37 undang kepada mana-mana pihak disebabkan kewujudannya yang telah batal sejak mula lagi. Sumbangan Modal Pemilik firma perkongsian terdiri daripada beberapa orang pekongsi. Mereka berpakat menyumbang sejumlah modal permulaan mengikut kadar yang dipersetujui bersama. Dalam aspek keuntungan, AP 1961 menetapkan semua pekongsi akan berkongsi untung atau rugi secara sama rata, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian. Secara amalannya, perkongsian untung adalah berdasarkan kepada peratus sumbangan modal pekongsipekongsi. Maksudnya, kadar perkongsian untung dan rugi adalah berkadar terus dengan sumbangan modal. Jika A, B dan C masing-masing menyumbangkan RM50,000, RM30,000 dan RM20,000 sebagai modal permulaan firma. Oleh itu, kadar perkongsian untung dan rugi berdasarkan sumbangan modal ialah 50:30:20. Namun begitu, aset-aset bukan tunai pekongsi juga boleh di bawa masuk dan dijadikan modal dalam perkongsian, dan dinilaikan menurut harga pasaran. KEISTIMEWAAN - KELEMAHAN PERKONGSIAN Sebagai rujukan berguna usahawan, berikut dinyatakan beberapa aspek keistimewaan dan kelemahan firma perkongsian daripada sudut undang-undang dan pengurusan strategik.
38 Keistimewaan Firma Perkongsian Sebelum seseorang membuat keputusan untuk menubuhkan firma perkongsian, berikut disenaraikan beberapa keistimewaannya: (a) Mudah ditubuhkan dan dibubarkan, kos penubuhan yang rendah serta mudah ditamatkan; (b) Semua pekongsi boleh mengambil bahagian sepenuh masa dalam pengurusan firma; (c) Firma perkongsian tidak dikenakan cukai pendapatan, cukai pendapatan dikenakan atas pekongsi berdasarkan cukai individu; dan kadar cukai ini adalah mengikut kadar individu; (d) Penyata kewangan tidak perlu diaudit dan tidak perlu diserah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat setiap tahun; dan (e) Modal firma boleh ditingkatkan melalui gabungan modal atau pinjaman daripada pekongsi-pekongsi. (f) Firma boleh menikmati kemahiran dan kepakaran sesama pekongsi. Kelemahan Firma Perkongsian Firma perkongsian mempunyai beberapa kelemahan, terutamanya dalam aspek-aspek berikut: (a) Tidak memiliki status personaliti undang-undang yang berasingan seperti syarikat, iaitu harta dan tanggungan firma dengan pekongsi-pekongsi adalah sama;
39 (b) Pekongsi-pekongsi mempunyai tanggungan yang tidak terhad atas semua hutang-piutang perniagaan, iaitu harta dan tanggungan firma merupakan harta dan tanggungan pekongsipekongsi; (c) Jika salah seorang pekongsi meninggal dunia, maka tamatlah firma tersebut kecuali dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian; (d) Setiap pekongsi dicukai secara individu mengikut gaji dan keuntungan yang diterima daripada firma tersebut; dan tiada cukai pendapatan dikenakan atas firma perkongsian; (e) Masalah dalam kalangan pekongsi-pekongsi seperti tiada persefahaman, perbezaan pendapat dan kepentingan peribadi boleh membunuh perniagaan yang berdaya maju; (f) Sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan yang besar daripada institusi kewangan kerana tanggungan ahli yang tidak terhad; (g) Rumit untuk menetapkan gaji pekongsi-pekongsi aktif dan hal ini selalu menimbulkan pergeseran dalam kalangan pekongsipekongsi; dan (h) Tidak boleh memiliki aset atas nama perniagaan. (i) Perubahan dalam firma perkongsian perlu mendapat persetujuan daripada semua pekongsi. ISU-ISU STRATEGIK PERKONGSIAN Isu-isu strategik perkongsian tidak dibincangkan dalam mana-mana buku undang-undang, mahupun buku-buku pengurusan perniagaan.
40 Isu-isu Strategik Perniagaan Perkongsian Perjanjian Perkongsian Pengagihan Keuntungan Krisis Dalaman Perkongsian Tips Kriteria Memilih Pekongsi Yang Betul Pembuktian Perkongsian Prima Facie Penulis kemukakan isu-isu ini berdasarkan pengalaman penulis selama 35 tahun dalam bidang perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat bersama-sama dengan usahawan PKS. Jadual 2.03: Isu-isu Strategik Perniagaan Perkongsian Isu-isu strategik perkongsian yang digariskan dalam Jadual 2.03 di atas perlu di tangani oleh usahawan terlebih dahulu sebelum mereka mendaftarkan perniagaan. Tujuannya ialah sebagai awasan, supaya pekongsi mampu bertindak lebih awal di samping membuat keputusan dengan tepat bagi mengawal perniagaan. PERJANJIAN PERKONGSIAN Perjanjian perkongsian perlu diselesaikan diperingkat sebelum perniagaan perkongsian itu didaftarkan. Bakal
41 pekongsi hendaklah duduk berbincang mengenai terma dan syarat-syarat perjanjian perkongsian yang perlu diselesaikan. Setelah semua terma dan syarat-syarat dipersetujui sesama pekongsi, dapatkan khidmat seorang peguam cara untuk membentuk suatu perjanjian perkongsian sebelum mendaftarkannya. Bagi memudahkan pekongsi, isu-isu utama dalam perjanjian perkongsian yang perlu dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh pekongsi-pekongsi disenaraikan seperti berikut: 1. Maklumat Firma Perkongsian (a) Pihak yang berkongsi, atau pekongsi (b) Jenis perniagaan (c) Alamat premis perniagaan 2. Nama Perniagaan (a) Nama tred atau nama pekongsi (b) Nama pekongsi hendaklah mengikut nama di kad pengenalan (c) Nama-nama perniagaan hendaklah mematuhi Kaedah 15 dalam Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. 3. Tempoh Perkongsian
42 (a) Nyatakan tempoh perkongsian dengan jelas. (b) Sekiranya perkongsian itu tidak menyatakan tempoh, setiap pekongsi mempunyai hak untuk membubarkannya pada bila-bila masa. 4. Kaedah Pembubaran (a) Jika tiada perjanjian perkongsian dibuat, pekongsipekongsi adalah tertakluk di bawah cara-cara pembubaran yang diperuntukkan oreh Akta Perkongsian 1961, Bahagian V. (b) Perlu dinyatakan dalam perjanjian perkongsian bahawa perniagaan tidak terbubar sekiranya berlaku kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi seperti yang telah diperuntukkan oleh Akta. 5. Harta Perkongsian Pekongsi-pekongsi perlulah mengenalpasti aset-aset yang dianggap sebagai harta perkongsian dan yang bukan, terutamanya harta-harta persendirian yang dibawa masuk dalam perniagaan. 6. Sumbangan Modal Pekongsi (a) Nyatakan dengan jelas berapakah sumbangan modal dalam bentuk wang bagi setiap pekongsi. (b) Jika modal yang dibawa masuk berbentuk aset tetap, nyatakan nilai modal tersebut dalam bentuk mata wang.
43 (c) Nyatakan dengan jelas peratus perkongsian untung setiap pekongsi dan bagaimana keuntungan firma akan diagihkan kepada pekongsi-pekongsi. (d) Sebutkan kaedah agihan modal pekongsi sekiranya berlaku pembubaran, dan jika tidak disebutkan dalam perjanjian, peruntukan Akta menyatakan selepas pembubaran modal itu akan diagihkan sama rata dalam kalangan pekongsi tanpa mengira peratus sumbangan modal awal mereka. 7. Akaun dan Perbankan Internet (a) Nyatakan nama bank dan cawangan manakah akaun perniagaan akan dibuka. (b) Nyatakan pekongsi yang diberi kuasa perbankan internet dan menandatangani dokumen-dokumen lain dengan bank, dan pekongsi yang diamanahkan untuk menjaga atau menyimpan akaun tersebut. 8. Perubahan Kepada Perkongsian (a) Tentukan cara-cara bagaimana pekongsi atau wasi melantik orang lain sebagai pekongsi sekiranya berlaku persaraan atau kematian. (b) Adalah disyorkan setiap pekongsi atau wasi diberi hak nyata untuk melantik pekongsi baharu untuk memudahkan perubahan keanggotaan dalam perkongsian tersebut tanpa perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada pekongsipekongsi lain.
