184 Hubungan Etnik
Memperkasakan Sekolah Wawasan
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai satu
daripada pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum
dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah
rendah yang berlainan bahasa pengantar. Namun, pentadbiran terletak
dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti
padang permainan dan dewan. Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk
mewujudkan persekitaran yang memberikan peluang yang luas kepada
para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi melalui
pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan sekolahnya.
Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Program latihan Khidmat Negara (PlKN) mula dilaksanakan pada 2004
sebagai kursus wajib selama tiga bulan di kem latihan bagi remaja lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PlKN yang berteraskan Rukun Negara
mempunyai kurikulum berbentuk multidisiplin yang mengandungi
beberapa modul. Antaranya:
i. Modul Fizikal yang merangkumi aktiviti kawad, merempuh
halangan, merentas desa dan kembara hutan;
ii. Modul Kenegaraan yang memberi penekanan terhadap aspek
pengetahuan tentang pembinaan negara bangsa;
iii. Modul Pembinaan Karektor mencakupi penerokaan diri sendiri dan
hubungan interpersonal;
iv. Modul Khidmat Komuniti yang menyentuh antara lain aktiviti
gotong-royong seperti membersihkan, mengindahkan dan
menceriakan kawasan sekitar.
Antara objektif utama PLKN adalah untuk:
i. Menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda atau
remaja Malaysia.
ii. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
iii. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Dari Segregasi ke Integrasi 185
Peranan Masyarakat dalam Konteks hubungan etnik
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk
memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga. Antara aktiviti itu
adalah seperti berikut:
Rukun Tetangga
Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan
penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga
1975. Pada mulanya Rukun Tetangga bertujuan untuk membolehkan
rakyat mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing
dengan mewajibkan masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun
menjalankan tugas rondaan pada waktu malam. Mulai 1 Januari 1983,
kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun
Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan
untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, peraturan Rukun
Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih
luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah
mewujudkan perpaduan nasional.
Visi dan misi Rukun Tetangga adalah untuk membantu memupuk
persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia
yang bersatu padu serta mempunyai identiti sendiri dengan motonya
“Bersatu Terus Maju” dalam konteks pencapaian Wawasan 2020.
Objektifnya ialah memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan
rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dengan
kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk
membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan
kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep
kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan
menjamin kesejahteraan negara. Peranannya diperluaskan lagi kepada
pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian
hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan.
Dari aspek sosial, ahli Rukun Tetangga melakukan amalan kunjung-
mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan, mereka
186 Hubungan Etnik
mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran
wanita, kursus motivasi, kursus kepemimpinan, tuisyen dan ceramah
dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti
sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling,
bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat. Mereka juga
mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit,
kembara mendaki gunung dan khemah kerja.
Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen
kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa
Rukun Tetangga. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan
juga diadakan. Aktiviti melawat ke rumah warga tua, memberikan
sumbangan kepada orang miskin, membuat kerja amal, membantu
mangsa banjir, ribut dan bencana alam juga dilaksanakan. Jawatankuasa
Rukun Tetangga juga mengadakan kelas seni tari, kraf tangan, permainan
tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa,
pertunjukan pentas dan lain-lain.
Dalam aspek ekonomi pula mereka mengadakan projek tanaman
secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan membuat air lada
manakala dalam aspek keselamatan, mereka mengadakan rondaan
sukarela, mengesan dan melaporkan isu hubungan kaum dan menjadi
perantara dalam penyelesaian konlik. Aktiviti tersebut bertujuan untuk
membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam
menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan
di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara
rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.
Rumah Terbuka
Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu
kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah
jiran tetangga mereka. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilitri, etnik Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan pelbagai lagi akan
berkunjung ke rumah etnik Melayu dan begitulah sebaliknya apabila tiba
perayaan etnik lain. Etnik Cina, misalnya, akan berusaha menyediakan
makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik
Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.
Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali.
Dari Segregasi ke Integrasi 187
Hal ini menunjukkan etnik Cina, India, Iban, dan Kadazan Dusun
begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan
etnik Melayu pula tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik
India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilitri.
Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa
terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian
budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial
dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka
berlainan agama, etnik dan budaya.
Penerimaan Budaya
Pada masa ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India
termasuk juga kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima
budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang
bukan Melayu seperti Cina, India, dan Kadazan Dusun telah memakai
baju kurung dan baju Melayu. Malah, trend berpakaian dan menikmati
juadah makanan Melayu sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan
Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina
dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau
angpau yang terkenal dalam golongan orang Cina.
Program di institusi Pengajian Tinggi (iPT)
Di IPT bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan dan kelab telah
menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan
kaum dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung
bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai
mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak
didominasi oleh sesuatu kaum sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai
kaum seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan
yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum. Nilai rohani dan budaya
diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan
Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan
peribadi dan sahsiah pelajar.
188 Hubungan Etnik
Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT
sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan
kaum dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan.
Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti
kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran
dan ceramah. Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang
pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri
individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.
Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam
aktiviti pelbagai kaum seperti menyertai program keluarga angkat,
persatuan dan badan beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan
dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat
masyarakat dan mahasiswa balik kampung. Hal ini akan memberi
pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan rakyat
Malaysia yang pelbagai sifatnya.
Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan
penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama
antara kaum. Lantaran itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu
menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan. Para pensyarah juga perlu
diterapkan dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang
positif. Mereka perlu mendapat pendedahan tentang kursus seperti
Hubungan Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam
kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian kaum. Para pensyarah
dan mahasiswa berperanan sebagai agen penyebar perpaduan dan
keharmonian. Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang
memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi
melalui tugasan dan projek akademik.
Peranan ngO dalam Konteks hubungan etnik
Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi
pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan
Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula
dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan
etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan
di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai
oleh pemimpin daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, kepemimpinan
Dari Segregasi ke Integrasi 189
Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun
terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan
Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia,
Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun
persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan
pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan
jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak
langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik.
Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan
hubungan etnik kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan
sains dan teknologi termasuk sektor perindustrian dan pembangunan
bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan bilangan
pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah
berdasarkan nisbah 60:40. Hal ini menunjukkan bilangan saintis
yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru,
pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha
menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan
bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi
negara.
Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi
tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains
Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan
ekonomi negara. Justeru, sains dan teknologi memainkan peranan dalam
pembangunan ekonomi negara. Apabila pembangunan ekonomi negara
berkembang pesat, kestabilan politik dapat diwujudkan dan kesannya
dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk
memacu pertumbuhan ekonomi. Keadaan ini akan memberi banyak
peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik. Hasilnya taraf hidup
rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan
dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia.
Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk
perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation (MNC) turut
memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara
menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum. Antara syarikat tersebut ialah YTL Corporation,
Lion Group, Maxis dan Berjaya Group. Syarikat berkenaan sering
menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai kaum melalui
190 Hubungan Etnik
penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan,
hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR).
Antara matlamat utama syarikat MNC ini adalah untuk memberi peluang
kepada golongan sasar terutamanya masyarakat luar bandar yang rendah
tahap kehidupan mereka supaya dapat menikmati bantuan menerusi
program CSR ini. Tanggungjawab sosial yang diberikan dapat membantu
kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat
yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara.
Di samping itu, generasi muda terutamanya para pelajar pelbagai kaum
ialah golongan penting kepada syarikat MNC kerana program dan
aktiviti anjuran CSR melibatkan pemberian dana bantuan berbentuk
biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan warga emas juga turut didekati
oleh pihak MNC dengan menyalurkan sumbangan untuk meringankan
sedikit tanggungan oleh pihak tertentu dan sebagai mengingati jasa dan
bakti mereka kepada masyarakat dan negara.
Kesimpulan
Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan
diamalkan mengikut etnik masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini
merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha ke
arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami oleh semua
lapisan masyarakat demi mewujudkan keharmonian hubungan antara
etnik.
Usaha ke arah mewujudkan integrasi kaum di Malaysia perlu
melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada
pihak kerajaan semata-mata. Kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai
dasarnya perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga
pihak swasta bagi memastikan hubungan kaum sentiasa berada dalam
keadaan harmoni. Penglibatan semua pihak mampu menjayakan usaha
ke arah mengeratkan hubungan tersebut.
Dari Segregasi ke Integrasi 191
Soalan Perbincangan
1. Nilaikan keberkesanan peranan kerajaan dalam usaha memupuk
hubungan etnik di Malaysia.
2. Sejauh manakah media di Malaysia berjaya mewujudkan integrasi
kaum?
3. Huraikan peranan NGO dan badan swasta dalam usaha menjayakan
program mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
BaB 8
Pemerkasaan Pendidikan
ke arah Kesepaduan Sosial
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di
Malaysia.
2. Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat untuk
memupuk perpaduan.
3. Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial.
Pengenalan
Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan
negara bangsa. Berdasarkan pengalaman di negara luar seperti Perancis,
Amerika Syarikat, Indonesia dan hailand, matlamat ini dicapai menerusi
pelaksanaan dasar pendidikan untuk pelbagai komuniti etnik. Walaupun
penerimaannya sehingga kini mencetuskan polemik, namun dasar ini
berterusan dipraktikkan.
Walaupun negara ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Bahasa Kebangsaan, tetapi dari sudut praktiknya, dasar tersebut
agak berbeza dengan negara berkenaan. Sistem pendidikan di negara ini
berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum yang
sama. Sistem ini disebut sebagai Sistem Pendidikan Vernakular ataupun jenis
Kebangsaan. Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan
kanak-kanak daripada komuniti etnik yang berbeza. Jika langkah bersepadu
kurang mampu dilaksanakan, tidak mustahil matlamat kerajaan untuk
memupuk kesepaduan sosial antara anggota masyarakat menerusi sistem
pendidikan kebangsaan, sukar untuk dicapai sepenuhnya.
194 Hubungan Etnik
Neena (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal
dalam proses sosialisasi. Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar
belakang sosiopolitik, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula
mengikut kumpulan yang sama sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,
di samping dapat mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling
memahami antara satu sama lain.
Sejarah Pendidikan di Malaysia dan hubungan etnik
Bahasa dan pendidikan adalah dua perkara yang saling berkait rapat.
Melalui pendidikan, sesuatu bahasa dapat dipertahankan dan bahasa juga
menggambarkan jiwa sesebuah bangsa. Dengan warisan nilai budaya
dan peradaban yang berbeza, setiap komuniti etnik di Malaysia, berusaha
mempertahankan sistem pendidikan masing-masing. Atas alasan ini, usaha
kerajaan untuk membentuk satu identiti kebangsaan menerusi sistem
pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan agak sukar.
Konlik sebegini telah berlaku di negara luar seperti Perancis, Amerika
Syarikat dan hailand. Negara berkenaan mengekalkan satu sistem
pendidikan yang dikongsi bersama. Manakala bahasa yang diberi keutamaan
ialah bahasa penduduk asal ataupun komuniti awal yang mampu membawa
perubahan. Dalam proses ke arah pembentukan dasar kebangsaan, negara
berkenaan juga berhadapan dengan penolakan daripada komuniti etnik
yang berbeza seperti di Amerika, antara komuniti Anglo-Saxon dengan
komuniti Hispanik. Negara berkenaan mengekalkan satu bahasa dan satu
sistem pendidikan untuk dijadikan dasar kebangsaan. Keutamaan diberikan
kepada bahasa penduduk asal ataupun komuniti awal yang mampu
membawa perubahan di negara yang didiami (Huntington 2005).
