Bab 10 183
akan dapat membantu pihak-pihak yang terbabit untuk merangka
strategi dakwah fardiyyah yang lebih terancang, menyeluruh dan
berkesan.
Skop Kajian
Kajian ini meninjau tentang kefahaman pelajar berkaitan dakwah
fardiyyah iaitu salah satu metode atau pendekatan dakwah yang
diamalkan oleh Rasululullah (SAW). Ia merupakan ajakan atau
seruan ke jalan Allah yang dilakukan seorang pendakwah (dā‘i)
kepada orang lain secara perseorangan (interpersonal) dengan
tujuan membawa orang yang di dakwah (mad’u) kepada keadaan
yang lebih baik dan diredhai oleh Allah (SWT). Pelaksanaan
dakwah fardiyyah di kalangan pelajar ini lebih menyerupai
program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tetapi menggunakan
metode yang berbeza. Justeru penyelidik juga memfokuskan
kajian ini kepada mengenalpasti keperluan pelaksanaan dakwah
fardiyyah ini di kalangan pelajar universiti dan sejauh mana
pelaksanaannya di kalangan pelajar pada masa kini. Untuk itu
kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dipilih secara
rawak strata daripada pelbagai fakulti di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Cawangan Perlis.
Metodologi Kajian
Penyelidik telah membuat persampelan untuk kajian ke atas 100
orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan
Perlis. Dalam pengumpulan data penyelidik menggunakan
beberapa kaedah iaitu melalui borang soal selidik dan pengumpulan
data sekunder. Bagi kaedah soal selidik, penyelidik merangka
184 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
soalan secara sistematik dan diberikan kepada responden. Kajian
yang dilakukan ini melibatkan dua jenis sumber data iaitu data
primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada
soal selidik yang diedarkan daripada responden, manakala data
sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan dan pencarian
data melalui internet seperti buku, jurnal dan artikel. Satu set
borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan sumber rujukan
yang telah diperolehi. Ia terbahagi kepada lima bahagian.
Bahagian 1 meliputi latar belakang responden, bahagian 2
berkaitan kefahaman berkaitan dakwah dan dakwah fardiyyah,
bahagian 3 berkaitan masalah social di kalangan pelajar, bahagian
4 berkaitan keperluan dakwah fardiyyah di kalangan pelajar dan
bahagian 5 berkaitan amalan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar.
Analisa Data & Perbincangan
Nilai Kebolehpercayaan
Jadual 1. Nilai Kebolehpercayaan Cronbach Alpha
Jumlah item Nilai kebolehpercayaan Cronbach
Alpha
Bahagian B: Kefahaman Berkaitan
(bilangan item)
Dakwah Fardiyyah 0.888 (N = 43)
0.886 (N = 9)
Bahagian C: Masalah Sosial Di Kalangan
Pelajar 0.788 (N = 12)
Bahagian D : Keperluan Dakwah 0.876 (N = 8)
Fardiyyah Di Kalangan Pelajar
0.847 (N = 14)
Bahagian E : Amalan Dakwah Fardiyyah
Di Kalangan Pelajar
Bab 10 185
Kajian mendapati, nilai kebolehpercayaan Cronbach
Alpha bagi keempat-empat konstruk dalam kajian sebenar
berada antara 0.788 dan 0.888. Tambahan pula, nilai keseluruhan
Cronbach Alpha instrumen penilaian bagi kajian sebenar ialah
0.888 menunjukkan instrumen berada pada tahap amat baik.
Latar Belakang Responden
Jadual 2. Analisa Demografi Responden
Item Kategori (%)
Umur 18 tahun (2)
19 tahun (30)
Jantina 20 tahun dan keatas (68)
Lelaki (51)
Jenis Sekolah Perempuan (49)
Sekolah Menengah Agama/Ulul Albab/SBPI (14)
Sekolah Menengah Harian Biasa (68)
Maktab Rendah Sains MARA (7)
Sekolah Berasrama Penuh (8)
Lain-lain (3)
Penglibatan dengan Kelab/ Ya (38.4)
Persatuan Agama Islam / Tidak (61.6)
Badan Dakwah di peringkat
sekolah
Peringkat penglibatan Ahli Jawatankuasa (39.5)
Saya akan menyertai Kelab Ahli Biasa (60.5)
atau Persatuan Dakwah di Ya (81.1)
Universiti sekiranya diberi
peluang Tidak (18.9)
Berdasarkan analisa demografi responden, 68 peratus
responden adalah berumur 20 tahun dan ke atas. Bilangan jantina
adalah seimbang di mana 51 peratus adalah lelaki dan selebihnya
186 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
adalah responden perempuan. Kajian ini juga mendapati, majoriti
responden adalah bekas pelajar sekolah menengah harian biasa
dan tidak terlibat dengan kelab, persatuan agama Islam atau badan
dakwah di peringkat sekolah (68% dan 61.6% masing-masing).
Rata-rata pelajar yang melibatkan diri adalah ahli biasa (60.5%)
dan 81.1 peratus berminat untuk menyertai kelab atau persatuan
dakwah di peringkat universiti sekiranya diberikan ruang dan
peluang. Ini mewakili seramai 38 pelajar lelaki (79.1%) dan 39
pelajar perempuan (82.9%) seperti di jadual 2. Ini menunjukkan
bahawa majoriti pelajar berminat untuk menyertai aktiviti dakwah
walaupun mereka bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama
di peringkat sekolah dan majoriti tidak pernah terlibat dengan
kelab, persatuan agama Islam atau badan dakwah di peringkat
sekolah. Minat yang ditunjukkan ini perlu dipupuk oleh pihak
universiti dengan mengadakan program agama dan memberi
peluang kepada para pelajar melibatkan diri secara langsung
dalam aktiviti dakwah atau sebagai pendakwah. Selain itu, proses
pemantapan ilmu dakwah dan kefahaman Islam juga perlu seiring
bagi melahirkan pendakwah yang lebih berketrampilan dan
berkesan.
Jadual 3. Analisa Keinginan Penglibatan Dalam Dakwah Mengikut Jantina
Bab 10 187
Kefahaman Berkaitan Dakwah Fardiyyah
Rajah 1. Peratus Kefahaman Berkaitan Dakwah Fardiyyah
Rajah 1 menunjukkan, secara keseluruhannya lebih
40 peratus responden tidak pasti tentang kefahaman dakwah
fardiyyah. Akan tetapi, hampir 50 peratus responden pernah
mendengar dan belajar tentang dakwah. Ini menunjukkan istilah
dakwah fardiyyah jarang digunakan dan pelajar kurang didedahkan
dengan kepelbagaian metode yang ada dalam dakwah khususnya
dakwah fardiyyah. Justeru, elemen dakwah fardiyyah ini perlu
diketengahkan semula kepada masyarakat khususnya pelajar
oleh semua pihak yang terlibat dalam perancangan dakwah agar
pelajar dan masyarakat tahu kepelbagaian metode dalam dakwah
dan peranan yang boleh dilaksanakan mengikut kemampuan
masing-masing.
Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar
Rajah 2 menunjukkan majoriti responden sangat tidak bersetuju
pada item C2 hingga C6. Ini bermakna, majoriti responden,
keluarga dan sahabat responden tidak pernah terlibat dengan
masalah sosial atau masalah keluarga yang menjejaskan prestasi
akademik responden. Walaupun begitu, responden bersetuju
188 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
terdapatnya masalah sosial di kalangan pelajar UiTM Cawangan
Perlis (39% - C1) dan bersetuju gejala sosial ini perlu ditangani
segera (42.4% - C9).
Rajah 2. Peratus Masalah Sosial di Kalangan Pelajar
Berkaitan faktor penglibatan dengan masalah sosial, responden
bersetuju masalah sosial berpunca daripada kurang perhatian
(33% - C10) dan pengaruh negatif rakan sebaya (45% - C11).
Responden juga bersetuju pelajar tidak akan terlibat dengan
masalah sosial jika mempunyai sahabat yang soleh (35.4% - C12).
Ini menunjukkan bahawa masalah sosial wujud di
kalangan pelajar dan pelbagai strategi perlu dilaksanakan bagi
membendung masalah sosial daripada terus meningkat. Walaupun
ia bukan masalah majoriti pelajar tetapi pelajar merasakan ia
ditahap membimbangkan dan perlu ditangani segera. Pendekatan
menggunakan rakan sebaya sebagai pembimbing juga boleh
dilaksanakan bagi mengurangkan pengaruh negatif yang juga
daripada rakan sebaya. Ini kerana data menunjukkan sahabat yang
soleh juga mempunyai pengaruh dalam mengurangkan masalah
sosial di kalangan pelajar. Pendekatan menggunakan rakan
sebaya sebagai pembimbing atau dā‘i dalam mendekati pelajar
akan mengurangkan pengaruh negatif rakan sebaya sekaligus
Bab 10 189
menjadikan pelajar merasa ada tempat yang mereka selesa
untuk mengadu dan berbincang masalah yang dihadapi. Justeru,
pembinaan dā‘i dan pelaksanaan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar adalah salah satu inisiatif yang perlu diketengahkan
bagi menghadapi gejala sosial di kalangan remaja khususnya di
universiti yang semakin membimbangkan.
Keperluan Dakwah Fardiyyah Di Kalangan Pelajar
Rajah 3. Peratus Keperluan Dakwah Fardiyyah di Kalangan Pelajar
Hasil dapatan pada Rajah 3 mendapati lebih 50 peratus
responden bersetuju akan keperluan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar (C1-C3). Responden juga bersetuju pelajar universiti
lebih mudah menerima dakwah fardiyyah yang disampaikan
oleh rakan sebaya yang soleh berbanding orang lain (pensyarah,
ibu bapa dan lain-lain) (54% - C4). Sebaliknya, pelajar tidak
pasti samada pelajar universiti lebih mudah menerima dakwah
fardiyyah yang disampaikan oleh orang lain (pensyarah, ibu bapa
dan lain-lain) berbanding rakan sebaya yang soleh (47% - C5).
