The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qolbi1979, 2018-12-20 02:13:22

Dinamika full book with cover

Dinamika full book with cover

Bab 2 33

Kaedah penyelidikan:

Kaedah Pengumpulan Data

I. Kajian ini akan menggunakan data primer dan sekunder. Dua
kaedah utama akan digunakan iaitu kajian perpustakaan bagi
mendapatkan data-data sekunder. Data primer akan diperolehi
kaedah soal selidik.

II. Data sekunder akan dikumpul untuk membentuk ’literature
review’ dan data pungutan di Malaysia.

III. Data primer akan diperolehi melalui kaedah soal selidik
terhadap responden terutamanya kefahaman terhadap
istilahmakanan dan minuman dalam Al-Qurān.

IV. Kaedah analisis sistematik semantik dan mengaplikasi
di dalam Al-Qurān dan topik-topik yang berkaitan akan
digunakan untuk mendapatkan hasil istilahmakanan dan
minuman dalam Al-Qurān.

V. Populasi kajian terdiri dari 200-400 orang responden di
pelajar pengkhususan Bahasa Arab di Malaysia. Responden
kajian akan dipilih melalui kaedah persampelan secara
rawak daripada responden yang sedang mengikuti pengajian
pengkhususan bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi
Awam di Malaysia.

VI. Soalan soal selidik diadaptasi daripada kajian-kajian lepas
dengan sedikit pengubahsuaian sesuai dengan maksud
dan tujuan kajian. Soalan soal selidik ini akan diedarkan
dengan bantuan para enumerator untuk membantu responden
memberikan maklumat terperinci yang berkaitan dan akan

34 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

diadakan secara bersemuka. Soalan akan digubal berdasarkan
menggunakan skala nominal dan ordinal dan secara khusus
menggunakan skala Likert.

Kaedah Analisis Data

Data soal selidik berstruktur akan diproses menggunakan perisian
SPSS. Penganalisaan data menggunakan SPSS akan ditumpukan
kepada maklumat-maklumat mengenai keadaan demografi dan
maklumbalas responden yang akan disusun menggunakan skala
nominal dan ordinal untuk diuji kesahan, hubungkaitan dan
korelasi antara satu pembolehubah kepada pembolehubah yang
lain (Chua Yan Piaw, 2008 : 16). Dokumentasi istilah makanan
dalam Al-Qurān yang telah melalui proses menggunakan kaedah
analisis sistematik semantik akan dihasilkan, dan dokumentasi
ini akan menjadi rujukan dan sampel pembinaan soal selidik
responden yang berkenaan. Pembangunan bahasa ini seterusnya
akan melalui proses saintifik untuk kegunaan industri makanan
yang akan dibangunkan boleh dilaksanakan di akhir kajian.

Hasil Dapatan Kajian

Kajian ini akan menggunakan metod campuran iaitu secara
kualitatif dan kuantitatif. Jangkaan dapatan kajian adalah seperti
berikut ;

I. Intisari secara komprehensif bagi istilah makanan dan
minuman yang disebut di dalam Al-Qurān dan al-Sunnah
akan disenaraikan setelah melalui proses analisis sistematik

Bab 2 35

semantik.

II. Intisari makanan tersebut boleh digunakan sebagai input
kepada industri makanan halal/ Sunnah. Manakala hipotesis
bagi kajian secara kuantitatif, hipotesis berikut dikemukan
untuk di analisis.

III. Pencapaian pelajar mengenai penilaian kefahaman istilah
makanan dan minuman Al-Qurān dan al-Sunnah berhubung
rapat dengan umur, tahun pengajian, gender, dan IPT.

IV. Pencapaian pelajar mengenai penilaian kefahaman istilah
makanan dan minuman Sunnah lebih baik dengan kaedah
sistema

BAB 3

Reka Bentuk Penyelidikan Berasaskan Al-
Qurān : Konsep, Prinsip Asas Dan Hala
Tuju
Abdul Hanis Embong & Wan Mohd Khairul
Firdaus Wan Khairuldin

Pendahuluan

Dalam setiap penyelidikan, hasil kajian ditentukan oleh kaedah
dan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian pula ditentukan
oleh objektif kajian. Tiada satu reka bentuk kajian yang boleh
digunakan dalam semua kajian, tetapi satu kajian boleh dilakukan
dengan menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza
(Chua, 2006). Reka bentuk kajian adalah satu perancangan,
strategi dan struktur penyiasatan dalam sesuatu perkara. Dengan
ini, ia berfungsi sebagai alat untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan dan masalah kajian. Satu perancangan yang sistematik
haruslah lengkap dan menyeluruh termasuklah menggariskan
setiap proses penyiasatan bermula daripada awal kajian, hipotesis
kajian dan implikasi operasi untuk dianalisis pengkaji pada
peringkat yang terakhir (Kerlinger, 1986).

Umumnya, reka bentuk kajian perlulah disesuaikan
dengan skop kajian bermula dari awal sehingga akhir kajian
dilakukan. Malah, setiap pengkaji perlu memahami perancangan

Bab 3 37

yang terdapat dalam sesebuah reka bentuk kajian bagi mencapai
objektif yang ditetapkan.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian sebenarnya merupakan suatu yang dirancang
oleh pengkaji dan dikembangkan melalui pengisian kepada
semua aspek dalam prosedur reka bentuk yang dipilih. Pemilihan
reka bentuk yang tepat berupaya menzahirkan dapatan-dapatan
yang tepat dan tulen. Reka bentuk yang tepat merangkumi
keselariannya dengan pernyataan masalah kajian, objektif kajian,
persoalan kajian dan hipotesis kajian yang ditentukan dalam
penulisan sesebuah kajian (Ahmad Munawar Ismail & Mohd
Nor Shahizan Ali, 2014). Terdapat dua fungsi asas reka bentuk
kajian, iaitu pertama, mendapatkan satu perancangan (plan)
operasi untuk melaksanakan pelbagai langkah yang dikehendaki
bagi melengkapkan kajian. Kedua, memastikan reka bentuk
kajian yang dipilih mencukupi dan memadai untuk mendapatkan
hasil dapatan yang sah, menjawab objektif kajian dan tepat pada
persoalan kajian (Ranjit Kumar, 2005).

Punch (2001) pula berpendapat bahawa pemilihan reka
bentuk kajian haruslah meletakkan para pengkaji dalam dunia
empirikal yang menghubungkan persoalan kajian dengan data
kajian. Menurutnya lagi, terdapat empat asas utama yang perlu
dipertimbangkan apabila memilih reka bentuk yang sesuai untuk
sesebuah pengkajian (Punch, 2001). Pertama, strategi yang
melibatkan tujuan atau pendekatan menjalankan kajian agar
persoalan tersebut dapat dijawab. Kedua, kerangka konsepsi yang
menunjukkan hubungkait antara satu pemboleh ubah dengan
pemboleh ubah yang lain. Ketiga, siapa dan apa yang akan

38 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

diselidiki. Keempat, peralatan dan prosedur yang akan digunakan
untuk mengumpul dan menganalisis bahan empirikal.

Berdasarkan penjelasan Ahmad Munawar Ismail dan
Mohd Nor Shahizan Ali (2014), Ranjit Kumar (2005) serta empat
langkah yang dikemukakan Punch (2001) di atas, ia membuktikan
semestinya setiap pengkaji meneliti dengan jelas tentang subjek
yang hendak dikaji. Bagaimana hubungan antara subjek kajian
dengan pengkaji. Akhirnya, pengkaji perlu memilih peralatan
yang bertepatan untuk prosedur kajian yang akan dilakukan.

Namun begitu, ketiga-tiga pernyataan ini merujuk kepada
reka bentuk kajian yang sedia ada kini atau dikenali dengan reka
bentuk konvensional yang digunakan dalam Kaedah Penyelidikan
Lazim (KPL). Reka bentuk ini telah digunakan secara luas dalam
setiap disiplin penyelidikan termasuklah penyelidikan Islam.

Berhubung dengan perkara ini, penyelidikan tentang
Islam khususnya yang menyentuh perihal keagamaan sepatutnya
menggunakan reka bentuk kajian Islam yang telah terdapat dalam
rujukan-rujukan utama perundangan Islam. Seperti reka bentuk
yang terdapat dalam KPL, begitu juga terdapat reka bentuk
dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam (KPBI). Dalam
hal ini, al-Dughaimiy (1997) menyimpulkan penyelidikan dalam
Islam mempunyai langkah-langkah tertentu yang disusun juga
berdasarkan objektif-objektif tertentu. Ia termasuklah melakukan
penyelidikan yang baru, menyusun data yang berselerak,
menampung kekurangan dalam kajian lain, menjelaskan
kekaburan dan menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Persoalannya, sejauh manakah keperluan reka bentuk
kajian Islam perlu untuk digunakan dalam KPBI? Apakah reka

Bab 3 39

bentuk kajian Islam yang boleh dihasilkan berdasarkan sumber
perundangan Islam iaitu al-Qurān? Bagaimanakah proses
pengaplikasian reka bentuk tersebut dalam penyelidikan Islam
kini? Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, artikel ini
mempunyai dua bahagian. Pertama, perbincangan mengenai
keperluan reka bentuk kajian Islam dalam KPBI. Kedua,
perbincangan analisis ayat-ayat al-Qurān tentang penyelidikan
untuk diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian dalam KPBI
merangkumi konsep, prinsip asas dan hala tuju penyelidikan
Islam.

