The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.alrahman, 2024-02-18 09:40:25

ENTITI PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN DAN PLT

This Ebook is pertaining three types of business vehicles in Malaysia.

Keywords: ENTITI PERNIAGAAN

87 ⚫ dalam urusan biasa dan kendalian perniagaan firma yang betul; atau ⚫ tentang apa sahaja yang perlu dilakukan untuk memelihara perniagaan atau harta firma. Misalnya, jika mana-mana pekongsi mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan minyak petrol semasa menjalankan tugas, maka firma hendaklah mengganti semula wang yang dituntut oleh pekongsi itu. Begitu juga dengan kos undang-undang yang ditanggung oleh pekongsi dalam mempertahankan firma dan perkongsian, hendaklah dibayar ganti rugi oleh firma kepada pekongsi itu. 3. Faedah atas tambahan modal Apa-apa modal tambahan yang melebihi modal yang ditetapkan, hendaklah dibayar faedah atas tambahan modal itu pada kadar 8% setahun bermula daripada tarikh modal itu dibayar kepada firma. Misalnya, jika modal perkongsian yang diperlukan ialah RM30,000, tetapi pekongsi A telah memasukkan RM50,000 dengan modal tambahan RM20,000 dan dipersetujui oleh pekongsi lain. Oleh itu, firma hendaklah membayar faedah sebanyak RM1,600 (8% x RM20,000) kepada pekongsi A setiap tahun.


88 4. Faedah atas modal Pekongsi tidak berhak terhadap faedah atas modal sebelum keuntungan firma dikira terlebih dahulu. Dalam erti kata lain, faedah hendaklah dibayar sebelum keuntungan bersih ditentukan atau dikira. Dalam perakaunan, faedah dianggap sebagai perbelanjaan firma. 5. Pengurusan perkongsian Semua pekongsi diberi hak untuk melibatkan diri dalam pengurusan perniagaan, bergantung kepada kemahiran masing-masing. Dalam kes-kes mahkamah, menunjukkan setiap pekongsi hendaklah hadir dan bekerja dalam firma perkongsian itu. Jika mana-mana pekongsi gagal datang dan bekerja, hal ini boleh dijadikan asas untuk membubarkan perkongsian itu. 6. Imbuhan, gaji atau elaun Tiada mana-mana pekongsipun layak ke atas imbuhan kerana penglibatannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, perjanjian perkongsian boleh menetapkan setiap pekongsi yang aktif menerima gaji tetap disamping perkongsian untung daripada firma. Gaji hendaklah dibayar sebelum pengiraan untung bersih, disebabkan gaji merupakan perbelanjaan firma.


89 Pekongsi lelap hanya berhak ke atas perkongsian untung atau rugi sahaja. 7. Kemasukan pekongsi baharu Tiada seorangpun dibenarkan masuk sebagai pekongsi baharu dalam firma tanpa persetujuan semua pekongsi. Walau bagaimanapun, jika terdapat kebenaran sebaliknya dalam perjanjian perkongsian, maka kemasukan pekongsi baharu boleh dibuat tanpa persetujuan pekongsi lain. 8. Perbezaan pendapat Perbezaan pendapat hendaklah diputuskan melalui persetujuan majoriti pekongsi tanpa mengubah sifatsifat perkongsian itu sendiri. Jika bilangan pekongsi hanya dua orang, keputusan terletak ditangan pekongsi yang memiliki syer majoriti. Pekongsi lain tidak boleh menentang keputusan yang telah diputuskan oleh majoriti ahli, melainkan dalam halhal yang mengubah sifat perkongsian itu. 9. Buku perkongsian Buku perkongsian bermaksud rekod-rekod dan maklumat berkanun berkenaan dengan pendaftaran perkongsian, rekod keluar masuk pekongsi, maklumat


90 perniagaan, peratus pegangan syer dan lain-lain. Hal ini termasuklah dokumen-dokumen kontrak, harta dan hutang perkongsian dan lain-lain. Buku perkongsian ini hendaklah disimpan di premis perniagaan (atau ditempat utama yang lain), dan mana-mana pekongsi mempunyai akses dan boleh memeriksa buku perkongsian itu serta membuat salinan.27 10.Pemecatan pekongsi Majoriti pekongsi tidak dibenarkan memecat manamana pekongsi, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian atas sebab-sebab salah laku seperti rasuah, keuntungan rahsia atau pecah amanah. Kuasa memecat pekongsi hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan semua pekongsi. Walau bagaimanapun, jika bilangan pekongsi ialah dua orang, pekongsi yang ingin dipecat atas kesalahan salah laku hendaklah menarik diri daripada perkongsian itu. KEWAJIPAN BERSIKAP JUJUR Acap kali pekongsi tidak berlaku jujur sesama pekongsi lain hingga menyebabkan perbalahan, seterusnya perpecahan. Secara khususnya, seksyen 30, 31 dan 32 menyatakan 27 Seksyen 26(i) AP, 1961


91 keperluan bersikap jujur dalam kalangan pekongsi-pekongsi firma. Oleh sebab firma perkongsian tergolong dalam jenis kontrak bona fide, maka pekongsi-pekongsi wajib berlaku jujur dengan pekongsi lain, dan juga firma tersebut. Prinsip bersikap jujur ini diakui oleh undang-undang lazim dan juga dalam Akta Perkongsian itu sendiri. Misalnya, seorang pekongsi tidak boleh ditamatkan keahliannya atau memecatnya, walaupun dengan majoriti pekongsi-pekongsi lain, melainkan di bawah perjanjian nyata yang dipersetujui oleh semua pekongsi-pekongsi.28 Keperluan bersikap jujur sesama pekongsi merangkumi perkara-perkara berikut: KEPERLUAN BERSIKAP JUJUR (a) pekongsi-pekongsi diwajibkan untuk memberi akaun dan maklumat yang betul.29 (b) mengambil kira menfaat yang diterima oleh pekongsipekongsi daripada mana-mana transaksi perniagaan perkongsian itu.30 (c) transaksi yang dilakukan selepas suatu perkongsian dibubarkan disebabkan kematian seorang pekongsi.31 28 Seksyen 27 AP, 1961 29 Seksyen 30 AP 1961 30 Seksyen 31(a) AP 1961 31 Seksyen 31(b) AP 1961


92 (d) pekongsi-pekongsi tidak dibenarkan menjalankan perniagaan yang bersaingan dengan firma secara rahsia. Jika disabitkan, pekongsi itu dikehendaki menyerahkan segala keuntungan yang diperorehinya daripada perniagaannya itu kepada firma.32 Memberikan Akaun dan Maklumat Yang Betul Akaun dan maklumat yang betul bermaksud transaksi perniagaan hendaklah dijalankan oleh pekongsi-pekongsi dengan betul, telus dan mempunyai rekod. Pekongsi terikat untuk memberikan akaun yang betul dan maklumat penuh mengenai segala transaksi yang melibatkan perkongsian itu kepada mana-mana pekongsi atau wakilnya di sisi undang-undang.33 Peruntukkan ini memberi maksud bahawa mana-mana pekongsi diberikan amanah untuk menjaga hal ehwal firma dengan betul. Dalam erti kata lain, pekongsi hendaklah bertindak jujur dalam setiap urusniaga firma, terutamanya yang melibatkan kewangan. Mengambil Kira Menfaat Yang Diperolehi Oleh Pekongsi Daripada Mana-mana Transaksi Setiap pekongsi mempunyai kewajipan mengambil kira menfaat dan keuntungan yang diperolehi daripada urusniaga adalah untuk firma; sama ada daripada: 32 Seksyen 32 AP 1961 33 Seksyen 30 AP 1961


