187 MUKADDIMAH Perkongsian konvensional didaftarkan di bawah APP 1956 oleh pekongsinya. Namun begitu, pendaftaran dan penyelenggaraan PLT dilaksanakan oleh salah seorang pekongsi yang bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT yang telah berdaftarkan terlebih dahulu di MyLLP. Bab 9 membincangkan berkenaan dengan tata cara pendaftaran dan penyelenggaraan PLT. Sudah tentu hal ini dapat membantu pegawai pematuhan PLT mematuhi segala peruntukan yang ditetapkan di bawah APLT 2012. Pekongsi PLT juga boleh melantik setiausaha syarikat untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT. Namun begitu, pelantikan setiausaha syarikat sebagai pegawai pematuhan PLT tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan. Hal ini bermaksud, terdapat fi yang ditetapkan dan kos-kos sampingan yang perlu dibayar secara berkala kepada setiausaha syarikat, sama ada secara bulanan atau tahunan. PLT perlu diselenggara dengan betul bagi mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di bawah Akta. Pendaftaran PLT boleh dilakukan melalui portal MyLLP. Sebelum mendaftarkan PLT, pegawai pematuhan boleh merujuk kepada panduan mendaftar PLT yang boleh dimuat turun melalui portal tersebut.
188 PENDAFTARAN DAN PENYELENGGARAAN PLT • PENDAFTARAN PLT • KEBANKRAPAN PEKONGSI • LARANGAN PENUBUHAN PLT • NAMA-NAMA PLT YANG DILARANG • PERJANJIAN PLT DAN KANDUNGAN • KELULUSAN NAMA • PERUBAHAN MAKLUMAT • PEJABAT BERDAFTAR • PEMBETULAN KESILAPAN • SERAH SIMPAN DOKUMEN • PERNYATAAN PALSU SKOP PERBINCANGAN PENDAFTARAN PLT Rajah 9.01: Skop Perbincangan Bab 9 PENDAFTARAN PLT Proses penubuhan PLT dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu: (a) Pendaftaran Pengguna MyPLT; (b) Perizaban Nama – Borang 1; dan (c) Pendaftaran PLT baharu – Borang 2.
189 Selepas pegawai pematuhan mendaftarkan PLT melalui atas talian dengan sempurna, Pendaftar akan menerima dan meneliti permohonan tersebut. Jika Pendaftar berpuashati, pendaftaran PLT itu telah mematuhi kehendak-kehendak pendaftaran di bawah seksyen 10, maka;102 ⚫ Pendaftar akan mendaftarkan PLT dan memperuntukkannya dengan suatu nombor pendaftaran; dan ⚫ Mengeluarkan suatu notis pendaftaran, maka wujudlah suatu PLT. Setelah fi yang ditetapkan itu dibayar, Pendaftar akan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran, atau sijil kepada PLT.103 Selepas wujudnya entiti PLT yang baharu itu, perkara ini bukanlah bermaksud segala keperluan terhadap manamana undang-undang bertulis lain berhubung dengan perniagaan PLT itu sudah dipatuhi.104 Dalam erti kata lain, PLT itu perlu memenuhi syarat dan keperluan lain yang ditetapkan oleh pelbagai pihak berkuasa pelesenan dan vendor bagi membolehkan berurusniaga dengan mereka. 102 Seksyen 11(1) APLT 2012 103 Seksyen 11(4) APLT 2012 104 Seksyen 11(5) APLT 2012
190 Nama PLT yang diluluskan oleh Pendaftar akan diakhiri dengan perkataan “Perkongsian Liabiliti Terhad” atau singkatannya PLT. Misalnya, Imtiyaz and Associates PLT. Nama PLT bagi badan-badan amalan profesional adalah mengikut nama asal seperti yang diluluskan oleh pentadbiran persatuan mereka. Oleh itu, firma yang menjalankan perkhidmatan amalan profesional tidak perlu membuat carian nama. Nombor yang unik akan diberikan oleh Pendaftar bagi membezakan nama yang sama tetapi pemiliknya dan perniagaan adalah berbeza. Misalnya, Choong & Co., mungkin ada yang menjalankan perkhidmatan guaman, dan ada juga yang menjalankan perkhidmatan juruaudit. Oleh itu, perlu ada nombor PLT unik bagi mengenalpasti dan membezakan firma yang mempunyai nama yang sama tetapi perkhidmatan yang berbeza. Untuk mengelak berlakunya kekeliruan pada nama PLT, Pendaftar boleh mengarahkan PLT itu menukarkan namanya jika mendapati nama tersebut tersenarai dalam dalam nama-nama yang dilarang. Begitu juga, PLT boleh memohon untuk pertukaran namanya sendiri tertakluk kepada seksyen 13 APLT 2012. Pertukaran nama PLT itu tidak menjejaskan hak dan kewajipan PLT atau apa-apa prosiding undang-undang ke atasnya.
191 Maksud Pertubuhan Perbadanan Pekongsi-pekongsi PLT boleh terdiri daripada manusia biasa ataupun pertubuhan perbadanan. Maksud pertubuhan perbadanan ialah seperti yang didefinisikan di bawah seksyen 2 APLT 2012, iaitu: Pertubuhan Perbadanan (a) Pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia, atau pertubuhan perbadanan asing; (b) Syarikat-syarikat asing; (c) PLT; dan (d) PLT asing yang ditubuhkan di bawah Akta. Perkongsian konvensional bukanlah suatu pertubuhan perbadanan, oleh itu ia tidak dibenarkan oleh undangundang menjadi pekongsi PLT. Sebenarnya, PLT sangat fleksibel berbanding dengan perkongsian konvensional kerana sifatnya yang boleh menerima perbadanan sebagai pekongsi di samping orang biasa. Komposisi Pekongsi Bilangan minimum pekongsi adalah 2 orang (individu dan badan korporat) dan tiada had maksimum.105 105 Seksyen 6 APLT 2012
192 Seksyen 27 PLT menghendaki salah seorang pekongsi hendaklah bertindak sebagai seorang pegawai pematuhan. Namun begitu, pekongsi boleh melantik seorang setiausaha syarikat bertauliah sebagai pegawai pematuhan. Kesan Pekongsi Kurang Daripada Dua Orang PLT menghendaki bilangan minimum pekongsi-pekongsi adalah dua orang, tetapi statut tidak menghadkan bilangan maksimum pekongsi-pekongsi. Jika mana-mana pekongsi itu keluar daripada PLT, atau meninggal dunia, PLT boleh terus menjalankan perniagaan jika pekongsinya kurang daripada dua orang bagi tempoh tidak melebihi enam bulan. Namun begitu, pekongsi yang tinggal boleh memohon kelulusan daripada Pendaftar untuk suatu tempoh yang lebih lama, tetapi tidak melebihi satu tahun.106 Apakah kesannya jika suatu PLT itu menjalankan perniagaan kurang daripada dua orang pekongsi melebihi tempoh yang dibenarkan? Seseorang pekongsi itu hendaklah bertanggungan sendiri, bersesama dan berasingan dengan PLT bagi apa-apa kewajipan dan tanggungan oleh PLT selama tempoh PLT itu menjalankan perniagaan jika sekiranya:107 (a) Orang itu merupakan pekongsi PLT tersebut; dan 106 Seksyen 7(1) APLT 2012 107 Seksyen 7(2) APLT 2012