Keperluan Kepada Kaedah Penyelidikan
Islam

Sebelum membincangkan secara terperinci mengenai reka bentuk
kajian Islam, artikel ini menyorot terlebih dahulu perbincangan
tentang keperluan kaedah penyelidikan Islam oleh Syed
Muhammad Naquib al-Attas (1980), Wan Hashim Wan Teh &
Mahayudin Yahaya (1986), Louay Safi (1998) dan Muhammad
Syukri Salleh (2008).

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1980) dalam karyanya
The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic
Philosophy of Education menyentuh tentang hubungan antara ilmu
pengetahuan dengan kebenaran Mutlak milikAllah (SWT) melalui
prinsip-prinsip Islam sepertu wahyu, hikmah dan adab. Menurut
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1980), proses memperolehi
ilmu pengetahuan seharusnya perlu berasaskan ilmu-ilmu Islam
juga. Penekanan terhadap perkara ini telah direalisasikan oleh
cendekiawan dan sarjana Muslim terdahulu seperti al-Ghazaliy

40 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

dan Fakhr al-Din al-Raziy berjaya mengintegrasikan aspek-aspek
tertentu dalam pandangan barat ke dalam pandangan Islam.
Antara yang paling menonjol adalah kemampuan sarjana Muslim
mengembangkan ilmu-ilmu Islam baru yang diilhamkan daripada
al-Qurān seperti ilmu tafsir al-Qurān dan ilmu fiqh seperti yang
dilakukan oleh Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam al-
Syafi’iy.

Hal ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh
Ibn Mas’ud yang bermaksud:seperti berikut:

“Sesungguhnya al-Qurān ini ialah hidangan Allah (SWT),
maka pelajarilah daripada hidangan ini (kandungan al-
Qurān) sedaya upaya kamu”

(Al-Baihaqiy 448)

Al-Qurān merupakan wahyu daripada Allah (SWT)
dan setiap perkara perlu berasaskan kepada prinsip-prinsip al-
Qurān. Terdapat empat prinsip al-Qurān menurut Muhammad
Mumtaz Ali (1994) pertama, mengenali serta menghargai Allah
(SWT) sebagai pencipta manusia dan alam semula jadi; kedua,
menyedari status manusia sebagai sebagai hamba Allah (SWT)
di muka bumi; ketiga, menerima al-Qurān dan hadith sebagai
sumber asas ilmu pengetahuan dan petunjuk manusia; dan
keempat, mengaplikasikan prinsip-prinsip asas syariah bagi
tujuan membangunkan tamadun manusia. Jelaslah setiap disiplin
ilmu memerlukan kepada elemen penghambaan kepada Allah
(SWT) dan keimanan terhadap sumber-sumber wahyu demi
kemaslahatan manusia.

Bab 3 41

Dari sudut penyelidikan, Louay Safi (1998) dalam karya
Asas-Asas Ilmu Pengetahuan: Satu Kajian Perbandingan Kaedah-
Kaedah Penyelidikan Islam dan Barat berpendapat prinsip
penyelidikan barat sama sekali tidak mengakui sumber wahyu
iaitu al-Qurān dan hadith sedangkan Islam agama yang benar
dan segala yang hadir dalam syariat Islam adalah berpaksikan
wahyu Allah (SWT) tanpa sebarang keraguan. Malah bagi barat,
sumber-sumber ilmu pengetahuan perlulah bersifat saintifik iaitu
berasaskan perkara yang boleh ditaakul oleh akal dan digarap
oleh pancaindera semata-mata. Sifat-sifat inilah yang mendorong
penyelidikan di barat menggunakan metodologi penyelidikan
yang dikenali sebagai kaedah saintifik atau lazim. Sarjana-
sarjana barat juga mendakwa kaedah penyelidikan mereka telah
menghasilkan teori, anggapan dan perkaedahan saintifik yang
satu-satunya benar (Osman Bakar, 2009).

Dalam hal ini, penggunaan akal semata-mata yang bersifat
saintifik sebenarnya tidak dapat menjamin ketepatan dalam
melakukan kajian, khususnya jika kajian tersebut berkaitan dengan
umat Islam. Lebih-lebih lagi jika dilihat daripada perspektif yang
berbeza falsafah dan epistemologinya iaitu dari kaca mata Islam
(Muhammad Syukri Salleh, 2008).

Ilmu yang berasaskan epistemologi sedemikian tidak
dapat menjadi petunjuk kepada manusia, malahan ia hanya
mengelirukan, mengecamukkan dan memerangkap manusia ke
dalam ruang yang disempadani oleh tujuan hidup manusia tanpa
haluan (Mustapha Mohd Jar, 1986). Hal ini merupakan jalan yang
berisiko sekiranya diikuti. Sebaliknya sesuatu penyelidikan yang
ingin memahami realiti sosial mestilah berasaskan epistemologi
yang boleh memberi kebenaran yang hakiki tanpa sebarang
kekurangan.

42 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2008) dalam Kaedah
Penyelidikan Berteraskan Islam, kekurangan yang dimaksudkan
dalam kaedah penyelidikan saintifik adalah lebih kepada perbezaan
dalam epistemologi dan falsafah kaedah penyelidikan saintifik
dengan penyelidikan Islam. Lebih jelas lagi apabila kaedah
penyelidikan tersebut yang dipelopori oleh pemikiran barat ini
telah menyisihkan agama atau teologi daripada pengamatan realiti
sosial. Maka keperluan dalam mencari ganti terhadap kaedah
penyelidikan saintifik kian mendesak bagi menghasilkan dapatan
kajian yang tepat dan jitu.

Pemikiran barat ini sama sekali berbeza dengan pemikiran
Islam. Al-Qardawiy (1999) telah meletakkan lima ciri yang
mendasari teori pemikiran barat. Pertama, kecelaruan dalam
mengenal Allah (SWT). Kedua, aliran materialisme yang hanya
mempercayai dengan material atau kebendaan semata-mata.
Ketiga, aliran sekularisme yang memisahkan agama dengan
kehidupan. Keempat, konflik pertentangan antara manusia, alam
semulajadi dengan tuhan. Kelima ialah mereka merasa lebih
tinggi daripada bangsa-bangsa yang lain.

Dalam tradisi keilmuan lazim yang dipelopori oleh
barat, mereka menekankan kepada konsep dualism manusia,
iaitu pemisahan antara jiwa dan jasad (spirit and matter) yang
kemudiannya dimantapkan oleh Cartesian dualism. Akhirnya
melahirkan konsep dualism ilmu antara bidang ilmu sains
tulen dengan ilmu sains sosial dan kemanusiaan. Jelaslah ia
mewujudkan polarisasi ilmu ke dalam dua kelompok yang
berasingan dan saling tidak berhubungan. Antara pelopor
kepada gerakan dikotomi ilmu ini ialah Wilhelm Dilthey (1833-
1911), menurutnya, bidang sains tulen memerlukan kepada cara

Bab 3 43

penjelasan, sedangkan bidang kemanusiaan memerlukan kepada
cara memahami iaitu dengan menyelami dan menghayati dengan
jiwa (Abdul Rahman Abdullah, 2002).

Wan Hashim Wan Teh & Mahayudin Yahaya (1986) dalam
menjelaskan hakikat keseluruhan ilmu menegaskan, ianya tidak
boleh bercanggah dengan hukum-hakam Allah (SWT). Ilmu yang
hakiki juga tidak dapat dipertikaikan tentang faedahnya dalam
pembinaan pengetahuan manusia. Dengan erti kata lain, ilmu
yang tidak bercanggah dengan hukum-hakam Allah (SWT) boleh
menunjuk kepada jalan yang benar dan tidak ada pengasingan
terhadap bidang keilmuan.

Lebih terperinci dalam bidang penyelidikan kini,
Muhammad Syukri Salleh (2008) berpandangan sekurang-
kurangnya terdapat tiga sebab kenapa ketidaksesuaian itu berlaku.
Pertama, kerana berlandaskan kaca mata dan piawaian penilaian
barat, bukan kepada kaca mata Islam. Akibatnya, dapatan dan
rumusan penyelidikan itu tidak tepat seperti yang sepatutnya;
kedua, kerana penyelidikan barat hanya mampu meneliti perkara-
perkara yang zahir sahaja sedangkan hakikatnya kehidupan
manusia bukan sahaja merangkumi perkara zahir, tetapi juga
pada perkara-perkara ghaib. Hasilnya hanyalah berlandaskan
pembuktian daripada pengamatan pancaindera sahaja atau secara
rasional; dan ketiga, kaedah barat mampu membahayakan akidah
umat Islam. Antara perkara yang membahayakan akidah ialah
falsafah Positivisme Auguste Comte yang menyarankan ragam
soal siasat, pengamatan saintifik dan fakta empiris sebagai kaedah
pembuktian semata-mata, secara sedar atau tidak telah menafikan
kewujudan alam ghaib dalam kehidupan manusia.