93 ⚫ Apa-apa transaksi berkaitan dengan perkongsian; ⚫ Apa-apa pengguna harta perkongsian oleh pekongsi; ⚫ Apa-apa penggunaan nama perkongsian oleh pekongsi; atau ⚫ Apa-apa penggunaan hubungan perniagaan firma oleh pekongsi. Apa-apa menfaat atau keuntungan yang diperolehi oleh mana-mana pekongsi mestilah tanpa persetujuan atau pengetahuan pekongsi lain. Hal ini bermaksud, seseorang pekongsi itu tidak dibenarkan menyimpan sebarang keuntungan firma untuk dirinya sendiri, tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam akaun firma. Dengan cara ini, keuntungan boleh diagihkan sesama pekongsi menurut kadar perkongsian untung yang telah dipersetujui. Jika mana-mana pekongsi gagal memulangkan menfaat atau keuntungan peribadi yang diperolehinya, pekongsipekongsi lain boleh menyamannya, dan menuntut kembali keuntungan tersebut kerana tindakan pekongsi itu bertentangan dengan seksyen 31 AP. Mengambil Kira Keuntungan Yang Diperolehi Daripada Perniagaan Yang Bersaing Terdapat juga pekongsi menjalankan perniagaan yang sama dengan firma tanpa persetujuan daripada pekongsi lain.


94 Tindakan pekongsi ini dikatakan bertentangan dengan seksyen 32 AP disebabkan oleh: ⚫ menjalankan perniagaan jenis yang sama dengan perniagaan firma; dan ⚫ bersaing dengan perniagaan firma. Firma dan pekongs-pekongsinya boleh menyaman pekongsi yang menjalankan perniagaan bertentangan dengan seksyen 32 ini, dan menuntut keuntungan yang diperolehi itu dikembalikan semula kepada firma. Hendaklah ingat bahawa, pekongsi dilarang menjalankan perniagaan lain yang bersaing dengan firma, kecuali mendapat persetujuan daripada semua pekongsi yang lain. Tanggungaan Pekongsi Jika Tempoh Perkongsian Diteruskan Jika suatu perkongsian ditubuhkan bagi suatu tempoh tertentu, dan diteruskan setelah tamat tempoh, tetapi tiada perjanjian nyata diperbaharui, maka hak dan kewajipan pekongsi tetap sama seperti pada masa sebelum tempoh itu tamat. Penerusan urusan perniagaan oleh pekongsi atau manamana daripada mereka yang lazimnya bertindak semasa tempoh itu (tanpa apa-apa kes penyelesaian atau likuidasi), dianggap sebagai perkongsian itu berjalan berterusan.


95 Kes 4.01 ABC Partners menjalankan perniagaan mencetak baju-T dan cenderamata. Menurut perjanjian perkongsian, perkongsian itu ditubuhkan berkuatkuasa daripada 10 Januari 2019 sehingga 31 Disember, 2021. Namun begitu, selepas Tarikh 31 Disember 2021, perniagaan tersebut terus berjalan seperti biasa. Walaupun tempoh perkongsian itu sudah tamat, hak dan kewajipan pekongsi tetap sama seperti sebelumnya. HARTA PERKONGSIAN Bagaimana hendak memastikan bahawa suatu harta itu kepunyaan perkongsian atau kepunyaan pekongsi? Berikut merupakan penentu bagi memastikan suatu harta itu adalah kepunyaan perkongsian atau sebaliknya: 1. Perjanjian. Bagi menentukan suatu harta itu kepunyaan perkongsian atau pekongsi, hal ini bergantung kepada perjanjian antara pekongsi-pekongsi, sama ada secara nyata atau tersirat. 2. Niat. Jika tiada perjanjian perkongsian, adalah penting melihat kepada niat pekongsi-pekongsi itu, sama ada mereka ingin menganggap harta itu sebagai harta perkongsian atau tidak. Hal ini tersirat dalam frasa “memperolehi… atas sebabsebab …. bagi tujuan dan dalam menjalankan perniagaan perkongsian…. “di bawah seksyen 22(1).”


96 Segala harta, hak dan kepentingan harta yang dibawa masuk ke dalam firma sama ada melalui pembelian atau selainnya bagi maksud menjalankan perniagaan merupakan harta perkongsian. Harta perkongsian pula hendaklah dipegang dan digunakan secara eklusif oleh pekongsi-pekongsi bagi tujuan perkongsian, dan berjalan menurut perjanjian perkongsian.34 3. Sumber memperolehi harta. Jika harta dibeli menggunakan wang perkongsian, ia dianggap sebagai harta perkongsian. Segala harta, hak dan kepentingan harta yang pada asalnya dibawa ke dalam stok perkongsian, sama ada dibeli atau selainnya untuk firma dalam perjalanan perkongsian itu, maka ia dianggap sebagai harta perkongsian. Harta yang dibeli dengan menggunakan wang kepunyaan firma disifatkan telah dibeli untuk firma. Pekongsi tidak dibenarkan mengambil atau menjual harta firma untuk tujuan peribadi kecuali dengan persetujuan ahli-ahli lain.35 Walau bagaimanapun, jika sebidang tanah itu kepunyaan seorang pekongsi, dan beliau memasukkannya dalam perkongsian, dan jika perkongsian itu dibubarkan, tanah tersebut tetap kepunyaan pekongsi itu, dan bukannya kepunyaan firma. 34 Seksyen 22(1) AP 1961 35 Seksyen 23 AP 1961


97 Kes 4.02 A dan B merupakan pemunya bersama suatu harta yang merupakan sebidang tanah, maka perkara ini bukan dengan sendirinya merupakan harta perkongsian. A dan B berkongsi keuntungan yang diperoleh daripada penggunaan tanah itu, dan mereka membeli tanah lain daripada keuntungan dengan cara yang sama. Tanah yang dibeli sedemikian ialah kepunyaan mereka, jika sekiranya tidak ada apa-apa perjanjian sebaliknya, bukan sebagai tanah perkongsian, tetapi sebagai pemunya bersama masing-masing. HARTA PEKONGSI YANG MENINGGAL JIKA PERKONGSIAN ITU DITERUSKAN Selepas kematian seorang pekongsi, urusan perkongsian itu diteruskan atas nama firma perkongsian yang dahulu. Penggunaan berterusan nama perkongsian, dan pekongsi yang mati tidak menjadikan harta wasi (pentadbir harta pusaka selepas kematian seseorang pekongsi) bertanggungan atas apa-apa hutang yang dilakukan selepas kematiannya. Hal ini bermaksud, si mati tidak bertanggungan atas hutang yang dibuat oleh firma selepas kematiannya. SYER PEKONGSI DAN SERAHHAK SYER Apabila pekongsi-pekongsi membawa sejumlah modal masing-masing ke dalam perkongsian, modal itu akan mewakili peratusan perkongsian untung dan rugi daripada perniagaan.


