The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan PdP Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syakirah Ruslan, 2021-09-08 16:12:31

Buku Panduan PdP RBT Tingkatan 1

Buku Panduan PdP Reka Bentuk & Teknologi Tingkatan 1

Keywords: RBT,PdP

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Rajah di bawah ialah kepentingan reka bentuk dan teknologi. Lengkapkan ruang
kosong dengan jawapan yang betul..

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1.

..............................................................................................................
Dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
Menyumbang pembangunan sosial, sains dan teknologi
Pengubahsuaian produk untuk memudahkan manusia

Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif
............................................................................................................

43

Lembaran 2

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Rajah di bawah ialah peranan reka bentuk. Lengkapkan ruang kosong dengan
jawapan yang betul..

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2

............................ - Kebebasan memilih kepada pengguna untuk
memenuhi keperluan dan kehendak mengikut kemampuan

Masyarakat - Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.

Pengeluar - ..............................................................................

................................ - ....................................................................

44

Lampiran 1

Rajah di bawah ialah contoh lakaran bermaklumat

Keseimbangan
(Prinsip)

Kontras
(Prinsip)

Warna
(Elemen)

Garisan
(Elemen)

45



UNIT 4

Standard Kandungan

1.2 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi
1.3 Invensi dan Inovasi Dalam Reka Bentuk

Standard Pembelajaran

1.2.3 Menerangkan etika dalam reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi
1.3.1 Mentakrifkan invensi dan inovasi
1.3.2 Mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk
1.3.3 Meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini.

Maklumat Penting

1.2.3 Etika Reka Bentuk

BERMANAFAAT

MESRA SELAMAT
ALAM DIGUNAKAN

Rajah 1: Etika dalam reka bentuk

47

a. Bermanfaat - produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.
Semakin banyak orang menggunakannya maka produk tersebut semakin bermanfaat.

Gambarfoto 1: Inovasi yang membawa manfaat
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=inovasi+yang+bermanfaat&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahU
KEwigw8TbrYHYAhVFQY8KHdchC3IQ_AUICigB&biw=799&bih=742

b. Keaslian – mereka bentuk produk dengan usaha sendiri, tidak meniru karya orang
lain kecuali mendapat keizinan pemilik.

Gambarfoto 2: Contoh produk asli dan tiruan
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=contoh+produk+yang+asli+dan+tiruan&source=lnms&tbm=i
sch&sa=X&ved=0ahUKEwj_gpr2roHYAhWLOI8KHZH3BooQ_AUICigB&biw=799&bih=742

48

c. Kejujuran – Memberi maklumat yang tepat kepada pengguna seperti bahan
digunakan, harga dan kualiti. Produk sewajarnya tidak mempunyai agenda lain yang
terselindung.

Rajah 2: Tiada penipuan dalam memberi maklumat
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=seven+lies+car+dealers+will+tell+you&source=lnms&tbm=is
ch&sa=X&ved=0ahUKEwieq861r4HYAhXGLY8KHZ7RAlMQ_AUICigB&biw=799&bih=742

d. Keselamatan produk – menghasilkan produk yang selamat digunakan dan tidak
memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Gambarfoto 3: Produk yang selamat digunakan
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=kitchen+durable+stainless+steel+garlic+press&oq=kitchen+durable+st
ainless+steel+garlic+press&aqs=chrome..69i57.38368j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8

49

e. Mesra alam sekitar – Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam
sekitar. Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula.

Gambarfoto 4: Produk yang mesra alam
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=loga+mesra+alam&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=IwJ5VwJRe1ciUM
%253A%252CfGzX9icmBMuJdM%252C_&usg=__-kmxEMXhT9x0uEJikzWzjxQ-
8rI%3D&sa=X&ved=0ahUKEwjIhvm1sIHYAhUgS48KHRRDAdYQ9QEILjAB#imgrc=IwJ5VwJRe1ciUM:

1.2.4 Kerjaya Dalam Bidang Reka Bentuk Dan Teknologi
Oleh kerana reka bentuk dan teknologi sangat berguna kepada manusia maka kerjaya
dalam bidang ini sangat luas. Diantaranya seperti pereka fesyen, pereka barang
kemas, pereka lampu, pereka seni bina, pereka taman, pengarah animasi, pereka
perabot, pereka hiasan dalaman dan pengarah kreatif.

