Bab 8 133
Untuk menganalisis data-data yang diperoleh melalui
sesi-sesi temu bual, kajian ini menggunakan pendekatan analisis
kandungan (content analysis) dalam menghuraikan data-data
yang diperoleh melalui siri-siri temu bual yang telah diadakan.
Pendekatan ini merujuk kepada usaha menganalisis data-data yang
terdapat pada dokumen-dokumen temu bual bagi menjelaskan
serta menerangkan fenomena yang berlaku secara objektif
dan sistematik (Downe-Wamboldt, 1992; Krippendorff, 1980;
Sandelowski, 1995). Pendekatan ini membolehkan penyelidik
memperluaskan kefahaman tentang data yang dikumpulkan
melalui perbandingan dengan teori-teori dan prinsip-prinsip asas
yang berkaitan dengannya.
Seramai enam peserta telah dipilih sebagai responden
untuk melalui proses temu bual bagi mewakili kumpulan 1 dan
2. Pada bahagian hasil kajian, para responden dinamakan sebagai
R1, R2, R3, R4, R5 dan R6. Dapatan kajian ini juga disokong
dengan dalil-dalil dari al-Qurān, al-Sunnah serta pandangan-
pandangan pakar dalam bidang ini.
Dapatan Kajian Dan Perbincangan Hasil
Kajian
Bahagian ini mengemukakan dapatan kajian dan perbincangan
hasil kajian dalam tiga skop utama seperti berikut:
134 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Peranan Keusahawanan Islam Dalam Keadilan
Sosial dan Kebajikan Manusia
Seperti juga perniagaan, pelaksanaan aktiviti-aktiviti
keusahawanan dalam Islam secara dasarnya adalah untuk
mencapai keadilan sosial dan menjaga kebajikan sesama manusia.
Ia juga satu pendekatan untuk menjelaskan bahawa Islam adalah
satu ekosistem yang mengutamakan nilai bukan berasaskan
kepentingan diri individu atau pun berdasarkan satu peraturan
tetap yang langsung tidak boleh diubahsuai (R1 & R3). Islam amat
menggalakkan usaha-usaha bagi mewujudkan keseimbangan dan
kemapanan ekonomi melalui usaha penciptaan kekayaan serta
agihan yang adil dalam kalangan masyarakat (R2).
Ekonomi Islam adalah satu sistem yang amat mengiktiraf
nilai-nilai semula jadi dalam pembentukan modal-modal ekonomi
dan sosial. Nilai-nilai ekonomi Islam diterjemahkan melalui usaha-
usaha mengurangkan jurang sosial di antara golongan kaya dan
miskin (R4 & R6). Usaha-usaha ini boleh dilaksanakan oleh para
Muslimpreneurs sekiranya mereka menyedari tanggungjawab
tersebut dengan baik (R5).
Dalam menjelaskan perkara-perkara di atas, Al-
Alak (2010) menyatakan bahawa kecenderungan seseorang
Muslimpreneurs melaksanakan tanggungjawab sosial mereka
dipandu dan dirangsang oleh empat perkara iaitu persekitaran,
sistem sosial, sistem nilai dan ekonomi. Hubungan ini telah
dilakarkan oleh Al-Alak (2010) dalam Rajah 1 seperti berikut:
Bab 8 135
Rajah 1. Pemacu Aktiviti Keusahawanan Islam
Islam telah menetapkan bahawa usaha-usaha untuk
membangunkan ekonomi, persekitaran dan sosial mesti
berlandaskan kepada panduan nilai yang telah ditetapkan dalam
Islam. Dalam menghuraikan perkara ini, R3 menyatakan bahawa
corak yang diterapkan oleh Islam akan membina keberkesanan
serta keampuhan hubungan dan perkongsian sesama anggota
masyarakat dalam membentuk pembangunan seimbang pada
setiap peringkat masyarakat. Islam meletakkan masyarakat sebagai
satu kumpulan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan
manusia melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan
seimbang (R1, R2 & R4). Justeru, Islam amat menggalakkan
semua golongan untuk membelanjakan lebihan harta mereka bagi
kepentingan golongan yang memerlukan tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya (Al-Alak, 2010).
Allah (SWT) menciptakan alam semesta dan menetapkan
manusia dengan tanggungjawab sebagai khalifah Allah (SWT)
di muka bumi. Manusia diperintahkan menjalankan amanah ini
dengan penuh autoriti melebihi makhluk lain yang Allah (SWT)
136 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
telah ciptakan (R1 & R2). Orang Islam juga diingatkan oleh Allah
(SWT) melalui al-Qurān bahawa bumi ini adalah diamanahkan
kepada mereka. Justeru mereka bertanggungjawab untuk menjaga
dan memakmurkannya. Pelantikan manusia sebagai khalifah
berserta tugas dan tanggungjawab telah dijelaskan melalui firman
Allah (SWT) yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada
malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?. Allah
berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah 2: 30).
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang
lain) beberapa darjat, untuk menguji mu tentang apa yang
diberikan-Nya kepada mu. Sesungguhnya Tuhan mu
amat cepat seksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-An‘ām 6: 165)
Bab 8 137
Usaha melindungi persekitaran dalam perspektif Islam
merupakan usaha secara kolektif seluruh anggota masyarakat
dan bukan tanggungjawab secara individu. Walau bagaimanapun
setiap anggota masyarakat perlu berperanan secara individu dalam
memikul tanggungjawab bermasyarakat (R2 & R3). Mereka mesti
sanggup membelanjakan harta, buah fikiran, kemampuan spiritual
dan sebagainya dalam usaha menyelesaikan tanggungjawab ini
(R4 & R5).
Pada masa yang sama, setiap Muslim harus menyedari
bahawa semua tindakan baik yang tidak bercanggah dengan
prinsip-prinsip asas Islam merupakan satu ibadah yang amat
dituntut dalam Islam. Seharusnya semua Muslim berusaha
mendapat ganjaran dan kurniaan yang besar ini melalui usaha-
usaha sosial dan kemasyarakatan. Secara dasarnya, orang Islam
di rangsang oleh nilai-nilai etika yang muncul dari kecintaan serta
ketakwaan kepada Allah (SWT) yang telah membentuk sebuah
kerangka nilai yang kukuh dalam membina sistem sosial yang
utuh (Mohd Faizal et al., 2017). Justeru mereka amat berhati-
hati dalam sebarang tindakan agar tidak menceroboh larangan-
larangan Allah (SWT) secara sedar atau tidak.
Sistem kebajikan sosial Islam bergerak secara semula
jadi berdasarkan keperluan-keperluan anggotanya. Vellani (2004)
menjelaskan bahawa sistem etika sosial dalam Islam membentuk
keinginan individu untuk melaksanakannya melalui kawalan
kendiri serta rasa tanggungjawab terhadap penyempurnaan
perintah Allah bagi mewujudkan kebaikan sejagat. Kekuatan
kerangka nilai dalam Islam amat berkait dengan nilai-nilai
seperti kebebasan, kepercayaan, kejujuran, keseimbangan serta
tanggungjawab (R5). Nilai-nilai ini diterjemahkan sebagai budaya
kebajikan dan diguna pakai pada setiap masa dan ketika.
138 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Keusahawanan mengutamakan nilai-nilai realistik serta
pertimbangan yang adil dalam menguruskan peluang dan cabaran
perniagaan. Rasulullah (SAW) amat mementingkan keharmonian
di antara sosial, ekonomi dan persekitaran melalui penerapan
sistem berasaskan nilai mulia. Proses membina nilai sosial untuk
mencipta perubahan sosial kadang kala menjadi tanggungjawab
individu secara umum kerana mereka biasanya mempunyai cita-
cita tersendiri dalam mencapai matlamat sosial (R3 & R5).
Kepelbagaian kemahiran, pengalaman, kebolehan serta
kemampuan kewangan dalam kalangan individu mampu menjamin
kemapanan perubahan sosial sekiranya ia dapat diurus dengan
baik dan teratur. Setiap individu harus memahami bahawa semua
Muslim dalam semua peringkat mempunyai tanggungjawab dalam
mencapai keharmonian hidup tanpa kemiskinan, diskriminasi dan
keamanan yang menyeluruh.
Agihan Kekayaan Menurut Perspektif Islam
Keadilan sosioekonomi dalam skop agihan pendapatan dan
kekayaan yang dicapai melalui pembentukan sistem pengurusan
ekonomi dan kewangan yang baik amat berkait rapat dengan
prinsip-prinsip dan nilai-nilai ajaran Islam. Menurut Ibrahim,
Elatrash, & Farooq (2014), perbahasan tentang kitaran kekayaan
bukan merupakan topik perbahasan yang besar dalam ilmu
ekonomi dan kewangan Islam semasa berbanding topik-topik
berkaitan penimbunan harta kekayaan (hoarding).
Justeru, pakar ekonomi dan kewangan Islam
mencadangkan bahawa teori dan prinsip-prinsip Islam berhubung
kitaran kekayaan adalah berdasarkan dalil-dalil dari al-Qurān
Bab 8 139
dan al-Hadith berkenaan (1) larangan terhadap penimbunan
harta kekayaan serta (2) perintah berkaitan al-Infāq (R1, R2, R3).
