The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vanaja.ukm, 2021-08-02 11:12:30

Modul_Hubungan_Etnik_Edisi_ke_2

Modul_Hubungan_Etnik_Edisi_ke_2

84 Hubungan Etnik

Jadual 3.7: Koeisyen Gini Mengikut Etnik (1957-2004)

TAHUN MELAYU CINA INDIA

1957/58 0.342 0.374 0.347
1967/68 0.400 0.391 0.403
1970 0.466 0.455 0.463
1976 0.494 0.505 0.458
1979 0.488 0.470 0.460
1984 0.469 0.452 0.417
1987 0.447 0.428 0.402
1990 0.428 0.423 0.394
1997 0.450 0.419 0.409
1999 0.433 0.434 0.413
2004 0.452 0.446 0.425

Sumber: Snodgrass (1980); Shari and Zin (1990); Malaysia (1990, 1996, 2001, 2006);
MAPEN II (2001)

Nisbah jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar pula
telah menurun antara tahun 1970 dan tahun 1990 tetapi selepas tahun
1990 jurang tersebut telah meningkat. Jadual 3.8 menunjukkan pada
tahun 1970, nisbah jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar
ialah 2.14. Nisbah ini telah mengecil kepada 1.70 pada tahun 1990 tetapi
kemudiannya meningkat kepada 2.11 pada tahun 2004. Malah, pada
tahun 2004, jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar hampir
kembali kepada keadaan asal pada tahun 1970. Hal ini menggambarkan
selepas tahun 1990, walaupun pendapatan isi rumah di bandar dan di luar
bandar telah meningkat, kadar peningkatan pendapatan tersebut adalah
lebih tinggi di bandar berbanding dengan di luar bandar. Maksudnya,
masalah ketaksamarataan pendapatan antara bandar dan luar bandar
masih merupakan antara masalah yang perlu ditangani.

Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 85

JADUAl 3.8: Nisbah Ketaksamaan Pendapatan Isi Rumah Bandar
dengan Isi Rumah luar Bandar, 1957-2004

TAHUN NISBAH KETAKSAMAAN
1.80
1957/58 2.14
1970 1.77
1980 1.70
1990 1.75
1993 1.98
1995 2.04
1997 1.81
1999 2.11
2004
Sumber: Malaysia (1976, 1991, 1996, 2001, 2006)

Pertumbuhan atau Agihan?

Perbincangan tersebut menunjukkan, melalui falsafah “pertumbuhan
dengan agihan” Malaysia telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi
yang cukup pesat. Lebih membanggakan, pertumbuhan ekonomi
tersebut telah berjaya diterjemahkan dalam bentuk penurunan kadar
kemiskinan yang signiikan dan juga peningkatan kualiti hidup rakyat
Malaysia. Namun, rekod kecemerlangan ekonomi Malaysia dari segi
pertumbuhan tersebut tidak diiringi oleh agihan pendapatan yang lebih
sama rata dalam masyarakat. Malah, ketaksamarataan pendapatan kekal
tinggi, kalaupun tidak semakin melebar. Keadaan ini memberi gambaran
bahawa pengalaman Malaysia seolah-olah dalam “pertumbuhan tanpa
agihan”. Selain itu, dimensi agihan yang dahulunya diabaikan kini muncul
dan menjadi cabaran penting dalam menguruskan ekonomi negara.

Ketaksamarataan antara etnik, antara wilayah/negeri dan antara
bandar dengan luar bandar menjadi dimensi agihan yang menuntut
perhatian. Sementara itu, kemiskinan di luar bandar dan juga bagi
Orang Asli dan kelompok minoriti tertentu di Sabah dan Sarawak masih
secara relatifnya tinggi. Keadaan ini memberi cabaran baharu dalam
menguruskan ekonomi negara. Cabaran ini menjadi lebih rumit dalam
keadaan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat keterbukaannya
kepada ekonomi global. Justeru, telah mendedahkan ekonomi Malaysia

86 Hubungan Etnik

kepada risiko berkaitan perkembangan ekonomi global dan memberikan
cabaran besar kepada kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara,
khususnya dalam usaha mengekalkan kepesatan pertumbuhan ekonomi
dan mengagihkan kekayaan negara agar lebih sama rata.

Umumnya, walaupun falsafah “pertumbuhan dengan agihan” telah
dikekalkan dalam semua dasar pembangunan negara, dari era DEB
hingga sekarang, namun agak menarik bahawa ketegasan pelaksanaannya
telah berubah melalui masa. Boleh dikatakan bahawa ketegasan kerajaan
dalam melaksanakan semangat yang terkandung dalam DEB, khususnya
berkaitan dengan penyusunan semula masyarakat, hanya diikuti dengan
tegas dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Dalam
tahun-tahun selepas tempoh Rancangan Malaysia Kedua (1971-75),
akibat daripada pelbagai faktor, ketegasan kerajaan dalam melaksanakan
penyusunan semula masyarakat diperhatikan menjadi semakin lemah.

Pada tahun 1985-1986, Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi
akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kemeleseten berkenaan
menyebabkan kejatuhan mendadak harga komoditi utama seperti
kelapa sawit dan getah serta merosotnya permintaan eksport barangan
elektronik negara. Akibatnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
jatuh mendadak daripada 7.8 peratus pada tahun 1984 kepada -1.1
peratus pada tahun 1985 dan 1.2 peratus pada tahun 1986. Bagi menarik
pelaburan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang pesat,
kerajaan telah membuat perubahan dasar yang agak drastik. ICA yang
merupakan institusi yang akan memastikan matlamat penyusunan
semula masyarakat dicapai telah dilonggarkan. Malah, keperluan lesen
telah dikecualikan bagi membolehkan usahawan Cina menguasai
industri kecil dalam sektor pembuatan (Yasuda 1991).

Kemelesetan ekonomi yang dialami negara pada tahun 1985-1986
juga mengurangkan pendapatan kerajaan dan keadaan ini memberi
kekangan kepada perbelanjaan kerajaan dalam usahanya meningkatkan
penyertaan bumiputera dalam ekonomi moden. Bagi mengatasi beban
kewangan yang dihadapi kerajaan dan memastikan ekonomi negara
terus berkembang, kerajaan telah melaksanakan liberalisasi ekonomi
dengan program penswastaan.

Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 87

Dasar penswastaan yang mula diperkenalkan pada tahun 1983,
melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan milik awam
kepada sektor swasta. Antara tujuan dasar penswastaan adalah untuk:

1. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan;
2. Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan dan menambah

produktiviti;
3. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian;
4. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam; dan
5. Membantu pencapaian matlamat DEB.

Selain daripada mengurangkan beban kewangan kerajaan, dasar
penswastaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti,
yang merupakan elemen penting dalam meningkatkan pertumbuhan
ekonomi. Namun, tujuan kelima dasar penswastaan memastikan bahawa
melalui proses penswastaan, kerajaan dapat menggalakkan lebih banyak
penyertaan syarikat swasta bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus
bumiputera bagi memenuhi matlamat DEB. Golongan bumiputera juga
akan lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perindustrian. Hal ini
bermakna, walaupun program penswastaan dilihat sebagai usaha untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pengembangan peranan
pasaran dalam ekonomi negara, namun matlamat penyusunan semula
masyarakat kelihatan tidak diabaikan.

Liberalisasi ekonomi dan penekanan kerajaan terhadap agenda
pertumbuhan berbanding dengan agenda agihan kelihatan semakin
jelas di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak. Bagi melonjakkan ekonomi Malaysia mencapai status negara
maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, Model Ekonomi
Baru (MEB) telah dilancarkan. Antara tonggak penting dalam MEB
ialah Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia
Kesepuluh (2011-2015). Dalam kedua-dua tonggak ini, penekanan
diberikan kepada sektor swasta bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, subsidi juga akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat
bagi meningkatkan kecekapan ekonomi. Barangkali penekanan yang
berlebihan kepada agenda pertumbuhan dalam MEB, melalui PTE dan
RM Ke-10, telah menimbulkan persepsi bahawa semangat DEB semakin
terabai sehingga menimbulkan keresahan sebahagian etnik Melayu/
bumiputera.

88 Hubungan Etnik

Kesimpulan

Kegiatan ekonomi secara umumnya telah meningkatkan interaksi
antara pelbagai etnik di Malaysia dan menyumbang kepada perpaduan
dalam masyarakat. Namun sekiranya output (pendapatan dan kekayaan)
negara tidak diagihkan secara adil antara etnik dan kelas, keadaan ini
boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat. Keadaan ini
akan mengundang kepada ketegangan dan konlik dalam masyarakat
dan seterusnya mungkin membantutkan pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara.

Oleh yang demikian, ekonomi Malaysia perlu diuruskan dengan baik
dan berkesan. Hal ini memerlukan bukan sahaja kepada agenda memacu
ekonomi negara agar tumbuh pesat, tetapi juga memerlukan agenda
agihan kekayaan agar hasil daripada pertumbuhan ekonomi tersebut
dapat dinikmati secara adil oleh masyarakat. Mencari titik keseimbangan
antara agenda pertumbuhan dengan agenda agihan yang adil merupakan
satu peranan berat yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

Pada tahun 1971, DEB telah dibentuk dengan matlamat untuk
mewujudkan perpaduan nasional dan ketakseimbangan ekonomi
antara etnik dapat diatasi. DEB mengambil perspektif etnik dalam
mengemukakan penyelesaian terhadap persoalan agihan kekayaan
negara. Walaupun umumnya kerajaan berhasrat untuk memastikan
penyusunan semula masyarakat dicapai, namun didapati kerajaan agak
leksibel dan pragmatik dalam hal ini. Penyusunan semula masyarakat
dilakukan dengan pendekatan membesarkan kek ekonomi yang
kemudiannya baru diagih-agihkan. Apabila ekonomi negara berhadapan
dengan kemelesetan ekonomi, kerajaan didapati lebih mengutamakan
agenda pertumbuhan ekonomi daripada agenda agihan. Dalam
keadaan tertentu, kerajaan bergerak seiring dengan kuasa pasaran bagi
memastikan kepesatan pertumbuhan ekonomi negara.

Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi Malaysia
telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Pertumbuhan
pesat ekonomi Malaysia telah berjaya diterjemahkan dalam bentuk
pengurangan kadar kemiskinan dengan begitu signiikan. Begitu juga
berlaku peningkatan dalam aspek pembangunan manusia dan kualiti
hidup secara keseluruhannya. Kedudukan ekonomi etnik Melayu
juga telah dapat dipertingkatkan. Kejayaan ini sebahagiannya boleh
dikatakan disumbangkan oleh keharmonian sosial dan kestabilan politik

Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik 89

yang wujud dalam negara sepanjang tempoh tersebut. Perlu ditegaskan
bahawa keharmonian sosial dan kestabilan politik negara ini bukan
dicapai secara tidak sengaja bersandarkan kepada nasib semata-mata
tetapi disokong oleh dasar kerajaan yang dibentuk secara berwawasan.

Walau bagaimanapun, di sebalik kepesatan pertumbuhan
ekonomi negara dan kejayaan mengurangkan kemiskinan, terdapat
perkembangan yang membimbangkan. Ketaksamarataan pendapatan
dalam negara semakin melebar antara yang kaya dengan yang miskin
dalam kalangan setiap etnik. Dasar kerajaan yang dilaksanakan selama
ini untuk mencapai perpaduan nasional mungkin akan berhadapan
dengan masalah ketegangan dan perpecahan dalam etnik itu sendiri
sekiranya isu ketaksamaan ini gagal ditangani dengan berkesan.

Soalan Perbincangan

1. Sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya merapatkan
jurang ekonomi antara masyarakat berbilang etnik di Malaysia?

2. Dasar Ekonomi Baru (DEB) membawa kepada limpahan
kemakmuran. Bahaskan.

3. Model Ekonomi Baru (MEB) bertujuan untuk menjadikan Malaysia
sebagai negara berpendapatan tinggi. Bincangkan langkah-langkah
ke arah menjayakan objektif model tersebut.



BaB 4

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri
hubungan etnik

hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud dalam kalangan pelbagai

etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
2. Membahaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan

permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
3. Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan

Malaysia.

Pengenalan

Tiada satu negara memiliki bentuk dan struktur perlembagaan yang sama.
Di dunia ini terdapat pelbagai bentuk dan struktur perlembagaan. Perkara
ini berlaku kerana perlembagaan sesebuah negara adalah hasil perjalanan
sejarah sosial setempat hasil interaksi dengan proses migrasi dan globalisasi.
Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu
dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama
mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British. Perlembagaan Malaya dan
Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu
dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain. Perlembagaannya bersifat
mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai
etnik yang sivil. Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan
dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia. Kepentingan
setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

92 Hubungan Etnik

definisi dan Konsep Perlembagaan

Perlembagaan merupakan dokumen yang mengandungi semua undang-
undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan
sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan menjadi sumber
kepada undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang-
undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan
prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang-
undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang-
undang yang lebih utama. Undang-undang perlembagaan dengan itu
dapat membatalkan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan
dengannya (Mohd Salleh 1984).

Hashim (1983) pula berpendapat perlembagaan lebih daripada apa-
apa perkara yang hanya berkenaan dengan urusan kerajaan, rangka-rangka
demokrasi dan perlindungan akan hak-hak rakyatnya. Perlembagaan
juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan
asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan
suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara
rakyatnya. Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang
tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangan
dan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik.

Berdasarkan takrifan ini, terbentuk beberapa kesimpulan tentang
makna perlembagaan iaitu:

i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan
negara.

ii. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan
sesebuah negara.

iii. Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain
di dalam negara.

iv. Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.
v. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan

kewujudan dan kesinambungan negara.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan perlembagaan
bertulis. Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa
daripada perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 93

Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan
menyentuhbidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama
Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Perlembagaan
adalah penting kerana kesemua perkara dalam perlembagaan adalah
sama dengan mana-mana perlembagaan di dunia. Namun, Perlembagaan
Persekutuan adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti
agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan
pemerintahan beraja.

Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh
dilakukan melalui:

i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh
dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa
mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia,
pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi
perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda iaitu
perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh
Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkan
kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri
dan kedudukan istimewa bumiputera.

iii. Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan
2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan
perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa
orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan
dan agama persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan juga mengguna pakai konsep
ketertinggian perlembagaan. Melalui konsep ini, tidak terdapat institusi
yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan
ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif
mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan (Mohamed Suian 1987). Sebagai contoh, kuasa
perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada peruntukan yang
dikenakan oleh perlembagaan. Malah, undang-undang persekutuan
atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai
tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan

94 Hubungan Etnik

Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia bercanggah. Hal ini kerana
perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan
dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan
yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat
yang berlawanan itu.

Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

Di Malaysia, sebelum kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis
pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah (1446-1456) oleh Hang
Sidi Ahmad dan Undang-Undang laut Melaka, perundangan Islam telah
diamalkan lebih awal daripada itu melalui Prasasti Terengganu yang
bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970).
Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan berhubung
dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran. Manakala perlembagaan
bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun
1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan
Terengganu 1911.

Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan bahawa seorang raja
hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang keturunan raja-raja
Johor, lelaki dan menganut agama Islam. Malah menteri-menteri juga
mesti Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam. Sementara
dalam perkara VII pula diperuntukkan bahawa agama negeri bagi negeri
Johor ialah agama Islam. Agama Islam hendaklah secara terus-menerus
dan selamanya menjadi agama negeri Johor (Muhamad Ariin 1999).
Peruntukan ini kekal termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri-
Negeri yang beraja sehingga kini.

Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-
prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat
pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini. Justeru, perlembagaan
di Tanah Melayu telah bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka
lagi. Bahan-bahan sejarah termasuk Hukum Kanun Melaka adalah
antara bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem
perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu (Abdul Aziz
2008). Hal ini kerana sifat dan kandungan sesebuah perlembagaan itu
bergantung atau dipengaruhi oleh keperluan zamannya.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 95

Malayan union

Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah
oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran
antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Sultan-
sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang
membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-
sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya. Perlembagaan
Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan
bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu
dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak
menerima kerakyatan dengan mudah. Dari segi pentadbiran, Gabenor
memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan
tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat
ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).

Setelah memperoleh bidang kuasa ke atas negeri-negeri Melayu,
kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan
Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union
pada 1 April 1946 (Mohamed Suian 1970). Bagaimanapun, hanya
sebahagian daripada perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan.
Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang Februari 1948
ia dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana
sebab-sebab berikut:

i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran
negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat
Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui
prinsip jus soli.

iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

iv. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja
Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan
Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuan
Malayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.

Orang Melayu mula mengadakan beberapa rapat umum dan tunjuk
perasaan menentang Malayan Union. Keberhasilan orang Melayu

96 Hubungan Etnik

membubarkan Malayan Union memperlihatkan kejayaan orang Melayu
mengembalikan semula kuasa dan martabat Raja-raja Melayu serta
kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948
Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Wilayahnya meliputi wilayah yang dicadangkan
bagi Malayan Union. Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat
berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi
pada masa yang sama ia mengekalkan autonomi negeri-negeri serta
menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-raja dalam hal
ehwal Islam dan adat istiadat Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah
diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan
Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada
tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura
terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan
kerana orang Melayu merasakan mereka mungkin dikuasai oleh orang
Cina sekiranya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi
bilangan penduduk.

Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang
terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union.
Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan
kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan.
Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang
Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang
dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union. Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 (Mohd Aris 1983).

Kerjasama antara etnik dalam Menuju Kemerdekaan

Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik
Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan
Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai
etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 97

daripada pelbagai etnik. Maka, pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti
Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan
calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi dan
PAS sebanyak11 kerusi. Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan
calon, ternyata Perikatan yang diterajui oleh UMNO telah mengamalkan
konsep perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi dalam pilihan
raya ini. Hal ini kerana walaupun pada Persidangan Perwakilan UMNO,
ahli UMNO meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasan
jumlah pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan
mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35
kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC sebanyak dua kerusi. Berasaskan
kekuatan mengundi, UMNO sepatutnya menuntut tidak kurang daripada
90 peratus daripada jumlah kerusi. Gambaran ini dapat dilihat dalam
Jadual 4.1.

JADUAl 4.1: Kedudukan Calon Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955

PARTI PERUNTUKAN KERUSI PERATUSAN KERUSI PERATUSAN PENGUNDI
UMNO 69
MCA 35 28 84.2 (Melayu)
15 11.2 (Cina)
MIC 2 3 3.9 (India)

Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum 1955 ialah
penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu. Jika orang
Melayu bersikap perkauman, mereka boleh menubuhkan kerajaan

Melayu dan menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang

merdeka. Pastinya perlembagaan tersebut akan menjamin kekuasaan
orang Melayu dengan cara yang berterusan. Pada Julai 1954, Perikatan
dan pihak British telah bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis
Perundangan Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52 daripadanya
adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik. Daripada 46 ahli yang dilantik

ini, lima orang daripadanya dicalonkan oleh parti politik yang mendapat

majoriti dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi Melayu
adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan pilihan raya kerana 84
peratus daripada pengundi adalah daripada pengundi seluruh negara.

Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri daripada orang
Melayu iaitu sembilan orang Menteri Besar (Zainal Abidin 1996).

98 Hubungan Etnik

Oleh yang demikian, sekiranya orang Melayu bersikap perkauman,
mereka boleh memenangi 50 kerusi yang dipertandingkan dan boleh
mencalonkan lima lagi ahli Melayu daripada 46 ahli yang dilantik. Maka,
orang Melayu akan mendapat 65 ahli termasuk seorang wakil Orang
Asli. Jumlah ini adalah lebih 2/3 daripada jumlah ahli dalam Majlis
Perundangan. Hal ini juga bermakna orang Melayu mempunyai cukup
majoriti untuk meminda perlembagaan atau menggubal perlembagaan
baru yang menguntungkan orang Melayu. Namun demikian, orang
Melayu tidak menggunakan peluang ini demi kepentingan perhubungan
dan perpaduan antara etnik. Pengorbanan yang telah dibuat oleh orang
Melayu pada masa itu adalah sangat besar yang mendorong kepada
semangat toleransi antara etnik.