193 (b) Orang itu mengetahui bahawa PLT itu menjalankan perniagaan kurang daripada dua orang pekongsi melebihi tempoh yang dibenarkan (melebihi tempoh lebih setahun). Hal ini bermaksud, tanggungan pekongsi itu seolah-olah sudah bertukar kepada milikan tunggal. Ketakpatuhan seksyen 7 Akta, PLT dan pekongsinya melakukan suatu kesalahan yang jika disabitkan boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM200,000.108 Akibatnya, mahkamah boleh memerintahkan PLT itu dibubarkan dan namanya dipotong daripada daftar.109 Akta tidak menetapkan status warganegara seseorang pekongsi dalam PLT. Hal ini bermaksud, PLT tidak mengambil kira status warga negara seseorang pekongsi untuk menganggotainya. Oleh yang demikian, PLT sangat fleksibel daripada sudut status kewarnegaraan pekongsi berbanding dengan perkongsian konvensional yang bersifat lokal. KEBANKRAPAN PEKONGSI Apakah kesan kebankrapan seorang pekongsi dalam PLT yang dianggotainya? Jika seseorang pekongsi PLT itu telah dijatuhkan dengan hukuman bankrap oleh Mahkamah, maka:110 108 seksyen 7(3) APLT 2012 109 seksyen 7(4) APLT 2012 110 Seksyen 25(1) APLT 2012
194 (a) Kebankrapan seseorang pekongsi tidak menyebabkan pekongsi itu terhenti menjadi seorang pekongsi; (b) Pekongsi bankrap berhak menerima agihan aset daripada PLT itu, yang mana dia berhak menerimanya di bawah perjanjian PLT tersebut; (c) Pekongsi bankrap tidak boleh campur tangan dalam pengurusan PLT. Walau bagaimanapun, seseorang pekongsi bankrap boleh mengambil bahagian dalam pengurusan PLT dengan syarat mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi, atau dengan kebenaran Mahkamah.111 Jelasnya, pekongsi PLT yang bankrap boleh meneruskan perniagaannya, dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan. Seorang pekongsi PLT yang dihukum bankrap di bawah undang-undang di luar Malaysia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan PLT, melainkan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Malaysia.112 Misalnya, jika seorang warga negara England telah dijatuhkan hukuman bankrap oleh mahkamah di negaranya, tidak dibenarkan untuk menjadi pekongsi mana-mana PLT di Malaysia. 111 Seksyen 25(2) APLT 2012 112 Seksyen 25(3) APLT 2012
195 Sikap suci hati pekongsi warga negara asing diperlukan, supaya mereka tidak menubuhkan PLT di Malaysia disebabkan bertentangan dengan seksyen 25(3) APLT. LARANGAN PENUBUHAN PLT Pendaftar melarang pendaftaran suatu PLT yang ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut:113 (a) Bertentangan dengan keselamatan, dan kepentingan negara; (b) Perniagaan itu digunakan untuk tujuan kebajikan; (c) Menyalahi undang-undang; dan (d) Menjejaskan ketenteraman awam, kebajikan, keadaan baik atau kemoralan di Malaysia. NAMA-NAMA PLT YANG DILARANG Sesuatu nama PLT hendaklah berakhir dengan perkataan ‘Perkongsian Liabiliti Terhad’ atau singkatannya ‘PLT’.114 Namanama PLT yang hendak digunakan sebagai nama perniagaan mestilah suatu nama yang dibenarkan oleh Pendaftar. Nama-nama PLT yang tidak dibenarkan oleh Pendaftar untuk didaftarkan ialah:115 (a) Nama yang tidak diingini oleh Pendaftar; 113 Seksyen 12 APLT 2012 114 Seksyen 13(1) APLT 2012 115 Seksyen 13(2) APLT
196 (b) Nama yang sama dengan suatu pertubuhan perbadanan atau perniagaan yang sudah ada; (c) Nama yang sama dengan suatu nama di bawah APLT 2012 atau Akta Syarikat 1965; dan (d) Nama yang Pendaftar tidak terima. PERJANJIAN PLT DAN KANDUNGAN Apakah perkara-perkara dasar yang terangkum dalam perjanjian PLT? Menurut s. 2 Akta, perjanjian PLT bermaksud: ‘suatu perjanjian bertulis antara pekongsi-pekongsi PLT, atau antara PLT itu dengan pekongsi-pekongsinya yang menentukan hak dan kewajipan bersama pekongsi sesama mereka, dan hak dan kewajipan mereka berhubung dengan PLT itu.’ Para pekongsi yang ingin menubuhkan PLT dikehendaki membentuk perjanjian PLT terlebih dahulu, menandatangani dan mematuhinya, tidak kiralah sama ada pekongsipekongsi itu bekerja dengan PLT ataupun sebaliknya. Tarikh perjanjian PLT boleh dibuat pada tarikh PLT itu didaftarkan di SSM. Berdasarkan definisi perjanjian PLT di atas, terdapat dua hak dan kewajipan antara pekongsi dan PLT, iaitu:116 116 Seksyen 9(1) APLT 2012
197 perjanjian bertulis ⚫ Suatu perjanjian bertulis antara pekongsi-pekongsi PLT, atau ⚫ Suatu perjanjian bertulis antra PLT dengan pekongsipekongsinya. bagi menentukan; hak dan kewajipan pekongsi-pekongsi ⚫ Hak dan kewajipan sesama pekongsi, dan ⚫ Hak dan kewajipan pekongsi-pekongsi dengan PLT. Berdasarkan maksud perjanjian PLT di atas, (a) Hak dan kewajipan sesama pekongsi PLT; dan (b) Hak dan kewajipan antara PLT dan pekongsipekongsinya; yang mana kedua-dua hak dan kewajipan tersebut hendaklah ditentukan melalui: (a) Suatu perjanjian PLT bertulis; dan (b) Jika tiada perjanjian PLT bertulis ditetapkan mengenai apa-apa perkara, peruntukan dalam Jadual Kedua, Peruntukan PLT 2012 adalah terpakai.
198 Terma-terma Dalam Perjanjian PLT Secara khususnya, terma-terma utama yang perlu dimasukkan dalam perjanjian PLT merangkumi aspek-aspek berikut: (a) Bentuk dan kaedah sumbangan modal pekongsi-pekongsi; (b) Kadar perkongsian untung dan rugi; (c) Pengurusan dan pentadbiran perniagaan; (d) Kemasukan pekongsi baharu dan pemberhentian pekongsi; (e) Tugas dan tanggung jawab pekongsi-pekongsi dan penandatangan akaun bank; (f) Keputusan khusus seperti pelaburan, pinjaman, penjualan hartanah PLT ~ diluluskan oleh majoriti pekongsi; (g) Keperluan pendedahan atas kepentingan terbesar pekongsi dalam sesuatu urusniaga yang disertai oleh PLT; dan (h) Kaedah menyelesaikan pertikaian antara pekongsi. Dengan menggunakan butir-butir (a)-(h) di atas, usahawan boleh dapatkan khidmat nasihat dalam penyediaan perjanjian PLT daripada pengamal undang-undang. Peruntukan Umum Jika Tiada Perjanjian PLT PLT boleh ditubuhkan tanpa perjanjian bertulis. Namun begitu, peruntukan tersedia dalam Jadual Kedua adalah terpakai jika tiada perjanjian PLT.
