KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
BUKU PANDUAN PdP
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
BUKU PANDUAN PdP
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1
Bahagian Pembangunan Kurikulum
September 2017
Cetakan Pertama 2017
@Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lian sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok
E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN MUKA SURAT
Rukun Negara i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Pendahuluan 1
Cara Mengguna Buku Panduan PdP RBT 2
MODUL 1 – PENGENALAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
UNIT 1 5
UNIT 2 29
UNIT 3 39
UNIT 4 47
MODUL 2 – PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK
UNIT 5 65
UNIT 6 79
MODUL 3 – PROSES REKA BENTUK
UNIT 7 109
UNIT 8 127
UNIT 9 139
MODUL 4 – LAKARAN
UNIT 10 143
UNIT 11 147
UNIT 12 151
UNIT 13 163
UNIT 14 173
UNIT 15 177
UNIT 16 187
UNIT 17 191
UNIT 18 195
UNIT 19 199
MODUL 5 – REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI
UNIT 20 205
UNIT 21 215
UNIT 22 223
UNIT 23 231
UNIT 24 235
MODUL 6 – REKA BENTUK FESYEN
UNIT 25 241
UNIT 26 251
UNIT 27 257
UNIT 28 267
PANEL PENULIS 287
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ii
PENDAHULUAN
Reka Bentuk dan Teknologi ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) memberi penekanan kepada
pengetahuan, kemahiran, nilai, estetika dan teknologi dalam dunia reka bentuk. Murid
dididik supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan
keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi. Pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dapat meningkatkan potensi individu untuk
menjana ides sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu.
Justeru, Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu ini dibina
untuk membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu
serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum
standard sekolah menengah (KSSM). Modul ini adalah usaha Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai
pihak. Panduan ini mengandungi 28 unit contoh pengajaran yang diharap dapat
dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan modul ini.
1
CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PdP
Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut tajuk yang
mengandungi 28 unit berdasarkan standard pembelajaran. Guru digalakkan
menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta menambah baik
aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di dalam buku
panduan pengajaran:
Standard Kandungan Mewakili tajuk yang merangkumi aspek
KKandungan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan
boleh dicapai oleh murid
Maklumat Penting Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk
Aktiviti Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru
Latihan untuk pengajaran
Untuk menguji sejauh mana murid dapat
menguasai standard pembelajaran
2
MODUL 1
PENGENALAN KEPADA REKA
BENTUK DAN TEKNOLOGI
UNIT 1
Standard Kandungan
1.1 Dunia Reka Bentuk
Standard Pembelajaran
1.1.1 Mentakrif reka bentuk dan Teknologi
1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih
1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk
1.1.4 Mengaplikasikan Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Dalam Mereka Bentuk Objek
Asas
Maklumat Penting
1.1.1 Takrif reka bentuk dan teknologi
Reka Bentuk
Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
Teknologi
Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi
memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan pelbagai sumber
dan pengetahuan teknikal yang terus berkembang.
5
1.1.2 Elemen reka bentuk
Apakah elemen reka bentuk?
Elemen reka bentuk ialah perkara yang digunakan untuk menzahirkan idea awal
sesebuah rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang
hendak digambarkan oleh pereka bentuk difahami. Dalam dunia reka bentuk, terdapat
pelbagai elemen reka bentuk yang digunakan oleh pereka bentuk profesional untuk
menghasilkan lakaran. Elemen reka bentuk yang lazim digunakan:
Garisan Rupa Bentuk Tekstur
Warna Ruang Saiz Nilai
Garisan
Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Garisan adalah unsur terpenting dalam
aktviti melakar, melukis, menggambar dan menulis. Garisan digunakan untuk
menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan. Garisan boleh dihasilkan dengan
menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget).
Garisan halus Garisan tebal Garisan beralun Garisan berduri
Garisan bergerigi Garisan berpancar Garisan berbulu Garisan berbiji
Garisan berlingkar Garisan Zig zag Garisan Putus-putus Garisan berserabut
Jadual 1: Jenis garisan
Sumber interne:
https://www.google.com/search?q=jenis2+garisan&tbm:
6
Rupa
Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang dikelilingi oleh
garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada elemen yang berbentuk dua dimensi
(2D) dan rata.
Rajah 1: Contoh-contoh rupa
Sumber: MRM
Bentuk
Merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai ketinggian,
kelebaran dan kedalaman. Menggambarkan luas dan isipadu.
