The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2024-02-18 09:40:25

ENTITI PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN DAN PLT

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Keywords: ENTITI PERNIAGAAN

237 (a) Rekod-rekod perakaunan, dan Penyata Kewangan; (b) Rekod-rekod kewangan hendaklah disimpan bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun; (c) Rekod-rekod hendaklah disimpan di Pejabat Berdaftar atau di tempat lain, dan boleh diakses untuk diperiksa oleh pekongsi-pekongsi. (d) Pendaftar boleh menghendaki PLT atau pekongsinya mengemukakan rekod perakaunan, dan rekod lain untuk diperiksa pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis. (e) Tertakluk kepada perjanjian PLT, akaun bagi suatu PLT tidak perlu diaudit dan akaun tidak perlu diserah-simpan di Pejabat Pendaftar. Serah Simpan Perakuan Tahunan PLT Asing SERAH SIMPAN PERAKUAN TAHUNAN KALI PERTAMA ⚫ Suatu PLT asing juga dihendaki oleh statut menyerah simpan Perakuan Tahunan dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh ulang tahun pendaftarannya.191 ⚫ Jika PLT itu ditubuhkan pada 15 Oktober, 2021, maka Perakuan Tahunan PLT hendaklah diserah simpan pada 15 Oktober 2022 hingga 14 November, 2022 (dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ulang tahun pendaftaran). 191 Seksyen 46(9) APLT 2012


238 Setiap PLT dikehendaki menyerah simpan Perakuan Tahunan kepada Pendaftar suatu Perakuan Tahunan yang ditandatangani oleh dua orang pekongsi bagi menyatakan pada pendapat mereka:192 (a) Pada tarikh perakuan, PLT berupaya membayar hutanghutangnya apabila genap masa dan kena bayar dalam perjalanan biasa perniagaan, atau (b) Pada tarikh perakuan, PLT tidak mampu membayar hutang-hutangnya apabila genap masa dan kena bayar dalam perjalanan biasa perniagaan. SERAH SIMPAN PERAKUAN TAHUNAN SETERUSNYA Serah simpan Perakuan Tahunan pertama, dan seterusnya hendaklah dilakukan secara tahunan:193 ⚫ tidak lewat 18 bulan daripada tarikh pendaftaran PLT itu, dan; ⚫ dan lanjutan masa bagi serah simpan Perakuan Tahunan boleh dipohon kepada Pendaftar. Maklumat-maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar bersama-sama dengan Perakuan Tahunan ialah seperti berikut: (a) Maklumat Pekongsi dan Pegawai Pematuhan; (b) Maklumat sumbangan modal dan simpanan; 192 Seksyen 68(1) APLT 2012 193 Seksyen 68(3) & (4) APLT 2012


239 (c) Jumlah hutang; (d) Maklumat hutang bercagar; dan (e) Petunjuk kewangan utama ~ item kunci kira-kira Memalsukan Maklumat Perakuan Tahunan Jika Perakuan Tahunan yang diberikan adalah palsu atau mengelirukan, hal ini merupakan suatu kesalahan dan boleh disabitkan, yakni dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya.194 PEMBUBARAN PLT Bahagian ini membincangkan aspek pembubaran PLT melalui kaedah penggulungan atau penamatan. Jika pekongsi sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan perniagaan itu, lebih baik PLT itu ditamatkan riwayatnya melalui penggulungan. Dalam kes PLT, para pekongsi boleh membubarkannya melalui tiga kaedah: (a) Dengan kuasa penerima, dan penggulungan oleh Mahkamah; (b) Memotong nama PLT daripada senarai daftar (strikeoff); dan (c) Penggulungan sukarela. 194 Seksyen 68(7) APLT 2012


240 Dengan kuasa penerima (receivership) bermaksud suatu keadaan yang mana PLT itu diletakkan di bawah jagaan dan kuasa Pegawai Penerima disebabkan tidak solven dan dalam proses penggulungan. Pegawai Penerima akan mengalih harta-harta perniagaan daripada kawalan pemiliknya (pemegang syer, pengarah, pekongsi), dan akibatnya pengarah syarikat/ pekongsi hilang semua kuasa dan kawalan kepada Pegawai Penerima. Pegawai Penerima merupakan orang yang akan menjual aset-aset tertentu PLT atau syarikat bagi pihak pemberi pinjaman, misalnya institusi kewangan atau pemiutang. Jika pinjaman PLT atau syarikat diperolehi melalui cagaran aset-aset perniagaan, seorang Pengurus Penerima (receiver manager) boleh dilantik dalam tempoh penerimaan. Pelikuidasi (liquidator) merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menggulung sesuatu syarikat atau PLT. Lazimnya, mereka terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Insolvensi. PENGGULUNGAN SUKARELA Lazimnya, penggulungan sukarela dibuat dalam keadaan yang mana pekongsi-pekongsinya tidak mahu lagi meneruskan perniagaan atas sebab-sebab tertentu. Adalah penting pekongsi-pekongsi yang berhasrat untuk menggulung PLT secara sukarela membayar semua hutang


241 dan liabilitinya terlebih dahulu195 sebelum memberikan notis cadangan kepada Pendaftar untuk perisytiharan pembubaran. 196 Langkah seterusnya ialah pekongsi-pekongsi hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada Pendaftar suatu perisytiharan pembubaran PLT tersebut.197 Permohonan perisytiharan pembubaran PLT hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh penyiaran dalam akhbar, dan dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar:198 (a) Akuan Berkanun yang dibuat oleh salah seorang pekongsi PLT yang menyatakan: ⚫ PLT telah berhenti operasi, dan telah menjelaskan semua hutang termasuk amaun yang terhutang kepada pekongsi-pekongsinya; dan ⚫ notis yang dikehendaki oleh statut telah diberikan kepada Pendaftar. (b) Satu salinan notis yang diserah simpan kepada Pendaftar. (c) Suatu notis bertulis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan bahawa tiada bantahan atas pembubaran PLT itu. 195 Seksyen 50(2) APLT 2012 196 Seksyen 50(4) APLT 2012 197 ibid. 198 Seksyen 50(3) APLT


