Garisan melaras Penunjuk arah gerakan
Perumah kompas
Plet tapak Jarum kompas
Contoh-contoh kompas jangka sudut
KOMPAS JANGKA SUDUT
Thumb Compass
( kompas ibu jari )
Ibu jari dilekatkan pada kompas bersama dengan
peta
menjadikan kompas dan peta digunakan sebagai
satu unit
mempunyai jarum bermagnet dan boleh
mengukur skala tetapi tidak mempunyai perumah
yang boleh berputar dan juga dapat
mengurangkan kesilapan
CONTOH KOMPAS IBU JARI
Clip Compass
mempunyai perumah tetap dan jarum magnetik
diklipkan bersama peta dan menggalakkan kompas dan
peta digunakan sebagai satu unit
KLIP KOMPAS
SELALU DIGUNAKAN DI SEKOLAH
Kompas tentera
Kompas Prismatik
dinamakan demikian kerana ia menggunakan prisma
bahagian –bahagian kompas prismatic
Gelung ibu jari - gelung logam yang dapat menguatkan
ibu jari. Ianya boleh dilipat. Kegunaannya adalah
supaya kompas dapat disangkutkan kepada ibu jari
ketika kompas dikendalikan
Kotak prisma : kotak prisma berada ditepi badan
kompas dan mengandungi prisma dan boleh dilipat -
Jika ditolak habis ke hadapan, ia akan berada di atas
dail -Dalam keadaaan begini angka-angka pada cakera
kompas dapat dilihat melalui prisma.
Penutup : digunakan untuk menutup kompas,apabila
kompas tidak digunakan. Penutup ditolak ke atas
hingga kepada kedudukan tegak apabila kompas
hendak digunakan.
Badan kompas : keseluruhan badan atau rumah
kompas berbentuk bulat atau leper. Badan kompas
terdiri daripada :
Dail
Pengunci Dail
Cakera
CONTOH KOMPAS PRISMATIK
KOMPAS LENSATIK
KOMPAS DIGITAL
KOMPAS MARIN
Ciri-ciri Kompas yang baik
Mempunyai cairan yang dapat
mengatur gerakan jarum walaupun
dalam kedudukan yang kurang
sempurna
Boleh bertahan sehingga empat
atau lima tahun
Tahan dalam berbagai cuaca
Mudah dibawa dan ringan
Dapat menunjukkan arah dengan
cepat dan tepat
IKHTIAR HIDUP
PENGENALAN
DEFINISI:
Dalam konteks Pendidikan Ikhtiar Hidup, ia usaha yang
harus dilakukan supaya boleh terus hidup ketika
menghadapi ancaman atau masalah kehabisan bekalan
makanan.
Ikhitar Hidup perlu dipelajari kerana:
Sesat dalam hutan atau terpisah daripada kumpulan.
Terselamat dalam nahas udara atau laut.
Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang
mengikut jadual.
OBJEKTIF
KOGNITIF • Perolehi pengetahuan asas Ikhtiar Hidup semasa di
laut, hutan, bukit, gunung-ganang dan sebagainya.
• Pelajari langkah-langkah keselamatan semasa
menjalani Ikhtiar Hidup.
PSIKOMOTOR • Dapat membina tempat perlindungan untuk
mengelakkan dari bahaya.
• Menggunakan sumber alam semulajadi sebagai
sumber makanan dan punca-punca air.
AFEKTIF • Membina keyakinan untuk terus hidup.
• Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan
bertanggungjawab.
TEKANAN KEADAAN
IKHTIAR HIDUP
Kehausan
dan
Kelaparan
Kesepian Kesakitan
dan
Ketakutan
Keletihan Kesejukan
dan
Kepanasan
PERATURAN ASAS IKHTIAR
HIDUP
1. Jimatkan Tenaga:
Rancang pergerakkan terlebih dahulu supaya kawasan-
kawasan yang senang dilalui digunakan selalu.
Elakkan bergerak pada waktu malam.
Elakkan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak
penting.
2. Sediakan alat-alat Ikhtiar Hidup:
Perubatan (Panadol, Ubat gatal, Antibiotik, Plaster dan
Pembalut, Ubat luka.
Makanan (Gandum/Milo,glukose,Bungkusan Gula/Garam
dan Pil-pil Vitamin.