Peratusan yang tinggi pada C4 dan C5 adalah adalah dapatan
penting yang menunjukkan bahawa dakwah fardiyyah sesuai
dilaksanakan di kalangan pelajar universiti dengan menjadikan
190 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
pelajar sendiri sebagai dā‘i . Ini berkemungkinan disebabkan
pelajar universiti lebih rapat dan lebih mudah terpengaruh dengan
rakan sebaya. Berkaitan dengan pendekatan dakwah fardiyyah
yang berbeza dengan dakwah secara umum, majoriti responden
bersetuju pendekatan dakwah fardiyyah lebih mesra (65% - C6),
lebih mudah difahami (62% - C7) dan lebih mudah diterima oleh
pelajar bermasalah sosial (42.4% - C8). Dapatan ini menunjukkan
bahawa dakwah fardiyyah sesuai dilaksanakan di kalangan pelajar
universiti dalam usaha mengurangkan permasalahan sosial dan
pembinaan jati diri pelajar.
Amalan Dakwah Fardiyyah Di Kalangan Pelajar
Rajah 4. Peratus Amalan Dakwah Fardiyyah di Kalangan Pelajar
Berdasarkan Rajah 4, secara keseluruhannya, responden
bersetuju untuk diri dan sahabat responden dinasihati samada
oleh ibu bapa, guru atau rakan sebaya secara bersemuka. Majoriti
responden tidak bersetuju untuk dinasihati secara terbuka samada
ke atas diri responden (32% - C2) atau sahabat responden (34%
- C5). Walaupun begitu, majoriti responden bersetuju nasihat
rakan sebaya yang soleh lebih memberi kesan kepada diri
mereka (46% - C10). Responden juga bersetuju bahawa mereka
Bab 10 191
mempunyai sahabat yang selalu memberi nasihat (62% - C11)
dan ingin mempunyai sahabat yang selalu menyampaikan dakwah
Islamiyyah kepada mereka (59% - C12). Responden bersetuju
amalan dakwah fardiyyah di kalangan pelajar universiti sangat
kurang (39% - C14) tetapi mereka tidak pasti samaada mereka
ingin terlibat sebagai pendakwah sekiranya dakwah fardiyyah
dilaksanakan diuniversiti (37.4% -C13). Analisa ini menunjukkan
bahawa pelajar universiti selesa dan suka dinasihati tetapi mereka
tidak suka dinasihati secara terbuka. Oleh itu, pendekatan secara
bersemuka sepertimana pelaksanaan dalam dakwah fardiyyah
lebih mudah diterima. Tambahan pula, nasihat rakan sebaya
yang soleh lebih memberi kesan kepada mereka dan ini telah pun
diamalkan di kalangan pelajar dimana majoriti mengatakan mereka
mempunyai sahabat yang sentiasa memberi nasihat. Bahkan
mereka ingin mempunyai sahabat yang soleh. Ini menunjukkan
bahawa strategi pembinaan dā‘i di kalangan pelajar universiti
boleh memberi impak positif kepada pembinaan jati diri mereka.
Pembinaan dā‘i dengan cara yang tersusun dan sistematik akan
melahirkan barisan dā‘i yang lebih matang, berketerampilan dan
berilmu. Ini tentunya akan meningkatkan lagi tahap keyakinan
pelajar untuk terlibat sebagai dā‘i kepada rakan sebaya mereka.
Cabaran Pelaksanaan Dakwah Fardiyyah
Daripada analisa yang dilakukan pada item di perkara
(i) hingga (vi) dapat dikenalpasti beberapa cabaran yang bakal
dihadapi dalam pelaksanaan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar iaitu:
I. Majoriti pelajar adalah daripada sekolah harian biasa dan tidak
berlatarbelakangkan pendidikan agama (68%). Ini merupakan
192 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
satu cabaran dalam pembinaan dā‘i di kalangan pelajar. Bagi
memenuhi ciri-ciri dā‘i sepertimana yang dikehendaki dalam
Islam iaitu berilmu dan memahami dengan mendalam mauḍu’
dakwah satu strategi pemantapan ilmu perlu dilaksanakan.
II. Majoriti pelajar tidak pernah terlibat dengan kelab, persatuan
agama Islam atau badan dakwah (61.1%) sebagai ahli atau
ahli jawatankuasa. Disebabkan ini juga kebanyakan pelajar
mengatakan tidak pasti samada mereka ingin terlibat sebagai
pendakwah (37.4%) . Ini menunjukkan pelajar kurang
keyakinan diri dan tiada pengalaman dalam pengendalian
program dakwah dan keagamaan. Walaupun begitu mereka
berminat untuk turut serta sekiranya diberi peluang dalam
persatuan atau badan dakwah yang ada. Justeru, pihak yang
terlibat dengan perancangan dakwah di universiti perlu
memainkan peranan untuk menyediakan medium bagi pelajar
memperkasakan minat dan menimba pengalaman dalam
aktiviti dakwah.
III. Kefahaman pelajar berkaitan dakwah fardiyyah di tahap yang
sangat rendah. Lebih 40 peratus responden tidak pasti tentang
dakwah fardiyyah. Walaupun begitu lebih 50 peratus pernah
mendengar dan belajar tentang dakwah secara umumnya. Ini
menjadi cabaran dalam pelaksanaan dakwah fardiyyah dari
segi strategi dan metode. Pembinaan metode dan strategi
dakwah fardiyyah yang lebih tersusun perlu dilakukan bagi
memudahkan pelajar khususnya yang bakal menjadi dā‘i
memahami dengan sebaiknya pelaksanaan dakwah fardiyyah
dan perkara yang perlu dilakukan dalam menjayakan dakwah
fardiyyah di universiti.
Bab 10 193
Kesimpulan & Cadangan
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dakwah fardiyyah adalah
strategi atau metode dakwah yang perlu dilaksanakan di kalangan
pelajar universiti. Faktor pelajar merasa lebih selesa menerima
dakwah yang disampaikan rakan sebaya dan keinginan pelajar
memiliki rakan yang soleh dan sentiasa memberi nasihat kepada
mereka adalah dapatan penting menyokong keperluan ini. Selain
itu, pelajar juga bersetuju sahabat yang soleh boleh membimbing
dan mempengaruhi mereka untuk menjauhi masalah sosial dan
membina peribadi yang baik. Mereka juga bersetuju dakwah
yang disampaikan oleh rakan sebaya lebih berkesan. Hasil kajian
juga menunjukkan amalan dakwah fardiyyah digemari oleh
pelajar. Mereka boleh menerima pendekatan bersemuka dalam
menyampaikan dakwah kerana ia lebih mesra dan lebih mudah
difahami. Amalan nasihat menasihati sesama rakan sememangnya
telah wujud di kalangan pelajar dan majoriti pelajar selesa dan
suka dengan amalan tersebut. Walaupun begitu terdapat beberapa
cabaran dalam pelaksanaannya seperti kefahaman pelajar berkaitan
dakwah fardiyyah yang rendah dan perlu dipertingkatkan serta
penguasaan mauḍu’ dakwah yang perlu diperkasakan.
Berdasarkan hasil kajian ini penyelidik mencadangkan
agar guru-guru, pensyarah dan semua yang terlibat dalam
perancangan dakwah di setiap institusi pendidikan dan dakwah
memperkasakan pelaksanaan dakwah fardiyyah diinstitusi
masing-masing. Modul pelaksanaan dakwah fardiyyah yang lebih
sistematik dan tersusun perlu dibina. Bermula daripada pembinaan
dā‘i sehinggalah pendekatan yang akan digunakan disetiap
marhalah dakwah fardiyyah perlu diperincikan bersesuaian
dengan mad’u dan permasalahan yang dihadapi. Semoga dengan
adanya modul dakwah fardiyyah ini akan memudahkan dakwah
fardiyyah dilaksanakan dengan lebih berkesan.
BAB 11
Model Dakwah Fardiyyah Bagi Menangani
Gejala Sosial Dalam Kalangan Mahasiswa
Di Institusi Pengajian Tinggi
Noraini Ismail, Mardzelah Makhsin & Mohd Asri
Abdullah
Pendahuluan
Peningkatan statistik gejala sosial yang melibatkan pelajar dan
mahasiswa hari ini semakin membimbangkan. Justeru semua
pihak daripada pengurusan institusi, ibu bapa, masyarakat dan
lain-lain perlu berganding tenaga dan usaha menyelesaikan
permasalahan ini. Di antara langkah yang boleh dilaksanakan
adalah melalui bimbingan secara bersemuka (face to face) dengan
mahasiswa khususnya yang melibatkan rakan mahasiswa sendiri
(peer to peer). Di dalam Islam, konsep menyeru kebaikan dan
mencegah kemungkaran yang dilakukan secara personal ini
dinamakan sebagai dakwah fardiyyah dan telah diamalkan sejak
daripada zaman Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Mengambil
pendekatan aplikasi teori dakwah fardiyyah yang diketengahkan
oleh para ‘ulamā’, penulis mencadangkan satu model dakwah
fardiyyah yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu ini. Model
ini sangat sesuai dilaksanakan dalam komuniti yang besar seperti
di Institusi Pengajian Tinggi memandangkan tenaga penggerak
196 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
yang terlibat adalah daripada kalangan mahasiswa sendiri. Selain
sebagai inisiatif penyelesaian kepada permasalahan semasa,
model ini juga memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk
lebih memahami uslūb dakwah islāmiyyah berdasarkan al-Qurān
dan al-Sunnah.
