Gambarfoto 1: Contoh aksesori di pasaran
243
Gambarfoto 2: Contoh aksesori kepala untuk kanak-kanak
244
5.2.3 Teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka
bentuk fesyen
Proses reka bentuk fesyen memerlukan teknik cantuman yang bersesuaian mengikut
jenis reka bentuk.
a) Teknik Cantuman
Cantuman ialah proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik
atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen. Antara teknik
cantuman seperti:
JAHITAN
MENGGLU TEKNIK
CANTUMAN
SULAMAN
TAMPALAN
Rajah 2: Teknik-teknik dalam cantuman
245
b) Alatan dan Bahan
Alatan dan bahan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen seperti:
Nama/Contoh Alatan
Mesin Jahit Mesin Sulaman Hot Glue Gun
Gunting Glu Pensel
Jarum
Kapur Penanda Pita Pengukur
Kertas Perang Kertas Surih Kertas Karbon
Tukang Jahit
PEMBARIS TUKANG JAHIT
Jadual 1: Alatan dan bahan semasa proses penyediaan reka bentuk fesyen
246
Aktiviti
Langkah 1
5.2.1
Guru menunjukkan gambar atau video peragaan fesyen. Guru menyoal murid tentang:
a) Apa yang murid dapat lihat daripada gambar atau video ini ?
b) Senaraikan mengikut jenis apa yg kamu lihat.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. (guru memberikan
maksud reka bentuk fesyen)
Langkah 2
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sebuah
majalah fesyen. Murid diminta untuk menyenaraikan jenis-jenis reka bentuk fesyen.
Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing. Wakil kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Guru mengedarkan lembaran kerja
(Lembaran 1) untuk diisi oleh murid. Guru membuat ulasan.
Langkah 3
Murid kekal dalam kumpulan masing-masing. Murid dikehendaki mengenal pasti
teknik cantuman dan menyenaraikan alatan yang digunakan untuk mencantum
produk reka bentuk fesyen tersebut. Guru memilih secara rawak satu kumpulan
membentangkan hasil pembincangan. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran
2) untuk diisi oleh murid. Guru membuat ulasan.
247
Latihan Lembaran 1
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Anda dikehendaki melengkapkan ruang jawapan pada jadual yang disediakan
dengan melekatkan gambar produk (Lampiran 1) yang diberikan mengikut
kategorinya dengan betul.
Pakaian Aksesori
248
Latihan Lembaran 2
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
1. Lengkapkan ruang kosong pada rajah di bawah dengan jawapan yang betul.
………………...
MENGGLU …………… SULAMAN
……………...
………………
2. Lengkapkan ruang kosong pada rajah di bawah dengan jawapan yang betul.
MESIN JAHIT
………………………. ……………………….
MESIN SULAMAN PITA PENGUKUR
…………………… ALATAN GLU
PENSEL KAPUR PENANDA
…………………………………..
249
Lampiran 1
Jadual 2: Katergori pakaian
250
UNIT 26
Standard Kandungan
5.2 Reka Bentuk Fesyen
Standard Pembelajaran
5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen
Maklumat Penting
5.2.4 Lakaran reka bentuk fesyen
Lakaran merujuk gambar yang dilukis secara kasar. Lakaran merupakan proses
awal yang ringkas dan cepat bagi menterjemahkan idea kepada lukisan dua
dimensi, manakala lukisan tiga dimensi pula melibatkan kerja yang sistematik untuk
mendapatkan kesan dari segi pencahayaan, ton dan warna.
a. Lakaran dua dimensi (2D)
Lakaran dua dimensi (2D) ialah lakaran yang dihasilkan diatas satu permukaan.
Ianya tidak mempunyai isipadu.
Rajah 1: Paparan Grafik 2D
251
b. Lakaran tiga dimensi (3D)
Objek lakaran 3D mempunyai panjang, lebar dan tinggi (kedalaman). Ianya
mempunyai isipadu.
