The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2024-02-18 09:40:25

ENTITI PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN DAN PLT

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Keywords: ENTITI PERNIAGAAN

137 MUKADDIMAH Pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian konvensional hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan yang terletak di bawah APP 1956 dan KPP 1957. Keperluan mendaftarkan suatu perniagaan dinyatakan dalam APP 1956 seperti berikut: “Seseorang yang sudah menjalankan perniagaan, hendaklah mendaftarkan perniagaannya dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perniagaan itu dijalankan.38” Ringkasnya, sesiapa sahaja boleh mendaftarkan perniagaan mereka melalui atas talian, di portal berikut; https://ezbiz.ssm.com.my. Pengamal bidang profesional seperti akauntan, peguam, doktor, arkitek dan lain-lain hendaklah mendaftar perniagaan mereka melalui persatuan masing-masing. Persatuan profesional mempunyai undang-undang bertulis mereka sendiri, termasuklah dalam hal mengeluarkan lesen praktis untuk ahli-ahli mereka. Berhubung dengan APP 1956, pemilik atau pekongsi hendaklah mendaftarkan perniagaan mereka sendiri. Bayaran fi pendaftaran perniagaan perlu dibuat oleh pemilik atau pekongsi melalui perbankan atas talian. Pemilik atau pekongsi juga boleh mengemaskini maklumat perniagaan melalui atas talian. 38 op. cit.


138 SKOP PERBINCANGAN BAB 7 Skop perbincangan Bab 7 merangkumi perkara-perkara berikut: Rajah 7.01: Skop Pendaftaran Perniagaan dan Kemaskini Maklumat PROSES PENDAFTARAN PERNIAGAAN Pemilik perniagaan atau pekongsi bertanggungjawab mendaftarkan perniagaan mereka dengan sempurna, dan memuat naik dokumen yang telah disempurnakan untuk diserah simpan kepada Pendaftar secara elektronik.39 39 Kaedah 3(2) KPR 1957 •Proses Pendaftaran Perniagaan •Syarat-syarat Pemilik Perniagaan •Pengeluaran Sijil Perakuan Pendafataran •Perubahan Maklumat Perniagaan •Kematian Pekongsi •Pembaharuan Semula Pendaftaran Perniagaan •Fi Pendafatarn dan Perubahan Maklumat •Penamatan Perniagaan •Strategi Melestarikan Perkongsian Pendaftaran Perniagaan dan Kemaskini Maklumat


139 Maklumat yang perlu dipenuhkan seperti yang terdapat dalam Borang A atas talian ialah: 40 Rajah 7.02: Maklumat Pendaftaran Perniagaan Bagi usahawan yang menjalankan perniagaan perkongsian, hendaklah ditandakan pada kotak kecil dalam Borang A, yakni tarikh perjanjian perkongsian itu ditandatangani. Oleh itu, sediakan salinan perjanjian perkongsian yang sudah distemkan dalam format pdf untuk dimuatnaik dalam sistem EzBiz tersebut. Jika tiada perjanjian perkongsian, jangan tandakan kotak kecil dalam Borang A itu. 40 Seksyen 5(2) APP 1956


140 •Hanya pengguna EzBiz berdaftar sahaja boleh mengakses URL EzbiZ. Pendaftaran Pengguna EzBiz •Pengguna perlu mengaktifkan EzBiz di SSM berdekatan untuk pengesahan ID. Pengaktifan Pengguna EzBiz •Muat turun user manual sebagai panduan untuk mendaftarkan bisnes. Pendaftaran Perniagaan •Isikan maklumat utama perniagaan. Maklumat Utama Perniagaan •Isikan alamat perniagaan. Alamat Perniagaan •Isikan maklumat cawangan jika ada. Maklumat Cawangan •Pilih bidang perniagaan beserta dengan kod-kod yang dinyatakan. Masukkan Kod-kod Perniagaan •Masukkan maklumat pemilik. Maklumat Pemilik •Bayar fi dan sahkan maklumat yang diberikan adalah betul. Fi dan Deklarasi •Melihat keseluruhan maklumat yang di isi dalam bentuk borang. Pralihat Proses pendaftaran perniagaan lengkap ditunjukkan peringkat demi peringkat seperti dalam Rajah 7.03 di bawah. Rajah 7.03: Proses Pendaftaran Perniagaan Borang A hendaklah diserah simpan dan diterima oleh Pendaftar beserta dengan fi41 yang ditetapkan secara bayaran perbankan atas talian, atau menggunakan kad debit/kredit. Pastikan fi pendaftaran dibayar terlebih dahulu. 41 Jadual Kedua, Kaedah 19, KPP 1957


141 Setelah semua butir-butir dalam Borang A disempurnakan, dan memenuhi kehendak Akta, Pendaftar dikehendaki: (a) Mendaftarkan perniagaan itu bagi suatu jangkamasa tidak melebihi lima tahun,42 (b) Mengeluarkan suatu Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan,43 dan (c) Mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran itu bagi setiap cawangan (jika berkaitan) setelah fi dibayar.44 Pendaftaran suatu perniagaan akan tamat atau luput pada tarikh yang dicatatkan dalam Sijil Perakuan Pendaftaran ataupun apabila perniagaan itu ditamatkan oleh pemiliknya sendiri.45 Kegagalan memperbaharui semula pendaftaran perniagaan yang telah luput, mengakibatkan pemilik berdaftar boleh dikenakan kompaun pada masa pendaftaran tersebut diperbaharui semula. Walaupun sesuatu perniagaan itu sudah didaftarkan, ia tidaklah dianggap bahawa keperluan undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan sebagai sudah dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik. 46 42 Lazimnya, pemilik boleh memilih jangkamasa pendaftaran perniagaan itu berkuatkuasa sama ada meliputi tempoh satu, tiga atau lima tahun. 43 Seksyen 5(3) APP 1956 44 Seksyen 5(4) APP 1956 45 Seksyen 5(6) APP 1956 46 Seksyen 5(8) APP 1956


142 Misalnya, perniagaan yang ingin memasang papan tanda di luar premis di Kuala Lumpur dikehendaki mematuhi lesen iklan papan tanda premis menurut peruntukan dan Undangundang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Pindaan. Terdapat beberapa perkara lain yang perlu dipenuhi dan dipatuhi oleh usahawan setelah perniagaan mereka berjaya didaftarkan. Hal ini bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak ketiga, misalnya; (a) Pendaftaran sebagai kontraktor kerja bagi kelas-kelas G1-G7 dengan CIDB. (b) Pendaftaran sebagai kontraktor pembekalan dengan kerajaan di Kementerian Kewangan (MOF). (c) Pendafataran sebagai kontraktor atau pembekal berkelayakan dengan badan-badan berkanun dan syarikat government linked companies (GLC). (d) Pendaftaran dengan badan-badan profesional sebagai pengamal. (e) Pendaftaran dengan KWSP dan Perkeso sebagai majikan. KELAYAKAN PEMILIK PERNIAGAAN Untuk mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian, seseorang itu hendaklah:


143 (a) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.47 Dalam erti kata lain, mereka yang berumur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk mendaftarkan perniagaan; (b) Pendaftaran perniagaan di bawah APP 1956 ini hanya dibenarkan untuk warganegara Malaysia dan pemastautin tetap sahaja; (c) Perniagaan itu hendaklah dijalankan di Malaysia Barat dan Labuan sahaja; (d) Perniagaan hendaklah didaftarkan dalam tempoh 30 hari selepas ianya dijalankan. (e) Lampirkan bersama sesalinan surat kelulusan tertentu seperti permit, lesen, surat kebenaran atau surat sokongan apabila mendaftarkan perniagaan yang memerlukan kelulusan untuk bidang-bidang khusus (jika berkenaan); (f) Menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Pihak bank tidak membenarkan pemilik perniagaan yang muflis membuka akaun perniagaan dengan mereka. Oleh itu, pastikan terlebih dahulu pemilik perniagaan atau pekongsi tidak muflis yang belum dilepaskan. Orang yang bertanggungjawab terhadap perniagaan yang didaftarkan hendaklah melengkapkan Borang A dengan sempurna, dan menandatanganinya, sebelum diserah simpan atas talian ke Pendaftar Perniagaan.48 Namun begitu, serah simpan atas talian tidak memerlukan dokumen itu ditandatangani oleh pemilik atau pekongsi. 47 Seksyen 2, Akta Umur Dewasa 1971. 48 Kaedah 3(2), Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.


144 PENGELUARAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN Pengeluaran Sijil Perakuan Pendaftaran (Borang D) tidak mengambil masa yang lama. Lazimnya, ia akan dikeluarkan pada hari esoknya, selepas perniagaan itu sempurna didaftarkan atas talian. Perakuan Pendaftaran perniagaan (Borang D) hendaklah dipamerkan di premis perniagaan itu dijalankan. Lazimnya, Borang D ini difremkan sebelum digantung pada dinding premis perniagaan. Kemudian, tiap-tiap kepala-surat, invois, bil atau lain-lain dokumen yang digunakan oleh suatu perniagaan yang berdaftar hendaklah mempunyai nama perniagaan dan nombor sijil pendaftaran.49 Pemilik hendaklah memastikan kesemua dokumen yang digunakan dalam urusan rasmi perniagaan meletakkan nombor pendaftaran perniagaan di bawah atau dihujung nama perniagaan tersebut. Contohnya seperti berikut: De Jure Business Advisory (003112581-A); atau De Jure Business Advisory (003112581-A) Seseorang yang menjalankan perniagaan tetapi tidak mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta, orang itu boleh disabitkan dengan kesalahan dan boleh dikenakan denda 49 Kaedah 13, Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.


145 Perubahan maklumat utama perniagaan Perubahan alamat surat menyurat Perubahan bidang perniagaan Perubahan alamat cawangan Perubahan maklumat pemilik/ pekongsi tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.50 PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN Sebarang perubahan maklumat perniagaan perlulah didaftarkan di SSM. Terdapat lima jenis perubahan maklumat, yang mana perlu dilakukan dalam Borang B untuk dikemaskini, yakni: Rajah 7.03: Kategori Perubahan Maklumat Pemilik atau pekongsi hendaklah mengemaskini semula perubahan dalam butir-butir maklumat perniagaan mereka (jika ada), yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas. Perubahan ini boleh dilakukan segera melalui portal EzBiz atas talian. Pemilik boleh mencetak sendiri perubahan maklumat butir-butir perniagaan yang dilakukan selepas itu untuk simpanan. 50 Seksyen 12(1) APP 1956


146 Prosedur Kemaskini Maklumat Perniagaan Pemilik atau pekongsi yang ingin mengubah butir-butir maklumat perniagaannya, hendaklah mematuhi beberapa peraturan seperti berikut: (a) Sebelum mendaftarkan perubahan maklumat butir-butir perniagaan, pastikan tempoh pendaftaran perniagaan masih berkuatkuasa (belum lagi luput); (b) Pendafaran perubahan butir-butir maklumat perniagaan hendaklah dilaksanakan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh perubahan itu; (c) Perubahan dalam bidang perniagaan hendaklah bertepatan dengan nama perniagaan; dan (d) Perniagaan milik tunggal yang berdaftar atas nama pemiliknya sendiri seperti dalam kad pengenalan tidak dibenarkan memasukkan rakan kongsi baharu. Jika nama milikan tunggal yang didaftarkan ialah Johan bin Ghazali, maka nama itu akan terbatal jika ditukarkan kepada perkongsian dengan memasukkan pekongsi baharu. Penggunaan nama sendiri mengikut nama di kad pengenalan sebagai nama perniagaan dibenarkan untuk pemilik itu sahaja. Perubahan maklumat dalam butir-butir pendaftaran perniagaan berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut: (a) Perubahan dalam jenis-jenis perniagaan (nature of business);


147 (b) Perubahan dalam alamat tempat perniagaan utama; sebarang tempat perniagaan lain51, dan (c) Menukar status milik tunggal kepada perkongsian.52 (d) Kematian mana-mana pekongsi, perkongsian dibubarkan, tetapi perkongsian itu diteruskan oleh pekongsi yang masih hidup atau dengan tambahan pekongsi yang lain, sama ada:53 ⚫ sebagai suatu pertukaran mengikut Kaedah ini; atau ⚫ sebagai penamatan suatu perniagaan, dan permulaaan suatu perniagaan yang baharu. Pemilik perniagaan atau pekongsi bertanggungjawab mengemukakan kepada Pendaftar Borang B yang ditetapkan dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh perubahan itu dilakukan. 54 Pemilik hendaklah melengkapkan dengan sempurna satu salinan Borang B1, B2, B3 atau B4 yang berkaitan untuk dihantar atas talian kepada Pendaftar.55 KEMATIAN PEKONGSI Jika berlaku kematian mana-mana pekongsi, perkongsian itu akan terbubar menurut statut. Pemilik yang tinggal boleh 51 (a) dan (b), Seksyen 5B(3) APP 1956 52 Kaedah 6(2) KPP 1957 53 Kaedah 6(3) KPP 1957 54 Seksyen 5B(1) APP 1956 55 Kaedah 6(1) KPP 1957


148 sama ada menutup perkongsian itu, dan mendaftar suatu perniagaan milikan tunggal yang baharu, atau melantik waris si mati sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, jika perjanjian perkongsian menetapkan pewaris si mati tidak boleh dilantik sebagai pekongsi, maka pewaris boleh menuntut harta pusaka bahagian si mati daripada perkongsian itu. Seyogia, firma perkongsian hendaklah membuat suatu perubahan maklumat dengan segera selepas berlakunya kematian pekongsi. Pekongsi lain perlu mengambil langkahlangkah berikut:56 (a) mendaftarkan perubahan-perubahan maklumat perniagaan sama ada berlaku pertukaran pekongsi (tertakluk kepada perjanjian perkongsian); (b) perkongsian itu ditamatkan; (c) pembahagian harta perkongsian dengan pewaris si mati yang dilantik; (d) mendaftarkan suatu perniagaan yang baharu. Jika perniagaan tersebut terus dijalankan, maka serah simpan butir-butir perubahan perniagaan di para (a) dan (c) hendaklah dilakukan segera.57 Jika perniagaan ditamatkan, lakukan langkah (b) dengan menyerah simpan Borang C atas talian. 56 Kaedah 6(3), Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957 57 Kaedah 6(4) Kaedah-kaedah Pendaftaran Pernigaan 1957