44 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Oleh itu, penting bagi penyelidikan Islam mengembalikan
tradisi kaedah penyelidikan berasaskan disiplin ilmu Islam.
Dalam permasalahan ini, Muna Abu al-Fadl (1990) menegaskan
untuk memberikan sumbangan bagi pembentukan suatu kaedah
penyelidikan sosial Islam yang benar, para ilmuan Muslim harus
melakukan penerokaan yang serius terhadap disiplin ilmu yang
bersumberkan wahyu iaitu al-Qurān dan al-hadith.

Daripada perbincangan keempat-empat sarjana Muslim
kontemporari ini, dapat diketahui bahawa pembinaan satu kaedah
penyelidikan Islam adalah keperluan penting bagi melibatkan
wahyu Allah (SWT) dalam aspek penyelidikan Islam khususnya.
Tidak ada pertentangan antara sains sebenar dengan ajaran al-
Qurān, bahkan kedua-duanya berasal daripada sumber yang
sama iaitu Allah (SWT) (Ramli Awang et al., 2012). Maka,
penelitian terhadap reka bentuk kajian Islamberdasarkan ayat al-
Qurān dilihat penting dalam usaha mengaplikasikannya dalam
penyelidikan Islam.

Analisis Reka Bentuk Kajian Berasaskan
Al-Qurān

Secara umumnya, reka bentuk kajian Islam menyamai reka bentuk
dalam KPL yang diperkenalkan oleh Barat. Namun begitu, dari
sudut lain terdapat perbezaan yang jelas antara keduanya. Dalam
bahagian ini akan diperincikan reka bentuk kajian berasaskan ayat
al-Qurān dan perkara yang mendasari dan berkaitan dengannya
iaitu konsep, prinsip asas dan hala tuju.

Dalam al-Qurān, secara umumnya Allah (SWT) menggesa
penganutnya supaya menjalankan penyelidikan dan menggunakan

Bab 3 45

metodologi yang sistematik seperti dalam pencarian maklumat,
pengesahan data dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh al-
Qurān menuntut melakukan penelitian terhadap langit bumi
dan pengesahan maklumat apabila menerima berita daripada
sumber yang diragukan kebenarannya. Firman Allah SWT dalam
Ali Imran ayat ke 190-191 dan Surah al-Hujurat ayat ke 6 yang
bermaksud seperti berikut:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan
silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda
bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang
mengingat Allah (SWT) sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan
Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka”

(Ali ‘Imrān 3: 190-191)

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu
orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

(Al-Hujurāt 49:6)

46 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Asas untuk melakukan penyelidikan telah terdapat dalam
al-Qurān, namun begitu aspek membangunkan metodologi secara
tersusun masih lagi tidak dilakukan secara menyeluruh khususnya
seperti metodologi yang terdapat dapat kaedah penyelidikan kini.
Jika diperhatikan dalam ajaran Islam, ia bukanlah sebuah agama
yang berbentuk ritual semata-mata atau dalam bentuk hubungan
yang sehala antara manusia dengan Allah (SWT) sahaja. Bahkan
ia merangkumi segenap dimensi kehidupan manusia di muka
bumi. Bagi tujuan kemaslahatan sejagat dan memahami fenomena
kehidupan manusia, al-Qurān memerintah umat Islam supaya
menyelidik dengan pelbagai kaedah yang dipaparkan dalam al-
Qurān sama ada secara langsung ataupun tidak. Antara ayat-ayat
al-Qurān yang memaparkan gambaran reka bentuk dalam kajian
secara umum ialah seperti berikut:

Reka Bentuk Pemerhatian

Jikadilihatpadaal-Qurān,terdapatbanyakayatyangmenggalakkan
kepada pemerhatian secara langsung untuk mendapat pengajaran
disebalik pemerhatian tersebut. Pemerhatian yang ditekankan
antaranya terhadap balasan umat terdahulu. Seperti firman Allah
(SWT) dalam surah berikut yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami telah mengutus dalam kalangan
tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya
menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah
dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang
menerima seruan rasul itu), ada yang diberi hidayah
petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa
kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,

Bab 3 47

kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-
umat yang mendustakan rasul-rasulnya”

(Al-Nahl, 16:36)

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh
kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah
yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang
yang mendustakan (rasul-rasul)”

(Ali ‘Imrān 3:137)

“Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas rasul-
rasul itu, dengan membawa ayat-ayat kami kepada Firaun
dan ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim
(ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan”

(Al-A’rāf 7:103)

“Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan
rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya
dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak
menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan
jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan
kaum mereka semuanya”

(Al-Naml 27:50-51).

48 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Selain itu, terdapat juga pemerhatian yang khusus kepada
rahmat, kebaikan dan nikmat Allah (SWT) seperti berikut:

“Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah
bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-
makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah akan
memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam
bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

(Al-’ ‘Ankabūt 29:20).

“Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah
(SWT), bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah
matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur).
Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya,
sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang
telah mati. Dan (ingatlah) Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”

(Al-Rūm 30:50)

“Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada
di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana
Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya
(dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada
padanya retak atau renggang?”

(Qāf 50:6)

Bab 3 49

“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari
akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta
bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana
ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana
ia dihamparkan?”

(Al-Ghasyiyah 88:17-20)

Ayat-ayat berkaitan pemerhatian ini memainkan peranan
penting dalam memahami konsep Islam dan kaedah pemikiran
yang ingin diterapkan oleh Allah (SWT) dalam diri setiap
Muslim. Melalui pemerhatian sahaja pun sudah memadai untuk
memikirkan kehebatan penciptaan Allah terhadap sesuatu perkara.

Reka Bentuk Perbandingan

Allah (SWT) turut menggunakan kaedah perbandingan dalam
memberi panduan kepada umat Islam. Pemerhatian yang
dikemukakan dalam al-Qurān meliputi pelbagai segi seperti
keagamaan, kehidupan dunia akhirat, ahli-ahli syurga dan neraka,
azab dan nikmat, jihad Islam dan jihad kafir, dan sebagainya. Ayat-
ayat tersebut adalah seperti firman Allah berikut yang bermaksud:

“Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan
orangorang Yahudi, dan orang-orang Sabi’in, dan orang-
orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-
orang musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan
hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, kerana

50 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dan menyaksikan
tiap-tiap sesuatu”

(Al-Hajj 22:17)

“Mereka berkata, “Tiadalah hidup yang lain selain
daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita
hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan
kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak
mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka
hanyalah menurut sangkaan semata-mata”

(Al-Jāthiyah 45:24)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab,
marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara
kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah
melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya
sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan
orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari
Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling
(enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah
orang-orang Islam”

(Ali Imrān 3:64)

Bab 3 51

“Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan
menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia
dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa
pun yang dapat menolong. Adapun orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah
akan menyempurnakan pahala mereka, dan (ingatlah),
Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim”

(Ali Imrān 3:56-57)

“Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah;
dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan
Taghut (syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan
pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu
daya syaitan itu adalah lemah”

(Al-Nisā’ 4:76)

Ayat-ayat ini jelas mempamerkan kaedah perbandingan
bagi memberi kefahaman tentang kebenaran dan kebatilan yang
hakiki. Selain itu, perkara yang dikehendaki oleh Allah juga ialah
galakan berfikir secara positif atas setiap perbezaan yang berlaku,
seterusnya mampu membuat pilihan yang tepat.

Reka Bentuk Saintifik

Terdapat ayat al-Qurān yang juga mengaitkan sains sama ada
secara jelas ataupun secara umum. Ayat yang termasuk dalam
kategori saintifik ini adalah bertujuan membuktikan keesaan
Allah (SWT) dalam mengawal setiap sesuatu yang ada di dunia.

52 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Saintifik bererti segala bentuk dakwaan dan penemuan perulah
dibuktikan, ia tidak memadai dengan berasaskan andaian semata-
mata, sebaliknya dibuktikan secara empirikal. Antara contoh ayat
yang membicarakan sains adalah seperti berikut yang bermaksud:

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati; supaya kamu bersyukur”

(Al-Nahl 16:78)

Ilmu sains mendapati bahawa fungsi deria pendengaran
bermula lebih awal dalam minggu-minggu pertama selepas
kelahiran bayi. Adapun deria penglihatan bermula selepas bulan
ke tiga dari kelahiran. Fokus penglihatan yang sempurna berlaku
selepas bulan ke enam dari kelahirannya. Bukti yang menunjukkan
telinga bayi berfungsi selepas kelahiran apabila dia mendengar,
dia akan memberi respon segera serta memberi tindak balas.