Rajah 2: Paparan Grafik 3D
Proses Menghasilkan Lakaran
Rajah 3: Proses lakaran reka bentuk
252
Rajah 4: Kasut yang telah siap dilakar
Rajah 5: Proses lakaran reka bentuk gaun pengantin
Rajah 6: Contoh lakaran reka bentuk gaun pengantin
253
Aktiviti
Langkah 1
5.2.4
Murid diberikan sekeping kertas A4, guru kemudiannya meminta murid untuk melakar
apa yang sedang difikirkan oleh guru berdasarkan kriteria produk yang berikut:
(Pemikiran kreatif)
a. Produk ini mempunyai pelbagai warna dan corak
b. Ianya dipakai oleh semua golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak.
c. Digunakan untuk melindungi kaki
Langkah 2
Setiap murid diberikan sekeping kertas A4 untuk membuat dua lakaran reka bentuk
fesyen yang akan dihasilkan. Murid perlu menggunakan elemen garisan, bentuk dan
warna di dalam lakaran masing-masing. Guru memilih murid secara rawak untuk
membentangkan hasil lakaran yang dipilih. Guru dan murid membuat rumusan.
254
Latihan Lembaran 1
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Contoh murid ingin menghasilkan seluar longgar.
Contoh Lakaran 1
Pinggang cerut
Kun alur
Rajah 7: Reka bentuk seluar longgar
255
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Contoh Lakaran 2
Pinggang Cerut
bertali
Poket
Rajah 8: Reka bentuk seluar longgar
256
UNIT 27
Standard Kandungan
5.2 Reka Bentuk Fesyen
Standard Pembelajaran
5.2.5 Menganalisis Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen
Maklumat Penting
5.2.5 Analisis Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen
Elemen dalam reka bentuk fesyen yang lazim digunakan:
a. Garisan
Garisan boleh diolah dalam reka bentuk fesyen untuk mencipta rupa, jalinan, ton,
corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.
Contoh garisan dalam fesyen:
- Garisan melintang adalah gambaran perasaan tenang dan statik.
- Garisan menegak menggambarkan kuasa dan gaya, garisan condong
sebagai gerakan, tindakan, dan perubahan.
- Garisan melengkung atau berbentuk ‘S’ adalah gambaran senyap, tenang
dan perasaan berahi.
b. Bentuk
Bentuk merupakan salah satu elemen penting dalam reka bentuk fesyen kerana ia
mempunyai perkaitan dengan nilai komersial sesuatu produk reka bentuk fesyen.
c. Rupa
Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang
dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada elemen yang
berbentuk dua dimensi (2D) dan rata.
257
d. Warna
Warna adalah elemen yang memberi pelbagai erti dan boleh mempengaruhi perasaan
individu. Pemilihan warna untuk pakaian dan aksesori dapat membina imej dan
keyakinan diri
Rajah 1: Elemen warna dalam reka bentuk fesyen
e. Tekstur
Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui sentuhan
dan visual seperti licin, kasar, dan lain-lain.
f. Nilai
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna.
g. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga
dalam sesuatu objek.
h. Saiz
Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
258
Analisis Elemen Reka Bentuk Fesyen
Penilaian terhadap produk sangat penting ,jadi untuk membuat penilaian tersebut
beberapa elemen dalam reka bentuk fesyen perlu dianalisis. Analisis ini perlu
dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Antara kriteria yang perlu dianalisis ialah fungsi produk, kesesuaian bahan, estetik,
kepelbagaian warna,garisan dan bentuk.
kriteria Keterangan
Fungsi Produk Adakah produk tersebut praktikal digunakan untuk
menjalankan fungsinya dengan baik dan berkesan.
Fungsi tambahan dan adakah ia diperlukan.
Kebaikan-kebaikan tentang fungsi produk juga sangat
perlu dinyatakan.
Kesesuaian Bahan Apakah bahan yang digunakan sesuai dengan fungsi
sesuatu produk, praktikal dan selamat digunakan.
Estetik Adakah bentuk yang dilihat dari sudut gaya,
berketrampilan dan mutu kemasan dilaksanakan
sebaik-baiknya.
Penilaian berkaitan dengan bentuk estetik seperti
bahan yang indah (sedap dipandang), warna yang
menawan dan rupa yang menyenangkan.
Kepelbagaian Berkaitan dengan tawaran warna yang ada pada
Warna sesebuah produk.
Adakah warna yang digunakan merupakan warna
yang menjadi trend semasa?
Garisan Adakah garisan atau corak yang dipilih mengikut trend
semasa dan ianya bersesuaian dengan budaya
sesuatu masyarakat.
Bentuk Analisis produk dari segi bentuk ianya berkait secara
langsung dengan bentuk luaran produk atau
penampilan visual sesuatu produk.