149 Adalah lebih baik tidak melantik pewaris si mati sebagai pengganti. Bayarlah harta perkongsian bahagian si mati kepada pewaris, disebabkan mati pemilik atau pekongsi matilah perniagaan. Pemilik yang tinggal boleh mendaftar perniagaan baharu bagi meneruskan perniagaan. Kesalahan Tidak Mengemaskini Maklumat Jika pemilik meneruskan perniagaannya tanpa memaklumkan perubahan butir-butir maklumat berdaftar perniagaan kepada SSM, boleh disabitkan melakukan suatu kesalahan. Pemilik itu boleh didakwa bertanggungan atas kesalahan tersebut dan dikenakan penalti tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya sekali. PEMBAHARUAN SEMULA PENDAFTARAN PERNIAGAAN Pemilik perniagaan dihehendaki memperbaharui semula pendaftaran perniagaan mereka dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tarikh luput pendaftaran atau pembaharuan terdahulu.58 Permohonan suatu pembaharuan pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam Borang A1.59 Usahawan boleh memperbaharuinya melalui portal EzBiz, atau melalui perkhidmatan Kiosk SSM yang terletak di mana-mana pejabat SSM. 58 Seksyen 5A(1) APP 1956 59 Kaedah 5(1) KPP 1957


150 Selepas fi yang ditetapkan dibayar bersama dengan kompaun lewat memperbaharui (jika ada), Pendaftar akan mengeluarkan Sijil Perakuan Perniagaan yang baharu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun bagi setiap pembaharuan.60 Tarikh tamat yang baharu dinyatakan dalam Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan yang dikeluarkan.61 Pendaftar boleh menolak untuk membaharui sebarang pendaftaran perniagaan dengan memberitahu pemohon keputusannnya secara bertulis.62 Kesalahan Melebihi Tempoh Luput Pemilik hendaklah memperbaharui pendaftaran perniagaan itu supaya tidak melebihi tempoh luput. Secara amalannya, pembaharuan dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tarikh pendaftaran perniagaan itu tamat. Seseorang yang meneruskan operasi perniagaannya selepas Sijil Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan luput tempoh, boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada RM1,000 atau kedua-keduanya sekali.63 Pada amalannya, Pendaftar akan mengenakan denda jika lewat memperbaharui pendaftaran perniagaan, dan jumlah denda dikenakan menurut jangka masa kelewatan. 60 Seksyen 5A(2) APP 1956 61 Seksyen 5A(5) APP 1956 62 Seksyen 5A(4) APP 1956 63 Seksyen 12(1)(b) APP 1956


151 Jika memperbaharui pendaftaran perniagaan melebihi tempoh dua tahun, pemilik dikehendaki mendaftarkan semula perniagaan mereka. Pendaftaran perniagaan yang melebihi tempoh dua tahun dianggap sudah luput terus, dan tidak sah. Namun begitu, pemilik masih boleh menggunakan nama perniagaan yang lama. Pendaftar akan mengeluarkan suatu Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan dengan nombor BRN64 yang baharu. BRN yang lama akan diluputkan, dan tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu, pastikan memperbaharui Sijil Perakuan Pendaftaran perniagaan sebelum sampai tempoh luputnya. Pemilik akan dikenakan kompaun oleh SSM jika membaharui pendaftaran perniagaan selepas tempoh luput dengan jumlah kompaun yang ditetapkan. FI PENDAFTARAN DAN PERUBAHAN MAKLUMAT Fi pendaftaran perniagaan, perubahan maklumat dan juga pembaharuan pendaftaran perniagaan terdapat dalam Jadual 7.01 di bawah. Aktiviti Fi Pendaftaran Baru Nama tred – RM60 setahun Nama Sendiri – RM30 setahun Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan 64 BRN – Business Registration Number


152 Perubahan maklumat perniagaaan RM20 (Penambahan cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan) Pembaharuan pendaftaran perniagaan Nama tred – RM60 setahun Nama Sendiri -RM30 setahun Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan Maklumat perniagaan RM10.00 Jadual 7.01: Fi Pendaftaran, Perubahan Maklumat Perniagaan dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Sumber: https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-ofBusiness-(ROB)/table-of-fees/Table-of-Fees.aspx PENAMATAN PERNIAGAAN Suatu perniagaan milikan tunggal dan perkongsian tidak mempunyai sifat wujud berkekalan seperti syarikat. Oleh itu, pemilik perniagaan atau pekongsi boleh menamatkan perniagaan yang telah didaftarkan pada bila-bila masa. Pemilik perniagaan hendaklah dalam masa tiga puluh hari daripada tarikh perniagaan ditamatkan memberitahu Pendaftar tentang penamatan perniagaan dengan menfailkan Borang C atas talian ke SSM. 65 Bagi perniagaan perkongsian, semua pekongsi hendaklah bersetuju perniagaan itu ditamatkan. Surat persetujuan menamatkan perkongsian hendaklah ditandatangani oleh 65 Seksyen 5D(1) APP 1956


153 Perniagaan ditutup operasi Pemilik jatuh muflis Kematian pemilik Pemilik tidak minat lagi berniaga Perintah mahkamah, kepentingan awam dan moral Tukar status kepada PLT atau syarikat semua pekongsi bagi mengelak sebarang kes-kes berbangkit dikemudian hari. Penamatan Perniagaan Milikan Tunggal Lazimnya, suatu pendaftaran perniagaan itu ditamatkan atau ditutup disebabkan oleh perkara-perkara berikut: Rajah 7.04: Penamatan Perniagaan di bawah APP 1956 Penamatan pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan perkongsian di bawah APP 1956 boleh dijalankan dengan mudah. Pekongsi-pekongsi bebas menamatkan perniagaan perkongsian pada bila-bila masa. Suatu pendaftaran perniagaan itu boleh ditamatkan, atau ditutup secara menyerahkan notis penamatan perniagaan dengan menghantar Borang C atas talian di Portal EzBiz.


