234 Hubungan Etnik
BaB 10
Kesimpulan
Dalam usaha mengurus kesepaduan sosial di Malaysia, kesepaduan
dalam konteks kepelbagaian etnik sebenarnya telah wujud melalui proses
perkongsian sejarah bersama yang dilalui oleh masyarakat pelbagai etnik
merentasi aspek politik mahupun sosioekonomi. Masyarakat pelbagai
etnik di Malaysia dapat menikmati suasana kehidupan secara aman dan
bebas daripada konlik kekerasan.
Dalam usaha mengukuhkan kesepaduan sosial, aspek amalan harian
dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik ditandai oleh interaksi dan
jalinan hubungan sosial yang saling berkait dan bergantung antara satu
sama lain. Oleh hal demikian, jalinan dan interaksi hubungan sosial
sebenarnya sudah bersemi ke dalam fabrik-fabrik sosial masyarakat
kerana kesemua mereka berada dalam satu acuan besar yang dinamakan
sebagai negara bangsa Malaysia.
Dalam meneliti proses transformasi hubungan etnik, sejarah
perkembangan hubungan ini adalah melalui rundingan sosial yang
berterusan antara aktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi
kepentingan masing-masing tanpa meleraikan fabrik-fabrik sosial. Proses
rundingan sosial yang meliputi aspek akomodasi, akulturasi, amalgamasi
dan asimilasi sentiasa berlaku dalam usaha mengekalkan toleransi etnik
ke arah bentuk positif berbanding bentuk negatif.
Pemaparan potret hubungan etnik di Malaysia sering diwarnai dengan
pola-pola perbezaan berbanding ke arah melihat persamaan mahupun
perkongsian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Hakikatnya,
pemahaman terhadap konsep asas hubungan etnik sama ada secara
intraetnik atau interetnik perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat
agar dapat menghindari gejala etnosentrisme, prejudis, stereotaip
ataupun diskriminasi. Rakyat Malaysia perlu menyedari kewujudan
potret-potret etnik yang positif dan baik ini agar pemikiran yang sempit
236 Hubungan Etnik
tidak menjadi hambatan kepada usaha menyulam fabrik kesepaduan
sosial dalam masyarakat.
Maka, kefahaman yang jelas terhadap kepelbagaian etnik dalam
potret masyarakat di Malaysia akan memberi natijah ke arah pemupukan
keharmonian dan tolak ansur dalam kehidupan bermasyarakat. Di
samping itu, kesedaran akan wujudnya kepelbagaian etnik secara
terbuka adalah penting bagi meleraikan tembok prasangka dalam diri
individu. Oleh hal demikian, setiap kumpulan etnik yang berbeza perlu
sedar bahawa hubungan antara etnik yang wujud pada masa ini lebih
bersifat hubungan sosial walaupun mereka adalah daripada kumpulan
etnik yang berbeza. Perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat
sebenarnya perlu dilihat bukan secara terpisah, tetapi atas dasar mereka
ini ingin mencari kekuatan dan kebersamaan yang daapt dikongsi ke
arah mengukuhkan landasan kesepaduan sosial. Melalui rundingan
perbezaan yang dapat membawa kepada salah faham dan ketegangan
dalam masyarakat dapat dijernihkan dengan persetujuan bersama hingga
berlaku tolak ansur dan akomondasi antara mereka. Inilah jalan-jalan
perundingan sosial yang telah membawa masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia hingga mampu membina kesepaduan sosial di antara mereka.
Dalam usaha mencapai kemampanan hidup antara pelbagai etnik,
limpahan kemakmuran dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan
saksama merentasi batas etnik. Tujuannya adalah untuk memastikan
setiap kumpulan etnik tidak berasa terpinggir daripada menikmati
faedah daripada pembangunan dan urus tadbir negara. Dasar-dasar
kerajaan yang dirangka bukan untuk memenuhi keperluan dan tuntuan
sesuatu etnik semata-mata, tetapi adalah bersifat limpahan merentasi
etnik. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun
1971 bertindak sebagai serampang dua mata -- kemiskinan dibasmikan
dan masyarakat distrukturkan semula. Pelaksanaan DEB telah
memperlihatkan kerajaan seolah-olah memberi banyak kelebihan untuk
golongan bumiputera, tetapi hakikatnya masyarakat bukan bumiputera
juga memperoleh nikmat limpahan daripada dasar tersebut. Pendekatan
ini memberi konotasi bahawa keharmonian sosial dan kestabilan politik
yang terbentuk disokong melalui dasar yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan. Hal ini bermakna bahawa dasar awam di Malaysia adalah
penting untuk merekayasakan masyarakat pelbagai etnik untuk hidup
harmoni dalam kesepaduan sosial.