199 Ringkasnya, peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Jadual Kedua APLT adalah seperti berikut: (a) hak dan tanggungan bersesama antara pekongsipekongsi, dan hak bersesama antara PLT dan pekongsipekongsinya ditetapkan tertakluk kepada mana-mana peruntukan terma perjanjian PLT itu;117 (b) semua pekongsi PLT berhak berkongsi sama rata atas modal dan keuntungan PLT;118 (c) PLT perlulah menanggung rugi setiap pekongsinya berhubung dengan pembayaran yang dibuat dan liabiliti peribadi yang ditanggung oleh pekongsi-pekongsinya;119 (d) setiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam pengurusan PLT itu;120 (e) tiada pekongsi yang berhak atas saraan disebabkan penglibatannya dalam perniagaan atau pengurusan PLT;121 (f) tiada seseorangpun boleh dibawa masuk sebagai pekongsi PLT tanpa persetujuan semua pekongsi lain;122 117 Peruntukan 1, Jadual Kedua, APLT 2012 118 Peruntukan 2, Jadual Kedua, APLT 2012 119 Peruntukan 3, Jadual Kedua, APLT 2012 120 Peruntukan 4, Jadual Kedua, APLT 2012 121 Peruntukan 5, Jadual Kedua, APLT 2012 122 Peruntukan 6, Jadual Kedua, APLT 2012
200 (g) tiada seorang pekongsipun akan menyerah hak semua atau sebahagian kepentingannya dalam PLT tanpa persetujuan semua pekongsi;123 (h) apa-apa keputusan PLT adalah melalui ketetapan yang diluluskan oleh bilangan majoriti pekongsi-pekongsi, dan setiap pekongsi memiliki satu undi;124 (i) setiap pekongsi hendaklah memberikan penjelasan yang benar dan maklumat lengkap bagi semua perkara yang menyentuh PLT itu kepada mana-mana pekongsi lain atau wakil kepada perkongsi;125 (j) jika mana-mana pekongsi menjalankan perniagaan yang sama jenis, dan bersaing dengan PLT tanpa kebenaran, pekongsi hendaklah membayar balik kepada PLT segala keuntungan yang dibuat;126 (k) setiap pekongsi mestilah bertanggungjawab kepada PLT atas apa-apa menfaat (benefit) yang diperolehi tanpa persetujuan PLT daripada apa-apa urusniaga atau penggunaan mana-mana harta oleh pekongsi itu;127 dan (l) tiada majoriti pekongsi boleh memecat (removal)manamana pekongsi melainkan kuasa itu diberikan melalui perjanjian nyata antara pekongsi.128 123 Peruntukan 7, Jadual Kedua, APLT 2012 124 Peruntukan 8, Jadual Kedua APLT 2012 125 Peruntukan 9, Jadual Kedua APLT 2012 126 Peruntukan 10, Jadual Kedua, APLT 2012 127 Peruntukan 11, Jadual Kedua, APLT 2012 128 Peruntukan 12, Jadual Kedua, APLT 2012
201 KELULUSAN MENGGUNAKAN NAMA “PLT” Setelah nama suatu PLT itu diluluskan, nama perniagaan tersebut hendaklah berakhir dengan perkataan ‘Perkongsian Liabiliti Terhad’ atau dengan singkatan ‘PLT’.129 Sesuatu PLT tidak dibenarkan oleh Pendaftar menggunakan nama-nama yang pada pendapat Pendaftar: (a) Tidak diingini; (b) Sama dengan suatu perbadanan atau perniagaan yang sudah wujud; (c) Sama dengan suatu nama yang direzab di bawah APLT atau AS 2016; atau (d) Nama yang diarahkan oleh Menteri supaya tidak diterima oleh Pendaftar Perizaban Nama Seseorang yang ingin menubuhkan PLT bolehlah membuat permohonan kepada Pendaftar terlebih dahulu supaya dapat merezabkan suatu nama sebagai:130 (a) Nama PLT yang dicadangkan sebelum dibuat pendaftaran; atau (b) Nama cadangan PLT yang ingin ditukarkan kepada suatu nama lain. 129 Seksyen 13(1) APLT 2012 130 Seksyen 14 APLT 2012
202 Pendaftar boleh menyimpan nama (reserve) yang sudah diluluskan selama tiga puluh hari daripada tarikh serahsimpan permohonan, atau bagi suatu tempoh yang lebih lama dengan kebenaran Pendaftar.131 Walau bagaimanapun, apabila suatu nama yang diluluskan itu disimpan oleh Pendaftar, nama itu sudah tidak boleh lagi digunakan oleh orang lain. Pertukaran Nama PLT Suatu aspek lain kelebihan PLT ialah boleh menukar namanya kepada suatu nama baharu. Seperti juga dengan syarikat persendirian, PLT yang sudah didaftarkan boleh menukarkan namanya kepada suatu nama baharu yang diluluskan oleh Pendaftar.132 Sesuatu pertukaran nama PLT tidak akan menjejaskan apaapa hak atau obligasi PLT tersebut atau mencacatkan apaapa prosiding undang-undang oleh atau terhadap PLT pada masa lepas.133 Pendaftar boleh mengarahkan suatu PLT menukarkan namanya jika mendapati nama PLT yang digunakan itu merupakan nama yang dilarang daripada didaftarkan di bawah seksyen 13(2) APLT.134 131 Seksyen 14(2) APLT 2012 132 Seksyen 15(1) APLT 2012 133 Seksyen 15(4) APLT 2012 134 Seksyen 16(1) APLT 2012
203 Apa-apa prosiding undang-undang terdahulu akan diteruskan terhadap PLT tersebut walaupun telah menggunakan nama PLT yang baharunya.135 PERUBAHAN MAKLUMAT PLT Sebarang perubahan butir-butir pendaftaran PLT hendaklah diberitahu kepada Pendaftar dalam tempoh empat belas hari atau dalam tempoh lanjutan masa yang dibenarkan. Selepas pemberitahuan (notis) perubahan itu diterima oleh Pendaftar, beliau boleh mendaftarkan perubahan tersebut selepas fi yang ditetapkan itu telah dibayar. Bagaimana pula pekongsi yang berhenti daripada PLT tetapi dia mempercayai bahawa PLT itu tidak memaklumkannya kepada Pendaftar? Dalam kes ini, pekongsi itu sendiri boleh bertindak menyerah simpan pemberitahuan pemberhentian tersebut kepada Pendaftar.136 PEJABAT BERDAFTAR PLT PLT hendaklah pada setiap masa mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia yang mana semua perhubungan dan notis menggunakan alamat itu.137 Begitu juga, PLT dikehendaki menyimpan buku daftar dan rekod-rekod berkanun berikut di pejabat berdaftar: (a) notis pendaftaran; (b) daftar pekongsi; 135 Seksyen 15(5) APLT 2012 136 Seksyen 17(3) APLT 2012 137 Seksyen 18(1) APLT 2012
204 (c) salinan perjanjian PLT, perishtiharan tahunan/ apa-apa penyata yang diserah simpan di pejabat Pendaftar; dan (d) instrumen caj-caj. Pejabat berdaftar lazimnya menggunakan alamat tempat premis atau pejabat perniagaan itu dijalankan. Namun begitu, statut tidak menetapkan bahawa alamat berdaftar hendaklah beralamat di tempat perniagaan itu beroperasi, atau ditempat lain yang mana urusan surat-menyurat boleh sampai ke alamat itu. Suatu PLT boleh menukarkan alamat berdaftarnya daripada masa ke semasa dengan menyerah simpan suatu notis pertukaran alamat kepada Pendaftar.138 Seseorang boleh menyampaikan apa-apa dokumen secara sah kepada PLT ke pejabat berdaftar lamanya yang terdahulu dalam tempoh tiga puluh hari bermula daripada tarikh pertukaran alamat PLT itu didaftarkan.139 Kegagalan tidak mematuhi peruntukan perubahan alamat berdaftar PLT merupakan suatu kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000. Jika kesalahan itu dilakukan berterusan, PLT akan dikenakan denda selanjutnya berjumlah RM500 bagi setiap hari selepas kesalahan itu disabitkan.140 138 Seksyen 18(2) APLT 2012 139 Seksyen 18(3) APLT 2012 140 Seksyen 18(4) APLT 2012