44 (c) Namakan wasi-wasi, nombor kad pengenalan dan alamat bagi setiap pekongsi sekiranya berlaku kematian dan sekiranya perkara-perkara di atas tidak dinyatakan dalam perjanjian perkongsian, peruntukan Akta Perkongsian 196I menyatakan persetujuan semua pekongsi diperlukan bagi kemasukan pekongsi baru. (d) Kemasukan pekongsi baharu dan perubahan kadar perkongsian untung dan rugi yang baharu hendaklah dipersetujui oleh semua pekongsi. 9. Pengurusan perniagaan (a) Peruntukan Akta Perkongsian 1961 memberikan hak atas semua pekongsi untuk mengambil bahagian daram pengurusan firma. Oleh itu, perjanjian perkongsian mestilah menyatakan secara khusus bagaimana perniagaan tersebut diuruskan; menentukan pekongsi yang akan menguruskan perniagaan, tugas dan tanggung jawab pekongsi, bayaran gaji bulanan dan lain-lain. (b) Pekongsi lelap perlu memahami bahawa mereka hanya berhak berkongsi ke atas keuntungan firma itu sahaja. Ataupun firma itu melantik seseorang yang lain (bukan pekongsi) sebagai pengurus sepenuh masa. 10.Pertukaran kepada syarikat sendirian berhad
45 (a) Nyatakan adakah firma akan diteruskan atau dibubarkan sekiranya ditukarkan kepada syarikat sendirian berhad. (b) Menentukan nilai aset-aset firma yang akan dibawa masuk dalam syarikat dan menilai semula aset firma tersebut. (c) Bagaimana liabiliti firma (jika ada) akan dilangsaikan, sekiranya ditukarkan kepada syarikat. 11. Pemegang Amanah (a) Apabila seorang pekongsi meninggal dunia, kemungkinan pekongsi yang lain cuba bersikap tidak telus terhadap harta-harta syarikat adalah tinggi. Wasi bagi pihak pekongsi yang meninggal dunia mungkin tidak tahu berkenaan dengan nilai hartaharta, saham dan kontrak perniagaan semasa. (b) Firma perlu melantik seorang pemegang amanah (trustee) seperti firma guaman untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam kalangan pekongsi-pekongsi adalah terjamin. 12. Penimbangtara (Arbitrator) (a) Mungkin wujud pertikaian dalam kalangan pekongsipekongsi pada masa hadapan. Sekiranya pertikaian disebabkan oleh pekongsi yang tidak jujur, maka pekongsi tersebut hendaklah menarik diri. Jika sesuatu pertikaian tidak dapat diselesaikan, pekongsi-
46 pekongsi perlu melantik Penimbangtara untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. (b) Sebarang pertikaian dalam kalangan pekongsi akan dirujuk kepada dan diselesaikan menurut arbitrasi di Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration. Keputusan yang dibuat oleh penimbangtara adalah muktamad dan mengikat semua pekongsi. 13. Pemecatan dan Persaingan (a) Peruntukan dalam AP 1961 menyatakan bahawa seorang pekongsi tidak boleh dipecat daripada perkongsian itu. (b) Bagi mengatasi sekatan ini, perjanjian perkongsian perlu menyatakan dengan jelas keadaan-keadaan bagaimana pekongsi itu boleh di pecat atau diusir daripada firma. Contohnya, pekongsi-pekongsi yang merakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Perjanjian Perkongsian seperti pecah amanah, keuntungan rahsia, mengambil wang perkongsian untuk tujuan peribadi, bankrap, serta undang-undang bertulis lain hendaklah menarik diri dari perkongsian tersebut secara sukarela. (c) AP 1961 juga melarang mana-mana pekongsi menjalankan perniagaan yang sama dan bersaingan dengan perniagaan yang dijalankan oleh firma. Jika sekatan ini tidak diingini, pekongsi boleh membuat peruntukan yang berlainan dalam perjanjian perkongsian.
47 Seyogia, pekongsi-pekongsi perlulah berbincang dengan peguamcara bagi membentuk perjanjian perkongsian dengan mengambil kira isu-isu di atas. Setiap pekongsi hendaklah memahami bahawa Akta Perkongsian 1961 hanya meliputi perkara-perkara umum sahaja, sebarang terma dan syarat-syarat khusus hendaklah dizahirkan dalam bentuk perjanjian perkongsian. Perjanjian perkongsian ini boleh diubahsuai daripada masa kesemasa mengikut keperluan semasa, dengan syarat mendapat persetujuan semua pekongsi. PENGAGIHAN KEUNTUNGAN Bagaimana keuntungan firma diagihkan sesama pekongsi? Acap kali pekongsi tidak jelas bagaimana membahagikan keuntungan daripada perkongsian itu. Kes 2.01 Cuci-cuci Enterprise dimiliki oleh dua orang pekongsi iaitu Rambo dan Aladin. Mereka berdua menyumbangkan modal permulaan sebanyak RM150,000.00. Kadar perkongsian untung-rugi antara Rambo dan Aladin ditetapkan pada kadar mengikut sumbangan modal; yakni 60:40. Pada tahun 2021, Cuci-cuci Enterprise memperolehi untung bersih sebanyak RM200,000.00. Gaji bulanan Rambo ialah RM4,000.00 sebulan dan Aladin RM2,000.00 sebulan.
48 Kadar pulangan atas modal ialah 5% setahun. Berikut merupakan pengiraan pendapatan yang boleh dibahagikan antara pekongsi-pekongsi. Butiran Rambo Aladin Kadar Perkongsian Untung dan Rugi 60% 40% Keuntungan Boleh Bahagi: RM200,000.00 RM120,000 RM80,000 Faedah atas modal (5%) Rambo – RM90,000.00 Aladin – RM60,000.00 RM3,750 RM2,500 Pendapatan Boleh Bahagi RM123,750 RM82,500 Jadual 2.01: Pendapatan Yang Boleh Dibahagikan Antara Pekongsi Keterangan: Jumlah keuntungan RM200,000.00 diperolehi daripada Akaun Untung dan Rugi Cuci-cuci Enterprise yang berakhir pada 31 Disember 2021. Tahun 2021 merupakan tahun pertama firma Cuci-cuci Enterprise memulakan operasi bisnes; yakni bermula pada bulan Mac hingga Disember (10 bulan sahaja). Faedah atas modal meliputi tempoh 10 bulan sahaja. Pendapatan yang boleh dibahagikan antara Rambo dan
49 Aladin merupakan pendapatan kasar individu yang akan diambil kira dalam pengiraan cukai pendapatan. Untuk mengira pendapatan pekongsi yang boleh dikenakan cukai, jumlah gaji yang diterima oleh pekongsi akan dicampur dengan pendapatan boleh bahagi, dan kemudian ditolak dengan elaun modal. Dapatkan perkhidmatan akauntan cukai untuk mengira cukai pendapatan individu pekongsi. KRISIS DALAMAN PERKONGSIAN Majoriti kes-kes krisis dalam perkongsian berpunca daripada tindakan mana-mana pekongsi berkonflik dengan kepentingan firma. Akibatnya, hal ini boleh mencetuskan pertelingkahan peribadi sesama pekongsi yang akhirnya menyebabkan perpecahan. Terdapat dua kemungkinan apabila berlakunya perpecahan; pertama: perniagaan itu akan ditutup, atau terhapus; kedua: perniagaan itu diteruskan walaupun terdapat pekongsinya menarik diri. Perniagaan itu boleh ditutup jika para pekongsinya bersetuju untuk menutupnya sekiranya krisis antara mereka tidak dapat diselesaikan. Sebaliknya, perkongsian itu boleh diteruskan jika manamana pekongsi yang menarik diri sanggup menerima modal yang telah dilaburkan bersama dengan nilai goodwill (jika ada). Maksudnya, sitiuasi menang-menang.