Dalam konteks ini, isu mengenai kemerdekaan melewati batas
perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Perkara
ini membolehkan mereka mengetepikan pandangan sempit perkauman
dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Setelah
berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray, Tunku
membentuk Kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum,
iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India. Pemilihan
Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan pelantikan
tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan
etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.

Suruhanjaya reid

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya
Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956. Keahliannya terdiri daripada lord
Reid dari Britain (Lord of Appeal in the Ordinary), Sir Ivor Jennings juga dari
Britain (Master of Trinity Hall, Cambridge), Sir William Mckell dari Australia
(bekas Gabenor Jeneral Australia), B. Malik dari India (bekas Hakim Besar
Mahkamah Tinggi Allahabad) dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan
(Hakim Mahkamah Tinggi Pakistan Barat). Menyentuh mengenai keahlian
Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya
yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu
bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan. Hal
ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh
pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan
wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 99

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang
hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-

raja Melayu.
iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan

Agong.
iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang

sah milik kaum-kaum lain.
v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk

seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan
rangka perlembagaan yang baharu, iaitu:

i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah
negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik.

ii. Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber
negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan perkara tersebut, Suruhanjaya ini juga meneliti
kedudukan perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri-
negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteri
Besar, Penasihat-penasihat British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen
serta pegawai-pegawai negeri dan Negeri Selat. Suruhanjaya ini juga telah
membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat
tidak rasmi. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta
dihormati kerana Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangan
daripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan
Raja-raja Melayu.

Hal ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat
Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial (kontrak sosial),
iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara
yang sangat penting kepada kestabilan negara. Dalam hal ini, Ahmad
(1992) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah dicapai antara
penduduk di Tanah Melayu daripada kalangan etnik Melayu, Cina dan

100 Hubungan Etnik

India. Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen
perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian
perdamaian. Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu
diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu
juga tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu
dan kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid
tersebut bagi menyediakan Kertas Putih. Laporan tersebut mengumpulkan
hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang
disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu
dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957. Kertas Putih yang mengandungi
pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun oleh
jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai 1957. Jawatankuasa kerja
dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan
dan empat wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan ialah Tunku Abdul
Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke lin (MCA)
dan V.T Sambathan (MIC), manakala wakil Raja-raja Melayu ialah Mustapha
Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail
Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain ialah Ketua Setiausaha Kerajaan,
Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O laird yang
bertindak sebagai Setiausaha. Draf Perlembagaan Persekutuan diterima
dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah
dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia
pada 16 September 1963.

unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkataan tradisi mempunyai pelbagai makna. Namun pada amnya,
tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain. Perkara ini menggambarkan
bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 101

bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002). Dalam konteks politik dan
perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada
sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah
sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai
asal lainnya. Terdapat beberapa negara luar yang masih menekankan
kepentingan institusi tradisi sehingga kini. Selain menjadi faktor sejarah
dan kesinambungan sesuatu bangsa, institusi tradisi dapat menampung
kekurangan yang sukar diatasi oleh sistem demokrasi.

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun
sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957. Unsur-unsur berkenaan
berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat
oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial
yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984). Keadaan ini
menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga ia
dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu
sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Bagi
rakyat Malaysia, khususnya etnik Melayu, unsur-unsur ini penting
kerana perkara ini menjadi identiti dan kestabilan negara.

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan
yang diterima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu. Maknanya, hak
istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan.
Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima
satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan
konlik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Disebabkan kepentingan unsur-unsur tradisi yang mendasari
perlembagaan tersebut, maka unsur-unsur ini boleh dianggap sebagai
tiang seri hubungan etnik di Malaysia.

Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-
negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja, raja
mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran
negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya

102 Hubungan Etnik

sebelum penjajahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945),
sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh
dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam penjajahan British.
Pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan
perlu menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai
Residen atau Penasihat British kecuali yang menyentuh tentang agama
Islam.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa
pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan
raja berperlembagaan. Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka
dikehendaki menerima nasihat daripada menteri dan bertindak menurut
nasihat itu. Sebagai contoh, di peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong
menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet. Manakala di peringkat
negeri pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan.

Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik,
iaitu seorang sultan yang dipilih daripada Raja-raja dari sembilan buah
negeri Melayu. Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, Yang di-
Pertuan Agong diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda
dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet. Yang di-Pertuan Agong
juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan
mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman
orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagi kesalahan-
kesalahan yang dilakukan di dalam wilayah persekutuan Kuala Lumpur.

Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi oleh
perlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuat
terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan
keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-
masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Seterusnya, tiada undang-
undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja. Hal ini menunjukkan bahawa amat sukar memperoleh
persetujuan seperti itu dan terlindung menurut perlembagaan.

Selain daripada melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh
perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu,

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 103

Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain
menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan
setiap etnik di Malaysia. Hal ini kerana di bawah perlembagaan telah
memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab dan amanah
Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum
lain. Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dalam soal pindaan terhadap
peruntukan berkaitan dengan kewarganegaraan.

Amanah dan tanggungjawab ini merupakan satu perkara yang amat
sukar kerana isu-isu seperti agama dan kedudukan istimewa orang
Melayu/bumiputra serta kewarganegaraan sering kali menjadi polemik
dalam masyarakat yang berbilang etnik. Jika isu tersebut tidak ditangani
dengan baik, perkara ini dapat menggugat kestabilan negara. Walaupun
fungsi baginda sebagai lambang perpaduan dan kesinambungan ini
kelihatan pasif dan tiada kontroversial, namun jaminan yang akan
membantu menonjolkan sifat berkecuali Yang di-Pertuan Agong
perlu ada bagi mengelakkan baginda daripada dipandang sebagai alat
pemerintah (Abdul Aziz 1999).

Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana mereka
ialah ketua agama di negeri masing-masing. Mereka bertanggungjawab
menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap
agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih dahulu.
Rasional peranan Majlis Raja-Raja dalam soal ini ialah perlembagaan
hanya menekankan persoalan pentadbiran negara. Maka, hal persoalan
agama dibiarkan untuk dikendalikan oleh institusi beraja. Yang di-
Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan
kerana baginda yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan
dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja. Begitu juga perlu dirundingi mengenai
pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan
Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Jawatan-jawatan ini
penting dalam menjaga hak rakyat dengan sikap berkecuali iaitu tidak
memihak kepada individu mahupun kerajaan sendiri. Baginda juga
boleh dianggap sebagai tonggak kehormatan kerana baginda diberi kuasa
untuk mengurniakan penghormatan, pingat dan bintang kepada pihak
berkenaan yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada negara
tanpa mengira batasan etnik.

104 Hubungan Etnik

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi
yang amat penting di Malaysia. Bagi etnik Melayu, mereka adalah harapan
dan sebagai lambang perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang etnik
kerana mereka bukan dipilih secara politik dan terkecuali daripada
sebarang pengaruh politik. Keadaan ini membolehkan institusi beraja
mempunyai potensi untuk memainkan peranan tanpa mengenakan
syarat seperti yang ditetapkan oleh parti politik. Setiap keputusan parti
politik akan terikat dengan sentimen dan pertimbangan kepartian.
Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang
bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri,
Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu.
Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang
autoriti dan kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada
pihak berkuasa pusat.

Agama Islam

Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalam
Perkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11,
12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal
agama Islam. Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam
perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain
tetap diberi perlindungan. Islam dalam perlembagaan ialah satu isu yang
penting kerana isu ini berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan
majoriti penduduk Malaysia. Isu ini juga merupakan isu yang sensitif
kerana etnik Melayu merasakan bahawa agama tidak dapat dipisahkan
daripada kehidupan seharian mereka. Walaupun soal kepercayaan dan
keimanan ialah urusan seseorang, namun dalam konteks Malaysia,
perkara ini boleh memberi kesan kepada ketenteraman awam khususnya
yang melibatkan ketegangan antara kaum seperti dalam kes Natrah pada
tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998.

Hal ini diakui oleh Syed Muhammad Naqiub al-Attas (1972) yang
mengatakan Islam mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam
sejarah dan kebudayaan Melayu. Keadaan ini menjelaskan kenapa Islam
tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan
pihak British yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang
memberi kuasa kepada British dalam sistem pemerintahan di Tanah

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 105

Melayu ketika itu. Namun, ini memang tujuan British untuk mengecilkan
peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang menyebabkan
kedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat
menyeluruh.

Menurut Hashim (1983), beberapa perkara boleh dirumuskan
berkenaan dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti
mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada
di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kebebasan beragama dan
undang-undang yang menghalang penyebaran mana-mana kepercayaan
dalam kalangan orang Islam. Kewujudan peruntukan Islam dalam
perlembagaan telah memberi keistimewaan kepada agama Islam.
Berdasarkan perbincangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa terdapat
beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam perkara berikut:

1. Perkara 160 memberi deinisi Melayu sebagai seorang beragama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat
Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam ialah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang
dan perlembagaan.

2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di
negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri
mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama
Islam dan keturunan raja.

3. Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda
mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,
Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam
agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk
memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam.

4. Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) ialah
ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

5. Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam
bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua
agama Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat
dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

106 Hubungan Etnik

6. Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi
hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab Melayu dan Islam ialah
dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga hak-
hak istimewa orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi
agama Islam.

7. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak
boleh dipinda dan perkara ini kekal terjamin.

8. Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri
memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di
Malaysia.

9. Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana
untuk memindanya memerlukan sokongan majoriti lebih 2/3
parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

10. Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa-apa juga keadaan
dalam mana-mana undang-undang dan pelantikan pihak berkuasa
awam, namun terdapat pengecualian terhadap pelantikan bagi
sesuatu institusi agama Islam.

11. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam
kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam.

12. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil
yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.

Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152,
iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun,
perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali
bagi maksud rasmi. Bahasa kebangsaan diwujudkan sebagai medium
komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara
bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Hasil
permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 107

Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa
hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam
keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan. Perkara 150(6A)
ini penting kerana secara umumnya perisytiharan darurat mempunyai
kesan menggantung sebahagian besar peruntukan perlembagaan.
Dengan kata lain, perkara berkenaan menyebut pengecualian terhadap
bahasa Melayu kepada kuasa darurat yang luas itu (Abdul Aziz 2005).

Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam perlembagaan melalui
Perkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara
sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan
keselamatan dan ketenteraman awam. Kedudukan ini juga begitu kukuh
kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan
2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).

Begitu juga dengan kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan
kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan
termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah
menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang
dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen
4, Akta Bahasa Kebangsaan. Antara pengecualian tersebut adalah bagi
tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar-
pakar asing.

Seterusnya, perkara ini ditambah lagi dengan peruntukan di
bawah Perkara 160(B) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan
diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapat
percanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka
teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.

Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
juga tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain malah
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sejarah mencatatkan, sebelum
Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi
tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan
kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan
sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya
terdiri daripada pelbagai kaum (Mohd Salleh 1984). Kedudukannya
diperkuatkan lagi oleh hakikat bahawa bahasa Melayu diterima sebagai
bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris pada 1914.

108 Hubungan Etnik

Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan
Kumpulan I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian
bahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suian 1987).
Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa
perantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan British. Perkara ini
telah diiktiraf oleh Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan,
10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya
adalah adil dan berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu
dijadikan alat perpaduan.

Tujuan utama di sebalik menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan bagi menyatupadukan
pelbagai etnik melalui penggunaan satu bahasa yang sama, iaitu bahasa
Melayu yang telah menjadi bahasa pengantara negara ini sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hal ini disebabkan semasa perlembagaan
digubal, para pemimpin terdahulu telah memutuskan bahawa sebuah
negeri yang merdeka tidak dapat terus menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa rasmi jika hendak menyatupadukan penduduknya yang
bersifat pelbagai etnik.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat
dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara
89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika
diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi
mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai
suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya
menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan
Melayu (Syed Husin 2008).

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 109

Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu
ditakrikan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut
agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat
istiadat Melayu, dan:

a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau
ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau
pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura atau

b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam
peruntukan tersebut:

i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan tidaklah
semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Umpamanya,
seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia menganut
agama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia
seorang Melayu jati daripada keturunan Melayu sekalipun, bagi
maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika bukan beragama Islam
(Mohamed Suian 1987).

ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan,
seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan
dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang
Indonesia yang menganut Islam, kebiasaannya bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, bukanlah seorang
Melayu bagi maksud perlembagaan jika dia dilahirkan sebelum
Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau dia keturunan
seseorang yang tersebut.

Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
disentuh dalam perkara berikut:

Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah
menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin
kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.

110 Hubungan Etnik

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi
peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang diikirkan
patut dalam perkara-perkara berikut:

i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan
awam.

ii. Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan
sebarang perniagaan atau pekerjaan.

iii. Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan
keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang
diberikan atau diadakan oleh kerajaan.

Kedua, Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayu
seperti berikut:

i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas
merdeka.

ii. Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diisytiharkan
sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.

iii. Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang
Melayu dan bukan Melayu.

iv. Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka
tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.

Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai pengecualian undang-
undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka
serta undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan
orang Melayu.

Keempat, Perkara 8 (5)(f) pula menjelaskan bahawa kemasukan
untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan
kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang
lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan
dikenakan.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 111

Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan pula menjelaskan bahawa
terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau
penyemakan semula sempadan pilihan raya dibuat. Keempat-empat
prinsip tersebut ialah:

i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan
mempertimbangkan kesukaran yang akan timbul jika kawasan
dewan undangan negeri meliputi Dewan Rakyat.

ii. Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam
kawasan berkenaan bagi pendataran pengundi.

iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan
pilihan raya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga
menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh daripada
jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di bandar
diperlukan.

iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila
suatu kawasan ditukar dan mustahaknya dikekalkan perhubungan
seseorang dengan kawasannya.

isu-isu islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan

Permasalahan Kebebasan Beragama

Permasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak disentuh
khususnya daripada perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan. Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan
seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan penyebaran
agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Selain Perkara 11,
kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 10,
Perkara 8 dan Perkara 12. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan
beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama adalah tidak
mutlak.

Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan
agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Maksudnya, orang
bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam kalangan

112 Hubungan Etnik

orang Islam dan orang Islam dibenarkan berbuat demikian. Perkara
ini seperti berlaku ketidakadilan dalam kebebasan beragama. Namun
menurut Harding (2002), peruntukan ini dimasukkan demi memelihara
kestabilan masyarakat.

Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini
tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau
menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam kalangan
umat Islam. Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara aman
jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati
penganut agama lain. Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada
undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960,
Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967. Kebebasan beragama juga
tidak boleh diertikan bahawa seseorang itu bebas mendirikan kuil atau
tokong di mana-mana sahaja yang ia suka kerana kebebasan sedemikian
akan membawa kepada kekacauan dan huru-hara.

Selain menyebut soal kebebasan beragama, dalam konteks
penganutan dan pengamalannya oleh seseorang, perlembagaan juga
dengan jelas melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar
sebarang cukai sekiranya cukai tersebut digunakan untuk maksud-
maksud agama yang lain daripada agama anutannya. Perlembagaan juga
melindungi kumpulan-kumpulan agama yang dengan jelas menyebut
bahawa mereka berhak menubuhkan atau menguruskan yayasan
bagi tujuan agama atau kebajikan mereka serta hak memperoleh atau
memegang harta. Dengan ini boleh dikatakan bahawa hak kebebasan
agama ini mencakupi hak perseorangan dan juga hak kumpulan.
Ternyata hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak. Terdapat
sekatan dalam perlembagaan dan undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen. Justeru, adalah satu tanggapan tidak tepat yang mengatakan
bahawa kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam perlembagaan
bersifat mutlak kerana selagi sekatan tersebut tidak bercanggah dengan
perlembagaan, maka ia dianggap sah.

Kesamarataan

Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di
sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama
di sisi undang-undang. Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi
yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia merupakan salah

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 113

seorang rakyat raja mana-mana negeri, kecuali yang dibenarkan oleh
perlembagaan.

Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-
mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-
mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan
atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana
pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan
atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan.
Pihak berkuasa awam tidak boleh mengamalkan diskriminasi terhadap
sesiapa pun atas alasan dia bermastautin atau menjalankan perniagaan
di mana-mana negeri di persekutuan atau di luar bidang kuasa pihak
berkuasa itu. Hal ini yang dikatakan sebagai konsep sama rata.

Perubahan politik dan ekonomi telah menyedarkan kerajaan bahawa
untuk mewujudkan masyarakat yang adil, perisytiharan keadilan dan
hak sama rata di sisi undang-undang sahaja tidak mencukupi. Namun
jaminan hak asasi semata-mata tanpa memikirkan aspek hidup yang lain
tidak juga bermakna. Dalam sesuatu perubahan sosial dan ekonomi, tidak
dapat dinaikan terdapat sebahagian rakyat yang ketinggalan dalam arus
kemajuan negara. Persamaan secara mutlak dalam masyarakat pelbagai
etnik dengan golongan yang berlainan dengan peringkat pembangunan
yang berlainan akan hanya mengakibatkan huru-hara.

Pada tahun 1865, pindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat telah
dibuat bagi menghapuskan perhambaan. Implikasinya, keistimewaan
yang didapati daripada orang kulit hitam yang sebelum pindaan dibuat
ialah hamba abdi, hanyalah kebebasan diri dan seterusnya hak mengundi.
Tidak terdapat rancangan perlembagaan yang positif untuk meninggikan
taraf hidup orang kulit hitam di Amerika Syarikat. Melalui sistem laissez
faire ia telah mendedahkan orang kulit hitam dalam keadaan yang jauh
ketinggalan daripada etnik lain.

Begitu juga satu sistem persamaan dan peluang yang sama yang tidak
ada batas akan mengakibatkan penghapusan masyarakat Melayu sedikit
demi sedikit. Menurut Hashim (1983), satu masyarakat yang mempunyai
sistem feudal agrarian tidak boleh diubah dalam sekelip mata kepada satu
sistem moden. Tanpa perlindungan, golongan Melayu ketinggalan dari
segi ekonomi berbanding dengan golongan lain yang lebih aktif di negeri
ini. Hak sama rata tidak lagi menjadi hak mutlak. Kehadiran doktrin ini
menyebabkan hak asasi ini terpaksa dilonggarkan dan diberikan hak

114 Hubungan Etnik

bersyarat. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinaikan di negara
yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan kedudukan sosial yang
tidak seimbang.

Diskriminasi Perlindungan

Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik adalah sesuatu yang
biasa apabila perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep
diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting
dan diiktiraf. Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang
memberi perlindungan dan keistimewaan kepada golongan atau etnik
di dalam sesebuah negara dan pada masa yang sama tidak menaikan
peluang terhadap kumpulan atau etnik lain. Peruntukan ini disediakan
untuk membantu sesuatu etnik di dalam beberapa aspek kehidupan
seperti perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan. Menerusinya,
etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu
dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain
yang lebih terkehadapan.

Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu diskriminasi
perlindungan diamalkan kerana India mempunyai penduduk yang
bersifat pelbagai etnik sehingga menimbulkan masalah. Sebilangan
besar mereka adalah mundur terutamanya golongan minoriti. Justeru,
Perlembagaan India memperuntukkan perlindungan kepada golongan
minoriti ini.

Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah
peruntukan perlembagaan seperti dalam peruntukan Perkara 153 yang
memberi perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah
dan Sarawak. Perkara 153 merujuk kepada kedaulatan Raja-raja Melayu
tidak pernah dipertikaikan seperti yang dibuktikan dalam beberapa
perjanjian antara Raja-raja negeri dengan British sebelum wujudnya
perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian-perjanjian itu
menunjukkan satu hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu.
Dalam perdebatan Dewan Perundangan, mesyuarat ke-13 dan ke-14 sesi
kedua Dewan Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956 telah
dijelaskan oleh Menteri Kewangan bahawa orang Melayu perlu dibantu
disebabkan ketinggalan dari sudut ekonomi.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 115

Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan
tujuan berikut:

i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang
rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan. Keutamaan
memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan
tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai
kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan
dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang
dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama.

ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya
kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami golongan
majoriti. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan India, hak golongan minoriti
seperti bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.

iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai
dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Tujuannya adalah supaya
sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku apabila perlembagaan
diperkenalkan. Sesuatu keistimewaan yang telah dikecapi sekian lama
sekiranya ditarik balik sudah tentu menyemarakkan api kemarahan
kumpulan itu. Keistimewaan orang Melayu sebenarnya sudah wujud pada
zaman penjajah hasil perjanjian antara penjajah British dengan Raja-raja
Melayu. Begitu juga di India, kumpulan yang telah mendapat beberapa
keistimewaan sebelum merdeka juga dilanjutkan keistimewaan itu apabila
Perlembagaan India diperkenalkan.

iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf
kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur.
Tanpa diskriminasi perlindungan ini, tidak mungkin masyarakat mundur
itu dapat bangun dan bersaing dengan masyarakat maju. Perlembagaan
India dan Malaysia mempunyai peruntukan yang nyata dalam hal ini.

v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara
etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu
yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak
kepada beberapa keistimewaan yang lain. Misalnya, dalam Perlembagaan
Persekutuan, taraf kewarganegaraan yang diberi kepada kaum pendatang
harus diganti dengan pemberian beberapa keistimewaan kepada kaum
bumiputera atau dikenali sebagai kontrak sosial (Kamal Halili 1990).

116 Hubungan Etnik

Persoalan Perkara 153

Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu dari segi pencapaian
pendidikan dan ekonomi. Manakala persoalan tentang pencapaian
dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana dengan adanya
penggunaan sistem kuota, bilangan etnik Melayu yang menjawat jawatan
tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding
sebelum tahun 1970. Sebagai contoh, statistik perkhidmatan awam di
Pulau Pinang mengikut etnik sehingga 30 September 2008 ialah 81.95
peratus Melayu, 12.92 peratus Cina dan 5.05 peratus India. Manakala
pada 2005, bilangan yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam
mengikut etnik ialah Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India
5.14 peratus (Utusan Malaysia 25 November 2008).

Justeru, persoalan yang sering dibangkitkan ialah adakah peruntukan
Perkara 153 merupakan cara paling berkesan dalam mengatasi kemiskinan
dan kemunduran etnik Melayu khususnya dari segi pencapaian ekonomi
dan pendidikan kerana kedudukan etnik Melayu telah termaktub dalam
perlembagaan dari segi perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi
telah dilaksanakan sejak merdeka? Namun, adakah kedudukan etnik
Melayu telah berubah dari segi mengeluarkan etnik Melayu daripada
cengkaman kemiskinan dan dapat menyeimbangkan kedudukan mereka
dengan etnik lain di Malaysia melalui penyusunan semula masyarakat?

Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu
ke arah mengeluarkan etnik Melayu daripada kemiskinan dan
meningkatkan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan
(lee 2006). Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang profesional
dan teknikal masih lagi ketinggalan. Manakala dalam bidang lain,
statistik menunjukkan bilangan hampir seimbang antara Melayu dan
bukan Melayu. Secara keseluruhannya, etnik Melayu hanya meliputi 38.8
peratus sahaja berbanding bukan Melayu iaitu 61.2 peratus pada tahun
2005. Pelaksanaan Perkara 153 wajar diteruskan dalam bidang pendidikan
bagi mengatasi ketakseimbangan antara IPTA dengan IPTS serta pelajar
di luar negara melalui penggunaan sistem kuota dan biasiswa. Keadaan
ini penting untuk menyeimbangkan bilangan pelajar bukan Melayu di
IPT adalah lebih ramai berbanding pelajar Melayu.

Walaupun kadar kemiskinan etnik Melayu bertambah baik, tetapi
mereka masih ketinggalan daripada etnik bukan Melayu. Nisbah
pendapatan antara luar bandar dengan bandar ialah 1:2.11 pada tahun

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 117

2004. Jurang pendapatan antara etnik mengikut nisbah juga semakin
baik. Nisbah pendapatan bumiputera berbanding etnik Cina ialah 1:1.64
dan bumiputera dan India ialah 1:1.27 pada tahun 2004. Pendapatan isi
rumah pada tahun 2004 mengikut etnik ialah Melayu RM2,552, Cina
RM4,127 dan India RM3,215. Kadar kemiskinan mengikut kawasan luar
bandar dengan bandar juga bertambah baik, iaitu 11.9 peratus dan 2.5
peratus pada tahun 2004. Kadar kemiskinan mengikut etnik pula ialah
8.3 peratus bagi Melayu, 0.6 peratus bagi Cina dan 2.9 peratus bagi India
pada tahun 2004 (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Keadaan
ini menunjukkan pendapatan etnik Melayu semakin baik tetapi masih
ketinggalan berbanding etnik lain. Jika dibandingkan dengan kemiskinan
dalam kalangan etnik Cina, kadar kemiskinan amat rendah dan kemajuan
seterusnya akan dapat mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.
Keadaan yang sama juga untuk etnik India yang kadar kemiskinan
mutlaknya tidak jauh berbeza dengan etnik Cina (Faaland, Parkinson
dan Rais 2005). Begitu juga dengan kadar kemiskinan mengikut negeri-
negeri yang majoriti Melayu masih tinggi berbanding negeri lain, iaitu
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa dalam bidang ekonomi,
pencapaian etnik Melayu belum menepati sasaran DEB. Perkara 153
khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi
masalah kemiskinan etnik Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk
memastikan penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara. Hal ini
disebabkan sebanyak 75 peratus etnik Melayu bergantung hidup kepada
pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan daripada
kedua-dua sektor tersebut adalah kecil.

Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak istimewa dalam
bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu tidak banyak berubah. Meskipun
kini sudah ramai lahir usahawan Melayu yang menjalankan pelbagai
perniagaan besar malah sudah pun lahir jutawan Melayu, tetapi kejayaan
segelintir etnik Melayu dalam perniagaan tidak boleh dianggap sebagai
mewakili kejayaan etnik Melayu keseluruhannya dalam bidang ekonomi.
Dalam pemilikan modal saham mengikut sektor juga, etnik Melayu
masih lagi ketinggalan berbanding bukan Melayu. Perkara ini dijelaskan
dalam Jadual 4.2, iaitu tiada satu sektor yang menunjukkan etnik Melayu
melebihi etnik bukan Melayu. Cuma dalam sektor pembinaan, matlamat
30 peratus itu telah tercapai.

118 Hubungan Etnik

JADUAl 4.2: Peratusan Hak Milik Modal Saham Mengikut Sektor dan Etnik tahun
2004

ETNIK AB CDE F GH I J JUM

Bumiputera 16.4 12.3 8.1 6.3 35.2 20.4 26.7 12.5 18.7 24.3 18.9

Bukan 54 39.8 25 9.2 44 53.3 30.6 10.5 40.9 48.6 40.6
Bumiputera

Petunjuk: A: Pertanian, B: Perlombongan, C: Pembuatan, D: Utiliti, E: Pembinaan, F: Perdagangan,
borong dan runcit, G: Pengangkutan, H: Kewangan, I: Perkhidmatan, J: lain-lain
Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006: 357.

Walaupun perkara hak istimewa etnik Melayu dianggap sebagai
satu isu sensitif, tidak bermakna perkara ini menghalang perbincangan
tentang pelaksanaannya sama ada berjaya atau tidak. Sekiranya
matlamatnya sudah dicapai, adakah etnik Melayu masih lagi memerlukan
hak istimewa tersebut? Dalam hal ini, etnik Melayu masih memerlukan
Perkara 153 ini khususnya dalam bidang ekonomi disebabkan matlamat
untuk meningkatkan taraf ekonomi etnik Melayu masih belum tercapai.

Perkara 153 perlu diteruskan ke arah mencapai matlamat yang
dikehendaki khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
Namun, pada masa yang sama pelbagai kemudahan dan keistimewaan
turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek pendidikan.
Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan tidak
terus menghapuskan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,
sebaliknya mempertahankan kewujudan sekolah tersebut walaupun
Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan
secara beransur-ansur.

Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) dan Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu, namun
untuk merapatkan lagi hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan
pelajar, keistimewaan ini turut diberikan kepada bukan Melayu apabila
kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM dan Matrikulasi
dengan kuota 10 peratus. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem
kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar
berdasarkan merit akademik tanpa mengira etnik. Walaupun kedudukan
istimewa mengenai pendidikan termaktub dalam perlembagaan, namun
pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dengan bukan Melayu telah
diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan hubungan etnik.

Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 119

Dari segi ekonomi pula, walaupun melalui DEB ditetapkan kadar
pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi
sasaran itu masih lagi belum tercapai. Sebaliknya, pemilikan ekuiti negara
bagi etnik Melayu hanyalah sebanyak 19.2 peratus pada tahun 1990
daripada 2.4 peratus pada tahun 1970. Namun, pemilikan ekuiti negara
bagi etnik bukan Melayu telah meningkat daripada 28.3 peratus pada
tahun 1970 kepada 34.4 peratus pada tahun 1990 (Rancangan Malaysia
Ketujuh 1996).

Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian Perkara 18
bagi Sarawak

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi
kepada hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan
Sarawak, kedudukan etnik bumiputera di kedua-dua negeri tersebut
diberikan status yang sama sebagaimana etnik Melayu, iaitu mereka turut
dimasukkan ke dalam Perkara 153. Namun peruntukan tersebut tidak
memberi hak untuk menindas etnik lain kerana hak istimewa etnik
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi dengan cara
tidak menaikan kedudukan sah etnik-etnik lain.

Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 merupakan satu
persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan
Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara tuntutannya adalah tentang
imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan
Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.
Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh
kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat
sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan. Parlimen tidak boleh
meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu
menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
kedudukan etnik Melayu di Semenanjung. Perkara165dalamPerlembagaan
Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18
Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah:

i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu
agama sebagai agama rasmi negeri.

120 Hubungan Etnik

ii. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan,
tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had
masa.

iii. Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua
negeri.

iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi
soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.

v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu

(Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan
dengan keadaan (sifat demograi) Sabah.

