The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan PdP Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syakirah Ruslan, 2021-09-08 16:12:31

Buku Panduan PdP RBT Tingkatan 1

Buku Panduan PdP Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1

Keywords: RBT,PdP

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Lakaran Produk

193



UNIT 18

Standard Kandungan
3.2 Projek Brief

Standard Pembelajaran
3.1.6 Membina Mock-Up Atau Model Berdasarkan Projek Brief

Maklumat Penting

3.1.6 Membina Mock-Up Atau Model Berdasarkan Projek Brief

Pembinaan Mock-Up Atau Model

Mock-up atau model akan dibangunkan setelah selesai membuat saringan

borang projek brief. Proses membina mock-up atau model akan menggunakan

bahan-bahan dan alatan cantuman yang sesuai. Pemilihan bahan perekat yang

tepat, kaedah cantuman yang baik dan pemilihan bahan yang sesuai perlu

ditekankan untuk memastikan mock-up atau model dapat bertahan semasa

proses pengujian dijalankan.

(a) Mock-up  Model olokan yang dibuat sebelum
menghasilkan model sebenar.

 Dibina untuk memberi gambaran awal
produk dari segi keseimbangan, rupa
bentuk, warna dan ergonomik.

Pembinaan Model separa berfungsi (model blok)
Mock-up  Dihasilkan secara berskala atau bersaiz

atau Model sebenar.
 Bahan penghasilan tidak semestinya
(b) Model
menggunakan bahan sebenar namun
beberapa komponen pada model
tersebut dapat berfungsi seperti produk
sebenar.

Model berfungsi sepenuhnya
 Dibina menyerupai objek sebenar.
 Berfungsi mengikut tujuan asal.
 Dibina menggunakan bahan dan dan

kaedah cantuman yang sebenar.

195

MOCK-UP CONTOH PRODUK MODEL BERFUNGSI
MODEL SEPARA SEPENUHNYA

BERFUNGSI

Jadual 1: Contoh produk

Aktiviti
Langkah 1 - 3.1.6
Murid membina mock-up atau model secara individu atau berkumpulan. Bahan dan
peralatan disediakan oleh guru atau dibawa sendiri oleh murid. Keselamatan
diutamakan serta pengawasan rapi oleh guru diperlukan memandangkan terdapat
peralatan yang tajam digunakan.

196

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Membina Mock-Up Atau Model

197



UNIT 19

Standard Kandungan

3.2 Proses Reka Bentuk – Projek Brief

Standard Pembelajaran

3.1.6 Membina mock-up atau model berdasarkan projek brief
3.1.7 Menilai hasil mock-up atau model

Maklumat Penting

3.1.6 Pembinaan Mock-Up Atau Model
Murid membina mock-up atau model. Utamakan keselamatan semasa proses
pembinaan berlaku.

3.1.7 PENILAIAN HASIL MOCK-UP ATAU MODEL

Penilaian hasil mock-up atau model merupakan proses terakhir untuk mengukur tahap
keberkesanan produk. Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor
penting iaitu mematuhi kriteria projek brief, mematuhi kehendak pelanggan dan
ketepatan rupa bentuk. Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk menguji
produk iaitu pengujian lapangan dan pengujian di makmal. Sebelum melakukan
pengujian, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu. Parameter bermaksud sesuatu
ukuran yang ingin dijadikan piawaian contohnya masa selama 30 saat, ketinggian 50
cm dan berat beban 50 gram. Semua parameter yang ditetapkan haruslah boleh
diukur. Item yang bersifat subjektif tidak boleh dijadikan parameter kerana penilaian
tersebut bergantung kepada individu penilai dan bukan pada produk. Contoh
parameter subjektif ialah cantik, menarik dan kemas.

199

Penilaian mock-up

Pengujian bagi mock-up dibuat berdasarkan kepada kesesuaian bahan yang
digunakan. Pengujian mock-up tidak boleh digunakan untuk mengukur fungsi produk.
Sebelum ujian dilakukan, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu. Keputusan
terhadap ujian yang dilakukan perlu dicatatkan sebagai rujukan untuk tujuan
penambahbaikan.