50 Bersaing Dengan Perniagaan • Pekongsi menjalankan perniagaan yang bersaingan dengan firma tanpa mendapat persetujuan daripada pekongsi yang lain; Beban Kerja dan Gaji Yang Tidak Sama • Pemberian gaji yang sama rata kepada pekongsi yang sangat aktif dan memberi nilai tambah kepada firma tidak diendahkan oleh pekongsi lain; Keuntungan Rahsia • Keuntungan rahsia atau tersembunyi yang dilakukan oleh mana-mana pekongsi tanpa diketahui oleh pekongsi lain. Rundingan Sulit Berurusan dengan pihak ketiga (rundingan sulit) tanpa mendedahkan butir-butir urusniaga kepada pekongsi-pekongsi lain terlebih dahulu. Penyebab Krisis Dalaman Perkongsian Menurut pengalaman penulis, terdapat beberapa penyebab utama krisis dalaman perkongsian. Rajah 2.04: Sebab-sebab Berlakunya Krisis Perkongsian Krisis dalaman firma perkongsian hendaklah diselesaikan dengan segera. Pekongsi yang melakukan salah laku hendaklah meletakkan jawatan daripada perkongsian secara baik. Antara isu-isu kritikal pekongsi sehingga menimbulkan konflik yang membawa kepada perpecahan dinyatakan seperti Rajah 2.04 di atas. Menangani Krisis Dalaman Perkongsian Krisis dalaman perkongsian mula timbul apabila mana-mana pekongsi melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap manamana perkongsi yang lain.
51 Apabila krisis dalaman mula tercetus, mana-mana pekongsi yang tidak berpuas hati hendaklah mengadakan perbincangan dengan pekongsi lain bagi mencapai satu solusi yang muktamad. Lazimnya, solusi yang muktamad itu sukar dicapai, yakni pergeseran akan berterusan dan menjadi bertambah buruk. Bagi menangani masalah krisis dalaman, pekongsipekongsi hendaklah: (a) Salah seorang atau mana-mana pekongsi yang tidak berpuas hati itu menarik diri dengan baik; atau (b) Mana-mana pekongsi yang bertindak salah laku, bertentangan dengan perjanjian perkongsian hendklah menarik diri dengan baik. (c) Membayar sumbangan modal awal dan jumlah aset bersih (mengikut kadar perkongsian untung) kepada pekongsi yang menarik diri berserta dengan goodwill perkongsian, dan juga keuntungan rahsia, jika ada; dan (d) Selesaikan masalah perkongsian dengan merujuk semula kepada perjanjian perkongsian, atas prinsip menang-menang. KRITERIA MEMILIH PEKONGSI YANG IDEAL Untuk mencari pekongsi yang ideal, beberapa kriteria utama bakal perkongsi perlulah dipertimbangkan. Berdasarkan pengalaman penulis, berikut adalah beberapa kriteria memilih pekongsi yang sesuai:
52 ➔ Pekongsi yang membawa idea atau projek Tanpa suatu idea atau projek perniagaan yang hendak dijalankan, maka tidak wujudlah keperluan perkongsian. Pencarian pekongsi bermula apabila pemilik idea atau projek asal tidak mempunyai modal yang cukup, atau mahu berkongsi risiko dengan orang lain. Suatu projek perniagaan yang lestari, dan berskala besar memerlukaan beberapa orang pekongsi untuk menghasilkan saiz modal yang mencukupi diperingkat awal perniagaan. ➔ Pekongsi yang menyumbang modal Tujuan utama perkongsian ialah untuk mengembelingkan modal. Modal mempunyai kaitan langsung dengan risiko. Besar modal, besarlah risikonya. Oleh itu, setiap pekongsi wajarlah menyumbangkan sejumlah modal sebagai membuktikan bahawa pekongsi itu juga sanggup berkongsi risiko. Pekongsi yang menyumbangkan modal menepati maksud perkongsian, yakni pekongsi itu sanggup menanggung risiko kerugian di peringkat awal perniagaan lagi. Masalah akan timbul jika pekongsi yang tidak menyumbangkan modal mahukan peratusan perkongsian untung. Besar kemungkinan pekongsi ini lari tingggalkan pekongsi lain ketika firma dalam kesusahan diperingkat awal perniagaan.
53 Oleh itu, elakkan daripada mengambil pekongsi yang tidak menyumbangkan modal disebabkan mereka tidak mahu berkongsi risiko. ➔ Pekongsi yang mempunyai kemahiran Orang yang mempunyai ilmu atau kemahiran teknikal seperti mempunyai lesen kecekapan tertentu, kemahiran dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran digital, dan bidang-bidang lain yang sangat diperlukan oleh firma. Kehadiran mereka sudah tentu dapat memberikan nilai tambah dan mengukuhkan lagi kedudukan firma. Pekerja yang berkemahiran tinggi sangat sukar dicari, kehilangan mereka pula boleh mendatangkan kesan buruk kepada firma pada masa akan datang. Pekerja yang baharu belum tentu lagi boleh memberikan nilai tambah kepada firma, dan firma perlu mengambil masa lebih lama untuk melatih mereka . ➔ Pekongsi yang tidak disenarai hitam atau muflis Pekongsi hendaklah bebas daripada disenarai hitam oleh institusi kewangan atau pemiutang. Jika wujud, hal ini menyukarkan firma perkongsian untuk membuka akaun semasa bank. Institusi kewangan dan pihak pembekal akan menyemak keupayaan meminjam pelanggan mereka melalui CTOS dan CCRIS.
54 Sudah menjadi peraturan Bank Negara17 tidak membenarkan mereka yang disenarai hitam atau muflis18 membuka akaun semasa dengan mana-mana institusi kewangan. ➔ Pekongsi yang tidak menghadapi prosiding mahkamah. Pekongsi mestilah bersih daripada mana-mana prosiding mahkamah supaya tidak menjejaskan reputasi perkongsian. Firma perkongsian hendaklah mempunyai ahli-ahli yang tidak terlibat atau boleh disabitkan dengan mana-mana kesalahan, i.e., kesalahan jenayah. Sebaiknya, pencarian dan pemilihan pekongsi atau baharu hendaklah berasaskan kepada kelima-lima kriteria di atas. Justeru, firma berada dalam landasan yang betul jika setiap pekongsi dapat memenuhi kelima-lima kriteria tersebut. MENENTUKAN WUJUDNYA PERKONGSIAN Bagaimana hendak menentukan bahawa suatu perkongsian itu wujud atau tidak? Dalam keadaan ini, statut menetapkan dengan memeriksa sama ada situasi ini memenuhi syarat di bawah seksyen 3(1) AP 1961. 17 Semakan mereka yang disenarai hitam oleh Bank Negara boleh dibuat melalui pautan ini, https://eccris.bnm.gov.my/eccris/ 18 Carian status bankrapsi boleh dibuat melalui pautan ini, https://e-insolvensi.mdi.gov.my/
55 Kemudian, perlu perhatikan keadaan yang mana terdapat suatu prima facie wujudnya perkongsian di bawah seksyen 4. Seksyen 4 APP, 1962 menyatakan peraturan-peraturan berikut merupakan pertimbangan asas dalam menentukan suatu perkongsian itu wujud ataupun tidak. 1. Penyewaan Bersama dan Pemilikan Bersama Penyewaan bersama dan pemilikan bersama merujuk kepada pemilikan harta oleh dua orang atau lebih. Misalnya A dan B memiliki sebidang tanah tidak boleh dibahagi, dan mereka berkongsi pendapatan sewaan daripada tanah itu. Oleh itu, A dan B bukannya pekongsi, dan mereka memiliki tanah itu secara penyewaan bersama. Tetapi jika A dan B menjalankan perniagaan dengan mendirikan kilang di atas tanah itu, dan tanah itu dijadikan sebagai modal perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan, maka A dan B dikenali sebagai pemilik bersama. 2. Berkongsi Untung Kasar Untung kasar ialah jualan atau pendapatan setelah ditolak dengan perbelanjaan langsung perniagaan. Untung bersih diperolehi apabila untung kasar ditolak dengan jumlah koskos operasi perniagaan. Oleh itu, berkongsi untung kasar tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian. Misalnya, bayaran royalti yang diterima oleh penulis daripada penerbit buku tidak dengan sendirinya mewujudkan perkongsian antara mereka. Hal ini disebabkan mereka hanyalah berkongsi untung kasar.
