The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2024-02-18 09:40:25

ENTITI PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN DAN PLT

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Keywords: ENTITI PERNIAGAAN

EBOOK


MILIKAN TUNGGAL PERKONGSIAN & PLT Kamal Al-Rahman B. Sc (Res. Economics) UPM M. Econs. (Financial Econs.) UPM M. Business Laws UKM Cert. in Advanced Taxation (APN) Chartered Tax Practitioner (CTIM) Corporate Secretary Cert. HRDF Trainer Cert. NLP Coach


HAK CIPTA TERPELIHARA Hakcipta Terpelihara @ Kamaludin bin Abdul Rahman 2024 Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan E-Book ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis. Tanggungjawab hakcipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam E-Book ini. Pihak penerbit dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Pihak penerbit dan penulis juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan. PENAFIAN Penerbitan ini mengandungi pandangan serta pengalaman penulis dan juga sumber dari yang boleh dipercayai. Ia bertujuan membantu dan menyediakan maklumat berkenaan perkara yang dibincangkan. Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ke atas manamana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan E-Book ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.


TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN Penulis hanya memberi lesen untuk kegunaan individu pembeli sahaja. TIADA Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resell Rights” dibekalkan untuk E-Book ini. Anda TIDAK dibenarkan sama sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan menyebarkan E-Book ini secara percuma atau berniat menjualnya kembali sama ada dalam bentuk E-Book atau dalam bentuk bercetak. ISBN Fonts: Poppins, Size 12, 14, 16. Penerbit: De Jure Business Advisory Jalan Seri Putra 3/Q Bandar Seri Putra 43000 Kajang Selangor D.E [email protected]


PRAKATA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana membeli E-Book saya bertajuk “Milikan Tunggal dan Perkongsian” yang telah sekian lama saya rancang untuk diterbitkan. Alhamdulillah, E-Book ini telah berjaya disiapkan sepenuhnya, dan dapat dihasilkan dengan baik untuk menemui pembaca sekalian. Secara khususnya, E-Book ini ditujukan khas buat usahawan, newbies dan pembaca yang berminat dalam bidangan perniagaan dan keusahawanan. Sebenarnya, E-Book ini ditulis berdasarkan 3P; yakni Pengetahuan, Pengalaman dan Prakis penulis selama 35 tahun dalam bidang perakaunan, percukaian dan kesetiausaan syarikat bersama dengan lebih 1,500 pelangaan. Penulis mendapat idea untuk menerbitkan E-Book ini sebagai rujukan dan panduan usahawan disebabkan ketiadaan bahan bacaan seperti ini dipasaran. Daripada maklum balas usahawan, mereka sudah lama menantikan kehadiran E-Book seperti ini. Ironinya, ramai usahawan kurang mengambil berat suatu aspek penting business start-up, yakni; Milikan Tunggal dan Perkongsian disebabkan kekurangan bahan rujukan. i


Oleh itu, E-Book ini merangkumi aspek-aspek penting seperti berikut: ⚫ Pematuhan Undang-undang di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. ⚫ Pematuhan Undang-undang Di bawah Akta Perkongsian 1956. ⚫ Memahami Kerangka dan Tadbir Urus Milikan Tunggal dan Pekongsian ⚫ Membina Perjanjian Perkongsian Yang Mantap. ⚫ Pembahagian Harta Antara Pekongsi Selepas Pembubaran ⚫ Teknik Mengekalkan Perniagaan Perkongsian. ⚫ Percukaian Pemilik dan Pekongsi Perniagaan. Penulis berharap, E-Book ini dapat membantu usahawan PKS untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai entiti Milikan Tunggal dan Perkongsian yang sangat popular. Pengetahuan yang disampaikan dalam E-Book ini dapat melindungi usahawan daripada kegagalan pra-matang akibat kecuaian membuat keputusan yang betul. KAMAL AL-RAHMAN www.maskama.com ii


KATA PENGANTAR Entiti perniagaan merupakan platform kepada perniagaan berjaya. Golongan peniaga yang juga usahawan atau entrepreneur perlu inovatif dan kreatif dalam bidang perniagaan yang diceburi. Persekitaran perniagaan kini bukan sahaja terbuka kepada persaingan sengit, tetapi arus perubahan dan inovasi menjadikan elemen risiko perniagaan perlu ditangani dengan lebih bijak dan cermat. Justeru, bentuk entiti yang menjadi pilihan perlulah sesuai dan ampuh dalam menyediakan wadah kepada para usahawan mengejar cita-cita mereka. Dalam masa yang sama, orang ramai yang berurusan dengan sesuatu bentuk entiti perniagaan perlu mempunyai pengetahuan asas yang boleh memberikan implikasi risiko semasa mereka berurusan dalam transaksi yang kompleks. Hal ini sangat relevan terutamanya di era perkembangan teknologi dan dipacu oleh kesedaran sivil yang tinggi dalam anggota masyarakat. EBook “Entiti Perniagaan: Milikan Tunggal, Perkongsian dan PLT” ini memberikan penerangan dan panduan ringkas dalam bahasa yang amat mudah difahami tetapi agak padat berkaitan dengan tiga bentuk perniagaan utama iaitu milik tunggal, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad. Perbincangan mengupas perkara-perkara pokok dalam bentuk perniagaan terlibat bermula dengan definisi dan isuisu yang berbangkit secara mudah tetapi agak komprehensif. Perbincangan secara mudah ini pasti dapat memberikan penerangan jelas kepada golongan usahawan dalam kalangan khalayak ramai yang menjalankan perniagaan terutamanya yang bersaiz sederhana dan kecil. Kedatangan iii


EBook ini memberikan penjelasan yang mudah bagi menerangkan isu-isu yang timbul dalam persekitaran perniagaan yang kian kompleks pada masa ini amatlah dialu-alukan dan dinanti-nantikan. Kefahaman asas tetapi mendalam dalam struktur, prosedur, kelebihan dan kekurangan sesuatu bentuk perniagaan akan menjadikan pengusaha terlibat dapat mengurus dan menangani setiap permasalahan dengan cara lebih cekap dan bermaklumat. Pengetahuan yang sama juga diperlukan oleh orang ramai yang perlu peka dengan jenis dan bentuk entiti perniagaan di mana mereka berurusan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Kamaludin yang telah berjaya menggunakan pengalaman berharga beliau sebagai seorang setiausaha syarikat untuk digarap secara praktikal dalam penulisan buku ini. Pengetahuan beliau dalam undang-undang yang beliau peroleh menerusi kelulusan Sarjana Undang-undang Perniagaan juga telah diaplikasikan dengan sebaiknya untuk penjelasan dan tatapan orang ramai. Profesor Dr Hasani Mohd Ali Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia Januari 2024 iv


KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN Prakata i Kata Pengantar iii 1.0 PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL MUKADDIMAH 2 SKOP PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL 3 RASIONAL PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL 4 PENGKELASAN ORGANISASI PERNIAGAAN 6 SIFAT-SIFAT PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL 9 PERNIAGAAN DAN NAMA YANG DILARANG 10 KESAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN 13 KELEBIHAN PERNIAGAAN BERDAFTAR 16 PERNIAGAAN YANG DIKECUALIKAN 17 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG 18 KOMPAUN KETAKPATUHAN APP 1956 19 KEISTIMEWAAN-KELEMAHAN MILIKAN TUNGGAL 20 2.0 PERNIAGAAN PERKONGSIAN MUKADDIMAH 23 SKOP PERNIAGAAN PERKONGSIAN 24 RASIONAL PERKONGSIAN 24 DEFINISI PERKONGSIAN 28 PERSONALITI UNDANG-UNDANG 39 ELEMEN-ELEMEN PERKONGSIAN 30 KEISTIMEWAAN – KELEMAHAN PERKONGSIAN 37 ISU-ISU STRATEGIK PERJANJIAN PERKONGSIAN 39 PERJANJIAN PERKONGSIAN 40 PENGAGIHAN KEUNTUNGAN 47 KRISIS DALAMAN PERKONGSIAN 49 KRITERIA MEMILIH PEKONGSI YANG IDEAL 51 MENENTUKAN WUJUDNYA PERKONGSIAN 54 v


3.0 HUBUNGAN ANTARA PEKONGSI DAN PIHAK KETIGA MUKADDIMAH 61 SKOP PERBINCANGAN BAB 3 62 LIABILITI PEKONGSI ATAS HUTANG DAN KEWAJIPAN 62 MAKSUD URUSAN BIASA PERNIAGAAN 69 LAIN-LAIN LIABILITI PEKONGSI 72 NOTIS PERUBAHAN PEKONGSI PADA PIHAK KETIGA 79 JAMINAN BERTERUSAN 79 PERSETUJUAN DALAM PERUBAHAN TERMA PERKONGSIAN 80 4.0 HUBUNGAN PEKONGSI ANTARA SATU SAMA LAIN MUKADDIMAH 83 SKOP PERBINCANGAN BAB 4 84 HAK DAN KEWAJIPAN PEKONGSI 86 KEWAJIPAN BERSIKAP JUJUR 90 HARTA PERKONGSIAN 95 HARTA PEKONGSI YANG MENINGGAL DUNIA JIKA PERNIAGAAN ITU DITERUSKAN 97 SYER PEKONGSI DAN SERAHHAK SYER 97 PERSARAAN DARIPADA PERKONGSIAN 99 5.0 PEMBUBARAN PERKONGSIAN MUKADDIMAH 102 SKOP PERBINCANGAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN 103 SEBAB-SEBAB PEMBUBARAN PERKONGSIAN 103 MEWARTAKAN PEMBUBARAN 107 MENILAI JUMLAH ASET BERSIH PERKONGSIAN 111 vi


PEMBAHAGIAN LEBIHAN ASET SELEPAS PEMBUBARAN 115 MENILAI JUMLAH ASET TETAP 115 MENENTUKAN JUMLAH LIABILITI 117 6.0 TADBIR URUS FIRMA PERKONGSIAN MUKADDIMAH 120 SKOP TADBIR URUS FIRMA PERKONGSIAN 121 TADBIR URUS FIRMA PERKONGSIAN 122 MENUKAR STATUS PERKONGSIAN 127 MENUKAR STATUS PERKONGSIAN KEPADA PLT 128 MENUKAR STATUS PERKONGSIAN KEPADA SYARIKAT 129 STRATEGI MELESTARIKAN PERKONGSIAN 131 7.0 PENDAFTARAN PERNIAGAAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT MUKADDIMAH 137 SKOP PENDAFTARAN PERNIAGAAN 138 PROSES PENDAFTARAN PERNIAGAAN 138 KELAYAKAN PEMILIK PERNIAGAAN 142 SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN 144 PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN 145 KEMATIAN PEKONGSI 147 PEMBAHARUAN SEMULA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 149 FI PENDAFTARAN DAN PERUBAHAN MAKLUMAT 151 PENAMATAN PERNIAGAAN 152 vii


8.0 PENGENALAN KEPADA PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT) MUKADDIMAH 160 SKOP PERBINCANGAN PLT 161 ASAS PLT 161 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG-UNDANG 162 RASIONAL PLT DI MALAYSIA 163 SIFAT-SIFAT NYATA PLT 166 JENIS-JENIS PENDAFTARAN PLT 167 KOMPOSISI PEKONGSI PLT 169 PEGAWAI PEMATUHAN DAN KELAYAKAN 170 HILANG KELAYAKAN PEGAWAI PEMATUHAN 173 PENDAFTARAN PENGGGUNA SISTEM MYLLP 174 ELEMEN-ELEMEN PLT 176 SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PLT 178 PERBANDINGAN PERKONGSIAN, PLT DAN SYARIKAT 182 9.0 PENDAFTARAN DAN PENYELENGGARAAN PLT MUKADDIMAH 187 SKOP PENDAFTARAN DAN PENYELENGGARAAN PLT 188 PENDAFTARAN PLT 188 KEBANKRAPAN PEKONGSI 193 LARANGAN PENUBUHAN PLT 195 NAMA-NAMA PLT YANG DILARANG 195 PERJANJIAN PLT DAN KANDUNGAN 196 KELULUSAN MENGGUNAKAN NAMA PLT 201 PERUBAHAN MAKLUMAT PLT 203 PEJABAT BERDAFTAR PLT 203 PENYIMPANAN DAFTAR DAN DOKUMEN PLT 205 PEMBETULAN KESILAPAN 206 SERAH SIMPAN DOKUMEN SECARA ELEKTRONIK 207 viii


PERNYATAAN PALSU DAN MENGELIRUKAN 208 10.0 PENGGULUNGAN DAN PERTUKARAN STATUS ENTITI MUKADDIMAH 211 SKOP PENGURUSAN DAN PENGGULUNGAN PLT 212 LIABILITI TERHAD PEKONGSI 212 KUASA PEKONGSI MENGIKAT PLT 214 PEMBERHENTIAN PEKONGSI 215 PERTUKARAN ENTITI PERNIAGAAN KEPADA PLT 218 PERTUKARAN PERKONGSIAN KEPADA PLT 219 PERTUKARAN SYARIKAT KEPADA PLT 220 KESAN PERTUKARAN KEPADA PLT 222 11.0 PLT ASING, PENGGULUNGAN DAN PEMOTONGAN PLT MUKADDIMAH 228 SKOP BAB 11 229 SYARAT PENUBUHAN PLT ASING 229 PEMATUHAN JADUAL KETIGA 230 PENDAFTARAN PLT ASING 232 PEGAWAI PEMATUHAN PLT ASING 233 PENAMATAN PERNIAGAAN PLT ASING 236 TUGAS DAN KEWAJIPAN STATUTORI PEKONGSI 236 PEMBUBARAN PLT ASING 239 PENGGULUNGAN SUKARELA 240 MEMOTONG PLT DARIPADA SENARAI DAFTAR 242 PEMBATALAN PEMBUBARAN 244 ix