Kesimpulan 237
Permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik menandakan
erti bahawa pakatan dan perkongsian kuasa yang diamalkan adalah
masih relevan. Kerjasama dan pakatan berkenaan telah mewujudkan
kesedaran untuk mengekalkan kestabilan politik memandangkan
sejarah permuafakatan politik dibina melalui wakil-wakil pelbagai
etnik. Permuafakatan ini menandakan bahawa sesuatu parti politik atau
kumpulan etnik tidak akan dapat memerintah sendiri, tanpa pembabitan
etnik lain. Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang
mewakili pelbagai etnik dapat bekerjasama dalam usaha menentukan
dasar mahupun hala tuju negara.
Dalam usaha mengukuhkan aspek kesepaduan sosial dalam
masyarakat pelbagai etnik, perlembagaan negara menjadi tiang seri
dalam konteks membentuk perpaduan etnik. Perlembagaan Persekutuan
yang digubal telah mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia.
Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah
memberi kelebihan kepada sesuatu etnik terutamanya etnik Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi kedudukan dan kebebasan
masyarakat bukan bumiputera tetap terpelihara. Permuafakatan sosial
yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan
yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu. Justeru, setiap
lapisan masyarakat, khususnya generasi muda, harus mendukung
keluhuran perlembagaan tanpa melangkaui lunas-lunas sebagaimana
yang termaktub dalam kandungan perlembagaan. Keadaan ini penting
ke arah membentuk masyarakat yang menghormati hak-hak dan
kepentingan masyarakat pelbagai etnik agar sentiasa bersikap terbuka
dan toleran dalam sesuatu isu.
Walaupun agama rasmi negara ialah agama Islam, agama-agama
lain tetap dibenarkan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan syarat ia tidak menggugat kedudukan agama
Islam. Dalam konteks masyarakat pelbagai etnik, kebebasan beragama
juga didapati mampu membina ikatan dan hubungan merentas
individu ataupun kumpulan agama. Semua agama menyeru pengikut
dan umatnya berbuat baik sesama manusia dan menghindarkan diri
daripada melakukan kerosakan di muka bumi. Oleh hal demikian, dalam
aspek kebebasan beragama kita perlu mencari satu titik pertemuan,
iaitu pemupukan nilai-nilai positif dan baik seperti aspek hormat-
menghormati, tolak ansur dan rasa tanggjungjawab terhadap ahli
238 Hubungan Etnik
masyarakat tanpa mengira warna kulit dan agama dapat terus disuburkan.
Oleh itu, ia akan memungkinkan penganut pelbagai agama bergerak ke
arah persefahaman. Keadaan ini secara langsung dapat menghindarkan
ketegangan ataupun konlik dalam masyarakat apabila semangat kekitaan
merentasi batas-batas etnik.
Bagi merealisasikan kesepaduan sosial dalam masyarakat, peranan
masyarakat juga dilihat penting kerana sandaran kepada authority
deined adalah tidak memadai. Aspek integrasi dalam konteks everday
deined dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik perlu digemblengkan
secara progresif agar segregasi masyarakat dapat dikurangkan. Segregasi
merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain. Pemisahan yang berlaku
merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah British, meliputi
aspek demograi dan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat pelbagai
etnik. Justeru, aspek integrasi penting dalam melahirkan masyarakat yang
lebih bersatu padu dengan memecahkan tembok pemisahan yang dibina
oleh pihak penjajah dahulu. Integrasi dapat dicapai melalui keupayaan
menerapkan unsur-unsur akomodasi, akulturasi atau asimilasi ke dalam
kehidupan kita bersama di negara ini.
Pengalaman harian dalam menjalin kesepaduan dalam masyarakat
pelbagai etnik merupakan satu manifestasi penting dalam melihat
kejayaan mengurus kesepaduan sosial. Di kaca mata dunia, Malaysia
dikenali kerana keupayaannya mengekalkan keharmonian dalam
masyarakat pelbagai kaum. Kekuatan negara bukan sahaja diukur
menerusi pelaksanaan dasar-dasar yang adil dan saksama, tetapi amalan
seharian masyarakat. Setiap individu dalam masyarakat tanpa mengira
latar belakang etnik, agama mahupun budaya saling bergantung.
Amalan seharian dalam kehidupan memperlihatkan setiap etnik saling
bergantung dan berkait hingga merentasi batas kumpulan etnik mereka.
Keadaan ini menunjukkan bahawa tiada satu etnik di Malaysia yang
dapat hidup secara sendirian kerana resepi yang terkandung dalam
masakan seharian merupakan menu cita rasa makanan pelbagai etnik di
negara ini. Peranan makanan dalam kehidupan seharian memberi impak
terhadap hubungan etnik. Integrasi sosial melalui makanan boleh dilihat
dengan jelas ketika rakyat Malaysia meraikan perayaan besar seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kaamaatan dan Hari Gawai.
Dalam setiap perayaan tersebut, makananlah yang menyatukan semua
melalui hidangan jamuan yang disediakan.
Kesimpulan 239
Pakaian yang diperagakan oleh setiap individu ialah hasil sentuhan
dan kreativiti kehidupan di sini dan alunan muzik yang menembusi
halwa pendengaran saban hari ialah nukilan komposer berjiwa bangsa
Malaysia. Natijahnya; kesepaduan sosial yang wujud kini adalah terbina
dalam kerangka landskap masyarakat pelbagai etnik. Landasan yang
kukuh dalam proses perjalanan kesepanduan sosial akhirnya membawa
seluruh rakyat Malaysia menuju ke terminal perpaduan nasional
menjelang 2020.