Rajah 2: Contoh-contoh bentuk asas 3D
Sumber: MRM
7
Tekstur
Merujuk kepada jalinan atau susunan bahagian-bahagian halus yang membentuk
struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui sentuhan dan visual
seperti licin, kasar, halus, kesat, lembut, keras dan berkilat. Gambarajah di bawah
contoh beberapa tekstur.
Tekstur halus Tekstur kasar Tekstur licin
Jadual 2: Contoh-contoh tekstur
Sumber: Internet:
https://www.google.com/search?q=contoh+tekstur&oq=contoh+tekstur&aqs
Warna
Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.
Rajah 3: Roda warna
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?ei=t_0tWpiyAonqvgTOg5TAAw&q=roda+warna&oq=roda+warna&gs
8
Terdapat dua kategori warna iaitu:
i) Warna panas - Warna terang.
ii) Warna sejuk - Warna lembut
Rajah 4: Kategori warna
Sumber: Internet:
https://www.google.com/search?q=kategori+warna&source
Nilai
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna.
Rajah 5: Nilai kecerahan dan kegelapan bagi menimbulkan kesan
Sumber: Internet
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=cQEuWteYMcLvvASv1rrIBg&q=n
ilai+impak+terang+dan+gelap&oq=nilai+impak+terang+dan+gelap&gs_l=psyab.3...91362.98664.0.99376.
34.31.3.0.0.0.130.1453.29j1.30.0....0...1c.1.64.psy-ab..1.12.554...0j0i67k1j0i24k1j0i30k1.0.zLCpyB2KvaA
9
Ruang
Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga
dalam sesuatu objek.
Gambarfoto 1: Rongga dalam sesuatu objek
Sumber: Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=YAEuWpD5EoXgvgSJlpvACQ&q
=cawan+kertas&oq=cawan+kertas&gs_l=psyab.3..0i67k1j0l4j0i30k1j0i5i30k1l4.14228.14228.0.16871.1.1.
0.0.0.0.53.53.1.1.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.1.53....0.9grCC5DQENc
Saiz
Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
Gambarfoto 2: Keluasan yang menunjukkan saiz
Sumber: Internet
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=OQQuWvW4LYzXvgTx0rbwDA&q=ukur
an+tinggi+dan+lebar+cawan+kertas&oq=ukuran+tinggi+dan+lebar+cawan+kertas&gs_l=psy-
ab.3...12215.40869.0.43641.29.29.0.0.0.0.64.1387.29.29.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.Rza_a2xyjF8
10
1.1.3 Prinsip reka bentuk
Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk menyusun maklumat.
Prinsip reka bentuk membantu pereka membuat keputusan bagaimana hendak
menggunakan elemen-elemen reka bentuk. Prinsip reka bentuk membantu sesebuah
lakaran idea menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila dilihat. Prinsip reka
bentuk yang lazim digunakan ialah:
Keseimbangan Pergerakan Pengulangan
Penekanan Keringkasan Kontras
Kepelbagaian Kesatuan Harmoni
Keseimbangan
Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang
digabungkan di dalam sesebuah komposisi.
Rajah 6: Contoh keseimbangan
Sumber: MRM
Pergerakan
Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap
sesuatu objek.
Sumber: MRM Rajah 7: Contoh pergerakan
11
Pengulangan
Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen yang sama secara berulang.
Rajah 8: Pola atau corak yang berulang-ulang dan lengkap
Sumber Internet
https://www.google.com/search?q=contoh+pengulangan+dalam+prinsip+rekabentuk&source=lnms&tbm=i
sch&sa=X&ved=0ahUKEwju3NG3i4HYAhWJto8KHTlFDTQQ_AUICigB&biw=799&bih=742
Penekanan
Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan.
Gambarfoto 3: Penekanan dari segi warna
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=contoh+penekanan+dalam+prinsip+rekabentuk&source=lnms&tbm=isc
h&sa=X&ved=0ahUKEwir7Kjti4HYAhUDuo8KHTOvCxgQ_AUICigB&biw=799&bih=742
Keringkasan
Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau elemen yang penting sahaja.
Gambar foto 4: Reka bentuk yang mudah difahami
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=9QYuWoL9OYr6vgSS9pnoCg&q
=contoh+simbol+untuk+keringkasan+dalam+reka+bentuk&oq=contoh+simbol+untuk+keringkasan+dalam
+reka+bentuk&gs_l=psy-ab.3...14165.20027.0.20737.22.20.2.0.0.0.146.984.18j1.19.0....0...1c.1.64.psy-
ab..1.0.0....0.DGlAEpLu6Dw
12
Kontras
Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan.