12.0 MENCIPTA NAMA PERNIAGAAN, PERCUKAIAN, DAN PELAN TINDAKAN MUKADDIMAH 247 SKOP BAB 12 248 MENCIPTA NAMA PERNIAGAAN YANG MANTAP 249 MEMBENTUK NAMA PERNIAGAAN 254 PERBANDINGAN KOS-KOS PEMATUHAN 256 LIABILITI TERHAD DAN PERSONALITI PERBADANAN 259 PERBANDINGAN CUKAI PENDAPATAN 261 KETAKPATUHAN SERAH SIMPAN DOKUMEN 264 PERBANDINGAN SIFAT-SIFAT ENTITI PERNIAGAAN YANG MENYELURUH 264 MEMILIH ENTITI PERNIAGAAN YANG SESUAI 267 MEMBUAT KEPUTUSAN 268 PELAN TINDAKAN 271 Biodata Penulis 273 Bibliografi 275 x


BAB 1


2 MUKADDIMAH Bermulanya suatu perniagaan itu ialah merealisasikannya dengan mendaftarkan suatu entiti perniagaan yang sesuai, sama ada milikan tunggal, perkongsian, PLT atau syarikat. Pemilikan perniagaan jenis milikan tunggal paling popular dalam kalangan usahawan, lantaran sifatnya yang mudah ditubuhkan dengan kos yang rendah. Di samping itu, mereka boleh menubuhkannya sendiri atas talian. Pemilik boleh menamatkan pendaftaran perniagaan mereka, jika perniagaan itu sudah tidak lagi berdaya maju. Selepas itu, mereka boleh mendaftarkan suatu perniagaan baharu yang lain. Sifat perniagaan milikan tunggal yang versatile ini sangat disukai ramai. Pemilik perniagaan selalu buntu untuk memberikan suatu nama perniagaan yang mantap, ringkas dan ‘catchy’. Usahawan boleh mengoptimumkan Bab 12 mengenai kaedah untuk mencipta suatu nama perniagaan yang menarik. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemilik selepas perniagaan mereka ditubuhkan? Bab 12 membincangkan pelan tindakan agar usahawan dapat bertindak segera bagi menyelesaikan isu-isu asas perniagaan diperingkat awal. Apabila perniagaan sudah maju dan berjaya, usahawan boleh menukar status entiti perniagaan mereka kepada PLT atau syarikat, bergantung kepada kehendak sendiri dan keperluan semasa.


3 SKOP PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Bab 1 membincangkan skop milikan tunggal yang meliputi perkara-perkara seperti dalam Rajah 1.01 di bawah. Rajah 1.01: Skop Bab 1 Perniagaan milikan tunggal hendaklah berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), dan Kaedahkaedah Pendaftaran Perniagaan (KPP 1957). Perniagaan bidang profesional (doktor, peguam, arkitek, dll.) tidak perlu didaftarkan di bawah APP 1956. Mereka hendaklah mendaftarkannya di bawah undang-undang bertulis yang diwujudkan oleh persatuan profesional dalam bidang masing-masing. SKOP PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Pengertian Undangundang Sifat-sifat Milikan Tunggal Perniagaan Yang Dilarang Kesan Pendaftarn Tugas dan Kewajipan Pemilik Keistimewaan dan Kelemahan


4 RASIONAL PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Rasional di sebalik membentuk perniagaan milikan tunggal adalah seperti berikut: Kesederhanaan ⚫ Salah satu sebab utama orang memilih perniagaan milikan tunggal ialah sifat kesederhanaannya. Milikan tunggal merupakan suatu struktur perniagaan yang paling mudah, dan paling jimat untuk ditubuhkan. ⚫ Tiada keperluan undang-undang formal atau kertas kerja yang rumit untuk ditangani, menjadikannya suatu pilihan yang menarik bagi individu menjalankan perniagaan sendiri. Kawalan Penuh ⚫ Sebagai pemilik tunggal, seseorang itu mempunyai kawalan penuh dan kuasa membuat keputusan ke atas perniagaannya. ⚫ Usahawan boleh menetapkan matlamat mereka sendiri, bebas membuat keputusan, dan melaksanakan strategi tanpa perlu berunding dengan rakan kongsi lain. Pemilikan Langsung ⚫ Usahawan memiliki aset perniagaan, dan menyimpan semua keuntungan yang dijana oleh perniagaannya secara langsung.


5 ⚫ Tidak perlu berkongsi keuntungan atau pemilikan aset dengan orang lain boleh menarik minat individu yang ingin mengekalkan pemilikan penuh, dan menikmati menfaat kejayaan perniagaan. Kelebihan Cukai ⚫ Pemilikan tunggal menawarkan kelebihan cukai individu. Pendapatan dan perbelanjaan perniagaan dilaporkan dalam penyata cukai peribadi pemilik, memudahkan proses pemfailan dan pematuhan cukai. ⚫ Selain itu, pemilik tunggal perniagaan boleh menuntut potongan perbelanjaan yang layak, seperti perbelanjaan operasi, sewa pajak, faedah pinjaman dan lain-lain untuk mengurangkan cukai. Fleksibiliti ⚫ Perniagaan milikan tunggal menawarkan tahap fleksibiliti yang tinggi. Usahawan boleh mengubah kepada struktur perniagaan lain dengan mudah apabila perniagaan berkembang pesat pada masa hadapan. ⚫ Jika seseorang usahawan itu memutuskan untuk mengembangkan lagi perniagaannya, atau membawa masuk pelabur pada masa hadapan, usahawan boleh beralih kepada entiti perniagaan lain, seperti perkongsian, PLT atau syarikat.


6 Privasi ⚫ Milikan tunggal menyediakan tahap privasi terbaik disebabkan tiada keperluan undang-undang untuk mendedahkan penyata kewangan atau maklumat sensitif perniagaan secara terbuka. ⚫ Hal ehwal perniagaan menjadi lebih privasi dan sulit. PENGELASAN ORGANISASI PERNIAGAAN Terdapat empat bentuk organisasi perniagaan yang sangat popular di Malaysia, dan boleh dikelaskan seperti berikut: 1. Perniagaan berdaftar, yang terdiri daripada: (a) Perniagaan milikan tunggal, dan (b) Perkongsian konvensional 2. Syarikat berdaftar, yang terdiri daripada: (a) Syarikat berhad oleh syer ⚫ Syarikat persendirian ⚫ Syarikat awam (b) Syarikat berhad oleh jaminan (c) Syarikat tidak berhad 3. Perkongsian Libiliti Terhad (PLT); dan 4. Koperasi


7 Rajah 1.02: Pembahagian Organisasi Perniagaan Menurut Liabiliti Daripada aspek undang-undang, aktiviti keempat-empat organisasi perniagaan di atas ditadbir oleh perundangan berikut: Bagi Perniagaan Berdaftar ⚫ Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (disemak semula 1978). Bisnes jenis ini termasuklah milikan tunggal dan perkongsian. Bagi Syarikat Berdaftar ⚫ Didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016.