Kriteria ini sebenarnya ingin menjelaskan sama ada
bentuk dan rupa bertepatan dengan tujuan sebenar
sesuatu reka bentuk itu dirancang atau sebaliknya.
Jadual 1: Analisis elemen reka bentuk fesyen
259
Contoh menganalisis elemen reka bentuk fesyen: Bentuk :
CONTOH : KASUT
Elemen bentuk dalam lakaran
Garisan : reka bentuk fesyen menunjukkan
Elemen garisan dalam lakaran lebih daripada satu permukaan
reka bentuk fesyen menunjukkan dan mempunyai ruang.
cantuman yang mempunyai
ukuran,panjang dan jarak. * pereka perlu memahami
* garisan melengkung yang bentuk kaki dan tujuan si
digunakan pada reka bentuk pemakai sebelum membuat
fesyen menghasilkan kesan visual lakaran reka bentuk fesyen.
bentuk kasut si pemakai .
Rajah 2: Reka bentuk kasut Warna:
Memberi kesan kepada mata, emosi dan psikologi
orang yang melihat dan menggunakannya, mengikut
kesesuaian objek, acara, kegunaan dan kehendak
pelanggan.
* warna terang dan jelas yang digunakan pada reka
bentuk kasut tersebut memberikan kesan psikologi
ceria dan bersemangat.
260
Rajah 3: Contoh menganalisis Elemen Reka Bentuk Pada Beg
Rajah 4: Contoh menganalisis Elemen Reka Bentuk Pada Apron
261
Aktiviti
Langkah 1
5.2.5
Guru menunjukkan satu produk reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid diminta
memberikan pandangan tentang gambar tersebut seperti fungsinya, warna,
kesesuaian bahan, garisan dan bentuk.
Langkah 2
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang
mengandungi gambar produk reka bentuk fesyen. Murid diminta menganalisis produk
reka bentuk berkenaan dari aspek garisan, warna dan bentuk (Lampiran 2).
Langkah 3
Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang perincian elemen reka
bentuk fesyen. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan. Guru membuat ulasan. Guru mengedarkan lembaran 1 dan 2 untuk diisi
murid sama ada secara individu atau kumpulan.
262
Latihan Lembaran 1
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Berdasarkan reka bentuk fesyen di bawah senaraikan elemen reka bentuk fesyen
yang telah anda pelajari.
Gambarfoto 1: Reka bentuk beg Gambarfoto 1: Reka bentuk kasut
Elemen Keterangan
Jadual 2: Borang elemen dan keterangan reka bentuk
263
Lembaran 2
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Berdasarkan gambar produk pada lampiran 2, huraikan setiap elemen reka bentuk
fesyen berikut ke dalam jadual yang disediakan di bawah.
Elemen Warna Garisan Bentuk
Produk
Lekatkan gambar di sini
Lekatkan gambar di sini
Lekatkan gambar di sini
Lekatkan gambar di sini
264
Lampiran 1
Contoh produk ialah topi.
Gambarfoto 3: Reka bentuk topi
265
Lampiran 2
Gambarfoto 3: Reka bentuk fesyen
266
UNIT 28
Standard Kandungan
5.2 Reka Bentuk Fesyen
Standard Pembelajaran
5.2.6 Membincangkan Jenis Bahan Dalam Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan
Lakaran
5.2.7 Menghasilkan Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran Yang Dipilih
Maklumat Penting
5.2.6 Jenis Bahan Dalam Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran
Bahan-bahan (aksesori pada produk fesyen) yang boleh digunakan seperti:
a. Fabrik - Bahan asas dalam reka bentuk fesyen ialah fabrik. Jenis fabrik yang
biasa digunakan ialah kapas, jeans, broked, satin dan sebagainya.
b. Benang - Benang digunakan untuk menjahit sama ada dengan tangan atau
mesin jahit. Ukuran benang adalah pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar.
c. Pita perekat/ Velkro - Terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bergerigi
kasar dan bergerigi halus.
d. Kancing - Ada beberapa jenis kancing seperti kancing kemeja dan kain.
