timah dan getah, manakala
orang Cina diletakkan sebagai buruh dalam mengusahakan kegiatan
timah dan perniagaan. Orang India dijadikan sebagai buruh di estet-estet
getah, pembinaan infrastruktur bangunan dan jalan, manakala orang
Melayu dijadikan sebagai pentadbir bawahan, petani dan nelayan sahaja.
Mengikut Horowitz (1989), konsep ras dan status sosial diguna pakai
oleh penjajah Inggeris demi mengukuhkan kepentingan ekonomi dan
kuasa mereka di negara ini. Kaedah pemerintahan yang menggunakan
falsafah pemerintahan pecah dan perintah telah mengubah bentuk
Potret Hubungan Etnik 57
hubungan etnik yang terbina di alam Melayu hingga jelas kelihatan
bentuk pekerjaan oleh sesuatu etnik adalah terpisah-pisah mengikut
kumpulan etnik.
Kepelbagaian dan ketidakseragaman hidup dari segi budaya, bahasa
dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini sudah boleh
diterima, diperakui dan diraikan. Malahan sudah wujud ruang sosial
yang luas dengan perkongsian pendapat awam lebih terbina dalam
kalangan rakyat pelbagai budaya jika dibandingkan dengan perbezaan
antara mereka. Jika ada perbezaan pendapat, perkara ini boleh diterima
tanpa mempengaruhi hubungan sosial yang sudah terbina harmoni
antara mereka.
Namun demikian, ada juga pihak yang mengamalkan corak tingkah
laku pengelompokan etnik dalam kehidupan harian terutama pada
peringkat awal penghijrahan, pengajian di universiti dan bekerja di
tempat baharu dalam suasana yang mencabar. Pengelompokan etnik
seperti ini merupakan satu mekanisme proses penyesuaian diri. Namun,
terdapat rakyat Malaysia yang memanipulasi etnik dengan bermain
dengan sentimen etnisiti dan agama kerana ingin mempertahankan
kepentingan material dan kedudukan mereka. Oleh sebab itu, rusuhan
kaum 13 Mei 1969 terjadi lebih kerana jurang ekonomi yang memisah
antara etnik dan bukan kerana perbezaan etnik semata-mata.
Pergaduhan yang berlaku seperti di Kampung Rawa, Pulau Pinang
pada 1997 dan Kampung Medan, Selangor pada 2001 antara etnik
Melayu dengan etnik India menunjukkan pengurusan kumpulan miskin
dan terpinggir di bandar perlu diberi perhatian utama jika keharmonian
etnik yang dikecapi sekarang mahu dikekal dan ditingkatkan. Inti
pati penyelesaian masalah etnik di Malaysia terletak pada tadbir urus
yang baik dalam pemerintahan negara. Acuan ekonomi negara yang
menekankan pertumbuhan ekonomi bersama pengagihan sumber
material masyarakat antara etnik, agama, wilayah, bandar dan desa
merupakan kejayaan, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat
pelbagai etnik. Formula ini perlu penyuburan yang berterusan dalam
amalan tadbir urus pihak kerajaan dan swasta yang baik dan adil dalam
pengurusan masyarakat pelbagai budaya agar insiden di Kampung Rawa,
Pulau Pinang dan Kampung Medan di Selangor dijadikan fakta dan
tinggalan sejarah konlik dalam hubungan etnik negara.
58 Hubungan Etnik
Antara prasyarat pembentukan bangsa Malaysia adalah keupayaan
amalan tadbir urus di sektor awam dan swasta yang dipastikan berjalan
tanpa meminggir, mengasing dan mengetepi individu dan kumpulan
etnik. Pengalaman hubungan etnik di Malaysia membuktikan bahawa
perbezaan etnik bukan merupakan penyebab berlakunya konlik antara
etnik, tetapi melibatkan soal masalah kemunduran, ketidaksamarataan,
kemiskinan dan kepinggiran yang melanda rakyatnya.
Dalam mengatasi kemelut dan konlik, perkara yang penting ialah
aspek pengukuhan berdasarkan pengalaman dan acuan Malaysia dalam
membina hubungan etnik yang harmoni dengan mempertingkatkan
lagi tahap kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya. Mata
pelajaran yang merangkumi kehidupan pelbagai budaya di Malaysia
juga diajar di peringkat sekolah. Pelajar sekolah perlu digalakkan untuk
mempelajari bahasa ibunda etnik lain selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Malahan mata pelajaran membina kemahiran hubungan interpersonal
yang merentasi batas budaya dan agama perlu dipertingkatkan terutama
untuk ibu bapa, guru, lapisan kepemimpinan dalam komuniti, ahli
Rukun Tetangga, media dan ahli-ahli politik.
Perkara ini penting untuk memupuk dan menyemai perasaan
kekitaan dan kefahaman terhadap kepelbagaian dalam masyarakat di
Malaysia. Kestabilan, kemakmuran dan keharmonian etnik yang dikecapi
tidak datang bergolek tetapi berlaku atas kesedaran dan kemahuan untuk
menerima perbezaan dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada
kehidupan kita. Justeru, kemampuan untuk memahami perubahan dalam
masyarakat dan memahami ciri etnisiti adalah penting bagi memastikan
pemilihan kerangka konseptual dan teoretis yang akan diguna pakai
dapat menjelaskan keharmonian dan konlik etnik di negara ini.
Konsep-konsep Tahap hubungan etnik
Pencapaian sebuah masyarakat yang berintegrasi bukan merupakan
sesuatu yang mudah. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat bermula
daripada hubungan terpisah, iaitu segregasi sehingga kepada hubungan
berbentuk sebati, iaitu amalgamasi. Bagi memahami konsep-konsep
ini dengan lebih mendalam, beberapa contoh diberikan berdasarkan
perubahan keadaan hubungan etnik di Malaysia bermula dari zaman
penjajahan sehingga kini.
Potret Hubungan Etnik 59
Segregasi
Segregasi merujuk kepada satu proses sosial yang menyebabkan
individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan
dengan individu atau kumpulan sosial lain. Pemisahan boleh berlaku
dalam beberapa keadaan – merangkumi aspek budaya, ras, agama, kelas
sosial, dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Sebagai contoh, semasa zaman
penjajahan British, kumpulan etnik Melayu, Cina dan India dipisahkan
melalui tempat tinggal yang berasingan mengikut bidang pekerjaan
masing-masing. Kumpulan etnik tersebut juga dipisahkan melalui sistem
persekolahan yang berlainan. Pemisahan atau segregasi menyebabkan
kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang
mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad.
Segregasi boleh wujud sama ada secara rela atau tanpa rela. Segregasi
secara rela merujuk kepada keadaan dalam golongan manusia yang
memencilkan diri dengan tujuan untuk berada dalam kumpulan mereka
sendiri sahaja. Segregasi secara tanpa rela timbul kerana paksaan daripada
pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure apabila kerajaan memaksa
pengasingan atau pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan
manusia dengan pelaksanaan undang-undang seperti Dasar Aparteid di
Afrika Selatan, antara tahun 1948-1994.
Akomodasi
Akomodasi merujuk kepada proses yang menyebabkan setiap kumpulan
etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang
wujud dalam sesebuah masyarkat. Kesedaran ini akan menyebabkan
setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai
budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C
merujuk kepada budaya (Ting 1987).