Gejala Sosial di Kalangan Mahasiswa
Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang
terkeluar dari batas-batas normal dan diterima umum, baik dari
aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat. Ia
merupakan perlakuan yang dilihat tidak membawa sokongan
dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi
yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara
(Mohammad Abu Bakar Bin Shis, 2010). Di antara gejala sosial
yang berlaku di dalam masyarakat khususnya remaja ialah seks
bebas, minum arak, penagihan dadah, menonton video lucah,
vandalisme, pergaulan tanpa batas, gengsterisme dan sebagainya.
Di antara faktor berlakunya gejala sosial yang selalu dikemukakan
oleh para pengkaji adalah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya,
pengaruh internet, tahap didikan agama dan penggunaan masa
lapang dengan cara yang tidak sepatutnya (Mohammad Abu Bakar
Bin Shis, 2010). Dari perspektif Islam, perlakuan melibatkan diri
dengan gejala sosial ini adalah haram dan perlu dielakkan. Ia akan
mengundang kemudharatan kepada pelaku dan juga masyarakat
sekeliling.
Gejala sosial ini bukan sahaja berlaku di kalangan pelajar
di bangku sekolah tetapi juga berlaku di kalangan mahasiswa
universiti. Peningkatan statistik gejala sosial yang melibatkan
mahasiswa pada masa ini semakin membimbangkan dan menjadi
Bab 11 197
perbincangan di pelbagai peringkat. Theeba Tamilchulan dalam
artikelnya yang dipaparkan dalam laman sesawang Universiti
Kebangsaan Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap
isu ini. Menurut beliau, permasalahan gejala sosial di kalangan
mahasiswa perlu dipandang serius dan diatasi segera kerana
golongan ini adalah harapan dan masa depan negara. Jika
dibiarkan negara akan kehilangan modal-modal insan yang bakal
menyumbang kepada pembangunan negara. Golongan ini tidak
boleh dibiarkan hanya kerana masyarakat beranggapan mereka
sudah cukup matang untuk berfikir dan mengambil tindakan
(http://www.ukm.my/nbnews).
Pergaulan bebas tanpa batasan lelaki dan wanita di
kalangan mahasiswa adalah di antara faktor yang mengundang
pelbagai gejala sosial seperti zina dan hamil sebelum nikah
sehingga akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi yang
tidak berdosa. Kegagalan mengurus perasaan dan emosi dengan
betul dan berkesan adalah diantara faktor yang membawa kepada
tindakan-tindakan seperti keinginan berdua-duaan lelaki dan
perempuan tanpa had waktu, menghabiskan masa dengan berbual
di telefon, internet atau menggunakan khidmat pesanan ringkas
(sms), keluar bersama sehingga lewat malam sehingga ada yang
mengunjungi disko atau pub dan sebagainya. Perlakuan seperti
ini adalah permulaan yang boleh membawa kepada perlakuan
yang lebih sumbang dan tidak bermoral (https://suhaizlah.
wordpress.com). Sebagai contoh, Malaysia pernah digemparkan
dengan penemuan bayi ditempat pembuangan sampah asrama di
sebuah institusi pengajian tinggi di Terengganu. Menurut laporan
akhbar, 800 pelajar wanita universiti berkenaan di kuarantin
bagi soal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat
pembakaran sampah di kawasan asrama mereka (http://ww1.
198 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
kosmo.com.my/kosmo). Selain itu, masyarakat juga didedahkan
dengan berita pelajar IPT ditangkap berkhalwat sama ada sesama
pelajar atau dengan orang lain.
Kebanyakan mahasiswa yang terlibat dalam gejala ini
adalah disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan dan kejutan
budaya. Gejala kejutan budaya atau culture shock terjadi apabila
mahasiswa yang berasal dari luar bandar khususnya dan dalam
keadaan berada jauh daripada pemantauan ibu bapa terpengaruh
atau terhasut dengan kawan-kawan dari bandar. Selain itu didikan
agama dan asas keimanan yang lemah dan didorong dengan rasa
ingin mencuba sesuatu yang baru dan dianggap menyeronokkan
juga menyumbang kepada remaja ini terlibat dengan gejala
sosial (https://suhaizlah.wordpress.com). Spenser Rathus dalam
kajiannya mengakui penglibatan remaja dalam penagihan dadah,
pertambahan aktiviti seksual sehingga melahirkan anak luar
nikah, menghidapi penyakit disebabkan seks rambang termasuk
Sifilis dan HIV serta pelbagai lagi perlakuan negatif yang
mendatangkan masalah kepada negara adalah disebabkan para
remaja dibiarkan bebas melakukan eksplorasi demi mencapai
apa yang mereka mahukan termasuklah dala menerokai teknologi
(Spencer A.Rathus, 1996).
Dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar-
pelajar di instituti pengajian tinggi juga mendapati mereka lebih
mudah berhadapan dengan penyesuaian akademik berbanding
penyesuaian sosial dan emosi. Keupayaan remaja menangani
isu-isu penyesuaian sosial dan emosi, dan seterusnya membina
hubungan melalui pergaulan yang sihat banyak dipengaruhi
pengaruh-pengaruh luar seperti hubungan dengan ibu bapa, rakan
sebaya, guru dan juga laman sosial yang semakin canggih pada
Bab 11 199
masa ini. Ibu bapa, guru, dan rakan sebaya merupakan orang
yang rapat dengan pelajar dalam membentuk sifat dan gaya hidup
seorang pelajar itu (Mohammad Abu Bakar Bin Shis, 2010).
Justeru itu, permasalahan sosial di kalangan pelajar universiti
ini, perlu ditangani dengan menyediakan persekitaran yang
lebih positif kepada pelajar seperti membina hubungan positif
dengan pensyarah secara berkelompok, bimbingan rakan sebaya,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang lebih mesra pelajar,
pelaksanaan aktiviti bimbingan kerohanian secara berterusan dan
sebagainya.
Dakwah Fardiyyah Sebagai Alternatif
Penyelesaian Masalah Sosial
Perkataan “model” menurut Kamus Dewan (1984) bermaksud
ragam, cara fesyen, barang tiruan yang sama seperti asal tetapi
lebih kecil. Berdasarkan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-
Bahasa Melayu, model juga bermaksud contoh, orang atau benda
yang harus dicontohi, ditauladan; orang atau benda yang betul-
betul menyerupai sesuatu yang lain; tiruan, peragawati, bentuk,
fesyen dan mengambil sebagai contoh atau tauladan (Khalid M.
Hussain, 1979). Model dakwah pula bermaksud sebuah contoh
atau pola dakwah yang diharapkan boleh menjadi acuan bagi
pelaksanaan dakwah yang hendak dilakukan sehingga pencapaian
matlamat dakwah akan semakin efektif dan efesien (Zaenal Arifin,
2007). Terdapat pelbagai model dakwah yang boleh dijadikan
contoh atau acuan bagi pelaksanaan dakwah masa kini dan masa
hadapan, antaranya; model dakwah fardiyyah, model dakwah
fi’ah, model dakwah pendidikan, model dakwah bi’thah, model
dakwah korespondensi, model dakwah islāhiyyah, model dakwah
200 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
organisasi, model dakwah umum dan model dakwah bersepadu
(Syabuddin Gade & Abdul Ghafar Hj Don, 2015).
Dalam pembinaan model dakwah fardiyyah di institusi
pengajian tinggi. Perbahasan berkaitan dakwah fardiyyah perlu
dirumuskan terlebih dahulu. Menurut Dr Sayid Muhammad Nuh
(2015), dakwah fardiyyah ialah dakwah atau dialog dengan mad’u
secara tatap muka atau sekelompok kecil orang yang mempunyai
ciri-ciri dan sifat-sifat khusus. Prof Dr Ali Abdul Halim Mahmud
(1995) mendefinisikan dakwah fardiyyah sebagai ajakan atau
seruan ke jalan Allah (SWT) yang dilakukan seorang dā‘i
(penyeru) kepada orang lain secara perseorangan dengan tujuan
memindahkan al-mad’u pada keadaan yang lebih baik dan diredhai
oleh Allah (SWT). Walid Kamal Syukri (2007) pula menjelaskan
bahawa dakwah fardiyyah adalah interaksi komunikatif
pihak dā‘i dengan mad’u secara langsung dan personal untuk
menyampaikan ajaran tertentu yang dapat memperkukuh pihak
mad’u terhadap ajaran Islam dalam pelbagai aspek. Syabuddin
Gade & Abdul Ghafar Hj Don (2015) telah merumuskan bahawa
dakwah fardiyyah adalah merupakan interaksi seorang dā‘i
(pendakwah) dengan seseorang mad’u (sasaran dakwah) yang
berlangsung dalam suasana bersemuka (face to face) dan dialogis
sehingga tindak balas mad’u terhadap dakwah atau mesej yang
disampaikan oleh dā‘i dapat diketahui pada ketika itu juga, sama
ada respon itu positif ataupun negatif, menerima atau menolak.
Terdapat beberapa keistimewaan atau ciri-ciri dakwah
fardiyyah yang membezakan dakwah fardiyyah dengan metode
dakwah yang lain. Prof Dr Ali Abdul Halim Mahmud (1995)
mengemukakan beberapa keistimewaan dakwah fardiyyah iaitu :
Bab 11 201
I. Dā‘i yang melaksanakan dakwah fardiyyah mempunyai
kemahiran dakwah tersendiri yang memungkinkannya
mendidik orang lain. Bagi dakwah ‘āmmah memadai dā‘i
memahami tentang ad-din dan mampu mempengaruhi serta
menyampaikan kebaikan kepada masyarakat.