50

1.3.1 Invensi dan Inovasi
Definisi Invensi
Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk yang
baharu yang belum pernah wujud sebelumnya. Atau dengan kata lain mencipta
sesuatu yang baharu yang belum pernah wujud sebelumnya. Sesuatu rekaan
produk tidak lagi dipanggil invensi apabila tempoh penciptaannya melebihi 10
tahun atau kebanyakan orang sudah mengetahuinya

Gambarfoto 5: Reka bentuk awal radio
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=evoslusi+radio&oq=evoslusi+radio&aqs=chrome..69i57j0l3.12503j1j8&
sourceid=chrome&ie=UTF-8

Definisi Inovasi
Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi
lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna.

Gambarfoto 6:: Reka bentuk terkini telefon bimbit
Sumber Internet

https://www.google.com/search?q=rekabentuk+terkini+telefon+bimbit&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved
=0ahUKEwjckou7sYHYAhVBo48KHVMHAsoQ_AUICigB&biw=799&bih=742

51

1.3.2 Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Kerjaya Reka Bentuk

Menjimatkan tenaga Penggunaan tenaga yang
boleh diperbaharui

PRINSIP
INVENSI

DAN
INOVASI

Penjimatan masa dalam
membaiki kelemahan produk

Rajah 2: Prinsip invensi dan inovasi dalam bidang kerjaya reka bentuk

Bidang Pendidikan
Melalui prinsip ini, penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dilakukan
dengan tepat serta menarik minat pelajar. Antaranya ialah peralatan seperti
papan putih pintar dan e-book yang menggunakan peralatan teknologi
maklumat dan komunikasi yang canggih.

Gambarfoto 5: Contoh medium komunikasi yang pantas

Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=komputer+riba&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj95uH1
sYHYAhWBOI8KHcbBD-QQ_AUICigB&biw=799&bih=742

52

Bidang Kesihatan
Contohnya jam pengukur degupan jantung dan penggunaan mesin pengimejan
resonans magnetik.

Gambarfoto 6: Jam yang mempunyai pelbagai fungsi
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=kS0uWr7SFsrOvgT2sJWgDQ&q
=jam+tangan&oq=jam+tangan&gs_l=psyab.3..0l10.35667.36986.0.37965.10.6.0.4.4.0.60.323.6.6.0....0...1
c.1.64.psy-ab..0.10.331...0i67k1.0.r4cnnvngsrM

Bidang Pembuatan
Contohnya, pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model, pereka cipta
perlu menghabiskan masa untuk mengukur, mengerat, menggerudi,
menyambung, melicin dan mewarna. Oleh itu, melalui teknologi pencetak 3D dan
pen 3D, ini akan memudahkan semua tugas dengan hanya menggunakan hujung
jari untuk menekan butang-butang arahan.

Gambarfoto 7:: Produk daripada pen 3D Gambarfoto 8: Produk daripada pencetak 3D

Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=pen+3D+dan+pencetak+3D&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ah

UKEwiZrLaTt4HYAhULOo8KHX5CBmwQ_AUICigB&biw=1600&bih=769

53

Bidang Teknologi Maklumat
Bidang teknologi maklumat mengaplikasikan invensi, inovasi dan reka bentuk dalam
dua aspek iaitu peralatan dan rangkaian. Contohnya, jika dahulu kita menulis
dengan menggunakan papan kekunci dan pen stilus tetapi kini kita boleh menulis
dengan menggunakan jejari sahaja. Selain itu, sebelum ini alat kawalan jauh
memerlukan peranti yang mempunyai infra merah atau kawalan frekuensi radio,
tetapi dengan penggunaan telefon pintar pelbagai tugas dapat dilakukan secara
serentak melalui rangkaian internet. Penggunaan telefon pintar ini juga bukan sahaja
boleh digunakan untuk berkomunikasi malah boleh melakukan tugas kawalan dan
pemantauan.

Gambarfoto 9: Alat komunikasi pelbagai fungsi
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=alat+komunikasi&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjIxZD
Ht4HYAhXEr48KHY7NAIEQ_AUICigB&biw=1600&bih=769

Bidang Pertahanan
Dalam bidang pertahanan, prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk dapat dilihat

melalui penghasilan peralatan persenjataan, teknologi komunikasi, perekodan
dan pengawasan. Contohnya penciptaan robot yang tidak memudaratkan manusia.