Pada peringkat pemerintahan, setiap kumpulan etnik dapat
melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi,
politik dan pendidikan. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia
terutamanya selepas merdeka. Pembangunan ekonomi berlaku dengan
pesat, penglibatan pelbagai etnik dalam pembangunan sosial dan
60 Hubungan Etnik
kerjasama antara etnik dalam bidang politik telah memberi lebih peluang
untuk bergaul dan hidup bersama antara kumpulan etnik yang berbeza.
Oleh hal demikian, setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan
budaya mereka dalam keadaaan harmoni dan saling menghormati.
Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain
yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu
kebudayaan etnik lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing
itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza
dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal masyarakat penerima. Konsep ini diwakili oleh formula A +
B + C = A** + B** + C**. A**, B** dan C** merujuk kepada budaya etnik
lain yang telah diterima dan diolah mengikut kebudayaan sendiri.
Dalam sejarah tamadun manusia sering berlaku pertemuan atau
pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan sehingga menyebabkan
proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman
digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur
kebudayaan sendiri. Proses akulturasi boleh berlaku sepanjang hayat.
Sejak lahir, manusia mula belajar dan mengadaptasi budaya yang paling
dekat dengan mereka seperti ahli keluarga. Proses ini dikenali sebagai
sosialisasi primer, diikuti dengan proses pembelajaran dan penerimaan
unsur-unsur baharu. Adaptasi ini akan terus berlaku dengan masyarakat
yang lebih besar yang dikenali sebagai sosialisasi sekunder.
Dalam konteks Malaysia, apabila masyarakat pelbagai etnik sudah
lama tinggal bersama di sesuatu kawasan perumahan yang sama atau
sudah lama bekerja bersama di sesuatu tempat, mereka mula pinjam-
meminjam budaya atau bahasa dalam kalangan mereka. Sekiranya
semakin kerap peminjaman budaya itu berlaku, maka semakin rapat
hubungan antara etnik itu terjalin. Contohnya, pemakaian baju kurung
dalam kalangan perempuan bukan Melayu, fesyen baju kurung yang
disertai dengan potongan dan butang baju Cheong Sam, pemberian
angpau pada Hari Raya Aidilitri, makan nasi ayam di Chicken Rice
Shop, mi Wantan di Old Town Cofee House, budaya memakan
Potret Hubungan Etnik 61
makanan ala barat seperti makanan segera McDonald, perkataan ta pau,
tosei dan rojak. Berlaku proses mengolah semula ke atas unsur budaya
yang diambil daripada etnik lain contohnya dalam aspek makanan
seperti ‘dimsum’ dan ‘kuetiau’ yang popular bagi etnik Cina. Makanan
ini juga digemari oleh etnik lain yang beragama Islam di Malaysia dan
telah dilakukan ubah suai dalam penyediaan makanan tersebut untuk
memenuhi konsep halal. Dalam hal ini akulturasi yang berlaku dalam
sesebuah masyarakat pelbagai etnik memperlihatkan keazaman masing-
masing untuk menyesuaikan dan memanfaatkan kepelbagaian dalam
kehidupan harian mereka.
Asimilasi
Istilah ini merujuk kepada satu proses apabila kumpulan minoriti
atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti
kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Menurut Ting
(1975), asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok yang berikir,
berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan
sosial serta budaya yang sama. Asimilasi boleh juga dideinisikan sebagai
proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Oleh itu, menurut Abramson (1980), melalui proses
asimilasi ini masyarakat akan menjadi semakin homogeneous.
Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya
penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.
Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A. A mewakili golongan
dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang Melayu di hailand mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka
(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang
hai. Di Malaysia, perkara yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh proses asimilasi. Namun,
bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba Nyonya, asimilasi berlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Menurut Gordon (1964), asimilasi boleh dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya
ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan
62 Hubungan Etnik
masyarakat tuan rumah, seperti bahasa, pakaian dan adat resam untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Asimilasi budaya
tidak semestinya bermakna bahawa kumpulan minoriti akan kehilangan
identiti etniknya. Manakala, asimilasi struktur pula ialah satu proses
apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama
dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang
lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan
etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti
kumpulan etnik majoriti. Terdapat banyak persamaan budaya antara
kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima
kumpulan etnik minoriti. Contoh asimilasi dan akulturasi ialah makanan
seperti kuih bangkit yang dibuat daripada campuran tepung sagu dan
bahan-bahan lain yang boleh dimakan bukan semasa Hari Raya sahaja,
tetapi juga semasa Tahun Baru Cina. Muruku bukan saja dihidangkan
semasa perayaan Deepavali, tetapi juga didapati dijual semasa musim
perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Kek buah yang merupakan
signature kek semasa Krismas juga dijual sepanjang tahun.
Bagaimanapun, terdapat juga keunikan dalam jenis-jenis makanan
semasa hari-hari perayaan yang tertentu yang memang menjadi simbol
perayaan etnik-etnik tertentu. Antaranya, hidangan lemang dan ketupat
serta rendang untuk Hari Raya, Yee Sang (raw ish salad) untuk Tahun
Baru Cina, dan jelebi, laddu, gheeballs semasa perayaan Deepavali.
Begitu juga makanan popular yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti
ambuyat, ayam pansoh, umai dan kek lapis Sarawak.
Amalgamasi
Amalgamasi merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi
biologi, iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi
merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan
campur antara kumpulan etnik.
Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa
generasi. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C =
D. A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam,
Potret Hubungan Etnik 63
satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai
contoh kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan
perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya
baru tanpa menurut budaya asal mereka. Fenomena perkahwinan
campur biasa berlaku terutamanya dalam konteks masyarakat pelbagai
etnik.
Kesimpulan
KebanyakankajianhubunganetnikyanglaindiMalaysiatelahmemberikan
penekanan kepada perbezaan antara etnik dan mengabaikan kewujudan
aspek persamaan, perkongsian nilai, dan sikap saling menghormati
antara etnik ini (Fatimah 1984; lee 1989 dan Mansor 1991). Kebanyakan
tingkah laku dalam kehidupan seharian juga diwarnai dengan sikap
negatif terhadap etnik lain tanpa disedari kerana sikap tersebut telah
menjadi sebati dengan diri individu. Pendedahan kepada konsep asas
hubungan antara manusia seperti stereotaip, prejudis, etnosentrisme dan
diskriminasi adalah sangat penting untuk individu menilai dirinya dalam
hubungan antara etnik terutama dalam sebuah masyarakat yang pelbagai
etnik seperti Malaysia. Pemahaman terhadap takrif konsep ini dapat
menyedarkan individu untuk mengambil tindakan bagi membetulkan
kelakuan diri sendiri supaya pandangan dan pemikiran yang sempit dan
tertutup tidak diwariskan kepada generasi muda.
Terdapat juga tingkah laku yang lebih dipengaruhi oleh nilai-nilai
bukan etnik. Perkara ini menunjukkan individu daripada kumpulan
etnik yang berbeza dapat membina hubungan yang tidak bersifat etnik;
hubungan mereka dikenal pasti sebagai hubungan sosial. Oleh hal
demikian, masyarakat umum tidak seharusnya menganggap semua
hubungan sosial antara individu daripada kumpulan etnik yang berbeza
sebagai hubungan etnik.