3. Dapatkan rehat yang cukup.
4. Jangan berfikiran negatif-melemahkan semangat untuk
hadapi sesuatu keadaan kecemasan.
TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Tumbuh dikawasan rendah dan lembap.
Rasanya tidak enak namun penting dalam keadaan ikhtiar
hidup kerana ia bahan makanan utama untuk mengatasi
kelaparan.
Ujian tumbuh-tumbuhan perlu dilakukan untuk memastikan
tumbuhan tersebut selamat atau tidak untuk dimakan.
5 peringkat Ujian:
(i) Menghidu
(ii) Gatal-gatal Kulit
(iii) Bibir, Lidah dan Mulut
(iv) Menelan sedikit
(v) Makan sedikit
PERATURAN
MELAKSANAKAN UJIAN
Semasa menguji tumbuh-tumbuhan perkara-perkara
tersebut mesti dipatuhi:
Jangan memendekkan Ujian
Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh
dimakan
Buah yang manis tidak semestinya semua boleh dimakan.
Buah yang masam semuannya boleh dimakan.
TINDAKAN JIKA TERMAKAN
TUMBUHAN BERACUN
Muntahkan
tumbuhan
tersebut dengan
cepat
Dapat bantuan Minum air bersih
perubatan yang telah
dimasak
dengan segera
Makan sedikit arang
kayu untuk
mengeluarkan
keracunan dalam badan
Bebuta Bunga jepun
Pokok bebuta merupakan Keseluruhan pokok ini
sejenis pokok yang beracun.
getahnya beracun dan
mampu menjejaskan Kesan yang dialami jika
kesihatan. penggunaan secara
dalaman adalah muntah,
Ia biasa terdapat di denyut nadi lemah,
tebing sungai sekitar menggigil dan
bakau di kawasan muara. menyebabkan kematian.
Andiaris toxicari Jelatang rusa
a
(Urticaceae) Bahagian yang beracun
adalah bulu-bulu halus
Air rebusan akar boleh yang terdapat diseluruh
menyebabkan keguguran permukaan tumbuhan ini.
kepada wanita hamil jika
diminumnya. Kesannya menyebabkan
gatal, pedih serta
boleh menyababkan sakit bengkak-bengkak pada
kepala, pitam, muntah, kulit.
cirit-birit dan mati jika
diminum air rebusnya. Akarnya menyebabkan
cirit-birit jika dimakan
Ubinya memabukkan dan atau diminum air
beracun bila dimakan. rebusnya
Melanochyla Pedendang
fulvinervis gagak
Ding Hou
(Rengas) Bijihnya dikatakan mabuk.
Penggunaan secara luaran
getahnya yang keluar dari
bahagian batang atau dahan tidak berbahaya.
beracun. Kesan mabuk seperti orang
getah yang jernih dan mabuk ganja.
bertukar menjadi warna Biji ditumbuk halus untuk
hitam.
membuat ramuan racun
Kesannya menyebabkan yang bisa.
kepanasan, bengkak dan Daun tumbuhan ini juga
melecur jika tersentuh pada boleh menyebabkan
kulit. keguguran.
Tetapi sesetengah orang tidak
alergik kepada getah ini.
TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup, tempat perlindungan
adalah penting untuk melindungi diri daripada panas
matahari, hujan dan kesejukan.
Tempat perlindungan juga penting untuk tidur dan
rehat.
Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan
seperti ponco, khemah dan lain-lain, tempat
perlindungan masih boleh dibina dengan menggunakan
sumber-sumber hutan yang sedia ada
JENIS-JENIS TEMPAT
PERLINDUNGAN
• Paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka
masa pendek.
PONDOK • Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan
SEMENTA
RA kering.
• Dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu
PONDOK yang lama.
JANGKA • Keadaan tanah sentiasa lembab dan tidak rata.
PANJANG
• Dibina jika berlindung di kawasan rawang
PONDOK (berpaya).
DALAM • Tempat perlindungan hendaklah selamat
KAWASAN
RAWANG daripada air pasang.
BAHAN-BAHAN PEMBINAAN
ATAP • Bahagian yang paling penting.