Perintah tentang al-Infāq dan larangan terhadap penimbunan
harta dinyatakan dengan jelas dalam al-Qurān . Antaranya ialah
firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan
harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka
dari kemurahan-Nya, menyangka bahawa keadaan bakhil
itu baik bagi mereka. Bahkan dia adalah buruk bagi
mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa
yang mereka sembunyikan (bakhil) itu pada hari kiamat
kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi)
langit dan bumi dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui
dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan”
(Ali ‘Imrān 3: 180).
“(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda)
itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi
mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil
dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu
simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab
dari) apa yang kamu simpan itu”
(Al-Tawbah 9: 35).
140 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
“Mereka bertanya kepada mu (wahai Muhammad):
Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada
siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal)
yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua
ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam
perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari
jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuinya dan akan membalas dengan sebaik-
baiknya”
(al-Baqarah 2: 215).
“Dan pada harta-harta mereka (ada pula bahagian yang
mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang
meminta dan orang miskin yang menahan diri daripada
meminta”
(al-Dzāriyāt 51: 19)
Sebahagian daripada aktiviti dalam kegiatan ekonomi
seperti monopoli dan spekulasi di anggap sebagai sebahagian
daripada elemen ihtikar (hoarding) yang dilarang serta
diharamkan dalam Islam. Menurut R1 & R2, pengharaman ini
secara umumnya adalah kerana tindakan tersebut boleh membawa
kepada kezaliman terhadap orang lain. Sebagai tambahan R3
menjelaskan bahawa Rasulullah (SAW) telah membuat kenyataan
yang jelas dan tegas terhadap perkara ini melalui hadith-hadith
seperti berikut:
Bab 8 141
“Sesiapa yang menyorok makanan (dengan tujuan
meningkatkan harga) sesungguhnya dia telah melakukan
kesalahan”
(Muslim: #1605).
“Sesiapa yang berusaha untuk meningkatkan harga
(barangan) untuk kaum Muslimin, Maka Allah (SWT)
berhak memasukkannya ke tengah-tengah neraka”
(Al-Tabarani: #285)
“Sesiapa yang menimbun makanan kaum Muslimin,
nescaya Allah akan menimpakan penyakit dan
menjadikannya muflis”
(Al-Dzahabi: #322/4)
Islam melarang pengumpulan harta dalam golongan
tertentu sahaja. Bagi memastikan semua harta kekayaan tidak
terkumpul dalam golongan tertentu sahaja, Allah (SWT)
memerintahkan golongan kaya dan berkemampuan agar
membelanjakan harta mereka berdasarkan prinsip-prinsip asas
ajaran Islam (R4, R5). Perintah Allah ini dirumuskan oleh R1
& R2 sebagai kaedah dan tatacara perbelanjaan menurut Islam.
Menurut R3, kaedah ini dikenali dalam Islam sebagai al-Infāq.
Ia bersesuaian dengan perintah Allah (SWT) dalam firman-Nya
yang bermaksud:
142 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
“Dan belanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami
kurniakan sebelum maut datang menjemput mu. Saat itu
dia merayu dengan berkata: wahai Tuhan ku! Alangkah
baiknya kalau Engkau lambatkan sedikit masa ajal ku
agar aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang
yang soleh”
(al-Munāfiqūn 63: 10).
Tanggungjawab Muslimpreneurs Sebagai
Golongan Berharta
Dalam kajian ekonomi, kekayaan sering diungkapkan sebagai
pengumpulan sumber-sumber ekonomi (Pawasutipaisit &
Townsend, 2011) oleh sesuatu pihak atau kumpulan manusia.
Justeru golongan kaya bertanggungjawab untuk membantu
golongan miskin yang dianggap sebagai unit defisit dalam
ekonomi (Karnani, 2017). Allah (SWT) memerintahkan golongan
kaya agar membantu golongan miskin dalam pelbagai cara yang
dikenali sebagai al-Infāq. Al-Infāq atau nafaqāt merujuk kepada
perbelanjaan-perbelanjaan yang diharuskan dalam Islam sama
ada berbentuk wajib atau sukarela.
Kewajipan al-Infāq atau nafaqāt termasuk mengeluarkan
zakat, nafkah keluarga dan tanggungan seperti anak, isteri dan
ibu bapa (R5 & R6). Pada masa yang sama terdapat sumbangan-
sumbangan sukarela atas dasar kebajikan yang digalakkan dalam
Islam seperti sedekah, wakaf, hibah, hadiah dan sebagainya (R3
& R4).
Bab 8 143
Tanggungjawab golongan kaya terhadap kebajikan
anggota masyarakat yang lain dinyatakan dengan jelas melalui
firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya
(Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau
desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu
bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat
(Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya
beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah
((SAW)) kepada kamu maka terimalah serta amalkan,
dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka
patuhilah larangan-Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-
Nya”
(Al-Hashr, 59: 7).
Pensyariatan al-Infāq merupakan proses untuk memupuk
semangat kerjasama dan tolong-menolong (ta‘āwun) dalam
kalangan Muslimin. Ia juga menepati konsep keadilan yang
bermaksud memberikan hak kepada orang yang sepatutnya
menerima hak tersebut. Dalam konteks pemilikan harta, Muslimin
dididik supaya memahami bahawa semua harta kekayaan adalah
hak milik Allah (SWT) secara mutlak.
144 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Muslim juga diasuh agar memahami bahawa manusia
diperintahkan oleh Allah (SWT) untuk menjalankan amanah
terhadap pengurusan harta kekayaan tersebut. Justeru, mereka
harus menguruskan harta kekayaan yang ada bersesuaian dengan
apa yang telah digariskan oleh Allah (SWT) sebagai pemilik yang
sebenar (R3). Pada masa yang sama, dalam ayat 19 daripada
surah al-Dzariyāt Allah (SWT) telah menjelaskan bahawa pada
harta yang dimiliki oleh seseorang itu ada hak orang lain yang
perlu diagihkan.
Al-Infāq dalam Islam berperanan sebagai penghubung
bagi ahli-ahli masyarakat. R1 menjelaskan bahawa al-Infāq
adalah seumpama sebuah jambatan yang menjadi penghubung
di antara golongan kaya dengan golongan miskin. Pelaksanaan
konsep al-Infāq ini boleh diselaraskan dengan pelbagai teori dan
kaedah dalam ekonomi seperti The Wealth Circulation, Transfer
Payments dan Wealth and Income Distribution (R1, R2).
Masyarakat sering melabelkan golongan usahawan
sebagai golongan kaya dan berharta. Justeru mereka sering
diletakkan dalam situasi terkait dengan prinsip-prinsip kekayaan
serta tanggungjawab kewangan yang perlu dilunaskan kepada
masyarakat. Walau bagaimanapun, aktiviti keusahawanan telah
menyediakan ruang yang cukup luas kepada Muslimpreneurs
untuk melaksanakan prinsip al-Infāq dalam pelbagai cara yang
mungkin tidak mereka sedari (R3 &R6).
Usaha-usaha untuk memilih dan mengupah pekerja serta
bayaran gaji yang diberikan merupakan sebahagian daripada
bentuk agihan semula kekayaan yang sering dilupakan. Menurut
R2, aktiviti keusahawanan secara umumnya akan membuka ruang-
ruang baru dalam penawaran pekerjaan. Justeru, ia sepatutnya
Bab 8 145
dilihat sebagai sebahagian daripada bentuk asal agihan semula
kekayaan yang dapat dilakukan melalui pembayaran upah dan
gaji pekerja.
Dalam mengulas pandangan di atas, R1 & R3
menasihatkan Muslimpreneurs supaya sentiasa memberi dalam
apa jua bentuk. Kepincangan ekonomi masyarakat sehingga ada
yang terbelenggu dengan hutang adalah berpunca dari sikap orang
kaya yang kurang memberi. R3 menegaskan bahawa ramai orang
kaya yang amat mencintai harta mereka yang secara prinsipnya
bukan milik mereka secara mutlak. Pelbagai masalah yang
melanda masyarakat dalam urusan ekonomi dan kewangan boleh
diselesaikan sekiranya sumbangan dari golongan kaya sentiasa
ada.
Pada masa yang sama, R1 menyatakan terdapat golongan
kaya yang sangat tamak. Ketamakan ini pula berlaku dalam
semua perkara termasuk dalam beribadah. Justeru berlaku
keadaan di mana terdapat orang yang pergi menunaikan haji dan
umrah berulang kali walaupun kewajipannya hanya sekali. Pada
masa yang sama terdapat golongan miskin di sekelilingnya yang
memerlukan bantuan. Keadaan ini dijelaskan oleh R2 sebagai
kegagalan dalam memahami konsep-konsep asas keutamaan
dalam Fiqh (al-Fiqh al-Awlawiyyāt).
Muslimpreneurs juga seharusnya menyedari bahawa
agihan kekayaan bukan hanya terlaksana melalui proses al-Infāq.