242 Seorang pekongsi atau pemiutang boleh membuat bantahan bertulis terhadap cadangan pembubaran PLT itu kepada Pendaftar dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh penyiaran notis tersebut.199 Kemudian, Pendaftar akan memberitahu pemohon bahawa terdapat bantahan terhadap perisytiharan pembubaran, bantahan dan siapa yang membantah.200 Pendaftar melalui notis bertulis boleh mengisytiharkan bahawa PLT itu dibubarkan jika: (a) Tiada bantahan diterima; (b) Pekongsi atau pemiutang menarik balik bantahan yang dibuat; atau (c) Pendaftar memutuskan bahawa bantahan yang dibuat itu tiada justifikasi. MEMOTONG PLT DARI SENARAI DAFTAR Sebenarnya, Pendaftar sendiri mempunyai kuasa untuk memotong PLT daripada senarai daftar atas sebab-sebab berikut:201 (a) PLT itu tidak lagi menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi; (b) PLT itu melanggar peruntukan Akta; 199 Seksyen 50(5) APLT 2012 200 Seksyen 50(6) APLT 2012 201 Seksyen 51 APLT 2012


243 (c) Memudaratkan kepentingan negara; (d) Tiada pelikuidasi bertindak dalam hal-hal penggulungan oleh Mahkamah; atau (e) Suatu PLT sudah digulung sepenuhnya, tetapi tidak mempunyai cukup aset untuk membayar kos mendapatkan perintah Mahkamah bagi membubarkan PLT itu. Pekongsi boleh membubarkan PLT itu atas sebab-sebab para (a) di atas. Sebaliknya, jika pekongsi berpendapat Pendaftar tidak wajar bertindak menutup PLT itu, mereka hendaklah memberikan sebab-sebab kenapa nama PLT itu tidak sepatutnya dipotong daripada daftar: ⚫ Dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; atau ⚫ Dalam suatu tempoh yang dilanjutkan oleh pihak Pendaftar. Pendaftar boleh menggunakan kuasanya untuk memotong nama PLT selepas tempoh yang diberikan dalam notis, atau selepas suatu tempoh yang dilanjutkan jika Pendaftar mendapati:202 ⚫ Menerima pengesahan daripada PLT bahawa ia tidak lagi menjalankan perniagaan atau beroperasi; 202 Seksyen 51(2) APLT 2012


244 ⚫ Tidak menerima jawapan daripada PLT atas notis pemotongan nama daripada daftar yang disampaikan oleh Pendaftar; atau ⚫ Tidak berpuas hati atas sebab kenapa nama PLT itu tidak sepatutnya dipotong. Liabiliti Pekongsi Selepas PLT Dipotong Daripada Senarai Daftar Jika nama suatu PLT itu telah dipotong daripada daftar, maka liabiliti tiap-tiap pekongsi adalah berterusan, dan berkuatkuasa seolah-olah nama PLT itu tidak dipotong, dan PLT itu disifatkan sudah dibubarkan.203 PEMBATALAN PEMBUBARAN Selepas PLT itu dibubarkan, mana-mana pekongsi, pemiutang dan orang yang terkilan boleh memohon kepada Mahkamah dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pembubaran untuk membatalkan pembubaran itu atas sebab-sebab berikut: ⚫ PLT itu belum menjelaskan semua hutang dan liabilitinya; atau ⚫ Adalah adil dan munasabah supaya pembubaran PLT itu dibatalkan. Sebelum membubarkan PLT, pekongsi hendaklah memastikan bahawa PLT itu bebas daripada tanggungan 203 Seksyen 51 (3) APLT 2012


245 pemiutang seperti KWSP, LHDN, gaji pekerja, pemiutang niaga, sewa tertunggak, dan lain-lain bil tertunggak. Pihak pemiutang boleh membuat permohonan bagi membatalkan pembubaran PLT jika terdapat hutang-hutang mereka yang masih belum dibayar.


246 MENCIPTA NAMA


247 MUKADDIMAH Setiap usahawan hendaklah mencipta nama perniagaan yang menarik, unik, ringkas dan mempunyai maksud. Teknik mencipta nama perniagaan yang menarik dan mantap tidaklah sukar. Ringkasnya, nama perniagaan hendaklah direka menggunakan perkataan yang catchy, ringkas, mudah diingat dan disebut. Dengan perkembangan terbaharu teknologi IT, nama itu perlulah yang mesra SEO. Aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam bab ini ialah aspek percukaian milikan tunggal, pekongsi dan juga PLT. Ketiga-tiga jenis pemilikan perniagaan ini akan mempengaruhi jenis perniagaan yang akan dipilih. Misalnya, kadar cukar milikan tunggal, dan setiap pekongsi dalam firma perkongsian adalah rendah. Manakala cukai PLT adalah tinggi, sama seperti kadar cukai syarikat. Bab 12 ini juga akan membuat perbandingan sifat-sifat pemilikan perniagaan yang lengkap, agar usahawan benarbenar faham keistimewaan dan kelemahan entiti perniagaan yang dipilih itu. Apakah usahawan perlu lakukan setelah mereka mendaftarkan perniagaan? Tentulah mereka teraba-raba tentang Langkah-langkah yang perlu lakukan seterusnya. Oleh itu, Bab 12 turut membincangkan pelan tindakan strategik yang perlu dilakukan oleh usahawan bagi menggerakkan perniagaan mereka. Di sinilah usahawan perlu membina Matlamat Hasil Sempurna sebagai suatu blueprint jangka panjang perniagaan mereka.