Gambarfoto 5: Kontras dari segi warna
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=9QYuWoL9OYr6vgSS9pnoCg&q
=contoh+kontras+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kontras+dalam+rekabentuk&gs_l=psy-
ab.3...7597.17043.0.17780.42.36.0.0.0.0.82.2038.35.35.0....0...1c.1.64.psyab..10.0.0....0.V18SWq5VJKM
Kepelbagaian
Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea yang
berbeza dalam sesuatu reka bentuk.
Gambarfoto 6: Penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=jwcuWo7tOojevATc27bgBQ&q=c
ontoh+kepelbagaian+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kepelbagaian+dalam+rekabentuk&gs_l=psy-
ab.3...105987.107993.0.109315.12.12.0.0.0.0.74.677.12.12.0....0...1c.1.64.psy-
ab..1.0.0....0.XKngkGmczdA
13
Kesatuan
Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep atau idea yang
sempurna.
Gambarfoto 7: Kesatuan warna, objek dan rupa
Sumber: Internet
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=_QcuWuSKPMvbvASk2oHIAQ&q
=contoh+kestuan+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kestuan+dalam+rekabentuk&gs_l=psy-
ab.3...81979.83010.0.84234.7.7.0.0.0.0.71.414.7.7.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.r2C98GjqMmg
Harmoni
Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif.
Gambarfoto 8: Gaya yang sesuai dan seimbang
Sumber: Internet
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=3gouWtTFI4jhvgT_14SADw&q=c
ontoh+harmoni+dalam+rekabentuk&oq=contoh+harmoni+dalam+rekabentuk&gs_l=psy-
ab.3...5730.7041.0.7634.7.7.0.0.0.0.58.328.7.7.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.FQ5qh7sBau4
1.1.4 Aplikasi Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Dalam Mereka Bentuk Objek Asas
Guru perlu menyediakan satu aktiviti untuk murid bagi menunjukkan, bagaimana prinsip-
prinsip reka bentuk dapat diaplikasikan semasa mereka bentuk objek asas.(Lampiran 7).
14
Aktiviti
Langkah 1 - 1.1.1
Paparkan bahan maujud contoh botol air atau gambar tentang produk. (Lampiran 1)
Guru mengaitkan rupa bentuk botol-botol dalam lampiran 1 dan mengajak murid
berfikir tentang takrif reka bentuk, teknologi serta reka bentuk dan teknologi
Dengan menggunakan paparan grafik guru meminta murid menyusun kata kunci
untuk:
i) takrif reka bentuk (Lampiran 2)
ii) takrif teknologi (Lampiran 3)
Guru membuat kesimpulan tentang takrif reka bentuk, takrif teknologi dan takrif reka
bentuk dan teknologi serta meminta murid menyalinnya ke dalam buku nota/latihan.
Guru mengedarkan latihan (Lembaran 1) sebagai pengukuhan murid.
Langkah 2 - 1.1.2
Dengan menggunakan paparan grafik (Lampiran 5) guru meminta murid
menyebut/menyatakan elemen reka bentuk dan guru menerangkan setiap elemen
beserta dengan contoh.
Untuk elemen garisan guru menunjuk cara membuat jenis-jenis garisan di papan
hitam/putih dan pada masa yang sama meminta murid membuatnya dalam buku
nota/latihan.
Guru mengedarkan latihan (Lembaran 2) sebagai pengukuhan kepada murid.
Langkah 3 - 1.1.3
Dengan menggunakan paparan grafik (Lampiran 6) guru menjelaskan setiap prinsip
reka bentuk beserta dengan contoh.
Guru mengedarkan latihan (Lembaran 3) sebagai pengukuhan kepada murid.
15
Langkah 4 - 1.1.4
Guru memaparkan contoh produk berasaskan objek asas atau paparan grafik.
(Lampiran 7)
Guru mengaitkan prinsip reka bentuk berdasarkan salah satu daripada
objek/paparan grafik di Lampiran 7.
Dengan menggunakan contoh objek yang lain guru mengajukan persoalan, apakah
prinsip yang digunakan bagi objek ini?
Latihan boleh diberikan sebagai pengukuhan jika perlu. (Lembaran 4)
Sebagai kerja rumah, guru meminta murid memikirkan penghasilan produk yang
terdiri daripada beberapa gabungan objek asas geometri yang akan dihasilkan oleh
mereka pada pelajaran akan datang. Murid juga diminta membawa bahan dan
peralatan sendiri untuk menghasilkan produk tersebut.