Trajektori perkembangan Malaysia bergantung kepada hubungan
antara negara, kerajaan dan masyarakat pelbagai etnik. Cabaran asas
adalah untuk mencari titik keseimbangan dalam kesatuan ketiga-tiga
hubungan ini supaya wujud kestabilan dan keabsahan. Jika hubungan
ini diabaikan, lama-kelamaan percanggahan dan perbezaan yang
wujud tidak akan dapat diurus dan diselesaikan dengan baik. Di sini,
gerakan media baharu membolehkan kita memerhati, memahami dan
menjelaskan hubungan ini. Dua perkara yang jelas timbul di Malaysia
ialah wacana proses pencarian bentuk negara bangsa – makna dan idea
Malaysia kepada rakyat pelbagai etnik– dan model, peranan serta tujuan
ekonomi yang perlu dijadikan amalan hidup bersama. Amat terang
dalam kedua-dua wacana ini pemberian makna dan pendeinisian,
dan tindakan pelaksanaan seharian tidak hanya dilakukan oleh negara
dan kerajaan secara dari atas ke bawah, tetapi juga daripada dan dalam
kalangan anggota masyarakat pelbagai etnik secara dari bawah ke atas.
Suara dan tindakan ini tidak hanya terbatas kepada garis kaum etnik
dan agama, tetapi juga dimensi sosial yang lain hingga melampaui dan
meliputi matlamat, cita-cita, nilai, dan antara generasi.
Kesenian ialah sebahagian daripada keperluan spiritual manusia
yang cukup penting dalam memberi makna hidup dan identiti kepada
sesuatu kumpulan manusia. Tanpa seni kehidupan manusia mungkin
menjadi bosan dan tiada keceriaan hidup serta kurang kepuasan kepada
jiwanya. Sebagai satu daripada sumber kepuasan jiwa dan ikiran,
seni perlu dihasilkan untuk kepuasan pengkaryanya dan juga untuk
konsumsi masyarakat. Suasana masyarakat moden turut mempengaruhi
perkembangan seni di Malaysia hingga lahir seni dan karya berteraskan
etnik masing-masing yang wujud bersama sebahagiannya sebagai hasil
daripada pinjaman budaya etnik lain. Justeru, terkandung di dalam
pembikinan sesuatu karya atau produk seni itu dari mula karya berkenaan
dibikin sehinggalah dikonsumsi oleh masyarakat ialah pengalaman
240 Hubungan Etnik
hubungan sosial antara masyarakat pelbagai etnik yang terlibat, secara
langsung mahupun tidak langsung, di dalam satu mata rantai sosial
yang saling terkait dan saling bergantung. Karya seni yang dihasil dan
dikonsumsikan di dalam negara ini mungkin jelas cita rasa etniknya,
tetapi proses pinjam-meminjam antara satu sama lain sudah melahirkan
kelainan jika dibandingkan dengan kelompok etnik asal mereka.
Sebagai kesimpulan, buku ini ingin menghujahkan bahawa keetnikan
wujud di Malaysia, tetapi pengalaman hidup bersama telah melahirkan
kumpulan-kumpulan etnik yang telah melangkaui batas etnik mereka.
Kumpulan etnik di Malaysia telah menjadi semakin rencam dan socially
diferentiated hingga kesepaduan sosial terbina antara mereka. Namun
begitu, perspektif kedamaian yang diambil dalam buku ini untuk
menganalisis hubungan etnik di Malaysia tidak sama sekali menaikan
salah faham dan ketegangan yang dapat membawa kepada konlik.
Tetapi hayat kedamaian sosial didapati lebih panjang terbina dalam
sejarah negara ini daripada lekok konlik. Hal ini bermakna kita jangan
leka dengan kemungkinan bahawa konlik dapat berlaku di negara
ini. Kedamaian sosial ini tidak datang bergolek. Kedamaian dalam
masyarakat pelbagi etnik di negara ini ialah hasil perancangan, rekayasa
dasar dasar awam dan keterlibatan kesemua lapisan masyarakat hingga
kesepaduan sosial terbina dalam kita meneruskan the work in progress
untuk mencapai matlamat akhir perpaduan negara dan integrasi national
pada suatu hari nanti.
glOSari
Demokrasi Pemerintahan oleh orang ramai dan untuk orang ramai
mengikut undang-undang yang berdaulat. Demokrasi
Diskriminasi mengutamakan kebebasan rakyat untuk besuara dan
Dua Puluh Perkara pemerintah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan
Eksekutif raya.
Etnik
Etnosentrisme Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh
Famili seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota atau
Gabungan kelompok lain yang mempengaruhi perilaku pihak
yang berpandangan negatif.