R1 dan R2 menyarankan agar konsep al-Infāq ini difahami dalam
skop yang lebih luas dan menyeluruh. Ramai dalam kalangan
Muslimpreneurs sendiri yang tidak menyedari bahawa aktiviti
keusahawanan satu bentuk dan usaha berkaitan dengan agihan
semula kekayaan (R1). Perkembangan dan kemajuan sesebuah
146 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
perusahaan merupakan sebab kepada kemunculan peluang-
peluang pekerjaan yang baru serta menjadi pemangkin kepada
platform baru ekonomi sesebuah kawasan (R2).
Pandangan di atas telah disimpulkan oleh R3 dengan
firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-
Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan
keluar (dari segala perkara yang menyusahkan-nya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-
bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya
Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-
Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu”
(Al-Ṭalāq, 65: 2-3).
Penutup
Al-Qurān dan al-Sunnah merupakan panduan kepada
manusia dalam semua aspek kehidupan mereka termasuk
dalam melaksanakan aktiviti perniagaan dan keusahawanan.
Muslimpreneurs akan mendapat panduan paling efektif dalam
melaksanakan aktiviti keusahawanan mereka melalui panduan
yang disediakan oleh al-Qurān dan al-Sunnah. Perkara paling
penting adalah semua Muslimpreneurs harus memahami
Bab 8 147
dengan mendalam pendekatan Islam dalam keusahawanan
serta mengetahui dengan jelas perbezaannya dengan aktiviti
keusahawanan yang di amalkan dalam masyarakat barat.
Ajaran Islam berlandaskan pencapaian misi al-Falah di
dunia dan akhirat berdasarkan asas ajarannya yang diterjemahkan
melalui konsep-konsep Tauhid, Khilafah dan Ibadah kepada
Allah (SWT). Islam telah mengintegrasikan kesemua konsep-
konsep asas ajarannya melalui pendekatan al-‘Adl (keadilan) dan
al-Istiṣlāh (kebaikan) yang menyeluruh. Pelaksanaan konsep-
konsep dan pendekatan sebegini dalam kalangan Muslimpreneurs
menjadi pemacu dalam pemerkasaan sistem yang berasaskan
integrasi di antara nilai mulia dan fakta yang jelas.
Pelaksanaan agihan kekayaan secara Islam dalam kalangan
Muslimpreneurs membolehkan mereka menjadi unik dan berbeza
dengan usahawan-usahawan yang lain. Keusahawanan sebagai
sebahagian daripada tuntutan ibadah kepada Allah (SWT) akan
menghasilkan Muslimpreneurs yang jujur, ikhlas dan bertakwa.
Justeru ia akan membolehkan mereka untuk berfikir dan bertindak
bagi mendapatkan keredhaan Allah (SWT) semata-mata.
Kajian ini merumuskan bahawa terdapat pelbagai cara
untuk melaksanakan konsep dan prinsip agihan kekayaan secara
Islam. Ia tidak terhad kepada al-Infāq semata-mata. Sebaliknya
ia perlu difahami dengan lebih luas lagi termasuk usaha-usaha
menyediakan peluang pekerjaan serta mencipta kaedah-kaedah
baru dalam mencari rezeki dan menambahkan pendapatan
masyarakat.
148 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Elemen tauhid yang merujuk kepada keesaan Allah (SWT)
akan menjadi titik tolak penting ke arah pembentukan nilai-nilai
mulia dalam hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Pada
masa yang sama ia akan membentuk kesepaduan di antara ilmu
pengetahuan dan nilai kehidupan. Pelaksanaan ibadah secara
tetap dan taat merupakan kesan daripada tauhid dan khilafah.
Kesan utama daripada tauhid dan khilafah ialah keinginan untuk
menuntut ilmu. Al-‘Ilm dalam Islam menjadi amat bernilai apabila
ia disokong oleh struktur-struktur asas ajaran Islam. Menurut
Islam, ilmu merujuk kepada ilmu wahyu dan ilmu bukan wahyu.
Ia mesti dimiliki oleh semua Muslim dalam usaha melaksanakan
ibadah kepada Allah (SWT).
BAB 9
Penggunaan Berhierarki Berteraskan
Islam : Tinjauan Karya Dalam Konteks
Konvensional Dan Islam
Basri Abd.Ghani, Ahmad Azrin Adnan &
Noor Azura Zainuddin
Pendahuluan
Fenomena semasa memaparkan masalah sosioekonomi terlalu
banyak membelenggu masyarakat sama ada di peringkat dunia
dan tempatan dengan hutang isi rumah, kemuflisan, inflasi,
pembaziran, pengangguran dan sebagainya. Misalnya isu sub
prima iaitu krisis hutang dalam industri mortgage Amerika
mengakibatkan 9.2 juta rakyatnya berada di bawah garis
kemiskinan, 700,000 tidak mempunyai tempat tinggal (Engku
Rabiah,2013), kemudiannya merebak ke Sepanyol, Greece,
Belgium, Hungry, England dan Portugal (Dewan Ekonomi, Mac
2012). Masalah yang sama berlaku di Malaysia, misalnya pada
akhir 1995, hutang isi rumah rakyat Malaysia mencecah RM 883.5
billion (Berita Harian, 2014), statistik kemuflisan meningkat
kepada 97,215 mulai tahun 2012-2016( Jabatan Insolvensi
Malaysia, 2016). Data-data di atas membuktikan aktiviti-aktiviti
penggunaan yang selalunya menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi tetapi sebaliknya mendatangkan tekanan hidup yang
150 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
tidak berkesudahan. Tambahan pula institusi perbankan terus
berusaha mengaut keuntungan tanpa menafikan masyarakat pula
tidak mempunyai pertimbangan kehierarkian dalam perbelanjaan
penggunaan mereka. Ini bermakna aktiviti penggunaan yang
melampau serta tidak seimbang tanpa mengikut kehierarkian
yang sebenar berlandaskan syariat akan mewujudkan kegawatan
kepada kehidupan berekonomi samada di peringkat antarbangsa
mahupun tempatan.
Kajian-kajian Lepas
Secara keseluruhannya perbincangan kajian-kajian lepas berkait
gelagat pengguna berheirarki boleh dikelompokkan dalam tiga
pembahagian iaitu pertama kajian gelagat pengguna dalam
ekonomi konvensional, kedua gelagat pengguna berteraskan
Islam dan yang ketiga analisis kajian-kajian lepas.
Gelagat Pengguna Konvensional
Berdasar kajian gelagat penggunaan dalam teori- teori
konvensional, sekurang-kurangnya ada enam pola perbincangan
yang boleh dirumuskan. Di antaranya ialah seperti berikut:
I. Pertama, konsep penggunaan berhierarki bukan suatu isu
yang baru, kajiannya telah bermula sejak zaman plato
lagi iaitu pada tahun 369D. Soal pilihan, kemahuan serta
keperluan dirangkum di bawah struktur hierarki penggunaan.
Kajian ini menjadi perintis kepada penggunaan berheirarki,
ia dijelaskan oleh S.A Drakopoulos (1990). Beliau memetik
bahawa Plato menyatakan : “ But the first and the geartest of
our needs is the provision of food to support existence and
Bab 9 151
life......the second the provisison of dwelling-place and the
third of clothing and so on..” Idea besar ini muncul di era pre-
classical sebagai satu aspek kefahaman mengenai keperluan
yang selari dengan kehidupan manusia yang bergantung
hidup kepada tiga kehierarkian, iaitu makanan, pakaian dan
tempat tinggal. Keperluan ini amat penting untuk kehidupan,
tanpanya manusia menjadi pincang.
II. Kedua, Marshall (1890) dan Bhende et.al (1975) dalam
penulisan mereka mengemukakan tentang pembahagian
kategori barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki
oleh manusia kepada tiga bahagian iaitu keperluan asas,
keperluan untuk keselesaan dan kemewahan. Keupayaan
untuk memenuhi tingkatan tertentu keperluan-keperluan ini
mempunyai kaitan rapat dengan status ekonomi seseorang.
Diulaskan oleh pengkaji di atas bahawa keperluan asas
adalah kehendak primer masyarakat tanpanya kehidupan
terjejas, misalnya tanpa makanan manusia boleh mati, tanpa
pakaian tidak boleh bergerak dalam masyarakat, tanpa
rumah kehidupaan terganggu, semuanya dianggap keperluan
biologikal untuk kewujudan.
III. Ketiga, kajian oleh Ghafarullah (2003), keperluan secara
berhierarki ini tidak sahaja berlegar kepada barangan asas,
keselesaan dan kemewahan sahaja tetapi ada lagi penambahan
oleh ahli-ahli ekonomi konvensional sebagai keperluan-
keperluan untuk kecekapan dan keperluan-keperluan
semasa. Barangan kecekapan ialah yang membantu pekerja
meningkatkan keefisienan dengan penggunaan peralatan atau
pendekatan yang canggih. Sementara keperluan semasa ialah
merujuk kepada adat dan budaya semasa sesebuah masyarakat.