Contoh laporan pengujian Mock-up

Jenis ujian Parameter Keputusan
Mock-up dapat bertahan tanpa
Ujian 1. Berat beban 100 gram rosak selepas 10 minit jika
kekuatan 2. Masa beban diletakkan di dalam menggunakan beban 100 gram
cantuman
mock-up ialah 10 minit.

1. Sudut condongan permukaan Mock-up tidak jatuh dan kukuh

ialah 450. pada tapaknya.

Ujian 2. Mock-up diletakkan pada satu

kesetabilan tapak rata dan dilekatkan

dengan perekat yang sesuai.

Penilaian Model

Pengujian bagi model dibuat bergantung kepada jenis model sama ada model separa
berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya. Pengujian model adalah dari segi
kefungsian. Sepeti penilaian mock-up, parameter juga perlu ditetapkan terlebih
dahulu.

200

Aktiviti
Langkah 1 - 3.1.6
Murid membina mock-up atau model. Utamakan keselamatan.
Langkah 2 - 3.1.7
Murid menetapkan apakah parameter yang hendak diukur ke atas mock-up atau
model yang dihasilkan oleh mereka.
Langkah 3
Murid membuat persembahan dan menilai produk yang dihasilkan.

201

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….

Produk Dan Parameter Yang Hendak Diukur

202

MODUL 5
REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI



UNIT 20

Standard Kandungan
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Standard Pembelajaran
5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi
5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka bentuk.

Maklumat Penting
5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem
fertigasi adalah satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap
kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui
sistem pengairan titis.
Fertigasi merupakan salah satu daripada cabang hidroponik. Antaranya ialah seperti
Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik
Statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Gambarfoto 1: Tanaman fertigasi

205

Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan.
Kebanyakan sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis
titisan. Terdapat dua kaedah penanaman secara fertigasi yang digunakan iaitu penanaman
fertigasi di bawah struktur pelindung hujan (SPH) dan penanaman fertigasi terbuka.

Tujuan Sistem Fertigasi
 Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat.
 Pemberian baja yang lebih berkesan.
 Memudahkan kawalan serangga perosak dan penyakit.

Kelebihan Sistem fertigasi
Kelebihan sistem fertigasi seperti berikut:

 kualiti hasil yang lebih baik dan bermutu
 penggunaan baja lebih cekap dan jimat
 mengurangkan penggunaan racun
 modal pusingan yang rendah
 Mengatasi masalah rumpai
 214utrient boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok
 kos operasi yang rendah
 meningkatkan hasil pengeluaran
 mengatasi masalah penyakit bawaan tanah
 menjamin kebersihan dan menghindar penyakit

5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka
bentuk.

Sistem fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat atau komponen
utama seperti 214utrie 214utrient, alat pengatur masa, pam, penapis, paip
214utrie, paip utama, paip sekunder, set penitis, tong larutan baja, bekalan
elektrik dan sumber air untuk beroperasi. Selain itu, ia juga memerlukan
keperluan asas yang lain bagi menyokong pengendaliannya.

206

Komponen utama yang perlu ada dalam Sistem Fertigasi seperti:

Komponen Gambar Fungsi

Tangki nutrien Menampung larutan
215utrient untuk dialirkan

kepada tanaman

Alat Pengatur Masa Sebagai suis
(Timer) 215utrient215 yang
mengawal bekalan elektrik
ke pam air mengikut waktu
yang dirancangkan

Pam(Water pump) Mengawal pengaliran
215utrient dari 215utrie ke

paip sekunder.

Penapis (Filter) Menapis bendasing
daripada memasuki
Paip 215utrie Paip pengairan sistem fertigasi
utama
(main Biasanya paip PVC
lines) bergaris pusat 32mm-
40mm yang menyambung
Paip 215utrie 215utrient ke pam
sekunder
(secondary air
line) Biasanya paip PVC
bergaris pusat 32mm-
40mm dari pam air ke

paip tertier

207

Paip tertier Biasanya paip poli bergaris
(lateral pusat 16mm-20mm yang
lines)
akan menyalirkan
Tiub mikro 216utrient ke tiub mikro
Dipasang pada nipper dan
Set penitis. Nipper menyambung paip tertier