Kesimpulan

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan
setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan
seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat
perimbangan bagi setiap perkara tersebut. Permuafakatan sosial yang dipersetujui
sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima
oleh semua etnik pada ketika itu. Pengingkaran kepada permuafakatan sosial
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik. Perkara ini
sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215,
iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara
Malaysia. Justeru, setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda hendaklah
sentiasa bersikap terbuka dan toleran dalam sesuatu isu khususnya yang
melibatkan Islam dan etnik Melayu dalam perlembagaan.

Soalan Perbincangan

1. KedudukanistimewaetnikMelayuadalahsatubentukdiskriminasi.Bahaskan.
2. KebebasanberagamadiMalaysiaterjamindalamperlembagaan.Bincangkan.
3. Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak

perlu dinilai semula untuk meningkatkan integrasi nasional. Bincangkan.

BaB 5

Permuafakatan Politik dalam Konteks
hubungan etnik di Malaysia

hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Mengetahui perkembangan parti politik di Malaysia.
2. Menghuraikan usaha yang diambil untuk mengukuhkan kesepaduan

sosial melalui politik.
3. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi

etnik di negara ini dalam konteks politik.

Pengenalan

Dalam menelusuri sejarah politik di Malaysia, pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka sering dijadikan titik permulaan dalam memahami
pentadbiran feudalisme di Tanah Melayu. Sultan Melaka yang memerintah
dibantu oleh pembesar berempat, iaitu Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari. Di samping itu, kerajaan Melayu
Melaka memiliki undang-undang kanun Melaka yang membantu dalam
memastikan keamanan pelabuhan Melaka dan berjaya menjadi sebuah
kerajaan termasyhur pada abad ke-15.

Sistem politik tradisional tidak membenarkan persaingan kuasa secara
bebas. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan kesetiaan rakyat dan kedaulatan raja
Melayu sentiasa dijunjung dan penderhakaan terhadap raja atau sultan dianggap
satu kesalahan besar. Rakyat menumpahkan kesetiaan dan ketaatan tidak
berbelah bahagi kepada raja. Kemasukan penjajah ke Tanah Melayu, terutama
penjajah Inggeris menghakiskan kuasa institusi kesultanan Melayu. Gullick (1978)
menyatakan bahawa kuasa-kuasa sultan Melayu menjadi lemah pada tahun
1870-an berikutan wujudnya campur tangan pihak kolonial British dalam sistem

122 Hubungan Etnik

pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Termeterainya Perjanjian Pangkor
pada 1874 menandakan bermulanya era campur tangan British dalam
negeri- negeri Melayu dengan pengenalan sistem residen.

Sistem residen telah diperluas ke negeri-negeri Melayu yang
mempunyai kepentingan ekonomi kepada pihak British. Negeri-negeri
yang kaya dengan bijih timah dan emas seperti Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang telah dipaksa menerima residen kononnya untuk memberi
nasihat pentadbiran kepada sultan. Implikasinya kedudukan sultan
dalam aspek pentadbiran terutama melibatkan pungutan cukai semakin
terhakis akibat daripada peranan yang dimainkan oleh residen Inggeris.
Sultan hanya mempunyai kuasa yang terhad, iaitu bertanggungjawab
terhadap soal kedudukan agama Islam dan hal ehwal berkaitan dengan
adat resam orang Melayu sahaja.

Usaha pihak British dalam menguasai negeri-negeri Melayu
bermula dengan menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1896. Selepas itu,
Inggeris berjaya memperoleh negeri-negeri Melayu yang lain, iaitu
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok
pada tahun 1909 dan diletakkan dalam unit pentadbiran yang dikenali
sebagai Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) bersama-
sama dengan negeri Johor.

Penguasaan kolonial British mencapai kemuncak apabila
memperkenalkan Malayan Union pada 1 April 1946 yang akhirnya
menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri jajahan. Penubuhan
Malayan Union membawa kepada penentangan orang Melayu kerana
kuasa sultan semakin dilenyapkan oleh pihak British. UMNO ditubuhkan
dalam Kongres Melayu Se-Tanah Melayu di Kelab Sultan Selangor, Kuala
lumpur secara rasmi dalam persidangan pada 11 dan 12 Mei 1946.
UMNO yang diterajui oleh Dato’ Onn Jaafar sebagai presiden pertama
bertujuan untuk menentang Malayan Union. Akibat daripada tentangan
yang hebat oleh orang Melayu akhirnya Malayan Union dimansuhkan
dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Pada awal tahun 1950-an, parti UMNO telah menyaksikan satu
peristiwa penting dalam konteks permuafakatan politik negara.
Pertama kali dalam sejarah, UMNO dan MCA telah bergabung dengan
mewujudkan parti Perikatan yang mengamalkan konsep perkongsian

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 123

kuasa atau pakatan politik walaupun memperjuangkan kepentingan
mengikut etnik. MCA yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock sebagai
presiden dibentuk pada Februari 1949 dengan tujuan untuk melindungi
kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya masyarakat Cina.

Perkembangan seterusnya menyaksikan Malaysia mempunyai
pelbagai parti politik yang pada dasarnya mewakili pelbagai kaum.
Faktor etnik merupakan elemen utama yang mempengaruhi penubuhan
parti politik dan perkembangan politik, terutama sebelum dan pada
awal kemerdekaan negara sama ada di Semenanjung Tanah Melayu
ataupun di Sabah dan Sarawak. Justeru, dasar dan tindakan politik
menjadikan faktor etnik sebagai persoalan penting bagi membendung
konlik terbuka, sementara demokrasi permuafakatan dianggap sebagai
pendekatan terbaik. Permuafakatan berteraskan prinsip tolak ansur,
tawar-menawar, akomodasi dan konsensus dalam kalangan pelbagai
parti politik yang menyertai gabungan membolehkan parti-parti
membentuk kerajaan dan mengekalkan kuasa.

Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan
perkauman. Asas kerjasama parti pemimpin politik pelbagai kaum adalah
menjurus kepada aspek permuafakatan sehingga boleh membentuk
gabungan politik. Gabungan berkenaan mencerminkan keinginan untuk
berkongsi kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi satu-satu
kaum mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini. Bagi mencapai
matlamat dan kepentingan bersama maka penggabungan parti politik
terbentuk. Gabungan berkenaan berjaya menentukan solidariti dan
kestabilan politik sejak kemerdekaan. Bagi lijphart (1952), pembentukan
demokrasi permuafakatan mampu mewujudkan kestabilan politik kerana
pendekatan tersebut mengutamakan pengagihan sumber kekayaan dan
politik kepada etnik yang berbeza. Perkongsian kuasa dapat memberi
kepuasan kepada pelbagai etnik.

Parti politik yang mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama untuk
menjalankan pentadbiran negara dan membawa pembangunan. Ratnam
(1969) yakin bahawa faktor perkauman dapat dikurangkan melalui
mekanisme perpaduan yang wujud dalam parti Perikatan. Asas sistem
politik Malaysia ialah permuafakatan, kerjasama dan tolak ansur bagi
memastikan wujudnya kestabilan. Konlik kepentingan kaum ditangani
melalui permuafakatan dalam kalangan pemimpin elit yang mewakili
pelbagai etnik dalam gabungan berkenaan. Sebaliknya, Vasil (1972)

124 Hubungan Etnik

tidak menganggap bahawa mekanisme perpaduan dalam Perikatan
sebagai mantap dan kekal, malah tidak mendapat sokongan pengundi
seperti pada pilihan raya 1969.

Justeru, terdapat kritikan terhadap teori dan model politik
permuafakatan kerana teori berkenaan tidak menjelaskan realiti
kehidupan berpolitik di negara ini. Malah, tidak wujud satu parti yang
dapat membentuk Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dan
membentuk kerajaan sehingga menyebabkan beberapa buah parti perlu
bergabung. Fenomena ini dikenali sebagai demokrasi permuafakatan
berdasarkan prinsip tawar-menawar, bertolak ansur, pengorbanan dan
perundingan bagi memastikan suara setiap kaum diwakili, termasuk
etnik minoriti.

Di peringkat kerajaan persekutuan, BN kini dianggotai oleh 14
buah parti, iaitu UMNO, MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk (PPP),
dan juga parti dari Sabah dan Sarawak. Parti dari Sabah ialah Parti
Demokratik Sabah (PDS), Parti liberal Demokratik (lDP) dan Parti
Bersatu Sabah (PBS), selain daripada UMNO. Sarawak pula diwakili Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),
Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak
(SPDP). Kadangkala ada parti komponen terbabit keluar daripada
gabungan apabila menghadapi masalah tertentu. Misalnya, PAS yang
menganggotai BN pada 1974 terkeluar pada 1977 selepas berlaku krisis
kepemimpinan di negeri Kelantan. Keadaan ini turut dihadapi oleh parti
PBS yang mengambil keputusan untuk keluar daripada BN Sabah pada
1987 tetapi kemudiannya menyertai BN semula pada 1994. Gabungan
dibentuk kerana pakatan sedemikian dianggap memberi faedah kepada
pihak terbabit. Sekiranya parti yang terlibat dengan penggabungan gagal
memperoleh faedah, besar kemungkinan kerjasama tersebut tidak dapat
dipertahankan dan parti berkenaan akan keluar daripada gabungan.

Pembangunan Politik

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan
politik, iaitu satu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan
atau kerajaan dan warganegara atau bangsa. Pembinaan negara bangsa
pula dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan, termasuk penerapan
dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 125

nasionalisme melalui simbol dan ritual negara seperti lagu kebangsaan,
bendera kebangsaan dan perayaan hari kemerdekaan. Usaha mewujudkan
negara bangsa bukan suatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor
perlu diambil kira. Antaranya merangkumi aspek kesan penjajahan,
kepelbagaian suku kaum, gabungan wilayah dan gabungan kerajaan.
Kewujudan parti politik, parlimen, perlembagaan negara dan pilihan
raya merupakan komponen atau kriteria penting untuk menentukan
kewujudan amalan demokrasi di negara ini.

