UNIT 10
Standard Kandungan
4.3 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial
Maklumat Penting
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.
Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea
dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis
lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.
Jenis-jenis Lakaran
l Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran
Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital
l
143
Lakaran teknikal ialah lakaran yang menggambarkan perincian seperti ceraian,
keratan rentas dan pelbagai sudut pandangan.
Rajah 1: Lakaran teknikal
144
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.2
Guru meminta murid melakar lakaran teknikal berdasarkan produk yang dibawa murid
atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4.
(Lembaran 1)
Langkah 2
Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan
putih bengkel.
145
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:…………………………………… Tarikh:………………………………….
Lakaran Teknikal
146
UNIT 11
Standard Kandungan
4.4 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial
Maklumat Penting
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.
Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik
lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran
piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas
(pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea
dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis
lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran.
Jenis-jenis Lakaran
l Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran Lakaran
Contengan Penerokaan Teknikal Persembahan Digital
147
Lakaran persembahan ialah lakaran yang boleh membantu pelanggan memahami
konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka dengan menekankan elemen
reka bentuk.
Rajah 1: Lakaran Persembahan
Lakaran digital ialah lakaran yang menggunakan perisian teknologi lakaran.
Gambarfoto 1: Lakaran digital
148
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.2
Guru meminta murid melakar lakaran persembahan berdasarkan produk yang dibawa
murid atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4.
(Lembaran 1)
Langkah 2
Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan
putih bengkel.
Langkah 3
Guru menerangkan mengenai lakaran digital.
149
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran Persembahan
150
UNIT 12
Standard Kandungan
4.5 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial
Maklumat Penting
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial.
Lakaran piktorial boleh dihasilkan dengan mengaplikasikan teknik lakaran oblik,
lakaran isometik dan lakaran perspektif. Pada peringkat ini murid hanya diajar
menggunakan teknik perspektif.
a. Lakaran Perspektif
Lakaran Perspektif ialah salah satu kaedah terbaik dalam menghasilkan lakaran
piktorial dalam bentuk 3 dimensi. Lakaran Perspektif boleh dihasilkan melalui kaedah
satu titik lenyap (TL), dua titik lenyap atau tiga titik lenyap.
Rajah 1: Perspektif 1 titik lenyap Rajah 2: Perspektif 2 titik lenyap
151
Rajah 3: Perspektif 3 titik lenyap
152
b. Elemen Perspektif
Terdapat tiga elemen penting untuk menghasilkan lukisan perspektif. Elemen
tersebut ialah garis bumi, garis ufuk dan titik lenyap.
Garisan-garisan yang membentuk perspektif
GB Garis Bumi - Garisan dasar berdirinya sesuatu objek
GU Garis Ufuk - Garisan yang kelihatan memisahkan objek dari langit
TL Titik Lenyap – Titik selari dengan garisan ufuk yang diunjurkan ke arah lakaran
hadapan di garisan bumi bagi membentuk pandangan perspektif . Titik lenyap
merupakan satu titik di mana semua objek yang menyentuh titik ini tidak kelihatan
lagi.
Rajah 4: Kedudukan elemen perspektif
153
c. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Satu Titik Lenyap
Langkah 1
Binakan satu garis ufuk (GU)
Rajah 5: Garis ufuk
Langkah 2
Tandakan satu titik lenyap (TL) di atas garis ufuk (GU) tersebut.
Rajah 6: Menanda titik lenyap
Langkah 3
Bina bahagian hadapan objek yang akan dilakarkan A,B,C dan D
Rajah 7: Membina bahagian hadapan objek
154
Langkah 4
Binakan semua garisan unjuran ke belakang A, B, C dan D menuju ke satu titik
lenyap (TL)
Rajah 8: Membina garisan unjuran dari A,B,C, dan D ke belakang TL
Langkah 5
Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan
menggunakan garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian E, F G dan H.
Rajah 9: Melakar bahagian dalaman objek iaitu E, F, G, H
155
Langkah 6
Lengkapkan lakaran objek itu dengan menghitamkan garis bagi objek yang
dikehendaki seperti rajah yang ditunjukkan.
Rajah 10: Menghitamkan garis objek
d. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Dua Titik
Langkah 1
Bina satu garis ufuk (GU)
Rajah 11: Membina garis ufuk
156
Langkah 2
Tandakan dua titik lenyap 1 (TL1) dan titik lenyap 2 (TL2) pada garis ufuk (GU)
Rajah 12: Menanda titik lenyap 1 dan 2
Langkah 3
Bina satu garis menegak A dan B yang mewakili bahagian penjuru objek yang hendak
dilakar
Rajah 13: Bina garis tegak A dan B
Langkah 4
Lakarkan semua garisan unjuran ke belakang dari A dan B menuju ke TL1 dan TL2
Rajah 14: Garisan unjuran dari A dan B ke TL1 dan TL2
157
Langkah 5
Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan menggunakan
garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian C, D dan E, F.