Ukurannya pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar.
e. Butang hiasan - Pelbagai saiz dan bentuk.
f. Getah - Pelbagai saiz dan ketebalan
g. Tali - Tali senar elastik, satin, nilon, poliester
h. Bahan trimin - Pita siku, renda, pita brid, pita jalur serong tepat.
i. Bunga reben - Pelbagai saiz dan jenis
j. Manik / beads - Pelbagai bentuk, warna, saiz dan reka bentuk.
k. Gam - Gam biasanya digunakan untuk cantuman aksesori dalam reka bentuk
fesyen. Antara jenis gam yang selalu digunakan ialah gam stick hot glue, gam
fabric dan PVA.
267
l. Kain gam atau interfacing Backing material - Terdapat dalam pelbagai saiz
bergantung kepada jenis kegunaan pada reka bentuk fesyen. Contoh kegunaan
kain gam ialah pada:
Leher baju iaitu menjadikan leher baju terletak dengan elok
Untuk bahagian hadapan tudung
Untuk bahagian beg supaya mempunyai bentuk yang cantic
Pinggan seluar atau lengan baju
Untuk kerja sulaman ringkas berkomputer.
m. Dawai - Dawai halus atau dawai lembut juga biasanya digunakan untuk
menghasilkan aksesori.
n. Kain felt - Kain felt juga biasanya digunakan untuk membuat reka bentuk
aksesori.
Jenis bahan yang boleh digunakan dalam reka bentuk fesyen
Fabrik Felt
Kancing Butang hiasan
268
Lapik dalam / Interfacing Bunga reben
Tali Benang
Manik/ Beads Bahan trimin
Pita perekat/ velkro Gelang getah
Dawai bunga
Jadual 1: Jenis bahan untuk reka bentuk fesyen
269
5.2.7 Menghasilkan Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran Yang Dipilih
Berikut adalah contoh lakaran reka bentuk fesyen yang dipilih untuk dihasilkan murid.
Kun alur
Rajah 1: Lakaran reka bentuk seluar longgar
270
Aktiviti
Langkah 1 – 5.2.6
Guru memaparkan gambar reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid dikehendaki
menyenaraikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
a) Apa yang murid tahu
b) Apa yang murid Nampak
Langkah 2
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas sebak dan
sejenis produk reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid berbincang dalam kumpulan
masing-masing tentang bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut.
Murid juga dikehendaki membincangkan kebaikan dan kelemahan menggunakan
bahan tersebut. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan. Guru membuat ulasan.
Langkah 3
Setiap murid dikehendaki menghasilkan mock-up, model atau produk sebenar reka
bentuk fesyen yang telah dilakarkan dalam topik lakaran reka bentuk fesyen sebelum
ini. Saiz mock up, model atau produk sebenar dan bahan yang digunakan untuk
menghasilkan mock-up adalah bergantung kepada murid.
Setelah memilih lakaran reka bentuk fesyen pakaian yang ingin dihasilkan, murid
akan mengikut langkah contoh membuat pakaian seperti di lampiran 2.
Contoh menghasilkan aksesori seperti di lampiran 3.
271
Latihan Lembaran 1
Nama: …………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….
Murid akan menampal contoh reka bentuk fesyen yang dipilih untuk dihasilkan.
272
Lampiran 1
Contoh reka bentuk fesyen.
Gambarfoto 1: Pelbagai jenis reka bentuk fesyen
273
Langkah membuat pakaian Lampiran 2
MENANDA
MENGUKUR MENDRAF POLA
MENGGUNTING MENCANTUM MENEKAN/
KEMASAN
PRODUK SIAP
Rajah 2 Proses pada peringkat pembuatan mock-up, model atau produk fesyen
Contoh: Seluar longgar
Langkah 1: Mengukur – ukuran melibatkan pinggang, punggung, panjang
cawat/kelengkang dan labuh seluar
Rajah 3: Mengambil ukuran bagi seluar longgar
Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=mengambil+ukuran+seluar+longgar&oq=mengambil+ukuran+seluar+lo
nggar&aqs=chrome..69i57.6023j1j8&sourceid=chrome&ie=UTF-8
274
Langkah 2: Mendraf pola
Garis asas dibuat sebelum murid mendraf pola.
Rajah 4: Membuat garis asas pola seluar longgar
275
Contoh penggunaan alatan dan bahan semasa mendraf pola.