Langkah 5
Perbincangan dan rumusan.
16
Latihan
Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Isikan ruang yang kosong dengan perkataan yang diberikan di bawah.
Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1.
gabungan idea impak
masalah pengetahuan produk
sumber teknologi
teknikal
1. Reka bentuk ialah …………………..………tentang penghasilan idea secara
terancang untuk menghasilkan sesuatu …………..……………….. yang memberi
………………………………… kepada kehidupan.
2. ………………………………… adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains
dan matematik bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia
menggunakan pelbagai ………………………………..……….. dan pengetahuan
…………………………….…….. yang terus berkembang.
3. Reka bentuk dan teknologi adalah …………………………………….. pengetahuan
tentang penghasilan ………………………………………… secara terancang untuk
menghasilkan produk yang dapat menyelesaikan ……………………………………
dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
17
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Rajah di bawah menunjukkan peta buih bagi elemen reka bentuk. Lengkapkan
ruangan kosong dengan jawapan yang betul.
Garisan
……………. …………….
Warna. Elemen Rupa
Reka Bentuk
……………. …………….
Ruang
ATAU
18
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Gambarfoto di bawah ialah sebuah kotak yang telah dihasilkan. Lengkapkan
ruangan kosong yang disediakan dengan elemen reka bentuk yang sesuai.
Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2.
Contoh produk:
…………………….
………. 150 mm
………
………….
115 mm
…………………
19
Lembaran 3
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Jadual di bawah mewakili prinsip reka bentuk. Anda dikehendaki memilih jawapan
daripada petak A, B dan C untuk diisi di ruangan yang disediakan dengan betul.
Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP2.
AB C
i Penekanan Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan
gambaran emosi yang positif.
Kepelbagaian Merujuk kepada pelbagai elemen yang
berlawanan.
ii Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau
Keringkasan tumpuan pelbagai elemen yang digahungkan
di dalam sesebuah komposisi
Prinsip Reka Keterangan Contoh
Bentuk
Keseimbangan
Pengulangan Merujuk kepada penyusunan sesuatu
Keringkasan elemen yang sama secara berulang.
Merujuk kepada tumpuan elemen yang
diserlahkan.
Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau
elemen yang penting sahaja.
Kontras
Kesatuan Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai
Harmoni elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza
dalam sesuatu reka bentuk.
Semua bahagian elemen bergabung untuk
membentuk imej, konsep atau idea yang
sempurna.
20
Lembaran 4
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
1. Gambarfoto di bawah dapat menggambarkan prinsip reka bentuk. Lengkapkan
ruang kosong dengan prinsip reka bentuk yang betul.
………………………..
……………………………
2. Gambarfoto di bawah ialah sebuah bekas alat tulis yang dihasilkan oleh rakan
anda. Anda dikehendaki meletakkan anak panah yang mewakili prinsip pada
produk dengan betul.
Harmoni Penekanan
Keringkasan Pengulangan
21
Lampiran 1
Reka Bentuk Botol
Sumber: Internet
22
Lampiran 2
Pelajar memilih dan menyusun kata kunci dengan betul ke dalam petak yang
disediakan.
Impak Kepada Kehidupan Menghasilkan Produk
Secara Terancang Pengetahuan Penghasilan Idea
T
A
K
R
I
f
R
E
K
a
B
E
N
T
U
k
Rajah 7: Takrif reka bentuk
Guru membuat kesimpulan tentang takrif reka bentuk dan meminta murid menyalin
takrif reka bentuk ke dalam buku nota/latihan.
23
Lampiran 3
Pelajar memilih dan menyusun kata kunci dengan betul ke dalam petak yang
disediakan.
Pengetahuan Teknikal Yang Terus Berkembang Sains Dan Matematik
Menggunakan Pelbagai Pengetahuan Menyelesai Masalah
Sumber Manusia
T
A
K
R
I
f
T
E
K
N
O
L
O
G
i
Rajah 8: Takrif teknologi
Guru membuat kesimpulan tentang takrif teknologi dan meminta murid menyalin takrif
teknologi ke dalam buku nota/latihan.
24
Lampiran 5
Pelajar menyebut elemen reka bentuk yang lazim digunakan berdasarkan paparan
grafik.
Garisan
Rupa
Nilai
Elemen
Saiz Reka Bentuk
Bentuk
Ruang Tekstur
Warna
Rajah 9: Elemen reka bentuk
25
Lampiran 6
Guru menjelaskan prinsip reka bentuk yang lazim digunakan berdasarkan paparan
grafik beserta dengan contoh.