Selain itu, kaedah pengesanan manusia melalui ibu jari,
kurang oksigen pada tempat yang tinggi, proses kejadian manusia,
pergerakan bukit-bukau turut dikemukakan oleh al-Qurān dengan
gaya bahasa yang tersendiri seperti berikut yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak
akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya? Bukanlah
sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa
menyusun jarinya”

(Al-Qiyāmah 75:3-4)

Bab 3 53

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi
hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan
sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-
sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit
(dengan susah payahnya). DemikianlahAllah menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman”

(al-‘An’am 6:125)

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak
(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula
pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan
kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air
benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari
seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan
yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang
demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada
kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan
dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu)
apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu
berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga
sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu)
ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau
semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya

54 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui
lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan
(ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering,
kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang
merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia
pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah
permai”

(Al-Hajj 22:5)

“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau
menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat
seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah
yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi
dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam
pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan”

(Al-Naml 27:88)

Ayat yang dinyatakan ini berbentuk kawniyyah iaitu ayat
tentang alam semester yang terdapat sekeliling manusia. Dalam
hal ini, al-Qurān mendahului ilmu sains dalam mengungkapkan
kejadian-kejadian alam atau fenomena yang berlaku di alam ini.

Reka Bentuk Sosiologi

Terdapat juga ayat al-Qurān yang menjelaskan tentang sosiologi
bagi tujuan pengajaran kaum yang terkemudian. Seperti
penceritaan kaum nabi-nabi antaranya ’Ad, kaum Thamud,

Bab 3 55

pemerintahan Raja Namrud, Fir’aun, Haman, Qarun dan
sebagainya. Umat Islam dituntut untuk mengkaji dan melihat
pengajaran disebalik keadaan umat terdahulu yang sememangnya
benar bukan sekadar dongeng atau hikayat semata-mata seperti
Firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mengandungi
pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang
yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang
terkandung) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-
kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai
keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang
(mahu) beriman”

(Yūsuf 12:111)

Reka Bentuk Temubual (lapangan)

Kaedah temubual dalam sesuatu keadaan turut dikemukakan oleh
al-Qurān bagi tujuan mendapat kebenaran. Hal ini membuktikan
Islam bukan semata-mata berdiri atas keyakinan tanpa bukti,
bahkan mengakui pembuktian melalui individu yang lebih berilmu
dan lebih dipercayai. Sehubungan itu, beberapa ayat al-Qurān
menjurus kepada temubual seperti berikut yang bermaksud:

56 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu
(wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-
orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang
berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui

(Al-Nahl 16:43)

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah
yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?
Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang
kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu
bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-
orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam
perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari
jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-
baiknya)”

(Al-Baqarah 1:215)

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada
bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-
berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku
melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata””

(Al-An’ām 6:74)

Bab 3 57

Berdasarkan lima reka bentuk asas yang terdapat
dalam ayat al-Qurān membuktikan bahawa penyelidikan telah
terdapat dalam dunia Islam dalam kitab perundangannya. Reka
bentuk pemerhatian, perbandingan, saintifik, sosiologi dan
temubual (lapangan) ini bermatlamat mencari kebenaran melalui
penggunaan akal sebaik mungkin. Maka, Islam secara adil
memberi ruang kepada rasional, logik untuk menghukum keadaan
berdasarkan pembuktian yang ditemui. Sehubungan dengan itu,
reka bentuk dalam kajian Islam mempunyai konsep, prinsip dan
hala tuju tersendiri.

Konsep Penyelidikan Islam

Seperti kewujudan ilmu-ilmu Islam yang lain iaitu ilmu tauhid,
ilmu fiqh, ilmu taṣawwuf, ilmu akhlak dan beberapa ilmu dalam
pengajian Islam, kaedah penyelidikan Islam juga adalah satu
konsep yang baru disusun sebagai satu disiplin ilmu. Perbahasan
mengenainya mnerangkumi penyelidikan dalam pelbagai disiplin
ilmu Islam yang turut menghubungkannya dengan persoalan-
persoalan semasa.

Walaupun secara umum penyelidikan Islam tidak
mempunyai perbezaan dengan penyelidikan sedia ada, kerana
ia adalah suatu proses mencari jawapan kepada suatu persoalan
sebagai satu penyelesaian yang tepat, namun ketepatan konsep
keIslaman amat memberi kesan terhadap kandungan setiap
penyelesaian yang ditemui. Hal ini kerana konsep merupakan
tapak atau tasawur terhadap sesuatu perkara yang turut memberi
kesan yang banyak kepada penghasilan sesuatu penyelesaian atau
dapatan.

58 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Jika dilihat dalam ayat-ayat al-Qurān yang telah
dikemukakan, perbezaan yang jelas penyelidikan Islam dengan
penyelidikan lain yang sedia ada adalah dari aspek perletakan titik
asas daripada sumber-sumber wahyu yang tidak berubah dalam
usaha menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan kata lain, asas
kepada penyelesaian masalah ialah berdasarkan al-Qurān dan al-
sunnah Nabi Muhammad (SAW) seperti berikut yang bermaksud:

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-
pengikutmu): “Apa jua perkara agama yang kamu
berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah
kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah
Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan
kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”

(Al-Syūra 42:10)

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan apabila Allah dan rasulNya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara-(tidaklah harus
mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia
telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”

(Al-Ahzāb 33:36)

Jelaslah, bahawa kdua-dua ayat ini memberi panduan
bahawa sebarang bentuk perbincangan, perbahasan, penyelidikan
mestilah mempunyai hubungan dengan Allah dan Rasul atau

Bab 3 59

memperoleh kebenaran daripada kedua-duanya. Sebarang
penyelidikan yang tidak berhubung dengan Allah atau rasul sama
ada secara langsung ataupun tidak adalah merupakan perbuatan
yang sia-sia. Sekiranya terdapat larangan dalam satu-satu perkara
penyelidikan yang melibatkan perundangan Islam, hendaklah
dieelakkan dan dijauhi. Maka dalam perkara ini timbullah
maqāṣid sharī‘ah, suatu kaedah yang sistematik bagi memelihara
kesejahteraan sejagat.

Kebenaran hakiki adalah yang akan membawa kepada
kebaikan, kemaslahatan, kesejahteraan yang akhirnya kembali
juga kepada Allah (SWT). Konsep keesaan Allah (SWT) meliputi
setiap segi penyelidikan, maka penyelidikan yang dilakukan oleh
mana-mana penyelidik sentiasa berhubung dengan perhambaan
kepada Allah (SWT).

Oleh yang demikian, konsep penyelidikan dalam Islam
ialah mempelajari dengan teliti, cermat dan bersungguh-sungguh
dalam usaha memahami dan mendalami sesuatu perkara. Dari
satu sudut, setiap penyelidikan Islam haruslah merujuk, membaca,
meneliti dan menekuni ayat-ayat al-Qurān dan hadith Nabi
Muhammad (SAW) dengan tujuan sebagai pedoman, sebagai
pengajaran yang akhirnya menimbulkan rasa kehebatan Allah
terhadap segala ciptaan dan kejadian yang berlaku di alam tabii
ini.

Prinsip Asas Penyelidikan Islam

Dalam melakukan sebarang penyelidikan Islam, ia adalah
tertakluk kepada prinsip-prinsip asas Islam itu sendiri. Terdapat
beberapa prinsip yang perlu dipatuhi bagi memastikan kajian

60 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

yang dilakukan bertepatan dan berjaya memberi penyelesaian
kepada permasalahan yang timbul. Penyelesaian yang berasaskan
prinsip Islam mampu bertahan lebih lama dan membentuk solusi
yang bersifat menyeluruh.

Berdasarkan ayat al-Qurān yang menggambarkan reka
bentuk kajian di atas, Allah (SWT) meletakkan beberapa prinsip
yang perlu dipegang agar ia bertepatan dengan pandangan Islam.
Sebagai asas, dalam apa jua penyelidikan yang dilakukan ia adalah
bertitik tolok daripada niat kerana Allah (SWT). Begitu juga
dalam keadaan-keadaan yang berlaku dalam dunia penyelidikan.

Islam menekankan prinsip-prinsip sampingan yang positif
terhadap pengkaji Muslim seperti sebarang bentuk pemnyelidikan
hendaklah dilakukan dalam ruang lingkup etika-etika Islam. Selain
itu, penyelidik Muslim hendaklah menghasilkan penyelesaian
yang berbentuk manfaat dan bersifat adil serta amanah dalam
setiap keadaan. Perkara ini telah digariskan oleh Allah (SWT)
seperti berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum
itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”

(Al-Māidah 5:8)

Bab 3 61

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
mendengar, lagi sentiasa melihat”

(Al-Nisā’ 4:58)

Kedua-dua ayat ini cukup untuk membuktikan bahawa
penyelidik dalam setiap aspek haruslah meletakkan prinsip asas
penyelidikan Islam iaitu adil dan amanah. Resolusi Konferen
Perubatan Islam Pertama yang diadakan di Kuwait pada tahun
1981 misalnya telah membuat beberapa resolusi mengenai etika
Islam dalam penyelidikan. Antaranya penyelidik mempunyai
tanggungjawab keagamaan terhadap Allah (SWT), mempunyai
etika, integriti dan hikmah serta bertindak secara professional
dalam batasan agama Islam. Penyelidik hendaklah menggunakan
sains dan teknologi hanya untuk kebaikan sejagat, bukan
bagi tujuan kemudaratan atau bahaya yang membawa kepada
kerosakan. Penyelidik juga tidak boleh merendahkan martabat
manusia atau mengeploitasi keperluan material mereka ke jalan
yang salah. Kesemua etika ini telah dipersetujui dan terungkap
dalam Islamic Code of Medical Ethics (Kuwait Document, 1981).