Pemupukan hubungan etnik Secara Formal dalam Politik

Usaha memupuk hubungan etnik yang harmoni memerlukan tindakan
secara formal daripada pihak atasan. Semasa pelaksanaan Malayan
Union pada tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak
British ingin memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang
berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat pula
ditadbir sebagai satu bangsa. Semua kelompok etnik di Tanah Melayu
disatukan secara muslihat atau secara paksaan. Usaha awal Dato’
Onn Jaafar melalui parti multietnik, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya
(IMP) tewas pada Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala lumpur
pada tahun 1952. Tindakan beliau yang boleh disifatkan mendahului
zaman itu tidak dapat diterima oleh masyarakat majmuk ketika itu,
kerana masing-masing yakin bahawa kepentingan etnik perlu terlebih
dahulu diperjuangkan. Onn Jaafar keluar daripada UMNO pada 1951
kerana cadangan beliau ditolak oleh sebahagian besar ahli UMNO
termasuk sebilangan rakyat daripada etnik Melayu, Cina dan India.

Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan
konsep perkongsian kuasa atau pakatan politik. Perkongsian kuasa antara
Melayu dengan Cina terjalin apabila UMNO dan MCA berpakat dan
bertanding dalam Pilihan Raya pada tahun 1952 untuk menentang IMP.
Dalam pilihan raya bersejarah itu, Perikatan memenangi 9 daripada 12
kerusi yang dipertandingkan. Manakala dalam Pilihan Raya Persekutuan
1955, Perikatan yang turut disertai MIC mendapat sokongan padu
rakyat dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dalam pilihan raya itu politik perkauman adalah begitu ketara sekali.
Selepas pilihan raya itu, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Kemenangan besar berkenaan,

126 Hubungan Etnik

membuktikan kejayaan awal kerjasama antara kaum, menjadi asas
dan modal bagi Tunku Abdul Rahman yang menerajui UMNO dan
Perikatan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British.

Kemenangan Perikatan pada 1955 menjadi bukti bahawa kerjasama
politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan baik
dan kerjasama tersebut memudahkan lagi usaha menuntut kemerdekaan.
Pada 18 Januari – 8 Februari 1956, satu sesi perundingan untuk
mendapatkan kemerdekaan diadakan di London, melibatkan pemimpin
parti Perikatan dengan pihak British. Persidangan tersebut memutuskan
bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.

Pada tahun 1960-an, satu lagi parti berbilang etnik yang wujud ialah
National Convention Party (NCP) pimpinan Abdul Aziz Ishak. NCP
adalah berteraskan Melayu sebagai alternatif kepada UMNO dan PAS,
namun ia gagal bertahan lama. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
dengan majoriti keahlian daripada etnik Cina ditubuhkan pada tahun
1968, juga berusaha menarik pengundi Melayu. Sokongan etnik Melayu
merosot sesudah Gerakan mengalami krisis dalaman pada tahun 1971.

Kesedaran politik berasaskan ciri perkauman yang primodial
berkurangan dan kaum tertentu tidak mengundi parti yang hanya
mewakili kaumnya sahaja dalam pilihan raya 1969 (Vasil 1972). Buktinya,
di kebanyakan negeri yang majoriti penduduknya ialah Melayu, Perikatan
hanya menang di kawasan Melayu yang kurang daripada 90 peratus dan
kalah kepada pembangkang di kawasan majoriti Melayu. Keputusan
pilihan raya tersebut membuktikan sokongan pengundi Melayu adalah
terhadap calon parti politik pelbagai etnik berbanding parti berciri etnik.
Parti Gerakan misalnya meletakkan sembilan calon Melayu dalam pilihan
raya negeri dan tiga calon dalam pilihan raya parlimen, meraih undi yang
banyak di Selangor dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti
politik lain dari Sabah dan Sarawak. Namun, PAS terpaksa dikeluarkan
daripada BN pada tahun 1977 berikutan tiada persefahaman dalam
komponen tersebut. Parti Perikatan ditukarkan namanya kepada BN pada
tahun 1974 yang dianggotai oleh sembilan buah parti. BN merupakan
satu bentuk gabungan kerajaan campuran berteraskan permuafakatan
dan konsensus antara elit politik yang menganggotainya. Kunci utama
kepada akomodasi permuafakatan ialah proses bertolak ansur dan

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 127

tawar-menawar dalam kalangan golongan elit politik, tanpa mengancam
kedudukan komuniti terbabit. BN diwujudkan bagi memperkukuh
kerjasama pelbagai parti etnik dan agar setiap kelompok etnik diwakili
dalam keputusan politik di peringkat tertinggi negara.

Kerajaan ketika itu berpendapat bahawa pertelagahan politik tidak
membawa manfaat, maka parti pembangkang diajak menyertai gabungan
bagi menjamin kestabilan politik. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan
para pemimpin berusaha memastikan tragedi sedemikian tidak akan
berulang. Satu daripada pendekatan adalah melalui permuafakatan
politik dengan memberi tempat kepada semua kaum dari pelbagai negeri
bergabung di bawah BN. Setakat ini, BN yang terdiri daripada pelbagai
parti dari pelbagai wilayah dan pelbagai kaum dapat mengurangkan
masalah persaingan politik perkauman dan konlik perkauman.
Hubungan etnik yang harmoni memainkan peranan penting bagi
memastikan pembangunan politik yang sihat dan matang.

Ketika gagasan Malaysia diumumkan, Sabah dan Sarawak belum
bersedia untuk diberi pemerintahan sendiri. Kerajaan kolonial Britis
memperoleh Sabah daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara,
manakala Sarawak daripada Brooke yang memerintah Sarawak sejak
tahun 1841. Tahap kesedaran politik penduduk di Sabah dan Sarawak
pada ketika itu adalah rendah. Melalui pilihan raya 1963 di Sabah dan
Sarawak, parti yang pro-Malaysia, iaitu Perikatan Sabah dan Perikatan
Sarawak berjaya mendapatkan sokongan rakyat untuk bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Namun, Singapura keluar
daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda
persetujuan antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
dan Singapura. Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan
Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.

demografi dan Politik

Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai bahasa, adat resam,
kepercayaan, agama dan kecenderungan yang berbeza, termasuk
dalam berpolitik. Aspek demograi mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap demograi politik dan proses politik khususnya dalam pilihan raya.
Bilangan pengundi merupakan faktor penting dalam politik dan pilihan raya.

128 Hubungan Etnik

Jumlah ahli dalam parti politik dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan turut
mempengaruhi kemenangan parti di sesuatu kawasan. Komposisi dan pola
taburan penduduk di sesuatu kawasan pada amnya menentukan parti
yang mewakili kawasan terbabit. Agihan kerusi Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) keseluruhannya menggambarkan komposisi
penduduk sebenar. Hal ini dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan
angka rasmi pilihan raya sejak tahun 1959. Contohnya, berdasarkan
pilihan raya tahun 1995, 1999 dan 2004 dapat disimpulkan bahawa:

i. Peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas.
Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu atau Bumiputera
mempunyai 125 kerusi, iaitu etnik Melayu merupakan pengundi
majoriti di kawasan parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula
terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu
atau bumiputera dalam politik negara adalah 156 atau bersamaan 71.2
peratus kerusi.

ii. Etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23
kawasan parlimen atau bersamaan 10.5 peratus. Sementara di Sabah
mempunyai satu kerusi dan enam kerusi lagi di negeri Sarawak. Hal ini
menjadikan kerusi parlimen bagi etnik Cina adalah sebanyak 30 kerusi
atau bersamaan 13.7 peratus. Akan tetapi, tidak ada satu kerusi parlimen
pun yang mempunyai majoriti pengundi India. Daripada jumlah 219
kerusi parlimen, 33 kerusi atau 15.1 peratus merupakan kerusi plural.
Maksudnya, di kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu
kumpulan etnik yang mewakili majoriti pengundi di tempat berkenaan.

iii. Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada
kumpulan etnik tertentu memang tidak dapat dielakkan kerana taburan
penduduknya ditentukan oleh faktor sejarah dan ekonomi.

iv. BN berjaya mencipta formula agar agihan kerusi parlimen
keseluruhannya mencerminkan komposisi penduduk sebenar. Pakatan
dan perkongsian kuasa yang diamalkan sejak sekian lama masih relevan
hingga kini.

v. Pengundi semakin sedar tentang keperluan untuk mengundi parti
politik yang bersifat multietnik tanpa mempertikaikan latar belakang
kaum, bahasa atau agama yang berlainan. Politik baharu yang bersifat
integrasi berbilang etnik mulai menjadi trend dan ikutan (Rizal dan
Jumaat 2002).

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 129

Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus
mengekalkan kuasa membuktikan kejayaan konsep dan amalan
pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik. Kerjasama dan
pakatan berkenaan wujud kerana adanya kesedaran untuk mengekalkan
kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan
yang akhirnya membawa kepada perkembangan dan kematangan politik.
Sesuatu parti politik atau kumpulan etnik tidak akan dapat memerintah
sendiri, tanpa pembabitan etnik lain. Kejayaan BN memperlihatkan
keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN untuk
memerintah. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang
mewakili pelbagai etnik bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju
dan masa depan negara.

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak

Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik
masing-masing, terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan
Malaysia. Perkembangan politik banyak dipengaruhi oleh struktur
masyarakat majmuk di kedua-dua negeri. Melalui proses sosialisasi
politik, rakyat pelbagai etnik menganggotai parti politik, menyertai
kempen dan mengikuti isu politik melalui media massa. Politik Sabah
dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung. Sarawak dan
Sabah mengamalkan gabungan politik bagi membentuk kerajaan sejak
tahun 1963.

Selepas penubuhan Malaysia, Ketua Menteri pertama Sarawak ialah
Stephen Kalong Ningkan daripada kaum Iban, manakala Gabenor pertama
ialah Datu Abang Haji Openg daripada kaum Melayu. Amalan berkenaan
merupakan satu bentuk permuafakatan awal dari segi perkongsian kuasa
antara kaum bumiputera Islam dengan kaum Dayak yang bukan Islam. Di
Sabah, politik permuafakatan atau pakatan politik begitu ketara selepas
pilihan raya 1994 apabila beberapa parti politik, sebelum dekad tersebut,
seperti United Sabah National Organization (USNO), Berjaya dan Parti
Bersatu Sabah (PBS) mendominasi kerajaan secara sendirian. Namun,
parti berkenaan tetap tidak dapat memerintah sendiri, melainkan perlu
mendapat sokongan daripada etnik lain. Gabungan sedemikian penting
untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara semua etnik diwakili.

