352'8.6,
5(.$ 7$1'$
7LQJNDWDQ
9
0 3
.85,.8/80 67$1'$5' 6(.2/$+ 0(1(1*$+
MODUL PEMBELAJARAN
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PRODUKSI
REKA TANDA
TINGKATAN 4
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
NOVEMBER 2019
i
Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5 dan 6, Blok E14, Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
ii
Kandungan
RUKUN NEGARA iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN v
KATA PENGANTAR vi
PENGENALAN vii
MODUL 1 Pengenalan Produksi Reka Tanda 01
1.1 Kepentingan Produksi Reka Tanda 03
1.2 Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 29
MODUL 2 Produksi Grafik 61
2.1 Asas Reka Bentuk Grafik 63
MODUL 3 Reka Letak Berbantukan Komputer 105
3.1 Komposisi Reka Letak Grafik 107
MODUL 4 Papar Tanda 143
4.1 Reka Bentuk Papar Tanda Akrilik 145
4.2 Reka Bentuk Papar Tanda Larik 197
4.3 Reka Bentuk Papar Tanda vinil 259
4.4 Reka Bentuk Papar Tanda Semburan Cat 313
GLOSARI 365
RUJUKAN 366
PANEL PENGGUBAL DAN PENGHARGAAN 368
i
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
v
KATA PENGANTAR
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin memanjatkan
rasa syukur telah dapat menerbitkan Modul Pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang telah disediakan berasas-
kan kepada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan
4.
Dalam menangani hala tuju pendidikan negara serta pembangunan dunia pen-
didikan hari ini, BPLTV berusaha menyediakan modul pembelajaran KSSM MPV se-
bagai satu dokumen yang menjadi sumber rujukan utama guru MPV yang dapat memen-
uhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan kemahiran vokasional. Modul pembelaja-
ran ini dibina bagi membantu murid mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kema-
hiran yang berkaitan di samping melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan
negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, modul pembelajaran ini juga menjadi panduan
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.
BPLTV amat menghargai segala daya usaha yang telah menyatukan idea untuk
menerbitkan modul ini. Setiap kejayaan dasar pendidikan dan program yang menyokong
dasar hendaklah dilaksanakan dengan kefahaman dan kerjasama yang kukuh daripada
semua pihak terutamanya warga pendidik. Semoga usaha murni ini dapat mencapai ob-
jektif dan matlamat yang diharapkan. Besarlah harapan BPLTV agar modul ini menjadi
sumber rujukan dan panduan penting bagi menentukan garis utama hala tuju pendidi-
kan di Malaysia. Modul pembelajaran ini telah melalui beberapa proses pemeringkatan
kawalan mutu demi menjaga kualiti modul ini.
Akhir kata, BPLTV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan jutaan terima kasih kepada panel penulis, panel kawalan mutu, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Bahagian Pen-
didikan dan Latihan Teknikal Vokasional, pegawai Bahagian Pembangunan Kuriku-
lum (BPK) serta pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) dan
juga semua pihak yang telah merealisasikan penerbitan modul ini. Syabas kepada semua
yang memberi komitmen yang tinggi sehingga modul ini dapat dihasilkan dengan jayanya.
Sekian,
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
vi
PENGENALAN
Produksi Reka Tanda ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di
sekolah menengah aliran perdana. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang
menitikberatkan komponen seni dan aspek kemahiran pembuatan dengan platform
teknologi dan digital. Kandungan kurikulum dibina bagi memberi pendedahan asas kepada
murid yang ingin mendalami bidang grafik dan proses pembuatan perlbagai jenis papar
tanda yang bermula daripada penjanaan idea, merekabentuk sehingga pembuatan papar
tanda.
Modul Pembelajaran ini dibangunkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pen-
taksiran (DSKP) Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Produksi Reka Tanda selaras dengan
hasrat dasar Pendidikan Negara untuk memperkasakan bidang STEAM. Kandungan ku-
rikulum ini juga telah dipetakan menjurus kepada perkembangan pendidikan dan industri di
negara ini. Penyusunan isi kandungan Modul Pembelajaran pula mengikut Standard Kan-
dungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi murid melalui tahap penguasaan
(Kriteria Pencapaian) dan kemahiran dalam bidang reka bentuk.
Modul Pembelajaran mata pelajaran ini mengandungi lapan (8) modul kesemuanya yang
merupakan satu kaedah bagi murid untuk menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit
pembelajaran secara kendiri dan guru berperanan sebagai fasilitator. Kesemua lapan (8)
modul pembelajaran yang telah dihasilkan bagi mata pelajaran ini akan dikuasai oleh murid
dalam tempoh masa dua tahun pembelajaran di tingkatan 4 (4 modul) dan tingkatan lima
(4 modul). Murid akan mempelajari komponen seni, reka bentuk, pengurusan dan kema-
hiran pembuatan semasa di tingkatan 4. Manakala ilmu keusahawanan pula akan dipela-
jari di tingkatan 5.
Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai yang dirangka dan disusunkan dalam mata pelajaran
Produksi Reka Tanda ini bukan sekadar ilmu yang dipelajari di alam persekolah tetapi juga
merupakan kurikulum yang mampu membentuk kemahiran kebolehkerjaan murid dan
menjana ekonomi dalam bidang rekabentuk.
vii
352'8.6,
5(.$ 7$1'$
D
02'8/ DG 7Q
3HQJHQDODQ 3URGXNVL 5HND 7DQGD N HD
3RXV5
.HSHQWLQJDQ 3URGXNVL 5HND 7DQGD NL
3HUDWXUDQ NHVHODPDWDQ GDQ NHVLKDWDQ SHNHUMDDQ UG
D Q
JQO D
3QH H
8 /
'
2
0
0DWD 3HODMDUDQ 9RNDVLRQDO
352'8.6,
5(.$ 7$1'$
7LQJNDWDQ
6WDQGDUG .DQGXQJDQ
.HSHQWLQJDQ 3URGXNVL 5HND 7DQGD
7QD DG
N HD
5
3RXV UGNL
QD JQ
SQL HHW
. 6 .