205 PENYIMPANAN DAFTAR DAN DOKUMEN PLT Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disimpan oleh PLT di pejabat berdaftarnya selepas ia ditubuhkan.141 (a) Notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan 11(1)(b); (b) Suatu daftar nama dan alamat setiap pekongsi dan pegawai pematuhan; (c) Suatu salinan perakuan tahunan terkini; (d) Salinan apa-apa penyata yang diserah-simpan dengan Pendaftar; (e) Salinan apa-apa perakuan, jika ada, yang dikeluarkan oleh Pendaftar; (f) Salinan perjanjian PLT dan apa-apa pindaan kepada perjanjian itu; (g) Salinan apa-apa instrumen yang berhubung dengan apa-apa gadaian yang dibuat oleh PLT itu; dan (h) Apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Pendaftar, dan dari masa ke semasa untuk disimpan. Dokumen-dokumen yang disimpan di Pejabat Berdaftar hendaklah tersedia bagi tujuan pemeriksaan atau penyalinan 141 Seksyen 19(1) APLT 2012
206 pada waktu perniagaan biasa atas permintaan pekongsipekongsi.142 Sesiapa sahaja boleh memeriksa dokumen di pejabat berdaftar dengan membayar jumlah fi yang ditetapkan, dan mereka boleh:143 (a) Memeriksa dokumen-dokumen yang telah diserah simpan kepada Pendaftar; atau (b) Membuat salinan sah atau salinan biasa atau cabutan apa-apa dokumen yang hendak diperiksa. PEMBETULAN KESILAPAN Kesilapan yang dilakukan dalam mencatat butir-butir pendaftaran PLT berkaitan dengan hal-hal berikut: (a) Catatan tertinggal; (b) Tidak betul, atau (c) Dimasukkan dengan silap, boleh memohon kepada Pendaftar untuk dibuat pembetulan. Permohonan perlu dikemukakan kepada Pendaftar untuk membetulkan kesilapan. Maklumat-maklumat sokongan perlulah disertakan untuk pertimbangan Pendaftar sama ada daftar itu perlu diperbetulkan atau tidak.144 142 Seksyen 19(1)(2) APLT 2012 143 Seksyen 70 APLT 2012 144 Seksyen 71(3) APLT 2012
207 Walau bagaimanapun, tanpa suatu permohonan yang dibuat, Pendaftar boleh membetulkan daftar itu jika pada pandangannya catatan yang diserah simpan tersebut telah tertinggal, tidak betul atau telah dimasukkan dengan silap.145 Pegawai pematuhan perlulah memasukkan maklumat ke dalam sistem MyLLP dengan berhati-hati, dan menyemak semula ejaan nama pekongsi dan nombor kad pengenalan supaya tidak berlaku kesilapan. SERAH SIMPAN DOKUMEN SECARA ELEKTRONIK Pendaftaran suatu PLT keseluruhannya dibuat secara eletronik, dan begitu juga dengan serah simpan dokumendokumen lain. Dokumen yang diserah simpan secara elektronik, atau dihantar kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dianggap telah memenuhi kehendak-kehendak penyerahsimpanan.146 Salinan dokumen-dokumen yang dibekalkan atau dikeluarkan oleh Pendaftar diperakaui sebagai suatu salinan yang benar di bawah tandatangan, dan meterai Pendaftar hendaklah: ⚫ diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding,147 dan; 145 Seksyen 71(4) APLT 2012 146 Seksyen 73 (3) APLT 2012 147 Seksyen 73(4) APLT 2012
208 ⚫ hendaklah dianggap sebagai suatu keterangan melainkan sebaliknya dibuktikan.148 Pendaftar mempunyai kuasa mengeluarkan sesuatu dokumen yang dikehendaki secara elektronik.149 PERNYATAAN PALSU DAN MENGELIRUKAN Seseorang itu dilarang membuat pernyataan palsu dan mengelirukan dalam penyata, perisytiharan, laporan, perakuan, kunci kira-kira atau dokumen-dokumen lain. Hal ini termasuklah sama ada orang itu mengetahui pernyataan atau butir-butir material yang diberikan itu adalah palsu, atau mengelirukan, atau dia melakukannya dengan sengaja. Perbuatan ini merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, atau denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit, dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, atau keduaduanya.150 Penyiaran Nama Setelah nama PLT itu lulus, pekongsi-pekongsi PLT hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut sebelum memulakan perniagaan: 148 Seksyen 75 APLT 2012 149 Seksyen 74 APLT 2012 150 Seksyen 80 APLT 2012
209 (a) Nama dan nombor pendaftaran PLT mestilah dipamerkan di luar pejabat berdaftar dan tempat perniagaannya;151 walaubagaimanapun, Pendaftar boleh mengecualikannya jika dia berpuashati adalah tidak praktikal bagi PLT itu untuk berbuat demikian.152 (b) Nama dan nombor pendaftaran dikehendaki diletakkan atas dokumen resmi penerbitan seperti kepala surat, invois dan bil (termasuk dalam bentuk perantara elektronik dan laman web);153 (c) Jika PLT sudah bertukar nama baharu, nama dahulu mestilah diletakkan dibawah nama sekarang bagi tempoh 12 bulan daripada tarikh perubahan itu.154 Sesiapa yang menjalankan perniagaan dengan menggunakan apa-apa nama di bawah APLT, hendaklah mengakhiri nama tersebut dengan Perkongsian Liabiliti Terhad atau singkatannya PLT. Misalnya, Imtiyaz & Associates PLT. Keingkaran di bawah seksyen 81 APLT ini, apabila disabitkan boleh dikenakan didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.155 151 Seksyen 20(1) APLT 2012 152 Seksyen 20 APLT 2012. 153 Seksyen 20(3) APLT 2012 154 Seksyen 20(4) APLT 2012 155 Seksyen 81 APLT 2012
210
211 MUKADDIMAH Pegawai pematuhan PLT hendaklah mengurus PLT supaya sentiasa mematuhi kehendak APLT dan peraturanperaturannya. Misalnya, mengemaskini dokumen-dokumen PLT jika berlakunya perubahan maklumat ahli, perubahan alamat, peletakan jawatan pekongsi, kebankrapan pekongsi dan lian-lain. Suatu kelebihan PLT yang paling menarik ialah ia tidak memerlukan pelbagai jenis pematuhan undang-undang seperti syarikat. Hal ini dapat mengelak PLT daripada dikenakan kompaun ketakpatuhan yang tinggi lagi membebankan. Suatu PLT boleh ditutup sama ada melalui pembubaran oleh pekongsi, atau penggulungan oleh mahkamah. Jika pekongsi tidak mahu lagi meneruskan perniagaan, mereka boleh membubarkan PLT itu dengan sukarela. Pihak bank boleh memohon melalui mahkamah untuk menggulung suatu PLT itu jika PLT itu gagal membayar hutang-hutangnya. Situasi ini menunjukkan bahawa PLT itu tidak lagi solven untuk meneruskan perniagaanya. Pekongsi-pekongsi boleh berhenti daripada PLT dengan syarat pemberhentian itu tidak mengurangkan bilangan pekongsi itu di bawah dua orang.
