The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qolbi1979, 2018-12-20 02:13:22

Dinamika full book with cover

Dinamika full book with cover

Bab 5 83

memberikan jaminan yang sama kerana takut memungkiri
perjanjian dengan Quraisy. Beliau jugalah salah seorang yang
mengoyak-ngoyakkan perjanjian pemulauan Bani Hashi keluraga
Rasulullah dari segi ekonomi. Belaiau mati tanpa memeluk
Islam tetapi tindak tanduknya tidak pernah memusuhi Islam.
Bapa saudara Rasulullah SAW Al-‘Abbas bin Abdul Muttalib
sebelum memeluk Islam, telah bersama Rasulullah dalam Bai’tul
Aqabah untuk memastikan anak saudaranya itu tidak dibohongi
oleh orang-orang Madinah walaupun selepas itu beliau menyertai
Badar memerangi kaum Muslimin kerana terpaksa dan ditawan.
Ini tidak termasuk beberapa keistimewaan yang diberikan
kepada Ahli Kitab yang turut memainkan peranan dalam
sejarah perkembangan Islam apabila Rasulullah memerintahkan
sekumpulan sahabat Baginda untuk berhijrah berlindung daripada
kekejaman Quraisy di Habsyah di bawah pemerintahan Raja
Najasyi.

Semua ini menunjukkan bahawa yang menjadi titik
penentu bagaimanakah interaksi dengan kaum bukan Islam ialah
bukanlah kekufuran itu sendiri tetapi permusuhan. Firman Allah
SWT:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu
kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah: 8)

Saidina ‘Ali pernah diriwayatkan berkata: Manusia itu
dua golongan, samada dia adalah saudara seagama denganmu
atau sekutumu yang sama berkongsi ciri kemanusiaan.

84 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Bahasa Melayu dalam konteks wacana

antara agama

Terjemahan adalah satu bentuk pentafsiran. Penterjemah biasanya
akan mewarnai makna terjemahannya dengan kecenderungan
serta pemahamannya terhadap sesuatu makna. Biasanya
penterjemah di dunia Melayu mensasarkan terjemahannya kepada
kumpulan pembaca yanga telah sedia menganut Islam tanpa
mengambil berat tentang kemungkinan terjemahannya itu dibaca
oleh kumpulan pembaca yang lebih besar yang turut merangkumi
yang bukan Islam untuk tujuan dakwah atau sekadar pengetahuan
kepada yang minat mempelajarinya.

Ini adalah kerana Bahasa Melayu itu sendiri dianggap
sebagai Bahasa yang Islamik, selari dengan difinisi Melayu
yang menjadikan Islam sinonim dengannya. Ini jelas dalam
senarai perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang berasal
daripada pinjaman Bahasa Arab yang menjadi kata kunci kepada
kepercayaan dan amalan ibadah Islam yang mencirikan aspek
identiti keislaman kaum Melayu dan bahasanya. Oleh kerana
itu sebarang percubaan untuk menafikan keislaman ini akan
mendapat tentangan kerana ia tidak selari dengan ‘citarasa’
Bahasa Melayu yang merupakan jiwa bangsa Melayu. Oleh itu
tidak hairan sekiranya isu Allah dalam Injil mendapat tentangan
daripada orang Melayu kerana ia tidak mencerminkan makna
yang dijiwai oleh bangsa Melayu itu untuk perkataan Allah.
Namun penutur Bahasa Melayu juga perlu akur bahawa Bahasa
Melayu juga adalah merupakan Bahasa lingua franca antara suku-
suku kaum di Nusantara sejak sekian lama sehinggakan para
muballigh Kristian juga dalam usaha menyebarkan Kristian telah

Bab 5 85

menjadikan Bahasa Melayu sebagai wadah menyampaikan mesej
Kristian dalam kalangan penduduk Nusantara.

Dalam keadaan inilah timbulnya ciri ekslusif bahasa
Melayu itu yang dirasakan sesetengah pihak berdasarkan kepada
hujah mereka yang tertentu. Untuk membuka jalan kepada
dialog atau dakwah pada tahap-tahap kemudiannya, satu cabaran
semasa yang dihadapi ialah menangkis imej stereotaip bahawa
sememangnya adalah menjadi dasar kepercayaan Islam untuk
menganggap penganut agama lain sebagai ‘musuh’.

Untuk menjadikan bahasa Melayu lebih inklusif adalah
juga untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa perpaduan
antara berbilang agama dan kaum di Malaysia kerana cirinya
yang eksklusif sebagai bahasa yang Islamik mungkin akan
menjadikannya sedikit tergugat untuk menjadi bahasa perpaduan
pada pandangan bangsa-bangsa lain. Keadaan tidak menentu
tanggapan terhadap bahasa Melayu ini contohnya dapat dilihat
dalam sikap meminjam yang berbeza terhadap konsep-konsep
tertentu yang menjadi pegangan sesuatu aliran pemikiran dalam
kalangan penutur bahasa Melayu sendiri. Bahasa Melayu sentiasa
berada dalam keadaan yang mengikut kepelbagaian konteks
perjuangan dan aliran pemikiran pihak tertentu masyarakat Melayu.
Dalam konteks pemikiran politik contohnya, sikap kebangsaaan
yang tinggi berkemungkinan menjadikan parti UMNO
menggunakan perkataan “perhimpunan” untuk Perhimpunan
AgungNya, manakala sikap yang lebih bersifat kepelbagaian
bangsa dan agama menjadikan PKR memakai perkataan pinjaman
Inggeris “kongres” untuk Kongres Nasionalnya, seterusnya PAS
kerana mungkin ingin menggambarkan imej Islamiknya memakai
perkataan ‘muktamar’ untuk Muktamar Agungnya.

86 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Berdasarkan kepada keadaan bahasa Melayu yang
dinamik ini, maka peluang untuk mencuba melahirkan satu
terjemahan yang lebih inkusif yang mengambil kira kepelbagaian
bangsa dan ugama juga perlu diberikan perhatian. Sekiranya ini
ingin dicapai, beberapa makna yang mudah disalahfahami yang
sering ditafsirkan di luar konteks perlu diberikan penekanan yang
lebih serius dalam terjemahannya sekiranya untuk memupuk
kesefahaman membuka jalan untuk dialog antara agama yang
lebih bermakna.

Dialog antara agama dan terjemahan Al-
Qurān

Dialog adalah satu interaksi bermakna dan pertukaran pendapat
di antara pelbagai kumpulan manusia samada berbentuk
kemasyarakatan, budaya, politik dan ugama yang bemuafakat
melalui pelbagai bentuk perbualan atau aktiviti dengan tujuan
untuk menambah pemahaman.

Dialog antara agama pula ialah satu wadah yang
memberikan kepada penganut agama-agama peluang untuk
mendengar satu sama lain, unutk mengetahui lebih lanjut serta
mempelajari pihak yang satu lagi. Dalam dialog antara agama,
pendekatannya ialah tolenransi, benar, ikhlas, hormat serta niat
yang baik tanpa berkehendakkan pihak yang satu lagi menerima
kepercayaan kita atau idea. Dialog antara agama tujuannya
bukanlah untuk mencapai matlamat dakwah atau sepertimana
yang digariskan oleh gerakan misonari. Ia juga bukanlah satu
perdebatan atau memerlukan seseorang itu mengambil mudah
kepercayaannya sendiri untuk mendapat ‘restu’ pihak satu

Bab 5 87

lagi. Lantaran itu, dialog tidak semestinya berakhir dengan
persetujuan, namun semua pihak tetap menghormati perbezaan
masing-masing.

Terjemahan teks Al-Qurān mempunyai peranannya yang
tersendiri dalam dialog antara agama kerana ia adalah relevan
dari beberapa sudut. Pertama, adalah penting untuk memberikan
perspektif yang jelas tentang kedudukan tafsiran atau terjemahan
beberapa ayat-ayat Al-Qurān yang sering menjadi hujahan pihak
yang berusaha menyebarkan Islamophobia sedangkan hasil
tinjaun umum memdapati beberapa terjemahan yang ada kurang
menonjolkan aspek kontekstual makna ayat tersebut yang boleh
menjadikan mudah disalah erti dalam konteks yang lebih umum
sedangkan keadaannya adalah sebaliknya.

Kedua, adalah penting untuk dijelaskan bahawa
penterjemah dalam menyampaikan makna ayat asal tersebut
merujuk kepada sumber tafsir yang pelbagai yang ditulis dalam
era yang pelbagai yang sedikit sebanyak dapat mempengaruhi
makna ayat-ayat tersebut.

Ketiga, aspek permusuhan dan tindakan yang
mewajarkannya serta keadaan darurat peperangan perlu difahami
dan diperjelaskan disamping konteks yang mendorong terhadap
tindakan seumpamanya dalam terjemahan ayat-ayat tersebut.

Berikut ini adalah cara penterjemahan beberapa ayat
pilihan yang dilihat dapat dimanipulasi pihak yang ingin
menjaja Islamophobia dan menyukarkan cara berdialog untuk
menambahkan lagi kefahaman antara agama.