II. Dā‘i dalam dakwah fardiyyah haruslah semata-mata
mengharap redha Allah (SWT). Ia tidak seharusnya
menunggu imbuhan material atau spiritual seperti pujian dan
sebagainya.
III. Dalam dakwah fardiyyah, dā‘i mesti mempunyai ciri-ciri
berikut :
IV. Individu yang memahami fasa-fasa dakwah, mengetahui
karekteristik setiap fasa dan segala tuntutannya.
V. Individu yang mengetahui sasaran dan tujuan yang hendak
dicapai dalam dakwah.
VI. Individu yang mengetahui cabaran dalam dakwah serta
berkemampuan untuk menghadapi semua halangan.
VII. Individu yang mengetahui keadaan penerima dakwah
(mad’u) dengan berbagai keadaan dan sifat yang dimiliki
serta mengetahui metode yang sesuai dengan setiap mad’u.
VIII. Individu yang mengetahui kewajipannya terhadap
penerima dakwah dalam apa juga situasi.
IX. Dalam dakwah fardiyyah, mad’u adalah orang tertentu yang
dipilih dā‘i berdasarkan pengetahuan dan pengamatannya
terutama mad’u yang nampak tanda kebaikan dan mahu
menerima dakwah.
202 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
X. Mad’u dalam dakwah fardiyyah selalu ditemani dan didekati.
Dā‘i akan berusaha menjalin hubungan yang kuat sehingga
melahirkan rasa persaudaraan semata-mata kerana Allah.
XI. Dā‘i dalam dakwah fardiyyah dituntut melakukan pelbagai
perkara bagi memastikan keberkesanan dakwah fardiyyah
diantaranya memastikan mad’u mendapat bimbingan dalam
membersihkan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah
(SWT). Ia juga dituntut menyampaikan ajaran Islam kepada
mad’u agar dapat membangun akhlak dan peribadinya,
bahkan dari segi fizikal, mad’u perlu diperingati agar menjaga
kesihatan dan menjauhi perkara yang melemahkannya.
XII. Dā‘i dalam dakwah fardiyyah juga dituntut menjaga
kepentingan dan kebajikan mad’u tanpa menunggu diminta.
Dr Sayid Muhammad Nuh (2015) menjelaskan beberapa
keistimewaan dakwah fardiyyah diantaranya:
I. Adanya mukhātabah (dialog) dan muwājahah (tatap muka)
dengan mad’u secara dekat. Ini memudahkan perbincangan
permasalahan yang tidak boleh dilakukan secara terbuka
sekaligus membuatkan mad’u merasa dialah yang menjadi
perhatian dalam perbicaraan.
II. Istimrāriyyah (berkesinambungan) iaitu memastikan
dakwah tetap berterusan walau dalam apa juga situasi
sepertimana penyebaran Islam di zaman jahiliyyah.
III. Dapat dilakukan secara berulang-ulang dengan mudah
kerana tidak memerlukan persiapan atau peralatan khusus.
IV. Dakwah fardiyyah mudah dan boleh dilakukan setiap orang
kerana yang diperlukan ialah kemahuan, kesungguhan,
pemikiran yang benar dan dialog yang baik.
Bab 11 203
V. Terhindar dan tertutup dari pandangan orang lain khususnya
musuh. Ini juga dapat mengelak diri dari riya’ dan sum’ah.
VI. Dapat melahirkan mad’u yang betul-betul berkualiti untuk
Islam kerana peruntukan waktu yang khusus daripada dā‘i
dalam memberi bimbingan.
VII. Dakwah fardiyah dapat mengungkap potensi dan bakat yang
terpendam dari kalangan dā‘i dan juga mad’u.
VIII. Dapat merealisasikan tarabuth (jalinan keterikatan yang
erat) dan ta‘āwun antara dā‘i dan mad’u.
Dr. Sayid Muhammad Nuh (2015) juga menyenaraikan beberapa
ciri-ciri dā‘i seperti berikut :
I. Seorang dā‘i mesti dapat menjadi uswah dan qudwah iaitu
contoh dan teladan kepada mad’u.
II. Seorang dā‘i mesti ikhlas. Setiap yang keluar daripada
dā‘i samaada perkataan atau perbuatan mestilah hanya
mengharap keredhaan Allah (SWT)
III. Seorang dā‘i mesti sabar, tabah dan sentiasa memperkuatkan
diri menghadapi apa juga cabaran di jalan Allah.
IV. Seorang dā‘i mesti optimis dan thiqah kepada Allah (SWT).
Justeru ia tidak mudah berputusa asa dalam dakwah.
V. Seorang dā‘i mesti mempunyai pemahaman yang mendalam
terhadap empat perkara utama iaitu ajaran Islam yang
menjadi mauḍu’ dakwah, tugas dan kewajipan dakwah,
kondisi dan latar belakang mad’u serta metode yang paling
tepat agar dakwah sampai kepada mad’u.
204 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
VI. Seorang dā‘i perlu menjaga hak-hak ukhuwwah islamiyyah
diantaranya dengan berusaha menampakkan segala faḍā’il
(kebaikan) dan mahasin (kebaikan) serta merahsiakan aib
dan keburukan saudaranya.
VII. Seorang dā‘i perlu tajarrud iaitu membersihkan dirinya
daripada kekotoran jiwa dan segala hal yang mengganggu
kemurnian niat serta kepasrahannya kepada Allah (SWT).
Keistimewaan dakwah fardiyyah yang disenaraikan oleh
para ‘ulamā’ ini menunjukkan bahawa dakwah fardiyyah adalah
metode dakwah yang perlu dipandang serius dan diketengahkan
agar metode ini dapat dilaksanakan dalam menyelesaikan
permasalahan masyarakat yang berlaku pada hari ini. Walaupun
begitu, cabaran yang dihadapi adalah diperingkat pembinaan
dā‘i yang akan terlibat menjayakannya. Ciri-ciri dā‘i yang
dikemukakan oleh para ‘ulamā’ menunjukkan bahawa proses
pemantapan ilmu dan pemahaman yang mendalam berkaitan
dakwah fardiyyah kepada barisan dā‘i yang terpilih perlu
dilakukan dengan sistematik dan tersusun. Kekurangan dā‘i
yang berkebolehan dan berkelayakan adalah cabaran yang perlu
dihadapi. Selain peringkat pembinaan dā‘i atau marhalah al-
takwīn. Satu lagi peringkat yang perlu dihadapi adalah pada
peringkat aplikasi model iaitu marhalah al- tanfīẓ.
Pada peringkat aplikasi model dakwah fardiyyah,
pendakwah perlu menempuh pelbagai langkah dan tahap
dalam pelaksanaan dakwah yang mempunyai tuntutan dan
tanggungjawab tertentu selain metode yang perlu dibina dan
disusun agar mudah dilaksanakan secara menyeluruh.
Bab 11 205
Menurut Walid Kamal Syukri (2007), dā‘i yang
menjalankan dakwah fardiyyah perlu menempuh lima fasa (al-
marhalah al-da’wah).
I. Al- ta‘āruf iaitu perkenalan dengan mad’u sehingga terjalinnya
hubungan akrab.
II. Al-Ikhtiyar iaitu pemilihan yang bermaksud memilih orang
tertentu antara orang yang sudah terjalin hubungan perkenalan
(al-ta’āruf) yang dianggap mampu memikul amanah dakwah
untuk disampaikan lagi kepada orang lain. Pemilihan ini
dilakukan untuk menghindari kekurangan dakwah fardiyyah
yang banyak menghabiskan masa dan fikiran.
III. Al-ta’ālufiaitu kasih sayang dengan mad’u supaya mad’u
mudah menerima dakwah yang disampaikan.
IV. Al-taghīr iaitu perubahan yang dilaksanakan terhadap
mad’u dengan membentuk akidah yang benar, membentuk
kefahaman Islam secara syumul, melakukan amal Islami
secara benar dan ikhlas.
V. Al-mutba‘ah iaitu pengarahan dan pengawasan dimana dā‘i
sentiasa melakukan pengarahan dan pengawasan terhadap
mad’u, misalnya pengarahan untuk tetap melakukan
amal soleh dan menghindari fitnah dan kesukaran hidup,
menyelesaikan masalah masyarakat, keluarga dan ekonomi
serta mengawasi mad’u adakalanya mad’u tidak hadir.
Pengarahan dan pengawasan sangat perlu, kerana hati dan
fikiran mad’u sentiasa berubah.
206 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Menurut l-Syaikh Mushthafa Masyhur (2013), terdapat tujuh
tahapan dalam aplikasi dakwah fardiyyah seperti berikut:
I. Membina hubungan dan berkenalan dengan setiap mad’u
II. Membangkitkan iman di dalam jiwa mad’u
III. Membantu memperbaiki keadaan diri mad’u
IV. Menjelaskan berkaitan ibadah secara menyeluruh dan
komprehensif.
V. Menjelaskan kepada mad’u konsep al-ikhlas was shawab
atau niat yang lurus kerana Allah (SWT) serta mengikuti
tuntutan Rasulullah (SAW) dalam kehidupan.
VI. Menjelaskan keperluan hidup secara berjamaah dalam
mengamalkan Islam.
VII. Menjelaskan kewajipan bersama-sama jamaah Islam sebagai
medium untuk menegakkan Islam
Pembinaan Model Dakwah Fardiyyah di
Institusi Pengajian Tinggi
Daripada perbincangan para ‘ulamā’ berkaitan dakwah fardiyyah
dapat disimpulkan pelaksanaan dakwah fardiyyah kepada dua iaitu
marhalah al-takwīn (Tahap Pembentukan) dan marhalah al-tanfīẓ
(Tahap Pelaksanaan). Justeru dalam pembinaan model dakwah
fardiyyah di peringkat institusi pengajian tinggi, pembentukan
dan pelaksanaan kedua-kedua marhalah ini sangat penting dan
menjadi tunggak utama.