212 SKOP PERBINCANGAN PENGGULUNGAN PLT Skop penggulungan PLT yang dibincangkan dalam Bab 10 ini merangkumi aspek-aspek berikut: Rajah 10.1: Skop Pengurusan PLT LIABILITI TERHAD PEKONGSI Liabiliti setiap pekongsi PLT ialah setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh pekongsi masing-masing jika PLT itu digulung. Misalnya, jika modal pekongsi A ialah RM50,000, maka liability A adalah setakat RM50,000 sahaja. Dalam PLT, hanya aset PLT sahaja yang akan digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang PLT tanpa melibatkan aset-aset personal pekongsi. Liabiliti Terhad Pekongsi Kuasa-kuasa Pekongsi Pemberhentian Pekongsi Kebankrapan Pekongsi Penyerahakkan Kepentingan Pegawai Pematuhan Hilang Kelayakan Pegawai Pematuhan Penggulungan PLT
213 Keistimewaan liabiliti terhad bertujuan untuk melindungi pekongsi-pekongsinya secara persendirian daripada perkara-perkara berikut:156 (a) Sebarang tanggungan PLT sama ada wujud daripada kontrak, tort dan lain-lain merupakan tanggungan PLT, dan bukan tanggungan pekongsi-pekongsinya. (b) Seseorang pekongsi tidak bertanggungan secara sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung atas tanggungan rugi yang timbul daripada (a) di atas. (c) Seseorang pekongsi PLT tidak menjejaskan tanggungan dirinya dalam tort atas perbuatan salah laku disebabkan oleh pekongsipekongsi lain. (d) Seseorang pekongsi PLT bertanggungan atas salah lakunya terhadap orang lain dalam menjalankan perniagaan PLT, maka PLT itu adalah bertanggungan setakat apa yang ditanggung oleh pekongsi itu. (e) Liabiliti PLT hendaklah dibayar daripada harta PLT itu sendiri dan tidak melibatkan harta pekongsi. Liabiliti Pekongsi Apabila PLT Tidak Solven Suatu PLT itu dianggap tidak solven jika ia tidak mampu membayar hutang-hutangnya dalam perjalanan biasa perniagaannya. Secara lebih khusus, hutang-hutang yang melibatkan pihak bank dan juga pembekal. Pekongsi atau bekas pekongsi PLT yang menerima suatu pembahagian daripada PLT (misalnya wang) adalah 156 Seksyen 21 APLT 2012
214 bertanggungan jika mereka menyedari akibat daripada pembahagian wang itu menyebabkan PLT menjadi tidak solven. Oleh itu, pastikan, jika pekongsi membahagikan wang sesama mereka mengakibatkan PLT tidak solven. Pekongsi hendaklah bertanggungan sendiri terhadap PLT setakat amaun, atau nilai pembahagian wang yang diterima oleh mereka dalam tempoh dua tahun sebelum bermulanya PLT itu digulung.157 Hal ini bermaksud, jika pekongsi membahagikan wang kepunyaan PLT sesama mereka, sehingga mengakibatkan PLT menjadi tidak solven, maka pekongsi hendaklah bertanggungan setakat amaun wang yang mereka ambil daripada PLT itu. Dalam erti kata lain, pekongsi hendaklah memulangkan semula wang yang dibahagikan sesama mereka dahulu kepada PLT. KUASA PEKONGSI MENGIKAT PLT Tindakan pekongsi dengan orang luar terbahagi kepada dua aspek, iaitu: 1. Orang Luar Yang Berurusan Dengan Pekongsi PLT Setiap pekongsi PLT merupakan ejen kepada PLT itu.158 Walau bagaimanapun, suatu PLT tidak terikat dengan apaapa tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pekongsi dalam urusannya dengan orang lain (pihak luar) jika:159 157 Seksyen 22(1) APLT 2012 158 Seksyen 23(1) APLT 2012 159 Seksyen 23(2) APLT 2012
215 (a) pekongsi itu bertindak tanpa kuasa daripada pekongsi lain; dan (b) pekongsi itu berurusan dengan seseorang yang: ⚫ tahu bahawa pekongsi itu tidak mempunyai kuasa; atau ⚫ tidak tahu bahawa pekongsi itu merupakan seorang pekongsi PLT. 2. Orang Luar Berurusan Dengan Orang Yang Tidak Lagi Menjadi Pekongsi PLT Berhubung dengan orang luar yang berurusan dengan seorang bekas pekongsi PLT, maka orang tersebut masih dianggap pekongsi PLT itu, kecuali:160 (a) orang luar yang berurusan dengan PLT mengetahui bahawa bekas pekongsi itu telah berhenti menjadi pekongsi PLT; atau (b) notis pemberhentian bekas pekongsi itu telah diserah simpan ke pejabat Pendaftar. PEMBERHENTIAN PEKONGSI Mana-mana pekongsi PLT boleh berhenti atau menarik diri daripada PLT tersebut. Seseorang pekongsi PLT boleh berhenti sebagai pekongsi PLT mengikut kaedah berikut:161 160 Seksyen 23(3) APLT 2012 161 Seksyen 24(1) dan (2) APLT 2012
216 (a) Menurut perjanjian PLT; (b) Jika tiada perjanjian PLT dibuat, pekongsi hendaklah memberikan notis 30 hari kepada pekongsi lain tentang niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai pekongsi; (c) Pekongsi itu meninggal dunia, atau PLT dibubarkan; (d) Bagi PLT bidang amalan profesional, pekongsi hendaklah berhenti menjadi pekongsi jika dia telah hilang kelayakan untuk menjalankan amalan profesional di bawah undang-undang bertulis badan profesional itu. (e) Pekongsi boleh berhenti daripada PLT dengan syarat bilangan pekongsi yang tinggal tidak boleh kurang daripada dua. Jika kurang daripada dua, pekongsi hendaklah mencari orang lain bagi mencukupkan bilangan minimum pekongsi. Imbuhan Pekongsi Yang Berhenti Seseorang pekongsi PLT yang berhenti, berhak menerima suatu amaun daripada PLT itu (melainkan ditetapkan sebaliknya dalam perjanjian PLT) menurut perkiraan berikut: (a) bersamaan dengan sumbangan modal dalam PLT dan keuntungan terkumpul PLT selepas ditolak kerugian; dan (b) ditentukan pada tarikh bekas pekongsi itu berhenti daripada PLT.