88 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Ulasan penilaian terjemahan beberapa ayat
Quran terpilih

Dalam menterjemahkan beberapa ayat yang sering dimanipulasi
untuk tujuan Islamophobia dengan tanpa merujuk kepada situasi
atau konteks ayat itu diturunkan, penterjemah perlulah lebih peka
kepada keadaan dengan memastikan agar pembaca mendapat
maklum tentang konteks yang berkenaan. Sememangnya kadang-
kadang terdapat lebih dari satu makna dalam pentafsiran sesuatu
ayat. Namun, untuk hanya memilih satu maksud tanpa melihat
kepada maksud yang lain, boleh memberikan gambaran kepada
pembaca seolah-olah itu sahaja maksud yang mungkin dan ini
boleh jadi mengelirukan.

1. Al-Fatihah: 7

(PR)

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah
murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(AQT)

(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat
kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai (Yahudi)
dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Nasrani)

Ulasan

Terjemahan AQT memasukkan salah satu tafsiran golongan
yang dimurkai dan sesat dengan mengaitkannya dengan Yahudi
dan Nasrani manakala PR tidak pula berbuat sedemikian.

Bab 5 89

Ini menunjukkan kepelbagaian rujukan penterjemah dalam
mentafsirkan ayat di atas dengan sesetengahnya cuba untuk
campurtangan dan menjelaskan golongan apakah yang
dimaksudkan tersebut mengikut salah satu tafsiran yang ada
manakala terjemahan PR bersandar kepada maksud umum ayat.

Untuk mendapatkan toleransi dalam saling memahami
antara penganut berbilang agama, terjemahan PR dilihat lebih
sesuai dengan konteks kerana ia adalah merupakan maksud yang
lebih literal kepada teks asal tanpa percubaan mentafsirkan yang
menggambarkan penilaian moral terhadap golongan selain orang
Islam secara jelas dan tidak berhikmah.

2. Al-Baqarah: 120

(PR)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju
atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah
(kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam
itulah petunjuk yang benar”.

(AQT)

Orang-orang Yahudi tidak akan senang kepada kamu sehingga
kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).

Ulasan

Terjemahan PR mengambil kira mesej tersebut ditujukan khusus
kepada Nabi Muhammad namun dalam terjemahan AQT ia adalah
umum. Namun begitu PR telah menambahkan tafsiran “yang

90 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

telah terpesong itu” yang menunjukkan sikap menilai terhadap
ugama Yahudi. Ini jelas apabila penekanan tentang benarnya
Islam itu dan batilnya ugama lain itu dijelaskan maksudnya pada
ayat seterusnya. AQT pula tidak memasukkan perkataan agama
bahkan menggunakan perkataan petunjuk.

Gabungan di antara terjemahan PR dengan mengikat
konteks ayat dengan tempoh khusus untuk menunjukkan sikap
Yahudi dan Nasrani yang provokatif di waktu itu akan menjadikan
ayat ini sebagai nukilan peristiwa sejarah. Manakalan terjemahan
yang tidak menunjukkan terpesongnya agama mereka itu yang
kekal dengan makna ayat yang lebih literal berkemungkinan akan
lebih sesuai diketengahkan dalam wacana antara agama.

3. Al-Baqarah: 191

(PR)

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana
sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang
mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara)
fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan
janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam
sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka
memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang yang kafir.

(AQT)

Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menjumpai mereka dan
usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah)
dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…

Bab 5 91

Ulasan

PR menterjemahkan ayat ini dengan mengulangi konteks yang
diletakkan di antara dua kurungan bahawa arahan membunuh itu
adalah terhadap musuh yang memerangi kamu yang merupakan
makna ayat sebelumnya (190). Manakala terjemahan AQT pula
tidak cuba memasukkan konteks tersebut dalam terjemahannya.
Ayat ini merupaka di antara ayat yang selalu dijadilan contoh
kekerasan Islam oleh mereka yang sengaja tidak memahami
maksud ayat tersebut melalui konteksnya. Namun dengan adanya
usaha seperti mengulangi konteks tersebut untuk mengingatkan
pembaca tentangnya adalah satu pencubaan yang baik agara
terjemahan tersebut tidak disalah erti walaupun dipetik tanpa ayat
sebelumnya.

4. Al-Nisa’: 89 dan Ali-‘Imran 118

(PR)

Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara
mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah
pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) teman rapat atau
penolong. (Al-Nisa: 89)

(AQT)

Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-
penolong(mu), hingga mereka berhijrah ke jalan Allah.

(MY)

Sebab itu janganlah kamu angkat mereka menjadi wali, kecuali
jika mereka telah berhijrah ke jalan Allah.

92 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

(PR)

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang
kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang
yang beriman. (A-li Imran: 118)

(AQT)

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir
menjadi wali * dengan meninggalkan orang mukmin.

*(Wali jamaknya awliyaa” berarti teman yang akrab, juga bererti
pemimpin, pelindung atau penolong)

(MY)

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir
jadi wali (pemimpin) bukan orang mukmin.

Ulasan

Dalam menterjemahkan perkataan wali dalam dua ayat di atas,
setiap penterjemah memilih mentafsirkan maksud tertentu
perkataan ‘wali’ tadi dengan maksud yang berlainan tetapi
kesemuanya adalah merupakan makna-makna mungkin untuk
perkataan tersebut dalam bahasa Arab. Ini menunjukkan
kepelbagaian tanggapan terhadap hubungan di antara orang
kafir dan Islam. Teman rapat dapat memberikan erti bahawa
pesahabatan diperingkat peribadi ti dak dibolehkan. Penolong-
penolong pula menunjukkan tidak boleh sebarang hubungan
sosial dibenarkan. Manakala terjemahan wali sebagai pemimpin
pula menunjukkan larangan tersebut hanyalah berbentuk politik.

Bab 5 93

Ayat-ayat sebegini hanyalah terpakai dalam konteks ketika
keadaan ketidakstabilan politik di Semenanjung Tanah Arab yang
menyaksikan agama adalah wadah yang mengikat kepercayaan
serta kesetian sesama pengikut sesuatu kumpulan itu. Kelompok
agama seperti Nasrani dan Yahudi secara sejarahnya adalah
terikat di antara kesetiaan dan kedurhakaan pihak-pihak yang
bertelagah samada Aus atau Khazraj atau Musyrikin Mekah atau
Empayar-empayar besar yang bertelagah seperti Parsi dan Rom.
Oleh kerana itu masalah kepercayaan adalah penting kerana ia
boleh menjadi masalah keselamatan tanpa disedari.

Perkarainiperludiberikanpenjelasanolehparapenterjemah
tersebut untuk lebih menjelaskan konteks persengketaan pada
waktu tersebut serta aspek politiknya dan memberikan pendapat
tentang keadaan realiti hubungan dengan orang bukan Islam
pada hari ini yang bersandarkan kepada toleransi dan keamanan
sekiranya bukan dalam keadaan persengketaan dan permusuhan.

Pendapat berkenaan dengan hubungan dengan orang bukan
Islam yang lebih terbuka ini pernah disuarakan oleh Said Nursi
yang terlibat dalam peperangan dunia pertama yang menyaksikan
Turki bersekutu dengan beberapa negara bukan Islam.

Memandangkan terjemahan adalah satu bentuk tafsir maka
tidaklah menyalahi untuk diperjelaskan maksud ayat-ayat di atas
agar hubungan orang Islam dan bukan Islam dalam keadaan aman
di luar konteks permusuhan dan sengketa lebih difahami daripada
sekadar menterjemah tanpa menyentuh keadaan dan konteks ayat
tersebut.

94 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

5. Al-Ahzab: 61

(PR)

serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui,
mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.

(AQT)

Dalam keadaan terlaknat. Di mana sahaja mereka dijumpai,
mereka ditangkap dan dibunuh sehebat-hebatnya.

(AlQuran Pelangi)

Dalam keadaan terlaknat. Di mana sahaja mereka dijumpai,
mereka akan ditangkap dan dibunuh tanpa pengampunan.

Ulasan

Terjemahan-terjemahan di atas tidak mengambil kira konteks
untuk di letakkan di dalam ayat melainkan dibiarkan agar
pembaca membuat kepada konteks sendiri dengan melihat
kepada ayat-ayat sebelumnya. Konteks yang dimaksudkan
ialah ialah sebelumnya iaitu sekiranya mereka kekal berterusan
dalam melakukan perbuatan jahat masing-masing, mereka akan
dikenakan hukuman yang keras.

Untuk menjelaskan lagi konteks ayat tersebut dan juga agar
ia tidak mudah dipetik untuk disalah ertikan tanpa adalah lebih
baik untuk menambah penerangan bahawa ayat ini membawa
maksud amaran yang keras sekiranya mereka itu tetap melakukan
kejahatan yang dapat mengancam keselamatan Madinah ketika
itu.

Bab 5 95

6. Al-Maidah: 82

PR

Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang
dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-
orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara
mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka
pula tidak berlaku sombong.

AQT

“Bahawa kami ini adalah orang Nasrani”.

MY

“Sesungguhnya kami orang Nasrani”.