Secara umumnya, skop penyelidikan Islam adalah
sangat luas dan ia memerlukan kepada prosedur penyelesaian
yang sistematik selari dengan kehendak Allah (SWT) yang
menciptakan manusia dan telah menetapkan hala tuju manusia

62 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

di muka bumi ini (Ahmad Sunawari Long, 2009). Dalam hal ini,
akhlak mulia penyelidik juga merupakan prinsip penting yang
perlu dipatuhi bagi menjamin kualiti penyelidikan yang dijalankan
dan bagi mengelakkan berlakunya pertikaian dapatan kajian yang
diperoleh. Antara akhlak mulia penyelidik yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:

I. Memahami tujuan dan matlamat penyelidikan.

II. Memastikan kesahihan sumber fakta dan maklumat yang
diambil.

III. Menjauhi penyelewengan dalam setiap keadaan.

IV. Bersifat telus. Tidak prejudis atau mengikut perasaan.

V. Penyelidikan yang cermat dan sistematik.

VI. Memelihara maruah penyelidik dan keterlibatan penyelidik.

Jelaslah dalam penyelidikan Islam mempunyai prinsip asas
yang perlu dipatuhi oleh setiap penyelidik. Kegagalan mematuhi
prinsip asas ini akan menyebabkan berlakunya kemudaratan dan
lebih parah lagi ialah kemurkaan Allah ke atas diri penyelidik.
Prinsip yang dikeluarkan adalah berasaskan kepada sumber
wahyu al-Qurān dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW).

Hala Tuju Penyelidikan Islam

Setelah memahami konsep dan prinsip asas penyelidikan Islam,
maka hala tuju untuk mengaplikasikannya dapatlah dibentuk
dengan sempurna. Hala tuju penyelidikan Islam juga berasaskan
kepada hala tuju Islam itu sendiri. Dalam perkara ini Allah (SWT)
berfirman yang bermaksud:

Bab 3 63

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu”

(Al-Dhariyāt 51:56)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri
melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan
(dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan
(sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya
akan segala yang kamu kerjakan”

(Al-Hasyr 59:18)

Dalam tafsiran ayat ke-18 ini, Ibn Kathir (1988)
menjelaskan ayat tersebut menyeru kepada semua manusia agar
beriman kepada Allah secara konsisten melakukan penyelidikan
dan refleksi terhadap diri, keluarga, organisasi, dan komuniti
masing-masing. Tujuannya ialah untuk memastikan bahawa
segala tingkah laku dan pergerakan manusia tidak tergelincir
daripada landasan takwa yang boleh mengundang murka Allah
(SWT). Selain itu, manusia tidak perlu untuk merahsiakan apa
pun tindakan yang telah dilakukan kerana semuanya dalam
pengetahuan Allah.

Oleh sebab itu, untuk memperoleh dapatan kajian yang
sempurna dan penambahbaikan yang berterusan, muhasabah ini
perlu dilaksanakan secara jujur dan telus dengan meletakkan al-

64 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Qurān dan sunnah nabi sebagai asas kepada setiap penyelessaian.
Akhirnya, setiap tindakan yang dilakukan adalah merupakan
ibadah kepada Allah (SWT).

Selain itu, dalam penyelidikan Islam, hala tuju yang
baik merupakan matlamat hakiki yang hendak dicapai. Antara
beberapa hala tuju yang boleh diterapkan penyelidik ialah seperti
berikut:

I. Penyelidikan yang akan meningkatkan rasa kehambaan
kepada Allah dan rasa kekerdilan usaha manusia berbanding
kekuasaan Allah.

II. Penyelidik menerapkan makna dan maksud ayat al-Qurān
dalam menyelesaikan masalah dan isu semasa supaya setiap
perkara dapat dihubungkan dengan Allah.

III. Memperolehi dapatan kajian yang diredai oleh Allah dan
dapat digunakan untuk penyelesaian ummah.

IV. Memanfaatkan setaip prinsip sunnatullah dan menyesuaikan
dengan prinsip saintifik dalam penyelidikan

V. Penyelidikan berterusan meningkatkan kecemerlangan dalam
setiap aspek penyelidikan semaksimum mungkin melalui
usaha yang menyeluruh secara telus dan jujur disamping
mengnepikan sebarang bentuk kepentingan diri dan keperluan
serta kehendak nafsu material.

Dengan mempunyai hala tuju yang jelas dan terperinci
mengenai penyelidikan yang dilakukan, para penyelidik Muslim
bersama-sama memainkan peranan untuk membawa perubahan
kepada sesebuah masyarakat. Perubahannya mestilah ke arah yang
lebih baik dari sudut pandangan Islam, atau ke arah mendekati
model masyarakat Islam yang unggul. Dengan ini setiap

Bab 3 65

penyelidikan yang dikaji mendapat sokongan penuh daripada
masyarakat yang turut memerlukan penyelesaian masalah dalam
kehidupan.

Permasalahan yang dirungkaikan melalui penyelidikan
bukanlah terbatas pada ibadah atau ritual keagamaan semata-
mata, ia juga boleh menyelesaikan masalah lain yang dihadapi
masyarakat semasa. Antaranya termasuklah masalah kemiskinan,
rasuah, integriti, kebudayaan, pendidikan, modenisasi,
pembangunan, ekonomi dan lain-lain lagi. Tetapi setiap
permasalahan ini mestilah dibincangkan dalam konteks Islam
sebagai al-dīn (cara hidup) yang tidak dapat dipisahkan dengan
agama termasuklah spiritual dan moral. Proses penyelidikan bagi
penyelesaian masalah ini juga mestilah mengikut konsep, prinsip
asas dan hala tuju yang terdapat dalam ajaran Islam.

Kesimpulan

Penyelidikan dalam Islam secara asasnya telah wujud, namun
ia tidaklah dikemukakan secara jelas dalam zahir ayat-ayat al-
Qurān kerana penyelidikan hanya sebahagian sahaja daripada
proses kehidupan di dunia ini. Sedangkan al-Qurān merupakan
sumber kehidupan umat Islam yang menyeluruh (shumūl), maka ia
hanya meletakkan kaedah-kaedah yang penting dalam menangani
masalah atau isu yang timbul dan memberi panduan yang benar
kepada manusia tata-cara kehidupan didunia. Meskipun begitu,
tidak dinafikan terdapat ayat-ayat al-Qurān yang secara langsung
menggambarkan sesebuah reka bentuk dalam penyelidikan Islam
iaitu reka bentuk pemerhatian, reka bentuk perbandingan, reka
bentuk saintifik, reka bentuk sosiologi dan reka bentuk temubual
(lapangan).

66 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Kelima-lima reka bentuk penyelidikan yang dikemukakan
oleh al-Qurān ini membuktikan bahawa Islam mempunyai
metodologi tersendiri dalam melakukan penyelidikan. Selain
itu, kewujudan disiplin ilmu Islam yang lain seperti fiqh, tauhid,
akhlak juga turut membuktikan bahawa penyelidikan telah
berlaku dalam dunia Islam dan umat Islam sejak dahulu lagi.
Umat Islam perlu menyedari hal ini dan sepatutnya berusaha
untuk melibatkan wahyu Allah (SWT) ke dalam setiap bidang
yang diceburi termasuklah penyelidikan bersifat akademik.

Oleh yang demikian, penyelidik Muslim yang hendak
melakukan penyelidikan Islam boleh menggunakan salah
satu daripada lima reka bentuk berasaskan al-Qurān sama ada
dalam bidang keagamaan, sosial, ekonomi, pendidikan dan
lain-lain lagi. Asas-asas utama reka bentuk yang dinyatakan
oleh Punch (2001) iaitu strategi atau pendekatan menjalankan
kajian, kerangka konsepsi, siapa dan apa yang akan diselidiki,
peralatan dan prosedur yang akan digunakan untuk mengumpul
dan menganalisis bahan atau data boleh disesuaikan dengan reka
bentuk penyelidikan berasaskan ayat al-Qurān. Secara langsung
ia juga boleh diletakkan salah satu bahagian dalam KPBI.