Dalam konteks Tanah Melayu, penjajah berperanan utama dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan. Pengaruhnya banyak ditentukan
oleh tempoh penjajahan, bentuk sistem pendidikan yang dilaksanakan
dan bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan. Dalam tempoh
penjajahan selama 130 tahun, pihak British melaksanakan dasar pecah dan
perintah dengan mengasingkan etnik mengikut komuniti masing-masing.
Matlamatnya adalah untuk mengelakkan konlik antara satu sama lain.
Dasar pecah dan perintah itu diperkuatkan lagi dengan usaha setiap
komuniti mempertahankan warisan budaya dan peradaban masing-
masing.
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 195
latar Belakang Pendidikan Komuniti etnik
di Tanah Melayu
Komuniti Melayu, Cina dan India telah pun mempunyai sistem pendidikan
tersendiri yang bersifat tradisi, sebelum pihak British mencampuri bidang
berkenaan. Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi kedudukan
sistem pendidikan vernakular. Malah, usaha untuk menyatukan mereka
di peringkat ini tidak timbul sehingga berlaku peristiwa Malayan Union
1946 yang merupakan pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara
bangsa.
Komuniti Melayu
Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat
Melayu. Di peringkat awal, dua bentuk sekolah telah dibina. Pertama,
persekolahan secara tidak formal, iaitu; sekolah pondok yang menekankan
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah
pondok dan madrasah. Sukatan pelajaran pengajaran lebih menekankan
pembacaan al-Quran, al-Hadis dan hal ehwal keagamaan yang dibiayai
oleh individu tertentu. Sekolah ini bebas daripada pemantauan kerajaan
British dan turut menyediakan pengajaran di peringkat rendah dan
menengah. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang diberi
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.
Kedua, di sekolah vernakular Melayu yang didirikan oleh kerajaan
British, bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan
tumpuan lebih kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis,
ilmu pertukangan, anyaman dan pertanian bagi memenuhi kehendak
kehidupan luar bandar (Chelliah 1940). lepasan sekolah Melayu yang
berkelayakan akan menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI). Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang untuk
menjawat jawatan tinggi disebabkan kelayakan yang rendah berbanding
dengan mereka yang berkelulusan sekolah Inggeris. Malah, lulusan
daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk
berkhidmat dalam pentadbiran British (Rof 1975).
196 Hubungan Etnik
Komuniti Cina
Penghijrahan komuniti Cina ke Tanah Melayu telah bermula sejak
abad ke-3 Masihi. Populasi kaum Cina semakin bertambah setelah
penguasaan British sekitar abad ke-19. Kedatangan mereka bukan
semata-mata kerana pencarian harta, tetapi juga kesusahan hidup
disebabkan pergolakan politik, bencana alam dan populasi yang padat,
terutamanya di bahagian Selatan China (lynn 1990; Purcell 1967).
Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius yang
menekankan kepentingan pendidikan di peringkat rendah dan tinggi,
majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di
negara baharu yang diduduki mereka. Kepercayaan yang dipegang ialah
hanya menerusi pendidikan dan harta mereka mampu mengubah nasib
dan status ke tahap yang lebih baik (Wang 1991).
Sebelum tahun 1900, komuniti Cina telah menubuhkan sistem
pendidikan tersendiri yang lebih menjurus kepada pendidikan Cina
klasik. Sukatan pelajaran pendidikan lebih kepada pemahaman penulisan
Cina klasik (loh 1975). Dasar laissez-faire British membuka peluang
kepada penubuhan sekolah vernakular Cina yang menerapkan nilai-
nilai kecinaan seperti bahasa Cina dikekalkan sebagai bahasa pengantar,
sukatan pelajaran, guru dan buku teks adalah berdasarkan negara China.
Tujuan penubuhan sekolah berkenaan adalah untuk mengekalkan
identiti komuniti Cina di Tanah Melayu agar tidak terpisah dengan
negara asal. Sekolah berkenaan ditubuhkan secara persendirian dan
dibiayai Persatuan Peniaga Cina (Chinese Chambers of Commerce) dan
dilindungi oleh persatuan Cina (Huatuan) dan seterusnya berkembang
pesat sebagai institusi keilmuan, budaya, dan bahasa Cina dan mendapat
sokongan penuh daripada komuniti Cina. Sekolah itu juga turut
menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah
(hock 2005).
Sekitar tahun 1920-an, kebangkitan semangat nasionalisme di China
seperti fahaman Kuomintang dan Komunis telah meresap masuk ke
Tanah Melayu menerusi sekolah vernakular Cina. Kesannya, kedua-
dua ideologi berkenaan dan sentimen anti-imperialis dan seterusnya
anti-British telah mempengaruhi komuniti Cina secara berleluasa.
Sebagai langkah keselamatan, British bertindak tegas dengan menggubal
Enakmen Pendataran Sekolah bagi membolehkan mereka mengawal
pendidikan vernakular Cina dan mengurangkan campur tangan
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 197
sepenuhnya dari Persatuan-persatuan Cina. Justeru, bermula tahun
1924, sebahagian besar sekolah berkenaan menerima bantuan kewangan
dan dipantau oleh kerajaan (Tan 1987; Chai 1977). Walau bagaimanapun,
usaha berkenaan kurang berhasil kerana perkongsian rasa sepunya
dengan negara asal telah mencetuskan penentangan daripada sebahagian
komuniti Cina. Mereka mendesak agar British tidak campur tangan
dalam hal ehwal pendidikan dan kehendak ini berterusan sehingga kini.
Komuniti India
Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu semakin meningkat pada
sekitar tahun 1880-1890 bagi memenuhi kehendak pasaran getah British
ke Eropah Barat. Kebanyakan mereka datang dari Selatan India dan terdiri
daripada subetnik Benggali dan Tamil (Chai 1964).
Komuniti India tidak mempunyai sumber ataupun dana kewangan
tertentu untuk menubuhkan sekolah. Walaupun kerajaan British
menyediakan sekolah vernakular Melayu, tetapi kebanyakan mereka enggan
memasukinya (loh 1975). Justeru, sekolah vernakular Tamil ditubuhkan
oleh pihak pengurusan estet, dan penerapan nilai-nilai ketamilan
diberikan keutamaan oleh komuniti India. Antaranya, penggunaan bahasa
Tamil sebagai bahasa pengantar, sukatan pengajaran dan tenaga pengajar
diambil dari India. Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan
dan lebih kepada penekanan sekolah rendah, para ibu bapa kurang
memberi sambutan (loh 1975). Justeru, mereka tidak berpeluang untuk
memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.
Sekolah Vernakular inggeris
Pendidikan Inggeris mula berkembang di Tanah Melayu setelah
penubuhan Penang Free School pada tahun 1816. Pada peringkat
awal, sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa
Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar utama. Bagi menjamin
kualiti sukatan pelajaran, kerajaan British telah mengambil alih sekolah
berkenaan dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir rendah yang
mampu memenuhi keperluan kuasa pentadbiran British.
Kebanyakan komuniti Cina dan India yang menetap di bandar
berpeluang memasuki sekolah berkenaan. Manakala bagi komuniti
198 Hubungan Etnik
Melayu pula, kelas atasan lebih diberikan keutamaan berbanding dengan
Melayu kelas bawahan (Chelliah 1940). Para pelajar lepasan sekolah ini
berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti
sama ada di dalam ataupun di luar negara. Mereka juga berkebolehan
untuk memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British, selain
dipandang tinggi oleh masyarakat.
Rumusannya, setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah
mempunyai bentuk sistem pendidikan tersendiri yang diwarisi
daripada budaya dan peradaban masing-masing. Ikatan yang erat
terhadap sistem nilai warisan asal, mempengaruhi setiap komuniti
etnik untuk terus mempertahankannya daripada tergugat. Justeru,
proses untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras
kesepaduan sosial telah berhadapan dengan cabaran terutamanya selepas
kemerdekaan dicapai.
Proses perkembangan dasar pendidikan ini boleh dibahagikan
seperti berikut:
Era Penjajahan di Tanah Melayu (1800-1945)
Sehingga tahun 1920, dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British:
i. Pendidikan Inggeris yang disediakan oleh British (free schools) dan
golongan mubaligh Kristian. Majoriti diberikan kepada kelompok
Melayu kelas atasan dan komuniti bukan Melayu.
ii. Pendidikan vernakular difokuskan kepada kelompok Melayu kelas
bawahan. Pendidikan tersebut ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh
setelah berjaya mendapatkan peruntukan kewangan untuk membina
Sekolah Vernakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan Seberang
Prai pada tahun 1862. Sekolah berkenaan diasaskan mengikut dasar
pendidikan British di Negeri-negeri Selat (Chelliah 1940). Sekolah ini
lebih menumpukan kepada perkara asas seperti membaca, mengira,
menulis dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar
bandar, tetapi tidak berupaya memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi pada masa itu.
Pemisahan latar belakang pendidikan dalam komuniti Melayu
pada peringkat ini telah dilihat sebagai kesinambungan perkembangan
semangat nasionalisme yang tidak sekata dalam proses mencapai
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 199
kemerdekaan. Keadaan tersebut juga menandakan kemunduran
komuniti Melayu kelas bawahan dalam bidang pendidikan. Manakala
bagi komuniti Cina dan komuniti India, walaupun tidak diberikan
keistimewaan dalam bidang pendidikan kerana kedatangan mereka
adalah sebagai kaum imigran yang bersifat sementara, tetapi mereka
berpeluang menyambung pendidikan ke peringkat menengah dan
universiti.
Peluang pendidikan bagi komuniti Cina dan komuniti India bukan
sahaja terbuka dalam pendidikan Inggeris, tetapi turut berpeluang untuk
mengukuhkan bentuk sistem pendidikan dan bahasa yang diwarisi dari
negara asal. Dasar pendidikan Inggeris membentuk ruang perbezaan
antara etnik Melayu dalam komunitinya dan juga antara komuniti
Melayu dan komuniti bukan Melayu. Peluang pendidikan lebih diperoleh
kelas Melayu atasan dan bukan Melayu (Abdul Rahim 2002).
Ada yang berpandangan, komuniti Melayu kurang berpeluang
memasuki pendidikan kerana tiga faktor. Pertama, perjanjian yang
mengesahkan adat resam dan agama Islam tidak boleh digugat, bertujuan
untuk mengelakkan perjanjian ajaran Kristian oleh golongan Mubaligh.
Kedua, kebanyakan sekolah berkenaan berada di bandar yang lebih
membuka peluang kepada komuniti Cina dan komuniti India. Ketiga,
yuran yang agak tinggi sedangkan kedudukan ekonomi komuniti Melayu
adalah mundur (Chelliah 1940; Chaesman 1946).
Walau bagaimanapun, ada yang menganggap perkara ini sebagai
muslihat British untuk memundurkan komuniti Melayu agar mereka
tidak bangkit menentang pentadbiran British. Terdapat juga keluarga
Melayu di Melaka dan Pulau Pinang yang berusaha untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah Inggeris meskipun tidak mempunyai
unsur-unsur Kristian (Jayasuria 1983).
Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan Inggeris adalah
berdasarkan sistem pendidikan vernakular dengan menekankan empat
bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. Situasi ini telah
merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza mengikut etnik dan
budaya masing-masing. Ada yang berpandangan dasar ini menyemai
benih pemisahan antara komuniti etnik yang berbeza, yang seterusnya
mempengaruhi bidang ekonomi dan juga politik. Dengan menggalakkan
kanak-kanak di peringkat awal menerima pendidikan secara vernakular,
sistem pendidikan berkenaan telah menyemai dan mengukuhkan nilai
200 Hubungan Etnik
pemisahan antara generasi muda dari sudut warisan sistem nilai, budaya,
bahasa, ekonomi, politik dan kesenian (Watson 1980; Kua 1987; Tan
1997).