Gambarfoto 2: Penggunaan alatan dan bahan semasa mendraf pola
276
Langkah dan butiran kerja mendraf dan menanda pola
Gunting 1- 2 = labuh seluar
2 keping
1- 3 = jarak pinggang ke pinggul
Rajah 5: Pola seluar longgar
1- 4 = jarak kelengkang
1-5 = ukuran pinggul ÷ 4 + 2 cm
(garis pinggang bahagian
hadapan)
3-6 dan 4-7 = 1-5
sambungkan 5,6 dan7
7-8 = 7.0 cm
5,6, 8 disambung untuk
membentuk garis kelengkang
hadapan
2-9 = ukuran lebar kaki seluar . ÷ 2
8-9 = garis kelim seluar
1-10 = ukuran pinggul ÷ 4 + 3 cm
(garis pinggang bahagian
belakang)
3-11 dan 4-12 = 1-10
12-13 = 5.0cm
10,11,13 = garis kelengkang
belakang
2-14 = ukuran lebar kaki seluar ÷ 2
13-14 = garis kelim seluar
14-9 = garis kelepet kaki seluar
5 –15 = Naikkan 1.5cm
277
Susun atur pola
Bahagian 1 Bahagian 2
Rajah 6: Susun atur pola seluar longgar
1. Bentang fabrik
2. Letakkan pola bahagian 1 dan bahagian 2 ke atas fabrik dan potong fabrik
mengikut pola.
278
Cara Mencantum Fabrik Yang Telah Siap Dipotong
Sebelah dalam fabrik Sebelah dalam fabrik
Bahagian 1 Bahagian 2
Rajah 7: Contoh bahagia fabrik yang siap dipotong
1. Lapiskan bahagian 1 dengan bahagian 2, pastikan bahagian dalam fabrik
berada di bahagian luar seperti pada rajah 7
279
Sebelah dalam fabrik
Rajah 8: Fabrik yang telah siap dilapis
.
280
2. Jahit a ke c dan b ke d.
Rajah 9: Bahagian kelengkang
yang telah siap dijahit
281
3. Buka dan bentangkan seluar longgar seperti di bawah.
2
1
3
Rajah 10: Bahagian yang akan dijahit
4. Jahit no 1
5. Jahit kelepet no. 2 dan masukkan getah. (Tali boleh digunakan untuk
menggantikan getah)
6. Jahit kelepet no 3
282
7. Jahit kun alur pada kedua-dua kaki seluar seperti dalam rajah di bawah.
Rajah 11: Reka bentuk seluar longgar yang telah siap
283
Lampiran 3
Contoh menghasilkan reka bentuk aksesori
Cara
membuat
rantai leher
1
2
3
4
Gambarfoto 3: Langkah membuat rantai leher
284
Cara membuat
pin rambut
1
2
3
4
5
6
Gambarfoto 4: Langkah membuat pin rambut
285
Gambarfoto 5: Contoh mock-up atau produk reka bentuk fesyen
286
PANEL PENULIS
1. Faizah binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
2. Halim bin Jajuli Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Zainal Abidin bin Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum
4. Abd Samad bin Hanif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5. Dr. Zaliza binti Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Ismail bin Rosdi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)
7. Farizzah binti Mohd Razali SMK Putrajaya Presint 16 (1)
8. Hami’at bin Semahon SMK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur
9. Hasliza binti Abdullah SMK Putrajaya Presint 9 (2)
10. Maryam binti Mohamad Yusoff SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor
11. Mazlina binti Abd Rahman SMK Putrajaya Presint 8 (1)
12. Mohamad Al Mizan bin Mohd Nawee SMK Seri Selayang, Selangor
13. Mohd Ismail bin Abdul Rahim SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Selangor
14. Mohd Ridzuan bin Fadzil SMK Dengkil, Selangor
15. Mokhtar bin Yaacob SMK Darulaman, Alor Setar, Kedah
16. Nathan A/L Balakhrisnan SMK Bukit Baru, Melaka
17. Noraini binti Zakaria SMK Putrajaya Presint 9 (2)
18. Noorazzima binti Mohamad Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1)
19. Nur Fadia binti Mohamed Radzuan Sekolah Sukan Bukit Jalil
20. Rosni binti Awang SMK Putrajaya Presint 14 (1)
21. Rusni binti Khamis SMK Sierramas, Sg. Buloh, Selangor
22. Sarifah binti AB Rahman SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
23 Sukarno bin Abd Hamid SMK Tajar, Langgar, Kedah
287
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
62604 Putrajaya
Tel:03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my