98 Kadar perkongsian untung dan rugi juga digunakan dalam pembahagian aset jika berlaku pembubaran. Jumlah syer dalam perkongsian itu merupakan hak pekongsi-pekongsi yang tidak boleh dipindah milik kepada orang lain. Seorang pekongsi tidak dibenarkan memindahkan syernya kepada orang lain, bagi membolehkan orang itu mempunyai hak sebagai pekongsi tanpa persetujuan semua pekongsi. Seorang pekongsi hanya boleh memindahkan syernya kepada orang lain jika terdapat peruntukan dalam perjanjian perkongsian. Jelasnya, pekongsi tidak boleh memindahkan syernya kepada orang lain seperti mana syarikat berdaftar. Hak Pemegang Serahhak Terhadap Syer Dalam Perkongsian Pekongsi boleh memindahkan syernya kepada orang lain tanpa persetujuan pekongsi-pekongsi lain dalam keadaan berikut. Seksyen 33, AP membenarkan pekongsi memindahkan syernya kepada seorang pemegang serahhak (assignee), tetapi dengan hak-hak yang terhad sahaja, dan berbeza dengan hak-hak seorang pekongsi biasa. Suatu penyerahhakan syer oleh mana-mana pekongsi kepada seseorang (sama ada secara mutlak atau melalui gadai-janji, atau gadaian boleh tebus), tidak memberi hak kepada pemegang serahhak (assignee) itu dalam hal-hal berikut: (a) campur tangan dalam pengurusan atau urusan hal ehwal perkongsian, atau


99 (b) untuk diberikan apa-apa penyata mengenai transaksi perkongsian, atau (c) untuk memeriksa buku perkongsian itu. tetapi pemegang serahhak (assignee) berhak: ⚫ menerima bahagian keuntungan yang berhak diterima oleh pekongsi yang memberi penyerahhakkan itu, dan ⚫ menerima penyata keuntungan yang dipersetujui oleh pekongsi-pekongsi. Dalam kes pembubaran perkongsian, sama ada berkenaan dengan semua pekongsi, atau berkenaan dengan pekongsi yang memberi penyerahhakkan: ⚫ pemegang serahhak (assignee) berhak menerima bahagian aset perkongsian sama seperti mana pekongsi yang memberi menyerahhakkan itu dan pekongsi lain, dan, ⚫ bagi maksud menentukan syer, pemegang serahhak berhak menerima suatu penyata daripada tarikh pembubaran. PERSARAAN DARIPADA PERKONGSIAN Jika tiada jangka masa yang ditetapkan bagi suatu perkongsian, mana-mana pekongsi boleh menamatkan perkongsian itu pada bila-bila masa, dengan memberi notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada semua pekongsi lain.


100 Jika pada asalnya perkongsian itu telah ditubuhkan melalui dokumen bertulis, suatu notis bertulis yang ditandatangani oleh pekongsi yang hendak bersara adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, jika hasrat seseorang pekongsi firma yang mempunyai dua orang ahli ingin menamatkan perkongsian itu, maka: ⚫ pekongsi yang tinggal boleh mengambil alih perniagaan tersebut tertakluk kepada persetujuan daripada pekongsi yang ingin bersara itu. Jika pekongsi itu bersetuju, perniagaan tersebut secara automatik bertukar menjadi milikan tunggal. ⚫ pekongsi yang ingin bersara itu bertanggungan atas segala hutang-hutang firma sebelum dia bersara.


101


102 MUKADDIMAH Pembubaran perkongsian bermaksud menamatkan riwayat suatu perkongsian yang telah ditubuhkan itu menurut undang-undang. Suatu perkongsian itu mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang bertahan lama, sebaliknya ada yang bertahan tidak sampai sebulan. Mungkin kita kenal dengan Bill Gates dan rakan kongsinya Paul Allen, mereka pada awalnya adalah rakan kongsi dan pengasas syarikat Microsoft. Walaupun kini mereka tidak lagi menerajui syarikat tersebut, Microsoft terus wujud, dan berkembang sehingga kini. Membubarkan firma perkongsian yang tidak aktif tidaklah sukar. Namun begitu, membubarkan perniagaan yang aktif dan membahagikan harta-harta firma dalam kalangan pekongsi agak sedikit teknikal. Bab 5 bertujuan menangani masalah pekongsi-pekongsi yang ingin membubarkan perniagaan dan membahagikan lebihan harta secara betul menurut undang-undang. Kaedah pembahagian lebihan harta perkongsian dalam kalangan pekongsi selepas pembubaran juga merujuk kepada kadar perkongsian untung dan rugi, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian. Pekongsi boleh mendapatkan khidmat seorang akauntan bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta perkongsian ini.


103 Pembubaran Perkongsian Sebab-sebab Pembubaran Mewartakan Pembubaran Menilai Jumlah Aset Bersih Perkongsian Pembahagian Lebihan Aset Selepas Pembubaran Menilai Jumlah Aset Tetap Perkongsian Menentukan Jumlah Liabiliti SKOP PERBINCANGAN PEMBUBARAN PERKONGSIAN Skop perbincangan pembubaran perkongsian dalam Bab 5 ini berkisar kepada perkara-perkara seperti dalam Rajah 5.01 di bawah. Rajah 5.01: Skop Perbincangan Pembubaran Perkongsian SEBAB-SEBAB PEMBUBARAN PERKONGSIAN Suatu perkongsian itu tebubar, atau boleh dibubarkan oleh mana-mana pekongsi. Terdapat lima jenis pembubaran dalam perkongsian, iaitu:


104 (a) Pembubaran kerana habis tempoh atau notis; (b) Pembubaran kerana kebankrapan, kematian atau penggadaian; (c) Pembubaran kerana perkongsian menyalahi undangundang; (d) Pembubaran oleh mahkamah; (e) Pembubaran disebabkan frod atau salah nyata Pembubaran Kerana Tamat Tempoh Atau Notis Tertakluk kepada perjanjian pekongsian, sesuatu perkongsian boleh dibubarkan: (a) jika perjanjian dibuat dalam suatu tempoh yang ditetapkan, apabila habisnya tempoh itu; (b) jika perjanjian dibuat bagi suatu perniagaan, dengan penamatan perniagaan itu; atau (c) jika perjanjian dibuat bagi suatu masa yang tidak ditetapkan, mana-mana pekongsi boleh memberikan notis kepada pekongsi lain mengenai niatnya untuk membubarkan perkongsian itu. Dalam kes (c) dia atas, perkongsian itu terbubar mulai dari tarikh yang disebut dalam notis itu sebagai tarikh pembubaran, atau, jika tiada tarikh disebutkan, mulai dari tarikh penyampaian notis itu.


105 Dari segi amalannya, dalam tempoh 30 hari sebelum pendaftaran perniagaan itu luput, pemilik hendaklah memperbaharuinya. Jika tempoh luput sudah melebihi satu tahun, pemilik akan dikenakan denda oleh SSM, dan nama perniagaan itu hendaklah didaftarkan semula. Pembubaran Kerana Kebankrapan, Kematian Atau Penggadaian Suatu perkongsian akan terbubar jika berlaku kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian. Suatu perkongsian, atas pilihan pekongsi yang lain, boleh dibubarkan jika mana-mana pekongsi membiarkan bahagian harta perkongsiannya digadaikan di bawah Akta ini bagi hutangnya secara berasingan. Pembubaran Kerana Perkongsian Menyalahi Undangundang Suatu perkongsian akan terbubar jika berlakunya apa-apa kejadian yang menyalahi undang-undang dilakukan atau dijalankan oleh firma itu, atau dijalankan oleh anggota firma itu secara perkongsian. Lazimnya, perkongsian itu menjalankan perniagaan yang dilarang oleh mana-mana undang-undang bertulis seperti perjudian, pelacuran, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan aktiviti pengubahan wang haram.