152 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
IV. Kempat, kajian oleh Irna Tikkanen (2007), mengulas teori
hierarki Maslow dan pelancongan makanan di Finland
mendapati hierarki penggunaan dalam teori Maslow tersusun
kepada lima set prioriti iaitu keperluan asas mencakupi
fisiologi, keselamatan, cinta, harga diri dan kepuasan
(aktualisasi diri). Keperluan industri makanan di Finland turut
dimotivasikan oleh pendekatan hierarki penggunaan dalam
Maslow’s hierarchy of needs. Di mana sebagai titik permulaan
bagi teori motivasi adalah pemacu fisiologi. Kononnya,
seseorang yang kekurangan makanan, keselamatan, kasih
sayang dan diri akan mungkin mengidamkan makanan yang
lebih banyak daripada keperluan-keperluan lain. (Stephens,
2000). Holloway(1998) menyebut manusia amat memerlukan
keperluan asas, contohnya. makanan, air, udara.
V. Kelima, kajian oleh Chairat et. al (2011) dalam “Pemasaran
Komuniti : Ramuan Penting bagi Membangun Komuniti
Muslim di Selatan Thailand”, dari pelbagai pendekatan teori
serta konsep yang digunakan untuk membangun komuniti
Islam di Selatan Thailand, ialah menguna pakai Maslow’s
Needs Hierarchy, cuma diubahsuai tangga kehierarkian yang
telah dibangun oleh Maslow dengan pendekatan yang Islamik,
misalnya tangga yang paling bawah iaitu Physiological
diubah kepada Aqidah yang benar, Safety ditukar kepada
Tarbiyyah, Sense Belonging kepada Ukhuwwah Islamiyyah,
Esteem kepada Kesepaduan pengetahuan dan yang tertinggi
iaitu Self-actualization kepada Mendekati Allah dan Rasul.
VI. Keenam, Khurshid Ahmad (1991), berasaskan kajian beliau
mendapati teori perlaku pengguna ini dilahirkan oleh pemikir-
pemikir barat selepas kemunculan sistem ekonomi kapitalisme
yang bertunjangkan rasionalisme dan utilitarianisme ekonomi.
Bab 9 153
rasionalisme menjelaskan bahawa manusia membuat
perhitungan teliti untuk meraih kejayaan ekonomi. Kejayaan
ekonomi di sini ialah ketangkasan manusia menghasilkan
wang. Kuasa beli wanglah yang berperanan untuk mencapai
kepuasan daripada utiliti barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh manusia.
Kesimpulan daripada keenam-enam pola perbincangan di atas,
apa yang cuba diteliti oleh pengkaji menunjukkan betapa penting
susun atur keperluan barangan dan perkhidmatan dalam suatu
keheirarkian demi kepentingan kesejahteraan sosio-ekonomi
serta budaya masyarakat.
Gelagat Pengguna Islam
Islam menggariskan keperluan manusia terbahagi kepada tiga
jenis iaitu keperluan asas, kemudahan dan kemewahan (Manan,
1986). Penentuan keheirarki sesuatu kemahuan di dalam aktiviti
penggunaan Islam diasaskan kepada konsep maslahah yang telah
dibincangkan oleh para fuqaha’. Abu Ishaq al-Shatibi (1984)
salah seorang fuqaha’ ada membincangkan teori objektif syariah
secara mendalam antara :
I. Objektif syariat mengandungi asas-asas kebaikan, kebajikan
serta kelebihan yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.
II. Objektif syariat juga adalah untuk mengelakkan kesukaran,
kesulitan, kerugian dan apa sahaja musibah kepada makhluk
terutama berkaitan masalih al-ibad.
Al-Syatibi menerusi kitabnya al-Muwafaqat
mengklasifikasikan objektif syariat boleh dibahagikan kepada
154 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
tiga bahagian iaitu, daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat. Majoriti
ulama’-ulama’ Islam terutama al-iman al-(Tarmizi, 478H),
(Iman al-Ghazali, 505H), (al-Amidi, 631H), (al-Qarafi, 648),
(Ibnu Taimiyyah dan al-Shawkani, 1255H) meletakkan maqasid
syariat sebagai asas yang kukuh kepada sistem hidup Islam.
Terutamanya dalam menjaga kepentingan agama, akal, jiwa, akal
dan keturunan (Kamali, 1999).
Dalam hal ini, Yusuf Qaradhawi (2002), telah merumuskan
tiga susunan atau keutamaan berdasarkan kesepakatan ulama
usul. Pertama ialah perkara yang darurat (al-daruriyyat). Kedua
ialah perkara yang diperlukan (al-hajiyyat) dan ketiga ialah
perkara yang menjadi pelengkap (al-tahsiniyyat). Menurut
beliau, Islam menuntut umatnya agar mendahulukan perkara-
perkara yang berhubung dengan al-daruriyyat berbanding al-
hajiyyat dan al-tahsiniyyat. Begitu juga harus mendahulukan al-
hajiyyat berbanding al-tahsiniyyat. Dalam perkara al-daruriyyat
khususnya, para ulama usul membahagikannya kepada lima
bahagian yang mesti didahulukan mengikut susunan, iaitu
memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta benda.
Terdapat juga sebahagian ulama yang menambah bahagian
keenam, iaitu memelihara nama baik.
Saiful Azhar (1986) menghuraikan dari sudut perspektif
ekonomi, semua barangan dan perkhidmatan mempunyai
maslahah untuk menjaga lima perkara tersebut, serta merupakan
keperluan kepada manusia dan dianggap sebagai barangan perlu
untuk aktiviti penggunaan. Oleh itu tumpuan penawaran barangan
asas (daruriyyat) perlu dibuat supaya pengguna berpendapatan
rendah dapat diutamakan secukupnya terutama dalam suasana
penawaran, dan harga yang sentiasa meningkat (Chamhuri. et.
al., 2000).
Bab 9 155
Namun realitinya majoriti pengguna Muslim tidak
berbelanja mengikut hierarki keutamaan kerana utamakan
kepuasan diri dan membazir jelas bercanggah dengan ketetapan
syarak (Wan Sabri et al, 1996). Ini terbukti apabila keadaan ekonomi
stabil dan berkembang pesat, misalnya di akhir tahun 90an,
mereka ghairah berbelanja mengikut dorongan nafsu dan bersifat
individulistik. (Nabsiah, 2000) dengan lain perkataan berbelanja
berasaskan kepuasan diri dengan mengenepikan barangan asas
(daruriyyat) yang sepatutnya dipenuhi terlebih dahulu. Apabila
kegawatan ekonomi berlaku golongan berpendapat rendahlah
yang paling terjejas (Chamhuri et. al, 2000)
Ini jelas, ekonomi Islam menolak sama sekali andaian
permasalahan ekonomi dikaitkan terhadnya sumber-sumber
ekonomi. Pokoknya persoalan istilah kehendak atau keinginan
digambarkan sebagai keperluan dalam ekonomi konvensional.
Richard G. Lipsey misalnya, dalam tulisan lebih banyak
mengulang perkataan keinginan (desire) dan kehendak (wants).
Perkataan keperluan (needs) jarang digunakan. ( Richard G.
Lipsey :1980). Alfred Marshall, sebagai salah seorang tokoh
ekonomi yang awal turut menyebut dengan jelas bahawa:
…ekonomi adalah berhubung dengan usaha-usaha
manusia untuk memenuhi kehendaknya.
( Alfred Marshall : 1962).
Amasa Walker dalam ‘The Science of Wealth - a Manual
of Political Economy’, ketika memberi gambaran tentang disiplin
ekonomi yang dahulunya dikenali sebagai ekonomi politik
menyatakan:
156 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
“Ekonomi politik mengajar hubungan manusia terhadap
perkara-perkara yang dikehendakinya. Perkara-perkara ini
hanya boleh diperolehi melalui usahanya sendiri. Manusia
mempunyai kehendak: dia perlu kepada makanan, pakaian
dan tempat kediaman; dia juga berkehendakkan kepada
banyak perkara yang tidak penting dalam hidupnya.
Dalam perspektif ekonomi politik semua perkara-perkara
ini membentuk kehendaknya.
(Amasa Walker : 1872).
Daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan
bahawa kegagalan mengawal kehendak manusia yang tidak
terbatas itulah punca permasalahan sebenar ekonomi dan bukan
kerana terhadnya sumber ekonomi.
Berbeza dengan Islam, di mana persoalan kehendak
adalah dititikberatkan tetapi berlandaskan syariat Allah s.w.t.
. Malah berdasarkan satu hadis Nabi s.a.w, sememangnya
manusia memiliki kehendak yang tidak terbatas. Imam Muslim
meriwayatkan daripada Ibn Abbas R. A. bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda yang bermaksud:
“Andaikata anak Adam mempunyai harta sebanyak dua
lembah, maka dia akan mengharapkan untuk mempunyai
harta sebanyak tiga lembah demikianlah seterusnya.
Tidak akan ada yang dapat memenuhi harapan anak Adam
kecuali tanah dan Allah akan menerima taubat seorang
yang bertaubat. ”
( Al-Muslim : 1986).
Bab 9 157
Hadith dan kisah yang dikemukakan di atas jelas
menunjukkan bahawa kehendak manusia dalam perspektif Islam
adalah dikawal dan dikendalikan oleh tuntutan agama dan tidak
dibiarkan bergerak bebas di bawah pengendalian nafsu manusia
itu semata.