130 Hubungan Etnik

Pakatan Politik di Sabah

Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk.
Empat kelompok bumiputera tidak jauh berbeza dari segi peratusannya.
Contohnya, etnik Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar, iaitu
mewakili 24.8 peratus dan diikuti oleh kategori peribumi lain sebanyak
20.6 peratus, suku kaum Bajau mewakili 18.5 peratus dan etnik Melayu
pula sebanyak 18.5 peratus. Kebanyakan etnik Kadazan Dusun, Bajau,
Murut dan peribumi lain merupakan penduduk luar bandar dan
persisiran. Penempatan ini memberikan gambaran bahawa wujudnya
dua sistem kepercayaan, iaitu kumpulan etnik bumiputera bukan Islam
yang merangkumi Kadazan Dusun, Murut dan Rungus serta subetnik
lain yang mengamalkan kepercayaan tradisional. Manakala masyarakat
bumiputera Islam pula terdiri daripada Bajau, Idahan, Iranum, Bisaya,
Orang Sungai dan Sulu.

Perkembangan politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan
pola yang hampir sama. Pada awalnya, kemunculan parti-parti politik
merupakan reaksi terhadap cadangan pembentukan Persekutuan
Malaysia. Lazimnya, pelbagai etnik bumiputera terpisah berasaskan
etnik dan agama, iaitu Islam dan bukan Islam. Justeru, parti-parti
terbabit berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada etnik tertentu
sama ada yang beragama Islam atau Kristian. Sejak penubuhan Malaysia,
kerjasama antara kelompok etnik di Sabah diwujudkan dengan pakatan
antara pelbagai parti politik.

Donald Stephens (kemudian dikenali sebagai Tun Fuad Stephens)
menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO) pada
tahun 1961 bagi menyatupadukan masyarakat Kadazan Dusun dan
bumiputera bukan Islam. USNO yang berada di bawah pimpinan Tun
Dato’ Mustapha Dato’ Harun ditubuhkan pada Disember 1961 mewakili
etnik Bajau, Suluk dan etnik-etnik lain. Orang Cina pula bernaung di
bawah Sabah Chinese Association (SCA). Dengan mengambil ilham
daripada model kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO dan SCA
di Sabah bergabung untuk menubuhkan parti Perikatan.

Beberapa parti lain turut ditubuhkan seperti Pasok Momogun yang
diterajui G. S. Sundang pada tahun 1962. Pasok Momogun bersaing
dengan UNKO bagi mendapatkan sokongan bumiputera bukan Islam.
Bagi orang Cina, dua lagi parti politik ditubuhkan, iaitu United Party
(UP) dan Democratic Party namun parti terbabit tidak dapat bertahan

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 131

lama. Kedua-dua parti berkenaan bergabung menjadi Parti Kebangsaan
Borneo Utara pada Oktober 1962. Parti Perikatan menerajui Sabah
antara tahun 1963 hingga tahun 1967 selepas komponen parti terbabit
memenangi pilihan raya secara tidak langsung, iaitu Residency Electoral
Colleges. Dalam pilihan raya tersebut, parti USNO memenangi lapan
kerusi, parti UNKO memperoleh lima kerusi, Sabah National Party
(SANAP) mendapat empat kerusi dan parti Pasok Momogun memenangi
satu kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. Perikatan Sabah pada
peringkat awal dianggotai oleh USNO, UNKO, UPKO, SANAP/SCA
dan Sabah Indian Congress. Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan
Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan
majoriti ahlinya menyertai USNO.

Pilihan raya diadakan untuk pertama kali bagi memilih wakil kerajaan
tempatan pada April 1964. Pilihan raya umum pertama di Sabah adalah
pada 27 April 1967. Dalam pilihan raya itu, USNO memenangi 14 kerusi,
UPKO mendapat 12 kerusi dan SCA pula memperoleh lima kerusi.
Kerajaan negeri pertama adalah di bawah pemerintahan USNO-SCA
dan UPKO keluar daripada pakatan pada 16 Mei 1967. Selama Mustapha
Harun dan USNO mengetuai tampuk pemerintahan negeri, semua etnik
turut berada dalam pakatan Perikatan. Teraju kepemimpinan negeri
diambil alih oleh Tun Fuad Stephens, dan kemudiannya oleh Harris Salleh
selepas parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) memenangi pilihan
raya pada tahun 1976. Dalam pilihan raya itu, Berjaya memenangi 28
kerusi, manakala USNO 20 kerusi daripada 48 kerusi DUN. Kejayaan
Berjaya menumbangkan Mustapha yang telah memerintah selama 13
tahun, menyaksikan Fuad Stephen dilantik menjadi Ketua Menteri dan
Harris Salleh sebagai timbalan beliau.

Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun
1985 merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera
Islam dan bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk
pimpinannya dimonopoli oleh bumiputera Islam. Kepemimpinan Harris
Salleh menyebabkan beliau hilang sokongan daripada kerajaan pusat
kerana beliau dianggap “keras” menyebabkan sesetengah pemimpin
Sabah dan rakyatnya tidak berpuas hati. Parti Bersatu Sabah (PBS) oleh
Joseph Pairin Kitingan telah memberi tentangan terhadap Harris Salleh
dan buat pertama kali sejak tahun 1976, parti pembangkang berjaya
menumbangkan kerajaan BN di Sabah pada tahun 1985. Hal ini adalah

132 Hubungan Etnik

rentetan daripada rasa kekecewaan kaum Cina dan Kadazan terhadap
Parti Berjaya pimpinan Harris Salleh. Dalam pilihan raya tersebut, Parti
Berjaya hanya memenangi enam kerusi berbanding 44 kerusi yang
dikuasainya sebelum itu dengan Harris sendiri tewas di kerusi kawasan
Tenom.

USNO yang dipecat daripada BN menguasai 16 kerusi dan PBS
mendapat majoriti apabila memenangi 26 kerusi. Kejayaan PBS
bermaksud kemunculan penguasaan kaum bukan bumiputera dan
bukan Islam untuk pertama kali. PBS diterima ke dalam BN pada 5 Jun
1986. Dalam pilihan raya 1990, PBS memenangi 34 kerusi berbanding
USNO 14 daripada 48 kerusi DUN di Sabah. Manakala parti-parti lain
yang bertanding mengalami kekalahan teruk. Ketika Sabah berada dalam
genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara kerajaan negeri
dengan kerajaan pusat.

PBS yang merupakan sebuah parti pelbagai etnik dimonopoli
bumiputera bukan Islam dari segi kepemimpinan. Parti PBS telah berjaya
memerintah negeri Sabah untuk jangka masa sepuluh tahun iaitu pada
tahun 1985 sehingga tahun 1994 sebelum diambil alih oleh BN yang
diterajui oleh UMNO yang mula bertapak di Sabah pada awal dekad
1990-an. Dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994, hubungan kerajaan
pusat-negeri semakin tegang. Beberapa hari selepas DUN dibubarkan
untuk membolehkan pilihan raya pada tahun 1994, Timbalan Presiden
PBS yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yong Teck Lee bertindak keluar
parti dan menubuhkan Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party -
SAPP). Akhirnya SAPP diterima untuk menyertai komponen BN. Dalam
keputusan pilihan raya tersebut, parti PBS menang tipis iaitu memperoleh
25 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, manakala parti BN
mendapat 23 kerusi. Bagaimanapun, beberapa hari selepas keputusan
diumumkan, 12 orang ADUN PBS telah keluar parti dan menubuhkan
parti baharu yang kemudiannya diterima untuk menyertai BN. Akibatnya
pada 17 Mac 1994, Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai kerajaan
negeri Sabah dengan kemenangan tipis terpaksa membubarkan kerajaan,
sekali gus memberi laluan kepada BN untuk menerajui Sabah.

Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia 133

Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam politik
di Sabah:

i. UMNO berjanji sekiranya parti tersebut berjaya merampas
pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran
antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina supaya
semua rnempunyai peluang memerintah. Sejak tahun 1994, atas
semangat kerjasama antara etnik, jawatan Ketua Menteri disandang
beberapa pemimpin daripada golongan etnik yang berbeza-beza bagi
memenuhi janji BN dalam pilihan raya umum negeri tahun 1994.

ii. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik bumiputera Islam dan
bukan bumiputera Islam, Kristian dan lain-lain.

iii. Kejatuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baharu seperti Parti
Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS),
yakni melibatkan mantan pemimpin utama PBS. Antaranya ialah
Bernard Dompok yang mengetuai PDS dan Joseph Kurup yang
mengetuai PBRS .

Proses politik di Sabah turut memperlihatkan kewujudan parti
politik berasaskan kepentingan kumpulan etnik tertentu. Pada masa yang
sama, usaha terus dijalankan untuk memupuk perpaduan etnik melalui
kerjasama politik. Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan bumiputera
lain yang beragama Islam berjaya disatukan di bawah UMNO. Sementara
itu, perpaduan dalam etnik KadazanDusun atau bumiputera bukan Islam
di bawah PBS berhadapan dengan cabaran daripada beberapa buah parti
seperti UPKO dan PBRS. Namun demikian, dengan kemasukan semula
PBS ke dalam BN pada tahun 2003, semua parti yang bersaing untuk
mendapatkan sokongan KadazanDusun ialah ahli komponen BN.

Pakatan Politik di Sarawak

Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya
pluraliti, malah lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah
sekitar 30 suku kaumnya. Pada umumnya, tidak terdapat satu kumpulan
etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Jumlah penduduk di
Sarawak ialah 2.5 juta orang dengan etnik Dayak memiliki 44.3 peratus,
diikuti oleh etnik Melayu yang mewakili 23.2 peratus dan etnik Melanau
sebanyak 5.7 peratus merupakan kelompok peribumi yang membentuk


Click to View FlipBook Version