Ulasan

Dalam terjemahan-terjemahan di atas tiada satupun yang
menggunakan perkataan Kristian. Perkataan nasrani, walaupun
diberikan makna seertinya dalam Kamus Dewan dengan Kristian,
namun menggunakan perkataan Nasrani adalah tidak tepat
kerana ia juga membawa maksud keturunan hasil perkahwinan
bangsa Portugis dan Asia yang popular dengan panggilan Serani.
Apakah penterjemah sengaja tidak menggunakan perkataan
Kristian sebaliknya perkataan Nasrani untuk mengelak daripada
memberikan gambaran yang positif kepada agama Kristian?
Walaubagaimanapun sebabnya, perlu diingat bahawa konteks
ayat di atas adalah tentang segolongan orang-orang Kristian yang
merupakan pendita dan ahli ibadat.

96 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Ini adalah kerana dalam terjemahan Inggeris, semuanya
menggunakan perkataan ‘Christians’ namun dalam konteks
terjemahan ke dalam bahasa Malaysia, para penterjemah
masih terikut-ikut laras bahasa Melayu klasik tanpa membuat
perubahan kepada penggunaan semasa untuk kelompok agama
yang berkenaan.

Dalam konteks dialog antara agama, perkara-perkara
yang dapat menjurus kepada kesefahaman sebegini perlulah
ditonjolkan dan bukannya untuk kita kekal di taha lama
berselindung dibelakang istilah lama yang maksudnya juga turut
merangkumi makna yang lain.

7. Al-Taubah:5

PR

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati
itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja
kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah
mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.
Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah
mereka (jangan diganggu).

AQT

Apabila habis bulan-bulan haram itu, maka bunuhlah orang-
orang Musyrikin itu di mana sahaja kamu jumpai mereka dan
tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat
pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat, maka
berilah kebebasan.

Bab 5 97

Ulasan

Dalam dua contoh terjemahan di atas, penterjemah membiarkan
pihak pembaca membuat rumusan sendiri tentang konteks ayat di
atas. Namun jika terjemahan ayat ini diambil secara bersendirian
tanpa merujuk kepada konteks ayat, ia pasti akan mudah
disalahertikan. Dalam konteks kesefahaman dalam hubungan
antara agama juga adalah disyorkan satu pendekatan terjemahan
yang mengambil kira konteks ayat tersebut supaya memberikan
kefahaman yang lebih jelas kepada mereka yang ingin lebih
mengenali Islam dan Al-Qurān.

Dalam mengambil kira perkara ini, contoh terjemahan Dr.
Mustafa Khattab boleh dijadikan panduan apabila terjemahan ayat
di atas dapat dieertikan dalam Bahasa Melayu sebagai: “Apabila
bulan-bulan suci itu telah berlalu, bunuhlah golongan musyrik
tersebut “yang telah mencabul perjanjian mereka”.

Dengan tambahan yang sedemikian ayat tersebut
walaupun apabila dipetik sendirian tanpa ayat-ayat sebelum
dan selepasnya tidak akan mudah untuk disalahertikan kerana
konteksnya diperjelaskan sedemikian.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan tentang terjemahan beberapa
ayat-ayat yang sentiasa disalahertikan untuk mencetuskan
Islamophobia di atas, masih terdapat ruang untuk memperbaiki
pendekatan terjemahan ayat-ayat tersebut ke dalam bahasa Melayu
dengan mengambil kira konteks ayat-ayat tersebut diturunkan.
Ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar prinsip asal
hubungan di antara Islam dan bukan Islam yang bersandarkan

98 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

kepada toleransi dan saling faham memahami dan bukannya
permusuhan yang merupakan tindak balas untuk mempertahankan
diri serta membalas serangan untuk menghentikan keganasan.

Dengan memasukkan konteks ayat-ayat tersebut dalam
terjemahan, bukan sahaja manipulasi makna di luar konteks ayat
dapat dielakkan bahkan ia juga dapat memberikan gambaran
yang lebih jelas tentang keperluan kepada tindakan tegas yang
digariskan di dalam ayat tersebut.

Terjemahan-terjemahan bahasa Melayu yang sedia ada, secara
umumnya tidak menjadikan strategi memasukkan konteks dalam
terjemahan sebagai satu pendekatan kerana kebanyakannya
adalah lebih cenderung kepada teks asal.

BAHAGIAN II : ISLAM
& EKONOMI



BAB 6

Masalah Wang, Pekerjaan Dan Masa Depan
Terhadap Pelajar Di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) Sekitar Melaka
Siti Haziqah Shaban, Siti Marhamah Kamarul
Arifain, Atini Alias & Siti Nazurulaina Hj. Aripin

Pendahuluan

Bidang pendidikan adalah bidang yang menjadi satu keperluan
bagi segenap masyarakat kerana ia merupakan satu pelaburan
jangka panjang dalam pembangunan modal insan. Ia bertujuan
untuk melahirkan generasi yang bijak pandai bukan sahaja
daripada sudut ilmu, tetapi turut menghasilkan keuntungan kepada
ekonomi negara. Oleh itu, dalam mencapai tahap pendidikan yang
tinggi yang akan memberikan nilai tambah kepada kemakmuran
dan kemajuan sesebuah negara, ia bukanlah boleh diperolehi
secara percuma. Wang sangat penting untuk merealisasikan
suatu impian dan harapan negara lebih-lebih lagi pada peringkat
pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

Umum mengetahui, pembelajaran di Institusi Pengajian
Tinggi sangat memerlukan perbelanjaan yang banyak bagi
pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan sederhana.
Bantuan persaraan sepanjang pelajar menuntut ilmu di institusi
sangat mempengaruhi pencapaian mereka dalam pelajaran.

102 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Dewasa ini, pinjaman dan biasiswa semakin terhad menyebabkan
pelajar mengalami masalah kewangan yang teruk yang memberi
kesan kepada pemfokusan dalam kelas dan kehidupan mereka
dalam menuntut ilmu lebih-lebih lagi pelajar yang kurang
mahir dalam mengendalikan kewangan dengan baik. Norvilitis
et al. (2006) yang menyatakan kurangnya pengetahuan dalam
mengurus kewangan boleh menjurus ke arah bebanan hutang.
Tambahan lagi kurangnya ilmu dalam pengurusan kewangan
akan mempengaruhi keupayaan pelajar bagi membuat keputusan
yang positif (Jorgensen & Savla, 2010).

Menurut Dahlia et al. (2009) kebanyakan pelajar
kelulusan ijazah sarjana muda mempunyai pengurusan kewangan
peribadi yang lemah akibat dari ketidakcukupan ilmu dalam
mengendalikan kewangan mereka. Akibat daripada pengetahuan
yang rendah tentang pengurusan kewangan akan mempengaruhi
prestasi akademik dan kewangan mereka selepas bergraduan.
Ini sekaligus boleh memberi kesan kepada bakal graduan dalam
menguruskan kehidupan mereka selepas tamat pengajian (Chen
& Volpe,1998).

Selain daripada masalah kewangan yang dihadapi pelajar
institusi pengajian tinggi, pelajar dilihat sangat bermasalah
dalam memikirkan hal kerjaya masa depan mereka selepas tamat
pengajian. Masalah ini membelenggu pelajar kerana beranggapan
bahawa mereka akan menganggur sebaik sahaja tamat pengajian
rentetan daripada isu pengangguran yang semakin meruncing
pada masa sekarang (Christina et al., 2010). Pemikiran negatif
seperti ini akan menyebabkan pelajar tertekan dan akhirnya akan
menyebabkan pelajar melakukan perkara yang tidak sihat seperti

Bab 6 103

mengambil alkohol, dadah dan sebagainya untuk mengurangkan
tekanan yang dialami.

Umum mengetahui, rata-rata majikan mementingkan
kemahiran generik, kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal
yang perlu dikuasai oleh pelajar di institusi bagi memudahkan
majikan mendapat pekerja yang berkualiti (Sharifah Hana et
al., 2015). Ini perlu dikuasai oleh pelajar untuk memudahkan
mereka mendapat kerja sejurus tamat pengajian di peringkat
institusi selain berperanan sebagai nilai tambah yang perlu
dipupuk untuk meningkatkan kerjaya dan kebolehpasaran
pelajar di pasaran kerjaya. Berdasarkan laporan daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia (2016), kadar pengangguran yang tinggi
dicatat penduduk berumur 15-19 tahun iaitu 15.7 peratus pada
2015 diikuti mereka yang berumur 20-24 tahun dengan kadar
9.3 peratus. Namun, dari segi peratusan bilangan penganggur,
sumbangan paling besar adalah kumpulan umur belia 20-24 tahun
iaitu sebanyak 42.1 peratus. Manakala dalam kalangan siswazah
pula, melalui kajian pengesahan graduan 2011 yang dilaporkan
oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian
Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman mengatakan
sebanyak 40,000 orang siswazah seluruh negara dalam keadaan
yang tidak bekerja dan gagal mendapat pekerjaan. Dalam kajian
tersebut, kadar peratusan graduan yang masih belum bekerja
mengikut institusi (Pua Poh Keong, 2014).