Islam mengamalkan kaedah yang praktikal untuk melatih
dan mendidik umat dalam memelihara keharmonian sistem
ekonominya (Afzalul Rahman, 1994). Dalam soal penggunaan
individu muslim mesti bertindak sejajar dengan syariat agar
mengamalkan penggunaan berhierarki selaras dengan kehendak
Islam. Iaitu penggunaan berasaskan keutamaan oleh pengguna
muslim. (Ahmad Azrin, 2010).
Analisis Kajian-Kajian Lepas
Kajian terdahulu terutama penulisan berkaitan teori-teori gelagat
pengguna konvensional adalah banyak, namun analisis yang
dibuat di barat berdasarkan andaian-andaian tertentu yang tidak
bersesuaian dengan pandangan Islam (Abd. Mumin, 1993). Bukan
bermakna semua yang datang daripada barat bertentangan dengan
Islam. Apa yang ingin ditegaskan bahawa disiplin ekonomi Islam
mempunyai identitinya sendiri berasaskan wahyu Ilahi yang
diturunkan kepada nabi Muhamad SAW. (Basri, 2003).
Kajian-kajian lepas juga berfokus kepada tiga aspek
utama. Pertama, kajian penggunaan berhierarki dari perspektif
konvensional telah wujud, tetapi tidak sempurna sebagaimana
yang dikehendaki dalam konteks pematuhan syariah, iaitu
menepati kehendak tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam.
Ini disebabkan kebanyakan kajiannya lebih tertumpu untuk
mendapatkan kepuasan, utiliti serta rasionaliti. Dalam hal ini,
158 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
seperti ada sedikit persamaan dan perbezaan antara konvensional
dan Islam.
Kedua, aspek penggunaan berhierarki berteraskan
Islam. Perbincangan dalam aspek ini melibatkan pemikir-
pemikir tradisional dan kontemporari Islam yang mempunyai
pendekatan berbeza. Bagi pemikir-pemikir tradisional seperti
imam al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan al-Shatibi mengolah
penggunaan berhierarki berasaskan ruh sebenar yang ada dalam
keilmuan Islam yang sesuai pada zamannya. Ia berbeza dengan
pemikir-pemikir kontemporari yang cuba mengolah pendekatan
penggunaan kononnya berteraskan Islam tetapi memakai acuan
konvensional yang melibatkan konsep, prinsip, ciri-ciri dan
model bertasawwurkan konvensional.
Metodologi
Kajian kualitatif ini bercirikan penerokaan, deskriptif dan
penjelasan atas sebab-sebab berikut. Pertama, kajian ini
mengandungi ciri-ciri penerokaan kerana model konsep PBBI
merupakan satu perspektif penelitian yang agak baru dalam bidang
penggunaan. Kedua, kajian ini mengandungi ciri-ciri deskriptif
kerana ia memberi gambaran menyeluruh kehendak sebenar
Islam mengenai penggunaan dalam konteks PBBI. Ketiga, kajian
ini mengandungi penjelasan kerana ia menjelaskan tahap hubung
kait antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang diukur.
Dalam kajian teoretikal, inti pati karya-karya yang
berkaitan dikelompokkan mengikut tema-tema tertentu. Tema
ini melibatkan elemen-elemen bagi pembentukan model konsep
penggunaan berhierarki berteraskan Islam, iaitu tema yang
Bab 9 159
membentuk model PBBI ini selari dengan kehendak Islam. Paksi
utamanya ialah tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam.
Dalam kata lain, teologi Islam dijadikan panduan dan kerangka
asas pelaksanaan kajian ini. Sumber-sumber ilmu Islam pula
dijadikan sumber rujukan utama kajian. Sumber-sumber utama
ilmu dalam Islam, iaitu Al-Qurān, al-Hadith, ijmā’ ulamā’ dan
qias menjadi tunjang kepada pelaksanaan kajian ini. Pemakaian
dalil-dalil naqli digabungkan secara bersepadu dengan dalil-dalil
‘aqli. Sumber-sumber utama dan penggunaan dalil-dalil adalah
penting bagi memastikan hasil kajian ini adalah selari dengan
Islam.
Kaedah Pemilihan Sampel Kajian
Pemilihan sampel dalam kajian ini meliputi tiga kategori,
iaitu pertama, kumpulan pakar, kedua, penjelasan tasawwur,
epistemologi, ontologi Islam dan ketiga, model konsep
penggunaan berhierarki (PBBI). Pakar dirujuk bagi mengesahkan
ketepatan kerangka model konsep PBBI. Pakar juga dirujuk bagi
mengesahkan elemen-elemen bagi pembentukan model konsep
PBBI adalah seperti yang dikehendaki oleh Islam. Sekali gus,
dapat mencapai objektif kajian pertama, iaitu “mengenal pasti
kedudukan teori, model penggunaan berhierarki”.
Bagi kategori menganalisis kesesuaian teori, model atau
pendekatan penggunaan berhierarki berasaskan nilaian tasawwur,
epistemologi dan ontologi Islam. Ianya mencapai objektif yang
kedua, iaitu menganalisis ketepatan teori, model penggunaan
berhierarki yang sedia ada berdasarkan aspek tasawwur,
epistemologi dan ontologi Islam. Bagi kategori cadangan
membina model konsep melihat sejauh mana fungsinya ke arah
menjadi penanda aras kepada kepatuhan pengguna Muslim.
160 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Kumpulan Pakar (Responden Temu Bual)
Penglibatan pakar sebagai responden temu bual adalah bertujuan
mendapatkan pengesahan mereka tentang ketepatan kerangka
konsep PBBI yang diketengahkan oleh penyelidik. Ia merujuk
kepada prinsip-prinsip Islam yang ideal dan berkait dengan
penggunaan terutamanya, penggunaan berhierarki. Kesemua
tema dan elemen yang dikenal pasti dibawa kepada sekumpulan
pakar untuk diteliti ketepatannya menurut maksud kajian. Dalam
hal ini, enam orang pakar dalam bidang penggunaan Islam, ahli
badan bukan kerajaan (NGO), pengamal penggunaan Islam,
tokoh korporat, pakar hukum dan ahli akademik telah ditemu
bual secara bersemuka (face-to-face interview). Temu bual
separa berstruktur (semi-structured interview) digunakan sebagai
cara menyoal informen di mana soalan-soalan temua bual yang
telah dikemukan. Pengendalian temu bual secara bersemuka
ini mampu menjelaskan sesuatu maksud yang kabur, sekali gus
meningkatkan kerjasama antara penemubual dan responden
(Sekaran, 2003). Selain catatan, rakaman video, suara telah dibuat
dengan persetujuan pakar yang ditemu bual.
Temu bual dengan informen berupaya mengatasi masalah
pengumpulan data yang tidak memenuhi maksud kajian kerana
segala pandangan informen tertumpu kepada tema dan elemen
yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meskipun begitu,
informen tetap berpeluang membuat penilaian atau pilihan sendiri
ke atas jawapan yang akan diberikan melalui temu bual separa
berstruktur seperti yang dihujahkan oleh Sabtiha Marican (2005).
Setiap informen diminta untuk membuat pengesahan kepada
setiap penentu tema dan elemen (item-item soalan). Maklum
balas daripada informen ini menjurus kepada penyingkiran,
Bab 9 161
penambahan dan pengubahsuaian bagi setiap tema dan elemen
yang telah dibentuk oleh penyelidik. Bagi memastikan pengesahan
yang dibuat adalah bertepatan dengan maksud sebenar kajian,
setiap informan yang dipilih mesti memenuhi dua syarat berikut:
Pertama, pakar-pakar yang terlibat adalah mereka yang
berpengalaman luas dalam bidang syariah serta hukum-hakam,
muamalat Islam dan aspek penggunaan. Kedua, Pakar-pakar
yang terlibat adalah mereka yang terlibat secara langsung sebagai
seorang yang membangunkan polisi produk penggunaan dalam
firma konsultan dan berjuang secara serius dan berterusan dalam
mempertahankan hak-hak pengguna Islam, kualiti produk dari
segi halal, haram, subhah atau aspek kemudharatan kepada
pengguna atau tidak.
Justeru, kaedah persampelan bertujuan (purposive
sampling) digunakan untuk memilih kesemua pakar ini sebagai
informen temu bual yang mewakili enam kategori, iaitu tokoh
agama atau pakar hukum, pengamal, perunding, ahli NGO,
tokoh korporat dan ahli akademik. Pemilihan kaedah ini dibuat
berdasarkan keperluan untuk memperolehi maklumat, pandangan
dan pendapat yang mendalam daripada kumpulan pakar tentang
satu fenomena yang dikaji (Neuman, 2003).
Kombinasi keenam-enam kategori ini, iaitu tokoh agama
(pakar hukum), pengamal, perunding, korporat, ahli NGO dan
ahli akademik bertujuan mendapatkan pandangan yang lebih
komprehensif tentang PBBI. Ia tidak hanya meneliti aspek
teoretikal semata-mata tetapi juga aspek praktikal yang dilakukan
oleh firma konsultan dan yang diperjuangkan oleh ahli NGO.