106 Pembubaran Oleh Mahkamah Atas permohonan oleh seseorang pekongsi, mahkamah boleh mendekrikan suatu pembubaran perkongsian dalam manamana hal yang berikut: (a) apabila seseorang pekongsi didapati gila atau tidak sempurna akal secara kekal; (b) apabila seseorang pekongsi tidak upaya secara kekal untuk melaksanakan tugas-tugasnya; (c) apabila seseorang pekongsi telah bersalah atas apaapa kelakuan, yang pada pendapat mahkamah dikira akan menjejaskan penjalanan urusan perkongsian itu; (d) apabila seseorang pekongsi dengan sengaja atau dengan kerap memungkiri perjanjian perkongsian atau selainnya berkelakuan dalam perkara yang berhubungan dengan urusan perkongsian hingga tidak semunasabahnya praktik bagi pekongsi lain menjalankan urusan perkongsian dengannya; (e) apabila urusan perkongsian itu berjalan dengan dengan kerugian; dan (f) Dalam apa-apa hal wujud keadaan yang pada pendapat mahkamah, menjadikannya adil dan saksama perkongsian itu dibubarkan.


107 MEWARTAKAN PEMBUBARAN Sebelum suatu perkongsian dibubarkan: (a) Pembubaran atau perubahan itu hendaklah diiklankan dalam Warta tentang tempat utama urusannya ialah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut negeri masing-masing sebelum tarikh pembubaran atau perubahan tersebut. (b) Harta seorang pekongsi: ⚫ yang mati, atau ⚫ yang bankrap, atau ⚫ harta seorang pekongsi yang tidak diketahui oleh orang yang berurus niaga dengan firma itu sebagai seorang pekongsi; ⚫ yang bersara daripada firma itu; maka, pekongsi itu tidak bertanggungan atas hutang perkongsian yang dilakukan selepas tarikh kematian, kebankrapan atau persaraannya. Hak Pekongsi Untuk Memberitahu Mengenai Pembubaran Ketika ingin membubarkan perkongsian, atau persaraan pekongsi, mana-mana pekongsi boleh memberitahu secara terbuka mengenai hasrat pembubaran atau persaraannya itu.


108 Pekongsi-pekongsi lain hendaklah bersetuju dalam hal segala tindakan yang perlu untuk pembubaran. Misalnya, jika pekongsi lain berpendapat lebih baik perkongsian itu dibubarkan Sahaja, daripada menanggung kerugian yang berterusan. Kuasa Pekongsi Berterusan Bagi Maksud Pembubaran Selepas pembubaran, kuasa setiap pekongsi untuk mengikat firma, hak dan obligasi lain pekongsi adalah berterusan, walaupun terdapat pembubaran. Kuasa itu setakat yang perlu bagi pembubaran, dan bagi menyempurnakan transaksi yang belum diselesaikan pada masa pembubaran itu tetapi tidak sebaliknya: “Dengan syarat firma itu tidak terikat dengan tindakan seseorang pekongsi yang telah menjadi bankrap.” Hak Pekongsi Atas Harta Perkongsian Jika suatu perkongsian dibubarkan, tiap-tiap pekongsi firma itu hendaklah memenuhi tuntutan semua pihak yang menuntut atas kepentingan mereka, supaya: ⚫ Harta perkongsian itu digunakan bagi membayar hutang dan liabiliti firma; ⚫ Lebihan aset selepas pembayaran hutang dan liabiliti firma digunakan bagi membayar apa-apa perbelanjaan yang kena bayar kepada pekongsi, setelah menolak apaapa hutang pekongsi kepada firma itu.


109 Misalkan: A = Jumlah harta perkongsian B = Hutang dan liabiliti firma C = Hutang firma kepada pekongsi P1 D = Hutang P2 kepada firma P1 = Pekongsi 1 P2 = Pekongsi 2 Maka: Asset Bersih Firma = (A + D) – (B-C) Bahagian P1 = 60% (A + D) – (B-C) Bahagian P2 = 40% (A + D) – (B-C) ⚫ Mana-mana pekongsi atau wakilnya boleh memohon kepada mahkamah untuk membubar firma perkongsian atas penamatannya. Pembubaran Perkongsian Disebabkan Frod Atau Salah Nyata Jika sesuatu kontrak perkongsian dibatalkan atas alasan frod atau salah nyata mana-mana satu pihak kepada kontrak itu, pihak yang layak membatalkan kontrak perkongsian itu (tanpa menjejaskan apa-apa hak pihak lain) berhak: ⚫ ke atas cagaran (lien), hak menahan lebihan aset perkongsian setelah melangsaikan liabiliti perkongsian, dan ke atas apa-apa modal yang disumbangkannya;


110 ⚫ membayar pemiutang firma berkenaan dengan liabiliti perkongsian; dan ⚫ ditanggung rugi oleh orang yang bersalah kerana frod atau yang membuat salah nyata terhadap segala hutang dan liabiliti firma itu. Hak Pekongsi Yang Keluar Firma Untuk Berkongsi Untung Selepas Pembubaran Jika terdapat pekongsi firma yang meninggal dunia (si mati) atau berhenti daripada menjadi pekongsi (si pesara), maka pekongsi yang masih hidup akan meneruskan perniagaan itu dalam keadaan modal dan aset si mati atau si pesara tinggal dalam perkongsian tanpa apa-apa penyelesaian akhir. Dalam keadaan ini, waris si mati atau si pesara yang berhenti itu layak mendapat 8% daripada jumlah aset bahagian mereka yang digunakan dalam perkongsian itu; Dengan syarat: ⚫ melalui kontrak perkongsian, suatu opsyen diberikan kepada pekongsi yang masih hidup untuk membeli kepentingan seorang pekongsi yang telah mati, atau yang akan keluar, dan opsyen itu digunakan sewajarnya; ⚫ harta pekongsi si mati atau pekongsi si pesara tidak berhak atas apa-apa bahagian keuntungan selepasnya atau keuntungan lain; tetapi jika mana-mana pekongsi dianggap bertindak menggunakan opsyen dalam segala aspek material tidak mematuhi terma-terma opsyen itu,


111 maka pekongsi bertanggungan untuk menjelaskannya kepada waris di bawah peruntukan terdahulu. Bahagian Pekongsi Yang Bersara Atau Yang Mati Hendaklah Menjadi Suatu Hutang Tertakluk kepada apa-apa perjanjian pekongsian, amaun yang kena dibayar oleh pekongsi yang masih hidup kepada seorang pekongsi yang akan keluar firma, atau kepada wakil pekongsi yang mati, merupakan suatu hutang yang terakru kepada firma pada tarikh pembubaran atau kematian itu. Hal ini bermaksud, modal pekongsi yang keluar daripada firma atau yang meninggal dunia bersama dengan kepentingan lain (misalnya, nilai aset semasa bersih) hendaklah dikembalikan kepada mereka oleh pekongsi yang masih hidup. Jika tidak diselesaikan, amaun yang kena bayar akan kekal menjadi hutang kepada firma. MENILAI JUMLAH ASET BERSIH PERKONGSIAN Setelah suatu perkongsian itu dibubarkan, terdapat baki harta-harta perkongsian yang tinggal, dan perlu dibahagibahagikan dalam kalangan pekongsi mengikut kadar perkongsian untung dan rugi. Dalam menyelesaikan harta perkongsian yang tinggal ini, kaedah-kaedah berikut hendaklah dipatuhi, melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian perkongsian:


112 (a) Jika berlaku kerugian (termasuk kerugian dan kekurangan modal), hendaklah terlebih dahulu dibayar daripada keuntungan, kemudian daripada modal dan akhirnya ditanggung oleh pekongsi secara individu mengikut kadar berkongsi keuntungan; dan (b) Jumlah aset firma itu, jika ada, yang disumbangkan oleh pekongsi untuk menggantikan kerugian atau kekurangan modal, hendaklah digunakan mengikut cara dan susunan yang berikut: ⚫ bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu kepada orang yang bukan pekongsi dalamnya; Misalnya hutang dengan pembekal, perbelanjaan terakru, pinjaman dengan TEKUN, MARA, PUNB dan lainlain. ⚫ bagi membayar kepada setiap pekongsi mengikut kadar apa yang kena dibayar oleh firma itu kepadanya bagi pendahuluan dan hendaklah dibezakan daripada modal; Misalnya, pekongsi membuat bayaran pendahuluan menggunakan wang poket sendiri. ⚫ bagi membayar setiap pekongsi mengikut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya berkenaan dengan modal; dan ⚫ modal permulaan sumbangan pekongsi-pekongsi, baki terakhir, jika ada, hendaklah dibahagikan antara


113 pekongsi mengikut kadar yang keuntungan itu boleh dibahagikan. Jika terdapat baki bersih setelah semua di atas diselesaikan, maka baki bersih tersebut hendaklah dibahagikan kepada pekongsi menurut kadar perkongsian untung yang telah dipersetujui. Kes 5.01 Mr. A dan Mr. B menjalankan perniagaan perkongsian menjual barangan logam dengan nama perniagaan MY Hardware. Berikut ialah butir-butir awal perkongsian mereka: Kadar perkongsian untung: ➔ A = 3/5 ➔ B = 2/5 Sumbangan Modal: ➔ A = RM2,000,000 ➔ B = RM1,500,000 Setelah lebih sepuluh tahun menjalankan perniagaan, pada tahun 2022 Mr. B berhasrat bersara daripada dunia perniagaan kerana mahu mengikut anaknya berhijrah ke Australia. Disebabkan dalam perjanjian perkongsian tidak menyebutkan mengenai pembahagian harta disebabkan pembubaran atau persaraan mana-mana pekongsi, maka seksyen 46 AP 1961 adalah terpakai. Langkah Pertama: Menyediakan Akaun Pengumpukkan Untung dan Rugi dan Kunci Kira-kira perniagaan MY Hardware.


114 Dalam kes ini, akaun perkongsian ditutup pada 31 Disember setiap tahun. Jadual 5.01 di bawah merupakan Kunci kira-kira perniagaan MY Hardware seperti pada 31.12.2022 yang telah disediakan oleh akauntan firma perkongsian itu. Langkah Kedua: Daripada maklumat Penyata Kewangan yang disediakan, para pekongsi (dengan bantuan akauntan) boleh membuat pengiraan berapakah jumlah saksama (fair value) yang perlu dibayar kepada pekongsi yang mahu bersara itu berdasarkan nilai pasaran. Lazimnya, pekongsi yang bersara akan mengambil jumlah yang kurang daripada kiraan sebenar disebabkan tidak mahu berkira, asalkan dia dapat melepaskan tanggungannya sebagai pekongsi. Kunci Kira-kira Perniagaan MY Hardware bagi tahun yang berakhir pada 31.12.2021 RM RM RM RM Modal: Mr. A Mr. B Akaun Semasa: Mr. A Mr. B Pinjaman Pemiutang Faedah Terakru 2,000,000 1,500,000 226,400 137,600 3,500,000 364,000 1,000,000 984,000 45,000 Bangunan Kenderaan Bermotor (-) SN Perabut dan Lekatan (-) SN Stok Pelaburan Penghutang (-) PHL Baki Bank Tunai 850,000 (170,000) 360,000 (72,000) 200,000 (4,000) 1,500,000 680,000 288,000 1,115,000 2,000,000 196,000 316,000 18,000 5,893,000 5,893,000 Jadual 5.01: Kunci Kira-kira Perniagaan MY Hardware


115 * SN = Susut Nilai; PHL = Peruntukan Hutang Lapok PEMBAHAGIAN LEBIHAN ASET SELEPAS PEMBUBARAN Terdapat lima langkah yang perlu dilalui untuk membahagikan lebihan harta perkongsian dalam kalangan ahli dan pewaris; yakni: (a) Menilai Aset Bersih Pada Harga Pasaran (b) Mengira Jumlah Liabiliti Firma (c) (1) – (2) (d) Membayar hutang dan perbelanjaan terakru (e) Pembahagian Lebihan Aset MENILAI JUMLAH ASET TETAP PERKONGSIAN Adalah penting menilai jumlah aset tetap dan aset semasa pada harga pasaran, atau harga yang laku, bukannya harga atas kertas. Maksudnya, harga sebenar yang diterima oleh perkongsian hasil daripada penjualan aset-aset tersebut. 1) Aset tetap seperti bangunan hendaklah dinilaikan pada harga pasaran, dan ditolak dengan baki pinjaman bank. Pihak bank telah membuat penilaian bangunan itu pada harga pasaran RM3,500,000 dan baki pinjaman tertunggak ialah RM600,000. Oleh itu, nilai bersih yang diterima oleh pekongsi ialah: Nilai harga pasaran bangunan - RM4,000,000 Nilai belian - RM1, 500,000


116 Untung - RM2,500,000 Tolak baki pinjaman bank - RM 600,000 Nilai bersih diterima - RM 1,900,000 Kos penjualan hartanah - RM 50,000 Jumlah bersih - RM 1,850,000 Kadar cukai keuntungan harta tanah (RPGT) selepas tahun keenam pemerolehan harta, yakni pada tahun taksiran 2022 ialah 0%. Oleh itu tiada RPGT yang dikenakan ke atas pekongsi firma. Namun begitu, kos-kos lain seperti komisyen ejen hartanah dan pengiklanan, yuran guaman penyediaan Sale & Purchase Agreement, fi penyeteman, dan lain-lain perbelanjaan atas harta tanah hendaklah dikira, andaikan RM50,000. 2) Kenderaan bermotor mempunyai nilai pasaran yang sangat rendah, yakni RM900,000 dan apabila ditolak dengan pinjaman sewa beli, pihak firma memperolehi nilai bersih RM300,000 sahaja. 3) Nilai perabut dan lekatan pada harga pasaran ialah RM150,000 sahaja. 4) Stok dijual secara pukal kepada kedai peruncit dan kontraktor dengan harga 70% daripada nilai stok. Yakni RM1,115,000 X 70% = RM835,250.