Walau bagaimanapun, dasar British tidak boleh dianggap sepenuhnya
sebagai benih pemisahan dalam hubungan etnik terutamanya dalam
sistem pendidikan. Hal ini demikian kerana sekiranya British tidak
melaksanakan dasar pecah perintah, setiap komuniti etnik tetap akan
bergerak dalam komuniti dan membina sistem pendidikan sendiri.
Menurut Huntington, ikatan etnisiti menjadi lebih penting apabila wujud
unsur yang boleh dikongsi seperti agama, bahasa, keluarga, kebudayaan,
tradisi, sejarah dan keturunan yang sama (Huntington 2005). Justeru,
dengan warisan sistem nilai dan peradaban yang berbeza, setiap
komuniti etnik di Malaysia lebih cenderung untuk mempertahankan
sistem pendidikan vernakular.
Dalam tempoh pendudukan Jepun (1942-1945), bahasa Jepun
digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan,
manakala sistem pendidikan berdasarkan bahasa Inggeris dan
Cina disekat. Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan inisiatif untuk
mengganggu sistem pendidikan Melayu (Fennell 1968).
Dasar Pendidikan dalam Tempoh 1945-1970
Dalam tempoh bermula tahun 1945 sehingga tahun 1970 merupakan
peringkat ke arah pemupukan semangat kesepaduan sosial dalam
bidang pendidikan. Namun usaha ini kurang berhasil kesan daripada
latar belakang budaya dan warisan peradaban yang berbeza. Setiap
pihak berusaha mempertahankan sistem pendidikan dan bahasa ibunda
masing-masing.
Dasar Cheeseman 1946
Kesan daripada peperangan, kerajaan British telah mengubah dasar
pendidikan yang menumpukan ke arah penyatuan dan bukan pemisahan
antara komuniti etnik yang berbeza. Justeru, dasar Cheeseman telah
diketengahkan pada tahun 1946.
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 201
Antara inti pati utama dasar Cheeseman ialah:
i. Peruntukan pendidikan peringkat rendah secara percuma dan
dibenarkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing.
ii. Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada peringkat rendah.
Mereka yang berkelayakan boleh meneruskan pelajaran ke peringkat
menengah.
iii. Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita.
Dasar ini telah diperdebatkan dari sudut penggunaan bahasa
perantaraan dan jangka masa perubahan yang boleh dibuat. Manakala
bagi komuniti Cina, isu yang dibangkitkan ialah, setiap pihak perlu
diberi peluang secara percuma untuk memasuki sekolah Inggeris sama
ada di peringkat rendah ataupun menengah (Fennell 1968: 62).
Dasar ini tidak mampu dilaksanakan kerana kekurangan
tenaga pengajar untuk sekolah Inggeris dan ketiadaan kuasa untuk
melaksanakannya.
Jawatankuasa Car-Saunders 1947
Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan British untuk merangka pendidikan
tahap universiti di Tanah Melayu. Matlamat penyatuan menerusi penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sukar dicapai kerana komuniti
bukan Melayu melihat langkah berkenaan dapat menggugat kedudukan
bahasa mereka. Misalnya, komuniti Cina berpendapat penekanan yang kuat
terhadap bahasa Melayu akan menggugat kedudukan mereka di peringkat
pengajian tinggi. Manakala komuniti India pula lebih menekankan
kepentingan bahasa Hindi ataupun bahasa Tamil untuk diketengahkan di
Jabatan Pengajian India. Kedua-dua komuniti berkenaan juga mengusulkan
agar bahasa dan sistem nilai budaya mereka terus dilindungi (Fennell 1968).
Bagi pihak komuniti Melayu, percanggahan pandangan berlaku antara
golongan berpendidikan Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris.
Lulusan dari sekolah Melayu menolak cadangan tersebut kerana tahap
pendidikan masih rendah. Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga
hak kebajikan komuniti Melayu. Bagi kelompok berpendidikan Inggeris,
cadangan berkenaan dipersetujui bagi menyediakan komuniti Melayu
dalam bidang pentadbiran. Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan
agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu untuk memasuki pendidikan
Inggeris (Fennell 1968).
202 Hubungan Etnik
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada Januari 1949,
dengan matlamat untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat
majmuk bagi membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka. Ahli
jawatankuasa diwakili oleh etnik yang berbeza iaitu Dato’ Onn bin Jaafar
(Melayu), Tan Cheng lock (Cina) dan huraisingham (India). Kaedah
untuk mencapai perpaduan yang diusulkan adalah seperti berikut:
i. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah rendah.
ii. Sekolah kebangsaan akan ditubuhkan bagi menyatukan komuniti
etnik yang berbeza. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa perantaraan.
iii. Bahasa ibunda masing-masing boleh diajar.
Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk dicapai kerana setiap
komuniti etnik masih mempertahankan sistem pendidikan yang diwarisi.
Laporan Barnes 1951
Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa laporan Barnes, ciri-ciri ke
arah kesepaduan sosial telah dibentuk oleh kerajaan yang dipengerusikan
oleh l.J. Barnes dari Universiti Oxford. Matlamatnya adalah untuk
menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu. Beliau juga
mencadangkan agar satu corak pendidikan dirangka bagi memenuhi
bentuk masyarakat di Tanah Melayu. Hasilnya, penggunaan bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa perantaraan di
sekolah rendah bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara
etnik.
Laporan tersebut menganjurkan agar sekolah vernakular
dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pelajaran kebangsaan
sekolah rendah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala di peringkat menengah,
bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar (Fennell
1968). laporan ini dilihat kurang berupaya memupuk kesepaduan
sosial antara komuniti etnik menerusi pendidikan, kerana wujud
penentangan daripada komuniti bukan Melayu, terutamanya etnik
Cina. Implikasinya, Jawatankuasa laporan Fenn Wu telah dibentuk.
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 203
Laporan Fenn-Wu 1951
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh William P. Fenn, seorang ahli
lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan Wu Teh-Yao, iaitu pakar
dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuannya adalah
untuk menyemak semula sistem pendidikan komuniti Cina. Tiga usul
diketengahkan iaitu:
i. Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak agar pihak
kerajaan memberikan bantuan kewangan. Rasionalnya, pendidikan
vernakular mampu memberi sumbangan ke arah pembentukan
bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan menggalakkan kesedaran
kebangsaan.
ii. Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia.
Justeru, sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan sehinggalah
komuniti Cina merasakan pendidikan tersebut tidak diperlukan.
iii. Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk, kaedah dan
sukatan pendidikan dari negara China kerana mereka telah pun
mendiami Tanah Melayu (hock 2005).
Dengan adanya laporan ini, menunjukkan bahawa usaha untuk
menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama
dalam sistem pendidikan agak sukar. Keadaan ini berlaku kerana
sentimen yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-masing
begitu tinggi dan tindakan sedemikian telah menyulitkan usaha ke arah
kesepaduan sosial.
Ordinan Pendidikan 1952
Ordinan Pendidikan 1952 digubal menggantikan beberapa laporan
sebelumnya dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun
bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah. Sekiranya
jumlah pelajar bukan Melayu melebihi 15 orang, kemudahan disediakan
untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Manakala bahasa Inggeris
digunakan di peringkat menengah.
Tujuan untuk menjadikan sistem pendidikan sebagai teras
penyatuan adalah sukar kerana setiap etnik berusaha memartabatkan
warisan bahasa masing-masing. Bagi komuniti Melayu, penekanan
204 Hubungan Etnik
terhadap bahasa Inggeris dilihat akan menggugat kedudukan mereka
selaku penduduk asal. Oleh itu, mereka mahukan kerajaan mengangkat
kedudukan bahasa Melayu. Manakala komuniti Cina dan India menolak
usul berkenaan kerana dilihat akan menggugat bahasa dan budaya yang
diwarisi (Simandjuntak 1969).
Laporan Razak 1956
laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Dasar ini lebih
berpengaruh dalam memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa.
Antara usul utama yang ditekankan adalah seperti berikut:
i. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan di
sekolah menengah.
ii. Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa
Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
iii. Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan
perguruan dan sistem nazir yang sama.
iv. Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa,
bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.
v. Pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu dilanjutkan ke
peringkat menengah dan universiti.
Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur-ansur berubah
kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Walaupun timbul penolakan daripada komuniti
bukan Melayu, namun kerajaan bertolak ansur untuk mengekalkan
penggunaan bahasa ibunda di sekolah masing-masing (Fennell, 1968).
Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961
laporan Rahman Talib berperanan untuk memantau Ordinan Pelajaran
1957 (Md Jadi 1990, Ong 2000). laporan berkenaan telah diluluskan
pada bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pendidikan
1961 pada Oktober 1961. Antara usul utama ialah pertama; bahasa
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 205
kebangsaan ialah medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan
bukan setakat di peringkat sekolah rendah tetapi juga di peringkat
menengah dan universiti. Kedua; menyeragamkan sistem peperiksaan
dan persekolahan, walaupun berbeza bahasa di peringkat rendah dan
menengah. Ketiga; memberi penekanan terhadap pendidikan teknik
dan vokasional. Tujuannya adalah untuk membuka peluang kepada
komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan. Keempat;
memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi
mengukuhkan semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza.
Rumusannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di
Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun
agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan dalam bidang ini menerusi
penubuhan pendidikan yang bersifat kebangsaan akan tercapai sekiranya
setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan
perkembangan pendidikan di negara ini.
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakular
Sekolah rendah yang dibiayai oleh kerajaan terbahagi kepada dua jenis,
iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Perbezaan antara
dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.
Manakala, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa
pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis
sekolah rendah ini pada keseluruhannya adalah sama. Cuma, sukatan
pelajarannya sahaja yang sedikit berbeza. Sukatan mata pelajaran bahasa
Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah berbanding dengan
di Sekolah Kebangsaan. Walaupun terdapat beberapa penyesuaian
yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam kurikulum, namun
penyesuaian tersebut tetap memenuhi Falsafah Pendidikan Negara, iaitu
untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Kerencaman yang terdapat dalam struktur pendidikan di negara
ini, iaitu sekolah-sekolah yang terdiri daripada pelbagai aliran tidak
membawa kepada segregasi. Kerencaman struktur pendidikan wajar
dilihat dengan lebih terbuka kerana ibu bapa berpeluang membuat
pilihan untuk menghantar anak-anak mereka sama ada ke sekolah aliran
206 Hubungan Etnik
kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Kini, umpamanya, terdapat
kecenderungan dalam kalangan para ibu bapa etnik Melayu menghantar
anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina berbanding sekolah
Tamil walaupun secara majoritinya sekolah jenis kebangsaan adalah
didominasi oleh etnik bukan Melayu. Ibu bapa dalam kalangan etnik
Cina dan India juga menghantar anak mereka ke aliran kebangsaan. Di
sekolah jenis kebangsaan, anak-anak Melayu berpeluang mempelajari
bahasa Cina atau Tamil di samping bersaing dalam pencapaian akademik
dan kokurikulum.
Perkembangan terkini, sekolah aliran kebangsaan turut
memperkenalkan kelas-kelas bahasa Cina atau Tamil kepada para
pelajar yang majoritinya Melayu. Transformasi dalam pendidikan
negara menunjukkan komitmen kerajaan ke arah memupuk perpaduan
kaum dengan lebih berkesan. Peluang mempelajari bahasa asing yang
diwujudkan di sekolah rendah kebangsaan memberi kefahaman kepada
pelajar bahawa perbezaan bahasa tidak menyebabkan segregasi, tetapi
lebih kepada mewujudkan integrasi. Hal ini kerana kanak-kanak yang
terdedah kepada persekitaran pelbagai kaum akan menjadikan mereka
lebih terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain.