Senarai tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai
syarat negeri berkenaan bersetuju menyertai gagasan
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Cabang kerajaan yang bertanggungjawab
menguatkuasakan undang-undang serta melaksanakan
dasar-dasar awam.
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan
ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa,
makanan dan sebagainya. Etnik dapat dikelaskan
melalui perbezaan budaya dan demograi.
Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah paling baik
berbanding dengan kumpulan etnik yang lain.
Sekumpulan orang dalam bilangan yang kecil dan
berhubung rapat antara satu sama lain.
Jalinan kerjasama antara dua atau lebih pihak yang
berkongsi kepentingan bersama untuk mencapai
matlamat yang sama.
242 Hubungan Etnik
Gawai Pesta yang diraikan oleh masyarakat Dayak di Sarawak
Globalisasi bagi meraikan tamatnya musim menuai padi. Semasa
perayaan Gawai, masyarakat Dayak mengadakan
rumah terbuka bagi tetamu.
Aliran barang-barang, perkhidmatan, modal, orang
dan informasi secara bebas yang merentasi sempadan
politik dan ekonomi.
Identiti Etnik Integrasi Keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang
dideinisikan mengikut ras, sejarah, pengalaman,
agama dan bahasa yang dikongsi bersama.
Integrasi Dalam konteks perpaduan, konsep ini merupakan satu
proses untuk mewujudkan suatu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,
sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Integrasi Sosial Proses menyatupadukan pelbagai kelompok dalam
Jati Diri masyarakat melalui satu identiti besama dengan
menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing.
Sifat yang unik serta istimewa dari segi kepercayaan,
bahasa, adat dan sebagainya yang menjadi teras dan
lambang keperibadian individu atau sesuatu bangsa.
Jus Soli Hak mendapat kerakyatan berdasarkan kelahiran di
sesebuah negara.
Keluaran Dalam Negara Jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang
Kasar (KDNK)
dikeluarkan oleh penduduk dalam negara.
Kesepaduan Sosial Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman
mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula
mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut
untuk merangkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang
dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
Ketertinggian Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian
Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan, malah ketiga-tiga badan
kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif
mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan dan kuasa perundangan
hendaklah dijalankan tertakluk kepada peruntukan
yang dikenakan oleh perlembagaan.
Glosari 243
Kontrak Sosial Satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh
orang Melayu dan bukan Melayu meliputi kedudukan
agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan raja-
raja Melayu dan pemberian kewarganegaraan ketika
penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Keupayaan individu atau kelompok untuk mencapai
sesuatu, mengawal dan mempengaruhi tingkah laku
pihak lain meskipun bertentangan dengan kemahuan
pihak itu.
Masyarakat Pluralistik Realiti kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama di
sesuatu tempat pada satu masa secara dirancang atau
dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Modenisasi Suatu usaha untuk melaksanakan proses transformasi
Negara atau perubahan dalam segala aspek kehidupan
masyarakat.
Sesuatu masyarakat politik yang mempunyai ciri-ciri
(a) sempadan yang tertentu (b) penduduk (c) kerajaan
yang teratur dan (d) kedaulatan.
Perpaduan Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.
Permuafakatan Politik Amalan politik yang mengutamakan kerjasama
melalui gabungan bagi memastikan penguasaan dewan
perundangan. Tolak ansur dan proses tawar-menawar
menjadi asas perundingan dan kerjasama.
Ras Kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri
yang diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas dalam
masyarakat.
Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan ialah sekolah kerajaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Sekolah Vernakular Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
bahasa pengantar. Merujuk kepada Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).
244 Hubungan Etnik Hal-hal keduniaan; tidak berkaitan dengan agama.
Sekular
Sosialisasi Politik Satu bentuk komunikasi yang dipelajari daripada
orang lain secara berperingkat-peringkat sepanjang
Takrifan Autoriti hayat sehingga melahirkan perlakuan sosial. Sosialisasi
Takrifan Harian politik yang dilalui oleh seseorang berkait rapat dengan
Vaisakhi pandangan hidup yang akan dibentuk.
Realiti sosial yang ditakrikan oleh pihak yang menjadi
struktur kuasa dominan dalam negara.
Realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam
kehidupan harian mereka.
Perayaan besar dan penting bagi penganut Sikh yang
disambut pada bulan April setiap tahun.
ruJuKan TerPilih
Abdul Rahman Arshad. 2007. Unity and Education in Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas dan Masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abeyratne, Sirimal. 2008. Economic Development and Political Conlict:
Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia. South Asia Economic Jurnal
9:393
Andaya, B. W dan Andaya, l. Y. 2001. A History of Malaysia. Honolulu:
University Hawaii Press.
Awang Hasmadi Awang Mois. 1998. Masyarakat Melayu Sarawak, Himpunan
Kertas Seminar Budaya Melayu II. Kuching: Yayasan Budaya Melayu
Sarawak.
Chamil Wariya. 2010. Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi
Pemerintahan Lambang Kebangsaan. Kuala Lumpur: Matrix Media Global.
Cheah Boon Kheng. 1983. Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conlict
During and Ater the Japanese Occupation 1941-46. Singapore: Singapore
University Press.