217 Kes 10.01 A & B Partners PLT merupakan suatu perniagaan PLT yang di asaskan oleh Mr. A dan Mr. B. Mr. A mahu berpindah ke selatan tanah air dan berhenti menjadi pekongsi PLT. Sumbangan modal awal Mr. A ialah RM60,000 dan Mr. B ialah RM40,000. Daripada Kunci Kira-kira, keuntungan terkumpul A & B Partners PLT selama tiga tahun ialah RM250,000. Menurut perjanjian perkongsian pembahagian keuntungan ialah 60:40. Oleh itu, Mr. A berhak menuntut daripada PLT menurut perkiraan berikut: Butiran RM Modal awal Mr. A 60,000 Keuntungan terkumpul 250,000 Kerugian tahun pertama 50,000 Keuntungan terkumpul (Mr. A): RM250,000 x 60% 160,000 Kerugian tahun pertama sudahpun diserap dalam keuntungan terkumpul. Nilai saksama (fair value) yang perlu Mr. A tuntut: Modal awal Mr. A + Keuntungan Terkumpul Mr. A RM160,000 + RM60,000 = RM220,000
218 Perkongsian Syarikat PLT Walau bagaimanapun, fair value tertakluk kepada perundingan yang akan dimuktamadkan antara Mr. A dengan Mr. B. Dapatkan khidmat nasihat profesional daripada seorang akauntan dalam menentukan amaun yang sepatutnya diterima jika pekongsi keluar daripada PLT. Seseorang yang telah berhenti daripada pekongsi PLT, pekongsi tersebut dan wakilnya atau pelikuidasinya hendaklah berhenti daripada melibatkan diri dalam pengurusan PLT tersebut.162 PERTUKARAN SYARIKAT DAN PERKONGSIAN KEPADA PLT Syarikat sendirian berhad dan perkongsian konvensional boleh menukarkan status masing-masing kepada PLT. Usahawan boleh menukar perniagaan perkongsian atau syarikat kepada PLT jika mendapatinya lebih menjimatkan dan menepati kehendak vendor. Bahagian seterusnya membincangkan aspek pematuhan kehendak dan peraturan undang-undang bagi menukarkan status perniagaan perkongsian konvensional dan syarikat persendirian kepada PLT. 162 Seksyen 24(4) APLT 2012
219 PERTUKARAN PERKONGSIAN KEPADA PLT Menurut statut, ‘bertukar’ daripada suatu perkongsian konvensional kepada PLT bermaksud:163 ‘suatu pemindahan hakmilik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi, dan perusahaan perkongsian konvensional itu kepada PLT.’ Pertukaran ini akan mengubah status liabliti undangundang perkongsian konvensional kepada liabiliti undangundang PLT. Kriteria Pertukaran: Perkongsian Kepada PLT Untuk menukarkan suatu perkongsian konvensional kepada PLT, kriteria berikut perlu dipenuhi: (a) perkongsian konvensional mestilah berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, atau mana-mana perkongsian yang ditubuhkan oleh dua atau lebih pekongsi untuk menjalankan perniagaan amalan profesional; (b) pekongsi-pekongsi mestilah terdiri daripada orang yang sama dalam perkongsian konvensional dan tiada orang lain;164 (c) pada masa pendaftaran, perkongsian konvensional itu mestilah solven (dalam kedudukan berupaya membayar hutang); dan 163 Seksyen 29(2) APLT 2012 164 Seksyen 29(1) APLT 2012
220 (d) bagi firma yang menjalankan amalan profesional, dapatkan surat kelulusan daripada pihak pentadbiran badan profesional itu terlebih dahulu. PERTUKARAN SYARIKAT PERSENDIRIAN KEPADA PLT Mungkin pengarah syarikat ingin menukarkan syarikat mereka kepada PLT disebabkan kos-kos pematuhan dan kompaun yang rendah, disamping dapat menikmati status liabiliti terhad. Suatu syarikat persendirian juga boleh ditukarkan kepada PLT. ‘Bertukar’ berkaitan dengan syarikat persendirian kepada PLT dalam konteks ini bermaksud:165 ‘…suatu pemindahan hak milik harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, obligasi dan perusahaan syarikat persendirian kepada PLT.’ Hal ini bermaksud semua aset dan liabiliti syarikat akan dipindah milik kepada PLT. Kriteria Pertukaran: Syarikat Kepada PLT Kriteria kelayakan pertukaran syarikat persendirian kepada PLT adalah seperti berikut:166 (a) tidak wujud cagaran dalam aset-asetnya; (b) pemegang syer dalam syarikat persendirian hendaklah orang yang sama dalam PLT; dan 165 Seksyen 30(2) APLT 2012 166 Seksyen 30(1) APLT 2012
221 (c) pada masa permohonan pertukaran kepada PLT, syarikat persendirian hendaklah dalam kedudukan kewangan yang solven. Syarikat persendirian boleh mengemukakan permohonan untuk bertukar kepada PLT dengan menyerah simpan kepada Pendaftar suatu pernyataan yang ditandatangani oleh semua pemegang syer yang mengandungi butir-butir berikut:167 (a) nama dan nombor pendaftaran syarikat; (b) tarikh syarikat persendirian itu diperbadankan; (c) syarikat persendirian mampu membayar hutangnya apabila hutang itu genap masa dan kena bayar; (d) semua fi berkanun tertunggak atau apa-apa amaun yang terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan sudah dijelaskan; (e) syarikat persendirian telah menyiarkan suatu iklan sekurang-kurangnya dalam suatu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia, dan suatu pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk bertukar kepada PLT; dan (f) semua pemiutang telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar kepada PLT; dan 167 Seksyen 31(2) APLT 2012
222 suatu pernyataan yang disebut dalam seksyen 10(2) Akta, disebabkan pertukaran kepada PLT dianggap menubuhkan suatu PLT yang baharu.168 Pendaftar akan mendaftarkan PLT dan kemudian mengeluarkan suatu notis pendaftaran yang menyatakan PLT pada tarikh yang dinyatakan dalam notis telahpun didaftarkan di bawah APLT. 169 KESAN PERTUKARAN KEPADA PLT Apabila perkongsian konvensional dan syarikat persendirian didaftarkan atas sebab-sebab pertukaran kepada PLT, terdapat dua kesan akan berlaku; iaitu: ⚫ Kesan pertukaran pada tarikh pendaftaran; dan ⚫ Kesan pertukaran selepas tarikh pendaftaran. Kesan Pertukaran Pada Tarikh Pendaftaran170 Perkara-perkara berikut akan berlaku pada perkongsian konvensional, dan syarikat pada tarikh pendaftaran: (a) wujud suatu PLT dengan nama yang dinyatakan dalam notis pendaftaran dengan semua sifat-sifat PLT; (b) semua harta yang terletak hak pada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian, dan keseluruhan perniagaan perkongsian konvensional atau syarikat persendirian akan berpindah milik kepada PLT; 168 Seksyen 31(2)(b) APLT 2012 169 Seksyen 32(1) APLT 2012 170 Seksyen 33 APLT 2012