• Dalam hutan, atap diperoleh daripada
pokok daun palas gajah dan palas biasa,
daun rumbia atau nipah, daun bertam, daun
pokok kabung dan enau, daun mengkuang,
buluh dan kulit kayu, serta daun-daun lain
atau bahan-bahan yang sesuai.
• Berfungsi sebagai bahan pengukuhan struktur
binaan pondok.
• Menggunakan kayu-kayu yang terdapat dalam
hutan; kayu tersebut hendaklah daripada saiz
TIANG & bersesuaian supaya dapat menampung berat badan
ALANG dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan.
Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-
bahan untuk membina atap.
• Kayu beracun seperti rengas hendaklah dielakkan.
TALI • Digunakan untuk mengikat dan
memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan
atap.
• Boleh diperoleh daripada kulit kayu, rotan
dan akar-akar tumbuhan.
CARA MEMBINA TEMPAT
PERLINDUNGAN
Mengumpul bahan 4 batang kayu dipacak
binaan seperti kayu, di atas tanah
buluh, daun, akar, menjadikan struktur
rotan dan lain-lain binaan berukuran 6 kaki
tinggi, 7 kaki panjang
dan 4 kaki lebar
Daun-daun Kira-kira pada ketinggian 3
diikat di
sebelah kaki dari tanah, struktur ini
atas
diikat dengan rotan kepada 4
batang kayu/buluh untuk
dilapik dengan beberapa
batang kayu kecil sebagai
Batang kayu lantai
tambahan
diAgunakan bagi
memperkuatkan
struktur lantai
PROTOKOL
Definisi Protokol:
Menurut Mokhtar & Ahmad (2001:4) dalam Protokol Di Malaysia:
Tradisi dan Amalan :
“Perkataan protocol pula dikatakan berasal daripada bahasa
Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua kata dasar,
protos dan koll. Protos bermakna yang pertama, manakala koll
membawa maksud pelekat. Pelekat yang ‘pertama’ merujuk
sehelai kertas yang ditampilkan pada dokumen undang-undang
untuk membuktikan kesahihan”.
Secara umumnya, amalan protokol boleh dimaksud sebagai:
“SATU SISTEM SOPAN SANTUN YANG PERLU DIAMALKAN DALAM
PERHUBUNGAN RASMI DAN IANYA JUGA MERUJUK KEPADA SEGALA
PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI DALAM MENGANJURKAN
MAJLIS-MAJLIS RASMI”.
Elemen-Elemen Protokol :
• Susunan Keutamaan
• Panggilan hormat/gelaran
• Susunan tempat duduk
• Cara berpakaian
• Anugerah Kebesaran
• Susunan atur cara
• Cara mengibarkan bendera
• Cara mengantung gambar/potret Orang-Orang Kenamaan
Elemen-Elemen Etiket Sosial :
• Penampilan dan pengayaan kendiri
• Kesopanan dalam menghadiri pelbagai majlis
• Kemahiran dalam perbualan social
• Kesesuian penggunaan pakaian dalam pelbagai majlis
• Kesopanan dalam pertemuan dan perkenalan
• Tertib di meja makan
Kepentingan Protokol :
• Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan
• Menjaga sensitivity dan perasaan
• Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis
• Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi
setimpal dengan jawatan seseorang VIP
Panduan Am :
• Jaga tingkah laku dan kesopanan semasa menghadiri
majlis rasmi
• Beri perhatian kepada peraturan protokol
• Patuhi perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak
penganjur seperti menepati masa kehadiran, memakai
pakaian yang ditetapkan dan memaklumkan tentang
kehadiran
• Patuhi etiket perbualan,pergaulan dan tertib di meja
makan.
