JENIS-JENIS
ORIENTEERING
ORIENTEERING MERENTAS
DESA
• Tujuan:-
• Objektif orienteering jenis ini diadakan adalah untuk
menguji kepantasan mental dan fizikal dalam
menentukan haluan terbaik menuju ke stesen semasa
merentasi haluan yang dilalui dengan berpandukan
peta dan kompas.
• Aktiviti orienteering jenis ini dikendalikan oleh
penyelarasyang akan menentukan haluan yang sesuai
dengan adanya beberapa penanda tempat yang sedia
ada atau yang direka oleh manusia.
• Peserta akan menandakan simbol-simbol stesen yang
telah dilalui pada atau dalam kad masing-masing
sebagai bukti telah melalui kawasan tersebut.
• Peserta akan memilih 5 hingga 12 tempat yang berbeza aras
kesukaran dan kedudukannya, sebagai contoh pada ketinggian
300 – 1500 kaki atau 100 – 500 meter,membentuk bulatan
sebesar 1.5 -2.5 batu panjang atau 2.5 -4 km bagi peserta
yang lebih muda dan peserta yang pertama kali menyertai
aktiviti ini dan 8-10 batu atau 12 – 16 km bagi peserta elit.
• Para peserta akan dilepaskan di kawasan permulaan secara
bergilir-gilir dan dibekalkan dengan sebuah peta kawasan
yang akan dilalui dan deskripsi lokasi stesen.
• Para peserta akan mencari stesen mengikut susunan dalam
peta masing-masing tetapi harus ditentukan sendiri setiap kali
peserta tiba di satu stesen.
ORIENTEERING BERMARKAH
ATAU SCORE ORIENTEERING.
• Tujuan:-
• Orienteering Bermarkah adalah bertujuan untuk menguji
kebolehan peserta merancang suatu siri laluan dengan
mengambil kira masa perjalanan dan menguji kemahiran
orienteering secara umum.
• Orientering Bermarkah berbeza dengan Orieteering Merentas
Desa kerana kedudukan stesen terletak secara rawak dan
peserta tidak perlu melalui setiap stesen mengikut urutan atau
susunan dalam peta.
• Setiap stesen diberikan nilai skor tertentu. Stesen yang jauh atau
yang paling sukar ditemui diberi skor tertinggi iaitu 30 – 50
markah atau mata manakala stesen yang terdekat dengan
kawasan permulaan atau yang mudah ditemui diberi mata atau
markah 5 – 20 mata.
• Kedudukan stesen-stesen adalah tidak disusun dalam kedudukan
teratur,setengah stesen boleh dilalui secara rawak.
• Stesen-stesen terletak dalam lingkungan 1 batu daripada kawasan
permulaan dan penamat atau lebih kurang 3 batu persegi.
• Setiap peserta berusaha untuk mendapatkan skor tertinggi dalam
masa yang diperuntukkan.
• Ini dilakukan dengan melalui seberapa banyak stesen yang
mungkin dan mendapatkan simbol daripada stesen yang tercatat
pada kad laluan sebagai bukti bahawa mereka telah sampai ke
stesen itu.
• Jika masa melebihi had yang ditentukan,para peserta
akan didenda dengan cara memotong markah atau skor
yang sudah diperoleh. Potongan mata adalah satu atau
dua mata seminit bagi masa yang melebihihad.
• Orienteering jenis ini sangat sesuai untuk persaingan
kumpulan. Setiap kumpulan boleh dikendalikan dalam
cara yang berbeza.Kaedah pertama,setiap ahli
kumpulan boleh bergerak bebas.
• Setiap peserta boleh menentukan stesen yang hendak
dituju,laluan mana yang perlu dilalui dan bagaimana
hendak melakukan tugas itu secara sendirian
RELAY ORIENTEERING
Tujuan:-
• Orienterering jenis diadakan bertujuan untuk memupuk
semangat berpasukan dalam sesebuah kumpulan atau
kelas serta melatih individu dalam kemahiran
orienteering.