Bab 11 207
Marhalah al- Takwīn (Tahap Pembentukan)
Tahap marhalah al-takwīn ini memberi fokus kepada pembinaan
dā‘i. Setiap universiti yang akan melaksanakan dakwah
fardiyyah perlu mempunyai beberapa orang murabbiy yang boleh
membimbing bakal dā‘i. Pada peringkat ini pemilihan barisan
dā‘i dilakukan bagi mengenalpasti mahasiswa yang berpotensi
untuk dibimbing sebagai penggerak dakwah fardiyyah di kampus.
Setiap bakal dā‘i yang dipilih diberi pemantapan ilmu dakwah
dan strategi dakwah oleh para murabbiy agar mereka lebih
bersedia untuk mengikut marhalah yang seterusnya. Bimbingan
yang tersusun ini akan melahirkan dā‘i yang mempunyai ciri-ciri
yang yang dikehendaki dalam dakwah fardiyyah. Diperingkat
marhalah al-takwīn ini juga pemilihan mad’u dilakukan oleh
barisan murabbiy. Di peringkat ini barisan murabbiy boleh juga
bekerjasama dengan pihak unit bimbingan dan kaunseling bagi
mengenalpasti mad’u yang perlu didekati. Mad’u bagi dakwah
fardiyyah tidak seharusnya dari kalangan mahasiswa yang
bermasalah sosial sahaja tetapi juga dari kalangan mahasiswa
yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai penggerak amal
Islami di kampus.
Marhalah al-Tanfīẓ (Tahap pelaksanaan dakwah
fardiyyah)
Pada peringkat ini dakwah fardiyyah dilaksanakan dengan melalui
beberapa tahap sepertimana diketengahkan oleh para ‘ulamā’
iaitu:
208 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Al- Ta‘āruf (Perkenalan)
Ta‘āruf atau perkenalan perlu bagi membina hubungan baik
dengan mad’u. Menurut Dr Sayid Muhammad Nuh (2015) melalui
ta‘āruf, dā‘i dapat memahami keadaan mad’u dari segi kejiwaan,
pemikiran, sosial, ekonomi dan tingkah lakunya. Secara tak
langsung dā‘i dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mad’u
bagi memudahkan dā‘i menentukan pendekatan dakwah yang
bersesuaian dan ilaj (perawatan) yang akan digunakan seterusnya.
Pada peringkat permulaannya, ta‘āruf adalah untuk membiasakan
mad’u dengan dā‘i. Ia merupakan sesi ice breaking yang penting
dalam sesebuah perhubungan. Perkenalan ini boleh dilakukan
dalam bentuk perjumpaan bersemuka antara dā‘i dan mad’u atau
melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara bersama seperti
bersukan, rihlah dan sebagainya. Sekiranya berkesempatan boleh
dilanjutkan dengan menziarahi rumah masing-masing. Proses
ta‘āruf adalah proses yang sangat penting kerana tanpa ta‘āruf
yang benar-benar berkesan akan menjejaskan pelaksanaan
peringkat dakwah fardiyyah yang seterusnya. Menurut Mohamad
Hafiz Mohamad Sani (2010) dalam artikelnya dakwah Fardiyyah
di alam mahasiswa, satu sesi perkenalan dalam dakwah fardiyyah
amat berkesan jika dā‘i dapat mengingati nama mad’u dan
sering menyebutnya ketika berbicara. Dā‘i juga perlu berusaha
untuk menjadi pendengar yang baik kepada mad’u walaupun
pandangannya merupakan sesuatu yang batil. Sikap dā‘i yang
terlalu cepat ingin membetulkan sesuatu yang batil kadang-kadang
membuatkan rakan madu’ merasakan mereka tidak dihargai dan
sebaliknya hanya menjadi mangsa teguran setiap hari. Ini akan
menyebabkan mad’u merasakan dirinya kerdil dan semakin
menjauhkan diri daripada dā‘i (http://iskandariah.perubatan.org).
Bab 11 209
Al-Ta‘āluf (Kasih Sayang)
Hasil daripada ta‘āruf akan melahirkan hubungan peribadi
(‘alaqah fardiyyah) dan ukhuwwah islāmiyyah yang erat antara
dā‘i dan mad’u. Menurut Prof Dr Ali Abdul Halim Mahmud
(1995), hubungan peribadi ini adalah salah satu ciri yang penting
dan perlu ada dalam dakwah fardiyyah kerana ia akan melahirkan
rasa kasih sayang, saling mempercayai dan saling memahami di
antara dā‘i dan mad’u. Akhirnya membawa kepada persamaan
persepsi mengenai sesuatu masalah, hal atau peristiwa dan juga
persepakatan dalam amal serta aktiviti yang dijalankan. Kasih
sayang yang wujud ini akan menyebabkan dā‘i dan mad’u saling
menjaga, saling memerhatikan kepentingan masing-masing serta
saling tolong menolong dalam keimanan dan kebaikan. Walaupun
begitu persaudaraan ini terikat dengan adab-adab Islam dan
kewajipan-kewajipan yang perlu dilaksanakan dalam ukhuwwah
islāmiyyah sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah (SAW).
Justeru pada peringkat ini, seorang dā‘i perlu sentiasa bertanya
khabar dan menjaga kebajikan dan kepentingan mad’u .
Dalam konteks mahasiswa kampus, mad’u akan rasa dihargai
dan dihormati, mempunyai tempat pergantungan yang boleh
dipercayai dan tidak keseorangan dalam menghadapi masalah
yang dihadapi. Tambahan pula mahasiswa universiti kebanyakan
berada jauh daripada keluarga dan ada diantaranya baru pertama
kali berpisah daripada keluarga.
Al- Taghyīr (Perubahan)
Objektif dakwah fardiyyah di tahap al- taghyīr ini adalah untuk
memantapkan aqidah dan keimanan mad’u sehingga mad’u dapat
membuat perubahan kearah yang lebih baik. Walaupun begitu, dā‘i
210 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
perlu banyak bersabar dan tidak gelojoh. kebijaksanaan kita untuk
memilih sesuatu tajuk yang munasabah amat diperlukan. Menurut
Mohamad Hafiz Mohamad Sani (2010), semangat dā‘i untuk terus
bercakap mengenai hal-hal agama apabila bertemu dengan mad’u
tidak sesuai untuk berdepan dengan mahasiswa yang lebih liberal.
Seorang dā‘i perlu mengelakkan daripada menjadikan masalah
agama sebagai pembuka kepada dakwah fardiyyah. Mad’u perlu
diberi peluang untuk memulakan topik perbualannya tersendiri.
Dā‘i perlu memahami fikrah dan pemikiran mad’u sebelum
membuka ruang perbualan. Kemudian menggunakan metode
hikmah sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah (SAW)
untuk menerapkan unsur-unsur dakwah dalam perbualan tersebut.
Modus operandi yang ‘straight to the point’ perlu dielakkan,
sebaliknya dā‘i perlu menjadikan mad’u lebih berfikir tentang
apa yang diperbualkan dan menghubungkannya dengan Islam
(http://iskandariah.perubatan.org). Ini dapat mengelakkan dā‘i
daripada digelar oleh mahasiswa lain sebagai ‘penyeru tegar’.
Suntikan dakwah yang penuh hikmah secara berterusan disertai
dengan hidayah daripada Allah (SWT) akan menyebabkan mad’u
perlahan-lahan dapat menerima dan membuat perubahan dalam
kehidupannya.
Selain itu, dā‘i boleh memperkenalkan mad’u dengan
kebesaran Allah (SWT), kemuliaan dan keagunganNya dengan
mengaitkan kebesaran Allah (SWT) dengan disiplin ilmu yang
mad’u ikuti. Melalui perbualan dan perbincangan santai dengan
mad’u, perkara-perkara berkait dengan akidah dan keimanan dapat
diterapkan. Perbincangan juga boleh menjurus kepada isu-isu
semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh mad’u sendiri. Ilmu
berkaitan dengan keistimewaan dan keindahan Islam juga perlu
disampaikan kepada mad’u dengan penuh hikmah. Memahami
Bab 11 211
berkaitan keindahan Islam akan menarik dan melembutkan hati
mad’u untuk mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan.
Pada peringkat ini, dā‘i boleh mengajak mad’u untuk terlibat
dengan aktiviti-aktiviti keislaman dan juga amal-amal Islami
di kampus dan juga membimbing mad’u dalam beribadat dan
mendekatkan diri kepada Allah (SWT) seperti solat, membaca al-
Qurān, berpuasa sunat dan sebagainya.
Al- Mutāba‘ah (Pengawasan)
Al-mutāba‘ah adalah pengarahan dan pengawasan iaitu marhalah
terakhir dalam pelaksanaan dakwah fardiyyah. Diperingkat
ini dā‘i akan sentiasa melakukan pengarahan dan pengawasan
terhadap mad’u seperti sentiasa memberi galakan kepada
mad’u untuk terus mematuhi segala perintah Allah (SWT) dan
meninggalkan larangannya, sentiasa memperingati mad’u agar
menjaga akhlak dan tingkah laku agar sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah (SWT) serta sentiasa memastikan mad’u berada
di dalam lingkungan kehidupan yang diredhai oleh Allah (SWT).