Pastikan Anda :
• Beritahu penganjur keputusan sama ada hadir/tidak
hadir ke majlis
• Memakai pakaian yang betul. Anda mungkin tidak
diterima masuk sekiranya tidak berpakaian sesuai
• Tahu tempat majlis diadakan
• Hadir mengikut masa yang ditetapkan
• Hadir mengikut jawapan yang dimaklumkan
(Seorang/Berdua)
Kad Jemputan :
• Teliti segala maklumat yang terkandung dalam Kad
Jemputan
• Teliti tujuan majlis (Rasmi / tidak rasmi)
• Ambil Perhatian terhadap tarikh, masa dan tempat
majlis
• Ambil maklum tentang jenis pakaian yang ditetapkan
• Buat keputusan hadir / tidak hadir
• Beri jawapan kepada Penganjur dengan segera
PROTOKOL KETIKA MENGHADIRI MAJLIS
Semasa tiba di majlis :
• Elakan datang lewat atau terlalu awal
• Tunjukkan kad jemputan kepada Penyambut Tetamu
• Kenalpasti tempat duduk
• Jangan menukar tempat duduk yang telah disediakan
Sebelum majlis bermula :
• Hendaklah bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Jangan
memencilkan diri
• Apabila masuk dan keluar daripada tempat duduk hendaklah
dari sebelah kanan kerusi.
Semasa berada dalam majlis :
• Teliti program/acara yang akan dijalankan
• Apabila tetamu VIP sampai hendaklah berdiri
• Ikuti acara majlis dengan tenang,elakkan dari keluar masuk
• Ikut sama bertepuk tangan
Tertib di meja makan :
Perbuatan yang perlu dielakkan :
• Bercakap dengan mulut yang penuh dengan makanan
• Mengunyah gula-gula getah sambil bercakap
• Mencelah perbualan orang lain
• Bercakap dengan nada yang tinggi
• Berbisik-bisik sesama teman
• Menggunakan bahasa asing yang tidak difahami orang lain
• Mencungkil gigi,mengorek hidung atau telinga
• Makan sup atau minum dengan mengeluarkan bunyi
• Berjenaka berlebihan/ perbualan berbentuk lucah
• Meletakkan barang peribadi di atas meja
Semasa majlis tamat :
• Jangan terus melulu keluar
• Tunggu tetamu kerhormat berangkat meninggalkan majlis
• Keluar ikut giliran
• Berdiri mengadap tetamu utama sebagai tanda hormat
• Elakkan mengambil sesuatu daripada meja sebagai kenangan
PROTOKOL LAGU KEBANGSAAN
3 Versi Lagu Kebangsaan
Versi Penuh (Full version / Naskah Penuh / Naskah Di Raja)
Naskah Penuh dimainkan pada peristiwa-peristiwa berikut :
• Penghormatan diberi kepada SPB YDP Agong
• Penghormatan diberi kepada Timbalan SPB YDP Agong
semasa menjalankan tugas-tugas SPB YDP Agong
• Penghormatan diberi kepada seseorang Raja yang dilantik
bagi menjalankan tugas-tugas Yang Di pertuan Agong (Di bawah
Ordinan Menjalankan Tugas YDA 1957)
• Panji-Panji diRaja dikibar bagi melambangkan kehadiran
SPB YDP Agong
• Semua peristiwa dimana SPB YDP Agong hadir sendiri
Naskah Pendek (Short Version)
Naskah Pendek mengandungi 8 baris yang terakhir dan naskah
ini dimainkan dalam keadaan berikut :
• Pada mana-mana peristiwa rasmi apabila SPB YDP Agong
atau wakil tidak hadir.Tetapi apabila salah seorang daripada
DYMM Raja Melayu hadir maka naskah pendek hendaklah
dimainkan selepas lagu kebesaran Negeri semasa tamatnya
peristiwa itu.
• Apabila tamatnya sesuatu hiburan atau tamatnya
rancangan televisyen
Naskah Ringkas (Abridged Version)
Naskah ringkas yang mengandungi 8 baris pertama dan 8 baris
terakhir dimainkan pada peristiwa berikut:
• Memberi hormat kepada SPB YDP Agong dalam majlis-
majlis rasmi.
• Memberi hormat kepada TYT dalam majlis-majlis rasmi
• Wakil rasmi SPB YDP Agong.Apabila SPB YDP Agong
diwakili oleh seorang Raja, lagu kebesaran Negeri DYMM Raja
yang berkenan akan dimainkan sepenuhnya dahulu dan
selepas itu barulah diikuti dengan lagu Kebangsaan naskah
ringkas.
Apa itu ketrampilan diri?
Pada dasarnya menggambarkan keseimbangan dua
komposisi kemahiran:
A) kemahiran sosial – menjurus kepada memelihara
akhlak dari aspek adab dan tertib kesopanan.