56 3. Resit berkongsi untung Resit yang diterima oleh seseorang atas pembahagian keuntunganan perniagaan merupakan bukti prima facie bahawa dia adalah pekongsi perniagaan itu. Namun begitu, resit atas pembayaran syer tidak dengan sendirinya membuatkan seseorang itu sebagai pekongsi perniagaan. Terdapat keadaan khusus di bawah subseksyen ini yang mana resit perkongsian keuntungan tidak melayakkan seseorang itu menjadi pekongsi, seperti berikut: (a) Bayaran secara ansuran Wang yang diterima oleh seseorang atas hutang atau lain-lain amaun pembubaran secara ansuran, atau daripada keuntungan terakru perniagaan tidak dengan sendiri menjadikan seseorang itu pekongsi dalam perniagaan atau bertanggungjawab atasnya. Misalnya, jika X meminjamkan wang sebanyak RM10,000 kepada firma perkongsian, dan firma membayar balik pinjaman itu secara 10 kali bayaran ansuran melalui keuntungan perniagaan. Oleh itu, X dianggap bukanlah pekongsi firma, tetapi pemiutang firma. (b) Imbuhan pekerja atau ejen Suatu kontrak pekerjaan seorang pekerja atau ejen yang terlibat dengan firma secara berkongsi untung perniagaan tidak dengan sendirinya menjadikan pekerja atau ejen itu sebagai pekongsi perniagaan atau bertanggungan atasnya. Hubungan yang wujud hanya berbentuk kontrak pekerjaan antara prisipal-ejen atau majikan-pekerja.
57 Misalnya, M bekerja sebagai wakil jualan dengan sebuah firma farmaseutikal di Petaling Jaya. Di samping gaji tetap bulanan, M juga diberi komisyen daripada perkongsian keuntungan 8 peratus atas untung kasar jualannya. M hanyalah seorang pekerja, atau wakil jualan firma yang dibayar gaji tetap walaupun pada masa yang sama dia menikmati komisyen perkongsian untung daripada perniagaan itu. (c) Anuiti kepada balu atau anak pekongsi yang mati Seseorang yang merupakan balu atau anak si mati kepada pekongsi, dan menerima anuiti sebahagian keuntungan yang dibuat oleh firma perniagaan yang mana si mati adalah bekas pekongsi. Alasan hanya dengan penerimaan anuiti itu dia bukanlah pekongsi firma atau bertanggungjawab atasnya. Misalnya, Karim merupakan seorang pekongsi firma XYZ Fashion Design. Karim meninggal dunia dalam suatu kemalangan dan meninggalkan seorang balu bernama Linda dan seorang anak laki-laki bernama Ehsan. Linda dan anaknya Ehsan menerima anuiti berpunca daripada keuntungan yang hasilkan oleh firma perkongsian. Linda dan Ehsan bukanlah pekongsi firma, walaupun mereka telah menerima bahagian keuntungan daripada firma perkongsian itu. (d) Pinjaman yang diberikan kepada firma dengan kadar faedah yang berbeza dengan keuntungan. Wang pinjaman pendahuluan kepada seseorang yang terlibat dalam perniagaan, yang mana pemberi pinjaman menerima kadar faedah yang berbeza
58 dengan kadar keuntungan, atau akan menerima suatu perkongsian untung yang terbit daripada keuntungan menjalankan perniagaan, tidak dengan sendirinya membuatkan pemberi pinjaman itu dengan orang yang menjalankan perniagaan sebagai pekongsi atau bertanggungjawab atasnya. Prinsip ini terpakai dengan syarat pinjaman itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pekongsi. Pinjaman yang dibuat secara verbal tidak terpakai. Misalnya, Ali meminjamkan RM50,000 kepada Ramly dan Ramlah yang merupakan pekongsi firma RR Wedding Planners. Ali telah memasuki suatu kontrak bertulis pinjaman dengan Ramly dan Ramlah dengan syarat mereka akan membayar semula bayaran penuh pinjaman selama 18 bulan termasuk faedah 10% setahun jika keuntungan yang diperolehi melebihi RM100,000 setahun, dan 7% jika keuntungan kurang daripada RM100,000 setahun. Dengan perjanjian ini, Ali tidak dianggap seorang pekongsi, tetapi adalah seorang pemiutang. (e) Jualan goodwill: Seseorang yang menerima melalui cara anuiti atau selainnya, sebahagian daripada keuntungan perniagaan itu termasuk pertimbangan jualan goodwill perniagaan olehnya, bukanlah dianggap pekongsi dalam perniagaan itu dengan alasan menerima keuntungan tersebut, atau bertanggungan atasnya. Misalnya, Pak Karim menjual perniagaan dobi kepada Mimi temasuklah dengan nilai goodwill sekali. Mimi
59 bersetuju membayar Pak Karim 20% komisyen daripada keuntungan yang dijana daripada perniagaan dobi itu selama tiga tahun. Walau bagaimanapun, Pak Karim tidak dianggap sebagai pekongsi Mimi. Dalam perniagaan perkongsian, terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum perniagaan dimulakan. Pertama; perjanjian perkongsian; kedua, sumbangan modal; ketiga, penetapan gaji atau elaun sesama pekongsi. Perjanjian perkongsian merupakan suatu peraturan bertulis yang menggariskan bagaimana firma itu ditadbir dan hubungan pekongsi pelbagai hala; yakni antara firma, antara pekongsi lain, dan pihak ketiga. Sumbangan modal hendaklah diberi perhatian yang serius. Maksudnya, pastikan modal tunai itu disumbangkan oleh pekongsi dimasukkan semasa pembukaan akaun bank. Gaji dan elaun bulanan pekongsi hendaklah ditetapkan diperingkat awal, dan dipersetujui sesama pekongsi.
60
61 MUKADDIMAH Setiap pekongsi hendaklah memainkan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan perkongsian itu dapat berjalan dengan lancar. Hal ini termasuklah hubungan pekongsi dengan pihak ketiga. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah pihak-pihak luar yang berurusan dengan firma perkongsian seperti pemiutang, pembekal, pelanggan dan lain-lain. Selepas sahaja firma perkongsian itu ditubuhkan, maka undang-undang akan berkuatkuasa terhadap firma, semua pekongsinya dan pihak ketiga atas hutang, kewajipan kontrak dan juga liabiliti-liabiliti lain. Perjanjian perkongsian dibentuk menurut terma-terma yang dipersetujui bersama, termasuklah hubungan antara pekongsi-pekongsi dengan pihak ketiga. Oleh itu, perjanjian perkongsian merupakan pusat tadbir urus firma perkongsian secara lebih khusus di samping AP 1961. Hubungan dengan pihak ketiga sudah menjadi rutin dengan pekongsi dan firma. Merekalah pihak yang paling banyak berurusan, dan menjalankan transaksi dengan firma. Para pekongsi perlu memahami dengan lebih baik aspek hubungan mereka dengan pihak ketiga menurut kehendak statut. Tambahan pula, akibat hubungan dengan pihak ketiga boleh mempengaruhi pekongsi yang lain, malahan firma juga.