Kesimpulannya, setiap ayat al-Qurān yang dikemukakan
di atas adalah bentuk penyelidikan Islam yang secara hakikatnya
melibatkan kehambaan manusia terhadap Allah (SWT).
Kemudiannya diaplikasikan dalam bidang penyelidikan.
Sehubungan itu, lahirlah konsep, prinsip asas dan hala tuju
penyelidikan Islam yang hakiki perlu diikuti penyelidik Muslim
agar setiap proses kajian yang bermula dari awal sehingga
menghasilkan dapatan kajian memenuhi ciri-ciri keIslaman
yang sebenar disamping diredai oleh Allah (SWT) sebelum ia

Bab 3 67

dimanfaatkan kepada masyarakat umum. Akhirnya, semakin
ramai penyelidik Muslim yang akan menggembeling tenaga
fikiran mereka supaya usaha mewujudkan penyelidikan Islam
secara menyeluruh bertunjangkan wahyu Allah (SWT) yang
tulen ini benar-benar menjadi kenyataan. Secara langsung ia akan
mengembalikan zaman kegemilangan tradisi keilmuan Islam.

BAB 4

Punca-Punca Kekotoran Jiwa Menurut
Buddhisme Dan Perspektif Al-Qurān
Azhar Abdul Rahman, Mohd Nizam Sahad, Nor

Azira Mohd Radzi & Suhaila Abdullah

Pendahuluan

Penyucian jiwa Buddhisme menumpukan usaha menamatkan
penderitaan atau dukkha. Penamatan atau penghapusan dukkha
penting dalam perjalanan penganut Buddhisme mencapai
pencerahan, kebenaran tertinggi atau nirvana. Oleh itu, jiwa
penganut Buddhisme perlu dibersihkan dari elemen-elemen
dukkha. Terdapat dua tonggak utama yang menjadi teras
penyucian jiwa Buddhisme iaitu jalan empat kebenaran mulia
dan jalan lapan lapis mulia. Oleh itu, tidak dapat tidak penganut
Buddhisme perlu mempelajari teori atau asas ajaran ini dan
seterusnya mempraktikkan kedua-dua jalan ini. Dengan teori dan
praktik yang bersungguh-sungguh, penganut Buddhisme dapat
membersihkan jiwa, mendapat pencerahan, membebaskan dari
dukkha, mencapai nirvana dan sekaligus menghindarkan mereka
dari kelahiran semula pusingan kehidupan (samsara) yang
dipenuhi dukkha. Kedua-dua jalan ini sebagai tonggak ajaran
Buddhisme yang perlu dipelajari penganutnya dan dipraktikkan
dengan bersungguh-sungguh. Tanpa pengetahuan asas terhadap

Bab 4 69

kedua-dua ajaran ini, seseorang tidak dapat menghayati dengan
baik ajaran Buddhisme sekaligus tidak dapat menghapuskan
penderitaannya.

Perbincangan mengenai terjemahan perkataan dukkha
selalumenjaditopikperbincanganberikutanterjemahannyasebagai
penderitaan yang seolah-olah membawa maksud yang negatif.
Dukkha ialah akar kata dari perkataan Pali dan diterjemahkan
sebagai suffering dalam bahasa Inggeris. Kebenaran mulia yang
pertama ini umumnya diterjemahkan oleh kebanyakan sarjana
sebagai ‘kebenaran mulia tentang penderitaan’. Ini bermaksud
bahawa kehidupan menurut Buddhisme ialah semata-mata
penderitaan dan kesakitan. Bagi Rahula, kedua-dua terjemahan
ini adalah sangat tidak memuaskan dan tersasar. Kesan daripada
ketidak telitian pentafsiran ini, ramai orang terkeliru mengenai
Buddhisme dan menganggapnya sebagai sesuatu yang pesimis.
Rahula menyatakan bahawa Buddhisme bukanlah bersifat pesimis
atau optimis. Buddhisme bersifat realistik dan melihat kehidupan
dan dunia ini secara realistik. Gautama Buddha melihat sesuatu
secara objektif. Dia tidak berbohong dan melenakan manusia untuk
tinggal di syurga yang main-main dan dia tidak menakutkan dan
menyeksa manusia dengan segala jenis imaginasi ketakutan dan
dosa. Dia hanya memberitahu manusia secara tepat dan objektif
siapa manusia dan dunia sekeliling dan menunjukkan manusia
jalan untuk kebebasan yang sempurna, keamanan, ketenangan
dan kegembiraan.

Perkara yang sama dinyatakan Dhammanada. Beliau
menyatakan bahawa konsep dukkha selalu disalahfahami orang
ramai bila ianya diterjemahkan sebagai penderitaan (suffering)
atau ketidakpuasan (unsatisfactorness). Dukkha mengandungi

70 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

maksud yang mendalam dan luas seperti tidak sempurna
(imperfection), kesakitan (pain), sementara (impermanent), tidak
harmoni (disharmony), kegelisahan (discomfort), kejengkelan
(irritation) atau kesedaran tentang keadaan tidak sempurna dan
kekurangan. Dukkha termasuklah penderitaan fizikal dan mental,
kelahiran, keuzuran, penyakit, kematian, bersama dengan sesuatu
yang tidak disukai, berpisah dari sesuatu yang disukai dan tidak
berjaya mendapat sesuatu yang diinginkan. Dukkha juga wujud
dalam masa riang gembira kerana kegembiraan itu tidak abadi dan
hilang apabila keadaan berubah. Oleh itu, dukkha merangkumi
semua kewujudan tatkala gembira ataupun sedih. Inilah hakikat
dukkha yang mana semua manusia tertakluk kepada kebenaran ini
selagi masih hidup. Kelahiran, tua dan kematian dilambangkan
dengan penderitaan zahir. Tidak memperolehi apa yang diinginkan
dan berpisah dengan sesuatu yang disukai dilambangkan dengan
penderitaan mental dan penderitaan batin. Oleh itu, kehidupan
manusia sentiasa terikat dengan dukkha zahir dan batin.

Perbahasan mengenai kebenaran dukkha atau
kewujudannya banyak tertumpu kepada interpretasi makna
sebenar dukkha. Perbahasan dan kefahaman mengenai dukkha
sebenarnya amat penting kerana ia menjadi tonggak dan
kesinambungan ajaran Buddhisme seterusnya. Terdapat banyak
perbincangan dalam mentakrifkan pengertian dukkha. Penganut
Buddhisme yang ingin melakukan proses penyucian jiwa
sewajarnya memahami takrifan dukkha sehingga tercapai maksud
yang dikehendaki. Sekiranya dukkha ini tidak difahami dengan
baik, proses penyucian jiwa tidak dapat mencapai objektifnya
kerana dukkha adalah tonggak kepada proses-proses penyucian
seterusnya. Sekiranya tidak memahami dukkha, secara tidak
langsung akan gagal memahami ajaran-ajaran Buddhisme yang

Bab 4 71

seterusnya kerana perkaitan dan pertalian yang wujud antara satu
sama lain.

Punca-Punca Kotoran Jiwa Menurut
Buddhisme

Dalam usaha penganut Buddha menyucikan diri dengan menyedari
perihal dan hakikat kewujudan dukkha, maka terdapat halangan
besar yang dianggap menjadi sebab kepada kewujudan dukkha
yang mengotorkan jiwa. Natijahnya boleh menyebabkan usaha
penyucian penganut Buddha tidak berjaya. Punca kotoran tersebut
ialah nafsu dan keinginan yang kuat – syahwat. Inilah menjadi
penyebab kepada kewujudan dukkha. Keinginan yang kuat ini
merujuk kepada keinginan mencari kebahagian melalui lima
pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan
rasa. Keinginan ini juga diiringi dengan keghairahan atau obses
seperti hubungan intim. Seterusnya punca kekotoran ini ialah
faktor keterikatan manusia kepada perkara-perkara yang tidak
kekal. Oleh itu, ketiga-tiganya perkara ini iaitu nafsu, keinginan
yang kuat dan ikatan ini saling berkait yang menyebabkan
kewujudan dukkha.

Apabila dukkha wujud, ia menjadi kotoran pada jiwa
dan menghalang berlakunya proses penyucian jiwa sekaligus
menghalang usaha mencapai Nirvana. Dalam Samyutta Nikaya
perkara yang sama dijelaskan. Buddha menyatakan kepada
bhikkus bahawa keinginan yang kuat - syahwat (craving)
membawa kepada kewujudan semula dan ianya diikat dengan
keseronokan (delight) dan nafsu (lust) dan mencari keseronokan
disini dan sana. Jelas di sini tiga elemen utama disebutkan

72 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

iaitu, nafsu, syahwat dan keseronokan pada dunia. Nafsu atau
syahwat ini disebut juga tanha, raga dan lobha. Nafsu disini
dikaitkan dengan pelbagai sifat-sifat negatif. Antara yang utama
ialah perasaan tidak suka atau perasaan benci, perasaan marah
dan perasaan yang penuh dengan ketamakan. Dari sifat-sifat ini
kemudiannya melahirkan pelbagai masalah kepada diri manusia
dan kekotoran-kekotoran jiwa. Nafsu ini menjadi peransang
kepada sifat-sifat buruk dan kotor. Nafsu dikiaskan seumpama api,
dia membakar dan memusnahkan. Jelasnya di sini, Buddhisme
mengaitkan nafsu, syahwat dan soal-soal keduniaan yang disukai
manusia yang akhirnya sekiranya tidak ditangani dengan baik
(disedari kewujudannya) menjadi punca kepada kekotoran jiwa
sekaligus menghalang mereka mencapai pembebasan hakiki atau
Nirwana kerana elemen-elemen inilah yang mewujudkan dukkha.