B) kemahiran profesional – menjurus kepada ilmu dan
kepakaran dalam pelaksanaan sesuatu urusan.
Konsep diri individu menarik
Konsep diri adalah apa yang kita fikirkan berkenaan
diri sendiri.
Konsep diri banyak menentukan bagaimana kita
memandang diri kita dan memandang orang lain.
Kita perlu membina konsep diri yang positif – akan
merubah diri kita menjadi seorang yang berkeyakinan
dan menarik.
Kesedaran diri
Jujur – kesedaran diri yang positif menjadikan
seseorang itu jujur pada diri sendiri, orang lain
dan juga persekitaran.
Sedar betapa kecilnya diri berbanding dengan
persekitaran yang luas dan mencabar.
Mereka membuat sesuatu dengan bersungguh-
sungguh, sedar bahawa proses pembangunan
diri adalah berterusan.
Mereka tidak pernah berhenti daripada
memperbaiki dan membangunkan diri.
Terbuka
Individu menarik mempunyai fikiran yang
terbuka.
Mempunyai perwatakan yang mudah untuk
didekati dan mudah mesra.
Mampu untuk berinteraksi dengan orang lain
dan mudah untuk bergaul.
Sanggup menerima dan meraikan perbezaan
sambil menyedari bahawa semua orang adalah
berbeza dan unik.
Empati
Bermaksud merasai perasaan orang lain dan
melihat sesuatu keadaan daripada kaca mata
orang yang mengalaminya.
Individu ini akan mampu untuk menyesuaikan
diri dengan apa jua keadaan.
Apabila kita mampu menghadirkan diri dalam
perasaan dan keadaan orang lain, mereka
dianggap sesuai dalam keadaan yang tertentu
dan diterima baik oleh orang lain.
Jika kita suka dengan keadaan sedia ada diri maka kita
mempunyai estim diri yang tinggi dan positif.
Orang yang suka pada dirinya sendiri, dia juga akan
pandai hormat pada orang lain.
Seseorang yang mempunyai estim diri yang tinggi,
tidak mudah rasa terpinggir dan diketepikan kerana di
dalam diri sudah penuh dengan rasa hormat pada diri
sendiri – melahirkan keyakinan diri.
Kawalan Diri
Seseorang yang mampu mengawal diri bukan
sahaja berasa tenang ketika menghadapi
tekanan tetapi juga mampu untuk mengawal
persekitaran.
Mereka mampu untuk membuat pilihan dan
menentukan hala tuju kehidupan diri.
Sesuatu tanda orang itu memiliki kawalan diri
yang baik ialah mampu mengawal diri ketika
berhadapan dengan provokasi orang lain –
mampu mengawal marah dan bertindak
melulu.
Motivasi Diri
Mempunyai keinginan kuat untuk berjaya.
Mereka ini tidak suka duduk dalam keadaan yang
statik, mereka dinamik dan sentiasa bergerak
mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Individu menarik pandai menyesuaikan diri dalam
suasana yang mereka lalui.
Mereka mencari jalan menyelesaikan masalah
bukan menunding jari kepada orang lain.
Mereka melihat risiko sebagai peluang, melihat
ganjaran kejayaan sebagai modal kepada
kejayaan yang lebih besar.
Jangkaan Diri
Orang yang dapat menjangka diri sendiri akan
dapat menetapkan sasaran dan jangkaan
dengan jelas.
Mereka ini tidak ragu-ragu dengan kebolehan
diri dan tidak pernah ragu dengan keupayaan
diri.
Kita memerlukan kawalan diri yang mantap
kerana jangkaan diri boleh juga dipengaruhi
oleh lain-lain faktor persekitaran.
Mesti optimistik dengan apa yang dilakukan –
andai orang menyatakan bahawa kita keras
kepala tetapi kita anggap itu lambang
keyakinan diri.
Imej Diri
Individu menarik membina imej diri yang menakjubkan
dengan merubah persepsi mereka ke atas diri daripada
seorang yang biasa kepada yang luar biasa.
Mereka melihat dalam diri mereka sebagai seorang yang
menarik, tampan dan cemerlang.
Menukarkan imej diri kita kepada yang lebih cemerlang
adalah revolusi besar dalam hidup kita.
Tujuan Diri
Orang yang menarik jelas pada hala tuju
kehidupan mereka.