154 Penamatan perniagaan sangat mudah dilakukan oleh pemilik atau pekongsi. Prosedur penamatan perniagaan hendaklah dibuat dengan mematuhi kehendak undangundang seperti berikut: (a) Borang C yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar atas talian ke SSM dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh bisnes itu ditamatkan; (b) Penamatan pendaftaran perniagaan yang disebabkan oleh kematian pemilik tunggal adalah 4 bulan selepas tarikh kematian. Waris terdekat (isteri/suami, bapa atau anak) si mati dikehendaki menyerahkan notis penamatan pendaftaran perniagaan tersebut. (c) Bagi firma perkongsian, pewaris si mati atau pekongsipekongsi lain boleh menyerahkan notis penamatan dalam Borang C perniagaan bagi pihak si mati.66 (d) Bagi kes seseorang pekongsi perniagaan yang tidak dapat dicari atau dijumpai, pekongsi yang tinggal hendaklah memfailkan Borang C bersama dengan surat akuan berkanun yang menyatakan beliau telah membuat segala usaha untuk mencari pekongsinya itu, tetapi usahanya telah gagal.67 Penamatan Perniagaan Perkongsian Bagi sebuah firma perkongsian, ia boleh ditamatkan secara: ⚫ sukarela oleh pekongsi-pekongsinya; atau 66 Kaedah 7(1) Kaedah-kaedah Pendaftaran Pernigaan 1957 67 Kaedah 7(4) Kaedah-kaedah Pendaftaran Pernigaan 1957


155 ⚫ dibubarkan mengikut peruntukan undang-undang perkongsian. Penamatan firma perkongsian secara sukarela adalah menurut Kaedah 7 (Borang C), dan akan dibincangkan dalam bahagian berikutnya. Penamatan firma perkongsian boleh dilakukan sendiri oleh pekongsi atas talian di portal EzBiz. Firma perkongsian boleh dibubarkan atau terbubar (merujuk kepada firma yang mempunyai surat perjanjian Perkongsian) disebabkan oleh perkara-perkara berikut: 1) Tertakluk kepada apa-apa perjanjian perkongsian, suatu perkongsian akan dibubarkan apabila;68 (a) perkongsian itu luput dengan habisnya atau tamatnya suatu tempoh tertentu; (b) perkongsian itu tamat jika ia ditubuhkan bagi suatu usaha atau pengusahaan itu telah tamat. 2) Tertakluk kepada apa-apa perjanjian perkongsian, firma perkongsian akan terbubar terhadap semua pekongsi jika terdapat mana-mana pekongsi yang meninggal dunia ataupun muflis.69 Pembubaran ini berlaku secara automatik, oleh itu, pekongsi-pekongsi tidak perlu lakukan apa-apa untuk menamatkan firma perkongsian mereka. 68 Seksyen 34(1) AP 1961 69 Seksyen 35(1) AP 1961


156 3) Firma perkongsian atas pilihan mana-mana pekongsi boleh dibubarkan jika mana-mana pekongsi itu membenarkan harta bahagian perkongsiannya digadaikan bagi hutang peribadinya secara berasingan.70 Dalam keadaan ini, pekongsi-pekongsi lain mempunyai opsyen sama ada mahu meneruskan perkongsian itu, atau membubarkannya. 4) Pembubaran kerana habis tempoh atau melalui notis. Jika suatu perkongsian itu ditubuhkan bagi tempoh yang tidak ditetapkan, maka mana-mana pekongsi boleh membubarkannya dengan memberikan notis kepada pekongsi-pekongsi yang lain tentang tujuannya untuk membubarkan perkongsian.71 Perkongsian terbubar mulai daripada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, dan jika tarikh pembubaran tidak disebutkan dalam notis maka pembubaran berlaku pada tarikh notis itu disampaikan.72 5) Pembubaran oleh mahkamah Mahkamah juga boleh membubarkan sesebuah perkongsian atas permohonan seseorang pekongsi. Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran perkongsian itu disebabkan oleh mana-mana satu keadaan berikut.73 (a) pekongsi yang hilang akal; (b) hilang keupayaan kekal; 70 Seksyen 35(2) AP 1961 71 Seksyen 34(1)(c) AP 1961 72 Seksyen 34(2) AP 1961 73 Seksyen 37 AP 1961


157 (c) kelakuan pekongsi yang memudaratkan perniagaan; (d) perlanggaran syarat atau memungkiri perjanjian perkongsian secara sengaja atau berturut-turut oleh pekongsi; (e) perkongsian mendatangkan kerugian; dan (f) pada pendapat mahkamah perkongsian itu akan menjadi adil dan saksama sesama pekongsi jika perkongsian itu dibubarkan. Dalam kes perniagaan perkongsian, mungkin berlaku kematian semua pekongsi (misalnya, dua orang rakan kongsi) dan tiada seorangpun pekongsi yang masih hidup. Jika perkara ini berlaku, wakil peribadi atau waris kadim kepada pekongsi yang mati hendaklah dalam masa empat bulan daripada tarikh kematian memberitahu Pendaftar dan memfailkan borang yang ditetapkan untuk menamatkan perniagaan.74 Seterusnya, untuk menamatkan perniagaan jika semua pekongsi meninggal dunia: “... jika tidak terdapat sekutu perniagaan yang masih hidup atau orang yang bertanggungjawab atas perniagaan itu maka wakil peribadi atau waris kadim sekutu perniagaan yang mati, hendaklah menyerah 74 Seksyen 5D(2) APP 1956


158 simpan suatu notis penamatan dalam Borang C di pejabat Pendaftar.”75 Terdapat kes yang mana pekongsi tidak menjumpai rakanrakan kongsinya yang lain bagi tujuan menamatkan perniagaan. Jika seorang pekongsi suatu perniagaan tidak dapat dicari atau dijumpai, pekongsi yang tinggal hendaklah memfailkan Borang C bersama dengan surat Akuan Berkanun menyatakan beliau telah membuat segala usaha untuk mencari rakan kongsinya, tetapi gagal dalam usahausahanya.76 Kemudian, Borang C bersama-sama dengan surat Akuan Berkanun hendaklah difailkan kepada Pendaftar perniagaan bagi tujuan untuk ditamatkan pendaftarannya. 75 Kaedah 7(1) KPP 1957 76 Kaedah 7(3) KPP 1957


159


160 MUKADDIMAH Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (APLT) telah mendapat perkenan Diraja pada 2 Febuari 2012. Keseluruhannya, Akta ini mempunyai 92 seksyen dan tiga jadual. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan suatu bentuk entiti perniagaan terbaharu yang diperkenalkan di Malaysia. Dalam bahasa yang mudah, PLT merupakan suatu bentuk perbadanan perniagaan alternatif yang menawarkan manfaat liabiliti terhad (yang dimiliki oleh syarikat) dan fleksibiliti (dimiliki oleh firma perkongsian). Jelasnya, PLT merupakan hasil kacukan antara perkongsian dan juga syarikat. PLT boleh dimanfaatkan oleh semua jenis perniagaan, namun begitu, ia dirangka khas bagi memenuhi keperluan sektor perkhidmatan profesional seperti firma guaman, doktor perubatan, juruaudit, firma arkitek dan juga perusahaan yang lain. Dengan ciri liabiliti terhad, PLT merupakan sejenis pemilikan perniagaan yang dapat menarik golongan profesional. Keistimewaan lain ialah akaun PLT tidak perlu diaudit, dan Penyata Kewangannya tidak perlu diserah simpan di SSM. PLT menawarkan suatu set peraturan dalaman yang menyerupai perjanjian perkongsian sebagai suatu pusat tadbir urus tambahan bagi manfaat pekongsi-pekongsinya.