Keseimbangan
Harmoni Pergerakan
Kesatuan Prinsip Pengulangan
Kepelbagaian Reka
Bentuk Penekanan
an
Kontras Keringkasan
Rajah 10: Prinsip reka bentuk
26
Lampiran 7
Produk daripada riben
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=ketupat+daripada+riben&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKE
wj2lOWnlIHYAhVKPo8KHSvWCAkQ_AUICigB&biw=799&bih=742
Produk daripada daun kelapa
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=ketupat+daripada+riben&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKE
wj2lOWnlIHYAhVKPo8KHSvWCAkQ_AUICigB&biw=799&bih=742
Produk daripada botol plastik
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=Produk+daripada+botol+plastik&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0
ahUKEwiClLyDlYHYAhUCS48KHatyDjAQ_AUICigB&biw=799&bih=742
27
Produk daripada kotak
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=Rw8uWtPsGojzvgTizbu4Dw&q=
Produk+daripada+kotak&oq=Produk+daripada+kotak&gs_l=psyab.3...123010.123624.0.124486.5.5.0.0.0.
0.57.231.5.5.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.1.56...0j0i8i30k1j0i24k1.0.b-b1YYiQGkU
28
UNIT 2
Standard Kandungan
1.1 Dunia Reka Bentuk
Standard Pembelajaran
1.1.5 Membanding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk
1.1.6 Meneroka Kriteria Reka Bentuk Yang Baik
1.1.7 Membina Objek Asas
Maklumat Penting
1.1.5 Banding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk
Guru menyediakan aktiviti untuk menunjukkan banding beza prinsip dan elemen reka
bentuk.
29
1.1.6 Kriteria Reka Bentuk Yang Baik
Kriteria reka bentuk yang baik:
1. Kecenderungan kreativiti dalam inovasi
Kreativiti dalam menghasilkan idea reka bentuk baharu yang memberi manfaat
dalam penggunaannya.
Gambarfoto 1: Produk hasil kreativiti dalam inovasi
Sumber MRM
2. Keaslian reka bentuk
Penghasilan idea reka bentuk yang tidak meniru produk yang lain.
Gambarfoto 2: Perbandingan antara produk yang asli dan tiruan
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=pcontoh+produk+real+n+fake&oq=pcontoh+produk+real+n+
fake&aqs=chrome..69i57.11655j1j8&sourceid=chrome&ie=UTF-8
30
3. Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
Produk yang bermutu dan diterima oleh pengguna.
Rajah 1: Jaminan kualiti sesuatu produk
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=rajah+jaminan+kualiti+produk&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0a
hUKEwivhO7qnoHYAhXHrI8KHQ5TBG0Q_AUICigB&biw=799&bih=742
4. Ergonomik
Interaksi yang ada antara produk, pengguna dan persekitaran seperti keselesaan,
mudah diguna dan keselamatan.
Rajah 2: Contoh produk yang ergonomik dan tidak ergonomik
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=jxkuWvq1GcPsvASCgL3oDA&q=
produk+yang+ergonaomik+dan+tidak+ergonomik&oq=produk+yang+ergonaomik+dan+tidak+ergonomik&
gs_l=psy-ab.3...140608.179702.0.181385.46.43.2.1.1.0.633.3109.38j4-1j1.40.0....0...1c.1.64.psy-
ab..3.25.1073...0j0i67k1j0i19k1j0i5i30i19k1j0i8i30i19k1j0i13i5i30i19k1j0i8i13i30i19k1.0.AStRAHrqUrQ
31
1.1.7 Membina Objek Asas
Membina objek asas yang terdiri daripada gabungan beberapa objek asas geometri.
Objek asas boleh dihasilkan melalui teknik pembinaan dengan memilih beberapa rupa
geometri. Antara teknik pembinaan seperti; pembenaman, pembuangan, penyatuan,
peleraian dan lipatan (kaedah hamparan).
Untuk menghasilkan objek ini murid boleh membawa bahan dan peralatan sendiri
atau yang disediakan oleh guru.
Contoh Rupa Geometri
Bulat Segi tiga sama Segi empat sama Heksagon
Segi tiga tepat Segi empat tepat Donut Trapezium
Bujur Diamond Semi bulatan
Rajah 3: Rupa geometri
Sumber MRM
32
Teknik pembinaan
Teknik pembinaan objek asas: Lipatan
Pembenaman Pembuangan Penyatuan Peleraian
Pembenaman
Apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain.