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 1.0
PENGENALAN PRODUKSI
REKA TANDA
(8 jam)
Standard Kandungan
1.1 Kepentingan Produksi Reka Tanda (3 jam)
Standard Pembelajaran
UNIT
1
1.1.1 Menyatakan maksud Produksi Reka Tanda 111
1 Jam
1.1.2 Menerangkan prospek kerjaya dalam bidang Produksi Reka Tandaanda (TP2
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i. Menerangkan maksud Produksi Reka Tanda
ii. Memberi contoh prospek kerjaya yang sesuai dalam bidang Produksi Reka Tanda
5
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Maksud Produksi Reka Tanda
Produksi
Produksi merupakan kegiatan pembuatan
atau penghasilan sesuatu produk mahupun
perkhidmatan.
Reka Tanda
Reka tanda ialah pengetahuan tentang proses
pembuatan reka bentuk daripada penjanaan
idea, mereka bentuk sehingga pembuatan
papar tanda dihasilkan.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Rajah 1.1.1 Maksud Produksi Reka Tanda
Prospek kerjaya dalam bidang Produksi Reka Tanda
Kontraktor Tenaga Pekerja
Pereka Usahawan Pengajar Mahir
Rekabentuk Profesional
Rujukan: Kamus dewan edisi keempat
http://www.mara.gov.my
6
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Laluan kerjaya Produksi Reka Tanda
Objektif Produksi Reka
Tanda
MELANJUTKAN PENGAJIAN
Universiti Awam
Universiti Swasta
Institut Kemahiran Awam
Institut Kemahiran Swasta
BEKERJA SENDIRI
Usahawan
Agen Pemasaran
Menjadi Syarikat Pembekal
Perunding Perniagaan
KAKITANGAN KERAJAAN
Pereka Grafik
Juruteknik
Pembantu Operasi
Pelukis Pelan
KAKITANGAN SWASTA
Pereka Grafik
Juruteknik
Pembantu Operasi
Pelukis Pelan
Rajah 1.1.3 Laluan Kerjaya Produksi Reka Tanda
Rujukan: http://www.mohe.gov.my/institusi/169-program-utama/institusi/513-kolej-komuniti-ilka
7
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Aktiviti
LANGKAH 1 – 1.1.1
Murid diminta menerangkan maksud produksi reka tanda dan mencari maklumat dari sumber
internet berkaitan produksi reka tanda.
LANGKAH 2 – 1.1.3
Guru menerangkan bidang produksi reka tanda dan prospek kerjaya.
Murid dikehendaki mencari maklumat dari sumber internet dan media elektronik bagi membuat
rujukan untuk menghasilkan carta alir laluan kerjaya atau peluang pendidikan selepas SPM.
Guru meminta murid membuat perbincangan prospek kerjaya produksi reka tanda dalam
kumpulan dan bentangkan hasil dapatan dari perbincangan tersebut.
LANGKAH 3
Perbincangan dan rumusan.
8
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Latihan
1. Nyatakan maksud Produksi Reka Tanda.
2. Berikan tiga objektif Produksi Reka Tanda.
a) ............................................................................................................................................
b) ............................................................................................................................................
c) ............................................................................................................................................
3. Berikan tiga pusat latihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Produksi Reka
Tanda.
a) ............................................................................................................................................
b) ............................................................................................................................................
c) ............................................................................................................................................
4. Nyatakan dua sektor pekerjaan yang terlibat dalam bidang Produksi Reka Tanda.
a)...............................................................................................................................................
b)...............................................................................................................................................
9
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Penilaian Unit
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN
MODUL 1.0 PENGENALAN PRODUKSI REKA TANDA
STANDARD 1.1 KEPENTINGAN PRODUKSI REKA TANDA
KANDUNGAN
1.1.1 Menyatakan maksud Produksi Reka Tanda
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.2 Menerangkan prospek kerjaya dalam bidang Produksi Reka
Tanda
RUBRIK PENGUASAAN
Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3
Bil. Perkara Yang Dinilai Penguasaan Catatan
1 Memberitahu maksud Produksi Reka 1 2 3
Tanda
2 Menjelaskan prospek kerjaya dalam 1 2 3
bidang Produksi Reka Tanda
Nama Guru Tandatangan / Tarikh
10
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 1.0
PENGENALAN PRODUKSI
REKA TANDA
(8 jam)
Standard Kandungan
1.1 Kepentingan Produksi Reka Tanda
Standard Pembelajaran
1.1.3 Mengaplikasikan peranan agensi yang terlibat dalam UNIT
2
bidang Produksi Reka Tanda. 111
1.1.4 Mengesan kepentingan nilai dan etika profesional dalam 1 Jam
bidang Produksi Reka Tanda.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i. Menerangkan peranan agensi yang terlibat dalam bidang Produksi Reka Tanda.
ii. Menghuraikan kepentingan nilai dan etika profesional dalam bidang Produksi Reka
Tanda.
11
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Peranan agensi yang terlibat dalam bidang Produksi Reka Tanda
KEMENTERIAN KERJA PELANGGAN
RAYA MALAYSIA
(KKR)
AGENSI YANG
TERLIBAT PENGUSAHA
PERBADANAN HARTA DALAM SYARIKAT
INTELEK MALAYSIA PRODUKSI PENGIKLANAN
(MyIPO) REKA TANDA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN PEMBEKAL
/ MAJLIS BANDARAYA / BAHAN INDUSTRI
MAJLIS PERBANDARAN /
MAJLIS DAERAH
Rajah 1 : Agensi yang terlibat dalam produksi reka tanda
Rajah 1.1.3 Peranan Agensi Yang terlibat Dalam Produksi Reka Tanda
(a) Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) bertanggungjawab memastikan papan iklan yang
dibina mematuhi peraturan ditetapkan. Papan iklan yang dibina di Jalan Persekutuan
hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya (KKR). Mengikut Seksyen 85A,
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), kuasa bagi meluluskan permohonan untuk
mendirikan struktur paparan iklan di rizab Jalan Persekutuan dan Lebuhraya di seluruh
negara adalah di bawah bidang kuasa YB Menteri Kerja Raya. Bagi syarikat yang ingin
mendirikan struktur paparan iklan, permohonan hendaklah dikemukakan kepada
Kementerian Kerja Raya/Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Antara perkara yang perlu
diberi perhatian oleh pemohon ialah:
1. Kriteria Asas
2. Lokasi Paparan Iklan
3. Jenis Paparan Iklan
4. Bayaran KEMENTERIAN KERJA RAYA
5. Proses Permohonan
6. Lain-Lain Permohonan Berkaitan
7. Pemasangan dan Penyenggaraan
8. Tamat Tempoh Kelulusan
12
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
(b) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo)
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
ialah sebuah perbadanan yang bertanggunjawab untuk
membangun dan mengurus sistem harta intelek di Malaysia.
Ia telah diperbadankan pada 3 Mac 2003 oleh Perdana Menteri Malaysia.
Tujuan perbadanan ini ialah mewujudkan satu badan berkanun yang dikawal selia oleh
sebuah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
bagi menguruskan permohonan pendaftaran seterusnya menyelia beberapa akta
perlindungan bagi semua komponen harta intelek. MyIPO dianggotai oleh 8 anggota
perbadanan yang berkuasa bagi membuat sebarang keputusan tertinggi dengan seorang
Ketua Pengarah yang mempunyai kuasa eksekutif dengan bantuan dua Timbalan Ketua
Pengarah operasi dan harta intelek oleh menteri.Tedapat lima fungsi utama MyIPO adalah
seperti berikut :
(i) Paten
Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama
ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru
atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah. Perbaharuan utiliti adalah
hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan
ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten.
(ii) Cap Dagangan
Cap Dagangan boleh membezakannya barangan atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh pihak-pihak lain. Cap Dagangan boleh sebagai perkataan,
logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut.
1. Reka Bentuk Perindustrian
Reka Bentuk Perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang
digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian,
iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan
dengan pandangan mata.
2. Petunjuk Geografi
Petunjuk geografi adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana
produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan
kawasan berkenaan.
3. Hak Cipta
Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis, pemilik hak cipta dan
pelaku tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987.
13
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
(c) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis
Daerah
Pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah berperanan
memberi kelulusan untuk kerja-kerja pemasangan papar tanda iklan. Menurut Undang-
undang Kecil Iklan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 tafsiran iklan adalah apa-apa
pemberitahuan, poster, papar tanda, tanda tunjuk arah, pengumuman atau penerbitan yang
dipamerkan. Pembinaan dan pemasangan struktur papar iklan dan paparan iklan di dalam
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mendapat kebenaran tuan tanah,
kelulusan Permit Struktur Papan Iklan dan Lesen Paparan Iklan serta perlu mengambil kira
aspek keselamatan awam.
Terdapat Tiga Jabatan/Agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pembinaan
dan pemasangan struktur papar iklan serta paparan iklan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan
serta Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap Jabatan/Agensi ini bertanggungjawab memastikan
papan iklan yang dibina mematuhi peraturan ditetapkan. Papar iklan yang dibina di Jalan
Persekutuan hendaklah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Pejabat
Tanah dan Jajahan. Manakala, papar iklan yang dibina di jalan negeri hendaklah mendapat
kebenaran Pejabat Tanah dan Jajahan sahaja. Di samping itu, setiap papar iklan yang
dibina sama ada di Jalan Negeri atau Persekutuan hendaklah memohon Permit Struktur
Papar Iklan dan Lesen Paparan Iklan dari PBT yang berkenaan.
(d) Pembekal Bahan Industri
Pembekal bahan industri berperanan membekal bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan papar tanda sama ada dalam pembuatan papar tanda iklan dan juga
membekal barangan yang berkualiti tinggi untuk mewujudkan persaingan yang sihat di
antara pembekal dan pengeluar papar tanda.
(e) Pengusaha Syarikat Pengiklanan
Pengusaha syarikat pengiklanan terlibat secara langsung dalam memberi perkhidmatan
terbaik kepada pelanggan yang ingin menempah dan membuat papar tanda.
Kebiasaannya, pengusaha syarikat menawarkan perkhidmatan melalui tempahan secara
terus di kedai ataupun secara dalam talian (online). Antara tempahan papar tanda yang
ditempah oleh pelanggan adalah papar tanda perniagaan, papar tanda berlampu, papar
tanda jalan, papar tanda akrilik dan lain-lain lagi.
(f) Pelanggan
Pelanggan adalah orang yang paling penting dan terlibat secara langsung dalam kelompok
kluster pembuatan Produksi Reka Tanda. Tanpa pelanggan, industri pembuatan Produksi
Reka Tanda tidak berfungsi disebabkan tiada tempahan dan permintaan. Kebiasaanya
pelanggan terdiri daripada individu, peniaga, syarikat korporat dan agensi kerajaa
14
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Kepentingan nilai dan etika profesional dalam bidang Produksi Reka Tanda
Amalan nilai
Amalan merujuk kepada perbuatan yang menjadi kebiasaan seseorang atau sesebuah
organisasi. Nilai pula merupakan satu konsep untuk mengukur tahap sesuatu perkara.
Oleh itu, amalan nilai dapat disimpulkan sebagai sesuatu perbuatan atau disiplin yang
menjadi amalan atau rutin seseorang atau sesebuah organisasi.
Antara contoh amalan nilai seperti:
Bertolak Ansur Bekerjasama
Kesopanan dan Amalan
Kesusilan Nilai Baik Hati
Menjaga Jujur
Kebersihan
Rajah 1.1.4 Amalan Nilai
Nilai-nilai murni dalam bidang Produksi Reka Tanda
1. TELUS 4. AKAUNTABILITI
Sentiasa bersikap positif dan terbuka dengan Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauntabiliti
mewujudkan prosedur kerja dan melaksanakan di dalam segala tindakan dan kelakuan.
tindakan yang telus, lengkap serta menyelesaikan
kerja mengikut masa yang ditetapkan.
5. SEMANGAT BERPASUKAN
2. AMANAH Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama,
Menjalankan tugas dengan penuh komitmen, bertolak ansur dan sifat setia kawan dan
dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras muafakat yang tinggi untuk mencapai misi dan
dengan akur janji yang telah dilafazkan.
visi organisasi.
6. BERDISIPLIN
3. INTEGRITI
Sentiasa mengawal diri dan perilaku berlandaskan
Melaksanakan amanah dan kuasa yang peraturan, prinsip demi melaksanakan tugas dan
diberikan dengan jujur dan saksama. tanggungjawab dengan tekun dan taat tanpa
Berkhidmat dengan penuh komitmen dan penyeliaan yang rapi dan sentiasa menjaga imej
bertanggungjawab serta sempurna dan utuh. diri, organisasi, perkhidmatan dan negara.
Rajah 1.1.5 Nilai-nilai Murni Dalam Bidang Produksi Reka Tanda
15
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Kod Etika Profesional
Kod merujuk kepada satu tanda atau simbol yang mempunyai maksud tertentu untuk
sesuatu perkara yang dikhaskan. Etika pula merupakan satu disiplin atau peraturan.
Manakala, maksud profesional dirujuk kepada individu atau golongan mahir dalam
bidang tertentu.
Kesimpulannya kod etika profesional dapat dikatakan sebagai satu disiplin yang
dikhaskan kepada seseorang individu atau golongan pakar dalam bidang tertentu. Ia
sebagai satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam
mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.
Antara contoh etika professional
Kerahsiaan Cemerlang Komited Berinisiatif Bertanggungjawab
Rajah 1.1.6 Contoh Etika Profesional
Fungsi Kod Etika
a. Inspirasi Dan Panduan
Kod etika profesional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan
dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap
sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih
baik.
Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu
dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil
dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
b. Pencegahan Dan Disiplin
Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas
untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang
aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa
oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu
dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan
penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan
diri sendiri.
16
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
c. Memelihara Maruah Profesion
Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif
setiap profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan
mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesion masing-masing.
Secara umumnya, setiap kod etika profesional menjelaskan bahawa setiap ahlinya
perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan
kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat
dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk
terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa ke semasa.
d. Memelihara Keharmonian
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan
sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan
umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati
dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli profesional dalam bidang masing-
masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap
anggota masyarakatnya.
e. Sokongan
Jika seseorang didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan,
maka beliau boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam
memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan selagi dia yakin tidak menyalahi
undang-undang dan etika organisasi. Beliau boleh menolak sebarang arahan
majikan yang bertentangan berdasarkan etika profesional organisasi berkenaan.
Semua etika profesional yang digunapakai di seluruh dunia dalam pelbagai bidang
seperti pengiklanan, perubatan, guaman, perniagaan, perakaunan dan kejuruteraan
mempunyai asas etika yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah
digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.
Inspirasi Memelihara
Dan Maruah Sokongan
Panduan Profesion
Pencegahan Memelihara
dan Keharmonian
Disiplin
Rajah 1.1.7 Fungsi Kod Etika
17
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Aktiviti
LANGKAH 1 – 1.1.3
Guru menerangkan peranan dan fungsi agensi yang terlibat dalam bidang Produksi Reka
Tanda.
LANGKAH 2
Guru meminta murid menyenaraikan peranan dan fungsi agensi yang terlibat dalam bidang
Produksi Reka Tanda dan membuat pembentangan dalam kumpulan.
LANGKAH 3 – 1.1.4
Guru menerangkan amalan nilai dan etika profesional dalam bidang Produksi Reka Tanda.
LANGKAH 4
Guru meminta murid membuat pembentangan dalam kumpulan mengenai amalan nilai dan
kod etika profesional dalam bidang Produksi Reka Tanda.
LANGKAH 5
Perbincangan dan rumusan.
18
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Latihan
1. Senaraikan enam agensi yang terlibat dalam Produksi Reka Tanda.
a) ............................................................................................................................
b) ............................................................................................................................
c) ............................................................................................................................
d) ............................................................................................................................
e) ............................................................................................................................
f) ............................................................................................................................
2. Nyatakan dua fungsi MyIPO dalam menyelia beberapa akta perlindungan bagi semua
komponen harta intelek.
a) ……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
b) ……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
3. Nyatakan definisi etika profesional dalam bidang pekerjaan.
..................................................................................................................................................
..........................................................................................................................
4. Berikan tiga fungsi kod etika profesional
a) ............................................................................................................................
b) ............................................................................................................................
c) ............................................................................................................................
5. Nyatakan dua amalan nilai dan etika profesional dalam sektor pekerjaan yang terlibat
dalam bidang Produksi Reka Tanda.
a) ..............................................................................................................................
b) ..............................................................................................................................
19
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Penilaian Unit
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN
MODUL 1.0 PENGENALAN PRODUKSI REKA TANDA
STANDARD 1.1 KEPENTINGAN PRODUKSI REKA TANDA
KANDUNGAN
1.1.3 Mengaplikasikan peranan agensi yang terlibat dalam bidang
STANDARD Produksi Reka Tanda.
PEMBELAJARAN
1.1.4 Mengesan kepentingan nilai dan etika profesional dalam
bidang Produksi Reka Tanda.
RUBRIK PENGUASAAN
Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3
Bil. Perkara Yang Dinilai Penguasaan Catatan
1 Menerangkan aplikasi peranan agensi
yang terlibat dalam bidang Produksi 1 2 3
Reka Tanda.
2 Mengesan kepentingan nilai dan etika
profesional dalam bidang Produksi 1 2 3
Reka Tanda.
Nama Guru Tandatangan / Tarikh
20
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 1.0
PENGENALAN PRODUKSI
REKA TANDA
(8 jam)
Standard Kandungan
1.1 Kepentingan Produksi Reka Tanda (3 jam)
Standard Pembelajaran
1.1.5 Membuat justifikasi keperluan amalan kelestarian dan UNIT
teknologi hijau dalam bidang Produksi Reka Tanda. 3
1 Jam
1.1.6 Merumuskan kepentingan bidang Produksi Reka Tanda
dalam pembangunan negara.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid boleh :
i. Menerangkan justifikasi keperluan amalan kelestarian dan teknologi hijau dalam
bidang Produksi Reka Tanda.
ii. Menghuraikan rumusan kepentingan bidang Produksi Reka Tanda dalam
pembangunan negara.
21
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Amalan kelestarian dan teknologi hijau dalam bidang Produksi Reka Tanda.
Definisi Kelestarian
Konsep kelestarian bermula di Eropah pada abad ke-18 dan 19 sebagai maklum balas
terhadap keperihatinan mengenai aktiviti penerokaan hutan yang pesat.
Berdasarkan Laporan Brundtland (1987), kelestarian bermaksud pembangunan yang
memenuhi keperluan semasa tanpa mengkompromikan keupayaan generasi masa
hadapan untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, kelestarian membawa maksud
mengekalkan sumber tanpa mengubah bentuk asal.
Definisi Teknologi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi merujuk kepada kajian yang
menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perniagaan, sains gunaan dan lain-lain. Teknologi ialah satu penciptaan atau alat yang
akan menambah baik kehidupan manusia.
Definisi Teknologi Hijau
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. (KeTTHA, 2009).
Menurut Johar (2013) Teknologi Hijau menggambarkan kelestarian teknologi menjana
tenaga seperti kuasa angin, hidroelektrik, tenaga solar, kenderaan berkuasa elektrik
dan sebagainya.
Pendapat ini disokong oleh Abdullah (2009) yang menyatakan bahawa Teknologi Hijau
ini berkait rapat dengan pembangunan lestari, penggunaan tenaga boleh diperbaharui,
pencarian sumber tenaga baharu dan pembuatan peralatan atau mesin yang
menggunakan tenaga pada tahap optimum serta mesra alam.
22
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Elemen Kelestarian dan Teknologi Hijau
Untuk menyelaraskan dan membantu
pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan
meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau
terhadap ekonomi negara
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi
dalam pembangunan Teknologi Hijau dan
meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau
di persada antarabangsa
Untuk memastikan pembangunan mapan
dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran
awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan
penggunaan meluas Teknologi Hijau
Rajah 1.1.5 Elemen Kelestarian dan Teknologi Hijau
Perkembangan Perlaksanaan Teknologi Hijau Di Malaysia
Enam sektor utama yang menjadi fokus pembangunan Teknologi Hijau di Malaysia adalah
seperti berikut :
(i) Sektor sumber tenaga
Bidang ini mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga
dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
(ii) Sektor pengangkutan
Penggunaan pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT), komuter dan
monorail adalah merupakan ternologi bersih dan menggunakan tenaga elektrik sebagai
punca tenaga. Ianya bukan sahaja bersafat mesra alam tetapi juga membantu
mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengurangkan pelepasan gas rumah
hijau ke atmosfera. Penggunan tenaga alternatif bukan sahaja dapat mengurangkan
kos pembelian dan penggunaan bahan asli sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga
malah ia juga bersih dari mencemarkan alam sekitar.
(iii) Sektor bangunan
Binaan bangunan di Malaysia haruslah mematuhi Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI
Malaysia). Indeks ini bertujuan untuk memberi panduan kepada sektor pembinaan di Malaysia
ke arah pembinaan yang bersifat mesra alam. GBI Malaysia ini direka bentuk untuk
mengurangkan sumber dan tenaga, menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan binaan,
mengurangkan jangka hayat kadar pelepasan toksik di dalam bangunan dan mengharmonikan
suhu persekitaran dengan alam sekitar.
23
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
(iv) Sektor air dan sisa pepejal
Bahagian air dan sisa pepejal merupakan antara bahagian yang digalakkan
untuk mengamalkan Teknologi Hijau serta amalan hijau terutamanya dalam
mengurus dan menggunakan sumber air, merawat kumbahan, mengurangkan
bau di kawasan pelupusan sisa pepejal, pengkomposan dan kitar semula.
(v) Sektor pembuatan
Teknologi hijau di dalam sektor perkilangan termasuk amalan hijau perkilangan
dan produk-produk hijau pembuatan contohnya EV, Solar LED dan lain-lain.
(vi) Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
ICT Hijau merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan
pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor,
tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan
memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alamsekitar. Ini bertujuan
untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik
dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT.
Petunjuk Utama Negara
Petunjuk Utama Negara merupakan kriteria yang ditetapkan untuk mengukur
kejayaan Dasar Teknologi Hijau dan inisiatifnya. Ia menyediakan mekanisme maklum
balas dan peluang untuk memperbaik atau mengukuhkan usaha, sekiranya perlu.
Petunjuk Utama Negara berikut akan terus diperhalusi menjadi petunjuk prestasi
kuantitatif dan kualitatif (KPI) untuk setiap Rancangan Malaysia dan rancangan
tahunan untuk pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan:
a. Alam Sekitar
Pengurangan awal dalam kadar kenaikan pengeluaran GHG dan seterusnya ke
arah pengurangan tahunan pengeluaran GHG; memperbaik kedudukan dalam
tahap persekitaran menjelang tahun 2030; dan peningkatan kualiti udara dan air sungai.
b. Ekonomi
Industri Teknologi Hijau menyumbangkan peratus dan nilai yang ketara kepada
KDNK negara; jumlah yang besar akan dilaburkan dalam industri Teknologi Hijau
melalui pelaburan langsung asing (FDIs) dan pelaburan langsung tempatan
(DDIs); meningkatkan bilangan industri Hijau yang diiktiraf dan jumlah hasil/pulangan
balik dalam negara; industri Teknologi Hijau mewujudkan peningkatan bilangan
pekerjaan yang bertambah di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan
serta SMEs/SMIs; dan meningkatkan jumlah spin-off dan industri sokongan
daripada industri Teknologi Hijau.
c. Sosial
Lebih banyak kota, perbandaran dan komuniti mengamalkan Teknologi Hijau
dan diklasifikasikan sebagai Perbandaran Hijau; Lebih ramai rakyat Malaysia
menghargai Teknologi Hijau dan budaya Teknologi Hijau akan menjadi
sebahagian daripada kehidupan mereka; dan memperbaik kualiti hidup di Malaysia.
24
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Pembangunan Mampan
EKONOMI
ALAM
LA21 SEKITAR
SOSIAL
Rajah 1.1.6 Perkaitan di antara ekonomi, sosial dan alam sekitar dengan Agenda Tempatan 21(LA21)
Kepentingan bidang Produksi Reka Tanda dalam pembangunan negara
Produksi Reka Tanda merupakan mata pelajaran elektif di dalam kelompok Sains,
Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang digubal untuk menyediakan murid
yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan asas profesional dalam bidang
pekerjaan teknikal seiring dengan perkembangan teknologi dan menyumbang
peningkatan ekonomi negara.
Bidang Produksi Reka Tanda juga mampu melengkapkan murid dengan kemahiran
asas yang diperlukan bagi mendepani cabaran Revolusi Industri ke-4. Kemahiran ini
diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi
Malaysia.
Hasil Kemahiran Produksi Reka Tanda seperti papar tanda arah, petunjuk lokasi dan
sebagainya dapat memenuhi permintaan dan kehendak pelbagai organisasi swasta
mahupun badan-badan kerajaan.
Justeru, kepentingan Produksi Reka Tanda dalam pembangunan negara juga dapat
membekalkan tenaga kerja mahir kepada industri sejajar dengan usaha ke arah
melahirkan pekerja yang mampu berdikari, berdaya saing serta menjana idea kreatif
dan inovatif untuk mencapai matlamat negara maju.
Rujukan: Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN), (2009). Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA)
25
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Aktiviti
LANGKAH 1 – 1.1.5
Guru menerangkan elemen kelestarian dan teknologi hijau dalam Produksi Reka Tanda.
LANGKAH 2
Guru meminta murid membuat perbincangan Kesan Perkembangan Teknologi Dengan Konsep
Kelestarian Terhadap Kitaran Kehidupan dan juga dalam Produksi Reka Tanda.
LANGKAH 3
Murid dikehendaki menyediakan satu laporan berdasarkan perbincangan kumpulan mengikut
format penulisan yang ditetapkan.
LANGKAH 4 – 1.1.6
Guru menerangkan hubungkait Kepentingan Produksi Reka Tanda dalam pembangunan
Negara.
LANGKAH 5
Murid dikehendaki membuat perbincangan dalam kumpulan mengenai sumbangan industri
Produksi Reka Tanda dalam pembangunan negara dan bentangkan hasil perbincangan
tersebut.
LANGKAH 6
Perbincangan dan rumusan
26
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Latihan
1. Nyatakan kesan terhadap komuniti jika konsep pembangunan lestari diabaikan semasa
proses membangunkan Negara.
a. …………………………………………………………………………………………
b. …………………………………………………………………………………………
2. Berikan tiga kelebihan dari aspek kelestarian ekonomi terhadap perlaksanaan Teknologi
Hijau di Malaysia.
a. ............................................................................................................................
b. ............................................................................................................................
c. ............................................................................................................................
3. Berikan tiga fungsi Petunjuk Utama Negara yang merupakan kriteria yang ditetapkan untuk
mengukur kejayaan Dasar Teknologi Hijau dan inisiatifnya.
a. ............................................................................................................................
b. ............................................................................................................................
c. ............................................................................................................................
4. Nyatakan lima jenis papar tanda yang di hasilkan oleh tenaga mahir dalam Produksi Reka
tanda.
a. ............................................................................................................................
b. ............................................................................................................................
c. ............................................................................................................................
d. ............................................................................................................................
e. ............................................................................................................................
27
Modul Pengajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Penilaian Unit
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN
MODUL 1.0 PENGENALAN PRODUKSI REKA TANDA
STANDARD 1.1 KEPENTINGAN PRODUKSI REKA TANDA
KANDUNGAN
1.1.5 Membuat justifikasi keperluan amalan kelestarian dan
teknologi hijau dalam bidang Produksi Reka Tanda.
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.1.6 Merumuskan kepentingan bidang Produksi Reka Tanda dalam
pembangunan negara.
RUBRIK PENGUASAAN
Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3
Bil. Perkara Yang Dinilai Penguasaan Catatan
1 Menerangkan justifikasi keperluan
amalan kelestarian dan teknologi 1 2 3
hijau dalam bidang Produksi Reka
Tanda.
2 Merumuskan kepentingan bidang 1 2 3
Produksi Reka Tanda dalam
pembangunan negara.
Nama Guru Tandatangan / Tarikh
28
0DWD 3HODMDUDQ 9RNDVLRQDO
352'8.6,
5(.$ 7$1'$
7LQJNDWDQ DQ D
HHM 3NU
6WDQGDUG .DQGXQJDQ
3HUDWXUDQ .HVHODPDWDQ GDQ DD KWQ
.HVLKDWDQ 3HNHUMDDQ HL V
.
D GQ
DD WQ
P D
VO HH
.
3UWUQ 6 HDXD .
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 1.0
PENGENALAN PRODUKSI
REKA TANDA
(8 jam)
Standard Kandungan
1.2 Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (5 jam)
Standard Pembelajaran
1.2.1 Menyatakan maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau
Department Of Health And Safety (DOSH), Akta Keselamatan UNIT
dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational Safety And 1
Health Act (OSHA) dan Institut Keselamatan Dan Kesihatan 1 Jam
Pekerjaan Negara Malaysia atau National Institute of
Occupational Safety And Health Malaysia (NIOSH)
1.2.2 Menerangkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(AKKP) atau Occupational Safety And Health Act (OSHA) mengikut
kesesuaian di tempat kerja.
(TP2
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid boleh ;
i) Memberitahu maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berdasarkan
garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) atau Department Of Health And Safety (DOSH), Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational Safety And
Health Act (OSHA) dan Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Malaysia atau National Institute of Occupational Safety And Health Malaysia
(NIOSH).
ii) Menyatakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational
Safety And Health Act (OSHA) mengikut kesesuaian di tempat kerja.
31
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Pengenalan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di
bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain
daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti
pekerjaan pelbagai sektor. Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab
untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui
negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti
hidup semasa bekerja.
Pengangkutan, Penyimpanan
1 Pengilangan 6 dan Komunikasi
Perkhidmatan Awam dan Pihak
2 Perlombongan dan Perkuarian 7 Berkuasa Berkanun
3 Pembinaan 8 Kemudahan – Gas, Elektrik, Air
dan Perkhidmatan Kebersihan
4 Hotel dan Restoran 9 Kewangan, Insuran, Hartanah
dan Perkhidmatan Perniagaan
5 Pertanian, Perhutanan dan 10 Perniagaan Borong dan Runcit
Perikanan
Rajah 1.2.1 Sektor pekerjaan yang dilindungi oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
32
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Rajah 1.2.2 Akta-Akta Yang Dikuatkuasakan Oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Fungsi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Menjalankan Menjalankan
kajian, penyelidikan, kajian dan analisis
pembangunan dan Menguatkuasakan teknikal berkaitan isu
analisis teknikal undang-undang keselamatan
terhadap keselamatan pekerjaan yang wujud
dan kesihatan di tempat kerja
pekerjaan
Menjalankan Memberi Menjadi
program galakkan dan khidmat nasihat dan urusetia untuk Majlis
publisiti kepada maklumat kepada Negara Bagi
majikan, pekerja dan agensi kerajaan dan Keselamatan dan
orang awam berkaitan swasta dalam aspek Kesihatan Pekerjaan
keselematan dan pengurusan dan
kesihatan pekerjaan teknikal
Rajah 1.2.3 Fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
33
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Menyatakan maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau Department Of Health And Safety (DOSH), Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational Safety And
Health Act (OSHA) dan Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Malaysia atau National Institute of Occupational Safety And Health Malaysia
(NIOSH)
Suatu Akta diperuntukan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang
yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko keselamatan atau kesihatan
berkaitan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja, untuk menubuhkan Majlis Negara bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan perkara lain yang berkaitan dengannya.
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 ( AKTA 514)
Diwartakan pada 24 Februari 1994
Disusun mengikut bahagian,
seksyen dan subseksyen
Tujuan
Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-
orang yang sedang bekerja
Melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada
orang-orang yang sedang bekerja)
Menggalakkan persekitaran pekerjaan yang sesuai
dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang bekerja
Mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas
kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri
disamping peruntukan akta.
Matlamat
Menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di
kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia
Mewujudkan tempat kerja yang selamat, sihat serta bebas
kemalangan dan penyakit
Agensi-agensi yang terlibat dalam menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan keselamatan pekerjaan
Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP),
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Rajah 1.2.4 Info Bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
34
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Aktiviti
LANGKAH 1.2 – 1.2.1
Guru menghuraikan maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berdasarkan
garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
atau Department Of Health And Safety (DOSH).
LANGKAH 2
Guru meminta murid menyatakan maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) atau Department Of Health And Safety (DOSH) dan membuat
pembentangan dalam kumpulan.
LANGKAH 3 – 1.2.2
Guru meminta murid menganalisa Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau
Occupational Safety And Health Act (OSHA) yang sesuai di tempat kerja.
LANGKAH 4
Guru meminta murid membuat pembentangan hasil dapatan mengenai Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational Safety And Health Act (OSHA) sesuai di
tempat kerja.
LANGKAH 5
Perbincangan dan rumusan.
SILA IMBAS SAYA
[ http://www.dosh.gov.my/inde
http://www.dosh.gov.my x.php/ms/perundangan/akta
[
http://www.niosh.com.my
35
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Latihan
1. Nyatakan maksud Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Akta 514).
..................................................................................................................................................
........................................................................................................................................
2. Berikan tiga sektor perkerjaan yang terlibat dalam risiko keselamatan di tempat kerja.
a. ............................................................................................................................
b. ............................................................................................................................
c. .............................................................................................................................
3. Nyatakan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
4. Berikan dua tujuan Akta
a) ............................................................................................................................
b) ............................................................................................................................
36
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Penilaian Unit
NAMA MURID
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN
MODUL 1.0 PENGENALAN PRODUKSI REKA TANDA
STANDARD 1.2 Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KANDUNGAN
1.2.1 Menyatakan maksud Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau
Department Of Health And Safety (DOSH), Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau Occupational Safety And Health
STANDARD Act (OSHA) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
PEMBELAJARAN Negara Malaysia atau National Institute of Occupational Safety And
Health Malaysia (NIOSH).
1.2.2 Menerangkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(AKKP) atau Occupational Safety And Health Act (OSHA) mengikut
kesesuaian di tempat kerja.
RUBRIK PENGUASAAN
Tidak Menguasai Menguasai Sangat Menguasai
1 2 3
BIL. PERKARA YANG DINILAI PENGUASAAN CATATAN
Memberitahu maksud Peraturan,
1. Keselamatan dan Kesihatan 1 2 3
Pekerjaan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
Menjelaskan Akta Keselamatan dan
2. Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) 1 2 3
Nama Guru Tandatangan /Tarikh
37
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
MODUL 1.0
PENGENALAN PRODUKSI
REKA TANDA
(8 jam)
Standard Kandungan
1.2 Peraturan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (5 jam)
Standard Pembelajaran
1.2.3 Mengaplikasikan aktiviti penilaian dan pengurusan risiko berdasarkan
NIOSH. UNIT
2
1.2.4 Membezakan peraturan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan di 2 Jam
tempat kerja berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh
JKKP, AKKP dan NIOSH.
(TP
Objektif Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, murid dapat :
i) Menyesuaikan aktiviti penilaian dan pengurusan risiko berdasarkan NIOSH.
ii) Membandingkan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja
berdasarkan garis panduan oleh JKKP, AKKP dan NIOSH.
38
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Nota
Pengenalan Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Malaysia atau National Institute of Occupational Safety And Health
Malaysia (NIOSH)
NIOSH di tubuhkan di Malaysia pada tarikh 1 Disember 1992
sebagai kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga keselamatan
dan kesihatan pekerja di tempat kerja, di bawah Kementerian
Sumber Manusia
NIOSH pada awalnya ia bermula sebagai sebuah syarikat
berdaftar pada tahun 1965.
Lembaga Pengarah NIOSH terdiri daripada 15 ahli Dewan, 10
yang dilantik olah kerajaan, selebihnya dipilih oleh ahli NIOSH
dalam Mesyuarat Tahunan.
Ditubuhkan dengan Grant RM1 juta Pelancaran daripada Kerajaan
dengan RM50 juta Endowment Fund (RM40 juta dari Pertubuhan
Jaminan Sosial (SOCSO) Malaysia dan 10 juta dari Kerajaan
Malaysia). Yang mana akan dilaburkan dan kembalinya pelaburan
tersebut, akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi dan
aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.
Rajah 1.2.5 Maklumat Bagi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Malaysia
atau National Institute of Occupational Safety And Health Malaysia (NIOSH)
39
Modul Pembelajaran
KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4
Objektif Penubuhan NIOSH
Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan
selamat kepada pekerja, peserta kursus,
kontraktor dan pelawat
Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan
dan mengadakan latihan kepada pekerja
Memastikan setiap pengurusan
dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan
kesihatan yang didirikan
Rajah 1.2.6 Objektif Penubuhan NIOSH
Fungsi NIOSH
Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf Keselamatan dan
Kesihatan (KKP) melalui pembangunan dan program latihan kepada pekerja
1
dan majikan
Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang
2 bersangkutan dengan KKP
Membantu mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP dengan informasi
3 terkini di dalam KKP dan di luar negara
Menganjurkan kajian samada jangka pendek atau jangka panjang ke atas
4 KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia
Menyebarkan informasi tentang kajian penemuan KKP dan isu-isu kesihatan
5 di dalam aktiviti utama dan sebagainya dibawah atau bagi pihak institut dan
menjadi pusat rujukan
Rajah 1.2.7 Fungsi NIOSH
40