Pengekalan kepelbagaian struktur aliran sekolah yang terdapat di
negara ini perlu difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada untuk
menjaga kepentingan identiti sesuatu masyarakat, yang merupakan
khazanah yang amat berharga bagi masyarakat berkenaan. Pengekalan
yang wujud tidak bermakna struktur pendidikan masih berasaskan sistem
vernakular zaman kolonial Inggeris yang mengguna pakai kurikulum
mengikut negara asal sesuatu etnik. Pengekalan sistem dan struktur
pendidikan jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil daripada semangat
tolak ansur dalam kalangan pemimpin negara. Keunikan dalam struktur
pendidikan yang pelbagai membawa kepada pemerkasaan sistem
pendidikan negara ke arah kesepaduan sosial dengan melakukan banyak
penambahbaikan demi mencapai wawasan pendidikan negara.
Pengekalan struktur dan sistem pendidikan semasa di negara
ini merupakan alat penyatuan dalam kepelbagaian. Berbeza dengan
negara-negara jiran seperti hailand, Indonesia dan Singapura, sekolah
berasaskan sesuatu aliran mengikut etnik tidak wujud sebagaimana di
Malaysia. Kebanyakan sistem pendidikan di negara berkenaan lebih
menjurus kepada identiti kebangsaan sahaja. Oleh hal demikian,
kewujudan struktur dan sistem pendidikan yang berbeza aliran di
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 207
negara ini sebenarnya tidak menggambarkan pemisahan, tetapi lebih
memberikan ruang integrasi melalui kurikulum yang dibentuk seperti
memperkenalkan mata pelajaran bahasa etnik lain di sekolah kebangsaan.
Usaha diteruskan di peringkat sekolah menengah dengan Pelaksanaan
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang
menggalakkan percampuran antara murid tanpa mengira etnik, agama
dan budaya di sekolah yang berkenaan.
Pendidikan Menengah
Setelah menamatkan pendidikan di peringkat sekolah rendah,
kebiasaannya pelajar akan ditempatkan atau melanjutkan pelajaran ke
peringkat sekolah menengah. Lazimya, majoriti pelajar akan memilih
untuk melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Kerajaan dengan kadar bayaran yang minimum. Manakala bagi para
pelajar yang tamat di peringkat sekolah rendah khususnya dari Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil (SJKT) wajib ditempatkan
di kelas peralihan selama setahun sekiranya mereka memilih untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan.
Mengikuti kelas peralihan ini merupakan satu proses penyesuaian ke
arah pemahaman kepada asas bahasa dan budaya kebangsaan. Dalam
tempoh setahun pembelajaran di peringkat tingkatan peralihan, pelajar
dari aliran jenis kebangsaan akan memperoleh kefahaman yang jelas di
samping mengukuhkan penguasaan terhadap bahasa Melayu.
Pendidikan Menengah Kebangsaan melibatkan beberapa kategori
sekolah, iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster, Sekolah
Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Seni dan
Sukan. Dalam pendidikan peringkat menengah, bahasa pengantar
utama yang digunakan ialah bahasa Melayu dan hak untuk meneruskan
pembelajaran dalam bahasa ibunda mengikut etnik seperti bahasa Cina
dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya memenuhi syarat. Dengan
demikian pengekalan identiti menerusi bahasa ibunda masing-masing
tidak akan terhakis.
Seterusnya kelas moral diwujudkan bagi pelajar bukan Melayu
menggantikan kelas agama Islam yang diikuti oleh pelajar Melayu.
Kewujudan pilihan dalam mata pelajaran memberi erti bahawa tiada
paksaan yang wujud dalam aliran kebangsaan di peringkat sekolah
208 Hubungan Etnik
menengah terhadap para pelajar bukan Melayu. Tolak ansur dan hormat
terhadap budaya serta kepercayaan pelbagai etnik di peringkat institusi
pengajian yang bermula di peringkat sekolah adalah penting dalam
usaha mencapai wawasan pendidikan negara seterusnya memantapkan
ikatan kesepaduan sosial.
Pada masa kini, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) termasuk Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) turut membuka ruang kuota kepada
pelajar bukan Melayu. Walaupun bilangan kemasukan bukan Melayu ke
sekolah berkenaan tidak ramai berdasarkan kuota namun ruang yang
diwujudkan oleh kerajaan adalah untuk memberi peluang kepada proses
integrasi dalam kalangan pelajar berkenaan. Kehidupan pelajar di asrama
memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi, mempelajari
budaya dan memahami hak sesuatu etnik dengan lebih baik. Di samping
itu, persaingan sihat antara pelajar Melayu dan bukan Melayu di SBP
akan lebih berdaya saing dan persaingan tersebut adalah penting dalam
mewujudkan budaya kecemerlangan di institusi berkenaan. Berbanding
dengan di sekolah menengah harian, pelajar bukan Melayu sekadar
berjumpa dan bergaul dengan rakan-rakan Melayu dalam lingkungan
masa yang terhad. Justeru itu, potensi kefahaman pelajar bukan Melayu
di asrama penuh adalah lebih seperti mereka mula memahami budaya
pelajar Melayu yang bersolat lima waktu sehari semalam. Pelajar bukan
Melayu juga akan terbiasa dengan setiap laungan azan yang berkumandang
di surau asrama tempat mereka tinggal yang menandakan masuknya
waktu-waktu solat. Mereka juga hormat akan kedudukan rakan-rakan
Melayu yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Pada masa yang sama
pelajar Melayu juga dapat memahami serba sedikit tentang tata cara
ataupun budaya masyarakat pelajar bukan Melayu. Kefahaman yang
tersemai dalam kalangan pelajar sebenarnya mengukuhkan lagi aspek
kesepaduan sosial ke arah perpaduan nasional.
Sekolah Wawasan
Kerencaman sistem pendidikan telah mendorong kerajaan
memperkenalkan sekolah wawasan. Beberapa sekolah awam berkongsi
kemudahan yang sama dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai
Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara etnik. Akan tetapi,
kebanyakan etnik Cina dan etnik India membantah pelaksanaan Sekolah
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 209
Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan
mengehadkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah.
Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan
mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama
lain dengan menggunakan jambatan penghubung.
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk:
• Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang
berbagai-bagai bangsa dan latar belakang.
• Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai
aliran.
• Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu.
• Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
pelbagai aktiviti lain di sekolah.
Pada masa ini terdapat beberapa buah Kompleks Sekolah Wawasan
yang telah beroperasi, iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru,
Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor
Setar, Kedah, Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang,
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor dan Kompleks
Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak. Malangnya, mengikut
kajian, Sekolah Wawasan tidak mendapat sambutan etnik bukan Melayu
kerana dipercayai bahawa percampuran pelajar akan melunturkan
penguasaan bahasa ibunda masing-masing.
Pendidikan Prauniversiti
Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar boleh
membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi
atau meneruskan pengajian di peringkat diploma di pelbagai institut
pendidikan seperti di politeknik. Jika mereka memilih melanjutkan
210 Hubungan Etnik
pelajaran ke Tingkatan Enam, mengambil masa selama dua tahun dan
mereka juga akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM).
Selain itu, pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti
program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun.
Sejak tahun 2006, 30 peratus daripada pelajar matrikulasi diberikan
program yang mengambil masa selama dua tahun. Sebanyak 90 peratus
daripada tempat matrikulasi diperuntukkan kepada pelajar Melayu dan
bumiputera.
Matrikulasi diperkenalkan selepas kuota kemasukan universiti
awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. Sebanyak 70 peratus
daripada pelajar kursus kritikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan
perundangan ialah pelajar matrikulasi.
Institusi Pengajian Tinggi
Institusi Pengajian Tinggi terbahagi kepada dua, iaitu Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Terdapat 20 Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 32 Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain
yang tidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang
dikategorikan sebagai IPTS-IPTS lain yang diluluskan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).
Daripada 22 IPTA, terdapat beberapa IPTA yang didominasi oleh
orang Islam dan bumiputera Sabah dan Sarawak seperti Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Penubuhan universiti selaras
dengan kehendak Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama
persekutuan dan hak istimewa orang Melayu, seperti juga kewujudan
Sekolah Agama dan MRSM. Kemasukan ke IPTA yang lain adalah
berasaskan merit selaras dengan Perkara 3 (1), Perkara 12 (2), dan Perkara
153) dalam Perlembagaan.
Pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi, mereka adalah
berlatarbelakangkan pelbagai aliran seperti daripada aliran kebangsaan,
aliran jenis kebangsaan dan aliran agama sewaktu di peringkat sekolah
rendah dan menengah. Mereka berasal daripada pelbagai pelusuk tanah
air. Mereka akan melalui kehidupan di kampus selama tiga hingga ke
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 211
empat tahun atau lebih. Kehidupan mereka sebagai mahasiswa adalah
secara perkongsian sama ada di asrama, di dewan kuliah, perpustakaan,
kantin, padang sukan dan sebagainya.
Mereka mula memahami persekitaran perkongsian sejak minggu
orientasi diperkenalkan oleh pihak universiti. Ruang untuk mereka
bergaul dan berinterasi antara etnik yang berbeza adalah lebih luas
melalui budaya kongsi yang perlu diamalkan oleh terutamanya dalam
perbincangan menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain. Jurang
segregasi tidak lagi menjadi permasalahan, integrasi dalam kalangan
mahasiswa semakin terserlah dengan penglibatan mereka dalam aktiviti
kokurikulum dan berpersatuan. Oleh hal demikian, kerencaman sistem
pendidikan yang dilalui oleh mereka pada peringkat sekolah rendah dan
menengah berakhir dalam alam varsiti. Perkongsian dalam pelbagai
aktiviti memupuk ke arah kesepaduan sosial yang lebih kukuh dan
keadaan ini penting dalam konteks mencapai perpaduan nasional dalam
kalangan masyarakat pelbagai etnik menjelang tahun 2020.
Cabaran dalam Pendidikan dan Bahasa
Kepelbagaian sistem pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan
kesepaduan sosial di negara ini, terutama dari segi penggunaan bahasa
pengantar dan kurikulum. Setakat ini, kepelbagaian tersebut tidak banyak
menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan negara. Namun,
cabaran terhadap pelaksanaan sistem tersebut memang tidak dapat
dielakkan, terutama antara pendidikan kebangsaan dengan pendidikan
vernakular.
Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia
tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi. Majoriti orang
Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata sekolah vernakular
sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi
kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat
antarabangsa. Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak
pernah menjejaskan perpaduan kaum negara. Berdasarkan beberapa
kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan
dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu
berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.
212 Hubungan Etnik
Dong Jiao Zong meminta kerajaan bersikap terbuka dalam memberi
layanan sama rata kepada sekolah pelbagai aliran bagi mengukuhkan
perpaduan dan pembangunan negara.
Dalam menelusuri tuntutan dan pendirian ini, tiga rukun
politik Cina penting perlu difahami bersama. Rukun pertama adalah
mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1300 Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian
Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah
dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP),
perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan
menegakkan Islam oleh orang Melayu.
Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang
melibatkan enam akhbar harian di Semenanjung dan lapan akhbar di
Sabah dan Sarawak. Akhbar bahasa Cina ialah akhbar yang paling banyak
dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain.
Rukun ketiga mempertahankan persatuan Cina (huatuan) yang
melibatkan lebih 8,000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat,
puak dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan
dan perdagangan. Persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong,
Dong Zong dan Dong Jiao Zong adalah lebih berpengaruh berbanding
dengan parti politik.