8 Bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ⚫ Didaftarkan di bawah APLT 2011 Bagi Koperasi ⚫ Didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 Pengertian Milikan Tunggal Menurut Undang-undang Daripada sudut undang-undang, perniagaan milikan tunggal sama maksudnya dengan perkataan milikan tunggal; yakni, perniagaan itu mempunyai seorang pemilik sahaja. Oleh itu, entiti perniagaan milikan tunggal adalah sama dengan pemiliknya. Namun begitu, APP 1956 tidak memberikan definisi khusus milikan tunggal. Secara nyata, tidak wujud entiti yang berasingan antara pemilik dan perniagaannya. Misalnya, perniagaan Busana Anggun dimiliki oleh Puan Mimie binti A. Rahman. Oleh itu, perniagaan Busana Anggun dan Puan Mimie binti A. Rahman terdiri daripada entiti yang sama, dan tidak terpisah. Disebabkan perniagaan milikan tunggal tidak memiliki ciri entiti yang berasingan, maka semua harta dan liabiliti perniagaan adalah kepunyaan pemilik. Hatta, hutang perniagaanpun merupakan hutang peribadi pemilik. Perniagaan milikan tunggal tidak boleh mendakwa atau didakwa oleh perniagaannya, disebabkan entiti perniagaan milikan tunggal dan pemilik merupakan individu yang sama. Oleh itu, pemilik tidak boleh menyaman perniagaannya, dan begitulah sebaliknya.


9 Hal ini ibarat, Puan Mimie menyaman dirinya sendiri. Tidak logik bukan! SIFAT-SIFAT PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Perniagaan milikan tunggal memiliki sifat-sifat berikut: Seorang Pemilik Perniagaan milikan tunggal dimiliki oleh seorang individu sahaja. Sudah tentu pemilik mempunyai kawalan penuh ke atas perniagaannya. Tanggungan Tidak Terhad Tanggungan tidak terhad bermaksud, jika pemilik perniagaan itu muflis, pihak pemiutang seperti bank atau pemiutang niaga dan lain-lain boleh menuntut hutang-hutang yang belum dilangsai. Hal ini boleh menjejaskan segala harta persendirian pemilik untuk membayar hutang-piutang perniagaannya. Hayat Perniagaan Mati pemilik, tamatlah perniagaan. Tidak Boleh Disaman dan Menyaman Pemilik tidak boleh menyaman perniagaannya, dan begitu juga perniagaan itu tidak boleh menyaman pemiliknya. Hal ini disebabkan pemilik dan perniagaan adalah entiti yang sama dan tidak dapat dibezakan.


10 Tidak Boleh Memiliki Harta Atas Nama Perniagaan Harta perniagaan merupakan hak pemilik. Harta perniagaan itu tidak boleh diletakkan atas nama perniagaan disebabkan entiti perniagaan dan pemilik adalah sama. Prosedur pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian konvensional terletak di bawah bidang kuasa APP 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 (KPP 1957). Badan yang mengawal selia pendaftaran perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). PERNIAGAAN DAN NAMA YANG DILARANG SSM tidak meluluskan mana-mana perniagaan yang didaftarkan itu tujuannya bertentangan dengan kehendak undang-undang seperti berikut: Perniagaan Yang Dilarang Tidak semua perniagaan yang kita hendak jalankan dibenarkan oleh undang-undang. Pendaftar akan menolak pendaftaran perniagaan bagi tujuan-tujuan berikut: ⚫ Menyalahi undang-undang; ⚫ Menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam; ⚫ Memudaratkan. Sebarang pendaftaran perniagaan yang dibuat bagi tujuan seperti di atas, boleh dibatalkan oleh Pendaftar.1 Pemilik boleh mencari nama perniagaan yang lain sebagai gantinya. 1 Seksyen 5C(2) APP 1956


11 Nama Yang Dilarang Senarai nama-nama perniagaan yang tidak boleh didaftarkan terdapat dalam Kaedah 15, KPP 1957. Usahawan digalakkan untuk menyediakan 2-3 nama perniagaan sebelum mendaftarkannya. NAMA PERNIAGAAN YANG DILARANG: Kaedah 15 menyatakan bahawa tiada bisnes boleh didaftarkan dengan suatu nama berikut, kecuali dengan kelulusan Menteri: (a) Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong atau Raja bagi sebuah Negeri, atau seorang kerabat Diraja atau naungan Diraja termasuk perkataan-perkataan “Diraja’ atau mana-mana ungkapan persamaan yang mengandungi makna yang sama; (b) Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan Jabatan Kerajaan Persekutuan, atau Negeri, badan berkuasa, pihak berkuasa atau agensi atau mana-mana perbadanan atau lain-lain pihak berkuasa tempatan, termasuk perkataan-perkataan seperti “Persekutuan, “Negeri” atau “Kebangsaan.” (c) Mengandungi mana-mana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan mana-mana kerajaan Asean, Komanwel atau lain-lain kerajaan asing atau dengan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu atau lain-lain organisasi antarabangsa; (d) Mengandungi perkataan-perkataan “Chartered” atau manamana perkataan yang mencadangkan perhubungan dengan


12 mana-mana Pertubuhan atau badan yang diperbadankan oleh ‘Royal Charter’; (e) Mengandungi perkataan “Persatuan”, “Kesatuan”, “Yayasan”, “Amanah”, “Angkatan”, “Koperasi”, “Antarabangsa” atau manamana ungkapan yang mengandungi makna yang sama. (f) Mengandungi mana-mana perkataan yang buruk atau yang mungkin menyinggung perasaan masyarakat; (g) Mengandungi mana-mana perkataan yang mengelirukan tentang jenis, skop atau kepentingan, perniagaan yang dijalankan atau yang akan dijalankan di bawah nama tersebut; (h) Mengandungi mana-mana perkataan yang menyinggung perasaan mana-mana kaum atau ugama. Oleh itu, pastikan nama-nama yang dicadangkan itu tidak bertentangan dengan senarai dalam Kaedah 15, KPP 1957 supaya mudah diluluskan oleh SSM. Disamping menggunakan nama perdagangan, pemilik juga boleh mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan namanya sendiri seperti dalam MyKad, tertakluk kepada kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan. Pendaftar boleh menolak pendaftaran mana-mana perniagaan jika nama itu menyalahi peruntukan undangundang bertulis yang berkaitan dengan syarikat atau pertubuhan, atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.2 2 Kaedah 17, Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957


13 KESAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN Pemilik perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka secara sah dalam tempoh 30 hari sebelum menjalankan perniagaan. Mendaftarkan suatu perniagaan di SSM mendatangkan banyak menfaat kepada peniaga. Selagi nama seseorang itu direkodkan sebagai sekutuniaga dalam pendaftaran di SSM, selagi itulah hal ini membuktikan bahawa dia adalah seorang sekutuniaga perniagaan itu.3 Kesan Perniagaan Yang Berdaftar Di SSM Sijil Perakuan Perniagaan merupakan suatu prima facie bahawa perniagaan itu dimiliki oleh pemilik berdaftar, atau sekutuniaga lain yang namanya tercatat dalam daftar. ➔ Bukan Sekutuniaga Jika seseorang itu bukan seorang sekutuniaga tetapi namanya direkodkan dalam daftar sebagai seorang sekutuniaga, dia perlulah membuktikan bahawa namanya telah direkodkan dalam daftar atas kesilapan bona fide atau tanpa diketahuinya, dan dengan cara menipunya.4 ➔ Kematian Seorang Sekutuniaga Sekiranya berlaku kematian seorang sekutuniaga yang telah direkodkan dalam daftar sebagai seorang 3 Seksyen 6(1) APP 1956 4 ibid.


14 sekutuniaga, maka wasi atau pentadbir harta si mati yang bertanggungan atas duti harta pusaka5 yang kena bayar atas si mati hendaklah menghalang daripada dinafikan bahawa:6 ⚫ Si mati merupakan seorang sekutuniaga perniagaan tersebut; atau ⚫ Butir-butir lain yang didaftarkan atas perniagaan itu adalah benar. melainkan melalui prosiding dengan cara petisyen di Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa pendaftaran itu telah dilakukan disebabkan kesilapan bona fide atau tanpa diketahui oleh si mati dengan cara menipunya. Sijil Perakuan Pendaftaran atau salinan yang diperakui berkenaan dengan sesuatu perniagaan hendaklah menjadi suatu keterangan prima facie tentang kebenaran fakta-fakta yang terkandung di dalamnya. Namun begitu, keterangan sedemikian tidak boleh mengahalang mana-mana pihak dalam prosiding untuk membuktikan bahawa seseorang yang namanya tidak didaftarkan merupakan seorang sekutuniaga.7 Oleh itu, seseorang yang namanya tidak didaftarkan dalam pendaftaran hendaklah membuktikan bahawa dia merupakan seorang sekutuniaga perniagaan yang didaftarkan itu. 5 Duti harta pesaka telah dimansuhkan pada 1 November, 1991. 6 Seksyen 6(2) APP 1956 7 Seksyen 6(4) APP 1956


15 Kesan Tidak Mendaftarkan Perniagaan Terdapat situasi seseorang pekongsi yang telah mengeluarkan modal, tetapi namanya tidak didaftarkan di SSM sebagai pekongsi. Oleh itu, seorang sekutuniaga yang mendakwa bahawa namanya tidak direkodkan dalam daftar, hak sekutuniaga di bawah suatu kontrak berkaitan dengan perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melalui:8 ⚫ guaman; atau ⚫ prosiding undang-undang lain, sama ada atas nama perniagaan tersebut, atau atas nama individu atau selainnya; dengan syarat: ⚫ Mendapatkan relif daripada Mahkamah Tinggi Mahkamah boleh memberikan apa-apa relif berdasarkan keingkaran yang disebabkan oleh: (a) tidak sengaja; (b) kelalaian; (c) orang itu ditipu; (d) alasan-alasan lain yang mencukupi; atau (e) atas sebab-sebab yang adil dan saksama untuk diberikan relif, sama ada secara umum atau yang berhubung dengan suatu kontrak tertentu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah. ⚫ Penguatkuasaan hak orang itu terhadap suatu kontrak. 8 Seksyen 8 APP 1956


16 Bolehkah seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan bisnesnya dengan SSM? Jawapannya, menurut undang-undang memang tidak boleh.9 Sebenarnya, pihak berkuasa sektor penyedia, dan institusi kewangan menghendaki suatu perniagaan yang berdaftar dengan SSM atau undang-undang bertulis lain (bagi badanbadan profesional). Mereka memerlukan Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan daripada SSM sebagai bukti prima facie perniagaan yang sah. KELEBIHAN PERNIAGAAN YANG BERDAFTAR Terdapat beberapa kelebihan jika seseorang itu mempunyai perniagaan yang berdaftar di bawah APP 1956, antaranya ialah: ⚫ Layak memohon sebarang kemudahan perniagaan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Tempatan. ⚫ Layak memohon pinjaman bank dengan Tekun, MARA, PUNB dan sebagainya. ⚫ Boleh berniaga dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun. ⚫ Boleh membuka akaun bank atas nama perniagaan. ⚫ Boleh membeli aset secara sewa beli atau pajakan. ⚫ Boleh membeli kederaan komersial untuk tujuan perancangan cukai pendapatan. 9 Seksyen 5(1) APP 1956 menetapkan suatu perniagaan hendaklah didaftarkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perniagaan itu dijalankan.


17 Mana-mana perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965; Sesuatu perniagaan yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana badan awam yang diperbadankan; Sesebuah persatuan yang dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan atau syarikat kerjasama; dan Sesebuah perniagaan yang terdiri daripada apa-apa profesyen di bawah peruntukan mana-mana undangundang bertulis boleh dijalankan hanya oleh mereka yang memiliki kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis tersebut. ⚫ Dapat memudahkan lagi menjalankan projek-projek perniagaan yang memerlukan Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan. PERNIAGAAN YANG DIKECUALIKAN Jenis-jenis perniagaan yang dikecualikan daripada didaftarkan di bawah APP 1956 dinyatakan seperti Rajah 1.04 di bawah. Organisasi perniagaan yang dimaksudkan termasuklah syarikat-syarikat yang ditubuhkan di bawah akta parlimen, koperasi dan firma-firma profesional seperti peguambela dan peguamcara, juruaudit, jurutera, doktor, jurunilai dan lain-lain. Organisasi yang dimaksudkan mempunyai undangundang bertulisnya sendiri, termasuklah bagi mendaftarkan ahli-ahlinya untuk menjalankan perniagaan. Rajah 1.04: Perniagaan Yang Dikecuali Daripada Mendaftar


18 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG Pemilik perniagaan yang berdaftar di bawah APP 1957, tidak memiliki darjah kepatuhan undang-undang yang tinggi seeprti syarikat. Maksudnya, kompaun atas kesalahan ketakpatuhan adalah rendah, dan tidak banyak pematuhan undang-undang yang dikenakan. (a) Mendaftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permulaan perniagaan dengan mengemukakan Borang Pendaftaran Perniagaan (Borang A); (b) Memperbaharui pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran atau pembaharuan terdahulu dengan mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1); (c) Mendaftarkan perubahan butir perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh berlakunya perubahan alamat utama, jenis perniagaan, alamat cawangan dan maklumat pemilik dengan mengemukakan Borang Pendafatran Perubahan Maklumat Perniagaan (Borang B). (d) Pemberitahuan penamatan perniagaan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penamatan operasi perniagaan atau disebabkan kematian dalam masa empat bulan daripada tarikh kematian dengan mengemukakan Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar (Borang C); (e) Mempamerkan Sijil Pendaftaran Perniagaan di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaan utama atau cawangan; (f) Meletakkan papan tanda yang mempamerkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran perniagaan di luar premis perniagaan, dan jika terdapat lebih daripada satu tempat perniagaan, d luar setiap tempat perniagaan itu; (g) Mempamerkan nama perniagaan dan nombor sijil pendaftaran di kepala surat, invois, bil, atau lain-lain dokumen perniagaan;


19 Seseorang yang sudah mendaftarkan perniagaannya hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan di bawah APP 1956, dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 seperti (a)-(h) di atas. KOMPAUN KETAKPATUHAN APP 1956 Jika pemilik perniagaan ingkar dengan tidak mematuhi peruntukan undang-undang (a) – (h) di atas, mereka boleh dikenakan kompaun menurut APP 1956 seperti berikut: (a) Perlanggaran bagi perkara (a) dan (b) di atas - jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (b) Perlanggaran bagi perkara (c), (d), (f), (g) – jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (c) Perlanggaran bagi perkara (e) – jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau keduaduanya. Apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta atau mana-mana peraturan di bawah Akta ini boleh dikenakan (h) Mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa berkaitan jenis perniagaan yang memerlukan kelulusan sebelum dijalankan walaupun perniagaan tersebut telah didaftarkan dengan SSM.


20 kompaun oleh Pendaftar tidak melebihi lima puluh peratus daripada jumlah denda maksima.10 KEISTIMEWAAN - KELEMAHAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL Perniagaan milikan tunggal mempunyai beberapa aspek kelebihan dan kelemahan yang perlu diketahui oleh usahawan, supaya dapat membantu mereka dalam proses membuat keputusan. Berikut disenaraikan beberapa aspek keistimewaan dan kelemahan perniagaan milikan tunggal. Keistimewaan Perniagaan Milikan Tunggal (a) Mudah ditubuhkan, di samping kos penubuhan yang agak rendah; (b) Memilik mempunyai kuasa dan kawalan penuh atas perniagaannya; (c) Kesemua untung perniagaan adalah kepunyaan pemilik; (d) Kadar cukai pendapatan yang rendah dan mengikut kadar cukai pendapatan individu; (e) Tidak perlu serah simpan Penyatakan Kewangan setiap tahun ke pejabat SSM; dan (f) Hubungan pemilik-pelanggan lebih rapat. Kelemahan Perniagaan Milikan Tunggal (a) Perniagaan dan pemilik adalah entiti yang sama; 10 Seksyen 14(1) APP 1956


21 (b) Pemilik mempunyai tanggungan yang tidak terhad ke atas semua hutang-piutang perniagaan; (c) mati pemilik matilah perniagaannya, tidak wujud konsep entiti yang boleh diwarisi seperti syarikat. (d) kuasa dan kawalan perniagaan di tangan pemilik, sukar untuk berkembang; (e) sukar mendapatkan pinjaman yang besar daripada institusi kewangan atau pelabur lain; dan (f) jika pemilik hilang keupayaan, kemungkinan perniagaan akan gagal adalah tinggi. Perniagaan milikan tunggal bersifat pengurus-pemilik. Pemilik bertindak dalam pelbagai kapasiti; yakni pemilik, pengurus, dan pekerja sekali gus. Oleh itu, pemilik memerlukan daya tahan serta kebolehan yang tinggi dalam menguruskan perniagaannya. Dalam Bahasa bisnes, pemilik perniagaan milik tunggal digelar owner-operator atau usahawan gerila.


22 BAB 2


23 MUKADDIMAH Perniagaan perkongsian konvesional sesuai ditubuhkan bagi menjalankan pelbagai jenis perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, dan didaftarkan atas nama sekurang-kurangnya dua orang pemilik. Apabila digabungkan dua orang atau lebih individu, hal ini memberikan suatu kelebihan dalam bentuk modal yang kukuh dan kemahiran pekongsi yang pelbagai. Dengan kos penubuhan dan pematuhan, dan cukai yang rendah, perniagaan perkongsian menjadi entiti pilihan newbies dan usahawan yang terbaik. Tambahan pula, pekongsi sendiri boleh mendaftarkannya atas talian. Tata kelola perniagaan perkongsian konvensional ditetapkan oleh suatu perjanjian bertulis dikenali sebagai surat ikatan perjanjian perkongsian. Perjanjian perkongsian dibentuk, dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pekongsi. Perjanjian ini bertaraf wajib ada demi memelihara kepentingan ahli-ahli dan keharmonian perkongsian. Tanpa wujudnya perjanjian perkongsian, Akta Perkongsian 1961 adalah terpakai. Hal ini bermaksud, perjalanan tatakelola perkongsian itu akan mengikut dan Akta Perkongsian. Sekiranya pekongsi-pekongsi tidak mahu lagi meneruskan perkongsian itu, mereka boleh menamatkan firma itu dengan proses yang mudah.


24 RASIONAL PERKONGSIAN DEFINISI PERKONGSIAN PERSONALITI UNDANGUNDANG ELEMEN PERKONGSIAN KEISTIMEWAANKELEMAHAN PERKONGSIAN ISU-ISU PERKONGSIAN PERJANJIAN PERKONGSIAN BERKONGSI UNTUNG KRISIS DALAMAN PERKONGSIAN MEMILIH PEKONGSI YANG IDEAL MENENTUKAN WUJUDNYA PERKONGSIAN KESIMPULAN SKOP PERBINCANGAN BAB 2 Skop firma perkongsian yang akan dibincangkan dalam Bab 2 ini merangkumi aspek-aspek berikut: Rajah 2.01: Skop Perbincangan Perniagaan Perkongsian RASIONAL PERKONGSIAN Rasional menubuhkan perniagaan atau firma perkongsian adalah seperti berikut: Perkongsian Sumber dan Kemahiran Perkongsian menggabungkan dua atau lebih individu bagi mengumpulkan sumber, kemahiran dan kepakaran mereka. Setiap pekongsi membawa sesuatu yang berharga kepada perniagaan, sama ada modal, pengetahuan industri, rangkaian kenalan, teknologi atau kemahiran khusus.


25 Dengan penggabungan sumber ini, firma lebih bersinergi, yang mana para pekongsi boleh mencipta perkongsian yang lebih kukuh, berteknologi dan berdaya maju. Membuat Keputusan dan Tanggungjawab Bersama Dalam perkongsian, pekongsi berkongsi tanggungjawab dan risiko dalam membuat keputusan. Hal ini dapat meringankan bebanan berbanding dengan menjalankan perniagaan secara bersendirian. Pekongsi boleh melengkapkan dan menfaatkan kekuatan antara satu sama lain, dan mengimbangi kelemahan secara membuat keputusan bersama dengan lebih berkesan. Pembahagian Beban Kerja Dengan pelbagai latar belakang pekongsi, beban kerja boleh diagihkan sesama mereka. Hal ini membolehkan setiap pekongsi menumpukan pada bidang kepakaran masingmasing. Kelebihan ini boleh dimenfaatkan kerana dapat memberikan impak peningkatan kecekapan dan produktiviti kepada firma. Pekongsi boleh mengkhusus dalam aspek kemahiran seperti operasi, kewangan, pemasaran atau sumber manusia. Berkongsi Risiko dan Liabiliti Perkongsian juga bermakna suatu vehicle untuk berkongsi risiko dan liabiliti. Setiap pekongsi akan menyumbang kepada kewajipan kewangan, dan hutang-hutang firma.


26 Secara langsung, pekongsi berkongsi risiko kewangan bersama, berbanding dengan milikan tunggal yang mana pemilik menanggung semua risiko dan liabiliti. Menikmati Kadar Cukai Individu Tiada cukai pendapatan dikenakan ke atas perniagaan perkongsian. Namun begitu, cukai pendapatan akan dikenakan ke atas pendapatan bercukai setiap pekongsinya berdasarkan perkongsian untung, gaji dan elaun yang diperolehi daripada firma perkongsian tersebut. Kadar cukai yang dikenakan adalah mengikut jadual kadar cukai individu, yang rendah. Cukai individu ini dikenali sebagai cukai regresif, yakni semakin tinggi pendapatan, kadar kenaikan cukai adalah pada kadar yang berkurangan. Infusi Modal Firma perkongsian boleh mendapat menfaat modal daripada beberapa orang pekongsi berbanding dengan perniagaan milikan tunggal. Pekongsi boleh menyumbangkan modal mereka dalam dua bentuk; yakni sama ada tunai, atau aset. Modal inilah yang digunakan untuk membiayai operasi, pengembangan atau pelaburan firma. Modal yang digabungkan bersama membolehkan perkongsian mengakses lebih banyak peluang perniagaan, berbanding dengan individu yang mempunyai akses modal bersaiz kecil sahaja.


27 Kadar perkongsian untung dan rugi adalah mengikut kadar sumbangan modal pekongsi dalam firma. Pastikan infusi modal tidak akan mengubah kadar perkongsian untung dan rugi. Hal ini bermaksud, kemasukan pekongsi baharu atau suntikan modal baharu tidak mengubah kadar perkongsian untung dan rugi sekarang, melainkan dipersetujui oleh semua pekongsi. Fleksibiliti dan Kesinambungan Perkongsian menawarkan fleksibiliti daripada aspek membuat keputusan. Perjanjian perkongsian boleh disuaikan dengan keperluan dan matlamat khusus firma, dan keperluan pekongsi yang lebih fleksibel. Selain itu, perkongsian boleh terus beroperasi walaupun seorang pekongsi menarik diri atau meninggal dunia, bergantung pada syarat-syarat yang telah digariskan dalam perjanjian perkongsian. Perniagaan perkongsian yang maju akan melantik seorang pengurus sepenuh masa untuk mengurus dan mentadbir perniagaan firma tersebut. Pekongsi-pekongsi lain boleh lebih fokus kepada menjalankan tugas hakiki perniagaan. Tambahan pula, dengan adanya pengurus sepenuh masa dapat mengurangkan conflict of interest yang mungkin timbul dalam kalangan pekongsi.


28 DEFINISI PERKONGSIAN Secara harfiahnya, perkongsian bermaksud suatu perniagaan yang dijalankan oleh 2 – 20 orang pekongsi. Setiap pekongsi menyumbang modal, tanggungjawab dan risiko bagi menguruskan perkongsian berdasarkan termaterma dalam perjanjian perkongsian yang dipersetujui. Menurut statut, perkongsian didefinisikan sebagai:11 ‘hubungan yang wujud antara orang-orang yang menjalankan urusan bersama-sama bagi maksud mendapatkan keuntungan". Pada umumnya, undang-undang perkongsian adalah juga merupakan undang-undang kontrak. Oleh itu, Akta Kontrak 1950 dan undang-undang kontrak adalah diterima pakai dalam undang-undang perkongsian. Defini ‘hubungan’ dalam perkongsian bermaksud hubungan dalam kalangan dua atau lebih orang biasa. Secara lebih khusus, pekongsi hendaklah orang biasa, tetapi tidak termasuk syarikat, perbadanan, persatuan, koperasi atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan menurut undang-undang lain yang berkuatkuasa di Malaysia.12 11 Seksyen 3(1) AP 1961 12 Seksyen 3(2) AP 1961


29 Mendapatkan keuntungan pula adalah merupakan motif perkongsian itu, iaitu berbentuk komersial, tujuannya bagi membezakannya bahawa ia bukanlah suatu badan kebajikan. PERSONALITI UNDANG-UNDANG Sama seperti perniagaan milikan tunggal, firma perkongsian konvensional tidak memiliki personaliti undang-undang yang berasingan seperti syarikat. Oleh itu, firma perkongsian mempunyai tanggungan tidak terhad terhadap semua pekongsi, tidak mempunyai keupayaan untuk berkontrak, dan pekongsi-pekongsi tidak boleh menyaman dan disaman oleh firma perkongsian itu sendiri. Tanggungan yang dimaksudkan boleh berbentuk pinjaman bank, pemiutang, caruman KWSP tertunggak, tanggungan cukai pendapatan dan lain-lain. Di samping harta firma itu milik pekongsi, tanggungan firma juga merupakan tanggungan setiap pekongsinya. Setiap pekongsi firma mempunyai tanggungan yang tidak terhad atas segala hutang-piutang yang ditanggung oleh firma, dan juga pekongsi-pekongsi lain. Misalnya, jika seorang pekongsi membeli mesin secara sewa beli untuk kegunaan firma, pekongsi-pekongsi lain juga adalah bertanggungan atas hutang mesin itu. Jelaslah, tidak terdapat prinsip pengasingan pemilikan harta dan tanggungan dalam perkongsian konvensional.


30 Orang Biasa Perjanjian Pekongsian Persetujuan Bersama Berkongsi Untung/Rugi Perniagaan Firma Agensi bersama Sumbangan Modal Dalam erti kata lain, harta dan tanggungan firma juga merupakan harta dan tanggungan para pekongsinya. Berbeza dengan syarikat, yang mana harta dan tanggungan syarikat bukanlah milik pengarah atau pemegang syer, tetapi adalah harta dan tanggungan syarikat itu sendiri. Semua pekongsi bertangungngan untuk membayar hutang-hutang tertunggak perkongsian. Malahan, pihak pemiutang boleh menuntut hutang belum bayar firma perkongsian atas setiap pekongsinya. ELEMEN-ELEMEN PERKONGSIAN Rajah 2.02: Elemen-elemen Perkongsian


31 Daripada definisi perkongsian, terdapat enam elemen penting yang mendasari undang-undang perkongsian, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.02 di atas. Maksud setiap elemen tersebut dibincangkan dibahagian seterusnya. Orang Biasa Para pekongsi dalam suatu perkongsian hendaklah terdiri daripada orang biasa, dan tidak boleh diwakili oleh manamana perbadanan, persatuan, koperasi atau organisasi. Ahli-ahli firma perkongsian terdiri daripada pekongsi yang aktif dan pekongsi lelap. Pekongsi aktif adalah mereka yang mengambil bahagian dalam perniagaan sepenuh masa. Pekongsi lelap cuma menyumbangkan modal, tetapi tidak mengambil bahagian dalam pengurusan perniagaan. Pekongsi aktif menerima gaji bulanan tetap disamping perkongsian untung firma. Pekongsi lelap pula lebih kepada menyumbangkan modal dengan tujuan untuk mendapatkan perkongsian untung sahaja. Namun begitu, tidak wujud peruntukan statut yang membezakan status antara pekongsi aktif dan pekongsi lelap. Jika wujud pekongsi aktif dan lelap, hendaklah ditetapkan hak dan kewajipan mereka dengan jelas dalam perjanjian perkongsian. Perjanjian Perkongsian Daripada definisi perkongsian, perkataan ‘hubungan’ itu sendiri bererti terdapat suatu kontrak antara pihak-pihak yang berkongsi, sama ada secara nyata mahupun tersirat.