Perhubungan etnik hanya berlaku apabila hubungan tertentu telah
diwarnai oleh ciri-ciri sosial berdasarkan kesedaran wujudnya relativiti
budaya, saling menghormati perbezaan nilai atau adat yang mungkin
wujud antara kaum. Keadaan ini menandakan hubungan silang budaya
sudah wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di negara ini.
Perpaduan kaum telah pun terbina dan hubungan antara kumpulan etnik
secara keseluruhannya adalah harmoni.
Soalan Perbincangan
1. Berdasarkan teori hubungan etnik yang anda pelajari, bincangkan
teori yang paling sesuai diaplikasikan dalam konteks masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia.
2. Bandingkan antara konsep rasisme dan etnosentrisme.
3. Tahap-tahap hubungan etnik bermula daripada segregasi sehingga
kepada hubungan berbentuk sebati, iaitu amalgamasi. Nilaikan
kenyataan tersebut berdasarkan hujah-hujah yang relevan.
BaB 3
limpahan Kemakmuran Merentasi etnik
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan
hubungan etnik di Malaysia.
2. Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan
dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia.
3. Menganalisis interaksi antara globalisasi dengan dasar berkaitan
pertumbuhan dan agihan di Malaysia.
Pengenalan
Dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
etnik, budaya dan agama seperti di Malaysia, persoalan perpaduan
dalam masyarakat merupakan persoalan yang penting. Perpaduan
dalam masyarakat dianggap penting kerana keharmonian hidup antara
pelbagai etnik akan menyumbang kepada kestabilan sosiopolitik dalam
negara. Negara yang tidak stabil sosiopolitiknya mempunyai kesan
negatif terhadap tingkat pelaburan dalam negara tersebut. Kemerosotan
pelaburan akan memberi implikasi negatif ke atas pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi. Oleh itu, pertumbuhan dan pembangunan
ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam
sesebuah negara. Bagaimanapun, dalam usaha mencapai keharmonian
hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan politik, kekayaan negara
perlu diagihkan secara adil dan saksama. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan mana-mana kumpulan etnik berasa terpinggir daripada
menikmati faedah pembangunan yang dapat menimbulkan masalah
ketegangan dan konlik dalam masyarakat.
66 Hubungan Etnik
Di Malaysia, falsafah yang menjadi panduan kerajaan dalam
mencapai perpaduan masyarakat ialah “pertumbuhan dengan agihan”.
Falsafah ini dijadikan panduan dalam Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
dan matlamat teras serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan
dan menstruktur masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar-
dasar pembangunan negara yang terkemudian iaitu Dasar Pembangunan
Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2010).
Namun, agihan yang dimaksudkan dalam falsafah “pertumbuhan dengan
agihan” adalah berpusat kepada dimensi agihan antara etnik. Falsafah
ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan
ekonomi antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama akan dapat
dicapai.
Dalam usaha merangka erti dan falsafah “pertumbuhan dengan
agihan”, perkara ini kadangkala membawa dilema kepada pihak kerajaan.
Agenda agihan kekayaan negara dengan agenda pertumbuhan ekonomi
sering kali mempunyai kesan yang bertentangan atau mempunyai
hubungan songsang antara satu dengan yang lain. Pertumbuhan ekonomi
yang pesat dianggap penting kerana melalui ekonomi yang berkembang,
agihan akan dilakukan tanpa menjejaskan mana-mana kumpulan etnik
dalam masyarakat.
Sebaliknya, pelaksanaan agenda agihan pula dalam keadaan tertentu
dapat memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Malah, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin terbuka,
kuasa-kuasa pasaran telah melemahkan keupayaan kerajaan untuk
melaksanakan agenda agihan dengan tegas. Keadaan ini menuntut
kerajaan membuat keputusan yang sukar iaitu untuk mencari dan
memilih titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan agenda
agihan kekayaan agar pembangunan ekonomi dalam negara dapat
dimaksimumkan.
isu Sosioekonomi pada awal Kemerdekaan
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Perikatan
pada ketika itu meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah Inggeris.
Penerusan pendekatan ekonomi penjajah ini telah menghasilkan
pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi. Kadar pertumbuhan KDNK
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 67
benar ialah 4.1 peratus bagi tempoh 1956-1960, 5.0 peratus bagi tempoh
1961-1965 dan seterusnya 5.4 peratus bagi tempoh 1966-1970 (Bank Negara
Malaysia 1994). Bagaimanapun, faedah daripada pertumbuhan ekonomi
tersebut didapati tidak “menitis” kepada rakyat. Pada akhir tahun 1960-an,
hampir separuh daripada rakyat Malaysia tinggal dalam kemiskinan iaitu
sebanyak 49.3 peratus.
Isu kemiskinan menjadi semakin rencam apabila terdapat hubung
kait antara kemiskinan dengan kumpulan etnik tertentu. Sebahagian besar
daripada isi rumah miskin adalah dalam kalangan etnik Melayu. Pada
tahun 1970, sebanyak 65.9 peratus daripada etnik Melayu adalah miskin,
berbanding dengan hanya 27.5 peratus dalam kalangan etnik Cina dan 40.2
peratus bagi etnik India. Selain itu, isi rumah luar bandar mencatatkan kadar
kemiskinan yang tinggi berbanding dengan isi rumah bandar. Oleh sebab
majoriti penduduk luar bandar adalah juga etnik Melayu, maka masalah
kemiskinan dilihat sebagai masalah etnik Melayu. Walaupun terdapat etnik
Cina dan India yang miskin, dan juga orang bandar dan luar bandar yang
miskin, kemiskinan dalam kalangan etnik Melayu menjadi tumpuan. Etnik
Melayu menjadi sinonim dengan kemiskinan - orang miskin ialah Melayu
dan etnik Melayu adalah miskin.
Masalah ini dirumitkan lagi dengan ketakseimbangan yang ketara dari
segi hak milik kekayaan antara etnik. Pada tahun 1970, etnik Melayu hanya
memiliki 2.4 peratus daripada pemilikan modal saham dalam syarikat
berhad, berbanding dengan 27.2 peratus bagi etnik Cina sebagaimana
ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
JADUAl 3.1: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad di Semenanjung Malaysia
(1969- 1990)
PEMIlIKAN MODAl SAHAM 1969 1970 1975 1980 1985 1990
Bumiputera dan Agensi Amanah 1.5 2.4 9.2 12.5 19.1 19.2
Cina 22.8 27.2 n.a n.a 45.5
India 0.9 1.1 n.a n.a 33.4
lain-lain 1.2 1
Syarikat Nomini ---- -
Firma Kawalan Tempatan 2.1 6 n.a n.a - 8.5
Firma Milikan Asing 10.1 - - - 1.3 0.3
62.1 63.4 53.3 42.9 7.2 25.4
26
n.a : Tiada
Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000
68 Hubungan Etnik
Selain itu, terdapat juga ketakseimbangan yang ketara dari segi guna
tenaga dan pekerjaan antara etnik tersebut. Pada tahun 1970, hampir dua
pertiga guna tenaga dalam sektor pertama, iaitu pertanian dan perikanan
adalah etnik Melayu. Etnik Cina dan India kebanyakannya bergiat
dalam sektor kedua, iaitu perlombongan, pembuatan, pembinaan,
utiliti dan pengangkutan dan ketiga, iaitu perdagangan borong dan
runcit, kewangan, perkhidmatan awam dan lain-lain. Pekerjaan dalam
kategori profesional, teknikal, pengurusan dan jualan didominasi oleh
etnik Cina, manakala etnik Melayu kebanyakannya bekerja sebagai
petani dan pekebun kecil sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.2.