Gambarfoto 10: Robot pengesan periuk api
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?biw=1600&bih=769&tbm=isch&sa=1&ei=ujMuWuKRJ4jsvgSo4a_YAQ&q
=robot+pengesan&oq=robot+pengesan&gs_l=psyab.3..0.11577.12952.0.13795.9.7.0.2.2.0.138.468.5j2.7.
0....0...1c.1.64.psy-ab..0.9.469...0i67k1j0i8i30k1j0i30k1j0i24k1.0.RjR6GGEKFUg

54

1.3.3 Invensi dan Inovasi Reka Bentuk Terkini
Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai kehendak.
Invensi dan inovasi reka bentuk terkini dapat dikelaskan kepada beberapa bidang
teknologi seperti:
a) Teknologi komunikasi

Gambarfoto 11: Inovasi dalam teknologi komunikasi
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=inovasi+dalam+teknologi+komunikasi&source=lnms&tbm=isch&sa=X&
ved=0ahUKEwiW1vb1uoHYAhXFQY8KHfqqCWgQ_AUICigB&biw=1600&bih=769

b) Teknologi nano

Gambarfoto 12: Inovasi dalam teknologi nano
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?q=teknologi+nano&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjPzY6d
u4HYAhXHrI8KHQ5TBG0Q_AUICigB&biw=1600&bih=769

55

c) Teknologi kecerdikan buatan (artificial intelligence)

Gambarfoto 13: Inovasi dalam teknologi kecerdikan buatan
Sumber Internet:

https://www.google.com/search?biw=1600&bih=769&tbm=isch&sa=1&ei=VTcuWpSHE46QvQS7moewBQ
&q=teknologi+kecerdikan+buatan&oq=teknologi+kecerdikan+buatan&gs_l=psy-
ab.3..0i19k1.77838.80772.0.81233.17.16.0.1.1.0.68.802.15.15.0....0...1c.1.64.psy-
ab..1.14.695...0j0i30k1j0i8i30i19k1j0i8i30k1j0i24k1j0i8i13i30k1.0._JdUhSMmfqY

56

Aktiviti

Langkah 1 - 1.2.3
Perbincangan tentang etika reka bentuk. Guru meminta murid mengisi etika reka
bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 1)

Langkah 2 - 1.2.4
Perbincangan tentang kerjaya reka bentuk. Guru meminta murid mengisi kerjaya reka
bentuk di ruang kosong pada jadual yang disediakan. (Lembaran 2)

Langkah 3 - 1.3.1
Paparkan bahan maujud contoh produk seperti telefon bimbit atau paparan grafik .
Guru mengaitkan tentang penciptaan telefon sejak dahulu sehingga sekarang.
(Lampiran 1)
Guru mengajak murid berfikir tentang takrif invensi dan inovasi. Guru membuat
kesimpulan tentang takrif invensi dan inovasi serta meminta murid melengkapkan
maklumat ke dalam kertas edaran (Lembaran 3) sebagai pengukuhan murid.

Langkah 4 - 1.3.2
Guru memberi penerangan bagaimana prinsip invensi dan inovasi diaplikasikan dalam
kerjaya reka bentuk.

Langkah 5 - 1.3.3
Perbincangan tentang meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk.

Langkah 6
Rumusan.

57

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.

Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2.

ETIKA KETERANGAN
Bermanfaat
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………

Mesra alam Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan
alam sekitar

…………………………….. Memberi maklumat yang tepat.

Keaslian ………………………………………………………………..
………………………………………………………………..

………………………………… Menghasilkan produk yang tiada kesan sampingan

58

Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul.

BIL KERJAYA BIDANG TUGAS

1 Merancang reka bentuk
dan pelan pembangunan

………………………………………………

2 Mereka bentuk
kenderaan

……………………………………..

Mereka bentuk
3 bangunan, mesin, jentera

dan elektrik
Pereka Bentuk Kejuruteraan

4 Mereka bentuk fesyen
pakaian

……………………………………………

Mereka bentuk
5 persembahan kek, roti

dan buah-buahan
Pereka Bentuk Persembahan Makanan

6 Mereka bentuk hiasan
Seni bina landskap taman

59

Lembaran 3
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Rajah di bawah mewakili a) takrif invensi dan b) takrif inovasi. Pilih dan susun

perkataan yang diberikan ke dalam kotak jawapan yang disediakan dengan betul.

a) kaedah dan proses baharu yang belum
menghasilkan produk yang

mencari jalan untuk pernah wujud sebelumnya

TI
AN
KV
RE
IN
FS

I

b)

bermakna serta mesra pengguna terhadap produk sedia ada

supaya menjadi lebih baik pengubahsuaian menjimatkan, bertenaga dan

TI
AN
KO
RV
IA
FS

I

60

Lampiran 1

Gambarfoto 5: Evolusi telefon

Sumber Internet:
https://www.google.com/search?q=evolusi+telefon&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjRh-
vRv4HYAhUMvY8KHRgiAEAQ_AUICigB&biw=1600&bih=769

61



MODUL 2
PENGURUSAN PROJEK



UNIT 5

Standard Kandungan

2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk

Standard Pembelajaran

2.1.1 Mentakrif Pengurusan Projek Reka Bentuk
2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk
2.1.3 Mengenal Pasti Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek
2.1.4 Merangka Perancangan Projek

Maklumat Penting

2.1.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk
Pengurusan merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti merancang, melaksana,
memimpin dan mengawal.