Penitis ke penitis

Tee Dipasang pada paip tertier
dan menjadi penghubung
Penyambung
paip ke tiub mikro
Elbow
Dipasang di hujung tiub
mikro untuk menitiskan

larutan 216utrient ke
medium penanaman

Bahan penyambungan
paip utama dan sekunder

Bahan penyambungan
paip utama dan sekunder

208

End cap Penutup sementara di
hujung paip tertier

Injap Mengawal aliran 217utrient
dalam penyambungan paip

sistem fertigasi

Jadual 1: Komponen utama fertigasi

209

Aktiviti

Langkah 1 - 5.1.1
Guru menayangkan tayangan video (https://www.youtube.com/watch?v=pTQ1tGYinl8),
tentang sistem gertigasi yang diamalkan masa kini. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang tayangan video yang ditayangkan. Guru merumuskan jawapan murid dan
mengaitkan tayangan video dengan topik yang akan dipelajari hari ini. Murid diberi
penerangan oleh guru tentang definisi fertigasi. Murid berinteraksi dengan guru
berkaitan isi pembelajaran yang dipelajari. Murid menjawab lembaran kerja 1. Guru
membuat ulasan mengenai jawapan lembaran kerja 1. (Lembaran 1)
Langkah 2 - 5.1.2
Murid membentuk 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi lembaran kerja 2. Setiap
kumpulan diminta berbincang mengikut tajuk yang diberi. (Lembaran 2)

Langkah 3
Setiap kumpulan perlu berbincang dan menulis maklumat di dalam kertas sebak untuk
dibentangkan berdasarkan tajuk yang diberi. Murid menyiapkan tugasan lembaran 3.
Guru membuat rumusan daripada hasil pembentangan setiap kumpulan. (Lembaran
3).

Langkah 4
Murid menjawab lembaran kerja 4 yang diberikan oleh guru. (Lembaran 4)
Langkah 5
Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang telah dipelajari. Murid
diminta memberi pandangan tentang aktiviti PdP pada hari tersebut. (exit card)

210

Latihan

Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Apakah yang anda faham tentang sistem fertigasi?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

211

Lembaran 2

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Secara berkumpulan, bincangkan tentang tajuk yang telah diberikan (sumber,
medium dan alur keluar). Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkan
tugasan.
Hasil kerja boleh diterjemahkan dalam bentuk peta pemikiran atau peta minda.
Salah seorang daripada ahli kumpulan akan tinggal di dalam kumpulan untuk
menerangkan tajuk yang diberi manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke
meja kumpulan yang lain. (3 stray 1 stay)

212

Lembaran 3

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Kertas mahjung / Kertas sebak

213

Lembaran 3

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Lengkapkan ruang kosong dengan komponen utama sistem fertigasi.

Medium

Sumber KOMPONEN
UTAMA
SISTEM

FERTIGASI

Alur
keluar

Rajah 1: Komponen utama sistem fertigasi

214

UNIT 21

Standard Kandungan
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Standard Pembelajaran
5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.

Maklumat Penting
5.1.3 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi.
Sebelum murid menghasilkan lakaran reka bentuk baharu system fertigasi guru akan
memperkenalkan beberapa reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada di pasaran.

Reka Bentuk
Sistem
Fertigasi

Jejari Gegelang

Rajah 1: Jenis Sistem Fertigasi

215

Reka bentuk sistem fertigasi jejari
Contoh lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari

Rajah 2: lakaran 2D Idea Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari
Contoh Lakaran 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari

Rajah 3: Lakaran 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari

216

Reka bentuk sistem fertigasi gegelang
Contoh lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang

Rajah 4: Lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang

Contoh lakaran idea 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang

Rajah 5: Lakaran idea 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang

217

Contoh Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Rajah 6: Contoh pemasangan paip pada tangka air baja

Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Pam Elektrik Automatik

Rajah 7: Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Ladang

Rajah 8: Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Set Pemasa (Timer)

218

Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi Sedia Ada

Rajah 9: Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi Sedia Ada Yang Digunakan di Malaysia

Setelah murid mempelajari reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada terdapat di
Malaysia, murid dikehendaki membuat lakaran reka bentuk baharu mengikut kreativiti
dan inovasi masing-masing berdasarkan komponen utama yang digunakan dalam
sistem tersebut.
Lakaran tersebut perlulah dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D. Lakaran juga
perlu menggambarkan bentuk dan saiz sebenar reka bentuk yang akan dibina.