Chew Hock hye. 1975. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Comber, leon, 2007. Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu – Cina.
Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Faaland, Just, J. R. Parkinson and Rais Saniman. 1990. Growth and Economic
Inequality: Malaysia’s New Economic Policy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Furnivall, J. S.1948. Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma
and Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.
Goh Cheng Teik. 1989. Racial Politics in Malaysia. Petaling Jaya: FEP International
Sdn Bhd.
Gullick, J. M.1964. Malaya. London: Ernest Benn.
Harris Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Hashim Yeop Sani. 1983. Perlembagaan Kita. Kuala Lumpur: Malaysian Law
Publishers Sdn. Bhd.
246 Hubungan Etnik
Ishak Saat. 2009. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Jesudason, J. 1989. Ethnicity and the Economy: he State, Chinese Business, and
Multinationals in Malaysia. Singapore: Oxford University Press.
Jomo K. S. 1986. A Question of Class. Singapore: Oxford University Press.
Khoo Kay Kim. 1991. Malay Society: Transformation and Democratisation. Kuala
Lumpur: Pelanduk.
Khalil Akasah. 2005. National Integration in a New State – Malaysia. Kuala
Lumpur: ASIE Sdn. Bhd.
lee Kam Hing dan Tan Chee Bin. 2001. he Chinese in Malaysia Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
leete, Richard. 2007. Malaysia: From Kampong to Twin Towers: 50 Years of
Economic and Social Development. Kuala lumpur: Oxford Fajar.
Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar
lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall
Malaysia.
Means, G.P. 1976. Malaysian Politics London: Hodder and Stoughton.
_________. 1991. Malaysian Politics: he Second Generation Singapore: Oxford
University Press Mehmet, Ozay.
Milne, R. S. 1970. National Ideology and Nation-Building in Malaysia, Asian
Survey, 10(7): 563-573.
Mohamed Suian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Nidzam Sulaiman. 2006. Pakatan dalam Politik Sarawak. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ongkili. 1985. Nation-Building in Malaysia. 1946-1974 Kuala lumpur: Oxford
University Press.
Purcell. 1967. he Chinese in Malaya. Kuala lumpur: Oxford University Press.
Ratnam, K.J. 1965. Communalism and the Political Process in Malaysia. Kuala
Lumpur: University of Malaya Press.
Rof. 1980. he Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Utusan Melayu.
Shamsul Amri Baharuddin. 1977. RMK: Tujuan dan Pelaksanaannya: Satu
Penilaian Kritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
______________________. 1986. From British to Bumiputera Rule. Singapore:
Institute of Southeast Studies.
______________________. (ed.). 2007. Modul Hubungan Etnik. Universiti
Teknologi Mara Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Simanjuntak, B. 1969. Malayan Federalism 1945-1963. Kuala lumpur: Oxford
University Press.
Rujukan 247
Snodgrass, D. R. 1980. Inequality and Economic Development in Malaysia. Kuala
lumpur: Oxford University Press.
Stenson, M. 1979. Class, Race and Colonialism in West Malaysia: he Indian
Case. St. Lucia: University of Queensland Press.
Stockwell, A. J. 1979. British Policy and Malay Politics During the Malayan Union
Experiment 1942-1948. Monograph 8, Kuala lumpur: Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society.
Sufean Hussin. 2008. Pendidikan di Malaysia: Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Husin Ali. 2008. Ethnic Relations in Malaysia, Kuala Lumpur: Strategic
Information Research Development.
Tan liok Ee. 1997. he Politics of Chinese Education in Malaya 1945-1961. Kuala
lumpur: Oxford University Press.
hock Ker Pong. 2005. Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.
Vasil, R.K. 1979. Ethnic Politics in Malaysia. New Delhi: Radiant.
Von,1976. Democracy Without Consensus: Communalism and Political Stability
in Malaysia. Kuala lumpur: Oxford University Press.