162 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Dapatan
Hasil dapatan kajian yang telah dianalisis melalui enam orang
pakar telah menghasilkan satu model konsep penggunaan
berhierarki yang lebih holistik dan praktikal seperti yang
dipaparkan di atas. Wujud dua sumbangan daripada penyelidikan
berhierarki berteraskan Islam (PBBI). Pertama, dari sudut teori
dan yang kedua, dari sudut praktikal. Secara lebih jelas perubahan
yang berlaku kepada pembinaan model konsep PBBI dapat
ditunjukkan seperti berikut:
Jadual 1: Dapatan Kajian Selepas Di Temu bual
Tema Elemen sebelum temu bual Elemen selepas temu bual • Dapatan kajian
Tasawwur Islam
• Tasawwur Islam • Tasawwur memagari Semua pakar dalam bidang hukum, ekonomi
berorientasikan nilai dan konsep penggunaan Islam, pengamal, perunding serta NGO
matlamat penyempurnaan menyetujui elemen tasawwur sebagai acuan
manusia dalam semua • Setiap elemen dalam penting dalam pembangunan model (PBBI)
aspek. tasawwur mesti
sampai kepada
• Sebagai tapak dan acuan maqa>sid syariah
dari segi pembangunan dan
persaudaraan. • Tasawwur Islam
menjadi kawalan
• Konsep kekurangan relatif kepada pembinaan
bercanggah dengan tiga sistem ekonomi Islam
komponen dalam tasawwur
Islam (Allah pencipta,
manusia sebagai makhluk
dan sumber alam sebagai
makhluk)
Bab 9 163
Epistemologi • Teori ilmu melahirkan • Tunjang ilmu untuk • Semua pakar menyetujui elemen-elemen 164 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Islam kelakuan, teori dan melindungi ketidak dalam epistemologi Islam yang menjadi tema
falsafah. adilan dalam dalam pembentukan penggunaan berhierarki
perolehan dan berteraskan Islam
• Cakupan ilmu penggunaan sumber
bersangkutan pematuhan asli.
syarak, hikmat Allah
Pencipta dan maksud • Epistemologi
kehidupan sebenar. Al-Qurān dan al-
Hadith melakarkan
• Sumber ilmu berdasarkan dua bentuk
Al-Qurān dan as-Sunnah. pemikiran iaitu
berkaedah tetap dan
berubah.
• Pengembangan ilmu
dalam pematuhan
syarak, memahami
hikmat dan maksud
hidup sebenar.
Ontologi Islam • Pemahaman hakikat • Tiada perubahan, • Semua pakar mencapai kata sepakat dalam
metafizik dalam soal semua pakar kefahaman ontologi Islam dan kepentingan
hakikat alam, manusia memberi pandangan menjadi acuan PBBI
dan ketuhanan. dan penghujjahan
yang selari dengan
• Islam menekankan hakikat ontologi
soal supernaturalisme, Islam.
spritualisme dan
materalisme bukan
semata materlisme.
• Ontologi berpaksikan
tiga peringkat tahap
pembuktian yang
berwibawa, iaitu akal
fikiran (ilm alyakiin),
(‘ain al yaqiin) dan
keyakinan yang hakiki
(haqqul yakiin).
Bab 9 165
Penggunaan • Dasar penggunaan • Kurniaan Ilahi • Semua pakar bersetuju dengan elemen 166 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
mengikut untuk menjaga mencukupi kecuali –elemen yang diketengahkan kecuali
keutamaan ketidakseimbangan gagal urus berasaskan pakar hukum mengaitkan hierarki dalam
kekayaan masyarakat. keutamaan. penggunaan perlu dikaitkan dengan
konsep ijtihadi. Tangga penggunaan tidak
• Asas penilaian manusia • Pengamalan sahaja terikat dengan daruriyyat, hajiyyat,
tahsiniyyat/kamaliyyat sahaja tetapi satu lagi
dalam membentuk konsep penggunaan pertambahan iaitu kamaliyyat
pengguna yang adil. berhierarki terikat • Pakar hukum menghujahkan keperluan
konsep ithaar dalam aktiviti pengguna
dengan kemampuan, Muslim seperti yang dilakukan oleh Saidina
Abu Bakar assiddiq, saidina Uthman bin
• Aktiviti penggunaan keadaan dan ekonomi Affan serta assabiqu>un alawallun
yang realistik berasaskan semasa.
kemampuan sebenar
pengguna bukannya • Model konsep yang
kepuasan nafsu semata. masih terikat dengan
ijtihadi.
• Susunan tangga
barangan dan
perkhidmatan
tidak berakhir
dengan daruriyyat,
hajiyyat,tahsiniyyat/
kamaliat tapi satu
lagi penambahan iaitu
tarafiyat
Kesederhanaan • Berasaskan cara hidup • Kehierarkian dalam • Keseluruhan pakar bersependapat, Pengekalan
yang adil, seimbang, penggunaan masih penggunaan barangan dan perkhidmatan secara
saksama, tidak boros dan bersifat mementing berhierarki dapat meningkatkan tabungan
kedekut selari dengan diri sendiri. serta mengekalkan sifat besederhana dalam
Islam. penggunaan.
• Kesederhanaan perlu
• Pengguna Muslim diikat dengan sifat
berintergriti sederhana. mengutamakan orang
lebih daripada diri
• Mengekalkan sendiri (ithaar)
kehierarkian dalam
penggunaan masih • Kehierarkian
dianggap sederhana. melahirkan pengguna
suka menabung.
• Pertambahan dalam
pengeluaran dan • Tabungan tidak beku
pendapatan bukan alasan bahkan efektif dan
untuk meningkatkan produktif.
penggunaan.
• Menggalakkan
• Matlamat akhir individu berzakat dan
penggunaan adalah berwakaf
keredhaan Ilahi.
Bab 9 167
Tabungan • Hasil tabungan terkumpul • Tabungan terhasil • Semua pakar bersetuju kesan kesederhanaan 168 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
dalam perbelanjaan mampu mewujudkan
Wakaf melalui perbelanjaan berasaskan tabungan.
Konsep halal berhemah berasaskan perbelanjaan
dan haram
kefahaman penggunaan berhierarki yang
secara Islam. diamalkan oleh
pengguna Muslim
• Berkorban untuk orang yang mematuhi tata
lain menerusi penabungan cara perbelanjaan
wang memberi kepuasan Islam
pada diri.
• Penggunaan berhierarki • Menghayati sifat • Elemen wakaf adalah terhasil daripada
mewujudkan tabungan mengutamakan orang kesederhanaan dalam penggunaan yang
wakaf lain berupaya mewujudkan tabung sekali gus
menyumbang kepada aktiviti berwakaf
• Tabungan individu • Mencetuskan produk terutama Allah melarang hamba menyimpan
Muslim tidak boleh baru dalam institusi beku harta tanpa melakukan aktiviti pelaburan
dibekukan wakaf iaitu tunai dan sama ada pelaburan dunia dan akhirat (Surah
wakaf korporat al-Taubah ayat: 34)
• Wakaf memiliki nilai
ekonomi, pelaburan serta
penyelesaian masalah
sosioekonomi masyarakat
• Zat dan penyediaan • Barangan halal diikuti • Semua pakar bersetuju kepentingan tema
barangan halal penyembelihan halal halal haram menjadi elemen penting dalam
pembinaan model konsep PBBI
• Transaksi terhadap • Bekas, peralatan
muamalat barangan dan mesti halal dan cara
perkhidmatan mesti halal menyucikan halal
Pencapaian • Pencapaian matlamat • Mencapai maqasid • Pencapaian Maqasid Syariah kembali semula
Maqasid utama syarak
Syariah harta dalam konteks kepada permintaan barangan mengikut hierarki
• Mencapai lima elemen
maqasid menjaga harta, pemilikan dan daruriyyat, hajiyyat, tahsiniyyat/kamaliyyat
nyawa, nasab, akal dan
harta penggunaan yang dan tarafiyyat yang beracuan dengan tasawwur
adil Islam, epistemologi dan ontologi Islam.
• Elemen yang menjadi • Elemen yang • Semua informen bersetujuan aspek matlamat
matlamat akhir menjadi matlamat akhir penggunaan berhieraki ialah mendapat
penggunaan berhierarki akhir penggunaan keredaan Allah
berteraskan Islam (PBBI) berhierarki
berteraskan Islam
Keredhaan (PBBI)
Allah
Bab 9 169
170 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Kesimpulan
Secara kesimpulan perbahasan penggunaan berhierarki dalam
kedua-dua sistem ekonomi mengemukakan keseimbangan yang
baik dalam menjaga keperluan kehidupan kepada manusia sejagat
dalam penggunaan barangan dan perkhidmatan Walaupun dilihat
dari sudut pelbagai pola yang wujud dalam soal kepenggunaan.
namun elemen-elemen kesyumulan Islam berorientasikan
tasawwur, epistemologi dan ontologi Islam menjadikan matlamat
penyelidikan dalam pembinaan model konsep penggunaan
berhierarki menyerlahkan matlamat, falsafah serta konsep yang
sama sekali berbeza dengan ekonomi konvensional yang masih
mencari-mencari keidealan untuk menyumbang keadilan dalam
aktiviti penggunaan.