219

Aktiviti

Langkah 1 - 5.1.3
Guru menayangkan tayangan video atau memberikan beberapa contoh lakaran reka
bentuk sistem fertigasi yang sedia ada digunakan di Malaysia sebagai panduan.

Langkah 2
Berdasarkan kepada reka bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan oleh guru, murid
dikehendaki melakar satu lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Murid diberi kertas A4 atau kertas lukisan
secara individu untuk digunakan membuat lakaran. Lakaran perlu menggunakan
elemen-elemen reka bentuk yang telah murid pelajari dan dihasilkan dalam bentuk
dua dimensi atau tiga dimensi.
Langkah 3
Lakaran yang telah siap perlu ada label komponen-komponen utama yang digunakan
serta nyatakan sama ada menggunakan bahan-bahan terbuang atau tidak.

Langkah 4
Guru memilih secara rawak hasil lakaran yang dibuat oleh murid untuk
pembentangan.
Guru membuat rumusan secara keseluruhan.
Murid mengisi Jadual KWL. (Lampiran 1)

220

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi

221

Lampiran 1

Nama Murid :

Tingkatan :

Tajuk :

JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru
membuat rumusan.

222

UNIT 22
Standard Kandungan
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Standard Pembelajaran
5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.
5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi.
5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem

fertigasi.
Maklumat Penting
5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.
Murid menyiapkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi.

223

5.1.4 Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem Fertigasi.

Analisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi

ELEMEN PENERANGAN

Garisan Dalam sistem fertigasi, garisan menunjukkan lakaran laluan paip
saliran, injap kawalan, dan komponen yang digunakan.

Rupa Rupa menunjukkan gambaran lakaran dalam bentuk 2D.

Bentuk Bentuk menunjukkan keseluruhan sistem fdertigasi pada pandangan
mata sebenar. Bentuk lebih mudah difahami berbanding dengan
lakaran 2D. Contohnya, tangki nutrien dan polibeg.

Tekstur Lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang dapat menunjukkan kesan
rasa dan ekspresi terhadap sesuatu objek yang dilakar.

Saiz Saiz menunjukkan perbezaan, jarak atau perbandingan komponen
yang digunakan. Contohnya, jarak antara bekas tanaman.

Warna Warna menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakar. Sebagai
contoh, lakaran komponen reka bentuk sistem fertigasi yang
menggunakan teknik rendering.

Ruang Ruang ditunjukkan untuk memisahkan antara satu komponen dengan
komponen yang lain. Contohnya, kedudukan komponen dengan
persekitarannya secara ilusi.

Nilai Merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relatif. Garisan, warna,
tekstur dan bentuk memerlukan perbandingan nilai supaya dapat
dilihat dan digunakan untuk menjelaskan objek, bentuk dan ruang
yang diaplikasikan dalam menghasilkan reka bentuk sistem fertigasi.

Jadual 1: Analisis elemen reka bentuk

224

5.1.5 Menilai Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:
1. Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk

Kreativiti idea dalam menghasilkan reka bentuk atau kaedah baharu atau
fungsinya diperbaiki untuk memberi manfaat dalam penggunaan.

2. Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan
Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau membawa mesej
tertentu yang memberikan nilai tambah kepada produk dan pengguna. Ciri-ciri
mesra alam yang terdapat pada reka bentuk produk, sama ada melibatkan
pengguna atau persekitaran.

3. Kecenderungan Fungsi dan Praktikal
Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa dan
penyelesaian masalah.

4. Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran
Idea rekabentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan, rupabentuk,
penggunaan bahan, teknologi dan kebolehpasaran.

5. Ergonomik
Memberi keselesaan, kecekapan, keselamatan dan mudah guna kepada
pengguna

225

Aktiviti

Langkah 1 - 5.1.3
Murid menyiapkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi yang akan dihasilkan.
Lakaran yang dihasilkan ialah lakaran bermaklumat model struktur fertigasi.

Langkah 2 5.1.4
Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi (Lampiran 1).
Murid diminta menyatakan elemen reka bentuk yang digunakan dan membuat
penilaian secara menyeluruh terhadap reka bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan.

