The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raudatulnabilahkamaruzaman, 2022-04-10 00:51:11

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

BUKU LOG
KADET REMAJA
SEKOLAH (KRS)

CUP2011
GROUP B

NAMA: RAUDATUL NABILAH BINTI
KAMARUZAMAN
NO MATRIK: D20211099294
Program: ismp kimia
Semester : 2
NAMA PENSYARAH: EN.SHAHARUDIN
BIN OTHMAN

OBJEKTIF

Mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran serta
bersemangat mempelajari sesuatu yang baru bagi menjadikan
kerjaya pada masa hadapan lebih profesional.

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : Raudatul Nabilah binti Kamaruzaman

No.kad pengenalan : 020205-02-0442

Tarikh lahir : 5 Februari 2002

RAUDATUL Bangsa : Melayu
NABILAH BINTI
KAMARUZAMAN Agama : Islam

KEMAHIRAN PENGALAMAN BEKERJA

Microsoft Office SUKARELAWAN BANJIR(2021)
-Membersihkan kawasan sekitar banjir di Yan, Kedah.
Kerja berpasukan -Mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir

Mengajar GURU TUISYEN SEMENTARA(2020-2021)
-Berpengalaman mengajar murid sekolah rendah tahun 3 dan 4 bagi
Pengurusan masa subjek matematik.

BAHASA PENDIDIKAN

Bahasa Melayu-100% SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU
2009-2014
Bahasa Inggeris-90% UPSR : 3A 2B

HUBUNGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU
2015-2019
017-3548126 SPM : 5A 2B 2C
raudatulnabilahkamaruzaman
@gmail.com KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
Kampung Pisang Sungai
Dedap,Kota Sarang Semut, 2020-2021
06800 Alor Setar ,Kedah Sains Modul 1
CGPA : 3.75
RUJUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Hafidzoh binti Husin 2021-2025
Pensyarah Matematik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia
Kolej Matrikulasi Kedah,Kementerian CGPA : 3.97
Pendidikan Malaysia,06910 Changlun
Kedah. PENCAPAIAN KOKURIKULUM
[email protected]
0194415610 2015-2019 | Pengawas sekolah
Jawatan ( Bendahari)

2019 | CCM STEM Up Challenge
Peringkat kebangsaan
Pencapaian ( Penghargaan)

2019 | Karnival Pendidikan Islam
Peringkat daerah Kuala Muda/Yan
Pencapaian ( Tempat ketiga)

NO. ISI KANDUNGAN

1. Sejarah Penubuhan KRS

2. Perlembagaan KRS

3. Logo KRS

4. Bendera KRS

5. Lagu KRS

6. Keahlian KRS

7. Pemakaian KRS dan pangkat

8. Ikatan
• Jenis-jenis ikatan

9. Perkhemahan
• Bahagian khemah,persediaan untuk berkhemah,peralatan dan gajet

10. Pertolongan cemas
• Pengenalan pertolongan cemas,peralatan pertolongan
cemas,pembebatan dan pembalutan,ikatan,balutan dan
anduh,kecederaan terbakar,keracunan,pendaharan,gigitan
serangga,jenis-jenis luka,pemulihan pernafasan

11. Orienteering
• Sejarah orienteering,jenis-jenis orienteering,asas peta,asas
penyediaan peta dan laluan orientereering

12. Kompas dan Ikhtiar hidup
• Jenis-jenis kompas,ikhtiar hidup

13. Protokol
• Penampilan diri,susunan bendera

14. Kawad kaki
• Panduan pengendalian kawad,panduan pengurusan pertandingan
kawad,syarat kawad,kawad berjalan,kawad buka tutup,kawad
jadikan 2 baris,kawad memberi hormat

15. Pengurusan dan gaya diri
• Adab bergaul,batas-batas pergaulan,pemilihan pakaian,etika di
meja makan,tatatertib sebagai tetamu

16. Lampiran
• 10 jenis ikatan dan simpulan
• Cara memasang khemah,cara menbuat gajet rak kasut
• Ikatan anduh patah tangan,struktur dan fungsi sendi,petua apabila
digigit serangga berbisa
• Cara menggunakan kompas orientereering yang betul
• Susunan tempat duduk dalam majlis,protokol pengacaraan majlis
• Kawad menaikkan bendera,kawad tongkat,kawad statik
• Cara menjaga kesihatan diri ,cara menjaga alam sekitar

SEJARAH
PENUBUHAN

KADET
REMAJA
SEKOLAH
(KRS)

PRAKATA

Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya
di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18
Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan
oleh YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Menteri Pendidikan Malaysia pada 20 Jun 1995 di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam
tahun yang sama pada bulan November – Disember
seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih
Kadet Remaja Sekolah di peringkat sekolah. Kursus-
kursus ini telah diadakan di Pusat-pusat Kokurikulum
Bachok (Kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah
(Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Jabatan-
Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya diminta untuk
menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan
jurulatih di peringkat sekolah.

Bagi tujuan mempercepat dan melicinkan pelaksanaan
pasukan ini, Kementerian Pendidikan seterusnya
mengeluarkan buku-buku panduan sebagai rujukan di
semua peringkat pengurusan. Antara buku-buku yang
diterbitkan sebelum ini ialah Buku Perlembagaan Kadet
Remaja Sekolah, Buku Tatacara Pemakaian Kadet
Remaja Sekolah, Buku Kawad Kadet Remaja Sekolah
dan Buku Kurikulum Latihan Kadet Remaja Sekolah. Kini
buku-buku ini telah dimurnikan lagi dan dijadikan
sebuah buku sahaja untuk memudahkan pengurusan
pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah.

Buku ini diterbitkan khusus untuk menjelaskan
konsep, falsafah, matlamat dan hal-hal yang
berkaitan dengan pengurusan pasukan ini. Dengan
usaha ini, adalah diharapkan agar semua pihak yang
terlibat melaksanakan pasukan, menyesuaikan apa
jua langkah dan tindakan yang diambil supaya
bertepatan dengan kehendak-kehendak yang
dinyatakan.

Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader
Remaja Sekolah mempunyai keunikan konsep dan
falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan
ini daripada pasukan-pasukan pakaian seragam yang
lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan
unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan
rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang
menganggotai pasukan ini bukan sahaja
dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui
kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya
melalui kegiatan-kegiatan kreatif bahkan juga jiwa
dan rohaninya melalui amalan langsung ibadah
khusus dan umum.

Semoga generasi yang dilahirkan melalui Pasukan
Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja
Sekolah akan menjadi pelajar contoh dan menjadi
anggota masyarakat muda yang lebih bersedia untuk
menghadapi cabaran zamannya.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH
( KRS )

 Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan
diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di
Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong ,
Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 . Pada mulanya
pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam
Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform
kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA
(PERWIRA).

 Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja
iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2.

 Matlamat utama penubuhannya ialah untuk
melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU,
BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia ,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras
dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

 Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit
Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah
berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD
DEEN).

 Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah
Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di
antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah
pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani ,
Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En.
Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad
Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En.
Abu Hassan Bin Morad.

 Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah
Menengah di seluruh negara telah menubuhkan
KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi
dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.

 Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang
Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin
Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam
pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah
dibentangkan.

 Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah
dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet .
Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini
diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM
) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini
kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA
ISLAM (KRIS)

 Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada
Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian
Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober
1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia
Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat
keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada
KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan
agar keahliannya terbuka kepada semua kaum
sama ada pelajar lelaki atau perempuan.

 Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH
Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada
20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj
Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di
Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong,
Kuala Lumpur.



PERLEMBAGAAN
KADET
REMAJA

SEKOLAH
(KRS)

PERLEMBAGAAN

Nama dan alamat berdaftar

1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama
Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi
Sekolah Menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (
TKRS ) bagi Sekolah Rendah

1.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS:

Peringkat Kebangsaan:

Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4 , Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Kuala Lumpur

Peringkat Negeri:
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan

Peringkat Daerah:
Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan

Peringkat Sekolah:
Sekolah berkenaan.

e. Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana
yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari
semasa ke semasa.

Tujuan
Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:

 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai
semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

 Membantu mengembangkan semua aspek potensi
manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah
pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi
menjayakan Wawasan 2020.

 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar
remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak
dan juvana.

 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di
sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar
memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai
semangat cintakan agama, bangsa dan Negara
Malaysia.

 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui,
memahami, menghayati dan mengamalkan nilai
murni serta mampu memberikan sumbangan demi
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bernegara.

 Membina dan mengembangkan kefahaman,
kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa
di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk
bertindak sewajarnya.

LOGO
KADET
REMAJA
SEKOLAH
(KRS)

Pengertian logo
1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri

daripada gejala yang tidak sihat.

2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam
sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi
padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang
dan rasional dalam semua tindakan.

4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan
peranan institusi pendidikan yang mementingkan
tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan
dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah
melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia
berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang
menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta
kesucian.

BENDERA
KADET
REMAJA

SEKOLAH
(KRS)

 Warna Hijau melambangkan
1. Tunas muda/remaja yang masih boleh
dibentuk.
2. Laluan hidup yang jelas untuk masa
depan.
3. Alam sekitar merupakan sebahagian
daripada kurikulum KRS/TKRS.

 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
ILMU : Asas keintelektualan dan
ketrampilan ahli KRS/TKRS.

IMAN : Keimanan yang mendalam
merupakan asas pembinaan diri.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya
hidup sihat yang berterusan merupakan
natijah daripada kekuatan intelektual dan

disiplin diri.

LAGU KADET
REMAJA
SEKOLAH
(KRS)

LAGU KRS

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.

Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban
Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman
Muzik: Bah. Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pend. Malaysia

KEAHLIAN
KADET
REMAJA

SEKOLAH

KEAHLIAN

Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua
pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan.

Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua
pelajar yang menuntut di institusi pendidikan
selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5.
1.

KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu
diurus dan dibiayai oleh institusi di mana
KRS/TKRS itu ditubuhkan.

Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila
pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan
daripada menjadi pelajar berdaftar di
sekolah/institusi seperti yang

dinyatakan di atas.

Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar
tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri
lain,keahlian asal masih diterima pakai.

PEMAKAIAN
KRS DAN
PANGKAT

PEMAKAIAN KRS DAN PANGKAT

Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan
kepada 2 kategori :
Pegawai Latihan

Guru penasihat KRS dan TKRS sama ada yang bertauliah (mengikuti
Kursus Asas Tahap 1) atau belum bertauliah. pangkat yang disandang ialah
antara Leftenan Muda ke Mejar bergantung kepada proses kenaikan
kenaikan pangkat (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar tanpa
pelapik merah..
Pegawai Pengurusan

Pegawai yang menjawat jawatan pengurusan tertentu bermula dari
peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di
sekolah ialah semua penolong kanan, guru besar/pengetua. Di sekolah
menengah bermula daripada ketua bidang.
Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan
pengurusan tersebut.

Tanda utama pada pemakaian ialah menggunakan lanyard
anyam dan lencana kolar berlapik merah.

PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN
KRS DI SEKOLAH

Sekolah Rendah
1. Guru Besar – Komandan TKRS
2. Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan TKRS

Sekolah Menengah
1. Pengetua – Komandan KRS
2. Semua Penolong Kanan – Timbalan Komandan KRS
3. Semua Ketua Bidang – Penolong Komandan KRS



JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS

 Uniform No2 – Pakaian untuk acara rasmi.Bush Jacket KRS
digunakan.

 Uniform No3 – Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti
untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah. Kemeja hijau muda

 Uniform No4 – Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa
menghakimi pertandingan kawad, menjalankan latihan dan
perkhemahan.

IKATAN KADET
REMAJA

SEKOLAH(KRS)

JENIS-JENIS IKATAN

BUKU SILA ( Square / Reef Knot )

 Untuk menyambung
dua hujung tali yang
sama jenis dan saiz

 Biasanya untuk
menyambung tali
khemah/bungkusan
hadiah/ikatan anduh.
Mudah dibuka

 Dikenali juga sebagai
'left over right and
right over left'.

SIMPULAN PENCURI (Thief
Knot)

Simpulan ini sangat sesuai
untuk mengikat
bungkusan dan bimbang
ada orang lain akan
membuka bungkusan
tersebut.

Apabila orang tersebut
mengikat kembali ia
lazimnya akan
mengikatnya semula
seperti ikatan buka
sila/square knot

BUNGA GETI
( Sheet / Flag / Common Bend )

• Kegunaannya
adalah untuk
menyambungkan
hujung dua tali yang
berlainan
jenis/berlainan saiz

TINDIH KASIH (Bowline)

• Untuk membuat ikatan yang
pantas dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya
• Sesuai digunakan untuk
menyelamat, mengikat leher
binatang dan sebagainya

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

•Simpul manuk biasanya
digunakan untuk mengikat
benda yang licin seperti
kayu, hujung pancang
khemah, botol dan
sebagainya.
•Ia mudah
diikat/disimpulkan dan
mudah
ditanggalkan/dibuka.

SIMPUL BELIT LUCUT Highwayman's
hitch

1. Sesuai digunakan
untuk mengikat
bot atau binatang
(contoh kuda)
supaya boleh
dibuka dengan
pantas

2. Boleh juga
digunakan untuk
turun dari atas
pokok dengan
menggunakan tali

SHEEP SHANK

• Sheepshank digunakan
untuk memendekkan tali
tanpa perlu memotong tali
tersebut

• Ia juga boleh digunakan
untuk menegangkan tali
(contoh tali khemah)
tanpa perlu membuka
ikatannya dibahagian
hujung tali. Ia boleh
disimpulkan di bahagian
tengah tali retsebut

SIMPULAN PENGAIL /
SIMPUL HIMPIT
(Fisherman's Knot)

Sesuai digunakan untuk
menyambungkan dua tali yang halus
/licin seperti tali tangsi

LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Round
turn and two half-hitches

Satu simpulan mudah
tetapi kemas untuk
mengikat hujung tali pada
mata kail, pancang, pokok
dan sebagainya

LILIT BALAK (The Timber Hitch)

Ikatan balak adalah ikatan
sementara untuk menurunkan
atau menarik beban seperti
tongkol kayu dan sebagainya

SLIP (RUNNING) KNOT

Ikatan ini mudah
diketatkan atau
dilonggarkan
Mudah menggerakkan
ikatan ke bahagian
lain pada
kayu/pancang
Semakin kuat hujung
tali itu ditarik semakin
ketat simpulan
tersebut

IKATAN SILANG GUNTING
(Sheer Lashing)

Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejet dan
menyambung kayu

Mulakan dengan simpulan
manok pada sebarang kayu,
kemudian belitkan pada
kedua-dua batang kayu itu
dengan ketat. Akhir sekali
belitkan tali di celah kayu itu
beberapa kali supaya lebih
ketat.

IKATAN SILANG GUNTING
(Sheer Lashing)

IKATAN SERAYA (Square
lashing)

Ikatan Seraya
digunakan
untuk mengikat
dua batang
kayu/dua
batang buluh
yang bersilang

IKATAN SERAYA (Square
lashing)

Tradisional Lashing

IKATAN SERONG (Diagonal
Lashing)

Ikatan ini digunakan
untuk membuat
jamabatan, menara dan
sebagainya.
Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada
tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur
kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan
manok.

IKATAN SERONG (Diagonal
Lashing)

Mulakan dengan simpulan pengikat balak
pada tempat kayu bersilang. Belitkan
membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manok.

IKATAN SILANG TUNKU
(Tripod Lashing)

Digunakan untuk
membuat gejet dan
menyambung kayu, khas
bagi mengikat tiga
batang kayu / buluh yang
sama besar dan
panjangnya.

Ikatan ini dimulakan
dengan menggunakan
Lilit Balak atau Simpul
Manuk dan bagi
mematikan Ikat Silang
Tungku, Simpul Manuk
digunakan.

IKATAN SILANG TUNKU
(Tripod Lashing)

Digunakan untuk membuat gejet dan
menyambung kayu, khas bagi
mengikat tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan
menggunakan Lilit Balak atau
Simpul Manuk dan bagi mematikan
Ikat Silang Tungku, Simpul Manuk
digunakan.

PERKHEMAHAN

Definisi khemah dan
perkemahan

Perkataan Khemah adalah Definisi
khemah sejenis pondok perkhemahan
dipercayai yang diperbuat pula adalah

berasal dari daripada kain sebagai
perkataan tebal atau kain kelompok

Arab. layar yang khemah atau
didirikan berkhemah.

sebagai tempat
kediaman

sementara.

Bahagian khemah
Dinding khemah
Bumbung khemah
pancang
Tali pancang

Khemah tiang satu

 Khemah jenis
ini ringan,
senang didirikan
dan sesuai
digunakan untuk
perkhemahan
ringkas.

 Saiz yang
menumpang 1-2
orang.

 Khemah
ditegakkan
dengan
menggunakan
satu tiang
sahaja.

Khemah bentuk A

 Khemah jenis
ini sesuai
digunakan untuk
perkhemahan
ringkas dan
perkhemahan
berkumpulan.

 Saiz yang
menumpangkan
3-6 orang.

 Khemah ini
ditegakkan
dengan
menggunakan 2
batang tiang
dan 1 batang
galang.


Click to View FlipBook Version