104 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Jadual 1. Kadar Pengangguran Mengikut Institusi Pengajian

Institusi Pengajian Peratusan Pengangguran
IPTA 21%
IPTS 27%
28%
Politeknik 35%
Lain-lain Institusi

Kumpulan umur belia ini adalah kumpulan umur pelajar
yang berada di institusi pengajian dan tamat pengajian. Fenomena
ini membimbangkan kerana didapati kebanyakan pelajar sukar
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik jika tidak mempunyai
kemahiran insaniah yang baik. Menurut Siti Marhamah et al.
(2017), sebahagian pelajar walaupun telah berada di peringkat
universiti, masih tidak tahu lagi hala tuju selepas tamat pengajian.
Kebanyakan graduan memilih kursus yang menawarkan pekerjaan
yang terhad kerana sesetengah bidang tidak memerlukan ramai
pakar dan tidak digunakan secara meluas di Malaysia. Oleh itu,
amat penting bagi seorang pelajar untuk memilih kursus yang
tepat dan bersesuaian dengan minat dan pasaran kerjaya. Kerjaya
sangat mempengaruhi masa depan pelajar kerana ia merupakan
satu kepuasan bagi graduan dalam mendapat pekerjaan yang
setanding dengan kelulusan yang mereka terima sama ada pada

peringkat diploma, sarjana muda mahupun peringkat sarjana.

Objektif Kajian

I. Mengenalpasti perbezaan dari segi masalah wang, pekerjaan
dan masa depan berdasarkan jantina.

II. Mengenalpasti perbezaan masalah wang, pekerjaan dan masa
depan berdasarkan jenis institusi pengajian.

Bab 6 105

Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Rekabentuk kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah menggunakan kaedah tinjauan yang sering digunakan
oleh penyelidik bagi mengukur pembolehubah yang diuji. Satu
set soal selidik diedarkan kepada responden untuk dijawab bagi
mengukur permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, seramai 600 orang responden terlibat yang
terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS sekitar negeri Melaka.
Pelajar telah dipilih daripada 3 buah IPTA dan 3 buah IPTS
yang dipilih sebagai responden kajian yang mana setiap institusi
mewakili 100 orang pelajar.

Instrumen

Soal selidik merupakan alat ukur yang sering digunakan dalam
penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat (Azizi et
al., 2007). Kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian
A yang merangkumi maklumat demografi responden manakala
bahagian B menggunakan borang soal selidik Senarai Semak
Masalah Mooney (1950) yang telah diasaskan oleh Ross L.
Mooney di Ohio State University. Set borang soal selidik ini
mengandungi dua bahagian dan mempunyai sebanyak 210 jumlah
item.

106 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Hasil Kajian dan Perbincangan

Kebolehpercayaan Alat Ujian

Kajian rintis telah dilakukan di Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM) dengan sampel seramai 100 orang pelajar. Nilai Alpha
Cronbach yang didapati adalah sebanyak 0.96. Ini menunjukkan
kebolehpercayaan item ini sah digunakan.

Jadual 2. Nilai Kebolehpercayaan Alat Ujian

Alpha Cronbach Nilai Bil. Item
Senarai Semak Masalah Mooney 0.96 210

Hasil Analisis Deskriptif

Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Demografi Jantina

Jantina N Peratus
Lelaki 266 44.3
Perempuan 334 55.7
Jumlah 600 100

Jadual 3 menunjukkan taburan responden mengikut
jantina. Berdasarkan analisis yang dilakukan, secara majoritinya
adalah responden perempuan iaitu seramai 334 orang atau 55.7%
manakala responden lelaki yang terlibat ialah 266 orang atau
44.3%.

Bab 6 107

Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Demografi Jenis Institusi

Jenis Institusi N Peratus (%)

IPTA 302 50.3
IPTS 298 49.7
Jumlah 600 100

Manakala Jadual 4 pula menunjukkan taburan responden
berdasarkan jenis institusi. Dapatan menunjukkan seramai 302
orang pelajar atau 50.3% di IPTA, manakala seramai 298 orang
pelajar atau 49.7% pelajar di IPTS.

Jadual 5. Taburan Responden Mengikut Demografi PNGK

PNGK N Peratus (%)
< 1.5 7 1.2
1.51 hingga 2.00 37 6.2

2.10 hingga 3.00 306 51

3.10 hingga 4.00 250 41.7
Jumlah 600 100

Jadual 5 pula menunjukkan taburan responden mengikut
PNGK. Hanya seramai 7 orang pelajar iaitu 1.2% pelajar yang
mempunyai PNGK kurang daripada 1.5 manakala seramai
37 orang pelajar iaitu sebanyak 6.2% pelajar mempunyai
PNGK sebanyak 1.51 hingga 2.00. Seterusnya, majoriti pelajar
mempunyai PNGK sebanyak 2.10 hingga 3.00 iaitu sebanyak
51% dan terdapat seramai 250 orang pelajar iaitu 41.7% yang
mempunyai PNGK sebanyak 3.10 hingga 4.00.

108 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Hasil Analisis Inferensi

Objektif 1: Mengenalpasti perbezaan dari segi masalah
wang, pekerjaan dan masa depan berdasarkan jantina

Jadual 6. Keputusan Ujian t bagi Wang, Pekerjaan dan Masa Depan Berdasarkan
Jantina

Jantina N Min Sisihan t dk k
Piawai

Lelaki 267 9.32 5.36 .428 596 .669

Perempuan 333 9.12 5.62

k>0.05

Jadual 6 menunjukkan nilai min bagi lelaki adalah
9.32 manakala min perempuan adalah 9.12. Ini menunjukkan
nilai min bagi pelajar lelaki dan perempuan tidak mempunyai
perbezaan yang ketara. Seterusnya, nilai t adalah 0.428 dan nilai
kebarangkalian adalah 0.669. Nilai kebarangkalian didapati
lebih besar daripada aras keyakinan (k>0.05). Hasil analisis
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
masalah wang, pekerjaan dan masa depan berdasarkan jantina (t
(596)=0.428, k>0.05). Oleh itu, objektif pertama menunjukkan
tidak terdapat perbezaan masalah wang, pekerjaan dan masa
depan berdasarkan jantina.

Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian yang
diperolehi oleh Dahlia et al. (2009) mendedahkan bahawa tidak
terdapat perbezaan literasi kewangan dalam kalangan lelaki dan
wanita. Kajian ini disokong oleh hasil dapatan Aisyah & Wajeeha
(2016) dalam kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di

Bab 6 109

Malaysia dari segi tinjauan dari perspektif majikan, menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan antara jantina terhadap amalan
pengurusan kewangan mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kebanyakan pelajar tidak
kira perempuan atau lelaki kebanyakannya mempunyai masalah
kewangan yang sama dari segi pembelian buku rujukan yang
mahal, membayar kos rumah sewa dan perbelanjaan harian yang
membebankan. Berbeza pula dengan kajian Alecia dan Anuar
(2017) mendapati mahasiswa perempuan mempunyai hubungan
yang kuat dengan pembelian nota-nota berbanding pelajar lelaki.
Ini kerana mahasiswa perempuan lebih mempunyai personaliti
yang positif berbanding lelaki yang menyumbang kepada
kecemerlangan akademik.

Seterusnya,hasildapatankajianinijugaadalahbertentangan
dengan kajian yang dilakukan oleh Fazurah Mustaffa et al. (2016)
yang mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tujuan hidup
berdasarkan jantina, iaitu pelajar perempuan menunjukkan tujuan
hidup yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Pelajar perempuan
dikatakan lebih berkeyakinan dalam mencari pekerjaan masa
depan yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Namun, apa yang
berlaku pula sebaliknya apabila menurut Jabatan Perangkaan
Malaysia (2016) mengatakan siswazah menganggur mengikut
jantina adalah perempuan lebih ramai menganggur berbanding
lelaki sejak tahun 1999, dimana pada tahun 2010, kadar peratusan
sebanyak 59% daripada graduan perempuan dan 41% daripada
graduan lelaki. Fenomena ini berlaku mungkin disebabkan oleh
terlalu ramai pelajar perempuan di Institusi Pengajian Tinggi dan
mereka sering berlumba-lumba inginkan pekerjaan yang baik di
masa hadapan. Namun, pelajar perempuan didapati lebih positif
dan mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik berbanding
dengan lelaki (Joanne et al., 2014).

110 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Objektif 2: Mengenalpasti perbezaan dari segi masalah
wang, pekerjaan dan masa depan berdasarkan jenis
institusi

Jadual 7. Keputusan Ujian t bagi Wang, Pekerjaan dan Masa Depan Berdasarkan Jenis
Institusi

Jenis Institusi N Min Sisihan Piawai t dk k

IPTA 302 9.47 5.24 1.224 597 .221
IPTS 297 8.92 5.76

k>0.05

Jadual 7 menunjukkan nilai min bagi IPTA adalah 9.47
manakala min IPTS adalah 8.92. Ini menunjukkan nilai min
masalah wang, pekerjaan dan masa depan berdasarkan IPTA
dan IPTS tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Seterusnya,
nilai t adalah 1.224 dan nilai kebarangkalian adalah 0.221. Nilai
kebarangkalian didapati lebih besar daripada aras keyakinan
(k>0.05). Hasil analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan masalah wang, pekerjaan dan masa
depan berdasarkan jenis institusi (t (597)=1.224, k>0.05). Oleh
itu, objektif kedua menunjukkan tidak terdapat perbezaan masalah
wang, pekerjaan dan masa depan berdasarkan jenis institusi.