BAHAGIAN III :
ISLAM & DAKWAH
BAB 10
Keperluan Dan Amalan Dakwah Fardiyyah
Di Kalangan Mahasiswa Islam : Kajian
Tinjauan Di Uitm Cawangan Perlis
Noraini Ismail, Mohd Asri Abdullah, Azlan Abdul
Aziz, Zainab Mohd Zain & Mohd Daud Ahmad
Pendahuluan
Dakwah Fardiyyah adalah metodee dakwah yang telah digunakan
sejak zaman Rasulullah (SAW) dan para sahabat. Ia merupakan
dakwah interpersonal atau secara bersemuka seorang individu
yang disebut sebagai dā‘i dengan individu lain yang disebut
sebagai mad’u. Metode dakwah ini sesuai dilaksanakan di
peringkat universiti khususnya bagi mengurangkan masalah sosial
yang melibatkan mahasiswa Islam. Selain faktor pendekatannya
yang lebih fleksibel dan mesra, kematangan mahasiswa dalam
memahami ajaran Islam iaitu mauḍu’ yang di bawa juga lebih
memudahkan dakwah fardiyyah dilaksanakan. Walaupun begitu,
terdapat juga pelbagai faktor yang menyebabkan ia gagal
dilaksanakan secara menyeluruh khususnya dalam membentuk
syakhsiah dan kerohanian mahasiswa. Kertas kerja ini akan
mengetengahkan hasil kajian yang dijalankan di UiTM Cawangan
Perlis berkaitan dengan keperluan dakwah khususnya dakwah
fardiyyah di kalangan mahasiswa dan juga sejauh mana amalan
174 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
dakwah fardiyyah diamalkan di kalangan mahasiswa. Kajian ini
berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan 100 pelajar diploma
daripada pelbagai fakulti yang dipilih secara rawak strata.
Semoga hasil kajian yang diketengahkan ini dapat membuka
dimensi baru bagi pelaksanaan konsep dakwah fardiyyah yang
lebih menyeluruh di universiti bagi menangani pelbagai masalah
sosial di kalangan mahasiswa.
Latar Belakang Kajian
Perkataan “dakwah” mengikut Kamus Dewan ialah kegiatan
menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu
kepercayaan (Kamus Dewan Edisi Ke-3, 2002). Menurut Dr
Yusuf Al-Qaradawi, dakwah adalah kegiatan dan usaha untuk
mengajak dan menyeru kepada Islam, mengikut segala petunjuk
Allah, menegakkan dan mengukuhkan sistem hidup Islam di
muka bumi, beribadah kepadaNya, memohon pertolongan dan
mentaatiNya, tidak taat kepada yang selainNya, membenarkan
dan meyakini apa yang dibenarkan olehNya, menjauhi apa yang
dilarang olehNya, menyuruh kepada yang makruf, mencegah
perkara yang mungkar dan berjihad dengan ikhlas ke jalan Allah
(Yusuf Al-Qaradawi, 1978). Pengertian ini menunjukkan bahawa
dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan
manusia untuk menyeru manusia kepada mentaati Allah (SWT)
dan Rasulullah (SAW) di samping menegah manusia daripada
melakukan kemungkaran serta menyeru manusia yang melakukan
kemungkaran agar kembali ke jalan yang benar.
Melaksanakan dakwah adalah merupakan sebahagian
daripada tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah (SWT)
Bab 10 175
kepada setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing.
Dalil kewajipan berdakwah ini terdapat dalam beberapa ayat al-
Qurān dan Hadith Rasulullah (SAW).
Firman Allah (SWT) yang bermaksud :
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat
yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang
makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah
orang-orang yang beruntung”
(Ali Imran 3:104)
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud :
“Sampaikanlah daripada walaupun satu ayat”
(al-Bukhari)
Justeru, setiap tingkah laku dan perbuatan seorang
Muslim mestilah atas kesedaran untuk mengamalkan Islam dan
menyebarkan shi‘ārnya di samping mendidik masyarakat dengan
nilai-nilai Islam yang sebenar. dakwah boleh dijalankan dalam
pelbagai bentuk yang sesuai dengan keadaan pendakwah mahupun
keadaan sasaran dakwahnya. Ia boleh dilakukan secara individu,
kumpulan dan juga melalui institusi-institusi tertentu. Dalam
apapun bentuk, dakwah mestilah memiliki perancangan yang teliti,
matang dan rasional (Berhanundin Abdullah, 2000). Rasulullah
(SAW) adalah insan teladan yang utama dalam menjalankan
kerja-kerja dakwah. Strategi dakwah Rasulullah (SAW) menjadi
rujukan utama dalam perancangan dakwah dan pelaksanaannya.
176 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
Menyingkap kembali lembaran-lembaran perjalanan dakwah
Rasulullah (SAW) akan membantu para pendakwah untuk lebih
fokus menetapkan matlamat dakwahnya. Muhammad Natsir
menyatakan bahawa kejayaan Rasulullah (SAW) dalam dakwah
adalah hasil daripada dakwah yang bijaksana dan pengurusan
yang baik. Diantaranya Rasulullah (SAW) memulakan dakwah
dengan menyampaikan ajaran Islam kepada keluarga dan sahabat-
sahabat terdekat. Dakwah Rasulullah (SAW) mudah diterima
tanpa keraguan kerana mereka telah mengetahui akhlak dan
keperibadian Rasulullah (SAW) (Mohammad Natsir, 2006).
Penyampaian dakwah secara bersemuka sepertimana yang
dilakukan oleh Rasulullah (SAW) ini dinamakan sebagai dakwah
fardiyyah. Ia merupakan satu strategi dakwah yang dilakukan
oleh seorang dā‘i kepada orang lain secara perseorangan dengan
tujuan memindahkan mad’u kepada keadaan yang lebih baik
dan diredhai Allah (SWT) (Ali Abdul Halim Mahmud, 1995).
Dr Sayid Muhammad Nuh mendefinisikan dakwah fardiyyah
sebagai memfokuskan dakwah atau dialog dengan mad’u secara
tetap muka atau dengan sekelompok kecil orang yang mempunyai
ciri-ciri dan sifat-sifat khusus (Sayid Muhammad Nuh, 2015).
Metode pelaksanaan dakwah fardiyyah yang dilakukan secara
bersemuka ini menjadikan dakwah fardiyyah sebagai strategi
dakwah yang paling efektif. Selain itu, bagi menjayakannya
seorang pendakwah perlu bersedia dan mempunyai kemahiran-
kemahiran tertentu dalam mendekati mad’u. Dr Fathi Yakan
membahagikan dakwah fardiyyah kepada dua bahagian iaitu
dakwah fardiyyah yang berlaku atau muncul dikalangan individu
yang telah berada dalam sesebuah jamaah dan yang kedua
dakwah fardiyyah dikalangan individu yang belum berintima’
dengan jamaah. Usaha yang pertama dilakukan oleh individu
Bab 10 177
yang melakukan dakwah hasil daripada idea dan pendekatan
secara lebih intensif dan teratur melalui perancangan sesebuah
jamaah, manakala yang kedua adalah hasil usaha yang dilakukan
oleh individu yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah
bebas (Fathi Yakan, 2004). Ini menunjukkan bahawa dakwah
fardiyyah boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja dan dimana pun
juga. Dengan berbekal kemahiran dakwah dan kefahaman yang
benar tentang ajaran Islam, dakwah fardiyyah dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
Pelaksanaan dakwah melalui institusi-institusi pendidikan
adalah salah satu strategi yang sangat efektif kerana mauḍu’
dakwah boleh disalurkan melalui pelbagai medium terutamanya
medium pengajaran dan pembelajaran. Peranan sebagai
pendakwah boleh dimainkan oleh para guru dan juga pensyarah
secara tidak langsung melalui sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, institusi itu sendiri berperanan sebagai pusat
pembinaan intelektual, emosional, spiritual dan juga sosial.
Selain metode dakwah secara kelompok, metode dakwah secara
perseorangan (fardiyyah) boleh juga dilaksanakan terutamanya
di institusi pengajian tinggi. Ini kerana para pelajar yang berada
di institusi pengajian tinggi lebih matang dan memahami mauḍu’
dan keperluan dakwah itu sendiri. Para pelajar boleh saling bantu
membantu di kalangan mereka dalam membentuk keperibadian
dan sikap yang selaras dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi
dalam kemelut permasalahan sosial yang semakin meningkat ini,
pihak institusi pendidikan tidak tidak seharusnya membataskan
pengurusan dakwahnya kepada pengurusan program dakwah
semata-mata tetapi juga mesti berusaha melahirkan barisan dā‘i
yang boleh berperanan membantu dalam memperkasakan dakwah
di dalam institusi masing-masing. Galakan dalam melaksanakan
178 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
dakwah fardiyyah ini dapat dilihat melalui dalil-dalil daripada al-
Qurān dan al-Hadith.