Projek membawa maksud rancangan atau usaha untuk membangunkan atau
mengerjakan sesuatu.

Pengurusan projek reka bentuk adalah kaedah mengurus sumber yang melibatkan
proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek untuk memastikan sesuatu
projek itu berjaya. Penerangan berkaitan proses kerja seperti dalam jadual 1 yang
disediakan..

65

BIL. PROSES KERJA JENIS KETERANGAN

Skop Merancang kualiti, ciri-ciri dan fungsi reka

1 Skop Kerja Produk bentuk

Skop Projek Kerja-kerja yang perlu dilaksanakan

 Tempoh kerja untuk menyiapkan

sesuatu tugasan.

2 Tempoh Masa  Jadual tugasan, carta Gantt antara

yang digunakan untuk merancang

masa.

Peruntukan kewangan diuruskan dengan

3 Kos Projek baik agar dapat meminimakan kerugian

dan dapat digunakan sebaiknya.

Jadual 1: Proses kerja

2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk

Apabila pereka bentuk menerima tempahan daripada pelanggan dan bersedia untuk
membuatnya maka bermulalah pengurusan sesuatu projek itu. Pereka bentuk ini
akan mereka bentuk mengikut pilihan/persetujuan pelanggan. Seorang pereka bentuk
mesti mempunyai minda berfikir yang kreatif dengan memahami apa yang
dikehendaki oleh pelanggan sebagai hasil akhir dari sebuah proses sama ada sebagai
sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata.

Terdapat pelbagai cara untuk mendorong minda anda berfikir. Fikirkan berbeza akan
mencetuskan idea yang kreatif. Antara kaedah menjana idea reka bentuk produk
ialah:

A Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan
B menukarkannya ke dalam bentuk produk

Mempelbagaikan fungsi sesuatu objek

c Menukar saiz objek

D Menterbalik objek

Rajah 1: Kaedah menjana idea reka bentuk produk

66

A. Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam
bentuk produk.

Contoh: Kita boleh menambahkan gelongsor di samping tangga spiral. Idea ini tentu
sangat sesuai dicuba kalau ada anak kecil yang tinggal bersama.

Gambarfoto 1: Tangga spiral

B. Mempelbagaikan fungsi sesuatu produk
Contoh: Raket lama yang dibuang jaringnya dan digantikan dengan cermin maka ia
akan menjadi hiasan dinding yang unik.

Gambarfoto 2: Hiasan dinding

C. Menukar saiz objek
Contoh: Pasu boleh dikecilkan saiznya untuk dijadikan hiasan di sudut meja.

Gambarfoto 3: Pokok hiasan dalam pasu

67

D. Menterbalik objek

Contoh: Topi ini biasanya dipakai dikepala. Sekiranya diterbalikkan ia sudah
mempunyai fungsi yang lain.

Gambarfoto 4: Topi

Setelah idea pereka bentuk dipersetujui oleh pelanggan mengikut konsep produk itu
dibangunkan, pereka bentuk akan mengurus pelaksanaan projek.

2.1.3 Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek
Pereka bentuk akan mengenal pasti langkah pengurusan pelaksanaan projek melalui
proses kerja. Langkah pengurusan projek melibatkan proses memulakan,
merancang, melaksanakan, mengawal, dan menamatkan kerja setelah matlamat
tercapai.

Memulakan Perancangan Penjadualan

Pengawalan

Menamatkan

Rajah 2: Proses Asas Pengurusan Projek

Memulakan aktiviti pertama dalam pengurusan projek iaitu apabila menerima
Perancangan tempahan daripada pelanggan.
proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang
Penjadualan perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi yang melibatkan
Pengawalan reka bentuk, kaedah pembinaan, kos, masa dan pekerja.
Menamatkan anggaran masa untuk projek siap bagi mengelakkan pembaziran
masa dan kos.
mengawal penggunaan sumber, kos, kualiti, tenaga, bahan dan
sebagainya.
apabila projek selesai dan diserahkan kepada pelanggan

Jadual 2: Proses asas pengurusan projek

68

Pengurusan pelaksanaan projek akan melibatkan pasukan projek. Pasukan
projek terdiri daripada ahli kumpulan di dalam atau luar organisasi yang
mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan
sesuatu projek. Pasukan projek di peringkat sekolah boleh dibentuk mengikut
kesesuaian projek yang akan dilaksanakan. Ahli pasukan bekerjasama dan
bergantung antara satu sama lain untuk menjayakan projek tersebut. Berikut
adalah contoh Carta Organisasi.