161 Perkongsian Liabiliti Terhad Asas PLT Komposisi dan Prosedur Pendaftaran PLT Pengurusan PLT Pertukaran Entiti dan PLT Asing Penyeleng garaan PLT Pematuhan PLT Pembubaran dan Pemotongan PLT SKOP PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD Bab 8 membincangkan topik mengenai PLT yang meliputi aspek-aspek berikut: Rajah 8.01: Skop Perbincangan PLT ASAS PLT Sumber undang-undang PLT terdiri daripada: 1. Akta perkongsian Liabiliti Terhad 2012 2. Peraturan-Peraturan PLT 2012


162 3. Pendafatran Perkongsian Liabiliti Terhad 4. Perjanjian Antara Pekongsi PLT TAFSIRAN UNDANG-UNDANG Menurut Akta, PLT bermaksud:77 “suatu PLT yang didaftarkan di bawah seksyen 11 atau suatu PLT asing yang didaftarkan di bawah seksyen 45.” Disebabkan PLT terdiri daripada beberapa orang pekongsi, maka maksud pekongsi ialah:78 “…ertinya mana-mana orang yang diterima masuk sebagai seorang Pekongsi dalam PLT itu mengikut perjanjian PLT, dan termasuk pekongsi bergaji sama ada pekongsi itu merupakan seorang pekerja PLT itu atau tidak.” Objektif PLT Objektif PLT ialah: (a) Membolehkan usahawan menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang; (b) Untuk memperolehi keuntungan; (c) Memberikan suatu platform menjalankan perniagaan yang mampu dimiliki; dan 77 Seksyen 2 APLT 2012 78 ibid.


163 (d) Memberikan fleksibiliti daripada aspek pengurusan dalaman tertakluk kepada perjanjian PLT; PLT Sesuai Untuk Siapa? PLT sesuai ditubuhkan untuk golongan berikut: ⚫ Golongan profesional; ⚫ Perniagaan kecil dan sederhana; ⚫ Usahasama (Joint Venture); dan ⚫ Modal teroka (Venture Capital) Namun begitu, tiada sekatan bagi perniagaan-perniagaan lain untuk didaftarkan di bawah PLT. RASIONAL PLT DI MALAYSIA PLT merupakan sebuah entiti perniagaan yang menggabungkan sifat-sifat keistimewaan perkongsian konvensional dan syarikat persendirian. Rasional utama PLT diperkenalkan di Malaysia ialah: “PLT merupakan percantuman antara beberapa ciri-ciri khas perkongsian konvensional dan syarikat.” Menikmati Status Liabiliti Terhad Menggalakkan percambahan keusahawanan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. (a) Merapatkan jurang antara perkongsian dan syarikat


164 Perkongsian konvensional Syarikat PLT ⚫ Menyediakan suatu pilihan medium perniagaan baharu berbanding dengan medium perniagaan tradisional yang sedia ada. ⚫ Memberikan pilihan model perniagaan terbaik yang lebih bebas dan fleksibel bagi memenuhi keperluan perniagaan. ⚫ Menggabungkan ciri-ciri hybrid antara perkongsian konvensional dan syarikat persendirian. (b) Penjimatan kos penubuhan dan pematuhan ⚫ boleh ditubuhkan sendiri oleh Pekongsi ⚫ melindungi pekongsi berbanding perkongsian ⚫ kos pematuhan yang rendah berbanding dengan syarikat (c) Akaun tidak perlu diaudit dan diserah simpan di pejabat SSM setiap tahun kalendar


165 Kelebihan utama PLT ialah perlindungan liabiliti terhad yang ditawarkannya kepada rakan kongsinya. Aset peribadi setiap rakan kongsi secara amnya dilindungi daripada hutang dan pelbagai liabiliti perniagaan. Hal ini bermaksud, jika perniagaan menghadapi masalah kewangan atau tuntutan undang-undang, aset peribadi rakan kongsi, seperti rumah atau akaun simpanan, secara amnya terlindung daripada digunakan untuk memenuhi kewajipan atas hutang dan liabiliti perniagaan. Fleksibiliti Dalam Pengurusan dan Membuat Keputusan PLT menyediakan fleksibiliti dari segi pengurusan dan membuat keputusan. Rakan kongsi boleh menentukan peranan dan tanggungjawab mereka dan mengagihkan kuasa membuat keputusan berdasarkan kepakaran dan keutamaan masing-masing. Fleksibiliti ini membolehkan PLT membuat keputusan yang cekap dengan meletakkan rakan kongsi pada tahap kemahiran yang berbeza dalam operasi harian. Entiti Undang-undang Yang Berasingan PLT merupakan suatu entiti undang-undang yang berasingan daripada rakan kongsi mereka. Perbezaan ini menyediakan struktur perniagaan yang formal dan diiktiraf, yang boleh meningkatkan kredibiliti dan reputasi perniagaan di mata pelanggan, pembekal dan bakal pelabur.


166 Ia juga membenarkan kesinambungan perniagaan, walaupun rakan kongsi individu meninggalkannya, atau rakan kongsi baharu menyertainya. Pemilikan dan Sumber Dikongsi PLT membenarkan rakan kongsi mengumpulkan sumber, kepakaran dan kenalan mereka bagi memanfaatkan kekuatan kolektif. Dengan menggabungkan kemahiran dan modal, rakan kongsi boleh membina entiti perniagaan yang lebih teguh dan berdaya saing. Selain itu, struktur pemilikan bersama memudahkan perkongsian keuntungan dan kerugian antara rakan kongsi mengikut nisbah perkongsian yang dipersetujui mereka. Perkhidmatan dan Perkongsian Profesional PLT amat sesuai untuk firma perkhidmatan profesional, seperti firma guaman, firma perakaunan atau amalan perundingan. Entiti perniagaan seperti ini selalunya memerlukan struktur yang fleksibel, dan kolaboratif yang mana rakan kongsi boleh berkongsi perlindungan liabiliti, mengekalkan kebebasan profesional dan mengurus hal ehwal firma secara kolektif. SIFAT-SIFAT NYATA PLT PLT memiliki beberapa keistimewaan seperti berikut:79 (a) PLT merupakan suatu pertubuhan perbadanan (body corporate) dan mempunyai personaliti undang-undang yang berasingan daripada pekongsi-pekongsinya. 79 Seksyen 3 APLT 2012


167 (b) PLT boleh diwarisi turun temurun. (c) Perubahan dalam kalangan pekongsi-pekongsi PLT tidak menjejaskan kewujudan, hak atau tanggungan PLT itu. (d) PLT mempunyai kapasiti undang-undang yang tidak terhad atas namanya (tidak melibatkan nama pekongsi) untuk: ⚫ menyaman dan disaman terhadapnya; ⚫ membeli, meminjam, menyewa, dan berkontrak; ⚫ memperolehi, memiliki, memegang dan membangunkan atau melupuskan harta tanah; dan (e) PLT boleh melakukan dan menanggung apa-apa seperti yang boleh dilakukan dan ditanggung oleh perbadanan. Walaupun sifat-sifat nyata PLT mempunyai sedikit persamaan dengan perkongsian konvensional, namun begitu, peruntukan Akta Perkongsian 1961, mana-mana rukun ekuiti dan common law yang terpakai bagi perkongsian adalah tidak terpakai dalam PLT yang didaftarkan.80 JENIS-JENIS PENDAFTARAN PLT Pendaftaran PLT adalah dikategorikan seperti berikut: (a) Pendaftaran PLT Tempatan; 80 Seksyen 4 APLT 2012


168 PLT Pendaftaran Baharu PLT Tempatan Profesional Peguambela dan Peguamcara Akauntan Bertauliah Setiausaha Syarikat Pertukaran Perkongsian Konvensional Syarikat Persendirian PLT Asing (b) Pendafataran PLT Profesional; ⚫ Peguambela dan Peguamcara ⚫ Akauntan Bertauliah ⚫ Setiausha Syarikat Rajah 8.01: Jenis-jenis PLT Sumber: SSM, 2023 (c) Pendaftaran PLT Asing; dan (d) Pertukaran ⚫ perkongsian konvensional kepada PLT; dan ⚫ syarikat persendirian kepada PLT Maklumat Untuk Pendaftaran PLT Maklumat yang diperlukan untuk mendaftarkan PLT ialah seperti berikut:


169 Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran PLT Cadangan nama PLT Jenis perniagaan Alamat pejabat berdaftar Nama dan maklumat rakan kongsi Nama dan maklumat pegawai pematuhan Surat kelulusan daripada badan profesional KOMPOSISI PLT Bilangan minimum pekongsi ialah dua orang atau lebih, yang terdiri daripada manusia biasa atau perbadanan.81 PLT hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai pematuhan.82 Jika pekongsi PLT terdiri daripada dua orang, maka salah seorang daripada mereka hendaklah bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT. Jika seorang doktor perubatan ingin menubuhkan PLT tanpa rakan kongsi, maka setiausaha syarikat boleh dilantik untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan. 81 Seksyen 6 APLT 2012 82 Seksyen 27(1) APLT 2012


170 PEGAWAI PEMATUHAN PLT DAN KELAYAKAN Pendaftaran sebagai pengguna MyLLP terbuka kepada individu yang layak untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT. Oleh itu, pegawai pematuhan PLT hendaklah berdaftar sebagai pengguna MyLLP terlebih dahulu, dengan mencipta ID dan kata laluan. Statut menghendaki PLT mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai pematuhan seperti berikut: ⚫ Dalam kalangan pekongsi pekongsi sendiri, atau; ⚫ Seorang yang layak bertindak sebagai setiausaha Syarikat di bawah Akta Syarikat 2016. Seorang setiausaha syarikat layak dilantik sebagai pegawai pematuhan, tertakluk kepada persetujuan, serta terma dan syarat perkhidmatan beliau sebagai pegawai pematuhan. Kelayakan Pegawai Pematuhan PLT hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai pematuhan yang mempunyai kelayakan seperti berikut:83 83 Seksyen 27(1) APLT 2012


171 (a) berdaftar sebagai pengguna MyLLP; (b) terdiri dalam kalangan pekongsi PLT, atau orang yang mempunyai kelayakan sebagai setiausaha syarikat di bawah Akta Syarikat 1965; (c) sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan (d) warganegara atau penduduk tetap Malaysia yang lazimnya tinggal di Malaysia; (e) tidak hilang kelayakan sebagai seorang pegawai pematuhan atau setiausaha syarikat d bawah Akta Syarikat 1965; (f) bersetuju untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT dan persetujuan itu di serah simpan di pejabat Pendaftar. Setelah pengguna MyLLP mempunyai ID dan kata laluan, beliau boleh mendaftar MyLLP dan membuat bayaran fi pendaftaran berjumlah RM500 secara terus atau talian. Peletakan Jawatan Pegawai Pematuhan Pegawai Pematuhan boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis, jika beliau berhasrat untuk berhenti daripada jawatan itu.84 Setelah notis mengosongkan jawatan diserah simpan di pejabat Pendaftar, pegawai pematuhan hendaklah berhenti apabila habis tempoh satu bulan daripada tarikh notis itu diserah simpan.85 84 Seksyen 27(3) APLT 2012 85 Seksyen 27(5) APLT 2012


172 Jika tiada pegawai pematuhan yang baharu dilantik selepas habis tempoh notis itu, maka statut mensifatkan kesemua pekongsi adalah merupakan pegawai pematuhan bagi PLT tersebut.86 Tugas dan Kewajipan Pegawai Pematuhan Seorang pegawai pematuhan PLT dikehendaki bertanggungjawab atas semua perkara yang dilakukan dalam PLT menurut Akta, dan peraturan-peraturan lain seperti berikut: (a) serah-simpan atau menghantar dokumen-dokumen bagi pihak pekongsi atau LLP;87 (b) mendaftar apa-apa dokumen perubahan maklumat jika berlaku perubahan, ke pejabat Pendaftar;88 (c) menyimpan dokumen-dokumen berkanun di pejabat berdaftar;89 (d) menyiarkan nama PLT dan nombor pendaftaran di luar pejabat berdaftar dan tempat perniagaan;90 dan (e) bertanggungan atas semua penalti termasuk penalti pentadbiran yang dikenakan atas PLT, dan apa-apa perlanggaran mana-mana peruntukkan undangundang, 86 Seksyen 27(6) APLT 2012 87 Peraturan 6, LLP Regulations 2012 88 Seksyen 17 APLT 2012 89 Seksyen 19 APLT 2012 90 Seksyen 20 APLT 2012


173 melainkan pegawai pematuhan dapat memuaskan hati mahkamah bahawa dia tidak sepatutnya bertanggungan atas kenaan penalti tersebut.91 HILANG KELAYAKAN PEGAWAI PEMATUHAN Seorang pegawai pematuhan akan hilang kelayakannya jika:92 (a) Seorang bankrap yang belum dilepaskan oleh mahkamah; atau (b) Hilang kelayakan sebagai pengarah atau setiausaha di bawah Akta Syarikat 1965. Kewajipan dan Liabiliti Pegawai Pematuhan Pegawai Pematuhan bertanggungjawab untuk melaksanakan semua tindakan dan perkara di bawah Akta PLT 2012, dan Peraturan-Peraturan PLT 2012 seperti berikut: (a) Serah simpan atau mengemukakan dokumen bagi pihak pekongsi atau PLT.93 (b) Mendaftarkan pertukaran dalam butir-butir PLT.94 (c) Menyimpan daftar-daftar dan dokumen statutori di pejabat berdaftar PLT;95 91 Seksyen 27(7)(b) APLT 2012 92 Seksyen 28 APLT 2012 93 Peraturan 6 94 Seksyen 17 APLT 2012 95 Seksyen 19 APLT 2012


174 (d) Mempamerkan nama dan nombor pendaftaran PLT di luar pejabat pendaftaran dan tempat perniagaannya;96 (e) Apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa Siapakah Yang Layak Mendaftarkan PLT? Mereka yang layak mendaftarkan PLT ialah: (a) Seorang pekongsi yang dilantik sebagai pegawai pematuhan; dan (b) Setiausaha Syarikat yang dilantik sebagai pegawai pematuhan. Bagi seorang pengamal profesional, misalnya doktor perubatan/pergigian, mereka boleh melantik seorang setiausaha syarikat sebagai pegawai pematuhan tanpa perlu melantik pekongsi lain dalam profesyen yang sama. Walau bagaimanapun, seorang setiausaha syarikat akan mengenakan retainer fi atas perkhidmatan yang diberikan. Jika pengamal profesional ingin bersendirian tanpa pekongsi lain, maka melantik seorang setiausaha syarikat sebagai pegawai pematuhan merupakan pilihan terbaik. PENDAFTARAN PENGGUNA SISTEM MYLLP Bagi usahawan yang ingin mendaftar PLT, beliau (orang yang bertindak sebagai pegawai pematuhan) perlu mendaftar sebagai pengguna MyLLP terlebih dahulu. 96 Seksyen 20 APLT 2012


175 Berikut merupakan proses pendaftaran sebagai pengguna sistem MyLLP secara atas talian. (a) Pastikan pengguna mempunyai MyKad, alamat email dan akses internet; (b) Layari laman web www.ssm.com.my dan klik ke ikon MyLLP; (c) Daftar dahulu sebagai pengguna MyLLP: pilih Verified User atau Verified Professional User; (d) Ikuti arahan yang diterima melalui email dan aktifkan pendaftaran dikaunter SSM yang berhampiran; (e) Patuhi arahan email untuk mencipta kata laluan di MyLLP; (f) Pilih dan lengkapkan permohonan serta transaksi bayaran di MyLLP; dan (g) Semak status permohonan di My Application, keputusan permohonan dimaklumkan melalui email. Fi Pendaftaran Fi pendaftaran PLT adalah RM500.00 Penyelenggaraan PLT Terdapat tiga aspek penting perlu diberi perhatian dalam menyelenggara suatu PLT. Kehendak undang-undang dan peraturan PLT yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: (a) Pertukaran nama PLT, seksyen 15


176 Nama asal PLT hendaklah dikekalkan. Misalnya, Imtiyaz & Associates PLT ditukarkan kepada Imtiyaz Training PLT. (b) Perubahan Maklumat, seksyen 17 Misalnya perubahan alamat perniagaan, pelantikan atau peletakan jawatan pekongsi, pegawai pematuhan dan juga aktiviti perniagaan. (c) Serah simpan Deklarasi Tahunan, seksyen 68 Di samping itu, para pekongsi perlu mematuhi kehendak efiling cukai pendapatan PLT setiap tahun. Setelah Penyata Kewangan tahunan PLT disiapkan, pekongsi boleh melantik ejen cukai untuk membuat taksiran, dan pematuhan, serta efiling cukai bagi setiap tahun taksiran. ELEMEN-ELEMEN PLT Berdasarkan definisi di atas, terdapat tiga elemen yang menjadi asas kepada PLT, iaitu: (a) Pekongsi (b) Liabiliti terhad (c) Perjanjian PLT Pekongsi Pekongsi PLT boleh terdiri daripada manusia biasa, PLT lain dan perbadanan atau campuran daripada manusia biasa, PLT lain dan perbadanan. Definisi PLT di atas tidak menyatakan bilangan minimum pekongsi-pekongsi, namun begitu, seksyen 6 Akta


177 menyatakan dengan jelas bilangan minimum pekongsi ialah dua orang atau lebih. Ahli-ahli pekongsi boleh terdiri daripada mereka yang bekerja makan gaji dengan PLT itu ataupun tidak. Walau bagaimanapun, Akta ini memberikan perbezaan yang jelas dengan perkongsian konvensional supaya seseorang itu tidak keliru. Menurut Akta, perkongsian konvensional bermaksud:97 “… suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] dan suatu perkongsian yang ditubuhkan oleh dua orang atau lebih bagi maksud menjalankan apa-apa amalan professional.” Definisi perkongsian konvesional di atas tidak menyatakan kehendak kepada perjanjian perkongsian secara nyata berbanding dengan PLT. Jelasnya, perkongsian konvensional boleh mengabaikan perjanjian perkongsian jika pekongsi-pekongsinya berhasrat mendaftarkan perniagaan mereka. Namun begitu, untuk menjaga keharmonian yang berkekalan sesama ahli, perjanjian perkongsian sangat diperlukan. Dalam perkongsian konvensional, pekongsi hendaklah terdiri daripada manusia biasa sedangkan dalam PLT pekongsi boleh terdiri daripada perbadanan. Terdapat sekatan pekongsi dalam perkongsian konvensional, yang 97 ibid.


178 mana hanya orang biasa sahaja yang dibenarkan menjadi pekongsi. Liabiliti Terhad Liabiliti terhad merupakan suatu ciri unik yang dimiliki oleh PLT, yang tidak dimiliki oleh perkongsian konvensional. Hanya aset PLT sahaja yang akan digunakan untuk menyelesaikan hutang piutang PLT tanpa melibatkan aset personal pekongsi. Oleh itu, kedudukan pekongsi PLT berada dalam keadaan lebih selamat daripada aspek tanggungan berbanding dengan perkongsian konvensional. SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PLT PLT hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum ditubuhkan:98 (a) Pekongsi terdiri daripada dua orang atau lebih, tidak kira sama ada pekongsi itu terdiri daripada orang biasa atau perbadanan; (b) Menjalankan perniagaan yang sah; (c) Bermotifkan keuntungan; dan (d) Mempunyai perjanjian PLT. Pekongsi PLT bagi amalan profesional hendaklah terdiri daripada orang yang menjalankan profesyen yang sama. Di 98 Seksyen 6 APLT 2012


179 samping itu, perbadanan tidak dibenarkan menjadi pekongsi dalam PLT itu. Misalnya, jika PLT itu menjalankan perniagaan sebagai setiausaha syarikat, semua pekongsinya hendaklah terdiri daripada setiausaha syarikat bertauliah dan perbadanan tidak dibenarkan dilantik sebagai pekongsi. Penyedia Perkhidmatan Amalan Profesional Jadual Pertama APLT 2012 menyatakan kategori profesyen yang layak untuk didaftarkan sebagai penyedia perkhidmatan Amalan Profesional, iaitu: (a) Akauntan Bertauliah, yang dikawal oleh Akta Akauntan 1967; (b) Peguambela dan Peguamcara, yang dikawal oleh Akta Profesyen Undang-undang 1976, Ordinan Peguambela Sabah dan Ordinan Peguambela Sarawak; dan (c) Setiausaha Syarikat, yang dikawal oleh Akta Syarikat 1965. Penubuhan PLT bagi maksud menjalankan suatu perniagaan bercorak amalan profesional mempunyai syaratsyarat khusus yang perlu dipatuhi oleh para pekongsi seperti berikut:99 (a) Terdiri daripada manusia biasa (perbadanan tidak dibenarkan) yang menjalankan amalan professional dalam bidang yang sama; dan 99 Seksyen 8 APLT 2012


180 (b) Mempunyai perlindungan insurans tanggungan ganti rugi profesional yang berkuatkuasa bagi suatu amaun yang tidak kurang daripada amaun: ⚫ yang diluluskan oleh Pendaftar; atau ⚫ diluluskan oleh Pendaftar selepas berunding dengan badan pentadbir amalan profesional itu. (c) Mengemukakan perjanjian PLT kepada Pendaftar (d) Bagi PLT yang menjalankan perniagaan amalan profesional, permohonan hendaklah disertakan dengan surat kelulusan daripada pentadbir badan profesional masing-masing yang disahkan terlebih dahulu.100 Butir-butir Diperlukan Bagi Pendaftaran PLT Maklumat berikut perlu diisi dalam Borang 2 MyLLP secara atas talian: (a) cadangan nama PLT; (b) bidang perniagaan; (c) alamat berdaftar; (d) nama dan butir-butir pekongsi; (e) nama dan butir-butir pegawai pematuhan; (f) surat kelulusan (untuk amalan profesional). 100 Seksyen 10(4) APLT2012


181 Pekongsi hendaklah mendapatkan surat kelulusan mengesahkan status PLT yang dicadangkan daripada badan pentadbiran amalan professional. Surat kelulusan itu hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut: (a) pekongsi-pekongsi PLT; (b) alamat berdaftar; (c) tarikh pendaftaran dengan badan tadbir professional, termasuk nombor rujukan ahli; dan (d) perlindungan insurans indemniti. Pendaftaran PLT hendaklah dibuat oleh pegawai pematuhan yang dilantik oleh PLT dan berdaftar dengan SSM. Begitu juga, serah simpan mana-mana dokumen di pejabat Pendaftar hendaklah dilakukan oleh pegawai pematuhan PLT itu sendiri.101 Had Umur Di bawah PLT, tiada peruntukkan statut menetapkan had umur minimum seseorang itu dibenarkan menjadi seorang pekongsi. Namun begitu, syarikat menetapkan hanya orang sudah cukup umur sahaja boleh menjadi pengarah syarikat. Menurut seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971: 101 Peraturan 6, Peraturan PLT 2012


182 “… umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.” Oleh itu, seseorang yang layak dilantik sebagai pengarah syarikat apabila sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas. Berdasarkan Akta Umur Dewasa 1971, umur minimum seseorang pekongsi ialah sekurang-kurangnya lapan belas tahun. PERBANDINGAN PLT, PERKONGSIAN DAN SYARIKAT Untuk memudahkan lagi kefahaman, dan membuat penilaian daripada aspek undang-undang, berikut adalah perbandingan ciri-ciri utama ketiga-tiga entiti perniagaan tersebut. PLT lwn. Perkongsian Konvensional PLT mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding dengan perkongsian konvensional. Berikut disenaraikan beberapa keistimewaan PLT: (a) Liabiliti pekongsi terhad setakat jumlah sumbangan yang dipersetujui. (b) Pekongsi tidak bertanggungan atas kesalahan atau salah laku pekongsi-pekongsi lain, justeru melindungi individu pekongsi lain daripada tanggungan bersesama


183 lantaran kesalahan atau salah laku yang dibuat oleh pekongsi itu. (c) Setiap pekongsi perniagaan berbentuk PLT merupakan ejen kepada PLT, dan bukannya ejen kepada pekongsi yang lain. (d) Pekongsi-pekongsi bertanggungan sendiri setakat jumlah modal yang disediakan oleh mereka. (e) PLT boleh memiliki harta seperti harta tanah, bangunan, mesin dan jentera, kenderaan, syer dan lain-lain atas namanya sendiri. PLT juga boleh meminjam wang dan melabur atas namanya sendiri. Firma perkongsian tidak boleh memiliki harta atas nama perkongsian itu sendiri, disebabkan undang-undang tidak mengasingkan personaliti perkongsian itu dengan pekongsi-pekongsinya. (f) PLT boleh mempertahankan dirinya daripada sebarang tindakan undang-undang sama ada daripada pekongsi-pekongsi ataupun daripada pihak luar. Keupayaan PLT bertindak atas dirinya sendiri menyamai kapasiti yang dimiliki oleh syarikat persendirian. (g) Perkongsian konvensional boleh ditukarkan kepada PLT, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan PLT ditukarkan kepada perkongsian konvensional.


184 PLT lwn. Syarikat Terdapat beberapa keistimewaan yang sangat ketara bagi PLT berbanding dengan syarikat persendirian. Keistimewaan PLT boleh dilihat dalam aspek-aspek berikut: (a) PLT tidak perlu menerbitkan syer sedangkan syarikat dimiliki oleh pemegang-pemegang syer melalui terbitan syer syarikat. (b) PLT tidak perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan pada setiap tahun kalendar. (c) PLT tidak perlu mengemukakan penyata kewangan kepada SSM setiap tahun. (d) Penyata Kewangan PLT tidak perlu diaudit. (e) Mudah untuk ditubuhkan, dijalankan dan diuruskan. (f) Struktur tata kelola PLT ditadbir oleh perjanjian PLT yang dipersetujui bersama dalam kalangan pekongsi. (g) Tidak banyak penalti ketakpatuhan undang-undang dan peraturan berbanding dengan syarikat persendrian. (h) Pekongsi yang hilang kelayakan disebabkan muflis tidak perlu keluar daripada PLT, dan PLT itu dibenarkan menjalankan perniagaan dengan kebenaran mahkamah.


185 Manakala bagi pengarah syarikat yang muflis, hilang kelayakannya secara automatik, dan perlu keluar daripada syarikat itu. (i) Syarikat boleh ditukarkan kepada PLT, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan PLT ditukarkan kepada syarikat. (j) PLT boleh ditubuhkan oleh pegawai pematuhan yang merupakan salah seorang pekongsi yang dilantik, manakala syarikat ditubuhkan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Usahawan boleh membandingkan sifat-sifat entiti perniagaan yang berbeza ini untuk memilih suatu entiti perniagaan yang sesuai dengan perniagaan mereka. Namun begitu, tertakluk kepada keperluan semasa, entiti perniagaan yang dipilih boleh ditukar statusnya pada masa akan datang.


186


Click to View FlipBook Version