248 SKOP PERBINCANGAN BAB 12 Sebenarnya, Bab 12 merupakan suatu bab tambahan yang unik dan istimewa, disebabkan ia ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan amalan penulis selama 35 tahun dalam bidangnya. Skop perbincangan Bab 12 merangkumi lapan aspek seperti yang digambarkan dalam Rajah 12.01 di bawah. Rajah 12.01: Skop Perbincangan Bab 12 BAB 12 Mencipta Nama Perniagaan Yang Mantap Membina Nama Perniagaan Perbandingan Kos Pematuhan Percukaian Entiti Perniagaan Perbandingan Sifat-sifat Entiti Perniagaan Pemilihan Entiti Perniagaan Penilaian Entiti Perniagaan Pelan Tindakan


249 MENCIPTA NAMA PERNIAGAAN YANG MANTAP Usahawan sering menghubungi penulis melalui media sosial dan wasap bagi mendapatkan nama-nama perniagaan yang menarik. Hal ini telah mencetuskan idea kepada penulis untuk mendedahkan khalayak cara-cara mencipta nama perniagaan yang mantap buat usahawan. Sebenarnya, mencipta nama perniagaan yang mantap tidaklah sukar jika kita tahu teknik-teknik yang betul. Bab 12 ini dibahagikan kepada lima kategori seperti diilustrasikan dalam Rajah 12.02 di bawah: Rajah 12.02: Teknik Mencipta Nama Perniagaan Yang Mantap


250 Nama Sendiri Ramai juga usahawan yang menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan. Jika orang itu namanya Johan bin Iskandar (seperti nama dalam kad pengenalan) beliau boleh mencadangkan nama syarikat; misalnya, Johan Iskandar Sdn. Bhd., tertakluk kepada kelulusan SSM. Jika nama seseorang itu unik dan menarik, beliau boleh mencadangkannya sebagai nama perniagaan. Samalah seperti perniagaan profesional, mereka lebih cenderung menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan. Namun begitu, jika perniagaan itu mempunyai rekod tidak baik atau bankrap, nama sendiri juga turut terpalit, dan akan memberi impak negatif dalam kalangan komuniti perniagaan, dan pengguna. Oleh itu, berhati-hatilah! Nama Keluarga Nama keluarga, keturunan atau gabungan nama-nama anggota keluarga merupakan suatu teknik mencipta nama perniagaan yang menarik, dan mempunyai nilai sentimental. Misalnya, suami nama Razali, isteri nama Faridah – jika disingkatkan boleh dihasilkan seperti nama-nama berikut: ⚫ RAFA Boutique ⚫ ZALIFA Cafe ⚫ FAZA Design House Pasaraya Mydin, Habib Jewel, Merican & Sons, merupakan contoh nama perniagaan berdasarkan keturunan.


251 Nama Tempat Dalam teknik mencipta nama perniagaan yang mantap, seseorang usahawan boleh menamakan tempat asal atau daerah kelahirannya sebagai suatu nama perniagaan. Misalnya, jika usahawan itu dilahirkan di Kampung Teluk Perang, maka dia boleh menamakan syarikatnya seperti berikut: ⚫ Restoran Teluk Perang ⚫ Teluk Perang Laundry ⚫ Teluk Perang Production Perkataan Keramat atau Motivasi Pelbagai kata-kata keramat dan motivasi sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai suatu teknik mencipta nama peniagaan yang mantap. Lazimnya, seseorang itu percaya bahawa nama syarikat yang dipilih dapat menaikkan semangat niaga atau membawa tuah kepadanya. Contohnya seperti berikut; ⚫ Mantap Agency ⚫ Pusat Tuisyen Bestari ⚫ Ibn Batuta Travel & Tours ⚫ Pasar Mini Kita Maju ⚫ Minda Jutawan Entreprise Perkataan Mantap, Bestari, Ibn Batuta dan Kita Maju merupakan kata-kata keramat atau motivasi, dan ibarat suatu doa.


252 Perkataan atau Huruf Gabungan Menggabungkan beberapa perkataan boleh menghasilkan nama perniagaan yang mantap dan menarik. Tambahan pula, perkataan yang dipilih membawa maksud unik dan tersendiri. Contohnya seperti berikut: ⚫ Mudajaya (muda + jaya) ⚫ Satuhati (satu + hati) ⚫ Herbalife (herba + life) ⚫ F&N (Fraser & Neave) Penggunaan Nama Umum Nama umum tidak menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan. Akibatnya, sukar bagi orang awam hendak mengenalpasti jenis perniagaan itu. Contohnya seperti berikut: ⚫ Gunung Tahan Sdn. Bhd. ⚫ Hikmah Ehsan Sdn. Bhd. ⚫ Blue Ocean Sdn. Bhd. Nama umum sering digunakan bagi mereka yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dalam suatu masa. Dengan cara ini, kos-kos pematuhan dapat dijimatkan disebabkan menggunakan satu nama perniagaan sahaja. Sebenarnya, penggunaan nama umum kurang efektif disebabkan khalayak tidak tahu jenis perniagaan yang dijalankan oleh seseorang itu..


253 Nama Khusus Nama khusus dicipta berdasarkan jenis-jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Misalnya; butik dan pusat kecantikan, makanan laut, IT, oil and gas, percetakan, pengiklanan, kejuruteraan, pakaian Muslimah, kedai jahit pakaian dan lain-lain. Kelebihan nama khusus ialah, pemilik dapat menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan tanpa perlu memberitahu khalayak atau prospek. Contohnya seperti berikut: ⚫ Restoran Masakan Timur ⚫ Kedai Tayar Lim ⚫ Habib Jewel ⚫ Cepat Laundry Perkataan restoran, kedai tayar, jewel dan laundry dengan jelas menggambarkan jenis perniagaan yang dijalankan. Lebih baik kita meletakkan suatu perkataan yang dapat menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan, sekurang-kurang tidak perlu lagi memberitahu orang lain. Nama Berdasarkan SEO Nama berdasarkan carian SEO (Search Engine Optimisation) menggunakan perkataan paling popular atau paling banyak hit oleh netizen di Google. Kemudian nama tersebut diolah semula dengan menggunakan sebahagian namanya sahaja. Misalnya, nama Mc Donald, seorang pemilik restoran di Malaysia menggunakan nama Mc Curry Restaurant.