indeKS
A amalgamasi 62
animisme 164
Abdul Aziz Ishak 126 asimilasi 61–60
adat istiadat Melayu 35 aspek
adat resam 23, 36
agama 17, 32–33, 35, 104, 148–149, 152 epistemologi 2
integrasi 236
besar 146 pencegahan 178
Buddha 156, 158
ciptaan manusia 151 B
Hindu 158–160
Islam 6–7, 30–35, 80–130, 145–166, badan bukan kerajaan 171
bahasa
177, 197–210, 219
Kristian 161 ibunda 175
rasmi 119 Inggeris 107
Samawi 151 Kebangsaan 176
sejagat 153 Melayu 91, 107–109, 119, 176,
Sikh 162–163
agenda agihan 66, 88 200
agensi kerajaan 76 pengantar utama 195
agihan pendapatan 70, 72, 83 rasmi 107
ahli Barisan Nasional 7, 124, 126
falsafah 147 batik 224
sosiologi 46 berbilang etnik 231
akomodasi 126, 59 Bintang Tiga 6
akomodatif 91 budaya 52
Akta Pendidikan 1996 211 Melayu 23
aktiviti buku 32
kokurikulum 175, 187 merah 9
rekreasi 185 bulan Kemerdekaan 227
akulturasi 59 buruh imigran 22
alam Melayu 31, 49
alat C
muzik 222
muzik tradisional 222 campur tangan 35
cara hidup 61
ceramah 186
250 Hubungan Etnik etnik
aspek perpaduan 226
Chin Peng 8 bahasa 210
corak pengundian 139, 141 batas 49–50, 234
berbilang 231
D diskriminasi 78
darurat 7–8, 20 diskriminasi perlindungan 114
Dasar faktor sentimen primordial 123,
149
Aparteid 59 inspirasi 134–135
bahasa Kebangsaan 191 lih. juga integrasi ras 212
jurang pendapatan 89
bahasa Kebangsaan kategori dan konsep 48–54
campur tangan 73 kedudukan 128–129
Cheeseman 1946 198 kelompok komuniti dan fokus
kerajaan 173 hubungan 34–37
Ekonomi Baru 9, 66, 70-79, 87, kepentingan Perlembagaan
Persekutuan 120
117, 173, 234 kesan 218
Kebudayaan Kebangsaan 173, 177 kesepaduan sosial 221
Pendidikan 198 ketaksamarataan 73–85
Pendidikan Kebangsaan 173, komuniti dan sistem pelajaran
200
191, 196 kumpulan 73–75, 238
penswastaan 86–87 minoriti 124
sosial negara 173 pandangan alternatif 16–18
Wawasan Nasional 66 parti politik dan ketua 7–8
Onn Jaafar, Dato’ 125 penubuhan sekolah wawasan 206
Democratic Action Party 136 peranan NGO 188–190
Dewan Rakyat 124 perayaan 186
Dewan Undangan Negeri 111, 124, 128 perhubungan ras 39
dialek 13 persekitaran perkongsian ilmu
dimensi sosial 2 209
diskriminasi 52, 54, 112, 114, 233 perspektif kesepaduan sosial
E 20–22
potret hubungan 13–14
ekonomi rusuhan 10–11
dunia 213 sekolah jenis kebangsaan 204
Malaysia 16, 79–81, 83–85, 88 statistik 116
suku kaum 146
era unsur tradisi dan tiang seri 102
kesepaduan sosial 10, 12
kolonial 20 etnosentrisme 48, 180
kolonialisme Inggeris 32 evolusi sosial 38
konlik 6, 8, 10
penjajahan 196
perang dingin 19
stabil tetapi tegang 10
F Indeks 251
fabrik sosial 24 pembentukan ilmu 19
faktor perpektif konlik 15–17
persahabatan 226
geograi 177 potret 29
keselamatan 147 ruang sosial 217
sejarah 101 saling terkait 21
sosioekonomi 50 sejarah pendidikan 192
fenomena 145 silang budaya 49, 63
praperpaduan 4 sosial 21, 24, 233
sosial 4, 29 tiang seri 91
ilem pendek 229 urutan sejarah 4
fungsi pemerintahan 150 Hukum Kanun Melaka 30, 95
G I
ideologi komunisme 20
gabungan 124, 135 iklan 226–227, 229
gagasan 1Malaysia 127, 214 ilmu 32–33
ganyang Malaysia 10 imaginasi sosiologikal 3
gereja 162 institusi
Guru Nanak 162
beraja 103
H kesultanan Melayu 122
Pengajian Tinggi 16, 187, 208
hak-hak istimewa 99 Institut Pembangunan dan Penyelidikan
hak istimewa orang Melayu 118
harga 77 Pertanian Malaysia 76
hubungan etnik integrasi 169, 170, 204
golangan 183 budaya 49
hubungan antara manusia 37 kaum 190
hubungan sosial 21, 36 nasional 172–174, 238
interpersonal 57 integrasi sosial 236
kemelut dan konlik acuan internet 230
isi rumah 81, 84
Malaysia 57–65 isu 91
kepentingan parti 121 dan cabaran 83
kesepaduan sosial 231–235 kemiskinan 67, 69, 171
kewujudan keharmonian perpaduan 172
171–172 J
konlik 6 Jabatan Perpaduan Negara 172–173
konteks 188 jalinan hubungan sosial 22
manusia 146 Jawatankuasa