Mereka merancang pelan kehidupan mereka
dengan strategi yang kemas dan teliti.
Mereka mengetahui apa yang mereka mahu
dalam hidup dan menggunakan sumber tenaga,
fikiran, kewangan dan pendidikan bagi
mencapai tujuan itu.
Tiada siapa akan mengkagumi kita sekiranya
kita sendiri tidak mempunyai tujuan jelas
tentang kehidupan peribadi kita.
Dimensi Diri
Dimensi diri bermakna kita menjadi individu menarik
pada diri sendiri dan juga dapat menarik orang lain
tanpa mengeksploitasi orang itu.
Mereka akan dipenuhi dengan rasa hormat dan cinta
yang menyeluruh.
Individu menarik mendefinisikan fungsi diri secara
menyeluruh sebagai seorang anak, seorang pelajar dan
sebagainya dan yang terpenting adalah sebagai hamba
Tuhan.
Disiplin Diri
Tanpa disiplin diri yang tinggi, segala kualiti
lain adalah sukar untuk dibangunkan.
Ramai orang biasa yang berjaya dalam bidang
yang diceburi dengan berbekalkan satu modal
sahaja iaitu ketabahan yang disemai daripada
disiplin diri.
Disiplin diri bermula dan tumbuh menjadi
tabiat diri dari pelbagai sumber.
Disiplin diri adalah keupayaan melakukan
sesuatu tanpa perasaan terpaksa dan secara
natural.
Penampilan Diri
Individu menarik pandai melihat diri mereka
daripada kaca mata orang lain.
Mereka tahu bahawa penampilan diri mereka
adalah manifestasi kepada komponen dalaman
mereka.
Penampilan diri yang menarik adalah campuran
antara kemahiran sosial yang tinggi dan juga
konsep diri yang positif berkenaan penampilan
yang hendak ditonjolkan.
Penampilan diri mereka terbina daripada
keupayaan memberikan gelombang menarik
apabila mereka bertemu dengan orang lain.
Penampilan seseorang mempunyai pengaruh yang
kuat bagaimana orang lain melihatnya.
Sekiranya seseorang hendak menjadi individu
menarik dalam penampilannya, mereka perlu
memiliki imej seseorang yang berilmu,
berpendidikan tinggi, luas pengetahuan,
berhemah mulia dan mempunyai keghairahan
hidup.
Teori Homofili
Apabila seseorang mengenakan pakaian, mereka
selalu memikirkan apa yang dia suka pakai
berbanding apa yang sesuai dipakai mengikut
keadaan.
Individu menarik pandai memerhatikan dirinya
dan keadaan sekeliling. Mereka mengenakan
pakaian yang sesuai dan secocok dengan
keadaan.
Kajian pakar komunikasi, cara menarik minat
orang lain supaya suka berinteraksi dengan kita
adalah dengan menjadikan diri kita serupa
dengan diri mereka.
Cara Berpakaian Individu Menarik
Penampilan yang kemas dan menyenangkan, dilihat
sebagai seorang yang dapat dipercayai dan
berkemampuan tinggi.
Pakaian menjadi ‘jurucakap bisu’ berkenaan
personaliti, tabiat, perilaku dan lain-lain.
Definisi Cara Berpakaian
• Nilai dan kepercayaan yang kita pegang
mempengaruhi cara kita memilih pakaian kita.
• Nilai dan kepercayaan dalam memilih pakaian
datang daripada faktor pengalaman, pendidikan
dan taraf sosial seseorang.
Tatahias dan Pengemasan Diri
Tatahias berfungsi sebagai ‘alat mengiklan
diri’ sama ada disedari ataupun sebaliknya,
menyalurkan maklumat tentang peribadi
kita kepada mereka yang kita dampingi.
Penampilan kita melahirkan tanggapan
pertama orang lain terhadap kita.
Pakaian yang kita peragakan disamping
untuk melindungi sahsiah, turut
mempamerkan nilai-nilai penghormatan dan
harga diri, penghargaan terhadap undangan
dan rasa hormat terhadap mereka yang
hadir.