Dā‘i juga perlu memastikan mad’u sentiasa bersahabat dan berada
di dalam lingkungan orang-orang soleh agar tidak terlibat dengan
perkara-perkara mungkar. Selain itu, dā‘i perlu mengenalpasti
permasalahan mad’u sekiranya didapati mad’u tidak hadir dalam
majlis-majlis ilmu, aktiviti amal islami dan sebagainya agar
mad’u tidak terus keseorangan dan akhirnya jauh daripada ikatan
Islam yang telah dibina. Pengarahan dan pengawasan ini sangat
perlu agar mad’u terus istiqamah dan tidak berubah hati daripada
terus mengamalkan Islam dalam kehidupan.
Berdasarkan kedua marhalah ini dapatlah disimpulkan
model pelaksanaan dakwah fardiyyah di institusi pengajian tinggi
seperti dalam rajah 1 di bawah :
212 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Rajah 1. Model Dakwah Fardiyyah
Kesimpulan
Dakwah fardiyyah adalah metode dakwah yang ternyata berkesan
dari aspek pelaksanaannya dalam mendekati mad’u sejak zaman
Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Justeru dalam menangani
permasalahan masalah sosial di kalangan mahasiswa di institusi
pengajian tinggi, metode ini juga boleh dilaksanakan dengan
jayanya. Walaupun begitu, perancangan dan pelaksanaan yang
lebih tersusun, sistematik dan berstrategi perlu diketengahkan
dalam pelaksanaannya agar ia dapat dilakukan secara konsisten
dan mendatangkan kesan seperti yang dikehendaki. Model
dakwah fardiyyah sepertimana yang disimpulkan daripada
Bab 11 213
perbincangan ‘ulamā’ ini diharap dapat menjadi satu inisiatif
yang dapat membantu pihak institusi pengajian tinggi mengatasi
permasalahan sosial yang semakin membimbangkan di kalangan
mahasiswa.
BAB 12
Persepsi Dan Penghayatan Ibadah Dalam
Kalangan Saudara Baru
Che Latifah Ismail, Mohd Nasir Abd Hamid,
Ahmad Sabri Osman, Siti Fatimah Sudin & Azlan
Abdul Aziz
Pendahuluan
Saudara Baru merupakan istilah yang telah diterima pakai
dalam konteks dakwah di Malaysia bagi maksud orang yang
baharu memeluk Islam. Pengislaman mereka perlu didaftarkan
di jabatan agama bagi tujuan pengesahan. Bagaimanapun
pengakuan sebagai seorang Muslim tidak cukup dengan ucapan
dan pengesahan pendaftaran semata-mata. Ia perlu diikuti dengan
keimanan yang kukuh dan komitmen tinggi dalam pelaksanaan
syariat. Ajaran Islam menuntut agar umatnya mengisi kehidupan
dengan melakukan amal ibadah terhadap Allah yang menjadi
jambatan untuk mencapai kebahagiaan hidup (Abdullah Siddik,
1969). Saudara baru juga berdepan pelbagai masalah berkaitan
pemahaman agama yang cetek, tiada aktiviti follow-up serta tiada
bantuan, yang boleh mendorong kebarangkalian untuk mereka
murtad (Mujaini Tarimin, 2010).
Pelbagai institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) telah memainkan peranan penting menyediakan program
Bab 12 215
kebajikan dan pembelajaran bagi membantu meningkatkan tahap
pemahaman dan penghayatan Islam khasnya dalam kalangan
saudara baru (Siddiq Fadhil 1998). Institusi kerajaan yang terlibat
ialah seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), Jabatan
Agama Islam Negeri-negeri (JAIN). Pertubuhan bukan kerajaan
pula seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),
Muslim Chinese Association (MACMA) dan lain-lain.
Penghayatan Ibadah
Profesor Dr. Yusof al-Qaradawi menerangkan bahawa perkataan
ibadat itu berasal dari bahasa Arab iaitu ‘abada, ya’budu,
ibadah yang membawa maksud patuh, taat, setia, menyembah,
memperhambakan, dari merendah diri dan sebagainya. Ibadat
merupakan puncak segala kepatuhan, ketaatan, kesetiaan,
penyembahan, penyerahan diri, perendahan diri sehingga
sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh pihak
yang diibadahkan (Al-Qaradawi, 1993).
Segala tindakan yang membuktikan tanda perhambaan
kepada Allah merupakan syariat yang mesti ditempuhi oleh
seluruh Muslim dalam kehidupannya (Haron Din, 1998). Itulah
matlamat penciptaan manusia sepertimana Firman Allah SWT
yang bermaksud;
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka memperhambakan diri (beribadah)
kepadaKu”.
(Surah al-Zaariyat : 56)
216 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Justeru, kefahaman dan penghayatan ibadah dalam
kalangan saudara baru perlu diberi perhatian kerana ia merupakan
satu proses yang mampu memacu sahsiyah seseorang ke arah
mencapai kesempurnaan hidup sebagai seorang muslim dan
mampu menghadapi segala cabaran.
Saudara Baru
Golongan yang baru memeluk agama Islam dikenali dalam bahasa
arab sebagai muallaf. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan
mualaf sebagai orang yang baru memeluk Islam, saudara
baru. Terdapat juga beberapa istilah lain bagi menggambarkan
golongan ini seperti saudara kita dan saudara muslim. Satu lagi
istilah yang dikenali di Malaysia bagi menggambarkan golongan
ini ialah ‘masuk Melayu’, berpunca dari pemahaman fahaman
masyarakat mengenai definisi Melayu dalam Perlembagaan
Malaysia (Perkara 160(2)). Keadaan ini boleh menyebabkan
mereka mengalami krisis identiti (Ang Wan Seng, 1994) kerana
berdepan pelbagai rintangan untuk menyempurnakan kehidupan
sebagai seorang muslim dan seorang Melayu.
Situasi yang dilalui ini amat memerlukan sokongan dari
segi emosi, mental, fizikal dan intelektual daripada saudara
seagamanya samada secara individu atau berorganisasi. Oleh
itu usaha perlu dilakukan bagi membantu mempertingkatkan
kefahaman dan penghayatan ibadah dalam kalangan saudara baru.
Melalui ilmu, pemahaman dan penghayatan ibadah akan lahir
golongan yang baik, yang sentiasa menimbang segala urusannya
dengan neraca rabbani pada setiap perkataan dan perbuatannya
(Ahmad Sabri Osman, 2007).
Bab 12 217
PERKIM
PERKIM adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia. Penubuhannya secara rasmi diasaskan oleh Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia
yang pertama) pada pada 10 Ogos 1960. Sewaktu penjajahan barat,
badan-badan dakwah Kristian bergerak cergas mengembangkan
agama mereka kepada kaum bukan Melayu. Sebaliknya tiada
usaha ke arah dakwah Islamiah secara tersusun kepada kaum-
kaum tersebut (H.A.Majid 1984). Selepas kemerdekaan beberapa
orang tokoh saudara baru telah mencadangkan satu pertubuhan
yang dapat menyelaraskan aktiviti mereka. Cadangan ini telah
disampaikan oleh Tan Sri Haji Mubin Sheppard kepada Tunku
dan diperkenankan dengan penubuhan PERKIM.
Tunku menjadi Penasihat PERKIM sehingga tahun
1971 dan menjadi Yang Dipertua PERKIM sehingga tahun 1989
(http://www.perkim.net.my). Tunku dianggap sebagai “Bapa
PERKIM” (Shariff Ahmad, 1991). Beliau memainkan peranan
penting sehingga PERKIM menjadi pertubuhan yang dikenali di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Tujuan penubuhan PERKIM ialah supaya wujud satu
pertubuhan dakwah yang sistematik untuk menyelenggarakan
pelbagai program bagi membantu saudara baru menambahkan
pengetahuan mengenai Islam dan menghayati persaudaraan
Islam. Soal kebajikan diberi keutamaan kerana kebanyakan
mereka terdiri dari golongan bawahan yang memerlukan bantuan.
Penubuhan PERKIM juga bertujuan untuk penyebaran dakwah
kepada kaum-kaum lain.
218 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Dari sudut pengurusan, PERKIM wujud di semua negeri
kecuali Sabah (http://www.perkim.net.my.). PERKIM peringkat
negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian dan peringkat daerah
dikenali sebagai PERKIM Cawangan. PERKIM peringkat
Kebangsaan yang beroperasi di Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur merupakan urusetia yang akan menyalurkan
peruntukan dan penggajian kakitangan serta aktiviti tertentu.
Bahagian dan cawangan PERKIM akan melaporkan segala
aktiviti kepada PERKIM Kebangsaan. Selain itu terdapat bahagian
Wanita PERKIM yang memainkan peranan penting membantu
saudara baru wanita.
Kini PERKIM diketuai oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir
Mohamad, mantan Perdana Menteri keempat. Senarai Yang
Dipertua PERKIM yang direkodkan ialah Tan Sri Dato’ SOK
Ubaidillah (1960-1964), Tan Sri Haji Yusoff Hj Ibrahim (1964-
1968), Tan Sri Abd Aziz Haji Mohd Zain (1969-1971), YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (1971—1989), Tan Sri Datuk
Patinggi Dr. Haji Abdul Taib Mahmud (1989-2006) dan Y.A.Bhg
Tun Dr. Mahathir Mohamad (mulai 2006 hingga sekarang).
PERKIM Bahagian Negeri Perlis
Pentadbirannya diselenggarakan oleh beberapa orang Ahli
Jawatankuasa yang dinaungi oleh Tuanku Raja Perlis. Menteri
Besar pula bertindak sebagai Penasihat PERKIM. Pejabat
pengurusan PERKIM Perlis terletak di No. 43, Lorong Seruling,
Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, Perlis. Sehingga kini terdapat
seramai 1520 orang saudara baru yang didaftarkan di PERKIM
Perlis yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Terdapat juga
saudara baru dari kalangan warganegara Thailand yang berkahwin
dengan penduduk tempatan telah berdaftar dengan PERKIM dan
mengikuti kelas yang dianjurkan.