Murid menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi yang dihasilkan
dengan mengisi borang yang disediakan oleh guru. (Lembaran 1)

Langkah 3 - 5.1.5
Murid menilai reka bentuk baharu sistem fertigasi yang dihasilkan dengan mengisi
borang yang disediakan oleh guru. (Lembaran 2)

Langkah 4 - 5.1.6
Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau
yang dibawa sendiri oleh murid.

Sekiranya secara berpasangan, murid perlu memilih salah satu lakaran mereka untuk
menghasilkan sebuah mock-up atau model struktur reka bentuk sistem fertigasi
baharu.

226

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Borang analisis elemen rekabentuk sistem fertigasi

Bil. Elemen Ya Tidak Keterangan

1 Garisan

2 Rupa

3 Bentuk

4 Tekstur

5 Saiz

6 Warna

7 Ruang

8 Nilai

Jadual 2: Borang analisis elemen

227

Lembaran 2

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Arahan : Tandakan (  ) pada kriteria-kriteria yang memenuhi spesifikasi penilaian
yang dibuat.

Borang penilaian reka bentuk baharu sistem fertigasi

Bil. Kriteria Baik Memuaskan Lemah Sangat
Lemah

Kecenderungan Inovasi,
1 Kreativiti dan Keaslian Reka

Bentuk

Kandungan Unsur Simbolik,
2 Emosi, Estetika dan

Penampilan

Kecenderungan Fungsi dan
3

Praktikal

Kekuatan Kualiti dan
4

Kebolehpasaran

5 Ergonomik

Jadual 3: Borang Penilaian Kriteria Reka Bentuk

228

Lampiran 1

Rajah 1: Reka bentuk sistem fertigasi

229



UNIT 23
Standard Kandungan
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Standard Pembelajaran
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem

fertigasi.
Maklumat Penting
Murid menyambung pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu
sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan
oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Mock-up atau model yang dibina
hendaklah mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap
elemen dalam sistem fertigasi. Murid diminta untuk melabelkan komponen pada
model fertigasi yang dibina. Mock-up atau model boleh dihasilkan secara individu
atau berkumpulan.

231

Aktiviti
Langkah 1 - 5.1.6
Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
sebagaimana yang telah dilakar secara individu atau berkumpulan. Peralatan dan
bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid.
Langkah 2
Setiap kumpulan perlu memastikan mock-up atau model yang dibina mengandungi
komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem
fertigasi dengan mengisi senarai semak yang disediakan oleh guru (Lembaran 1).

232

Latihan Lembaran 1

Nama Kumpulan: …………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Komponen Senarai Semak
Utama Elemen

Jadual 1: Borang senarai semak

233



UNIT 24

Standard Kandungan
5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Standard Pembelajaran
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem

fertigasi.

Maklumat Penting
Murid menyambung pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu
sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan
oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Mock-up atau model yang dibina
hendaklah mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap
elemen dalam sistem fertigasi. Murid diminta untuk melabelkan komponen pada
model fertigasi yang dibina. Mock-up atau model boleh dihasilkan secara individu
atau berkumpulan.

Bagi murid yang menghasilkan mock-up, ujian bagi mengukur tahap keberkesanan
dan menjana keputusan ujian tidak dilakukan. Bagi murid yang menghasilkan model,
ujian bagi mengukur tahap keberkesanan dan menjana keputusan ujian dilakukan.
Sekiranya murid memilih untuk membuat mock-up sahaja, murid mungkin mempunyai
masalah sekiranya ingin menghasilkan produk di tingkatan tiga nanti, jika sekiranya
fertigasi menjadi pilihan gabungan teknologi, mereka tidak mempunyai pengalaman
menghasilkan model fertigasi.