254 Walau bagaimanapun, kelulusan penggunaan nama popular ini tertakluk kepada kelulusan daripada SSM. Jika usahawan itu lebih kepada strategi pemasaran digital untuk menjual produk dan menembusi pasaran dengan cepat, nama perniagaan berdasarkan SEO adalah yang paling mantap. Gunakan Keyword Planner, Google atau lain-lain SEO tool untuk mencari perkataan yang paling tinggi hit setiap bulan, dan boleh gunakan perkataan tersebut sebagai nama identiti perniagaan selepas diubahsuai. MEMBENTUK NAMA PERNIAGAAN Nama perniagaan perlulah dicipta dengan penuh hati-hati, dan berdasarkan falsafah perniagaan masing-masing. Jika usahawan itu mahu menaikkan nama keluarga atau keturunan, dia boleh gunakan nama ibu-bapa atau datuknenek mereka sebagai identiti nama perniagaan. Jadual 12.1 di bawah menunjukkan kaedah mencipta nama-nama perniagaan yang menarik berdasarkan komponen identiti dan komponen kategori perniagaan. Identiti Kategori Perniagaan Identiti Teluk Perang Laundry - Johan Consulting - - Restoran Cili Padi - Hotel Mahligai Ibnu Batuta Travel & Tour - - Kedai Kasut Lim Habib Jewel -


255 - Percetakan Al-Sagoff Mydin Hypermarket Jadual 12.01: Membentuk Nama Perniagaan Nama perniagaan terdiri daripada dua komponen; yakni, komponen identiti dan komponen kategori perniagaan. Usahawan hendaklah membentuk komponen identiti terlebih dahulu, dan komponen inilah yang paling sukar untuk dicipta. Usahawan boleh mencipta komponen identiti berdasarkan lapan kategori seperti yang dibincangkan di atas. Komponen Identiti Komponen identiti sangat penting dalam membentuk nama perniagaan yang mantap dan terpegun. Komponen identiti akan berkembang menjadi jenama, e-mail, dan nama domain seperti berikut: ⚫ Nama identiti: Mydin ⚫ Nama Domain: mydin.com.my ⚫ Nama Jenama: Mydin ⚫ Nama e-mail: [email protected] Komponen Kategori Perniagaan Komponen kategori perniagaan paling mudah untuk dicipta. Ia dibentuk berdasarkan kategori perniagaan yang hendak dijalankan seperti berikut: ⚫ Construction, House Renovation ⚫ Manufacturing, Trading


256 ⚫ Consultancy, Consultants ⚫ Mini Market, Supermarket, Hypermarket ⚫ Car Care, Workshop ⚫ Medical Clinic, Dentistry ⚫ Travel & Tour PERBANDINGAN KOS-KOS PEMATUHAN Aspek penting yang dibincangkan seterusnya meliputi koskos pematuhan, liabiliti terhad, personaliti undang-undang yang berasingan dan pemilikan harta. Cukai pendapatan merupakan suatu aspek yang mempengaruhi pemilihan entiti perniagaan juga turut dibincangkan. Perbandingan kos-kos pematuhan adalah seperti dalam Jadual 12.02 di bawah. MBRS Setiausaha Syarikat Audit Akaun Cukai Milikan Tunggal RM60 setahun Tiada Tiada RM1,000- RM5,000/tahun Minimum RM500/tahun Perkongsian RM70 setahun – di bawah SSM Tiada Tiada RM1,000- RM5,000 setahun Minimum RM500 setahun PLT Perakuan Tahunan RM200 setahun Tiada Tiada RM1,000- RM5,000 setahun Min. RM500/tahun


257 Syarikat: Annual Return Laporan Kewangan RM300 setahun RM300 setahun RM70- RM300 sebulan Bergantung pada “turnover” Minimum RM1,500 setahun Minimum 40% daripada fi audit Jadual 12.02: Perbandingan Kos-kos Pematuhan Dalam Jadual 12.03 di bawah, kos pematuhan bagi perniagaan milikan tunggal di bawah APP 1956 sangatlah rendah. Kos pembaharuan pendaftaran perniagaan cuma RM60 setahun sahaja. Aktiviti Fi Pendaftaran Baharu • Nama tred • Nama sendiri • Cawangan, bagi tiap cawangan RM60.00 setahun RM30.00 setahun RM5.00 setahun • Perubahan maklumat perniagaan • Penambahan cawangan RM20.00 RM5.00 Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan • Nama tred • Nama sendiri • Cawangan, bagi tiap cawangan RM60.00 setahun RM30.00 setahun RM5.00 setahun Maklumat perniagaan RM10.00 Jadual 12.03: Kos-kos Pematuhan di bawah APP 1956 Sumber: SSM


258 Amaun kos-kos pematuhan milikan tunggal adalah lebih kurang sama sahaja dengan perkongsian konvensional, disebabkan kedua-duanya di bawah Akta yang sama. Kos-kos wajib lain seperti penyediaan Penyata Kewangan dan cukai pendapatan milikan tunggal adalah tidak tetap, bergantung kepada jenis perniagaan, volum jualan dan lokasi premis perniagaan. Bagi PLT pula, fi bayaran penubuhan kepada SSM ialah RM500. Kos kemaskini Perakuan Tahunan ialah RM200 setahun, dan diserahsimpan secara atas talian oleh pegawai pematuhan PLT. Perakuan Tahunan ini hendaklah diserah simpan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh tahun kewangan berakhir.204 Jika serah simpan yang dibuat melebihi 90 hari, PLT akan dikompaun dan mesej pemberitahuan akan dipaparkan semasa serah simpan Perakuan Tahunan itu. PLT perlu menyediakan Penyata Kewangan untuk serah simpan ke SSM, tetapi tidak perlu di audit. Kos penubuhan syarikat sendirian berhad berbeza mengikut lokasi. Bagi kawasan bandar-bandar besar harga boleh berbeza daripada RM2,500 – RM3,000. Bayaran pematuhan termasuklah fi kesetiausahaan syarikat, fi audit, fi penyediaan Penyata Kewangan dan fi serahsimpan MBRS di SSM. 204 Manual Serahsimpan Perakuan Tahunan Oleh Perkongsian Liabilti Terhad Secara Dalam Talian, SSM, 20 Oktober 2016.