Bab 12 219
Kebanyakan aktiviti anjuran PERKIM Perlis dilaksanakan
di Pusat Aktiviti PERKIM yang terletak di Jalan Bintong, Kangar,
Perlis. Contohnya aktiviti dakwah dan pendidikan seperti kelas
fardu ain dan kelas al-Qur’an diadakan di sini pada setiap hari
Isnin hingga Jumaat. Aktiviti-aktiviti lain juga diadakan di sini
seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, sambutan ma’al
hijrah, majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah,
sambutan aidil fitri dan aidil adha, penyembelihan lembu korban,
sumbangan bantuan persekolahan anak-anak saudara baru, majlis
perkahwinan saudara baru, majlis pengislaman, kelas masakan
dan kraf tangan.
PERKIM juga melaksanakan kerja-kerja dakwah dengan
menyediakan buku-buku dan risalah-risalah berkaitan Islam yang
diterbitkan dalam pelbagai bahasa dan diedarkan di tempat-tempat
tumpuan awam. PERKIM Perlis juga menjaga kebajikan saudara
baru seperti mencari keluarga angkat atau menyediakan tempat
perlindungan, membantu mendapatkan peluang pekerjaan untuk
yang memerlukan serta bantuan modal perniagaan. PERKIM
juga membantu warga asing dalam urusan dokumen berkaitan
pasport, kad pengenalan dan pas tinggal di Malaysia, urusan
berkhatan, urusan kematian, kaunseling kekeluargaan berkaitan
perkahwinan, perceraian dan sebagainya menurut keperluan.
Selain itu PERKIM Negeri Perlis mengadakan lawatan
ke rumah saudara baru secara mingguan, menyediakan Tabung
Pinjaman Modal Perniagaan, ziarah ke hospital, urusan
pengkebumian dan lain-lain aktiviti dengan kerjasama Majlis
Agama Islam Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti dan Jabatan Agama
Islam Perlis(JAIPs) dan lain-lain jabatan berkaitan.
220 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk:
I. Menganalisis persepsi saudara baru terhadap aktiviti yang
dianjurkan oleh PERKIM dalam membantu pemahaman dan
penghayatan ibadah.
II. Mengenalpasti tahap pemahaman saudara baru mengenai
ibadah solat dan puasa.
III. Mengenalpasti tahap penghayatan ibadah solat dan puasa.
Skop Kajian
Kajian ini bertujuan menganalisis persepsi saudara baru terhadap
aktiviti-aktiviti berkaitan pemahaman dan penghayatan ibadah
saudara baru. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
tahap pemahaman dan penghayatan ibadah saudara baru. Oleh
kerana konsep ibadah dalam ajaran Islam itu amat luas, kajian
ditumpukan kepada aspek pemahaman dan penghayatan dalam
ibadah solat dan puasa. Aspek yang dikaji ialah solat dan cara
mengerjakan solat samada berjemaah atau sendirian dan perkara-
perkara berkaitan seperti membaca Al-Qurān, berzikir, istighfar,
dan berdoa selepas solat. Kajian juga ditumpukan kepada ibadah
puasa (wajib dan sunat). Aspek lain yang turut dikaji termasuklah
amalan-amalan sunat serta perkara berkaitan akhlak dalam
kehidupan seharian seperti cara berpakaian, hubungan dengan
kawan-kawan serta pergaulan termasuk pergaulan dengan ibu
bapa dan keluarga asal.
Bab 12 221
Ibadah solat dan puasa dipilih sebagai tumpuan utama
kajian kerana ibadat tersebut merupakan sebahagian dari Rukun
Islam. Ia juga merupakan ibadah asas yang penting dalam
pembentukan jatidiri Muslim, sebagaimana Firman Allah SWT
yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al ‘Ankabut: 45). Melalui
pelaksanaan solat, saudara baru akan dapat membentuk jatidiri
dan mampu menghadapi cabaran hidup.
Solat dan puasa juga dipilih kerana program yang dianjurkan
di Pusat Aktiviti Perkim Perlis menumpukan perhatian kepada
bimbingan berkaitan solat seperti bacaan dalam solat dan bacaan
Al-Qurān. Selain itu aktiviti di bulan ramadhan seperti majlis
berbuka puasa dan solat terawih berjemaah juga dilaksanakan.
Berdasarkan aktiviti ini penilaian dibuat untuk mengenalpasti
persepsi saudara baru terhadap aktiviti yang dianjurkan. Saudara
baru yang menjadi responden kajian ini terhad kepada mereka
yang sering mengikuti program yang dianjurkan oleh PERKIM
Negeri Perlis, bertempat di Pusat Aktiviti PERKIM Negeri Perlis.
Pemilihan Pusat Aktiviti ini kerana ia merupakan pusat aktiviti
tunggal yang terdapat di negeri Perlis.
Metodologi Kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan terhadap pemahaman
dan penghayatan ibadah dalam kalangan saudara baru. Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui soalselidik yang
ditadbirkan kepada 33 orang responden. Populasi responden
adalah saudara baru yang sering menghadiri kelas-kelas pengajian
dan aktiviti anjuran PERKIM di Pusat Aktiviti PERKIM Negeri
Perlis, Jalan Bintong, 01000 Kangar, Perlis.
222 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian seperti
berikut:
Bahagian A: Pernyataan yang menggambarkan persepsi saudara
baru terhadap aktiviti anjuran PERKIM.
Bahagian B: Pernyataan yang menggambarkan tahap
pemahaman saudara baru terhadap ibadah.
Bahagian C: Penghayatan ibadah di kalangan saudara baru.
Bahagian D: Pernyataan yang menggambarkan faktor-faktor
yang mempengaruhi penghayatan ibadah saudara baru.
Selain itu, latar belakang responden berkaitan agama asal, tahun
memeluk Islam dan faktor memeluk Islam turut direkodkan.
Dapatan Kajian
Bahagian A - Pernyataan bagi menggambarkan persepsi saudara
baru mendapati mereka berpuas hati dengan aktiviti yang
disediakan oleh PERKIM Perlis dalam membantu pemahaman
dan penghayatan ibadah mereka. Dapatan ini digambarkan
melalui Jadual 1 dibawah.
Jadual 1 - Persepsi Saudara Baru Terhadap Aktiviti Yang Disediakan Perkim
Bab 12 223
I. Soalan Q2 - Saya suka belajar di PERKIM kerana PERKIM
memberikan elaun kepada saya. Kajian mendapat lebih 50%
responden sangat bersetuju bahawa pemberian elaun menarik
minat responden untuk belajar di PERKIM.
II. Soalan Q6 - PERKIM menyediakan ustaz yang memahami
keadaan saya sebagai saudara baru.Kajian mendapati, 87.8%
responden bersetuju bahawa ustaz/ustazah yang disediakan
oleh PERKIM memahami keadaan mereka.
III. Soalan Q9 - PERKIM juga menyediakan peluang kepada
saya untuk belajar menunaikan ibadah melalui kawan-kawan
yang telah lama memeluk Islam. Kajian mendapati hanya 3%
responden sangat tidak setuju dengan kenyataan di atas.
IV. Soalan 10 - PERKIM juga menyediakan peluang kepada
saya untuk belajar membaca Al-Qurān melalui kawan-kawan
yang telah lama memeluk Islam. Kajian mendapati hanya 6%
responden tidak bersetuju dengan kenyataan di atas.
V. Soalan Q11 - PERKIM juga membuat kumpulan belajar
mengikut tahap kefahaman/pencapaian saudara baru. Kajian
mendapati, 84.8% responden bersetuju dengan kaedah
kumpulan belajar yang dilaksanakan oleh PERKIM.
VI. Soalan Q12 - PERKIM sentiasa memberi peluang kepada
saya untuk mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan. Kajian
mendapati hampir kesemua responden bersetuju bahawa
PERKIM sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk
menyertai segala aktiviti yang dianjurkan, kecuali 3%
responden tidak bersetuju dengan kenyataan di atas.
224 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Kesimpulannya, secara keseluruhan persepsi responden terhadapa
peranan PERKIM dalam membantu pemahaman dan penghayatan
ibadah solat dan puasa adalah sangat baik.
Dapatan Kajian Bahagian B - Pernyataan yang menggambarkan
tahap pemahaman saudara baru terhadap ibadah. Secara
keseluruhannya, kajian mendapati tahap kefahaman saudara baru
mengenai ibadah adalah tinggi - khususnya ibadah solat dan puasa
sepertimana dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 - Analisis Pemahaman Mengenai Ibadah Solat Dan Puasa
Jadual 3 - Tahap Penghayatan Ibadah Solat Dan Puasa
Bab 12 225
I. Soalan Q1 - Q5 adalah berkisar tentang penghayatan saudara
baru Islam dalam mengerjakan solat lima waktu. Dapatan
kajian mendapati bahawa: Bagi solat Maghrib dan Isyak, lebih
50% respoden tidak pernah meninggalkannya. Akan tetapi,
bagi solat fardu Subuh dan Zuhur, peratusan ketidakpastian
responden dalam meninggalkannya dilihat agak tinggi (Subuh
- 24.2% & Zuhur - 18.2%)
II. Soalan Q6 - Q7 adalah soalan berkaitan samada ibadah
solat dilakukan samada secara bersendirian atau berjemaah.