223 (c) perkongsian konvensional atau syarikat persendirian disifatkan sebagai telah dibubarkan; dan (d) perkongsian konvensional akan dikeluarkan daripada daftar perniagaan dan syarikat persendirian akan dikeluarkan daripada daftar syarikat. Apabila suatu entiti perniagaan ditukarkan kepada PLT, terdapat beberapa implikasi daripada sudut undangundang. Implikasi yang berlaku selepas tarikh pertukaran syarikat persendirian dan perkongsian konvensional kepada PLT adalah seperti berikut: (a) Prosiding yang belum selesai Semua prosiding terhadap perkongsian konvensional atau syarikat yang masih belum selesai akan diteruskan, diselesaikan dan dikuatkuasakan terhadap PLT itu.171 (b) Penerusan sabitan, arahan, perintah atau penghakiman Sebarang sabitan, arahan, perintah atau penghakiman terhadap perkongsian konvensional atau syarikat persendirian boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap PLT itu.172 (c) Perjanjian sedia ada Hak dan liabiliti perjanjian sebelum pertukaran perkongsian konvensional atau syarikat persendirian kepada LLP akan diserahakkan kepada dan ditanggung oleh LLP.173 (d) Kontrak sedia ada 171 Seksyen 34 APLT 2012 172 Seksyen 35 APLT 2012 173 Seksyen 36 APLT 2012
224 Perjanjian dan kontrak sedia ada akan terus berkuatkuasa dan mengikat PLT walaupun perjanjian dan kontrak itu dibuat sebelum tarikh pertukaran perkongsian konvensional atau syarikat persendirian kepada PLT.174 (e) Penerusan pekerjaan Setiap kontrak pekerjaan antara majikan dan pekerja hendaklah terus berkuatkuasa pada dan selepas tarikh pendaftaran PLT seolah-olah PLT merupakan majikan di bawah kontrak pekerjaan itu dan bukannya perkongsian konvensional atau syarikat persendirian.175 (f) Perlantikan, autoriti atau kuasa sedia ada Perlantikan, autoriti atau kuasa sedia ada bagi perkongsian konvensional atau syarikat persendirian kendaklah berkuat kuasa sebelum tarikh pendaftaran dan mula beroperasi pada tarikh pendaftaran seolah-olah PLT itu yang telah melantiknya.176 (g) Ketidakpakaian apa-apa kelulusan, permit atau lesen Walaupun perkongsian konvensional atau syarikat persendirian sudah diluluskan pertukarannya, namun begitu, ia tidaklah terpakai bagi maksud mendapatkan kelulusankelulusan lain seperti permit dan lesen-lesen perniagaan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Misalnya, lesen kontraktor pembekalan di bawah Kementerian Kewangan, lesen kenderaan perdagangan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan lain-lain permit perniagaan perlu di buat permohonan semula.177 (h) Liabiliti dan kewajipan pekongsi sebelum pertukaran Setiap pekongsi perkongsian konvensional yang telah bertukar kepada PLT hendaklah terus menerus 174 Seksyen 37 APLT 2012 175 Seksyen 38 APLT 2012 176 Seksyen 39 APLT 2012 177 Seksyen 40 APLT 2012
225 bertanggungan sendiri, bersesama, dan berasingan dengan PLT. Hal ini bermaksud apa-apa liabiliti dan kewajipan perkongsian konvensional yang ditanggung sebelum pertukaran atas mana-mana kontrak yang dibuat sebelum pertukaran itu berlaku.178 (i) Notis pertukaran invois dan surat menyurat Bagi tempoh dua belas bulan, bermula daripada empat belas hari selepas tarikh pendaftaran diluluskan, PLT hendaklah memastikan invois, dan surat-surat rasminya mempunyai perkara-perkara berikut:179 ⚫ suatu pernyataan bahawa PLT itu adalah daripada pertukaran perkongsian konvensional atau syarikat persendirian; dan ⚫ nama dan nombor pendaftaran perkongsian konvensional atau syarikat (jika ada) ditukarkan kepada nombor pendaftaran PLT. (j) Buku berkanun, buku daftar dan rekod-rekod lain Semua buku berkanun, daftar dan rekod-rekod lain yang diselenggarakan oleh syarikat persendirian di bawah Akta Syarikat 2016 hendaklah dipindahkan hakmilik kepada PLT dan disimpan di pejabat berdaftar bagi tempoh tujuh tahun daripada tarikh pendaftaran.180 Perkongsian konvensional akan memiliki status liabiliti terhad, disamping personaliti perbadanan yang berasingan jika bertukar kepada PLT. 178 Seksyen 41(1) APLT 2012 179 Seksyen APLT 2012 180 Seksyen 43 APLT 2012
226 Kemudian, cukai atas perkongsian konvensional tidak lagi taksir atas atas individu, tetapi atas PLT. Namun begitu, syarikat tidak banyak perubahan identiti yang diperolehi jika ditukarkan kepada PLT. Syarikat akan kehilangan bilangan minimum ahli iaitu seorang sahaja berbanding dengan PLT yang memerlukan minimum dua orang pekongsi.
227
228 MUKADDIMAH Mungkin terdapat PLT tempatan ingin menjalinkan kerjasama perniagaan secara usaha-sama dengan PLT asing. Boleh juga PLT asing itu ingin membuka cawangan mereka di Malaysia dengan mengekalkan entiti perniagaan di negara asal mereka. Dalam erti kata yang mudah, PLT dinegaranya itu ingin membuka cawangan perniagaan di Malaysia. Kebanyakan PLT asing adalah bersifat perkhidmatan profesional seperti arkitek, jurutera, physician, auditors dan lain-lain. Kemungkinan perniagaan mereka bertaraf dunia, dan membuka cawangan di Malaysia melalui perkongsian strategik dengan pekongsi tempatan. Namun begitu, PLT asing tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di Malaysia melainkan jika ia didaftarkan sebagai PLT asing di bawah APLT 2012. 181 Dalam erti kata lain, PLT negara asing perlulah dicelup dengan undang-undang di Malaysia terlebih dahulu. Pekongsi PLT asing boleh meletakkan jawatan atau berhenti daripada menjadi pekongsi, dengan syarat bilangan pekongsi yang tinggal hendaklah tidak kurang daripada dua orang. PLT asing juga perlukan seorang pegawai pematuhan yang layak, dan pegawai pematuhan ini hendaklah warga negara atau pemastautin tetap Malaysia. Jika PLT asing ini tidak lagi beroperasi, maka pekongsi boleh membubarkannya secara sukarela. 181 Seksyen 44(1) APLT 2012
229 Syarat Penubuhan PLT Asing Pematuhan Jadual Ketiga Syarat Pendaftaran PLT Asing Pegawai Pematuhan PLT Asing Pegawai Pematuhan PLT Asing Penamatan PLT Asing Tugas dan Kewipan Statutori Pembubaran PLT Asing Penggulungan Sukarela Memotong PLT Daripada Daftar Pembatalan Pembubaran SKOP PERBINCANGAN BAB 11 Skop perbincangan Bab 11 adalah merangkumi perkaraperkara berikut: Rajah 11.01: Skop Perbincangan Bab 11 SYARAT-SYARAT PENUBUHAN PLT ASING Orang yang hendak menubuhkan PLT asing di Malaysia lazimnya terdiri daripada warga negara asing. Berikut ialah syarat-syarat penubuhan suatu PLT Asing yang hendak didaftarkan di Malaysia:
230 (a) PLT asing hendaklah mengekalkan nama PLT seperti pendaftaran PLT di negara asal; (b) Mengekalkan pekongsi seperti di pendaftaran PLT di negara asal; (c) Mengekalkan jenis perniagaan; (d) Melantik Pegawai Pematuhan; (e) Bayaran fi RM500; dan (f) Nombor Pendaftaran PLT asing Taraf PLT Asing samalah seperti menubuhkan suatu PLT yang baharu di Malaysia. Para (c) di atas memerlukan PLT di Malaysia itu menjalankan jenis perniagaan yang sama dengan prinsipalnya. Dalam erti kata lain, PLT asing tidak dibenarkan menjalankan jenis perniagaan yang berlainan dengan prinsipalnya di negara asal. Jika ingin menjalankan perniagaan yang berbeza, maka PLT itu boleh didaftarkan sebagai PLT tempatan sahaja. PEMATUHAN JADUAL KETIGA PLT asing yang ditubuhkan di Malaysia bukanlah secara automatik dianggap sebagai telah menjalankan perniagaan di Malaysia. Suatu PLT asing itu tidak dianggap menjalankan
231 perniagaan di Malaysia melainkan PLT itu memenuhi kriteriakriteria berikut:182 (a) menjadi pihak kepada apa-apa tindakan guaman atau prosiding tuntutan atau pertikaian; (b) mengadakan mesyuarat atau menjalankan aktiviti lain berkenaan dengan hal ehwal dalamannya; (c) menyelenggara akaun bank; (d) melaksanakan jualan melalui seorang kontraktor bebas; (e) cuba memperolehi pesanan yang menjadi suatu kontrak yang mengikat jika pesanan itu diterima di luar Malaysia; (f) mewujudkan keterangan tentang apa-apa hutang atau mewujudkan suatu gadaian ke atas harta alih atau tak alih; (g) mendapatkan atau memungut mana-mana hutangnya atau menguatkuasakan haknya berkenaan dengan apa-apa sekuriti yang berhubung dengan hutang itu; (h) menjalankan suatu transaksi terpencil yang diselesaikan dalam masa tiga puluh satu hari, tetapi bukan merupakan suatu daripada sebilangan transaksi yang serupa dari masa ke semasa. (i) melaburkan dananya atau memegang harta; atau 182 Jadual Ketiga APLT 2012
232 (j) mengimport barang-barang hanya sementara menurut Akta Kastam 1967 bagi maksud pameran, pertunjukkan demonstrasi atau sebagai sampel perdagangan dengan tujuan untuk pengeksportan semula. Jika suatu PLT itu mempunyai mana-mana ciri di atas, maka PLT asing itu tidak dianggap menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PLT ASING Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran PLT asing adalah seperti berikut:183 (a) salinan sah perakuan pendaftaran atau dokumen yang serupa ditempat asal PLT itu di perbadankan; dan (b) salinan sah piagam atau instrumen yang menerangkan perlembagaan, jika ada. Setelah Pendaftar berpuas hati dengan kehendak Akta, peraturan dan fi dibayar, maka Pendaftar akan mendaftarkan PLT dan memperuntukkan suatu nombor pendaftaran kepada PLT asing itu.184 Jika perjanjian PLT asing itu bukan dalam Bahasa Inggeris, pihak SSM memerlukan salinan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris. 183 Seksyen 45(1) APLT 2012 184 Seksyen 45(2)(a) APLT 2012
233 PLT ASING Dokumen Pendafatran Kehendak Pendaftaran PLT Asing Pegawai Pematuhan PLT Asing Penamatan PLT Asing Di Malaysia Menyimpan Rekod Perakaunan Pemfailan Perakuan Tahunan PEGAWAI PEMATUHAN PLT ASING Orang yang bertanggungjawab menubuhkan PLT asing, kelayakan dan prosedur pengosongan jawatannya dibingcangkan dalam bahagian seterusnya. Rajah 11.02: Pendaftaran PLT Asing Kelayakan Pegawai Pematuhan PLT Asing Kelayakan pegawai pematuhan PLT asing sama sahaja kehendaknya dengan kelayakan pegawai pematuhan PLT tempatan. PLT asing hendaklah melantik pegawai pematuhan yang layak seperti berikut:
234 (a) melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai pematuhan dalam kalangan pekongsinya; atau (b) seorang setiausaha syarikat yang layak di bawah Akta Syarikat 1965. Syarat khas lain pekongsi yang bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT itu hendaklah:185 (a) warga negara atau pemastautin tetap di Malaysia; dan (b) mempunyai tempat tinggal tetap di Malaysia. Butir-butir pegawai pematuhan dan persetujuan daripadanya bertindak sebagai pegawai pematuhan PLT asing hendaklah diserah simpan kepada Pendaftar.186 Dalam erti kata lain, pegawai pematuhan PLT asing hendaklah seorang warga negara Malaysia, atau pemastautin tetap yang mempunyai tempat tinggal tetap di Malaysia. Pengosongan Jawatan Pegawai Pematuhan PLT Asing Seseorang pegawai pematuhan PLT asing boleh mengosongkan jawatannya, atau berhenti daripada PLT melalui kaedah-kaedah berikut:187 185 Seksyen 46(1) APLT 2012 186 Seksyen 46(2) APLT 2012 187 Seksyen 46(3), (4) dan (5) APLT 2012
235 (a) memberi notis bertulis tentang hasratnya untuk mengosongkan jawatan kepada PLT tersebut. (b) notis tentang pengosongan jawatan ini boleh diserah simpan oleh pegawai pematuhan sendiri ke pejabat Pendaftar. (c) pegawai pematuhan tersebut hendaklah berhenti daripada jawatan itu apabila tamat tempoh satu bulan daripada tarikh serah simpan notis itu. Suatu PLT asing hendaklah mempunyai Pejabat Berdaftar di Malaysia yang mana semua komunikasi dan notis boleh di alamatkan.188 Jika PLT asing menggunakan khidmat setiausaha syarikat sebagai pegawai pematuhan, maka alamat pejabat setiausaha syarikat boleh dijadikan sebagai Pejabat Berdaftar PLT asing itu. Alamat Berdaftar PLT boleh menggunakan alamat perniagaan PLT tersebut, jika pegawai pematuhan adalah salah seorang daripada pekongsi PLT itu. PLT asing hendaklah menyimpan dokumen-dokumen berikut di Pejabat Berdaftarnya: ⚫ salinan perakuan pendaftaran PLT atau dokumen serupa yang lain di tempat asal ia diperbadankan, dan 188 Seksyen 46(7) dan (8) APLT 2012
236 ⚫ suatu salinan dokumen piagam atau perlembagaan yang diperakui. PENAMATAN PERNIAGAAN PLT ASING Jika suatu PLT asing ingin menamatkan perniagaannya di Malaysia, PLT tersebut hendaklah memfailkan dokumendokumen berikut ke pejabat Pendaftar:189 (a) suatu notis kepada Pendaftar dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh penamatan perniagaannya. (b) penamatan PLT ini akan berkuatkuasa apabila notis penamatan perniagaan diserah simpan kepada Pendaftar. Ringkasnya, penamatan PLT berkuatkuasa selepas notis penamatan perniagaan itu diserah simpan kepada Pendaftar. PLT itu akan dinyahkan daripada senarai daftar selepas enam bulan daripada notis penamatan itu difailkan kepada Pendaftar SSM. TUGAS DAN KEWAJIPAN STATUTORI LAIN PLT hendaklah mematuhi keperluan statutori menyimpan rekod perakaunan dan juga serah simpan Perakuan Tahunan. Menyimpan Rekod Perakaunan PLT bertanggungan menyimpan semua rekod perakaunan berkaitan dengan:190 189 Seksyen 47 APLT 2012 190 Seksyen 69 APLT 2012