Carta Organisasi Pasukan Projek Sekolah

Pengurus Projek

Setiausaha Bendahari

Pereka Bentuk Pembangunan
mock-up/model

Rajah 3: Carta Organisasi

2.1.4 Merangka Perancangan Projek
Perancangan projek ialah peringkat pengurusan projek yang paling utama dan
menjadi penentu objektif sesuatu projek. Perancangan projek yang baik dapat
memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran sumber dan mencegah
gangguan. Siapakah individu yang bertanggungjawab dalam merangka perancangan
projek? Pengurus projek adalah orang yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan
untuk memulakan, merancang, merekabentuk, melaksanakan, memantau, mengawal
dan menutup sesuatu projek.

69

A. Perancangan

Tugas pengurus projek dalam membuat perancangan seperti:

i Penentu Utama apa produk, siapa pelanggan, tempoh
masa, kos, kuantiti dan kualiti

menentukan pembahagian tugas

ii Penentuan subutama kepada ahli kumpulan secara lebih

terperinci.

subutama perlu menyusun sumber dan

iii Pengelolaan aktiviti tenaga kerja dengan teratur dan

mengenal pasti keperluan.

Matris Organisasi atau pembentukan pasukan kerja.
iv

pasukan

Jadual 3: Tugas pengurus projek

B. Penjadualan
Penjadualan disediakan untuk menunjukkan anggaran masa yang ditetapkan
bagi menyiapkan projek.

Mengelakkan kerugian Mengelakkan
masa dan kos pembaziran atau

pemborosan

Tujuan
Penjadualan

Mengawal sumber tenaga Mengurus bahan
pekerja mentah secara

sistematik

Rajah 4: Tujuan Penjadualan

70

Penjadualan boleh dibuat dengan menggunakan blok hubungan aktiviti melalui
rangkaian dan carta gantt atau carta bar.

i. Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian
Contoh:

MINGGU 1 PERBINCANGAN KONSEP

MINGGU 2 LAKARAN IDEA

MINGGU 3 MEMBUAT IDEA

MILESTONE

Rajah 5: Blok hubungan

menunjukkan proses belum berakhir.

71

ii. Carta gantt

Bil Aktiviti Minggu
1 2 34 5 6 7 8 9
1 Perbincangan konsep bersama //
pelanggan
//
2 Melakar bentuk dengan persetujuan
pelanggan //

3 Mencari pembekal bahan

4 Membuat pesanan //

5 Mendapatkan bekalan bahan //

6 Menyiapkan projek / //

8 Menguji guna / penambahbaikan /

9 Kemasan akhir /
// /
Kerja siap, menyediakan laporan dan
10 membuat penyerahan serta tuntutan

bayaran

Jadual 4: Contoh Carta Gantt

C. Pengawalan

Pengawalan dilakukan sepanjang proses menyiapkan projek. Ia merangkumi
pengawalan sumber, kos, kualiti, dan belanjawan terutamanya ketidakpatuhan
terhadap penjadualan, kos, piawaian kualiti, dan belanjawan. Tujuan peringkat
pengawalan untuk memastikan:

i. Semua aktiviti yang dikenal pasti dilakukan secara optimum
ii. Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
iii. Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti
iv. Perubahan dalam penjadualan dibuat sekiranya berlaku sebarang

perubahan atau pembaharuan terhadap projek.

72

Aktiviti

Langkah 1 - 2.1.1

Guru menerangkan takrif pengurusan projek reka bentuk menggunakan paparan
grafik atau tayangan multimedia. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 1)
dan meminta murid mengisi jawapannya.

Langkah 2 - 2.1.2

Guru menerangkan kaedah menjana idea reka bentuk. Guru mengedar lembaran
kerja (Lembaran 2) untuk dilengkapkan oleh murid.

Langkah 3 - 2.1.3 Guru mengedar
Guru menerangkan langkah pengurusan pelaksanaan projek.
lembaran kerja (Lembaran 3)

Langkah 4 - 2.1.4 Guru mengedarkan lembaran kerja
Guru menerangkan perancangan projek.
(Lembaran 4) sebagai pengukuhan.

Langkah 5
Rumusan.

73

Latihan Lembaran 1

Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

1. Rajah di bawah mewakili pengurusan projek. Lengkapkan ruangan kosong
dengan jawapan yang betul.

……………...

Pengurusan
Projek

……….…….. ……………….

2. Rajah di bawah menunjukkan pengurusan projek. Lengkapkan ruang kosong

dengan perkataan yang betul.