Hasil dapatan ini adalah bertentangan dengan Alecia
dan Anuar (2017) yang menjalankan kajian untuk melihat pola
perbelanjaan dalam kalangan mahasiswa di IPTA dan IPTS.
Hasil kajian mendapati bahawa mahasiswa IPTS lebih banyak
berbelanja dalam aspek kehendak iaitu membeli-belah berbanding
mahasiswa IPTA yang lebih mementingkan makanan, bil telefon

Bab 6 111

dan nota. Kajian ini turut mendapati bahawa mahasiswa secara
keseluruhannya kurang menyimpan serta wanita dan lelaki
mempunyai pola perbelanjaan yang yang berbeza. Mahasiswa kini
lebih terbeban dengan kos yang terpaksa ditanggung termasuklah
hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dan biasiswa lain. Dapatan kajian ini mendapati bahawa min
perbelanjaan IPTA lebih tinggi daripada min perbelanjaan IPTS
adalah kerana mahasiswa IPTA yang diambil banyak berdekatan
kawasan Bandar Melaka yang memudahkan mereka untuk
membeli makanan. Ia selaras dengan dapatan Heng (2007) bahawa
rakyat Malaysia paling banyak berbelanja terhadap makanan.

Seterusnya, kajian Christina et al. (2010) mendapati
sebanyak 63.9% pelajar di IPTA diganggu oleh masalah kerjaya
masa depan iaitu perasaan takut menganggur selepas tamat
belajar di universiti, berasa risau tidak mendapat pekerjaan dan
tidak mengetahui pekerjaan yang sesuai. Masalah ini diikuti
dengan masalah kemudahan sebanyak 61.7%, seterusnya
masalah kewangan sebanyak 51.8% dan terakhir sebanyak
33.7%. Manakala menurut Khairul Hamimah (2006) melakukan
kajian berkenaan masalah akhlak dalam kalangan pelajar di IPTS
mendapati bahawa kebanyakan pelajar IPTS terjebak dalam
gejala sosial seperti penglibatan pelajar terhadap aktiviti seks,
penglibatan pelajar terhadap kegiatan haram seperti lumba haram,
dadah dan perjudian, penglibatan terhadap masalah agama seperti
tidak menunaikan solat, minum arak, memandang rendah hukum
Islam dan tidak berpuasa.

112 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Cadangan dan Kesimpulan

Beberapa cadangan boleh dikemukakan dalam menangani
permasalah pelajar dari segi wang, pekerjaan dan masa depan.
Pihak hal ehwal pelajar perlu menganjurkan program pengurusan
kewangan dan perbelanjaan yang terurus untuk mahasiswa supaya
mereka boleh membezakan keperluan pengajian atau kehendak
mereka sendiri. Menurut Mohamad Fazli et al. (2008), kewangan
dan masalah pelajar universiti Malaysia mendedahkan bahawa
pelajar menggunakan dana pendidikan untuk tujuan selain untuk
perbelanjaan akademik mereka. Kebanyakan mereka tidak pasti
tentang di mana wang dibelanjakan mereka membeli barang-
barang yang tidak perlu, dan meminjamkan wang kepada rakan-
rakan. Walau bagaimanapun, mereka melangkau makanan untuk
menjimatkan wang.

Ibu bapa juga perlulah mendidik anak-anak dalam
pengurusan kewangan yang betul sejak dari kecil kerana corak
perbelanjaan yang baik akan membawa apabila mereka besar
nanti. Pembelajaran primer di rumah amat memberi impak kepada
pembentukan personaliti yang sihat dalam kalangan anak-anak.
Ibu bapa merupakan egen sosialisasi yang sangat penting dan
kritikal dalam diri anak-anak.

Dari sudut pekerjaan dan masa depan pula, setiap IPT
perlulah menekankan aspek kemahiran insaniah dalam setiap
silibus di IPT supaya graduan yang akan dihasilkan mampu
berdikari dan mendapat pekerjaan yang baik di masa hadapan.
Selain daripada itu, dengan penggunaan media massa yang
semakin canggih ini, bolehlah membantu penyebaran maklumat
kepada para graduan supaya mudah untuk mereka mencari
pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan mereka.

BAB 7

Penilaian Unidimensionality Item Pelaburan
Emas Patuh Syariah Menggunakan Model

Pengukuran Rasch
Najahudin Lateh, Muhamad Rahimi Osman &

Siti Noorbiah Md Rejab

Pendahuluan

Instrumen yang baik perlu mengukur dalam satu arah atau
unidimentionality (Azrilah et al., 2013). Ini perlu untuk
mengelakkan instrumen mempunyai ciri kesamaran yang boleh
menghasilkan dapatan yang mengelirukan dalam pengukuran.
Model Pengukuran Rasch adalah salah satu kaedah yang
boleh digunakan untuk mengukur kesahan, kebolehpercayaan,
kesepadanan serta unidimentionality bagi sesuatu instrument
(Bond & Fox, 2015; Linacre, 2012; Rasch, 1980). Model ini
merujuk kepada prinsip, teknik atau panduan pengukuran
dilakukan terhadap korektor atau sifat terpendam (latent trait)
(An & Yung, 2014; Azrilah et al., 2013). Teknik ini diperkenalkan
oleh Georg Rasch (Rasch, 1980) pada tahun 1953 (Baker, 2001;
Linacre, 2005) sebagai sejenis model respons item yang mengukur
berdasarkan keupayaan orang yang diuji (examinee ability) dan
kesukaran item (item difficulties). Data respons soal selidik
digunakan untuk memberikan maklumat tentang responden

114 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

dan item-item yang berkaitan dengannya (Azrilah et al., 2013;
Sumintono & Widhiarso, 2013).

Model Rasch mengukur tiga perkara: (i) kuantiti (quantity)
atau anggaran tahap kebolehan person dan aras kesukaran item;
(ii) ketepatan (precision) sama ada mengukur person/item pada
perkara yang sama atau menyeluruh; dan (iii) kualiti (quality)
melalui kesepadanan (fit) person/item dengan model. Nilai setiap
analisis boleh menunjukkan item atau konstruk mana yang
sepadan (fit), tidak sepadan (misfit), perlu dikaji semula atau
digugurkan (Azrilah et al., 2013) berdasarkan skala julat yang
ditetapkan. Data responden yang hilang (missing) turut tidak
menjadi masalah kerana kebolehan model Rasch untuk membuat
ramalan respons yang sepatutnya. Kelebihan ini menjadikan
instrumen yang dihasilkan lebih tekal dan sesuai digunakan untuk
sampel lain (Adibah, 2013; Azrilah et al., 2013).

Dalam Rasch, unidimentionality boleh dikenal pasti
melalui beberapa analisis utama seperti polariti item (PTMEA
CORR), kesepadanan (infit dan outfit MNSQ serta z-std), peta
taburan person-item (persons-items distribution map - PIDM),
analisis komponen prinsipal dan kalibrasi skala pemeringkatan
(Bond & Fox, 2015; Linacre, 2012; Rasch, 1980). Kajian
ini menentukan unidimensionality instrument yang dinilai
menggunakan dua fungsi tersebut iaitu Analisis Komponen
Prinsipal (AKP) dan Kalibrasi Skala Pemeringkatan (KSP).

Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah
(i-PEPS)

Instrumen i-PEPS telah dihasilkan menggunakan teknik

Bab 7 115

Delphi dengan mendapat kesepakatan pakar muamalat Islam
seramai 13 orang (Najahudin, 2014). Instrumen ini mempunyai
32 item yang terkandung dalam tiga dimensi, iaitu Pelabur dan
Institusi Pelabur (PIP), Produk dan Harga (BDH) dan Akad
Tawaran Pelaburan (ATP). Dimensi PIP mempunyai empat
item, dimensi BDH (17 item) dan dimensi ATP (11 item) seperti
ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1. Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (i-PEPS)

Dimensi Item Item

Pelabur A01 Institusi pelaburan hanya membenarkan pelabur yang
dan A02 berumur 18 tahun untuk berkontrak.
Institusi A03
Pelaburan A04 Institusi pelaburan diwakili oleh seorang yang berumur 18
(PIP) tahun ke atas ketika berkontrak.

Operasi institusi pelaburan berdaftar dengan Bank Negara
Malaysia (BNM) / Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Institusi pelaburan mempunyai ahli penasihat syariah bagi
produk pelaburan emas.

116 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

B01 Barang (emas) yang dilabur wujud secara fizikal.

B02 Emas mempunyai pemilikan penuh.

B03 Emas boleh dipindah milik.

B04 Emas boleh diketahui dengan melihat secara fizikal,
sampelnya atau ditentukan sifat serta kadarnya.

B05 Bentuk emas (sama ada syiling, jongkong dan sebagainya)
diketahui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

B06 Kadar ketulenan emas (berasaskan karat atau peratusan)
diketahui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.

B07 Timbangan berat emas diukur secara tepat berasaskan
piawai ukuran berat semasa.

B08 Kadar timbangan berat emas diketahui oleh kedua-dua
pihak yang berkontrak.

B09 Emas boleh diserahkan secara serta-merta (lani) tanpa
penangguhan.

Barang Penyerahan (taqabud) emas berlaku sebelum kedua-dua
dan Harga
(BDH) B10 pihak yang berkontrak berpisah (secara hakiki seperti
penyerahan fizikal emas ataupun hukmi seperti catatan

berat emas dalam akaun).

B11 Emas yang telah dipindah milik mampu didapatkan oleh
pemilik (pembeli) pada bila-bila masa tanpa halangan.

B12 Emas yang telah dipindah milik bebas dikendalikan
(tasarruf) oleh pemilik (pembeli) tanpa halangan.

B13 Harga emas (bayaran) diketahui oleh kedua-dua pihak yang
berkontrak.

B14 Bayaran boleh diserahkan secara serta-merta (lani) tanpa
penangguhan.

B15 Penyerahan (taqabud) bayaran sepenuhnya berlaku
sebelum kedua-dua pihak yang berkontrak berpisah.

B16 Bayaran dibuat secara tunai.

‘Kunci harga’ yang mengandungi penangguhan serahan
B17 emas atau bayaran adalah janji (wa’ad) penawaran daripada

sebelah pihak sahaja yang boleh dibatalkan bila-bila masa.

Bab 7 117

C01 Terdapat kontrak (akad penawaran dan penerimaan) sama
ada secara lisan, bertulis atau secara atas talian.

Majlis kontrak penawaran dan penerimaan berlaku melalui
C02 pertemuan pelabur dan wakil institusi pelaburan secara

hukmi (secara fizikal) atau maknawi (tanpa fizikal).

C03 Kontrak tidak diselangi dengan tempoh masa lama atau
perkataan yang tiada kaitan.

C04 Kontrak tidak mempunyai sebarang syarat yang
menghalang pemilikan.

Akad C05 Kontrak tiada sebarang syarat untuk beli balik emas antara
Tawaran kedua pihak yang berkontrak.
Pelaburan
Emas C06 Kontrak tiada sebarang syarat antara kedua-dua pihak yang
(ATP) berkontrak untuk memberikan hibah yang perlu ditunaikan.

C07 Kontrak tidak mengandungi unsur hutang (pinjaman) yang
digabung sekali dengan jual beli (salaf wa bay’).

Kontrak tidak mengandungi sebarang imbuhan sebagai
C08 hilah (tipu daya) untuk menutup kontrak pinjaman yang

dijamin pulangan.

C09 Kontrak tidak mempunyai sebarang unsur perjudian.

C10 Kontrak tidak mempunyai sebarang pertambahan pada
berat emas yang ditukar (trade-in) dengan emas lain.

C11 Kontrak tiada sebarang syarat untuk menyewa semula emas
tersebut bagi dijualkan kepada pihak lain.

Metodologi

Kajian ini dilakukan melalui kaedah tinjauan dengan pengedaran
instrument i-PEPS melibatkan 40 responden yang terdiri daripada
pelabur emas dan wakil institusi pelaburan emas yang berbeza.
Seramai 20 (50%) orang dalam kalangan pelabur dan 20 (50%)
responden lagi daripada institusi pelaburan emas. Jumlah saiz
responden ini berdasarkan nisbah pembahagian 50:50 antara
sampel pelabur emas dan institusi pelaburan. Saiz sampel seramai
40 responden ditentukan menggunakan model Rasch. Liancre
(2012) mencadangkan jumlah minimum bagi responden model ini
adalah 16 orang untuk mencapai aras confident 95 peratus. Semua

118 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

responden (n=20) daripada kalangan pelabur emas disyaratkan
pernah menyertai mana-mana pelaburan emas di Malaysia tanpa
ditetapkan jenis institusi yang menawarkan pelaburan tersebut.
Responden daripada institusi pelaburan pula terdiri daripada dua
jenis seperti berikut: (i) Syarikat urus niaga emas yang beroperasi
secara sah (n=10); dan (ii) syarikat urus niaga emas yang
beroperasi secara tidak sah (n=10) kerana tidak berdaftar dengan
SSM atau BNM. Setiap institusi diwakili oleh seorang responden
yang mempunyai autoriti untuk menjawab soal selidik yang
diberikan. Mereka dipilih daripada kalangan pemegang jawatan
yang dipertanggungjawabkan dalam institusi tersebut dan telah
berkhidmat dengan sekurang-kurangnya setahun bersama institusi
tersebut. Syarat pemilihan wakil institusi sebagai responden
tersebut dapat memberikan kesahan dan kebolehpercayaan yang
baik terhadap maklumat operasi pelaburan emas yang diberikan.

Analisis ini dilakukan dengan menggunakan program
perisian Winsteps versi 3.72.3 yang diperkenalkan oleh Linance
(2012). Fungsi unidimensionality Model Rasch yang dikesan
melalui AKP ditunjukkan melalui nilai varian yang boleh
dijelaskan dalam pengukuran (raw variance explained by
measures) dan varian yang tidak dapat dijelaskan (unexplained
variance in the 1st contrast). Instrumen perlu mempunyai ciri
unidimensionality dengan pencapaian nilai minimum raw
variance explained by measures sekurang-kurangnya 50 peratus
(Fisher, 2007). Namun tanda ukuran unidimensi yang baik adalah
60 peratus. Sementara itu, nilai unexplained variance in the 1st
contrast pula hendaklah tidak melebihi had terkawal maksimum
15 peratus (Adibah, 2013; Azrilah et al., 2013; Fisher, 2007).

Bab 7 119

Analisis KSP pula dilakukan sebagai format komunikasi
antara penyelidik dengan responden supaya setiap aras skala
yang digunakan berfungsi membezakan respons setiap aras
(Adibah, 2013). Pengesanan skala pemeringkatan yang sesuai
juga diperlukan untuk mengelakkan pertindihan jawapan serta
ketidakmampuan responden untuk membezakan antara aras
skala. Model Rasch dapat mengesan kesahan kebarangkalian
respons diberikan secara ideal antara skala pemeringkatan yang
digunakan (Linacre, 2012; Adibah, 2013; Azrilah et al., 2013).
Kajian ini menggunakan empat skala pemeringkatan iaitu skor
“4” (Sangat setuju), “3” (Setuju), “2” (Tidak setuju) dan “1”
(Sangat tidak setuju). Skala dengan empat skor ini telah terbukti
lebih baik seperti ditunjukkan dalam kajian Adibah (2013) yang
telah mengkalibrasikan skala pemeringkatan daripada lima skor
pada kajian rintis kepada empat sahaja pada kajian sebenar.

Menurut model Rasch, skala pemeringkatan dinilai
menggunakan petunjuk observed average dan structure
calibration pada keempat-empat skala pemeringkatan kajian ini.
observed average ialah pola corak respons yang dianggap normal
jika pola meningkat secara teratur daripada nilai negatif hingga
positif dan sebaliknya jika terdapat turun naik antara corak pola
tersebut (Azrilah et al., 2013). Nilai pada structure calibration
pula digunakan untuk mengesan aspek nilai beza antara setiap
pemeringkatan, iaitu hendaklah pada julat 1.4 < s < 5.0 (Adibah,
2013; Azrilah et al., 2013). Nilai pengasingan s kurang daripada
1.4 memberikan maksud pertindihan antara skala pemeringkatan
telah berlaku dan responden tidak dapat membezakan antara
aras skala yang terlibat. Oleh itu, skala pemeringkatan akan
dikalibrasikan (digabungkan) dan sebaliknya jika s melebihi 5.0,
skala pemeringkatan tersebut akan dipisahkan (Azrilah et al.,

120 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

2013). Jika proses kalibrasi dilakukan antara mana-mana padanan
skala pemeringkatan, padanan yang terbaik ditentukan oleh nilai
dalam summary statistic yang menghasilkan item dan person
infit MNSQ yang terendah dan person separation yang terbesar
(Azrilah et al., 2013).

Dapatan

Analisis Komponen Prinsipal (AKP)

Hasil analisis AKP menggunakan Model Rasch yang
dilakukan dalam kajian ini ditunjukkan pada Jadual 2 dan 3.

Jadual 2. Keseragaman Dimensi

Jadual 2 menunjukkan nilai varian yang boleh dijelaskan
dalam pengukuran tercapai pada kadar 69.4 peratus berbanding
dengan model Rasch, iaitu 68.7 peratus. Ini membuktikan
instrumen ini baik dan mengukur pada satu arah kerana melebihi
60 peratus. Malah, pencapaian yang ditunjukkan juga tinggi
melebihi keperluan minimum sebanyak 40 peratus serta melebihi
jangkaan oleh model. Pencapaian yang baik ini juga ditunjukkan
oleh varian yang tidak dapat dijelaskan, iaitu 5.2 peratus yang
jauh daripada nilai terkawal maksimum 15 peratus (Fisher, 2007).

Bab 7 121

Oleh itu, instrumen PEPS terbukti mempunyai ciri
unidimensi yang mengarah kepada satu dimensi sahaja. Ini
menggambarkan kesahan item yang mengukur tanpa sebarang
kesamaran atau unsur mengelirukan. Hal ini juga disokong oleh
data pada Jadual 3 yang menunjukkan tiada pasangan item yang
mempunyai perkaitan atau ciri persamaan kerana semua nilai
piawai residual correlation melebihi 0.70 (Azrilah et al., 2013).

Jadual 3. Hubungan Keseragaman Item

Jadual 3 menunjukkan semua nilai piawai residual
correlation bagi item adalah di bawah 0.70. Ini membuktikan
responden tidak terkeliru kerana dapat membezakan antara
item serta tidak menganggap pasangan item yang berkaitan
sebagai satu perkara yang sama (Azrilah et al., 2013). Hal ini
juga menunjukkan susun atur ayat pada item adalah jelas tanpa
memerlukan perubahan. Oleh itu, semua item dikekalkan kerana
menepati ciri sebagai instrumen yang mempunyai kesahan yang
tinggi.

122 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Analisis Kalibrasi Skala Pemeringkatan (KSP)

Kajian tinjauan turut mengekal empat skala pemeringkatan iaitu
skor “4” (Sangat setuju), “3” (Setuju), “2” (Tidak setuju) dan
“1” (Sangat tidak setuju) tanpa sebarang kalibrasi. Cadangan
pengekalan skala pemeringkatan tersebut adalah tepat seperti
yang dicadangkan oleh model Rasch seperti ditunjukkan pada
Jadual 4.

Jadual 4. Kalibrasi Skala Pemeringkatan

Jadual 4 menunjukkan skala pemeringkatan “4” ialah
respons yang paling kerap dipilih oleh responden, iaitu sebanyak
579 (45 peratus). Skala pemeringkatan seterusnya yang paling
kerap diberikan adalah skala “3”, iaitu 389 pilihan (30 peratus)
dan skala “2” sebanyak 199 (16 peratus). Respons yang paling
kurang dipilih oleh responden adalah pada skala pemeringkatan
“1”, iaitu hanya 113 kali (9 peratus). Corak respons kepada skala
pemeringkatan pula adalah normal kerana pola pada observed
average meningkat secara teratur daripada nilai negatif hingga
positif (Azrilah et al., 2013). Pola corak respons meningkat
satu hala secara positif daripada -2.41logit ke arah -0.38logit,

Bab 7 123

kemudian +1.37logit hinggalah +3.51logit. Ini bermakna pola
respons kepada skala pemeringkatan tersebut adalah normal.
Nilai pada structure calibration pula menunjukkan nilai beza
antara pemeringkatan adalah melebihi 1.4 seperti berikut:

S1-2 : 0.00 – 1.99 = 1.99 > 1.4
S2-3 : 1.99 – 0.23 = 2.22 > 1.4
S3-4 : 0.23 – 2.23 = 2.46 > 1.4

Ini menunjukkan skala pemeringkatan adalah baik kerana
nilai beza atau nilai pengasingan s antara setiap pemeringkatan
berada pada julat 1.4 < s < 5.0 seperti yang disyorkan oleh model
Rasch (Adibah, 2013; Azrilah et al., 2013). Tiada sebarang
kalibrasi untuk mencari padanan terbaik perlu dilakukan ke atas
semua skala. Oleh itu, skala pemeringkatan kajian ini terbukti
baik dan boleh digunakan tanpa kalibrasi kerana tiada pertindihan
antara skala membolehkan responden membezakan antara arasnya
(Azrilah et al., 2013).

Kesimpulan

Kajian ini telah berjaya menghasilkan instrumen i-PEPS yang
berkualiti tinggi serta dapat mengukur secara baik dan normal.
Instrumen tersebut secara empirical bersifat unidimensi dan skala
pemeringkatan yang digunakan juga adalah baik kerana dapat
dibezakan oleh mereka yang terlibat dengan kontrak pelaburan
emas. Analisis AKP menunjukkan instrumen mengukur pada satu

124 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

arah tanpa kesamaran atau unsur meragukan dengan nilai varians
yang boleh dijelaskan dalam pengukuran 69.4% (melebihi
50%) sementara nilai varians yang tidak dapat dijelaskan 5.2%
(kurang daripada 15%). Analisis KSP pula mendapati instrumen
tersebut adalah baik dan mengukur secara normal dengan Julat
nilai pengasingan s antara setiap pemeringkatan: 1.4 < s < 5.0.
Akhirnya i-PEPS yang mempunyai ciri unidimensionality yang
baik berjaya dibentuk dengan mengekalkan tiga dimensi dan 32
item. Instrumen ini boleh diguna pakai untuk semakan atau audit
patuh syariah pelaburan emas serta sebagai asas kajian berkaitan
produk patuh syariah pelaburan lain pada masa akan datang.

BAB 8

Peranan Muslimpreneurs Dalam
Melaksanakan Prinsip-Prinsip Agihan
Kekayaan Menurut Perspektif Ekonomi

Islam
Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd Amin,
Norajila Che Man, Dziauddin Sharif & Norizah

Mohamed@Hj Daud

Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, masyarakat secara umumnya
merupakan sebahagian daripada organisasi perniagaan yang
wujud dalam usaha untuk mengembangkan nilai-nilai ekonomi
dan kemasyarakatan. Setiap individu bertindak sebagai agen yang
aktif dan inovatif dalam organisasi ekonomi ini. Kemewahan
yang melimpah ruah dari aktiviti perniagaan merupakan hasil dari
kerjasama yang erat dan kukuh di antara etika, sosial, persekitaran
dan pemain-pemain dalam aktiviti ekonomi dalam mencapai misi
ekonomi tersebut. Al-Alak (2010) menegaskan bahawa dengan
menggunakan pendekatan keusahawanan Islam sebagai asas
aktiviti, Muslimpreneurs akan menjana sokongan dan dorongan
dari sebuah sistem yang berasaskan nilai-nilai mulia.

126 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Tanggungjawab Kewangan Terhadap
Masyarakat Menurut Perspektif Islam

Penentuan halal dan haram dalam aktiviti perniagaan akan
menjelaskan bagaimana ahli-ahli dalam sesebuah institusi sosial
menentukan hala tuju setiap aktiviti mereka. Menurut Islam, setiap
perkara yang diletakkan sebagai halal pasti mempunyai manfaat
dan kebaikan kepada individu, masyarakat dan alam sekeliling.
Manakala perkara-perkara yang diputuskan sebagai haram secara
umumnya mengandungi keburukan dan kerosakan yang akan
menyusahkan manusia dan muka bumi (Ziauddin Sardar, 1984).

Agihan kewangan merujuk kepada bantuan dana yang
boleh membantu golongan miskin mengubah kehidupan mereka
dari kemelaratan kepada satu keadaan yang memenuhi keperluan
asas kehidupan sebagai seorang manusia. Dalam Islam, agihan-
agihan ini boleh dilakukan melalui pelbagai terma dalam dasar-
dasar fiskal Islam secara fizikal termasuk zakat, sedekah, wakaf
dan hibah. Selain itu ia juga boleh dilaksanakan menerusi nilai-
nilai intrinsik seperti nasihat, persahabatan, pendidikan, simpati,
kasih sayang dan sebagainya. Kesemua contoh-contoh di atas
merupakan sebahagian daripada nilai-nilai keprihatinan dalam
Islam yang diungkapkan oleh Rasulullah ((SAW)) dalam hadith
yang bermaksud:

“Abu Musa Ash‘ary meriwayatkan bahawa Rasulullah
((SAW)) bersabda: Perbandingan seseorang Muslim
dengan Muslim yang lain adalah seperti sebuah bangunan
yang saling meneguhkan di antara satu sama lain”

(al-Tirmidhi: #1935; Bukhari: #468).

Bab 8 127

Sebagai contoh, keharusan pelaksanaan sistem takaful
menunjukkan Islam mementingkan usaha-usaha mewujudkan
perlindungan, kesatuan dan keamanan dalam masyarakat.
Pelaksanaan takaful secara tidak langsung menunjukkan wujud
usaha-usaha untuk menyatukan antara unit-unit yang lemah
di dalam masyarakat dengan unit-unit yang lebih kuat bagi
menjadikan bahagian-bahagian yang lemah itu lebih kuat dan
mampu memberi impak yang besar.

Dalam kata lain, setiap individu dalam masyarakat adalah
bertanggungjawab membantu golongan yang memerlukan
sehingga mereka mencapai tahap-tahap yang sepatutnya dalam
memenuhi perkara-perkara Ḍaruriyyat dan Hajiyyāt tanpa dibatasi
oleh agama dan anutan kepercayaan. Sebahagian daripada bantuan-
bantuan ini boleh direalisasikan melalui sokongan kewangan dan
emosi dalam kalangan yang memerlukan (Kamaruzaman, Mohd.
Rizal, & Azian, 2014).

Kekayaan Menurut Perspektif Islam

Kekayaan dalam sistem nilai berasaskan Islam telah menyediakan
satu asas yang kukuh dalam membentuk golongan manusia
yang sentiasa positif, kurang rasa takut, tidak mudah kecewa
dan berputus asa. Nilai-nilai ini akan membantu manusia untuk
terus bertahan walau dihimpit kesusahan dan kedukaan. Secara
ringkasnya, nilai-nilai ajaran Islam menyediakan motivasi
berterusan yang akan menghasilkan individu dengan nilai-nilai
ketabahan serta berupaya bertindak sebagai individu yang penuh
bertenaga dan gigih berusaha. Lebih jauh lagi, nilai-nilai ini
menyediakan asas-asas kepada pemacu aktiviti keusahawanan
sebagai ketua yang akan membawa perubahan bagi kelangsungan
hidup masyarakat di sekelilingnya.

128 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

Ia amat bertepatan dengan keinginan semula jadi serta
kehendak manusia untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan
mereka sebagaimana mereka diciptakan oleh Allah (SWT) pada
awalnya. Justeru, memiliki dan melaksanakan kerangka nilai-nilai
murni ajaran Islam akan membolehkan hasrat dan kecenderungan
ini bergerak pada landasan hidup yang betul (Al-Alak, 2010).

Muslimpreneurs disarankan untuk berfikir dengan jelas
dan matang serta mengenal pasti segala ruang dan peluang yang
ada bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan penuh inovatif
dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.
Pada masa yang sama, sebagai usahawan yang bergiat aktif
berlandaskan ajaran Islam, Muslimpreneurs seharusnya sentiasa
yakin dan percaya bahawa setiap kebaikan dari usaha dan
pekerjaan mereka akan disediakan ganjaran oleh Allah (SWT) di
dunia dan di akhirat. Perkara ini dinyatakan oleh Allah (SWT)
melalui firmannya yang bermaksud:

“Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal
perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada
lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari Kiamat
sebuah kitab yang ia jumpai dalam keadaan terbuka.
“Bacalah kitab mu, cukuplah diri mu sendiri pada waktu
itu sebagai penghisab terhadap mu”

(Al-Isrā’ 17: 13-14)

Keinginan untuk mendapat ganjaran dari Allah (SWT),
walaupun dilihat mempunyai unsur mementingkan diri sendiri
akan menjadi satu faktor yang mendorong individu Muslim
bergiat aktif dalam memperkasakan tanggungjawab sosial
mereka. Sesebuah organisasi yang berasaskan sistem nilai akan

Bab 8 129

menghasilkan individu yang mampu bergerak sebagai agen moral
yang boleh dipercayai. Golongan ini akan mampu membina
kepercayaan masyarakat melalui sifat-sifat baik dan beretika
serta kebolehan menyelesaikan masalah masyarakat melalui
penyelesaian dan idea yang inovatif (Austin & Reficco, 2009).

Golongan seperti ini sentiasa melihat nilai-nilai sosial
sebagai satu struktur yang saling bergantung antara satu sama
lain. Mereka percaya bahawa proses menyelesaikan kehendak
peribadi melalui tanggungjawab sosial adalah langkah terbaik
yang mampu menjamin kesejahteraan sesebuah organisasi dan
masyarakat (Mohd Faizal, Suhaida, & Norajila, 2017).

Ajaran asas dan utama dalam Islam ialah prinsip tauhid
iaitu pengisytiharan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah
(SWT). Tetapi ramai manusia telah mengabaikan Allah (SWT)
dan mereka memilih tuhan-tuhan yang mereka ciptakan sendiri
semata-mata kerana keduniaan dan untuk memenuhi keinginan
mereka yang salah. Justeru wujud keadaan-keadaan di mana
manusia memperhambakan manusia lain dan menyembah benda-
benda tertentu kerana percayakan kuasa yang ada pada sesuatu
itu (Mohd Faizal et al., 2017). Hakikatnya kuasa-kuasa tersebut
adalah ilusi manusia sendiri.

Muslimpreneurs mempunyai keyakinan bahawa Allah
(SWT) telah menyediakan untuk mereka tanggungjawab yang
sesuai dengan kemampuan dan kebolehan mereka. Justeru mereka
tidak mempunyai alasan untuk mengabaikan perintah ini. Pada
masa yang sama, Allah (SWT) memperkukuhkan tanggungjawab
ini dengan meletakkannya sebagai salah satu ibadah kepada Allah
(SWT) dalam perspektif yang berbeza. Allah (SWT) menyatakan
dalam firmannya yang bermaksud:

130 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

“Dan orang-orang (Ansar) yang telah mendiami kota
Madinah dan telah beriman sebelum (kedatangan)
mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang
berhijrah ke tempat mereka, Dan mereka tidak menaruh
keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan
kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan
(Muhajirin), atas dirinya sendiri, walau pun mereka juga
memerlukan, Dan siapa yang dijaga dirinya dari kekikiran,
maka mereka itulah orang-orang yang beruntung”

(Al-Hashr 59: 9).

Tanggungjawab Sosial Muslimpreneurs

Kejayaan sesebuah aktiviti keusahawanan dalam Islam tidak diukur
semata-mata pada pencapaian materialistik dan keuntungan yang
berlipat ganda. Bahkan ia meliputi kejayaan dalam semua perkara
material dan spiritual. Keadaan ini adalah kerana kehendak dan
keperluan manusia tidak terhad kepada pengumpulan harta
kekayaan sahaja. Menurut perspektif Islam, kehendak dan
keperluan manusia itu adalah pelbagai dan merangkumi perkara-
perkara asas yang terkandung dalam Maqāsid al-Syariah iaitu
al-Din, al-‘Aql, al-Nafs, al-Nasb dan al-Mal (Yazilmiwati &
Ilhaamie, 2012)

Dalam menjelaskan perkara ini, Kamali (2017) menegaskan
bahawa perkara-perkara asas berkaitan Maqāsid al-Syariah dalam
pengurusan harta ialah melindungi harta sedia ada, mencipta
harta-harta baru, serta menggunakan harta untuk kebaikan
individu dan masyarakat. Kesemua ini boleh dilaksanakan melalui

Bab 8 131

aktiviti perniagaan yang menguntungkan dan penciptaan peluang
pekerjaan yang membolehkan harta-harta baru diwujudkan
(Kamali, 2007).

Penglibatan dalam tanggungjawab sosial adalah tugas
setiap Muslim terhadap orang lain bukan sekadar menunjukkan
rasa simpati dan berkongsi kebaikan melalui elemen kebajikan.
Sebaliknya Islam telah meletakkan tanggungjawab ini bersekali
dengan ganjaran di dunia dan di akhirat. Perkara ini dijelaskan
oleh Roberts & Woods (2005) bahawa tanggungjawab sosial
usahawan di laksanakan ekoran belas kasihan mereka terhadap
keperluan mendesak orang lain. Dalam pada itu, penyertaan
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial juga turut membantu
meningkatkan rasa yakin dalam diri individu, kepuasan diri, dan
tahap kegembiraan.

Menurut falsafah Aristotle, kegembiraan merupakan
perkara yang penting bagi seorang manusia. Kegembiraan tersebut
hanya akan wujud apabila manusia memahami dengan mendalam
sesuatu perkara dan bertindak berdasarkan pengetahuan.
Kebahagiaan merupakan penilaian secara fizikal terhadap apa-
apa kecenderungan kognitif manusia yang terhasil secara fizikal.
Oleh itu, kebahagiaan boleh dicapai apabila seseorang melakukan
perkara yang sepatutnya dengan penuh integriti bertanggungjawab
(Lovat, 2005).

Ajaran Islam cuba mewujudkan manusia yang mempunyai
harga diri, ada nilai-nilai kekeluargaan, serta mewujudkan sebuah
masyarakat yang diikat dengan nilai-nilai persaudaraan. Menurut
Islam, nilai-nilai ini adalah inti pati ke arah mewujudkan sebuah
tanggungjawab sosial. Justeru, semua Muslim adalah berkongsi
tanggungjawab sosial dalam usaha membasmi kemiskinan dan

132 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam

kefakiran. Pada masa yang sama, mereka harus menyempurnakan
keperluan sosial yang lain termasuk pendidikan, penjagaan
kesihatan, nasihat dan kaunseling, serta menyediakan sokongan
kewangan dan moral.

Kemampuan masyarakat dalam menggunakan manfaat
kewangan dan sumber ekonomi secara bebas menggambarkan
nilai sosial dan ekonomi yang tinggi telah wujud. Justeru, Islam
amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam membuat
perubahan sosial sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki.

Metodologi

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual separa
berstruktur dalam proses pengumpulan data. Beberapa siri temu
bual telah dilakukan melibatkan peserta yang dikategorikan
dalam dua kumpulan berbeza iaitu (1) Ahli akademik Muslim,
dan (2) Muslimpreneurs. Tujuan temu bual diadakan ialah
untuk mengumpulkan pelbagai pandangan dan idea tentang
permasalahan yang menjadi objektif kajian.

Kaedah temu bual separa berstruktur bersifat anjal dan tidak
mempunyai prosedur yang rumit dan terlalu ketat. Pendekatan ini
membolehkan penyelidik mengemukakan persoalan-persoalan
tambahan sebagai reaksi kepada jawapan-jawapan peserta dalam
usaha mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci
(Greene, 2005). Pendekatan yang bersifat lebih terbuka memberi
ruang yang besar kepada penyelidik untuk membuat liputan
keseluruhan tajuk kajian. Selain itu, ia memberi ruang yang lebih
fleksibel kepada peserta dalam memberi maklum balas kepada
persoalan yang di kemukakan (Bryman, 2004).


Click to View FlipBook Version