32 Terdapat undang-undang perkongsian di negara luar membenarkan pekongsi terdiri daripada selain daripada manusia biasa, misalnya PLT atau perbadanan menjadi pekongsi firma. Lazimnya, pada peringkat awal perniagaan hubungan antara pekongsi-pekongsi firma berjalan dengan baik. Hubungan baik ini boleh bertukar menjadi dingin apabila terdapat pergeseran antara pekongsi-pekongsi. Oleh itu, perjanjian perkongsian menetapkan tatacara dan peraturan bagaimana firma itu ditadbir urus sesama pekongsi-pekongsinya atas prinsip win-win. Sebelum perkongsian ditubuhkan, para pekongsi hendaklah mendapatkan khidmat nasihat yang betul daripada setiausaha syarikat atau peguamcara dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyediaan perjanjian perkongsian. Perjanjian perkongsian dianggap dan berfungsi sebagai pusat tadbir urus dalaman dan luaran perkongsian. Kewujudannya dapat menyelesaikan pertikaian antara pekongsi yang timbul pada masa hadapan. Dijalankan Bersama Dijalankan bersama-sama merupakan suatu petunjuk bahawa firma perkongsian itu dimiliki oleh beberapa orang pekongsi. Jika perniagaan itu dijalankan kurang daripada dua orang, maka tidak wujudlah perkongsian dan perhubungan antara pekongsi-pekongsinya. Sekali lagi, perkataan ‘hubungan’ dalam definisi perkongsian juga menggambarkan wujudnya ‘dijalankan


33 bersama’ dalam kalangan pekongsi-pekongsi. Kewujudan hubungan dalam kalangan pekongsi-pekongsi ini boleh sama ada secara nyata atau tersirat. Hubungan secara nyata dizahirkan melalui perjanjian perkongsian dan hal ini merupakan suatu kontrak yang wujud dalam suatu perkongsian. Hubungan secara tersirat tidak berbentuk tulisan, misalnya seorang pekongsi membuat kerja-kerja akaun dan simpan kira tanpa bantahan daripada pekongsi lain. Hal ini bermaksud suatu persetujuan secara tersirat telah diberikan oleh pekongsi-pekongsi lain. Hubungan yang wujud antara ahli-ahli selain daripada Akta Perkongsian 1961, bukanlah suatu perkongsian menurut pengertian Akta ini.13 Berkongsi Untung Dan Rugi Rangkai kata ‘untuk mendapatkan keuntungan’ bermaksud, suatu perkongsian ditubuhkan mestilah bermotifkan keuntungan. Walau bagaimanapun, tidak semestinya perniagaan yang dijalankan itu kelak memperolehi keuntungan. Pengertian perkataan keuntungan tidak dijelaskan dalam Akta Perkongsian. Jelasnya, rangkai kata keuntungan ini hanyalah merupakan niat perkongsian tersebut dan bukannya bermaksud perkongsian untung bagi setiap pekongsi. Berkongsi untung juga bermaksud bahawa perkongsian itu bukanlah suatu firma berasaskan kebajikan. 13 Seksyen 3(2) AP 1961


34 Dalam erti kata lain, perkongsian itu perlu dijalankan bersama-sama, tetapi bukanlah keuntungan itu menjadi motif utama perkongsian tersebut. Berkongsi untung itu digunakan untuk membezakan motif entiti itu, sama ada bersifat perniagaan atau kebajikan. Perniagaan Disebabkan perkongsian ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan, maka seksyen 2 AP 1961 mendefinisikan perniagaan sebagai: 'termasuklah segala perdagangan, pekerjaan atau profesyen'. Definisi ini bermaksud suatu perniagaan itu mestilah merupakan suatu usaha perdagangan berbentuk jual beli barang atau perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan. Pekerjaan atau profesyen bermaksud suatu pencarian, misalnya mereka yang bekerja sebagai ejen berasaskan komisyen seperti ejen takaful, ejen unit amanah, ejen hartanah dan lain-lain. Suatu perkongsian tidak dibenarkan beroperasi bagi tujuan bukan perniagaan atau perdagangan, misalnya badanbadan amal dan kebajikan. Bagi organisasi yang ditubuhkan bukan bermotifkan keuntungan, ia boleh didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.


35 Walau bagaimanapun, organisasi bukan perniagaan juga boleh didaftarkan sebagai syarikat berhad menurut jaminan di bawah Akta Syarikat 2016. Agensi Bersama Setiap pekongsi mempunyai hubungan undang-undang dan mereka adalah ejen perkongsian yang mengikat firma perkongsian itu melalui ikatan kontrak yang wujud dalam perkongsian. Agensi bersama membolehkan setiap pekongsi bertindak sebagai ejen perkongsian, memberikan kekuatan kepada mana-mana pekongsi untuk membuat keputusan dan mengikat mana-mana kontrak bagi pihak perkongsian. Agensi bersama sangat penting untuk difahami disebabkan mana-mana pekongsi boleh membuat keputusan yang memberi kesan kepada pekongsi lain dalam perkongsian tersebut. Agensi bersama bermaksud: Pertama; hak semua pekongsi untuk bertindak sebagai ejen mewakili firma dalam operasi biasa perkongsian; dan Kedua; tanggungjawab pekongsi-pekongsi terhadap tindakan pekongsi lain berhubung dengan perniagaan. Dalam erti kata lain, hal ini merupakan kuasa yang diberikan kepada pekongsi untuk menjalankan perniagaan bagi kepentingan perkongsian.


36 Tidak seorang pekongsi boleh menjejaskan pekongsi lain dalam suatu firma. Misalnya, tindakan seorang pekongsi yang berhutang dengan pembekal, menyebabkan rakan kongsi lain juga adalah bertanggungan. Firma Pekongsi-pekongsi yang telah mewujudkan perkongsian antara satu sama lain, secara kolektif dipanggil sebagai sebuah firma, dan nama yang dibawa dalam urusan yang dijalankan adalah dipanggil dengan nama firma.14 Pekongsi pula merupakan seseorang yang memasuki perjanjian perkongsian, yang mana wujud hubungan antara beberapa orang sebagai pekongsi bagi menjalankan perniagaan bersama untuk mendapatkan keuntungan. AP 1961 tidak menyatakan bilangan maksimum pekongsipekongsi. Namun begitu, Akta Syarikat 2016 melarang suatu firma perkongsian mempunyai bilangan pekongsi-pekongsi melebihi 20 orang.15 Sekiranya bilangan ahli sesuatu firma perkongsian melebihi had yang telah ditetapkan oleh undang-undang, terdapat kes-kes mahkamah memutuskan bahawa perkongsian itu tidak sah.16 Kesannya, kewujudan firma perkongsian tersebut dikatakan tidak sah sejak dari mula lagi (void ab initio). Akibatnya, firma perkongsian itu tidak boleh mengambil tindakan undang14 Seksyen 6, Akta Perkongsian 1961 15 Seksyen 13 Akta Syarikat 2016 16 Shaikh Mohd Noor Alam bin S.M Hussain, ‘Undang-undang Perkongsian’, DBP, 1989.


Click to View FlipBook Version