259 Kadar fi bulanan setiausaha syarikat ialah antara RM70- RM300 sebulan, bergantung kepada jenis dan saiz syarikat. Terdapat juga firma kesetiaushaan syarikat yang mengenakan fi secara pakej tahunan, yakni merangkumi fi setiausaha syarikat, fi MBRS Laporan Tahunan dan Kewangan, kos-kos fotostat dan salinan sah dokumen-dokumen yang dibekalkan. Setiap Penyata Kewangan syarikat hendaklah disemak kualiti dan ketepatannya oleh firma juruaudit luar yang bertauliah. Walau bagaimanapun, syarikat di bawah kategori berikut layak mendapat pengecualian audit:205 ⚫ syarikat tidak aktif ⚫ syarikat perolehan sifar ⚫ syarikat Ambang Berkelayakan Oleh itu, fi audit adalah tidak tetap, dan berbeza antara satu firma dengan firma yang lain. LIABILITI TERHAD DAN PERSONALITI UNDANG-UNDANG YANG BERASINGAN Sifat-sifat entiti perniagaan yang istimewa terletak pada liabiliti terhad, personaliti syarikat yang berasingan, dan boleh memiliki harta atas nama sendiri. 205 PD 3/2007, 4 August, 2017.


260 Sifat-sifat entiti jenis ini dimiliki oleh PLT dan juga syarikat. Bagi usahawan yang memang memerlukan ciri-ciri ini bagi memenuhi syarat pihak ketiga seperti institusi kewangan, vendor, badan kerajaan dan lain-lain, boleh terus tubuhkan syarikat sahaja. Jika usahawan dalam proses untuk mengembangkan lagi perniagaan, peningkatan saiz aset dan turnover yang besar dan jumlah hutang yang tinggi, maka mereka sesuai menubuhkan syarikat. Syarikat juga mampu menanggung kos-kos pematuhan yang tinggi seperti fi audit dan cukai syarikat. Tambahan pula, perniagaan yang besar mempunyai tahap risiko yang tinggi, dan sifat liabiliti terhad syarikat sangat membantu pengarah dalam hal ini. PLT mempunyai sifat-sifat yang lebih kurang sama dengan syarikat, kecuali bilangan minimum pekongsi adalah dua orang. Walaupun PLT dikhususkan untuk golongan profesional, namun begitu, statut tidak menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan dengan menggunakan PLT. Penjimatan kos pematuhan PLT adalah daripada aspek Penyata Kewnagan tidak perlu diaudit dan tiada fi kesetiausahaan. Namun begitu, bilangan pekongsi PLT tidak boleh kurang daripada dua orang.


261 PERBANDINGAN CUKAI PENDAPATAN Bagi milikan tunggal dan pekongsi firma perkongsian, kadar cukai adalah mengikut cukai individu. Kadar cukai PLT dan syarikat adalah mengikut kadar cukai masing-masing seperti Jadual 12.04 di bawah. Jika pendapatan boleh dikenakan cukai bagi milikan tunggal berjumlah RM2,000,000 dan ke atas, pemiliknya boleh dikenakan cukai pada kadar rata 30%. Firma perkongsian tidak dikenakan cukai pendapatan, namun begitu, cukai boleh dikenakan atas setiap pekongsi firma. Kadar cukai pekongsi juga adalah sama seperti kadar cukai individu. Kadar cukai meningkat mengikut pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Entiti Perniagaan Kadar Cukai Milikan Tunggal 1% -30% Pekongsi 1% -30% Perkongsian Liabiliti Terhad PLT Kecil dan Sederhana Rm500, 000 pertama RM500,001 dan ke atas PLT selain PKS 17% 24% 24% Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Kecil dan Sederhana (SKS) Rm500, 000 pertama RM500,001 dan ke atas Syarikat selain SKS 17% 24% 24% Jadual 12.04: Kadar Cukai Entiti Perniagaan


262 PLT dan syarikat mengenakan cukai pada kadar rata, pada suatu tingkat pendapatan yang boleh dikenakan cukai tertentu. Bagi PLT dan syarikat kecil dan sederhana, pendapatan yang boleh dikenakan cukai pada tingkat RM500,000 dan ke bawah, kadar cukai ialah 17% pada kadar rata. Namun begitu, bagi PLT dan syarikat selain daripada kumpulan kecil dan sederhana, cukai yang dikenakan ialah 24% pada kadar rata. Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan PLT atau syarikat kecil dan sederhana? Mulai tahun 2020, syarikat yang ditubuhkan dan bermastautin di Malaysia, dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, dan pendapatan kasar daripada punca perniagaannya tidak melebihi RM50 juta, akan dicukai dengan kadar seperti berikut:206 Pendapatan Bercukai Kadar Cukai (%) Tahun Taksiran 2020 RM600,000 yang pertama 17 RM600,001 dan ke atas 24 Jadual 12.05: Cukai Syarikat bagi kumpulan PKS Jika PLT bermastautin di Malaysia dalam suatu tahun taksiran dan jumlah sumbangan modal samada tunai atau bukan tunai pada permulaan tempoh asas bagi tahun taksiran itu 206 Belanjawan 2020 dan Maklumat Cukai, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, 2019.


263 adalah RM2,500,000.00, atau kurang, maka kadar cukai adalah seperti di bawah: Pendapatan Bercukai Kadar Cukai (%) Tahun Taksiran 2020 RM600,000 yang pertama 17 RM600,001 dan ke atas 24 Jadual 12.06: cukai PLT bagi kumpulan PKS Kadar cukai di atas tidak terpakai kepada PKS jika lebih daripada:207 (a) 50% sumbangan modalnya (sama ada dalam bentuk tunai atau bukan tunai) disumbang secara langsung atau tidak langsung oleh suatu syarikat; (b) 50% modal berbayar syer biasa syarikat itu dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh PKS itu; dan (c) 50% sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau bukan tunai) daripada PKS itu dan lebih 50% modal berbayar syer biasa syarikat itu dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh suatu syarikat lain. Jika dilihat daripada aspek cukai pendapatan, PLT dan syarikat mempunyai kadar cukai yang tinggi, terutamanya apabila pendapatan bercukai melebihi RM600,001. 207 ibid.