62 LIABILITI ANTARA PEKONGSI ATAS HUTANG DAN KEWAJIPAN LAIN-LAIN LIABILITI PEKONGSI JAMINAN BERTERUSAN PERUBAHAN DALAM TERMA PERJANJIAN PERKONGSIAN TANGGUNGAN PEKONGSI JIKA TEMPOH PERKONGSIAN DITERUSKAN HARTA PEKONGSI YANG MENINGGAL JIKA PERNIAGAAN DITERUSKAN SKOP PERBINCANGAN BAB 3 Skop perbincangan Bab 3 berdasarkan hubungan antara pekongsi dan pihak ketiga, yang terhasil daripada aktiviti dan transaksi antara mereka merangumi topik-topik berikut: Rajah 3.01: Skop Perbincangan Bab 3 LIABILITI PEKONGSI ATAS HUTANG DAN KEWAJIPAN Setiap pekongsi bertanggungan atas hutang piutang firma yang dibuat atas urusan perniagaan firma. Oleh itu, pekongsi hendaklah tahu transaksi dan kontrak yang dilakukan oleh pekongsi-pekongsi lain. Hal ini disebabkan liabiliti perkongsian ditanggung bersama-sama oleh para pekongsi.
63 Tindakan Pekongsi Mengikat Firma Setiap pekongsi merupakan ejen kepada firma. Tindakan tiaptiap pekongsi dalam perjalanan biasa firma itu akan mengikat firma, dan pekongsinya sekaligus, melainkan:19 (a) Jika pekongsi itu tidak mempunyai autoriti untuk bertindak bagi pihak firma; dan (b) Seseorang yang berurusniaga dengan pekongsi, sama ada orang itu tahu pekongsi tersebut mempunyai autoriti atau tidak, atau mempercayainya bahawa dia seorang pekongsi. Mengikut prinsip agensi biasa, prinsipal terikat dengan tindakan ejen jika ejen itu bertindak dalam batasan autoritinya. Akibatnya, disebabkan pekongsi adalah seorang ejen kepada firma dan pekongsi lain, dia hendaklah bertindak dalam batasan autoritinya sama ada secara nyata (melalui perjanjian bertulis atau verbal) atau tersirat (secara kelakuan lazim). Alhasilnya, menjadikan firma dan semua pekongsinya bertanggungan, melainkan mana-mana pekongsi mengesahkan bahawa ejen itu telah bertindak diluar bidang kuasanya. Tanggungan setiap pekongsi firma juga akan dikongsi sama rata sesama pekongsi-pekongsi yang lain. Prinsip asas hubungan antara ejen dan prinsipal ini wujud disebabkan ejen 19 Seksyen 7, AP 1961
64 mempunyai tanggungan fidusiari atas prinsipalnya. Sebaliknya pula, prinsipal tidak mempunyai tanggungan fidusiari ke atas ejen. Kes 3.01 Ali, Rama dan Chong adalah tiga orang pekongsi yang menjalankan perniagaan pasar mini. Ali membuat pesanan stok daripada Diana, dan Diana telah menghantar stok tersebut, tetapi tidak menerima bayaran daripada Ali. Adakah Diana boleh menuntut bayaran daripada Rama dan Chong? Jawapannya boleh. Disebabkan Ali adalah ejen kepada Rama dan Chong maka tindakan Ali boleh mengikat Rama, Chong dan firma dalam mana-mana kontrak yang dimasuki, dengan syarat Ali bertindak dalam batasan kuasanya untuk dan bagi pihak firma. Had Autoriti Bagi Pekongsi Yang Berurusan Dengan Pihak Ketiga Bagi tujuan tadbir urus yang berkesan, firma perlu menghadkan autoriti yang diberikan kepada pekongsinya untuk berurusan dengan pihak ketiga. Jika terdapat had-had autoriti dikenakan oleh firma ke atas pekongsi, dan pihak ketiga menyedarinya, pekongsi itu tidak bertanggungan jika dia bertindak melebihi batasan autoriti yang ditetapkan oleh firma. Hal ini bermaksud, pihak ketiga yang mengetahui batasan autoriti itu seolah-olah tidak mengendahkan pekongsi itu bertindak melebih batasan autoriti yang ditetapkan oleh firma.
65 Kes 3.02 A membenarkan B memberikan had kredit maksimum pembekalan barang-barang logam kepada pelanggan M sebanyak RM10,000. Hal ini telah dimaklumkan dan diketahui oleh M melalui A. Jika B membekalkan barangan logam kepada M melebihi RM10,000, maka B tidak bertanggungan. Dalam hal yang sama, untuk firma dan pekongsi A bertanggungan atas tindakan B, pihak ketiga atau orang luar hendaklah tidak mengetahui bahawa orang yang dia berurusan (yakni B) adalah pekongsi, dan B sebenarnya tidak mempunyai autoriti dalam meluluskan transaksi yang melebihi had kredit RM10,000. Dalam kes ini, firma dan pekongsi A adalah bertanggungan disebabkan memberikan kredit melibihi had kepada pelanggan M. Tindakan Pekongsi Hendaklah Bagi Tujuan Biasa Perniagaan Pekongsian, Atau Yang Berkaitan Dengan Perniagaan Perkongsian Acapkali pekongsi menyalahgunakan harta perkongsian bagi tujuan bukan perniagaan. Bagi tujuan bukan perniagaan bermaksud, sesuatu urusniaga itu dilakukan bukan berkaitan dengan perniagaan biasa firma, tetapi untuk tujuan personal pekongsi itu. Tindakan mana-mana pekongsi hendaklah dilakukan bagi tujuan berkaitan dengan perniagaan perkongsian itu, supaya firma dan pekongsi-pekongsinya bertanggungan sama. Hal ini dapat melindungi pekongsi-pekongsi akibat daripada tindakan pekongsi lain yang berkonflik dengan kepentingan firma.
66 Kes 3.03 Perniagaan Bangi Grocers di miliki oleh Abu dan Busu. Abu telah membeli sebuah kereta Merce 200C atas nama perkongsian tanpa persetujuan Busu. Kereta Mewah Sdn. Bhd. telah menghantar kereta Merce C200 kepada Abu dan menuntut bayaran daripada firma. Busu boleh mengelak daripada bertanggungan di bawah seksyen 9 disebabkan pembelian kereta itu tidak berkaitan dengan urusan biasa perniagaan, tetapi Abu akan bertanggungan sendiri. Sebaliknya, jika Abu membeli kereta itu dengan kebenaran dan autoriti daripada Busu, maka kedua-dua Abu dan Busu adalah bertanggungan. Kes 3.04 Saleh dan Halim memulakan perniagaan mini market dengan nama dagang Mini Market Desa Saujana. Halim hanyalah seorang pekongsi tidak aktif dengan tujuan berkongsi untung. Saleh telah membuat pinjaman perniagaan berjumlah RM50,000 daripada Bank Fulus atas nama perniagaan perkongsian untuk membeli chiller dan stok, dan beliau menjadi penjamin atas pinjaman tersebut. Selang tiga tahun kemudian, perniagaan Mini Market Desa Saujana telah merosot, disebabkan pinjaman sudah tertunggak selama enam bulan. Pihak Bank Fulus telah mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan kembali wang mereka. Halim menafikan pinjaman tersebut, dan menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenainya, dan tidak diberi kuasa oleh firma untuk membuat pinjaman daripada Bank Fulus. Walaupun Halim menafikannya, pinjaman itu digunakan untuk tujuan perniagaan, dan beliau adalah bertanggungan atas pinjaman itu. Dalam kes ini, pinjaman dibuat adalah untuk membeli chiller dan stok perniagaan (atas tujuan perniagaan), yakni