Selain faktor nafsu, faktor keinginan yang kuat boleh
menghalang manusia dari menyucikan jiwa. Keinginan yang
kuat ini pula berkait dengan kejahilan atau delusi (avijja atau
moha) manusia. Bermaksud manusia tidak memahami kejadian
sebagaimana yang sebenarnya atau gagal memahami realiti
kehidupan. Akibatnya, manusia terpedaya dan gagal mencapai
Nirvana atau pencerahan agung dan tertakluk kepada kelahiran
semula dan dukkha. Maksudnya disini, keinginan yang kuat
ini lahir kerana manusia tertarik kepada sesuatu yang tidak
kekal - keduniaan disebabkan tidak memahami hakikat sebenar
keduniaan. Inilah yang dimaksudkan kejahilan iaitu jahil batin atau
dalaman dan bukan jahil dari sudut intelek. Sekiranya manusia
tahu perihal apa yang tidak kekal itu tidak boleh memberikan
kebahagiaan hakiki, maka sudah pasti manusia tidak akan tertarik
atau berkeinginan kepadanya. Oleh itu, manusia terpedaya dengan
diri sendiri kerana gagal melihat sesuatu berasaskan hakikatnya.

Bab 4 73

Kerana kejahilan ini, mereka tidak dapat memahami dukkha yang
akhirnya membawa mereka kepada samsara (kelahiran semula).
Kejahilan ini menjadi akar kepada kejahatan dan penderitaan di
dunia ini. Ia menghalang penglihatan mata mental seseorang dari
melihat hakikat atau realiti sesuatu perkara. Delusi atau moha
ini kerana ia menipu diri sendiri yang melihat kehidupan ini dan
segalanya berkait dengan kehidupan ini sebagai kekal sedangkan
hakikat sebenar adalah sebaliknya. Selain itu, kejahilan ini juga
berkait rapat dengan kejahilan penganut Buddha memahami
jalan empat kebenaran mulia yang intipatinya ialah untuk
memahamkan manusia bahawa kehidupan ini adalah sementara
dan tidak mempunyai kebahagiaan hakiki. Maka tidak hairanlah
kedua-duanya ini iaitu avijja dan moha dilihat sebagai sinonim.
Oleh itu, apabila seseorang itu jahil, secara tidak langsung dia
sudah berada dalam situasi penderitaan dan membawanya kepada
penderitan-penderitaan yang lain kerana gagal memahami hakikat
kehidupan.

Moha menyebabkan manusia tertipu sekaligus
mewujudkan keinginan yang kuat kepada dunia yang disangkanya
kekal abadi dan boleh memberikan kebahagian berkekalan. Selain
menyatakan kejahilan manusia memahami hakikat dunia, Buddha
juga menekankan tentang kejahilan manusia memahami teras
ajaran Buddha iaitu jalan empat kebenaran mulia yang seterusnya
membawa manusia kepada kejahilan melihat hakikat dunia. Maka
sebab itulah kejahilan ini dikaitkan dengan jahil kepada hakikat
dunia dan jalan empat kebenaran mulia kerana kedua-duanya
saling berkait ibarat telur dan ayam mana yang terdahulu.

74 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Analisa dari Perspektif Al Quran dan
Perbincangan

Nafsu

Berasaskan kekotoran jiwa menurut Buddhisme, kita boleh
melihat beberapa aspek persamaan. Pertamanya ialah soal nafsu
yang menjadi pendorong kepada perkara-perkara jahat yang
berdosa yang menghitamkan jiwa dan hal-hal keduniaan yang
mencetuskan kekotoran di dada-dada manusia. Menurut al Quran,
nafsu yang mendorong kepada kejahatan dikenali dengan nama
ammãratu bi al sũ’. Nafsu ini mengajak kejahatan. Dalam Al
Quran, hawa nafsu yang jahat seperti ini adalah merujuk kepada
kalimah shahwat atau shahawat. Imam Ghazali menyatakan
salah satunya maksud nafsu ialah pokok atau pangkal yang
menghimpunkan kekuatan marah dan shahwat pada manusia
nafsu itu sebagai pokok yang menghimpunan sifat-sifat tercela
bagi manusia dan ia menjauhi Allah dan termasuk dalam golongan
syaitan Bermaksud, nafsu dan shawat ini saling berkaitan dan
mempunyai potensi mengotorkan jiwa manusia sama seperti
Buddhisme.

Apa yang menjadi perbezaan Islam dan Buddhisme dalam
konteks ini ialah persoalan terma nafsu dalam bentuk yang khusus
dan umum. Dalam Buddhisme, pengertian nafsu yang mendorong
manusia melakukan kejahatan adalah terlalu umum. Tidak ada
penghuraian lanjut mengenainya kecuali hubungkait nafsu dengan
keinginan yang kuat dan keduniaan. Dalam Islam pula, pengertian
nafs atau nafsu adalah variasi. Selain maksud nafsu sebagaimana
yang dinyatakan Imam Ghazali sebagaimana di atas, nafsu juga

Bab 4 75

bermaksud dengan maksud yang halus (latifah) dari manusia iaitu
yang mengetahui dan merasa. Nafs ini disamakan maksud dengan
hati (qalbu) dan disebut sebagai laṭĩfah Rabbãniyyah Ruhãniyyah.
Apabila dia tenang, akur kepada perintah dan tiada kegoncangan
yang disebabkan penentangan syahwat, maka dinamakan al Nafs
al Muṭmainnah. Apabila tidak sempurna ketenangannya, menjadi
pendorong kepada nafsu syahwat dan penentangnya, maka
dinamakan: al Nafsu al Lawwāmah. Sekiranya nafsu itu tidak
lagi menentang (meninggalkan penentangannya), tunduk patuh
menurut nafsu syahwat dan seruan syaitan maka dinamakan al nafs
ammãratu bi al sũ’ iaitu nafsu yang menurut yang jahat . Al Jurjani
menyatakan nafsu ammãrah pula dimiliki oleh manusia yang sifat
mereka yang sangat berminat dengan kelazatan dan keseronokan
kebendaan sehingga membawa mereka kepada perlakuan atau
sifat buruk dan hina. Kesimpulannya, persamaan yang wujud
pada keduanya iaitu nafsu menurut Buddhisme menjadi pencetus
dan penghalang proses penyucian jiwa dan menurut Islam nafsu
tersebut dinamakan ammãrah al sũ’. Selain itu, nafsu dalam Islam
dikaitkan dengan peranan syaitan berbanding Buddhisme tidak
mengenengahkan perkara ini.

Ikatan Manusia Kepada Perkara-Perkara

Yang Tidak Kekal

Buddhisme menyatakan bahawa kerteriktan manusia kepada
perkara yang tidak kekal boleh membawa kepada kekotoran jiwa.
Keinginan yang kuat ini pula berkait dengan kejahilan atau delusi
(avijja atau moha) manusia. Bermaksud manusia tidak memahami
kejadian sebagaimana yang sebenarnya atau gagal memahami
realiti kehidupan.

76 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Dalam Islam antara punca berlakunya kotoran jiwa ialah
apabila manusia memilih kehidupan dunia berbanding akhirat.
Begitu juga mereka terlalu mencintai diri mereka, sesuatu atau
dunia ini lebih dari mencintai Allah SWT. Orang yang mencintai
sesuatu lebih dari mencintai Allah SWT telah menjerumuskan
diri mereka kepada kefasikan. Fasik ini mengotorkan jiwa dan
menghalang hidayah Allah SWT. Apabila mereka mencintai dunia
maka manusia cenderung meninggalkan peringatan-peringatan
Allah SWT. Apabila manusia terlalu mencintai dunia maka
syaitan pun memainkan peranannya dan memasukkan kedalam
diri mereka penyakit ghurur.

Disini wujud beberapa tapak persamaan iaitu soal
kejahilan manusia memahami hakikat kehidupan ini yang
seterusnya menyebabkan manusia terpedaya dengan kehidupan
dunia. Islam juga menyatakan bahawa sekiranya manusia gagal
memahami dan jahil perihal hakikat dunia, maka manusia akan
terpedaya (ghurur) dengan keduniaan yang bersifat tidak kekal
ini. Dalam Islam, kehidupan dunia meliputi segala kemewahan
dan pangkat kebesarannya ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang yang terpedaya. Dunia seumpama permainan
dan sesuatu yang melalaikan. Diibaratkan seumpama tanam-
tanaman yang mengkagumkan para petani yang kemudiannya
tanaman ini akan menjadi kering dan hancur. Oleh itu, dunia ini
hanyalah kesenangan yang menipu. Sekiranya manusia jahil dan
mengusahakan kehidupan dunia untuk dunia dan tidak kerana
Allah SWT, maka terbatallah apa yang mereka kerjakan dan bagi
mereka azab neraka.