Melibatkan kualiti, ciri dan

………………… reka bentuk

Skop

Skop Produk

Kerja Melibatkan kepimpinan dan

Skop pengurusan terhadap …………………,
Projek bahan, maklumat, ruang dan ahli

kumpulan fungsi reka bentuk

Tempoh Tempoh yang …………………………….. untuk menyiapkan
masa sesuatu projek

Kos Peruntukan ………………………………. dalam urusan
Projek pembelian bahan, peralatan, sewaan, insurans, upah dalam

menyiapkan projek

74

Lembaran 2
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.

..................................................... apa sahaja yang terdapat di persekitaran

A dan menukarkannya ke dalam bentuk produk

B Mempelbagaikan ………………………….............sesuatu objek

C Menukar …………………………............. objek

D …………………………............. objek

75

Lembaran 3
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

1. Rajah di bawah menunjukkan carta alir pengurusan projek. Isikan tempat
kosong dengan jawapan yang betul.

………………… Perancangan ……………………

Pengawalan

…………………


2. Padankan pilihan jawapan dengan betul.

A B
Memulakan
Penjadualan melibatkan reka bentuk, kaedah
Menamatkan pembinaan, kos, masa dan pekerja.
Pengawalan apabila projek selesai dan diserahkan
kepada pelanggan.
Perancangan
mengawal penggunaan sumber, kos,
kualiti, tenaga, bahan dan sebagainya.
aktiviti pertama dalam pengurusan
projek iaitu apabila menerima tempahan
daripada pelanggan.
anggaran masa untuk projek siap bagi
mengelakkan pembaziran masa dan
kos.

76

Lembaran 4
Nama:…………………………………………………………………………………………..

Kelas:……………………………………… Tarikh:………………………….

Dialog antara pereka bentuk dengan pelanggan.
Pelanggan: Saya inginkan reka bentuk ‘flower crown’ untuk enam gadis pembawa

bunga sempena majlis cukur jambul.
Pereka Bentuk: Apakah konsep yang dikehendaki?
Pelanggan: Berkonsepkan taman dan harmoni.
Pereka Bentuk: Berapa bajet yang diperuntukkan?
Pelanggan: RM30.00 setiap satu.
Pereka Bentuk: Bila produk ini diperlukan?
Pelanggan: Dalam tempoh tiga puluh hari dari sekarang.
Pereka Bentuk: Ok.

1. Berdasarkan dialog di atas, pada peringkat manakah perancangan projek ini
berlaku?

2. Apakah langkah yang perlu diambil seterusnya oleh pereka bentuk?
3. Sebagai seorang pereka bentuk anda dikehendaki merangka perancangan

berdasarkan langkah pengurusan pelaksanaan projek di atas.

77



UNIT 6

Standard Kandungan

2.2 Pengurusan Projek Reka Bentuk

Standard Pembelajaran

2.1.5 Analisis Perancangan Projek Dan Jadual Kerja
2.1.6 Menyediakan Anggaran Kos
2.1.7 Merancang Pembentukan Kumpulan Kerja Berdasarkan Tugas Dan Peranan

Maklumat Penting

2.1.5 Analisis Perancangan Projek Dan Jadual Kerja
Menganalisis perancangan projek bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang
terlibat dalam pembangunan projek. Dalam proses menganalisis perancangan
projek, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan jadual
kerja.

Garis panduan penyediaan penjadualan projek
 Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual.
 Menyusun aktiviti mengikut keperluan.
 Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
 Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
 Membangunkan jadual
 Menganggarkan kos dan menyediakan bajet.

79

Menganalisis perancangan projek  Menyedia cadangan reka bentuk
Mengurus reka bentuk  Mengenal pasti bahan dan alatan yang

1. digunakan
projek  Ciri-ciri istimewa reka bentuk projek
 Kos

Menyelidik Reka Bentuk  Reka bentuk tidak terlalu sukar
2. mengikut keupayaan kendiri

Projek  Kaedah teknologi yang sesuai

Menjana Idea Reka  Pengumpulan idea reka bentuk
3  Idea diperoleh melalui diri sendiri,

Bentuk Projek kawan, guru, internet dan model
sebenar.
 Idea diterjemahkan dalam lakaran

 Mock-up dibina sebelum model

4 Membuat Mock-up projek  Mock-up dikenali sebagai model olok-
olok

 Tidak menggunakan bahan sebenar

Menguji dan  Kerja penambaikan dibuat setelah ujian

5 dilakukan.
Menambahbaik Mock-up

Jadual 1: Menganalisis perancangan projek

80

Contoh analisis penjanaan idea
Unsur Reka Bentuk

1. Berfungsi // /
/
2. Praktikal / / /
/ /
3. Bahan yang / /
digunakan / /

4. Langkah kerja yang
mudah

5. Kos yang murah

6. Ergonomik /

7. Estetika /

Jadual 2: Menganalisis penjanaan idea

81

2.1.6 Anggaran Kos

Anggaran kos ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan sebelum
menghasilkan sesuatu projek

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal
kos, iaitu kaedah unit/kuantiti dan konsep SMART (Specify, Measurable,
Attainable, Realistic, dan Time-Bound).

i. Unit / kuantiti
Kaedah ini dikenali sebagai anggaran mengikut aktiviti barangan atau
perkhidmatan. Anggaran kos ini disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.