Rajah 14: Buat garisan binaan A ke B, C ke D dan E ke F
Langkah 6
Bina satu unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan satu ujuran TL2 ke
sempadan D.
Rajah 15: Buat garisan unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan
TL2 ke sempadan bahagian D
158
Langkah 7
Lakarkan garisan yang mewakili objek yang dikehendaki dari A-C, A-F, F-E, C-D,
D-G, G-E, A-B, dan B-D
Rajah 16: Melakar garisan objek
159
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.2
Guru menerangkan teknik lakaran piktorial. Guru memberi penekanan teknik yang
akan digunakan pada peringkat ini ialah lakaran perspektif. Penerangan kepada tiga
teknik lakaran perspektif iaitu kaedah satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tigas titik
lenyap.
Langkah 2
Guru memberi penerangan tiga elemen penting dalam menghasilkan lakaran
perspektif.
Langkah 3
Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah satu titik lenyap.
Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga
murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran
yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada
papan kenyataan di belakang bengkel.
Langkah 4
Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap.
Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga
murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran
yang sempurna (Lembaran 2). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada
papan kenyataan di belakang bengkel.
160
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran perspektif kaedah satu titik lenyap
161
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap
162
UNIT 13
Standard Kandungan
4.6 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial
Maklumat Penting
e. Langkah Melukis Lukisan Perspektif Tiga Titik
Rajah 1: Pandangan pelan dan pandangan hadapan
Langkah 1
Bina satu garis ufuk dan satu garis menegak.
Tandakan titik Lenyap 1, titik lenyap 2 dan titik lenyap 3
Rajah 2: Membina garis ufuk dan garis menegak
163
Langkah 2
Tanda 1 untuk pandangan mata
Tanda 2 untuk lebar
Tanda 3 untuk tinggi
Rajah 3: Tanda 1 untuk pandangan mata,
Tanda 2 untuk lebar, Tanda 3 untuk tinggi
Langkah 3
Dari TL1 unjurkan garisan pada tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 seperti rajah.
Rajah 4: Unjurkan garisan dari TL1 ke
tanda 1, tanda 2 dan tanda 3
Langkah 4
Dari TL2 unjurkan garisan pada tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 seperti rajah
Rajah 5: Unjurkan garisan dari TL2 ke
tanda 1, tanda 2 dan tanda 3
164
Langkah 5
Tanda titik A dan Titik B, untuk tinggi objek.
Unjurkan garisan dari TL3 ke titik A dan titik B seperti rajah.
Rajah 6: Unjurkan garisan dari TL3
ke titik A dan titik B
Gariskan garisan dari A-1 dan B-1 seperti rajah
Rajah 7: Membina garisan objek
Lengkapkan dan hitamkan garisan objek seperti rajah .
Rajah 8: Contoh Perspektif tiga titik lenyap pandangan bawah
165
f. Gaya visual lakaran
Lakaran yang dihasilkan oleh pereka biasanya dalam bentuk rangka 2D atau 3D,
realistik dan konseptual. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk
menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik. Antara gaya visual
lakaran yang biasa digunakan ialah rendering dan kesan bayang.
i. Rendering
Proses rendering merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya
visual lakaran objek yang seolah-olah wujud. Ianya juga digunakan untuk
menerangkan maklumat berkaitan dengan permukaan lakaran seperti warna, tekstur,
garisan dan bentuk.
Penggunaan alatan asas mewarna digunakan untuk tujuan rendering ini.
Antara alatan asas mewarna yang biasa digunakan seperti:
1. Pensel pelbagai gred
2. Pensel warna
3. Pen penyerlah (highlighter pen)
4. Pen dan dakwat
5. Pastel kapur (chalk pastel)
6. Design marker
Rajah 9: Pelbagai idea kreatif gaya visual
166
Penggunaan Design Marker lebih mudah digunakan kerana bentuk mata pen yang
dapat menghasilkan pelbagai jenis bentuk garisan yang berbeza. Highlighter pen juga
dapat digunakan dengan pantas dan memberikan kesan yang menarik kepada objek.
Pada masa kini, pen jenis ini boleh didapati dalam pelbagai warna dan memudahkah
pereka untuk membezakan permukaan lakaran yang terang dan gelap.
Gambarfoto 1: Pelbagai pilihan warna Design Marker yang terdapat di pasaran
ii. Kesan cahaya dan bayang (Shading)
Pereka menggunakan kesan bayang pada lakaran untuk menjadikan lakaran nampak
lebih hidup. Sebelum melakarkan kesan bayang, kedudukan sumber cahaya perlu
diketahui terlebih dahulu.