235

Aktiviti

Langkah 1 - 5.1.6
Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
sebagaimana yang telah dilakar secara individu atau berkumpulan. Peralatan dan
bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid.
Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Ia dibina sebelum model atau prototaip
dihasilkan. Ia juga dikenali sebagai model olok -olok. Warnanya mengikut warna asal
bahan yang digunakan dan tidak menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti
warna tanah liat (clay).
Langkah 2
Ujian bagi mengukur tahap keberkesanan dan menjana keputusan ujian tahap
keberkesanan akan dilakukan ke atas model yang dihasilkan.
Langkah 3
Pembentangan hasil kerja oleh individu atau kumpulan.
Penilaian hasil kerja oleh rakan murid berdasarkan kriteria pencapaian yang
disediakan oleh guru (Lampiran 1). Borang penilaian akan disediakan oleh guru
(Lembaran 1). Setiap kumpulan akan mengisi borang penilaian hasil kerja bagi
kumpulan lain.

236

Latihan Lembaran 1

Nama Kumpulan: …………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Borang Penilaian hasil kerja kumpulan lain.

BIL PERKARA PENCAPAIAN
1234

1. Semua komponen utama sistem
fertigasi wujud pada mock-up

2. Elemen yang diperlukan pada mock-up
kelihatan jelas

3. Mengikut lakaran yang dibuat

4. Kekemasan hasil

5. Kesesuaian fungsi berkaitan fertigasi

6. Kreativiti dan innovasi

Jadual 1: Borang analisis elemen

237

Lampiran 1

Jadual di bawah menunjukkan kriteria pencapaian yang boleh dicapai oleh murid :

Tahap Keterangan

Kurang dari 6 komponen fertigasi
Sekurang-kurangnya 3 elemen rekabentuk
1 Mengikut lakaran
Terdapat cantuman komponen yang tidak kemas

Mempunyai sekurang-kurangnya 6 komponen fertigasi utama
Menunjukkan lebih dari 3 elemen rekebentuk
2 Mengikut lakaran
Cantuman komponen kemas

Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen reka bentuk
Mengikut lakaran
3
Cantuman komponen yang kemas
Kreativiti

Mempunyai 8 komponen fertigasi
Mempunyai 6 elemen rekabentuk
Mengikut lakaran
4
Kreatif dan berinnovasi
Cantuman komponen yang kemas

238

MODUL 6
REKA BENTUK FESYEN



UNIT 25

Standard Kandungan
5.2 Reka Bentuk Fesyen

Standard Pembelajaran
5.2.1 Mentakrifkan reka bentuk fesyen.
5.2.2 Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen
5.2.3 Mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses

penyediaan reka bentuk fesyen.
5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen

Maklumat Penting

5.2.1 Takrif reka bentuk fesyen
Reka bentuk fesyen merupakan proses pengaplikasian idea bagi menghasilkan
pakaian dan aksesori.

Fesyen merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya
yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Reka
bentuk fesyen dalam berpakaian yang dipakai selain daripada menutup tubuh ia
adalah luahan rasa si pemakainya. Malahan merupakan medium komunikasi yang
paling jelas dan berpengaruh. Dengan melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh
andaikan status sosial, identiti jantina, etnik dan gaya hidup. Fesyen juga merupakan
sesuatu yang ceria yang menunjukkan ekspresi diri dan juga mengenai pilihan
seseorang. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik, kreatif dan yakin terhadap
diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap orang berhak berfesyen
mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Namun begitu, ianya perlu disesuaikan
dengan budaya dan latar belakang masyarakat.

241

Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa dan perubahan cita
rasa pengguna. Reka bentuk fesyen ialah sesuatu yang digunakan untuk
menonjolkan keindahan dan prestij seseorang. Nilai estetika perlu dalam
menonjolkan keindahan dan prestij seiring dengan perkembangan zaman. Nilai itulah
yang kemudian muncul dalam pelbagai reka bentuk fesyen yang sekarang ini terus
berganti setiap tahun dan musim.

5.2.2 Jenis reka bentuk fesyen
Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk fesyen dicipta. Jenis reka
bentuk fesyen yang akan dipelajari oleh murid terdiri daripada pakaian dan aksesori.
Contoh jenis reka bentuk fesyen pakaian dan aksesori seperti:

JENIS REKA
BENTUK FESYEN

PAKAIAN AKSESORI

BAJU SELUAR KASUT TALI PINGGANG

SKIRT TUDUNG TOPI JAM

SKAF KERONGSANG

PIN TUDUNG

Rajah 1: Jenis reka bentuk fesyen

242


Click to View FlipBook Version