117 5) Pelabagai pelaburan unit Amanah dan pasaran saham tersenarai pada harga pasaran ialah RM3,800,000. 6) Penghutang 2% daripada peruntukan hutang lapok. Memandangkan perkongsian ini hendak dibubarkan, pihak pekongsi bersetuju untuk menerima RM170,000 sebagai bayaran hutang sepenuhnya ke atas lima penghutang. MENENTUKAN JUMLAH LIABILITI Butiran Aset Liabiliti Bangunan (nilai pasaran) 1,850,000 Kenderaan bermotor 300,000 Perabut dan Lekapan 150,000 Stok 835,250 Pelaburan (nilai pasaran) 3,800,000 Penghutang 170,000 Bank 316,000 Tunai 18,000 Baki pinjaman 1,000,000 Pemiutang 984,000 Faedah Terakru 45,000 Aset Bersih A dan B 5,410,250 7,439,250 7,439,250 Modal Pekongsi – A RM2,000,000 - B RM1,500,000 Langkah 3: Langkah 1 – Langkah 2 Langkah 4: Membayar hutang terakru yang wujud selepas dibubarkan


118 Langkah 5: Pembahagian Lebihan Aset Kepada Pekongsi Menurut Kadar Perkongsian Untung. Butiran RM RM Lebihan aset RM5,410,250 5,410,250 Modal A (2,000,000) Modal B (1,500,000) 1,910,250 Bahagian A (3/5) x RM1,910,250 1,146,150 Campur: Modal A 2,000,000 Jumlah aset A 3,146,150 Bahagian B (2/5) x RM1,910,250 746,100 Campur: Modal B 1,500,000 Jumlah aset B 2,246,100 Oleh itu Mr. A perlu membayar RM2,246,100 kepada Mr. B. Harga ini mengambil kira modal awal dan lebihan aset (surplus) selepas ditolak segala hutang firma. Walau bagaimanapun, Mr. B tidak menuntut goodwill firma daripada Mr. A. Hal ini disebabkan beliau tidak mahu membebankan rakan kongsinya itu. Penyelesaian harga muktamad dilakukan lebih kepada budi bicara antara keduadua pekongsi. Kes 5.01 menunjukkan langkah-langkah membubarkan perkongsian yang aktif, dan mengagihkan lebihan harta bersih perkongsian yang tinggal.


119


120 MUKADDIMAH Sejurus selepas ditubuhkan, firma perkongsian itu perlu diselenggara dengan baik supaya perniagaan dapat dijalankan menurut undang-undang dan tadbir urus yang betul. Dalam erti kata yang lain, pekongsi firma perlu memenuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajip, dan pihak ketiga bagi membolehkan mereka berniaga dengan lancar. Kegagalan mematuhi kehendak pihak berautoriti boleh mengakibatkan firma dikenakan kompaun atau denda ketakpatuhan yang tinggi. Jika gagal mematuhi kehendak dan syarat-syarat pihak ketiga pula boleh menyebabkan firma hilang kelayakan, atau hilang peluang tawaran mendapatkan projek atau tendertender. Oleh itu, pihak pekongsi hendaklah memastikan firma mematuhi kehendak AP 1961, dan kehendak pihak ketiga terlebih dahulu dengan mengurus firma perkongsian dengan betul. Antara aspek penting dalam tadbir urus firma perkongsian ialah perjanjian perkongsian, pentadbiran perkongsian, penyimpanan rekod dan menukar status perkongsian kepada PLT atau syarikat. Walau bagaimanapun, aspek tadbir urus firma perkongsian adalah simpel dan tidak terikat dengan keperluan statut.


121 Firma Perkongsian Tadbir Urus Perkongsian Pematuhan Akta dan Perjanjian Perkongsian Pentadbiran dan Kewangan Pemasaran Menukar Status Kepada PLT atau Syarikat Persetujuan Pekongsi SKOP TADBIR URUS FIRMA PERKONGSIAN Skop tadbir urus firma perkongsian yang bincangkan dalam Bab 6 ini merangkumi perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Rajah 6.01 di bawah: Rajah 6.01: Skop Tadbir Urus Firma Perkongsian Pematuhan Akta dan Perjanjian Perkongsian Perniagaan perkongsian didaftarkan sama ada menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, ataupun di bawah undangundang bertulis lain bagi golongan profesional. Pematuhan pendaftaran perniagaan di bawah APP 1956 boleh dirujuk dalam Bab 1, di bawah tajuk “PEMATUHAN UNDANG-UNDANG.” Pematuhan undang-undang bertulis lain


122 tertakluk kepada kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh persatuan profesional masing-masing. Usahawan perlu mematuhi salah satu daripada undangundang tersebut, tertakluk kepada jenis perniagaan mereka. E-Book ini hanya meliputi APP 1956, yang mana undangundang bertulis di bawah persatuan profesional berada diluar skop e-book ini. Membina Perjanjian Perkongsian Perjanjian perkongsian secara bertulis hendaklah disiapkan pada tarikh perniagaan itu didaftarkan. Pekongsi boleh memuat naik (upload) perjanjian perkongsian itu atas talian semasa pendaftaran dijalankan. Sila rujuk tajuk “Isu-isu Strategik Perkongsian”, di halaman 41, Bab 2 dengan memberi jawapan terhadap persolan yang dikemukakan. Jawapan ini hendaklah digunakan dalam perbincangan dengan peguamcara bagi membina perjanjian perkongsian. Hal ini dapat membantu usahawan membina perjanjian perkongsian dengan lebih mudah dan dan lancar. TADBIR URUS FIRMA PERKONGSIAN Tadbir urus firma perkongsian bergantung kepada jenis perniagaan perkongsian itu dan saiz organisasinya. Perbincangan tadbir urus perkongsian yang dikemukakan di sini merangkumi aspek-aspek standard perkongsian konvensional sahaja.


123 Pentadbiran dan Kewangan Mencari Premis Perniagaan Pengambilan Kakitangan Pelesenan Dengan Kerajaan/Badan Berkanun Pembinaan Laman Web, dan SOCMED Penyelenggaraan Akaun dan Cukai Pematuhan Undang-undang dan Peraturan Tadbir urus firma perkongsian yang dibincangkan di sini bertindak sebagai suatu senarai semak supaya usahawan tahu apakah yang perlu mereka lakukan selepas itu. Rajah 6.02: Tadbir Urus Standard Firma Perkongsian Pentadbiran dan Kewangan ⚫ Membuka akaun semasa perniagaan dengan manamana bank tempatan. ⚫ Tempah chop rubber stem perniagaan bersaiz duit syiling dua puluh sen di kedai alat tulis untuk kegunaan rasmi dengan pihak bank. ⚫ Semua pekongsi dikehendaki hadir di bank semasa proses membuka akaun.


124 ⚫ Melantik pekongsi yang diberi autoriti untuk menjalankan transaksi perbankan atas talian. ⚫ Menyediakan invoice, receipt, payment voucher, bank books (sama ada siap bercetak, dicetak melalui komputer, atau dicetak melalui accounting system) buku rekod gaji dan buku kedatangan pekerja (atau biometrics attendance system), dan lain-lain. Menetapkan Lokasi Premis Perniagaan ⚫ Alamat lokasi dan peta lokasi premis perniagaan perlu diwujudkan untuk urusan rasmi perniagaan. ⚫ Perjanjian sewa pejabat dengan pemilik bangunan. Perjanjian sewa ini sangat penting khasnya bagi tujuan pendaftaran dengan MOF, CIDB, dan alamat berdaftar sebagai vendor dan urusan perbankan. ⚫ Selain itu, wujudkan prasarana perniagaan seperti e-mail, nombor telefon pejabat dan lain-lain. Pengambilan Kakitangan dan Kelengkapan Pejabat ⚫ Surat kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja. ⚫ Latihan kakitangan, motivasi, SOP kerja, undang-undang dan peraturan pejabat, gaji, bonus, cuti, kerja lebih masa, kenaikan gaji dll. ⚫ Pendaftaran majikan dengan KWSP dan Socso perlu dilaksanakan bagi memudahkan potongan caruman