Kajian mendapati, responden lebih kerap solat sendirian (Q7
- 60.6%) berbanding solat secara berjemaah di masjid/surau
(Q6 - 24.2%)
III. Solan Q11 - Saya kerap qada solat yang ditinggalkan. Dapatan
kajian menunjukkan seramai 21.2% responden tidak bersetuju
(tidak qada solat yang ditinggalkan)
IV. Soalan Q12 - Saya kerap melewat-lewatkan solat. Kajian
mendapati, 30.4% responden bersetuju dimana mereka kerap
melewat-lewatkan solat.
V. Soalan Q20 - Saya kerap melakukan puasa sunat. Seramai
30.3% responden tidak pasti kekerapan mereka melakukan
puasa sunat.
226 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Rajah 1: Scree Plot
Scree Plot digunakan bagi mengenalpasti bilangan faktor yang
mungkin mempengaruhi perlaksanaan ibadah saudara baru.
Berdasarkan SPSS output, terdapat empat (4) faktor. Proses
seterusnya adalah mengenalpasti soalan-soalan bagi setiap faktor.
Principal Component Analysis dan Varimax with Kaiser
Normalization digunakan untuk mengasingkan item-item (soalan-
soalan) mengikut faktor-faktor yang telah dikenalpasti. Faktor-
faktor dan item-item yang telah dikelompokan seperti berikut:
Faktor 1 : PERKIM (Q10, Q6, Q11)
Faktor 2 : Masyarakat (Q4, Q5, Q3, Q8)
Faktor 3 : Lain-lain ( Q12, Q9, Q7)
Faktor 4 : Keluarga (Q1, Q2)
Bab 12 227
Akan tetapi, bukan semua faktor-faktor ini yang mempengaruhi
perlaksanaan ibadah bagi saudara baru. Ini boleh dilihat kepada
graf frekuensi di bawah.
Jadual 4: Faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan ibadah
Melihat kepada peratusan frekuensi, kajian mendapati faktor
yang mempengaruhi perlaksanaan ibadah responden adalah
faktor PERKIM, Masyarakat dan Lain-lain (Bahan Bacaan, Kelas
agama bukan anjuran PERKIM, Solat secara berjemaah).
Kesimpulan Dan Cadangan
Hasil kajian mendapati saudara baru memberikan respon dan
persepsi yang baik terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan pemahaman
dan penghayatan ibadah saudara baru yang dianjurkan oleh
PERKIM Negeri Perlis, khasnya berkaitan ibadah solat, puasa
dan ibadah sunat yang berkaitan. Kajian juga menunjukkan tahap
pemahaman dan penghayatan ibadah dalam kalangan saudara
baru di negeri Perlis adalah memuaskan. Ini disebabkan mereka
sering mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh PERKIM.
228 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Bagaimanapun dapatan ini hanyalah berdasarkan responden yang
kerap menghadiri kelas tersebut.
Oleh itu menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya
PERKIM untuk meningkatkan jumlah penglibatan saudara baru
dalam aktiviti pembelajaran yang dianjurkan untuk memantapkan
lagi tahap kefahaman dan penghayatan saudara baru di seluruh
negeri Perlis. Sehubungan itu adalah dicadangkan agar kelas-
kelas bimbingan PERKIM diperluaskan ke seluruh bahagian
Parlimen di Negeri Perlis, iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar.
Ini lebih memudahkan penyertaan saudara baru dalam aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan. Sehingga kini hanya terdapat satu Pusat
Aktiviti PERKIM untuk saudara baru di negeri Perlis. PERKIM
juga perlu mewujudkan sistem mentor-mentee bagi membantu
pemahaman dan penghayatan saudara baru.
Selain itu elaun yang diberikan kepada saudara baru yang
menghadiri kelas bimbingan perlulah dikekalkan bagi menarik
minat mereka. Ini disebabkan kebanyakan mereka bekerja sendiri
dengan pendapatan yang rendah.
Saudara baru juga memerlukan sokongan semua pihak
bagi membantu meringankan bebanan dalam kehidupan supaya
mereka dapat menumpukan perhatian dalam memahami dan
menghayati ajaran Islam.
BAB 13
Self Esteem Tinggi Menurut Al-Hadith
Nabilah Hasan
Pendahuluan
Self esteem adalah salah satu istilah dan terma yang dikenali
dalam ilmu psikologi. Meskipun terma self esteem ataupun taqdir
al-dhāt baru diperkenalkan dalam ilmu psikologi, namun konsep
kepentingan makna self esteem iaitu “nilai yang diberikan oleh
seseorang terhadap dirinya dan pendapat seseorang terhadap
dirinya” sudah ada dalam Islam, diasaskan oleh ayat 139 Surah
Ali ‘Imrān. Firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah
kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa
kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika
kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”
(Āli ‘Imrān 3: 139)
Al-wahn maksudnya lemah, merujuk kepada kelemahan
jiwa, tidak kuat azam, tidak padu cita-cita, tiada harapan, hilang
keberanian dan ragu-ragu dengan keupayaan sendiri. Al-huzn
230 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
maksudnya sedih, iaitu amat kecewa dan dukacita. Al-wahn dan
al-huzn adalah dua keadaan jiwa yang mengalami kekecewaan
dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Keadaan ini akan
menyebabkan seseorang itu berserah dengan keadaan yang ada
dan tidak melakukan apa-apa untuk mempertahankan kebenaran
ataupun memperbaiki apa yang ada (Ibn ‘Asyur Muhammad
al-Tahir, 1984). Ayat ini mengandungi pengajaran pentingnya
seseorang pendakwah agar menilai diri sendiri berasaskan
piawaian yang betul dan tidak terkesan dengan ujian ataupun
halangan dalam dakwahnya. Piawaian asas yang dikemukakan
dalam ayat ini ialah iman. Ini bermakna asas self esteem dalam
Islam telah digariskan, meskipun istilahnya baru diperkenalkan
sebagai satu terma dalam ilmu psikologi. Self esteem dalam
bidang psikologi umumnya dikaji melalui pemerhatian terhadap
tingkahlaku insan secara konsisten. Penulis menjalankan kajian
self esteem melalui analisis hadith-hadith tematik yang telah
dikenalpasti melalui kod-kod yang ditetapkan.
Paradigma Self Esteem Menurut al-Hadith
Kajian الدراسة الموضوعيةataupun thematic analysis dijalankan
bagi mendapatkan paradigma self esteem menurut al-Hadith.
Oleh yang demikian, ia memerlukan analisis data kajian, iaitu
analisis hadith-hadith tematik yang berkaitan self esteem. Bagi
tujuan mengumpulkan hadith-hadith bertema self esteem, dipilih
kitab Sahih al-Bukhari. Dalam usaha mendapatkan data yang
lebih tepat tentang self esteem menurut al-Hadith, berikutnya
penulis mengkodkan tema self esteem. Tema kod self esteem
ditetapkan berdasarkan definisi self esteem yang telah
dikemukakan dan menepati kedudukan al-nafs mengikut
perspektif al-Qurān dan al-Hadith.
Bab 13 231
Kod-kod self esteem yang telah dikenalpasti bagi tujuan
analisis hadith-hadith self esteem dalam Sahih al-Bukhari, adalah
seperti berikut:
Kod 1 - Kalimah al-nafs
Kod 2 - Kalimah al-qalb
Kod 3 - Kalimah-kalimah yang berkaitan dengan af’al al-nafs
ataupun a’mal al-qulub seperti ikhlas, sabar, sedih, gembira,
sakit, dan lain-lain.
Kod 4 - Kalimah-kalimah yang berkaitan dengan amrad al-nafs
ataupun amrad al-qulub seperti kemurungan, riya’, takabbur,
pengecut, hasad, buruk sangka, ‘ujub dan lain-lain.
Kod 5 - Keadaan dan kalimah yang menunjukkan nilai diri
seorang insan.
Kod 6 - Tatacara dan prinsip Rasulullah (SAW) memberi
motivasi, serta nilai dalam motivasi yang berkaitan self esteem.
Kod 7 - Tatacara dan prinsip Rasulullah (SAW) dalam amar
ma’ruf dan nahi munkar.
Berdasarkan 7 kod yang ditetapkan ini, hadith-hadith
bertemakan self esteem dipilih dan dikumpulkan daripada kitab
Sahih al-Bukhari. Hadith tematik self esteem yang terkumpul
adalah sebanyak 796 hadith. Intipati self dapat difahami melalui
proses fiqh al-hadith bagi hadith-hadith di bawah Kod 1 (Kalimah
al-Nafs) dan Kod 2 (Kalimah al-Qalb). Aktiviti self pula jelas
dinyatakan dalam hadith-hadith tematik self esteem Kod 3,
manakala penyakit self dalam hadith-hadith tematik Kod 4. Fiqh
al-hadith bagi hadith Kod 5 menemukan pengkaji dengan ciri self
232 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
esteem tinggi, ciri self esteem rendah dan unsur yang berpotensi
memberi kesan kepada self esteem. Unsur-unsur yang dapat
meningkatkan self esteem pula dapat dikesan melalui hadith-
hadith tematik Kod 5, Kod 6 dan Kod 7. Kodifikasi hadith dan
analisis memberikan paradigma self esteem menurut al-Hadith
secara menyeluruh. Paradigma Self Esteem Menurut al-Hadith
(SESH) tersebut disusun dalam 5 Bab baru, iaitu:
I. Intipati Self
II. Aktiviti Dan Sifat Self
III. Penyakit Self
IV. Ciri Self Esteem Tinggi Dan Self Esteem Rendah
V. Sumber Peningkatan Self Esteem
Ciri Self Esteem Tinggi Menurut
al-Hadith
Cara asas dalam menentukan self esteem tinggi telah digariskan
dalam firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah
kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa
kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika
kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)beriman.”
(Āli ‘Imrān 3: 139)