Contohnya, bilangan pengguna di sekolah, bilangan jemaah di masjid, dan
bilangan kerusi penonton di stadium atau pawagam. Kaedah ini mudah untuk
difahami dan pantas namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira kos
barangan yang terlibat.

ii. Konsep SMART
Konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek
bermula dari:
S: Specific – spesifik

penetapan tujuan atau objektif objek
M: Measurable – boleh diukur

pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat
A: Attainable – boleh dicapai

projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga
kerja.
R: Rrealistic – realistik
mewakili kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada
kehendak mereka mencapai tujuan projek.
T: Time-bound – jangka masa ditetapkan
masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek itu.

82

Contoh aplikasi SMART

Tujuan projek

Nama projek Flower Crown

Tujuan Hiasan kepala

Bilangan 6 unit

Sasaran Kanak-kanak

Pengukuran pengagihan kewangan

a) Kos bahan dan alat

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah
RM1.00 RM 2.00
1 Dawai bunga (Floral wire) 2 Peket RM1.50 RM 1.50
RM3.00 RM15.00
2 Pita bunga (Floral tape) 1 Gulung RM2.00 RM10.00

3 Bunga pelbagai warna 5 Peket

4 Daun 5 peket

Jumlah RM 28.50

b) Kos upah X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari
Bil Pekerja 5 X 5 X1

1X

= RM25.00 Kos/hari (RM) Jumlah (RM)
c) Kos overhed 0.30 0.30
Perkara 0.20 0.20

Bil elektrik RM 0.50
Bil Air
Jumlah

83

Jumlah kos modal

Kos bahan + Kos upah + Kos overhed
25.00 + 0.50 = RM 54.50
RM 28.50 +
RM 54.50
Kos pengeluaran untuk seunit 6

RM 9.00

Kos jualan + Peratus keuntungan
Kos modal + RM 21.00 (233.33% untung)
RM 9.00

Kos jualan = RM 30.00

Boleh dilaksanakan dan dicapai

Kos jualan – kos modal = keuntungan
RM 21.00 - RM 9.00 = RM 30.00

Kesesuaian dengan kehendak pelanggan

Produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan melalui perbandingan harga
produk yang sedia ada dipasaran

Tempoh masa dan sumber kewangan

Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sumber kewangan
yang diperlukan tidak melebihi kos yang dianggarkan.

84

2.1.7 Merancang Pembentukan Kumpulan Kerja Berdasarkan Tugas Dan
Peranan.

Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi, iaitu setiap individu
membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai matlamat yang sama,
dan berkomunikasi.

Setiap ahli kumpulan perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Perkara
ini penting bagi membina pasukan yang cemerlang sama ada secara individu atau
untuk sebuah organisasi.

Contoh jadual pembahagian kerja

Senarai Tugas

Tugasan Pengurus Tadbir Urus Pereka Bentuk Pembanguna
n Mock-up

Tugasan Perbincangan Mencari,mengikla Perbincangan Mendapatkan
1 dengan n projek,dan dengan lakaran
pelanggan bersaiz,
pelanggan pelanggan
menyediakan
bahan dan
peralatan

Tugasan Penentuan skop, Menyelidik Penyediaan Mengukur,
2 projek dan maklumat dan pelbagai lakaran menanda,
data berkaitan memotong
penentuan masa
dan
memasang

Tugasan Pembahagian Mendapat sumber Menyediakan Menghasilka
3 tugas ahli dan penentuan lakaran bersaiz n mock-up
kos atau model

Tugasan Menganalisis Menyediakan Menganalisis Menguji dan
4 maklum balas dokumentasi dan maklum balas menganalis
pelanggan untuk pelanggan untuk
penambahbaika persembahan penambahbaika
n versi yang n versi yang

berikutnya berikutnya

Jadual 3: jadual pembahagian kerja

85

CONTOH FORMAT KERTAS KERJA:

TAJUK PROJEK: RAK SERBAGUNA

AHLI KUMPULAN :

BIL NAMA TINGKATAN KAD

PENGENALAN

86

Tajuk projek : Rak Serbaguna

1.0 Situasi

Cenderahati kepada pelajar tingkatan 1 yang baru masuk ke asrama
sebagai alat peragaan dan penyimpanan. “WELCOME GIFT”

2.0 Objektif/Tujuan

2.1 Menyediakan tempat penyimpanan alatan dan sebagai bahan
peragaan.
2.2 Alatan tersusun kemas dan teratur
2.2 Mengambil masa yang singkat untuk mendapatkan alatan apabila

diperlukan

3.0 Sasaran

Kumpulan sasaran bagi projek ini ialah golongan pelajar baharu
TINGKATAN 1 yang menginap di asrama.