Sejak dahulu lagi kerajaan tidak menaikan hak bukan Melayu untuk
mendapatkan pendidikan dalam bahasa ibunda mereka. Malah ramai
juga kalangan anak Melayu bersekolah di SJKC untuk mempelajari
bahasa dan budaya Cina, sekali gus sebagai satu kelebihan kepada pelajar
Melayu kerana dapat menguasai bahasa etnik lain.
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Kuala lumpur menggesa
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina di negeri lain menyokong tindakan
mereka dengan mengemukakan “Memorandum Pendidikan Persekutuan
Malaya”. Sokongan ini membawa kepada penubuhan Jiao Zong pada 25
Disember 1951. Mereka mahukan supaya bahasa Cina, bahasa Tamil,
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diberikan layanan yang sama dan
disenaraikan sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Cina hendak dijadikan
sebagai satu daripada aliran pendidikan negara.
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 213
Komitmen Kerajaan
Sebelum tahun 1996, terdapat Akta Pelajaran 1961 Seksyen 21 (1B)
yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menutup atau
memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan. Akta ini amat ditakuti oleh
persatuan Cina. Mereka mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta
ini. Atas dasar tolak ansur, pada tahun 1995, Menteri Pelajaran ketika
itu mengambil keputusan berani memenuhi hasrat etnik Cina dengan
menarik balik kuasa atau peruntukan itu apabila membentangkan Akta
Pelajaran baharu pada 1996 yang mengambil kira kepentingan dan
permintaan etnik Cina.
Akta Pendidikan 1996 telah mengemukakan satu undang-undang
baharu tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar pendidikan
negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dijangka
dapat dicapai melalui suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang
memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama,
kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yang
disediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan
akan memenuhi keperluan negara, serta berupaya memupuk perpaduan
negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.
Sistem pendidikan hari ini mesti memenuhi keperluan 1Malaysia.
Sistem pendidikan pelbagai tidak akan membantu rakyat memahami
gagasan tersebut. Kanak-kanak dipisahkan sejak kecil. Apabila membesar
agak sukar untuk mereka memberikan kerjasama antara satu lain. Sekolah
vernakular pada asalnya diwujudkan bagi membolehkan orang Cina dan
India belajar tentang asal-usul negara mereka, tetapi hari ini mereka telah
menjadi rakyat Malaysia dan sepatutnya keadaan sedemikian tidak perlu
wujud lagi (Khoo 2008).
Kini terdapat lebih kurang 640,000 orang pelajar yang bersekolah di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Hampir satu per sepuluh atau 60,000
merupakan pelajar bukan Cina. Dalam kajian Yew (1973, 1982) dan leo
(1989) mengenai pendidikan masyarakat Cina, beberapa penemuan
mengenai sikap dan tingkah pelajar Cina diperoleh. Terdapat perbezaan
sikap atau persepsi antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan
sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris.
Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti
kecinaannya, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan
214 Hubungan Etnik
proses integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan
sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk
apabila wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan
pengaruhnya turut merebak kepada institusi keluarga dan pendidikan.
Apabila proses sosialisasi ini berlaku, maka menurut Funston (2001),
setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing,
terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan
kebudayaan.
Menurut Haris (1990) bahasa ialah persoalan yang merumitkan
dalam masyarakat yang berbilang kaum kerana dapat menjadi
penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan
mahukan pengekalan bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan
kebudayaan dan nilai-nilai sosial. Walaupun hujah beliau ini tidak boleh
dijadikan asas kukuh dalam mengukur keberkesanan integrasi nasional,
namun sedikit sebanyak sistem yang wujud menyebabkan jurang interaksi
kaum menjadi longgar. Pendapat hampir serupa diutarakan oleh Ramon
Navaratnam yang menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan
kewujudan sekolah berasaskan bangsa seperti sekolah Cina dan sekolah
Tamil kerana sekolah berkenaan membantutkan usaha perpaduan kaum.
Bagi beliau, kerajaan sepatutnya mewujudkan satu sekolah sahaja, iaitu
sekolah kebangsaan dan penampilannya hendaklah menarik orang Cina
dan India. Ramon mengakui, sekolah kebangsaan mempunyai banyak
kelebihan, termasuk mempunyai pelbagai kemudahan, bangunan yang
selesa, guru yang mencukupi dan dapat meningkatkan taraf pendidikan
negara (Siti Mariam 2006).
Hal tersebut di atas dibuktikan lagi oleh kajian sekumpulan
pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap pelajar yang
terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar
mempunyai sentimen perkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus
agak membimbangkan. Pelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri
dalam segala hal. Walaupun berlaku interaksi, tetapi agak terhad (Mansor
et.al, 2006: 237-295). Semua ini berlaku disebabkan oleh proses sosialisasi
yang dilalui sebelum memasuki alam kampus.
Perlu diingatkan juga walaupun pelajar dipisahkan di peringkat
sekolah rendah, mereka disatukan semula di sekolah menengah kerana
hampir 80 peratus daripada mereka akan bersama kembali dalam
pembelajaran dan pengajaran di peringkat menengah. Hal ini bermakna,
walaupun pelajar hanya terpisah buat seketika, namun mereka akan
Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial 215
disatukan kembali ketika berada di sekolah menengah, selama lebih
kurang lima tahun, iaitu dari tingkatan 1 (peralihan) sehingga tingkatan
5 (tingkatan enam). Interaksi dalam kalangan mereka masih berlaku
secara tidak formal seperti di kedai, pasar raya, panggung wayang dan
pengangkutan awam. Pemisahan rakyat khususnya dalam kalangan
pelajar tidak seburuk seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam
menjadikan pendidikan lebih baik di Malaysia terutamanya untuk sekolah
Cina, beliau telah membuat langkah berani dengan memansuhkan
Seksyen 21 (2) Akta Pendidikan 1961 semasa menjadi Menteri Pelajaran.
Pemansuhan itu adalah atas keprihatinan beliau terhadap bantahan kuat
masyarakat Cina kerana akta tersebut memberi kuasa kepada menteri untuk
menukar status sekolah jenis kebangsaan (SJK) kepada sekolah kebangsaan
(SK). Najib menjelaskan bahawa tindakan berani beliau itu telah berjaya
menghasilkan satu anjakan kepada pendidikan negara khususnya sekolah
Cina. Salah satu hasil positif berkenaan termasuklah kemampuan sekolah
aliran itu menarik hampir 56,000 pelajar bumiputera daripada jumlah
keseluruhan pelajarnya sebanyak 612,000 orang ketika ini. Nampaknya,
pada hari ini, beliau mengatakan bahawa lebih ramai orang Melayu sudah
boleh bertutur dalam bahasa Mandarin jika dibandingkan sebelum ini.
Transformasi yang berlaku ini sebenarnya amat baik dalam membantu kita
meneroka perniagaan dengan China yang merupakan antara kuasa besar
ekonomi global (Utusan Malaysia, 26 September 2011).
Perdana Menteri amat berbangga dengan kejayaan berkenaan
yang turut dicapai hasil daripada peranan dan sumbangan yang telah
dimainkan etnik Cina negara ini. Kerajaan memberi jaminan akan terus
mempertahankan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan negara. Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang adil
dan unik apabila menjadi satu-satunya negara di rantau ini yang masih
mengiktiraf kewujudan sekolah sedemikian.
Kerajaan sedar bahawa pendidikan merupakan satu bidang yang amat
penting dalam pembangunan modal insan bagi menjamin kelestarian
dan kejayaan sesebuah negara. Pembangunan sistem pendidikan negara
melalui kewujudan sekolah vernakular mampu melahirkan rakyat yang
mempunyai nilai tambah apabila dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Umpamanya, salah satu keunikan SJKC adalah setiap pelajar
216 Hubungan Etnik
akan dapat menguasai tiga bahasa, iaitu bahasa Malaysia, Mandarin dan
Inggeris. Penguasaan bahasa lain terutama sekali bahasa Mandarin amat
penting kerana bahasa ini memberi nilai tambah kepada mereka yang
menguasainya apatah lagi dengan kemunculan China sebagai kuasa
besar ekonomi dunia.
Kesimpulan
Ternyata bahawa peranan pendidikan amat dominan dalam proses
sosialisasi. Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua
penting dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh
dinaikan kerana perkaitannya yang amat rapat dengan keluarga yang
berhak untuk menentukan proses persekolahan anak-anak mereka. Dasar
pendidikan dan bahasa di Malaysia pula amat unik jika dibandingkan
dengan negara-negara lain. Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian
sebagai satu kekuatan, namun terlalu banyak perbezaan juga tidak
membawa kepada kebaikan. Kerajaan perlu mencari titik persamaan
untuk memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia. Persamaan itu hanya
akan dapat dicapai dengan memahami dan berkongsi matlamat wawasan
negara dalam kalangan rakyat dan diterajui oleh barisan kepemimpinan
yang sentiasa berpegang kepada slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian
diutamakan’.
Soalan Perbincangan
1. Sistem pendidikan di Malaysia telah berjaya menyatupadukan
masyarakat pelbagai etnik. Bahaskan.
2. Nilaikan peranan bahasa sebagai alat perpaduan dalam sistem
pendidikan kebangsaan.
3. Bincangkan isu-isu hubungan etnik di Institusi Pengajian Tinggi
anda.
BaB 9
Pengalaman harian: Menjalin Kesepaduan
dan Melahirkan Keharmonian
hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:
1. Memahami kepelbagaian pengalaman harian yang dapat menyatukan
pelbagai etnik.
2. Memelihara nilai kepelbagaian sebagai teras kesepaduan sosial.
3. Memperkukuh jati diri melalui kepelbagaian pengalaman harian etnik.
Pengenalan
Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri
latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang
diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga
membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan
masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa,
agama dan kepercayaan yang berbeza. Keadaan yang saling berhubungan
antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok
lain dalam kehidupan harian mereka memang tidak dapat dielakkan.
Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan
hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna
kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk
memenuhi keperluan hidup harian masing-masing. Tanpa disedari
perlakuan saling kebergantungan ini terus diulang dan dalam tempoh
yang lama menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam
masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat pelbagai etnik.
218 Hubungan Etnik
Hubungan baik yang terjalin antara individu atau kelompok yang
berbeza latar belakang budaya, agama dan bahasa biasanya berlaku tanpa
paksaan. Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan tersebut
pula berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang luas seperti
menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media.
Secara kebetulan ketiga-tiga aspek tersebut memainkan peranan penting
dan memberikan impak yang besar sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses membina kesepaduan antara etnik.
Kepelbagaian Makanan etnik
Pemangkin Perpaduan
Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah negara
berdaulat dengan identiti nasional tersendiri, penubuhan ini diikuti dengan
pembentukan satu bangsa Malaysia yang saling hormat-menghormati dan
memahami dalam kalangan rakyatnya yang berbeza latar belakang budaya,
bahasa, agama dan keturunan. Kesemua kumpulan etnik yang sedia ada
diberi kebebasan mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk
perkara yang berkaitan dengan warisan budaya mereka seperti dalam aspek
makanan. Kepelbagaian makanan yang merupakan warisan pelbagai etnik
di Malaysia pada hari ini sebenarnya telah turut sama menyumbang kepada
keunikan masyarakatnya.
Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada
pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang
kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai. Setiap kumpulan
etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta
memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari
dan seterusnya dimiliki bersama. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia
memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang
bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan
tetapi juga sebagai satu daripada produk yang menarik dalam industri
pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Dalam sektor pelancongan, promosi Malaysia sebagai destinasi
‘syurga makanan’ dengan tema Malaysian Cuisines merupakan salah
satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik
yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia. Dalam promosi
tersebut nasi lemak sebagai contoh merupakan sajian yang popular di
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 219
Malaysia kerana keenakannya dan nasi ini pula mudah disediakan. Nasi
lemak yang pada asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi dalam
kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di
Malaysia. Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun
kerana penerimaan meluas dalam kalangan masyarakat setempat dan
antarabangsa, kini nasi lemak bukan sahaja untuk hidangan sarapan pagi
tetapi boleh didapati sepanjang masa dan setiap hari.