Oleh hal demikian, etnik Melayu bukan sahaja kebanyakannya miskin,
tetapi mereka juga terlibat dalam sektor pertanian sara diri dan rendah
produktiviti. Sebaliknya, etnik bukan Melayu kebanyakannya terlibat
dalam sektor perlombongan, pembuatan dan pembinaan yang tinggi
produktiviti.
JADUAl 3.2: Malaysia-Peratus Guna Tenaga Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik
(1970 -1985)
SEKTOR BUMIPUTERA CINA INDIA ETNIK LAIN
Pertanian, perhutanan, 1970 1985 1970 1985 1970 1985 1970 1985
ternakan dan perikanan 67.6 75 21.4 15.5
24.8 50.5 66.0 37.8 10.1 8.8 0.9 0.7
Perlombongan dan kuari 28.9 45.8 65.4 42.8
21.6 42.2 72.0 51 8.40 9.5 0.8 2.3
Pembuatan 48.2 72.6 18.1 10.3
Pembinaan 5.30 10.9 0.4 0.5
Elektrik, gas dan air 42.6 52.4 39.6 33.9 6.10 5.8 0.3 1.0
Pengangkutan, 32.5 15.6 1.2 1.4
penyimpanan dan 23.5 36.4 65.3 55.2
perhubungan 17.1 13 0.7 0.7
Perdagangan borong dan - 41.4 - 46.4
runcit, hotel dan restoran 10.7 7.8 0.5 0.9
48.5 66.7 35.7 24.3
Kewangan, insurans, 48.5 66.8 35.7 24.2 - 10.6 - 1.9
harta-harta dan
perkhidmatan perniagaan 14.0 8.5 1.8 0.5
14.0 8.5 1.8 0.5
Perkhidmatan kerajaan
Perkhidmatan-
perkhidmatan lain
Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.
Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara. Hal: 66
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 69
Oleh yang demikian, pada awal kemerdekaan negara, isu kemiskinan
dan agihan kekayaan negara merupakan isu yang penting. Namun, isu
ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan etnik seseorang. Seseorang itu
miskin bukanlah disebabkan etniknya, tetapi disebabkan faktor-faktor
lain yang mungkin menyumbang kepada keadaan tersebut. Sebagai
contoh, seseorang itu boleh jadi akan hidup dalam kemiskinan apabila
dia tidak mempunyai pendidikan dan kemahiran, tidak memiliki modal
atau tanah, ataupun dia merupakan orang kurang upaya. Sesiapa sahaja,
tanpa mengira etnik, jika memiliki ciri-ciri tersebut berkemungkinan
akan hidup dalam kemiskinan.
ekonomi Menjadi isu etnik
Isu kemiskinan menjadi persoalan utama pada tahun 1970-an
terutamanya dalam kalangan etnik Melayu dan wujud ketakseimbangan
ekonomi antara kumpulan etnik, khususnya antara orang Melayu
dengan etnik Cina. Namun perspektif etnik kepada masalah tersebut
merupakan perspektif yang simplistik dan sempit. Persoalan kemiskinan
dan ketaksamarataan merupakan masalah yang rencam yang tidak dapat
dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik semata-mata. Hal ini
boleh dilihat dengan jelas apabila persoalan ketaksamarataan pendapatan
diteliti. Antara tahun 1957 dengan tahun 1970, purata pendapatan benar
isi rumah didapati telah meningkat daripada RM207 kepada RM261.
Namun, ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat didapati
semakin melebar. Perkara ini ditunjukkan oleh peningkatan koeisyen
Gini daripada 0.412 kepada 0.513. Maknanya, jurang pendapatan antara
yang kaya dengan yang miskin bertambah luas. Dapat diperhatikan,
dalam tempoh 1957-1970, bahagian golongan 20 peratus terkaya dalam
pendapatan negara telah meningkat daripada 48.6 peratus kepada 55.9
peratus, manakala bahagian golongan 40 peratus termiskin telah merosot
daripada 15.9 peratus kepada 11.6 peratus.
Di samping itu, jurang pendapatan antara penduduk bandar
dengan penduduk luar bandar juga semakin melebar. Nisbah dispariti
pendapatan penduduk bandar dengan luar bandar meningkat daripada
1.84 pada tahun 1957 kepada 2.14 pada tahun 1970. Namun, bukan
sahaja ketaksamarataan pendapatan semakin melebar antara penduduk
bandar dengan luar bandar, tetapi jurang pendapatan juga didapati
70 Hubungan Etnik
semakin melebar dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar itu
sendiri. Malah, dapat diperhatikan bahawa antara tahun 1957 dengan
tahun 1970, ketaksamarataan pendapatan dalam kalangan penduduk
luar bandar melebar dengan drastik. Maknanya, ketaksamarataan
pendapatan dalam kalangan penduduk luar bandar meningkat lebih
cepat daripada ketaksamarataan pendapatan dalam kalangan isi rumah
bandar.
Hal ini bermakna, agihan pendapatan dalam kalangan kumpulan
etnik, sama ada di bandar atau di luar bandar, semakin melebar, dan
didapati lebih menonjol dalam kalangan etnik Melayu sama ada mereka
di bandar atau di luar bandar. Apabila indeks yang mengukur agihan
pendapatan dipisahkan kepada sumbangan ketaksamarataan antara
kumpulan dengan sumbangan ketaksamarataan dalam kumpulan,
didapati ketaksamarataan antara kumpulan etnik, menyumbang peratus
yang kecil kepada keseluruhan ketaksamarataan pendapatan. Perkara
ini bermakna sebahagian besar daripada ketaksamarataan pendapatan
dalam penduduk Malaysia adalah berpunca daripada ketaksamarataan
dalam kalangan etnik itu sendiri. Oleh itu, ketaksamarataan pendapatan
di Malaysia pada awal kemerdekaan negara adalah rencam dan tidak
mampu dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik semata-mata.
dasar ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan
bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan
ekonomi berasaskan kaum yang menjadi asas kepada penyusunan
semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki
kedudukan ekonomi selepas tragedi 13 Mei 1969 adalah berdasarkan
strategi ke arah pembentukan perpaduan nasional.
Memperbanyakkan pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan peluang pekerjaan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira kaum. Sasaran ini dapat dicapai melalui program-program
yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti. Perkembangan
peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti
yang rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Peruntukan yang lebih meluas
terutamanya dalam perkhidmatan sosial dirangka untuk meningkatkan
taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 71
Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk
membetulkan ketakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurang
dan mengetepikan pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi. Program-
program termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan
aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan
yang baru dan perwujudan masyarakat industri dan komersial Melayu di
semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya
dalam semua aspek ekonomi negara (Ahmad 1988).
Relevannya, DEB yang mempunyai agenda “serampang dua mata” bukan
setakat bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini
tetapi yang penting menandakan satu titik permulaan baru kepada etnik
Melayu untuk mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian
mahupun perniagaan.
Fokus utama DEB adalah kepada aspek pengagihan yang lebih saksama
dalam pemilikan ekuiti korporat antara bumiputera dan Melayu dengan
etnik Cina. Pelaksanaan DEB secara tidak langsung memberi konotasi
yang terbatas kepada pola pasaran bebas dalam pengurusan ekonomi
akibat campur tangan kerajaan dalam mewujudkan kelas menengah dan
golongan kapitalis Melayu (Gomez 2004).
DEB juga menyasarkan strategi ke arah mengurangkan paras
kemiskinan daripada 50 peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus
menjelang tahun 1990. Manakala kerajaan turut menyasarkan penguasaan
ekuiti dalam sektor korporat oleh bumiputera daripada 2.4 peratus pada
tahun 1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu,
penguasaan ekuiti masyarakat lain terutamanya golongan etnik Cina
dibenarkan berkembang daripada 35 peratus kepada 40 peratus manakala
pegangan ekuiti oleh bangsa asing dikurangkan daripada 63 peratus pada
1970 kepada 30 peratus menjelang tahun 1990 (Drabble 2000).
Kejuruteraan sosial dalam DEB adalah juga bertujuan mewujudkan
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Penekanan tersebut diberikan bagi membentuk kelas Melayu komersial
yang akhirnya membolehkan penyertaan Melayu dalam sektor korporat
selaras untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera daripada 1.9
peratus pada tahun 1970 kepada 30 peratus pada akhir rancangan DEB
pada tahun 1990.
Strategi penyusunan semula masyarakat sebenarnya bertujuan
mewujudkan penyertaan seimbang semua etnik dalam setiap kegiatan
ekonomi. Antara matlamat utamanya adalah pertama, mengurangkan
72 Hubungan Etnik
keadaan tidak seimbang struktur guna tenaga. Kedua, menambahkan hak
milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara termasuk
pemilikan saham sektor syarikat. Tegasnya, matlamat ini bertujuan untuk
memastikan bumiputera memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham
sektor syarikat, sementara 40 peratus oleh kaum bukan bumiputera dan 30
peratus rakyat asing. Ketiga, mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian dalam kalangan bumiputera untuk semua lapangan dan peringkat
kegiatan ekonomi moden (Nik Hashim 1989).
Matlamat dalam DEB dirangka oleh kerajaan memandangkan
ketakseimbangan ekonomi antara etnik amat ketara, terutamanya jika
perbandingan dilakukan terhadap bumiputera dengan bukan bumiputera.
Ketakseimbangan ekonomi yang wujud termasuk aspek corak dan struktur guna
tenaga, agihan pendapatan serta pemilikan modal produktif. Kesemua punca
ketakseimbangan yang wujud dan bersifat berterusan pasti tidak akan dapat
menghasilkan kemantapan mahupun kestabilan ekonomi, sosial serta politik
yang diperlukan bagi menjamin kadar pertumbuhan ekonomi yang seimbang
untuk meningkatkan taraf hidup penduduk negara ini.
Peningkatan ekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik jelas
digambarkan dalam bidang pemilikan sebagaimana yang ditunjukkan dalam
Jadual 3.3. Petunjuk dalam jadual tersebut memaparkan hanya 1.5 peratus modal
daripada syarikat yang terdapat di Semenanjung Malaysia adalah dimiliki oleh
etnik Melayu pada akhir tahun 1969, sedangkan 22.8 peratus dimiliki oleh etnik
Cina dan 62.1 peratus oleh syarikat asing yang dikendalikan menerusi cawangan
syarikat yang ditubuhkan di luar negara.
JADUAl 3.3: Pemilikan Modal Saham oleh Syarikat Berhad
di Semenanjung Malaysia (1969)
SYARIKAT BERGABUNG DI SEMENANJUNG MAlAYSIA RM (‘000) PERATUS
Melayu dan kepentingan Melayu 70633 1.5
Cina 1064795 22.8
India 0.9
Persekutuan dan Kerajaan 40983 0.5
Pencalonan syarikat 21430 2.1
Individu lain dan mengendalikan syarikat tempatan 98885 10.1
Jumlah pemilikan asing 470969 62.1
Jumlah 2909845
100
4677540
Sumber: Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 73
Berdasarkan fakta dalam Jadual 3.3, jelas menunjukkan bahawa
kekuatan dominasi dan kawalan utama ekonomi Malaysia adalah di
tangan etnik bukan Melayu, iaitu pemilikan asing dan bukannya pada
komuniti Cina. Oleh hal demikian, kerajaan memperkenalkan DEB
dengan matlamat mengurangkan kedudukan pemilikan asing dalam
negara.
Akhirnya, penjelasan yang diterima pakai kepada punca berlakunya
rusuhan etnik pada 13 Mei 1969 ialah ketakseimbangan ekonomi
antara kumpulan etnik. Justeru, pertimbangan faktor etnik menjadi
dasar yang dibentuk bagi menyelesaikan masalah agihan ekonomi
dalam memastikan golongan bumiputera Melayu tidak keciciran dalam
meningkatkan penguasaan ekonomi seiring dengan etnik lain di negara
ini.
Dalam pelaksanaan DEB, dasar campur tangan kerajaan adalah
bertujuan untuk menaikkan pendapatan masyarakat bumiputera
Melayu dengan tujuan untuk mengurangkan kemiskinan khususnya di
kawasan luar bandar. Di samping itu, kerajaan menyasarkan pegangan
ekuiti dalam sektor korporat ditingkatkan daripada 2.4 peratus kepada
30 peratus menjelang tahun 1990. Sementara itu, pegangan ekuiti
oleh etnik Cina dibenarkan sehingga 40 peratus, tetapi pegangan
ekuiti oleh golongan asing akan dikurangkan kepada 30 peratus. DEB
diperkenalkan untuk membanteras aspek kemiskinan rakyat Malaysia
dan menstrukturkan semula masyarakat sehingga dapat menangani
pengenalan etnik melalui fungsi ekonomi (Rancangan Malaysia Kedua
1971-1975).
Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) turut memberi panduan
yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan
etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2
menggalurkan hasrat kerajaan mewujudkan satu MPPB dalam satu
tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan dan
latihan, mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di bandar-bandar,
mengadakan usaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh
pengetahuan, pengalaman dan pasaran, menggalakkan penubuhan
perusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap etnik Melayu
agar cenderung ke arah membentuk budaya perniagaan dan perusahaan.
Latar belakang pengwujudan MPPB adalah imbasan daripada
pelaksanaan DEB yang dimulakan pada RM Ke-2 yang menekankan
dua strategi utama. Antara yang terpenting adalah memperbetulkan
74 Hubungan Etnik
ketakseimbangan ekonomi dan seterusnya menghapuskan pengenalan
etnik mengikut fungsi ekonomi. Sungguhpun sistem nilai dan sikap
bumiputera telah mengalami perubahan positif dalam tempoh dua
puluh tahun kebelakangan ini, namun golongan usahawan bumiputera
masih ketinggalan dari segi daya cipta, budaya niaga baik serta semangat
bekerja yang gigih.
Sepanjang pelaksanaan DEB menunjukkan galakan yang diberikan
oleh pihak kerajaan dalam usaha menaikkan status ekonomi dalam
kalangan etnik Melayu. Pelbagai insentif diadakan demi membantu
pencapaian ekonomi terutama dalam kalangan pengusaha Melayu.
Tambahan pula, banyak agensi diwujudkan oleh kerajaan untuk
memberi peluang kepada bumiputera mendapat pengalaman yang
luas serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pengusaha apabila
mengumpulkan modal yang secukupnya. Bagaimanapun, kemajuan
yang ditunjukkan oleh etnik Melayu dalam menguasai bidang
perniagaan dan perdagangan masih belum dapat menjadi ukuran
kepada pencapaian matlamat kerajaan yang sebenarnya.
Dalam aspek ekonomi politik, sememangnya kerajaan mengamalkan
dasar campur tangan dengan melaksanakan DEB dengan harapan dapat
memenuhi pencapaian ekonomi mampan antara bumiputera dengan
bukan bumiputera seterusnya merapatkan jurang dan memenuhi hasrat
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, terdapat pelbagai
langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah
penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
Di samping itu, matlamat DEB adalah ke arah mencapai perpaduan
nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk
mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara
etnik. Pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi keutamaan
kepada etnik Melayu dan juga bumiputera lain yang ketinggalan dalam
arus perdana pembangunan ekonomi. Oleh itu, DEB dianggap sinonim
dengan perpaduan nasional dalam membetulkan ketakseimbangan
ekonomi antara etnik (Mauzy 1997). Melalui DEB kerajaan
mengandaikan sekiranya jurang ketidakseimbangan ekonomi antara
etnik dapat dikurangkan, maka ketegangan dan konlik antara etnik
akan dapat dielakkan, dan seterusnya pendekatan ini akan membantu
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik
di Malaysia.
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 75
Terdapat dua objektif khusus DEB. Pertama, untuk mengurangkan
kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan membuka peluang
pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira etnik. Kedua, untuk menyusun
semula masyarakat supaya pengenalan kumpulan etnik dengan fungsi
ekonomi dapat dihapuskan (Malaysia 1991). langkah mengurangkan
kemiskinan terkandung dalam tiga strategi utama (Shireen 1988).
Pertama, meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan
menyediakan perkhidmatan sosial kepada mereka seperti perumahan,
kesihatan, pendidikan dan utiliti. Kedua, meningkatkan pendapatan
dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal,
teknologi, pemasaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran
mereka. Ketiga, membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi
membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar daripada sektor
produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi. Untuk tujuan ini,
pendidikan, latihan dan kemahiran akan disediakan untuk membantu
penyertaan golongan miskin dalam sektor ekonomi moden.
Berkaitan dengan objektif kedua, iaitu menyusun semula
masyarakat, matlamat ini akan dicapai melalui penyusunan semula
corak guna tenaga, pemilikan modal saham dalam sektor korporat dan
pembentukan MPPB. Pembentukan MPPB dianggap penting kerana
kewujudan MPPB akan memastikan penyertaan bumiputera yang
berkesan dalam sektor ekonomi moden. DEB menyasarkan penyusunan
semula masyarakat kepada tiga peringkat. Pertama, meningkatkan
bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sektor ekonomi moden.
Kedua, meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham
korporat, dan ketiga, meningkatkan bilangan usahawan bumiputera
dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan korporat. Jadual 3.4
menunjukkan objektif dan sasaran DEB.
76 Hubungan Etnik
JADUAl 3.4: Objektif dan Sasaran Dasar Ekonomi Baru
1 Kadar kemiskinan1 1970 SASARAN (1990)
Keseluruhan
Luar bandar 49.3 16.7
Bandar 58.7 23.0
21.3 9.1
2 Pemilikan ekuiti korporat
Bumiputera 2.4 30.0
Bukan Bumiputera 34.3 40.0
Orang asing 63.3 30.0
3 Bumiputera dalam guna tenaga mengikut 67.6 61.4
sektor ekonomi (peratus daripada jumlah guna 30.8 51.9
tenaga) 37.9 48.4
Primer
Kedua 47.2 50.0
Tertiari 22.4 49.3
33.4 47.9
4 Bumiputera dalam jenis pekerjaan mengikut 23.9 36.9
kategori (peratus daripada jumlah pekerjaan) 68.7 62.3
Profesional dan teknikal 31.3 52.0
Pengurusan dan pentadbiran 42.9 52.3
Perkeranian
Jualan
Pertanian
Pengeluaran
Perkhidmatan
Nota: 1Semenanjung Malaysia sahaja
Sumber: Malaysia (1991)
Bagi mencapai objektif dan sasaran tersebut, pelbagai institusi
ekonomi dan sosial telah ditubuhkan untuk membantu golongan
bumiputera (Kok 1994; Rajakrishnan 1993; Staford 1997). Agensi-
agensi kerajaan yang telah sedia ada seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FElDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Pembangunan
dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) disokong dengan
dana yang besar untuk melaksanakan dan mempercepatkan projek
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 77
pembangunan di luar bandar. Agensi yang baharu seperti Pihak Berkuasa
Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), MAJUIKAN
(Anak Syarikat lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan MAJUTERNAK
juga ditubuhkan untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti
golongan bumiputera.
Selain itu, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ditubuhkan untuk melaksanakan
projek industri dan komersial bagi menggalakkan dan membolehkan
penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi moden. Kemudahan
kredit, khidmat nasihat dan infrastruktur disediakan melalui agensi
seperti MARA, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF)
dan Bank Bumiputera. Bagi meningkatkan penyertaan dan pemilikan
bumiputera dalam ekonomi, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
telah ditubuhkan untuk menguasai dan membangunkan syarikat sebagai
amanah bagi pihak bumiputera.
Bagi memastikan matlamat penyusunan masyarakat tercapai
terutamanya dalam pemilikan ekuiti korporat, kerajaan telah menggubal
Industrial Coordination Act (ICA) pada tahun 1975. Tujuan utama kerajaan
memperkenalkan ICA adalah untuk mewujudkan penstrukturan ekuiti
dan pemilikan berdasarkan formula pembahagian 30:30:40, iaitu 30
peratus peruntukan kepada bumiputera Melayu, 30 peratus oleh bangsa
asing manakala 40 peratus dimiliki oleh etnik Cina (Snodgrass 1995).
ICA 1975 menetapkan bahawa sesebuah irma atau syarikat yang
memiliki RM100,000 atau lebih dalam bentuk syer serta mempunyai
25 orang pekerja atau lebih perlu memperuntukkan sebanyak 30 peratus
peluang pekerjaan kepada golongan Melayu bumiputera dan juga
perlu memperuntukkan 30 peratus ekuiti irma atau syarikat kepada
bumiputera Melayu (lee 2000). ICA telah dapat meningkatan aktiviti-
aktiviti perniagaan dalam kalangan bumiputera. Semua projek dan kilang
pembangunan yang mempunyai saiz tertentu harus memastikan bahawa
ekuiti bumiputera terdiri daripada 30 peratus.
Di samping itu, ICA yang diletakkan di bawah Kementerian
Perdagangan dan Industri bertanggungjawab penuh dalam soal kelulusan
dan pemberian lesen, pemilikan, penggajian dan pengambilan pekerja,
kuota pembahagian produk-produk pengeluaran serta penetapan
pada harga dalam sesuatu produk. Pengenalan ICA telah mengundang
masalah tidak puas hati dalam kalangan pengusaha irma terutamanya
masyarakat niaga Cina. Mereka terpaksa merizabkan 30 peratus ekuiti
78 Hubungan Etnik
syarikat kepada bumiputera Melayu dan mengambil pekerja daripada
etnik Melayu. Di samping itu, corak guna tenaga dalam sesebuah syarikat
juga dikehendaki mencerminkan komposisi rakyat di negara ini.
Melalui pelaksanaan ICA, syarikat yang ingin melabur dalam sektor
pembuatan perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan. Lesen hanya
akan diberikan kepada pelabur atau syarikat yang mematuhi syarat-
syarat tertentu dan juga menjalankan aktiviti yang selari dengan objektif
ekonomi dan sosial negara. Hal ini bermakna, pelaburan yang dijalankan
harus selari dengan DEB yang menghendaki penyertaan bumiputera
dalam hak milik modal dan pekerjaan. Oleh itu, ICA merupakan kerangka
institusi yang melaksanakan dan memastikan matlamat penyusunan
semula masyarakat dapat dicapai.
Objektif DEB untuk menyusun semula masyarakat merupakan
objektif yang paling banyak mendapat kritikan dan menimbulkan
perdebatan, khususnya dalam kalangan bukan bumiputera. Objektif DEB
untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat
kepada 30 peratus pada tahun 1990 itu dianggap sebagai satu diskriminasi
etnik. Tidak kurang juga yang mempunyai pendapat bahawa DEB
menjadi faktor penghalang kepada pertumbuhan pesat ekonomi negara.
Hakikatnya, DEB secara jelas menyatakan bahawa dalam usaha untuk
meningkatkan penyertaan dan pemilikan bumiputera dalam ekonomi, ia
tidak akan meminggirkan dan merugikan kumpulan etnik lain.
Bagi tujuan tersebut, objektif penyusunan semula masyarakat
dilaksanakan dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Pembahagian kekayaan bagi menyusun semula masyarakat hanya dilakukan
ke atas kekayaan baharu yang dihasilkan melalui pertumbuhan pesat
ekonomi negara. Dengan yang demikian, pertumbuhan ekonomi yang
pesat menjadi sesuatu yang penting dalam usaha mencapai matlamat
DEB. Dianggarkan pelaksanaan DEB memerlukan ekonomi negara
tumbuh pada kadar 8.0 peratus setahun sepanjang tempoh perlaksanaan
DEB (1971-1990) (Malaysia 1991).
Pelaksanaan DEB adalah berpandukan falsafah pembangunan
“pertumbuhan dengan agihan”. Berasaskan falsafah ini, pertumbuhan
dilihat bukan sebagai matlamat, tetapi lebih sebagai alat untuk mencapai
matlamat akhir dasar pembangunan negara, iaitu perpaduan nasional.
Perpaduan nasional bagaimanapun diandaikan akan tercapai apabila
ketakseimbangan ekonomi antara etnik dapat diatasi. Tegasnya, falsafah
“pertumbuhan dengan agihan” memberi tumpuan kepada agihan
kekayaan negara antara kumpulan etnik.
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 79
Apabila berakhirnya era DEB pada tahun 1990, kedudukan pemilikan
modal saham bumiputera telah meningkat agak ketara walaupun tidak
berjaya mencapai sasaran 30 peratus ekuiti korporat sebagaimana
yang ditetapkan dalam DEB. Perkara yang penting dalam falsafah
pertumbuhan dan agihan secara umumnya memperlihatkan DEB telah
berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pekerjaan di bandar,
melahirkan golongan profesional dan kelas menengah bumiputera serta
melahirkan golongan pemodal bumiputera. Sungguhpun matlamat
penyusunan semula masyarakat mendapat kritikan hebat, khususnya
dalam kalangan etnik Cina, namun dapat diperhatikan bahawa bahagian
pemilikan etnik Cina adalah meningkat, iaitu jumlahnya menghampiri
separuh daripada nilai keseluruhan pemilikan ekuiti nasional iaitu 45
peratus pada tahun 1990 berbanding 27 peratus pada tahun 1970.
Falsafah “pertumbuhan dengan agihan” dalam DEB sebenarnya
membawa kepada limpahan kemakmuran merentasi etnik. Dalam
meneliti falsafah di sebalik DEB, sebenarnya ia merupakan situasi
menang-menang yang memperlihatkan masyarakat bukan bumiputera
khususnya etnik Cina juga menerima “limpahan kemakmuran”
daripada dasar kerajaan. Kebanyakan projek yang dilaksanakan pada
masa itu diketuai oleh kontraktor-kontraktor etnik Cina, umpamanya
pembersihan hutan, pembinaan jalan, tali air dan bahan-bahan binaan
untuk kawasan petempatan. Keadaan ini sebenarnya bukan sekadar
memberi peluang kepada etnik Cina menikmati pendapatan yang
memuaskan tetapi turut melonjakkan penguasaan dan pemilikan saham
selepas pelaksanaan DEB.
Kejayaan ekonomi Malaysia
Secara umumnya, ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang
boleh dibanggakan. Malah, terdapat beberapa pengkaji dan pemerhati
pembangunan ekonomi Malaysia mengungkapkan pandangan yang
begitu positif atas kejayaan ekonomi Malaysia ini. Sebagai contoh, Bank
Dunia mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai salah satu negara yang
tergolong dalam “keajaiban ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993).
Snodgrass (1995) mengatakan ekonomi Malaysia merupakan kejayaan
pembangunan ekonomi dalam masyarakat multietnik. Chowdhury
dan Islam (1996) dan Ahluja (1997) pula mengatakan bahawa Malaysia
80 Hubungan Etnik
merupakan negara yang berjaya mencapai pertumbuhan dengan agihan,
manakala Athukorala dan Menon (1999) mengungkapkan bahawa
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempamerkan kisah kejayaan
pembangunan. Persepsi sedemikian umumnya membuatkan Malaysia
dipertimbangkan sebagai model untuk diikuti negara sedang membangun
yang lain.
Pertumbuhan dan Perubahan Struktur
Ekonomi yang Pesat
Semenjak merdeka pada tahun 1957, pertumbuhan ekonomi Malaysia boleh
dibanggakan. Jadual 3.5 menunjukkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia
daripada tahun 1960-an sehingga tahun 2007. Dalam jangka masa tersebut,
Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan antara lima peratus hingga 8.5 peratus
yang menggambarkan Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan yang agak
tinggi. Malah, walaupun berhadapan dengan pelbagai kitaran perniagaan dan
turun naik ekonomi, khususnya kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an
dan hujung tahun 1990-an, Malaysia telah memperlihatkan kemampuan untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonominya dengan baik.
Walaupun terdapat kemelesetan ekonomi pada 1985/86 dan juga krisis
ekonomi Asia pada 1997, Malaysia masih mampu mencatat purata pertumbuhan
ekonomi yang positif. Malah, sebelum berlakunya krisis ekonomi Asia, Malaysia
berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi lebih daripada lapan peratus
setahun dalam jangka masa lebih kurang sepuluh tahun (1986-1997).
JADUAl 3.5: Kadar Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
TAHUN KADAR PERTUMBUHAN (PERATUS)
Purata 1960-an 5.2
Purata 1970-an 7.5
Purata 1980-an 5.8
Purata 1990-an 7.1
2000 8.5
2002 5.4
2003 5.8
2004 6.8
2005 5.0
2006 5.9
2007 6.0
Sumber: Bank Negara Malaysia (1994, 1999, 2002); Bank Negara Malaysia Annual Report 2007
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 81
Pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia juga telah membolehkan
pendapatan per kapita meningkat. Pada tahun 1960, kadar per kapita
ialah RM721 dan meningkat dengan ketara kepada RM6,099 pada tahun
1990 dan seterusnya kepada RM9,786 pada tahun 1995 (Bank Negara
Malaysia 1994; Malaysia 1996). Pada tahun 2006, pendapatan per kapita
meningkat lagi kepada RM20,841 dan seterusnya kepada RM22,345
pada tahun 2007 (Unit Perancang Ekonomi, JPM).
Pembangunan Manusia dan Pengurangan
Kadar Kemiskinan
Pencapaian yang lebih membanggakan ialah pertumbuhan pesat
ekonomi Malaysia dalam tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya
diterjemahkan kepada pengurangan kadar kemiskinan dan kemajuan
dari segi pembangunan manusia. Kadar kemiskinan di Malaysia berjaya
dikurangkan dengan ketara iaitu daripada 52.4 peratus pada tahun 1970
kepada 17.1 peratus pada tahun 1990 dan seterusnya kepada 5.7 peratus
pada tahun 2004. Bilangan isi rumah miskin berjaya dikurangkan
daripada 1,000,000 isi rumah pada tahun 1970 kepada 311,300 isi rumah
pada tahun 2004.
Kemiskinan tegar juga berjaya dikurangkan daripada 3.9 peratus pada
tahun 1990 kepada 1.2 peratus pada tahun 2004. Dalam tempoh yang
sama (1990-2004), bilangan isi rumah miskin tegar berjaya dikurangkan
lebih kurang separuh, iaitu daripada 137,100 isi rumah pada tahun 1990
kepada 67,300 isi rumah pada tahun 2004.
Kualiti Hidup yang Meningkat
Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang agak tinggi semenjak
empat dekad yang lalu menyebabkan kualiti hidup rakyat Malaysia telah
meningkat sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 3.6. Hal ini dapat dilihat
dari aspek kesihatan seperti jangka hayat yang semakin meningkat, kadar
kematian bayi dan kadar kematian yang semakin rendah. Begitu juga
jika dilihat dari aspek pendidikan, pemilikan barang-barang keperluan
asas dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya. Peningkatan kualiti
hidup rakyat Malaysia ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks
Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) yang merupakan ukuran kebajikan dan
kesejahteraan kehidupan dalam perspektif yang lebih luas. IKHM meliputi
82 Hubungan Etnik
bukan sahaja aspek pendapatan, tetapi juga aspek lain kehidupan seperti
kehidupan bekerja, kehidupan berkeluarga, pengangkutan dan komunikasi,
kesihatan, pendidikan dan keselamatan awam. Semenjak tahun 2000,
petunjuk kualiti hidup memperlihatkan trend yang semakin meningkat.
JADUAl 3.6: Indeks Kualiti Hidup Terpilih
TAHUN 1970 1990 2000 2002 2004 2005 2006
Jangka hayat hidup (tahun) 61.6 68.9 69.9
65.6 73.5 74.9 70.7 71 71.8 71.8
Lelaki 32.4 28.4 24.4 75.6 76 76.3 76.3
Perempuan 39.4 13.1 7.9 21.7 21.3 19.4
6.7 4.7 4.4 19
Kadar kelahiran 88.2 99.8 96.8 6.6 5.9 6.2
(bagi setiap 1000 penduduk) 6.3
28.9 20.4 19 4.4 4.6 4.5
Kadar kematian bayi 18.8 19 4.5
(bagi setiap 1000 kelahiran) 92.4 92.8 91.7
1:4302 1:2533 1:1465 89.9
K(baadgairsekteimapa1ti0a0n0 penduduk) 18.1 17.2 16.5
22 100 - 16.5 16.3 16.2 16.1
Nisbah enrolmen sekolah 1:1395 1:1261 1:1300 16.1
rendah (peratus) 26 96 421.9 1:1214
- - -
Nisbah Guru/Pelajar 1.0 9.7 - -
Sekolah rendah 441.7 488 516
Sekolah menengah 21182 39113 67590 529
- - 108.43 188 172 166
Nisbah Doktor/Penduduk 75157 77199 77637 161
109.82 110.93 78256
Set televisyen - 117.33
(bagi setiap 1000 penduduk)
Kereta penumpang
(bagi setiap 1000 penduduk)
Telefon
(bagi setiap 1000 penduduk)
Jumlah jalan raya (km)
IKHM
Sumber: Malaysia (1991, 2001) (ii) Economic Planning Unit
isu dan Cabaran
Ekonomi Malaysia telah mempamerkan prestasi yang membanggakan dari
segi kepesatan pertumbuhan ekonomi, pengurangan kadar kemiskinan dan
peningkatan kualiti hidup rakyat. Selain itu, melalui pertumbuhan ekonomi
yang pesat, penyusunan semula masyarakat telah berjaya dilakukan
walaupun kejayaannya barangkali terhad.
Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 83
DEB yang dilaksanakan telah berjaya melahirkan golongan profesional,
meningkatkan kelas menengah bumiputera serta melahirkan golongan
usahawan bumiputera. Namun, kejayaan tersebut juga diiringi dengan
kelemahan yang menjadi isu dan cabaran dalam menguruskan ekonomi
negara.
Ketaksamarataan Pendapatan yang Semakin Melebar
Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ketaksamarataan pendapatan dalam
masyarakat seperti yang ditunjukkan oleh nilai koeisyen Gini, pada
awalnya semakin melebar sehingga tahun 1976. Namun, ketaksamarataan
pendapatan kemudiannya semakin baik sehingga tahun 1990. Walau
bagaimanapun, semenjak tahun 1990 agihan pendapatan memperlihatkan
keadaan yang semakin buruk dengan jurang pendapatan antara yang
kaya dengan yang miskin semakin melebar semula.
Selepas tahun 1990, ketaksamarataan agihan pendapatan juga
didapati semakin buruk dalam kalangan kumpulan etnik. Semenjak
tahun 1990 ketaksamarataan agihan pendapatan dalam kalangan etnik
Melayu, Cina dan India semakin melebar. Pada tahun 2004, nilai koeisyen
Gini bagi kumpulan etnik Melayu, Cina dan India ialah masing-masing
0.452, 0.446 dan 0.425. Dapat diperhatikan juga bahawa ketaksamarataan
agihan pendapatan dalam setiap kumpulan etnik tersebut adalah
lebih buruk pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan keadaan pada
awal kemerdekaan negara pada tahun 1957. Selain itu, Jadual 3.7 juga
menunjukkan bahawa etnik Melayu telah berubah daripada kumpulan
etnik yang paling sama rata pada tahun 1957 kepada kumpulan etnik
yang paling tidak sama rata pada tahun 2004.