125 pekerja dan bagi tujuan pematuhan undang-undang. Pekerja juga hendaklah berdaftar dengan KWSP dan SOCSO di bawah majikan yang mengupah mereka. ⚫ Potongan cukai berjadual (PCB) bagi kakitangan yang layak dikenakan cukai. ⚫ Apa-apa skim untuk pekerja (jika ada). ⚫ Sediakan kelengkapan pejabat yang penting dahulu, bagi mengelak pembaziran dan amalkan perbelanjaan berhemah. Kelengkapan pejabat boleh ditambah dari masa ke semasa, mengikut keperluan. Pendaftaran Pelesenan dan Permit Dipelbagai Badan Berkanun/Kerajaan ⚫ Sediakan profail perniagaan yang lengkap sebelum mendaftar sebagai vendor dengan badan-badan Kerajaan, syarikat-syarikat GLC dan swasta. ⚫ Untuk berniaga dengan badan-badan Kerajaan, dan berkanun, lesen-lesen atau permit khas seperti MOF, MITI, CIDB, HRDF dan lesen-lesen kompeten daripada Suruhanjaya Tenaga, dll. perlu disertakan. ⚫ Pendaftaran kelulusan papan tanda dengan Kerajaan Tempatan. ⚫ Pendaftaran sebagai vendor di syarikat-syarikat GLC bagi membolehkan firma disenaraikan sebagai kontraktor kerja dan pembekal yang diiktiraf.


126 ⚫ Pendaftaran akaun dengan dagangnet.com.my di Ministry of International Trade and Industry (MITI) untuk mendapatkan permit import-eksport pelbagai produk yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pembinaan Laman Web dan Socmed ⚫ Peniagaan moden memerlukan laman web sebagai perantara yang bekerja 24/7 bagi pihak atau wakil firma. Memilik laman web perniagaan sangat mempengaruhi persepsi pemikiran pelanggan dan pembekal terhadap perniagaan seseorang. ⚫ Begitu juga firma perlu membina jenama perniagaan secara perlahan-lahan dipelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok, Twitter, Pinterest dll. Aktifkan diri dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan di media sosial, Web 3.0 dan juga dimedia-media pemasaran affiliate seperti Shopee, Onpay, Lazada, Amazon dan lain-lain. ⚫ Ikuti latihan pemasaran digital yang dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang pemasaran, penjenamaan, urusniaga atas talian dan gerbang pembayaran (payment gateway) Penyelenggaraan Akaun dan Cukai ⚫ Setiap tahun, Penyata Kewangan perlu disediakan untuk tujuan cukai pendapatan. Dapatkan perkhidmatan daripada akauntan cukai berlesen untuk menyediakan Penyata Kewangan dan juga e-filing cukai pendapatan.


127 ⚫ Cukai pendapatan akan dikenakan bagi suatu tahun taksiran atas setiap pekongsi, dan bukannya firma perkongsian. ⚫ Penyata Kewangan milikan tunggal dan perkongsian hendaklah disediakan bagi setiap tahun taksiran yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Untuk perniagaan milikan tunggal dan perkongsian, borang retan cukai pendapatan hendaklah dihantar ke LHDN sebelum 30 hb. Jun setiap tahun (tertakluk kepada perubahan LHDN). ⚫ Penyata Kewangan terkini diperlukan oleh pihak ketiga dalam urusan pinjaman dan penilaian kredit. Pematuhan Undang-undang ⚫ Pematuhan APP 1956 daripada aspek pembaharuan pendaftaran perniagaan, dan perubahan maklumat perniagaan. ⚫ Mematuhi peruntukan undang-undang lain seperti caruman majikan KWSP dan SOCSO, potongan cukai berjadual untuk majikan dan pekerja (LHDN), cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pembaharuan semula lesen dan permit, dan pematuhan undang-undang bertulis yang lain. MENUKAR STATUS PERKONGSIAN PLT mempunyai fleksibiliti daripada sudut undang-undang kerana APLT 2012 membenarkan pertukaran daripada firma perkongsian kepada PLT atau syarikat kepada PLT sahaja.


128 Dengan pertukaran status ini, firma perkongsian asal akan terhapus, dan wujudlah entiti PLT yang baharu. Namun begitu, pertukaran status daripada perkongsian kepada syarikat adalah dibenarkan, walaupun tidak dinyatakan dalam statut. Dalam hal ini, status entiti asal tidak terhapus secara automatik. Jelasnya, Akta menganggap senario ini hanya suatu penubuhan syarikat yang baharu sahaja. Status perkongsian asal tetap wujud, sehinggalah ia ditamatkan. PERTUKARAN PERKONGSIAN KEPADA PLT Dalam APLT 2012, perkongsian konvensional boleh ditukarkan kepada PLT tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan oleh statut. Menurut statut, ‘bertukar’ daripada suatu perkongsian konvensional kepada PLT bermaksud:36 ‘suatu pemindahan hakmilik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi, dan perusahaan perkongsian konvensional itu kepada PLT.’ Pertukaran ini akan mengubah status liabliti undangundang perkongsian konvensional kepada liabiliti undangundang PLT, yakni kini boleh menikmati status liabiliti terhad. Untuk menukarkan suatu perkongsian konvensional kepada PLT profesional, kriteria berikut perlu dipenuhi: 36 Seksyen 29(2) APLT 2012


129 Kriteria Pertukaran Perkongsian Biasa Kepada PLT ⚫ Perkongsian konvensional mestilah berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, atau mana-mana perkongsian yang ditubuhkan oleh dua atau lebih pekongsi untuk menjalankan perniagaan amalan profesional; ⚫ Pekongsi-pekongsi mestilah terdiri daripada orang yang sama dalam perkongsian konvensional dan tiada orang lain;37 ⚫ Pada masa pendaftaran, perkongsian konvensional itu mestilah solven (dalam kedudukan berupaya membayar hutang); dan ⚫ Bagi firma yang menjalankan amalan profesional, dapatkan surat kelulusan daripada pihak pentadbiran badan profesional itu terlebih dahulu. Bagi perniagaan bukan profesional, pertukaran kepada PLT tidak tertakluk kepada syarat-syarat di atas. Dalam erti kata lain, pendaftaran perkongsian konvensional kepada PLT bagi aktiviti perniagaan biasa sama seperti menubuhkan suatu entiti perniagaan PLT yang baharu. Oleh itu, tidak timbul masalah pematuhan undang-undang disebabkan penukaran status tersebut. PERTUKARAN PERKONGSIAN KEPADA SYARIKAT Akta Syarikat tidak menetapkan syarat-syarat tertentu bagi menukarkan perkongsian konvensional kepada syarikat. Hal 37 Seksyen 29(1) APLT 2012