67 pinjaman itu digunakan untuk tujuan biasa perniagaan perkongsian itu. Tindakan Pekongsi Mencagar Kredit Perniagaan Bagi Tujuan Bukan Perniagaan Pekongsi-pekongsi tidak dilarang menggunakan atau mencagarkan kredit firma bagi tujuan bukan urusan biasa perniagaan, jika pekongsi itu mendapat autoriti khusus daripada pekongsi-pekongsi lain20 yang dinyatakan secara bertulis. Kes 3.05 Mr. Ong dan Mr. David merupakan dua orang pekongsi firma Young Forever yang menjalankan perniagaan gimnasium dan penjagaan kesihatan. Mereka telah mendapat pinjaman awal RM100,000 daripada bank bagi memulakan perniagaan. Mr. Ong telah melaburkan RM30,000 daripada wang pinjaman itu ke dalam saham unit amanah dengan persetujuan bertulis daripada Mr. David, dan tindakan ini diluar bidang perniagaan biasa firma. Keuntungan daripada pelaburan itu akan dimasukkan dalam akaun firma. Tindakan Mr. Ong tidak bertentangan dengan seksyen 9 AP 1961, melainkan Mr. David tidak bersetuju dengan tindakan Mr. Ong tersebut. Jelasnya, jika pekongsi mencagar kemudahan kredit firma yang diperolehi daripada bank bukan berkaitan dengan urusan biasa perniagaan, dan dipersetujui oleh pekongsi lain, firma adalah tidak bertanggungan. 20 Seksyen 9 AP 1961
68 Oleh itu, di bawah seksyen 7 dan 9, tindakan pekongsi hendaklah berkaitan dengan urusan biasa perniagaan firma, dan mendapat persetujuan bertulis daripada pekongsi lain supaya firma dan semua pekongsi adalah bertanggungan. Firma Bertanggungan Atas Tindakan Pekongsi Yang Memasuki Kontrak Atas Nama Firma Dalam Urusan Perniagaan Tindakan firma hendaklah dilaksanakan oleh mana-mana pekongsi, dan hendaklah tidak dalam kapasiti personal supaya firma dan pekongsi-pekongsi lain bertanggungan. Jelasnya, pekongsi yang memasuki urusniaga atas nama firma, dia telah bertindak sebagai seorang ejen kepada firma di bawah seksyen 7. Akibatnya, masing-masing firma dan pekongsi-pekongsinya adalah bertanggungan. Jika seorang pekongsi tidak memasuki suatu urusniaga sebagai seorang pekongsi, tindakannya itu tidak mengikat firma disebabkan urusniaga itu berkaitan dengan, atau dalam batasan biasa perniagaan perkongsian, dan juga dalam batasan autoriti pekongsi itu. Jika pekongsi memasuki kontrak berkaitan dengan perniagaan firma yang dilaksanakan atas nama firma dengan tujuan untuk mengikat firma oleh mana-mana orang yang diberi autoriti, sama ada pekongsi atau bukan, tindakan itu akan mengikat firma dan semua pekongsinya.21 21 Seksyen 8, AP 1961
69 Kes 3.06 Mr. P, Mr. Q dan Mr. R menjalankan perniagaan perkongsian dobi layan diri di Bandar Puchong Jaya. Untuk mengeluarkan cek-cek perkongsian, tidak semestinya cek itu perlu ditandatangani oleh semua pekongsi. Firma perkongsian akan menetapkan suatu peraturan bagi menandatangani dan menguatkuasa pengeluaran cek-cek perkongsian. Jika cek itu diserahkan untuk pembayaran oleh dua orang pekongsi, pihak pembekal beranggapan kedua-dua pekongsi mempunyai autoriti mengeluarkan cek itu. Hal ini bermaksud, pembekal atau firma terikat dengan tindakan kedua-dua orang pekongsi, kerana mereka bertindak dengan cara menunjukkan niat untuk mengikat firma, dan bukan atas kapasiti peribadi mereka. MAKSUD URUSAN BIASA PERNIAGAAN Semasa mendaftarkan perniagaan di SSM, pemilik perlu mengisi ruangan nature of business di Borang A. Nature of business ini lazimnya merupakan senarai bidang-bidang perniagaan yang akan dijalankan oleh firma. Tambahan pula, dalam perjanjian perkongsian juga menyatakan jenis-jenis perniagaan yang akan dijalankan oleh sesuatu firma. Jika firma menjalankan perniagaan diluar bidang yang disenaraikan, ia telah ultra vires, menyebabkan firma bertindak diluar bidang kuasanya, mengakibatkan tidak sah disisi undang-undang. Untuk mengelak berlakunya ultra vires, letakkan salah satu nature of business dalam perjanjian perkongsian itu adalah “menjalankan apa-apa perniagaan yang difikirkan sesuai oleh firma.”
70 Kes 3.07 Suatu firma pekongsian bernama SPA Anggun Jelita, dimiliki dua orang pekongsi, yakni Puan Sarah dan Puan Janet. Puan Sarah telah membeli sebuah bot laju untuk kegunaan personalnya, dengan menggunakan wang perkongsian. Jelasnya, transaksi yang dilakukan itu bukanlah suatu transaksi biasa perniagaan, yakni berada diluar batasan bidang perniagaan yang didaftarkan. Menurut undang-undang lazim, urusan biasa perkongsian yang bersifat komersial, merangkumi perkara-perkara berikut: (a) Menjual barangan niaga; (b) Membeli barangan atas akaun firma; (c) Meminjam wang untuk kegunaan firma; (d) Berkontrak hutang dan membayar hutang atas akaun firma; dan (e) Memasuki kontrak atas nama firma. Tanggungan Pekongsi Membayar Hutang Firma Setiap pekongsi firma bertanggungan secara bersesama dengan pekongsi lain terhadap semua hutang dan obligasi firma, semasa dia merupakan seorang pekongsi. Jika berlaku kematian seorang pekongsi, harta pusaka bahagian pekongsi si mati bertanggungan secara berasingan terhadap hutang-hutang firma selagi ia tidak dibayar.22 Dalam erti kata lain, harta pusaka si mati dalam firma akan digunakan secara berasingan untuk membayar semua 22 Seksyen 11 AP 1961
71 hutang-hutang firma menurut peratus sumbangan modal, tertakluk kepada pembayaran hutang yang telah dibuat sebelumnya. Kes 3.08 M dan N berkongsi niaga dalam perniagaan pembekalan barangbarang logam dengan nama berdaftar Subang Hardware. Pekongsi M meninggal dunia, bahagian harta pusaka pekongsi M bertanggungan secara berasingan bagi membayar baki hutang firma Subang Hardware yang tertunggak. Andaikan baki hutang tertunggak firma bahagian pekongsi M sebelum dia meninggal dunia ialah RM40,000, dan harta pusaka bahagiannya (termasuk nilai modal, harta semasa dan goodwill) ialah RM250,000. Oleh itu, bahagian harta pusaka bersih pekongsi M yang boleh dituntut oleh warisnya ialah RM210,000 (RM250,000 – RM40,000) sahaja. Jika perkongsian itu ditamatkan oleh pekongsi, mungkin terdapat pinjaman sewa pajak, aset-aset firma, pemiutang niaga, bil-bil utiliti dan lain-lain yang masih belum dibayar walaupun sudah genap masa kena bayar. Dalam hal ini, setiap pekongsi bertanggungan bersamasama untuk membayar semua hutang firma: ⚫ Yang terbit semasa mereka menjalankan perniagaan dahulu. ⚫ Setiap pekongsi juga bertanggungan atas tanggungan kesalahan yang dilakukan oleh firma; dan ⚫ Penyalahgunaan wang atau harta firma oleh pekongsi.