Terpedaya dengan diri sendiri ini akan mengotorkan jiwa
manusia sehingga berhak diazab oleh Allah SWT. Ia menghalang

Bab 4 77

manusia mencapai objektif penyucian jiwa manusia untuk
menemui Allah SWT dalam keadaan redha dan diredhai dan
mendapat syurga Allah SWT. Sifat ghurur adalah sebahagian
kejahilan. Jahil yang ditimbulkan dari pelbagai sebab dan punca,
antaranya jahil dari suatu kepercayaan atau suatu pendapat yang
disangkanya benar sedangkan hakikatnya yang sebenarnya adalah
salah, ataupun jahil yang terhasil dari kekeliruan atau sangkaan
yang salah dimana dia mengganggapnya sebagai dalil dan bukti.
Islam pula melihat kejahilan manusia dari sudut mengenali Allah
SWT dan ajaran-ajaranNya melalui Al Quran dan Al Hadith.
Kejahilan ini berpunca kerana terlalu cintakan dunia melebihi
cinta kepada Allah SWT yang akhirnya menjerumuskan manusia
kepada pelanggaran dan pengabaian perintah-perintah Allah
SWT. Perbezaan yang ketara antara ghurur dan moha pula adalah
dari sudut teologi. Buddhisme tidak menekan soal ketuhanan
berbanding Islam yang sentiasa mengaitkan seluruh kehidupan
dengan redha dan murka Allah SWT.

Kesimpulan

Kajian menemui beberapa elemen persamaan merangkumi
beberapa aspek konsep penyucian seperti perbahasan dalam
analisa menurut perspektif Al Quran. Apa yang menjadi
perbezaan terbesar ialah soal teologi atau ketuhanan yang
tidak menjadi fokus dalam konsep penyucian jiwa Buddhism.
Dalam konsep penyucian jiwa Buddhisme apa yang dilakukan
semuanya atas diri sendiri dan tiada kaitan dengan ketuhanan
atau entiti yang paling berkuasa. Manusia sendiri mencipta
karma atau perjalanan dirinya dirinya sama ada baik atau buruk.
Tidak ada ada campur tangan dari yang Maha Berkuasa. Justeru,

78 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

aspek-aspek persamaan ini seharusnya menjadi jambatan untuk
menghubungkan kedua-dua penganut agama ke arah masyarakat
yang tinggi nilai ketamadunnya. Bagi muslim, titik persamaan ini
boleh dijadikan satu cara untuk berdakwah dengan lebih berkesan
kepada penganut buddhism .

BAB 5

Menilai Terjemahan Beberapa Ayat-Ayat
Al-Qurān Dalam Bahasa Melayu Dalam
Konteks Toleransi Dialog Antara Agama

Akmal Khuzairy Abd. Rahman

Pendahuluan

Dalam konteks hubungan antara agama-agama berlainan di
Malaysia, isu-isu sensitif sentiasa mendapat perhatian umum
yang menunjukkan betapa perlunya menjaga dan melihat
aspek keharmonian dengan mengetepikan perbalahan antara
agama sekiranya tujuan hidup harmoni bersama itu lebih
menguntungkan semua pihak. Ini dapat dilihat dalam perlaksanaan
Perjanjian Hudaybiyah yang dari segi kandungannya seolah-
olah menguntungkan pihak Quraisy Mekah dan merugikan
kaum Muslimun Madinah. Namun ternyata tempoh aman yang
disebabkan oleh Perjanjian tersebut telah melonjakkan bilangan
penganut Islam berlipat kali ganda kerana usaha dakwah yang
berlaku.

Ayat-ayat Al-Qurān yang menyuruh kaum Muslimin
bertegas terhadap kaum Musyrik sering menjadi hujah menjaja
Islamophobia di Barat yang berupa agenda puak anti migrasi.
Telah berualang kali ayat-ayat tersebut dihuraikan mengikut
konteksnya namun, oleh kerana usaha mereka itu tidaklah bersifat

80 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

ilmiah dan akademik, segala usaha objektif memahami maksud
ayat-ayat tersebut tidak mendapat tempat di hati mereka.

Dalam konteks Malaysia, isu agama mudah bertukar sensitif
dan sedikit sebanyak ini telah memicu hala tuju wacana antara
agama di Malaysia ke arah yang lebih ekslusif meminggirkan
aspek inklusif yang lebih toleran. Ini dapat dilihat dalam kes-kes
seperti penggunaan nama Allah, penggunaan kata nama T(t)uhan
(samada dengan huruf t besar atau kecil) dalam buku teks sastera
sekolah menengah dan lain-lain yang berkaitan.

Ke Arah Wacana antara agama yang lebih
inklusif melalui terjemahan

Untuk menjadikan kedudukan wacana antara agama ini supaya
lebih bersifat terbuka, tidak esklusif, defensif dan untuk
memperlihatkan ketidakterbatasan Islam kepada norma yang
telah menjadikan Islam itu dilabel dengan ciri-ciri tertentu,
adalah perlu untuk membuka jalan kepada satu bentuk wacana
yang lebih bersifat objektif dengan menekankan konsep membina
hubungan dan bukan ketegasan buta dengan pihak yang berada
dalam lingkungan interaksi kita.

Namun, ini bukanlah bermaksud menafikan maksud
tafsiran mungkin mana-mana makna sesuatu ayat itu dan
menyalahkannya kerana ia adalah juga tafsiran para Ulama’
tetapi sekadar menegaskan terdapat juga tafsiran lain yang lebih
relevan dengan konteks dialog serta hubungan antara agama yang
menjadi ciri masyarakat majmuk Malaysia.

Bab 5 81

Oleh itu, dengan andaian bahawa sekiranya sesuatu
terjemahan Al-Qurān itu adalah mengambil kira kepentingan
menekankan kesefahaman antara agama serta menggalakkan
pencarian noktah persamaan daripada menilai secara moral
golongan berlainan agama itu, satu pendekatan terjamahan yang
lebih mengambil kira cara ini perlu dipelopori dan diketenganhkan
sebagai salah satu pendekatan terjemahan.

Untuk memenuhi jurang keperluan ini, kajian ini akan
memilih beberapa ayat yang sering menjadi contoh ‘pendirian’
Islam yang cenderung ke arah casus belli serta provokatif
dalam interaksi dengan bukan Islam. Terjemahan ayat-ayat
ini akan dibandingkan serta diberikan ulasan dalam konteks
pengharmonian hubungan antara agama. Ini adalah dengan tanpa
menafikan ketegasan tindakan yang tetap dikandungi ayat tersebut
tetapi dengan cuba menilai samada pihak penterjamah telah cuba
untuk mengambil kira konteks ayat tersebut untuk diperjelaskan
dalam terjemahannya atau hanya membiarkannya tanpa cuba
menjelaskan hubungannya dengan konteks.

Isu pandangan terhadap bukan Islam

Dalam konteks globalisasi dan pertembungan antara tamadun yang
menyaksikan penjajaan istilah seperti terorisme, fundamentalis
dan lain-lain untuk memberikan gambaran pukal tentang Islam,
timbul golongan sederhana yang terpanggil untuk menjelaskan
keadaan agar Islam tidak terus disalah ertikan natijah tindakan
ganas sesetengah pihak yang menjadikan Islam sebagai panji
akibat terdesak dan dihimpit dari segi politik dan sosio ekonomi.

82 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Sesetengah pihak yang kritikal kadang-kadang
mempersoalkan sesuatu yang selama ini mungkin telah menjadi
tradisi dan norma dalam amalan serta pemahaman umat Islam
yang mungkin disalahertikan sebagai gambaran pendirian serta
pandangan negatif umat Islam terhadap golongan bukan Islam.
Oleh itu untuk mengelakkan prasangka dan kesan negatif serta
salahtanggap, mencari pendekatan yang terbaik yang mengambil
kira jalan hikmah berinteraksi antara pelbagai agama dengan
menjauhi penilaian berbentuk moral sesama komponen masyarat
pelbagai agama itu diperlukan.

Isu tentang gambaran negatif yang disimpulkan
daripada pentafsiran beberapa ayat yang menyuruh kaum
Muslimin bertindak tegas terhadap bukan Islam bukanlah hasil
pengamatan makna yang mengambil kira konteks dan keadaan
ayat-ayat itu diturunkan. Hanya dalam keadaan peperangan
dan mempertahankan diri kaum Muslimin disuruh supaya
mengembalikan kekerasan dengan kekerasa yang seumpamanya
serta bertindak dengan penuh keberanian.

Namun secara umumnya, hubungan antara orang Islam
dan bukan Islam adalah bersandarkan kepada faham memahami
serta kepentingan bersama. Orang-bukan bukan Islam pada fasa
pertama dakwah di Mekah yang tidak memusuhi Rasulullah
SAW turut sama dimanfaatkan oleh Rasulullah. Abdullah bin
Uraiqit adalah seorang yang bukan Islam yang menjadi pemandu
jalan Baginda Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA berhijrah
ke Mekah. Al-Mut’im bin ‘Adi adalah seorang yang dihormati
dalam kalangan orang Islam kerana beliaulah yang memberikan
jaminan keselamatan kepada Rasulullah SAW untuk kembali
memasuki Mekah dalam keadaan tiada kabilah yang sanggup


Click to View FlipBook Version