130 ini bermaksud, perkongsian konvensional boleh ditukarkan kepada syarikat tanpa sekatan syarat-syarat tertentu. Misalnya, jika perkongsian itu terdiri daripada tiga orang pekongsi, maka ketiga-tiga mereka boleh menjadi pengarah dan ahli-ahli syarikat, ataupun dua orang pengarah dan tiga orang ahli tanpa apa-apa sekatan. Kes 6.01 Maya dan Sara menjalankan perniagaan fesyen dan pakaian wanita bernama M & S Busana Jelita. Mereka bersetuju untuk menukarkan perniagaan perkongsian itu kepada syarikat untuk menikmati status liabiliti terhad. Maya dan Sara boleh menubuhkan syarikat sendirian berhad dengan menggunakan nama yang sama. Namun begitu, lazimnya, pihak SSM akan mengarahkan supaya nama itu dipinda dengan memasukkan perkatan (M) menjadi S & M Busana Jelita (M) Sdn. Bhd. Jika pekongsi bersetuju, mereka boleh menubuhkan syarikat baharu dengan nama S & M Busana Jelita (M) Sdn. Bhd. Maya dan Sara boleh menutup perniagaan perkongsian itu jika mereka tidak memerlukannya lagi. Walau bagaimanapun, perniagaan perkongsian itu hendaklah tidak memegang apa-apa lesen kelayakkan atau kecekapan (misalnya MOF atau CIDB), atau terdapat apa-apa kontrak yang masih berkuatkuasa di bawah nama perkongsian itu. Sebenarnya, apa-apa lesen kelayakan yang dimiliki oleh firma perkongsian tidak boleh dipindahkan secara automatik kepada syarikat disebabkan entiti perniagaan dan akta yang berbeza. Oleh itu, pekongsi hendaklah membuat permohonan


131 lesen-lesen atau permit baharu atas nama syarikat yang baharu itu. Terdapat pro dan kontra bagi usahawan untuk menukar status perniagaan kepada PLT atau syarikat. Hal ini sangat mempengaruhi perniagaan yang sudah lama bertapak, mempunyai pelbagai lesen kontraktor, lesen kecekapan dan pembekal berdaftar. Tadbir urus firma perkongsian tidaklah rumit seperti tadbir urus syarikat. Ia berkisar kepada perjanjian perkongsian dan juga melengkapkan firma itu dengan pelbagai syarat dan keperluan pelesenan, dan memenuhi kehendak pihak ketiga. Keperluan pihak ketiga lebih kepada memenuhi kehendak pihak vendor yang memberikan kontrak, pemberi pinjaman dan kredit, pembekal barang atau perkhidmatan dan pihak berkuasa. STRATEGI MELESTARIKAN PERKONGSIAN Masalah terbesar perniagaan perkongsian berpunca daripada pekongsi-pekongsinya. Untuk sukses dalam perniagaan, pekongsi hendaklah bersatu hati, berbincang elok-elok, dan tidak berkonflik dengan kepentingan firma. Berikut merupakan dibentangkan strategi perkongsian lestari yang boleh membantu pertumbuhan firma yang mampan, dan keharmonian sesama pekongsi: 1. Komunikasi Yang Jelas Komunikasi terbuka dan jujur adalah asas utama perkongsian yang berpanjangan. Pekongsi hendaklah selesa untuk berbincangkan pendapat, perasaan, dan


132 kebimbangan mereka. Mesyuarat atau perbincangan berkala dapat memastikan semua pekongsi berada pada situasi yang sama. 2. Tetapkan Matlamat dan Jangkaan Yang Jelas Terangkan dengan jelas matlamat, peranan, dan tanggungjawab perkongsian daripada awal. Memiliki visi bersama dan pemahaman mengenai sumbangan setiap pekongsi boleh mengelakkan salah faham dan konflik dikemudian hari. 3. Bina Perjanjian Perkongsian Yang Mantap Perjanjian perkongsian yang mantap dan menyeluruh adalah penting. Ia perlu menjelaskan bagaimana keputusan akan dibuat, bagaimana keuntungan dan kerugian akan dikongsi, dan bagaimana pertikaian akan diselesaikan. Memiliki dokumen undang-undang boleh membantu melindungi kepentingan semua pekongsi. 4. Kemahiran Yang Saling Melengkapi Rakan kongsi sepatutnya membawa kemahiran yang berbeza supaya setiap orang boleh menyumbang dengan cara yang unik. Hal ini, boleh membawa kepada perkongsian yang lebih berkesan dan harmoni. 5. Menghormati dan Mempercayai Menghormati pendapat dan keputusan antara satu sama lain adalah penting. Kepercayaan dibina dari masa ke masa melalui tindakan yang konsisten dan saling mempercayai. Kedua-duanya nya penting untuk membina perkongsian yang sihat. 6. Penyelesaian Pertikaian Pertikaian adalah perkara biasa dalam mana-mana perkongsian. Kunci utama pertikaian adalah


133 menanganinya secara konstruktif. Pertimbangkan bagi menetapkan proses menyelesaikan pertikaian, misalnya, melibatkan pihak ketiga yang neutral atau mediator jika perlu. 7. Keseimbangan Kerja dan Kehidupan Menyeimbangkan kerja dan kehidupan peribadi adalah penting untuk kejayaan jangka panjang. Pastikan bahawa pekongsi mempunyai masa untuk keluarga, hobi, dan penjagaan diri bagi mengelakkan keletihan dan memelihara kesejahteraan hidup. 8. Kebolehan Menyesuaikan Diri Terbuka kepada perubahan baharu dan beradaptasi dengan senario ekonomi yang berkembang. Pasaran berubah, begitu juga strategi dan pendekatan para pekongsi hendaklah berubah. Kebolehsuaian diri pekongsi dalam pelbagai keadaan boleh membantu perkongsian bertahan lama. 9. Semakan Berkala dan Penilaian Menilai prestasi perkongsian anda secara berkala dan membuat penyesuaian yang diperlukan. Ini boleh termasuk menentukan semula matlamat, mengalokasikan semula sumber, atau mengkaji semula pelan perniagaan anda. 10.Ketelusan Kewangan Menjaga rekod kewangan yang jelas, telus dan berkongsi dengan pekongsi secara berkala. Ketelusan kewangan membina kepercayaan dan membantu mengelakkan konflik kewangan.


134 11. Raikan Pencapaian Raikan pencapaian kejayaan perniagaan dalam pelbagai aspek bersama-sama. Mengiktiraf pencapaian pekongsi boleh meningkatkan semangat dan mengukuhkan lagi perkongsian pada masa hadapan. 12. Pembangunan Profesional Melabur dalam pembangunan profesional dikalangan pekongsi dalam bidang yang berkaitan. Kemajuan dan pembangunan individu boleh memberi manfaat kepada perkongsian secara keseluruhan. 13. Cipta Strategi Keluar Rancang kemungkinan satu atau kedua-dua pekongsi mungkin ingin meninggalkan perkongsian pada masa depan. Memiliki strategi keluar yang dipersetujui boleh mengelakkan pertikaian jika situasi ini timbul, terutamanya daripada aspek kesinambungan perniagaan dan pampasan bagi pekongsi yang keluar. 14.Dapatkan Bantuan Profesional Jika pekongsi menghadapi cabaran atau perbezaan besar yang tidak dapat diselesaikan sendiri, pertimbangkan untuk dapatkan nasihat daripada konsultan perniagaan, mentor, atau terapi jika isu peribadi mempengaruhi perkongsian. 15.Terima dan Raikan Perbezaan Pendapat Terima kepelbagaian dalam pandangan, kemahiran, dan pengalaman yang setiap pekongsi bawa ke meja. Ubah pemikiran bahawa perbezaan pendapat boleh menjadi sumber kekuatan berbanding dengan konflik. Ingatlah bahawa tiada perkongsian yang sempurna, dan cabaran tetap akan timbul. Walau bagaimanapun, dengan


135 komunikasi yang kuat, saling hormat-menghormati, dan komitmen terhadap matlamat bersama, pekongsi boleh meningkatkan peluang perniagaan supaya wujud berkekalan. Di samping itu, memelihara hubungan yang harmoni antara pekongsi perlu menjadi keutamaan bagi setiap pekongsi.


136


Click to View FlipBook Version