4.0 Bilangan Pengeluaran

100 unit

87

5.0 Lakaran Projek

Rajah 1: Contoh lakaran

88

6.0 Jadual kerja

Contoh 1

Minggu

Bil Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9
/
1 Perbincangan konsep bersama pelanggan / / /
/
Melakar bentuk bakul dengan persetujuan // /
2

pelanggan

3 Mencari pembekal bahan //

4 Membuat pesanan //

5 Mendapatkan bekalan bahan //

6 Menanda, mengukur, memotong ///

7 Memasang //

8 Menguji guna / penambahbaikan /

9 Kemasan

Kerja siap dan membuat laporan serta /
10

tuntutan bayaran

Jadual 4: Contoh jadual kerja 1

Contoh 2

Minggu

Bil Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9
/
1 Mendapatkan projek baharu //

2 Mendapatkan sumber //

3 Merancang strategi //

4 Mendapatkan bahan //

5 Melaksanakan projek //

6 Kelulusan piawaian ///

7 Penyerahan projek //

Jadual 5: Contoh jadual kerja 2

89

7.0 Jawatankuasa Kerja Projek

Pengurus Projek
HARIS BIN ARIF

Setiausaha Bendahari
HUSNA BINTI ALI HO LEE CHOO

Pereka Bentuk Pembangunan
ASHRAF BIN ANIS mock-up/mode
JOTHI A/L KUMAR

Rajah 2: Carta Organisasi

8.0 Tugasan Ahli Jawatankuasa

Senarai Tugas

Tugasan Pengurus Tadbir Urus Pereka Bentuk Pembangunan
Mock-up
Tugasan Perbincangan Mencari,mengiklan Perbincangan
1 dengan projek,dan dengan Mendapatkan
pelanggan lakaran
pelanggan pelanggan bersaiz,

menyediakan
bahan dan
peralatan

Tugasan Penentuan skop, Menyelidik Penyediaan Mengukur,
2 projek dan maklumat dan data pelbagai lakaran menanda,
memotong dan
penentuan masa berkaitan memasang

Tugasan Pembahagian Mendapat sumber Menyediakan Menghasilkan
3 tugas ahli dan penentuan kos lakaran bersaiz mock-up atau

Tugasan Menganalisis Menyediakan Menganalisis model
4 maklum balas dokumentasi dan maklum balas
pelanggan untuk pelanggan untuk Menguji dan
penambahbaikan persembahan penambahbaikan menganalis

versi yang versi yang
berikutnya berikutnya

Jadual 6: Senarai tugas

90

9.0 Anggaran Kos Projek

a) Kos bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah
2 RM1.00 RM 200.00
Bil Bahan 1 RM0.50 RM 50.00
1 Kayu 1 RM0.50 RM 50.00
2 Perspek 1 RM0.20 RM 20.00
3 MDF RM5.00 RM 10.00
4 Paip PVC 2liter RM 5.00
5 Glu 500gram RM20.00 RM 40.00
6 Paku RM 275.00
7 Tona Kayu 2tin

Jumlah

b) Kos upah

Bil. Pekerja X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari
3 X 5 X 5 X2

= RM 150.00

c) Kos overhed

Perkara Kos/hari (RM) Jumlah (RM)
5.00 10.00
Bil elektrik 2.50 5.00
Bil Air
Jumlah RM 15.00

91

Jumlah kos modal

Kos bahan + Kos upah + Kos overhed
150.00
RM 275.00 + + 15.00 = RM 435.00

Kos pengeluaran untuk seunit RM 435.00
100

RM 4.35

Kos jualan + Peratus keuntungan
+ RM 4.35 (100% untung)
Kos modal = RM 8.70
RM 4.35

Kos jualan

10.0 Penutup

Kesimpulan rak sebaguna ini dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan ianya dapat berfungsi seperti yang dikehendaki.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

......................................................... ...............................................

Pengurus Projek Guru Reka Bentuk Dan
Teknologi

Tarikh : Tarikh :

92


Click to View FlipBook Version