Rajah 4: Teknik pembenaman
Pembuangan
Teknik ini dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki.
Rajah 5: Teknik pembuangan
Penyatuan
Teknik penyatuan dilakukan dengan mencantumkan dua atau lebih objek tanpa
melibatkan pembuangan atau pembenaman.
Rajah 6: Teknik penyatuan
33
Peleraian
Boleh dipisahkan atau dicantum semula.
Rajah 7: Teknik peleraian
Lipatan
Rupa asas yang dilipat menjadi bentuk asas.
Rajah 8: Teknik lipatan
34
Aktiviti
Langkah 1 - 1.1.5
Murid membuat banding beza dengan menggunakan jadual (Lembaran 1) yang
diedarkan.
Langkah 2 - 1.1.6
Perbincangan tentang kriteria reka bentuk yang baik berdasarkan bahan
sebenar/gambar produk. (Lampiran 1)
Melengkapkan aktiviti bubble map. (Lembaran 2).
Langkah 3 - 1.1.7
Guru meminta murid menghasilkan produk yang telah difikirkan yang terdiri daripada
beberapa objek asas geometri dan mengenal pasti prinsip yang ada pada objek
tersebut.
Langkah 4
Perbincangan dan rumusan.
35
Latihan
Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan dengan betul.
Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP4.
Gambarfoto 3: Banding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk
Elemen Reka Tandakan (/) Prinsip Reka Tandakan (/)
Bentuk Jika Ada
Bentuk Jika Ada
Garisan Keseimbangan
Bentuk Pengulangan
Ruang Kepelbagaian
Warna Kontras
Tekstur Harmoni
Saiz Keringkasan
Rupa Kesatuan
Nilai Pergerakan
Penekanan
Jadual 1: Banding beza elemen dan prinsip reka bentuk
36
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Isikan ruang yang kosong dengan jawapan yang betul.
……………………
……………………
……………………
..
…………………… Kriteria ……………………
…………………… Reka Bentuk ……………………
…………………… ……………………
yang Baik
.. ..
……………………
……………………
……………………
..
Rajah 9: Kriteria reka bentuk yang baik
37
Lampiran 1
Murid dibimbing berfikir mengenai reka bentuk produk sebenar atau pada gambar.
Persoalan seperti: Mengapa reka bentuk produk ini begini?
Gambarfoto 4: Reka bentuk produk
38
UNIT 3
Standard Kandungan
1.1 Dunia Reka Bentuk
1.2 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi
Standard Pembelajaran
1.1.7 Membina Objek Asas
1.2.1 Senarai Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi
1.2.2 Mengenal Pasti Peranan Reka Bentuk
1.2.3 Menerangkan etika dalam reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi
Maklumat Penting
1.1.7 Membina Objek Asas
Setelah pembinaan objek asas siap, murid diminta membuat lakaran reka bentuk hasil
daripada pembinaan objek asas yang telah dibuat. Lakaran Ini bagi menunjukkan
elemen dan prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada objek tersebut.
39
1.2.1 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi
Kepentingan reka bentuk dan teknologi ialah:
Menyumbang perkembangan teknologi semasa
Dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Menyumbang pembangunan sosial, sains dan
teknologi
Pengubahsuaian produk untuk memudahkan manusia
Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif
Membuka peluang kerjaya dan perniagaan
Rajah 1: Kepentingan reka bentuk dan teknologi
40
1.2.2 Peranan Reka Bentuk
Individu - Kebebasan memilih kepada pengguna untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mengikut kemampuan
Masyarakat - Melahirkan masyarakat yang kreatif dan
inovatif.
Pengeluar - Menghasilkan produk yang bermutu
Negara - Meningkatkan imej dan ekonomi negara.
Rajah 2: Kepentingan reka bentuk dan teknologi
41
Aktiviti
Langkah 1 - 1.1.7
Guru meminta murid melakar reka bentuk hasil daripada pembinaan objek asas yang
telah dibuat. Lakaran ini perlu dilabel sekurang-kurang dua elemen dan dua prinsip
yang digunakan pada produk tersebut. Contoh: (Lampiran 1)
Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP3.
Langkah 2 - 1.2.1
Perbincangan tentang kepentingan reka bentuk. Guru meminta murid mengisi
kepentingan reka bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 1)
Langkah 3 - 1.2.2
Perbincangan tentang peranan reka bentuk. Guru meminta murid mengisi peranan
reka bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 2)
Langkah 4
Perbincangan dan rumusan.
42