Nasi lemak yang pada satu ketika dahulu hanya dinikmati di rumah
tetapi kini nasi lemak dapat diperoleh di tempat yang menjadi tumpuan
ramai seperti di gerai makanan, restoran malah di tempat makan yang
eksklusif. Dalam konteks kesepaduan sosial sama ada disedari ataupun tidak
nasi lemak berperanan memupuk kekuatan ikatan kesepaduan tersebut. Hal
ini berlaku kerana pengalaman pelbagai etnik yang makan nasi lemak telah
mengetepikan stereotaip bahawa nasi lemak adalah milik etnik Melayu,
sebaliknya beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik bersama.
Pengalaman harian dalam aspek makanan yang memupuk
kesepaduan sosial juga berlaku menerusi pengambilan jenis makanan
popular etnik lain. Makanan daripada pelbagai jenis mi, sup, dim sum
dan kuih pau misalnya, adalah antara makanan kegemaran etnik Cina
tetapi makanan tersebut juga digemari oleh etnik lain di Malaysia. Begitu
juga dengan makanan rojak, capati, tose dan pelbagai masakan berkari
yang popular dalam kalangan etnik India dan beberapa jenis makanan
daripada kalangan etnik di Sabah dan Sarawak seperti umai, ambuyat
atau linut dan ayam pansuh menjadi kegemaran masyarakat pelbagai
etnik yang secara tidak langsung menyumbang kepada kesepaduan sosial.
Makanan dan ruang Sosial
dalam Konteks hubungan etnik
Makanan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia untuk
memenuhi keperluan biologi dan sosiologi. Makanan berperanan
menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan
sebaliknya makanan juga dapat membahagikan individu kepada
kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat. Penyatupaduan dan
pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu
makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat
pelbagai etnik.
220 Hubungan Etnik
Cara makan dan jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh
individu atau kelompok masyarakat membentuk ruang sosial makanan
kepada dua, iaitu ruang awam dan ruang bukan awam. Pembentukan
kedua-dua ruang tersebut boleh memberi kesan tidak sihat ke atas
hubungan antara etnik yang berbeza latar belakang budaya dan agama.
Oleh itu penyesuaian dilakukan supaya membolehkan pelbagai etnik
turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam kedua-dua ruang
sosial makanan tersebut. Rajah 9.1 menjelaskan fungsi kedua-dua ruang
sosial makanan yang boleh dilakukan penyesuaian tanpa menjejaskan
fungsi asal.
RAJAH 9.1: Ruang Sosial Makanan
Model Sosial Makanan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia
Ruang Awam Ruang Bukan Awam
Tidak berkaitan dengan acara Berkaitan dengan acara keagamaan
keagamaan atau kepercayaaan tetapi atau kepercayaan.
ada kalanya boleh berkaitan dengan
acara keraian keagamaan. Contoh: Makanan larangan
berkaitan dengan acara tertentu
Contoh: Perayaan yang boleh dalam meraikan keagamaan.
dikongsi bersama.
Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial
Melangkaui makanan yang berhubungkait dengan larangan agama terutama melalui
tahap kefahaman dan hormat antara satu sama lain.
Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis perkahwinan etnik
Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai
etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu
yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikut kepercayaan
agama mereka. Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging
lembu ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan
disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya
jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan oleh
etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan mestilah
halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam. Tindakan
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 221
kolektif seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan sikap hormat-
menghormati terhadap budaya dan agama etnik yang berbeza dan
berlaku secara semula jadi yang seterusnya dapat mengeratkan ikatan
kesepaduan sosial.
Dalam bentuk ruang awam yang lain, makanan terus menjadi simbol
persahabatan dan keakraban yang begitu unik dikongsi bersama oleh
pelbagai etnik di Malaysia. Semasa bulan Ramadan contohnya, bazaar
Ramadan dan bufet Ramadan yang ditawarkan di hotel dan di restoran
menyajikan makanan yang pelbagai gabungan antara masakan tradisi
Melayu dan makanan antarabangsa. Pilihan sajian ini menarik minat
masyarakat bukan Melayu untuk datang dan membeli makanan yang
disediakan.
Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, suasana berkenaan
merupakan peluang untuk mereka merasai masakan tradisi Melayu yang
digemari. Bulan Ramadan juga menyaksikan ramai rakan yang bukan
beragama Islam menghadiri majlis berbuka puasa rakan Islam mereka,
dan mereka turut memberi penghormatan menunggu sehingga waktu
berbuka untuk makan bersama. Kesepaduan sosial yang terjalin, terus
dapat dilihat dalam majlis rumah terbuka sempena sambutan hari
raya dan perayaan kaum-kaum yang lain. Rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai etnik akan berduyun-duyun datang menghadiri majlis
tersebut sama ada yang dianjurkan oleh rakan atau jiran, jawatankuasa
kawasan tempat tinggal mereka ataupun rumah terbuka yang dianjurkan
oleh pemimpin ataupun jamuan rumah terbuka hari raya yang diadakan
pada peringkat kebangsaan. Majlis rumah terbuka yang melibatkan
pelbagai etnik ini sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk
bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan berkongsi pendapat
tentang sesuatu perkara. Suasana ini dapat memupuk sikap bertoleransi
antara satu sama lain kerana dengan mengadakan sesuatu majlis, mereka
akan mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf, status atau
keturunan masing-masing.
Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah
makanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan.
Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak
bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam.
Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam tetap boleh hadir dalam
majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan dengan masakan yang berbeza
dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah.
222 Hubungan Etnik
Kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik adalah lebih
bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi
sedemikian.
Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang
disajikan dalam majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri
oleh etnik lain di negara ini memberikan impak dalam hubungan antara
mereka. Kesepaduan sosial boleh dilihat dengan jelas semasa rakyat
Malaysia meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap
perayaan tersebut, makanan menyatukan semua melalui hidangan
jamuan yang disediakan. Manakala dalam kehidupan harian kesepaduan
sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan
umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak yang
biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran Kopitiam milik etnik
Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang eksklusif. Pelbagai etnik
bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga bersifat
pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu
membentuk kesepaduan sosial yang lestari.
Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya
dengan keindahan alam semula jadi ditambah dengan keunikan latar
belakang masyarakatnya. Gabungan daripada kedua-dua elemen tersebut
menawarkan kepelbagaian hidangan makanan warisan pelbagai etnik
dan berperanan pula mewujudkan kesepaduan sosial melalui amalan
pemakanan harian masyarakat tanpa memikirkan perbezaan latar
belakang budaya antara mereka.
Kesenian Pelbagai etnik dan Kesepaduan Sosial
Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada makanan
untuk memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap tuntutan
rohani. Walaupun memenuhi keperluan rohani hanya bersifat relatif
dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini tetap merupakan sumber
penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti kehidupan
mereka. Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber
seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian,
tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat
memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam
kehidupan manusia.
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 223
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik kaya dengan
pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing-
masing. Malah penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat
kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting
dalam usaha memupuk kesepaduan sosial. Penerimaan, penghormatan
dan pengiktirafan masyarakat terserlah khususnya terhadap karya seni
nukilan karyawan tempatan, di samping dapat membentuk hubungan
sosial dalam proses penghasilan dan penghayatan setiap karya.
Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil
daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama,
kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu
bentuk seni itu dijalankan. Umpamanya, dalam kerja menghasilkan karya
muzik memerlukan komposer muzik, penyanyi, jurutera bunyi, alatan
muzik, penulis lirik, penggubah lagu dan lain-lain aspek yang berkaitan.
Proses penghasilan karya muzik juga melibatkan pelbagai kemahiran
dan dalam konteks masyarakat Malaysia, kemahiran tersebut biasanya
diperoleh daripada himpunan kemahiran pelbagai etnik. Pembahagian
kerja yang begitu rencam membentuk suatu jalinan hubungan yang
saling bergantungan untuk memastikan sesuatu karya seni bermutu
dapat dihasilkan yang akan dinikmati oleh masyarakat sebagai pengisian
kepada keperluan rohani mereka.
Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk
seni berkenaan. Mengambil satu contoh daripada penghasilan sebuah
karya muzik, komposer muzik adalah daripada etnik Cina yang
mendapat pendidikan muzik dari Barat dan pada masa yang sama
ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional Cina.
Penulis lirik pula dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang
sesuai dengan selera pendengar dalam kalangan etnik Melayu. Setelah
selesai proses mencipta muzik dan lagu, pemilihan penyanyi pula tidak
semestinya daripada etnik Melayu sahaja tetapi gabungan penyanyi
daripada pelbagai etnik. Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah
menghasilkan suatu bentuk karya muzik yang sempurna mengandungi
unsur muzik campuran pelbagai etnik dan didengar serta dinikmati juga
oleh masyarakat pelbagai etnik.
Banyak contoh lain yang boleh diambil daripada karya seni muzik
dan ilem tempatan yang menggambarkan berlakunya kesepaduan sosial
dalam kehidupan masyarakat Malaysia seawal zaman Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee dahulu. P. Ramlee melalui karya muziknya telah
224 Hubungan Etnik
menggubah lagu-lagu yang memuatkan unsur pelbagai kaum seperti
dalam lagu “Aci-Aci Buka Pintu” dan lagu “Haiya Cik Siti”. Begitu juga
dalam ilem-ilem yang beliau hasilkan yang memuatkan watak bukan
Melayu yang mencerminkan kewujudan masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia. Karyawan selepas beliau hingga hari ini sama ada daripada
etnik Melayu ataupun bukan Melayu tidak putus-putus menghasilkan
karya yang menggambarkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia.
lagu “Pergi” nyanyian Aizat yang memenangi Anugerah Juara
lagu Ke-24 pada 2009 sebagai satu contoh unik dan amat baik untuk
memahami bagaimana karya seni itu terhasil daripada gabungan
kerjasama pelbagai etnik. Lagu tersebut dicipta oleh Pete Teo yang berasal
dari Sabah manakala liriknya pula digubah oleh Amran Omar dan
dinyanyikan oleh Aizat dengan iringan alat muzik tradisional Cina yang
dipanggil erhu. Lebih menarik lagi pada malam pertandingan Anugerah
Juara lagu tersebut ialah alunan muzik daripada erhu hasil gesekan oleh
seorang gadis Melayu yang bertudung. Manakala muzik pembukaan
lagu “Pergi” dimulakan dengan petikan bunyi sitar sebuah alat muzik
tradisional India diikuti dengan alunan suara merdu seorang penyanyi
wanita India yang mengalunkan irama lagu “Pergi” dalam lenggok lagu
tradisional India iaitu sebelum nyanyian diteruskan oleh Aizat.
Filem “Sini Ada Hantu” juga terhasil daripada gabungan dan
kerjasama penggiat seni yang terdiri daripada pelbagai etnik. Filem
ini diterbitkan oleh Gayatri Su-lin Pillai dan jalan ceritanya ditulis
dan seterusnya diarahkan oleh James lee. Penataan sinematograinya
diterajui oleh Lai Chee Kheong dan suntingannya dilakukan oleh Chiang
Yan Shieh. Filem ini membariskan pelakon daripada pelbagai etnik, iaitu
Baki Zainal dan Alvin Wong yang memegang watak utama dibantu oleh
Fasha Sandha, Patrick Teoh, Mano Maniam, Kuswadinata, Mandy Chen,
Amerul Afendi, Pete Teo, Eira Syazira dan ramai lagi.