masyarakat majmuk 24, 53
masyarakat Malaysia 12 Car-Saunders 1947 199
modul 1–2 Hubungan Antara Kaum 1949 200
252 Hubungan Etnik Kertas Putih 100
keselamatan laut 31
laporan Fenn 200 kesepaduan sosial 9, 12, 23–26,
Perhubungan Kaum 97
Reid 8 221, 224, 231, 233-234
jurang Kesh 163
pendapatan 69 kestabilan
sosial 179
jus soli 95 politik 14, 123
sosiopolitik 65
K Kesultanan Melayu Melaka 29–32,
kancah wacana 20 102, 108, 121
karya seni 222 ketakseimbangan ekonomi 73–74
kategori sosial 18 ketegangan hubungan 174
kaum keunikan 61
Bumiputera 35 Malaysia 230
Dayak 136 tadbir urus negara 14
kawasan khidmat masyarakat 188
konlik 18 Kirpan 164
luar bandar 178 kitab Veda 159
KDNK 66, 80 komitmen kerajaan 210
kebebasan beragama 112 Kompleks Sekolah Wawasan 207
kebudayaan 36, 177 komponen sosial 17
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia 177 komposisi demograi 15
kedamaian sosial 238 komuniti
kedudukan Cina 194, 196
istimewa 103, 108 India 195
sosial 113 Melayu 193, 197, 199
kelayakan 193 kondusif 175
kelompok sosial 3, 47 konlik 57, 65
kemasukan pelajar 118 agama 166
kemelesetan ekonomi 80, 86 terbuka 11
Kementerian Perdagangan dan Industri konfrontasi 10
Kongres Melayu Se-Tanah Melayu 122
77 konsep
kemerdekaan 8, 66, 125 akomodasi 1
kemewahan material 3 akulturasi 1
kemiskinan 73, 85, 116 amalgamasi 1
kepelbagaian asimilasi 1
perlembagaan 92
agama 145 ras 49
budaya 31, 223 konteks metaizikal 2
kerangka Koridor Raya Multimedia 189
konseptual 16, 58 kos sara hidup 138
teoretis 54
teori 37
kota multibudaya 31 Indeks 253
kreativiti seni 224
kualiti hidup 82 media 225
kumpulan elektronik 180, 231
massa 225
bahasa 13
ras 46, 49 medium komunikasi 225
kuota kemasukan universiti awam 208 melayari internet 22
membentuk
L
Malaysia 101
lagu 222 toleransi 1
Laporan membina hubungan 63
memperkasakan
Barnes 1951 200 Sekolah Kebangsaan 182
Fenn-Wu 1951 201 Sekolah Wawasan 183
Rahman Talib 1960 dan Akta memupuk
penyatuan 200
Pendidikan 1961 202 perpaduan 176
Razak 1956 202 mencari titik pertemuan 166
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan mengembangkan kesenian 150
menjalin kesepaduan 236
76 Mesyuarat Majlis Raja-raja 120
lukisan 224 MIC 97, 100, 124–126, 131, 139
migrasi massa 36
M miskin tegar 81
modal produktif negara 72
Majlis Model Ekonomi Baru 87
Amanah Rakyat 76 mogok 7
Gerakan Negara 173
Mesyuarat Kerajaan 95 N
Perundangan 95 Negeri-negeri
Raja-raja 104, 107
Melayu Bersekutu 35, 122
majoriti 141–142 Melayu Tidak Bersekutu 122
makanan 217–219
Maktab Rendah Sains MARA 118 O
Malaya Merdeka 9
Malayan Union 6, 95–96, 122 ontologikal 3
Malaysia 34, 57–60, 65–70, 72–89, Ordinan Pendidikan 1952 201
114–120, 169–177, 181–190 P
manifesto 138 Pakatan Politik 129, 133
masalah dalaman 137 paradigma
masyarakat 49
alternatif 21
majmuk 4, 19, 34, 89, 113 kesepaduan sosial 21
Malaysia 10, 222 konlik 16–19
mata pelajaran 57
MCA 97, 100, 123–125, 140–143,
200, 210
254 Hubungan Etnik penubuhan
Malaysia 129
parti 132 Persekutuan Malaysia 135
baharu 137
Berjaya 131 penyembahan cakerawala 152
Bumiputera 136 penyusunan semula masyarakat 71,
Gerakan 126
Islam Se-Malaysia 126 78, 86–87, 116
Kemerdekaan Malaya 125 peranan
Komunis Malaya 8, 20
pembangkang 137 agama 147
Perikatan 123, 125 kerajaan 172
politik 6, 123 media 229
UMNO 123 NGO 188
Perang Aceh 149
Pelan Tindakan Perpaduan 173 Perang Dingin 8
pelbagai Perang Dunia Kedua 4, 26, 102,
dimensi sosial 1 108
kaum 34 Perang Jawa 149
pelekat sosial 24 perayaan 61, 163, 186, 220
Pemasaran Pertanian Persekutuan 76 perdagangan 30–31
pembangkang 140 Perikatan 7
pembangunan nasional 66
pembasmian kemiskinan 70 Sabah 131
pembentukan Malaysia 119 perintah berkurung 8
pemerintahan Peristiwa 13 Mei 10, 20
beraja 102 Perjanjian
Brooke 136
kolonial 33 Bangkok 35
kolonial British 7 london 99
penciptaan identiti 3 Malaysia 119