Kesan cahaya yang terkena pada objek yang dilakarkan, akan menunjukkan
warna terang atau putih berbanding kawasan lain.
Tona yang gelap pada lakaran menunjukkan permukaan objek itu terlindung dari
cahaya.
Kesan bayang biasanya dihasilkan (shading) dengan warna yang gelap dan
dilakar dikawasan yang terlindung.
Kesan bayang juga dilakar di atas permukaan lantai untuk menunjukkan objek
tersebut tidak terapung di udara.
Kesan bayang boleh dilakar menggunakan pensel pelbagai gred ataupun Design
Marker (Grey Set).
Rajah 10: Mewarna dengan kesan bayang dan cahaya
167
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.2
Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah tiga titik lenyap.
Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga
murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran
yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada
papan kenyataan di belakang bengkel.
Langkah 2
Guru menerangkan dan tunjuk cara mengenai gaya visual lakaran iaitu rendering dan
shading.
Langkah 3
Guru meminta murid menghasilkan gaya visual lakaran iaitu rendering (Lembaran 2)
dan shading (Lembaran 3).
168
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran perspektif kaedah tiga titik lenyap
169
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Gaya visual iaitu rendering
170
Lembaran 3
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Gaya visual iaitu shading
171
UNIT 14
Standard Kandungan
4.7 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D
Maklumat Penting
4.1.3 Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D
a) Lakaran 2 Dimensi (2D)
Lakaran 2 dimensi terdiri daripada satu permukaan atau pandangan sahaja.
Lakaran ini dapat dilihat pada satu arah dan tidak berstruktur.
Hanya terdapat dua dimensi ukuran dalam lukisan 2D iaitu panjang dan lebar
objek.
Lakaran 2D hadapan Lakaran 2D Belakang Lakaran 2D Sisi
Rajah 1: Lakaran 2D
173
b) Lakaran 3 Dimensi (3D)
Lakaran 3 dimensi memberikan gambaran sebenar objek yang ingin dibina. Ianya
mempunyai panjang, lebar dan tinggi (kedalaman) serta isipadu.
Rajah 2: Lakaran 3D
c) Perbezaan bentuk di antara 2D dan 3D
Terdapat perbezaan ketara lukisan yang dilakar menggunakan kaedah 2D dan 3D
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Bentuk 2 dimensi Bentuk 3 dimensi
1. Leper 1. Mempunyai bentuk yang menonjol
2. Mempunyai satu permukaan 2. Mempunyai tiga permukaan
3. Mempunyai dua ukuran iaitu 3. Mempunyai tiga ukuran iaitu
panjang dan tinggi panjang, lebar dan tinggi
4. Tidak menggambarkan 4. Menggambarkan kedalaman dan
kedalaman
5. Menggambarkan keluasan ketinggian
5. Menggambarkan keluasan dan
isipadu
Jadual 1: Perbezaan 2D dan 3D
174
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.3
Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D
Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D
berdasarkan 2D menggunakan tayangan multimedia atau lembaran grafik. Guru
meminta murid menghasilkan beberapa lakaran dengan baik dan sempurna
(Lembaran 1).
Langkah 2
Murid melangkapkan lakaran termasuk warna dan gaya visual.
Langkah 3
Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan dalam bengkel.
175
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran Asas Produk
176
UNIT 15
Standard Kandungan
4.8 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D
4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka Bentuk
4.1.5 Menilai Maklumat Yang Ada Pada Lakaran Yang Dipilih
4.1.6 Mencadangkan Penambahbaikan Ke Atas Lakaran Yang Dipilih
Maklumat Penting
4.1.3 Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D
Melakar beberapa lakaran 3 dimensi (3D) yang sempurna termasuk gaya visual
lakaran dan warna. (Sambungan dari unit 14)
4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka Bentuk
Bagi memilih lakaran terbaik, beberapa kriteria boleh dinilai pada lakaran tersebut.
Penilaian lakaran ini dipermudahkan dengan mewujudkan jadual perbandingan antara
produk.
Rajah 1: Kriteria pemilihan lakaran produk
177
Penilaian produk boleh dibuat terus pada lakaran seperti rajah di bawah atau
menyediakan borang kepuasan pelanggan. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan untuk tujuan penambahbaikan produk dari segi kos, bahan lebih baik dan
kaedah pembuatan yang lebih pantas. Ini akan menguntungkan pihak pengeluar dan
pelanggan juga berpuas hati.
Rajah 2: Contoh penilaian lakaran
178
Pemilihan lakaran produk terbaik boleh dilakukan dengan mengedarkan borang
kepuasan pelanggan. Kumpulan sasaran ditetapkan berdasarkan umur dan jantina.
Maklumat yang diperoleh membantu pereka memilih lakaran yang terbaik berdaarkan
kriteria pemilihan.
Contoh borang penilaian kepuasan pelanggan
179
4.1.5 Lakaran Persembahan Bermaklumat
Lakaran persembahan bermaklumat ialah lakaran akhir yang dihasilkan oleh pereka
bentuk. Reka bentuk lakaran ini akan digunakan dalam proses seterusnya, iaitu
penyediaan lukisan kerja dan penyediaan mock-up atau model. Untuk memudahkan
pereka bentuk, maklumat yang berkaitan dengan produk dimasukkan ke dalam
lakaran. Antara maklumat yang biasa dinyatakan dalam lakaran persembahan
termasuklah elemen, prinsip, bahan yang digunakan, dimensi, fungsi setiap bahagian
/ komponen, dan kemasan yang digunakan seperti cat, lekar, dan varnis.
Elemen Reka Prinsip Bahan yang
Reka
Bentuk digunakan
Maklumat yang
Fungsi perlu ada pada Dimensi
produk
lakaran
Jenis
kemasan
Rajah 3: Maklumat yang perlu ada dalam sesebuah lakaran persembahan
114
Rajah 4: Contoh lakaran bermaklumat berdasarkan produk sebenar
180
Gambarfoto 1: Produk sebenar
4.1.6 Cadangan Penambahbaikan Lakaran Yang Dipilih
Persaingan antara pengeluar produk sentiasa wujud di mana memerlukan kepekaan
pereka untuk merekabentuk dan membuat penambahbaikan mengikut trend.
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
1. Memenuhi citarasa pengguna.
2. Mengikut trend.
3. Menyaingi reka bentuk produk yang ada di pasaran.
4. Mengikut kehendak pasaran semasa.
Rajah 5: Contoh lakaran produk yang ditambah baik dari segi elemen reka bentuk
181
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.3
Murid menghasilkan beberapa lakaran produk (Lembaran 1).
Langkah 2 - 4.1.4
Murid memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk.
Langkah 3 - 4.1.5
Murid menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipililh dengan bimbingan guru
(Lembaran 2). Murid mempamerkan lakaran yang dipilih pada papan kenyataan di
belakang bengkel.
Langkah 4 - 4.1.6
Murid mencadangkan penambahbaikan ke atas lakaran yang dipilih dengan
bimbingan guru (Lembaran 3).
182
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran produk
183
Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran produk bermaklumat yang dipilih
184
Lembaran 3
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran produk yang telah dibuat penambahbaikan
185
UNIT 16
Standard Kandungan
4.9 Lakaran – Lakaran Piktorial
Standard Pembelajaran
4.1.6 Mencadangkan Penambahbaikan Ke Atas Lakaran Yang Dipilih
Maklumat Penting
Murid menghasilkan lakaran baharu selepas cadangan penambahbaikan dibuat.
187
Aktiviti
Langkah 1 - 4.1.6
Murid menghasilkan lakaran baharu selepas penambahbaikan kepada lakaran dibuat.
(Lembaran 1).
Langkah 2
Murid mempamerkan lakaran baharu dengan menampalkannya di papan kenyataan
dalam bengkel.
188
Latihan Lembaran 1
Nama:…………………………………………………………………………………………..
Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………….
Lakaran produk baharu dengan nilai tambah
189
UNIT 17
Standard Kandungan
3.1 Projek Brief
Standard Pembelajaran
3.1.5 Mengaplikasikan Projek Brief Dalam Bentuk Jadual dan Lakaran
Maklumat Penting
3.1.5 Mengaplikasikan Projek Brief Dalam Bentuk Jadual dan Lakaran
Setelah proses saringan maklumat selesai, proses yang seterusnya adalah
mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran. Selepas borang
senarai semak projek brief dilengkapkan murid akan menghasilkan lakaran produk
yang akan dibina. Idea untuk menghasilkan lakaran boleh diperoleh daripada pelbagai
sumber. Murid akan membuat lakaran produk yang akan dihasilkan setelah sesi
pembentangan dan sumbangsaran mengenai projek brief.
191
Aktiviti
Langkah 1 - 3.1.5
Murid membuat lakaran produk yang akan dihasilkan (Lembaran 1).
Langkah 2
Murid akan mempamerkan lakaran produk yang akan dihasilkan di papan kenyataan
dalam bengkel dan guru memilih beberapa murid untuk membentangkan lakaran
mereka.
Langkah 3
Guru mengingatkan murid, mereka akan membina mock-up atau model berdasarkan lakaran
yang dibuat.
192