Gabungan dan kerjasama pelbagai etnik bukan sahaja dilihat dalam
proses menghasilkan “Sini Ada Hantu” sebagai suatu karya seni dalam
bentuk ilem, tetapi juga dipaparkan melalui kepelbagaian dalam jalan
cerita ilem tersebut. Terdapat tiga cerita hantu dalam ilem ini iaitu hantu
pokok pisang (hantu dalam etnik Melayu), hantu nombor ekor (hantu
dalam etnik Cina) dan hantu Jepun (hantu asing yang wujud dalam cerita
hantu pelbagai etnik di Malaysia).
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 225
Seterusnya pengalaman harian dalam kalangan kanak-kanak
pelbagai etnik juga dapat menyemai benih kesepaduan sosial dan
menghasilkan kehidupan harmoni. Suasana ini dipaparkan menerusi
sebuah program kartun di televisyen yang popular dalam kalangan
kanak-kanak di Malaysia pada hari ini iaitu “Upin dan Ipin”. Program
berbentuk kartun ini diterbitkan oleh Syarikat Les Copaque Sdn. Bhd.
hasil kerja berpasukan yang terdiri daripada Tan Shiek Wei, Usamah
Zaid, Shaiq, Tan Ying Sowk, Mohd Faiz dan Fuad Md. Din. Muzik
yang melatari “Upin dan Ipin” pula digubah oleh Yuri Wong dari he
Factory Muzic Studio. Gabungan pelbagai etnik dalam kerja penghasilan
program tersebut membentuk ikatan sosial yang saling berkait dan saling
bergantungan antara satu sama lain.
Jika diteliti setiap episod “Upin dan Ipin” karektor kanak-kanak
daripada pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia diketengahkan dan
menghidupkan jalan cerita siri kartun ini. “Upin dan Ipin” sarat dengan
nilai murni yang boleh bertindak sebagai alat dalam usaha mendidik
kanak-kanak bermula daripada peringkat awal usia mereka untuk
mengenal, memahami dan menghormati kepelbagaian budaya yang
terdapat dalam kehidupan harian mereka.
Hubungan sosial dalam ruang kesenian di Malaysia saling terkait
dan saling bergantungan merentas etnik dan menyumbang kepada
pemupukan kesepaduan sosial. Keadaan ini juga terserlah dalam karya
seni yang lain seperti seni lukis yang dihasilkan oleh pelukis tempatan
Chuah hean Teng dan Sam Karuna dalam lukisan batik moden.
Chuah Thean Teng
Chuah hean Teng seorang pelukis keturunan etnik Cina dan beliau
menggunakan corak batik dalam karya lukisan beliau manakala subjek
utama dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu.
Karya yang dihasilkan sarat dengan unsur akulturasi apabila beliau
mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara China,
tempat beliau mendalami ilmu seni lukis kepada teknik tempatan iaitu
corak batik dalam bentuk lukisan moden yang paling halus. Dalam hal
ini, Chuah bukan sahaja memartabatkan perkampungan Melayu dalam
lukisan beliau tetapi telah menjadikan corak batik sebagai medium
dan beliau telah mendapat julukan sebagai ‘Bapa Lukisan Batik Moden
Malaysia’.
226 Hubungan Etnik
Sam Karuna
Sam Karuna ialah seorang lagi pelukis bukan Melayu yang menggunakan
batik sebagai medium dalam lukisan beliau. Beliau giat menghasilkan
karya lukisan batik sejak tahun 1970-an lagi dan telah membuka Pusat
Lukisan Seni Halus Batik Sam Karuna untuk mempopularkan lagi lukisan
batik bukan sahaja kepada rakyat tempatan, tetapi juga kepada penggemar
lukisan tersebut daripada luar negara. Sam juga telah memperbaharui
teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik
‘dyetic’ sebagai suatu teknik yang terhasil daripada proses penyatuan
antara teknik tradisonal dengan teknik baharu yang beliau cipta sendiri.
Sam Karuna berketurunan daripada etnik India menghasilkan
lukisan menggunakan corak batik yang popular dalam kalangan etnik
Melayu seterusnya mengajar teknik lukisan batik kepada pelajar beliau
yang terdiri daripada pelbagai etnik – Melayu, Cina, India, Jepun dan
Eropah. Interaksi yang akrab merentas etnik ini menyumbang kepada
kesepaduan sosial walaupun dibatasi oleh latar belakang budaya, bahasa
dan agama yang berbeza antara satu sama lain.
Usaha oleh pelbagai pihak yang menerapkan elemen kepelbagaian
etnik dalam kreativiti seni mereka mendapat sokongan penuh daripada
pihak kerajaan. Pusat latihan, dewan kesenian, Balai Seni Lukis Negara,
sekolah serta institusi pengajian kesenian seperti Akedemi Seni Budaya
dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) disediakan oleh kerajaan sebagai
wadah untuk mendalami aspek seni yang pelbagai sesuai dengan aspirasi
negara. Galakan dalam bentuk pemberian dana untuk penghasilan
sesuatu karya seni juga diberikan oleh kerajaan untuk memartabatkan
lagi kreativiti unik gabungan seni pelbagai etnik.
Media dan Kesepaduan Sosial
Pada Malam Wartawan 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak telah memberi ucapan berkaitan dengan dasar, politik dan media.
Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa media perlu bekerja
dangan dasar yang betul. Antara yang disenaraikan ialah ketelusan
dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang bertanggungjawab. Menurutnya
lagi, media amat penting dalam membina kredibiliti negara. Dengan adanya
media terutama media cetak dan penyiaran, masyarakat lebih terpengaruh dan
memberi tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima.
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 227
Hakikatnya, media bukan sahaja merupakan cermin kepada
masyarakat, malahan media juga merupakan alat perubahan kepada
sesuatu masyarakat. Media yang dimaksudkan merujuk kepada alat
untuk mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam
konteks moden. Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan
mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan. Dalam sistem
demokrasi seperti di Malaysia, media merupakan sumber primer dalam
komunikasi massa. Tambahan pula, kini media bersifat universal tanpa
sempadan. Jenis dan fungsi media juga semakin canggih selari dengan
perkembangan arus modenisasi pada masa kini.
Media massa dapat diklasiikasikan kepada dua kategori, iaitu media
cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis
seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain.
Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio,
internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi
telah meningkatkan saiz, kepantasan dan kecekapan media tradisional
serta melahirkan bentuk-bentuk media baharu khususnya yang bersifat
digital dan elektronik dan semakin mampu dimiliki ahli masyarakat.
Kini televisyen merupakan medium komunikasi yang paling
berpengaruh. Oleh yang demikian, medium ini adalah cara yang paling
sesuai untuk media memainkan peranannya. Hampir seluruh masyarakat
dunia mampu mengadakan dan menonton televisyen. Televisyen
yang bersifat memiliki aspek audio dan visual ternyata lebih berkesan
berbanding dengan media cetak. Hal ini kerana sambil seseorang itu
mendengar, individu tersebut juga boleh melihat. Kesannya lebih ketara
khususnya kepada bidang pemasaran iaitu komunikasi pengiklanan.
Bagi mempromosikan perpaduan kaum terutamanya menerusi konsep
“1Malaysia”, sebuah syarikat telekomunikasi, iaitu TM telah membuat
satu iklan khidmat masyarakat yang ditayangkan di stesen-stesen
televisyen negara.
Iklan yang dihasilkan oleh TM diberi tajuk “1Malaysia - As One We
Care”. Panjang iklan ini ialah 2.02 minit. Iklan ini adalah berteraskan
ideologi 1Malaysia yang diterapkan dalam masyarakat melalui
media. Syarikat Telekomunikasi TM telah mengambil inisiatif untuk
menghasilkan “1Malaysia-As One We Care” yang menggambarkan situasi
masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu antara
satu sama lain.
228 Hubungan Etnik
Iklan “1Malaysia-As One We Care” telah mengajar bagaimana
semangat setia kawan terjalin menerusi jemputan daripada pelbagai
etnik yang sama-sama meraikan sambutan hari lahir kanak-kanak India
(Citra) dan kelihatan mereka begitu gembira bergaul antara satu sama
lain. Mereka tidak kekok dalam menjalinkan hubungan persahabatan.
Sikap seperti ini sememangnya perlu dididik dan diasuh sejak kecil lagi.
Bak kata pepatah Melayu, ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari
rebungnya’.
Iklan “1Malaysia-As One We Care” telah menayangkan interaksi
pelbagai etnik dalam suasana yang harmoni tanpa mengira usia.
Iklan ini juga memberi kesedaran pada penghujungnya bahawa setiap
manusia walaupun berlainan bangsa dan agama tetap mempunyai jenis
darah yang sama. Penggunaan mesej ini memberi satu nilai komunikasi
yang berkesan. Melalui iklan “1Malaysia-As One We Care”, pada akhir
penerapan konsep itu melihatkan keberkesanan peranan yang telah
dimainkan oleh media. Jika kesannya berakhir dengan sesuatu yang
positif dan dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia khususnya,
pastinya ganjaran yang tidak ternilai akan diperoleh dalam kehidupan
harian, iaitu suasana aman damai dan bersatu padu antara etnik.
Penekanan aspek perpaduan dan penghayatan terhadap konsep
“1Malaysia” dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan
meletakkan media sebagai perantara yang penting dan mampu
membuka mata masyarakat Malaysia untuk memahami usaha tersebut.
Media memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan
perpaduan. Pelbagai peranan dan fungsi telah digerakkan oleh media
sama ada media cetak ataupun media elektronik. Dalam contoh tersebut
penekanan dibuat kepada media elektronik, iaitu melalui iklan khidmat
sosial yang dilaksanakan oleh Syarikat TM. Banyak lagi iklan sedemikian
oleh syarikat lain sama ada dalam bentuk media cetak ataupun media
elektronik yang memaparkan keterlibatan pelbagai etnik dalam
amalan harian dan inisiatif ini adalah sebagai salah satu usaha untuk
meningkatkan perpaduan antara etnik di Malaysia. Begitu juga dengan
organisasi dan jabatan kerajaan yang tidak putus-putus menerbitkan
pelbagai jenis iklan pesanan khidmat sosial yang menjurus kepada
perpaduan.
Media sangat berkesan dijadikan alat penyampai kepada sebarang
bentuk tujuan khususnya jika bermaksud untuk menerapkan nilai-
nilai yang mendorong kepada perpaduan etnik. Media membantu
menerapkan nilai-nilai luhur sambil membentuk rakyat yang berikir.
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 229
Apabila Perdana Menteri mencetuskan gagasan 1Malaysia, beliau
telah menjadikan konsep tersebut sebagai satu agenda yang ditetapkan
oleh kepemimpinan beliau. Oleh itu, seluruh media telah menyalurkan
konsep 1Malaysia sebagai satu bahan berita yang penting sehingga seluruh
warga merasakan konsep ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan
seharian mereka. Ulasan tentang konsep1Malaysia dan perpaduan telah
diuar-uarkan hari demi hari untuk diperkatakan kepada seluruh rakyat
Malaysia.
Walau bagaimanapun, iklan yang berunsurkan perpaduan ini
biasanya banyak dan kerap ditayangkan pada waktu tertentu sahaja
seperti dalam bulan kemerdekaan dan sempena hari perayaan sesuatu
kumpulan etnik. Sambutan hari kemerdekaan pada bulan Ogos setiap
tahun misalnya, banyak iklan berunsurkan perpaduan akan ditayangkan.
Media wajar dan perlu sentiasa menayangkan iklan sebegini sepanjang
masa supaya warga Malaysia lebih peka dan menghayati erti perpaduan
yang dipaparkan.
Selesai sahaja bulan Kemerdekaan, tiba pula hari perayaan bagi
masyarakat Melayu, iaitu Hari Raya Puasa. Sudah menjadi tradisi bagi
negara Malaysia setiap perayaan dikongsi bersama oleh masyarakat lain
yang berbilang etnik dan agama. Amalan rumah terbuka sememangnya
suatu kebiasaan pada setiap perayaan. Amalan ini menggalakkan rakyat
yang berbilang etnik untuk saling berkunjung sambil mengetahui secara
lebih dekat tentang budaya dan adat resam rakan dan taulan daripada
etnik lain. Dalam hal ini media juga tidak ketinggalan untuk memberikan
liputan dan menonjolkan nilai-nilai murni yang memberi impak secara
langsung dalam kehidupan harian antara etnik.
Tidak lama selepas perayaan tersebut menyusul pula sambutan
Deepavali pada tahun yang sama juga telah dirayakan bersama oleh
masyarakat Malaysia keseluruhannya. Pelbagai jenis iklan yang
menonjolkan masyarakat Malaysia berbilang etnik hidup bersatu padu
dan harmoni telah memenuhi ruang kaca televisyen setiap rumah di
negara ini. Keadaan ini menunjukkan berlaku perubahan positif pada
akhir-akhir ini berbanding dengan keadaan sebelumnya kerana iklan
yang berunsurkan perpaduan kurang mendapat tempat sama ada di kaca
televisyen ataupun dalam media cetak.
Lanjutan daripada keadaan itu, Kementerian Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat
sosial yang berkaitan dengan perpaduan. Begitu juga dengan Perbadanan
230 Hubungan Etnik
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang turut menerbitkan
beberapa iklan berbentuk perpaduan etnik. Antaranya, iklan yang
menceritakan tentang perkahwinan campur yang dilakonkan oleh kanak-
kanak Melayu, Cina dan India. Perkahwinan campur juga adalah salah
satu cara berkesan yang telah diterima dengan baik untuk memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan etnik.
Oleh yang demikian, iklan perkahwinan campur yang dihasilkan
telah memberikan mesej yang mudah difahami oleh penerima, iaitu
masyarakat Malaysia kerana cinta tidak mengenal bangsa dan keturunan.
Tambahan pula, iklan seperti itu merupakan salah satu pengisian oleh
media untuk memberi informasi dan bagi tujuan mendidik di samping
dapat menghiburkan kumpulan sasarannya. Secara umumnya iklan
dan pesanan khidmat sosial seperti itu boleh berunsur berat mahupun
ringan. Namun yang lebih penting ialah keberkesanannya dan jika selalu
ditayangkan oleh semua saluran televisyen sama ada saluran kerajaan
ataupun swasta, akan menjadi satu panduan kepada masyarakat.
Begitu juga dengan media dalam bentuk lain seperti perileman dan
dokumentari. Pengisiannya juga tidak ketinggalan daripada menyemai
nilai-nilai perpaduan yang unik kepada pengukuhan masyarakat Malaysia.
Sebagai salah satu cara untuk menceritakan kehidupan warga Malaysia, para
pembikin ilem dan ramai pengarah muda telah menghasilkan 15 buah ilem
pendek pada tahun 2009. Filem-ilem pendek ini hanya mengambil masa
antara 3 hingga 7 minit, tetapi berjaya memberikan impak positif kepada
penonton. Mereka yang terlibat dalam pembikinan ilem pendek ini ialah
Yasmin Ahmad, Ho Yuhang, James lee, Tan Chui Mui, Amir Muhammad,
Datuk Seri Liow Tiong Lai, Amber Chia, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik
Mat, Sharifah Amani, Jason lo, Khairy Jamaluddin, Harith Iskandar, Datuk
Zaid Ibrahim, Daphne Iking, Tian Chua, Sarah Lian, Serena C, Patrick Teoh,
Baki Zainal dan Ida Nerina.
Ahli politik dan para pemimpin juga turut memberikan kerjasama
dalam menghasilkan ilem pendek yang menceritakan kehidupan
seharian sebagai seorang warga Malaysia. Filem pendek yang terhasil
adalah seperti Halal, Potong Saga, Chocolate, he Tree, House, he Son,
Lumpur, Lollipop, One Future, Gerhana, Meter, Duit Kecil, Rojak, Slovak
Sling dan Healthy Paranoia.
Filem-ilem pendek ini merupakan kisah yang berlaku dalam
kehidupan seharian rakyat Malaysia. Sekiranya rakyat mengamalkan cara
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 231
hidup yang sihat dan menerima serta memahami adat dan kepercayaan
setiap etnik, maka tidak ada isu yang akan ditimbulkan. Semua perkara
yang terlibat dalam amalan hidup harian seperti dalam pentadbiran,
pendidikan, makanan dan pergaulan dapat diterima dengan baik.
Perasaan hormat-menghormati dan toleransi juga menjadi tonggak yang
kukuh menyuburkan kehidupan setiap individu sebagai bangsa Malaysia
yang penuh berwarna-warni.
Sehubungan dengan itu, pada 18 Oktober 2009, sambutan dan
perasmian 1Malaysia di Perak telah dijalankan. Seramai enam orang
rakyat negeri Perak telah diberi anugerah Ikon 1Malaysia. Antara
penerimanya ialah Allahyarham Yasmin Ahmad dan kartunis Lat atau
nama sebenarnya Datuk Mohamad Nor Khalid. Mereka berdua telah
berjaya membawa kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar melalui layar
perak dan pemaparan di dada akhbar. Dalam hal ini, peranan media
sebagai perantara untuk menyampaikan mesej kesepaduan sosial terbukti
berkesan, di samping dapat menyuntik semangat perpaduan etnik yang
berterusan di Malaysia.
Selain daripada itu beberapa syarikat telah turut menyiarkan iklan,
termasuk yang berbentuk jenaka dan yang memilukan. Contohnya
iklan Petronas sering memaparkan semangat perpaduan dan semestinya
perlu diberikan kredit. Iklan yang ditaja oleh syarikat Giant pula amat
bermakna kepada masyarakat apabila jiran daripada etnik Cina dan etnik
India datang untuk membantu menghias rumah jiran Melayu sempena
Hari Raya yang jelas memaparkan semangat perpaduan dan semangat
kejiranan.
Program TV yang memaparkan kesepaduan sosial menerusi
program ulasan sukan seperti Bola@Mamak yang disiarkan menerusi
saluran sukan ASTRO SuperSport juga menarik untuk ditonton terutama
oleh penggemar sukan bola sepak. Lebih menarik lagi kerana restoran
mamak yang dijadikan premis penggambaran begitu popular dengan
aneka jenis makanan yang serasi dengan selera pelanggan daripada
pelbagai etnik. Pengacara program tersebut pula adalah daripada etnik
India yang turut disertai oleh pengulas sukan daripada etnik Melayu,
Cina, Serani dan pengulas jemputan dari luar negara.
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak ketinggalan
menganjurkan pertandingan “Malaysia You Love Contest” yang bertujuan
mencari idea kreatif orang ramai dalam menzahirkan keunikan Malaysia
yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bagi menyertai
232 Hubungan Etnik
pertandingan tersebut para peserta dikehendaki memuat naik imej yang
mereka rasa dapat melambangkan Malaysia berserta keterangan gambar
tersebut di Malaysia Airlines Facebook Fan. Pertandingan seumpama
ini merupakan satu lagi contoh bagaimana media elektronik dapat
menyemai semangat kekitaan dan menzahirkan kesedaran terhadap
elemen yang mengukuhkan perpaduan etnik dengan cara yang mudah
tetapi berkesan.
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada
masa kini juga amat berperanan dalam konteks hubungan etnik yang
menyumbang kepada kewujudan kesepaduan sosial. Perkembangan ICT
membawa kepada penggunaan internet secara meluas yang mendapat
bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan pada awal tahun 1990-
an, iaitu sewaktu negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Sejajar dengan perkembangan ICT, alat komunikasi
di dunia pada hari ini seperti satelit, mesin faks, telefon, televisyen dan
komputer disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan
maklumat dalam semua bidang disebarkan ke seluruh dunia dengan
pantas merentas sempadan geograi.
Penyediaan pelbagai ‘menu’ internet seperti email, chatting, blog,
facebook, twitter dan skype telah memberikan wadah baharu dalam
membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama,
budaya dan negara. Penggunaan telefon bimbit daripada pelbagai
jenama terkini memudahkan lagi manusia mendapatkan maklumat
melalui internet dengan hanya menekan hujung jari. Kemudahan Wi-
i pula banyak disediakan di tempat awam, memberikan ruang dan
peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat
dan kerajaan, menyuarakan pendapat tentang kemajuan ekonomi,
peluang pekerjaan, keselamatan dan sebagainya. Pelbagai kemudahan ini
memberikan impak baharu dalam membina hubungan etnik melampaui
batas masa, jarak dan lokasi.
Dalam konteks kesepaduan sosial, peluang untuk meneroka,
mencari, mengenali dan memahami maklumat tentang pelbagai etnik,
agama dan budaya boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Keadaan
ini membolehkan pengguna ICT memahami latar belakang sesuatu etnik
dengan lebih dekat termasuk tentang kepercayaan, upacara keagamaan,
dan perayaan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok etnik. ICT telah
menjadi sebahagian daripada alat yang telah mentransformasi kehidupan
manusia dan membawa perubahan sosial kepada masyarakat dunia. Di
Malaysia, perkembangan budaya internet yang meluas secara tidak langsung
Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 233
telah menjalin hubungan antara manusia daripada pelbagai etnik, agama dan
budaya sehingga berjaya mengikat kesepaduan sosial dalam kalangan mereka.
Tegasnya, pembinaan bangsa dan negara bagi sesebuah negara berbilang
etnik seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang
membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat,
modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada
pelbagai negara. Justeru, kesedaran yang membawa kepada perpaduan akan
dapat diterapkan dengan lebih mudah lagi dalam usaha untuk mencapai objektif
membentuk negara Malaysia yang unggul apabila media elektronik dan media
cetak memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan berkesan. Peranan
media massa yang diharapkan adalah untuk menguar-uarkan semangat
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan
Jelas bahawa perpaduan kaum amat penting bagi mewujudkan suasana yang
aman dan harmoni. Semua rakyat mengimpikan sebuah negara yang aman
dan bahagia. Rakyat wajar bersyukur kerana hidup di tanah tumpah darah di
Malaysia yang aman dan bebas daripada ancaman komunis. Negara Malaysia
tidak sebagaimana negara lain di Asia Barat yang sering bergolak menyebabkan
rakyatnya hidup dalam ketakutan, jauh sekali untuk mewujudkan semangat
kejiranan yang harmoni.
Oleh sebab itu, perpaduan amat memberikan manfaat dalam kehidupan
harian kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap kepada keharmonian
dan kebahagiaan yang dinikmati bersama sesuai dengan penonjolan imej
Malaysia – Truly Asia serta kesepaduan sosial yang terhasil daripada kreativiti
seni dan media pula berperanan sebagai penyampai mesej perpaduan sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung.
Soalan Perbincangan
1. Bincangkan tiga jenis makanan daripada pelbagai etnik yang menjadi
kegemaran ramai di Malaysia.
2. Huraikan kreativiti dalam bentuk pakaian dan hiasan terhasil daripada seni
reka batik.
3. Bagaimanakah media cetak dan media elektronik dapat dimanfaatkan
dalam usaha memupuk semangat perpaduan di Malaysia?