pendidikan 175, 210 Pangkor 35
Inggeris 196 Persekutuan 35
kebangsaan 192 Persekutuan 1948 7
Menengah 205 perkahwinan campur 30, 228
prauniversiti 207 perkauman 143
sepanjang hayat 176 perkembangan politik 130
vernakular 196 Perlembagaan
penerimaan budaya 187 Melaka 30
pengalaman harian 215, 223 Negeri Johor 94
penggolongan agama 150 Persekutuan 8, 23, 93, 105–106,
penghijrahan 34–38
penjajah British 33 120, 185, 235
pentadbiran Inggeris 35 Persekutuan Malaysia 93, 100
Persekutuan Tanah Melayu 98
permuafakatan politik 121, 143
perpaduan 3, 142, 179, 184, 209, 231 Indeks 255
kaum 63
nasional 36, 74, 149 ras 39, 49, 51, 212
negara 174, 238 rasisme 47
realiti sosial 25, 50
persektif antropologi-sosiologi 2 Residen Inggeris 35
Persekutuan Tanah Melayu 7, restoran 220
ruang
96–97, 99, 102, 109, 114
persoalan Perkara 153 115 maya 18
perspektif kesepaduan sosial 1 siber 11
perspektif konlik 20 Rukun
pertalian darah 48 Negara 176, 184–185
pertelagahan politik 127 Tetangga 179, 181, 185
pertubuhan rumah terbuka 186
rundingan sosial 24–26
bukan kerajaan 142 rusuhan agama 25
dengan agihan 85, 86
ekonomi 66 S
perubahan
epistemologi 32 salah faham 12
politik 113 saluran data siber 11
sosiobudaya 148 Sarawak 9
trend 139 sarjana sosiologi 38
perundingan 8 segregasi 58, 169, 170
Piagam Madinah 149 sejarah 33
pilihan
raya 97, 126, 128, 131–133, pendidikan 192
Sekolah
136–140
umum 11 Berasrama Penuh 206
politik 139 Jenis Kebangsaan 203
pottu 161 vernakular 213
prasekolah 175 Vernakular Inggeris 195
prejudis 53 Wawasan 184, 206–207
program transformasi ekonomi 87 sektor ekonomi moden 75
proses semangat
kesepaduan sosial 14 nasionalisme 194, 197
sosial 58 patriotisme 179
sosialisasi 53, 211 perpaduan 175, 183
superorganik 38 sistem
Protestan 148 akademik 188
demokrasi 6
R kasta 39
nilai 74
Raja-raja Melayu 6, 96, 100 pemerintahan terbuka 31
Rancangan Malaysia Kedua 73 pendidikan 175, 191, 198, 201,
203–204, 209, 213
256 Hubungan Etnik Tanah
Melayu 34, 36, 49, 99, 121
pendidikan vernakular 197 rizab Melayu 110
pentadbiran 33
politik tradisional 121 taraf ekonomi 118
residen 35 hidup 70
tradisi 101
slogan 3 Teori
solidariti kelompok 148 Domino 20
sosialisasi 214 Ekologi 38
sekunder 60 Kelas 39
stereotaip 52 Masyarakat Majmuk 40
strategi Struktur Fungsionalisme 39
integrasi wilayah 177 tokoh Melayu 137
kebudayaan 177
kepercayaan agama 176 transformasi sosial 55
keselamatan 178 tsunami politik 138
kesukanan 180 Tunku Abdul Rahman Putera 8
media massa 180
pemantauan isu-isu semasa dan U
UMNO 97
konlik 181 Undang-undang laut Melaka 30, 31
pembangunan kawasan 178 unsur sosial 2
penggunaan tenaga manusia 179 upacara keagamaan 158
penubuhan panel penasihat usahawan Melayu 117
perpaduan negara 181 V
penyelidikan dan penerbitan vaisakhi 163
visa 31
bahan bacaan 181
perpaduan dan pertubuhan W
wacana 18
sukarela 181 wajah masyarakat Malaysia 2
program dan aktiviti perpaduan Wesak 158
182 Y
struktur pendidikan 203 Yang di-Pertuan Agong 106, 109
suku 13
Suruhanjaya Reid 98, 101
Syed Muhammad Naqiub al-Attas
105
T
takrif
agama 145
autoriti 22
harian 22
Melayu 23
Ketua Editor
Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Editor
Prof. Dr Mansor Mohd. Noor
Prof. Madya Paimah Atoma
Dr Jeniri Amir
Dr Nazri Muslim
Dr Mohamad Ainuddin Iskandar Lee
Penulis
Prof. Madya Dr Faridah Jalil
Prof. Madya Dr Fazilah Idris
Prof. Madya Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
Prof. Madya Dr Roslan Abdul Hakim
Dr Ahmad Tarmizi Talib
Dr Azmi Aziz
Dr Ismail Yusof
Dr Mohamad Fauzi Sukimi
Dr Mohd Sohaimi Esa
Dr Nor Hayati Saát
Dr Sarjit S Gill
Dr Wan Norhasniah Wan Husin
Dr Wendy Yee Mei Tien
Ku Hasnan Ku Halim
Ruhan Shahrir Abdul Halim
Marcella Aloysius
Teo Lee Ken
Urus Setia
Ahmad Zul Hakimi Hassim
Badariah Saibeh
Muhamad Shamri Rahmat
Rahayu Zainal Abidin
Raudzoh Ismail