• Diadakan secara berpasukan iaitu penyelaras akan
memilih dan menentukan kawasan permulaan,tengah dan
penamat aktiviti. Penyelaras juga akan memilih dan
menentukan mata bagi setiap stesen.
• Jika hanya terdapat 3 ahli dalam satu pasukan maka
laluan terbahagi kepada 3 peringkat yang tersebar
dari tengah kawasan yang dipilih. Bentuk laluan
seperti daun ‘clover’ iaitu setiap ahli akan bergerak
ke 2 atau 3 stesen.
• Jika terdapat 4 orang dalam satu pasukan,bentuk
laluan seperti kupu-kupu iaitu setiap ahli bergerak dari
1 hingga ke-4 stesen yang berbeza.
• Jika terdapat 5 hingga 8 ahli dalam satu
pasukan,bentuk laluan seperti bintang, iaitu seseorang
ahli akan bergerak ke satu stesen sahaja.
• Dalam pertandingan yang lebih mencabar kawasan
permulaan dan penamat akan terletak di dua tempat
yang berbeza, iaitu stesen pertukaran terletak di
merata-rata tempat laluan berbentuk bulatan atau
garis lurus.
• Stesen dan peta induk disediakan sama seperti cross-
country orienteering.
• Pada permulaan ini,para peserta pertama daripada
setiap pasukan atau kumpulan diberikan satu peta
dan senarai lokasi stesen,kemudian mereka akan
dilepaskan. Masa akan diambil untuk setiap pasukan.
• Peserta terakhir tiba di kawasan penamat,akan
diambil masa dan skor atau mata pasukan itu akan
dikira. Perlumbaan itu akan dimenangi oleh pasukan
yang berjaya melalui kesemua stesen dan tamat
dalam masa yang singkat.
MAPFARING ATAU MAP
HIKING
Tujuan:-
• Orienteering jenis ini diadakan bertujuan memberi
peluang kepada individu yang tidak berminat bersaing
untuk melakukan aktiviti luar atau orienteering dalam
keadaan yang menyeronokkan.
• Bentuk orienteering ini adalah dikhususukan sesuai untuk
keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Orienteering
jenis ini menyediakan peserta dengan cabaran
tambahan melebihi kehendak utama dalam ‘hiking dan
memberi kepuasan apabila mereka berjaya melepasi
stesen-stesen sepanjang perjalanan.
• Peserta yang mengambil bahagian dalam acara seumpama ini,
akan diberikan sebuah peta utama kawasan dengan arah dan
titik utama disertakan.
• Mereka kemudian akan mengikuti arah dengan kepantasan
mereka sendiri,berhenti untuk menikmati keindahan kawasan
persekitaran, apabila mereka ingin berbuat demikian.
PRESET – COURSE
OREINTEERING
• Orienteering jenis ini, adalah yang lebih berbentuk
santai jika dibandingkan dengan point –to – point.
Sebenarnya orineteering jenis ini lebih banyak
digunakan sebagai acara latihan kelab.
• Preset orienteering juga boleh digunakan untuk menguji
pelbagai kemahiran dalam aktiviti luar yang tidak
dikaitkan terus kepada penggunaan peta dan kompas
seperti dalam Projek Orienteering atau untuk
menambahkan keseronokkan Cross Country Skiing
seperti dalam Ski Orienteering.
LINE ORIENTEERING
Tujuan:-
• Orienteering jenis ini bertujuan untuk menguji keupayaan
mengikuti arah yang dinyatakan dalam peta asal
berpandukan peta dan kompas.
• Penyelaras akan melaksanakan tugas sama seperti
dalam acara Cross – Country Orientering. Mereka akan
memilih laluan yang sesuai dan memilih 5 hingga 12 titik
kawalan yang membentuk arah bulatan,tetapi
panjangnya hanya kira-kira 2 – 4 batu.
• Di garisan permulaan, para peserta dibekalkan dengan peta
kawasan dan bermula pada masa jeda di kawasan jeda di
kawasan peta utama.
• Seboleh-bolehnya para peserta akan dilepaskan dalam jangka
waktu 3 atau4 atau 5 minit bergantung kepada bilangan
peserta yang mengambil bahagian.
• Di kawasan peta utama,para peserta menyalin di atas peta
mereka sendiri arah yang perlu diikuti dan kemudian berlepas
mengikut arah tersebut dengan menggunakan peta dan
kompas
• Biasanya mata ditentukan untuk memenangi orienteering jenis
ini,tetapii peruntukan had masa untuk menyempurnakan
perlumbaan ini patut diumumkan terlebih dahulu.
• Pemenangnya ialah peserta yang dapat menenui kesemua
stesen dan berjaya menandakan dengan tepat kawasan-
kawasan tersebut di atas peta.
PROJECT ORIENTEERING
Tujuan:-
• Orienteering jenis ini diadakan bertujuan untuk menguji
kebolehan mengikut arah yang dinyatakan di atas peta
utama dan kemahiran-kemahiran luar para peserta.
• Penyelaras akan membuat laluan sama seperti Line
orienteering. Pada hari acara akan diadakan, para pegawai
projek akan ditempatkan di setiap stesen, di mana mereka
akan memberimaklumat tentang projek kepada para
peserta dan memberi markah untuk pencapaian peserta.
• Projek seumpama ini mungkin juga melibatkan perkhemahan
atau ikhtiar hidup seperti menyalakan api dengan 2 batang
mancis, mengutip sehelai daun daripada 10 jenis pokok yang
berlainan dan sebagainya.
• Para peserta boleh bekerja sebagai individu, berpasangan
atau dalamkumpulan kecil seperti dalam petrol pengakap.
Penyelenggaraan adalah seperti line orienteering seperti
menyiapkan projek berlainan di setiap stesen
• Pemenangnya ialah peserta atau pasukan yang mengumpul
markah tertinggi untuk projek-
ROUTE ORIENTEERING
Tujuan:-
• Orienteering jenis ini diadakan bertujuan untuk menguji
kemahiran menanda di atas peta lokasi-lokasi stesen yang
dilaluioleh pesrta-peserta apabila mereka mengikuti jalan
yang ditandakan mengikut aliran.
• Acara ini adalah untuk mereka yang baru melibatkan diri
dalam aktiviti ini kerana tidak ada sesiapa yang akan sesat.
Jarak perlu dikekalkan antara 1 hingga 3 batu.
• Arah sepatutnya melalui lorong-lorong, tebing sungai,
rabung-rabung atau mana-mana kawasan lapang dengan
jarak di antara satu stesen antara 800 -1200 kaki.
• Di garisan permulaan, para peserta dibekalkan dengan peta
kawasan dan bermula dengan 1 atau 2 minit ruang jeda untuk
mengikut arah di atas peta
• Apabila mereka tiba pada stesen yang ditandakan, mereka akan
membulatkan lokasi di atas peta setepat yang boleh.
• Masa yang diambil untuk laluan juga boleh dikira sebagai faktor
untuk menentukan pemenang. Jika terjadi sedemikian, denda untuk
stesen yang ditandakan salah adalah 2 minit untuk setiap 1 atau 16
inci kesalahan
SHORT DISTANCE
ORIENTEERING
Tujuan:-
• Orienteering jenis ini adalah satu ujian untuk menguji
kebolehan peserta memandu arah dengan kelajuan yang
telah ditetapkan untuk membuat keputusan yang lebih
kerap dan kosisten.
• Orienteering jenis ini boleh dilakukan secara individu iaitu
penyertaan dalam acara-acara jarak dekat yang juga dikenali
sebagai short - O- Orienteering, adalah terhad kepada
individu.
• Oleh kerana kelajuan adalah perlu,peserta-peserta mesti
mengatasi perkembangan fizikal dan cabaran-cabaran mental
• Pemenang semestinya singgah di semua ‘check point’ yang
telah dinyatakan dan melepasi penamat dalam masa yang
paling singkat.
• Perlu diingatkan bahawa ‘short –O- Orienteering baru saja
melalui satu peringkatpesat dalam populariti. Oleh itu,
peraturannya kekal pada tahapyang formatif.
ROGAINE ORIENTEERING
Tujuan:-
• Rogaine ialah singkatan untuk ‘rugged outdoor group activity
involving navigation andendurance iaitu aktiviti yang
dilakukan mencabar berbanding dengan score orienteering
kepada tahap yang lebih tinggi.
• Dalam jangka masa 12 hingga 24 jam, acara rogaine menguji
kebolehan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian untuk
merancang perjalanan jarak jauh dalam hutan sambil
berhadapan dengan pelbagai cabaran mental dan fizikal.
• Orienteering jenis ini biasanya dijalankan dalam bentuk
kumpulan.
• Untuk tujuan keselamatan Rogaine Orienteering sepatutnya
diserta oleh kumpulan seramai 2 hingga 5 orang yang saling
mengetahui tentang tugas dan kebolehan masing-masing.
• Objektif mereka adalah mudah iaitu dengan hanya
menggunakan peta dan kompas dan berjalan kaki singgah di
sebanyak ‘checkpoint’ yang mereka mampu (setiap pasukan
diberi bilangan mata yang spesifik) mengikut had masa.
• Penyelaras Rogaine menentukan tempat permulaan dan tempat
tamat ( mungkin tempat yang sama) dan menentukan beberapa
‘check point’ di kawasan yang luas untuk mengelakkan pasukan-
pasukan daripada singgah pada kesemua ‘check point’ dalam
masa yang diperuntukkan
ASAS PETA
Elemen terpenting di
dalam orienteering
Peta Gambaran bentuk
mukabumi yg dilukis atas
permukaan rata bagi
sesuatu kawasan -dari
udara
Mempunyai tajuk,kontur,
skala,petunjuk,garisan
melaras dan kod warna
Kegunaan Peta
Merancang aktiviti atau pergerakan
dan melaksanakan aktiviti atau
pergerakan
Memberi maklumat: lokasi, tempat, jarak,
ketinggian bentuk muka bumi, halangan,
pembangunan, mercu tanda dan laluan –
laluan yang boleh digunakan
Jenis-jenis peta
Peta Topo
Peta
Planimetri
Peta Khusus
Atlas
Peta Imejan
Satelit
Peta
Orienteering
Jenis-jenis peta
Peta Topo
-mengandungi pelbagai jenis butiran
-mempunyai panduan grid
Peta Planimetri
-peta panduan jalanraya
-panduan pelancongan
Jenis-jenis peta
Peta Khusus
-peta yg khusus bagi sesuatu butiran
-cth: peta taburan penduduk
Atlas
-peta berskala kecil yg dibukukan
-menggambarkan kaws yg luas
-kandungan butiran tidak terperinci
Jenis-jenis peta
Peta Orienteering
-mendedahkan maklumat
lengkap dan terbaru
Peta Imejan Satelit
Kandungan peta orienteering
Tajuk peta
Skala – 1:5000, 1:10000, 1:15000
Petunjuk
Garisan melaras utara-selatan
Kredit –kerjaukur, kartografi,
tarikh cetakan,penaja dsb.
WARNA PETA -STANDARD IOF
HITAM Ciri-ciri buatan manusia dan batu
Kontor dan jalanraya PERANG
KUNING Keadaan tumbuhan :terbuka
WARNA PETA -STANDARD IOF
PUTIH Keadaan tumbuhan: boleh berlari
Keadaan tumbuhan: berjalan / redah HIJAU
BIRU
Ciri-ciri yang berkaitan dengan air seperti
sungai, laut, paya , tasik, tali air dan lain-lain
Cara mendapatkan peta
•Dokumen yang dikelas sebagai “terhad”
•Boleh dimiliki dengan kebenaran pihak
berkuasa
•Permohonan jabatan kerajaan melalui Jabatan
Ukur dan Pemetaan Negeri dengan mengisi
Borang PPNM-A (81)
•Borang PPNM 1 jika permohonan dari
pihak awam dan badan-badan berkanun.
KESELAMATAN PETA
Peta merupakan dokumen ‘terhad’, maka ia
hendaklah dijaga supaya tidak hilang atau jatuh
ke tangan orang yang tidak dibenarkan.Oleh itu :
Jangan biarkan peta terbiar tanpa
pengawasan
Jangan berikankan peta kepada sesiapa
yang
tidak dibenarkan walaupun bagi maksud
melihatnya sahaja.
KESELAMATAN PETA
suTpeanytaukan peta mempunyai bekas khas
ia tidak tercicir ketika bergerak. Tentukan
ia
terkunci di dalam saku anda jika tidak
memegangnya.
mJeinkacapreintyaaitu hilang, segera untuk
Jika tidak dijumpai, segera laporkan
kehilangan di balai polis yang berdekatan.
MENJAGA PETA
Peta merupakan sekeping kertas, maka ia hendaklah dijaga
dengan cermat supaya tidak rosak, koyak atau
terbakar.Oleh itu :
Setelah peta dilipat, masukkan ke
dalam plastik atau bekas lain yang
kalis air. Tutup mulut plastik itu
hingga air tidak dapat masuk.
MENJAGA PETA
Jangan membuat sebarang tanda atau
tulisan di atas peta. Jika terpaksa juga,
gunakan pensel supaya dapat
dipadamkan
semula.
Jangan menghisap rokok sewaktu peta
sedang dikendalikan di tangan anda.
Jauhkan peta daripada api. Gunakan
lampu
suluh jika membaca peta pada waktu
malam.
MELIPAT PETA
MELIPAT PETA
Peta hendakalah dilipat kepada saiz kecil
dan dimuatkan ke dalam plastik kecil.
Supaya peta boleh dibawa ketika bergerak
nanti.
Cara melipat peta ialah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah.
Dengan lipatan begini, bahagian peta yang
hendak dibaca dapat dilihat dengan cepat
tanpa terpaksa membuka keseluruhan
lipatan pada tiap-tiap kali peta hendak
dibaca.
MELIPAT PETA
Rajah : Cara melipat peta
MEMBACA PETA
Membaca peta ialah mentafsir apa
yang tergambar di atas peta kepada
maklumat sebenar yang mewakilinya.
Setiap lembar peta mengandungi dua
kategori catatan.
1. Pertama ialah catatan bagaimana peta
hendak dibaca. Catatan ini digelar
maklumat bingkai.
2. Kedua ialah gambaran tentang muka
bumi yang diwakili oleh peta itu
sendiri.
MAKLUMAT BINGKAI
MAKLUMAT BINGKAI
Maklumat bingkai terdiri daripada perkara-perkara seperti
yang di bawah:
•Nama Lembar
•Nombor Lembar
•Unjuran Grid
•Amaran Terhad
•Nama Siri dan Skala
•Skala Garisan
•Catatan Kredit
•Tahun Cetakan
MAKLUMAT BINGKAI
Maklumat bingkai terdiri daripada perkara-perkara seperti
yang di bawah:
•Indeks (Peta Pandu)
•Jarak Kontur
•Ukuran Tinggi dari Aras Laut
•Kotak Rujukan Peta
•Kotak Petunjuk
•Rajah Perbezaan Sudut Utara
BENTUK MUKA BUMI
Garisan kontur dalam peta akan menerangkan maksud seperti :
a. Susuh bukit (spur) -
sejalur tanah yang menganjur keluar
b. Ceruk (re-entrant) –berlawanan dengan susuh bukit
c. Permatang (ridge) – tanah tinggi yang memanjang
d. Pelana (Saddle) –lekukan di antara dua bukit
e. Knol –tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari
anak bukit
GARISAN GRID
Utara
Selatan
GRID ENAM ANGKA
SKALA GRID
KONTUR
Keadaan tinggi rendah muka bumi
di dalam peta
Ketinggian pada garisan kontur
Contoh:
Jarak kontur 20 meter
Ketinggian A
= 100 m(nilai kontur
Indeks)
+ 40(2 jarak
kontur)
140 meter
Ketinggian B
= 200 m(nilai kontur
indeks)
- 20 (1 jarak kontur)
180 meter