Petua Berpakaian
Memilih baju:
A. warna
B. fabrik
C. ukuran
D. fesyen
E. Kesesuaian mengikut Konsep TOPP
( Time, Occasion, Place, People )
Cara Memilih Pakaian - Lelaki
1.Kawasan pinggang / perut perlu longgar supaya
memudahkan pergerakan.
2. Kolarnya mudah dibutangkan.
3. Agak cukup panjang supaya tidak mudah
tertarik / terkeluar apabila banyak pergerakan.
4. Bahagian bahu, sebaik-baiknya jatuh sedikit
dari bahu, tidak lebih satu inci.
5. Hujung baju lebih sedikit dari tulang
pergelangan tangan.
6. Lengan panjang apabila dibutang hendaklah
longgar sedikit.
Pakaian Lelaki
Baju putih dan lain-lain warna cerah dan
berlengan panjang.
Baju berjalur halus dan tidak beraneka warna.
Baju berlengan panjang dan tidak dilipat
lengannya.
Padankan tali leher dengan baju.
Butang kolar dibutang apabila bertali leher.
Penghujung tali leher hendaklah jatuh di atas
kepala tali pinggang atau bawah sedikit.
Tali leher jalur, sesuai dengan baju tanpa
corak.
Warna tali pinggang adalah dipadankan dengan
warna kasut,
Seluar berwarna gelap adalah lebih sesuai.
Sesuaikan warna stokin dengan warna seluar.
Kasut berwarna hitam atau coklat adalah paling
sesuai untuk pakaian business wear ( pakaian rasmi )
Stokin putih adalah untuk sukan sahaja.
Pakaian Wanita
Elakkan pakaian jenis berkilat di siang hari.
Jangan suka gunakan satu warna sahaja,
maksima empat warna.
Pilihan warna berasaskan warna kulit dan
bentuk badan.
Gunakan jenis fabrik yang nipis, lembut dan
serap.
Gunakan alat solek tetapi jangan
keterlaluan.
Padankan beg tangan dengan kasut.
Jika bertudung, warna gelap adalah lebih
sesuai.
Seni Perdampingan
1. Pamerkan air muka yang mesra dan
hiaskan dengan senyuman ikhlas.
2. Bersifat peramah dan orang pertama
memberi salam perkenalan.
3. Perkenalkan diri anda secara bersalam (
jika perlu ) dan tumpukan perhatian dan
tunjukan minat apabila bersalam.
4. Ingatkan nama orang yang baru dikenali.
5. Perlihatkan keyakinan diri dan rasa
keselesaan anda dengan bahasa badan
dan gerak-geri yang disenangi.
Petua Perbualan
1. Mulakan perbualan dengan tajuk yang ringan
dan tidak terlalu peribadi.
2.Bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah.
3.Seimbangkan perbualan dengan bertanya dan
menjawab.
4.Gunakan teknik soalan terbuka.
5.Lebih bersifat opinion seeker.
6.Pandai berjenaka ringan.
7.Apabila memuji, puji dengan ikhlas.
8.Apabila menerima pujian atau bantuan,
ucapkan terima kasih dengan ikhlas.
Tegahan
1.Berlagak dan bangga diri (self-boosting)
2.Berbual tentang perkara yang mengaibkan
orang lain.
3.Terlalu menumpukan tentang kebolehan dan
kebaikan diri.
4.Tajuk-tajuk politik, agama dan isu peribadi.
5.Jangan cepat mematah cakap orang lain.
6.Jangan membetulkan kesilapan orang lain
secara terang-terangan sama ada bahasa atau
perbuatannya.
7.Jangan mengkritik kelemahan atau kekurangan
pada majlis yang dihadiri.
8.Jangan nyatakan rasa bosan anda.
9.Jangan kerap melihat jam.
10.Jangan bercakap ketika makanan penuh di mulut.
11.Jangan berjenaka di meja makan.
12.Kawal nada suara apabila ketawa.
13.Jangan menjerit apabila memanggil.
14.Jangan memetik jari apabila memanggil.
15.Jangan menunjuk-nunjuk dengan jari.
16.Jangan duduk bersilang kaki seperti angka empat.
17.Jangan duduk menongkat dagu.
18.Ketika duduk jangan ‘foot-tapping’
19.Apabila berdiri jangan bersandar di dinding/tiang.
20.Jangan menyeluk poket ketika berdiri.