264 KETAKPATUHAN SERAH SIMPAN DOKUMEN Bayaran lewat serah simpan dikenakan ke atas borang atau penyata yang ditetapkan; yakni lewat serah simpan kepada SSM akibat daripada melepasi tarikh akhir serahsimpan. Oleh itu, borang atau penyata yang diserah simpan kepada SSM selepas tempoh masa yang ditetapkan oleh undangundang, atau peraturan harus disertakan dengan bayaran lewat serahsimpan seperti berikut: ⚫ Lebih dari 7 hari tetapi tidak lebih dari 3 bulan - RM 50.00 ⚫ Lebih dari 3 bulan tetapi tidak lebih dari 6 bulan - RM100.00 ⚫ Lebih dari 6 bulan tetapi tidak lebih dari 12 bulan - RM150.00 ⚫ Lebih dari 12 bulan - RM200.00 PERBANDINGAN SIFAT-SIFAT PEMILIKAN PERNIAGAAN YANG MENYELURUH Jadual 12.07 di bawah memaparkan perbandingan sifat-sifat milikan tunggal, perkongsian, PLT dan syarikat dengan lebih menyeluruh. Seseorang usahawan boleh menganalisa sifat-sifat tersebut secara kuantitatif bagi memilih entiti perniagaan yang cocok dengan perniagaan mereka.


265 Misalnya, seseorang usahawan itu ingin membandingkan sifat-sifat perkongsian konvensional dengan syarikat, atau PLT dengan syarikat. Jadual 12.08 menunjukkan empat baris entiti perniagaan iaitu milikan tunggal, perkongsian, PLT dan syarikat. Walau bagaimanapun, Ebook ini tidak meliputi syarikat, disebabkan penulis akan menerbitkan suatu Ebook lain tentang syarikat sendirian berhad. Terdapat empat belas belas sifat-sifat entiti perniagaan di bahagian lajur sebelah kiri. Pilihlah bahagian lajur entiti perniagaan yang dikehendaki, dan liriklah sifat-sifat itu hingga ke baris bahagian bawah sekali. Langkah 1: Berikan pemberat ke atas sifat-sifat entiti perniagaan yang dibandingkan mengikut skala Likert berikut: ⓪ - tidak suka ① - suka ② - sangat suka Langkah 2: Jumlahkan semua sifat-sifat entiti yang telah diberikan nilai pemberat dengan merujuk kepada Jadual 12.07. Langkah 3: Entiti yang mempunyai jumlah pemberat yang tinggi merupakan pilihan yang sesuai bagi seseorang itu. Rujuk Jadual 12.08 untuk mengira jumlah skor tertinggi.


266 Ciri-ciri Milikan Tunggal Perkongsian PLT Syarikat Bilangan ahli 1 2-20 > 2 orang 1-50 orang Tanggungan Tidak Terhad Tidak Terhad Terhad Terhad Penggerak PemilikPengurus Pemilik Pekongsi Pekongsi PLT Pengarah Perlembagaan Bertulis Tiada Perjanjian Perkongsian Perjanjian PLT Konstitusi Kos-kos Pematuhan Rendah Rendah Rendah Tinggi Kawalan dan Penguasaan Pemilik Pekongsi Pekongsi PLT Pemegang Syer Pendedahan Maklumat Tidak Perlu Tidak Perlu Tidak Perlu Wajib Hak Di Sisi Undangundang Tidak boleh Mendakwa dan didakwa Tidak boleh Mendakwa dan didakwa Boleh Mendakwa dan didakwa Boleh Mendakwa dan didakwa Jangkahayat & Pembubaran Mati Pemilik Mati Perniagaan Mati Pekongsi Mati Perniagaan Dibubarkan Secara Sukarela Atau Mahkamah Dibubarkan Secara Sukarela Atau Mahkamah Sumbangan Modal Pemilik Pekongsi Pekongsi PLT Ahli-ahli Kuasa Meminjam Pemilik Pekongsi Atas PLT Atas Syarikat Pegangan Harta Hak Pemilik Hak Pekongsi Hak PLT Hak Syarikat Cukai Atas Pemilik Atas Pekongsi Atas PLT Atas Syarikat Jadual 12.07: Perbandingan Ciri-ciri Pemilikan Perniagaan Walau bagaimanapun, faktor terakhir pemilihan entiti perniagaan terletak ditangan usahawan itu, dan syaratsyarat yang diletakkan oleh vendor.


267 Walaupun syarikat persendirian melibatkan kos pematuhan, kompaun dan cukai yang tinggi, namun begitu, syarikat menjadi pilihan ramai bagi menjalankan perniagaan berskala besar. Tambahan pula, syarikat diuruskan oleh Lembaga pengarah, dan dikehendaki mematuhi peruntukan undangundang di bawah Akta Syarikat 2016 dan lain-lain undangundang bertulis. Hal ini menyebabkan syarikat dipandang lebih berprestij berbanding dengan entiti perniagaan lain. MEMILIH PEMILIKAN PERNIAGAAN Katakan dua orang doktor gigi mahu menubuhkan sebuah klinik pergigian bernama Klinik GiGi Cute. Kedua-dua doktor ini sedang memilih suatu entiti perniagaan yang sesuai dengan mereka. Jadual 12.07 di atas membandingkan perkongsian konvensional dan syarikat berdasarkan sifat- sifat entiti yang disukai oleh seseorang. Syarikat persendirian mencapai skor 18 mata berbanding dengan perkongsian konvensional yang menghasilkan skor 14 mata. Faktor pemilihan entiti perniagaan adalah bergantung kepada kehendak perniagaan itu, di samping memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak ketiga atau vendor. Jika pihak ketiga mensyaratkan permohonan itu hendaklah bertaraf syarikat, maka usahawan perlulah menubuhkan syarikat.


268 Jadual 12.08: Skor Pemilihan Entiti Perniagaan MEMBUAT KEPUTUSAN Sudah pasti kedua-dua doktor tersebut berdaftar dengan Malaysian Dental Council (MDC) untuk mendapatkan sijil amalan tahunan sebagai doktor pergigian. MDC mempunyai undang-undang bertulis mereka sendiri dalam mendaftarkan Sifat-sifat Entiti Perniagaan Perkongsian Konvensional Syarikat 1. Bilangan ahli 0 2 2. Liabiliti 0 2 3. Mekanisma 1 2 4. Perlembagaan bertulis 1 2 5. Kos-kos pematuhan 2 0 6. Kawalan dan penguasaan 1 2 7. Pendedahan maklumat 2 0 8. Hak di sisi undang-undang 2 0 9. Jangka hayat dan pembubaran 0 2 10.Pematuhan undang-undang dan kompaun 2 0 11. Modal 1 2 12.Kuasa Meminjam 0 2 13.Pemegangan Harta 0 2 14.Cukai Pendapatan 2 0 JUMLAH 14 18


269 doktor-doktor pergigian yang ingin membuka klinik-klinik persendirian. Terdapat tiga pilihan entiti perniagaan yang sesuai bagai doktor ini, yakni perkongsian, PLT dan syarikat disebabkan bilangan mereka dua orang. Jika mereka memilih perkongsian konvensional, liabiliti pekongsi adalah tidak terhad, tiada elemen entiti undangundang yang berasingan, mati pekongsi matilah perniagaan (kecuali dinyatakan dalam perjanjian perkongsian), dan tidak boleh memilik harta atas nama perniagaan. Kemudian, jika kedua-dua doktor ini memilih PLT, mereka dapat menikmati status liabiliti terhad, entiti undang-undang yang berasingan, dan boleh memliki harta atas nama PLT. Sekiranya salah seorang doktor tersebut muflis, beliau tidak perlu keluar daripada PLT tersebut dan boleh terus kekal dalam PLT tersebut dengan kebenaran mahkamah. Jika seorang pekongsi keluar daripada PLT, pekongsi yang tinggal hendaklah mencari seorang doktor gigi lain sebagai pengganti pada masa yang sama. Jika kedua-dua doktor ini memilih syarikat sendirian berhad, mereka dapat menikmati status yang sama dengan PLT. Suatu sifat syarikat yang menarik ialah jika mana-mana doktor itu keluar daripada syarikat, syarikat boleh terus berjalan disebabkan bilangan minimum pengarah dan pemegang syer syarikat ialah seorang sahaja. Pemegang syer yang keluar boleh menjual syer bahagiannya kepada doktor yang tinggal dalam syarikat itu.


270 Namun begitu, jika salah seorang doktor tersebut muflis, beliau akan batal kelayakan sebagai pengarah syarikat secara automatik dan perlu keluar daripada syarikat itu. Walau bagaimanapun, kadar cukai PLT dan syarikat sendirian berhad adalah tinggi, 17% setahun. Penyata Kewangan PLT tidak perlu diserah simpan ke pejabat SSM setiap tahun, namun begitu Perakuan Tahunan PLT hendaklah difailkan setiap tahun kalendar. Syarikat perlu menyerah simpan Penyata Kewangan dan Penyata Tahunan setiap tahun, kecuali bagi syarikat persendirian berkecuali. Kadar cukai syarikat juga adalah tinggi, yakni pada kadar rata 17% setahun (sila rujuk kadar cukai syarikat dalam bab 17 ini). Kedua-dua doktor ini boleh memilih sama ada PLT atau syarikat, yang mana syarikat didapati lebih fleksibel dalam aspek bilangan ahli. Kelebihan PLT pula ialah Penyata Kewangan tidak perlu diaudit, pekongsi muflis tidak perlu keluar daripada PLT, dan kos-kos pematuhan yang rendah. Perkongsian konvensional pula lebih mudah diuruskan, di samping kos-kos pematuhan yang rendah, dan cukai pendapatan dikenakan atas setiap pekongsi menurut kadar cukai individu. Walau bagaimanapun, liabiliti ahli-ahli perkongsian konvensional adalah tidak terhad.


271 Pilihlah entiti perniagaan yang bersesuaian menurut profesyen, jenis perniagaan, liabiliti pemilik, kos pematuhan, kadar cukai, dan fleksibiliti. Entiti perniagaan perkongsian konvesional boleh ditukarkan kepada PLT atau syarikat pada masa akan datang apabila didapati ia kurang sesuai lagi menurut kehendak semasa. Begitu juga syarikat sendirian berhad boleh ditukarkan statusnya kepada PLT jika Lembaga pengarah mendapati kos-kos pematuhan dan kompaun syarikat adalah tinggi. PLT dan syarikat lebih versatile, namun begitu kos-kos pematuhan dan kompaun ketakpatuhan syarikat adalah tinggi. PELAN TINDAKAN Pelan tindakan akan membincangkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan selepas sahaja mereka mendaftarkan perniagaan. Tujuannya ialah untuk memberikan panduan kepada usahawan supaya mereka tidak teraba-raba apakah yang perlu dilakukan selepas itu. Pelan tindakan ini merupakan suatu rangka kasar sahaja, ia berfungsi sebagai memberikan suatu idea kepada usahawan, “apakah yang perlu dilakukan selepas ini.” Sekurangkurangnya, mereka tahu perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas perniagaan itu didaftarkan.


272 PraPenubuhan Memilih Rakan Kongsi Membina Perjanjian Perkongsian/PLT PascaPenubuhan Mendaftar Perniagaan/PLT Membuka Akaun Bank Perjanjian Sewa Premis Persediaan Perniagaan Membina Profail Perniagaan Membina Model Perniagaan Membina Matlamat Hasil Sempurna Membina Analisis SWOT Membina Carta Pelaksanaan Projek Gantt Kick-start Pelantikan Staf Pendaftaran Pelesenan dan Permit Pendaftaran Dengan Vendor Membina Laman Web Sistem Perakaunan Berkomputer Menembusi PasaranBranding Melalui Sosial Media Rajah 12.03: Pelan Tindakan Selepas Perniagaan Didaftarkan Tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pemilik atau pekongsi selepas mereka mendaftarkan perniagaan telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam Bab 6 di bawah tajuk “Tadbir Urus Firma Perkongsian.” Rajah 12.03 di atas menunjukkan pelan tindakan paling asas yang perlu diikuti dan dilaksanakan oleh perniagaan. Oleh itu, usahawan boleh gunakannya sebagai blueprint untuk dimasukkan dalam profail perniagaan mereka dengan mengubahsuai mengikut jenis perniagaan masing-masing.


273 BIODATA PENULIS Tuan Haji Kamaludin Abdul Rahman telah berkecimpung dalam dunia perniagaan dan keusahawanan selepas bergraduat daripada universiti pada 1987 sehingga 2022. Bidang utama kepakaran beliau termasuklah perakaunan dan percukaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengurusan kewangan PKS, kesetiausahaan syarikat, dan latihan perniagaan dan keusahawanan. Beliau merupakan seorang pengamal yang mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dalam bidang-bidang tersebut. Beliau berpengalaman luas dalam memberikan perkhidmatan kepada lebih 1,500 buah syarikat sendirian berhad, dan lebih 200 perniagaan milikan tunggal dan perkongsian bersaiz kecil-sederhana. Selepas menerima pendidikan peringkat menengah di Parit, Perak, beliau menyambung pelajaran di UPM dalam tahun 1980 dalam program Diploma Pertanian. Kemudian, beliau menyambung lagi pelajarannya, dan berjaya memperolehi ijazah Bacelor Sains (Ekonomi Sumber) daripada UPM dalam tahun 1987. Di samping itu juga Tuan Haji Kamaludin mempunyai kelulusan dalam bidang Advanced Certificate in Taxation daripada Akademi Percukaian Negara. Dalam tahun 1988 memperolehi Master Ekonomi (Ekonomi Kewangan) daripada UPM dalam tahun 2000, dan Sarjana Undangundang Perniagaan daripada UKM dalam tahun 2008. Beliau pernah menjadi pensyarah/tutor sambilan dalam bidang keusahawan di UPM dan ekonomi perniagaan di USIM. Dalam tahun 2020, Kamaludin telah mengikuti skim latihan


274 train of tainers (TOT) di bawah skim pensijilan HRDF dan telah berjaya mendapat pengiktirafan Certified HRDF Trainer. Beliau telah berjaya mengikuti program-program persijilan NLP seperti berikut: ⚫ Certified Basic NLP Practice (Oktober, 2021), ⚫ Certified NLP Coach (Januari, 2022), ⚫ Certified NLP Framing and Reframing (Mac, 2023), ⚫ Certified NLP LAB Profile (Julai, 2023). Tuan Haji Kamaludin adalah Associate Member Chartered Tax Institute of Malaysian (CTIM) dan merupakan seorang Certified Tax Agent bertauliah, Licensed Secretary di bawah SSM dan juga Ahli Persatuan NLP Malaysia. Tuan Haji Kamaludin merupakan seorang penulis buku, dan antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah “Panduan Percukaian untuk Industri Kecil dan Sederhana”, 1992; “Pintar Niaga”, 2015; dan Cukai Barang dan Perkhidmatan di Malaysia, 2018; semuanya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


275 BIBLIOGRAFI Aishah Bidin, Rusinah Ahmad dan Azimon Abdul Aziz, 2007. Undang-undang Syarikat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Aiman Nariman Mohd Sulaiman dan Aishah Bidin, 2002. Commercial Application of Company Law in Malaysia. CCH Asia Pte Limited. Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Akta 743) dan Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad, 2012. Percetakan Nasional Malaysia Behad. Akta Perkongsian 1961, 2006. Percetakan Nasional Malaysia Behad. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197), Kaedah-kaedah dan Perintah, 2012. International Law Book Services. Akta Syarikat 2016, International Law Book Services. Akta Umur Dewasa, 1971. Pesuruhjaya Penyemak UndangUndang Malaysia. Cara-cara Permohonan Pendaftaran Perniagaan Baharu Melalui Portal Ezbiz Online, Suruhanjaya Syarikat Malaysia. https://ezbiz.ssm.com.my/ Cheah Foo Seong, 2021. Guide to Company Secretarial Practice in Malaysia, 5th Edition. Walters Kluwer. Companies Act 2016. Koperasi SSM (M) Berhad. H. A Davidson, 1983. Company Meetings. CCH Australia Limited.


276 JR Lewis, Edward Chan Kow Chian, 1997. Law and Procedure of Company Meetings in Malaysia. Asian Centre for Professional Development Sdn. Bhd. Kamaludin Abdul Rahman, 2008. De Facto Director: Issues on Definitions and Its Significance. Unpublished Master in Business Laws Project Paper, Faculty of Law, UKM. Kenneth Foo Poh Khean and Lee Shih, 2017. Companies Act 2016, The New Dynamics of Company law in Malaysia. CLJ Publication. Kenneth Foo Poh Khean and Leong Ai Wah, 2021. Company Meetings, Minutes and Resolution in Malaysia. CLJ Publication. Leslie Kosmin, Catherine Roberts. 2008. Company Meetings, Law, Practice and Procedure. Oxford University Press. Lipton and Herzberg, 2006. Understanding Company Law. Thomson Lawbook Co. Manual Serahsimpan Perakuan Tahunan Oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Secara Dalam Talian, 2016. Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Priscillia P.Y. Yap, 2001. Company Meetings, Law and Practice in Malaysia. CCH Asia Pte Limited. Peter Loose and Micheal Griffiths, 2008. The Company Director: Powers, Duties and Liabilities. Jordan Publishing Limited. Salmiah Salleh, 2021. Introduction to Partnership & Company Law, Second Edition. Universiti Teknologi Mara Press. Samsar Kamar Latif, 1998. Partnership Law in Malaysia. International Law Book Services.


277 Seminar Paper, 16 February, 2023. Registration of Business, Companies & Limited Liability Partnership (LLP). Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Seminar Paper, 1 Mac, 2023. Preference Shares – Steps to Issue, Redeem and Convert. Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Shaikh Mohd. Noor Alam bin S.M. Hussain, 1989. Undangundang Perkongsian. Dewan Bahasa dan Pustaka. S. R Brown, 1978. Company Resolutions. Malayan Law Journal (Pte) Ltd. Wong Kim Fatt, 2001. Company Resolution. Sweet & Maxwell Asia.


Click to View FlipBook Version