72 Kesan seksyen 11 ini ialah, setiap pekongsi bertanggungan bersesama dengan lain-lain pekongsi atas semua kontrak dan hutang yang ditanggung firma sepanjang dia seorang pekongsi. Jelasnya, setiap pekongsi bertanggungan setakat amaun penuh hutang dan tanggungan firma semasa hayatnya bersama dengan firma itu. LAIN-LAIN LIABILITI PEKONGSI Bahagian diatas membincangkan aspek hutang dan tanggungan kontraktual firma dan pekongsi. Selain daripada itu, AP 1961 mengenakan tanggungan atas pekongsi dan orang lain seperti berikut: (a) Kesalahan atau Liabiliti Tort (b) Liabiliiti Kriminal (c) Liabiliti Penyalahgunaan Wang atau Harta Orang Ketiga (d) Laibiliti Penggunaan Tidak Wajar Harta Amanah Untuk Tujuan Perkongsian (e) Liabiliti Orang Untuk Menahan (f) Liabiliti Kemasukan dan Pemberhentian Pekongsi Kesalahan atau Liabiliti Tort Berdasarkan seksyen 12, syarat untuk menyebabkan firma bertanggungan ke atas pihak ketiga yang mengalami
73 kerugian atau kecederaan, perbuatan itu mestilah dilakukan oleh mana-mana pekongsi, sama ada: (a) dalam urusan biasa perniagaan firma; atau (b) jika bukan dalam urusan biasa perniagaan firma, tindakan melakukan kesalahan itu mestilah dibuat semasa menjalankan kerja-kerja dengan autoriti daripada pekongsi lain. Sebarang kerugian yang berlaku ke atas orang yang bukannya pekongsi firma, atau apa-apa penalti yang ditanggung olehnya, firma akan bertanggungan setakat tindakan kesalahan yang ditanggung oleh pekongsi itu.23 Antara pelbagai kesalahan dan liabiliti tort dilakukan oleh pekongsi semasa menjalankan tugas mereka adalah: ⚫ Seorang pekongsi syarikat kontraktor pembinaan bertangggungan atas jambatan yang dibina oleh firmanya. ⚫ Seorang pekongsi hospital perubatan akan bertanggungan atas rawatan yang diberikan ke atas pesakit oleh rakan kongsinya. ⚫ Seorang akauntan daripada firma juruaudit akan bertanggungan atas laporan audit tahunan semua syarikat yang dibuat oleh rakan kongsinya. 23 Seksyen 12 AP 1961
74 Kes 3.09 Seorang pelanggan telah membeli mesin basuh daripada Bangi Electric and Supplies. Namun begitu, mesin basuh itu dibeli itu bocor dan tidak boleh digunakan. Pelanggan boleh menuntut ganti rugi daripada firma disebabkan pekongsi firma itu membekalkannya dengan barang yang rosak. Pelanggan boleh menuntut kembali daripada firma setakat jumlah kerugian yang ditanggung olehnya, disebabkan tindakan pekongsi itu menjual barang yang rosak mengikat firma. Firma bertanggungan atas kesalahan yang dilakukan oleh pekongsi terhadap orang lain yang bukannya pekongsi dalam urusan perjalanan perniagaan itu. Misalnya, suatu kontrak firma telah dimasuki oleh pengurus (bukannya pekongsi firma) telah mengalami kerugian disebabkan syarikat yang mereka berkontrak itu telah ditutup, dan lari entah ke mana. Liabiliti Jenayah Walaupun pekongsi bertanggungan bersesama dalam keskes sivil di bawah seksyen 12, namun begitu mereka tidak bersesama dalam kes-kes jenayah. Liabiliti jenayah merupakan liabiliti personal pekongsi yang melakukannya, khususnya kesalahan jenayah yang memerlukan mens rea. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak membincangkan liabiliti jenayah pekongsi dengan lebih lanjut. Tanggungan Penyalahgunaan Wang atau Harta Pihak Ketiga Setakat manakah pekongsi bertanggungan ke atas penyalahgunaan harta pihak ketiga? Jika pekongsi didapati
75 menyalahgunakan (misapplication) wang, atau harta firma dalam keadaan berikut:24 (a) bertindak dalam skop kuasa nyata (apparent authority), menerima wang atau harta pihak ketiga dan menyalahgunakannya; dan (b) wang atau harta pihak ketiga yang diterima oleh firma disalahgunakan oleh seorang atau beberapa orang pekongsi dalam keadaan wang atau harta itu di bawah jagaan firma, maka firma adalah bertanggungan bagi menggantikan kerugian yang dialami, walaupun pekongsi yang menyalahgunakan wang atau harta pihak ketiga. Liabiliti menyalahgunakan wang atau harta pihak ketiga boleh terjadi dalam dua bentuk: Pertama: Di mana wang atau harta diterima oleh pekongsi; dan Kedua: Di mana wang atau harta diterima oleh firma. 1. Diterima Oleh Pekongsi Di mana seorang pekongsi bertindak dalam batasan autoriti nyata menerima wang atau harta pihak ketiga, dan menyalahgunakannya. Oleh itu, firma adalah bertanggungan menggantikan kerugian itu. 24 Seksyen 13 AP 1961
76 Untuk menjadikan firma itu bertanggungan, ia mestilah menunjukkan bahawa pihak ketiga yang berurusan dengan pekongsi, dan bukan atas kapasitinya sebagai individu. 2. Diterima Oleh Firma Di mana firma dalam urusan perniagaannya menerima wang atau harta pihak ketiga, dan wang atau harta yang diterima disalahgunakan oleh seorang atau lebih pekongsi semasa ianya dalam jagaan firma. Dalam keadaan ini, firma adalah bertanggungan mengganti kerugian itu. Ringkasnya, untuk menjadikan firma itu bertanggungan, kedua-dua syarat di atas hendaklah dipenuhi. Tanggungan Penyalahgunaan Harta Amanah Harta perkongsian hendaklah digunakan bagi tujuan perniagaan perkongsian itu. Jika seorang pekongsi yang dilantik sebagai pemegang amanah menerima wang amanah dan menyalahgunakannya, pekongsi-pekongsi lain tidak bertanggungan atas wang amanah itu, melainkan mereka tahu perbuatan pecah amanah yang dilakukan itu.25 Kes 3.10 Pekongsi A dilantik sebagai pemegang Amanah firma perkongsian bernama Harum Manis, dan telah dipersetujui oleh pekongsi B dan C. 25 Seksyen 15 AP 1961
77 Pekongsi A menggunakan wang amanah perkongsian untuk tujuan peribadi, tanpa pengetahuan pekongsi B dan C. Pekongsi B dan C tidak bertanggungan dan tidak boleh disaman oleh benefisiari atas kesalahan pecah amanah itu. Firma dan pekongsi-pekongsi lain hanya bertanggungan dan boleh disaman jika mereka tahu berlakunya pecah amanah yang dilakukan oleh A. Walau bagaimanpun, jika wang amanah itu masih di bawah kawalan firma, benefisiari boleh memohon pekongsi A untuk memulangkan wang itu semula. Tanggungan Bagi Mengemukakan Diri Seksyen 16 adalah berkaitan dengan mengenakan tanggungan sebagai pekongsi terhadap seorang yang bukannya pekongsi firma, tetapi orang itu memperkenalkan dirinya kepada orang lain sebagai seorang pekongsi firma. Kes 3.11 Ali telah memberitahu Busu bahawa dia merupakan seorang pekongsi dalam firma Al-Kazam & Partners. Busu menyampaikan hal ini kepada Majid, dan berasaskan maklumat ini, Majid telah memberi hutang kepada Al-Kazam & Partners. Ali dianggap telah mengemukakan dirinya kepada Majid bahawa dia seorang pekongsi bersama Al-Kazam & Partners. Oleh itu, Ali bertangunggan terhadap Majid selaku pekongsi Al-Kazam & Partners. Terdapat tiga prisip utama yang perlu wujud dalam tanggungan mengemukakan diri; yakni: 1. Hanya boleh dikenakan terhadap seseorang yang membenarkan, atau mengetahui namanya dinyatakan