Firman Allah (SWT) yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang
saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-
orang yang menyerah diri?”
(Fussilat 41: 33)
Sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud :
“Barangsiapa menunjukkan orang kepada kebaikan, ia
mendapatkan pahala sebagaimana pahala orang yang
mengerjakannya”
(Muslim)
Pernyataan Masalah
Kepentingan dakwah fardiyyah sebagai satu metode dakwah yang
berkesan sememangnya telah terbukti sejak zaman Rasulullah
(SAW). Walaupun begitu, pelaksanaan dakwah fardiyyah ini
kelihatan terpinggir dan tidak digunakan sebaik mungkin dalam
membangunkan masyarakat Islam pada masa kini. Kajian ini
dijalankan bagi melihat keperluan dakwah fardiyyah tersebut
dilaksanakan di kalangan pelajar universiti dan sejauh mana
dakwah fardiyyah ini telah diamalkan di kalangan pelajar. Melihat
kepada pelaksanaan dakwah pada masa kini juga, umumnya
Bab 10 179
masih terbatas kepada metode tabligh (menyampaikan) di mana
dā‘i berfungsi sebagai pihak yang memberi, menyampaikan dan
mengajak sedangkan mad‘u sebagai pihak yang menerima, diajak
dan diseru. Metode ini kebanyakan dilaksanakan secara umum
melalui sesi ceramah, tazkirah, forum dan sebagainya. Ada juga
pendakwah yang menggunakan kesenian dan kreativiti dalam
berdakwah seperti dakwah melalui lagu, lakonan, drama dan
sebagainya. Justeru, bagi memastikan dakwah lebih berkesan
maka dakwah yang lebih bersifat persuasif perlu dilaksanakan.
Dakwah bersifat persuasif ini amat penting diaplikasikan pada
masa kini kerana melalui metode ini dā‘i mengajak mad‘u
mengikuti cara berfikir dā‘i sehingga mad‘u mengikuti ajakan
dā‘i tanpa merasa terpaksa bahkan seolah-olah sedang mengikuti
kehendak sendiri (Achmad Mubarok, 2000).
Berdakwah kepada individu yang normal memadai
dilakukan dengan pendekatan menyampaikan tetapi berdakwah
kepada masyarakat yang sedang menghadapi masalah atau
individu yang terganggu jiwanya, memerlukan pendekatan
khusus secara berhadapan muka. Dalam konteks ini, seorang dā‘i
perlu mendengar terlebih dahulu apa yang dirasai oleh mad‘u dan
memahami bagaimana persepsi mad‘u terhadap realiti yang sedang
ditempuhi. Dalam situasi sebegini mad‘u tidak lagi memerlukan
informasi tetapi amat mengharapkan dorongan psikologi agar
mereka mengetahui potensi diri dan mempunyai keyakinan
kendiri untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya
(Achmad Mubarok, 2000). Kategori dakwah bersemuka inilah
yang dinamakan dakwah fardiyyah. Keperluannya lebih dirasakan
sejak kebelakangan ini lantaran masyarakat Malaysia sering
berhadapan dengan pelbagai konflik kehidupan. Peningkatan
gejala sosial yang sememangnya menjadi tamparan hebat
180 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
kepada pembangunan rohani dan pembinaan masyarakat madani
menuntut pelbagai pihak termasuklah para dā‘i, mengorak
langkah ke arah memperkasakan lagi praktik dakwah agar usaha
dakwah yang dijalankan dapat berfungsi ke arah mengurangkan
bebanan negara menyelesaikan permasalahan sosial yang berlaku
(Salasiah Binti Hanin Hamjah, 2008).
Permasalahan sosial ini bukan sahaja melibatkan remaja
dibangku sekolah tetapi juga diperingkat universiti. Justeru
satu usul mewajibkan subjek Pendidikan Islam dan Moral telah
diusulkan di dalam parlimen Mahasiswa yang telah diadakan
pada 26 Julai 2016. Ini kerana mahasiswa melihat masalah akhlak
dan moral remaja semakin membimbangkan. Justeru usaha ini
diharapkan dapat memberi peringatan berterusan kepada setiap
remaja terutama mahasiswa agar hidup mereka terus dipimpin
dengan panduan yang sebenar (Fitri Affendi Mustafa, 2016).
Selain masalah zina, pergaulan bebas, penagihan dadah dan lain-
lain, isu buli dan gengsterisme yang berlaku di sekolah dan institusi
pengajian tinggi juga mesti dipandang serius. Kematian seorang
pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang
dipercayai didera pada Jun 2017 juga mengejutkan semua pihak.
Semua ini berlaku bukan kerana pelajar universiti tidak mampu
membezakan antara yang baik dan buruk tetapi disebabkan oleh
hilang pertimbangan dan kadang-kadang dipengaruhi oleh rakan
bermasalah, ketagihan dadah dan bahan terlarang dan sebagainya
(Azizi Ayob, 2017). Justeru, pelbagai strategi dakwah dan tarbiah
perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya disemua
peringkat agar generasi remaja yang ada tidak terus rosak kerana
ia akan membawa kerosakan pula kepada ahli masyarakat yang
lain. Peranan pembimbing rakan sebaya perlu diperkasakan
agar semua pihak dapat menyumbang dengan sebaiknya. Rakan
Bab 10 181
sebaya pelajar boleh menjadi mata dan telinga pihak institusi agar
permasalahan yang berlaku boleh ditangani segera selain pelajar
itu sendiri diberi ilmu dan kemahiran dalam membimbing dan
mempengaruhi rakan-rakannya kearah kebaikan. Inilah yang
menjadi objektif dalam pelaksanaan dakwah fardiyyah di dalam
institusi pendidikan khususnya di universiti.
Dengan adanya pendakwah muda dari kalangan
pelajar yang menjalankan dakwah fardiyyah di dalam kampus,
pelaksanaan tanggungjawab dakwah akan lebih menyeluruh.
Ini bakal mengubah apa yang berlaku pada hari ini, di mana
golongan ‘ulamā’, pendakwah dan agamawan sahaja yang
selalunya dipertanggungjawabkan untuk memikul tanggungjawab
dakwah. Golongan ini selalu disinonimkan sebagai kelompok
masyarakat yang berpotensi membimbing masyarakat ke arah
perubahan tingkah laku positif dengan meninggalkan tingkahlaku
negatif (Salasiah Binti Hanin Hamjah, 2008). Sekiranya diberi
peluang masih ramai individu biasa yang juga berkebolehan
untuk menjadi seorang pendakwah yang hebat dan berpengaruh.
Selain melahirkan dā‘i muda dari kalangan pelajar yang lebih
versatil dan dinamik, pelaksanaan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar dapat membantu pihak unit bimbingan dan kaunseling
dalam mengenalpasti pelajar bermasalah dan secara tidak
langsung mengurangkan masalah sosial yang berlaku di kalangan
mahasiswa. Ini akan mewujudkan jalinan kerjasama yang mantap
antara keduanya. Tambahan pula, pendekatan dakwah fardiyyah
dan kaunseling sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana
dalam situasi-situasi tertentu, proses kaunseling Islam merupakan
satu proses al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar kerana
menjadi kewajipan kaunselor memberi keterangan dan penjelasan
kepada klien bahawa ia tidak boleh melakukan perkara-perkara
182 Dinamika Pemikiran dan Kefahaman Islam
yang diharamkan oleh Allah (SWT) dengan menggunakan
pendekatan psikologi (Nik Yusri Bin Musa, 1998)
Objektif Kajian
I. Mengkaji keperluan dakwah fardiyyah di kalangan pelajar.
II. Meninjau amalan dakwah fardiyyah di kalangan pelajar.
III. Mengenalpasti cabaran dalam pelaksanaan dakwah fardiyyah
di kalangan pelajar
Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk merealisasikan objektif yang telah
dinyatakan khususnya dalam mengkaji keperluan dan amalan
dakwah fardiyyah di kalangan pelajar disamping mengenalpasti
cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan dakwah
fardiyyah. Penyelidik juga dapat mengenalpasti tahap pengetahuan
responden berkaitan dakwah secara umumnya dan juga berkaitan
dakwah fardiyyah. Ini dapat membantu strategi dakwah seterusnya
bagi menyediakan barisan dā‘i yang lebih berilmu. Begitu juga
dengan tahap penglibatan pelajar dalam masalah sosial dan
pandangan pelajar sendiri berkaitan masalah sosial yang berlaku
di dalam dan luar kampus. Ini juga dapat membantu penyelidik
dalam mengkaji sejauhmana keperluan dakwah fardiyyah di
kalangan pelajar selain mengetahui pandangan pelajar sendiri
berkaitan keperluan dakwah fardiyyah. Penyelidik juga dapat
mengenalpasti tahap amalan dakwah fardiyyah di kalangan
pelajar dan pandangan pelajar terhadap amalan dakwah fardiyyah
di kalangan mereka. Hasil kajian ini dapat menunjukkan bahawa
dakwah fardiyyah perlu dilaksanakan di kalangan pelajar dan