Tanggungjawab Hakim Kawad
Secara umumnya, tanggungjawab seorang hakim dapatlah
digariskan seperti berikut;
1. Memberikan markah yang sewajarnya kepada peserta-
peserta dalam pertandingan kawad.
2.Markah yang diberi mestilah ‘realistik’ berdasarkan
kepada persembahan peserta-peserta.
3.Tidak mengamalkan berat sebelah. 4.
Menyimpan rahsia markah. Tidak memdedahkan
pemberian markah kepada umum.
5.Komen atau ulasan hanya dicatatkan dalam
borang markah sahaja.
6.Prihatin dan peka kepada sebarang pergerakan
kawad para peserta. Sentiasa berada pada
kedudukan yang sesuai apabila membuat penilaian
dan memberikan markah.
Nota:
1. Hanya Ketua Hakim boleh memberikan ulasan atau komen jika
perlu selepas pengumuman keputusan.
2. Ketua Hakim boleh memanggil hakim-hakim untuk memberikan
maklumat atau panduan tetapi bukan untuk memberikan
arahan
membatalkan kelayakan bertanding (disqualified) atau memotong
markah. Bilik Hakim boleh digunakan untuk berbincang.
22
Larangan-larangan Kepada Hakim Kawad
1.Tidak memberikan komen atau ulasan secara terbuka
sebelum atau selepas keputusan diumumkan.
2.Tidak berhubung dengan pihak luar kecuali dengan
hakim-hakim sepanjang masa pertandingan.
3.Tidak berbincang dengan hakim-hakim lain untuk
memberikan markah.
4.Berada jauh dari kedudukan peserta atau pada
kedudukan statik.
5.Tidak meninggalkan gelanggang dengan tiba-tiba tanpa
memberitahu Ketua Hakim.
6.Tidak mengarahkan hakim-hakim lain untuk melakukan
sesuatu.
7.Tidak memberikan arahan atau menegur pasukan-
pasukan yang sedang bertanding.
8.Tidak memberitahu kesalahan peserta-peserta semasa
pasukan itu membuat persembahan.
9.Tidak menjerit-jerit atau berbuat bising semasa mengadili
pertandingan atau semasa pertandingan berlangsung
10.Tidak makan atau minum semasa pertandingan
dijalankan. Makan dan minum hendaklah di bilik hakim dan
tidak dibenarkan berada di tempat lain.
11.Berehat hanya di bilik hakim dan tidak dibenarkan
berada ditempat lain.
12.Jangan memuji atau merendah-rendahkan maruah
pasukan-pasukan yang bertanding. Hendaklah bersikap
‘neutral’.
13.Tidak mahu meneruskan tugasan sebagai hakim.
Hendaklah menghakimi pertandingan hingga selesai.
(Nota: Jika hakim tidak dapat meneruskan penghakiman
kerana sebab tertentu seperti pitam, pengsan, sakit dan
sebaganya, pemberian markah keseluruhan pasukan yang
telah diadili hendaklah dibatalkan)
23
Bahagian 5
TATACARA
PENGELOLAAN DAN
PENGHAKIMAN KAWAD
Pengenalan
Tatacara pengelolaan dan penghakiman kawad perlu
diketahui oleh semua jawatankuasa, hakim dan petugas-
petugas yang akan mengelolakan pertandingan kawad
supaya dapat mengelakkan sebarang kesilapan atau
kekalutan semasa program berjalan. Di samping itu, aktiviti dan
kerja-kerja dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur
dan berjalan lancar. Tatacara pengelolaan dan
penghakiman ialah prosedur-prosedur yang mesti diikuti
oleh semua Jawatankuasa Induk atau Jawatankuasa
Pengelola, hakim- hakim atau petugas-petugas
sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Kawad. Prosedur itu merupakan perkara-
perkara yang mesti dilakukan sebelum, semasa dan
selepas pertandingan berlangsung. Tatacara ini juga
merupakan satu senarai semak (check list) kepada semua yang
terlibat untuk membuat persiapan.
Tatacara Pengelolaan
Tatacara pengelolaan pertandingan kawad mesti 24
dimaklumkan kepada Jawatankuasa Induk dan
diketahui serta difahami oleh setiap ahli dalam Jawatankuasa
Pengelola termasuk para hakim. Tatacara ini akan memberikan
panduan kepada setiap ahli jawatankuasa atau petugas
tentang tugasan dan peranan mereka sebelum, semasa
dan selepas
pertandingan. Oleh itu mereka dapat bersedia dan melakukan
tindakan kepada tugasan mereka.
Secara umumnya, tatacara pengelolaan dapatlah
digariskan seperti berikut:
Sebelum Hari Pertandingan
a.Mesyuarat Jawatankuasa Induk.
Dalam mesyuarat ini, Jawatankuasa Induk akan
menetapkan tarikh, masa dan tempat pertandingan.
Jawatankuasa Pengelola dan tuan rumah juga akan
dipilih dalam mesyuarat ini.
b.Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola.
Dalam mesyuarat ini, jawatankuasa akan melantik ahli-
ahlinya yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk.
Pemilihan ahli boleh dicadangkan untuk diterima oleh
Pengerusi atas nasihat Penyelaras Program. Penugasan
kepada ahli-ahli diberikan ketika mesyuarat ini. Para ahli
kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa kecil (jika perlu)
untuk membantunya menjalankan tugas dengan
mengadakan mesyuaratnya.
c.Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola.
Tujuan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola ialah untuk
menetapkan tugasan dan kerja-kerja kepada ahli- ahlinya
yang dilantik.
Antara perkara yang perlu dimesyuaratkan atau
ditaklimatkan pada masa ini ialah;
i. Taklimat Ketua Hakim:
Taklimat ini boleh diberi kepada para hakim yang
dilantik dalam mesyuarat ini atau pada masa, tarikh
25
dan tempat yang ditentukan sebelum pertandingan
dijalankan.
ii. Penetapan syarat pertandingan dan prosedur
bantahan:
Syarat-syarat pertandingan dan prosedur
bantahan perlu disiapkan diberikan kepada
peserta yang bertanding selewat-lewatnya
sebulan sebelum dan perbincangannya
mestilah dilakukan sebelum para hakim
bermesyuarat atau sebelum para hakim mendengar
taklimat oleh Ketua Hakim.
iii. Taklimat penyediaan gelanggang oleh
jawatankuasa persiapangelanggang.Spesifikasi
gelanggang mestilah diberi kepada jawatankuasa
kecil ini dan jawatankuasa kehakiman
yang disediakn oleh Jawatankuasa Pengelola.
iv. Penyediaan alatan dan logistik berdasarkan
keperluan dan syarat pertandingan. Hendaklah
disediakan sebelum pertandingan bermula.
v.Perkara-perkara lain:
a. Penyedian aturcara dan buku program oleh
Setiausaha.
b. Penyediaan senarai jemputan,perasmi,VIP dan
VVIP oleh JKK Protokol.
c. Pengurusan peserta memanggil Ketua
Kontinjen untuk mendengar taklimat
pertandingan oleh JKK Pengelola.
d.Penyediaan skrip juruacara.
e.Penubuhan Panel Juru Rayuan.
f.Taklimat JK Keselamatan.
g.Taklimat pembantu hakim dan
Jawatankuasa Pengelola.
h.Penyediaan borang-borang seperti
borang- borang penyertaan dan borang-
borang hakim oleh Setiausaha.
i. Penyediaan bilik hakim
26
d. Raptai pertandingan boleh dilaksanakan atau sebagai
gantinya ialah ‘dry-run’ atau simulasi pertandingan.
Semasa Hari Pertandingan
a. Pemeriksan:
i. Kawasan-kawasan gelanggang, peralatan dan
keperluan borang hendaklah lengkap tersusun
dan sedia digunakan setengah jam sebelum
peserta pertama masuk gelanggang.
ii. Bilangan hakim juga mencukupi untuk
mengadili pertandingan.
iii. Semua petugas melaksanakan kerja dan tugasan
mereka.
b. Pelaksanaan pertandingan:
i. Pemeriksaan Pakaian Peserta.
ii. Peserta masuk gelanggang. Persembahan kawad
statik, dinamik dan formasi.
iii. Pengiraan markah dan pegesahan.
Selepas Pertandingan
a.Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
b.Penyediaan dokumentasi dan laporan oleh setiausaha
dan jawatankuasa terlibat. Laporan dan dokumentasi
dihantar kepada Jawatankuasa Induk dan salinan
kepada Jawatankuasa Pengelola.
c.Melakukan ‘feedback’ atau perbincangan semula untuk
memperbaiki keadaan pada masa akan datang.
Nota:
Ketua hakim dikehendaki menyedia dan memberikan laporan.
27
Tatacara Penghakiman Kawad
Sebelum Hari Pertandingan
Hakim-hakim yangdilantik akan bermesyuarat dan
membincangkan;
i.Syarat-syarat pertandingan.
ii.Melakukan perubahan.
iii.Membuat ketetapan atau keputusan.
iv.Menetapkan Panel Juri Rayuan.
v.Membincangkan tatacara atau gerakan kawad dan
pemberian markah.
Semasa Hari Pertandingan
a.Menyemak keadaan gelanggang dan memastikan siap
untuk pertandingan.
b.Membariskan peserta.
c.Pemeriksaan Pakaian oleh hakim-hakim pakaian yang
dilantik. Semasa pemeriksan pakaian, kawasan
pemeriksaan hendaklah bebas daripada orang awam.
Hanya hakim dan pegawai bertugas sahaja berada di
kawasan tersebut.
d.Pertandingan Kawad:
I. Pasukan atau peserta masuk gelanggang dan
penghakiman oleh hakim-hakim. Tatacara
persembahan kawad seperti yang ditetapkan iaitu;
i. Melapor kekuatan pasukan.
ii. Kawad statik.
iii. Kawad dinamik.
iv. Kawad formasi.
v. Melapor keluar.
2. Pemberian markah oleh hakim-hakim.
Nota: Setiap peserta atau pasukan mestilah
diberikan markah walaupun secara
teknikalnya akan dibatalkan penyertaannya
kerana kesahan tertentu. 28
3. Penyemakan markah oleh hakim dan pengesahan.
4. Pengiraan markah oleh Jurukira dan pengesahan.
5. Pengesahan atau penyemakan markah dan jumlah
markah oleh Ketua Hakim.
6. Menerima bantahan dan membicarakannya
(jika ada) serta membuat keputusan.
7. Mengumumkan keputusanrasmi(dalam majlis
penutup atau majlis penyampaian hadiah).
Nota:
i. Paparan markah kepada umum untuk menunjukkan
kedudukan markah pasukan-pasukan yang bertanding tidak
digalakkan kerana akan menimbulkan masalah seperti
ketidak puasan hati.
ii. Kawasan pemeriksaan pakaian boleh ditetapkan
kedudukanya. Jika perlu, litar pemeriksaan pakaian juga
boleh diwujudkan dan berukuran yang sesuai.
Bagaimanapun ia bergantung pada keluasan persekitaran
padang kawad.
Selepas Hari Pertandingan
a. Mengadakan “feedback” atau pemeriksan semula
untuk mengetahui masalah-masalah dan
kekuatan untuk rujukan pertandingan akan
datang.
b. Ketua Hakim atau Penolong Ketua Hakim akan
membuat laporan dan dihantar kepada
Jawatankuasa Pengelola.
Panduan Pengendalian Kawad tamat.
29
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Peringkat Kebangsaan
1. PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah
menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
2. Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:
a. Kategori Putera
b. Kategori Puteri
3. Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan
boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa
sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama.
Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan
dibatalkan.
2. PENDAFTARAN
1. Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar
yang sedang menuntut di sekolah.
2. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31
orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan
anggota simpanan.
3. Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan
tidak
dibenarkan)
4. Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang
di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status.
3. PAKAIAN
1. Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan
beruniform berkenaan.
2. Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi
ditolak 1 markah bagi satu item.
4. PADANG KAWAD
1. Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).
2. Pemeriksaan pakaian di luar litar
5. JANGKA MASA PESEMBAHAN
5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit.
Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan
dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari
litar. Selepas 15 minit, perembahan tidak akan dinilai.
2. Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum
melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad
formasi.
3. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului
kawad asas.
4. Isyarat akan dibunyikan:
a. pada minit ke 12.
b. Masa tamat.
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
1. Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawat pasukan unit
beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
2. Bilangan Anggota:
a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika
bertanding.
b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada
31
orang maka markah akan ditolak. (Ditolak 5 markah pasukan bagi setiap anggota
yang kurang).
c. Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang
berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pasukan berbaris untuk
pemeriksaan
pakaian untuk setiap pasukan.
3. Pemeriksaan kekemasan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan
pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan. (15 minit
sebelum masuk ke litar pertandingan)
4. Kawad Asas:
a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan,
berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua
Hakim. kadar berjalan ialah 120-128 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau
kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke
hadapan, kanan....pusing”.
c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
e. Melapor. Ketua Platun melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa
Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan
buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum /
Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji
tuan, terima kasih tuan”.
f. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
g. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.”
ii. “pandang....depan”. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri,
iii. kiri.....pusing”.
iv. Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke
v. belakang, belakang....pusing”.
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke
h. Hukumahnadbaeprgaenr,abkelkaekankigri...d.pi ubseinrgi ”.(untuk memulakan kawad dinamik).
Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
i. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok,
beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
j. Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun
melepasi kon D dan sebelum kon A.
k. Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke
hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan
melintang melintasi para hakim .
l. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki
melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i. “buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii. “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii. “pandang...depan”. (dalam perlahan
iv. jalan) “tutup, barisan”. (dalam perlahan
jalan)
m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,
kiri.....pusing” diberikan.
n. Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada
antara kon C dan kon D.
o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E
(kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad
dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa
berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,
hormat ke hadapan.......hormat”.
v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah
perlahan, perlahan.....jalan”.
vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak
ke kanan, belakang....pusing”.
vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat,
cepat jalan”.
viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,
belakang......pusing”.
x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke
hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara
mengadap)
p. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).
Catatan (1):
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua
Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad
semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan
masuk ke
litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkanmembawa
alatan.
4. Isyarat tamat masa pertandingan aka diberikan oleh penjaga masa.
5. Pergerakan Membentuk Formasi
a. Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan
pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing.
b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak
kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat
c. Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukan tujuan
memberikan arahan/hukuman kawad formasi.
d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi.permulaan dengann
cara hentak kaki daripada Ketua Platun.
e. Setiap platun dikehendaki memperembahkan sekurang-kurangnya 4 jenis formasi
yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. (Pergerakan
setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap ke
hadapan.
f. iiiPPs.ii.ie.eebnrgaaegltraiaiankmKpkayeeaeanrlnlutaadandnisbrgidekedgielnnaaangairrnaiarkkkknoaaaknMnnwa.aewtuesmnataatdbunpekilristkiaiedeitspasyaekalrramtaiheta.lsenib-lakihte,is5atlaagtheuar,anksbaeennr.iakmutr:obik dan
g.
6.6. Melapor Keluar
Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
6.7 Penghakiman
a. Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi kedua-dua
kategori.
b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c. Bagi pasukan KRS, hakim yang dilantik mestilah dari KRS juga.
d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding
maka markah kawad dinamik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah
kawad formasi akan diambil kira.
e. Keputusan hakim adalah muktamad.
8. Bantahan
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui
pengurus pasukan atau ketua platun masing-masing. Bantahan yang
diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal. (rujuk syarat mengemukakan
bantahan)
9. Pemarkahan Ketua Platun
Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh
menghakimi Ketua Palatun. Borang markah Ketua Platun juga berasingan
dengan markah pasukan.
10. Peringkat Pertandingan
Pertandingan akan diadakan pada 4 peringkat iaitu;
a. peringkat sekolah.
b. Peringkat daerah
c. Peringkat negeri
d. Peringkat kebangsaan
KAWAD
BERJALAN
Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit)
(a)Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci;
(b)Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci;
(c)Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci;
(d)Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci;
Masa Berjalan (Timing Of Marching)
(a)Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit;
(b)Cepat jalan 120 -128 langkah dalam satu minit (Biasa);
(c)Berlari 180 langkah dalam satu minit.
BAHAGIAN 1
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN
Cepat jalan
Hukuman :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan"
Perbuatan :
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan,
dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta
lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari
genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua
lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang
ke hadapan 200 meter.
(Lihat gambar no. 5) Ingatan :
(a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh.
Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu.
(b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa
membengkokkan lutut.
Kesalahan Biasa ;
1. Jalan mengenjut; Lutut kendur;
2. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan
3. dan tidak semaksima ke belakang.
Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit;
4. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok,
5. dan mengheret tumit semasa berjalan;
Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang
6. tangan tidak sama.
Mendongak secara keterlaluan.
7.
BERHENTI
Hukuman :
"Skuad.. ..........Henti"
Perbuatan:
Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa
beri
tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki
kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama
kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia.
Kesalahan biasa :
1. Bergoyang selepas berhenti.
2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti.
3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri.
4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti.
5. Turun tangan terlalu lambat.
6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah .
7. Angkat peha melebihi 45 darjah.
8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki.
BAHAGIAN II
BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN
Perlahan jalan maju) untuk
Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur
mengimbangkan kedudukan badan.
Hukuman :
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan"
Perbuatan : Langkah pertama:
Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung,
lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan
rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki
kiri.
Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33 inci (
15 langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama
tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi.
Langkah ke dua:
Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut
lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan
rapat ke
rusuk.
Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 33
inci
(satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti
itu dibuat berterusan.
Kesalahan Biasa :
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari
dengan bumi.
2. Siku renggang dari rusuk.
3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali
melangkah.
4. Memandang ke bawah.
5. Tidak menjaga jarak antara anggota
Ingatan :
1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang.
2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan.
Berhenti Semasa Perlahan Jalan
Hukuman “ Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah ke bumi, hentak
kaki kiri dan kaki kanan.
BAHAGIAN III - LANGKAH KE HADAPAN / KE BELAKANG
Hukuman :
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak"
Perbuatan ;
Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah seterusnya)
ke hadapan atau ke belakang mengikut bilangan langkah yang
ditetapkan mulai kaki kanan dan diakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri
jika bilangan langkah ganjil dan kaki kanan jika bilangan langkah genap)
Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak, kedua - dua tangan rapat ke
rusuk, jari genggam, ibu jari di sisi penjahit seluar serta pandang ke
hadapan.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan tidak rapat di rusuk, badan bengkok dan kepala tunduk.
2. Tumit tidak rapat
BAHAGIAN IV - LANGKAH MERUSUK
Gunanya bagi menggerakkan skuad ke kiri / kanan semasa menghadap
ke hadapan.
Hukuman :
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".
Perbuatan :
-Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa ke
sebelah kiri/kanan sehingga habis bilangan langkah yang diperintahkan.
Langkah dibuat dengan mengangkat peha kanan / kiri 45 darjah ke
hadapan dan hentak padat di sebelah kaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan.
-Badan tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)
Ingatan :
1. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut bilangan (1-2-1,
1- 2-2 , 1-2-3 dan seterusnya ),
2. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8 langkah. Sekiranya
lebih skuad hendaklah digerakkan ke kiri/kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Langkah tidak sama; Antara tumit tidak rapat
2. Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki kanan/kiri
3. itu dengan pantas apabila tinggi kaki kiri/kanan mencecah ke
bumi;
Angkat peha (kurang / lebih dari 45 darjah ).
4.
BAHAGIAN V - BELOK
Hukuman :
"Kanan/kiri ......... Belok"
Perbuatan :
Samada berjalan dalam satu barisan (file), bertiga-tiga atan enam-enam
orang, maka orang yang di sebelah dalam hendaklah membelok seperti
di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau ke kanan 90 . Panjang atau pendek
langkah bergantung kepada kedudukan barisan. Anggota di
dalam barisan, pendekkan langkah dan anggota di barisan luar,
panjangkan langkah.
Kesalahan-kesalahan biasa :
1. Deretan di sebelah belakang terbawa- lalu terpesong
bawa keluar
daripada pusat belok itu.
2. Jarak jadi rosak disebabkan oleh angota di luar
memanjangkan langkah dan anggota di tidak dalam
memendekkan langkah. tidak
keluar.
BAHAGIAN VI – BERPUSING SEMASA PERLAHAN JALAN
Kedudukan masa berjalan mestilah dikekalkan dan semasa membuat
semua pusingan, hendaklah berpusing tepat ke hala yang baru ,
lurus, jarak hendaklah dibetulkan oleh mereka dalam skuad itu
dengan serta merta selepas berpusing.
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! " " Bergerak
ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan . Dalam masa yang sama
halakan kaki kanan ke sebelah kanan dan terus berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. Angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan
kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, angkat kaki kiri
letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan, angkat
kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, angkat kaki
kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulurkan kaki
kanan dan terus perlahan jalan.
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia.
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki.
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan.
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah.
7. Hujung kaki menjunam ke bumi atau mendongak.
BAHAGIAN VII – BERPUSING SEMASA CEPAT JALAN
KE KANAN PUSING
Hukumannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing " " Bergerak
ke kanan / kiri, kanan ............ pusing "
Perbuatan:
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ kaki
kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dalam masa yang
sama hala kaki kanan 90 darjah ke kanan dan terus berjalan.
KE KIRI PUSING
Hukumannya:
"Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
"Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatan:
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah. Angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam masa yang sama halakan
kaki kiri ke sebelah kiri dan terus berjalan.
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke tanah, ’check’
kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan
menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki
kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan.
Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju).
Peringatan:
Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan ”in”
Kesalahan Biasa :
1. Semasa berpusing lutut bengkok .
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia .
3. Tidak mengekalkan jarak langkah.
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki .
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan .
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah . Hujung kaki menjunam ke
7. bumi .
8. Seret kaki ketika pergerakan ’in’.
BAHAGIAN VIII
HENTAK KAKI, MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN DAN CEPAT JALAN
Semasa Cepat Jalan Hukumannya ’’Hentak........kaki’’ Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, ’check’ kaki kanan
dan mula hentak kaki dengan kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok . Tidak pandang terus ke
4. hadapan . Lebih pantas daripada berjalan .
5.
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki
kiri dan maju mulai kaki kanan.
Semasa Perlahan jalan Hukumannya ’’Hentak........kaki’’ Perbuatan:
Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa kaki
kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kiri.
Kesalahan Biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki.
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat.
3. Pinggang lemah dan bongkok. Tidak pandang terus ke
4. hadapan. Lebih pantas daripada berjalan .
5.
Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi, kemudian hentak kaki
kiri dan tendang kaki kanan ke hadapan untuk berjalan.
Hentak Kaki Cepat Semasa Berhenti.
Hukuman :
" Hentak kaki ......... cepat"
Perbuatan :
Mula hentak kaki dengan kaki kanan. Hukuman:
”Skuad...........henti”
Perbuatan:
Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri
dan kanan.
Terus berhenti
BAHAGIAN IX - TUKAR LANGKAH DALAM MASA PERLAHAN JALAN DAN
CEPAT JALAN
Semasa perlahan jalan. Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ,............langkah"
Perbuatan :
Hukuman diberi masa kaki kiri jejak ke bumi. Hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan, Hentak kaki kanan di sebelah
kaki kiri
Hulur kaki kanan ke hadapan dan terus perlahan
jalan.
Kesalahan Biasa :
i(.a) DMaellaemngmgansagkbaenrjatlaanng:an.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
Semasa cepat jalan.
Hukuman :
"Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah"
Perbuatan :
Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah.
Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri
disebelah kaki kanan
Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.
Kesalahan Biasa :
(a) Dalam masa berjalan :
i. Melenggangkan tangan.
ii. Tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga .
(b) Dalam masa hentak kaki :
i. Badan membongkok.
ii. Terlalu pantas .
BAHAGIAN X - BERJALAN, HENTAK KAKI
BERHENTI DALAM MASA BERLARI
HUKUMAN:
" Dari kiri/ kanan........ cepat lari"
Perbuatan:
Mula berlari dengan kaki kanan.
Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam satu minit.
Kesalahan biasa:
1.Menghayunkan bahu.
2.Memandang ke bawah.
3.Berlari di atas tumit.
4.Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul.
Hentak kaki semasa berlari
Hukuman:- ‘’Hentak… kaki'' Perbuatan:-
Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, ’check’ dengan kaki kanan dan
mulakan hentak dengan kaki kiri.
Hukuman:-
"Maju"
Perbuatan:-
Di beri ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri ,kemudian mulakan
berlari dengan kaki kanan.
Peringatan:
Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki
terlebih dahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan
hentak kaki
BAHAGIAN XII - TUKAR LANGKAH PERLAHAN, CEPAT JALAN DAN BERLARI
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukuman:
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan"
Perbuatan :
Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki
kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas
hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan.
Peringatan:
1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check
Dari Perlahan ke Jalan Cepat
Hukuman:-
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan"
Perbuatan:-
Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, dan " jalan"
ketika kaki kiri jejak ke bumi dan hendaklah secara berturut-turut. dan
mulakan pergerakan cepat jalan dengan kaki kanan.
Tangan dilenggangkan
Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari
Hukuman:
" Tukar langkah berlari........ cepat lari"
Perbuatan:
Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan kaki
kiri, kemudian mulai lari dengan kaki kanan.
KAWAD BUKA DAN TUTUP
BARISAN KETIKA BERJALAN
Hukuman:-
'' Buka ......... Barisan''
Perbuatan:-
Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas kaki kiri
dan hentak dengan kaki kanan, barisan tengah hentak kaki 2 kali dan
terus maju. Barisan belakang hentak kaki 4 kali, barisan hadapan
berjalan terus.
Hukuman :
" Tutup............... barisan "
Perbuatan :
Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan kaki kiri, hentak
kaki kiri, barisan hadapan hentak kaki 4 kali, dan barisan tengah
hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang berjalan terus.
BAHAGIAN III - TUKAR HALUAN KETIKA BERHENTI DAN BERJALAN
DALAM CEPAT DAN PERLAHAN
Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan
Hukuman :
" Tukar haluan ke kanan dan henti, ke kanan........... Tukar"
Perbuatan:
Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain dalam barisan
hadapan pusing separuh kanan, anggota dalam barisan tengah dan
belakang diam.
Hukuman :
''Cepat jalan''
Perbuatan:-
Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga langkah lalu
berhenti. Lain-lain anggota berjalan berturut-turut dan membelok ke hala
baru, serta berhenti. Jarak antara barisan ialah satu langkah.
Ingatan:-
1.Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri.
2.Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada enam anggota
dalam barisan.
3.Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki, kemudian akan diberi
hukuman maju atau berhenti.
4.Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota dalam barisan
hendaklah belok ke hala yang baru.
5.Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah sama.
Kesalahan biasa:-
1. Tidak memastikan jarak yang betul.
2. Anggota yang disebelah luar mempercepatkan langkah.
3. Memanjangkan langkah.
4. Anggota nombor satu barisan hadapan ( Penanda ) tidak ambil cukup
tiga langkah.
5. Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki yang betul.
KAWAD JADIKAN DUA
BARISAN
Kawat biasanya dijalankan dalam tiga barisan , tetapi terdapat juga
yang terpaksa bertukar menjadi dua barisan iaitu untuk
anggota- anggota kawalan kehormat . Kawalan kehormat akan
berjalan masuk dalam tiga barisan dan akan membentuk dua barisan
setelah berada di tempat perbarisan sesuatu istiadat. Dalam
pergerakan ini hanya anggota-anggota dalam barisan tengah
sahaja yang akan bergerak dua langkah sama ada ke hadapan
atau ke belakang. Sebelum pergerakan dilakukan, kira nombor
dari kanan ke kiri dibuat bagi menentukan kedudukan nombor
ganjil dan genap anggota (khususnya di barisan tengah).
BAHAGIAN I - JADIKAN DUA BARISAN DARIPADA TIGA BARISAN
Hukuman:
"Jadikan Dua ....... Barisan "
Perbuatan:
Anggota nombor ganjil di barisan tengah hendaklah melangkah kaki
kanan ke depan (15 inci), dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24
inci kemudian hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam kedudukan
sedia.
Seterusnya dalam masa yang sama anggota nombor genap hendaklah
melangkah ke belakang dengan kaki kanan selangkah 15 inci
dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri sejauh 24 inci dan hentak kaki
kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan sedia.
Peringatan:
1. Jika ada deret kosong ( blank files ) di barisan tengah , anggota yang
sebelah kiri sekali dalam barisan akan undur , jika nombor ganjil ia
akan dilakukan sebagai nombor genap.
2. Lepas itu hendaklah diberi hukuman ke kanan lurus . Biasanya
jarak lurus ialah 1 depa tangan dan bergenggam, tetapi dalam dua
barisan begini jaraknya hanya 24 inci ( 1 bahu ) dengan tidak
payah mengangkat tangan, barisan belakang tetap 2 langkah
jaraknya dari barisan hadapan.
Kesalahan biasa
1.Barisan tengah lupa nombor
2.Jarak tidak betul.
3.Tidak bawa kaki kiri cukup ke sebelah kiri pergerakan yang pertama.
4.Tidak bawa kaki kanan cukup ke hadapan dan ke belakang.
BAHAGIAN II
JADIKAN TIGA BARISAN DARIPADA DUA BARISAN
Hukuman:
" Jadikan tiga.......... barisan"
Perbuatan:
Anggota nombor ganjil dan genap barisan tengah
kembali ke kedudukan asal.
Anggota dalam barisan hadapan hendaklah melangkah kaki kanan
ke belakang selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri
sejauh
24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan
sedia.
Anggota dalam barisan belakang hendaklah melangkah kaki kanan
ke hadapan selangkah 15 inci dan angkat kaki kiri menyerong ke kiri
sejauh
24 inci dan hentak kaki kanan bersebelahan kaki kiri dalam keadaan
sedia.
Kesalahan biasa :
1. Tidak bawa kaki kanan hingga cukup setentang di pergerakan
yang kedua.
KAWAD
MEMBERI HORMAT
Hormat ialah satu cara bagi menghormati antara anggota-anggota
pangkat rendah dengan pegawai-pegawai atasan dan sebaliknya
dalam pasukan. Dengan cara inilah terbentuknya disiplin dalam pasukan.
Hormat yang dilakukan dengan betul dan cergas. Pegawai yang
tidak mengambil berat tentang hormat akan merosakkan tatatertib.
Maka menjadi kewajipan anggota semua peringkat mengetahui
segala peraturan itu, terutama sekali keterangan-keterangan yang
ringkas di bawah ini.
BAHAGIAN I - HORMAT DALAM MASA BERHENTI
Hormat dalam berhenti:
Hukuman:
"Hormat , ke hadapan .... hormat "
Perbuatan:
Tangan kanan hendaklah diangkat ke hadapan
dengan membengkokkan siku rapat ke rusuk. Angkat tangan
hingga hujung telunjuk kanan bersetentang dengan hujung kening
mata kanan. Tapak tangan kanan menghala ke bawah , jari-jari lurus
dan rapat. Pangkal lengan selari dengan bumi.
Dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan ikut jalan
yang dekat sekali, dengan menjatuhkan siku ke arah hadapan
dan jari bergenggam, balik ke kedudukan sedia.
Ingatan.
Pangkal lengan hendaklah selari dengan bumi dan mempunyai sudut 90
darjah dengan rusuk, hujung lengan, pergelangan tangan dan jari-jari
hendaklah lurus semuanya.
Kesalahan Biasa:
1.Badan membongkok.
2.Pergelangan tangan dan jari -jari tidak lurus dan tiada rapat.
3.Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh, ke atas tengah dahi.
4.Kepala senget.
5.Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan .
6.Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku .
BAHAGIAN II
MEMBERI HORMAT KETIKA BERJALAN
Memberi hormat dalam masa berjalan boleh dilakukan ke kiri, ke kanan
atau ke hadapan dan boleh dilakukan juga dalam cepat atau perlahan
jalan.
HORMAT KE HADAPAN
Hukuman:
"Hormat ke hadapan .......... hormat ."
Perbuatan:
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan, turun tangan kemudian hormat sekali lagi ,
turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan.
Hormat ke kanan/kiri :
Hukuman:
"Hormat ke kanan/kiri ...............hormat"
Perbuatan:
Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki
kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa
tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke
akatanuankiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun
tangan dan palingkan muka ke hadapan).
Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.
Nota:
Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang.
HORMAT SELAKU MENERIMA SIJIL
Hukuman:
"Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat"
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan, turun tangan satu langkah kaki kanan ke hadapan
dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan
kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah
tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke
belakang, berjalan dengan cepat jalan.
BAHAGIAN III
MEMBERI HORMAT TANPA TOPI ATAU SONGKOK DAN APABILA
MEMAKAI PAKAIAN AWAM
Jika sedang duduk
Jika seseorang Ahli Pangkat Rendah sedang duduk dan datang seorang
pegawai kepadanya hendaklah ia bangun sedia dan
memandang muka pegawai itu kemudian beri hormat dengan
tangan. Jika lebih daripada seorang sedang duduk atau berdiri,
anggota yang paling hampir di situ hendaklah mengadap kepada
pegawai itu kemudian beri perintah '' skuad sedia'' dan hormat
berseorangan.
Jika hendak menyampaikan perintah,berita, menunjukkan surat
atau barang kepada pegawai
Seseorang ahli pangkat rendah hendaklah berjalan dengan segak
ke arah pegawai itu dalam masa cepat, berhenti kira-kira dua
langkah jaraknya dari pegawai itu dan hormat, melangkah
selangkah ke hadapan , sampaikan perintah berita, surat atau
barang kepada pegawai itu kemudian melangkah selangkah ke
belakang, hormat sekali lagi, pusing belakang dan berjalan dari situ
dengan cepat masa. Kalau membawa senjata, hendaklah dalam
kedudukan rusuk senjata.
Ingatan:
Apabila berhadapan dengan seorang pegawai dalam bangunan
( bilik pejabat dan seumpamanya) hendaklah ahli pangkat rendah
itu memberi hormat .
Kesalahan biasa ;
1.Tidak menunaikan tanggungjawab memberi hormat yang diwajibkan .
2.Memberi tabik ketika tidak memakai pakaian seragam yang lengkap.
Bahagian ini mengandungi semua perkara berkenaan seorang ahli
pangkat rendah melintasi seseorang pegawai atau pegawai itu,
pada ketika ahli pangkat rendah itu tidak bersongkok ataupun
memakai pakaian awam perkara ini adalah sebahagian daripada
latihan pelatih- pelatih dan pergerakan-pergerakan ini hendaklah
diterangkan dan ditunjukkan serta dilatih dalam padang kawat.
Tidak memakai pakaian seragam yang lengkap/ memakai pakaian
awam
Pada bila-bila masa pun ketika tidak memakai pakaian seragam
yang lengkap anggota pangkat rendah itu hendaklah memberi
hormat dengan keadaan sedia.
PENGURUSAN
DAN
GAYA DIRI
ADAB
BERGAUL
1K. ELUAR 1. JIRAN 1. GURU/ 1. MAJLIS 1.
4 RASMI
1 GA T2ETANGGA 3 RAKAN 5
BATAS-BATAS
PERGAULAN
1.1 Mengasihani yang lebih muda
ADAB BERGAUL dan menghormati yang lebih
DALAM dewasa
KELUARGA
Saling mempercayai Nasihat menasihati ke
dan tiada sifat syak arah kebaikan dan
menunjukkan sifat
wasangka mulia
Sentiasa ziarah Menjaga perasaan
menziarahi ahli keluarga
Menjaga adab-adab Bergaul dengan sopan
percakapan, dan penuh kasih
sayang
berpakaian dan
pandangan
Bermaaf-maafan Sentiasa
apabila melakukan bekerjasama dalam
kesalahan perkara kebaikan
Memberi salam
apabila bertemu
1.2 Menyatakan perasaan
ADAB BERGAUL gembira apabila mereka
DENGAN JIRAN memperoleh kesenangan
TETANGGA Memaafkan
kesalahan yang
Jangan mengintai- dilakukan olehnya
ngintai apa yang
dibawa olehnya ke
dalam rumahnya
Bermaaf-maafan Memberi salam
apabila melakukan setiap kali
bertemu
kesalahan
Menziarahi dirinya atau
Jangan terlalu banyak kaum keluarganya
bertanya tentang
apabila sakit ataupun
keadaannya sehari-hari ditimpa musibah
…sambungan Tunjukkan bahawa kita turut
berdukacita dan bersimpati
Bersikap lemah jika mereka ditimpa musibah
lembut terhadap dan bersegera memberikan
mereka dan ahli
pertolongan
keluarganya
Jangan membuat
Menutup kecacatan atau sesuatu yang
kekurangan merka dan tidak
menyenangkan
jangan dihebohkan jiran kita
kepada sesiapapun
Menunduk pandangan
1.3 i. Taat dengan guru
ADAB BERGAUL ii. Menziarahi mereka terutamanya ketika
DENGAN GURU
mereka sakit
iii. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh
rendah diri
iv. Meminta izin kepada guru untuk bertanya
atau pergi dari majlis
v. Mendoakan kesejahteraan guru
vi. Hindari dari menyinggung perasaan guru
vii. Memberi salam kepada guru apabila
berjumpa
viii.Memberi sepenuh tumpuan semasa
pembelajaran
1.3
ADAB BERGAUL
DENGAN RAKAN
i. Menggunakan bahasa yang baik semasa
bertutur
ii. Memanggil rakan dengan pangilan yang baik
iii. Memberikan pertolongan dengan ikhlas tanpa
mengharapkan balasan
iv. Bersikap jujur dalam persahabatan
v. Menjaga nama baik sahabat
vi. Menjaga maruah serta tidak mendedahkan aib
sahabat
vii. Bergaul mesra tanpa melebihi batas agama
1.4 Berpakaian yang sopan
ADAB BERGAUL dan bersesuaian
DALAM MAJLIS
Menjaga tutur kata
RASMI
Memberi salam ketika
Menunjukkan imej bertemu dan berpisah
yang baik dan
disenangi
Menjaga batas
pergaualan
1.5 Tidak membuat sesuatu
BATAS-BATAS yang dapat mendekatkan
PERGAULAN diri pada perbuatan zina
Menjaga pandangan Tidak
antara lelaki dan bersentuhan kulit
perempuan
antara bukan
mahram,
termasuk
berjabatan tangan
Menjaga aurat Tidak melunakkan
Menjaga ikhtilat suara kepada
ajnabi
PENGURUSAN DAN GAYA DIRI 2 (A)
PEMILIHAN PAKAIAN
2.1 2.2 MAJLIS TIDAK
RASMI,
MAJLIS RASMI/
FORMAL INFORMAL DAN
BERSUKAN
2.
1 MAJLIS FORMAL
Pakaian Pegawai Lelaki
Peakcap / Beret berwarna Sherwood Dark Green.
Bush jacket, lengan pendek berwarna Sherwood Dark
Green.
Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Tiada
poket di lutut
Tali wisel merah.
Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas
dengan logo KRS.
Kasut kulit, bertali dan berstokin hitam
Pakaian Pegawai Perempuan
Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
Bowler Hat berwarna Sherwood Dark Green
Bush jacket (coat cutting), lengan panjang dan warna
Sherwood Dark Green.
Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Tiada poket
di lutut
Kasut kulit, bertumit dan berstokin hitam
Tali wisel merah.
Tudung berwarna Sherwood Dark Green. Jika bertudung
Pakaian Pegawai Lelaki
Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
Baju berwarna light green, lengan pandek dan kolar
badge
Seluar panjang warna Sherwood Dark Green, tiada
poket di lutut
Tali wisel merah.
Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas
dengan logo KRS.
Kasut kulit, bertali dan berstokin hitam
Pakaian pejabat (sekolah). Pakaian Pegawai Perempuan
Dipakai seperti untuk Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
Bowler Hat berwarna Sherwood Dark Green
menghadiri mesyuarat dan ke Baju berwarna light green, lengan panjangdan kolar
sekolah. Kemeja hijau muda
badge
Seluar panjang atau kain warna Sherwood Dark Green,
tiada poket di lutut
Tali wisel merah
Kasut kulit, bertumit dan berstokin hitam
*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark
Green. Jika bertudung.
Pakaian Pegawai Lelaki
Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
Baju berwarna Sherwood Dark Green, lengan panjang
dan kolar badge-logam
Seluar berwarna Sherwood Dark Green, poket kiri dan
kanan
Tali wisel merah
Tali pinggang kanvas warna hijau, berkepala emas
dengan logo KRS
Spike boot dan berstokin hitam
Pakaian aktiviti dan Pakaian Pegawai Perempuan
latihan. Dipakai semasa Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
menghakimi pertandingan Baju berwarna Sherwood Dark Green, lengan panjang
kawad, menjalankan dan kolar badge-logam
latihan dan perkhemahan Seluar berwarna Sherwood Dark Green, poket kiri dan
kanan
Tali wisel merah
Spike boot dan berstokin hitam
Tudung berwarna Sherwood Dark Green. Jika
bertudung
2. MAJLIS TIDAK RASMI,
2
INFORMAL DAN
BERSUKAN
Pakaian Pegawai Lelaki
Beret berwarna Meroon Jenis ’pure wool’
Baju berwarna Maroon, round neck berkolar kuning,
berlengan panjang dan pergelangan berwarna kuning
Seluar No. 4 atau seluar trek hitam
Tali wisel merah
Tali pinggang kanvas warna hijau, berkepala emas
dengan logo KRS
Spike boot atau kasut sukan hitam dan berstokin hitam
Pakaian Pegawai Perempuan
Beret berwarna Maroon (Pure Wool)
Baju berwarna Maroon, round neck berkolar kuning,
berlengan panjang dan pergelangan berwarna kuning
Seluar No. 4 atau seluar trek hitam
Spike boot atau kasut sukan hitam dan berstokin hitam
Tudung berwarna Sherwood Dark Green. Jika
bertudung