78 dan digunakan sebagai pekongsi, atau dengan sendirinya memperkenalkan dirinya sebagai seorang pekongsi (Ali); 2. Kelakuan yang dianggap memperkenalkan diri itu tidak perlu disampaikan kepada pihak yang bertindak ke atasnya (Majid) oleh pihak yang membuat kenyataan (Busu); dan 3. Tindakan yang dikatakan memperkenalkan diri itu (Ali) hendaklah mempengaruhi pihak ketiga (Majid) untuk memberi hutang kepada firma (Al-Kazam & Partners). Hal ini bererti, pihak ketiga (Majid) yang memberi hutang kepada firma (Al-Kazam & Partners) bertindak demikian disebabkan dipengaruhi oleh kenyataan atau tindakan yang memperkenalkan diri itu (Ali). Tanggungan Pekongsi Yang Keluar dan Masuk Keluar masuk pekongsi dalam firma perkongsian merupakan suatu perkara biasa. Hal keluar masuk firma berlaku disebabkan kematian, peletakan jawatan atau persaraan pekongsi. Terdapat tiga prinsip utama tanggungan bagi pekongsipekongsi yang keluar dan masuk firma perkongsian, yakni: (a) Seseorang yang diterima masuk sebagai pekongsi dalam suatu firma yang sedia ada, tidak
79 bertanggungan kepada pemiutang firma sebelum dia menjadi pekongsi. (b) Seseorang pekongsi yang bersara daripada suatu firma bertanggungan ke atas hutang atau obligasi perkongsian yang dilakukan sebelum persaraannya. (c) Seseorang pekongsi yang akan bersara boleh dilepaskan daripada mana-mana tanggungan yang sedia ada melalui suatu perjanjian yang dibuat bagi maksud tersebut, antara dirinya dengan anggota firma lain. NOTIS PERUBAHAN PEKONGSI KEPADA PIHAK KETIGA Jika seseorang yang berurus niaga dengan suatu firma tetapi terdapat perubahan dalam keanggotaan firma tersebut, orang itu berhak menganggap semua anggota firma yang lama sebagai masih menjadi anggota firma itu, sehinggalah orang itu menerima notis mengenai perubahan keanggotaan dalam perkongsian tersebut. Jika suatu firma memasukkan pekongsi baharu, atau pekongsi bersara, maka butir-butir perubahan dalam perkongsian itu hendaklah diberikan kepada pihak-pihak berkuasa seperti bank, Kementerian Kewangan, dan pihak berkuasa lain. JAMINAN BERTERUSAN Pemakaian seksyen 20 melepaskan penjamin daripada tanggungan masa hadapan, yakni tanggungan yang timbul selepas perubahan keahlian perkongsian berlaku. Namun
80 begitu, penjamin masih bertanggungan bagi hutang-hutang yang dibuat sebelumnya. Kes 3.12 Muthu, Samy dan Krishnan merupakan tiga orang pekongsi firma bernama Pusat Servis Kereta di Bandar Sri Bestari. Firma mereka membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 pada tahun 2020, dan ketiga-tiga mereka menjadi penjamin bersama atas pinjaman tersebut. Krishnan telah berhenti daripada firma perkongsian itu pada 1 Julai 2023. Walaupun Krishnan sudah berhenti, beliau masih lagi bertanggungan atas hutang-hutang firma setakat tarikh beliau berhenti. Pihak bank boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Krishnan jika firma gagal membayar hutang walaupun beliau sudah tidak lagi menjadi pekongsi firma. Tanggungan Krishnan adalah berterusan sehinggalah semua baki pinjaman selesai dibayar oleh firma. PERSETUJUAN PERUBAHAN TERMA PERKONGSIAN Hak dan kewajipan bersama pekongsi, sama ada yang ditetapkan melalui perjanjian perkongsian atau Akta Perkongsian 1961, boleh diubah atau diubahsuai dengan persetujuan semua pekongsi. Persetujuan sedemikian boleh, sama ada dibuat secara nyata, atau disiratkan daripada sesuatu penjalanan urusniaga. Walau bagaimanapun, persetujuan secara nyata, yakni secara bertulis lebih berkesan, sebab dokumen-dokumen
81 boleh disimpan oleh semua pekongsi sebagai bukti primafacie.
82
83 MUKADDIMAH Setiap pekongsi firma akan berinteraksi antara satu sama lain dalam bentuk hubungan. Hubungan antara pekongsi ini ditetapkan oleh statut dalam Bahagian IV, seksyen 21-33, APP 1961. Adalah penting hubungan antara pekongsi berjalan dengan harmoni demi memastikan perkongsian itu berjalan dengan lancar, dan hak-hak sesama pekongsi sentiasa terpelihara. Realitinya, hubungan antara pekongsi-pekongsi firma tidak berjalan dengan baik, sehingga boleh menyebabkan berlakunya pergeseran antara mereka, dan akhirnya berpecah sebelum menuai hasil. Hubungan antara pekongsi inilah yang akan menentukan jangka hayat suatu firma perkongsian. Jangka hayat suatu perkongsian akan berpanjangan jika hubungan antara pekongsi berjalan dengan harmoni, dan tidak berlaku konflik kepentingan antara mereka. Para pekongsi hendaklah bekerja keras supaya perniagaan yang mereka tubuhkan mampu bertahan lama, dan berjaya. Maksudnya, para pekongsi mestilah berusaha ke arah itu, yang mana mereka mengutamakan firma, dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Statut menetapkan hubungan antara pekongsi-pekongsi firma, supaya firma boleh bertahan lama di samping memperolehi keuntungan.
84 Hubungan Pekongsi Antara Satu Sama Lain Hak dan Kewajipan Pekongsi Tugas Bertindak Jujur Harta Perkongsian Syer Perkongsian dan Tugasan SKOP PERBINCANGAN BAB 4 Antara skop yang dibincangkan dalam bab 4 ini dapat digambarkan dalam Rajah 4.01 di bawah. Terdapat dua prinsip penting yang perlu dipegang dalam hal hubungan antara pekongsi-pekongsi, yakni: Prinsip Pertama: Semua pekongsi adalah bebas untuk menetapkan dan mewujudkan kaedah-kaedah sendiri bagi tujuan mengendalikan perkongsian, dan hubungan mereka dalam perkongsian itu setakat mana yang dibenarkan oleh Akta. Rajah 4.01: Skop Hubungan Pekongsi Antara Satu Sama Lain
85 Kita akan dapati ungkapan-ungkapan berikut sering digunakan dalam Akta: ⚫ tertakluk kepada apa-apa perjanjian antara pekongsi, atau; ⚫ jika tiada perjanjian antara pekongsi-pekongsi, Akta akan diguna pakai. Ungkapan-ungkapan di atas memberi maksud bahawa Akta menguntukkan fleksibiliti kebebasan terhadap pekongsipekongsi membuat kaedah-kaedah atau peraturanperaturan sendiri yang dipersetujui bersama. Namun begitu, kaedah dan peraturan dalam Akta akan diguna pakai jika pekongsi-pekongsi tidak mempunyai kaedah atau peraturan sendiri dalam bentuk perjanjian perkongsian. Akta menetapkan bahawa hubungan antara pekongsipekongsi yang dibuat melalui perjanjian, atau mana-mana perubahan dalamnya hanya boleh dikuatkuasakan dengan persetujuan semua pekongsi, dan bukannya majoriti pekongsi.26 Prinsip Kedua: Perkongsian merupakan suatu kontrak yang memerlukan kejujuran yang setelusnya (uberimae fidae). Kejujuran yang diperlukan ialah setiap pekongsi hendaklah bertindak jujur dengan pekongsi-pekongsi lain dan firma perkongsian itu. 26 Seksyen 21 APP 1961
86 Undang-undang lazim memerlukan prinsip kejujuran untuk memberhentikan keahlian seorang pekongsi, walaupun tidak dinyatakan dalam Akta mengenainya. Sebab itulah tiada peruntukkan memecat pekongsi dalam statut, melainkan pekongsi itu sendiri berhenti daripada perkongsian itu. HAK DAN KEWAJIPAN PEKONGSI Hubungan pekongsi antara satu sama lain sebenarnya ditetapkan oleh terma-terma dalam perjanjian perkongsian. Lazimnya, perjanjian itu menggariskan hak dan kewajipan sesama pekongsi, dan pekongsi perlu mematuhinya. Berikut dinyatakan hak dan kewajipan pekongsi-pekongsi jika tiada perjanjian perkongsian dimeterai bersama. Dalam erti kata lain, hak dan kewajipan pekongsi di bawah AP 1961 diguna pakai sepenuhnya. Hak Dan Kewajipan Pekongsi Tanpa Perjanjian Perkongsian 1. Modal, untung dan rugi Semua pekongsi berhak untuk berkongsi untung atau rugi perniagaan secara sama rata. 2. Ganti rugi Firma hendaklah membayar ganti rugi pada setiap pekongsi, berhubung dengan bayaran yang dibuat dan liabiliti personal yang ditanggung, sama ada: